You are on page 1of 5

7 Adab Murid Terhadap Guru Yang Perlu Diaplikasikan

Pada tahun ini sahaja kita sering mendengar isu permasalahan akhlak pelajar yang semakin

menjadi-jadi tidak kira di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah sehingga menjadi topik

utama akhbar dan berita.

Terdapat banyak kes mengenai pelajar yang menumbuk, menendang, mencalarkan kereta guru

dan memeras ugut guru mereka yang memberi teguran jika mereka melakukan kesilapan di dalam

kelas dan mendenda mereka apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah.

Oleh itu, disini terdapat beberapa adab yang patut dicontohi oleh semua murid terhadap guru.

Hal ini demikian, kerana guru umpama ibubapa kita yang sentiasa mendidi k kita tanpa jemu dan

lelah.

#1 – Memberikan Salam Kepada Guru

Lihat pada zaman dahulu murid akan mengelak daripada bertembung dengan guru kerana

perasaan takut dan hormat yang terlalu tinggi.

Tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini guru pula perlu memberi laluan kepada murid kerana

murid hari ini beranggapan urusan bersama guru telah selesai apabila diluar bilik darjah.

Jadi, untuk mengembalikan persekitaran pembelajaran yang mesra dan sentosa, budaya memberi

salam kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap murid supaya dapat mewujudkan suasana

hormat- menghormati antara murid terhadap guru.

Di samping itu, salam juga merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh baginda

Rasulullah S.A.W untuk merapatkan hubungan silaturahim.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda:


Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang

yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang

ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua.Riwayat al Bukhari dan

Muslim

#2 – Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap -cakap

dengan teman di sebelah.

Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang

sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyebabkan kita tidak dapat

memahami perkara yang diterangkan oleh guru.

Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adala h sangat tidak

beradab menurut Islam.

Tetapi, lain pula dengan situasi hari ini yang dapat kita lihat ialah murid semakin mendominasi

situasi kelas seolah-olah lebih berkuasa daripada guru.

#3 – Jangan Bercakap Jika Tidak Ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, murid seharusnya

bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal oleh guru.

Hal ini demikian kerana apabila seorang murid bercakap ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak

beradab dengan orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagaimana firman Allah

S.W.T;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan kamu”Surah An-

Nisa’ ayat 59
Perkataan Ulul-Amri di dalam ayat tersebut boleh dinisbahkan kepada guru yang mana darjat

mereka juga sangat tinggi disisi Allah.

Dan melalui ayat tersebut jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap

arahan guru kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

#4 – Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan sesekali menyangkal

kata-kata guru.

Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai murid membantah setiap nasihat dan teguran guru

yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita sendiri.

Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik di dalam kelas, kemudian

kita menegur bahawa formula yang diajar oleh guru itu salah di hadapan kawan -kawan sekelas,

perkara ini akan menjatuhkan air muka guru yang mungkin menjejaskan pekerja annya sebagai

guru.

Ini kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk membuat teguran kepada guru

yang mungkin terlepas pandang bahawa berlaku sedikit kesalahan dalam sesi pengajarannya.

#5 – Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Selain itu, jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan ilmu.

Hal ini demikian kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam Islam

sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;

“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau berbisik berduaan sementara yang

ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat

orang yang ketiga tadi bersedih”.Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan menyinggung perasaan

orang lain yang berada di sekitar kita.

Jika berbisik di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan dia

tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang mengajar di hadapan.

Perkara tersebut mungkin akan menimbulkan prasangka buruk di dalam diri guru tersebut.

#6 – Jangan Berburuk Sangka Kepada Guru

Di samping itu, antara adab yang perlu diamalkan oleh seorang murid terhadap guru ialah jangan

pernah berburuk sangka kepada guru.

Hal ini demikian kerana sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang murid kerana seorang murid

tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan gurunya.

Contohnya, jika seorang murid itu telah melihat gurunya melakukan sesuatu perkara yang pada

zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka hanya guru itu yang tahu akan

segala perbuatannya.

Ini kerana selagi perkara yang dilakukan guru itu tidak m enyalahi Islam, maka tidak perlu bagi

seorang murid untuk hilang rasa hormat dan tidak beradab ketika bersama guru.

#7 – Berdiri Apabila Guru Bangun @ Masuk Kelas

Adab yang perlu dipraktikkan oleh murid yang seterusnya ialah berdiri apabila guru bangun.

Hal ini demikian kerana kedudukan seorang guru itu sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi seorang

murid yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan keluar kelas kerana

itu menandakan yang kita amat menghormati guru.

Contoh lainnya, jika kita terpaksa berselisih dengan guru untuk menggunakan laluan tertentu,

sebagai murid kita perlu dahulukan guru untuk menggunakan laluan tersebut.
Jika dilihat pada zaman sekarang, ada segelintir murid seolah-olah tidak kisah perihal bangun

menghormati guru masuk dan keluar kelas dan tidak kisah akan cara-cara menghormati guru yang

sepatutnya dipraktikkan jika berselisih dengan guru.

Kesimpulannya, walaupun pada hari ini terdapat pelbagai isu berkaitan adab dan akhlak murid

yang kian luntur.

Sebagai masyarakat yang melihat perkara ini kita perlulah memainkan peranan penting untuk

memperbaiki isu ini dengan memberi teguran dengan cara yang betul.

Sebagaimana yang diketahui umum, guru ibarat ibu bapa kita kerana mereka juga berusaha keras

mendidik, membimbing, dan mengajar kita menjadi insan yang berguna.

Jadi, jangan sesekali kita menyangkal kata-kata guru yang telah mencurahkan ilmu mereka

kepada kita.

Selain itu, sebagai murid kita haruslah mengelakkan daripada melakukan perkara yang

menunjukkan kita tidak beradab ketika di hadapan guru.

Disini jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan guru kita

sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Akhir kata, bukan hanya 7 adab ini sahaja yang perlu dicontohi oleh seor ang murid, malah

terdapat banyak lagi adab-adab yang perlu dipraktikkan oleh seorang murid yang berjaya kerana

murid yang berjaya merupakan murid yang sangat menjaga adabnya ketika bersama gurunya.

You might also like