You are on page 1of 12

Tugasan 1:

i.Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda ,jelaskan bagaimana penilaian


membaca berasaskan Penilaian berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan.
Pengenalan
Sistem pendidikan negara sentiasa berkembang dan berubah, selaras dengan keperluan
dan arus perubahan. Di negara kita, Malaysia, pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) sekolah rendah mula dilaksanakan mulai tahun 2011 dan peringkat
menengah rendah pula mulai tahun 2012 .
Pelaksanaannya berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang
menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut;
a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang
penilaian berasaskan sekolah;
b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan,
garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan
peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahantentang
peperiksaan.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mentaksir proses dan produk secara formatif
dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of
learning. Disamping itu, PBS juga mentaksir bidang akademik dan bidang bukan
akademik. Merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Komponen PBS pula terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan
akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran
1

Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Sehubungan dengan itu, pengoperasian hendaklah dilaksanakan berdasarkan
dokumen Panduan Pengurusan PBS, surat pekeliling dan surat siaran PBS yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kedua-dua kategori di atas memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan
sumatif yang berasaskan sekolah.
Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala
pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan
tahun. Oleh itu, jelaslah bahawa PBS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning)dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
Sebagai seorang penilai, guru perlu akur dengan peraturan-peraturan am
pentaksiran berasaskan sekolah, yang telah ditetapkan. Selaku pentaksir dan penilai, guru
juga perlu akur dan merujuk dokumen yang telah ditetapkan. Contoh, Panduan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi(DSP) dan Manual
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Selain itu, peranan guru dalam pentaksiran membantu memperbaiki pembelajaran
murid berdasarkan maklumat yang diperoleh, menjadi pemudahcara, membuat
pemerhatian, mendapatkan maklumat dan memberi maklum balas yang positif.

Dasar Pelaksanaan PBS


Sistem Band diwujudkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ada berapa Tahap
Band yang dinilai oleh guru bagi menentukan pencapaian murid-murid sekolah. Setiap
2

tahap-tahap BAND mempunyai maksud tersendiri. Sistem pendidikan KSSR berbeza


dengan KBSR. Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras
tertentu yang disusun secara tatatingkatndigunakan bagi tujuan pelaporan individu..
Dalam sistem penilaian KSSR tiada sistem Peperiksaan untuk menilai prestasi dan
pencapaian murid. Sistem Peperiksaan ini telah diganti dengan sistem BAND bagi menilai
pencapaian dan restasi seseorang murid dan pelajar di sekolah. Secara ringkas, dahulunya
gred ABC digunakan dalamKBSR untuk menentukan tahap pelajar. Tetapi dalam sistem
KSSR gred ABC telah digantikan dengan sistem BAND.
Terdapat 6 Tahap dan maksud-maksud peringkat Band yang menentukan prestasi
seseorang

murid

adalah

berbeza. Sistem

Band

KSSR mempunyai 6

Peringkat

Band iaitu Band 1 hingga Band 6.

Band 1 Tahu

Band 2 Tahu dan Faham

Band 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Band 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap

Band 5 Tahu,faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji

Band 6 Tahu,Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Mithali

Proses Dan Pelaksanaan Pentaksiran


Huraian seterusnya ialah tentang pengalaman saya melaksanakan proses pentaksiran.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia , Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan Tahap 1, menyatakan bahawa kemahiran
bahasa yang wajar dikuasai oleh murid, hendaklah menepati standard kandungan dan
standard peembelajaran yang telah ditetapkan.
Manakala objektif kemahiran membaca adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan:
i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi
perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding ,
3

digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;


ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut
tanda baca dan intonasi yang betul;
iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk
mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan
urutan dengan betul;
iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan
menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul;dan
v. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan,
memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.
Berikut ialah standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid tahun 2
Standard Kandungan
Kandungan Kemahiran Membaca
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk
memberi respons dengan betul.
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam pelbagai bahan dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupukminat
membaca.
Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul.

2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau
tiga suka kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan
yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan
sebutan yang betul
2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul
dan berjeda
2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul mengikut tanda baca.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea
sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan
maklumat mengikut urutan dengan betul.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan
multimedia yang sesuai
2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan
betul.
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan
meningkatkan kelancaran bacaan.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur
untukmenambahkan ilmu dan kosa kata.
Namun begitu, huraian berikut akan menjelaskan tentang proses penilaian
membaca untuk instrumen satu

standard kandungan dan standard pembelajaran

kemahiran membaca.
Standard Kandungan
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam pelbagai bahan dengan betul.
Standard Pembelajaran
5

2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan
betul.
Berikut satu contoh instrumen pentaksiran Bahasa Melayu tahun 2, berkaitan
dengan standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah saya laksanakan di
sekolah.
Kemahiran
Band
Pernyataan

Membaca
5
Memahami, menaakul dan memberikan respons, menyampaikan

Standard

sesuatu perkara yang di dengar, ditutur, dibaca dan ditulis dalam

Diskriptor

pelbagai situasi
B5 DB1
Membaca,

memahami

dan

menyatakan

maksud

untuk

memindahkan maklumat dengan tepat.


B5 DB1E1

Evidens

Menyusun maklumat tersurat dengan tepat.


5.1.6
Bahan

Aktiviti
Pentaksiran

Petikan
Gambar
Lembaran Kerja
Langkah Pentaksiran
Membaca dan memahami ayat.
menyusun maklumat berdasarkan petikan.

Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi


Bahasa Malaysia Tahun Dua
Nama :

Tarikh : ..

Kelas :
Rujukan

: B5DB1E1

Arahan

: Baca petikan di bawah.

Amir bangun tidur pada pukul 6.30 pagi. Selepas mengemas katil, dia mandi dan
menggosok gigi supaya badannya bersih dan berbau harum. Dia memakai pakaian
sekolah dan bersarapan dengan ibu, bapa serta adiknya. Amir makan dengan sopan
6

supaya makanan tidak tertumpah ke atas pakaian sekolahnya. Kemudian, Amir menaiki
bas untuk ke sekolah. Semasa menaiki bas, dia sentiasa ingat pesanan ibunya supaya
berhati-hati. Amir mengikut pesanan ibunya kerana mahu sentiasa selamat sampai ke
sekolah. Di sekolah, Amir belajar bersama rakan-rakannya di kelas 2 Bestari. Dia sentiasa
menumpukan perhatian semasa guru mengajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Nomborkan pernyataan berikut mengikut urutan yang betul .
Amir menaiki bas dengan berhati-hati supaya sampai ke sekolah dengan
selamat.
Amir

menumpukan

perhatian

semasa

belajar

kerana

hendak

menjadi murid yang cemerlang.


Amir bangun tidur pada pukul 6.30 pagi lalu mengemaskan katil.
Amir mandi supaya badannya bersih dan berbau harum.
Ibu selalu berpesan kepada Amir supaya sentiasa berhati-hati semasa
menaiki bas.
Amir dan keluarga akan bersarapan bersama-sama sebelum ke sekolah.

Gambar yang digunakan oleh guru.

Huraian
YAB Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah mengeluarkan kenyataan
media mengenai penambahbaikan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) pada 18 Mac
yang lalu. Beliau menyatakan berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan
kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama

berkaitan perlaksanaan

pentaksiran sekolah.
Antaranya, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang
menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens
8

yang banyak. Antara perubahan untuk penambahbaikan tersebut ialah kementerian telah
menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Sebagai seorang pentaksir, saya mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan
yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid
berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Pentaksir boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa
dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu
bapa.
Dengan yang demikian, pentaksir tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan
data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa pula yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak
sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
Selepas itu,hasil pentaksiran bagi setiap murid akan dimasukkan dalam Fail
Perkembangan Murid, dan merekod yang perlukan banyak masa dan tumpuan. Selain itu,
guru perlulah membuat perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS
(SPPBS) secara atas talian (online). Talian terus memerlukan komitmen dan disiplin yang
tinggi daripada kalangan guru. Luang masa yang ada banyak digunakan untuk
melengkapkan perekodan murid.
Jelaslah, bahawa penambahbaikan pentaksiran yang telah diumumkan oleh
Menteri Pendidakan, saya amat alu-alukan, kerana sedikit sebanyak

telah banyak

meredakan kesukaran dan keluhan para guru. Contoh, isu pengurusan fail yang rencam
meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
9

Bagi menangani masalah ini, pentaksir tidak perlu lagi menyediakan FPM dan
melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh
dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Berkaitan perekodan prestasi murid melalui
Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan
memakan masa yang lama, pentaksir tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid
menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Pentaksir boleh merekodkan
perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Sehubungan dengan itu, oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens
telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan
mengisi

dan

merekodkan

penilaian

pelajar

ke

dalam

sistem

komputer

berpusat. Seterusnya, memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan


pembelajaran.

Kesimpulan
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh
membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
Daripada hasil pentaksiran, pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab
mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai
insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada

10

pembangunan negara. Jelaslah bahawa proses penilaian hendaklah di laksanakan dengan


kesungguhan dan serius oleh semua pihak
Llllllllllllllllllllllllllllllllllllll
Oleh itu,
dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh
murid.
Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih
berkesan.
Terdapat banyak kaedah yang sesuai digunakan dalam kemahiran membaca seperti membaca
secara berhati-hati iaitu dengan menumpukan terhadap apa yang dibaca dan mengelakkan
gangguan televisyen serta bunyi bising semasa membaca. Terdapat banyak masalah yang
berkaitan dengan kemahiran membaca seperti pelajar buta huruf namun begitu, kerajaan telah
menjalankan banyak program untuk mengatasi masalah seperti ini. Walaupun demikian,
masalah
ini tidak mudah untuk diselesaikan tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu
bapa
dan guru.
lllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

Rujukan
Zulkifley Hamid : Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1994
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah, Ogos 2010, Pendidikan Disleksia, Selangor.
Penerbitan Multimedia.
Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1Tahun 2011: Penambahbaikan
Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun
2011 -KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22Februari 2011.
Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan
Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun
2012 -KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.
http://www.kssronline.com/2014/03/penambahbaikan-pentaksiran-berasaskan.html
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122
Abu Bakar Yusuf (2005). Nota Kuliah Prinsip Pengajaran Penulisan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. Prinsip pengajaran
penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Azman Wan Chik (1986). Mengajar bahasa malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
11

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas perkaedahan mengajar bahasa. Kuala


Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah pengajaran bahasa melayu kurikulum
bersepadu sekoah rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Nordin Mamat. (2005). Asas sosial kanak-kanak. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn.
Bhd.
Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan
berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan
pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malayasia.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995). Bacalah sayang!: panduan untuk ibu bapa ke
arah
pembacaan awal. Selangor: Times Editions Pte.Ltd.
Shukri Zain (2007). Pengantar pemikiran. Tanjong Malim: Quantum Books.
Yusup Hashim dan Razmah Man (2005). Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi.
Tanjong
Malim: Syarikat Perintis Tanjong Malim.

12

You might also like