You are on page 1of 1

KENYATAAN AKHBAR

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA


MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(MAIK)
KEBENARAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT FARDU LIMA WAKTU DI MASJID
NEGERI/BANDAR/JAJAHAN/MUKIM SERTA SURAU DAN MUSOLLA DI NEGERI KELANTAN
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,


Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sebagai Ketua Agama
Islam Negeri sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan
Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan agar pelaksanaan prosedur
operasi standard (SOP) solat Fardu Jumaat dan solat Fardhu lima (5) waktu di negeri
Kelantan dilanjutkan sehingga 22 Jamadil Akhir 1442H bersamaan 04 Februari 2021M.

Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat dan Solat Fardhu lima (5) waktu ini adalah
sebagaimana berikut:

i) Bagi solat fardhu Jumaat di Masjid Negeri/Bandar/Jajahan/mukim


dibenarkan sehingga 50 orang jemaah sahaja.

ii) Bagi solat fardhu lima (5) waktu di Masjid Negeri/Bandar/Jajahan/mukim


dibenarkan tidak melebihi jumlah 12 orang jemaah termasuk Imam Tua,
Imam Muda, Bilal,Siak dan Ahli Jawatankuasa sahaja.

iii) Bagi solat fardhu lima (5) waktu di surau dan musolla dibenarkan hanya
lima (5) orang ahli jemaah sahaja termasuk Imam, Bilal dan ahli jemaah
yang terpilih.

iv) Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat dan
Solat Fardhu lima (5) waktu yang lain dikekalkan sebagaimana yang
telah dikeluarkan sebelum ini.

Oleh itu, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak
dalam melaksanakan ketetapan ini. SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi
sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid/surau/musolla. Tindakan sewajarnya akan
diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah
dan yakin bahawa Allah S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta
harapan kita semua.

TENGKU TAN SRI DATO’ HAJI MOHAMAD RIZAM BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Tengku Temenggong Kelantan
25 Januari 2021M

You might also like