You are on page 1of 61

DR.

SUHAIZAD BIN SAIFUDDIN


Pendakwa Syarie Kanan
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan
PENGENALAN
َ‫ب ْال ُم ْق ِس ِطين‬ َّ ‫اح ُكم بَ ْينَ ُهم ِب ْال ِق ْس ِط ۚ ِإ َّن‬
ُّ ‫َّللاَ يُ ِح‬ َ ‫َو ِإ ْن َح َك ْم‬
ْ َ‫ت ف‬
Dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. ( Surah al-Maidah:42)

Saidina Ali RA telah berkata kepada Rasulullah SAW ketika diutus ke Yaman sebagai hakim
Wahai Rasulullah, tuan mengutus saya (menjadi hakim) sedangkan saya masih muda dan tidak
mempunyai pengetahuan dalam bidang kehakiman? Rasulullah SAW bersabda “Allah akan
memberi petunjuk kepada hatimu dan menetapkan lidahmu, apabila duduk kedua-dua
pihak yang bertiakai di hadapanmu, jangan sesekali kamu menghukum sehingga kamu
mendengar (hujah) pihak yang kedua seperti kamu telah mendengar yang pertama, dengan
demikian akan jelaslah kepadamu tentang hukuman. Saidina Ali berkata “ Aku telah menjadi
hakim dalam tempoh masa yang lama dan aku tidak teragak-agak menjatuhkan
hukuman selepas itu”
SEJARAH PENGGUBALAN AKTA 355
(AKTA BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH ) 1965

Akta Mahkamah Disemak dan diubah


Muslim (Bidang kuasa nama kepada Akta
Jenayah) atau Muslims Mahkamah Syariah
Courts (Criminal (Bidang kuasa Jenayah)
Jurisdiction) Act 1965 (Akta 355)

1965 1988

1984 1989

Akta Mahkamah Di terima pakai di


Muslim (Bidang kuasa semua negeri Akta
Jenayah)(Pindaan) 1984 Mahkamah Muslim
(Akta A612) (Bidang kuasa
Jenayah)(Pindaan dan
Perluasan)
SEJARAH HUKUMAN AKTA
355
(AKTA BIDANGKUASA
JENAYAH SYARIAH ) 1965

Tahun 2017: Cadangan untuk


Akta Bidangkuasa Jenayah menaikkan hukuman kepada
Syariah 1965 ; Denda Tidak Denda Tidak Lebih 100,000,
Lebih RM 1,000 atau penjara penjara tidak lebih 30 tahun ,
tidak lebih 6 bulan atau kedua- sebatan syarie sebanyak 100
duanya. sebatan.

1984

1965 2017

Pindaan pada tahun 1984;


Denda Tidak Lebih RM 5,000
atau penjara tidak lebih 3
tahun atau 6 kali sebatan atau
mana-mana gabungan
4
HUKUM SYARAK

UNDANG-
UNDANG/ENAKMEN/KAEDAH

ARAHAN AMALAN/PEKELILING

KES TERDAHULU
STATUT SUBSTANTIF
JENAYAH SYARIAH

• Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri


• Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Negeri-negeri
• Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri-negeri
• Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri-
negeri

6
STATUT TATACARA
JENAYAH SYARIAH
• Akta Tatacara Jenayah Syariah
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
• Akta Keterangan Mahkamah Syariah
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

7
BIDANG KUASA JENAYAH
MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah
• Mahkamah Rayuan Syariah:
Rayuan Rayuan
Syariah
• Mahkamah Tinggi Syariah :
Denda RM 5,000, penjara 3
Mahkamah tahun atau 6 kali sebatan/
Tinggi Syariah Rayuan dan Semakan

• Mahkamah Rendah Syariah :


Denda RM 2,000.00, penjara 1
Mahkamah Rendah tahun atau kedua-dua.
Syariah
PROSES PENGUATKUASAAN
JENAYAH SYARIAH

Maklumat, Siasatan & Pendakwaan Perbicaraan


Tangkapan • Jabatan Pendakwaan • Mahkamah Syariah
• Bahagian Penguatkuasaan, Syariah
JHAIN
Maklumat/
PROSES MENGENALPASTI
Aduan KEJADIAN JENAYAH

Intipan/Siasatan

Tangkapan

Siasatan

Pendakwaan
SIASATAN
SIASATAN

• Proses menyelidik, memeriksa atau mencari keterangan


berkait dengan sesuatu maklumat atau aduan yang telah
dibuat terhadap sesuatu perkara yang belum jelas
kebenarannya yang mana ia termasuk menjalankan proses
penyoalan, penyelidikan, pemeriksaan, pengumpulan bukti
serta maklumat mengikut proses yang sah menurut
undang-undang.
• Tindakan sebelum dan selepas tangkapan.
• Tugas yang penting bagi PPA kerana berkait dengan
menyelidiki kedudukan sesuatu kes dan yang perlu untuk
menyokong pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa
Syarie terhadap tertuduh di Mahkamah.
• PPA perlu mengetahui cara menyiasat yang betul menurut
undang-undang dan hukum syarak serta ilmu berkaitan
undang-undang substantive yang berkait rapat dengan
elemen kesalahan.
• Penyiasatan yang tidak lengkap boleh menjejaskan tindakan
pihak pendakwaan. Sekiranya bukti yang diperlukan tidak
mencukupi pihak pendakwaan boleh mengarahkan siasatan
semula boleh dilakukan.
• Misalnya, penyiasatan terhadap kes ajaran salah, PPA perlu
memahami peruntukan undang-undang yang berkait dengan
elemen kesalahan. Sebarang bentuk bukti yang perlu
diperolehi bagi mengaitkan dengan tertuduh hendaklah
dicari. Ini memakan masa dan mencabar kerana kesukaran
menddapatkan bukti-bukti berkaitan.
PERMULAAN PENYIASATAN

• Bermula dari penerimaan maklumat pertama (FIR)


• KPPA perlu membezakan antara kesalahan boleh tangkap dengan
kesalahan tidak boleh tangkap.
• Kesalahan Boleh Tangkap: Terus siasatan
• Kesalahan Tak Boleh Tangkap: Perintah untuk mulakan siasatan dari
KPS perlu diperolehi dahulu. Seksyen 55(2) ETJS (Selangor) 2003.
• Bagi penyiasatan tanpa maklumat, PPA menjalankan operasi umum
mencegah maksiat dengan mengadakan rondaan ke tempat-
tempat tertentu.
• Ketika pemeriksaan dibuat, didapati ada satu perbuatan kesalahan
jenayah syariah, mereka boleh menahan OYDS, mengambil
maklumat diri dan seterusnya memberi surat perintah hadir untuk
disoal siasat pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
JENIS-JENIS KESALAHAN

Kesalahan • Kesalahan yang boleh dihukum dengan


pemenjaraan selama tempoh satu tahun

Boleh atau lebih


• Contohnya, khalwat, minum arak

Tangkap

Kesalahan • Kesalahan yang boleh dihukum dengan


pemenjaraan selama tempoh kurang dari 1

Tak Boleh tahun atau denda sahaja


• Contohnya kesalahan matrimoni dan tidak
menghormati bulan Ramadhan
Tangkap • Dimulakan dengan saman
• Bagi operasi terancang yang membabitkan pemeriksaan ke tempat khusus, persiapan
rapi perlu diadakan.
• Berdasarkan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam WP 2007,
perkara 5 menjelaskan bagi tjuan awal siasatan, langkah-langkah berikut hendaklah
dipatuhi:
i. Mendapatkan arahan daripada Ketua PPA untuk bertindak
ii. Mengenal pasti pegawai untuk bertindak dan melantik Ketua Operasi
iii. Menyediakan kenderaan dan peralatan seperti gari, lampu suluh kamera dan perkara
lain yang diperlukan
iv. Memastikan peralatan tersebut boleh digunakan dan berfungsi dengan baik
v. Memberikan tanggungjawab khusus kepada pegawai tertentu untuk mengendalikan
peralatan tersebut semasa tindakan sedang dijalankan.
vi. Jika PPA berpendapat bahawa sesuatu siasatan itu memerlukan bantuan dan
kerjasama daripada PDRM atau agensi Penguatkuasa undang-undang yang lain, maka
PPA boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada agensi berkenaan.
PERINTAH MENYIASAT

• Kesalahan Boleh Tangkap: Tidak perlukan perlu perintah menyiasat


• Kesalahan Tak Boleh Tangkap: Perintah untuk mulakan siasatan dari
KPS perlu diperolehi dahulu. Seksyen 55(2) ETJS (Selangor) 2003.

• Seksyen 55.Tatacara.
• (2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama boleh, dalam sesuatu kes yang melibatkan kesalahan tak
boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan yang
diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

• (3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima perintah sedemikian boleh
menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa
untuk menangkap tanpa waran.
PERINTAH MENYIASAT

• Kesalahan Boleh Tangkap: Tidak perlukan perlu perintah menyiasat.


PAA hanya perlu menghantar Salinan maklumat mengenai kesalahan
tersebut kepada KPS dan boleh terus menjalankan siasatan tanper
pelu mendapatkan perintah terlebih dahulu.

• Seksyen 57.Tatacara jika kesalahan boleh tangkap disyaki.

• (1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai
Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan
boleh tangkap maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis
yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya,
dengan serta-merta menghantar suatu laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua
Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mempertanggungjawabkan
seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk
menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah
yang perlu bagi penemuan pesalah itu:
• Secara amalannya, terdapat pelbagai teknik siasatan yang boleh dijalankan.
Antaranya menerusi risikan dan juga penyamaran terutamanya dalam kes-kes
tertentu.
• Teknik paling penting ialah dengan cara pergi sendiri ke lokasi yang disyaki beraku
kejadian jenayah syariah itu seterusnya mengambil langkah-langkah yang wajar.


• Seksyen 57.Tatacara jika kesalahan boleh tangkap disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk
mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis
yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantar suatu
laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah
mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat
fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah itu:

Dengan syarat bahawa—


(a) apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan mana-mana kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang yang
disebut namanya dan jenis kes itu tidak berat, Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi
sendiri atau mempertanggungjawabkan seorang pegawai bawahan untuk membuat siasatan di tempat kesalahan itu dilakukan;

(b) jika didapati oleh Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk
bertindak atau bertindak selanjutnya dalam perkara itu, maka dia tidaklah boleh berbuat demikian.

• (2) Dalam setiap kes yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (1)(b), Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat
itu hendaklah menyatakan dalam laporannya, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.

• PPA boleh tidak meneruskan siasatan dan alasan perlu direkodkan. Hakim juga boleh menolak aduan berdasarkan Seksyen
76(1) dan (2) ETJSS 2003.
KERTAS SIASATAN (INVESTIGATION PAPER [1P])

• Fail rujukan sesuatu kes yang disiasat dan mesti mengandungi


maklumat-maklumat berkenaan:
i. Borang 5
ii. Senarai Semak Keterangan
iii. Perintah Menyiasat (KTBT)
iv. Laporan Tangkapan
v. Rakaman Saksi Pendakwa
vi. Rakaman Percakapan Suspek
vii.Senarai Barang Kes
viii.Ekshibit
ix. Rajah atau Pelan Lakar
x. Gambar
BUKU HARIAN PENYIASATAN
• Mencatat rekod siasatan, termasuk prosiding dan kaedah siasatan kes.
• Seksyen 65. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan.

• (1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke
hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan—
• (a) waktu perintah, jika ada, untuk menjalankan penyiasatan itu sampai padanya;

• (b) waktu dia memulakan dan mengakhiri penyiasatan itu;

• (c) tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya;

• (d) orang atau orang-orang yang disoal olehnya; dan

• (e) pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya.


• (2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang
tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau
memeriksa mana-mana buku harian itu:

• Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku
harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada
tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan
daripada pandangan atau dipadamkan.
RAKAMAN KETERANGAN SAKSI
Saksi ialah seseorang yang melihat atau mengetahui sesuatu perlakuan
yang dilakukan oleh orang lain. Di Mahkamah Syariah, saksi tidak
termasuk seorang tertuduh.

Seksyen 59. Pemeriksaan saksi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini
boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang disangka mengetahui fakta dan hal keadaan
kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh
orang yang diperiksa sedemikian.

“Mana-mana orang” orang yang disiasat boleh bertukar menjadi


tertuduh sekiranya ada kaitan.
Keterangan boleh dalam bentuk soalan dan jawapan.
• (2) Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang
berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu.
• Mesti menjawab soalan, tapi tak wajib jawab semua soalan

• (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang
untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya
atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
• Mesti bercakap benar

• (4) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen
(1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan subseksyen (2) dan
(3).

• (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah,
bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang
membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya di hadapan dua saksi, mengikut mana-mana
yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah
membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang
diingininya
• Seksyen 215. Enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberi kuasa
untukmenyoal.

Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar
mengenai apa-apa hal kepada mana-mana pegawai agama, enggan menjawab apa-
apa soalan tentang hal itu yang dia dikehendaki menjawabnya oleh pegawai itu
semasa pegawai itu menjalankan kuasanya di sisi undang-undang adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya.
• Seksyen 60. Pernyataan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh
diterima sebagai keterangan.

• (1) Tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang Pegawai
Penguatkuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini
boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, digunakan
sebagai keterangan.

• (2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwa atau pihak pembela,
selain daripada tertuduh, Mahkamah hendaklah atas permintaan tertuduh atau
Pendakwa Syarie merujuk kepada apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi
itu kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam perjalanan sesuatu
penyiasatan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika difikirkan oleh
Mahkamah suaimanfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh
diberi suatu salinannya, dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar
kebolehpercayaan saksi itu.

• (3) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubungan


dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada seorang Pegawai
Penguatkuasa Agama dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini,
maka pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.
• Seksyen 61. Tiada dorongan boleh diberikan.

• (1) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa boleh
memberikan atau membuat apa-apa dorongan, ancaman atau janji kepada mana-
mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu
membuat apa-apa pernyataan yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap
orang itu.

• (2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain boleh menghalang atau
tidak menggalakkan mana-mana orang, dengan apa-apa amaran atau selainnya,
dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, membuat apa-apa
pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kemahuannya sendiri.
PENDAKWAAN
KUASA MEMULAKAN PENDAKWAAN

• Kuasa Ketua Pendakwa Syarie S. 78 EPAIS 2003: untuk memulakan atau


meneruskan atau memberhentikan kes

• S.78(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa, yang


boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan,
menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu
kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.
• Seksyen 183 ETJSS 2003
Pendakwaan.

(1) Apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah


dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie.

(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah dijalankan


oleh -

(a) Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie;

(b) seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang diberikuasa secara bertulis oleh
Ketua Pendakwa Syarie untuk bertindak bagi pihaknya; atau

(c) seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.


TUGAS PENDAKWAAN

Kaji IP Pertuduhan Daftar


N

KAJIAN KES

BIL ELEMEN FAKTA BUKTI UNDANG-


UNDANG

1. Keadaan Berkurung Yang L dan P berada di - Kesaksian - Seksyen 83, 86 dan 87


Mendatangkan Syak Melakukan dalam sebuah bilik - Dokumen (Gambar Enakmen Keterangan
Maksiat hotel dan pelan lakar) -Seksyen 48 dan 49
Enakmen Keterangan

2. Orang Islam

3. L dan P bukan mahram

4.
PERTUDUHAN

• Ia adalah langkah pertama dalam proses pendakwaan kes jenayah.

• pertuduhan adalah penting kepada tertuduh kerana ianya memberi beberapa hak
kepada tertuduh dan melindunginya daripada ketidakadilan.
• Asas sesesuatu pertuduhan dapat dilihat dari 3 perspektif berikut:

1. Perspektif pendakwaan
2. Perspektif pembelaan
3. Perspektif mahkamah
PERSPEKTIF PENDAKWAAN
-Menjelaskan intipati kesalahan yang hendak
dibuktikan
-Memberi panduan tentang keterangan untuk
membuktikan kes
-Mengelakkan keterangan yang boleh
memprejudiskan OKT
PERSPEKTIF PEMBELAAN

• Membolehkan OKT menyediakan pembelaan

• Mesti tahu dengan tepat apakah tuduhan yang


dikenakan ke atasnya

• Memastikan pertuduhan tidak memprejudiskan


OKT
PERSPEKTIF MAHKAMAH

• Mahkamah dapat menjangkakan keterangan yang


dikemukakan oleh pendakwa

• Memastikan pertuduhan menepati peruntukan


undang-undang
CONTOH PERTUDUHAN YANG TIDAK
DINYATAKAN KESALAHAN KHUSUS
Bahawa kamu pada tarikh 23 Jun 2017 lebih kurang jam 12.30
pagi di dalam bilik No.3 Hotel Jasmine , jalan Pesona, dalam Daerah
Seremban di Negeri Sembilan telah didapati berkurung dengan
seorang wanita yang bernama Nolie bt. Non No. k/p: 820612-16-
5432 yang bukan isteri atau mahram kamu dalam keadaan yang
mendatangkan syak melakukan maksiat. Maka dengan itu kamu
telah melakukan kesalahan percubaan persetubuhan haram
dibawah Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan
1992 pindaan 2004 dan boleh dihukum dibawah seksyen dan
enakmen yang sama
KETUA PENDAKWA SYARIE LWN
ABDUL KAHAR BIN AHMAD
(JH,JIL.29,85)(2009)

Bahawa kamu pada 2 Jun 2005, diantara jam lebih kurang jam 8.30
pagi di sebuah rumah no.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah,
Ulu Klang, Ampang, Daerah Gombak dalam Negeri Selangor didapati
dengan perkataan menyatakan “sekiranya ada orang yang berbuat
mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran itu adalah
rukun, mentaati Allah itu adalah sujud tidak perlu tonggang tonggek
dan membebel sorang-sorang”. Maka dengan itu kamu dituduh
mempersendakan dengan perkataan amalan yang berhubung dengan
agama islam dibawah seskyen 10(b) Enakmen Jenayah Syariah
Selangor No.9 Tahun 1995 dan boleh dihukum dibawah seksyen dan
Enakmen yang sama.
PERBICARAAN
TEMPAT PERBICARAAN

• Dalam daerah/kawasan kesalahan dilakukan (sek 67 ETTJSS).


Pengecualian spt dalam sek 68, 69 dan 70.

• Mahkamah terbuka kecuali alasan khas demi polisi dan


manfaat awam.
TATACARA PERBICARAAN JENAYAH DI
MAHKAMAH SYARIAH

• Proses Perbicaraan kes Pengakuan Salah.

• Proses Perbicaraan kes Tak Mengaku Salah

• Sabitan dan Penghukuman


.
6/1/2021

50 SEKSYEN 96 ETJSS

96. Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim


dalam perbicaraan:

(a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan


Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi
butir-butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya
itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan
kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia
bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau
meminta dibicarakan;
(b)jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu
pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau
yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan
dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan


bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah
menentukan bahawa tertuduh memahami sifat
dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat
untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan
yang dikatakan terhadapnya itu;
52

PROSES PERBICARAAN
PENGAKUAN SALAH

52
Pertuduhan dibacakan

OKT mengaku bersalah

Pendakwa Syarie bentang fakta kes

OKT bersetuju dengan fakta kes

OKT disabitkan dengan kesalahan

Rayuan Mitigasi

Hujahan Pendakwa Syarie

HUKUMAN
54

PROSES PERBICARAAN
PENGAKUAN TIDAK BERSALAH

54
Pihak pendakwaan mengemukakan
keterangan dan hujah manakala pihak
tertuduh berusaha menimbulkan
keraguan ke atas kes pendakwaan

Mahkamah putuskan sama ada


tertuduh mempunyai kes untuk
dijawab PENDAKWAAN KES
(Soalan Utama, Soalan
Balas, Soalan Semula
Mahkamah memutuskan tiada Mahkamah memutuskan wujud
kes prima facie
dan Hujahan)
kes prima facie diwujudkan

Tertuduh dibebaskan Pihak tertuduh mengemukakan PEMBELAAN KES


keterangan dan hujah manakala pihak
pendakwaan berusaha menimbulkan (Soalan Utama, Soalan
keraguan ke atas kes pembelaan Balas, Soalan Semula
dan Hujahan)
Mahkamah membuat penghakiman di
akhir kes pembelaan

Mahkamah mendapati tertuduh Mahkamah mendapati tertuduh


gagal menimbulkan keraguan berjaya menimbulkan keraguan
yang munasabah dan yang munasabah dan
keterangan pihak pendakwaan keterangan pihak pendakwaan PENGHAKIMAN KES
berjaya membuktikan kes gagal membuktikan kes
sehingga melampaui keraguan sehingga melampaui keraguan
yang munasabah yang munasabah

Pensabitan dengan hukuman Tertuduh dibebaskan

55
Rajah Error! No text of specified style in document..1 Proses Pemakaian
Darjah Pembuktian dalam Prosiding Perbicaraan Kes Jenayah dalam Akta
BEBAN DAN DARJAH
PEMBUKTIAN

BEBAN DARJAH
PERBICARAAN
PEMBUKTIAN PEMBUKTIAN

HUKUM
SYARAK SUMBER AUTORITI
PERBICARAAN
UNDANG- KES JENAYAH SYARIAH
UNDANG

PERATURAN

RUJUKAN KES
5
6
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG PEMAKAIAN BEBAN DAN DARJAH
PEMBUKTIAN BAGI KES JENAYAH SYARIAH

• SEKSYEN 72 – 82 EKMS
• EKMS DISALIN DARI AKTA 56 • KETIDAKJELASAN PERUNTUKAN
BEBAN • JENIS, PERPINDAHAN DAN UNDANG-UNDANG
PEMBUKTIAN PENGECUALIAN PRINSIP AM
BEBAN UNDANG-UNDANG

• SEKSYEN 96 ETJS • KELOMPANGAN PERUNTUKAN


DARJAH UNDANG-UNDANG
PEMBUKTIAN • ETJS DISALIN DARI AKTA 593

5
7
DARJAH PEMBUKTIAN DALAM ISLAM

Darjah Kepastian Ketidakpastian


(peratus) (peratus)
Yaqin 100 0
Zan al-Ghalib 91-99 1-9

Zan 51- 90 10-49


Syak 50 50
Wahm 0-49 51-100
DARJAH
PEMBUKTIAN
BERDASARKAN KES
JENAYAH SYARIAH

Hudud •Yaqin
Qisas •Yaqin
Takzir •Zann al-Ghalib
www.presentationgo.com
Pihak pendakwaan mengemukakan
keterangan dan hujah manakala pihak
tertuduh berusaha menimbulkan
keraguan ke atas kes pendakwaan

Mahkamah putuskan sama ada


tertuduh mempunyai kes untuk
dijawab

Mahkamah memutuskan kes Mahkamah memutuskan kes


pendakwaan tidak mencapai pendakwaan mencapai darjah
darjah zan al-Ghalib zan al-Ghalib

Tertuduh dibebaskan Pihak tertuduh mengemukakan


keterangan dan hujah manakala pihak
pendakwaan berusaha menimbulkan
keraguan ke atas kes pembelaan

Mahkamah membuat penghakiman di


akhir kes pembelaan

Mahkamah mendapati tertuduh Mahkamah mendapati tertuduh


gagal menimbulkan syak berjaya menimbulkan syak

Pensabitan dengan hukuman Tertuduh dibebaskan


TERIMA KASIH

You might also like