You are on page 1of 4

Dato' Lela Bakti

Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor


Dato' Lela Bakti
Private Secretary to H.R .H. The Sultan of Selangor
lstana Alam Shah
41500 Klang, Selangor,
Malaysia
SIRIM SIRIM

CERTIFIED TO MS ISO 9001:2015


Registratio11 No : AR 5085
e

D.Y.M.M. Sultan Selangor telah disembah taklimat oleh Pengarah


Kesihatan Negeri Selangor dari semasa ke semasa berkaitan kedudukan
dan data :erkini wabak Covid-19 di Negeri Selangor. Mengambil maklum
perkembangan terbaharu wabak Covid-19 ini, D.Y.M.M Tuanku telah
berkenan agar lebih banyak Masjid dibuka bermula 19 Jun 2020 untuk
mendirikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu berjemaah di Masjid-
masjid di Negeri Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berikut adalah keputusan yang telah dicapai bagi pembukaan Masjid-


masjid di Negeri Selangor yang akan terus dibuka secara berperingkat:-

1. Solat Jumaat dan Solat Fardhu Berjemaah (tiga waktu iaitu Solat
Subuh, Maghrib dan lsyak) dibenarkan untuk dilaksanakan di 39
buah masjid yang telah ditetapkan terdahulu dengan tambahan
Masjid-masjid di mukim seluruh Negeri Selangor yang telah
dikategorikan sebagai zon hijau oleh Jabatan Kesihatan Negeri
Selangor.

2. Pelaksanaan Solat Jumaat :

a) Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat di Masjid Sultan


Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam
ditambah daripada 40 orang kepada 250 orang tidak termasuk
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

Istana Alam Shah Istana Bukit Kayangan Istana Mestika


Tel : 603-3371 3411 Tel : 603-55 I 9 3232 Tel : 603-5519 4242
Fax : 603-337 ~ 6969 Fax : 603-5510 6287 Fax: 603-5519 8181
Email: pejabatdymmsultanselangor@yaho o.com Email : istanamestika@yahoo.com .my
b) Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat di 38 buah masjid
yang dibenarkan sebelum ini ditambah daripada 40 orang
kepada 150 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli
Jawatankuasa Masjid.

c) Manakala masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor yang di


dalam mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau dihadkan
seramai 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli
Jawatankuasa Masjid.

3. Pelaksanaan Solat berjemaah bagi tiga (3) waktu iaitu Solat Fardhu
SubJh, Maghrib dan lsyak :

a) J Jmlah kehadiran jemaah bagi tiga waktu solat fardhu berjemaah


di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri),
Shah Alam dihadkan seramai 250 orang tidak termasuk
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

b) Jumlah kehadiran jemaah bagi tiga waktu solat fardhu berjemaah


di 38 masjid yang dibenarkan sebelum ini dihadkan seramai
150 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Masjid.

c) Manakala jumlah kehadiran jemaah bagi tiga waktu solat fardhu


berjemaah di Masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor di dalam
mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau dihadkan seramai
40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Masjid.

d) Semua surau di seluruh Negeri Selangor termasuk Surau


Kebenaran Solat Jumaat masih tidak dibenarkan untuk
dibuka melainkan 3 orang Pegawai Surau yang dibenarkan
untuk melaksanakan solat fardhu seperti yang ditetapkan
terdahulu.

-2-
Segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran berkaitan titah D.Y.M.M.
Sultan Selangor ini akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa-jawatankuasa Masjid yang
berkaitan. Seiring dengan keputusan terbaharu ini, Baginda menitahkan
agar setiap jemaah wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS khususnya mengambil wuduk
di rumah, membawa sejadah masing-masing, pemakaian pelitup
muka (face mask) ketika hadir di Masjid dan mengamalkan
penjarakan sosial. Bagi mereka yang tidak sihat adalah dilarang
sama sekali untuk melaksanakan solat di Masjid.

Pihak Masjid dan para jemaah juga hendaklah mematuhi garis panduan
lain yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

D.Y.M.M. Sultan Selangor juga setelah berbincang dengan Pengarah


JAIS berkaitan dengan pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya
Aidil Adha telah memutuskan untuk membenarkan ibadah korban
dilakukan di kawasan Masjid-masjid berikut sahaja :

a) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah


Alam.

b) 38 buah Masjid (yang dibenarkan sebelum ini untuk


melaksanakan Solat Jumaat dan Solat fardhu berjemaah).

c) Masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor di dalam mukim yang


dikategorikan sebagai zon hijau (tertakluk kepada kedudukan
semasa mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau).

d) lbadah korban tidak boleh dilakukan di surau-surau dan orang


ramai digalakkan untuk melakukan korban di kawasan masjid-
masjid yang dibenarkan.

-3-
D.Y.M.M. Sultan Selangor akan sentiasa mengikuti perkembangan serta
pematuhannya dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang
pertimbangan selanjutnya bagi menentukan langkah pembukaan lebih
banyak masjid dan surau di Negeri Selangor.

KEKALKAN DISIPLIN DAN PATUHI SEGALA GARIS PANDUAN

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani, D.P.M.S., J.S.D.

Tarikh : ·1a Jun 2U2-0

-4-

You might also like