You are on page 1of 3

ISL 1 Jelaskan tentang domain/elemen penting yang terdapat dalam teknologi pendidikan.

Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiap warga guru. Teknologi pendidikan adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Rekabentuk adalah proses menentukan ciri-ciri dan keperluan pembelajaran. Di samping menentukan komponen sistem pengajaran, rekabentuk juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling - (Tessmer, 1990). Terdapat empat bidang utama iaitu, rekabentuk sistem pengajaran, rekabentuk strategi, rekabentuk mesej dan ciri-ciri pelajar. Domain pengambangan atau juga dikenali sebagai domain pembinaan. Proses menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk fizikal atau produk. Melibatkan proses rekabentuk, bina, guna dan nilai. Terdapat empat kategori bahan iaitu teknologi cetak, teknologi bahan pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu. Domain yang seterusnya adalah domain penggunaan. Menggunakan proses (kaedah dan model pengajaran), sumber (bahan dan perkakasan media) dan alam sekeliling untuk pembelajaran. Terdapat empat kategori iaitu penggunaan media dan kaedah (cara sistematik), penyerapan/penerimaan inovasi, pelaksanaan (menggunakan bahan) dan institutionalisasi (penerimaan & pengekalan). Selain itu, domain pengurusan juga memainkan peranan penting kerana ia berasaskan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan,

penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Terdapat empat kategori iaitu, pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat. Shamala a/p Maniam, Fatin Izzati bt. Jasli, Syazwani bt Zakaria & Nur Afiqah bt Mat Noor (Prasekolah)

Domain yang terakhir ialah domain penilaian. Ia merupakan satu proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan program pendidikan. Terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah (peperiksaan dll), penilaian rujukan kriteria (penguasaan unit pelajaran), penilaian formatif (mengesan bagi penambahbaikan) dan penilaian sumatif (buat keputusan penggunaan). Penggunaan teknologi dalam P&P bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Ia amat penting kepada setiap warga guru kerana ia dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Selain itu, melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Seterusnya, memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalaholah mereka mengalaminya. Bukan itu sahaja, ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Akhir kata, teknologi pendidikan dapat mengekalkan minat dan perhatian murid, membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas, melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid dan memperkayakan pengalaman murid.

Shamala a/p Maniam, Fatin Izzati bt. Jasli, Syazwani bt Zakaria & Nur Afiqah bt Mat Noor (Prasekolah)

2) PENGEMBANGAN (DEVELOPMENT)

3) PENGGUNAAN (UTILIZATION)

1) REKABENTUK (DESIGN)

Domain Teknologi Pendidikan

4) 5) PENILAIAN (EVALUATION) PENGURUSAN (MANAGEMENT)

Shamala a/p Maniam, Fatin Izzati bt. Jasli, Syazwani bt Zakaria & Nur Afiqah bt Mat Noor (Prasekolah)

You might also like