You are on page 1of 39

SEK. KEB.

PUNCAK ALAM (2)

Nama : Izdihar binti Mohamad Ihtifazuddin

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Tajuk : 1) Masjid-Masjid Di Malaysia


2) Himpunan Selawat Ringkas

Nama Guru : Ustazah Nur Afifah binti Mohd Nordin


Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Isi Kandungan:

Bil Negeri Nama Masjid

1 Wilayah Persekutuan KL  Masjid Jamek Kuala Lumpur


 Masjid Wilayah Kuala Lumpur
2 Selangor  Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang
 Masjid Marzukiah Lubuk Pusing Sabak
Bernam
3 Perak  Masjid Batak Rabit Teluk Intan
 Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh
4 Negeri Sembilan  Masjid Seri Sendayan
 Masjid Negeri
5 Melaka  Masjid Cina
 Masjid Selat

6 Pahang  Masjid Sultan Ahmad Shah


 Masjid Kayangan Brinchang

7 Terengganu  Masjid Kristal


 Masjid Tengku Tengah Zaharah
8 Kelantan  Masjid Kampung Laut
 Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra
9 Johor  Masjid Negeri Sultan Abu Bakar
 Masjid Jamek Sultan Ibrahim
10 Pulau Pinang  Masjid Acheh
 Masjid Kapitan Keling
11 Kedah  Masjid Zahir
 Masjid Albukhary
12 Perlis  Masjid Alwi, Kangar
 Masjid Lama, Arau

13 Sabah  Masjid Bandaraya Sabah


 Masjid Negeri Kota Kinabalu

14 Sarawak  Masjid Lama Sarawak


 Masjid Terapung, Kuching

15 Selawat  Selawat Tafrijiyyah


 Selawat Akhlak Baik dan Rezeki Berkat
 Selawat Dikabulkan Hajat
 Selawat Dijauhkan Segala Penyakit dan
Kesulitan
 Selawat Penolak Wabak dan Penyakit
 Selawat Syifa’

2
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Kuala Lumpur
Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam
yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala
Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan
awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT
dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota
Kebudayaan Islam.

3
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Kuala Lumpur

Masjid ini dibina di antara tahun 1997 dan 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33
ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah
Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid
ke-44 dalam bandar itu yang dibina oleh kerajaan. Masjid ini boleh memuatkan seramai
17,000 jemaah dalam satu masa

4
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selangor
Masjid Diraja Sultan Suleimen Klang, Selangor

Masjid Diraja Sultan Sulaiman telah dibina pada tahun 1932, sempena pemasyhuran
Kelang sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Selangor. Ia adalah satu pemberian dari
kerajaan Inggeris kepada Sultan Alaiddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima.
Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda di 1934 dikenali dengan nama
Masjid Sulaiman Jamaar Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan Masjid Besar Selangor sehinggalah terbina Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah di Bandar Shah Alam. Sekarang dirasmi sebagai Masjid
Diraja Sultan Sulaiman, Kelang.

Masjid ini terletak bersebelahan dengan Istana Besar Selangor, Istana Alam Shah dan
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), yang dahulunya termasuk dalam perkarangan
istana. Didalam masjid ini juga terdapat satu daripada tiga kubur diraja iaitu Makam Diraja
Klang.

5
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selangor
Masjid Marzukiah lubuk Pusing, Sabak Bernam, Selangor

Masjid ini dibina diatas tanah seluas lima ekar yang diwakafkan oleh arwah Tuan Syed
Ahmad Marzuki, iaitu pengasas dan pembuka kampong Lubok Pusing Sabak Bernam
pada 17 Julai 1914.
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan menpunyai kubah dan menara. Dinding
masjid ini dihiasi dengan seni khat

6
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Perak
Masjid Batak Rabit, Teluk Intan Perak.
Masjid ini dibina mengikut struktur Nusantara yang menggabungkan seni bina Melayu
dan Eropah. Struktur bangunan dan bumbung jelas menggunakan ciri atap tumpang
seperti yang terdapat pada Masjid Demak, Indonesia.

Ciri binaan menaranya pula dipercayai satu-satunya yang terdapat di negara ini. Ini
kerana dari segi struktur dan penggunaan bahan binaan langsung tiada persamaan
dengan bentuk menara pada masjid lama di Perak yang kebanyakannya menggunakan
kayu dan berbentuk empat segi seperti di Masjid Kampung Pulau Besar dan Masjid
Sayong.

Menara itu juga berbeza dengan menara konkrit di Melaka yang lebih mirip kepada
bentuk pagoda yang dipengaruhi budaya Cina.

Masjid Batak Rabit juga dipercayai pernah menjadi masjid utama di Perak berikutan
kedudukannya di pinggir sungai dan kawasan itu pernah menjadi pusat pemerintahan
Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877).

Pada zaman penjajahan Inggeris, bandar Teluk Intan menjadi antara pintu utama
kegiatan ekonomi dan pusat pemerintahan. Bijih timah dari daerah Kinta dibawa
menyusuri Sungai Perak ke Teluk Intan untuk dieksport.

Pada masa sama, landasan kereta api dibina sehingga ke Teluk Intan dan Batak Rabit
berada di antara laluan Teluk Intan ke Bagan Datoh sebagai jalan keluar ke hilir Sungai
Perak.

Difahamkan, menara Masjid Batak Rabit bukan sekadar berperanan sebagai rumah api,
malah mungkin berfungsi sebagai isyarat bagi menandakan pedagang sudah berada
berhampiran bandar Teluk Intan.

7
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

8
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Perak
Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak.
Masjid ini terletak berhampiran Stesen Keretapi Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh,
Mahkamah Syariah serta Mahkamah Tinggi Ipoh dan stesen bas Ipoh.

Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris
Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan yang ke-54, sempena dengan perayaan ulang
tahun hari keputeraan baginda yang ke-54. Ianya terletak di atas sebidang tanah seluas
kira-kira 2.6 hektar di tengah- tengah bandaraya Ipoh. Kerja-kerja pembinaan masjid
tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah diletakkan pada 27
Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak, pada ketika itu menjadi
Timbalan Perdana Menteri. Masjid ini telah siap dibina pada 26 Ogos 1968.

Pada mulanya, masjid ini dinamakan sebagai 'Masjid Negeri (Perak)' dan telah digelarkan
'Masjid Sultan Idris Shah II' sempena nama Sultan Idris Iskandar Shah II yang telah
kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.

9
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Negeri Sembilan
Masjid Seri Sendayan, Negeri Sembilan.
Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan,
Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan
selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015
dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000
jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri
Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.

Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga
dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah,
dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah)[1]. Masjid ini turut
dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan
jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman
petugas masjid.

10
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Negeri Sembilan
Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Masjid Negeri Seremban merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam daerah
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat
setempat.

Ia terletak berhampiran taman tasik di Seremban, Malaysia. Dibina antara 1967 dan
1970, seni binanya merupakan gabungan gaya Moden dan Minangkabau.

11
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Melaka
Masjid Cina, Melaka.

Masjid Cina Melaka merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka, Malaysia dengan
gaya seni bina Cina. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia
selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Melaka (Pertim).

Masjid ini direka dengan seni bina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina
daripada gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid-masjid di Beijing, Shanghai
dan Xi'an di China. Ia mempunyai satu menara masjid dan dua kubah. Masjid ini
dilengkapi dengan dewan solat utama, perpustakaan, dewan serbaguna, pejabat-pejabat
dan restoran. Dengan kawasan seluas 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga
2,000 jemaah.

12
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Melaka
Masjid Selat Melaka.
Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Bandar Hilir
Melaka. Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid yang terletak di Pulau Melaka
berhampiran Bandaraya Melaka di negeri Melaka, Malaysia. Ia kelihatan seperti struktur
terapung sekiranya paras air adalah tinggi. Kos pembinaan masjid itu dianggarkan kira-
kira RM10 juta. Majlis Perasmian tersebut telah dilakukan pada 24 November 2006 oleh
(Yang di-Pertuan Agong) Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

13
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Pahang
Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang.
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan merupakan sebuah masjid yang terbesar di
negeri Pahang dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 10,000 orang dan menjadi
kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan
menjadikan ia antara masjid yang terkenal. Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di tengah-
tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak
di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan,
bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Uthmaniah, tetapi
menggunakan bahan dan teknologi moden. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada
empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas
ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid
Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana
keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.

14
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Pahang

Masjid Kayangan, Brinchang, Pahang.

Terdapat ruang yang luas ( Balai Lintang ) dan berjubin disediakan untuk ahli jemaah dan
pelancong yang berhampiran dengan pintu masuk masjid.Ruangan tersebut juga boleh
digunakan sebagai ruang makan untuk pelancong dan tempat istirehat
Masjid ini betul-betul berada di tengah Pekan Brinchang, dan ianya adalah tempat
persinggahan pelancong-pelancong muslim untuk solat, beristirehat dan makan-minum.

15
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Terengganu

Masjid Kristal, Terengganu.

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan
Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong pada ketika itu, Tuanku Mizan Zainal
Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan
berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada
8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan
mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada
satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi
yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi
membaca Al-Qur'an elektronik.

16
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Terengganu

Masjid Tengku Tengah Zaharah / Masjid Terapung Kuala Ibai.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama
bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu
Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Setia DiRaja Tengku Omar.
Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai
keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina.
Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid
terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan tahun 1994 bernilai
RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja
Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun
Islam dan gabungan senibina tempatan.

Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari
dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China
Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti
betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus
berkembang.

17
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Kelantan

Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan.

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri,
sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan,
Malaysia. Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di
Malaysia serta di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan
sebarang paku.

Masjid ini dibina dengan unsur seni bina Nusantara. Ia merupakan sebuah struktur asas
dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat
daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi. Pada akhir abad ke-19,
masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk
merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang
dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik
'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau
sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya ditukarkan kepada atap genting kerana
atap genting lebih kukuh daripada atap rumbia

18
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Kelantan

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Pasir Mas, Kelantan.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing)
merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir
Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan
Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing,
China.

Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km
daripada Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Ia mula dibina pada 12
September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan
masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai
1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

19
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Johor
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, Johor.
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru,
Johor, Malaysia. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama
Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-
kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas puncak sebuah bukit pesisir Selat Tebrau ini
mempunyai 4 buah menara yang menyerupai Masjid Putih, Terengganu serta negara-
negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan
empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3000 umat
Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak
di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Datuk Yahya bin Awaluddin. Masjid ini
juga merupa mercu yang memperbuktikan bahawa jurutera Melayu juga berkebolehan
bina bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Tanah Arab di hujung
kurun 19.

Bangunan berempat persegi dan dipengaru oleh ciri-ciri senibina Islam. Masjid ini
berbujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

20
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Johor
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor.
Masjid Jamek Sultan ialah sebuah masjid tertua yang terkenal dalam daerah Muar. Ia
terletak di Bandar Maharani, Muar, Johor, Malaysia. Lokasi masjid ini adalah di Jalan
Petri berdekatan dengan muara Sungai Muar.

Masjid Jamek Muar adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena
pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Pembinaan ini
ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina
masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji
Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said Bin Haji Sulaiman.

Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan
pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor),
dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah
Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali bin Abdullah selaku Yang Dipertuan
Agama Islam Johor.

21
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Pulau Pinang
Masjid Acheh.
Masjid Acheh merupakan sebuah masjid di daerah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Masjid Aceh di Jalan Langkawi ini dikatakan wakaf daripada Tengku Nyak Itam.

22
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Pulau Pinang
Masjid Kapitan Keling, Georgetown.
Masjid Kapitan Keling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Georgetown,
Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India
Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.

Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai
Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar
pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen
pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan
dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8
ekar menjelang 1916.

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang
sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

23
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Kedah
Masjid Zahir Alor Setar, Kedah.
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah.
Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali
sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan
Istana Pelamin.

Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam
- satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.

24
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Kedah
Masjid Albukhary, Alor Setar Kedah.
Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar,
Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina
sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15
Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000.
Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22
November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa
Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak
iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.

25
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Perlis
Masjid Alwi, Kangar, Perlis.
Usaha kutipan zakat fitrah dan derma Kerajaan Negeri Perlis serta derma dari pegawai-
pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam untuk pembinaan
masjid ini bermula semenjak tahun 1920-an lagi semasa pemerintahan Pegawai
Penasihat British, Mr. M.C. Hay.Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1931 dan
pada bulan Februari 1933 semasa pemerintahan Mr. O.E. Venables, masjid ini telah
disiapkan. Dengan perbelanjaan pembinaan sebanyak RM64,684, masjid ini dibuka
dengan rasminya pada 3 Syawal 1350 bersamaan 10 Februari 1932 oleh Raja Syed Alwi.
Masjid ini telah diisytiharkan warisan negara pada tahun 1988 di bawah Akta Warisan
Kebangsaan 2005.

26
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Perlis
Masjid Lama Arau, Perlis.
Masjid Lama Arau didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail sekitar
tahun 1873 hingga 1897M. Tukang-tukang Arab dan Melayu merupakan antara tukang
kayu yang diberi tanggungjawab untuk membina Masjid Lama ini. Bahagian tengah
masjid diperbuat daripada batu manakala di bahagian lain kebanyakkannya diperbuat
daripada kayu.
Bahan binaan Masjid Lama terdiri daripada batu-bata, kayu, tanah liat, telur ayam, telur
itik dan berbagai jenis manisan. Proses membina masjid ini mengambil masa yang agak
lama. Oleh kerana pada masa tersebut simen belum ada di pasaran maka ia telah
digantikan dengan pasir yang dicampur dengan kapur serta batu dan kemudiannya
dibancuh dengan manisan lebah, manisan tebu, manisan nipah, telur ayam dan telur itik.
Telur ayam dan itik hanya akan diambil telur yang berwarna putih sahaja kerana putih
telur dan manisan akan bertindak sebagai simen untuk meneguhkan pegangan antara
batu-bata dan juga tanah liat.
Keluasan masjid pada ketika itu berukuran 60 kaki x 60 kaki persegi iaitu berbentuk empat
segi tepat. Kecubung masjid tersebut adalah jenis kecubung besar yang berdinding kaca
berwarna hijau. Manakala pada bahagian atapnya pula diperbuat daripada zink tebal
yang mempunyai bucu empat segi sementara tiangnya diperbuat daripada batu-bata dan
tanah liat yang diadun dengan putih telur ayam dan telur itik. Pintu dan alang pula
diperbuat daripada kayu yang teguh sementara lantai masjid yang pada awalnya berasal
daripada tanah liat namun kemudiannya telah disimen oleh generasi baru.

27
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Sabah
Masjid Negeri Sabah.
Masjid Negeri Sabah merupakan Masjid Negeri bagi negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak
di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Ia berada di bawah
pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-
tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens),
Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohamed Said Bin
Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert.

28
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Sabah
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota
Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai
Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah
pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000
berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini
mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi
air.

29
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Sarawak
Masjid Lama Negeri Sarawak.
Masjid Lama Negeri Sarawak merupakan masjid pertama yang dibangun di Sarawak.
Pertama kali dibangun tahun 1847 atau 6 tahun setelah pengangkatan James Brooke
sebagai Gubernur Sarawak oleh Sultan Brunai. Masjid pertama ini dibangun oleh tokoh
masyarakat melayu Sarawak Datuk Patinggi Ali. Masjid pertama tersebut memang
sangat sederhana, berbahan kayu, berdinding papan dan beratap limas dari kayu bulian.

Imam pertama di Masjid Negeri Sarawak ini sejak tahun 1847 hingga tahun 1890 adalah
Datuk Patinggi Haji Abdul Gafur yang merupakan menantu dari Datuk Patinggi Ali. Tugas
sebagai imam diteruskan oleh imam kedua, Datuk Bandar Haji Bolhassan, putra dari
Datuk Patinggi Ali. Imam ketiga masjid ini adalah Datuk Imam Abdul Karim dan
dilanjutkan oleh imam ke –empat, Abang Haji Mataim yang juga putra Datuk Patinggi Ali.

30
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Sarawak
Masjid Terapung Kuching
Masjid itu mampu menampung 1,600 jemaah dan menjadi yang pertama seumpamanya
dibina di Sarawak. Menjadi simbol keagungan syiar Islam di negeri itu, dan terkenal
dengan reka bentuknya yang unik sebagai tarikan buat para pelancong.
kedudukannya yang strategik dan bersebelahan dengan Tebingan Kuching akan
mengubah landskap setempat.
Masjid ini juga menyimpan sejarah tersendiri iaitu daripada sebuah pondok yang dibina
India Muslim untuk beribadah ketika datang berniaga di sini dan kini tersergam indah di
tebing Sungai Sarawak.

31
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat Tafrijiyyah

Diamalkan 11 kali selepas tiap solat fardu, 41 kali selepas solat subuh atau 313 kali pada
setiap hari. Fadilatnya Mustajab segala doa, meluaskan rezeki, dijauhkan bahaya dan
menghilangkan segala dukacita.

Izdihar

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yang sempurna dan kesejahteraan
yang meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengan berkatnya
semoga akan teruraulah segala simpulan, ikatan dan terhapuslah segala kesusahan
serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailah segala maksud san kesudahan umur
yang baik (mati dalam keadaan aman), dan limpahkan air hujan rahmat dengan berkat
peribadinya yang mulia. Dan ke atas segala keluarganya dan para sahabatnya pada
setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahkan rahmat
kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna.

32
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat untuk memohon akhlak yang baik dan rezeki yang


berkat

Izdihar

Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu


kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami
dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.

33
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat dikabulkan hajat

Jika dibaca 100 kali sehari, Insya-Allah dikabulkan hajat (30 di dunia dan 70 di akhirat)

Izdihar

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan
kepada keluarga Baginda dan kepada para ahli rumahnya.

34
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat dijauhkan segala penyakit dan kesulitan

apabila menjadi amalan harian, diluaskan pintu rezeki, ditunaikan hajat dan dijauhkan
segala bala bencana. Selawat ini lebih dikenali sebagai Selawat Badawi

Izdihar

Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang mencintai
dan dicintai (Allah), yang dengan kebaikannya maka hilang segala penyakit dan yang
menghilangkan segala kesempitan (kesusahan)

35
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat penolak wabak dan kecelakaan

Izdihar

Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke
atas kaum keluarga Baginda dengan limpah rahmat Engkau dan dengan berkat selawat
ini angkatkanlah daripada kami segala kecelakaan (keburukan) dan penyakit taun wahai
Tuhan yang dalam urusan-Nya yang apabila Ia menghendaki akan sesuatu itu jadi maka
berfirmanlan Ia baginya : Jadilah engkau, maka jadilah ia (barang yang dikehendaki-Nya
itu

36
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat Syifa’

Izdihar

Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi
perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan
penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah
rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.

37
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat untuk mencegah lupa ilmu

Hendaklah diamalkan / dibaca antara waktu selepas solat Maghrib sehingga waktu
Isyak mengikut bilangan yang dikehendaki. InsyaAllah tidak akan lupa ayat-ayat suci Al
Quran, doa atau pelajaran -pelajaran yang telah dihafal oleh seseorang.

Izdihar

Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas junjungan


kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas kaum keluarga Baginda dengan kurniaan
yang paling sempurna daripada segala kesempurnaan Engkau yang Engkau kurniakan
kepada Baginda.

38
Masjid dan Selawat Izdihar bt. Mohamad Ihtifazuddin
1 Baiduri

Selawat Memohon Syafaat Nabi Muhammad﴾‫﴿ﷺ‬

Dengan selalu membaca selawat ini insyaAllah akan memperolehi syafaat daripada
Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak.

Izdihar

Ya Allah, curahkanlah limpah rahmat Mu dan keselamatan ke atas penghulu kami


Muhammad yang ummi, yang menjadi kekasih-Mu yang agung darjatnya dan
bertambahnya kemuliaan dan kepada keluarga dan sahabat Baginda sekalian.

39

You might also like