You are on page 1of 49

SYARIAH.PERAK.GOV.

MY

JABATAN KEHAKIMAN
SYARIAH PERAK
SEJARAH PERUNDANGAN
SYARIAH PERAK

2022

Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Perak
Darul Ridzuan
Disediakan Oleh: Jalan Tan Sri Harussani,
Unit Rekod JKSPk Jalan Tun Abdul Razak,
30100 Ipoh, Perak Darul
Ridzuan
Kandungan
Sejarah
Ringkas
Garis Masa Perundangan Syariah
3
Negeri Perak

Sepitas Lalu 4

Mahkamah Era Penjajah 5

Bidangkuasa Mahkamah Syariah


6
Era British

Balai Syara' Masuk Dalam


Jabatan Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal 7
Agama Perak
Kehakiman Syariah
Negeri Perak
bertanggungjawab Mahkamah Syariah Era Merdeka 8

mengurus,
mendengar dan Bidangkuasa Mahkamah Syariah
10
Termaktub Dalam Perlembagaan
memutus kes-kes
di semua peringkat Pemisahan Mahkamah Syariah
Mahkamah Rendah, Dengan Jabatan Agama Islam 15
Perak (JAIPk)
Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Rayuan Jabatan Kehakiman Syariah
dan Mahkamah Negeri Perak (JKSPk)
19

Utama Syariah di
dalam pengurusan Mahkamah Utama Syariah &
21 - 25
Penutup
kes mal dan
jenayah. Ketua Hakim Syarie, Ketua
Pendaftar, Hakim Mahkamah
Utama, Hakim Mahkamah Tinggi 23
dan Mahkamah Rendah Syariah
Negeri Perak

Gambar Institusi Kehakiman


28
Syariah Seleuh Perak
GARIS MASA
Perundangan Syariah
Negeri Perak 1874
Hal Ehwal Agama Islam dan Adat
Melayu di bawah Bidangkuasa Raja
1887
Undang-Undang 99 dengan 99
perkara diamalkan pada
pemerintahan al-Marhum Sultan Idris 1901
Murshidul A'azam Shah ibni
al-Marhum Raja Bendahara Penubuhan
Alang Iskandar Mahkamah Syariah (Mahkamah Kadi)
setelah Enakmen Bab 197 Pendaftaran
Perkahwinan dan Perceraian Orang-
1939 Orang Islam 2/1900
Enakmen Kesalahan Syara'
No. 5 Tahun 1939
1949
Enakmen Penubuhan Majlis Agama Islam
dan Adat Melayu Perak No. 1/1949 -
penubuhan berdasarkan dengan Perkara
1965 VI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri Perak
Enakmen 11 Tahun 1965
Undang-Undang Pentadbiran Ugama
Islam 1965 1984
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
1988 (Enakmen 13 Tahun 1984)

Pk. P.U. 17/88


Kaedah-Kaedah Perbicaraan Hal Ehwal 1992
Suami Isteri 1988
Enakmen Jenayah (Syariah) Tahun 1992

1994 Mahkamah Syariah Perak diletakkan di


bawah pentadbiran Jabatan Agama
Enakmen Keterangan (Mahkamah Islam Perak berdasarkan Seksyen 42(1)
Syariah) (Enakmen 3 Tahun 1994) (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Agama
Kanun Acara Jenayah (Syariah) 1994 Islam Perak Tahun 1992
(Enakmen 4 Tahun 1994)
1995
1 Mei 1995 Mahkamah Syariah
1996 berpisah pentadbiran daripada
Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
1996 (Enakmen 2 Tahun 1996) Enakmen Fi dan Kos

2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Perak) 2004 (Enakmen 4 Tahun 2004)
Enakmen Tatacara Jenayah (Perak)
2004 (Enakmen 5 Tahun 2004)
Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004
(Enakmen 6 Tahun 2004)
2006 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Mahkamah Syariah Perak telah Syariah (Perak) 2004 (Enakmen 7
berpindah ke bangunan baru di Jalan Tahun 2004)
Pari *(Kini - Jalan Tan Sri Harussani), Enakmen Keterangan Mahkamah
Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Syariah (Perak) 2004 (Enakmen 8
Perak Tahun 2004)

2018
Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018
(Enakmen 13 Tahun 2018)
*(Pewartaan Enakmen di atas
membolehkan tertubuhnya Mahkamah
Utama Syariah Perak dan merupakan yang
pertama dalam Malaysia)

SEJARAH JKSPK
Sepintas Lalu
Jabatan Kehakiman Syariah Perak

Mahkamah Syariah Era Kesultanan Melayu

Di zaman Kesulatanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahmakah


Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum
kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan
di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah,
Undang-undang Tanah dan Mal.

Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada


penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah
disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal
Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja
Melayu.

Undang-undang 99 Perak yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak


dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang
tersebut. Adalah dipercayai undang-undang itu telah mula dilaksanakan
semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni
al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916.
Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak
kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

SEJARAH JKSPK
Antara sebahagian perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak
ialah:-

• Tugas serta tanggungjawab pemerintah merangkumi peranan seorang Raja


atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta
para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk
pemerintahan.
• Peraturan Adat Istiadat sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat
perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
• Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah, contohnya mencedera,
membunuh, mencuri dan sebagainya.
• Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan contohnya;
perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

Mahkamah Syariah Era Penjajahan British

Penubuhan Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan (Mahkamah Kadi) berlaku


di zaman penjajahan British iaitu pada 1hb. Januari 1901 setelah
dikuatkuasakan Enakmen Bab 197 Pendaftaran Perkahwinan Dan Perceraian
Orang-Orang Islam 2/1900.

Berikutan kuatkuasa enakmen tersebut, sebuah bangunan telah didirikan di


kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar untuk dijadikan sebuah ibu
pejabat.

Pejabat Mahkamah Syariah pertama terletak di Bangunan Madrasah


Iskandariah di Kuala Kangsar yang menggunapakai nama Balai Syara'.
Mahkamah Syariah atau Balai Syara' pada ketika itu diketuai oleh Sahibul
Fadhilah Kadi Besar ataupun "Chief Kadi" yang mengetuai beberapa orang
Kadi Wilayah.

Pada ketika itu di kalangan orang-orang Melayu perkataan Kadi Besar kurang
diketahui umum, akan tetapi panggilan “Chief Kadi” lebih popular. Orang yang
mula-mula memegang jawatan Kadi Besar dalam Negeri Perak ialah Tuan
Habib Abdullah.

SEJARAH JKSPK
Bidangkuasa Mahkamah Syariah di Era British

Bidangkuasa Mahkamah pada era tersebut tertumpu kepada pendaftaran


perkahwinan, cerai dan ruju serta melaksanakan hukuman terhadap kesalahan
melanggar enakmen ini serta pembetulan dan pembatalan sijil nikah, cerai
dan ruju. Inilah kali pertama perkahwinan, perceraian dan ruju' tersebut
didaftarkan dan disijilkan mengikut 'schedule' Perdaftaran Perkahwinan dan
Perceraian.

Kewujudnya Enakmen Bab 198 Undang-Undang Islam (Muhammadan Laws)


20/1904 ini mengandungi peruntukan pelbagai kesalahan-kesalahan tertentu
bagi orang-orang Islam.

Pewartaan enakmen tersebut menjadikan Mahkamah Syariah mempunyai


bidangkuasa jenayah bagi membicarakan kes-kes tidak hadir sembahyang
Jumaat, memujuk atau menggoda anak gadis, membawa lari anak gadis, zina,
sumbang, bersekedudukan selepas cerai talak tiga, pertunangan, enggan
berkahwin, mengajar tanpa tauliah, menjual makanan yang dimasak pada
bulan Ramadhan, mencetak bahan-bahan yang berkaitan Islam tanpa
kebenaran bertulis dari Sultan dan berbuka puasa di bulan Ramadhan di
khalayak awam.

Namun, bidangkuasa jenayah yang diberikan oleh peruntukan undang-


undang pada ketika itu hanyalah setakat penjara tidak melebihi setahun atau
denda tidak melebihi RM500.00.

Bagi kesalahan yang paling berat ialah kesalahan zina di mana lelaki boleh
dipenjara setahun dan boleh didenda RM250.00 manakala perempuan boleh
dipenjara selama enam bulan.

Bidangkuasa berkenaaan telah diperluaskan dan diperkemaskan dengan


berkuatkuasanya Enakmen Kesalahan Syara’ No. 5 tahun 1939. Di antaranya
memperuntukan kuasa kepada setiausaha jawatankuasa pengajaran al-quran
mengeluarkan notis memaksa kehadiran kanak-kanak yang berumur antara 7
hingga 14 tahun mempelajari al-quran, mereka yang melanggari notis boleh
didenda tidak melebihi lima ringgit.

Bidangkuasa jenayah telah ditambahbaik dengan mengenakan penjara tidak


melebihi lima tahun. Manakala kes yang paling berat seperti kesalahan
sumbang iaitu bersetubuh dengan mahram bagi lelaki dan perempuan boleh
dipenjara tidak melebihi lima tahun.

SEJARAH JKSPK
Balai Syara' Masuk Dalam Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Perak

Pada tanggal 21 januari 1948 Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Aziz Al-
Mu’tasim Billah Shah Ibni Al-marhum Raja Muda Musa menandatangani suatu
perjanjian dengan Sir Gerard Edward James Gent yang merupakan
pesuruhjaya Tinggi British/Gabenor Jeneral Malayan Union yang mewakili
Kerajaan British. Perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Negeri Perak
1948 tersebut telah membawa kepada pembentukan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri Perak.

Setelah kemangkatan baginda Sultan Abdul Aziz Al-Mu’tasim Billah Shah pada
29 Mac 1948, takhta kerajaan Negeri Perak diwarisi oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahulah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil
Nasiruddin Al-Mukhataram Karamatullah Shah. Pada masa pemerintahan
Baginda Sultan Yussuf Izzudin Shah inilah, maka kerajaan negeri secara rasmi
menubuhkan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Perak pada 1 Muharram 1369 Hijrah Bersamaan 23 Oktober
1949.

Kewujudan Enakmen Penubuhan Majlis Agama Dan Adat Melayu No. 1/1949,
ianya berkait dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Majlis dan Adat
Melayu Perak yang bersesuaian dengan Perkara VI (1) Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri Perak berkuatkuasa mulai 1hb. Muharam 1369 bersamaan
23hb. Oktober 1949.

Sehubungan itu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu ditubuhkan dan Jabatan
Hal Ehwal Agama Perak diwujudkan sebagai urusetia kepada Majlis.

Hasil dari penubuhan tersebut, Balai Syara' di Kuala Kangsar dipindahkan


pentadbiran ke Ipoh dan menjadi Jabatan Hal Ehwal Agama Perak. Pada
ketika itu, Mahkamah Syariah diletakkan dalam Unit Kehakiman atau Unit
Mahkamah dalam Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah yang
diketuai oleh Sahibul Fadhilah Kadi Besar.

Bangunan Iskandariah tempat Balai Syara' (Mahkamah


persoalan umat Kadi) pertama
dirungkaikan di Kuala Kangsar

SEJARAH JKSPK
Maka dengan penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak,
Pentadbiran Balai Syara’ dan Komuniti Quran Perak ini yang berada di Kuala
Kangsar telah disatukan di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
dipindahkan ke Ipoh.

Pejabat rasmi yang pertama terletak di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha
Kerajaan Perak dan kini menjadi sebuah bangunan yang tidak digunakan
selepas Majlis Keselamatan Negara berpindah ke bangunan lain.

Bangunan menempatkan
Majlis Keselamatan Negara
satu ketika dulu

Setelah itu, Mahkamah Kadi berpindah ke sebuah banglo yang kini


menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Bangunan menempatkan
Pejabat Daerah dan Tanah Kinta

SEJARAH JKSPK
Bila berlaku penambahan struktur jawatan bagi tujuan memperkasa institusi
agama, Kerajaan Negeri Perak telah membina bangunan Khas untuk Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Perak di Jalan Kelab iaitu tapak quarters yang musnah
dibom tentera Jepun yang sekarang ini berdiri kukuh bangunan Wisma Wan
Mohamad yang juga dikenali dengan nama “Bangunan Cermin”

Bangunan Wisma Wan Muhammad

Apabila Balai Syara’ dipindahkan pentadbirannya ke Ipoh dan menjadi


Jabatan Hal Ehwal Agama Perak. Maka pada ketika itu, Sahibul Fadhilah Kadi
Besar yang mengetuai Unit Kehakiman atau Mahkamah dalam Pentadbiran
Undang-undang Syariah.

MAHKAMAH SYARIAH ERA MERDEKA

Bila mana wujudnya Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1965


(Enakmen 11 Tahun 1965) dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 1966, struktur
Mahkamah Syariah Perak telah disusun semula dengan penubuhan
Mahkamah Kadi.

Mahkamah Kadi ditubuhkan di enam belas (16) wilayah iaitu Slim River, Tapah,
Teluk Intan, Batu Gajah, Kampong Gajah, Parit, Ipoh, Manjong, Kuala Kangsar,
Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu, Taiping, Selama, Bagan Serai dan Parit
Buntar.

Disamping enam belas Mahkamah Kadi, pewujudan Mahkamah Kadi Besar


adalah untuk mendengar kes Ulang Bicara dan mendengar kes-kes rayuan
daripada Mahkamah Kadi dan berbidangkuasa dalam Negeri Perak.

Mahkamah Kadi Besar mempunyai Jawatankuasa Ulang Bicara yang terdiri


daripada tiga orang ahli, salah seorang daripadanya hendaklah Mufti
dan

SEJARAH JKSPK
seorang Pengerusi tetap yang ada pengalaman dalam hal mahkamah dan
mendapat tauliah daripada DYMM Sultan dan seorang lagi dipilih daripada
sekumpulan seramai tujuh orang sekurang-kurangnya.

Enakmen ini menjelaskan berkaitan peranan Kadi, Kadi Besar dan Ahli
Jawatankuasa Ulang Biacara yang dilantik hendaklah melalui perkenan Duli
Yang Maha Mulia Sultan. Disamping itu, enakmen ini juga menjelaskan tentang
bidangkuasa mahkamah dalam mendengar kes-kes mal dan juga jenayah.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah Termaktub dalam Perlembagaan


Persekutuan

Perlembagaan telah memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah


dalam melaksanakan Hukum Syara' dan undang-undang diri serta keluarga
bagi orang yang menganut ugama Islam.

Keadaan telah berubah sedikit demi sedikit Mahkamah-mahkamah Syariah


dan undang-undang Islam telah diberi tempat yang sewajarnya di Malaysia.

Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan tidak lagi menyebut bahawa Kuasa


Kehakiman Persekutuan terletak hak kepada Mahkamah-mahkamah Sivil dan
Fasal (IA) dengan jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah-Mahkamah
Tinggi Sivil dan mahkamah-mahkamah di bawahnya tidak lagi mempunyai
bidang kuasa di dalam apa-apa perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah Perak tertakluk kepada Akta Mahkamah


Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Bil 23/65 di mana dalam kes jenayah,
hukuman maksimum yang diperuntukan adalah denda tidak melebihi seribu
ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Namun, berlaku penambahbaikan terhadap Undang-undang Pentadbiran


Agama Islam 1965 dan ianya berkuatkuasa mulai 1 Mei 1966. Pewartaan
undang-undang ini menjadikan struktur Mahkamah Syariah Perak telah
disusun semula dengan penubuhan mahkamah baru mengikut bidang kuasa
tertentu. Enakmen Pentadbiran Agama Islam menjelaskan penubuhan
bidangkuasa Mahkamah Syariah kepada tiga peringkat:

(a) Mahkamah Rayuan Syariah / Jawatankuasa Rayuan Ulangbicara,


(b) Mahkamah Tinggi Syariah / Mahkamah Kadi Besar, dan
(C) Mahkamah Rendah Syariah / Mahkamah Kadi

Mahkamah-Mahkamah Kadi ditubuhkan di 16 wilayah iaitu Slim River, Tapah,


Teluk Intan, Batu Gajah, Parit, Ipoh, Manjung, Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik,
Pengkalan Hulu, Taiping, Selama, Bagan Serai dan Parit Buntar.

SEJARAH JKSPK
Mahkamah Syariah telah pun dipisahkan dari Majlis Agama Islam dan Jabatan
Agama Islam Negeri. Mahkamah Syariah mempunyai status bebas di bawah
akta dan enakmen-enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam.

Dalam pada itu, Hakim-hakim dan pegawai Mahkamah Syariah telah


diletakkan ditingkatan profesional dan kemudahan-kemudahan yang lebih
baik termasuk bangunan mahkamah dan pegawai pembantu.

Mahkamah-mahkamah Syariah sekarang disusun semula di dalam tiga


peringkat ialah Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan
Mahkamah Rayuan Syariah.

Perundangan kini boleh dikatakan lengkap sesuai dengan adanya Enakmen


Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Keterangan
dan Tatacara Mal dan Jenayah yang telah digunpakai di Mahkamah-
Mahkamah Syariah.

Melihat kesepaduan peruntukan kuasa dan pengurusan Mahkamah Syariah,


ianya berpotensipan untuk Mahkamah Syariah bergerak lebih maju
kehadapan dan disamping itu, umat Islam telah diberi peluang untuk
mempastikan bahawa undang-undang Islam dapat dilaksanakan di Malaysia
dengan baik serta adil.

Justeru, untuk membolehkan Mahkamah Syariah mencapai hasrat ini,


Jawatankuasa Pengurusan Kehakiman perlu menyediakan latihan bersepadu
kepada para pegawai dan kakitangan yang ditugaskan untuk mentadbir
Mahkamah Syariah ke arah lebih berefisen dan berintegriti.

Perbincangan antara Ahli Jawatankuasa Penggubalan


Undang-Undang Syariah Negeri Perak.

SEJARAH JKSPK
Mahkamah Syariah ditubuhkan berdasarkan seksyen 44 (1) dan (2) Undang-
Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965. Semenjak penubuhannya sehingga
tahun 1991, Mahkamah Kadi digabungkan dengan Bahagian Pentadbiran
Undang-Undang Syariah.

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH (KADI)

Mahkamah Kadi, Mahkamah Kadi Besar dan Jawatankuasa Ulangbicara adalah


seperti berikut:-

1. Mahkamah Kadi.
Mahkamah Kadi hanya mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang
mula bicara sahaja. Kes-kes ini ialah:-
Kes Jenayah, yang mana dendanya tidak melebihi daripada RM100.00
dan penjara tidak lebih daripada sebulan atau keduanya; dan

Kes Mal, yang mana nilai kes tersebut tidak melebihi daripada
RM1,000.00.

2. Mahkamah Kadi Besar.


Mahkamah Tinggi Syariah hanya mempunyai kuasa untuk mendengar kes-
kes yang mula bicara sahaja. Kes-kes yang boleh didengar di Mahkamah ini
ialah:-
Kes Jenayah, yang mana dendanya tidak melebihi daripada RM1,000.00
dan penjara tidak lebih daripada setahun; dan

Kes Mal, yang mana nilai kes tersebut ialah RM1,000.00 ke atas hingga
tidak ada had nilainya.

3. Jawatankuasa Rayuan Ulang Bicara.

Manakala Jawatankuasa Rayuan Ulang bicara pula mempunyai


bidangkuasa untuk mendengar rayuan-rayuan secara terus daripada
Mahkamah-Mahkamah mula bicara Mahkamah Rendah Syariah dan
Mahkamah Tinggi

Perjalanan Mahkamah Syariah Perak

Mahkamah Syariah Perak mempunyai tiga (3) tugasan utama yang khusus
ketika itu, iaitu:-

1. Mendaftar, mendengar dan membicarakan kes-kes yang telah


didaftarkan di Mahkamah Syariah yang boleh dibahagikan kepada dua:-

SEJARAH JKSPK
(i) Kes Jenayah

laitu tindakan yang dibawa oleh Pendakwaraya Jabatan Agama Islam Perak
dan lain-lain Pendakwa sepertimana yang telah diperuntukkan Undang-
Undang dibawah Sek. 66 Pentadbiran Enakmen Islam 1965. Dakwaan tersebut
ialah terhadap orang yang di tuduh kerana melakukan mana-mana kesalahan
jenayah yang telah diperuntukkan di dalam bahagian kesembilan Sek. 148
hingga 192 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam 1965 dan di dalam
Enakmen Kesalahan Jenayah (Syariah) 1992.

(ii) Kes Mal

laitu tuntutan-tuntutan yang berkaitan dengan kekeluargaan atau


rumahtangga atau kehidupan suami isteri bagi orang-orang Islam di Negeri
Perak Darul Ridzuan. Tuntutan tersebut telah diperuntukkan dibawah Sek. 4
(3)(b) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perak 1965.
Tuntutan tersebut ialah yang berkaitan:

(a) Bertunang-lanang, kahwin, cerai, membatalkan akad nikah atau


berparak;

(b) Memberi harta benda atau tuntutan atas perkara yang tersebut di atas;

(c) Nafkah tanggungan anak-anak, hak penjagaan atau merumahkan


kanak-kanak;

(d) Bahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;

(e) Menentukan orang-orang yang boleh dapat bahagian harta pusaka.

(f) Wasiat mati atau pemberian masa. hendak yang dibuat oleh si mati
yang beragama Islam;

(g) Pemberian yang tiada bersyarat di atas wang tunai atau yang berharga
dibuat oleh seseorang yang beragama Islam:

(h) Wakaf atau nazar; dan

(i) Lain-lain perkara yang telah diberi oleh mana-mana undang-undang.

2. Mengeluarkan surat Akuan Pembahagian Pusaka (Faraid). Ia merupakan


pengesahan pembahagian harta pusaka mengikut Islam bagi harta
pusaka di Negeri Perak Darul Ridzuan sebagaimana yang telah
diperuntukkan dibawah Sek. 45(2)(6)(iv) Enakmen Undang-Undang Islam
Pentadbiran 1965.

SEJARAH JKSPK
3. Mengeluarkan Perintah Perlaksanaan Hukuman. Iaitu menguatkuasakan
mengeluarkan perintah-perintah yang telah dibuat oleh Mahkamah dan
menguatkuasakan perintah-perintah yang juga telah dikeluarkan
sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Sek. 87 Enakmen
Undang-undang Pentadbiran Islam 1965.

PEMISAHAN MAHKAMAH SYARIAH DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


(JAIPK)

Mahkamah Syariah Perak yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan


Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 42(1) (2) (3),
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak Tahun 1992. Penubuhannya mula
berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak Jilid 40
Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 30 April 1995
Jabatan kehakiman syariah perak ditadbir bersama dengan Jabatan Agama
Islam Perak (JAIPk).

Mulai 1 Mei 1995 Mahkamah Syariah telah dipisahkan daripada pengurusan


Jabatan Agama Islam Perak dan mempunyai pentadbirannya sendiri. Jabatan
ini diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie selaku Ketua Hakim Syarie
dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Di bawah pentadbirannya terdapat 2 orang Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi


Syariah, seorang Ketua Pendaftar, 9 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah
dan sejumlah kakitangan sokongan. Pada ketika itu Mahkamah masih di
bangunan Jabatan Agama.

Namun selepas itu, Mahkamah Kadi dipisahkan dan diwujudkan bahagiannya


sendiri yang dikenali sebagai Bahagian Kehakiman dan pada masa itu
ditempatkan di Tingkat 2, Kompleks Islam Perak Darul Ridzuan.

Bahagian Kehakiman, pernah ditempatkan di


Kompleks Islam Perak Darul Ridzuan ini

SEJARAH JKSPK
Pada Tahun 1999 Mahkamah Syariah telah berpindah tempat dari Kompleks
Islam Perak ke Bangunan Tabung Haji, Ipoh Perak. Ini kerana telah
berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak 1992.

Bermula pada 30 Mac 1995, peruntukan undang-undang telah memberi ruang


kepada Mahkamah Syariah untuk berdiri dengan kaki sendiri dengan kata lain
wujud berasingan dan berpisah pentadbirannya daripada Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam. Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar,
membicara dan membuat apa-apa keputusan didalam kes-kes Jenayah dan
kes Mal. Pada awal penubuhan hanya seramai 45 orang pegawai dan
kakitangan mengurusakan perjalanan kehakiman dan pentadbiran jabatan
Kehakiman Syariah Perak

Bahagian Kehakiman, pernah ditempatkan


di Bangunan Tabung Haji Perak Darul Ridzuan ini

Statistik Tugas Utama Mahkamah Syariah Perak padaTahun 1986 hingga 1991

Tugasan yang telah dilaksanakan dari


tahun 1986 hingga 1991

SEJARAH JKSPK
Tugasan yang telah dilaksanakan dari
tahun 1986 hingga 1991

Tugasan Kes Mal yang telah didaftarkan


di Mahkamah Syariah Perak dari
tahun 1986 hingga 1991

Tugasan yang telah dilaksanakan bagi


Permohonan Kes Rayuan Ulangbicara
di Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan
dari tahun 1986 hingga 1991

SEJARAH JKSPK
Jumlah kutipan hasil
di Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan
dari tahun 1986 hingga 1991

PENYELARASAN ORGANISASI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

Mahkamah Syariah perlu menjadi sebuah badan bebas dan selaras dengan
konsep pembahagian kuasa di antara Badan Perundangan, Eksekutif dan
Kehakiman. Pemisahan perlu bagi memastikan Mahkamah Syariah dapat
melaksanakan perkhidmatan pengadilannya mengikut undang-undang syarak
secara adil, cekap dan berkesan.

Perkara ini telah dibincangkan secara mendalam oleh Bahagian Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia dalam mesyuarat pada 4 September 1972 dan
membentuk Jawatankuasa bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan
Kadi-Kadi seluruh Malaysia dengan hasrat membaiki dan meningkatkan taraf
keduanya. Inilah sebahagian usaha bagi meningkatkan kedudukan
pentadbiran undang-undang di Mahkamah Syariah yang tidak memuaskan itu
telah disedari oleh kerajaan dan orang-orang Islam di Malaysia dan suatu
jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Syed Nasir Ismail, telah
ditubuhkan untuk menimbangkan kedudukan, kuasa dan status Mahkamah
Syariah dan hakim-hakim Mahkamah Syariah. Jawatankuasa itu di dalam
laporannya kepada kerajaan telah mengesyorkan;

1. Pentadbiran Mahkamah Syariah hendaklah dipisahkan dari Pentadbiran


Majlis Agama Islam Negeri-negeri;

2. Status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah hendaklah diperbaiki dan


ditambah;

3. Status dan kedudukan hakim Mahkamah-mahkamah Syariah hendaklah


dipertingkatkan dan suatu perkhidmatan kehakiman dan perundangan
ditubuhkan bagi hakim-hakim dan pegawai-pegawai Mahkamah Syariah
dan Pendakwa-pendakwa.

SEJARAH JKSPK
Hasil dari pembentukan jawatankuasa tersebut, pada tahun 1981 dikemukakan
satu laporan penuh kepada pentadbiran kerajaan. Setelah YAB Perdana
Menteri meneliti laporan tersebut, Satu Jawatankuasa Peringkat Pegawai
dibentuk bagi meninjau implikasi dari segi undang-undang, kawangan dan
lain-lain yang berkaitan.

Jawatankuasa yang dibentuk telah menyiapkan laporan dan membentangkan


di Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 30 April 1983.
Pada 8 Jun 1983, Laporan tersebut telah diedarkan kepada negeri-negeri yang
lainnya menyentuh tentang:

Struktur organisasi Mahkamah Syariah, bidangkuasanya, prosedur dan


tugas-tugas Kadi serta pengesyoran, antaranya:

Agar negeri-negeri wajib mempunyai organisasi Mahkamah Syariah


dengan struktur dan tanggungjawab semata-mata dalam perkara
kehakiman, dan

Susunan struktur perlu mengandungi; Mahkamah Rendah Syariah,


Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Manakala dari segi Perjawatan dan Kehakiman, Jawatankuasa membuat


perakuan:

Perlu diwujudkan satu Skim Perkhidmatan Kehakiman dan


Perundangan Syariah di tiap-tiap negeri.

Sehubungan dengan perkara di atas, pada 18 Februari 1993, Enakmen


Pentadbiran Agama Islam 1992 Perak telah diwartakan. Pewartaan ini juga
menyentuh penubuhan Mahkamah Syariah di Bahagian IV, antara lainya
menyatakan:

Seksyen 40 (1) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh melalui
pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi
Negeri Perak Darul Ridzuan pada tempat-tempat yang difikirkannya patut.

Seksyen 40 (2) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh melalui
pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah
bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Seksyen 40 (3) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh melalui
pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rayuan Syariah bagi
Negeri Perak Darul Ridzuan.

SEJARAH JKSPK
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK (JKSPK)

Pada Februari 2006 Mahkamah Syariah telah berpindah ke bangunan baru.


Bangunan ini di bina di Jalan Tan Sri Harussani (Dahulunya Jalan Taman
Pari), Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh. Bangunan Mahkamah Syariah Perak ini
mempunyai 5 aras.

Namun begitu, ketinggian bangunan ini menyamai bangunan biasa 12


tingkat. ni disebabkan oleh pembinaan Dewan Perbicaraan yang
memerlukan ruang dan ketinggian yang telah ditetapkan.

Ini disebabkan oleh pembinaan Dewan Perbicaraan yang memerlukan


ruang dan ketinggian yang telah ditetapkan. Bangunan ini adalah
berteraskan kepada Istana Kuning Kuala Kangsar. Ia boleh dilihat melalui
bumbung dan rabung bangunan ini.

Turut diterapkan di dalam pembinaan bangunan ini ialah gaya Melayu Perak
yang boleh dilihat pada seni reka bentuk bangunan ini. Malah ia menjadi
suatu identiti yang jelas iaitu semangat dan budaya Melayu Islam Perak.

Disamping memperolehi bangunan baru, JKSPk sentiasa mengadaptasi


sistem Raja Berperlembagaan, Perak sekali lagi menempa sejarah dengan
mengorak langkah awal mewujudkan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak)
2018 dan membuat pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak)
2004.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah telah bertitah semasa Perasmian Mesyuarat Kedua
Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat
Belas pada 6 Ogos 2018 lalu:

"Demi menjamin proses keadilan dilaksanakan secara saksama, Beta telah


menitahkan, agar satu lagi lapisan Mahkamah Rayuan diwujudkan di dalam
sistem Mahkamah Syariah di negeri Perak. Satu Enakmen Mahkamah Syariah
Negeri Perak hendaklah digubal, dibentang untuk diluluskan di dalam Dewan
Negeri Perak di dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama, Dewan Negeri Perak
keempat belas (Sidang DUN Perak, 2018),"

Bersama tujuan untuk meraih hasrat titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM)
Paduka Seri Sultan Perak, ditubuhkan Jawatankuasa Penggubalan Undang-
undang Syariah Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-
Undang Negeri. Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada Jabatan
Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam

SEJARAH JKSPK
Perak, Jabatan Mufti, dua orang anggota Majlis Agama Islam Perak dan
diurussetiakan oleh Unit Undang-undang Majlis Agama Islam Perak. Kedua-
dua Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 dan
Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan)
2018 telah mendapat kelulusan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak
kali ke-14 pada 5 Disember 2018.

Perlaksanaan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 dan Enakmen


Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2018 telah berkuat kuasa pada 1
Mei 2019 (Warta Kerajaan). Hasil daripada pewartaan ini, Jabatan Kehakiman
Syariah Perak berjaya menempa sejarah negara dengan penubuhan satu
tingkatan mahkamah rayuan dan mahkamah tertinggi (Apex) dalam sistem
kehakiman Syariah di Perak yang dinamakan sebagai Mahkamah Utama
Syariah Negeri Perak (Warta Kerajaan).

MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERAK TERDAPAT BEBERAPA LAPISAN.


ANTARANYA :

1. Mahkamah Rayuan Syariah


Mahkamah Utama Syariah adalah mahkamah tertinggi di dalam hirarki
Mahkamah Syariah Negeri Perak sebelum ini.

2. Mahkamah Tinggi Syariah


Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Perak
.
Darul Ridzuan.
3. Mahkamah Rendah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam sempadan


tempatan (Zon) yang diberikan kepadanya.
Terdapat Beberapa buah Zon Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi
Syariah di negeri Perak iaitu:

1. Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan Tinggi Syariah Ipoh


2. Mahkmah Rendah dan Tinggi Syariah Kuala Kangsar
3. Mahkamah Rendah Syariah Taiping
4. Mahkamah Rendah dan Tinggi Syariah Gerik
5. Mahkamah Rendah dan Tinggi Syariah Manjung
6. Mahkamah Rendah Syariah dan Tinggi Teluk Intan
7. Mahkamah Rendah dan Tinggi Syariah Tapah
8. Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar
9. Mahkamah Rendah dan Tinggi Syariah Parit Buntar

Lanjutan daripada Titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan
Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama
Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas pada 6 Ogos
2018, lahirlah Mahkamah Utama Syariah Perak, sebagai mahkamah tertinggi
dalam hirarki perundangan syariah di negeri Perak.

SEJARAH JKSPK
PENUBUHAN MAHKAMAH UTAMA SYARIAH

Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan telah ditubuhkan


berasaskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 diistilahkan
sebagai mother law atau undang-undang induk. la seiring yang dengan
subseksyen 44 (3A) bagi penubuhan Mahkamah Utama Syariah Perak. Ia juga
seiring dengan peruntukan penubuhan Mahkamah Rendah Mahkamah Tinggi
dan Mahkamah Rayuan Syariah. (Enakmen 4 Tahun 2004, 2005, S.44).

Dengan itu, peruntukan berhubung dengan urusan penubuhan dan peraturan


pentadbiran institusi agama Islam di negeri Perak perlu disatukan di bawah
enakmen ini. Begitu juga dalam subseksyen 44 (3A) sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004,
(Pindaan 2018) sebagaimana berikut:

"Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui
pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Utama Syariah bagi
negeri Perak Darul Ridzuan."

Mahkamah Utama Syariah berbidang kuasa untuk mendengar dan


memutuskan kes-kes rayuan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
Syariah yang melibatkan rayuan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan
keputusan dari Mahkamah Tinggi Syariah.

Penubuhan Mahkamah Utama Syariah di negeri Perak Darul Ridzuan, telah


meningkatkan martabat dan kuasa kehakiman tertinggi yang mampu
menyelesaikan pelbagai masalah rumit berhubung hal ehwal masyarakat
umat Islam. Ia menjadi lakaran sejarah dalam sistem perundangan syariah
negara dengan terbuhnya mahkamah tersebut yang tidak ada di negeri lain.

Justeru itu, persidangan pertama Mahkamah Utama Syariah Perak telah


berlangsung pada 16 Julai 2020 untuk mendengar permohonan kebenaran
merayu berkenaan kes harta sepencarian. Tiga orang panel hakim yang terlibat
dalam penghakiman tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Perak, Asa'ari bin Hj
Mohd Yazid, mantan Presiden Mahkamah Rayuan Persekutuan, Zulkifli bin
Ahmad Makinuddin, dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
(JKSM), Mohd Na'im bin Mokhtar. Ia dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie
Perak, Asa'ari bin Haji Mohd Yazid.

Kes rayuan Perayu telah diluluskan oleh panel hakim yang sama pada 24
Februari 2022. Rayuan dibenarkan, penghakiman Mahkamah Tinggi Syariah
dikekalkan dan ks RM10,000 ditanggung oleh Responden.

SEJARAH JKSPK
JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

Satu lagi perubahan yang besar telah berlaku apabila Jawatankuasa


Kehakiman Syariah Perak diwujudkan sebagaimana yang diperuntukkan
dalam seksyen 5 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Jawatankuasa ini
berfungsi dan berperanan penting dalam menentukan landskap pentadbiran
Mahkamah Syariah Negeri Perak. Fungsi-fungsi jawatankuasa seperti yang
telah diperuntukkan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Mahkamah
SyariahEnakmen Mahkamah Syariah 2018 antaranya:

1. Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi berikut:

a. Mengesyorkan orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik


sebagai Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama
Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah
untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan;

b. Mengesyorkan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-


Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan
Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia
(DYMM) Sultan atas sebarang pelanggaran kod etika atau apa-apa sebab
lain yang munasabah berkaitan Hukum Syarak; dan

c. Menetapkan dan melaksanakan mekanisme dan syarat-syarat bagi


pemilihan, pelantikan dan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie
dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan
Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Tujuh orang ahli menganggotai jawatankuasa ini dan pengerusinya ialah Ketua
Hakim Syarie. Manakala Sahibus Samahah Mufti, dua orang Hakim Mahkamah
Utama, Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah dan dua orang yang dilantik oleh
(DYMM) Sultan Perak (Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2008, 2018, S.5)
merupakan ahli jawatankuasa ini.

Penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk memastikan proses berkaitan


pelantikan Hakim-hakim Syarie lebih teratur dan memastikan hakim
kompeten, selari dengan kehendak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Perkara yang akan dinilai oleh jawatankuasa ini adalah kelayakan calon untuk
disyorkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perak.

Mahkamah Sivil telah melaksanakan amalan ini di mana badan Suruhanjaya


Pelantikan Kehakiman (Akta 695, 2009) diwujudkan dalam urusan melantik
Hakim- hakim Mahkamah Atasan. Sebagai inisiatif untuk memastikan fungsi
dan pengurusan Jawatankuasa ini berjalan lancar, diwujudkan suatu Kaedah-
kaedah Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak (Pemilihan dan
Pelantikan Hakim Mahkamah Syariah Atasan) dan Peraturan-Peraturan
Mesyuarat Jawatankuasa.

SEJARAH JKSPK
Walaupun begitu, ia merupakan usaha untuk menjadikan institusi kehakiman
Syariah khususnya di negeri Perak lebih berwibawa dan mempunyai
pengasingan dalam kuasa melantik.

JKSPk MEMPERKENALKAN INOVASI DALAM PENGURUSAN KEHAKIMAN DAN


PENTADBIRAN

Pembayaran Secara Elektronik (e-Payment)

Mahkamah Syariah Negeri Perak menjadi yang pertama dalam negara


melaksanakan kaedah pembayaran secara elektronik (e-Payment) bagi
memudahkan orang ramai melakukan pembayaran sekali gus mengurangkan
aliran tunai.

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad


merangkumi pelbagai kategori termasuk pendaftaran kes dan pembayaran
denda yang telah berkuat kuasa sejak 1 Julai 2020 untuk perkhidmatan orang
ramai dan peguam. Selain kad kredit dan debit, pembayaran juga boleh dibuat
oleh orang ramai melalui aplikasi Merchant Terminals, SnapNPay dan JomPAY.

Sistem MySolve (Pendaftaran Cerai)

Adalah satu sistem yang akan menyelesaikan Kes dalam tempoh 1 (SATU) HARI
yang merangkumi perkara-perkara berikut:

(Sistem Permohonan Pendaftaran Peceraian atau Cerai dengan Persetujuan


Bersama)

(Sistem Permohonan Pendaftaran Pengesahan Lafaz Cerai)

Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang beragama ISLAM di Perak sahaja
ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah bagi kes-kes yang dinyatakan
diatas.

Pemantauan juga dilakukan oleh pihak pengurusan Jabatan Kehakiman


Syariah Perak (JKSPk) dan kakitangan Mahkamah Syariah di setiap daerah
pada setiap hari.

Sistem ini juga membantu memudahkan pelanggan dan orang awam


membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan
tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.

Ia juga dapat menjimatkan Kos dan Masa untuk berurusan di Mahkamah


Syariah. Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses permohonan
berbanding Procedure biasa yang dilakukan sebelum ini. Pelanggan juga akan
mendapatkan maklumbalas dengan cepat bagi setiap permohonan.

SEJARAH JKSPK
Panduan atau manual pengguna juga disediakan sebagai panduan.
Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan
kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak.

Pembangunan Sistem eSPERK JKSPk

Menaiktaraf sistem E-Syariah kepada eSPERK untuk penambahbaikan


pengurusan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Syariah di seluruh negeri Perak
dan meningkatkan lagi kecekapan penyampaian melalui transformasi serta
menyahut cabaran kerajaan berkaitan pendigitalan, maka lahirlah sistem
eSPERK.

PRESTASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK (JKSPk)

Berdasarkan laporan dalam Buletin JKSPk emunujukkan laporan pendaftaran


kes tahun 2018 bagi kes mal sebanyak 9762 kes, kes jenayah 2056 kes dan
faraid 888 kes.

Ini menunjukkan keseluruhan kes yang didaftarkan adalah sebanyak 12706 kes.
Manakala, laporan kes diselesaikan adalah mal sebanyak 8016 bagi kes mal, kes
jenayah 1692 kes dan kes faraid sebanyak 870 kes. Daripada jumlah yang
didaftarkan, sebanyak 10578 kes telah diselesaikan dalam tahun 2018, atau
pencapaian sebanyak 83 peratus.

Manakala pada tahun 2019, laporan keseluruhan pendaftaran bagi kes tahun
2019 bagi kes mal sebanyak 9694 kes, kes jenayah 2515 kes dan faraid 853 kes.
Keseluruhan kes yang telah didaftarkan sebanyak 12663. Manakala, laporan
keseluruhan kes diselesaikan adalah mal sebanyak 7932 kes, kes jenayah 1841
kes dan kes faraid sebanyak 831 kes. Daripada jumlah yang didaftarkan,
sebayak 10604 kes telah diselesaikan dalam tahun 2019 atau pencapaian
keseluruhan sebanyak 83 peratus.

Berdasarkan prestasi selama dua tahun lalu yang dilaporkan jelas keupayaan
pegawai dan kakitangan JKSNPk dalam mengendalikan kes sangat
memberangsangkan dan boleh ditambah baik pada masa yang akan datang.

SEJARAH JKSPK
PENUTUP

Pada 1 Mei 2020, Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah mencapai genap 25
tahun penubuhannya. Dalam tempoh itu pelbagai pembaharuan telah berlaku
merentas masa dan zaman.

Banyak kejayaan telah dicapai sama ada dalam pengurusan pentadbiran dan
kehakiman. Kejayaan ini merupakan hasil usaha orang-orang terdahulu yang
telah merintis usaha-usaha memartabatkan Mahkamah Syariah menjadi
institusi yang disegani masyarakat.

Kegemilangan Mahkamah Syariah di Malaysia pada bidang kuasanya


dipulihkan hingga kembali sebagaimana mahkamah ini sebelum jajahan
British. Akta-akta dan enakmen-enakmen seperti Enakmen Pentadbiran 1965,
Enakmen Pentadbiran 1992, Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992, dan
sebagainya menjadi bukti yang kukuh bagi hal ini. Penubuhan Mahkamah
Utama Syariah di negeri Perak menjadi pengukur pencapaian penting
perkembangan sejarah Mahkamah Syariah di Perak Darul Ridzuan dan
Malaysia secara umumnya.

SEJARAH JKSPK
TEKS TITAH
DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
IBNI
ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
AL-MAGHFUR-LAH
MAJLIS PELANCARAN JURNAL SYARIAH PERAK AL-QANUN VOL. 1 2022
TARIKH: 1 SAFAR 1444H / 29 OGOS 2022 (ISNIN);
JAM: 11.00 PAGI
TEMPAT: CASUARINA@MERU, IPOH.

Penulisan alasan penghakiman merupakan salah satu tugas yang


dipertanggungjawabkan kepada hakim-hakim. Melalui penulisan alasan
penghakiman, para hakim akan memberikan alasan dan asas serta sandaran
kepada setiap keputusan yang telah dibuat terhadap sesuatu kes yang dibawa
di hadapannya. Alasan penghakiman juga, menjadi pertimbangan kepada
mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan yang diumumkan, bagi
menilai kembali sama ada ingin meneruskan niat mereka untuk merayu atau
sebaliknya. Sekiranya asas dan sandaran penghakiman itu lemah, perayu
berhak untuk berhujah bahawa hakim telah terkhilaf dalam penghakimannya
dan memohon untuk kesnya dinilai semula di mahkamah yang lebih tinggi.

2. Pertambahan hierarki Mahkamah Syariah di negeri Perak dengan


perwujudan Mahkamah Utama Syariah, melalui peruntukan seksyen 44 (3A)
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2018 memberi
ruang rayuan yang setara antara kes yang bermula di Mahkamah Rendah
Syariah dengan kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah. Peluang
rayuan merupakan hak yang dijamin oleh undang-undang, menjadi medan
bagi hakim-hakim mahkamah yang lebih tinggi untuk menilai semula alasan
penghakiman yang diputuskan oleh hakim-hakim di mahkamah yang lebih
rendah; sama ada berlaku kekhilafan atau sebaliknya.

3. Penulisan alasan penghakiman menjadi medium penilaian untuk


menentukan tahap kompetensi dan kecekapan hakim-hakim. Alasan
penghakiman yang berkualiti dapat menzahirkan kemahiran hakim-hakim
dalam menilai sesuatu isu, dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip undang-
undang dan hukum syarak yang tepat sehingga keadilan dapat diberikan
kepada yang berhak. Penulisan alasan penghakiman yang bernas dan
berkualiti akan menjadi panduan dan rujukan kepada para pengamal undang-
undang. Sandaran dan justifikasi yang kukuh terhadap sesuatu isu dan
penilaian serta penggunaan hukum dan prinsip undang-undang yang tepat
akan menjamin kredibiliti hakim dan mengangkat sistem keadilan itu sendiri.

SEJARAH JKSPK
4. Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam selain daripada hutang
dan wasiat, perihal surat dan perjanjian juga dinyatakan dalam bentuk
penulisan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menggunakan penulisan
dalam hal urusan negara seperti risalah kepada raja-raja. Perkara ini
membuktikan bahawa Islam amat menitikberatkan penulisan dan catatan
untuk memastikan kehidupan manusia berjalan secara teratur dan
mengelakkan berlakunya penipuan. Terdapat banyak ayat al-Quran dan
terdapat banyak hadis yang membincangkan perkara berkaitan penulisan dan
catatan, antaranya wasiat, hutang dan perjanjian, seperti yang terkandung
dalam Surah al-Baqarah, ayat 282, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu,
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu…”
(Surah al-Baqarah, 2: 282)

5. Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa, rekod secara bertulis, disyariatkan


dan boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku pertikaian. Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wassalam pernah mengarahkan agar alasan hukuman dan fatwa
mengenai diyyat dalam kes pembunuhan ditulis. Diriwayatkan oleh Abu
Hurairah Radiallahuanhu ketika pembukaan Mekah:
“Sesiapa (pihak keluarga yang kena bunuh) yang mempunyai hak ke atas
pembunuh, maka dia ada dua pilihan sama ada meminta supaya dibayar
diyyat atau dibunuh balas (ke atas pembunuh)”. Seorang penduduk Yaman
dikenali dengan panggilan Abu Shah bangun dan berkata “Duhai Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wassalam, catatkan kepada aku (apa yang kamu sabdakan
itu). Justeru Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam mengarahkan penulis
Baginda membuat catatan untuk Abu Shah”.

(Abu al-Husayn Muslim Ibn al-Hajjaj Qushayri al-Naysaburi, Sahih Muslim, Kitab
al-‘Ilm, no. Hadis 1355)

6. Melalui peristiwa ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam telah bersabda


supaya hukuman yang dikenakan ke atas jenayah bunuh dicatatkan;
membuktikan arahan berbentuk penulisan dibuat supaya rekod dapat
disimpan dan boleh dirujuk semula apabila diperlukan.
7. Penghakiman yang telus menggambarkan sistem keadilan yang berwibawa
dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa. Firman
Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah an-Nisa’ ayat 135: bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar
menegakkan keadilan dan menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap diri
mu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat mu. Jika ia kaya ataupun miskin,
maka Allah lebih tahu tentang kemaslahatannya. Maka janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran”.
(al- Nisa’ 6:135)

SEJARAH JKSPK
8. Dalam sistem keadilan, hakim merupakan watak penting dan mempunyai
peranan besar serta menjadi simbol dalam memastikan kredibiliti dan
kewibawaan institusi kehakiman. Sebarang bentuk keraguan perlu
dihindarkan dan seorang hakim itu perlu bebas daripada sebarang pengaruh
mahupun tekanan. Menyoroti sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam
ketika mengutus Muaz bin Jabal sebagai Kadi Yaman. Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wassalam telah bertanya kepada Muaz bin Jabal:

“Bagaimanakah kamu akan menghakimi sekiranya dikemukakan kepada


kamu sesuatu kes?” Maka, Muaz menjawab: “Saya akan menghakiminya
berdasarkan hukum yang terdapat dalam kitab Allah (al-Quran)” Rasulullah
bertanya lagi: “Sekiranya tidak terdapat dalam kitab Allah?” Maka, Muaz
menjawab: “Saya akan menghakimi berdasarkan apa yang terdapat dalam al-
Sunnah” Rasulullah bertanya lagi: “Sekiranya tidak terdapat dalam al-Sunnah
dan juga kitab Allah?” Lalu Muaz menjawab: “Saya akan berijtihad dengan
pandangan sendiri”. Lantas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menepuk
dada Muaz (tanda berpuas hati) dan bersabda: “Segala puji bagi Allah yang
memberi petunjuk kepada Rasulullah (dan mengajar kamu) dengan apa yang
Rasulullah redha.”

(Abi Dawud,Sunan Abi Dawud, Kitab al-Aqdiyyah, Babijtihad al-ra’yu fi al-qada’,


hadis no. 3592)

9. Sejarah membuktikan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam


mengiktiraf dan memberi ruang kebebasan kepada Muaz bin Jabal yang
diutus sebagai wakil ke negara Yaman untuk berijtihad dengan kemampuan
ilmunya dalam menjatuhkan hukuman sekiranya sesuatu perkara itu tidak
terdapat dalam al-Quran mahupun As-Sunnah. Baginda tidak mempengaruhi
pemikiran Muaz dalam berijtihad atau campur tangan dalam
penghakimannya. Ayahanda Beta, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Marhum
Al-Maghfur-Lah) pernah menyebut dalam ucapan perasmian Persidangan
Undang-undang Malaysia ke-14 (14th Malaysian Laws Conference), petikan:
“The [mere] existence of courts and judges in every ordered society proves
nothing; it is their quality, their independence, and their powers that matter.”
Sehubungan itu, demi kepentingan keadilan, Beta selaku ketua agama Islam
yang bertanggungjawab ke atas urusan hal ehwal agama Islam, mendukung
sepenuhnya prinsip kebebasan kehakiman syariah di negeri ini.

SEJARAH JKSPK
10. Dalam usaha mewujudkan Institusi Kehakiman Syariah yang berkredibiliti
dan berwibawa, pegawai-pegawai kehakiman perlu dari semasa ke semasa
diberi latihan, dilengkapi kemahiran dan didedahkan dengan pengalaman
agar pengetahuan mereka, begitu juga kecekapan mereka mentafsir undang-
undang dan Hukum Syarak dapat ditingkatkan. Kompetensi perlu sentiasa
ditambah baik selaras dengan cabaran semasa dan kompleksiti kes-kes yang
dikendalikan di Mahkamah Syariah pada masa kini. Lantaran itu, menjadi
tanggungjawab Kerajaan Beta, membantu menyediakan keperluan latihan
dan pembangunan kompetensi yang menitikberatkan aspek penguasaan ilmu
dan pemantapan sahsiah. Kemudahan pembangunan latihan dan
penyelidikan perlu dipertingkatkan, begitu juga prasarana yang selari dengan
perkembangan teknologi terkini perlu diperuntukkan.

11. Usaha menambah baik sistem kehakiman syariah dan memperkasakan


Mahkamah Syariah hendaklah terus dirintis. Menerbitkan Al-Qanun, Jurnal
Syariah Perak merupakan satu contoh usaha murni lagi terpuji. Semoga Al-
Qanun dapat dijadikan bahan rujukan oleh para hakim serta pengamal
undang-undang. Beta mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Perak atas idea dan usaha menghasilkan penerbitan ini.
Semoga usaha murni ini dilimpahi keberkatan Ilahi.

Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim, Beta melancarkan Al-Qanun, Jurnal


Syariah Perak.

SEJARAH JKSPK
Majlis Tauliah Hakim
Sekitar Tahun 1990-an

Duduk Kiri : YA drs Tuan Abd Halim Azizi bin Abd Rahman, Ketua Pendakwa
Syarie Perak, YA Tuan Hassan Basri, YAA Dato' Haji Mohamad Asri Abdullah
(Ketua Hakim Syarie, JKSPk), DYMM Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan
Muhibuddin Shah, YAA Tan Sri Syeikh Ghazali (Ketua Hakim/Ketua Pengarah
JKSM), YA Tuan Haji Ismail Mohd Noor, YA Tuan Haji Abdul Kader, Tuan
Asaari,

Berdiri Kiri : Tuan Ghazali, Tuan Mohd Rahim, Tuan Taifor, Tuan Ab Rahman
Thobroni dan Tuan Zainal Abidin (JAIP)

SEJARAH JKSPK
Ketua Hakim Syarie
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

YAA DATO’ HAJI MUHAMMAD ASRI BIN ABDULLAH


1 MEI 1995 - 31 DISEMBER 2003

YAA DATO' HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF


1 JANUARI 2006 - 28 FEBRUARI 2011

YAA DATO’ HAJI MUHAMMAD ASRI BIN ABDULLAH


1 MAC 2011 - 16 JULAI 2015

YAA DATO’ HAJI ASA'ARI BIN HAJI MOHD YAZID


17 JULAI 2015 - 7 NOVEMBER 2020

YAA DATO' HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN


MOHD MANSOR
1 OGOS 2021 - KINI

SEJARAH JKSPK
Ketua Pendaftar
JABATAN KEHAKIMAN SYARIE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TUAN HAJI HASSAN BASRI BIN SHAFIE


1995 - 1996

TUAN ASAARI BIN HAJI MOHD YAZID


1996 - 1997

TUAN HAJI MOHAMMAD TAIFOR BIN AHMAD


RUSDI
1997 - 2002 / 2010 - 2011

TUAN HAJI MOHD RAHIM BIN ABDULLAH, AMP


2002 - 2010

TUAN HAJI MOHD RIDZUAN BIN YUSOF


2011 - 2015

TUAN HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN MOHD


MANSOR (KINI BERGELAR DATO')
2015 - 2020

TUAN MUHAMMAD FAUZI BIN UZIR ABD WAHAB


1 MAC 2020 - KINI

SEJARAH JKSPK
Ketua Pendaftar
JABATAN KEHAKIMAN SYARIE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Antara sebahagian tugas Ketua Pendaftar


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak satu
masa dahulu. Gambar sumbangan Tuan Haji
Mohammad Taifor Bin Ahmad Rusdi (kini YA
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak)
sewaktu menjawat jawatan Ketua Pendaftar,
antara salah satu tugas perlu mengadiri
Persidangan Majlis Agama islam dan Adat
Melayu Perak.

Gambar Persidangan Majlis Agama Islam dan


Adat Melayu Perak kali ke-118 pada tahun 1997

SEJARAH JKSPK
Panel Hakim Mahkamah
Utama Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

YA TAN SRI DATO’ SERI ZULKEFLI BIN AHMAD


MAKINUDDIN

TAN SRI DATO’ SETIA DR. IBRAHIM BIN LEMBUT

YA TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN


EMBONG

Y.A.A DATO' SETIA DR. HAJI MOHD NA'IM BIN


HAJI MOKHTAR

Y.A TAN SRI BALIA YUSOF BIN HAJI WAHI

SEJARAH JKSPK
Panel Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

YA DATO’
YAA DATO' HJ HAJI
ABD AZIZ BIN MUHAMAD
YUSUF ASRI BIN HAJI
ABDULLAH

YA TUAN HAJI
YA DATO'
MOHAMMAD
MOHD AMRAN
TAIFOR BIN
BIN MAT ZAIN
AHMAD RUSDI

YA DATUK YA DATO’
HAJI MOHD. MOHAMAD
RADZI BIN SHAKIR BIN
HAJI ABD. ABDUL HAMID
LATIF

YA DATUK
YA DATUK
SERI ABDUL
WIRA
RAZAK BIN
MOHTARUDIN
MUSA
BIN BAKI

SEJARAH JKSPK
Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

YA TUAN HAJI HASSAN BASRI BIN SHAFIE

YA TUAN HAJI ISMAIL BIN MOHD NOOR

YA HAJI ABDUL KADER BIN HJ. MOHAMED


PMP., AMP., PPT.

YA DRS TUAN ABD HALIM AZIZI BIN ABD RAHMAN

YA TUAN HJ. AB. RAHMAN THOBRONI BIN MOHD


MANSOR (KINI BERGELAR DATO')
2010-2015

SEJARAH JKSPK
Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

YA TUAN HAJI MOHAMMAD TAIFOR BIN AHMAD


RUSDI
2010 - 2021

YA TUAN MOHAMMAD ESHAM BIN ABDUL SAMAD


(KINI)

YA TUAN MOHD GHAZALI BIN ZAKARIA


(KINI)

YA TUAN HAJI MOHD RIDZUAN BIN YUSOF


(KINI)

SEJARAH JKSPK
Hakim Mahkamah
Rendah Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TUAN HAJI
ABDUL KADER
BIN HJ.
MOHAMED
PMP, AMP,
PPT.
TUAN MOHD RAHIM
BIN HAJI ABDULLAH

TUAN AB.
RAHMAN
THOBRONI
BIN MOHD
MANSOR

TUAN HAJI
MOHAMMAD
TAIFOR BIN
AHMAD RUSDI

TUAN MOHD
GHAZALI BIN
ZAKARIA

TUAN ASAARI
BIN HAJI
MOHD YAZID

TUAN
MOHAMMAD
ESHAM BIN
ABDUL
SAMAD

SEJARAH JKSPK
Hakim Mahkamah
Rendah Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TUAN MOHD
ASRI BIN
MOHAMAD
GHAZALI
TUAN HAJI MOHD
RIDZUAN BIN
YUSOF

PUAN SITI
NORLAILI
BINTI SYED
ALI

TUAN AZMAN
BIN SAAD
(KINI)

TUAN MOHD
HAIRUDDIN
NIZAM BIN
KAMARUDDIN
(KINI)
TUAN
MUHAMMAD
FAIZAL BIN
ABDUL
WAHAB
(KINI)
TUAN
MUHAMMAD
FAUZI BIN
UZIR ABD
WAHAB
2008 - 2015

SEJARAH JKSPK
Hakim Mahkamah
Rendah Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TUAN BURHANUDDIN
ISMI BIN ADAM
JUN 2008 - SEPT.
2019

PUAN ZURAIDAH
BINTI IDRIS

TUAN HJ. AHMAD


JAZMAN BIN ULUL
AZMIN
(KINI)

TUAN MUHAMMAD
AZRIQ BIN AB
RAHIM
(KINI)

PUAN HANIM BINTI


KHAIRANI
(KINI)

TUAN
LOKAMAN BIN
HAMZAH
(KINI)

TUAN MOHD
SHAMSHIR
BIN MAT
LAZIM
(KINI)

SEJARAH JKSPK
Hakim Mahkamah
Rendah Syariah
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TUAN AHMAD
AZARUDDIN
BIN BINYAMIN
(KINI)

TUAN MOHD
AZLAN BIN
MOHD AZHAR
(KINI)

SEJARAH JKSPK
INSTITUSI
KEHAKIMAN
SYARIAH PERAK
2006 hingga kini:
Kompleks Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak,
Jalan Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak

SEJARAH JKSPK
Proses Pembinaan Kompleks
Jabatan Kehakiman Syariah
Perak
SEJARAH JKSPK
BANGUNAN
MAHKAMAH SYARIAH
NEGERI PERAK
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK / MAHKAMAH
UTAMA / MAHKAMAH RAYUAN / MAHKAMAH TINGGI
SYARIAH IPOH dan MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Pada 2006, Mahkamah Tinggi Syariah telah berpindah ke
bangunan baru yang bertempat di Jalan Pari (kini - Jalan Tan
Sri Harussani), Off Jalan Tun Abdul Razak. Bangunan Jabatan
Kehakiman Syariah Perak mengandungi lima aras ini
menempatkan keempat-empat tingkatan mahkamah.
Dirasmikan pada 30 April 2008 bersamaan 23 Rabul Akhir
1429 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin
Shah Ghafarullahu-lah.

Mahkamah Utama Syariah


Mahkamah Rayuan Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah (Dewan 1 dan Dewan 2)
Mahkamah Rendah Syariah Ipoh (Dewan 1 dan Dewan 2)
Kamar Sulh
Pejabat Ketua Pendaftar
Bahagian Khidmat Pengurusan (Sumber Manusia dan
Pembangunan serta Pengurusan Rekod Jabatan

SEJARAH JKSPK
BANGUNAN
MAHKAMAH SYARIAH
DAERAH NEGERI PERAK

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH KUALA
KANGSAR

Bangunan Mahkamah
Rendah Syariah Kuala
Kangsar ini dirasmikan
pada 21 Jun 2001
Menempatkan dua
dewan Mahkamah
Rendah dan satu Dewan
mahkamah Tinggi Syariah
Satu Ruang pejabat
pentadbiran

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH MANJUNG

Bangunan Mahkamah
Rendah Syariah
Manjung ini dirasmikan
pada 16 Jun 2003
Menempatkan satu
dewan Mahkamah
Rendah dan satu Dewan
mahkamah Tinggi Syariah
Satu Ruang pejabat
pentadbiran
Satu Bilik Sulh
Bilik Rekod, dan

SEJARAH JKSPK
BANGUNAN
MAHKAMAH SYARIAH
DAERAH DALAM NEGERI
PERAK

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH GERIK

Bangunan Mahkamah
Rendah Syariah Kuala
Kangsar ini dirasmikan
pada 1 Ogos 2003
Menempatkan dua
dewan Mahkamah
(Mahkamah Rendah dan
Mahkamah Tinggi
Syariah)
Satu Ruang pejabat
pentadbiran
Bilik Mesyuarat dan rekod

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH PARIT
BUNTAR

Bangunan Mahkamah
Rendah Syariah
Manjung ini dirasmikan
pada 17 Jun 2005
Menempatkan dua
dewan Mahkamah
(Mahkamah Rendah dan
Mahkamah Tinggi
Syariah)
Satu Ruang pejabat
pentadbiran
Satu Bilik Sulh

SEJARAH JKSPK
BANGUNAN
MAHKAMAH SYARIAH
DAERAH DALAM NEGERI
PERAK

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH TAPAH

Bangunan Mahkamah
Rendah Syariah Tapah ini
dirasmikan oleh DYMM
Paduka Seri Sultan Perak,
Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah pada
pada 28 Jun 2011

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH SERI
ISKANDAR

Bangunan Mahkamah
Rendah Syariah
Manjung ini dirasmikan
oleh DYMM Paduka Seri
Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin
Shah pada 25 Julai 2017.

SEJARAH JKSPK
BANGUNAN
MAHKAMAH SYARIAH
NEGERI PERAK
MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH TAIPING

Bangunan telah siap


pada dan diserahkan
pada 15 Disember tahun
2020 dan penyerahan
dilakukan oleh Tim.
Pengarah JKR Tuan Hj
Hamdan bin Ali kepada
YAA Tuan Hj Ab Rahman
Thobroni bin Hj Mohd
Mansor (Kini bergelasr
Dato'), KHS JKSPk.

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH TELUK INTAN

Mahkamah Syariah Teluk


Intan ditempatkan di
Komples Tadbiran Agama
Islam Daerah Teluk Intan
bersama dengan Pejabat
Agama Islam Daerah Teluk
Intan. Insya-Allah dalam
perancangan membina
bangunan sendiri.

SEJARAH JKSPK
Rujukan
Ab Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor, Hj Mohamad Asri bin
Abdullah, Mohd fauzi bin Mokhtar. Mahkamah Syariah Perak: Analisa
Sejarah, Buku al-Qanun, Bil.1/2022, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Perak.
Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam
1965 Perak
Enakmen 2 Tahun 1992. 1995. Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992.
Perak, Malaysia.
Enakmen 3 Tahun 1992. 1993. Enakmen Jenayah (Syariah) 1992. Perak,
Malaysia.
Enakmen 4 Tahun 2004. 2005. Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Perak) 2004 Perak, Malaysia.
Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2008. 2018. Pindaan 2018. Perak,
Malaysia.
Harun, J. 2003. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak:
Menara Kebesaran Adab Hubungan Raja dengan Menteri. Jurnal
Peradaban Melayu, 1, 165-183. Didapatkan April 2, 2021, daripada
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3283/2264
https://sultannazrinshah.com/majlis-pelancaran-jurnal-syariah-perak-al-
qanun-vol-1-2022/
MALAYSIANA. t.t. Perak Enactment 1900.
Muhammad, R. W. 2009. Sejarah Pentadbiran kehakiman Islam di
Malaysiz Suatu Sorotan, dalam Kanun. Jurnal Undang-Undang Malaysia,
6-7. Nasir, A. H. 1977. Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan
Muzium Kuala Lumpur.
Muhamad Asri Haji Abdullah, t.t. Sejarah Undang-Undang Pentadbiran
Islam Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sidang DUN Perak. 2018. Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang
Dewa Undangan Negeri (DUN) Ke-14. Ipoh, Perak, Malaysia.
https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/Siaran%20Media%20Jab
atan%20Kehakiman%20Syariah%20Negeri%20Perak%20-
%20Sidang%20Pertama%20Pendengaran%20Kes%20Mahkamah%20
Utama%20Syariah%20Perak.pdf
Warta Kerajaan. t.t. MAIPk (BP) A603 PUPK 10/04 P.U.PK 18/2006.
Warta Kerajaan. t.t. Pk.P.U.24. Perak, Malaysia.
Warta Kerajaan Negeri Perak. 1995. Warta Kerajaan Negeri Perak 10
Tahun 1994 Yaacob, A. M. 2009. Perlaksanaan Perundangan Islam di
Malaysia: Satu Jurnal Fiqh, 6, 1-20.

SEJARAH JKSPK

You might also like