You are on page 1of 15

GABUNGAN PENULIS NASIONAL

GAPENA
PENGENALAN
• Ditubuhkan pada 23 Oktober 1970.
• GAPENA merupakan sebuah gabungan
persatuan penulis dan budayawan di Malaysia
yang berteraskan bahasa Melayu.
• GAPENA beribu pejabat di Rumah GAPENA,
JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling, 50560
Kuala Lumpur, Malaysia.
• Logo GAPENA ini telah diilustrasikan oleh sdr
Mazlan Noor pada awal tahun 80an.
• mempertahankan hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara sebagaimana termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;
• Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi Bahasa
Kebangsaan yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
• berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan
kebudayaan Kebangsaan di peringkat negeri, negara dan
antarabangsa;
• Menyatupadukan persatuan-persatuan penulis Malaysia yang
bergiat dalam Bahasa Kebangsaan;
• Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan
penulis;
• Memberikan sumbangan moral secara positif kepada tujuan dan
cita-cita Gabungan; dan
• Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis
memajukan bakat mereka.
PENGORGANISASIAN
PENTADBIRAN
• Menganjurkan pertemuan untuk para penulis
dan menubuhkan jawatankuasa tertentu yang
berfungsi menjaga kepentingan bahasa dan
sastera Melayu.
• YBHG DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN
DATUK WIRA BORHAN
• KETUA SATU GAPENA (2016 – 2018)
• Seorang bekas staf akademik Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya yang mula berkhidmat
sebagai Tutor pada 1977 dan kini bersara selepas
berkhidmat selama 34 tahun bersama Universiti
Malaya. Selain sebagai bekas Profesor Madya,
juga bekas Pengarah di Akademi Pengajian
Melayu (2006-2011).
SUMBER MANUSIA-
• Terdiri daripada penulis tanah air yang
mempunyai kepakaran sastera dan bahasa.
Contohnya penulis daripada PELITA, PENA,
PUSPA dan wakil daripada penulis Semenjung,
Sabah dan Sarawak.
• Anggota Gabungan terdiri dai persatuan penulis
yang berdaftar dan menjalankan kegiatan
penulisan dalam Bahasa Kebangsaan;
• Permohonan menjadi ahli mestilah diputuskan
oleh mesyuarat agung Persatuan yang
berkenaan;
• Permintaan untuk menjadi anggota Gabungan
hendaklah dibuat melalui Setiusaha Satu,
Gabungan dengan mengisi borang yang
disedikan; dan
• Penerimaan mejadi anggota Gabungan adalah
ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja.
• PEMASARAN-KARYA SASTERA
- Memperkenalkan buku-buku sastera kreatif
serta Kesusasteraan Melayu di peringkat
antarabangsa.
- Contohnya, pada bulan April 1978 telah
mengusahkan pameran buku-buku sastera di
Bangkok.
- Menarik minat orang luar dengan
kesusasteraan Melayu.
• KEWANGAN
- Tidak berasaskan keuntungan semata-mata.
- GAPENA sendiri memberikan sokongan
material kepada matlamat serta cita-cita
gabungan.
- Mendapat sumbangan daripada badan seperti
Yayasan sabah dan Bank Bumiputera.
- Mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.
PENYELIDIKAN
• Persidangan, forum , kritikan dan
seminar bertaraf nasional dan
antarabangsa juga berjaya dilaksanakan.
• Contoh, Seminar Kesusasteraan
Nusantara, Seminar Persidangan Penulis
Asean.
• Dapat dijadikan platform percambahan
dan perkongsian ilmu.
KEGIATAN
• Penghasilan karya sastera dan bengkel
kesusasteraan serta bahasa.
• Contoh, peraduan yang telah dianjurkan ialah
sayembara yang diadakan dengan kerjasama
Yayasan Sabah pada tahun 1975 dan 1978.
Menerusi sayembara tersebut, muncul novelis
hebat seperti Anwar Ridhwan dan A. Talib
Hassan.
• GAPENA juga menganjurkan Hadiah Puisi
Putra 1 dengan kerjasama Bank Bumiputera.
• Menganjurkan Hari Sastera, Anugerah Budaya
serta mendapat pengiktirafan kerajaan dan
antarabangsa sebagai wakil penulis Malaysia.
PENERBITAN
• Aktiviti-aktiviti GAPENA melibatkan penerbitan
karya kesusasteraan dan karya umum seperti
buku-buku akademik dan pengetahuan serta
menerbitkan majalah iaitu Warta Gapena sebagai
lidah rasmi GAPENA.
• Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam
rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu
pengetahuan.
• Menerbitkan karya hasil daripada peraduan yang
dianjurkan sekaligus mencungkil bakat penulis-
penulis baharu.
Kesimpulan
• Kesimpulannya, perjalanan hayat GAPENA
telah menempuh waktu lebih empat dekad.
Pelbagai cabaran, rintangan, dan kejayaan
telah dilalui dar diraih semenjak
penubuhannya.

You might also like