You are on page 1of 2

MAHKAMAH MAJISTRET 1. Mahkamah majistret terdiri daripada mahkamah majistret kelas 1 dan mahkamah majistret kelas 2.

MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1 -Mahkamah Majistret Kelas 1 boleh membicarakan kes jenayah dan sivil -Mahkamah ini juga berkuasa menjalankan siasatan awal bagi kes jenayah yang berat sepeti membunuh bagi mewujudkan prima facie KEANGGOTAAN MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1 -Perbicaraan dijalankan oleh seorang Majistret Kelas 1 BIDANG KUASA MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1 Bidang kuasa kes jenayah - Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda sahaja dan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan - Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah: *5 tahun penjara *12 kali sebatan *Denda RM10 000 *Gabungan ketiga-tiganya Mahkamah Majistret Kelas 1 boleh mengenakan denda yang melebihi RM10 000 bagi keskes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1967, dan Akta Keseksaan 1953 Bidang kuasa kes sivil -Mahkamah ini membicarakan kes sivil yang membabitkan tuntutan tidak melebihi RM25 000 -Mahkamah ini berkuasa mengambil tindakan ke atas tuntutan bagi harta tak alih atau mengeluarkan writ atau waran untuk menuntut sewa yang tidak melebihi saman pemula.

MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 2 Keanggotaan Mahkamah Majistret Kelas II -Disidangi oleh Majistret Kelas II yang dilantik oleh Raja / Yang dipertua Negeri Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas II Bidang kuasa kes jenayah -Mahkamah ini berkuasa membicarakan kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja -Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan: *Denda RM 1000 *Penjara : 6 bulan *Kedua-duanya sekali Bidang kuasa kes sivil -Mahkamah ini berkuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan nilai perkara dipertikaikan tidak melebihi RM3000

You might also like