You are on page 1of 1

REFLEKSI

Setelah melaksanakan tugasan satu, saya telah mendapati asap rokok yang dihidu
akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, serta menyebabkan pelbagai penyakit
di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air, akan
memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin bukan sahaja
mendatangkan ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Nikotin
turut merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ-organ yang berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki,
kebas pada jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki dan serangan
penyakit jantung. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari
badan menerusi air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil
penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air
kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Tegasnya, sudah terang lagikan
bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang tiada noktah
penghujung.

Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan tebing"


memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan
mendatangkan implikasi negatif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara.
Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-anak agar
menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa
juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat
dikurangkan. Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan
agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada,
Kehidupan Bahagia." Bersama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu
Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas daripada kepulan asap rokok yang
menjerumuskan kita ke lembah maut. "Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara
Terbilang."

You might also like