You are on page 1of 5

Minggu Praktikum : 6 (14.07.2019-18.07.

2019)

Tarikh : 15.07.2019

Tajuk Jurnal : Gangguan Semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan Di Dalam


Kelas

(DIsiplin)

1. Isu Yang Difokuskan :


Gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan pengajaran
tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan atau dirancang. Salah satu gangguan
yang saya dapati di dalam kelas 4B ialah kekerapan murid meminta kebenaran untuk keluar
dari kelas bersertakan pelbagai alasan atau sebab-sebab lain misalnya menghantar buku ke
bilik guru, pergi ke tandas, berjumpa dengan guru lain dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan disiplin di dalam kelas menjadi kelam-kabut. Walaupun kad keluar-masuk
kelas telah disediakan pada awal tahun, namun kad-kad tersebut telah rapuh dan dimamah
“usia”.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Salah satu punca murid akan meminta kebenaran keluar ialah mereka mungkin
berpendapat bahawa guru yang mengajar tidak mengehad bilangan murid berkunjung ke
tandas sedangkan setiap kali mereka mengadu bahawa keresahan mereka. Oleh itu, tidak
mustahil rasanya terdapat sebilangan kecil murid akan mengambil kesempatan untuk keluar
dari kelas. Punca seterusnya ialah murid mendapati bahawa kebenaran untuk keluar kelas
lebih mudah diluluskan semasa sesi pengajaran saya.

Impaknya, disiplin kelas akan menjadi kelam-kabut dan mudah tidak terkawal.
Walaupun teguran telah diberikan, namun penambahbaikan masih tidak ketara. Kesan
selanjutnya ialah murid-murid tidak peka akan giliran mereka kerana terdapat kebenaran
untuk keluar tidak diluluskan. Giliran mereka menjadi tidak menentu mengakibatkan
ketidakadilan daripada berlaku. Terdapat segelintir murid yang merungut bahawa mereka
telah menunggu giliran tetapi murid-murid yang seterusnya pula mendapat kebenaran untuk
keluar.

1. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)
:
Manusia akan didorong untuk melakukan atau mengulang tingkah laku yang diingini
jika mereka diberikan ganjaran atau tidak melakukan tingkah laku jika mereka didenda
akibat tingkah laku tersebut (Noriati A. Rashid, Boon Poh Ying & Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad, 2017). Lebih-lebih lagi, Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar
Samuel, 2016). Canter percaya bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-
peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan. Tambahan pula, kosep utama Model Asertif Canter ialah guru mempunyai
hak untuk mengajar secara professional tanpa gangguan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

CADANGAN PERTAMA : Penyediaan Kad Keluar-Masuk Baharu

Bagi menimbulkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan kad keluar-masuk,


saya telah mereka semula kad keluar-masuk khas untuk digunakan sesi pengajaran bagi
memastikan semua murid di dalma kelas 4B mematuhi peraturan kelas. Di samping itu, kad
keluar-masuk baharu yang baru disediakan diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik
akan menimbulkan rasa kesepunyaan murid-murid lantas mendorong mereka untuk
menghargai dan menggunakan kad tersebut dengan baik.

CADANGAN KEDUA : Model Disiplin Asertif Canter

Model ini menggariskan tiga jenis guru di mana salah satu jenis guru ialah guru yang
asertif di mana guru ini akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah
laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap ntingkah laku murid yang menyokong
tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Peraturan
yang jelas ditetapkan untuk mencapai matlamat pengurusan. Guru perlu menetapkan
bahawa bilangan maksimum murid boleh pergi ke tandas misalnya sebanyak 2 orang murid
perempuan dan 2 orang murid lelaki yang dibenarkan untuk meninggalkan kelas pada masa
yang sama.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Seminggu

6. Tindakan Susulan :

Masalah disiplin ini disusuli dengan tindakan guru menghasilkan kad keluar-masuk
baharu yang khas disediakan buat pengajaran saya. Saya telah “laminate” kesemua kad
keluar masuk supaya kad tersebut tidak terkoyak. Penggunaan kad keluar kasuk
memudahkan saya untuk memantau pergerakan murid-murid di dalam kelas dan kekerapan
mereka meninggalkan kelas berdasarkan alasan yang munasabah.
Selain itu, saya turut menetapkan peraturan-peraturan yang jelas di dalam kelas
khususnya bilangan murid yang dibenarkan untuk keluar pada masa yang sama dan
kewajipan mereka menunggu giliran mereka. Selain itu, arahan diberikan untuk memastikan
murid tidak mengambil kesempatan untuk mencuri masa merayau di luar kelas agar tidak
dicontohi oleh murid lain. Tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang
mengingkari arahan guru contohnya teguran secara langsung untuk murid yang melakukan
kesalahan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

22 Julai 2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Murid-murid lebih mematuhi peraturan kelas dan sistem pengurusan di dalam kelas
menjadi lebih teratur.Mereka turut akan sabra menunggu giliran mereka masing-masing.
Direnung dari aspek lain pula, suasana pembelajaran yang kondusif diwujudkan kerana
tiada tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut.

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) Dan Halangan (Jika Ada):

Tuntasnya, guru berhak mengajar tanpa gangguan. Ekoran daripada itu,


penggunaan kad keluar-masuk perlu diberi penekanan oleh guru bagi mengelakkan murid
mengambil kesempatan merayau di luar kelas semasa waktu pengajaran dan
pemudahcaraanTindakan susulan perlu diambil agar murid-murid sedar akan kewajaran diri
untuk mematuhi kperaturan-peraturan kelas. Pada masa yang sama, peneguhan positif dan
peneguhan negatif boleh diberi keutamaan.

Rujukan :

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2016). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik

Darjah Dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Siri

Pendidikan Guru Murid Dan Pembelajaran. Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd.


4B 班课室准证

4B班
(前)

课室准证

4B班 (前)

课室准证

Kad keluar masuk khas untuk murid perempuan.


(后)

4B班 (后)

课室准证

Kad keluar masuk khas untuk murid lelaki

You might also like