You are on page 1of 14

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak

D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan perkembangan awal kanak-kanak? Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif. Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun. Manakala perubahan perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain, seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial. Perubahan ini merupakan suatu proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran. Semua perkembangan, samada berbentuk fizikal, intelektual, tingkahlaku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berlari. (Rohani Abdullah, 2001).

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanakkanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008).

Rujukan Rohani Abdullah (2001). Perkembangan kanak-kanak penilaian secara portfolio . Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia Suppiah nachappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor : oxford Fajar Sdn.Bhd Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal . [online] diperolehi Daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-PengajaranGuru-Prasekolah-dalam-sains-awal (15 0gos 2010)

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Soalan 2 Huraikan kaedah, strategi atau gaya pengajaran guru diperingkat pendidikan awal kanak-kanak? Kaedah, strategi atau gaya pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanakkanak secara menyeluruh. Selain itu, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, 2003). Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Namun demikian, Pelbagai kaedah dan strategi boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah sepertim Montessori, Waldorf, Head Start, HighReach Learning, High Scope, The Creative Curriculum, Reggio Emilia approach, Bank Street dan Forest kindergartens. Kaedah Montessori misalnya menekankan kepada bahan pengajaran , guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Kaedah ini juga menegaskan bahawa matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, seperti kurikulum standard pra sekolah kebangsaan kaedah montesori juga menggunakan kaedah yang sama iaitu pembelajaran disertai dengan permainan. (http://zulky54prasekolah.blogspot.com/) Kesimpulannya, kaedah dan pengajaran guru harus dipelbagaikan untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar dan membantu kanak-kanak dalam penguasaan serta pemahaman terhadap sesuatu fenomena yang belum mereka ketahui.

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Rujukan Maria Montesorri dibawah tajuk prasekolah KPLI. [online] Diperolehi daripada, http://zulky54prasekolah.blogspot.com/ (15 ogos 2010)

Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2003) Pendidikan Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal . [online] diperolehi Daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-PengajaranGuru-Prasekolah-dalam-sains-awal (15 0gos 2010)

Soalan 3

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Huraikan pengajaran dan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak? Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Dalam pendidikan sains prasekolah , guru-guru perlu mencari kaedah yang mudah dan paling sesuai iaitu dengan menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Ini adalah untuk memudahkan guru menyampaikan maklumat apa yang perlu dan kanakkanak dapat menerima maklumat tersebut melalui cara yang lebih praktikal dan mudah difahami. Contohnya menggunakan alat bantu mengajar (ABM) ketika mengajar, menggunakan video dan audio dan membawa bahan-bahan sebenar untuk ditunjukkan kepada kanak-kanak.

Bagi aktiviti misalnya guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur bongkah mengikut warna dan menamakan

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

warna itu dan memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru (Shahizan & Ahmad Shahabudin, 2006) . Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan. Berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 2004). Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.

Rujukan

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah. Bincangkan juga pengajaran guru Prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran-GuruSekolah-Dalam-Sains-Awal (14 Ogos 2010) Lee Shok Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Percetakan Season Sdn.Bhd. Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Soalan 4

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Kajian lepas berkaitan kesan pengajaran guru dibandar dan luar bandar diperingkat awal kanak-kanak? Pendidikan awal kanak-kanak dilihat sebagai suatu pengalaman yang penting bagi setiap kanak-kanak di Malaysia (Ministry of education,1998). Oleh yang demikian, MOE telah mengambil langkah yang proaktif iaitu dengan menawarkan pendidikan awal kanak-kanak secara percuma, terutamanya dikawasan luar bandar. Dari segi pengajaran pula, kurikulum yang digunakan di setiap sekolah tidak kira dibandar, luar bandar, pra sekolah awam dan swasta adalah mengikut kurikulum standard pra sekolah kebangsaan. Namun, guru-guru pra sekolah masih boleh menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang bersesuaian dengan pembelajaran kanak-kanak pra sekolah. Pra sekolah yang berada di bandar rata-ratanya dibangunkan oleh pihak swasta. Dari aspek pengajaran sememangnya sekolah swasta lebih berkesan kerana mereka berpegang kepada kualiti pengajaran . Contohnya, pra sekolah dibandar menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam proses P&P dan subjek bahasa melayu diajar sekurang-kurangnya dua jam dalam seminggu berbanding dengan pra sekolah awam yang rata-ratanya berada diluar bandar menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan subjek bahasa inggeris diajar sekurang-kurangnya satu jam dalam seminggu. Dari segi penguasaan bahasa inggeris kanak-kanak yang bersekolah di bandar lebih baik daripada diluarbandar.

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan pengajaran terhadap kanakkanak pra sekolah, seharusnya tidak bergantung seratus peratus kepada guru tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa untuk menyokong kesinambungan pencapaian dan pembangunan ke arah masyarakat yang baik dan bertanggungjawab pada masa akan datang.

Rujukan

Abdul Halim Masnan. Malaysian Preschool Education. [online] diperolehi daripada, http://www.scribd.com/doc/22301974/malaysia-preschool-education(15 ogos 2010) Ministry of education (1998). Ministry of education quality of life

Soalan 5

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

Kajian-kajian lepas berkaitan kesan kelayakan guru(ijazah dan bukan ijazah) dalam pendidikan? Profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi. Semenjak tahun 1960an sehinggalah tahun 1970an, profesion perguruan menjadi satu rebutan sebahagian besar kepada lepasan sijil pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia lebih-lebih lagi jawatan tersebut diperlukan setiap tahun. Namun, pada masa sekarang lulusan ijazah sarjana muda dalam pendidikan merupakan syarat untuk menjadi guru, maktab-maktab perguruan yang menawarkan diploma pendidikan juga telah dinaik taraf oleh kerajaan menjadi ijazah pendidikan. Kelayakan guru ijazah dan bukan ijazah sememangnya mempunyai kesan terhadap pendidikan khususnya dimalaysia. Misalnya, guru sandaran tidak terlatih walaupun mereka telah lama berkhidmat di sebuah sekolah tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang pendidikan berbanding dengan guru lepasan ijazah yang mempunyai pengetahuan terutamanya dalam ilmu pedagogi, kaedah dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, tidak wajarlah sekiranya mengatakan mereka tidak layak untuk menjadi seorang guru, sekiranya mereka ingin kekal dalam jawatan sebagai guru mereka seharusnya mengikuti kursus pendidikan yang diiktiraf oleh kementerian pelajaran. Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang membincangkan tentang perbezaan stail kognitif diantara guru-guru lepasan ijazah dan bukan ijazah dalam pengkhususan

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

matematik, pengkaji menyatakan bahawa terdapat perbezaan stail kognitif antara guru lepasan ijazah dan bukan ijazah (KDPM, SPM,STPM). Dimana, guru-guru lepasan ijazah mempunyai stail kognitif yang tinggi berbanding dengan guru bukan ijazah. (http://www.ipbl.edu.my/Bm/penyelidikan/seminarpapaers/2007/TeacherEnd/cheahIPSA Hfp.pdf) Menurut Messik(1970), stail kognitif merupakan kebiasaan memproses maklumat yang mewakili gaya seseorang pelajar mempersepsi, memikir,

menyelesaikan masalah dan mengingati sesuatu. Justeru, guru yang mempunyai stail kognitif yang tinggi akan memberi kesan yang lebih besar terhadap pencapaian pelajar berbanding dengan guru yang mempunyai stail kognitif yang rendah. Oleh itu, implikasi terhadap kelayakan guru amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang berdaya saing dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

Rujukan Perbandingan stail kognitif di kalangan Guru pelatih berpengkhususan matematik dan

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

implikasi terhadap pemilihan bakal calon guru pelatih. [online] diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/Bm/ penyelidikan/seminarpapaers/2007/ TeacherEnd/cheahIPSAHfp.pdf (16 ogos 2010) Messick, S.(1970). The criterion problem in the evaluation of instruction : Assessing Possible, not just intended outcomes. Learning performance and individual Differences, Glenview, 100-116.

SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak


D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 39500, TANJUNG MALIM, PERAK. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NAMA : MELCORRA ANNE BT JUDEH NO. MATRIK :D20071029738 ASUHAN AWAL KANAK-KANAK (SHV 4193) TAJUK : KUIZ NAMA PENSYARAH : EN. KAMARUL AZMAN B ABD.SALAN TARIKH HANTAR : 18 OGOS 2010

You might also like