You are on page 1of 1

Mahkamah Persekutuan (Ketua Mahkamah: Ketua Hakim Negara)

Bidang kuasa:
a) menyelesaikan kekeliruan dan persoalan yang timbul daripada tafsiran undang-undang Persekutuan dan
Perlembagaan Persekutuan.
b) menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang penguatkuasaan mana-mana peruntukan undang-undang.
Kuasa Kes Rayuan: Jika kes rayuan pesalah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, dia akan menjalani hukuman yang dikenakan
terhadapnya.
Mahkamah Rayuan (Ketua Mahkamah: Presiden Mahkamah Rayuan )
Bidang kuasa:
a. Berkuasa untuk meminda keputusan Mahkamah Tinggi.
Kuasa Kes Rayuan: Sebarang kes rayuan hanya boleh didengar di Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Tinggi atau Mahkamah
Sesyensudah membuat keputusan dalam kes berkenaan.
Mahkamah Tinggi (Ketua Mahkamah: Hakim Besar )
Bidang kuasa:
a. Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup.
b. Mendengar petisyen pilihan raya.
c. Membicarakan kes pembunuhan dengan sengaja.
Kuasa Kes Rayuan: -
Mahkamah Sesyen (Ketua Mahkamah: Hakim Mahkamah Sesyen )
Bidang kuasa:
a. Mengeluarkan saman, waran, dan perintah mahkamah.
b. Mengendalikan kes sivil yangtuntutannya tidak melebihi RM 250 000.
Kuasa Kes Rayuan: Berkuasa untuk mendengar kes sivil seperti penipuan dan saman malu antara anggota tentera.
Mahkamah Majistret (Ketua Mahkamah: Majistret )
Bidang kuasa:
a. Membicarakan kesalahan yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara.
b. Membicarakan kesalahan yang hukumannya denda sahaja.
c. Kes rompakan dan kes pecah rumah pada waktu malam.
Kuasa Kes Rayuan: Berkuasa untuk mendengar kes rayuan daripada Mahkamah Penghulu.
Mahkamah Penghulu (Ketua Mahkamah: Penghulu )
Bidang kuasa:
a. Mengadili kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM 50.
b. Mengadili kes jenayah yang hukuman dendanya tidak melebihi RM 25.
Kuasa Kes Rayuan: -

You might also like