You are on page 1of 8

Folio Sejarah Tingkatan 2

Warisan Seni Bina Negara


MASJID SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH

Nama: Nur Qasrina Uzma Binti Mazalan


Kelas: 2B
Nama Guru: Puan Zuriani
Pengenalan
Latar belakang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah :
- Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinama Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah sebuah masjid
di Shah Alam.

Tarikh Penubuhan :
- Perasmiannya oleh duli yang Maha Mulia Seri Paduka
Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988.

Lokasi Penubuhan :
- Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terletak di
bahagian utara tebing tasik Shah Alam. Ia terletak di
kawasan lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan
yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan
penuh makna seperti masjid negeri.

Pengasas :
- Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd Berjaya
menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak
menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh
masyarakat melayu.

Tujuan Penubuhan
- Tujuan masjid ini dibina untuk memperingati Shah Alam
sebagai ibu negeri Selangor. Selain itu , Umat islam juga
boleh menunaikan solat , melakukan ibadah , membuat
ceramah motivasi atau lain-lain .

Kepentingan Penubuhan
- Sistem bunyi semasa awal pembinaan masjid dipasang
oleh pakar bunyi terkemuka, Bolt- Beranek dan Newman
dari New York. Rank O’Connor’s pula menyempurnakan
masalah bunyi gema yang selalu dihadapi oleh
kebanyakkan bangunan yang mempunyai kubah besar.
Sistem bunyi ini digunakan sehingga penghujung tahun
2015. Sistem bunyi yang lama telah digangtikan dengan
yang baru pada awal tahun 2016 , sistem bunyi digital
dan lebih maju dipasang oleh syarikat tempatan ,
Acousticon Sdn Bhd .

Pencapaian
- Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Asia
Tenggara.
- Menjadi tumpuan para pelancong. Berdasarkan statistik
pada tahun 2017, sebanyak tujuh juta atau 23 peratus
daripada keseluruhan pelancong ke negara ini memilih
Selangor sebagai destinasi utama. Kebanyakkan
pelancong masjid di negeri itu hanya bertumpu ke masjid
biru iaitu masjid Sultan Saahuddin Abdul Aziz Shah.
- Masjid negeri ini telah menjadi tarikan pelancong kerana
keistimewaan yang telah dihasilkan daripada garapan
keagungan seni bina islam terdahulu dan digabung
dengan kecanggihan teknologi masa kini.
Penutup
- Harapan saya terhadap warisan seni bina negara adalah
mengekalkan warisan seni bina islam pada masa akan
datang supaya warisan seni bina melayu dan islam tidak
akan dilupakan oleh generasi muda kini. Selain itu , saya
berharap agar tempat ibadah seperti masjid-masjid yang
bersejarah dapat dikekalkan.
Rujukan
 Internet
- https://ms.wikipedia.org/wiki/
Masjid_Sultan_Salahuddin_Abdul_Aziz_shah
- https://www.malaysiakini.com/news/466103

 Temu bual
- Guru

You might also like