You are on page 1of 3

Jom

JomSembang
SembangUndang-…
Undang-
Undang
Perkongsian hal-hal perundangan dan isu
semasa di Malaysia, khususnya di Negeri
Sabah

TERMA MAHKAMAH JENAYAH


YANG ANDA PERLU TAHU
Isnin, Julai 03, 2017

Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah


yang orang awam perlu tahu untuk memudahkan urusan
di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang
sebahagian daripadanya.

Pegawai pendakwa: ialah pegawai yang mengendalikan


kes pendakwaan di Mahkamah. Ia terdiri daripada
pegawai-pegawai polis atau pegawai-pegawai jabatan
berkaitan. Mereka yang mengendalikan sebutan dan
perbicaraan bagi setiap kes pendakwaan yang dijalankan
di Mahkamah.

Timbalan Pendakwaraya: juga dikenali sebagai Deputy


Public Prosecutor (DPP) iaitu seorang pegawai undang-
undang dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai
kuasa memulakan, mengendalikan atau menamatkan
sebarang kes jenayah di Mahkamah. Juga disebut
sebagai TPR. Semua TPR mendapat keutamaan di
dalam Mahkamah mengatasi pegawai pendakwa dan
peguam-peguam swasta.

Sebutan kali pertama: ini adalah proses hadap tuduh


atau arraignment. Pada hari sebelum sebutan pertama di
mahkamah, kebiasaannya anda akan dihubungi oleh
pegawai penyiasat kes untuk hadir ke mahkamah pada
esok hari bagi proses hadap tuduh. Dan apabila anda
hadir dan kes anda dipanggil oleh mahkamah yang
berkenaan, ini yang disebut sebagai sebutan kali
pertama. Pada masa ini pertuduhan akan dibacakan
kepada anda dan urusan jaminan akan mengambil
tempat. Bagi urusan jaminan sila baca lebih lanjut di
SINI.

Sebutan semula kes: ini adalah proses dimana kes


hanya disebut di mahkamah tanpa memanggil mana-
mana saksi untuk memberikan keterangan. Sebutan
perlu diadakan jika laporan berkaitan kes masih belum
disiapkan oleh pihak pendakwaan. Selalunya sebutan
kes ini hanya beberapa minit sahaja. Cuma yang
membuatkan ia menjadi lama bila kita menunggu untuk
giliran kes dipanggil. Perlu diingat mahkamah,
terutamanya Mahkamah Majistret mempunyai banyak
urusan atau kes yang perlu didengar setiap hari, bukan
hanya kes anda sahaja yang ditetapkan. Jadi, sila
bersabar untuk menunggu. Dan jika anda mempunyai
urusan lebih penting dan tidak diwakili peguam, sila
beritahu jurubahasa mahkamah dan pegawai pendakwa
kes. Kadangkala kehadiran anda boleh dikecualikan jika,
bagi kes yang menunggu laporan tetapi masih belum
disiapkan dan pendakwaan akan memohon tarikh
sebutan yang baru.

Pengurusan kes: ini juga adalah proses sebutan dan


tiada saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Anda sebagai orang kena tuduh (OKT) juga tidak perlu
memberi keterangan atau membawa saksi. Jika anda
pula sebagai saksi kes, kehadiran anda juga masih
belum diperlukan. Pada masa pengurusan kes, pihak
pendakwaan akan menyerahkan dokumen-dokumen
berkaitan kes kepada OKT. Kemudian pihak pendakwaan
akan memaklumkan kepada mahkamah berapa ramai
saksi yang akan dipanggil dan berapa lama perbicaraan
diperlukan. Selepas itu mahkamah akan memberikan
tarikh perbicaraan.

Subpoena: sebutannya 'sapina' iaitu satu dokumen yang


dikeluarkan oleh Mahkamah kepada mana-mana saksi
untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan
keterangannya dalam perbicaraan. Saksi ini boleh terdiri
daripada saksi mata atau pengadu, saksi pakar atau
saksi bagi mengemukakan dokumen sahaja. Subpoena
ini juga dikenali sebagai saman kepada saksi. Jadi
apabila anda menerima dokumen ini dan penerimaannya
diakui, maka anda harus hadir ke Mahkamah tanpa
gagal. Kegagalan hadir tanpa kebenaran Mahkamah
akan menyebabkan waran tangkap dikeluarkan kepada
anda.

Perbicaraan: inilah proses penting dalam kes jenayah.


Pihak pendakwaan akan mula memanggil saksi mereka
termasuk pengadu atau mangsa kes. Mereka akan
dipanggil masuk ke kandang saksi dan mengangkat
sumpah sebelum memberikan keterangan. Ayat sumpah
yang dibacakan adalah seperti berikut: "Bahawasanya
saya (saksi akan sebutkan nama penuh) dengan
sesungguhnya dan suci hati mengaku dan berikrar
bahawa segala keterangan yang akan saya berikan
dalam perbicaraan ini adalah benar, tiadalah apa-apa
yang tidak benar melainkan benar-benar belaka." Sesuai
dengan sumpah yang diikrarkan maka seseorang saksi
perlu memberikan keterangan yang betul dan benar
mengikut soalan yang dikemukakan, walaupun mungkin
kebenaran itu pahit untuk dihadam atau membuka aib
seseorang yang lain. Anda mesti bercakap benar kecuali
kalau jawapan yang anda berikan boleh menyebabkan
anda dikenakan pertuduhan jenayah lain, maka
Hakim/Majistret akan memberikan amaran kepada anda
bahawa anda dibenarkan untuk tidak menjawab soalan
sedemikian. Apabila pihak pendakwaan menyoal saksi
mereka, ini dipanggil 'pemeriksaan utama'. Setelah
selesai, OKT atau melalui peguam akan menyoal pula
saksi berkenaan dan ini dikenali sebagai 'pemeriksaan
balas'. Apabila OKT atau peguam selesai dengan
soalan-soalan balasnya, pihak pendakwaan akan
menyoal semula saksi berkenaan dan ini dikenali
sebagai 'pemeriksaan semula'. Saya akan bicara lanjut
berkenaan pemeriksaan-pemeriksaan ini dalam topik
akan datang.

Prima facie: ini ialah satu bentuk standard ditetapkan


oleh undang-undang ke atas pihak pendakwaan dalam
membuktikan kes semasa perbicaraan di peringkat
pendakwaan. Jika pihak pendakwaan berjaya
membuktikan kes prima facie, maka seseorang OKT
akan diperintah untuk membela diri. Sebaliknya jika pihak
pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie maka
seseorang OKT itu akan diperintah untuk dilepas dan
dibebaskan (acquit and discharge - lihat di bawah).
Terma ini berasal dari bahasa Latin yang bermaksud 'first
appearance' atau 'on its surface'.

DNAA: ini bermaksud 'discharge not amounting to


acquittal' atau dilepaskan tanpa dibebaskan. Saya akan
bicara lanjut terma ini dalam topik khusus kemudian.

DNA atau AND: discharge and acquit atau terdapat


mahkamah yang menggunakan terma acquit and
discharge. Ini bermaksud lepas dan bebas atau
pembebasan sepenuhnya oleh mahkamah. Saya juga
akan buat topik khusus berkenaan terma ini.

Jaminan dilanjutkan: bermaksud jaminan mahkamah


anda dilanjutkan ke tarikh akan datang bagi sebutan
semula atau perbicaraan.

Reman 259: ini bermaksud seseorang OKT tidak


diberikan ikat jamin dan akan ditahan di penjara
sehingga kes selesai. Baca lanjut di SINI.

OTP: bermaksud order to produce atau perintah


mengemukakan iaitu suatu perintah bertulis dan
bermeterai Mahkamah yang mengeluarkan kepada pihak
Penjara atau mana-mana tempat tahanan (lokap dan
sebagainya) bagi membawa seseorang tahanan dalam
jagaan pusat masing-masing untuk dibawa ke
Mahkamah tersebut. Ini kebiasaannya dikeluarkan
kepada OKT-OKT yang diletakkan di bawah Reman 259.

Itu saja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi


membaca.

bayaran peguam criminal jenayah

mahkamah prima facie procedure waran

Unknown 7 Ogos 2018 3:42 PTG

tarik kes

Unknown
31 Disember 2019 8:03 PTG

Assalamualaikum.. Sya dah jtuh


hukum dlm rekod polis dia tulis
bebas/acquitted a discharoed
apa maksud dy ya

BALAS

Tanpa Nama 11 Ogos 2018 8:14 PG

Sebelum ini saya diberi saman kepada


saksi oleh Pihak imigresen kerana ada
seorang PATI di dalam premis tpt sy
bekerja. Saya diminta hadir pada hari dan
masa yg ditetapkan dlm saman tersebut
utk memberi keterangan. Selesai beri
keterangan, I/C sy dipegang oleh pihak
imigresen dan sy diminta hadir ke balai
polis utk menuntut I/C sy semula dengan
seorang penjamin. Selepas beberapa jam
menunggu di balai polis, pihak imigresen
panggil utk berikan saya surat jamin polis
dan ditandantangani oleh sy & penjamin
utk hadir ke mahkamah pada masa yg
dimaklumkan dlm surat jamin polis tu.
Apa status kes saya ye? Adakah sy akan
dituduh pada hari sy ke mahkamah?
Sebab dlm surat jamin polis tu sy adalah
org disyaki dibawah akta imigresen. Boleh
ke kalau saksi jadi orang yang disyaki?
Apa effect kepada diri saya?

Sakag Bambanzon
25 April 2019 6:44 PTG

Saksi dalam siasatan sesuatu


kes juga boleh menjadi suspek
samada bersubahat ataupun
suspek kepada kesalahan lain
selain kes yang sedang disiasat.

BALAS

Unknown 11 September 2018 8:34 PTG

Assalammualaikum Bakal Peguam


Berapakah Tempoh Reman Untuk Orang
Yg Didapati Tidak Bersalah?

Bakal Peguam
12 September 2018 9:51 PG

W'salam. Reman adalah suatu


perintah mahkamah bagi
menahan orang yang disyaki
(OYDS) di dalam lokap bagi
melengkapkan siasatan. Tempoh
reman telah ditetapkan oleh
undang-undang iaitu maksimum
7 hari (4+3) bagi kesalahan yang
hukumannya dibawah 14 tahun
penjara dan maksimum 14 hari
(7+7) bagi kesalahan yang
hukumannya lebih dari 14 tahun
penjara sehingga hukuman mati.
Saya tidak tahu pula berapakah
tempoh reman untuk orang yang
didapati tidak bersalah kerana
tiada proses itu dalam undang-
undang.

BALAS

Unknown 16 September 2018 9:31 PG

Sy ingin bertanya...
Adakah ugutan bunuh berserta video (yg
di rakam tanpa niat) boleh di jadikan
bukti?

Dan apa hukuman bagi si pengugut itu


pula?

Dan si perakam video itu bolehkah di


dakwah?

Dan mangsa itu pula boleh di penjarakan?


Kerana yg mengugut itu seorang anggota
PDRM?

Olivia Martinez
24 September 2020 7:28 PTG

Halo semua, nama saya Olivia


Martinez saya di sini untuk
membuat ulasan mengenai
bagaimana Doktor Ogun
membantu saya dalam
memperbaiki perkahwinan saya
dan juga kepada mereka di luar
sana yang meminta pertolongan
dan nasihat mengenai cara
menyelamatkan perkahwinan
atau hubungan anda yang putus,
beberapa bulan yang lalu saya
Saya mempunyai masalah
dengan suami saya dan saya
menyedari bahawa dia telah
berselingkuh dengan wanita
muda lain di tempat kerjanya
saya berhadapan dengannya
tetapi dia marah dan berkata
kepada wajah saya bahawa itu
benar, seolah-olah itu tidak
mencukupi dia terus maju
dengan memberitahu saya dia
tidak lagi menyayangi saya
bahawa dia mahukan perceraian
yang saya hancurkan dan
bingung, saya memohon
kepadanya bahawa saya tidak
mahu perceraian tetapi dia
menegaskan, sebelum itu saya
pernah mendengar tentang
Doktor Ogun ketika melayari di
internet bagaimana dia
digunakan untuk menolong
orang-orang dengan
perkahwinan dan hubungan yang
rosak, saya memikirkannya dan
saya memutuskan untuk
menghubunginya, dia berjanji
akan mengukirkan senyuman di
wajah saya lagi, saya mengikuti
arahannya dan setelah 7 hari
saya sangat terkejut melihat
suami saya melutut di hadapan
saya dan meminta maaf kerana
apa yang dia katakan mengenai
perceraian, ini adalah sesuatu
yang tidak pernah saya harapkan,
saya berterima kasih kepada
Doktor Ogun atas apa yang telah
dia lakukan untuk saya, sekarang
saya hidup bahagia dengan
suami saya dan dia telah
berhenti berjumpa dengan
wanita lain. Tidak kira apa
masalah anda dan sukar dia
menyelesaikannya, hubungi
Lelaki yang dipanggil Doktor
Ogun melalui
solutiontemple01@gmail.com
atau WhatsApp +15034898675
untuk mendapatkan pertolongan
bahawa dia adalah lelaki yang
boleh dipercayai
Sekiranya anda berada di luar
sana untuk menyelesaikan
masalah berikut, dia juga
sempurna
(1) Sekiranya anda mahukan
bekas kekasih anda.
(2) Sekiranya anda selalu
mempunyai mimpi buruk.
(3) Anda mahu dinaikkan
pangkat di pejabat anda.
(4) Anda mahu wanita / lelaki
mengejar anda.
(5) Sekiranya anda mahukan
anak.
(6) Anda mahu menjadi kaya.
(7) Anda mahu mengikat suami /
isteri menjadi milik anda
selamanya.
(8) Sekiranya anda memerlukan
bantuan kewangan.
(9) Penjagaan herba
(10) Membantu membawa orang
keluar dari penjara
(11) Mantra Perkahwinan
(12) Keajaiban Mantra
(13) CUBA NABI
(14) Mantra Tarikan
(15) Buang Mantra Sakit
(16) Pesona untuk mendapatkan
siapa yang mencintai anda.
(17) Mantra perniagaan.
(18) Cari keluarga anda yang
telah lama hilang.
(19) Eja untuk masalah keluarga
(20) Masalah Kes Mahkamah
(21) hamil
Sekiranya anda memerlukan atau
menginginkan maklumat
mengenai cinta atau mantra
wang, anda boleh menyelesaikan
masalah itu hari ini

BALAS

Tanpa Nama 30 September 2018 2:31 PTG

Saudara saya telah mendapat keputusan


mahkamah dilepaskan tanpa dibebaskan
setelah 4 kali hadir bicara. Mahkamah
juga telah mengarahkan saudara saya utk
ambil duit jamin. persoalannya lama
manakah status dnaa ni akan berkekalan.

Bakal Peguam
2 Oktober 2018 2:48 PTG

Dalam undang-undang, tiada


dinyatakan bahawa perintah
DNAA ini mempunyai tarikh
luput. Maknanya, ia akan
berkekalan sehingga terdapat
perintah mahkamah yang
memberikan perintah lepas dan
bebas sepenuhnya.

BALAS

Unknown 2 Oktober 2018 12:32 PTG

Apa implikasi jikalau OKT tiada peguam


pada sebutan ketiga?

Bakal Peguam
2 Oktober 2018 2:49 PTG

Jikalau OKT masih tiada


peguam, mahkamah akan
teruskan kes dengan bicara
tanpa OKT diwakili oleh peguam.
Maknanya OKT kena jalan kes
sendiri.

Unknown 17 Jun 2019 2:32 PTG

Assalamualaikum bakal
peguam.kalau 4 kli naik
mhkamah.mahkamah jatuhkan
DNAA.MACAMNA YE??

BALAS

Tanpa Nama 5 Oktober 2018 4:05 PTG

Bagaimana okt kalau tidak ade saksi..dan


apakah syarat menjadi saksi..

Bakal Peguam
5 Oktober 2018 4:55 PTG

Apabila OKT dipanggil membela


diri, dia ada 3 pilihan samada
memberi keterangan bersumpah,
memberi keterangan tidak
bersumpah atau berdiam diri.
Jadi, OKT boleh menjadi saksi
bagi pihak diri sendiri kalau
memberikan keterangan secara
bersumpah.

Syarat menjadi saksi setahu saya


tidak ada, asalkan orang itu
waras, faham sebab akibat
sumpah yang dilafazkan dan
boleh bercakap benar mengenai
apa yang ditanya di mahkamah,
maka itu sudah cukup. Untuk
makluman, kanak-kanak pun
boleh jadi saksi juga.

BALAS

Unknown 5 November 2018 12:06 PTG

Maaf saya bertanya, jadi sekiranya OKT


tidak dapat bayar jamin hari yang sama,
dia akan ditahan di penjara di bawah
reman 259 sehingga next date ataupun
ada ahli keluarga atay sesiapa yg boleh
menjamin kan?

Bakal Peguam
5 November 2018 4:36 PTG

Bagi OKT yang tidak dapat bayar


wang jaminan pada hari yang
sama, dia akan ditahan sehingga
wang jaminan dibayar di
Mahkamah dan syarat jaminan
(seperti jumlah penjamin dan
sebagainya) dipatuhi, maka OKT
bolehlah dilepaskan, tidak perlu
tunggu sehingga tarikh
seterusnya. Harap membantu.

BALAS

Lia 18 November 2018 6:54 PG

As salam tuan. Mohon pencerahan


sekiranya pertuduhan digugurkan melalui
surat rasmi kepada pihak polis dan
pendakwaraya oleh pihak yang membuat
laporan dan ianya adalah sebelum
pengurusan kes dan perbicaraan, berapa
lama tempoh menunggu
kelulusan.Adakah pihak pendakwaraya
masih meneruskan pendakwaan
walaupun pertuduhan digugurkan oleh
pihak yang membuat laporan dalam
bentuk surat rasmi.Terima kasih.

BALAS

Unknown 18 November 2018 1:52 PTG

Tuan,saya telah email kepada tuan


mengenai pertanyaan say di
bicaraperundangan@gmail.com.Mohon
tuan tolong ya.Terima kasih

Bakal Peguam
9 April 2019 11:48 PG

Mungkin emel itu saya telah


balas.

BALAS

Tanpa Nama 20 November 2018 11:26 PTG

Tuan, utk kes 408KK,IO menasihatkan


OKT menyelesaikan dengan pengadu
secara persetujuan kedua2 belah pihak di
mana OKT telah menyelesaikan
pembayaran tersebut.Pengadu membuat
surat rasmi menarik balik kepada IO & IO
telah mengemukakan kepada pendakwa
raya.Soalan saya, 1. Adakah perbicaraan
masih diteruskan walaupun surat rasmi
jelas menyatakan penarikan balik kes
kerana telah selesai dibayar sejumlah
wang tersebut. 2.Masihkan OKT
dijatuhkan hukuman?3.Perlukan OKT
melantik peguambela?

Bakal Peguam
9 April 2019 11:48 PG

Lantiklah peguam sebab


pendakwaan boleh saja
diteruskan walaupun pengadu
buat surat rasmi menarik balik
kes. Ia adalah hak mutlak
pendakwaraya samada
meneruskan pendakwaan atau
memberhentikannya.

BALAS

eika 28 November 2018 5:36 PTG

hi bakal peguam..sekiranya sebutan kes


semula.tdk memerlukn peguam boleh tk?
kira buat ryuan sendri..adakah kes itu
akan meng..dn boleh dpt duit jminan
semula..dan sekiranya di kenakan
denda..bole tk ambil duit jminan untuk
menambhkn denda tersebut?

Bakal Peguam
9 April 2019 11:47 PG

Hi.

Jikalau ada peguam lebih bagus


sebab peguam tahu apa perlu
dibuat. Tiada jaminan kes boleh
didenda jikalau bertindak
sendirian. Apatah lagi melibatkan
kes yang 'wajib penjara'.

Duit jaminan tidak boleh diguna


untuk menambah wang denda.
Perlu sediakan wang lain untuk
bayar denda.

BALAS

Unknown 28 November 2018 9:33 PTG

Salam tuan...sy ingin penjelasan


mengenai kes suami saya...suami sy telah
dihadapkan dgn 4 kes di bwh ss
457kk...pd 25.11.18 kes di bicarakan di
mahkamah dan pd tarikh yg same ayah sy
telah meninggal dunia..menyebabkan sy
tidak dpt hadir di mahkamah...tetapi sy
telah wakilkan sahabat saya untuk
mendengar perbicaraan...soalan.sy
adakah suami sy blh di ikat jamin,dan
untuk 4 pertuduhan tersebut sabit
kesalahan 6 tahun penjara dgn denda
14k...suami sy mengaku bersalah
dan.mohon dibicarakan.soalan sy lg
adakah had mase untuk seseorang okt blh
diikat jamin..terima kasih tuan

Bakal Peguam
9 April 2019 11:45 PG

W'salam. Jikalau puan kata


suami mengaku bersalah tetapi
mohon dibicarakan, maknanya
suami puan belum lagi
dijatuhkan hukuman, betul?

Jikalau mahkamah benarkan


jaminan, selagi kes belum selesai
maka OKT bolehlah dijamin pada
bila-bila masa apabila telah
memenuhi syarat jaminan
ditetapkan.

BALAS

Mencari Kebenaran 16 Januari 2019 7:17 PG

Tumpang tanya, bolehkah pihak media


menyiarkan gambar muka (tidak
censored) OKT (belum dijatuhi hukum)

Bakal Peguam
9 April 2019 11:44 PG

Boleh. Kecuali pesalah kanak-


kanak atau ada perintah
mahkamah yang melarangnya,
maka tidak bolehlah disiarkan.

BALAS

Unknown 1 April 2019 3:17 PTG

Kawan sy urine positif ...kes mahkamah


28.march tp dia tak pergi...dia akan jadi
wanted ke

Bakal Peguam
9 April 2019 11:43 PG

Tidak.

Cuma mahkamah akan


keluarkan waran tangkap saja
atas kegagalan hadir pada tarikh
ditetapkan. Dan notis kepada
penjamin.

BALAS

Unknown 8 April 2019 10:20 PG

jamin mulut.. dengan jamin polis.. sama


ke. .

Bakal Peguam
9 April 2019 11:42 PG

Jaminan polis selalunya 'jamin


mulut' atau 'jamin kertas' saja.

Unknown
26 September 2019 10:15 PTG

ada efek tak kalau orang yang


diberikan jaminan polis itu tidak
hadir ke mahkamah untuk
pertuduhan?

BALAS

Unknown 9 April 2019 5:57 PTG

Saya sebagai saksi. Boleh tak saya minta


bahawa tidak ingin dinampak oleh
petuduh semasa bicara?

Bakal Peguam
10 April 2019 8:49 PG

Saksi yang juga mangsa kes atau


sekadar seorang saksi? Dan
kenapa tidak ingin dilihat oleh
OKT?

Itu terpulang kepada kebenaran


mahkamah. Kalau ada asas,
bolehlah maklumkan Timbalan
Pendakwaraya/Pegawai
Pendakwa kes untuk mohon
kepada mahkamah untuk pakai
penghadang.

BALAS

Tanpa Nama 20 April 2019 1:24 PTG

saya dengan 3 org kawan saya terlibat


dengan kes seksyen 6. saya kurang faham
tentang tuduhan. di makhamah pendakwa
membaca tuduhan kita masing-masing,
tapi semua nya sama, walaupun saya
dengan kawan saya tidak bersalah. dua
daripada mereka telah buat representasi
untuk mengaku bersalah, dan saya dgn
kawan saya tidak buat. apakah yg akan
terjadi pada saya dgn kawan saya? terima
kasih.

BALAS

Unknown 6 Mei 2019 2:39 PG

AssalMualaikum bakal peguam sya ingin


bertanya suami disabitkan kesalah diatas
akta 417.dan 7hb 5 2019 adalah sebutan
kes.persoalan sya adakah suami akan
dikenakan denda

BALAS

Unknown 6 Mei 2019 9:35 PTG

kalau kes dah tarik bAlik


tunggu surat peguam negara
dah sebulan boleh bebaske..

BALAS

Murli 15 Jun 2019 3:08 PTG

Hi mam. I need ur advise badly. I made a


police report on my brother in law for
beating my sister until hospitalised and
threatening me and my family. And now
the problem is my sister gets back to her
husband and turns against me. She
wanted to lie at the court tht i made a
false report tht her husband threatens me
and i made a police report without her
knowledge when she was hospitalised.
But she was 100% aware at the hospital
and she knew im going to make a police
report. I went to save her and take care of
her kids until she discharged but she
wanted to put me in jail and she wants to
save her husband who abuses her. Infact
she's now in the defendant side. Me and
my parents are so woried and dont know
what to do.

BALAS

Unknown 20 Jun 2019 10:38 PTG

maaf bertanya,kalau sebutan kes kali ke 2


tanpa peguam,adakah okt akan
diperjarakan,sebab tidak mampu upah
peguam.

Bakal Peguam
4 Julai 2019 4:45 PTG

Tidak. Mahkamah tidak akan


penjarakan OKT hanya sebab dia
tidak mampu upah peguam.
Perintah pemenjaraan hanya
berlaku jikalau sabit kesalahan
dan dijatuhkan hukuman atau
ditahan reman akibat gagal
mengemukakan jaminan.

BALAS

Unknown 23 Jun 2019 5:22 PTG

Hari ini sy hadir ke mahkamah sebagai


seorng pemjamin untuk kes 12(2). Hari ini
adalah hari sebutan kes. Tapi mcm biasa
pihak pendakwa belum mendapat
keputusan kimia. Dan kebetulan pula dgn
ketidakhadiran org yg dituduh kerana telah
ditahan hospital sisebabkan serangan
jantung.. Org dituduh adalah berkerja dgn
kerajaan negeri. Ada beberapa perkara yg
perlu saya tahu harap boleh membantu..

1- jika untuk sebutan yg akan datang


masih juga gagal hadir diatas alasan yg
sama, apakah tindakan diambil oleh
mahkamah..?

2- jika dihari sebutan nanti yg dituduh


terus mengaku bersalah dan merayu,
adakah diatas budi bicara mahkamah
boleh mengurang denda sehingga 50%
kurang dari jumlah jaminan atas alasan
berpenyakit kronik dan penjawat awm.

3- pernah atau tidak berlaku di negara kita


mahkamah akan terus menolak
pertuduhan dan membebaskan diatas
gagal hadir buat kali ke 2 dan merayu
untuk dibebaskan kerana telah disah kan
oleh hospital penyakit dialami makin
kritikal.. Atau DNAA

Diharap ada penjelasan dari pihak


tuan/puan
Terima kasih

Bakal Peguam
4 Julai 2019 4:44 PTG

1. Mahkamah akan tangguhkan


kes lagi sehingga OKT hadir.
2. Jikalau mengaku salah,
mahkamah biasanya akan
mengenakan hukuman 1/3 dari
jumlah maksimum
denda/penjara yang
diperuntukkan oleh undang-
undang, bergantung kepada
faktor peringanan dan
pemberatan hukuman.
3. Tidak pernah. Kerana bukan
tanggungjawab mahkamah
untuk berhentikan pendakwaan.
DNAA hanya berlaku sekiranya
OKT gagal dibawa atau dijumpai
oleh pihak pendakwaan setelah 3
kali sebutan/perbicaraan
ditetapkan, atau pada masa
bicara pendakwaan tidak
bersedia menjalankan kes
setelah mahkamah arahkan
untuk teruskan juga bicara, atau
atas permohonan pendakwaraya
sendiri untuk DNAA kes itu.

BALAS

Unknown 27 Jun 2019 12:50 PG

Hye, nak tanya adik saya ditahan dalam


kes curi motor dengan seorang kawannya.
Tetapi, adik saya tidak mengaku bersalah
kerana dia hanya tumpang kawannya itu
ke Kedai. Kawan adik saya telah mengaku
bersalah. Adik saya dan kawannya telah
diberi ikat jamin sebanyak 3000 seorang.
Saya telah mengikat jamin adik saya.
Kawannya dihantar ke asrama akhlak
kerana bawah umur. Adik saya 17 tahun.
Sekarang mahkamah suruh ambil peguam
pasal adik tidak mengaku bersalah. tapi
kami tak mampu, Apa boleh dibuat
sekarang?

Bakal Peguam
4 Julai 2019 4:40 PTG

Tidak perlulah mengaku jika


tidak bersalah. Kes akan
dibicarakan juga oleh
mahkamah. Walaupun
mahkamah arahkan ambil
peguam, tetapi jika tidak mampu,
maka semasa perbicaraan
kenalah wakil diri sendiri. Adik
tuan perlu diiringi oleh ibubapa
atau abang/kakak semasa bicara
nanti.

BALAS

Unknown 29 Jun 2019 1:10 PTG

Sy diberi Surat " Saman kepada saksi"


daripada immigresen utk hadir buat
keterangan, ape yg sy tahu ? dan akan jadi
selepas Tu?

Bakal Peguam
4 Julai 2019 4:38 PTG

Saman kepada saksi bermaksud


tuan dikehendaki hadir bagi
memberikan keterangan sebagai
seorang saksi yang tahu akan
kes yang dibicarakan. Pada
tarikh yang ditetapkan tuan perlu
berada di mahkamah dan apabila
dipanggil, perlu mengangkat
sumpah memberikan keterangan
yang benar. Kemudian tuan akan
disoal oleh orang yang
memanggil tuan (pemeriksaan
utama), kemudian disoal balas
oleh pihak satu lagi
(pemeriksaan balas) dan disoal
sekali lagi oleh yang memanggil
(pemeriksaan semula). Selepas
itu tuan akan dibebaskan oleh
mahkamah. Jika pada tarikh
ditetapkan tuan gagal hadir
tanpa alasan kukuh, waran
tangkap boleh dikeluarkan oleh
mahkamah.

BALAS

pbird 7 Julai 2019 2:00 PTG

kawan saya telah didakwa dibawah


seksyen 324,,, mencederakan sorang tua
dgn mengunakan sebatang kayu.. pihak
yg membuat report polis telah membuat
satu repot palsu.. yg sebenarnya yg
mencederakan pihak pengadu adalah
orang lain.. kami ada salinan cctv
ditempat kejadian.. apa yg perlu kami
lakukan utk menyelesaikan kes ini....?

Bakal Peguam 9 Julai 2019 8:11 PG

1. Buatlah laporan polis


mengatakan pengadu kes itu
telah membuat laporan palsu,
dan polis akan buka kertas
siasatan atas perkara ini.
2. Buatlah representasi kepada
pendakwaraya dengan
memasukkan sekali salinan cctv
itu sebagai bukti bahawa kawan
tuan tidak terlibat.
3. Jika kedua-dua di atas tidak
mendapat layanan, pastikan
minta bicara kes ini dan
masukkan nanti salinan cctv itu
sebagai barang kes semasa
bicara.
Insya Allah, moga
dipermudahkan.

BALAS

Nadiah 12 Julai 2019 8:45 PG

Assalamualaikum bakal peguam. Saya


ada kenalan. Kenalan saya ini dia ingin
berkahwin di siam tapi dia ingin buat di
malaysia. urusan2 semua itu orang
malaysia akn buat dan pada hari
berlangsung orang siam akn datang ke
malaysia. So, dipendekkan cerita semua
payment sudah dibuat around RM6K.
Lepas tu, pada hari sepatutnya kawan
saya ini menikah tapi dia ditipu. Dia marah
dan serang ke rumah orang tu dgn bawa
orang2 dia utk bergaduh. Di jadikan cerita,
kedua2 pihak di bawa ke balai dan
masing2 buat report. So, dua2 kena
reman. Dan selepas 24jam keesokannya
dihadapkan ke mahkahmah. Menurut
bakal peguam, kes macam ni

1) adakah kawan saya itu bersalah?

2) adakah ada kes perbicaraan utk kali


ke2?

3) sekiranya bersalah, adakah boleh ikat


jamin pada itu juga atau ada bicaraan
mahkahmah pda hri lain?

Terima kasih bakal peguam.

Bakal Peguam
19 Ogos 2019 2:29 PTG

Waalaikumussalam. Dalam hal


ini pergaduhan pihak-pihak
terlibat boleh diklasigkasikan
sebagai merusuh di bawah
seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Polis juga boleh
mengklasigkasikan kes ini
sebagai mendatangkan
kecederaan sekiranya
kecederaan berlaku kepada
mana-mana pihak. Kawan Cik itu
boleh didapati bersalah
sekiranya kes dibicarakan dan
tiada pembelaan yang boleh
diterima oleh undang-undang.
Kes perbicaraan kali kedua tu
saya tidak faham kerana
perbicaraan hanya sekali saja.
Kes sebegini boleh dijamin oleh
Mahkamah sementara
menunggu bicara selesai.

BALAS

someone 19 Ogos 2019 2:06 PTG

Hi bakal peguam. Saya ada soalan, suami


saya telah direman atas kes merompak
besi, tetapi kes tidak cukup bukti kerana
rakan dia yang utama dalam kes ini belum
diberkas, adakah kes ini akan gugur? dia
sekarang di reman sudah 7 hari. Sarjan
yang handle kes dia kata, suami saya
positif dadah jenis syabu, buat kali ke4
adakah hukuman penjara suami saya
berat?

Bakal Peguam
19 Ogos 2019 2:34 PTG

Hi puan. Bagaimana puan tahu


kes tidak cukup bukti? Samada
kes diteruskan atau digugurkan
adalah budibicara
Pendakwaraya, puan, bukan
pegawai penyiasat. Dan
berkenaan dengan positif syabu
kali ke-4, seandainya maksud
puan sebelum ini suami pernah
disabitkan oleh mahkamah
sebanyak 3 kali, maka kali ini
beliau boleh dituduh di bawah
seksyen 39C Akta Dadah
Berbahaya dan hukumannya
adalah penjara minimum 5 tahun
dan tidak lebih 10 tahun dan
dengan sebatan rotan jika sabit
kesalahan. Hukumannya
memang agak berat.

Unknown 23 Ogos 2019 4:21 PTG

Salam tuan nk tanya suami saya


sekarang kena reman selama 3
bln sementara tunggu kimia
sampai,boleh jamin 5000 tp saya
x ada duit.macam mana dgn kes
ni.nanti blh bayar denda saja kan.

BALAS

Unknown 27 Ogos 2019 9:29 PG

Bolehkah OKT yang hanya membawa


penjamin tetapi tidak diwakili
penguamnya mendapat jaminan ketika
proses sebutan kali pertama dalam kes
Seksyen 408 kk?

BALAS

Tanpa Nama 6 September 2019 12:14 PTG

Assalamualaikum bakal peguam. Abg sya


telah dituduh melupuskan harta curi
414kk (dia cagarkan alat canai milik
pengadu atas sebab pengadu tidak
membayar duit gajinya) pada sebutan kali
pertama 24july19, dia tidak mengaku
bersalah dan minta dibicarakan (tarikh
ditetapkan pada 4sept) . Pada hari yg
sama 24 july pengadu telah menarik
semula report polis yg dibuat. Jadi
semasa tarikh sebutan semula kes pda 4
sept hakim menyatakan telah menerima
penarikan balik report, OKT akan
dikeluarkan dari penjara namun ada satu
tarikh yg disebut oleh hakim iaitu 14
oktober.

Soalan saya
1) jika 14 oktober ini kes dibicara semula,
pada pendapat tuan patut kah abg sy
tetap mengaku tidak bersalah atau dia
harus mengaku bersalah bagi
memudahkan lagi proses seterusnya?

2) kenapa mahkamah menyatakan OKT


akan dikeluarkan dari penjara tapi, abg
saya masih ditahan di penjara? (Abg sy
reman 259 kerana tidak bayar ikat jamin)

3) adakah peluang abg sya dibebaskan


dari pertuduhan pada 14 oktober ini
kerana mahkamah telah menerima tarik
balik report polis yg dibuat oleh pengadu
sebelum ini?

Bakal Peguam
7 Oktober 2019 3:00 PTG

Waalaikumussalam.
(1) Patutkah mengaku salah atau
tidak adalah hak eksklusif OKT,
saya tidak boleh berikan
pendapat dengan alasan
memudahkan proses seterusnya,
kerana hukuman yang dijatuhkan
akan ditanggung sendiri oleh
OKT.
(2) Dikeluarkan dari penjara
bermaksud akan dibawa ke
mahkamah semasa tarikh
sebutan/bicara.
(3) Tidak semestinya kerana
meneruskan pertuduhan atau
menarik balik adalah budi bicara
Timbalan Pendakwaraya.
Mahkamah hanya berfungsi
untuk menjatuhkan hukuman jika
OKT mengaku salah atau
melepaskan OKT jika
pendakwaraya menarik balik
pertuduhan.

BALAS

Boy 11 September 2019 2:29 PG

Hi Bakal Peguam,

1) sebagai mangsa Di tetak parang Di


tangan sampai jari tak fungsi boleh saya
Saman OKT?

2) Okt Kena Jamin 3k sahaja mengatakan


324kk saya Di tahan Di wad selama 6 Hari
Dan urat tangan pun Putus.. sampai dua
jari tak gerak.. saya tak faham .. boleh
terangkan?

Terima Kasih

Bakal Peguam
7 Oktober 2019 2:57 PTG

1) Boleh.
2) Jaminan RM3,000 itu
bermaksud OKT dibebaskan
sementara menunggu tarikh
bicara. Kesalahan dipertuduhkan
dibawah Seksyen 324 KK itu
adalah budi bicara Timbalan
Pendakwaraya, berdasarkan
laporan perubatan yang
dikemukakan. Kesalahan ini
boleh membawa hukuman
penjara 3 tahun atau sebat atau
denda atau mana-mana dua
daripada hukuman itu.
Bermakna, kes ini boleh dijamin.
Ia bukan hukuman tetapi untuk
memastikan OKT hadir semasa
bicara.

BALAS

Tanpa Nama 28 September 2019 10:40 PG

Hi bakal peguam. Apa akan terjadi kepada


saksi yang tidak hadir ke mahkamah
untuk perbicaraan? Jika waran tangkap
dikeluarkan, Dan dia ditangkap, apa yg
akan berkaku? Apa hukuman
terhadapnya?

Bakal Peguam
30 September 2019 8:34 PG

Jika saksi yang disapina dan


sengaja tidak hadir ke
mahkamah dan apabila waran
tangkap dikeluarkan dan dia
ditangkap, dia akan dihadapkan
ke mahkamah yang
mengeluarkan waran tangkap itu
dan akan diminta memberikan
tunjuk sebab kenapa dia tidak
patut disabitkan kerana
menghina mahkamah akibat
gagal mematuhi sapina yang
dikeluarkan. Jikalau mahkamah
berpuas hati dengan penjelasan
diberikan, saksi ini akan
dilepaskan. Jikalau tidak,
mahkamah boleh jatuhkan
hukuman denda atau penjara,
yang mana digkirkan sesuai oleh
mahkamah.

BALAS

Sahlinie 7 Oktober 2019 12:47 PTG

Hi bakal peguam...Suami saya dalam


seksten 506 ugutan melalui fon...tetapi
kes dalam bicara kerana tidak
mengaku...adakah kali ketiga perbicaraan
boleh mengaku dan akan dapat denda
atau still akan kena hukuman penjara???

Bakal Peguam
7 Oktober 2019 2:55 PTG

Hi puan. Mengaku salah boleh


dibuat pada bila-bila masa
sepanjang perbicaraan.
Mengenai hukuman pula,
seksyen 506 terbahagi kepada 2
bahagian, (1) ugutan
mendatangkan ketakutan secara
jenayah boleh membawa
hukuman penjara 2 tahun atau
denda atau kedua-duanya sekali;
(2) ugutan itu hendak
mendatangkan kecederaan atau
kematian boleh dihukum penjara
hingga 7 tahun atau denda atau
kedua-duanya. Proses jatuh
hukum adalah budi bicara penuh
mahkamah, tertuduh boleh
membuat rayuan mitigasi untuk
diringankan hukuman.

BALAS

Sahlinie 7 Oktober 2019 12:48 PTG

Hi bakal peguam

BALAS

Sahlinie 7 Oktober 2019 12:55 PTG

Hi peguam...Nak tanya suami saya dalam


seksyen 506 ugut dalam telefon...kes
dalam bicara disebabkan tidak mengaku
dgn jaminan Rm5000
Adakah kali ketiga bicara kita boleh
mengaku salah dan letak peguam utk
dapatkan denda or mmg hakim akan bagi
hukuman penjara...Apa yg perlu kita buat
utk tamatkan kes tanpa terima
hukuman...??

BALAS

Unknown 10 Oktober 2019 12:22 PTG

Salam tuan, sy dipanggil utk memberi


keterangan berkenaan accident . Sy
dilanggar motor sblm ni tp yg beriya minta
tuntutan org yg melanggar sy. Cuma surat
lmbt sampai ke tgn sy dan terlepas dr
tarikh bicara. Sudah 2x sy x hadirkan diri
kerana surat lmbt smpai. Apekah yg perlu
sy buat? Jika sy hadir ke makhamah
adakah org yg melanggar sy tu juga turut
hadir?

BALAS

HAMBA ALLAH 22 Oktober 2019 5:08 PG

hai slm sjhtera tuan . sy ingin meminta


pendapat tuan ttg kes ini . kwn2 sy
dituduh dlm seksyen 395/397 kk . jd sy nk
tya mcmana nk selesai kan kes ni dan
adakah kes ini bleh dijamin atau upah
lwyer mungkin kah kes ini akan menang ?
boleh kah tuan tolong terangkan pada sy ?
sy mmg tdk arif ttg ini �� terima kasih
tuan

BALAS

Unknown 28 November 2019 8:51 PG

Sya dberi sepina cuma nk tanya..nanti


masa bicara sekali dgn okt ke asing..tq

BALAS

Tanpa Nama 3 Disember 2019 7:46 PTG

Saya diberi sapina untuk jd saksi


pengadu.saya dah ke mahkamah saya
dah bg keterangan jd ada ayat 2 x sama
dgn laporan saya mcm mana 2

BALAS

Tanpa Nama 3 Disember 2019 7:49 PTG

Saya diberi sapina dah bg keterangan kat


mahkmah cuma nak tanya laporan dgn
keterangan saya dlm satu ayat 2 x sama.

BALAS

missja 11 Disember 2019 12:25 PTG

adik saya direman atas kesalahan urine


dan dadah methamphetamine (ais) dan
dikenakan jaminan berjumlah RM3700.00.
sekiranya tidak dijamin berapa tahunkah
dia akan dipenjarakan? utk makluman
tuan ini adalah kali ke 5 dia dipenjarakan.
adakah dia akan dibuang daerah?

BALAS

Unknown 29 Disember 2019 5:26 PTG

Hi bakal peguam, saya dikenakan kes


bapa ayam tetapi saya hanyalah penjaga
premis. Saya telah dibenarkan ikat
jaminan $10ribu dan mempunyai peguam.
Setelah sebutan kes 3kali selesai didapati
ada peluang lawan bicara kerana saksi
seorang pelacur yang turut didakwa dari
tingkat kedua, saya bekerja tingkat1 maka
6&7January2020 hari bicara. Soalan saya
adakah 6january saya bicara dan saksi
pelacur tersebut hadir dan hari berikutnya
7january keputusannya samada saya
menang atau kalah maka 6january saya
direman kehari 7january. Saya tidak faham
SOP prisedur

BALAS

Unknown 8 Januari 2020 10:47 PG

Hi bakal peguam, boleh Tanya Ni.. kawan


Saya pernah disabit kesalahan akta dadah
berbahaya 2 tahun yang lepas. Di hantar
makamah tetapi dilepaskan atas jaminan
polis.Adakah nama akan direkodkan atau
didaftarkan.

BALAS

Tanpa Nama 8 Februari 2020 7:51 PTG

salam tuan,
kawan saya telah dibebaskan di bawah
DNAA, di mahkamah jenayah Klang. tetapi
sehingga kini wang jaminan dia masih
belum di pulangkan oleh pihak
mahkamah. kenapa ya?

BALAS

Md 20 Mac 2020 10:16 PTG

Salam saya ingin tahu knpe kenderaan


saye masih lagi di tahan oleh io yg urus
kan kes saye sbab saye sudah pun
membaya denda atas kesalahan kecil yg
di tuduh atas diri saye n resit byaran pon
sudah ade dan knpe masih menunggu
kebenaran mahkamah untuk pelepasan
kenderaan saye..

BALAS

Unknown 21 April 2020 2:30 PTG

Assalamualaikum .. saya nak tanya boleh


tak kalau saya nak jamin suami saya
semasa pkp berlangsung ?

BALAS

Alan 30 Mei 2020 9:36 PG

Assalamualaikum.. saya dituduh


memegang dan dan peluk perempuan di
dalam okce tempat saya kerja..
keterangan saya sudah buat di balai
polis.. sekarang bos saya mintak saya
tulis kronoloji atau keterangan sekali lagi
dan bagi dekat dia.. adakah perlu saya
tulis sekali lagi..? Sedangkan saya sudah
buat di balai polis itu.

Bakal Peguam 8 Jun 2020 10:46 PG

Waalaikumussalam. Perlu dibuat


kerana keterangan di balai
adalah untuk siasatan polis,
kronologi kepada majikan adalah
bagi tujuan siasatan dalaman.

BALAS

Sanz 1 Julai 2020 1:18 PG

Assalammualaikum .. Adik saya direman


lbih dri dua minggu ... Kami sekeluarga
langsung tidak dapat berjumpa dgn adik
sejak hari ditangkap .. IO tidak beri
kerjasama yg sepatut nya .. Tidak
menjawab pggln telefon kami dan tidak
mahu berjumpa dgn kami seperti
mengelak untk berjumpa .. Apa perlu kami
buat ?

BALAS

Tanpa Nama 26 Julai 2020 9:23 PTG

Salam tuan,
Isteri sepupu saya telah dijatuhkan
hukuman selama 16 tahun 4 bulan dan
dimasukkan ke penjara atas tuduhan bagi
kes 420.Saya ingin bertanya bolehkah
kami membuat rayuan semula kepada
mahkamah supaya hukuman dapat
dikurangkan kerana anak kepada sepupu
masih kecil dan tiada yang menjaga.
Kedua ibubapa beliau juga sudah uzur dan
tua serta mengalami masalah kesihatan.

Apa yang sepupu saya perlu buat? Mohon


panduan dan nasihat...

Bakal Peguam
27 Julai 2020 9:54 PG

W'salam. Boleh failkan notis


rayuan melalui pihak penjara.

BALAS

Tanpa Nama 1 Ogos 2020 5:34 PTG

Tuan,

Pengadu telah menyerahkan bukti bukti


seperti print out WhatsApp chat (okt &
saksi), gambar-gambar, resit, booking
invoice (circumstancial evidence) dan
rakaman audio pengakuan saksi namun
didapati

>Setelah mengkaji kertas siasatan, TPR


telah memutuskan:
2.3 Tiada sebarang kesalahan jenayah
berlaku
2.4 Tiada keterangan yang kukuh untuk
membuktikan kes terhadap tertuduh

Apakah langkah yang boleh di ambil oleh


pengadu untuk io membuat siasatan
dengan lebih lanjut?

*498

Terima kasih

BALAS

?utr!3 4 Ogos 2020 3:24 PG

assalam tuan,
abang saya ada meminjam beberapa kali
sejumlah wang dr saya dengan nilai
keseluruhan lebih lebih kurang 50k++ tp
selepas bbrapa lama, dia cakap dia hanya
mampu dan akan mmbyar rm100 sebulan
shj (mula byar bulan lpas). walaupon gaji
dia lbih kurg rm5k.. saya telah mmbuat
report polis dan polis mgatakan ini adalah
hal keluarga tp katanya lagi kalau sy bawk
kes ke mahkamah, jika pminjam hnya
mmpu byar rm100 shj, maka rm100 itu shj
la yg mahkamah akn tntukan.. betul ke jika
nak tuntut, mahkamah akn menentukan
mgikut byaran yang hnya bole dbyar oleh
abang sy tu. dan adakah memang itu
nasih peminjam? tak bole tuntut amoun
yg diinginkan?

BALAS

Tanpa Nama 24 September 2020 8:03 PG

Tuan. Telefon bimbit pesalah telah


dirampas tuk siasatan.. Boleh kah si
pembuat laporan polis itu mengambil
telefon bimbit berkenaan semasa
siasatan di jalan kan?? Mohon
pencerahan tuan.. Terima kasih.. Semoga
tuan sentiasa bahagia dan murah rezeki..

BALAS

Tanpa Nama 28 September 2020 11:26 PTG

Hai saya telah ditahan reman pd 10 ogos


utk kes 408, diikat jamin pd 11 ogos.
Telah membuat pembayaran penuh pada
28 ogos kpd pengadu. Pengadu telah fail
report tidak mahu teruskan siasatan dan
tarik report pada 1sep. Soalan sy:
1. Bagaimana hendak mengetahui status
kes? Kerana io tidak mahu beri kerjasama.
2. Kebiasaannya berapa lama tempoh
masa utk naik kes ke mahkamah? kerana
ingin menyediakan wang jaminan.
Terima kasih

BALAS

daniel 14 Oktober 2020 11:39 PTG

Selamat malam, saya ingin bertanya,


bagaimana cara untuk kita mengetahui
kes yang sudah lama kita failkan tetapi
tiada khbar berita dari makhamah,
sedangkan sudah 6 tahun kes tersebut
masih berjalan tetapi belum ada
tindakan.. Sudah di buat report polis dan
pihak polis pun berkata tunggu keputusan
dari makhamah.. Mohon pencerahan,

Bakal Peguam
23 Januari 2021 10:14 PG

Tuan hendaklah berhubung terus


dengan Pendaftar Mahkamah
yang berkenaan untuk dapatkan
maklumat kes lama tersebut.

BALAS

Unknown 7 Disember 2020 4:29 PTG

Assalamualaikum tuan, kakak saya telah


membuat laporan polis terhadap
menantunya yg telah memukul cucunya.
Setelah kes tersebut naik mahkamah , dia
mahu menarik balik tuduhan tersebut.
Mohon pencerahan

BALAS

amad 12 Disember 2020 11:19 PTG

saya ditahan atas seksyen 506kk ugutan


dan sebar video lucah,handphone
drampas dan dihantar ke skkm,saya dberi
jaminan polis,semalam 11.12.20 telah
habis jaminan saya,perlukah saya ke balai
atau tunggu io call untuk ke mahkamah??
ini kesalahan pertama,adakah sy
dikenakan denda dan penjara??pengadu
ingin tarik kes,tapi io tak beri kerjasama
dan sekarang kes tak ditarik..bole ke saya
minta dibicara?mohon penjelasan bakal
peguam.

Bakal Peguam
23 Januari 2021 10:15 PG

Boleh. Semasa didepan Majistret


nanti beritahu saja mengaku
tidak bersalah dan minta
dibicarakan.

BALAS

ingin tahu 28 Disember 2020 4:26 PG

boleh kah check online bila okt naik


mahkamah? jika boleh bagai mana kah
cara ya?

Bakal Peguam
23 Januari 2021 10:16 PG

Setakat ini tidak boleh. OKT kena


hadir ke mahkamah berkenaan
atau berhubung melalui telefon
sahaja.

BALAS

Unknown 7 Januari 2021 10:50 PG

Anak saya belum ada keputusan


mahkamah apa patut Sya buat sudut lama
umur dia 21 tahun

Bakal Peguam
23 Januari 2021 10:16 PG

Atas kes apa tuan/puan?

BALAS

Unknown 28 Januari 2021 3:28 PG

Untuk kes seksyen 324 kk yg masih


dibicarakan di mahkamah..tertuduh mntk
dibicarakan dan dijamin 2000rm..sebutan
semula kes sebulan kemudian...atas budi
bicara pihak tertuduh... pengadu setuju
menarik report yg dibuat..so boleh
ke,kalau pengadu menarik semula
report,bagaimana atau apa yg perlu
dilakukan....mohon pencerahan..!!!

BALAS

Unknown 13 Februari 2021 2:02 PTG

Salam tuan. Sy nak tanya kes 2006,io ada


cal sy untuk dtg kt balai untuk ambil
k'terangan kes 406..tapi sy dh bayar
semua kpd syarikat,dan org yg bt report
lupa tarik report..io ada bg no pgadu,sy dh
cal untuk tarik report
..so pgadu dh tarik report..io minta resit
p'byaran sedangkah dh 16tahun mana
simpan lg tuan,apa yg perlu sy buat? Perlu
sy naik mahkamah? Sampai skg io tak
ada cal sy lg? Dia cuma bg kertas oyds
je..? Minta sgt p'dpt tuan

BALAS

Unknown 20 Februari 2021 2:09 PTG

Hai saya nk bertanya suami saya dituduh


akta 26a..tp saya imigresen ambk
keterangan juga..adakah saya menjadi
saksi untuk kes suami saya..mohom
pencerahan..

BALAS

Unknown 13 Mac 2021 4:52 PG

salam hormat , kepada siapa atau agensi


mana perlu saya laporkan tentang isu
rumahtangga bagi mengheret pihak ketiga
yang telah menghancurkan rumahtangga
untuk tampil supaya dibicarakan dan
menerima hukuman setimpalnya dan juga
bagaimana cara menfailkan saman ,cara
mengarahkan pihak ketiga tampil
berjumpa besemuka/dimana @ bolehkah
meminta surat dari pihak berkuasa
supaya pihak ketiga tampil berjumpa

Bakal Peguam
15 Mac 2021 7:59 PG

W'salam. Puan boleh laporkan


kepada pihak polis terlebih
dahulu. Polis akan nasihatkan
samada kes dirujuk ke
Mahkamah Sivil/Syariah, atau ke
pejabat agama atau jika ada
unsur jenayah, polis juga boleh
membuat siasatan.

BALAS

Unknown 30 Mei 2021 2:22 PTG

1.Adakah seorang pegawai penyiasat/io


boleh menfailkan pertuduhan di
mahkamah tanpa kehadiran okt?
2. Okt tidak dimaklumkan untuk hadir ke
mahkamah bagi dituduh dan pegawai
penyiasat pada tarikh yang sama
menfailkan pertuduhan memohon untuk
dikeluarkan waran tangkap ke atas okt.
Adakah ini dibolehkan dalam undang2?

BALAS

Tanpa Nama 22 Jun 2021 8:59 PG

Maaf sy ingin bertanya, sekiranya kes


jenayah itu masih belum dituduh di
mahkamah, adakah si tertuduh boleh
terus mngaku bersalah pd hari
pertuduhan dan trus dijatuhkan hukuman
pada hari yang sama atau akan ada
sebutan semula.

BALAS

Manusia Biasa 2 September 2021 6:29 PG

Assalamualaikum Bakal Peguam.


Semoga Bakal Peguam diberi kesihatan
dan keberkatan dunia dan akhirat. Amin. .

Saya merupakan OKT seksyen 326 KK.


Pertanyaan saya adalah. .
1- Adakah Timbalan Pendakwa Raya
(DPP) wajar menerima pendaftaran kes
melalui (IO) yg sudah berpindah tmpat
bertugas?.
2-Adakan (IO) wajar hanya membuat
pertuduhan untuk mendapatkan
pengakuan bersalah OKT tanpa
mengemukakan punca OKT
mencederakan Mangsa?.
3- Adakah pertuduhan OKT boleh
diteruskan sekiranya terdapat maklumat
OKT tidak tepat?contoh Nombor kad
pengenalan OKT salah, tempat tinggal
OKT salah, sedangkan tmpat kejadian
bertempat di tempat kediaman OKT.

4- OKT dipujuk untuk mengaku bersalah


oleh TIMBALAN PENDAKWA RAYA.

5- (IO) sarankan untuk Mengaku bersalah


sbb OKT smemangnya individu yg
memukul mangsa. Selepas mengaku
bersalah, barulah bincang dgn pengadu
untuk tarikh kes sekiranya ingin berunding
penarikan kes.

6- OKT mendapat Jaminan Polis dan


tercatat di surat jaminan arahan untuk
hadir ke mahkamah pada 02september.
Namun pada 19Ogos, OKT di arah untuk
hadir ke mahkamah oleh (IO). .apabila
OKT meminta penjelasan mngenai kes,
(IO) hanya menyarankan untuk hadir ke
MAHKAMAH kerana msa tersebut
pertuduhan akan dibaca.

7- OKT mengaku tidak bersalah kmudian


diberi Kebenaran Jaminan MAHKAMAH.

8- OKT yg baru shja 6hari discharge


kuarantin di Hospital dibawa untuk
swabtest atas alasan akan dimasukkan ke
LOKAP. MAHKAMAH Tidak melayan
PENJAMIN untuk menjamin OKT Atas
sebab OKT belum mendapat keputusan
Swabtest. Setelah OKT disahkan Positive
Covid19, OKT menunjukkan surat
discharge Hospital BAHAWA PEGAWAI
PERUBATAN KKM memaklumkan bahawa
OKT telah menjalani rawatan dan
kuarantin dihospital. Sekiranya positive
covid19, virus yg terdapat pada pesakit
tersebut dianggap VIRUS yg tidak
berpotensi menjangkiti dan dianggap
sebagai VIRUS MATI. keputusan Positive
Covid perlu diabaikan. Namun penjelasan
OKT tidak diendahkan walaupun telah
menunjukkan SURAT Salinan ASAL yg
ditandatangani dan disahkan oleh
PEGAWAI PERUBATAN KKM. OKT
kmudian dipindahkan dari LOKAP tahanan
negative ke LOKAP TAHANAN
KUARANTIN POSITIVE COVID.
Menyebabkan OKT di dalam Tahanan
LOKAP selama 14hati tanpa rawatan
untuk pesakit positive Covid19. Sekaligus
Proses Jaminan MAHKAMAH ditangguh
sehingga OKT NEGATIVE COVID19. OKT
langsung tidak ada Swabtest sehingga
14hari kemudian dipindahkan ke LOKAP
tahanan NEGATIVE tanpa SwabTest.
Selama OKT dalam tahanan, (IO) langsung
tidak ada bertemu dengan OKT.

9- Adakah OKT wajar tanpa (IO)?.

10- Adakah wajar (IO) OKT yg telah


transfer ke Cawangan Daerah Lain
mngendalikan KES berada lain Daerah
tempat Bertugas? OKT seolah2x
dilengahkan untuk proses Jaminan yg
akan mngakibatkan OKT kesuntukan
masa untuk proses mencari peguam dan
persediaan untuk perbicaraan seterusnya.

11- (IO) kini tidak memberi sebarang


respon setelah OKT dapat dijamin atas
usaha ahli keluarga yang dtg setelah
14hari. Ahli keluarga dtg ke mahkamah
untuk menjamin OKT tanpa mekluman
drpd (IO) yg kini hanya membiarkan Chat
whatsapp menunjukkan simbol 'DOUBLE
BLUETHICK'.

11- semoga BAKAL PEGUAM dapat


memberi pencerahan kepada rakyat
Malaysia mempunyai MYKAD yg kurang
pengetahuan dan dikategorikan sebagai
berpendapatan seadanya (B40)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

BALAS

Manusia Biasa 2 September 2021 6:30 PG

Hiii

BALAS

Zira 6 September 2021 11:48 PTG

Assalamualaikum tuan, saye nk tnye


pendapat tuan. Pada tahun 2015 adik
lelaki saye ayah saye dan adik perempuan
saye terlibat dlm kemalangan. Dlm
kemalangan tu menyebabkan adik
perempuan saye meninggal dunia. Dan yg
memandu pada waktu itu adik lelaki saye.
Jadi skrg ni pihak polis call ayah saye utk
buat representasi terhadap adik lelaki
saye.sedangkan ayah saye tidak membuat
sebarang report terhadap adik saye ni.
Perlu ke saye buat representasi? Sebab
nye bende ni dah 6tahun yg lalu. Kalau
kami tk buat ape tindakan yg akan
dikenakan bagi pihak adik saye? Terima
kasih

BALAS

Masukkan ulasan anda...

Catatan popular daripada blog ini

SENANGKAH BELAJAR UNDANG-


UNDANG?
Jumaat, Mac 02, 2018

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada


orang bertanya dengan saya, "susahkah
belajar undang-undang?" Secara jujur, saya…

BACA LAGI

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH


Khamis, Jun 29, 2017

Gambar sekadar hiasan Apabila seseorang


dituduh dengan pertuduhan jenayah di
Mahkamah, salah satu aspek penting yang…

BACA LAGI

Dikuasakan oleh Blogger

Imej tema oleh Michael Elkan

(c) 2017. Copyright controlled

You might also like