You are on page 1of 17

SJH 3143

ULASAN KRITIS
ARTIKEL :

KESALAHAN UNDANGUNDANG JENAYAH SYARIAH

DI SEDIAKAN OLEH

NATRAH BINTI ALIAS

ARTIKEL

Mahkamah rayuan telah mencabar Undangundang Jenayah Syariah Negeri Sembilan


berkenaan seksyen 66 Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Sembilan 1992 berikutan
rayuan yang dibuat oleh tiga orang lelaki yang
bekerja sebagai mak andam untuk menolak
hukuman yang dikenakan ke atas mereka.
Kes ini telah dikaitkan dengan Hak Asasi
Manusia yang merangkumi Perkara 5
(Kebebasan Diri), Perkara 8 (Kesamarataan),
Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara
10 (Kebebasan Bercakap) oleh hakim yang
menerima rayuan tersebut.

Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan


memperuntukkan bahawa :
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian
perempuan atau berlagak seperti perempuan di manamana tempat awam adalah melakukan sesuatu
kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan
dikenakan hukuman denda tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.
Peruntukan ini telah disifatkan sebagai diskriminasi dan
bercanggah dengan perlembagaan oleh mahkamah rayuan
disebabkan kerana peruntukan ini hanya melibatkan lelaki
dan tidak memperuntukkan kepada perempuan yang
berlagak seperti lelaki dan dikenakan hukuman yang sama,
sebagaimana Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Pahang
2013.

Dato Mohd. Hishamudin (7 November 2014),


seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Sembilan 1992 sebagai tidak
keperlembagaan bersandarkan Bahagian
Kedua Perlembagaan Persekutuan tentang
kebebasan hak asasi meliputi Perkara 5
(Kebebasan Diri), Perkara 8 (Kesamarataan),
Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara
10 (Kebebasan Bercakap).

Profesor Salleh Buang (Utusan Malaysia, 9


November 2014). Menurut beliau, Jadual
Kesembilan Senarai 11 telah memberikan
kuasa perundangan kepada kerajaan negeri
mewujudkan kesalahan takzir terhadap orang
Islam di negara ini.

Ulasan Kritis :
Penggunaan hak asasi manusia dalam kes ini tidak
wajar digunakan.
Menurut Jadual Kesembilan Perkara 74 Senarai IISenarai Negeri, hukum Syarak dan undang-undang
diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama
Islam termasuklah pewujudan dan penghukuman
kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut
agama Islam terhadap perintah agama itu.
Undang-undang ini telah diguna pakai dalam seksyen
66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri
Sembilan. Enakmen ini merujuk kepada suatu
kesalahan yang berbentuk takzir.

APA ITU TAKZIR??


Menurut Hj. Khairuddin bin Haiyon (2016), takzir
merupakan hukuman yang dikenakan ke atas orang
yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang
yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan
hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis
atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang
melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi
mengenakan keseksaan itu.
Hukuman takzir diserahkan kepada budi bicara hakim
supaya hukuman tersebut memberi pengajaran
supaya penjenayah serik untuk melakukan semula.

Antara kesalahan yang termasuklah


dalam kategori takzir ialah khalwat,
mencuri yang tidak cukup nisab,
lesbian dan sebagainya.
Oleh itu, disebabkan hukuman
mengenai kes ini tidak ditetapkan di
dalam al-Quran, maka kes ini boleh
dikategorikan sebagai kesalahan
berbentuk takzir.

Menurut Nur Sharieza Ismail (11


Oktober 2012), Hakim Datuk Siti
Mariah Ahmad sebelum ini pernah
memutuskan
bahawa
mahkamah
tidak mempertikaikan Seksyen 66
Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Sembilan 1992 adalah undangundang yang dibuat.
Beliau menyatakan Kesalahan yang
dilakukan pemohon di bawah seksyen
tersebut adalah terpakai kerana
badan
perundangan
negeri
mempunyai kuasa menguatkuasakan
undang-undang ini kepada orang
Islam
dan
perkara
tergolong
kesalahan dalam ajaran Islam.

Hakim Datuk
Siti Mariah
Ahmad

Selain itu, Menteri Besar Datuk Seri


Mohamad Hasan berkata, kerajaan
negeri
menghormati
keputusan
Mahkamah
Rayuan
namun
berpendapat kes ini perlu didengar
semula oleh Mahkamah Persekutuan
kerana Seksyen 66 Enakmen Jenayah
Syariah (Negeri Sembilan) itu perlu
dilihat dari segi aspek agama,
bukannya aspek-aspek yang lain
(Bernama, 10 November 2014).

Menteri Besar Negeri


Sembilan Datuk Seri
Mohamad Hasan

Rumusan :
Dalam kes ini perayu semuanya beragama Islam.
Sebagai orang Islam mereka wajib mematuhi
hukum syarak. Hukum tersebut dikanunkan dan
menjadi undang-undang negeri yang dibuat
mengikut kuasa yang diberikan oleh
perlembagaan.
Hukum jenayah Islam tidak membeza-bezakan
antara status dengan jantina seseorang.
Oleh itu, penggunaan hak asasi manusia tidak
boleh digunakan sebagai alat untuk mengelak
daripada dikenakan hukuman yang telah
ditetapkan.
Rasional daripada hukuman yang dikenakan ini
juga tidak lain hanyalah untuk memberi

Rujukan :
Abdul Monir Yaacob. (2015). Kesalahan Undang-undang Jenayah Syariah Menurut
Perlembagaan. Dewan Masyarakat, pp 48-50.
Bernama. 2014. Isu Transgender: Kerajaan Negeri Sembilan Fail Rayuan Di Mahkamah
Persekutuan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-transgender-kerajaan-negeri-sembila
n-fail-rayuan-di-mahkamah-persekutuan-48123
. Diakses pada 11 Julai 2016
Hj. Khairuddin bin Haiyon . 2016. Hukum Jenayah Islam.
http://www.jais.gov.my/article/hukum- jenayah-islam. Diakses pada 11 Julai 2016.
Nur Sharieza Ismail. 2011. Mahkamah Tolak Permohonan Semakan 4 Mak Andam.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mahkamah-tolak-permohonansemakan-4-mak-andam-1.93727. Diakses pada 11 Julai 2016.
Undang-Undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan . 2009.
http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf.
Diakses pada 11 Julai 2016.
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya . 2012. Penerangan: Hudud, tazir danqisas.
https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/10/10/penerangan-hudud-tazir-dan-qisas/
. Diakses pada 11 Julai 2016.
Tun Mohamed Suffian Bin Hashim. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like