You are on page 1of 3

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. Tugasan 1 : Laporan Temu Bual

2. Tugasan 2 : Penulisan Akadamik

3. Rujukan

4. Lampiran
TUGASAN 1: LAPORAN TEMUBUAL

Saya telah menjalankan sesi temu bual dengan guru besar Sekolah Kebangsaan
Pulai, Melaka iaitu Encik Abdul Kadir Bin Abu Samah. Tujuan saya melaksanakan sesi temu
bual ini adalah untuk meminta pandangan tentang ciri-ciri guru sebagai seorang profesional,
isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru serta peranan guru sebagai pemimpin
profesional dari pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Semasa menjalankan sesi
temu bual tersebut. Saya telah mengajukan beberapa soalan bagi menjawapan persoalan
tersebut.

Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, terdapat beberapa ciri guru
sebagai seorang profesional yang telah diterangkan oleh beliau. Antaranya ialah
melaksanakan tugas dengan amanah. Beliau juga berkata bahawa melaksanakan tugas
dengan amanah ini mempunyai skop yang luas iaitu dari segi masa, duit dan harta benda
sekolah. Selain itu, ciri-ciri lain guru sebagai profesional ialah sering menjalani latihan untuk
meningkatkan kemahiran. Beliau memberikan contoh guru-guru akan dihantar ke kursus
yang berkaitan dengan bidang tugas tersendiri untuk meningkatkan kemahiran supaya dapat
dikongsikan kepada guru-guru yang lain. Selain itu, guru juga diberikan kursus apabila
terdapat perubahan dalam sistem pendidikan supaya pendidikan berkembang seiring
dengan peredaran masa.

Ciri guru sebagai seorang profesional seterusnya ialah guru mempunyai kod etika
tersendiri seperti kerjaya profesional yang lain. Beliau ada menyebut istilah white collar yang
membawa maksud individu yang bekerja sabagai pecawai atau persekitaran profesional.
Guru juga terikat dengan kod etika keguruan yang merupakan landasan dan garis panduan
untuk menjaga imej profesionnya.

Selain itu, saya juga ada mengutarakan soalan yang berkaitan dengan isu dan
cabaran guru pada zaman kini yang menuju kearah negara maju. Pendapat yang diberikan
oleh Encik Kadir ialah guru menghadapi cabaran dengan penggunaan teknologi dalam
pendidikkan. Sistem data sekolah kebanyakkannya memerlukan guru untuk melayari
internet dan menggunakan laptop akan tetapi ini menjadi cabaran bagi guru abad ke 20
dimana mereka kurang mahir dalam penggunaan teknologi. Selain itu, data yang perlu
dihantar memerlukan akses internet akan tetapi tidak semua tempat mempunyai akses
internet yang bagus. Guru memerlukan masa yang lama hanya untuk menghantar data yang
di minta sehingga guru perlu bersengkang mata pada lewat malam untuk menyelesaikan
tugasannya.

Di samping itu, beliau juga menambah bahawa murid pada masa kini terdedah
dengan teknologi secara khususnya internet. Ini juga merupakan cabaran bagi guru untuk
menghadapi murid berasalah. Murid mudah terdedah kepada pengaruh negatif kerana
kemudahan telah disediakan oleh ibu bapa mereka. Maka murid akan membawa pengaruh
tersebut di sekolah sebagai contoh gejala buli, mencuri, seksual dan memukul. Encik Kadir
berkata ini menyebabkan kes disiplin murid semakin meningkat. Beliau juga menambah, isu
dan cabaran yang guru hadapi pada masa kini ialah perubahan sistem pendidikan yang
terlalu kerap menyebabkan guru kurang fokus pada sesuatu perubahan. Beliau berpendapat
perubahan yang dibuat ke atas sistem pendidikan membuatkan guru akan mudah keliru.

Bagi soalan seterusnya iaitu peranan guru sebagai pemimpin profesional dari aspek
pengajaran dan pembelajaran, Encik Kadir memberikan pandangan bahawa guru perlu
menunjukkan contoh yang baik supaya murid-murid dapat meniru perilaku guru. Tugas guru
bukan hanya terhad kepada memberikan ilmu kepada murid tetapi guru juga membentuk
murid dari segi sahsiah supaya menjadi insan yang berguna. Maka peranan guru ialah
mempamerkan keperibadian murni dan baik supaya murid dapat menjadikan guru sebagai
role model dalam hidup mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa guru juga berperanan sebagai pemudahcara


samada bersama murid serta rakan sekerja. Pemudahcara untuk murid adalah guru
mengambil berat kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah difahami oleh murid
serta membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar. Bagi pemudahcara
rakan sekerja, guru memberikan bimbingan atau idea kepada rakan sekerja tentang sesi
pengajaran dan pembelajaran yang boleh di praktikkan di dalam kelas akan datang. Ini
merujuk kepada perlaksanaan program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

Kesimpulanya, ciri-ciri guru sebagai seorang profesional dilihat dari segi amanah
melaksanakan tugas, berpengetahuan tinggi dan kod etika yang dijadikan sebagai landasan.
Isu dan cabaran guru juga berubah mengikut peredaran masa. Teknologi bukan hanya
memberikan kesan positif malah ada juga kesan negatifnya terhadap pendidikan. Akhirnya
sebagai seorang guru berperanan penting untuk mendidik anak-anak bangsa yang
merupakan harapan masa depan negara.

You might also like