You are on page 1of 19

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

(SGDE 4013)

TAJUK :
PEMBANGUNAN DAN ANALISIS ITEM

DI SEDIAKAN OLEH :
MOHD ZUBIR BIN MANAP (824704)
MUHAMMAD NUR IRSYAD BIN YAHYA (824706)
NORIDA BINTI MINHAT @ MINHAJ (824713)
AMINAH NAJIHAH BINTI JAAFAR (824767)

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. NURLIYANA BINTI BUKHARI
1.0 Pendahuluan

Kajian ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid terhadap subjek bahasa Melayu.

Penilaian yang ingin dilihat adalah dari aspek pemahaman murid terhadap topik yang

telah diajar sehingga pertengahan tahun. Responden bagi kajian ini adalah murid

tingkatan 1 yang berkebolehan sederhana di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar

Baru Bukit Kayu Hitam, Daerah Kubang Pasu. Seramai 30 orang murid iaitu 18

orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan dari kelas berkebolehan

sederhana telah dipilih bagi menjawab ujian tersebut. Proses pengutipan data

mengambil masa setengah jam dan dijalankan pada waktu kelas bahasa Melayu.

Pada hari yang telah ditetapkan, guru mengedarkan kertas soalan ujian kepada murid

dan jawapan dijawab terus dalam kertas ujian tersebut. Kertas soalan ujian

dikumpulkan semula setelah murid menjawab soalan. Kedudukan meja murid

dijarakkan semasa menjawab soalan. Semua murid yang menjawab soalan pada hari

tersebut juga dalam keadaan sihat. Tiada murid yang meminta keluar ke tandas atau

mengadu tidak selesa ketika menjawab soalan. Ujian berlangsung pada waktu pagi

dan guru memantau murid menjawab soalan ujian yang dijalankan.

Bagi pembangunan instrumen, penyelidik telah berjumpa dengan guru bahasa

Melayu SMK Bandar Baru Bukit Kayu Hitam, Puan Erny Umira Binti Mohd Wasis

bagi mendapatkan contoh-contoh soalan ujian bahasa Melayu beserta skema

jawapan. Penyelidik telah mengubahsuai soalan ujian berdasarkan maklumbalas guru

bahasa Melayu tersebut. Soalan ujian hanya berkaitan dengan topik bahasa Melayu

yang telah diajar seperti penggunaan bahasa, kesalahan ayat dan pemahman.

Seterusnya dari segi konstruk kertas ujian, kertas ujian tersebut dibahagikan kepada

1
dua bahagian iaitu bahagian satu demografi responden iaitu jantina dan bangsa dan

bahagian dua adalah konstruk yang mempunyai tiga bahagian dan 20 item. Bahagian

satu mempunyai 8 soalan objektif (pelbagai pilihan jawapan), bahagian kedua

mempunyai 8 soalan (salah/betul), manakala bahagian ketiga mempunyai 4 item.

Berikut adalah pembahagian soalan dan markah bagi kertas ujian tersebut.

Jadual 1.1
Konstruk pembahagian soalan dan markah Ujiab bahasa Melayu Tingkatan 1
No. Konstruk Bil. soalan Objektif Bil. soalan Subjektif Jumlah

1. Penggunaan 8 -

bahasa
16 soalan (16markah)
2. Kesalahan bahasa 8 -

3. Petikan - 4 soalan 4 soalan (14 markah)

cerpen/syair 3i) 1 point= 1.5 markah


Jumlah 3 markah

3ii) 1 point= 1.5 markah


Jumlah 3 markah

3iii) 1 point=2 markah


Jumlah 4 markah

4i) 1 point= 2 markah


Jumlah 4markah

Selain itu, bagi aras penyoalan, aras pemikiran dan teori penyoalan merupakan faktor

penting dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu

dalam kalangan murid sekolah menengah. Aras ini memerlukan kepakaran guru

dalam membentuk soalan ujian atau peperiksaan. Oleh itu, bagi pembinaan jadual

spesifikasi ujian dan rubrik, penyelidik telah mengadakan perbincangan bersama

guru bahasa Melayu tingkatan 1 bagi mendapatkan pandangan. Guru tersebut telah

memberikan contoh-contoh soalan ujian yang dibina berdasarkan model Taksonomi

Bloom. Berdasarkan kajian perpustakaan, model Taksonomi Bloom adalah berkait

2
rapat dengan panduan analisis aras kognitif dan membantu guru mengkategorikan

aras soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Jadual 1.1

soalan bagi aras mengingati dan aras memahami disoal dalam bahagian A dan B.

bagi aras mengaplikasi disoal satu soalan dalam bahagian A sahaja. Manakala, aras

menganalisa dan aras menilai disoal dalam ketiga-tiga bahagian. Seterusnya aras

tinggi iaitu aras mencipta hanya disoal satu soalan dalam bahagian C sahaja. Berikut

adalah jadual spesifikasi ujian dan jadual rubrik hasil daripada perbincangan dengan

guru tersebut.

Jadual 1.2
Jadual Spesifikasi Ujian
Bahagian A Bahagian B Bahagian C
Aras objektif (Penggunaan (Kesalahan (Petikan Cerpen/
Jumlah Soalan
Bahasa) Bahasa) Syair)
Mengingati 2 2 4 (20%)
Memahami 3 3 6 (30%)
Mengaplikasi 1 1 (5%)
Menganalisa 1 1 2 4 (20%)
Menilai 1 2 1 4 (20%)
Mencipta 1 1 (5%)
Jumlah Soalan 8 8 4 20
(40%) (40%) (20%) (100%)

Jadual 1.3
Rubrik Pemarkahan Bagi Ujian Bahasa Melayu Tingkatan 1
Bil Konstruk Jawapan Markah
Bahagian A: Penggunaan Bahasa
Isikan tempat kosong
1. Perlawanan bola sepak itu bermula C - dari 1 markah
_________10.00 malam hingga pukul 1.00
petang.
2. Pihak kerajaan akan mengadakan kempen basmi B – semasa ke semasa 1 markah
kemiskinan _____________.
3. Ahmad giat berlatih sebagai persiapan untuk D - olahraga 1 markah
kejohanan ____________ dan balapan peringkat
negeri.
4. Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan B - silaturahim 1 markah
_____________ antara jiran.
5. Isteri Encik Rajen telah selamat melahirkan A – tengah hari 1 markah
seorang bayi lelaki _____________ tadi.
6. Bapa terpaksa mencagarkan tanah ____________ C - kepada 1 markah
pihak bank untuk membiayai pengajian adik.
7 Saya berharap ___________ masalah keluarga B- supaya 1 markah
Amir akan dapat diselesaikan segera.

3
8. Jenazah Sultan Ali akan dimakamkan C - dengan 1 markah
______________ penuh adat istiadat diraja.
Bahagian B : Kesalahan bahasa
Tentukan ayat tersebut betul atau salah
1. Yang di-Pertuan Agong bertitah sempena betul 1 markah
sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-58
di Istana Negara.
2. Amalan saling menegur sesama jiran tetangga betul 1 markah
akan mengeratkan silaturahim antara masyarakat
setempat.

3. Siber kafeteria yang dibuka di merata-rata tempat salah 1 markah


banyak menyumbang keburukan kepada para
remaja.
4. Walaupun sudah berusia 85 tahun, ayah masih salah 1 markah
sehat dan meneruskan kerja-kerja rutin sebagai
penulis.
5. Prinsip Rukun Negara dapat memupuk semangat betul 1 markah
muhibah dalam kalangan masyarakat majmuk di
negara ini.
6. Beberapa orang pegawai di syarikat kewangan itu salah 1 markah
terpaksa bekerja lebih masa kerana menyiapkan
lapuran yang akan dibentangkan dalam mesyuarat
nanti.
7. Puan Salina gemar memasak ayam sup untuk salah 1 markah
anak-anaknya.
8. Para-para pelanggan Restoran Ali Rahman salah 1 markah
beratur untuk membeli roti canai yang enak di
restoren itu.
Konstruk 3: Petikan cerpen/syair
Jawab soalan berdasarkan petikan
1a. Berdasarkan petikan di atas, apakah masalah 1. Dia akan malu sekiranya 1 point=
yang dihadapi oleh Azizah? tidak memberikan hadiah 1.5 markah
kepada guru.
2. Azizah tidak ada wang Jumlah 3
untuk membeli hadiah. markah
3. Abangnya jauh di Shah
Alam untuk membantunya
membuat hadiah.
1b. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam 1.Hadiah ialah penghargaan 1 point=
petikan tersebut. murid atas jasa dan bakti 1.5 markah
seorang guru.
2. Persoalan tentang Jumlah 3
kebijaksanaan ibu untuk markah
memujuk anak.
1c. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu 1.Guru merupakan golongan 1 point=2
menghargai jasa seorang guru yang sanggup bersusah markah
payah menyampaikan ilmu
kepada anak muridnya. Jumlah 4
2.Guru juga sentiasa markah
berusaha dengan gigih untuk
meningkatkan prestasi anak
muridnya sama ada dari
aspek akademik mahupun
kokurikulum.
2a. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam 1. Empat rangkap 1 point= 2
petikan Syair Pohon Buluh tersebut? 2. 4 baris serangkap markah
3.4-5 patah perkataan sebaris
4. 9-12 suku kata sebaris Jumlah
4markah

4
Seterusnya bagi soalan ujian bahasa Melayu beserta skema pemarkahan adalah

seperti dilampiran.

2.0 Analisis Data

Pakej perisian SPSS versi 20.0 digunakan bagi menganalisis data yang telah dikutip.

Prosedur di dalam menganalisis data melibatkan beberapa langkah seperti

pengekodan dan saringan data untuk dianalisis (Sekaran & Bougie, 2010). Jadual 2.1

menunjukkan dapatan analisis markah yang telah dijalankan.

Jadual 2.1
Statistik diskriptif dan analisis item untuk Ujian Bahasa Melayu Tingkatan 1
CORRECTED ITEM-TOTAL CRONBACH'S ALPHA IF
ITEM MEAN SD
CORRELATION ITEM DELETED
Bhg_A_1 0.37 0.49 0.17 0.597
Bhg_A_2 0.20 0.407 0.246 0.590
Bhg_A_3 0.63 0.49 0.359 0.574
Bhg_A_4 0.7 0.466 0.368 0.574
Bhg_A_5 0.87 0.346 0.226 0.593
Bhg_A_6 0.30 0.466 0.134 0.601
Bhg_A_7 0.27 0.45 0.283 0.585
Bhg_A_8 1.00 0 0 0.606
Bhg_B_1 1.00 0 0 0.606
Bhg_B_2 0.33 0.479 0.113 0.603
Bhg_B_3 0.97 0.183 -0.212 0.616
Bhg_B_4 0.83 0.379 0.178 0.596
Bhg_B_5 0.50 0.509 0.338 0.576
Bhg_B_6 0.97 0.183 -0.212 0.616
Bhg_B_7 0.73 0.45 -0.051 0.620
Bhg_B_8 0.67 0.479 0.031 0.612
Bhg_C_1a 1.97 0.999 0.697 0.469
Bhg_C_1b 0.73 0.691 0.597 0.523
Bhg_C_1c 1.97 1.098 0.258 0.594
Bhg_C_2a 3.53 1.137 0.1 0.638
SCALE RELIABILITY (CRONBACH'S ALPHA FOR TOTAL SCORE) 0.605
SCALE MEAN 18.53
SCALE SD 3.91
N 30

5
Berdasarkan Jadual 2.1 min markah bahagian A dan bahagian B bagi soalan objektif

adalah diantara 0.2-1.00 dan Cronbach alpha antara 0.574-0.620. Bagi bahagian C

pula, min diantara 0.73-3.53 dan Cronbach alpha pula diantara 0.469-0.638.

Seterusnya, berdasarkan analisis tersebut soalan nombor 2 bahagian A menunjukkan

min yang terendah iaitu 0.2. Secara umumnya, jika dilihat kepada nilai min tersebut

soalan ini menunjukkan aras kesukaran tinggi kerana ramai murid tidak dapat

menjawab dengan betul. Tetapi apabila penyelidik melihat dengan lebih terperinci

kepada soalan tersebut, terdapat dua jawapan yang boleh digunakan untuk menjawap

soalan tersebut. Jawapan tersebut mengelirukan murid dan menyebabkan murid

gagal menjawab dengan betul. Oleh itu, penyelesaian bagi mengatasi soalan tersebut

ialah pertama guru boleh memberi markah kepada kedua-dua jawapan yang dijawab

oleh murid, kedua guru boleh menukar ayat soalan tersebut dan ketiga guru menukar

salah satu jawapan kepada jawapan yang salah.

Analisis seterusnya bagi soalan nombor 8 bahagian A dan nombor 1 bahagian B

menunjukkan soalan aras mudah. Semua pelajar berjaya menjawab dengan betul.

Bahagian C pula menunjukkan soalan nombor 1b sukar berbanding soalan lain

dengan min 0.73. Soalan 1b ini meminta pelajar membuat kesimpulan berdasarkan

teks. Kemungkinan pelajar berkebolehan sederhana belum mampu membuat

kesimpulan daripada teks tersebut.

Kehadiran nilai-nilai negatif dapat menunjukkan bahawa beberapa item belum dibuat

pengunduran pemarkahan dengan tepat. Pemarkahan yang kurang tepat juga terdapat

di dalam jadual Item-Total Statistics dengan kehadiran nilai negatif pada Corrected-

Item Total Correlation. Nilai Corrected-Item Total Correlation yang rendah iaitu

6
kurang daripada 0.3 di sini menunjukkan bahawa item itu mengukur sesuatu yang

berbeza dari item yang lain secara keseluruhannya.

Ini perlu diperiksa dengan berhati-hati jika anda memperoleh nilai alpha cronbach

yang lebih rendah daripada yang diharapkan. Untuk alpha Cronbach, nilai melebihi

0.5 dianggap boleh diterima. Walaubagaimanapun, nilai melebihi 0.6 adalah lebih

baik. Jika keseluruhan skala alpha Cronbach yang diperolehi terlalu rendah, iaitu

kurang daripada 0.5, item tersebut perlu diteliti semula kerana tidak memenuhi syarat

nilai alpha Cronbach. Jadi, pertimbangan perlu dilakukan untuk menentukan item

yang mempunyai korelasi jumlah soalan yang rendah tersebut perlu dihapuskan

ataupun diganti dengan soalan yang lain. Hal ini terjadi kepada soalan bahagian C

soalan 1a.

3.0 Perbincangan Dan Cadangan

Secara umumnya, penyelidik tidak mempunyai kemahiran membentuk soalan bahasa

Melayu bagi murid tingkatan 1. Penyelidik juga tidak mempunyai pengalaman

mengajar subjek bahasa Melayu dan tidak mahir dengan topik yang terkandung di

dalam subjek bahasa Melayu tingkatan 1. Oleh itu, pembentukan soalan ujian bahasa

Melayu bagi kajian ini menggunakan soalan sedia ada yang diambil daripada soalan-

soalan ujian bahasa Melayu yang telah dijalankan sebelum ini dan diubahsuai

mengikut jadual spesifikasi ujian. Penyelidik juga mendapatkan pendapat dan

cadangan daripada guru bahasa Melayu tingkatan 1 tersebut bagi pembinaan jadual

spesifikasi ujian dan rubrik.

Memandangkan penyelidik bukanlah guru yang pakar dalam subjek bahasa Melayu,

ini menjadi kekangan kepada penyelidik menganalisis hasil analisis. Penyelidik

7
mendapati sesetengah item sebagai contoh item nombor 2 mempunyai tahap

kesukaran yang tinggi. Kesukaran yang tinggi bagi item nombor 2 bukanlah

menunjukkan item ini tidak baik, tetapi mungkin disebabkan kekangan penyelidik

yang tidak mahir menganalisis tahap soalan. Tambahan lagi, penyelidik masih cuba

untuk menyesuaikan diri menggunakan perisian SPSS. Oleh itu, pengetahuan

penyelidik agak terbatas untuk memahami setiap analisa yang dikeluarkan sewaktu

proses analisis dilakukan. Penyelidik hanya berupaya untuk mengkaji setiap hasil

analisis berdasarkan teori yang dipelajari sahaja.

Selain itu, penyelidik juga tidak mempunyai pengetahuan berkaitan tahap pencapaian

murid, ini menyukarkan penyelidik menilai item yang disoal dalam ujian adalah

sesuai atau tidak mengikut tahap pencapaian murid. Ini kerana setiap item yang

dibangunkan merupakan soalan yang dibina secara bebas tanpa mengambil kira

tahap pencapaian para responden.

Seterusnya, berdasarkan kajian analisis ini, penyelidik ingin mencadangkan supaya

guru-guru diberikan kelas khas berkaitan perisian SPSS dan Excel untuk membantu

guru membina soalan ujian atau peperiksaan yang berkualiti mengikut aras kognitif

murid. Hal ini kerana melalui analisis item yang dilakukan dapat memberi nilai

tambah kepada guru untuk menambahbaik soalan yang akan disediakan pada masa

akan datang agar soalan yang dibina kelak sejajar dengan tahap dan keupayaan

pelajar.

4.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada tugasan kumpulan ini, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa

analisis ini sangat bermanfaat membantu guru menganalisis pemarkahan murid,


8
mengenal pasti tahap kebolehan dan pencapaian murid dalam menjawab dan

menyelesaikan soalan yang diberikan. Analisis ini juga dapat mengenalpasti soalan

yang bersesauian mengikut tahap kefahaman murid-murid tersebut terhadap topik

yang telah diajar. Selain itu, analisis ini membantu pihak guru untuk mengenalpasti

kategori penyoalan dalam pengajaran Bahasa Malayu dan menyoal soalan yang

berkualiti agar murid memahami kehendak soalan selaras dengan aras pemikiran.

Walaubagaimanapun, penyelidik juga berpendapat analisis ini akan membebankan

guru-guru yang tidak mahir menggunakan komputer dan perisian SPSS atau Excel.

9
Rujukan

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual 4th Edition. Berkshire: The McGraw-Hill

Companies

10
LAMPIRAN A

SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

UJIAN BAHASA MELAYU

TINGKATAN 1 2018

Nama :_____________________________________

Jantina

Lelaki
Perempuan

Bangsa

Melayu
Cina
India

BAHAGIAN A

Isikan tempat kosong berdasarkan ayat di bawah.

1) Perlawanan bola sepak itu bermula _________10.00 malam hingga pukul


1.00 petang.
a) daripada c) dari
b) kepada d) sampai (1 markah)

2) Pihak kerajaan akan mengadakan kempen basmi kemiskinan _____________


a) masa ke masa c) semasa ke masa
b) semasa ke semasa d) semasa
(1markah)

3) Ahmad giat berlatih sebagai persiapan untuk kejohanan ____________ dan


balapan peringkat negeri.
a) olah raga c) ragaolah
b) olahhraga d) olahraga (1 markah)

4) Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan _____________ antara jiran.


a) silaturrahim c) kerjasama
b) silaturahim d) bekerjasama (1 markah)

11
5) Isteri Encik Rajen telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki
_____________ tadi.
a) tengah hari c) tengah sore
b) tengahhari d) tengah rembang (1 markah)

6) Bapa terpaksa mencagarkan tanah ____________ pihak bank untuk


membiayai pengajian adik.
a) pada c) kepada
b) bagi d) untuk (1 markah)

7) Saya berharap ___________ masalah keluarga Amir akan dapat diselesaikan


segera.
a) bahawa c) setiap
b) supaya d) selalu (1 markah)

8) Jenazah Sultan Ali akan dimakamkan ______________ penuh adat istiadat


diraja.
a) di atas c) dengan
b) di d) sentiasa (1 markah)

BAHAGIAN B

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Tentukan ayat
tersebut betul atau salah.

1) Yang di-Pertuan Agong bertitah sempena sambutan Hari Kemerdekaan


Negara yang ke-58 di Istana Negara.
________________________________ (1 markah)

2) Amalan saling menegur sesama jiran tetangga akan mengeratkan silaturahim


antara masyarakat setempat.
________________________________ (1 markah)

3) Siber kafeteria yang dibuka di merata-rata tempat banyak menyumbang


keburukan kepada para remaja.
________________________________ (1 markah)

4) Walaupun sudah berusia 85 tahun, ayah masih sehat dan meneruskan kerja-
kerja rutin sebagai penulis.
_______________________________ (1 markah)

12
5) Prinsip Rukun Negara dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan
masyarakat majmuk di negara ini.
_______________________________ (1 markah)

6) Beberapa orang pegawai di syarikat kewangan itu terpaksa bekerja lebih


masa kerana menyiapkan lapuran yang akan dibentangkan dalam mesyuarat
nanti.
_______________________________ (1 markah)

7) Puan Salina gemar memasak ayam sup untuk anak-anaknya. (1 markah)


________________________________

8) Para-para pelanggan Restoran Ali Rahman beratur untuk membeli roti canai
yang enak di restoren itu.
________________________________ (1 markah)

BAHAGIAN C

1) Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

13
a) Berdasarkan petikan di atas, apakah masalah yang dihadapi oleh Azizah?

(3 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

b) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut.


(3 markah)

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

c) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai jasa seorang guru?
(4 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

14
a) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan Syair Pohon Buluh
tersebut?
(4 markah)

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

15
LAMPIRAN B

SKEMA JAWAPAN UJIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

BAHAGIAN A [8 MARKAH]

1) B (1markah)
2) A (1 markah)
3) D (1 markah)
4) B (1 markah)
5) A (1 markah)
6) C (1 markah)
7) B (1 markah)
8) C (1 markah)

BAHAGIAN B [8 MARKAH]

1) Betul (1 markah)
2) Betul (1 markah)
3) Salah (1 markah)
4) Salah (1 markah)
5) Betul (1 markah)
6) Salah (1 markah)
7) Salah (1 markah)
8) Salah (1 markah)

BAHAGIAN C [14 MARKAH]

Soalan 1

a) Masalah yang dihadapi oleh Azizah ialah dia akan malu sekiranya tidak
memberikan hadiah kepada guru kesayangannya pada Hari Guru nanti.
Selain itu, Azizah tidak ada wang untuk membeli hadiah. Seterusnya,
abangnya pula jauh di Shah Alam untuk membantunya membuat hadiah.

(3 markah)

a) Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen “Hadiah” ialah


penghargaan murid atas jasa dan bakti seorang guru. Selain itu, terdapat
juga persoalan tentang kebijaksanaan ibu untuk memujuk anak.
(3 markah)
16
b) Pada pendapat saya, kita perlu menghargai jasa seorang guru kerana guru
merupakan golongan yang sanggup bersusah payah menyampaikan ilmu
kepada anak muridnya. Selain itu, guru juga sentiasa berusaha dengan gigih
untuk meningkatkan prestasi anak muridnya sama ada dari aspek akademik
mahupun kokurikulum.
(4markah)

Soalan 2

a) Ciri-ciri:
 Empat rangkap
 4 baris serangkap
 4 -5 patah perkataan sebaris
 9 – 12 suku kata sebaris
(4 markah)

17
LAMPIRAN C

ANALISIS MARKAH KESELURUHAN PELAJAR UJIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1


BAHAGIAN A (8
BIL NAMA PELAJAR BAHAGIAN B (8 MARKAH) BAHAGIAN C (14 MARKAH) JUMLAH (30 MARKAH)
MARKAH)
1 AMIRUL NAJMI BIN SUZAINAL 8 6 9 23
2 DANIAL AJMAL BIN MOHD SHUKRI 8 5 10 23
3 HAMBALI BIN FADZIL 6 6 8 20
4 NAZURAH AMANINA BINTI AHIM 4 7 10 21
5 NUR AIN AFIFAH BIN ABDULLAH 4 8 11 23
6 MUHAMMAD SYAZWAN BIN MAZLAN 6 7 13 26
7 MUHD SHAKIMIN IQBAL BIN SHAFIEE 6 4 11 21
8 WAN MUHAMMAD IQ'BAL BIN WAN NAZRI 6 5 9 20
9 AINA BATRISYIA BINTI MOHAMAD ANIQ 4 8 9 21
10 AMIRAH SYIFA BINTI MOHD TERMIZI 6 8 8 22
11 ALIF RIDZUAN BIN MAHAMAD ZABIDI 4 4 6 14
12 MOHD ALIF HAIKAL BIN MOHD REJAB 8 2 12 22
13 MUHAMMAD ALIF FIRDAUS BIN MOHD FARID 1 6 8 15
14 MUHAMMAD ARFAN SAFWAN BIN MOHD 2 4 7 13
15 MUHAMMAD HAFIZ BIN HAMZAH 6 5 12 23
16 NURFARAH NAJWA BINTI ZAMRI 3 7 12 22
17 NURUL NATASHA BINTI RAHMAN 2 4 6 12
18 ROSFALINDA BINTI ABDUL KADIR 4 4 6 14
19 SHAMERA ADRIANA BINTI SHAH RIZAN 2 6 10 18
20 SYAZA HUMAIRA BINTI AHMAD RADZI 7 4 4 15
21 MUHAMMAD ADAM ASYRAF BIN M.NOR 2 8 7 17
22 MUHAMMAD AIMAN SYAFIQ 2 6 4 12
23 MUHAMMAD AIZAD BIN AJELAN 4 8 9 21
24 MUHAMMAD AKHTAR AZIZI BIN M.ZAMBRI 3 8 6 17
25 MUHAMMAD AMIRUL AFIQ BIN AZMAN 2 8 8 18
26 NUR AMIERA BINTI ABU BAKAR 4 8 4 16
27 NURAINI FARISYA BINTI MD YUSRI 2 6 7 15
28 NURUL HAZWANI BINTI ABDULLAH 4 6 8 18
29 MUHAMMAD NUR HISYAM BIN MOHD NOR 6 5 2 13
30 AZMI BIN MATT 4 7 10 21

18

You might also like