You are on page 1of 476

1

2
Centre for General Studies
College of Arts and Sciences
Universiti Utara Malaysia (UUM)
06010 UUM Sintok
Kedah.

Tel: 04-9285581
Fax: 04-9285616
E-mail: ppumum@uum.edu.my
Website:http://iaha2014.uum.edu .my

© 2014 Pusat Pengajian Umum

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in retrieval system or transmitted in
any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without prior
permission of Pusat Pengajian Umum, UUM CAS, Universiti Utara Malaysia.

ISBN 978-967-0474-79-3

Printed in Malaysia by
UUM Press
Universiti Utara
Malaysia 06010 UUM
Sintok
Kedah Malaysia.

i
TABLE OF CONTENT VOLUME 4

No. Tittles/Authors Pages


101. Faktor Dan Kesan Pengambilan Samsu Di Selangor, 1900-1941. 1485
Noor Syazwani Ishak

102. Masjid Besi, Putrajaya: Rekabentuk Dan Hubungannya 1496


Dengan Senibina Islam
Noorzahidah Mohd Zain
Anitha Rosland
Asyiqin Ab Halim
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid

103. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Pelajar Di Malaysia Dan 1513
Indonesia Dalam Mata Pelajaran Sejarah
Norila La Ulu
Osman Muamat
Noraini Abdul Rahman,
Noorhasliza Mohd Nordin
Mohd Mahzan Awang

104. Propaganda Akhbar Filipina Dalam Isu Tuntutan Filipina Ke Atas 1522
Sabah : Kesan Terhadap Hubungan Luar Dan Proses Pembentukan
Malaysia, 1962 – 1963

Norizan Binti Kadir

105. Perspektif Historiografi Trans-Nasional Sebagai Upaya Membangun 1536


Kesepahaman Negeri-Negeri Serantau Di Asia Tenggara
Nour Muhammad Adriani

106. Fenomena ‘Arab Spring’ Di Asia Barat 1551


Siti Nurul Izah Musa & Wan Kamal Mujani

107. Peranan Dan Pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British Dalam Perluasan 1561
Pengaruh British Di Kedah
Sivarajan Ponniah
Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz

108. Meneroka Sejarah Penggunaan Istilah `Jawi’ Dalam 1584


Tamadun Dunia
Saadon Awang

ii
109. Hubungan Gajah Dengan Orang Melayu (Di Semenanjung Tanah 1604
Melayu): Tumpuan Terhadap Aspek Sosial
Nurul Izzati Md. Mustafa,
Adnan Jusoh, Khairi Arrifin, Nabir Bin Abdullah & Kamal Bin
Kamaruddin

110. Dasar Dan Pentadbiran Kesihatan Di Kelantan 1910-1941 1618


Nik Afifah Bt Nik Mustafa
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus

111. Orang Cina Dalam Pentadbiran Kedah Era Pemerintahan Sultan 1638
Abdul Hamid Halim Shah, 1881-1943
Rozaini Ahmad
Suffianmansor

112. Badan Penasihat Cina (Chinese Advisory Board): Sumbangan Dan 1652
Kepentingannya Kepada Komuniti Cina Seberang Laut
Ruzaini Sulaiman @ Abd. Rahim (UMT)
Kamaruzaman Yusoff (UTM)
Ismar Liza Mahani Ismail (UMT)
Hamdan Aziz (UMT)

113. Kesan Penggunaansumber Sejarah Digital Terhadap 1663


Kemahiran Pemikiran Sejarah
Renuka Ramakrishnan Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah

114. Aktiviti Ekonomi Jepun Di Sabah Tahun 1880-An-1941: 1686


Impaknya Terhadap Ekonomi Sabah
Md. Saffie Abdul Rahim

115. Peranan Visual Sebagai Media Propaganda Sewaktu Pendudukan 1708


Jepun (Dai Nippon) Di Malaya, 1942-1945
Saiful Akram Bin Che Cob @ Ab Ghafar

116. Konseptualisasi Negara Zikir Di Negara Brunei Darussalam 1727


Mohd Shukri Hanapi

117. Sejarah Perkembangan Islam Di Tanah Melayu Abad Ke 19 Dan 20 1750


Mesehi: Suatu Penelitian Terhadap Sumbangan Ulama.
Shukri Ahmad
Mohamad Khadafi Haji Rofie

118. Kelas Normal Sejarah - Perkembangannya Di Negeri-Negeri Melayu 1761


Bersekutu
Siti Aisyah Abdullah Puspa Aisyah

iii
119. Memahami Kosmologi Tamadun Melayu : Iktibar Kepada Proses 1779
Transformasi Sosio-Ekonomi Bangsa
Solahuddin Abdul Hamid
Mohdakramdato’ Dahaman@Dahlan
Muhamad Amar Mahmad

120. Pemikiran Tuan Hussein Bin Muhammad Nasirtentang Sifat-Sifat 1789


Tercela Dan Terpuji
Suhanim Abdullah

121. Pengaplikasian Motif Dan Ornamentasi Cina Dalam Teknik Chien 1809
Nien Pada Dinding Bangunan: Kajian Ke Atas Masjid Kampung
Keling Melaka
Syaimak Ismail
Abdullah Yusof

122. Pendekatan Islam Dalam Menangani Masalah Hubungan Etnik: 1821


Pelaksanaannya Pada Zaman Rasulullah Saw
Syahrul Faizaz Binti Abdullah
Ssuna Salim

123. Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini Dan Penetapan Hukum Mazhab 1830
Syafi’e
Syed Sultan Bee Packeer Mohamed

124. Transformasi Sistem Pendidikan Pondok Dalam Memartabatkan 1841


Pengajian Kitab Kuning Di Malaysia

Solahuddin Bin Ismail


Mohd Nizho Bin Abdul Rahman

125. Sistem Pengajian Turasi Islam Di Malaysia :- Satu Tinjauan Awal 1850
Berdasarkan Sejarah Perkembangannya

Mohd Nizho Bin Abdul Rahman


Solahuddin Bin Ismail

126. Kedah Darul Aman Sepanjang Zaman 1862


Wan Shamsudin Mohd Yusof Dan Ibrahim Bakar

127. Warisan Kenangan Pendeta: Penelitian Aspek Bahasa Dalam 1879


Warkah-Warkah Koleksi Peribadi Za’ba
Yusniza Binti Yaakub
Noriah Mohamed

iv
128. Kempen Politik: Dari Reformasi Kepada Cyber Democracy 1891
Zawiyah Mohd Zain
Mohammad Agus Yusoff

129 Indeks Konservasi Bangunan Bersejarah dan Tapak Warisan 1905


Kebudayaan: Pendokumentasian dan Pengkategorian Untuk
Industri Pelancongan Warisan (Heritage Tourism) di Negeri-negeri
Utara Semenanjung Malaysia
Zulhilmi Paidi
Assoc. Prof. Dr. Rohani Ab Ghani
Ahmad Shukri Abdul Hamid
Dr. Suhanim Abdullah
Mohamad Khadafi Hj. Rofie

130 PERUBATAN MELAYU TRADISIONAL DI TANAH MELAYU 1928


BERDASARKAN BEBERAPA MANUSKRIP TERPILIH
Arba’iyah Mohd Noor

v
PREFACE

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Greetings and Salam 1Malaysia

All praise be to the Almighty that the 23rd International Association of Historians of Asia
Conference 2014 (IAHA 2014) has successfully convened at the TH Hotel & Convention
Centre, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

The conference’s theme of Asia History, Historiography and Heritage: Managing


Experience and Future accomodates twelve (12) subthemes encompassing History and
Historiography, Politics, Business History, Societies in Asia, Heritage and Cultural
Preservation, Education and The New Challenge of Historical Discipline, Architecture
and Tourism in Asia, Biography, Religion and Belief, Literature, Colonialism and
Civilization and Public History.

Kedah, the venue of IAHA 2014, has her own uniqueness. With priceless historical
values, it is appropriate for this state to be honorably titled as The Cradle of Malaysia
History, not just for being the oldest Malay kingdom-sultanate of Malaysia but also for
her civilizational heritage sites such as the Bujang Valley and the Kilim Geopark
Langkawi. It is in the Bujang Valley that the oldest human-built monument ever recorded
in Southeast Asia history has been discovered. Meanwhile in natural history, the Kilim
Geopark of Langkawi has been dated to be in existence for more than 220 million years
ago. Thus it is only befitting for this Geopark to be proclaimed by as the first UNESCO-
endorsed Geopark in Southeast Asia.

To end this preface, the IAHA 2014 Secretariat are proud to congratulate and express
warmest gratitude and thanks to the presenters, participants and to all individuals that
has contributed directly as well as indirectly to the success of IAHA 2014.

May IAHA 2014 be truly beneficial and successful to all of you.

Panel of Editors:

Zulhilmi Paidi
Rohani Ab Ghani
Solahuddin Abdul Hamid
Syed Sultan Bee Packeer Mohamed
Siti Alwaliyah Mansor
Mohamad Faizal Abd Matalib

vi
vii
BACKGROUND

The International Association of Historians of Asia (IAHA) was established in 1960 as a


professional organization dedicated to promoting research on the history of Asia and the
world. IAHA Conference has been held regularly since its inception in 1960. The latest
IAHA Conference (IAHA 22) was hosted by Indonesia in 2012. In every two or three years,
IAHA conference will be held to provide a platform for Asian and international historians
to meet and share their knowledge. During the 22nd IAHA Conference in Solo, Indonesia,
Malaysia has been chosen to host the next IAHA Conference. Kedah has been suggested
as the location of IAHA 2014 and the organizing committee has decided that the
conference will take place in Alor Setar from 23 to 27 August 2014. More than 300
academics and independent researchers from universities and organizations; local and
international institutions are expected to participate in the IAHA Conference 2014. This
conference will be organized by Universiti Utara Malaysia in collaboration with the
Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia PSM). In many ways, the IAHA
Conference is unique in its scope, goals, and history. The conference laid the groundwork
for a continuation of the effort to provide a platform for academics and consultants on
the history, historiography and heritage in Asia. In this regard, this present conference is
officially drafted as the 23rd IAHA conference. Significantly, the conference will also serve
as a platform for discussion and debate about the challenges and the future of history,
historiography and heritage in Asia in particular and in the world in general. Through
international discussion, the delegations of 22nd IAHA in Solo, Indonesia has agreed to
choose Alor Setar as the next location of IAHA conference. As Kedah is the oldest Malay
traditional kingdom in this country, it seems that this location has much to gain from, and
offer to the conference participants. Furthermore, Kedah Sultanate is the only power that
proves the durability of the Malay sultanate since 1000 years ago. This aspect is perhaps
one of the most prominent examples of the uniqueness of Kedah. In addition, the location
is set to introduce to all participants the ‘heritage trails’ in the city of Alor Setar especially
the heritage of the Kedah monarchy. At the same time, the glory of the Lembah Bujang
civilization in Merbok, Kedah can also be experienced. Furthermore, Lembah Bujang is
regarded as one of the main icons of Malaysia’s archeology, not only at national level but
also around the world. Other than that, Kedah is commonly regarded as an attractive
tourist location that has the distinction of being the "Rice Bowl of Malaysia". Therefore,
the IAHA 23 conference would highlight the remarkable features, both of Lembah Bujang
and Kedah to the international history scholars and researchers. Above all, the willingness
of Universiti Utara Malaysia to host the IAHA 23 will bring a new dimension in the
international academic development. We foresee considerable benefits from engaging
this international conference by UUM especially in leading higher education Malaysia.

viii
ix
Faktor dan Kesan Pengambilan Samsu di Selangor, 1900-1941.

Noor Syazwani Ishak


Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
noorsyazwani88@yahoo.com

Abstrak

Pembuatan dan pengambilan samsu merupakan satu fenomena yang cukup dirasakan oleh masyarakat
di Tanah Melayu. Meskipun pada asasnya samsu lebih merupakan minuman yang diminum oleh orang
Cina dan India, namun orang Melayu juga tidak terkecuali dari mengambil minuman ini. Kajian ini
merupakan satu kajian yang akan menyentuh mengenai faktor dan kesan daripada pengambilan samsu
di Selangor. Kajian ini memberi perhatian kepada kesan daripada pengambilan samsu dalam masyarakat
Selangor dan sedikit sebanyak menyentuh faktor-faktor yang menyumbang kepada pengambilan
minuman tersebut. Terdapat faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan pengambilan samsu dalam
kalangan masyarakat Selangor. Kesan daripada pengambilan samsu ini dilihat memberi impak yang
penting dalam kehidupan masyarakat Selangor kerana telah menjejaskan kesihatan dan institusi sosial
mereka. Samsu memperlihatkan kesan negatif dalam kehidupan seharian mereka seperti meruntuhkan
institusi kekeluargaan dan hubungan kejiranan serta menjejaskan kesihatan penduduk Selangor. Kajian
mengenai samsu tidak banyak diberi pendedahan secara mendalam dan khusus, oleh itu kajian ini dilihat
amat penting dalam memberi maklumat dan pengetahuan mengenai samsu di Selangor khususnya
kepada masyarakat Selangor. Kajian-kajian yang sedia ada tidak banyak merungkai dan meneliti
mengenai pengambilan samsu dengan lebih terperinci khususnya di Selangor. Kajian-kajian yang sedia
ada juga lebih memberi pendedahan mengenai minuman alkohol secara umum sahaja tanpa memberi
fokus kepada samsu. Kajian ini dilihat amat penting untuk menambah lagi kajian-kajian mengenai samsu
yang sedia ada dan menambah lompang-lompang kekurangan dalam kajian-kajian tersebut. Kajian yang
bakal dihasilkan ini juga penting kerana tajuk ini akan dapat mengupas dengan lebih lengkap tentang
perkembangan samsu sebelum tempoh merdeka di Selangor. Hal ini kerana, banyak kajian-kajian yang
telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain dilihat lebih memberi fokus kepada tempoh tahun selepas
Tanah Melayu merdeka.

Kata Kunci: Selangor, Samsu, Kesan.

1485
Pengenalan

Kertas kerja yang diketengahkan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang sedang dilakukan
mengenai hubungan manusia dengan minuman alkohol di Selangor. Kehadiran imigran Cina di Tanah
Melayu dikaitkan dengan candu dan kegiatan kongsi gelap, manakala orang India pula dikaitkan dengan
minuman todi dan samsu.(Azharuddin Mohamed Dali, 2012) Tabiat meminum todi dan samsu secara
berlebihan dikatakan sebagai penyakit sosial yang terpaksa dihadapi oleh pihak British.(Azharuddin
Mohamed Dali, 2012) Masalah sosial ini juga masih menular dan kukuh dalam kalangan penduduk
Malaysia sehingga sekarang. Masalah mengenai samsu juga boleh dilihat di negeri-negeri lain seperti
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Disebalik kesedapan dan kemanisan riak wajah peminum samsu terlindungnya raut wajah
kesedihan dan keperitan hidup yang perlu ditanggung oleh sesetengah individu. Cara penyediaannya
yang mudah dan kos pengeluaran yang rendah telah menyebabkan samsu boleh didapati dengan senang
pada harga yang murah oleh sesiapa sahaja, sama ada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Satu perkara
yang menarik adalah, samsu merupakan minuman alkohol yang dihasilkan oleh orang Cina. Orang India
tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan samsu. Walaubagaimanapun, menurut Mary Assunta
buruh India sememangnya mengetahui cara untuk menghasilkan minuman alkohol daripada bijirin
namun mereka tidak pernah mempraktikkannya kerana kekurangan hasil tanaman. (Mary Assunta, 2001-
2002) Hasil tanaman begitu penting buat penduduk India untuk menampung makanan harian mereka.

Pengenalan dan penyediaan samsu telah menimbulkan pelbagai kesan negatif sama ada dalam
aspek sosial, kesihatan dan ekonomi. Jualan samsu haram menjadi punca utama dalam membawa
pelbagai kesan kepada masyarakat India kerana ia meluas dimana jua misalnya,“Illicit distilleries have
been found in the depths of the jungle, in mangrove swamps, in limestone caves, in leech infested
swamps and even on open tin tailings where anyone approaching can be seen a long distance away”.( )
Samsu juga bukanlah minuman yang dapat dapat menambahbaikkan kesihatan si peminum seperti yang
diuar-uarkan oleh penjual.(SUK Kelantan 539/1913) Terdapat pengeluaran samsu yang masih berstatus
tidak sah dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Statusnya juga diragui dari segi kebersihan
komponen kandungan dan juga proses pembuatannya. Samsu juga dilihat telah meragut keamanan
dalam sesebuah institusi keluarga dan menyumbang kepada keruntuhan asas sosial kehidupan
bermasyarakat. Ia telah memberi kesan yang buruk terhadap individu yang mengambil samsu malah
mempengaruhi keluarga dan juga sistem sosial masyarakat.

Anggapan bahawa samsu sebagai minuman kesihatan bukanlah perkara abnormal dalam
pemikiran masyarakat di Selangor kerana mereka sudah didedahkan dengan khasiat minuman arak
sebagai alat untuk memudahkan pergaulan, pembuka selera dan juga berfungsi sebagai penawar
penyakit.(Abdullah Sani Gani,1993) Tanggapan positif ini sukar dikikiskan dari pemikiran mereka sejak
dahulu kala lagi. Tokoh-tokoh perubatan Islam seperti Ibnu Sina dan Abu Bakar Al Rhazi juga pernah
mencadangkan supaya meminum arak dalam kadar kesederhana untuk mengekalkan kesihatan yang
baik.(Abdullah Sani Gani,1993) Dalam buku tulisan Abu Bakar Al Rhazi bertajuk Manfaat-Manfaat
Makanan ada menyebut arak mempunyai kebaikan untuk memanaskan badan, menolong pencernaan
makanan di dalam perut, menghilangkan dahaga jika dicampurkan dengan air, menyegarkan badan jika
diminum bersama makan yang berzat, memberi warna rupa yang sihat kepada badan dan membantu
sistem perkumuhan dari badan.(Abdullah Sani Gani,1993) Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad
S.A.W, 1400 tahun dahulu telah menafikan khasiat-khasiat perubatan yang terdapat pada arak. (Abdullah
Sani Gani,1993)

1486
Jadual 1: Peratusan alkohol dalam setiap minuman alkohol.
Jenis minuman alcohol Kandungan alcohol
Brandy 40%
Whisky 37-40%
Samsu 37-70%
Todi 12-14%
Stout 8%
Lager 5%

Jadual 2: Jumlah samsu haram yang dihasilkan di Selangor.


Jumlah
Tahun Selangor Timur Persisiran Pantai, Selangor
1933 137 40
1934 106 83
1935 164 57
1936 178 74
1937 (januari hingga oktober) 100 43
Sumber: Selangor State Council. 8 Disember 1937. (SUK 760/1937)

Faktor

Mengapa orang ramai boleh tertarik dengan minuman samsu? Jawapan yang tepat selain daripada ianya
mudah dan murah dijual di pasaran adalah disebabkan oleh kaedah pengiklanan yang digunakan untuk
mempromosikan samsu kepada orang ramai. Penjual menggunakan kaedah pengiklanan dengan
mensasarkan kebaikan samsu kepada kesihatan lelaki dan perempuan. Kebaikan-kebaikan tersebut jelas
dapat dilihat dilabel-label yang terdapat di setiap botol minuman samsu. Antara kebaikan-kebaikan yang
tertulis disetiap botol samsu adalah menyatakan bahawa ianya baik untuk kesihatan, dapat merawat
penyakit reumatisme iaitu sejenis penyakit sakit sendi, merawat sakit-sakit badan, tekanan darah rendah
dan juga baik untuk penghadaman. Selain itu, terdapat juga label di botol samsu yang menulis bahawa
ianya baik untuk kegunaan orang-orang tua, ibu-ibu yang menyusu (Aneel Kamani, 2011) dan juga bagus
untuk mereka yang kurang selera makan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah golongan wanita turut
terjebak dalam pengambilan minuman samsu kesan terpengaruh dengan pembohongan label tersebut.
Kanak-kanak pula terpengaruh dengan keadaan ibu bapa yang sering kali mabuk dan keadaan ini
menggalakkan mereka untuk turut mencuba samsu. Sedikit sebanyak peranan ibu bapa turut membawa
pengaruh yang buruk terhadap pengambilan samsu dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak
mengambil samsu kerana kebanyakkan mereka tidak bersekolah dan turut menjadi buruh di tapak
perlombongan, ladang dan estet. Demi memastikan mereka kekal bertenaga untuk bekerja kanak-kanak
mengambil samsu sebagai minuman penambah tenaga.

Terdapat banyak minuman samsu yang dijual tanpa sebarang lesen di kedai-kedai runcit,
kawasan estet dan ladang mahupun dijual dari rumah. Penjual samsu juga turut menggunakan pelbagai
taktik jualan demi memastikan kelangsungan jualan samsu dan menggalakkan masyarakat tempatan
meminum samsu. Keadaan ini, secara tidak langsung membawa keuntungan kepada mereka hasil
daripada jualan tersebut. Terdapat juga pemilik-pemilik kedai todi yang turut sama menjual samsu.

1487
Konsep ‘dua dalam satu’ ini amat menguntungkan penjual-penjual todi dan samsu. Kaki minum juga
boleh mendapatkan todi dan samsu dengan lebih mudah lagi kerana kebanyakkan ianya dijual di seluruh
kampung dan kedai-kedai runcit di estet.

Adalah penting untuk meneliti dan memahami sebab musabab mengapa seseorang individu
boleh terjebak dengan pengambilan samsu terutama sekali kepada buruh-buruh kelas bawahan.
Tekanan dan ketegangan hidup sering dikaitkan dengan sebab utama seseorang individu itu bertindak
mengambil samsu. Ditambah pula dengan beban kerja yang berat dan meletihkan membuatkan buruh-
buruh bertindak mencari samsu agar dapat mencari ketenangan jiwa dan bebas dari pelbagai masalah.
Samsu didapati telah dapat membantu peminum daripada masalah serius dan juga tekanan rutin
kehidupan seharian. Mereka menganggap samsu sebagai satu pengubat yang dapat menenangkan hati
dan perasaan mereka daripada sebarang masalah yang timbul. Samsu seperti minuman keras yang lain
membantu mereka melupakan masalah-masalah yang timbul seperti kenyataan J.D Amstrong “The
dynamic functions of alcohol as discharging (or reducing) anxiety, guilt, shame, the narcotization of
painful reality…’.(J.D Armstrong, 1961).

Kesan Sosial

Keruntuhan institusi rumah tangga

Dalam sesebuah perhubungan kekeluargaan, samsu telah menjadi punca kepada berlakunya
pertengkaran antara suami isteri, berlakunya penderaan anak-anak, dan juga pemecatan pekerja.
Pengambilan minuman samsu tanpa mengira masa memberi kesan kemabukkan kepada sipeminum.
Dalam keadaan mabuk, sipeminum bertindak di luar kawalan beliau. Kemudiannya, keadaan ini
mengundang berlakunya pertengkaran kecil dalam keluarga yang turut mengundang kecelakaan kepada
seluruh isi keluarga. Keadaan yang lebih teruk adalah kepada isteri peminum yang dipukul oleh suami
mereka. Pergaduhan yang kecil akan bertukar menjadi malapetaka yang besar buat seisi keluarga apabila
sering berlaku. Sikap panas baran seorang bapa juga akan menimbulkan penderaan terhadap anak-anak.
Gaji yang diperolehi sipeminum juga tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga
apabila sering menghabiskan wang membeli samsu. Terdapat juga sesetengah buruh yang pada awal
bulannya membelanjakan wang gaji mereka untuk membeli arak yang lebih mahal daripada samsu.
Namun ditengah bulan, wang sudah semakin susut menyebabkan mereka kembali semula mengabdikan
diri kepada samsu seperti yang dikatakan oleh Ariokasamy:

“It is common for these estate labourers to buy hard liquor at the beginning of the
month, when they receive their salary; to shift to the less expensive beer toward the
middle of the month, when they have less money; and to end the month with cheap
toddy or samsu. Many of the drinkers on these estates spend their entire income on
alcohol. It is also common for them to take advances on their salary to buy liquor,
resulting in virtual debt bondage.” (CV. Ariokiasamy,1995).

Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh buruh-buruh di kawasan perlombongan dan


perladangan adalah rendah. Kebanyakkan buruh-buruh ini hidup dalam serba kemiskinan dan kedaifan.
Misalnya pada tahun 1912, buruh yang bekerja di Estet Simpang Tiga, Jalan Bukit Cheraka selama 2695
hari hanya dibayar gaji sebanyak $737-$85 sahaja. Ertinya mereka menerima sebanyak 27.02 sen untuk
sehari bekerja di estet tersebut. (SUK Selangor 4289/1912). Di Estet Blackwater, Klang pula buruh-buruh

1488
yang berkerja selama 5088 ½ hari hanya dibayar sebanyak $1597-$82 dalam purata 27 hingga 35 sen
sehari. (SUK Selangor 4295/1912) Pada tahun 1939, jumlah gaji yang diperolehi oleh buruh India sehari
bagi lelaki adalah 50 sen manakala wanita pula 40 sen. Bagi mereka yang bekerja di estet getah, ladang
kelapa dan kelapa sawit pula dibayar sehari 45 sen bagi lelaki dan 35 sen bagi wanita. Jika mereka
bekerja selama 9 jam, buruh-buruh ini akan dibayar sebanyak 20 sen sehari. Jika dihitung, purata gaji
yang diperolehi oleh buruh-buruh India sebulan adalah sebanyak $12 bagi lelaki dan $9 bagi wanita.
Dengan jumlah gaji yang kecil ini mereka tidak akan mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga
selama sebulan dan ditambah pula dengan ancaman samsu yang diambil oleh buruh-buruh akan
menjejaskan lagi perbelanjaan harian mereka.

Bagi buruh lelaki normal, mereka akan mengambil sebanyak 6 gantang beras sebulan iaitu beras
Rangon pada harga 24 hingga 30 sen segantang. Apabila dihitung jumlah perbelanjaan untuk membeli
beras adalah sebanyak $6.13 hingga $7 dan jumlah ini tidak ditambah dengan perbelanjaan barangan
asas yang lain. Jumlah gaji yang kecil tidak dapat menampung perbelanjaan harian mereka dan ditambah
pula dengan perbelanjaan untuk membeli samsu setiap hari. Keadaan ini secara tidak langsung memberi
kesan kepada sesebuah keluarga dan mengundang kepada kemiskinan yang teruk. Bagi buruh Cina pula,
keadaan mereka dilihat lebih baik daripada buruh India kerana mereka menerima upah yang lebih tinggi.
Upah yang diperolehi di tapak perlombongan sehari adalah sebanyak 64 hingga 75 sen manakala di
lombong-lombong kecil pula mereka dibayar sebanyak 35 hingga 40 sen. Walaubagaimanapun, kebajikan
buruh-buruh Cina dilihat agak lebih baik dan terjaga oleh majikan daripada buruh India kerana majikan
mereka telah menyediakan rumah untuk buruh-buruh Cina ini.

Kesan daripada kemabukkan ini juga turut menjejaskan reputasi kerja mereka setiap hari yang
mengundang mereka dibuang kerja. Ekoran daripada dibuang kerja menyebabkan keluarga tersebut
telah kehilangan sumber pendapatan keluarga yang utama. Beban akan menjadi lebih teruk lagi apabila
peminum jatuh sakit dan tidak dapat bekerja serta memerlukan rawatan perubatan. Kesan ini secara
tidak langsung akan memberi kesan sampingan terhadap kesihatan peminum dan ahli keluarga lain yang
hidup dalam keadaan tertekan dengan masalah kemiskinan. Kemiskinan yang melanda keluarga akan
mengundang kepada berlakunya jenayah.

Jenayah

Selain keruntuhan institusi rumah tangga, samsu juga turut menyumbang kepada berlakunya jenayah.
Peminum samsu bukan sahaja membawa masalah kepada diri dan ahli keluarganya malah turut
menganggu kehidupan jiran tetangga yang lain. Dalam keadaan mabuk dan tidak sedar menyebabkan
mereka bertindak melakukan sesuatu yang berbahaya dan diluar kotak fikiran mereka. Misalnya pada 10
Januari 1924, berlaku pergaduhan antara Singh di Petaling Salak selepas tamatnya sebuah majlis keraian
dan menyebabkan seorang Singh telah terbunuh. (SUK Selangor 206/1924)

Selain itu di Kundung, berlaku serangan apabila dua orang petani berbangsa Cina telah diserang oleh
empat orang buruh India di kebun sayur mereka. Cubaan mereka untuk menyelamatkan diri
menyebabkan salah seorang daripada petani tersebut telah tercedera. Kejadian berlaku pada 24 April
1936, apabila keempat-empat orang buruh India tersebut pergi ke kebun sayur petani Cina untuk
mendapatkan samsu. Ekoran gagal untuk mendapatkan samsu, mereka telah bertindak ganas memukul
salah seorang daripada petani tersebut dengan menggunakan kayu dan batang tebu. Keadaan ini
memperlihatkan samsu bukan sahaja menyumbang kepada berlakunya jenayah malah turut menjejaskan

1489
hubungan sosial antara masyarakat seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization
(WHO), alkohol telah menjejaskan kesihatan dan juga hubungan sosial:

“the individual’s consumption of alcohol exceeds the limits acceptable to his culture,
when alcohol is consumed at times that are not deemed appropriate in that culture, or
when the intake of alcohol becomes so great as to cause damage to the health of the
drinker or impairment of his social relations. (N. B. Eddy, H. Halbach, H. Isbell and M. H.
Seevers, 1965)

Kesan Kesihatan dan Mental

Mabuk

Kewujudan kedai-kedai yang menjual samsu di sekitar tempat tinggal mewujudkan satu kehidupan yang
tidak sihat dalam kalangan buruh di mana mereka mengambil samsu tanpa mengira batas waktu.
Mereka menjadi ketagih terhadap minuman samsu sehingga tidak menghiraukan dengan keadaan
sekeliling, mengenai masa depan apatah lagi berkaitan ahli keluarga sendiri. Hamper semua buruh di
kawasan perladangan mahupun perlombongan menerima gaji yang rendah dan mereka hidup dalam
kemiskinan. Mereka menggunakan hampir keseluruhan pendapatan mereka untuk membeli minuman
samsu kerana menganggap ianya sebagai minuman yang dapat membekalkan tenaga kepada mereka
ekoran kerja yang dilakukan oleh mereka memerlukan tenaga yang banyak. Samsu penting untuk mereka
supaya tidak berasa letih atau sakit.(Azharuddin Mohamed Dali,2012) Dalam aspek kesihatan, kesan
pengambilan samsu dapat dilihat dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Kesan
jangka pendek membabitkan pengambilan samsu dalam kuantiti yang kecil seperti lebih kurang satu
botol besar minuman samsu. Pengambilan lebih kurang satu botol besar samsu boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami kurangnya daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan lurus dan betul
serta tidak dapat membuka pintu. Keadaan ini biasanya dianggap sebagai mabuk atau hangover.
(Zainariah Wahab,1993) Selepas mengalami hangover kesan meminum samsu sekali-sekala, badan akan
pulih seperti sediakala tetapi jika kerap dan mengambil dalam kuantiti yang banyak akan memberi kesan
yang berkekalan kepada badan. Peminum samsu juga merasa mabuk dan muntah-muntah setelah
meminum samsu. (Utusan Malaysia, 27 Januari 1977) Sesetengah daripada kes ini menunjukkan tanda
yang sangat serius.

Jadual 3: Kesan terhadap tubuh badan manusia daripada kandungan alkohol

Tahap kandungan alkohol dalam darah Kesan


(mg/100ml)
20 Keupayaan untuk bergaul meningkat
30 Perasaan kegirangan
50 Penyelarasan fizikal dan otot menurun
80 Hilang pertimbangan badan, visi dan sebutan tidak
jelas
100 Kehilangan penyelarasan otot
300 Mengantuk dan muntah-muntah
400 Koma, tidak sedar dan amnesia
500 Sesak nafas (sukar bernafas) dan meninggal dunia

1490
Kematian

Pengambilan samsu juga boleh menyebabkan berlakunya kematian serta merta kepada si
peminum ataupun membunuh secara perlahan-lahan dalam sesetengah kes. Pada permulaannya, samsu
berfungsi sebagai satu alat untuk membantu memanaskan badan, tetapi jika diambil dalam kuantiti yang
banyak ia akan merosakkan sistem tubuh manusia. (Rupert Wilkinson, 1970) Pengambilan yang sedikit
akan menimbulkan kemabukkan tetapi jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan membawa maut
kepada sipeminum. Perkara ini disebabkan oleh minuman samsu tersebut mengandungi tahap
kandungan racun yang tinggi yang dapat memusnahkan organ-organ penting dalam tubuh badan
manusia seperti paru-paru, hati, buah pinggang dan juga jantung. Terdapat juga samsu yang dihasil
dengan campuran alkohol metil yang menyebabkan tahap keracunannya meningkat. (T. Marimuthu,
1979) Jika alkohol metil bercampur dengan minuman samsu ianya akan membawa kepada kematian.
(The Star National Daily, 28 Januari 1977) Selain itu, kandungan alkohol yang tinggi juga akan memberi
kesan teruk kepada peminum tegar seperti menderita kerosakkan hati yang mengundang kepada
mereka muntah darah dan mengalami diarrhea (cirit-birit). (The Star Online, 5 Mac 2011) Bagi kanak-
kanak yang mengambil samsu pula akan terdedah kepada risiko menghadapi radang otak, koma dan
seterusnya meninggal secara mengejut. (The Star Online, 5 Mac 2011) Kebiasaannya alkohol metil
diperolehi daripada metana dan digunakan sebagai pelarut dan bahan api. Selain itu, pengambilan
alkohol yang kecil dapat membantu peredaran darah namun juka diambil dalam kuantiti yang terlalu
banyak akan mengakibatkan tekanan darah tinggi dan berlakunya kerosakkan jantung. (Brian R.Ward,
1993) Minuman samsu boleh memberi kesan buruk seperti memberhentikan sistem peredaran darah
dan melumpuhkan sistem otot manusia seterusnya maut akibat kesan toksiknya ke atas otot-otot
jantung. Samsu merupakan bahan toksik kepada jantung yang menyebabkan kardiomiopati, jantung
menjadi lemah dan tidak berupaya menjalankan fungsinya menyebabkan serangan jantung dan maut.
(Segel, L., Klausner, S., Gnadt. J. and Amsterdam, 1984)

Buta

Selain itu, ia turut memberi kesan yang dahsyat kepada si peminum kerana boleh menjejaskan
sistem penglihatan sehingga si peminum menjadi buta (atrofioptik). Kesan buruk alkohol metil ini jelas
dapat dilihat bukan sahaja di Selangor malah di Amerika Syarikat apabila ianya digunakan secara
sembunyi semasa arak diharamkan di sana dari tahun 1919 hingga 1933 yang menyebabkan banyak
kematian berlaku dan ramai yang mengalami cacat penglihatan.

Beri-Beri

Kesan buruk yang lain ialah menyumbang kepada penyakit beri-beri atau nama saintifiknya
adalah polyneuritis. Dari sudut kesihatan pengambilan berlebihan beras yang dimesin akan
menyebabkan peningkatan penyakit beri-beri iaitu sejenis penyakit disebabkan oleh kekurangan Vitamin
B yang terdapat di lapisan luar (lapisan Aleurone) beras. (SUK Kedah 3381/57) Ini disebabkan samsu
dihasilkan daripada air beras yang diperam dan menyebabkan peminum samsu terdedah untuk
mendapat penyakit beri-beri. Jenis beras yang digunakan juga adalah tidak berkualiti. Antara simptom-
simptom yang dialami oleh pesakit beri-beri adalah hilang selera makan, kelesuan, ketaksekataan
penghadaman, kebas dan lemah di bahagian anggota badan terutamanya kaki dan tangan (Noraini
Mohamed Hassan, 2008). Penyakit beri-beri juga menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi.
(Robert R. Williams,1961) Penyakit beri-beri dibahagikan kepada tiga kelompok besar berdasarkan

1491
simpologi penyakit iaitu jenis klasik, jenis bukan klasik (aberrant types) dan jenis neuritis dietetik (dietetic
neuritis). (Robert R. Williams,1961)

Beri-beri merupakan sejenis penyakit kekurangan Vitaman B1 yang lumrahnya terdapat dalam
kalangan peminum arak (Magiure R.,1887). Penyakit beri-beri dikenalpasti di Selangor mulai tahun 1883.
(Annual Financial Report on the State of Selangor for the Year 1883). Pada tahun 1888, penyakit beri-beri
merupakan penyakit utama yang menyerang penduduk di Selangor, selain daripada penyakit disenteri
dan malaria. (Selangor Annual Report 1888) Terdapat pelbagai faktor penyebab yang dikaitkan dengan
penyakit beri-beri antaranya seperti parasit seperti ankylostoma duodenale, suhu rendah dan
kelembapan yang tinggi, serta penyakit berjangkit (Noraini Mohamed Hassan, 2008). Selain itu, penyakit
beri-beri turut dikaitkan dengan pemakanan beras Siam/ beras putih yang beracun (Noraini Mohamed
Hassan, 2008). Teori ini dipelopori oleh Dr. Braddon. Pada tahun 1900, beliau mengemukakan hipotesis
bahawa penyakit beri-beri disebabkan oleh keracunan bijian (grain-intixication). Hipotesis beliau ini
dapat diteliti dalam beberapa penulisan beliau seperti ‘On the Aetiology of Beri-beri’ dan ‘Memorandum
of the Probable Causation of Beri-beri through a Toxin Conveyed in Certain Forms of Rice’. Teori ini
bersandarkan kepada kehadiran sejenis racun yang terdapat dalam beras Siam yang boleh menyebabkan
beri-beri.

Menurut Dr. Braddon, semakin lama beras disimpan, semakin tinggi kandungan racunnya. Dr.
Braddon juga mengaitkan racun yang terdapat dalam beras Siam sebagai punca penyakit beri-beri.
Walaupun dikritik hebat oleh beberapa orang tenaga perubatan yang lain antaranya Dr. H.A. Haviland,
District Surgeon, Parit Buntar, Perak, Dr. Travers dan Dr. W. Gilmore Ellis, Superintendan Singapore
Lunatic Asylum, beliau tetap berpendapat beras Siam menjadi punca kepada penyakit tersebut.
Walaubagaimanapun, satu uji kaji kimia terhadap sampel beras Siam dan beras India dilakukan oleh ahli
kimia Institut Penyelidikan Perubatan untuk memastikan perbezaan kandungan kimia yang terdapat
dalam setiap sampel berkenaan. Kajian kimia yang berterusan terhadap sampel-sampel ini meyakinkan
penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan untuk membuat hipotesis iaitu kekurangan nutrient dalam
beras adalah penyebab beri-beri dan bukannya racun seperti yang diutarakan oleh Dr. Braddon. Pada
awal tahun 1910, Dr. Fraser dan Dr. Stanton telah membuat kesimpulan tentang punca beri-beri. Ia
dikesan akibat kekurangan nutrien dalam beras putih yang dimesin. Kesimpulan yang dicapai ini telah
memperkukuhkan hasil eksperimen awal yang dilakukan oleh Dr. Fraser dan Dr. Stanton pada tahun
1907. Salinan laporan mereka yang bertajuk’ On the Etiology of Beri-Beri; telah diajukan kepada Kerajaan
India, Kerajaan Burma, Setiausaha Kolonial Sri Lanka dan Setiausaha Kolonial Hong Kong serta
Jawatankuasa Penasihat Tabung Penyelidikan Penyakit-penyakit Tropika. Laporan tersebut juga telah
dibentangkan oleh Dr. Fraser dalam kongres dwitahunan pertama Far Eastern Association of Tropikal
Medicine di Manila, Filipina pada bulan Mac 1910, dan kongres kedua pada bulan Januari 1912.

1492
Jadual 4: Jumlah kes beri-beri

Tahun Jumlah Kes kematian Kadar Kematian

1899 1837 333 18.12%

1900 2428 390 16.06%

1911 2220 307 13.82%

1912 2282 302 13.03%

1913 2136 303 14.10%

1914 2125 259 12.18%

1915 933 111 11.89%

1916 780 108 13.84%

1917 1201 152 12.65%

Sumber: Disesuaikan Annual Report Medical Department Selangor, Annual Report Medical Department
Selangor 1917, Annual Medical Report 1900, Federated Malay State of Selangor Medical Report 1915
dan Federated Malay State of Selangor Medical Report 1919.

Sebanyak 118 orang dilaporkan meninggal dunia akibat daripada penyakit beri-beri di Selangor
pada tahun 1930. Pada tahun 1931 pula seramai 102 orang dan pada tahun 1932 seramai 60 orang yang
meninggal dunia. Daripada jumlah ini sebahagian besarnya terdiri daripada orang Cina. Pada tahun 1937
seramai 128 orang telah dimasukkan ke hospital kerajaan diikuti sebanyak 444 orang pada tahun 1938
dan menurun kepada 224 orang pada tahun 1939. Majoriti daripada jumlah yang dimasukkan ke hospital
kerajaan ini adalah orang Cina dan 20 peratus adalah orang Melayu.

Penutup

Secara keseluruhannya, perbincangan mengenai faktor dan kesan terhadap pengambilan samsu di
Selangor mencerminkan satu kehidupan yang tidak berkualiti dan menjejaskan taraf hidup sipeminum
dan masyarakat disekelilingnya. Didapati bahawa tekanan hidup yang diterima oleh buruh-buruh di
Selangor menjadi pendorong utama kepada mereka untuk terjebak dalam pengambilan minuman samsu.
Tambahan pula sikap sesetengah penjual yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa
memikirkan kesan sampingannya telah mendorong lagi penjualan samsu. Faktor mudah untuk
diperolehi dan ditambah pula dengan harganya yang murah mendorong mereka mengambil samsu.
Pendapatan kecil yang diperolehi oleh buruh-buruh tidak menghalang mereka untuk mengambil samsu
yang dilihat sangat penting dalam kehidupan mereka demi memastikan daya ketahanan diri meningkat
untuk bekerja seharian.

1493
Rujukan

1. Abdullah Sani Gani (penterjemah), Dr. Mohammed Ali Albar, Masalah Arak dan Penyelesaiannya
Menurut Islam, Kelantan: Pustaka Reka, 1993.
2. Aneel Karnani, Fighting Poverty Together: Rethinking Strategies for Business, Government, And
Civil Society to Reduce Poverty.
3. Annual Financial Report on the State of Selangor for the Year 1883.
4. Azharuddin Mohamed Dali, Sejarah Masyarakat India di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 2012.
5. Brian R Ward, Penyalahgunaan Alkohol, Zainariah Wahab (penterjemah), Selangor: Pan Earth
Sdn. Bhd., 1993.
6. CV. Ariokiasamy, Malaysia, dalam Heath D (ed.), International Handbook on Alcohol and Culture,
Westport: Greenwood Press, 1995.
7. Federated Malay States. Annual Report of The Medical Department 1932, Kuala Lumpur:
Federated Malay States Government Gazette, 22 September 1932.
8. Federated Malay States. Annual Report on the Social and Economic Progress of The People of
Selangor for the year 1939, Kuala Lumpur: Federated Malay States Government Press, 1940.
9. Federated Malay States. Annual Report on the Social and Economic Progress of The People of
Selangor for the year 1939, Kuala Lumpur: Federated Malay States Government Press, 1940.
10. Federated Malay States. Report On the Customs and Excise Department For The Year 1936,
Kuala Lumpur: The F.M.S. Goverment Press, 1937.
11. J.D.Armstrong, Psychiatric Theories of Alcoholism, Canadian Psychiatric Association Journal, (6),
1961, dalam Don Cahalan, Problem Drinkers, San Francisco: Jossey-Bass, 1970.
12. Magiure, R. Acute Dilation of the Heart Poduced by Alcoholism, Br. Med. J. 1: 1215, 1887.
13. Mary Assunta, Impact of Alcohol Consumption, Derek Rutherford, Andrew Mc Neill & Andrew
Varley (ed.), The Globe GAPA Bangkok Consultation: Alcohol in Asia, London: Global Alcohol
Policy Alliance, Special Issue 4, 2001-2002.
14. Mary Assunta, Impact of Alcohol Consumption, Derek Rutherford, Andrew Mc Neill & Andrew
Varley (ed.), The Globe GAPA Bangkok Consultation: Alcohol in Asia.
15. Memorandum Re Rice Mills in Kedah dalam S.C 3381/57.
16. SUK Selangor 4289/1912.
17. SUK Selangor 4295/1912.
18. N. B. Eddy, H. Halbach, H. Isbell and M. H. Seevers, Drug Dependence: Its Significance and
Characteristics, Buletin, World Health Organization, 32: 721-33, 1965.
19. Noraini Mohamed Hassan, Penyakit Tropika di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-1914,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2008.
20. Robert R. Williams, Toward the Conquest of Beriberi, Cambridge: Harvard University Press, 1961.
21. Rupert Wilkinson, The Prevention of Drinking Problems, New York: Oxford University Press, 1970.

22. Segel, L., Klausner, S., Gnadt. J. and Amsterdam, E. Alcohol and the Heart. Medical Clinics N. Am.
1984: 68(1),.
23. Selangor Annual Report 1888.
24. SUK 760/1937.

1494
25. SUK Kelantan 539/1913.
26. SUK Selangor 206/1924
27. T. Marimutuhu, The Illicit Samsu Problem in Malaysia, dalam Seminar On Health, Food and
Nutrition, pada 15-20 September 1979 di RECSAM, Gelugor, Penang, anjuran Consumers
Association of Penang.
28. The Star National Daily, 28 Januari 1977
29. The Star Online, 5 Mac 2011.
30. Utusan Malaysia, 27 Januari 1977.

1495
MASJID BESI, PUTRAJAYA: REKABENTUK DAN HUBUNGANNYA
DENGAN SENIBINA ISLAM
Noorzahidah Mohd Zain*
Anitha Rosland**
Asyiqin Ab Halim***
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid****
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
E-mail: noorzahidahmohdzain@gmail.com

Abstrak

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Besiyang terletak di Presint 3,Putrajaya,
Malaysia dibina berdasarkan reka bentukmoden dan senibina Islam. Masjid ini merupakan satu-satunya
masjid yang menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dalam pembinaannya, lantas ia
dikenali sebagai Masjid Besi. Meskipun masjid ini mempunyai senibina Islam, namun kajian yang
dilakukan mendapati bahawa iatidak menepati seratus peratus senibina islam kerana ia lebih bersifat
moden. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai reka bentuksenibina Masjid Besi,
dengan melihat hubungannya dengan senibina Islam dan unsur-unsur pengaruh-pengaruh lain yang
terdapat pada senibina masjid tersebut.

Kata Kunci: Masjid, Masjid Besi, reka bentuk, senibina Islam

Abstract

MasjidTuanku MizanZainal Abidinalso known asMasjid Besilocated inPrecint 3, Putrajaya,Malaysia is


builtbased ondesignmodern contemporary andIslamic architecture. This mosque is theone only
mosquewhich uses6000tonnes of steelor 70percentbuilding materialduring the construction, thus it is
known asMasjid Besi.This study found that, this masjid is not one hundred percent based on Islamic
architecture because is it more incline to modern design.Therefore, this paper will discuss the design of
the Masjid Besidesign architecture, by examing the relationship Islamic architectural withother
elementsinfluencesexiston mosquearchitecture.

Keywords: Mosque, Masjid Besi,design,Islamic architecture

*
Pelajar Ijazah Sarjana di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
**
Pelajar Ijazah Doktor Falsafah di Jabatan Syariah Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
***
Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
****
Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.

1496
PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang mencakupi semua bidang kehidupan manusia. Maka tidak
dinafikan,Islam juga mempunyai peranan dalam hal kesenian termasuklah bidang senibina.

Seni adalah salah satu aspek yang terkandung dalam lingkungan budaya. Hasilnya seni ditonjolkan
melalui bentuk fizikal seperti kubah dan tulisan-tulisan pada ukiran-ukiran yang mengandungi ayat-ayat
suci al-Quran. Syed Qutb ada menyatakan bahawa Islam tidak anti seni, malah menginginkan umat Islam
yang lebih kreatif dalam membentuk kesenian Islam.

Maka, pembinaan Masjid Besi adalah salah satu unsur daripada kesenian Islam yang mana Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikenali sebagai Masjid Besi yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia.
Masjid ini mula dibina sejak April 2004, siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan telah dibuka pada hari
Jumaat malam, awal Ramadan 1430 H. Ia dapat menampung kira-kira 24,000 penduduk dan penjawat
kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini mampu memuatkan 20,000
jemaah,melebihi kapasiti Masjid Putra yang hanya mampu memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu
masa. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra yang terletak kira-kira
2.2 kilometer ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya. Masjid ini direka berdasarkan tiga
konsep1 iaitu terbuka, berangin dan telus.2 Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut
yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

1
Aspek yang pertama iaitu aspek terbuka yang amat ketara sebaik sahaja apabila seseorang memasuki ruang dalam
masjid ini. Idea atau konsep utama rekebentuk masjid diperolehi dari surah Al-Baqarah, ayat 57 di mana Allah
SW.T. telah berfirman, “dan Kami naungi kamu dengan awan….” Ayat ini menceritakan bahawa dalam satu
perjalanan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Syam, Rasulullah s.a.w telah dilindungi daripada panas terik matahari
oleh awan sepanjang perjalanan Rasulullah s.a.w. Awan ini pula diterjemahkan ke dalam rekabentuk bangunan
Masjid Tuanku Mizan yang mempunyai bumbung (Flat Roof) yang besar dan luas untuk membolehkan Dewan Solat
Utama yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah aspek berangin yang mana mempunyai ruang dalamnya yang
luas dan terbuka, maka ruang ini menjadi berangin tambahan pula kedudukan masjid yang terletak di tepi tasik
yang dipenuhi oleh ion-ion udara yang positif, segar dan bersih yang menghembus ke ruang solat dalam
masjid. Manakala aspek yang ketiga adalah aspek ringan yang membawa maksud tiada struktur-struktur konkrit
besar digunakan sebaliknya bahan besi digunakan untuk mencapai matlamat ini. Besi digunakan sebagai struktur
utama kerana ia menyenangkan kerja-kerja pembinaan terutama sekali untuk sebuah bangunan yang mempunyai
‘Volume’ yang besar di mana pembinaannya menggunakan bahan konkrit adalah amat sukar di kawasan-kawasan
tinggi bangunan dari segi rekabentuk dengan kehalusan yang dikehendaki oleh arkitek. Penggunaan besi juga dapat
mempercepatkan kerja-kerja pembinaan. Ia dapat difabrikasikan dan dibentuk di kilang sebelum dibawa dan
dipasang ke tapak pembinaan. Hasil Temubual dengan Encik Faridz Amli, Jurutera Perbadanan Putrajaya tentang
Rekabentuk Masjid Besi, Putrajaya 22 Mac 2011, jam 3.30 petang.
2
Ibid.

1497
Masjid Besi, Putrajaya mempunyai keistimewaan tersendiri, antaranya tiada pemasangan kipas
ataupun alat penyaman udara, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC).
Selain itu, masjid ini turut menggunakan Senibina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau
Anyaman Masyrabiah3 yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang diStadium Bernabéu ,
Madrid dan Perpustakaan Negara Perancis yang dikenali Bibliothèque Nationale de France ). Pintu
gerbang masuk masjid menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti
sesebuah struktur serta kaca hablur, menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Terdapat sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang
dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seumpama berada di
kawasan kota istana purbaAl-Hambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma ul-Husna menggunakan
tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-
Quran dari surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Pembinaan dinding mihrab diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter, diimport
dari Jerman. Di dinding mihrab terukir dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan
dan surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan4 kesan dari pancaran
cahaya atau lampu, menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasankelihatan
jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu
mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Selain sebagai tempat beribadat, masjid ini juga berfungsi sebagai pusat sehenti pembelajaran
termasuk pengajian kelas fardu ain, ruang perniagaan serta kediaman imam. Di samping itu, ia turut
menganjurkan aktiviti keagamaan di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk
mengatur segala aktiviti keagamaan sebaik sahaja masjid ini siap sepenuhnya. Masjid ini juga telah
menjadi salah satu mercu tanda baru di Wilayah Putrajaya dan merupakan masjid di tengah-tengah
bandar raya, juga dikenali sebagai Masjid Bandar Raya.5

SENIBINA ISLAM DAN SEJARAH PERKEMBANGAN SENI BINA MASJID DI MALAYSIA

Islam tidak pernah dikenali sebagai agama pemisah antara duniawi dan ukhrawi, antara politik
dan pemerintahan, antara urusan peribadi dan lapangan kemasyarakatan. Sifatnya sebagai ad-din
memberikan ruang lingkup yang luas di dalam berbagai-bagai bidang terutamanya budaya dalam ruang
lingkup yang dibenarkan oleh syariat. Jauh sekali dari tanggapan beberapa golongan yang melihat seni
sebagai serpihan yang terpisah dari ajaran agama. Malahan tempat beribadah bagi menyatakan dan

3
Digunakan bagi melindungi masjid yang tanpa dinding danianya bersesuaian dengan konsep ketelusan kerana kita
sebagai manusia hanya hidup di dunia untuk sementara waktu sahaja dan apa-apa perkara yang dilakukan oleh
setiap manusia akan diketahui Allah S.W.T . Setiap manusia tidak boleh berselindung di mana-mana tempat
ataupun dengan apa-apa perbuatan. Konsep ketelusan ini diterjemahkan ke rekabentuk bangunan dengan
merekabentuk sebuah masjid yang terbuka tanpa dinding. Sebaliknya, masjid ini dilindungi oleh Skrin Mashrabiyah.
Skrin Masharabiyah diperbuat daripada kombinasi struktur besi atau ‘steel latticework’ dan anyaman besi tahan
karat atau ‘Architectural Woven Wire Mesh” yang diimport dari Jerman.Ibid.
4
Kepingan cermin yang digunakan mempunyai ciri anti-pantulan cahaya yang memberi kesan seolah-olah tulisan
khat aya-ayat suci tersebut terapung-apung. Ibid.
5
http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=50&Itemid=60

1498
melafazkan kebesaran Allah S.W.T. secara berjemaah juga dihias dengan kesenian yang melambangkan
rasa kudus yang tidak terhingga.

Terlebih dahulu penulis menjelaskan beberapa pengertian mengenai pengertian-pengertian atau


istilah-istilah yang berhubung dengan tajuk yang dikaji sebelum tajuk ini dibincangkan dengan lebih
terperinci. Reka bentuk iaitu (reka bentuk) rancangan (corak, bentuk dan sebagainya) yang menunjukkan
susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya)6.

Manakala Seni pula mempunyai maksud yang pelbagai. Seni ialah halus (kecil, elok), tipis dan
halus. Seni juga bermaksud karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat
(kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan. Selain itu, seni juga bererti (orang yang mempunyai)
kebolehan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa7.

Selain itu, Senibina pula bermaksud seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan
penyeliaan pembinaan bangunan dan sebagainya).8 Ia juga bermaksud pelbagai jenis binaan yang dibuat
menggunakan bahan api, kayu, konkrit dan sebagainya.9

‘Senibina’ merupakan seni yang sama pentingnya dengan ‘Seni Khat’. Seseorang itu boleh
mengatakan bahawa bidang ini menduduki kedudukan utama berbanding seni lain yang membentuk
persekitaran, ambience manusia dan menjadikannya senada dengan barakah Islamiah. Kebanyakan
daripada seni sampingan lainnya seperti ukiran kayu, seni mozek, pahatan dan lain-lain hidup di bawah
naungan “Senibina”.10

Senibina masjid dianggap sebagai pusat segala kegiatan keislaman dan di situ jugalah terpancar
segala aktiviti kesenian. Seni kaligrafi yang indah, hiasan arabes yang mengagumkan terukir di ruang
masjid melahirkan keharmonian kepada sesiapa yang beribadat di dalamnya.11

Senibinajuga berkait rapat dengan ilmu bangunan iaitu satu manifestasi kekuatan rohani yang
hidup di kalangan bangsa-bangsa. Setiap bangsa yang didorong ke arah kemajuan pasti mempunyai
kepintaran ilmu bangunan. Alfred Fred Frazer berpendapat bahawa senibina Islam merupakan gambaran
dalam bentuk sistem politik atau ekonomi. Tumpuan utamanya ialah bangunan masjid, madrasah, istana,
pasar dan rumah kediaman. Selain daripada ketinggian agama, ia juga melambangkan kemakmuran
sosial dan ekonomi.12

6
Noresah Baharom, et. al., Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, h. 1305.
7
Ibid., h. 1452.
8
Ibid.,h. 1245.
9
Ensiklopedia Dunia Melayu, Jil.5 (1997), Kuala Lumpur : Piramid Perdana (M) Sdn. Bhd., h. 2192.
10
Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Shamsudin (1992), Konsep Seni Dalam Islam, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, h. 63.
11
Manja Mohd. Ludin & Ahmad Suhaimi Hj. Mohd. Nor (1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, h. xxiii.
12
Mahayudin Hj. Yahaya ( 1998), Tamadun Islam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 433.

1499
Dalam al-Quran dan hadis terdapat cerita-cerita tentang keindahan bangunan bangsa-bangsa
zaman silam, seperti kota Iran yang diduduki oleh ‘Ad. Rasulullah s.aw. sendiri menggalakkan
penganutnya membuat binaan terutama masjid.13

Para ahli senibina Islam menggabungkan air, timah (bangunan) dan pokok-pokok dalam bentuk
yang indah-indah menjadi taman dan istana yang indah seperti al-Hamra di Granada, Madinatul-Zahra di
Cordova, Taj Mahal di Agra.Senibina Islam juga menekankan soal kesederhanaan dan melarang
pembaziran di mana Islam menyuruh penganutnya bersederhana dalam segala hal dan melarang
pembaziran kerana dalam setiap perkara yang dilakukan mestilah berpada-pada supaya tidak
menimbulkan perasaan riak dan bermegah-megah dengan sesuatu yang kita lakukan terutamanya dalam
pembinaan masjid yang mana pembinaannya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
bukannya bermegah-megah dengan binaan yang terlalu indah dan agung yang terdapat padanya. Hal ini
bersesuaian dengan sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Aku tidak disuruh meninggikan
masjid dan mengukuhkannya”. Ibnu Abbas menyatakan bahawa Umar al-Khattab semasa memerintah
menasihatkan para gabenor supaya tidak membina bangunan-bangunan yang tinggi, begitu juga para
sahabat yang lain.14

Seseorang haruslah memberi perhatian terhadap pelbagai bentuk geometri yang simbolik yang
terdapat pada ‘Senibina Islam’ yang menghubungkan bentuk-bentuk luaran dengan makna dalaman dan
antara kegunaan ‘Senibina’ dengan kepentingan kejiwaan. Kubah, misalnya selain berfungsi sebagai
siling bagi melindungi kepanasan dan kesejukan juga merupakan simbol lengkungan langit dan pusatnya,
axis Mundi yang menghubungkan kewujudan alam kepada Yang Maha Esa.15

Konsep utama senibina Islam ialah untuk membangkitkan rasa aman, damai dan merendahkan
diri ke hadrat Allah dan justeru itu pengagungan dan perhiasan semata-mata bukan menjadi matlamat
senibina Islam kerana yang penting sebagai satu kemudahan kepada umat Islam untuk melaksanakan
ajaran Islam itu sendiri. Ia dilahirkan hasil kreativiti dan inovasi umat, artis, seniman dan arkitek Muslim
dengan memadukan nilai seni bermutu tinggi dengan penggunaan corak, warna dan reka bentuk yang
berpaksikan ajaran Islam.Dengan lain perkataan, ‘Senibina’ Islam mencerminkan realiti ciptaan Allah
S.W.T, di mana melalui sains kedua-dua struktur senibina dan ciptaannya didasarkan yang mana seni ini
terasas di atas kerahiman dan barakah kerana binaannya menurut wahyu al-Quran yang menjadikan
penyesuaian senibina kudus dengan alam tabi’i di mana pertaliannya begitu erat dengan kerohanian.16

Islam wujud selepas atau sezaman dengan beberapa agama besar yang lain di dunia. Lantaran itu
dari segi budayanya nampak ada semacam persamaan dan kesinambungan dari segi bentuk-bentuk dan
ciri-cirinya, khususnya dari segi senibina. Walau bagaimanapun dari penelitian yang khusus kita dapat
membezakan senibina Islam dengan senibina yang lain.17

13
Amir A. Rahman ( 1991), Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian
Pendidikan Malaysia, h. 141.
14
Ibid., h.141.
15
Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Shamsudin ( 1992), Konsep Seni Dalam Islam, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, h. 64.
16
Ibid., h. 64-65.
17
Othman Mohd. Yatim (1989), Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
& Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 27.

1500
Terdapat pelbagai jenis binaan atau bangunan Islam sama ada yang berbentuk keagamaan
mahupun yang bukan berbentuk keagamaan. Bangunan-bangunan bercorak keagamaan adalah terdiri
daripada masjid, madrasah, tempat belajar agama yang khusus (monastery) dan makam-makam. Satu
lagi binaan yang termasuk di dalam bentuk-bentuk senibina Islam ialah tugu-tugu, kota-kota ataupun
tembok-tembok. Di peringkat awal perkembangan Islam di negara-negara Arab, tugu-tugu atau kota-
kota ini digunakan sebagai benteng pertahanan iaitu untuk mempertahankan kota-kota dan bandar-
bandar Islam daripada serangan pihak musuh. Kini kota-kota itu menjadi lambang perjuangan pejuang-
pejuang Islam awal dan mercu tanda sesebuah Bandar dan kota atau negara Islam.18

Manakala bangunan yang bukan berbentuk keagamaan yang terpenting ialah istana-istana
diraja, bangunan pentadbiran, muzium dan sebagainya. Sejak mulanya, khususnya pada zaman Umaiyah,
istana-istana terletak di padang pasir. Kemudian ia dibina pula di dalam bandar-bandar dan biasanya
berhampiran dengan masjid.

Terdapat beberapa ciri senibina Islam seperti ditekankan oleh Qurasyi iaitu mempunyai ruang
untuk kemasukan cahaya yang mencukupi sesuai dengan persekitaran bagi keselesaan, bahan perhiasan
yang ditonjolkan ialah tulisan khat atau kaligrafi petikan ayat al-Quran dan hadith untuk mewujudkan
rasa harmoni, mempunyai ruang yang memisahkan antara kaum lelaki dan perempuan, reka bentuk
sesuai dengan keadaan dan iklim setempat, perabot dan kelengkapan hendaklah sederhana dan indah,
bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan dan tidak wujud unsur
pertentangan antara kerohanian dan kebendaan atau dunia akhirat serta faktor keselamatan dan jangka
hayat bangunan yang panjang, kukuh, selesa dan selamat digunakan.19

Mengikut Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mat Zin, dalam buku, Tamadun Islam, ciri-
ciri senibina Islam adalah seperti berikut iaitu melambangkan keislaman dan berlandaskan kepada tauhid
dan Allah, terdapat ruang pemisah antara lelaki dan perempuan, termasuk tandas. Reka bentuk
bangunan masjid sesuai dengan keadaan dan iklim setempat. Perabot dalam bangunan tersebut mestilah
sederhana dan indah. Bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan tidak wujud sebarang
pertentangan antara unsur kerohanian dengan kebendaan atau keduniaan dengan keakhiratan.
Mengutamakan kemasukan cahaya matahari ke dalam bangunan semaksimum yang boleh. Ini sesuai
dengan keadaan alam semulajadi dan memberi keselesaan kepada umat Islam yang melakukan ibadat di
dalamnya. Selain itu, hiasan yang indah juga terdapat di bahagian dalam dan bahagian luar masjid.
Keselamatan bangunan hendaklah kukuh dan selamat digunakan untuk jangka masa yang lama. Keadaan
ini terbukti di mana terdapat masjid dan bangunan yang didirikan hampir 1000 tahun masih utuh dan
boleh digunakan dengan selamat (Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mat Zin, 1990 : 142 ).20

Senibina Islam, secara amnya bolehlah ditafsirkan sebagai senibina yang melambangkan sesuatu
kebudayaan yang berasaskan agama Islam. Tetapi ia bukanlah hasil seni sesuatu bangsa atau tempat, ia
adalah hasil pelbagai tempat dan taraf kebudayaan. Kalau diteliti bangunan-bangunan yang didirikan

18
Ibid., h. 29.
19
Ibid., h. 433.
20
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan (1999), Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd., h. 530.

1501
oleh umat Islam di seluruh dunia ini akan kelihatan beberapa ciri yang wujud di dalam hampir semua
senibinanya. Antaranya ialah21:

(a) Perhatian atau fokus pada ruang dalam lebih daripada bahagian depan atau bahagian luar
bangunan. Ruang dalam digunakan bagi menimbulkan suasana yang selesa dan lebih bersifat
persendirian.

(b) Bahagian luar bangunan tidak memberi gambaran tentang organisasi atau kegunaan bangunan.
Sifat tersembunyi ini dapat dilihat hanya apabila seseorang memasuki bangunan itu.

(c) Bangunan-bangunan senibina Islam boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Contohnya
Madrasah Shah di Isfahan, Iran digunakan sebagai madrasah, masjid dan tempat singgah para
pedagang (caravanseran).

(d) Kubah, gerbang dan kekubah merupakan elemen penting dalam senibina Islam. Kubah yang
merupakan simbol kosmos yang menghubungkan dunia dengan akhirat memberikan pengertian
tiga dimensi dalam senibina. Elemen-elemen ini digunakan dengan meluas sekali dalam senibina
di kawasan Asia Barat.

(e) Satu lagi ciri yang penting ialah keadaan bangunan “ kelihatan ringan “ ini dicapai dengan
mengadakan dekorasi-dekorasi ukiran, dinding yang ke dalam ( recessed walls window) tingkap
palsu dan lain-lain pada reka bentuk bangunan.

(f) Penggunaan elemen-elemen senibina yang berulang-ulang juga merupakan salah satu ciri
senibina Islam. Ini jelas dapat dilihat pada pintu gerbang dan tiang. Dekorasi pada bangunan
sama ada berbentuk geometri ataupun motif tumbuh-tumbuhan.

(g) Ciri-ciri dekorasi seperti sistem yang berulang-ulang menggunakan motif tumbuh-tumbuhan
tidak semuanya wujud dalam bangunan-bangunan Islam, tetapi diubah-ubah mengikut tempat
atau daerah, supaya sesuai dengan taraf kebudayaan, bangsa , iklim dan bahan binaan setempat.

(h) Dekorasi dalam senibina Islam terbahagi kepada beberapa jenis:


- Seni tulis - merupakan tulisan khat ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran yang digunakan
sebagai dekorasi pada dinding, kubah, menara dan hiasan dalaman.
- Bentuk-bentuk geometri- bentuk geometri segi empat, pentagon, heksagon dan lain-lain
digunakan sebagai bentuk asas bagi melahirkan corak yang pelbagai jenis. Ia digunakan
berulang-ulang.
- Corak motif tumbuhan- bentuk-bentuk corak seperti bunga, daun, pokok dan lain-lain
digunakan sebagai motif untuk hiasan, sama ada berupa ukiran, lukisan ataupun hiasan atas
jubin.
- Hiasan Arabesque- merupakan bentuk-bentuk tumbuhan dan pokok bunga atau daun yang
digunakan berselang-seli secara abstrak. Bentuk-bentuk tumbuhan ini diukir atau dilukis
secara simetri di seluruh permukaan objek yang dihiasi. Bentuk ini amat popular di kawasan
Asia Barat, terutama sekali Iran.

21
Zulkifli Hanafi ( 1985), Kompedium Sejarah Seni Bina Timur, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, h.
164-166.

1502
Senibina Islam sama ada bangunan-bangunan berunsur keagamaan atau tidak, satu perkara yang
agak ketara dan jelas iaitu ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuannya walau di bumi mana bangunan-
bangunan itu didirikan. Kepelbagaian dalam kesatuan ini dapat dilihat pada bentuk-bentuk bangunan
dan bahan-bahan binaan yang telah digunakan dalam pembinaannya serta fungsinya. Kepelbagaian
bentuk dan bahan binaan itu banyak dipengaruhi oleh alam persekitaran dan latar belakang sejarah dan
budaya. Sementara kesatuannya jelas terlihat dari segi fungsi atau kegunaan bangunan-bangunan
tersebut yang diarah oleh agama.22

Oleh itu, Islam yang mula bertapak di dunia Melayu selewat-lewatnya abad ke-12 dianuti oleh
sebahagian besar penduduk di rantau ini. Salah satu tanda yang menunjukkan adanya penganut agama
itu ialah bangunan masjid. Masjid ialah bangunan Islam yang dikenali juga sebagai ‘rumah Allah’. Tujuan
asal masjid dibina ialah untuk mengerjakan sembahyang secara berjemaah, berdakwah dan untuk
menjalankan berbagai-bagai aktiviti yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan masyarakat Islam.

Masjid-masjid di Malaysia terbahagi kepada dua jenis. Pertama, ialah masjid berbentuk
tradisional yang belum dipengaruhi oleh elemen-elemen dari luar Kepulauan Melayu. Kedua, ialah
masjid-masjid yang dipengaruhi oleh kebudayaan Asia Barat dan senibina Islam di India yang dibawa
masuk ke Malaysia semasa penjajahan Inggeris pada kurun ke-18.23

Masjid yang dipengaruhi gaya tradisional menunjukkan pengaruh kuat dari iklim, topografi,
suasana persekitaran dan cara hidup Melayu. Iklim, topografi dan persekitaran menyebabkan jurubina
melayu mereka masjid yang sesuai dengan suhu yang tinggi sepanjang tahun, curahan hujan yang lebat
dan kelembapan yang tinggi.Atap yang tinggi, lereng atap yang curam membolehkan air hujan mengalir
dengan cepat, selain memudahkan aliran hujan, ketinggian dan kecuraman membolehkan udara
bergerak dengan bebas. Pengaruh iklim juga dilihat sebagai fakta masjid tradisional dibina lebih tinggi
dari tanah rata kerana faktor banjir.24

Cara hidup masyarakat Melayu memberi pengaruh yang kuat pada senibina masjid terawal.
Setiap masjid tradisional yang dibina di Malaysia mempunyai pelbagai gaya senibina masing-masing yang
mencerminkan identiti kumpulan etnik yang berbeza dalam masyarakat Melayu yang pelbagai budaya
pada dasarnya.25 Beberapa masjid tradisional yang masih ada sehingga sekarang terletak di Kelantan,
Perak, Melaka dan lain-lain lagi yang masih berfungsi dan utuh senibinanya walaupun ada di antaranya
yang diperbuat dari kayu. Antara masjid-masjid tradisional adalah Masjid Kampung Laut di Nilam Puri
Kelantan, Masjid Kampung Tinggi berhampiran Bagan Serai Perak, Masjid Tengkera di Melaka dan
sebagainya.

Apabila orang Melayu mulai memasuki zaman moden, senibina tempatan juga berubah. Bentuk
rumah mereka bertukar corak daripada rumah berbumbung panjang yang melambangkan senibina
tradisi kepada rumah berbumbung limas yang merupakan bentuk senibina moden. Masjid yang dibina

22
Mahayudin Hj. Yahaya ( 1998) , Tamadun Islam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 433-434.
23
Zulkifli Hanafi ( 1985), Kompedium Sejarah Seni Bina Timur, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, h.
229.
24
Abdul Halim Nasir (1984), Mosques Of Peninsular Malaysia, Selangor: Sun U Book Co. Sdn. Bhd, h. 14.
25
Ibid., h. 14.

1503
oleh orang Melayu juga yang dulunya dikenali atap tumpang kini bertukar kepada bangunan konkrit dan
berkubah potong bawang, berperabung lima atau bentuk limas.26

Selain itu, masjid dengan kubah berbentuk bawang atau “kubah” s, diperkenalkan pada awal
abad ke-20 menjadi daya tarikan kepada pencinta-pencinta senibina masjid baru membina masjid dalam
daya yang sama di seluruh Malaysia. Masjid dengan kubah berbentuk bawang dan berbentuk petak
pertama kali dilihat pada permulaan abad ini. Ia diinspirasi oleh gaya senibina masjid di Timur Tengah
dan India. Menurut teori penulis (Abdul Halim Nasir dalam bukunya, Mosques Of Peninsular Malaysia,
penjajah British juga bertanggungjawab memperkenalkan masjid gaya ini untuk menyenangkan
pemerintah Melayu dan masyarakat Melayu amnya sementara mereka melakukan kawalan terhadap
Semenanjung Malaysia. Pihak British, atas permintaan pemerintah Melayu, membina sejumlah masjid
dengan gaya senibina Maghribi atau India Muslim. Masjid dengan kubah berbentuk bawang biasanya
dibina berdekatan istana-istana pemerintah Melayu, misalnya Masjid Ubudiah di Bukit Chandan di Kuala
Kangsar Perak dan Masjid Abu Bakar di Johor Bharu.27

Di samping itu, dalam kurun ke-20, ciri baru senibina masjid muncul di Malaysia terutamanya di
Semenanjung Malaysia. Masjid berkubah seperti bentuk bawang seperti yang terdapat di Afrika, Timur
Tengah dan India mula mendapat tempat dalam pembinaan bangunan masjid baru. Masjid-masjid ini,
khususnya di kawasan bandar, terletak pula berhampiran istana sultan, telah meniru gaya senibina
Moorish, Arab dan India Muslim. Ciri-ciri seperti menara azan yang tinggi dan kubah mendapat tempat di
hati Raja-raja Melayu, yang dikatakan bertanggungjawab memperkenal senibina itu di negara ini. Antara
masjid terawal yang dibina mengikut senibina tersebut ialah Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak;
Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah; Masjid Sultan Alauddin di Jugra, Selangor; Masjid Besar Al-Muhammadi
di Kota Bharu, Kelantan dan Masjid Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu. Ia kemudiannya menjadi
model kepada masjid-masjid yang dibina selepas itu dan masih kekal hingga ke hari ini.28.

LATARBELAKANG MENGENAI MASJID BESI, PUTRAJAYA.

Sebelum bermula pembinaan Masjid Besi, Putrajaya,29Putrajaya yang dulunya pernah menerima
kecaman daripada pelbagai pihak di awal pembinaannya kerana menganggap ia satu pembaziran.
Namun, belum pun mencecah usia 10 tahun pengisytiharannya sebagai Wilayah Persekutuan, Putrajaya
telah meletakkan dirinya dalam peta dunia sebagai tempat yang wajib dilawati oleh pelancong yang
berkunjung ke Malaysia. Ini kerana ia mempunyai panorama yang menarik, berbeza, moden dan unik
tanpa menjejaskan unsur-unsur semulajadinya sehingga diberi jolokan sebagai Bandar Dalam Taman.30

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai pelbagai binaan dan elemen-elemen lain yang boleh
menggamit kedatangan pelancong untuk berkunjung di sini seperti Masjid Putra, Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC), Istana Keadilan, Taman Botani, Tasik Putrajaya dan sebagainya.

26
Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh (1997), Warisan Seni Bina Melayu, Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, h. 17.
27
Abdul Halim Nasir (1984), Mosques Of Peninsular Malaysia, Selangor: Sun U Book Co. Sdn. Bhd, h. 17.
28
t.p, (1998), MASJID: Sejarah,ciri-ciri pembentukan dan pembinaan masjid-masjid Dunia,Malaysia dan Kuala
Lumpur, Kuala Lumpur : Puncak Awal(M) Sdn. Bhd., h. 275-276.
29
Sejarah Latar Belakang Masjid, http://www.masjidtuankumizan.gov.my, 18 Mac 2011.
30
Zuarida Mohyin, Seni Bina Unik ‘ Masjid Besi’, Utusan Malaysia, 5 Mei 2005, hlm. 2.

1504
Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang dibina dari Greenfields.31Ilham pembinaan
Putrajaya timbul semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Tun Dr. Mahathir
Mohammad. Idea asal pembinaan masjid ini dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan
Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin,mantan Presiden Perbadanan Putrajaya. Idea ini kemudiannya
diteruskan ke peringkat perlaksanaannya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya sekarang yang juga
merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.32

Dengan pembinaan Masjid Besi, maka bertambahlah satu lagi daya tarikan di Putrajaya yang
turut menjadi mercu tanda Putrajaya. Malahan, idea pembinaan ini terangkum dalam perancangan
keseluruhan Putrajaya. Pihak Perancang Bandar telah memasukkan dalam Pelan Induk Putrajaya untuk
dibina dua (2) buah masjid utama di Putrajaya iaitu Masjid Putra (Presint 1) yang siap pada tahun 2001
dan Masjid Bandaraya (Presint 3) siap pada tahun 2009. Masjid Bandaraya Presint 3 yang pada mulanya
dikenali sebagai Masjid Besi, kemudiannya telah diberi nama rasmi iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin baru-baru ini.33

Masjid Besi atau telah dinamakan secara rasmi sebagai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan
Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Masjid ini mula dibina pada 5 April
2004 yang kemudiannya telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) pada 19 Ogos 2009.34

Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang menggunakan 6000
tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus lagi adalah konkrit. Komponen utama
pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang
menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan Masjid Besi. 35 Bahan binaan yang
digunakan dalam pembinaan Masjid Besi, Putrajaya kebanyakannya diimport dari luar negara iaitu
Jerman ( besi ), Itali ( karpet ) dan Jepun (pencahayaan ) yang mana sebanyak 80 %serta hanya 20 %
sahaja bahan dari dalam negara.

Bagi memastikan masjid ini siap seperti dalam perancangan, pihak Perbadanan Putrajaya telah
melantik pihak konsultan dari KLCCPSB(KLCC Property Holdings Berhad di Putrajaya,Malaysia)bagi
mengawasi dan menyelia projek ini yang mana pembinaannya dilaksanakan oleh pihak kontraktor
Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).36 Sebelum masjid ini diserahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan

31
Kawasan di sekitar masjid ini dilihat seolah-olah seperti Padang Hijau kerana dikelilingi oleh pokok-pokok dan
rumput yang menghijau. Hasil penelitian penulis semasa menjalankan kajian di Masjid Besi pada22 Mac 2011, jam
9.00 pagi.
32
Temubual dengan Encik Faridz Amli, Jurutera Perbadanan Putrajaya tentang Reka bentuk Masjid Besi, Putrajaya
22 Mac 2011, jam 3.30 petang.
33
Temubual dengan Encik Faridz Amli, Jurutera Perbadanan Putrajaya tentang Reka bentuk Masjid Besi, Putrajaya
22 Mac 2011, jam 3.30 petang. Lihat juga Sejarah Latar Belakang Masjid, http://www.masjidtuankumizan.gov.my,
18 Mac 2011.
34
Sejarah Latar Belakang Masjid, http://www.masjidtuankumizan.gov.my, 18 Mac 2011.
35
Ibid.
36
KLCCPSB dan AZRB adalah dua syarikat yang bekerjasama dalam mereka bentuk dan membina Masjid Besi,
Putrajaya. Ibid.

1505
Islam Malaysia (JAKIM), tanggungjawab terhadap pengurusan, pembaikkan dan penyelenggaraan
Mekanikal & Elektrikal adalah di bawah tanggungan pihak kontraktor dan dikawal selia oleh pihak
konsultan. Manakala sistem bekalan saliran adalah di bawah akta pengurusan bekalan air yang diselia
oleh pihak SYABAS.37

Masjid ini juga menjadi tempat pekerja-pekerja di jabatan-jabatan berhampiran seperti


Perbadanan Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang dan Istana Kehakiman atau "PALACE OF
JUSTICE" untuk mengerjakan sembahyang terutamanya pada waktu Zohor dan Asar secara berjemaah.
Selain itu juga, masjid ini juga menjadi tempat penyebaran dan pengajian ilmu sama ada ilmu akli atau
ilmu nakli kepada masyarakat khususnya masyarakat yang berada di sekitar Putrajaya.38

REKA BENTUKMASJID BESI DAN HUBUNGANNYA DENGAN SENIBINA ISLAM

Reka bentuk dan senibina masjid ini adalah berdasarkan kepada unsur-unsur kebudayaan Islam
dan Melayu di mana pembinaan lantai-lantai utama adalah di atas tiang-tiang yang ditinggikan. Masjid
ini masjid yang terbesar di Asia Tenggara ini,yang mana keluasan keseluruhan masjid termasuk tempat
letak kereta ialah 73,795 meter persegi. keluasan masjid sahaja ialah 60,200 meter persegi dan
ketinggiannya mencapai 30 meter,anggaran ketinggian bangunan 10 tingkat.39 Ia boleh memuatkan
20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan
pusat penyampaian ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara.

Di antara komponen-komponen reka bentuk yang terdapat pada masjid ini ialah kubah, menara,
dewan sembahyang, mimbar, bilik wuduk, pancutan air dan sebagainya yang menghiasi dan memenuhi
ruang masjid. Yang akan dibincangkan di dalam artikel ini ialah lima komponen reka bentuk iaitu
mimbar, mihrab dan kubah, dewan solat utama dan pintu gerbang masjid, iaitu :

a) Mimbar
Mimbar adalah satu komponen yang terletak di sebelah kanan imam, berperanan
sebagai tempat menyampaikan risalah Islam, seperti khutbah Jumaat.

Selain itu, sesetengah reka bentuk mimbar terdapat kubah kecil di atasnya sama ada
berbentuk piramid atau bulat. Walau bagaimanapun, bentuk mimbar ini bergantung kepada taraf
pertukangan sesuatu tempat. 40

37
Ibid.
38
http://www.masjidtuankumizan.gov.my.
39
Utusan Malaysia, Mei 5, 2005:4, “Seni Bina Unik ‘ Masjid Besi’”.
40
Zulkifli Hanafi (1985), Kompedium Sejarah Seni Bina Timur, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, h.
184.

1506
Di atas mimbar ini disediakan sebuah kerusi yang digunakan oleh khatib sebelum membaca
khutbah. mimbar masjid ini ditinggikan kedudukannya yang mana terdapat beberapa anak tangga
untuk naik ke mimbar. Mimbar ini juga mempunyai kubah kecil berbentuk bulat di atasnya.41

Mimbar masjid ini adalah hasil kreatif arkitek tempatan direka oleh pihak Arkitek Kumpulan
Senireka. manakala pemasangannya dibuat oleh pihak kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad
(AZRB). Selain itu, mimbar masjid ini diperbuat daripada batu marmar putih yang menambahkan
lagi keindahan dan keunikan pada binaannya.

Menurutseorang jurutera di Perbadanan Putrajaya, reka bentuk mimbar ini mengikut ciri-ciri
senibina Islam seperti ukiran tulisan ayat-ayat suci al-Quran. Ukiran-ukiran tersebut
melambangkan kekudusan yang dilihat dari segi struktur binaan dan fungsinya menarik manusia
untuk berkumpul dalam satu kesatuan ibadat untuk mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha
Esa. Struktur seni binanya di samping mempunyai bentuk-bentuknya yang unik lagi simbolik,
merupakan hasil dari keharmonian dan keseimbangan antara ‘Seni Bina’, ‘Seni Ukir’ dan ‘Seni
Khat’ yang menjadi hakikat keindahan.42

b) Mihrab

Di bahagian hadapan dewan sembahyang utama terletak mihrab yang menjadi tempat imam
mengetuai solat. ia menjadi penunjuk arah kiblat. Kebanyakan mihrab dibina ke dalam dari garisan
dinding kiblat dengan berbagai-bagai bentuk seperti separuh bulatan dan silinder menegak atau
bujur. Ukurannya ada yang kecil dan ada yang besar serta bentuknya di bahagian hadapan adalah
pelbagai dan biasanya penuh dengan hiasan geometri dan tulisan khat ayat-ayat al-Quran.

Mihrab masjid ini adalah hasil kreativiti arkitek tempatan yang mana ia direka oleh pihak
Arkitek Kumpulan Senireka. Reka bentuk mihrab ini sangat unik dan pemasangannya dibuat oleh
pihak kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Mihrab yang terdapat di masjid ini juga
sangat cantik yang mana padanya terdapat ukiran-ukiran ayat suci al-Quran yang dilakar pada
kepingan cermin yang mempunyai ciri anti-pantulan cahaya yang memberi kesan seolah-olah
tulisan ayat-ayat suci tersebut terapung-apung di udara. Di samping itu, mihrab masjid ini juga
diperbuat daripada marmar putih yang diimport untuk memberi kelainan dan kelihatan menarik.
Bahagian tengah dinding mihrab dibingkaikan dua tiang yang menggunakan batu marmar Turki.
Corak mihrab ini dihiasi dengan ayat suci al-Quran dan tulisan khat dari dalam dan luar negara.

Imam Besar Masjid Besi, Putrajaya, Ustaz Haji Abdul Rani bin Osman, berpendapat mihrab ini
memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah kerana binaannya menghadap kiblat.

c) Kubah

Kubah adalah salah satu binaan yang penting dalam setiap senibina masjid. Penggunaan
kubah bergantung kepada keadaan dan budayasesuatu tempat, berbeza antara satu tempat

41
Berdasarkan pemerhatian penulis di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 22 Mac 2011.
42
Dr. Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Shamsudin, ( 1992), Konsep Seni Dalam Islam, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, hlm. 64.

1507
dengan tempat yang lain. Pelbagai jenis hiasan terdapat pada kubah seperti motif tumbuh-
tumbuhan dan bentuk geometri.

Kubah yang terdapat pada Masjid Besi, Putrajaya adalah unik kerana mempunyai ukiran
kalimah Allah di bahagian tengah, dalam kubah tersebut. Reka bentuk kubah ini berkonsepkan
kontemporari seiring dengan reka bentuk moden masjid-masjid yang terdapat di dalam ataupun di
luar negara. kubah tersebut bergaris pusat 48 meter (157 kaki), menggunakan bahan ‘Composit
Stainless Steel’ yang merupakan bahan tempatan.43 Bagi memastikannya kalis air dan mengelak
dari berlaku kebocoran. Oleh itu, sebanyak 3 lapisan disediakan dan setiap lapisandilengkapi
dengan titi bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan pada masa akan datang. Kubah ini
kelihatan seperti berlangit-langit kesan daripada 3 lapisan tersebut dan pencahayaan lampu yang
terdapat dalam masjid.

Menurut seorang jurutera yang ditemuramah,44 kubah yang kelihatan berlangit-langit


seumpama 7 lapisan langit yang mana setiap lapisan langit mempunyai fungsinya yang
tersendiri.45bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat ayat 12,






Maksudnya : Lalu diciptakan-Nya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia
mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Kemudian langit yang dekat (dengan bumi), Kami
hiasi dengan bintang-bintang, dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah
ketentuan (Allah) yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.46

Berdasarkan penjelasan Encik Amri dan ayat di atas, penulis merumuskan bahawa pembinaan
kubah yang kelihatan berlangit-langit adalah simbolik kepada tujuh petala langit yang diciptakan
oleh Allah S.W.T. dan hanya Dia yang tahu rahsia di sebalik langit-langit tersebut. Manakala kita
sebagai hamba-Nya mestilah menikmati keindahan ciptaan-Nya dengan penuh rasa syukur atas
kebesaran-Nya.

d) Dewan Solat Utama

Dewan solat utama adalah bahagian utama dan ruangan terbesar dalam sesebuah binaan
masjid. Ia biasanya terletak di bahagian tengah masjid yang memanjang menghadap Kiblat.47 Ia
berfungsi sebagai tempat menunaikan solat di samping melakukan aktiviti seperti tadarus al-
Quran, perbincangan dan pengajian agama.

43
Temubual dengan Encik Faridz Amli, Jurutera Perbadanan Putrajaya tentang Reka bentuk Masjid Besi, Putrajaya
22 Mac 2011, jam 3.30 petang.
44
Encik Faridz Amli.
45
Ibid.
46
Al-Quran, Surah Fussilat, ayat 12.
47
Zulkifli Hanafi (1985), Kompedium Sejarah Seni Bina Timur, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, h.
181.

1508
Dewan solat utama masjid ini boleh memuatkan 12,000 orang jemaahdalamsatu-satu masa.
Apa yang menarik,, dewan solat tersebut tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin
sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara (gas district cooling) yang memastikan
jemaah dapat melaksanakan ibadat dalam keadaan tenang dan selesa. Dewan solat ini dikelilingi
kolam air yang kelihatan bersambung dengan air tasik di luar masjid.48

MenurutFaridz Amli,49terdapat beberapa kata kunci yang mempengaruhi aspek reka


bentuk masjid ini. Iaitu ‘Open,Airy, Light dan Modern’(terbuka, berangin, ringan, telus dan
moden). Aspek terbuka bermaksud sebaik sahaja apabila seseorang memasuki ruang dalam
masjid ini. Idea atau konsep utama reka bentuk masjid diperolehi dari surah Al-Baqarah, ayat
57 di mana Allah S.W.T telah berfirman, “dan Kami naungi kamu dengan awan….” Ayat ini
menceritakan bahawa dalam satu perjalanan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Syam, Rasulullah
s.a.w telah pun dilindungi daripada panas terik matahari oleh awan sepanjang perjalanan
Rasulullah s.a.w. Awan ini pula diterjemahkan ke reka bentuk bangunan Masjid
Tuanku Mizan yang mempunyai bumbung (Bumbung Rata) yang besar dan luas untuk
membolehkan Dewan Solat Utama yang terbuka.

Aspek yang kedua pula ialah aspek ‘berangin’, yang mana mempunyai ruang dalam
masjid yang nyaman (berangin) kerana luas dan terbuka, dan kedudukan masjid yang terletak di
tepi tasik yang dipenuhi oleh ion-ion udara yang positif, segar dan bersih memasuki ke ruang
solat masjid.

Manakala aspek yang ketiga adalah aspek ringan yang membawa maksud tiada struktur-
struktur konkrit besar digunakan, sebaliknya menggunakan bahan besi. Besi digunakan sebagai
struktur utama kerana menyenangkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan. Ia dapat
difabrikasikan dan dibentuk di kilang sebelum dibawa dan dipasang ke tapak pembinaan.
penggunaan besi juga lebih sesuai untuk sebuah bangunan yang mempunyai ‘Volume’ yang
besar berbanding bahan konkrit yang sukar digunakan di kawasan-kawasan tinggi bangunan

Aspek keempat ialah aspek ketelusan yang dizahirkan kepada kita bahawa sebagai
manusia hanya hidup di dunia untuk sementara waktu sahaja dan apa-apa perkara yang
dilakukan oleh setiap manusia akan diketahui Allah S.W.T. Setiap manusia tidak boleh
berselindung di mana-mana tempat ataupun dengan apa-apa perbuatan. Konsep ketelusan ini
diterjemahkan ke reka bentuk bangunan dengan mereka bentuk sebuah masjid yang terbuka
tanpa dinding. Sebaliknya, masjid ini dilindungi oleh Skrin Mashrabiyah. Skrin Masharabiyah
diperbuat daripada kombinasi struktur besi atau ‘steel latticework’ dan anyaman besi tahan
karat atau ‘Architectural Woven Wire Mesh” yang diimport dari Jerman.

Manakala aspek yang terakhir ialah aspek moden, dapat dilihat dari segi penggunaan
kemasan-kemasan yang terkini seperti siling, dinding dan tiang kaca, perkakasan lampu. Ini
mencerminkan Islam adalah agama yang progresif mengikut peredaran zaman.

48
Kemudahan, http://www.masjidtuankumizan.gov.my,18 Mac 2011.
49
Jurutera Perbadanan Putrajaya. Temubual pada 22 Mac 2011

1509
Secara keseluruhannyareka bentuk dewan solat utama adalah luas menepati ciri-ciri senibina
Islam seperti sistem pencahayaan dan pengudaraan yang menembusi ruangan ini, memberikan
keselesaan dan ketenangan kepada para jemaah dalam melakukan ibadat .

e) Pintu Gerbang Masjid

Pintu gerbang adalah salah satu binaan yang pertama sekali dilihat oleh para pengunjung
apabila mengunjungi masjid. Setiap masjid mempunyai pintu gerbangnya yang tersendiri sama ada
besar atau kecil, mempunyai ukiran-ukiran seperti ukiran geometri, ayat-ayat al-Quran, bunga-
bungaan dan sebagainya.

Pintu gerbang Masjid Besi, Putrajaya yang dinamakan sebagai Pintu Imam Malik adalah salah
satu binaan yang paling unik dan menarik yang pernah dilihat oleh penulis pintu gerbangnya
dihiasi dengan ukiran Asma Ul-Husna, diukir pada tiang-tiang di kiri dan kanan pintu gerbang,
bermula dari atas iaitu bumbung dan berakhir di bawah, seolah-olah turun dari langit kerana
setiap ukiran nama-nama Allah tersebut

Menurut Encik Faridz Amli lagi, lima tiang yang terdapat di sebelah kiri dan kanan pintu
gerbang masjid umpama solat lima waktu sehari semalam iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan
Subuh . Konsep reka bentuk pintu gerbang masjid ini bertepatan dengan tuntutan agama iaitu
menunaikan solat lima waktu dan adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat
Islam.

Reka bentuk pintu gerbang masjid ini adalah sangat unik dan indah. Sesiapa sahaja yang
melihat dan melaluinya akan tertarik dan teruja melihat reka bentuk dan ukiran-ukiran yang
terdapat padanya terutama ukiran Asma Ul-Husna .

Kesimpulannya, setiap komponen-komponen Masjid Besi atau nama rasminya, Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin merupakan sebuah binaan yang cantik dan indah serta mampu menyaingi senibina-
senibina yang lain. Walaupun reka bentuknya berkonsepkan senibina moden tetapi masjid ini masih lagi
mengekalkan ciri-ciri senibina Islam.

KESIMPULAN

Masjid Besi merupakan sebuah masjid yang mempunyai reka bentuk yang unik, menarik dan
tersendiri. Reka bentuk yang dihasilkan oleh pereka tempatan mempunyai pengaruh senibina Islam
berkonsepkan satu waqaf yang besar. Ciri-ciri senibina Islam tersebut dari segi sistem pencahayaan,
pengaliran udara yang banyak, pengasingan tempat solat antara lelaki dan wanita serta pembinaan
masjid yang menghadap kiblat. Senibina Masjid Besi ini, menjadi lambang keagungan senibina Islam.

Oleh itu, senibina Islam adalah senibina yang berkait rapat dengan senibina masjid.Bermula dari
struktur bangunan yang sederhana pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah menjadi sebuah bangunan
yang indah dan menarik. Penampilan corak serta perhiasan yang sederhana ,sesuai dengan ajaran Islam
yang menganjurkan umat Islam bersifat dengan sifat kesederhanaan.

1510
BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim

Abdul Halim Nasir, (1984), Mosques Of Peninsular Malaysia, Selangor: Sun U Book Co. Sdn. Bhd.

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, (1997), Warisan Seni Bina Melayu, Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amir A. Rahman, (1991), Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr. Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Shamsudin, (1992), Konsep Seni Dalam Islam, Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu.

Dr. Othman Mohd. Yatim, (1989), Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahayudin Hj. Yahaya, ( 1998), Tamadun Islam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Manja Mohd. Ludin & Ahmad Suhaimi Hj. Mohd. Nor, (1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam, Kuala
lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, (1999), Tamadun Dunia, Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zulkifli Hanafi, (1985), Kompedium Sejarah Seni Bina Timur, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

t.p, (1998), MASJID: Sejarah, ciri-ciri pembentukan dan pembinaan masjid-masjid Dunia, Malaysia dan
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Puncak Awal(M) Sdn. Bhd.

Solehah Samsudin, (2008/2009), “ Motif Senibina Islam dalam Dekorasi Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar”,
(Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Yusmawati Mohamed Yusoff, (2003/2004), “ Masjid Putra:Putrajaya : Rekabentuk dan Hubungannya


dengan Senibina Islam”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya).

Ensiklopedia Dunia Melayu, Jilid 5 (1997), Kuala Lumpur: Piramid Perdana (M) Sdn. Bhd.

1511
Noresah Baharom, et. al., Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Sejarah Latar Belakang Masjid, http://www.masjidtuankumizan.gov.my, 18 Mac 2011, 8.58 p.m.

Dewan Solat, http://www.masjidtuankumizan.gov.my, 18 Mac 2011, 9.03 p.m.

Aktiviti-Aktiviti dan Jadual Kuliah, http://www.masjidtuankumizan.gov.my, 18 Mac 2011, 6.27 p.m.

Kemudahan, http://www.masjidtuankumizan.gov.my, 18 Mac 2011, 6.27 p.m.

1512
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS PELAJAR
DI MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM MATA PELAJARAN
SEJARAH

Norila La Ulu
Osman Muamat
Noraini Abdul Rahman,
Noorhasliza Mohd Nordin
Mohd Mahzan Awang
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kajian ini dijalankan di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Kajian bertujuan untuk mengkaji
tahap kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Dua buah sekolah dipilih secara rawak
dalam kajian ini iaitu sebuah sekolah menengah di Pahang (Malaysia) dan sebuah Sekolah Menengah
Atas Negeri (SMAN) di Palembang (Indonesia). Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini
yang terdiri daripada 40 orang pelajar di Malaysia dan 40 orang pelajar di Indonesia. Kajian berbentuk
kajian tinjauan yang mana menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dan maklumat
yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science (SPSS) Version 20.0 dan dilaporkan dalam bentuk min dan Ujian-t. Hasil kajian mendapati purata
keseluruhan min bagi tahap kemahiran kreatif pelajar di, Palembang lebih tinggi daripada pelajar di
Pahang iaitu sebanyak 4.04 berbanding 3.46. Sementara dari analisis Ujian-t, mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kemahiran berfikir kreatif berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.966 dan
sig. = 0.000 (p<0.05). Dapatan kajian ini jelas menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dalam mata pelajaran Sejarah dapat memberikan implikasi kepada pelajar untuk lebih minat memahami
sesuatu peristiwa.

Kata kunci : Kemahiran berfikir, mata pelajaran Sejarah, pemikiran kritis, pemikiran kreatif

Pengenalan

Kurikulum sejarah di Malaysia sentiasa mengalami perubahan paradigma iaitu perubahan paradigma
daripada satu proses kepada sesuatu yang baru. Apa yang dikehendaki berlaku dalam pendidikan di
Malaysia begitu jelas sekali di mana kualiti pendidikan dikaitkan dengan kemahiran berfikir dan
keterampilan dalam menggunakan peluang dalam keadaan yang mencabar (Mary, 2000). Perubahan ini
difikirkan perlu ekoran dari sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun memerlukan suatu
kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik selaras dengan
cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin dan Siti Hajar, 2004). Kurikulum yang diajar di sekolah ini
kemudiannya diharapkan akan menghasilkan pelajar yang berkualiti dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Kurikulum sekolah pada masa kini, dikaji, dirancang dan diubahsuai mengikut keperluan

1513
semasa. Menurut Khalid (1993), negara Malaysia yang ingin mencapai ke arah negara maju menjelang
tahun 2020, sangat memerlukan perubahan paradigma daripada berfikir secara tradisional kepada aspek
yang lebih kreatif, membangun, meneroka dan proaktif.

Kemahiran berfikir boleh di definisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea
yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada
Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi.
Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama
(PPK, 1999). Kemahiran berfikir secara umumnya mempunyai matlamat iaitu untuk melahirkan pelajar
yang mahir menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan bijak tanpa
bergantung kepada orang lain. Mahir berfikir adalah antara potensi minda yang berperanan penting
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Selain itu, kemahiran berfikir adalah suatu kemahiran memproses minda bagi mencapai sesuatu
tujuan (Ibrahim, 2000). Galakan kepada pelajar untuk berfikir dan memberikan idea-idea ketika dalam
proses pengajaran dan pembelajaran akan melancarkan lagi matlamat kemahiran berfikir yang
sebenarnya. Oleh yang demikian, adalah penting kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
diserapkan dalam sistem pendidikan kita supaya dapat dikuasai oleh setiap pelajar. Ini perlu kerana
dengan adanya penyebatian elemen ini merentasi kurikulum, ia dapat merealisasikan harapan negara
bagi menghasilkan sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pernyataan Masalah

Kemahiran berfikir menjadi aspek yang penting dalam memastikan pendidikan sesebuah negara
mencapai tahap yang cemerlang. Para pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik sekiranya dapat
mengusai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Justeru, pelajar perlulah dilatih dengan aktiviti-
aktiviti yang lebih menjurus untuk melahirkan seorang pemikir yang mempunyai ketinggian daya intelek
dan mindanya. Menurut kenyataan Edward De Bono (1976), guru-guru merupakan watak yang penting
dalam usaha memperkembangkan daya intelek pelajar. Elemen baru dalam pedagogi ialah penggunaan
strategi bilik darjah oleh guru yang bermakna guru diberikan budi bicara untuk mengurus pembelajaran
dengan pelbagai cara asalkan ianya berbentuk pemusatan pelajar dan menggalakkan kemahiran
berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif. Aktiviti penerokaan, pengujian hipotesis dan penyelesaian
masalah akan digunakan dalam pendekatan berasaskan inkuiri, masalah dan projek. Guru dikehendaki
menyesuaikan kaedah dengan cara pembelajaran pelajar.

Permasalahan yang menjadi tanda tanya sekarang adalah sama ada pelajar mempunyai potensi
untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam pembelajaran mereka. Oleh itu sekiranya kemahiran
berfikir yang mahu diberi penekanan maka diperingkat mikro di bilik darjah proses ini perlu diamalkan
dan guru perlu berkemahiran dalam proses pengendaliannya. Setakat ini dari sudut kemudahan dan
sokongan kerajaan, sekolah telah bersedia bagi memberikan tekanan dalam hal berfikir namun banyak
aspek kesediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran masih diragukan. Masyarakat dan malahan
guru sendiri bukan sahaja kurang mempunyai kemahiran dalam pengendalian pembelajaran tetapi juga
mungkin dari segi psikologi kurang yakin dengan apa yang akan dihasilkan dalam pembelajaran (Mok
Soon Sang, 1998).

1514
Di Indonesia, salah satu masalah yang di hadapi dalam pendidikan Indonesia adalah masalah
kelemahan proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran, pelajar kurang di sokong untuk
mengembangkan kemampuan berfikir secara kritis dan sistematik. Proses pembelajaran lebih di arah
kepada kemampuan pelajar untuk menghafal maklumat. Minda pelajar dipaksa untuk mengingat dan
mengumpul pelbagai maklumat tanpa di tuntut untuk memahami maklumat tersebut, seterusnya pelajar
tidak tahu untuk menghubungkan maklumat tersebut dengan kehidupan seharian (Sudirman, 2012).
Masalah ini mendapati pelajar yang lulus dari peringkat sekolah, mereka di dapati pintar secara teori,
namun lemah dalam aplikasi. Keadaan ini berlaku dalam semua bidang pelajaran bukan hanya
pendidikan sejarah sahaja. Kurikulum sejarah di Indonesia yang banyak membincangkan mengenai
perjuangan bangsa Indonesia dari masa ke semasa. Komponen ini melibatkan tajuk-tajuk yang dapat
membangkitkan semangat nasionalisme (Kartodirdjo,1992). Dalam mata pelajaran sejarah, pelajar tidak
dapat mengembangkan kemampuan berfikir secara sistematik dan kritis kerana strategi pembelajaran
berfikir tidak di gunakan secara baik dalam proses pembelajaran (Sikula, 2001).

Selain itu bahan pengajaran, bentuk pentaksiran sama ada berpusat atau di sekolah belum
menampakkan penghasilan produk pentaksiran kearah yang dikehendaki itu. Memang di akui pengajaran
untuk membolehkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara inovatif, kreatif dan luar biasa amat
sukar di rancang dan dilaksanakan. Namun, dapat di akui juga tidak ada model yang benar-benar boleh
dijadikan pedoman untuk pembinaan kurikulum dan penyediaan persekitaran yang dicadangkan.
Pembelajaran dan kemampuan menggunakan kemahiran berfikir akan dengan sendirinya terterap
kerana setiap bidang ilmu itu bukan terdiri dari maklumat sahaja tetapi terdiri dari fakta ke konsep dan
teori serta dinamik berfikir dalam bidang-bidang ilmu terdiri dari pengingatan sehingga ke kemampuan
merencana dan menyelesaikan masalah dalam paradigma yang sedia ada atau dalam satu paradigma
baru.

Jenis Kemahiran Berfikir

Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran. Secara amnya,
kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis
dan kemahiran berfikir secara kreatif. Rajah 1 menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang ada dalam
kemahiran kritis dan kreatif (Som dan Mohd Dahalan, 1998).

Pemikiran kritis Pemikiran kreatif


Mencirikan Membuat sumbang saran
Membanding dan membezakan Menggambarkan (mevisualisasikan)
Mengklasifikasikan Mencipta
Membuat urutan Mengaitkan perhubungan
Menyenaraikan mengikut keutamaan Membuat inferens
Membuat kesimpulan Membuat generalisasi
Menentukan sebab dan akibat Meramal
Menganalisis untuk menentukan bias Membuat hipotesis
Menganalisis untuk membuat andaian Membuat analogy
Menyelesaikan analogy Mengendalikan kesamaan dan paradok
Menilai Menyelesaikan masalah

Rajah 1: Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

1515
Objektif Kajian

i. Mengkaji tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di Malaysia
dan Indonesia.
ii. Melihat sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di Malaysia dan Indonesia.
iii. Mengenalpasti tahap perbezaan kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di
Malaysia dan Indonesia berdasarkan jantina pelajar.

Persoalan Kajian

i. Sejauhmanakah tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di
Malaysia dan Indonesia?
ii. Sejauhmanakah tahap perbezaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah di Malaysia dan Indonesia?
iii. Sejauhmanakah tahap perbezaan kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di
Malaysia dan Indonesia berdasarkan jantina pelajar?

Hipotesis Kajian

Ho : Tidakterdapat perbezaan tahap kemahiran berfikir kreatif berdasarkan jantina dalam mata pelajaran
Sejarah
H1 : Terdapat perbezaan tahap kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) pelajar di Malaysia dan
Indonesia dalam mata pelajaran Sejarah

Metodologi Kajian

Reka bentuk Kajian

Menurut Majid Konting (1990), reka bentuk merupakan teknik dan kaedah tertentu yang digunakan
untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah dalam sesuatu kajian. Kajian
ini merupakan suatu penyelidikan berbentuk deskriptif yang dijalankan secara tinjauan melalui soal
selidik. Pengukuran menggunakan kaedah soal selidik ini mengandungi 40 item soalan yang memerlukan
sampel menjawab setiap penyataan yang diberi.

Sampel Kajian

Seramai 80 orang pelajar yang terdiri dari 40 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul
Razak (Malaysia) dan 40 orang pelajar di SMA Negeri 18, Palembang (Indonesia) terlibat dalam kajian ini.
Pemilihan sampel dibuat secara rawak. Sampel yang dipilih berumur antara 16 hingga 17 tahun.
Instrumen Kajian

Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Set soal selidik yang mengandungi 40 item dan
terdiri dari 3bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A ialah maklumat diri
pelajar, bahagian B merangkumi aspek kemahiran berfikir kritis yang terdiri dari kemahiran menciri,
kemahiran membuat urutan, kemahiran memberi sebab, dan kemahiran menilai manakala bahagian C

1516
meliputi aspek kemahiran berfikir kreatif yang terdiri dari kemahiran mentafsir, kemahiran membuat
generalisasi, dan kemahiran meramal.

Dapatan Kajian

Bilangan sampel kajian

Nama Sekolah Bil. Pelajar Lelaki Bi. Pelajar Perempuan Jum. Pelajar

SMK Tun Abdul Razak 17 23 40


SMA Negeri 18 24 16 40
Palembang

Jadual 1: Bilangan sampel kajian

Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian terdiri dari 41 orang (51.2%) pelajar lelaki dan 39
orang (48.8%) adalah pelajar perempuan. Daripada jumlah 41 orang pelajar lelaki, 17 orang pelajar
adalah merupakan pelajar SMK Tun Abdul Razak manakala 24 orang pelajar lelaki dari SMA Negeri 18
Palembang. Bagi pelajar perempuan, 23 orang merupakan pelajar perempuanSMK Tun Abdul Razak,
manakala 16 orang pelajar perempuan dari SMA Negeri 18 Palembang.Hasil analisis dijelaskan seperti
dalam jadual 1 di atas.

Analisis Min

Analisis Min Kemahiran Berfikir Kritis dalam mata pelajaran Sejarah antara pelajar di SMK Tun Abdul
Razak dan SMANegeri 18 Palembang.

Bil. Konstruk Skor Min

SMK Tun SMAN


Abdul Negeri Purata
Razak Palembang
1 Saya dapat mencirikan peristiwa yang
berlaku sebelum dan selepas
merdeka. 3.80 3.77 3.79

2 Saya dapat menyusun kepentingan fakta-


fakta sejarah dengan baik secara
kronologi. 3.63 3.75 3.69

3 Saya dapat membuat urutan kepentingan


isi pelajaran 3.70 3.83 3.76

1517
4 Saya dapat memberikan sebab-sebab
berlakunya sesuatu peristiwa
3.83 4.10 3.96

5 Saya berasa bosan untuk memahami


sesuatu peristiwa sejarah
3.15 2.60 2.88

Skor Min Keseluruhan 3.62 3.61 3.61

Jadual 2 : Skor min keseluruhan konstruk kemahiran berfikir kritis dalam mata pelajaran Sejarah antara
pelajar SMK Tun Abdul Razak dan SMANegeri 18 Palembang

Berdasarkan Jadual 2, secara purata min keseluruhan kemahiran berfikir kritis berdasarkan konstruk
yang dikaji adalah di antara 2.88 hingga 3.96. Purata min tertinggi didapati pada itemSaya dapat
memberikan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwadengan min 3.96. Ini bermakna pelajar
mempunyai kemahiran memberi sebab mengenai sesuatu peristiwa. Min terendah pula didapati pada
itemSaya berasa bosan untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah dengan min 2.88. Lain-lain item yang
dikaji adalah tinggi seperti Saya dapat mencirikan peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas merdeka
(min 3.79), Saya dapat menyusun kepentingan fakta-fakta sejarah(min 3.69), dan Saya dapat membuat
urutan kepentingan isi pelajaran (min 3.76). Purata keseluruhan min kemahiran kritis dalam kajian ini
ialah min 3.61.

Perbandingan purata min konstruk kemahiran berfikir kritis berdasarkan sekolah mempamerkan
pada keseluruhannya purata min pelajar di SMANegeri 18 Palembang (min 3.61) manakala purata min
pelajar di SMK Tun Abdul Razak (min 3.62). Selain itu, didapati pelajar SMANegeri 18 Palembang lebih
meminati mata pelajaran Sejarah berbanding pelajar di SMK Tun Abdul Razak. Ini dibuktikan melalui item
Saya berasa bosan untuk memahami sesuatu peristiwa sejarahyang mana min bagi pelajar SMANegeri
18 Palembang ialah 2.60 berbanding pelajar di SMK Tun Abdul Razak sebanyak 3.15. Ini menunjukkan
pelajar SMK Tun Abdul Razak berasa bosan untuk belajar Sejarah berbanding pelajar SMAN 18
Palembang yang minat dalam mempelajari Sejarah.

1518
Analisis Min Kemahiran Berfikir Kreatif dalam mata pelajaran Sejarah antara pelajar di SMK Tun Abdul
Razak dan SMA Negeri 18 Palembang

Skor Min
Bil Konstruk SMK Tun Abdul SMANegeri 18 Purata
Razak Palembang
1 Saya dapat membuat tafsiran
tentang fakta-fakta sejarah 3.15 3.58 3.36
2 Saya dapat membuat rumusan
mengenai peristiwa yang berlaku
diakhir kelas 3.50 4.00 3.75
3 Saya dapat membuat kesimpulan
hasil perbincangan dalam
kumpulan melalui pengajaran
guru 3.53 4.23 3.88
4 Saya selalu membayangkan diri
saya berada dalam peristiwa masa
lalu yang di bincangkan dalam
kelas 3.58 4.03 3.80
5 Saya dapat membayangkan situasi
ketika peristiwa mendapatkan hak
kemerdekaan Negara
3.58 4.38 3.97

Skor Min keseluruhan 3.46 4.04 3.75

Jadual 3 : Purata min keseluruhan konstruk kemahiran berfikir kreatif dalam mata pelajaran Sejarah
antara pelajar SMK Tun Abdul Razak dan SMANegeri 18 Palembang

Jadual 3 membincangkan purata skor min bagi konstruk kemahiran berfikir secara kreatif bagi 80
orang pelajar di SMK Tun Abdul Razak dan SMA Negeri 18 Palembang. Analisis menunjukkan pelajar di
SMA Negeri 18 Palembang memiliki purata min bagi item Saya dapat membuat tafsiran tentang fakta-
fakta sejarahiaitu dengan min 3.58, manakala bagi pelajar SMK Tun Abdul Razak sebanyak 3.15. Bagi
item Saya dapat membuat rumusan mengenai peristiwa yang berlaku diakhir kelas, pelajar SMANegeri
18 Palembang menunjukkan min 4.00 manakala pelajar SMK Tun Abdul Razak sebanyak 3.50. Purata
keseluruhan kemahiran berfikir secara kreatif yang dimiliki oleh pelajar di SMK Tun Abdul Razak dan SMA
Negeri 18 Palembang ialah min 4.04.

Apabila dibuat perbandingan, didapati pelajar SMANegeri 18 Palembang memiliki skor min yang
lebih tinggi bagi kelima-lima konstruk kemahiran berfikir kreatif dengan purata min 4.04 berbanding
purata min pelajar SMK Tun Abdul Razak , iaitu min 3.46. Perbezaan ini menunjukkan bahawa pelajar di
SMANegeri 18 Palembang lebih mempunyai pemikiran secara kreatif yang merangkumi kemahiran
membuat tafsiran, kemahiran membuat generalisasi, dan kemahiran meramal berbanding pelajar SMK
Tun Abdul Razak.

1519
Analisis Ujian-t

Jadual 4 : Perbezaan tahap kemahiran berfikir kreatif dalam mata pelajaran Sejarah mengikut jantina
Jantina N Min Sisihan Piawai t (C.I 0.95)
Lelaki 41 3.46 0.977 0.966 (0.634 −− -0.220)
Perempuan 39 3.26 0.938

* (P<0.05)

Analisis ujian t dua min sampel bebas dijalankan bagi mengkaji perbezaan tahap kemahiran berfikir
kreatif dalam mata pelajaran Sejarah antara jantina. Item Saya dapat membuat tafsiran tentang fakta-
fakta sejarah dipilih untuk menguji hipotesis. Hasil analisis ujian t dua min sampel bebas seperti dalam
jadual 4 di atas. Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap kemahiran berfikir kreatif berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.966 dan sig. = 0.000
(p<0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho) tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
kemahiran berfikir kreatif berdasarkan jantina adalah diterima.

Perbincangan dan Kesimpulan

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata
pelajaran Sejarah antara pelajar di SMK Tun Abdul Razak, Pahang (Malaysia) dan SMA Negeri 18,
Palembang (Indonesia) mempunyai persamaan dan perbezaannya. Dari aspek kemahiran berfikir kritis
seperti kemahiran menciri, kemahiran membuat urutan, kemahiran memberi sebab, dan kemahiran
menilai menunjukkan min bagi pelajar SMK Tun Abdul Razak, Pahang adalah 3.62 manakala pelajar SMA
Negeri 18, Palembang 3.61. Ini menunjukkan tahap kemahiran kritis dalam mata pelajaran Sejarah
antara pelajar di Malaysia dan Indonesia adalah sama.

Manakala, bagi kemahiran berfikir secara kreatif, min bagi pelajar SMK Tun Abdul Razak, Pahang
adalah 3.46 dan lebih rendah berbanding pelajar SMA Negeri 18, Palembang sebanyak 4.04. Ini
menunjukkan tahap berfikir secara kreatif seperti kemahiran membuat tafsiran, kemahiran membuat
generalisasi, dan kemahiran meramal pelajar SMA Negeri 18, Palembang (Indonesia) lebih baik
berbanding pelajar di SMK Tun Abdul Razak, Pahang (Malaysia). Dari segi jantina, didapati tahap berfikir
secara kreatif pelajar lelaki dan perempuan bagi kedua-dua buah sekolah adalah tidak terdapat
perbezaan yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai tahap
berfikir secara kreatif yang sama.

Oleh itu, daripada hasil kajian yang diperoleh dapat dirumuskan bahawa semua guru Sejarah
perlu memainkan peranan dan harus bersedia dengan pelbagai pemahaman dan pengetahuan mengenai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.Ini akan
menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih bermakna dan memberi persepsi baru kepada pemikiran
pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang membosankan. Guru perlu melaksanakan
satu corak dan proses pembelajaran Sejarah yang merangsang pemikiran pelajar melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi,
interpretasi dan imaginasi.

1520
Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang berkesan
untuk menggalakkan kemahiran berfikir ialah dengan menggunakan pendekatan inter-disiplin
pengetahuan, memberi contoh-contoh kepada murid proses berfikir yang baik, mengetengahkan isu-isu
atau masalah yang memerlukan pemikiran dan menentukan matlamat yang hendak dicapai.

Rujukan

Ibrahim, R. 2000.Curiculum development programme of the development school pilot. Jakarta:


Departement Pendidikan dan Kebudayaan.
KamarudinHusin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2003. Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kartodirdjo, S. 1992. Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah. Jakarta: Pt. Gramedia Pustaka
Utama.Sikula, A. E. 2001. Personel administration and human resources management. Santa
Barbara: John Wiley and Sons.
Khalid Mohamed Nor .1993. Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
M Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 1998. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1999. Penerapan kemahiran berfikir danstrategi berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains. Kementerian Pendidikan Malaysia.
SomNor dan MohdDahlanMohdRamli. 1998. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Petaling
Jaya: Pearson Education.
Sudirman, A. S. 2012. Pengurusan pelatihan dalam meningkatkan kompetensi guru, motivasi kerja guru
dan amalan profesionalisme guru Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Provinsi Riau, Indonesia.
Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

1521
PROPAGANDA AKHBAR FILIPINA DALAM ISU TUNTUTAN
FILIPINA KE ATAS SABAH : KESAN TERHADAP HUBUNGAN
LUAR DAN PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA, 1962 – 1963
Norizan Binti Kadir
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
izzan@siswa.edu.my

Abstrak

Pada 20 Januari 1962, masyarakat di Kepulauan Nusantara khususnya Tanah Melayu dan Borneo telah
dikejutkan dengan satu artikel yang bersifat provokatif yang diterbitkan oleh Philippine Free Press. Artikel
yang bertajuk North Borneo is Ours yang ditulis oleh Napoleon G. Rama, seorang wartawan terkemuka di
Filipina tersebut telah mencetuskan ketegangan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
Tanah Melayu dan Kerajaan British. Pelbagai reaksi dan respons yang dilontarkan oleh pemimpin dan
pengamal media di Tanah Melayu yang majoritinya mengutuk sikap media Filipina yang tidak profesional
dan menganggap tindakan tersebut sebagai satu helah untuk melengahkan usaha pembentukan
Malaysia yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman. Penerbitan artikel tersebut tidak hanya berakhir
di situ sahaja, malahan media Filipina menerusi akhbar-akhbar arus perdana yang lain dilihat semakin
berani mengeluarkan artikel-artikel yang cuba mewujudkan konfrontasi antara Tanah Melayu dan
Filipina. Antara akhbar-akhbar tempatan Filipina lain yang turut mengeluarkan artikel mengenai
persoalan Sabah adalah Manila Times, Philippine Herald, Manila Chronicle, Daily Mirror, Evening News
dan Manila Daily Bulletin. Usaha media Filipina mempropagandakan isu Sabah tersebut akhirnya berjaya
mempengaruhi keputusan Republik Filipina agar segera menghantar aide-memoire kepada British bagi
mencabar kedaulatan British ke atas Sabah. Justeru, artikel ini akan meninjau peranan yang dimainkan
oleh akhbar-akhbar Filipina yang menjadi salah satu medium yang paling berpengaruh dalam
pembentukan dasar luar Filipina.

Kata Kunci :Propaganda, provokatif, kempen, tuntutan dan hubungan.

1522
PENGENALAN

Bermula dari bulan pertama pada tahun 1962, isu persoalan Sabah umpama ‘pisang panas’ yang
menghiasi dada-dada akhbar tempatan Filipina.Tidak kurang juga, wujud pelbagai fakta yang
diselewengkan dan ditokok tambah bagi mencetuskan provokasi dan meraih simpati Republik Filipina.
Hakikatnya, isu persoalan Sabah sudah lama dicetuskan oleh media Filipina seperti Philippines Free Press
iaitu pada Disember 1961 iaitu selepas Pilihan Raya Umum Filipina diadakan. Namun, hanya pada bulan
pertama dan seterusnya pada tahun 1962, isu persoalan Sabah makin berkembang sehingga wujud
kempen yang lebih khusus dan besar-besaran bagi menuntut semula Sabah secara serius. Keadaan ini
juga adalahsebagai tanda protes terhadap idea pembentukan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku
Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 yang melibatkan penggabungan Sabah ke dalam Negeri Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Brunei dan Singapura.1

Di peringkat awal kempentersebutbermula, hanya dua akhbar tempatan Filipina iaitu Philippine
Free Press dan Evening News yang cuba menghidupkan isu persoalan Sabah. Namun, lama-kelamaan
iaitu dalam tempoh enam bulan pertama tahun 1962, isu persoalan Sabah kemudiannya bertukar
menjadi isu nasional yang semakin sukar untuk diketepikan apabila terdapat lebih ramai wartawan dan
kolumnis dalam akhbar tempatan lain yang cuba menambahkan provokasi dengan menyuburkan isu
Sabah dengan pelbagai kepentingan. Keadaan ini seterusnya menjadi satu kempen dan propaganda
akhbar Filipina secara besar-besaran bagi menuntut Sabah daripada British sebelum pembentukan
Malaysia.

Isu persoalan Sabah sengaja dibangkitkan oleh akhbar Filipina bagi mengulangi tuntutan waris-
waris Sultan Sulu terutamanya daripada keluarga Kiram yang masih tidak berpuas hati dengan perjanjian
penyerahan kawasan Pantai Timur Sabah oleh Sultan Jamalul ‘Alam kepada Baron Von Overbeck pada 22
Januari 878.2Sebelumnya iaitu pada tahun 1877, telah termeterainya perjanjian penyerahan yang
melibatkan sebahagian besar wilayah di Sabah di antara Sultan Brunei dan Pangeran Temenggung
termasuklah kawasan Pantai Timur Sabah. Namun, Overbeck tetap mahu meneruskan hasratnya untuk
mengadakan perjanjian dengan Sultan Sulu memandangkan kawasan Pantai Timur Sabah pernah
diserahkan oleh Sultan Muaddin kepada Sultan Sulu dalam peristiwa perang saudara kerabat diraja

1
Duta Australia di Manila juga menyifatkan kempen menyebarkan propaganda tuntutan ke atas Sabah sebagai
respons terhadap cadangan pembentukan Malaysia. Menurut Lee : “…began two months ago a campaign to force
the Government to take up the question. This campaign was given urgency by Malaysia proposal. They and also
some Government officials felt that if nothing was done it might be too late to press their claim once Malaysia
became reality.” Lihat Surat Duta Australia di Manila kepada Department of External Affairs, North Borneo, 6
Februari 1962. Lee juga turut membuat andaian bahawa situasi yang berlaku di negara jiran mereka Indonesia yang
cuba mendapatkan semula Papua Barat telah menjadi pendorong kepada wartawan Filipina mengadakan kempen
menuntut Sabah.
2
Surat Perjanjian antara Sultan Sulu, Sultan Jamalul ‘Azam dengan Baron Von Overbeck, 22 Januari 1878, Public
Record Office, London diperoleh dari Arkib Negeri Sabah. Dalam perjanjian tersebut juga, Sultan Jamalul ‘Azam
telah melantik Overbeck sebagai Dato’ Bendahara dan Raja Sandakan. Lihat juga Grant by the Sultan of Sulu of a
Permanent Lease Covering His Lands and Territories on the Island of Borneo, 22 Januari 1878, Translation by
Professor Conklin of the Deed of 1878, Great Britain and Netherlands: Grant from the Sultan of Sulu to Baron de
Overbeck and Alfred Dent, Esquire, of certain territories and lands on the mainland of the Island of Borneo, 22
January 1878, hlm. 1082-1083.

1523
Brunei yang berlarutan selama 12 tahun. Dalam peristiwa tersebut, Sultan Muaddin berjanji untuk
menyerahkan tanah dan wilayah dari utara hingga ke arah barat Kimanis kepada Sultan Sulu jika
membantunya mengalahkan Sultan Abdul Mubin.3

Dalam perjanjian di antara Sultan Jamalul ‘Azam dengan Baron Von Overbeck, wilayah yang diserahkan
kepada Overbeck seperti yang terkandung dalam perjanjian 1878, meliputi :

“…all the lands on the north and east of the island of Borneo commencing from the
Pandassan River on the Northwest to the Sibuco River on the east coast including amongst
others the states of Paitan, Sugut, Bangaya, Lubuk, Sandakan, Kina Batangan and Mumiang
and all the lands and territories in Darvel Bay as far as the Sibuco River together with all the
lands belonging thereto…”4

Bertitik tolak daripada Deeds of 1878 itu, waris Sultan Sulu kemudiannya mengemukakan pelbagai
tuntutan sehingga kepada tuntutan yang paling tidak munasabah seperti menuntut keseluruhan Sabah
dan ganti rugi sebanyak US$10 bilion. Malahan, Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai
Sultan Sulu yang sah bukan sahaja menuntut Sabah tetapi juga menuntut bayaran sewa sebanyak RM29
bilion daripada penduduk Sabah kerana menduduki tanahnya selama 30 tahun. Beliau turut mengugut
untuk menyerang Sabah dengan merekrut sekurang-kurangnya 100,000 pejuang-pejuang pembebasan
Moro dari Moro Islamic Liberation Front (MILF) jika gagal memenuhi permintaannya.5

Hasrat yang sama turut diulangi oleh akhbar Filipina bagi membuka mata dan meraih sokongan
masyarakat Filipina keseluruhannya tanpa mengira latar belakang etnik, kaum dan agama.Penyebaran
isu tuntutan ke atas Sabah dilakukan secara meluas oleh akhbar Filipina bagi mempengaruhi masyarakat
dan pentadbiran Filipina supaya menyokong usaha ke arah menuntut semula Sabah yang didakwa
sebagai milik Kerajaan Sulu yang sah sehingga ke hari ini. Menerusi propaganda tersebut juga, ia telah
berjaya mengangkat isu tuntutan ke atas Sabah sebagai isu nasional yakni bukan lagi dalam konteks
parokial iaitu isu wilayah warisan yang melibatkan etnik Sulu semata-mata.

Kajian terdahulu mengenai pengaruh dan peranan media Filipina terhadap tuntutan Filipina ke
atas Sabah serta implikasi terhadap proses pembentukan Malaysia dan hubungan luar kurang
dibahaskan secara mendalam. Kebanyakan kajian memfokuskan kepada peranan media Filipina dalam
mendesak Republik Filipina untuk mengambil tindakan ke arah menuntut Sabah daripada British.
Namun, tiada kajian yang cuba melihat secara khusus terhadap pengaruh media Filipina khususnya
akhbar-akhbar tempatan ke atas proses pembentukan Malaysia dan hubungan luar Filipina. Kajian
Nestor Martinez Nisperos misalnya meskipun ada membincangkan mengenai media Filipina dalam bab
enam tesisnya namun hanya membahaskan isu persoalan Sabah yang diterbitkan oleh akhbar Filipina
dalam konteks desakan terhadap Republik Filipina semata-mata.6

3
Low, H. Selesilah dalam Papers Relating To Brunei. Malaysia : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society,
1998,hlm. 11.
4
FO 12/54, Surat Gabenor Labuan kepada Foreign Office, 22 Januari 1962.
5
Gunther Conradi. ‘The Claim on Sabah’ dalam Daily Express, 13 Disember 1998, hlm. 15. Meskipun tidak jelas
mengenai kesinambungan ugutan oleh Sultan Jamalul Kiram III tersebut, namun beliau telah berjaya melunaskan
ugutannya dalam peristiwa serangan di Lahad Datu pada Februari 2013.
6
Nestor Martinez Nisperos.Philippine Foreign Policy on the North Borneo Question. Tesis Ph.D, University of
Pittsburgh, 1969.

1524
Oleh itu, tulisan ini akan memberikan penekanan terhadap kempen yang dilakukan oleh akhbar-
akhbar di Filipina yang memberikan kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan dasar
Filipina supaya mempertimbangkan tindakan untuk menuntut Sabah daripada Kerajaan British sekali gus
menghalang pembentukan Malaysia. Sebahagian besar bahan sumber pertama yang dirujuk dalam
tulisan ini diperoleh menerusi kajian lapangan di Arkib Negara Malaysia, Arkib Negeri Sabah,
National Archive of Singapore, Institute of Southeast Asian Studies (Singapura).

KEMPEN AKHBAR FILIPINA TERHADAP ISU TUNTUTAN KE ATAS Sabah

Penyebaran propaganda terhadap persoalan Sabah di dalam akhbar arus perdanadi Filipina
dilakukan menerusibeberapapendekatan iaitu penerbitan rencana, kolum khas oleh kolumnis jemputan
dan artikel editor. Keadaan ini akhirnya telah berjaya mewujudkan lingkungan pengaruh yang kolektif
terhadap persoalan Sabah iaitu menggesa Republik Filipina mengambil tindakan menuntut Sabah. Antara
akhbar utama yang menjalankan kempen penyebaran propaganda untuk menuntut semula Sabah adalah
Philippines Free Press, Manila Times, Philippine Herald, Manila Chronicle, Daily Mirror, Evening News dan
Manila Daily Bulletin.

Media Filipina telah menggunakan pendekatan kempen secara besar-besaran semenjak Januari
1962 bagi menyebarkan propaganda dan provokasi untuk mendesak Republik Filipina mengambil
langkah sewajarnya menuntut Sabah. Antara tulisanterawal yangtelah mencetuskan
kontroversiadalahtulisan wartawan, Napoleon G. Rama yang turut mewujudkan ketegangan dan
keadaan kurang senang di antara tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, British dan Filipina. Hal ini
berikutan daripada tulisannya yang bertajuk North Borneo is Ours di dalam akhbar Philippines Free
Press7pada 20 Januari 1962.8Artikel tersebut sengaja ditulis bagi menggesa dan mempengaruhi ahli
dewan yang baru sahaja dibentuk sewaktu pilihan raya lalu bagi mengambil tindakan menuntut Sabah.
Pendekatan oportunisme dan perang psikologi ini juga dilihat sangat kena pada waktunya
memandangkan sebelum pilihan raya pada Disember 1961, Macapagal dalam kempen pilihan rayanya
turut menjanjikan untuk mengambil langkah ke arah menuntut semula Sabah daripada Kerajaan British.
Hal ini menjadi suatu kelebihan dan membuka peluang kepada akhbar Filipina untuk menuntut semula
janji-janji manis Macapagal selepas berakhirnya pilihan raya ditambah pula dengan desakan daripada
waris-waris Sultan Sulu.

Meskipun isu tuntutan ke atas Sabah sudah lama ditiupkan oleh keluarga Kiram dan waris-waris
Sultan Sulu yang lain sejak sebelum Filipina mencapai kemerdekaan lagi iaitu pada tahun 1946, namun ia
masih gagal meraih sokongan masyarakat Filipina apatah lagi Kerajaan Filipina untuk menyokongnya
sehinggalah akhbar Filipina mula memberikan perhatian serius terhadap isu tersebut.Pada peringkat
awal, isu yang menjadi perhatian dan tumpuan utama akhbar Filipina adalah dengan mempersoalkan
pemilikan sebenar ke atas Sabah dan mengaitkannya dengan penyerahan kawasan Pantai Timur Sabah
kepada Sultan Sulu.Akhbar Filipina berusaha untuk mewajarkan tuntutan ke atas Sabah dengan
mengemukakan pelbagai fakta dan hujah yang memihak kepada Republik Filipina dan waris Sultan Sulu.

7
Akhbar Philippines Free Press ditubuhkan pada tahun Ogos 1908 dan sehingga tahun 1964 ia berjaya mencapai
lebih 60,000 hingga 64,000 edaran. Lihat Jean Grossholtz.Politics in the Philippines. Boston : Little, Brown and
Company, 1964, hlm. 205. Akhbar mingguan ini adalah akhbar arus perdana yang memuatkan pelbagai isu
mengenai pentadbiran Filipina dan perkembangan politik semasa Filipina.
8
Napoleon G. Rama, ‘North Borneo is Ours’ dalam Philippines Free Press, 20 Januari 1962. Sebelumnya iaitu pada 30
Disember 1961, Napoleon telah pun menghasilkan artikel yang turut diterbitkan dalam akhbar yang sama yang
bertajuk ‘North Borneo Belongs To Us’.

1525
Ia sengaja dilakukan bagi meraih sokongan dan perhatian daripada seluruh rakyat dan pentadbiran
Filipina bagi berkongsi hasrat yang sama iaitu menuntut Sabah.Dalam artikelbertajuk North Borneo
Belongs To Ustulisan Napoleon G. Rama, beliau menegaskan Sabah adalah sebahagian wilayah Republik
Filipina. Menurut beliau :

“…From almost every standpoint, North Borneo rightfully belongs to the Philippines. Our
government has been negligent in asserting its sovereignty over the area. It is time for the
Philippine Government under the new administration to wake up.”9

Napoleon G. Rama ketika menghasilkan artikel kontroversinya turut merujuk sebahagian dokumen
penting yang diperoleh daripada Arkib Sepanyol berhubung perjanjian di antara Sultan Sulu dan
Baron.10Beliau juga mengulangi pendirian waris-waris Sultan Sulu bahawa Perjanjian 1878 tersebut
adalah bersifat pajakan atau leased semata-mata dan bukannya penyerahan untuk selama-lamanya. Bagi
mengukuhkan hujahnya, beliau mengaitkan pemberian wang pajakan yang diberikan secara tahunan
oleh British North Borneo Company (BNBH) kepada Sultan Sulu sebanyak $5300 sebagai bukti ianya
bersifat pajakan.

Beliau juga cuba mempertahankan dakwaannya bahawa Filipina juga berhak ke atas Sabah
meskipun Kerajaan Sulu yang sebenarnya mempunyai kedaulatan ke atas Sabah. Menurut beliau, Filipina
berhak ke atas kedaulatan Sabah memandangkan waris-waris Sultan Sulu juga adalah ‘Filipino’ atau
warganegara Filipina.11Walau bagaimanapun, ketika beliau cuba mempertahankan prinsip undang-
undang antarabangsa, bahawa kedaulatan tidak boleh dipindahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von
Overbeck ternyata beliau juga turut menidakkan dakwaannya sendiri bahawa Filipina juga tidak berhak
ke atas kedaulatan Sabah kerana ia milik Kerajaan Sulu. Beliau juga menyelar kelemahan pentadbiran
Filipina yang dikatakan gagal bertindak sewajarnya bagi menuntut semula Sabah.

Di samping itu, akhbar-akhbar Filipina juga turut membuat liputan khas mengenai waris Sultan
Sulu yang cuba menuntut semula Sabah termasuklah Putri Tarhata Kiram. Putri Tarhata Kiram dalam
usahanya untuk menuntut Sabah telah merayu kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina melalui
peguamnya, J. C. Orendain untuk menyokong tuntutannya ke atas Sabah.12Akhbar Manila Chronicle
dalam penerbitannya turut menyiarkan kenyataan Putri Tarhata Kiram yang menyelar kepimpinan
Presiden Quezon kerana memansuhkan pengiktirafan ke atas Institusi Kesultanan Sulu yang didakwa
Putri Tarhata sebagai tidak sah dan menjadi kelebihan buat British untuk terus menguasai Sabah.

9
Napoleon G. Rama, ‘North Borneo Belongs To Us’ dalam Philippines Free Press, 30 Disember 1961, hlm. 4-5, 58-64.
10
Antara dokumen yang dirujuk Rama adalah Official letter from the Governor General of the Philippines Islands
bearing, 20 Ogos 1878, Report of the Commander-General of the Navy, 4 April 1878 dan Transcripts of six
documents referring to the correspondence of the Governor of Jolo.
11
Napoleon G. Rama, North Borneo is Ours, hlm. 5 dan 66.
12
Nik Anuar Nik Mahmud.Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2009, hlm. 65. Selain itu, Maximo V. Soliven salah seorang kolumnis dalam akhbar The Philippine Herald turut
menyatakan sokongannya kepada Putri Tarhata Kiram dan mendesak Republik Filipina untuk membawa kes
tuntutan ke atas Sabah secara langsung kepada Tunku Abdul Rahman. Lihat M. V. Soliven, “A Word Edgewise”, The
Philippines Herald, 3 Februari 1962.

1526
Ernesto del Rosario dalam tulisannya di akhbar The Manila Chronicle dengan ketara juga turut
menyokong isu tuntutan Filipina ke atas Sabah bagi mempertahankan hak waris Sultan Sulu daripada
Keluarga Kiram.13Sokongan yang diberikan kepada waris Sultan Sulu tersebut adalah sebagai usaha untuk
menangani masalah yang melibatkan masyarakat Muslim di Selatan Filipina. Kesedaran ini timbul sebagai
reaksi terhadap tuntutan masyarakat Muslim di Selatan Filipina yang mahukan autonomi dalam
pentadbiran daripada Republik Filipina. Justeru, bantuan diberikan kepada waris Sultan Sulu
mendapatkan semula Sabah, dengan harapan Sabah dapat bernaung di bawah Republik Filipina dengan
Kesultanan Sulu bertindak sebagai pentadbir di Sabah.

Ernesto O. Granada pula dalam komentarnya yang menyokong tuntutan formal dibuat ke atas Sabah
menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penghargaan dan penghormatan kepada Amerika Syarikat di
atas segala usaha membangunkan Filipina. Beliau menjelaskan :

“Now is perhaps our chance to repay the American benevolence of the past half century by
pursuing a policy of “manifest destiny” and guiding North Borneo to the path of Christianity
and democracy.”14

Selain dari akhbar Philippines Free Press yang menjadikan isu persoalan Sabah sebagai kempen untuk
mendesak Republik Filipina menuntut Sabah, akhbar-akhbar tempatan lainnya seperti Manila Times,
Philippine Herald, Manila Chronicle, Daily Mirror, Evening News dan Manila Daily Bulletin turut berkongsi
isu yang sama terutamanya dari Disember 1961 hinggalah September 1963. Sepanjang tempoh bermula
dari Januari hingga Jun 1962, Manila Daily menerbitkan kira-kira 41 isu berhubungan persoalan Sabah
sementara terdapat 26 isu yang diterbitkan oleh Philippine Free Press iaitu 15 atau dua pertiga
daripadanya memuatkan 22 artikel mengenai persoalan Sabah. Daripada jumlah tersebut pula, enam
rencana ditulis oleh editor akhbar, sembilan artikel ditulis oleh dua orang wartawan tetap akhbar
manakala selebihnya ditulis oleh individu persendirian lain.15

Antara kolumnis yang turut menulis mengenai persoalan Sabah di dalam ruangan akhbar
Philippines Free Press adalah editor akhbar Teodor M. Locsin, ahli kongres Jovito R. Salonga dan
Alejandro M. Fernandez daripada University of the Philippines.Locsin dan Soliven selaku editor dan
penerbit di akhbar Philippine Free Press dan Evening News turut memaklumkan kepada Duta Australia di
Manila dalam perjumpaan yang berasingan bahawa mereka akan memastikan isu tuntutan ke atas Sabah
terus hidup sehinggalah Kerajaan Filipina mengambil tindakan untuk menuntut semula Sabah.16Mereka
berpegang teguh dengan keyakinan bahawa tuntutan Filipina ke atas mempunyai asas yang kukuh dan
kuat serta menganggap Filipina tidak akan kehilangan apa-apa seandainya tuntutan tersebut dibuat.
Tambahan pula, Locsin dan Soliven merupakan antara individu yang paling lantang mengkritik peranan

13
Ernesto del Rosario, “Off the Beat”, The Manila Chronicle, 14 dan 19 April 1962.
14
Ernesto O. Granada, “Behind Page One”, The Manila Chronicle, 6 February 1962. Lihat juga artikelnya lain 10
Februari, 25 Mei, 6 dan 28 Jun 1962 di dalam Manila Chronicle yang turut membincangkan perihal tuntutan ke atas
Sabah.
15
Nestor Martinez Nisperos, Philippine Foreign Policy on the North Borneo Question, hlm. 138 -139.
16
Namun, Lee berpandangan Emmanuel Pelaez, Timbalan Presiden Filipina tidak mempunyai apa-apa kaitan dan
pengaruh terhadap kempen oleh media Filipina tersebut. Lihat Surat Duta Australia di Manila kepada Department
of External Affairs, North Borneo, 6 Februari 1962.

1527
British di dalam Southeast Asia Treaty Organization (SEATO)17. Maka tidak hairanlah jika sekiranya
kempen oleh akhbar Filipina tersebut merupakan sebahagian muslihat yang sengaja dirancang bagi
memalukan dan menjatuhkan imej British.

Selain dari faktor kempen dan propaganda besar-besaran yang ditaja oleh akhbar Filipina,
terdapat satu elemen lain yang menjadikan akhbar Filipina sebagai instrumen yang memberikan kesan
signifikan terhadap pertimbangan Filipina dalam membuat keputusan mengenai persoalan Sabah. Hal ini
disebabkan oleh terdapatnya kolumnis yang mempunyai pengaruh besar di dalam majlis perwakilan dan
pembuatan dasar kerajaan. Antaranya adalah ahli kongres Jovito R. Salonga yang juga merupakan salah
seorang ahli dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Filipina dan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang
delegasi Filipina dalam Rundingan Anglo-Filipina di London. Penglibatan beliau di dalam kempen tajaan
Philippine Free Press dan menyokong kuat tindakan untuk menuntut semula Sabah sering menjadi
perhatian kebanyakan ahli dewan Filipina dan sarjana Filipina. Malah, beliau turut menghasilkan satu
terbitan khas bagi mematahkan dan menjawab laporan Senator Lorenzo Sumulong yang lebih cenderung
memihak kepada British dan mempersoalkan tindakan Filipina yang gagal bertindak sewajarnya untuk
mendapatkan Sabah. Kritikan Senator Sumulong tersebut kemudian dijawab oleh Salonga dalam sebuah
terbitan bertajuk A Point by Point Reply to the Sumulong Report on the Philippine Claim to North
Borneo.18

Dalam tulisannya The North Borneo Question, Salonga turut mempertahankan Sabah sebagai
milik sah Republik Filipina dengan merujuk beberapa dokumen penting.19Menurut beliau, meskipun
perjanjian di antara Sultan Sulu dan Baron Von Overbeck ditandatangani pada 22 Januari 1878, namun
pemindahan hak ke atas Sabah kepada Overbeck hanyalah sebagai individu persendirian semata-mata.
Hal ini bermaksud, British North Borneo Company (BNBC) mahupun British sendiri tidak mempunyai hak
pemilikan dan kedaulatan ke atas wilayah Sabah malahan menganggap penyerahan Sabah di bawah
Piagam diraja British (Royal Charter) dan menjadi sebahagian naungan British pada 1888 seterusnya
Crown Colony pada 1946 sebagai tidak sah.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat penulis yang mengulas isu
berkaitan persoalan Sabah dalam rentak yang lebih sederhana serta kurang berbaur provokasi. Terdapat
juga pandangan yang tidak terlalu berat sebelah dan turut mengemukakan hujah yang memihak kepada
British untuk penilaian pembaca sendiri. Misalnya, Willie Ng dalam akhbar Manila Daily Bulletin dalam
ulasannya memperlihatkan sikap apologetik terhadap isu tuntutan ke atas Sabah kerana menyedari

17
SEATO adalah satu kerjasama pertahanan yang melibatkan negara Amerika Syarikat, Perancis, Britain, New
Zealand, Australia, Filipina, Thailand dan Pakistan bagi menyekat pengaruh komunis dan mengekalkan keselamatan
rantau Asia Tenggara.
18
Hanya Senator Sumulong satu-satunya ahli kongres yang lantang mempersoalkan tindakan Filipina
yangmenurutnya tidak munasabah kerana menuntut seluruh Sabah meskipun hak dan kedaulatan sebenar
Kesultanan Sulu hanya di kawasan Pantai Timur Sabah. Beliau telah membidas kelemahan Presiden Macapagal
dalam isu tuntutan ke atas Sabah dalam ucapannya pada 25 Mac 1963 di Dewan Senat dan kemudiannya
diterbitkan sebagai laporan khas bertajuk A Report to the Senate and to Our People on Malaysia and on the Greater
Malayan Confederation Proposed by President Macapagal in Connection with the Philippine Claim of Sovereignty to
a Portion of North Borneo. Jovito R. S.A Point By Point Reply To The Sumulong Report On The Philippine Claim To
North Borneo. Manila : Republic Of The Philippines House Of The Representatives Manila, 1963.
19
Jovito R. Salonga. ‘The North Borneo Question’ dalam Philippine Free Press. 5 Mei 1962, hlm. 4, 33-35 dan 65.

1528
hakikat bahawa jika ia tetap diteruskan ia boleh memberi kesan terhadap kestabilan dan keharmonian
rantau Asia Tenggara.20

TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS Sabah

Pada bulan Mac 1962, Napoleon G. Rama sekali lagi menggesa Republik Filipina agar bertindak
segera menuntut Sabah kerana pembentukan Malaysia yang direncanakan pada bulan Ogos adalah
semakin hampir.21Jika tiada tindakan segera diambil, Filipina hanya akan ‘berputih mata’ dan dipandang
sebagai negara yang lemah sekali gus menjatuhkan imej Filipina.Dalam artikel yang ditulisnya, beliau
menegaskan :

“The government will not permit any of its citizens to barter away the nation’s sovereignty.
It should not allow any foreign government to ignore or violate our sovereign rights.”22

Selain dikenali sebagai wartawan tersohor di Filipina yang pendapatnya sering menjadi perhatian awam,
Rama juga merupakan seorang peguam yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek
perundangan. Kelebihan ini telah digunakan sebaiknya oleh beliau untuk mendesak ahli perwakilan
Filipina supaya akur dengan segala desakan dan permintaannya. Beliau juga terus menerus memberikan
tekanan kepada Presiden Macapagal supaya kembali dengan pendirian lamanya pada tahun 1950 yang
telah mencadangkan House Concurrent Resolution No. 42 yang menggesa kepada pemulihan wilayah
Filipina.23Tekanan dan desakan daripada akhbar Filipina yang melancarkan kempen menuntut Sabah
sememangnya memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap pertimbangan Filipina untuk membuat
tuntutan rasmi ke atas Sabah.

Kemuncak kepada tekanan yang bertali arus ekoran kempen tuntutan ke atas Sabah yang
dimainkan oleh akhbar Filipina, akhirnya Filipina dengan majoriti ahli DewanPerwakilan sebulat suara
bersetuju untuk mengambil tindakan menuntut semula Sabah daripada Kerajaan British. Keputusan ini
juga diambil bagi menjaga maruah Filipina daripada dianggap sebagai negara yang lemah kerana tidak
mampu mempertahankan wilayah kekuasaan dan kedaulatannya. Justeru, pada 22 Jun 1962, Filipina
telah menghantar aide-memoire buat pertama kalinya kepada British bagi mempersoalkan pemilikan dan
kedaulatan sebenar ke atas Sabah. British dalam aide-memoire nya kepada Filipina menjelaskan bahawa
tuntutan Filipina tersebut sebagai tidak berasas dan turut menasihati Filipina supaya tidak mengambil
tindakan terburu-buru yang mungkin menjejaskan hubungan luar Filipina dan British.

Sebagai respons terhadap tuntutan rasmi Filipina tersebut, akhbar Philippines Free Press
meneruskan lagi penerbitan isu berkenaan Sabah termasuklah dua rencana editor dan lima artikel
mengenainya. Rama juga turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Macapagal dalam
artikelnya kerana telah mengambil tindakan formal bagi menuntut semula Sabah. Beliau menyebutkan
bahawa :

20
Willie Ng. ‘Column 8’ dalam The Manila Daily Bulletin. 25 Januari 1962.
21
Napoleon G. Rama. ‘The North Borneo Case-Now Or Never’ dalam Philippines Free Press. 10 Mac 1962, hlm. 7, 74-
75.
22
Ibid.
23
Napoleon G. Rama.‘Congressman Diosdado Macapagal on North Borneo’ dalam Philippines Free Press. 21 April
1962, hlm. 6, 90-91.

1529
“…Ignorance, malice and fear were the only arguments employed against the Philippine
claim to North Borneo. The president’s formal filing of the claim should resolve the internal
controversy once and for all. It has become the country’s claim, the country’s cause. It is
time for everyone, including the skeptics and critics to join hands in supporting the
Philippines’s case.”24
PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN HUBUNGANMULTI-LATERAL FILIPINA, TANAH MELAYU DAN
BRITISH

Pelbagai reaksi dan respons daripada pihak British dan pemimpin Tanah Melayu dan Sabah
terhadap penyebaran kempen menuntut Sabah tersebut yang rata-ratanya mengutuk dan menganggap
tindakan akhbar Filipina sebagai satu tindakan yang tidak profesional. Gabenor British di Sabah, Sir
William Goode turut mempersoalkan tindakan wartawan Filipina yang sewenang-wenangnya membuat
tuntutan tanpa asas yang kukuh dan diikuti oleh Donald Stephens yang menyifatkan tindakan tersebut
sebagai perbuatan yang ‘sangat bodoh’ tanpa sebarang asas perundangan yang sah.25

Media di Tanah Melayu khususnya akhbar-akhbar tempatan turut memberi respons terhadap
kempen oleh media Filipina mengenai tuntutan ke atas Sabah. Sebagai respons terhadap propaganda
yang disebarkan oleh akhbar Filipina, akhbar New Straits Times telah membidas berita oleh akhbar
Filipina dengan menyifatkannya sebagai pakatan sulit yang sengaja dirancang oleh media Filipina untuk
melengahkan proses pembentukan Malaysia.British pula menyangkal hujah Filipina dengan menegaskan
semula isi kandungan Perjanjian 1878 yang memberikan hak dan pemilikan penuh kepada Overbeck dan
Dent, kepada waris, rakan, pengganti atau penerima hak mereka selagi mana mereka suka atau ingin
memegangnya.26

Sepanjang berlangsungnya propaganda media Filipina mempromosikan isu Sabah, ia turut


mempengaruhi hubungan dua hala antara Filipina dan Persekutuan Tanah Melayu. Malahan, Kerajaan
British juga turut berhadapan dengan situasi paling getir bagi menjaga hubungan multi-lateral tersebut.
Keadaan yang boleh diumpamakan seperti retak menunggu belah tersebut benar-benar menggugat
kestabilan dan keharmonian hubungan multi-lateral antara British, Tanah Melayu dan Filipina. Filipina
juga pada awalnya turut menyedari bahawa isu tuntutan tersebut hanya akan menggugat keharmonian
hubungannya dengan British dan Tanah Melayu, justeru segala desakan dan rayuan yang dibuat oleh
waris-waris Sultan Sulu supaya mewakili mereka menuntut Sabah tidak pernah dilayan dan tidak
diberikan perhatian yang serius oleh Filipina. Hanya selepas kempen besar-besaran yang dilancarkan
oleh akhbar Filipina yang turut menyokong tuntutan Putri Tarhata Kiram itulah, akhirnya Filipina
terpaksa akur untuk mengambil tindakan rasmi bagimenuntut Sabah.

Bagi memastikan keadaan tidak menjadi lebih parah, British telah mengambil sikap berhati-hati
dalam membuat keputusan demi menjaga hubungan baik dengan Filipina. British sedar jika isu tuntutan
tersebut tidak ditangani dengan sebaiknya, Filipina mungkin akan bertindak lebih jauh dan sukar untuk
dikawal. Hal ini menyebabkan British juga terpaksa akur untuk mempertimbangkan cadangan Filipina

24
Napoleon G. Rama. ‘The North Borneo Case’ dalam Philippine Free Press. 30 Jun 1962, hlm. 3 dan 83-84.
25
Leifer, M. The Philippine Claim To Sabah. England : Centre For South-East Asian Studies, 1968, hlm. 15.
26
Lihat M. O. Ariff. The Philippines Claim to Sabah: It’s Historical, Legal and Political Implication. Kuala Lumpur :
Oxford University Press, 1970, hlm. 54-55. Philippines Claims To North Borneo. Vol. 1, Manila : Bureau of Printing,
1964, hlm. 45-70.

1530
untuk menubuhkan Konfederasi Malaysia atau Greater Malayan yang menggabungkan Tanah Melayu,
Filipina, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.27Dalam surat yang dihantar oleh Duta British di Filipina
kepada Pejabat Luar British turut menjelaskan kekhuatirannya terhadap tindakan Filipina. Berikut adalah
sebahagian kandungan surat tersebut :

“I agree that it would help us if the Philippines were to focus their attention on
confederation. On the other hand I am not at all so sure that we should or should ourselves
attempt to distract their attention and direct it towards confederation. If we suddenly
showed a realization of the far sighted statesmanship of President Macapagal in having
thought up confederation, I fear it would be taken here as weakness and it might well
encourage him to more reckless actions.

I should have thought that, if and when the North Borneo claim reaches an impasse,
Macapagal would automatically seek refuge in his wider concept without any help from us.
Meanwhile, I think that we should confine ourselves to the view that it is a project worthy of
serious study once Malaysia has been brought to birth, but that it will then be a question for
Malaysia to consider. I certainly think we should avoid pouring cold water on it and should
on occasion point out its advantages.

On the Indonesian point, the Filipinos are sucking up like mad to the Indonesians here at the
moment. I think the Filipino concept was that a confederation might eventually exercise a
power of attraction on Indonesians and pull them away from their fellow-travelling
sympathies and more into the pro-Western orbit.”28

Meskipun sedar akan helah yang cuba dimainkan oleh Filipina, British turut berusaha untuk memastikan
segala permintaan Filipina tidak diketepikan begitu sahaja kerana khuatir boleh menjejaskan proses
pembentukan Malaysia dan menggugat keharmonian hubungan multi-lateral yang sedia terjalin. Oleh
itu, British turut menasihati Tunku Abdul Rahman agar lebih berhati-hati dan bertindak bijak dalam
menangani isu tuntutan tersebut. British seboleh-bolehnya tidak mahu mengheret Tanah Melayu ke
dalam krisis tuntutan tersebut kerana khuatir ia boleh menjejaskan usaha ke arah pembentukan
Malaysia.

Bagi memenuhi permintaan Filipina supaya diadakan rundingan, akhirnya British bersetuju untuk
mengadakan rundingan di London bagi membincangkan isu-isu bersama khususnya yang melibatkan
keselamatan di rantau Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, Filipina masih dengan pendirian bahawa
rundingan di London adalah bagi membincangkan isu tuntutannya ke atas Sabah dengan lebih serius.
Justeru, ketika rundingan diadakan pada 24 Januari hingga 1 Februari 1963, seperti yang telah
dijangkakan Filipina29turut mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah dengan mempersoalkan

27
Foreign Office to Certain of Her Majesty’s Representatives, Papers of Sir Harold Ingram: Confidential Letters and
Dispatches on the Suggested Confederation of Malaysia with the Philippines, 15 Ogos 1962.
28
DO 169/267, Proposal for confederation of states involving Malaya, Singapore, Brunei, North Borneo, Sarawak,
the Philippines, Indonesia and Thailand, British Embassy, Manila to Foreign Office, London, 22 Ogos 1962.
29
Antara delegasi dari Filipina yang turut serta dalam rundingan di London adalah Emmanuel Pelaez (Timbalan
Presiden Filipina dan Setiausaha Luar) selaku ketua delegasi, Macario Poralta, Jr., Setiausaha Kementerian
Pertahanan, Mr. Salvador P. Lopez, Setiausaha Hubungan Luar Filipina, ahli kongres Jovito R. Salonga dan Duta
Filipina, Eduardo Quintero. Sementara itu delegasi dari British terdiri daripada Peter Thorneycroft, Menteri

1531
kedaulatan British ke atas Sabah. Delegasi British kemudiannya mengemukakan hujah dan alasan
mengapa tuntutan Filipina tidak dapat diterima oleh kerajaan British.

Meskipun, tiada kata sepakat dicapai antara kedua-dua pihak mengenai isu tuntutan Filipina ke
atas Sabah, namun hubungan dua hala antara British dan Filipina berjaya dijernihkan kembali menerusi
persetujuan dalam kerjasama untuk mencegah kegiatan pelanunan, penyeludupan dan pendatang tanpa
izin di rantau Asia Tenggara.Kegagalan Filipina mendapatkan kerjasama British untuk menyelesaikan isu
tuntutannya ke atas Sabah dalam rundingan di London akhirnya memaksa Filipina memilih untuk
berunding secara langsung dengan Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia. Walau
bagaimanapun, rundingan di Manila bolehlah dikatakan sebagai tempoh bertenang kepada ketiga-tiga
pihak untuk menghentikan buat seketika sebarang pertikaian dan bantahan mengenai penubuhan
Malaysia. Persetujuan juga dicapai supaya diwujudkan satu jawatankuasa bebas daripada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan respons dan pandangan masyarakat Sabah mengenai
pembentukan Malaysia.

Sehinggalah pada 29 Ogos 1963, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pengisytiharan


penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Hal ini sekali lagi telah mencetuskan pelbagai kecaman
dan bantahan daripada akhbar-akhbar Filipina yang menganggap Tanah Melayu tidak menghormati
persepakatan dalam rundingan di Manila. Kecewa dengan sikap Tanah Melayu yang mengambil tindakan
unilateral dan tidak menghormati semangat dalam Rundingan Manila, Presiden Macapagal kemudiannya
menghantar surat kepada pejabat kedutaan Tanah Melayu di Manila bagi menyatakan rasa kecewanya.
Beliau mendakwa Tunku Abdul Rahman telah memungkiri janji dan memetik kenyataan Tunku pada
bulan April lalu iaitu kemasukan Sabah ke dalam Malaysia hanya akan berlaku only on clean state.30

Pertahanan, Mr. Peter Thomas, wakil parlimen, Robert Scott, setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, Lt.
General D.S.S. O’Cornor, Timbalan Ketua Pertahanan dan Marques of Lansdowne, menteri bagi Hal Ehwal Tanah
Jajahan. Lihat Foreign Office kepada Certain of Her Majesty’s Representatives, Anglo-Philippines Talks, 1 Februari
1963.
30
Surat Department of External Affairs, Political Development In Malaya, 21 September 1962.

References

DO 169/267, Proposal for confederation of states involving Malaya, Singapore, Brunei, North Borneo, Sarawak, the
Philippines, Indonesia and Thailand, British Embassy, Manila to Foreign Office, London, 22 Ogos 1962.

Ernesto del Rosario. ‘Off the Beat’ dalamThe Manila Chronicle, 14 dan 19 April 1962.

Ernesto O. Granada. ‘Behind Page One’ dalam The Manila Chronicle, 6 February 1962.

1532
FO 12/54, Surat Gabenor Labuan kepada Foreign Office, 22 Januari 1962.

Foreign Office to Certain of Her Majesty’s Representatives, Papers of Sir Harold Ingram: Confidential Letters and
Dispatches on the Suggested Confederation of Malaysia with the Philippines, 15 Ogos 1962.

Foreign Office kepada Certain of Her Majesty’s Representatives, Anglo-Philippines Talks, 1 Februari 1963.

Grant by the Sultan of Sulu of a Permanent Lease Covering His Lands and Territories on the Island of Borneo, 22
Januari 1878, Translation by Professor Conklin of the Deed of 1878.

Great Britain and Netherlands: Grant from the Sultan of Sulu to Baron de Overbeck and Alfred Dent, Esquire, of
certain territories and lands on the mainland of the Island of Borneo, 22 January 1878.

Gunther Conradi. ‘The Claim on Sabah’ dalam Daily Express, 13 Disember 1998.

Jean Grossholtz. Politics in the Philippines. Boston : Little, Brown and Company, 1964.

Jovito R. S.A Point By Point Reply To The Sumulong Report On The Philippine Claim To North Borneo. Manila :
Republic Of The Philippines House Of The Representatives Manila, 1963.

Jovito R. Salonga. ‘The North Borneo Question’ dalam Philippine Free Press, 5 Mei 1962.

Low, H.‘Selesilah’ dalam Papers Relating To Brunei. Malaysia : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society,
1998.

Leifer, M. The Philippine Claim To Sabah. England : Centre For South-East Asian Studies, 1968.

M. V. Soliven. ‘A Word Edgewise’ dalamThe Philippines Herald, 3 Februari 1962.

M. O. Ariff. The Philippines Claim to Sabah: It’s Historical, Legal and Political Implication. Kuala Lumpur : Oxford
University Press, 1970.

Napoleon G. Rama.‘North Borneo is Ours’ dalam Philippines Free Press, 20 Januari 1962.

Napoleon G. Rama. ‘North Borneo Belongs To Us’ dalam Philippines Free Press, 30 Disember 1961.

Nik Anuar Nik Mahmud.Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2009.

Nestor Martinez Nisperos.Philippine Foreign Policy on the North Borneo Question. Tesis Ph.D, University of
Pittsburgh, 1969.

Napoleon G. Rama. ‘The North Borneo Case-Now Or Never’ dalam Philippines Free Press, 10 Mac 1962.

Napoleon G. Rama.‘Congressman Diosdado Macapagal on North Borneo’ dalam Philippines Free Press, 21 April
1962.

Napoleon G. Rama. ‘The North Borneo Case’ dalam Philippine Free Press, 30 Jun 1962.

Philippines Claims To North Borneo,Vol. 1. Manila : Bureau of Printing, 1964.

1533
Surat Department of External Affairs, Political Development In Malaya, 21 September 1962.

Surat Duta Australia di Manila kepada Department of External Affairs, North Borneo, 6 Februari 1962.

Surat Perjanjian antara Sultan Sulu, Sultan Jamalul ‘Azam dengan Baron Von Overbeck, 22 Januari 1878, Public
Record Office, London.

Willie Ng. ‘Column 8’ dalamThe Manila Daily Bulletin, 25 Januari 1962.

1534
Buat seketika, hubungan Malaysia dan Filipina kembali tercalar apabila Filipina bertindak
memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia namun Filipina akhirnya terpaksa akur dan
kembali menjalinkan hubungan bilateral nya dengan Malaysia. Hal ini dilakukan Filipina kerana sedar
akan peri pentingnya kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau khususnya bagi
mengekang pengaruh komunis di rantau Asia Tenggara.

KESIMPULAN

Pengaruh akhbar tempatan Filipina terhadap persoalan Sabah bukan sahaja berjaya membuka
mata masyarakat Filipina mengenai hak dan sejarah silam Kerajaan Sulu tetapi juga menjadi instrumen
penting ke arah pembentukan dasar Republik Filipina mengenai Sabah. Persoalan yang sering
dibangkitkan oleh kebanyakan akhbar Filipina termasuklah mengenai hak pemilikan sebenar ke atas
Sabah. Namun, pasca pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, memperlihatkan isu-isu yang
sering dibahaskan lebih tertumpu kepada isu mempertikaikan penggabungan Sabah bersama Malaysia
dan serangan terhadap kepimpinan Tunku Abdul Rahman kerana dianggap tidak menghormati hubungan
bilateral Filipina-Tanah Melayu serta mengkhianati perjanjian dalam rundingan di Manila. Isu tuntutan
Filipina ke atas Sabah bolehlah diumpamakan seperti sarang tebuan yang sekiranya dijolok, pastinya ia
akan menyengat dengan sengatan paling berbisa. Demikianlah halnya dengan isu tuntutan ke atas Sabah
oleh Filipina, isu yang kadangkala menjadi suram namun akan kembali mewarnai perkembangan geo-
politik semasa jika ia sengaja dihidupkan oleh pihak tertentu dengan tujuan tertentu. Hal yang sama
pernah disebutkan oleh Shann, bekas duta Australia di Maniladalam suratnya kepada Pejabat Luar British
bahawa, “Filipino claims to the area came and went rather like the rainy season”.

1535
PERSPEKTIF HISTORIOGRAFI TRANS-NASIONAL SEBAGAI
UPAYA MEMBANGUN KESEPAHAMAN NEGERI-NEGERI
SERANTAU DI ASIA TENGGARA

Nour Muhammad Adriani


Universitas Padjadjaran
Bandung, Indonesia
adrian.2bdg@gmail.com

Abstrak

Sejarah adalah kompleksitas peristiwa yang dibangun tidak oleh satu faktor saja, melainkan berbagai
macam sebab yang dimaknai secara beragam oleh pelaku, saksi, atau generasi sesudahnya, maka
bagaimanakah sejarah yang sebagaimana adanya menurut Ranke dapat dituliskan jika “sebagaimana
adanya” itu sendiri tiada otoritas yang jadi patokan, sebagaimana Munslow (2001) katakan, “is history
what happened or what the historians tell us happened?”

Adanya ruang perspektif subjektif yang begitu besar antara fakta sejarah dengan sejarahwan akan
memperlihatkan kontradiksi yang jelas dan sangat membingungkan bagi masyarakat awam. Sejarah
hanya menjadi versi-versi tafsiran peristiwa dan kehilangan otoritasnya sebagai media eksplanasi
identitas individu maupun kolektif. Sebagai “otoritas resmi”, negara sering mengambil peran, sehingga
memasuki abad ke-21 orientasi nasional sebagai bingkai sejarah menjadi umum – suatu historiografi
nasion-sentris.

Sejarah Asia Tenggara, masih umum dikenal sebagai Rantau Melayu, memasuki lima ratus tahun terakhir
menjadi semakin kompleks. Era pasca-kolonialisme membuat wilayah ini terkotak-kotak menjadi negara-
kebangsaan yang bisa dibilang spontan dan kompromistis. Rantau Melayu itu – jajaran Kepulauan Nusa
Antara – terbagi menjadi negara-negara bangsa serumpun; Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam,
Singapura, dan Filiphina Selatan membuat penulisan sejarah pun menjadi bersifat nasionalistis;
Indonesia punya Sejarah Nasional Indonesia, begitupun Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, dan
Filiphina Selatan memiliki versi sejarah nasion-nya sendiri dalam lingkup negara-bangsa modern.

Historiografi dengan bingkai kebangsaan diawali dengan pemihakan, bagaimana kita menjelaskan
etnisitas, migrasi, konflik perbatasan, sengketa politik, hubungan dua negara, dan sebagainya melalui
konteks “kebenaran (negara) kami”. Sejarah seharusnya menjadi media rujukan bersama manakala
membangun hubungan antar negara, sebab pemihakan berarti hilangnya keseimbangan objektif dan
tumbuhnya prasangka. Dalam konteks Asia Tenggara, diperlukan kesadaran para sejarahwan untuk
bertemu dan menyusun satu historiografi bersama yang bersifat trans-nasional, suatu Tarikh Negeri-
negeri Serantau.

Kata Kunci : Historiografi, Nasion-sentris, Trans-nasional, Negeri Serumpun/ Serantau

1536
PENDAHULUAN
Lima puluh tahun terakhir sejak berakhirnya kolonialisme di sebagian besar negara-negara di Asia
Tenggara, hubungan diplomatik antar Negara menjadi sedemikian kompleksnya, sehingga hampir setiap
Negara memiliki persoalan secara unilateral pun bilateral dengan tetangganya. Sengketa wilayah
perbatasan adalah isu pertama, kemudian masalah migrasi dan ketenagakerjaan, dan selanjutnya
masalah kebudayaan.Sesungguhnya, semua itu tidaklah menjadi masalah ketika dipahami secara
proporsional. Hanya saja manakala kepentingan politik campur tangan – dan pada mayoritas kasus ini
terjadi – semua itu menjadi gawat. Sejarah sering dijadikan alat pembenaran masing-masing pihak,
mendistorsi nilai bahkan faktualitas yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sejarahwan agaknya perlu
“menjaga jarak” dengan semua kemelut dan pembenaran-pembenaran sepihak semacam ini.
1

Memasuki abad ke-21 muncul sebuah perdebatan penting dalam dunia pendidikan Indonesia, manakala
kurikulum pertama pasca-lengsernya pemerintahan militerisme Soeharto, dipublikasikan. Salah satu
hiruk pikuk yang cukup memancing perhatian adalah mengenai konten pendidikan sejarah, hingga
memicu penangguhan kurikulum – yang dikenal KBK 2004 – secara keseluruhan. Pangkal masalahnya
adalah terdapat perubahan yang terlalu fundamental dalam substansi pelajaran sejarah untuk pelajar,
yaitu keberatan para tokoh karena kesan “pembersihan” atau “pemutihan” orang-orang komunis dari
peristiwa penting G30S, yang selama 30 tahun lebih menjadi tiang propaganda rezim.2

Hiruk pikuk yang sama agaknya pernah terjadi di Malaysia, beberapa tahun yang lalu ketika suatu film
dokumenter pendek3 berdurasi lebih kurang 40 menit dirilis, menampilkan sejarah kemerdekaan
Malaysia dengan sentuhan lain yang seolah anti-mainstream. Film pendek ini sekilas mendapat
sambutan cukup baik terutama dari warga Malaysia yang aktif menggunakan media internet.4 Sekitar
tahun yang sama, muncul juga kritik akademis di Indonesia yang dilakukan Bambang Purwanto di UGM,
mengenai “gagalnya” arus besar kesejarahan Indonesia, menyeru agar sejarahwan
Indonesiamengevaluasi kembali karya-karya mereka serta menempatkan konteks peristiwa secara kritis
dan proporsional.5

1
Gottschalk menyebutkan, “…memberi tempat yang lebih tinggi bagi patriotisme di atas kebenaran sejarah
mungkin pantas bagi seorang pelukis atau bahkan bagi seorang wartawan, tetapi tidak layak dilakukan oleh seorang
sejarahwan selaku sejarahwan”, hal. 6.
2
Purwanto, hal. 222-223. Keberatan khususnya disampaikan oleh tokoh-tokoh berlatar belakang militer dan
golongan agamawan yang takut komunisme hidup kembali jika ditampilkan seolah mereka menjadi korban sejarah/
politik. Masalah ini memicu penarikan sejumlah besar buku ajar sejarah berkurikulum 2004 sampai pemusnahan
secara fisik (pembakaran) oleh beberapa penerbit. Lihat….
3
Pada tahun 2007 sebuah film dokumenter l.k. 40 menit karya Fahmi Reza dipublikasikan berjudul “10
Tahun Sebelum Merdeka” mengisahkan perspektif kemerdekaan Malaysia ditinjau dari perjuangan kaum kiri.Pada
dasarnya merupakan kritik terhadap sejarah nasional Malaysia resmi. Pemenang Freedom Filmfest 2007.Lihat.
http://10tahun.blogspot.com/ dan http://www.malaysiakini.com/columns/73919.
4
Sejumlah masyarakat Malaysia memberikan komentar yang cukup keras terhadap pandangan-pandangan
Fahmi Reza sebagai inisiator gerakan reapresepsi sejarah tersebut dengan lebih kepada pandangan ideologi dan
kehidupan pribadinya. Lihat. http://gerakan13.blogspot.com/2012/08 dan http://harapan-
esok.blogspot.com/2012/04.
5
Purwanto, memberikan seruan dalam pengantar bukunya, “…arah baru yang ingin dikembangkan dalam
penulisan sejarah Indonesia itu diharapkan mampu membuka wawsasan yang lebih luas kepada para sejarahwan
Indonesia…”, hal. xviii-xix.

1537
Tiga hal di atas, merupakan suatu gambaran dinamika kesejarahan di dua negara serantau, Indonesia
dan Malaysia, dalam suatu babak baru yang lebih bergairah. Lewat 2000-an, suasana perubahan cara
berpikir dan corak pandang historis masyarakat di kedua Negara itu tampak semakin kritis ditandai
dengan diskusi-diskusi intelektual dan pewacanaan-pewacanaan ilmiah yang semakin berani
menunjukan perbedaan.6 Semua ini tampaknya wajar mengingat gelombang perubahan sudah dimulai
pasca jatuhnya rezim politik yang – terlampau – represif, khususnya di Indonesia. Sejauh pengamatan
penulis, pembaruan-pembaruan akademis di Malaysia pun tampak semakin menuju pada keterbukaan
informasi dan interaksi ilmiah.

Salah satu yang patut kita kritisi bersama sebagai dampak keterbukaan itu adalah mengenai efektivitas
kesejarahan di Asia Tenggara dalam sumbangsihnya terhadap konflik dan hubungan diplomatik antar
negara. Jika sejarah menjadi alat pembenaran atas klaim, maka hal itu biasa. Namun, jika sejarah itu
dibuat sedemikian rupa secara sistematis untuk “melestarikan” konflik, bukankah ini menjadi suatu
masalah? Demikianlah yang terjadi dalam modernitas intelektual negara-negara di Asia Tenggara, yaitu
suatu konstruk Sejarah Nasional yang menjadi hambatan sistematik dalam pola pikir masyarakat awam
di masing-masing Negara. Awalnya mungkin ditujukan untuk memberikan dasar kecintaan pada Negara,
hanya saja hasilnya akan terlihat semakin chauvinistis.7 Arogansi politis justru lebih dominan daripada
adanya suatu niatan mencari titik temu dalam perjalanan waktu itu.

Peran Negara sering mengambil alih otoritas kesejarahan termasuk dalam menghasilkan nasionalisme
sejarah.Persoalan sejarah nasional-sentris itu sendiri menurut penulis tidaklah terlalu bermasalah
manakala membahas isu-isu dalam negeri, meski perdebatan mengenai penyimpangan yang mungkin
terjadi tampak semakin relevan, sebagaimana Purwanto (2006) sebut “…hanya menjadi pengumbar
nafsu kebangsaan, tanpa melihat dimensi lain yang membentuk masa lalu…”. Hanya saja sejarahwan
tidak boleh abai manakala distorsi sejarah ini terjadi dalam konteks melibatkan negara lain. Semua
“ketaatan” itu akan menjadi bom waktu ketika masyarakat percaya atas kebenarannya.

Ada tiga pilar penting epistemologi yang dapat kita gunakan dalam hal perspektif yang telah dijelaskan.
Pertama, mengenai kedudukan fakta dalam sejarah dan bagaimana memandang fakta itu dalam
perspektif ini. Kedua, unit historis yang tergabung dalam kedudukan teori dalam Ilmu Sejarah. Serta
ketiga, nilai guna aplikatif dari pemecahan masalah yang diuraikan. Dalam tulisan ini, masalah sejarah
nasional di Indonesia menjadi studi kasusnya.

PEMAHAMAN ISTILAH

Rantau dalam bahasa Indonesia memiliki beberapa makna. Ia bisa dimaknai wilayah pesisir atau teluk
dan dapat juga berarti daerah (negeri) di luar daerah (negeri), atau negeri yang asing. Istilah ini, jika
diberi imbuhan se- menjadi serantau mengandung makna senasib. Dengan kata lain, negeri-negeri
serantau berarti negeri-negeri yang memiliki keterikatan secara khusus meski berbeda entitas politik.

6
Di Indonesia diawali reformasi 1998 dan berakhirnya militerisme negara. Perdebatan keilmuan semakin
semarak, termasuk dalam sejarah. Jika dulu cenderung satu suara, sejarahwan Indonesia kini lebih berani
menyampaikan gagasannya. Purwanto mengkritisi pemikiran Guru dan kolega sejarahwan lain, termasuk mencoba
mengaktualisasikan kembali format sejarah kritis sebagaimana pemikirannya. Di Malaysia dan Singapura perubahan
dirasa semakin menguat seiring perubahan politk yang lebih dinamis pasca menguatnya oposisi dalam
pemerintahan di Malaysia maupun Singapura.
7
Lihat. Gottschalk, hal. 1-2 dan 187-188, Sjamsudin, hal.146-147, dan Ali, hal. 56-59.

1538
Melayu merujuk lebih pada etnis di Semenanjung Malaya dan Sumatera dewasa ini, meski pemahaman
itu sendiri telah menyempit. Pada pengertian luasnya, Melayu merupakan unsur ras Austronesia yang
tinggal di kepulauan yang kini Indonesia, New Guinea, Melanesia, Polinesia, Mikronesia, Filiphina, dan
sebagainya mencakup kepulauan di tenggara Asia.8 Oleh sebab itu, Rantau Melayu dalam kaitannya
dengan Asia Tenggara mencakup negeri-negeri yang kemudian muncul di sekitaran itu, terbatas pada
yang kini dikenal dengan Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei Darussalam.

MASALAH FAKTA SEJARAH

Adalah suatu perdebatan yang tiada habisnya dalam keilmuan sejarah mengenai bagaimana sejarahwan
seharusnya mendudukan fakta sejarah. Belum lagi selesai pertanyaan lama dijawab, skeptisisme
terhadap sejarah sebagai ilmu sudahpun ditambah oleh perkembangan filsafat postmodernisme dengan
jargon dekonstruksionismenya.9 Kini sejarah sebagai sebuah pengetahuan sudahlah dicukupkan sebagai
suatu narasi sastra saja ketimbang dipaksakan sebagai suatu pengetahuan yang dicoba utuk
disaintifikasikan, sebagaimana tesis White dalam bukunya.10

Perdebatan inipun mendapat tangapan yang cukup beragam, seperti Collingwood yang mencoba
menjembatani atau Ankersmit yang memberikan jawaban lebih tegas dengan sedikit mengkritisi upaya
Collingwood.11 Hanya saja memang bagi sejarahwan kita di regional Asia Tenggara spesifik lagi di
Indonesia, seolah tidak ada pengaruh dengan semua hiruk pikuk keilmuan – lebih tepatnya kefilsafatan –
sejarah itu, yang sejatinya jika dipahami akan memberikan perspektif berfikir yang sangat jauh berbeda
hasilnya dalam menghasilkan karya sejarah maupun menilai karya yang ada. Agaknya, dari waktu ke
waktu sejarahwan di Indonesia lebih berorientasi pada kesejarahan deskriptif yang lebih praktis daripada
berkutat dalam masalah hierarkis kelimuan yang cenderung spekulatif itu. Buku pegangan keilmuan
sejarah pertama baru terbit pada 1992, atas upaya Sartono Kartodirdjo yang didaulat sebagai Bapak
Sejarah Modern Indonesia.12 Disusul kemudian Kuntowidjojo dua tahun kemudian. Memang, baru-baru

8
Lihat. Elson, hal. 3-6.
9
Lihat. Sjamsudin, hal. 262-272 dan Ankersmit, hal. 222-232.
10
Hayden White (1974) dalam The Historical Text as Literary Artifact,“...sebagaimana yang paling tampak
pada mereka [naratif-naratif sejarah] adalah – fiksi-fiksi verbal, yang isi-isinya diciptakan (invented) sebanyak yang
ditemukan (found) dan bentuk-bentuknya lebih banyak persamaannya dengan rekan-rekan (counterparts) mereka
dalam sastra daripada dengan sains...“,dikutip Sjamsudin, hal. 270.
11
Skeptisisme gaya Oakeshott dan Goldstein ditanggapi R.G. Collingwood dengan re-enactment yaitu,
“...menghayati pikiran dan perbuatan seorang tokoh sejarah yang sedang dipelajarinya...secara harfiah mengulangi
gagasan-gagasan pelaku sejarah itu...“, dalam Ankersmit, hal. 88 meski kemudian dikritisi olehnya bahwa yang
dihadirkan adalah pemahaman bukan fakta itu sendiri. Akhirnya Ankersmit menyimpulkan sendiri, re-enactement
tidak dapat diterima sebagai sanggahan skeptisisme, hal. 91. Menurut Ankersmit mengulang gagasan Danto, lebih
tegasnya sejarah memang tidak mampu mengamati masa silam secara empiris namun itulah justru menguatkan
kebutuhan atas Ilmu Sejarah untuk mempersempit jarak antara masa kini dan masa lalu itu, hal. 96-97.
12
Sartono Kartodirdjo, seorang Profesor Sejara lulusan Universitas Amsterdamh, dikenal karena wawasannya
dan kepeloporannya mentransfer mazhab annals telah memberikan corak baru dalam kesejarahan Indonesia.
Sempat menjadi Presiden IAHA 1971-1974 dan aktif dalam dunia intelektual global. Guru sekaligus pembimbing
bagi sejarahwan-sejarahwan kritis Indonesia sejak tahun 1970-80-an. Banyak sejarahwan senior yang sejalan dan
memuji hasil karyanya sehingga kemudian didaulat sebagai Bapak Sejarah Modern Indonesia. Terbit juga buku 80
Tahun Prof. Dr. Sartono Kartodirdjo; Pelopor Sejarah Indonesia(Herlina, Nina, ed. Bandung: Satya Historika, 2001)
yang merupakan Bumga Rampai mahasiswanya yang saat ini – sebagian besar – sudah menjadi sejarahwan senior.
Pada kewafatannya tahun 2008, diterbitkan memoir Sejarah yang Memihak, Mengenang Sartono

1539
ini saja orang mulai menarik perhatian tentang keilmuan sejarah khususnya setelah kepulangan
Bambang Purwanto dari Inggris dengan membawa dekonstruksinya ke Bulaksumur, sehingga dengan
begitu ada sedikit gairah untuk memperdalam sejarah sebagai suatu ilmu di Indonesia khususnya.

Penulis merasa kekurangan informasi mengenai kondisi kesejarahan masing-masing Negara di Asia
Tenggara, hanya saja fakta bahwa selama ini masalah bilateral atau unilateral antar Negara-negara di
Asia Tenggara khususnya Rantau Melayu yang disebabkan perbedaan perspektif historis, menjadibukti
yang kuat bahwa sejak negara-negara di kawasan ini merdeka, sejarahwan di masing-masing negeri itu
sudah menjadi korban bagi perspektif sempit kesejarahan yang berkembang pasca-kolonialisme.
Memang sebagaimana Sjamsudin sebut, bahwa hampir-hampir tidak pernah – jarang sekali sejarahwan
mencapai kata sepakat dalam memahami sejarah, konsensus adalah barang langka di kalangan
ini.13Namun, bukankah perbedaan itu semua pun sesungguhnya dapat menjadi konsensus? Bahwa jika
orang boleh menolak eksistensi suatu peristiwa sejarah pun diperbolehkan atas dasar fakta dan
perspektifnya sendiri, maka mengapa tidak bisa ada satu “kesepakatan” untuk “berbeda” namun dengan
meyakini perbedaan itu tak terhindarkan? Hal ini akan membawa implikasi yang berbeda bagi mereka
yang dengan skeptis menghindari perdebatan karena berbeda tanpa sepakat mengenai hakikat
perbedaan itu sendiri.

Sejatinya, masalah terbesar sejarah sebagai suatu ilmu kritis terdapat dalam sudut pandang mengenai
(1) fakta; (2) kebolehan dan batas berteori (termasuk di dalamnya satu -isme tertentu); dan (3) derajat
kebenaran ilmiah atau mengenai kedudukan sejarah sebagai ilmu itu sendiri14 – perdebatan tak kunjung
berakhir antara para idelalis dan positivis. Poin kedua dan ketiga akan mendapat sedikit bahasan,
mengingat keterbatasan ruang tulisan ini, namun mengenai sudut pandang fakta sejarah adalah suatu
yang perlu diingatkan kembali bahwa wacana ini selain penting, juga belum berakhir, meski
keberadaanya belum banyak berpengaruh bagi dinamika kesejarahan di Asia Tenggara, Indonesia
khususnya.

Pertanyaan mendasarnya adalah apakah fakta sejarah bersifat objektif atau subjektif? Sebagian besar
perdebatan kaum idealis membedakan sejarah sebagai ilmu yang ”subjektif”, dan penulis sepakat dalam
argumentasi bahwa sejarah menjadi subjektif sebab manusia dan peristiwa (waktu) yang menjadi objek
kajiannya adalah sangat partikular dan unik.15 Demikian jika kita mengakui bahwa pada hakikatnya
sebuah dokumen sejarah, pun dari masa sezaman, prasasti, tulisan, catatan, adalah hasil buatan
seseorang, sehingga Kartodirdjo (1992) dalam bukunya, lebih menekankan fakta sejarah sebagai produk
dari proses mental yang karenanya bersifat subjektif. Lebih jauh ia menekankan ada ketidakpahaman
orang yang mengatakan fakta itu bersifat objektif sebab ungkapan itu sendiri lebih sebagai konstruksi
atas subjek.16

Sesungguhnya upaya reapersepsi konsep fakta dan keilmuan sejarah secara umum sudah dilakukan
beberapa tahun sebelumnya dengan penerbitan edisi bahasa Indonesia buku F.A. Ankersmit mengenai
Filsafat Sejarah. Secara umum, buku tersebut berisi banyak pengenalan berbagai konsep Ilmu Sejarah
sekaligus jawaban, kritik, pendapatnya atas wacana kesejarahan yang sedang muncul atau ada sepanjang

Kartodirdjo(Nursam, dkk. Yogyakarta: Ombak, 2008)dari 43 orang keluarga, kerabat, kolega, muridnya, banyak di
antara mereka memuji dan menggelarinya sebagai maestro Sejarah Modern Indonesia Lihat juga.Riwayat
Pengarang Buku, Sartono, hal. 281-282. Purwanto, hal. 14.
13
Lihat. Sjamsudin, hal. 15-20.
14
Lihat. Gottschalk, hal. 7 dan 8.
15
Lihat. Sjamsudin, hal. 139-142 dan Gottschalk, hal. 34.
16
Lihat. Kartodirdjo, hal. 17.

1540
masa, termasuk tanggapan terhadap pemikiran Narativisme yang dipopulerkan White lebih satu dekade
sebelumnya. Penekanan Ankersmit dalam menguraikan fakta historis adalah beberapa kesesuaiannya
dengan pendapat Becker sekaligus beberapa keberatan.Persetujuannya tampak dengan serangan Becker
atas pendapat para sejarahwan yang memandang fakta sebagai kepastian yang praktis tak dapat
disangsikan, dan andaikata terjadi kesangsian, maka dalam praktek ini dapat dipecahkan. Kritiknya pada
“kebenaran fakta” Becker, bahwa kebenaran fakta ada dalam benak sejarahwan yang memunculkan
diskursus fakta tersebut, adalah prinsipnya menekankan pemisahan antara fakta dengan pembicaraan
mengenai fakta. Menurut Ankersmit, fakta selalu terjadi di masa silam. Maka kebenaran obejktif itu ada
dan harus dibedakan dari wacana para sejarahwan. Memang, pada akhirnya tidak begitu jelas juga
kedudukan fakta itu dalam prakteknya, hanya pernyataan terakhirnya Ankersmit seolah menyarankan
untuk menepis skeptisisme Becker namun sepakat dengan kadar relatif suatu fakta sejarah.17

Cukup lama diskusi keilmuan sejarah khususnya di Indonesia mereda sampai masa milenia baru, terbit
satu buku yang cukup cenderung anti-mainstream dari Bambang Purwanto.18Buku yang dalam
pengantarnya secara jelas memaksudkan sebagai otokritik terhadap karya guru sekaligus seniornya,
Sartono, lebih dipengaruhi corak paling mutakhir yaitu wacana post-kolonialisme, post-modernisme,
atau yang dikenal dengan dekonstruksionisme sejarah. Purwanto membawa kita pada wacana Munslow
bahwa fakta dan peristiwa sejatinya adalah produk bahasa, sehingga disangsikan adanya
komperhensivitas yang mewakili fakta karena batasan bahasa itu.19 Bahwa – senada sesungguhnya
dengan pendapat Sartono – masa lalu yang dipelajari, sekalipun dari teks semasa, dianggap sebagai
produk interpretasi naratif dan eksplanasi dari manusia yang kontradiktif dan ambivalen.20 Namun, jika
para konstruksionis (sejarahwan konvensional dengan pendekatan social-scientific menurut Munslow)
menyadari kelemahan itu dengan menggunakan pendekatan-pendekatan Ilmu Sosial, maka bagi
Munslow penyikapannya adalah kembali pada narasi saja, tak perlu memaksakan saintifikasi Sejarah
sebab pemaknaan akan berubah seusia dengan perkembangan zaman.21

Mayoritas sejarahwan mengakui bahwa fakta dalam sejarah bersifat relatif, yaitu subjektifitas yang tak
mungkin dihindari sekalipun dokumen yang memberikan keterangan adalah dari zamannya. Sebab,
adanya dokumen pun merupakan pemahaman yang terbatas melalui simbolisasi bahasa untuk
menerangkat peristiwa secara partikular. Sebagian sejarahwan melakukan adopsi dengan pendekatan
Ilmu-ilmu Sosial agar teori membantu “kelemahan” sejarah itu.Yang lain mengambil Narativisme agar
“memurnikan” sejarah dari keterpaksaan men-saintifikasi diri melalui teori-teori ilmu lain.Ada juga yang
bahkan mengambil jarak untuk keduanya sekaligus menujukkan ambiguitas yang membingungkan.
Hanya saja, dalam tulisan ini relevansi kedudukan fakta adalah, dengan memahami bahwa fakta dalam
sejarah adalah objektif dalam peristiwa, namun multiperspektif-multidimensional dalam pemahaman,
maka yang ada – sebagaimana Ankersmit sebut – bukan benar dan salah, namun ukuran kualitatif seperti
“berguna”, atau “dapat diterima”.22 Dengan demikian suatu konstruksi sejarah yang memuat justifikasi
benar dan salah layak kita pertimbangkan sebagai muatan ideologis, bukan termasuk bangun sejarah
akademis-ilmiah yang diharapkan.

17
Lihat. Ankersmit, hal. 99-101.
18
Gagalnya Historiografi Indonesiasentris?! dan Menggugat Historiografi Indonesia (bersama Asvi Warman
Adam)
19
Lihat. Purwanto (bersama Asvi), hal. 32-38
20
Lihat. Purwanto, hal. 5.
21
Lihat. Sjamsudin, hal.266-268 dan Purwanto, hal. 5-7.
22
Lihat. Ankersmit, hal. 120.

1541
INDONESIA DAN SEJARAH NASIONAL-SENTRIS

Era pasca-kolonialisme diawali dengan kemerdekaan negara jajahan, sebagaimana yang dialami
Indonesia sejak 1945, harus diakui merupakan suatu realisasi dari suatu ide besar yang masih sangat
baru dibandingkan dengan rentang sejarah peradaban di kepulauan Nusantara, pun demikian dengan
Malaysia, Singapura, atau negara modern Brunei.23 Berdirinya Negara-negara tersebut tidak lagi
didasarkan atas kesukuan, namun kewarganegaraan yang berbasis kebangsaan, nasionalisme. Bangunan
nasionalisme adalah suatu konsep baru yang dikenalkan di Eropa sekitar abad ke-18 atau 19, dan
dianggap sebagai konsep terideal pada masanya sebagai alternatif kedaulatan disamping Tuhan dan
Raja. Umumnya, melalui konsep ini, semua orang dengan berbagai perbedaannya diperbolehkan untuk
bergabung dalam satu bangunan baru kenegaraan selama mau menaati kesepakatan dalam jalannya
Negara tersebut. Inilah paham yang dipandang karenanya berbagai etnisitas, agama, pemikiran, dan
perbedaan dapat diatasi,24 meskipun itu kembali pada ideologi yang dianutnya.

Meski terlihat sangat ideal, ada satu kekurangan paling mendasar yang menjadi impilkasi kehidupan
Negara berdasarkan nasionalisme itu. Sebab nasion berarti meleburkan identitas “lama” yang cenderung
primordial menjadi satu kesamaan yang memang “baru” makapijakan kebersamaannya masih sangat
lemah sehingga pembangunan identitas bersama dan internalisasi ideologi negara menjadi suatu
keharusan untuk dicapai melalui berbagai cara,25 termasuk melalui sejarah sebagai memori kolektif.
Rezim politik seringkali menggiring masyarakat melalui memorisasi sejarah. Jika seharusnya sejarah
menjadikan memori kolektif sebagai gudang fakta mental, sehingga memegang kendali atas sintesis yang
dihasilkan, dalam format ini Negara justru menjadikan sejarah sebagai subordinan dari memori yang
ingin dibangun oleh rezim kepada masyarakatnya.26 Ini akan terlihat mudah dari macam-macam
monumen yang didirikan pemerintah, penamaan-penamaan sarana publik, pidato pejabat, dan
semboyan-semboyan.

23
Lihat. Elson, hal. 1-6.
24
Surbakti mengutarakan bahwa faktor pembentuk identitas nasion adalah (1) primordialitas, (2) sakralitas,
(3) ketokohan, (4) kebhinekaan, (5) sejarah, (6) ekonomi, dan (7) kelembagaan, yang selanjutnya dipersatukan
dibawah ideologi nasional.Lihat dalam Pengantar Ilmu Politik (Jakarta: PT Grasindo, 2010), hal. 55-59 dan 60-61.
Pendapat lain dari Budiardjo dalam Dasar-dasar Ilmu Politik (Jakarta:PT Gramedia, 2010), hal. 45-48 dan 56-59.
Juga Rodee, dkk dalam Pengantar Ilmu Politik (Jakarta: Rajawali Press, 2000), hal. 41-45.
25
Dalam konteks Indonesia, hal ini sangat relevan. Sebagaimana dijelaskan dengan baik oleh R.E. Elson dalam
The Idea of Indonesia (Jakarta: PT Serambi, 2009) terutama subbab “Tantangan dan Kebingungan Internal” hal. 185-
193, subbab “Perebutan di Dalam: Hakikat ‘Indonesia’ dan Nilai-nilainya” hal. 204-214, serta subbab “Persoalan
Kesepakatan Politik” hal. 230-239. Tampaknya Malaysia pun menghadapi hal yang sama, bisa dilihat dari
pengalaman sejarahnya seperti isu rasial dan perimbangan ekonomi sebagaimana pemikiran Mahatir dalam Dilema
Melayu (Jakarta: Sinar Harapan, 1985) hal. 41-71 dan 110-114.
26
Budiawan (2013) : “…itulah sebabnya agensi/ institusi yang merasa berwenang atas ‘sites of memory’
senantiasa bekerja keras menjaga satu jendela (perspektif) itu; tidak membiarkan orang membuka kemungkinan
jendela-jendela (perspektif-perspektif) lain.” hal. xiii.

1542
Di Indonesia, sejak 1950-an kesadaran pentingnya internalisasi kebangsaan melalui sejarah mulai terlihat
dari para sejarahwan awal seperti M. Yamin, Armin Pane, dan Soekanto. Melalui dua bukunya, Yamin
memunculkan ide yang lebih sebagai suatu justifikasi atau sakralisasi simbol daripada sejarah.27 Pun
dengan perspektif karya Sanusi Pane yang dibuat di masa pendudukan Jepang menekankan distorsi
kedudukan kolonis Belanda dan mengedepankan ide Asia Raya.28

Pada masa kemudian, Kartodirdjo, merupakan seorang sejarahwan Indonesia paling berpengaruh dalam
perkembangan sejarah kritis di Indonesia. Garis keilmuannya (mazhab) yang menginduk pada annals
dapat ditemui dari judul bukunya – satu di antara tiga buku keilmuan sejarah berpengaruh di
Indonesia29– “Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah”. Dengan pendekatan ilmu sosial itu,
sejarah mendapat suntikan sejumlah metodologi dari ilmu sosial guna menegaskan keilmiahannya, meski
juga berarti membuka kisah lama perdebatan yang tak berujung apakah dalam sejarah dibutuhkan teori
atau tidak. Hanya saja, bahwa penekanannya atas perubahan cakrawala kesejarahan di Indonesia,
mencakup cakrawala etnosentrisme ke arah nasionalsentrisme, menjadi satu permasalahan tersendiri.30
Memang, koreksinya atas sejarah yang Indonesia-sentris sebagaimana Yamin kampanyekan bisa
dikatakan sangat berarti, hanya saja bahwa seolah terjadi kesalahpahaman dikalangan sejarahwan
setelahnya, bahwa masih kuatnya harapan-harapan yang diletakkan pada penelitian sejarah di Indoensia
– suatu harapan yang terlampau tingga sehingga memberikan bentuk sebelum bahannya ditemukan.

Buku Sartono, sebagaimana Bambang sebut, telah menjadi rujukan dan pegangan utama hampir semua
mata kuliah Teori dan Metodologi Sejarah untuk mahasiswa jurusan Sejarah di berbagai universitas di
Indonesia. Memang, sebagaimana diuraikan di awal, tidak banyak buku keilmuan sejarah yang beredar di
Indonesia, selain ketokohan dan keajegan posisi Sartono sebagai Bapak Sejarah Kritis31 dalam dunia
kesejarahan Indonesia. Meski tidak menyebutkan secara eksplisit, terdapat dorongan setidaknya saran
darinya untuk menggunakan unit sejarah nasional dalam membangun kerangka pemikiran historiografi.
Pertama, ia menyarankan agar setiap penyeleksian fakta sejarah lokal dilihat relevansinya dengan
kehidupan di tingkat nasional. Kedua, ia membandingkan relevansi sejarah nasional itu dengan
kebutuhan untuk mengelola arsip yang harus dikelola secara profesional.32 Pernyataan pertama sempat
memunculkan perbedaan pandangan dengan muridnya sendiri yang berbeda pendapat melihat realitas
banyaknya sejarahwan yang dinilai kurang tepat mendudukan lokalitas dalam konteks nasional
sebagaimana disarankan Sartono, bahkan cenderung mendistorsi realitas sesungguhnya peristiwa

27
Yamin seorang sastrawan dan budayawan awal Indonesia merdeka yang memiliki konsen terhadap
sejarah. Dua karyanya; “6000 Tahun Sang Merah Putih” dan “Perang Dipanagara” penuh muatan ideologi untuk
membangun semangat nasionalisme. Dalam buku pertama ia mencoba membangun argument historis bahwa
Merah-Putih adalah warisan masyarakat Nusantara sejak masa prasejarah, sementara buku kedua mengangkat
peran Dipanegara dalam Perang Jawa 1825-1830 sebagai perlawanan nasional. Kritik terhadap keduanya telah
bermunculan tak lama sejak publikasi buku-buku tersebut. Lihat. Purwanto (2006: 11-12), Ningsih (2013) dalam
Budiawan (ed.) hal. 9-10, dan Kuntowijoyo (2005:174).
28
Lihat. Ningsih (2013) dalam Budiawan (ed.) hal. 8 dan 12.
29
Hingga saat ini, selain diktat kuliah dosen, kebanyakan jurusan Sejarah di universitas-universitas Indonesia
sarjana maupun pascasarjana, mengarahkan mahasiswanya untuk membaca buku Filsafat Sejarah karya F.A.
Ankersmit (1987), Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah karya Sartono Kartodirdjo (1992), dan
Metodologi Sejarah karya Kuntowijoyo (1994). Di tambah buku “baru” dari kalangan Pendidikan, Metodologi
Sejarah karya Helius Sjamsudin (2007).
30
Lihat Kartodirdjo, hal. 7.
31
Lihat. catatan kaki no 12.
32
Lihat. Kartodirdjo, hal. 75-76.

1543
tersebut. Lebih jauh ini terkait penulisan objek-objek kajian sejarah masa kolonial yang dinilai banyak
disalahpahami oleh sejarahwan yang mencoba “mengamalkan” anjuran Sartono.33

Biarlah poin pertama ini menjadi bagian dari dinamika kesejarahan Indonesia yang tidak perlu disikapi
berlebihan, lebih sebagai diskursus keilmuan semata, hanya untuk yang kedua, agaknya kurang tepat bila
nasionalitas sejarah itu didasarkan atas kebutuhan pengelolaan arsip. Sebabnya jelas, tidak sedikit
peristiwa lokal sekalipun yang sumber dokumennya tidak ada di dalam negeri.34 Khususnya Indonesia
dan umumnya Negara jajahan (hampir semua Negara di Asia Tenggara), keterlibatan kolonis dalam
menuliskan riwayat yang lebih rapi selama penjajahan menyebabkan perlunya dokumen itu menjadi
sumber utama dalam penelitian sejarah yang dilakukan.

Di sisi lain, hubungan antara peran seorang sejarahwan dan warga Negara menjadi seolah dualisme
intelektual dalam mengangkat peristiwa sejarah ke muka, khususnya yang akan bersinggungan dengan
Negara tetangga. Dalam praktiknya peran dan tanggung jawab sebagai warga Negara jauh lebih
mendesak ketimbang “kejujuran” yang serba mengundang perdebatan itu. Mayoritas sejarahwan
memilih jalan aman dengan berkompromi dan lebih suka mengungkap isu yang sesuai dengan harapan
publik atau lebih jauh lagi penguasa politik. Terlebih dalam situasi geopolitik Asia Tenggara dalam dua-
tiga dekade terakhir, sangat sedikit sejarahwan yang mau melawan mainstream dengan resiko
berhadaapan vis-à-vis dengan pemerintah maupun masyarakatnya. Kemudian setelah segala perubahan
politik tingkat tinggi, ramai-ramai mereka berlindung dibalik “keterpaksaan” dan “ketidakberdayaan”
sebagai upaya cuci tangan atas justifikasi historis yang mereka lakukan sebelumnya.35

IMPLIKASI DIPLOMATIS SEJARAH NASIONAL-SENTRIS DI RANTAU SERUMPUN

Dalam sepuluh tahun terakhir, isu-isu regional mulai mengemuka. Masalah sengketa perbatasan dan isu
sejenis yang berasal dari memori historis mulai mendapat sorotan kembali. Sebagai contoh kasus
sengketa Laut Cina Selatan bermula dari klaim historis Cina dan beberapa Negara di Asia Tenggara;
Brunei, Filiphina, Vietnam, dan Malaysia. Adapun sengketa kuil bersejarah Preah Vihear juga
argumentasi historis antara Thailand dan Kamboja.36 Sementara itu, masyarakat Indonesia menolak
klaim Timor-Leste sebagai penjajah selama masa integrasi di dalam NKRI, berdasarkan argumen bahwa
masuknya Timor-Leste adalah keinginan warganya sendiri, sementara di dalam negerinya, Timor Leste
menganggap semua hanya sandiwara untuk mengolonisasi wilayah mereka ke dalam bagian RI. Namun,
kasus yang paling sentral sebagai implikasi diplomatis sejarah berbasis nasional khususnya di Rantau
Melayu adalah konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1960-an, bersamaan dengan ekses-eksesnya.

Tiada yang memungkiri bahwa Indonesia dan Malaysia adalah entitas politik yang murni baru.
Keberadaannya bahkan jenis kelaminnya tidak dapat ditarik melebihi masa perang dunia kedua, setidak-
tidaknya pada awal abad ke-20, konsep kenegaraan itu belumlah mapan sama sekali.Indonesia berwujud
di atas rangkaian geografi-politik tradisional yang karena dilemahkan secara sistemik oleh kolonis
Belanda menemukan identitas bersamanya,37 sementara Malaysia terwujud sebagai jawaban masyarakat

33
Lihat. Purwanto, hal. 16 dan 42.
34
Lihat. Kuntowijoyo, hal. 90-91 dan 95-100.
35
Lihat. Purwanto, hal.47-49.
36
Masing-masing mengandalkan pada peninggalan Historis, Kamboja dengan peta Perancis tahun 1908
sementara Thailand dengan akta klaim batas air 1904. Lihat.http://dwgdsudikamangku.
wordpress.com/2010/07/03/
37
Lihat. Elson, hal. 6-12.

1544
menentang konsep Malay Union yang diupayakan kolonis Inggris pada akhir masa pendudukannya.38
Fakta ini pun, masih sangat terbuka bagi perdebatan, sementara yang jelas adalah bahwa sebelum
memasuki abad ke-20, jauh lagi pada masa kekuasaan tradisional, Semenanjung Melayu dan Sumatera
serta kepulauan di sekitarnya berada dalam lingkup geo-etno-politik yang sama.

Di Indonesia, manakala membahas hubungan Indonesia dengan Negara-negara tetangga terdapat


masalah yang cukup penting. Seerat apapun Jawa, Sumatera, bahkan Sulawesi dengan Semenanjung
Malaya di masa pra-kemerdekaan, tak pernah agaknya diangkat ke muka. Sedikit sekali masyarakat
awam mengetahui bahwa leluhur beberapa kesultanan di Malaysia modern berasal dari kepulauan,
seperti keturunan bangsawan Minangkabau menurunkan Raja-raja Negeri Sembilan,39 atau kekerabatan
orang Bugis dengan Johor,40 dan keturunan Aceh dengan Penang dan Kedah.41 Yang lebih diberi
perhatian adalah kejayaan Sriwijaya dan Majapahit sebagai pemersatu kepulauan Nusantara. Belum lagi
keterikatan tokoh, tak banyak yang mengenal Syed Naguib Alatas42 lahir di Kota Bogor, di Pulau Jawa,
atau tokoh-tokoh Malaysia terkini yang baru terpaut satu dua generasi dengan salah satu etnis di
Nusantara.43

Dalam peristiwa-peristiwa yang lebih kontemporer, isu ekonomi lebih banyak menyulut konflik historis
berupa memori konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 60-an. Sehingga setiap isu negatif antar dua
Negara, kebencian itu tersulut dengan slogan “Ganyang Malaysia”.44 Contohnya, setiap kasus TKI di
Malaysia dimunculkan ke publik, luka lama diungkap kembali. Adapun di Malaysia hal semacam itu
ditanggapi dengan aksi antipati perlakuan terhadap TKI yang tidak kunjung membaik. Bahkan kasus-
kasus bernada “pelecehan” identitas Negara semakin banyak terdengar.45 Meski masing-masing Negara
saling menjaga diri, dorongan dari tataran masyarakat umum terhadap sikap “tegas” dituntut dari

38
Lihat. D.G.E. Hall dalam Sejarah Asia Tenggara (Surabaya: Usaha Nasional, 1988), hal. 777-785
39
Berawal dari gesekan politik dengan orang Bugis, seorang pembesar Minangkabau, Raja Melewar
menggabungkan koloni-koloni Minangkabau di sekitar Selangor, membentuk persekutuan yang dikenal sebagai
Negeri Sembilan. Lihat. Hall, hal. 323-324.
40
Keterlibatan orang-orang Bugis dimulai dari awal abad ke-18, yaitu ketika Daeng Parani ikut serta dalam
perselisihan Istana Johor pada 1718. Kemudian peran orang Bugis dalam tahta Johor meningkat sampai menduduki
singgasana kesultanan, bahkan meluaskan ekspansi ke utara sampai Perak dan Selangor. Gerakan ini merupakan
perebutan pengaruh dengan orang Minangkabau yang terusir dari Riau. Hubungan orang Bugis dengan Kerabat
Kesultanan Selangor masih dapat dilacak hingga kini. Lihat. Hall, hal. 318-322 dan Sudharmono dalam Sejarah Asia
Tenggara Modern (Yogyakarta: Ombak, 2012) hal. 10-19.
41
Lihat. Hall, hal. 311-316.
42
Seorang Ulama dan Intelektual muslim yang dikenal luas sebagai salah seorang pembaharu pemikiran
Islam di zaman modern. Lahir di Bogor pada September 1931 sebagai keturunan Arab, setelah mengenyam
pendidikan madrasah Islam di Jawa, meneruskan pendidikan modern di Singapura dan dilanjutkan ke Institut Studi
Islam, Universitas McGill, setelah mendapat gelar sarjana Sastra Melayu dari Universiti Malaya. Kepakarannya
dalam filsafat dan studi Islam. Lihat. http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_dan
http://cgm.cs.mcgill.ca/~hagha/library/attas.htm.
43
Salah satu contohnya adalah Dato Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan dalam Kabinet PM
Najib Razak, yang dalam satu kesempatan wawancara dengan salah satu televisi swasta Indonesia mengisahkan
bahwa ayahnya asli Kulon Progo (etnis Jawa), Yogyakarta. Bahkan dalam kesempatan berbicara bahasa Jawa, logat
Melayu-nya tak terlihat.
44
Slogan yang dipopulerkan oleh Soekarno semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 60-an. Lihat. M.C.
Ricklefs, hal. 564-567.
45
Bagaimana sapaan “Indon” dari warga Malaysia terkesan melecehkan bagi orang Indonesia, atau
perlakuan warga Indonesia di perbatasan dan nelayan yang dituduh melanggar wilayah batas Negara sebagai
contoh.

1545
pemerintah. Pemahaman yang demikian tentu bersumber dari bagaimana historiografi masing-masing
negara dikonstruk di atas semangat kebangsaan semata. Dalam kasus pertama, hilangnya transfer
pengetahuan sejarah regional menyebabkan generasi yang hidup setelahnya semakin merasa bahwa
tidak ada hubungan apapun dengan Negara jiran. Kebesaran dan keeratan kekerabatan kini tergantikan
dengan gejolak-gejolak politik kontemporer yang kesemuanya muncul pasca berdirinya Negara nasional.

Masalah utama adalah bagaimana masing-masing Negara menyusun sejarah bagi rakyatnya dalam
kerangka nasional mereka sendiri. Ketika sengketa tetap menjadi ganjalan hubungan antar Negara, maka
ada yang salah dalam proses penyampaian ide sejarah itu, jiwa dari sejarah. Kasus beberapa waktu lalu
mengenai keributan diplomatik terkait penamaan salah satu kapal perang RI Usman-Harun yang segera
menuai kecaman dan tindakan diplomatik dari pemerintah Singapura bisa dijadikan contoh. Bagi RI,
tokoh tersebut adalah pahlawan Negara, sementara bagi korbannya, pihak Singapura, mereka adalah
teroris.46 Penulis berpendapat bahwa masalah yang sama terjadi di Malaysia, Singapura, dan Brunei. Di
sini tampak bahwa banyak kerugian yang diakibatkan oleh penulisan sejarah yang nasionalsentris itu.

PEMANDANGAN FAKTA DAN TRANS-NASIONALISME SEJARAH

Apakah tidak mungkin membuat suatu sejarah yang “tidak memihak” sehingga setidaknya sebagian
besar masyarakat mampu mendudukan suatu peristiwa pada konteks zamannya? Ketika kita berpikir
mengenai kemungkinan itu maka sesungguhnya mungkin saja, meskipun netralitas murni adalah
ketiadaan sejarah sebab netralitas murni adalah hal yang tidak mungkin.47 Hanya saja, jika maksud
netralitas di sini adalah adanya suatu maksud bersama untuk mencapai satu konsensus yang logis dan
proporsional tentu dimungkinkan.Hal tersebut bisa diungkap sebagai berikut:

(1) Jika cakrawala sejarah bersifat etnis dengan segala kompleksitas antar etnis bisa bergeser ke
ranah nasional yang bersifat “netral” sebagai unit yang awalnya dipandang ideal dalam
menampung segi-segi kompleksitas historis itu, maka mengapa cakrawala nasional yang juga
begitu banyak ruang kompleks dan distorsinya tidak bisa diperluas ke ranah regional?
(2) Jika kebenaran sejarah berbasis pada perspektif interpretatif atas fakta yang ada kemudian
diberi pendekatan secara ilmu sosial untuk memberikan konteks fakta itu pada zamannya,
sekalipun bersifat naratif, mengapa tidak dibuat suatu usul bersama memasukkan berbagai
interpretasi sejarahwan regional untuk dikaji bersama dengan berbagai pendekatan ilmu sosial
itu? Bukankah setidaknya subjektifitas sejarah itu membuat kebenarannya bersifat relatif
sepanjang itu merupakan tafsir, bukan peristiwanya sendiri?
(3) Jika sejarah itu bersifat subjektif sebagaimana kaum idealis meyakini demikian, serta sandaran
atas argumentasi Frankael ketika mengklasifikasikan generalisasi bahwa kesatuan sejarah
dengan kompleksitas kehidupan manusia itu tidaklah terpisahkan, maka apakah mungkin
membatasi diri pada sudut pandang tertentu dari sejarah yang dinamakan nasional itu?
Kalaupun pembatasan itu memang dibutuhkan untuk kemudahan penelitian, agaknya dalam
konteks hubungan berbangsa dan bernegara, konsep itu harus diperluas melintasi batas-batas
nasion, suatu historiografi yang bersifat trans-nasional.

46
Media masa Singapura memuat banyak protes tokoh-tokoh mereka yang menyebut Usman-Harun sebagai
teroris musuh negaranya. Lihat.http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/editorials/story/why-kri-
usman-harun-not-welcome-20140220 dan http://therealsingapore.com/ content/shanmugam-clarifies-singapore
47
Lihat.Purwanto, hal. 8.

1546
Setidaknya Negara-negara yang dikenal dengan MABINS (Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, dan
Singapura) membutuhkan corak yang – meminjam istilah Kartodirdjo meskipun dengan makna berbeda –
lebih komparatif daripada sentris.48 Komparatif berarti satu sejarah yang dalam kesadarannya untuk
memihak berusaha membandingkan satu perspektif tertentu yang mewakili memori dan fakta sekaligus
dari masing-masing kebutuhan ideologis Negara, sehingga semua dapat memahami bahwa sejarah tidak
selalu dapat menjawab permasalahan di masa lalu dalam satu suara.

Diagram1. Ruang Lingkup Kesejarahan dan Bobot Implikasi Ilmiahnya

48
Pengertian Sartono terhadap Sejarah Komparatif adalah pembandingan satu peristiwa sejarah dengan
peristiwa yang lain yang mungkin sekilas sama polanya. Dalam pengertian itu jelas sudah tidak mdimungkinkan,
sebab sifat partikular dan unik peristiwa membatasi diri atas yang terjadi sebagai hanya satu kali. Memang
kemudian iam mengetengahkan konsep pendekatan Ilmu Sosial, yang dipandangnya mampu memberikan
“generalisasi” sejarah sehingga dapat dibandingkan secara longgar satu sama lain. hal. 78.

1547
PARAMETER
OBJEKTIFITAS
HISTORIS

FAKTUM

FAKTA

SUBJEKTIFITAS IDEOLOGI /
HERMENEUTIS APERSEPSI
HISTORIOGRAFI POLITIK
NASIONAL
-SENTRIS

INTERPRETASI NILAI /
PRO-NASION PEMAKNAAN
HISTORIS
PERSPEKTIF TRANSFER NILAI/
HISTORIAN / MASALAH FUNGSI EDUKASI
SEJARAHWAN HISTORIS

KONSENSUS / HARMONISASI/
INTERPRETASI BUDAYA
KOLEKTIF TOLERANSI

Legenda
Lingkup Historiografi Baru Interaksi Ruang Dialekitik
(Trans-Nasional) (Dominan)
Lingkup Ideal Historiografi Pengaruh/ Influensi
Umum Dialektis (Subordinan
Lingkup Historiografi Garis Transformasi
Nasional Kedudukan Analitis

1548
PENDEKATAN DAN PRAKSIS

Setelah tampak kebutuhan untuk suatu alternatif dalam perspektif kesejarahan khususnya negeri-negeri
serumpun atau serantau Melayu, maka dapatlah upaya itu dicoba dalam beberapa aspek pendekatan
sebagai berikut:

Diagram 2. Kerangka Integrasi Pemikiran

Kurikulum
Pendidikan Translasi
Karya-Karya
Kesejarahan
Asing
Kebijakan Kebijakan
Revitalisasi Kesejarahan Kesejarahan
Organisasi Keorga- Nasional Nasional
Sejarawan nisasian

TRANSFORMASI KEILMUAN
Pertemuan
PENDEKATAN INTEGRATIF

Berkala

Penelitian
Pertukaran
Sejarah Lintas
Informasi
Batas

Pembuatan
Tracer Source/
Pusat data
Sejarah Otoritas
Kerjasama Otoritas Negara Sejarahwan
Kesejarahan Perintisan
Calon
Sejarawan

Pengawalan
Kebijakan
Diplomasi Publik
Politik
Politik Praktis

(1) Melalui Pendidikan, sebagai persiapan implementasi gagasan yaitu melalui pembenahan dalam
kurikulum salah satunya bahan ajar sejarah di sekolah-sekolah dan pendidikan kesejarahan di
perguruan tinggi. Kedua, melalui translasi karya-karya keilmuan sejarah asing (Eropa dan Asia)
agar cakrawala berpikir semakin luas dan komperhensif dengan pendekatan-pendekatan
terbaru. Terciptanya masyarakat yang sadar sejarah secara luas dan tidak anti terhadap
perbedaan dalam perspektif-perspektif yang ada.

(2) Melalui Organisasi Sejarahwan, sebagai penguatan peran sejarahwan dalam penulisan dan
pengarahan sejarah. Pertama, melalui temu ilmiah berkala yang memang sudah rutin
dilaksanakan. Kedua, yaitu pengorganisasian yang lebih diperkuat supaya tidak sekedar menjadi

1549
sarana berkumpul dan komunikasi. Suatu waktu para sejarahwan perlu membentuk semacam
dewan pertimbangan historiografi sehingga semacam majelis fatwa dalam Islam, otoritas itu
tidak diambil alih oleh Negara.

(3) Melalui Pertukaran Informasi Ilmiah, caranya bisa dengan penggunaan media maya. Melalui
internet, dapat dibuat sebuah pusat data kesejarahan regional. Sebagai modal awal, karya-karya
sejarahwan diseluruh regional dapat dimasukkan setidaknya abstrak dan kontak yang dapat
dihubungi. Jurnal dan karya ilmiah semacam tugas akhir pendidikan sarjana menjadi modal yang
cukup besar bagi masukan data (input) pusat data ini. Ke depan kerja sama bisa dilakukan
dengan arsip Negara eks-kolonis. Manfaat lain adalah pengecekan sejauh mana perkembangan
kesejarahan di masing-masing Negara dan regional secara menyeluruh, yaitu pemetaan ilmiah
sejarah.

(4) Melalui Kerjasama Kesejarahan, disini kita dapat menggunakan organisasi sejarahwan sebagai
medianya. Pertama, dengan menggiatkan kerja sama penelitian lintas batas. Sebuah upaya
dicoba oleh otoritas sejarah Brunei ketika beberapa tahun lalu melakukan ekspedisi Borneo
dalam rangka menelusuri jejak kekerabatan antara Sultan Brunei dengan kesultanan-kesultanan
lain yang masuk wilayah Indonesia. Kedua, dengan program-program pertukaran mahasiswa
sejarah antar perguruan tinggi. Denag subsidi pemerintah upaya ini dapat meningkatkan
keterikatan sebab pengalaman langsung dalam masyarakat yang berbeda sekaligus tradisi
sejarah yang berbeda.

(5) Melalui Diplomasi Politis, adalah jalan terakhir yang tak kalah penting. Banyak sejarahwan alergi
terhadap politik karena menganggapnya sebagai pencemar sejarah. Justru mau tak mau
dipungkiri sejarah dan kekuasaan adalah erat. Pertama, sejarahwan harus berhimpun sebagai
golongan yang mengawal kebijakan publik pemerintah, berani mengkritisi apabila terbukti ada
penyalahgunaan sejarah oleh Negara. Kedua, dalam cara yang lebih nyata terjun langsung dalam
kelompok kepentingan.

Daftar Pustaka

Abdullah, Taufik, ed. 2010. Sejarah Lokal di Indonesia. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Ali, R. Moh. 1963. Pengantar Ilmu Sedjarah Indonesia. Djakarta: CV Bhratara.
Ankersmit, F.R. 1987. Refleksi tentang Sejarah, Pendapat-pendapat Modern tentang Filsafat Sejarah.
Jakarta: PT Gramedia.
Budiawan, ed. 2013. Sejarah dan Memori, Titik Simpang dan Titik Temu. Yogyakarta: Penerbit Ombak.
Gottschalk, Louis. 2008. Mengerti Sejarah. Jakarta: UI Press.
Kartodirdjo, Sartono. 1992. Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah. Jakarta: PT Gramedia.
Kuntowijoyo. 2003. Metodologi Sejarah, Edisi Kedua. Yogyakarta: PT Tiara Wacana Yogya.
----------------. 2005. Pengantar Ilmu Sejarah. Yogyakarta: PT Bentang Pustaka.
----------------. 2008. Penjelasan Sejarah (Historical Explanation). Yogyakarta: PT Tiara Wacana Yogya.
Purwanto, Bambang. 2006. Gagalnya Historiografi Indonesiasentris?! Yogyakarta: Penerbit Ombak.
Purwanto, Bambang, Asvi Warman Adam. 2013. Menggugat Historiografi Indonesia. Yogyakarta:
Penerbit Ombak.
Ricklefs, M.C. 2010. Sejarah Indonesia Modern 1200-2008. Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta.

1550
FENOMENA ‘ARAB SPRING’ DI ASIA BARAT

Siti Nurul Izah Musa1& Wan Kamal Mujani2


Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
No. Bim.: 013-6183086,019-3324039
e-Mel: nurulizah_89@yahoo.com, inamal@yahoo.com

ABSTRAK

Istilah “Arab Spring” atau dikenali dalam bahasa Arab “al-Rabi al-Arabi” merupakan revolusi tunjuk
perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang memerintah.Ia dikatakan bermula pada 18 Disember
2010 di Sidi Bouzid, Tunisia. Walau bagaimanapun, fenomena yang meletus ini turut menular ke
beberapa buah negara Asia Barat yang lain. Antaranya Mesir, Libya, Yaman dan Syria. Justeru itu, artikel
ini adalah bagi menganalisis fenomena Arab Spring yang berlaku di negara-negara tersebut.Di samping
itu artikel ini bertujuan untuk melihat dengan lebih mendalam bagaimana tercetusnya pergolakan yang
berlaku dan mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada tunjuk perasaan rakyat.Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan analisis dokumen untuk mencerakinkan maklumat
daripada sumber berautoriti bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh.Hasil kajian
mendapati bahawa gelombang kebangkitan rakyat merupakan protes rakyat terhadap kerajaan sedia
ada.Terdapat beberapa faktor seperti politik, ekonomi dan sosial yang merupakan punca utama
membawa kepada fenomena Arab Spring. Walaupun ia berpunca daripada isu atau permasalahan yang
berbeza-beza bagi setiap negara, namun matlamat kebangkitan rakyat tetap sama iaitu memprotes
kerajaan yang tidak adil dan menuntut hak-hak rakyat dikembalikan semula.

Kata Kunci: ‘Arab Spring’, Revolusi, Pergolakan, Asia Barat

Pengenalan

Kebangkitan rakyat yang tercetus di dunia Arab ekoran konflik politik yang berlaku telah menarik
perhatian umum.Isu ini tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di negara-negara yang sebelum ini
mengabaikan dan mengasingkan diri daripada perkembangan politik dunia.Kebangkitan rakyat yang
berlaku di dunia Arab dikatakan telah bermula di Tunisia pada disember 2010 yang
mencetuskangelombang kebangkitan rakyat seterusnya merebak ke Mesir kemudian Libya dan
berlarutan hingga ke negara-negara Arab yang lain. Walau bagaimanapun peristiwa ini telah bermula

1551
sekitar dua tahun sebelumnya iaitu di Yaman pada 2009 dan Bahrain pada 2010. Namun kedua-dua
kebangkitan ini seolah-seolah diabaikan dan tidak diendahkan berikutan protes yang berlaku dalam
bentuk skala yang kecil.Kebanyakan peristiwa yang berlaku mempunyai satu tujuan yang serupa, iaitu
menuntut kepada sebuah pimpinan yang adil dan saksama. Justeru secara tidak langsung ia merupakan
antara faktor kebangkitan rakyat untuk menentang tampuk pemerintahan yang sedia ada dan rakyat
mengimpikan satu transformasi yang bakal berlaku di negara mereka. (Haas 2013: 14).

Istilah ‘Arab Spring’

Gelombang kebangkitan atau lebih popular dikenali sebagai ‘Arab Spring’ merupakan penentanganyang
berlaku dalam kalangan rakyat.Kebangkitan ini merupakan suara rakyat yang menuntut hak-hak mereka
dikembalikan semula daripada kerajaan yang sedang memerintah.‘Arab Spring’ atau dalam bahasa Arab
disebut “al-Arabi al-Rabi”merupakan protes rakyat terhadap sistem pemerintahan yang tidak adil dan
menuntut sebuah pemerintahan baru yang lebih demokrasi (Manfreda t.th: 1). Rakyat seolah-olah baru
tersedar selama ini mereka ditindas dan hak-hak mereka dinafikan lalu mereka menentang pemimpin
sedia ada. Apabila rakyat tidak dibenarkan bersuara maka yang tinggal hanyalah demonstrasi
jalanan.Rejim kerajaan menganggap isu ini sama dengan apa yang berlaku di Palestin kerana rakyatnya
yang mengangkat senjata menentang Zionis dianggap pengganas dan menentang pendamaian.
Pergolakan dunia Arab yang berlakutelah memberi impakkepada seluruh dunia (Alissa 2010: 12).

Faktor-faktor
kebangkitan rakyat

Kegawatan Korupsi dan


Penindasan dan Peningkatan
ekonomi yang penyelewengan
kezaliman pengangguran
serius kuasa

Rajah 1.1

Berdasarkan Rajah 1.1 menunjukkan faktor-faktor yang membawa kepada kebangkitan rakyat di negara-
negara Arab.Rakyat menunjukkan protes mereka terhadap kezaliman pemerintah yang telah berlaku
sejak sekian lama.Penindasan rejim kerajaan yang tidak berperikemanusiaan membuatkan rakyat bangkit
menuntut hak kebebasan mereka yang selama ini diabaikan.Kegawatan ekonomi yang serius dan
peningkatan pengangguran juga merupakan antara faktor kebangkitan rakyat di dunia Arab.Korupsi dan
penyelewengan kuasa antara isu yang mendapat perhatian dan menimbulkan ketidakpuasan hati
rakyat.Ia bukanlah perkara baru yang menjadi pencetus kemarahan rakyat. Hal ini kerana, janji
pemerintah selama ini untuk membasmi korupsi secara serius tidak ditunaikan maka ia menambahkan
kebencian rakyat. Apatah lagi sekiranya yang mengamalkan rasuah adalah pemerintah mereka
sendiri.Faktor-faktor ini dikenal pasti menjadi punca utama kebangkitan rakyat dan sudah pasti
mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya. Antara negara-negara yang
mengalami kebangkitan rakyat ialah Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan Syria (Dylan t.th : 2).

1552
Tunisia

Kebangkitan rakyat di dunia Arabdikatakan bermula di Sidi Bouzid, Tunisia Disember 2011.Revolusi
Tunisia juga dikenali sebagai Revolusi Jasmin bermula dengan peristiwa seorang pemuda bernama Abu
Bouazizi yang berusia 26 tahun bertindak membakar dirinya tanda protes tindakkan seorang pegawai
kerajaan yang bersikap kurang sopan dengan menghina dan merampas barang-barang perniagaannya.
Bouazizi merupakan seorang graduan universiti tempatan dan disebabkan kegawatan ekonomi serta
masalah pengangguran yang serius melanda negara Tunisia pada ketika itu, memaksa Bouazizi menjual
sayuran dan buah-buahan untuk menyara kehidupannya
sekeluarga(http://www.Radiotunisienne.tn/index).

Peristiwa kematian Bouazizi telah membawa kemaraan rakyatTunisiauntuk memprotes


ketidakadilan pemerintah.Walau bagaimanapun, kematian Bouazizi bukanlah menjadi punca utama
kebangkitan rakyat Tunisia tetapi pada hakikatnya protes rakyat adalah terhadap masalah ekonomi dan
peningkatan pengangguran terutamanya dalam kalangan belia yang telah lama berlaku sehingga rakyat
hidup dalam kesempitan.Akhirnya dendamyang selama ini disimpan telah membangkitkan kemarahan
rakyatseterusnya membawa kepada gelombang kebangkitanyang memprotes kezaliman serta
ketidakpuasan hati terhadap amalan korupsi dan penyelewengan kuasa pemimpin(Peter 2011: 19).

Natijah daripada peristiwa yang berlaku, telah membawa perubahan yang besar dalam sektor
politik, ekonomi dan sosial di Tunisia.Kadar inflasi makanan yang meningkat menyebabkan rakyat hidup
dalam kemiskinan dan kebuluranberikutan kos sara hidup yang meningkat naik. Pergolakan yang berlaku
telah mengakibatkan beribu-ribu nyawa terkorban dan sebahagian besarnya merupakan tindakan rejim
kerajaan serta pasukan keselamatan yang menyerang rakyat yang memberontak.Namun, hasil gabungan
seluruh rakyat Tunisia mampu menggulingkan pemerintah dan akhirnya membawa kepada perletakan
jawatan presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali pada 14 Januari 2011. Ben Ali yang telah memerintah
Tunisia selama 23 tahun tumbang kerana gagal memberikan kehidupan yang baik kepada rakyatnya
terutamanya dari sudut ekonomi, politik dan sosial (Ibid: 20).

Mesir

Berbekalkan semangat kebangkitan negara Tunisia yang berjaya menggulingkan pemimpin diktaktor Ben
Ali, rakyat Mesir ingin membuktikan bahawa mereka juga mampu menumbangkan pemimpin yang
digelar “Firaun pada Zaman Moden”.Kebangkitan rakyat Tunisia telah mendorong rakyat Mesir untuk
menentang kezaliman dan kekejaman rejim pemerintah.Selama 30 tahun rakyat menghadapi tekanan di
bawah pemerintahan presiden Mesir Hosni Mubarak. Gelombang kebangkitan rakyat Mesir bermula
pada 25 Januari 2011 yang telah berlangsung selama 18 hari (Haris 2012: 24).

Antara faktor-faktoryang dikenal pasti menjadi punca berlakunya kebangkitan rakyat di Mesir
adalah disebabkan kegawatan ekonomi.Ditambah pula kekurangan peluang pekerjaan, meningkatkan
lagi masalah pengangguran di negara Mesir. Selain itu, kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang
meningkat sudah pasti mendorong rakyat untuk bangkit memberontak. Rakyat Mesir tidak mahu lagi
hidup dalam pemerintahan Hosni Mubarak dan akhirnyabangkit menuntut hak-hak mereka dikembalikan
semula. Kebangkitan ini adalah protes terhadap sikap pemimpin kerajaan yang menggunakan duit rakyat
dengan sewenang-wenangnya tetapi dalam masa yang sama rakyat hidup dalam kemiskinan dan
permintaan mereka diabaikan. Namun desakan rakyat untuk kerajaaan menbaikinya tidak diendahkan

1553
dan kerajaan hanya memekakan telinga dengan permintaan rakyat
(http://www.sis.gov.eg/Newvr/egyptionrevoution).

Bagi mengukuhkan kedudukan Hosni Mubarak di Mesir, beliau telah menggunakan institusi-
institusi negara seperti pihak polis, pasukan perisik dan keselamatan dalam negeri untuk menekan dan
menindas rakyat yang cuba memberontak menuntut demokrasi ditegakkan. Hal ini kerana apabila pilihan
raya diadakan bagi memilih pemimpin yang memerintah, ianya dipersoalkan dan dicurigai
kesahihannya.Melalui pilihan raya yang diadakan pada November dan Disember 2010,Husni Mubarak
telah menang dalam pilihan raya dengan mendapat lebih 80 peratus undi hasil daripada sokongan
pengundi Mesir. Bagi rakyat Mesir ia merupakan suatu keputusan yang tidak boleh dipercayai dan
mereka menganggap proses pilihan raya bukanlah medium yang sesuai untuk digunakanuntuk melantik
pemerintah. Oleh yang demikian, pilihan yang tinggal bagi rakyat Mesir hanyalah demostrasi jalanan
untuk mewakili suara dan kehendak rakyat yang selama ini diabaikan oleh rejim kerajaan.Peristiwa yang
berlaku di Mesir merupakan protes rakyat untuk menjatuhkan Hosni Mubarak yang bersikap zalim
terhadap rakyatnya(Hedaya 2013: 34).

Dalam masa yang sama media massa yang berada dibawah rejim kerajaan memainkan peranan
yang penting dalam usaha membendung suara kebangkitan rakyat. Hal ini kerana, ternyata peranan
digital dunia maya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter
memainkan peranan utama dalam gerakan demostrasi menumbangkan Hosni Mubarak. (Muhammad
2014: 14). Oleh itu, bagi menghalang penggunaan keupayaan aktivisme penunjuk perasaan yang
menganjurkan bantahan di jalanan, kerajaan Mesir telah meningkatkan usaha dengan menghadkan
capaian internet Negara. Mulai 28 Januari 2011, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit
termasuklah penghantaran sms telah disekat dan diberhentikan(Muhammad 2012: 93).

Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan Hosni Mubarak untuk memenangi semula hati rakyat
namun ia tidak berjaya berikutan cetusan revolusi rakyat yangmasih berterusan. Ia merupakan natijah
daripada pelbagai pihak termasuklah rakyat Mesir sendiri dan akhirnya pada 11 Februari 2011 Hosni
Mubarak telah meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasanya kepada majlis Agung Angkatan Tentera.
Selepas dua hari penyerahan kuasa kepada Majlis Agung Angkatan Tentera, kerajaan tentera dibawah
pimpinan Mohamed Hussein Tantawi telah mengumumkan bahawa perlembagaaan negara digantung,
dewan parlimen dibubarkan dan tentera akan memerintah selama enam bulan sehingga pilihan raya
boleh diadakan semula. Bagaimanapun revolusi masih berterusan hingga akhir tahun 2011 berikutan
lahirnya kebimbangan rakyat Mesir dengan pemerintahan Majlis tertinggi Tentera Angkatan dilihat
kelesuan dalam memulakan pembaharuan yang baru. Kesan berlakunya pergolakandi Mesir telah
membawakepincangan dalam sektor politik seterusnya menggugat pembangunan negara.Pertempuran
yang berlaku menyebabkan rakyat hidup menderita kerana turut berlakunya kemusnahan harta
bendadan tempat tinggal (Ibid:115-117).

Libya

Setelah empat hari penggulingan Hosni Mubarak di Mesir, revolusi Tanah Arab mula merebak ke
Libya.Protes antikerajaan bermula di Libya pada 15 Februari 2011.Jika dilihat dengan mata kasar,seolah-
olah kebangkitan rakyat ini adalah untuk menuntut pertanggungjawaban pemerintahan Muammar
Gaddafi atas pembunuhan 14 orang demonstran pada tahun 2006.Namun pada hakikatnya kebangkitan
rakyat Libya adalah disebabkan memprotes kezalimanpemerintah(Haas 2013: 32).

1554
Selama 42 tahun pemerintahan,agak sukar untuk Muammar Gaddafi meletakkan jawatan
malahdia masih terus mahu mempertahankan takhta pemerintahannya dan beliau mengancam rakyat
bahawa negara Libya akan menghadapi satu perang saudara sekiranya revolusi rakyat diteruskan.
Walaupun pelbagai ancaman dan tindakan yang dilakukan oleh Gaddafi, namun revolusi rakyat Libya
masih berterusan dan telah pun menguasai sebahagian besar negara Libya.Ini termasuklah Benghazi iaitu
bandaraya terbesar di Libya.Ekoran daripada revolusi yang semakin merebak luas, lama kelamaan
sokongan terhadap Gaddafi semakin berkurangan apabila sebahagian rejim kerajaan seperti para
diplomat, pegawai-pegawai tentera dan keselamatan telah berpihak menyebelahi rakyat.Hasil daripada
sokongan tersebut telah membakar semangat rakyat Libya untuk bangkit menentang pemerintah sedia
ada (http://edition.cnn.com/2013/09/20/world/libya-civil-war-fast-facts).

Kezaliman dan kekejaman pemimpindilihat antara punca utama kebangkitan rakyat di


Libya.Rakyat sudah bosan dan jemu dengan pemerintahan kerajaan yang selama ini menindas dan tidak
menghiraukan kepentingan rakyat.Rakyatmengimpikan kebebasan politik dan kebebasan sosial yang
selama ini disekat hak kebebasan mereka.Kebangkitan rakyat ini antara protes rakyat terhadap
pemerintah yang menuntut supaya mengembalikan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka miliki
tetapi tidak ditunaikan.Selain itu kemarahan rakyat juga berpunca daripada faktor dalaman iaitu
pemerintah menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa besar yang sebenarnya hanya menjadikan rejim
pemerintahsebagai boneka untuk menjaga kepentingan mereka di negara Arab.Sebagai balasan,
pemerintah Arab disogok dengan wang dan pelbagai jenis bantuansama ada dari segi keselamatan atau
ketenteraan (http://edition.cnn.com/2013/09/20/world/libya-civil-war-fast-facts).

Bagi memastikan pemerintahannya kekal,Gaddafi telah menggunakan pelbagai taktik dan tipu
helah untuk mempertahankan kuasanya di Libya.Antara usaha yang dilakukan Gaddafi ialah
menggunakan tentera upahan dari Afrika untuk menyerang mereka yang melakukan demostrasi di
tengah-tengah bandar Tripoli.Kekerasan Gaddafi yang mahu mempertahankan pemerintahan di Libya
menyukarkan gerakan kebangkitan rakyat. Kesannya telah membawa kepada beribu-ribu kematian
bukan sahaja rakyat malah melibatkan rejim tentera.Pergolakan yang berlaku turut menyebabkan
kemusnahan harta benda dan tempat tinggal.Walau bagaimanapun setelah 42 tahun akhirnya setelah
lebih lapan bulan kebangkitan rakyat akhirnya pemerintahan Gaddafi dapat ditumbangkan pada 20
Oktober 2011.Dalam revolusi itu, Gaddafi meninggal dunia selepas mengalami kecederaan yang serius
akibat serangan bom jet pejuang NATO dan beliau merupakan pemerintah pertama yang dibunuh dalam
siri kebangkitan rakyat di negara-negara Arab (http://www.ibtesama.com/vb/showthread-
t_261757.html).

Yaman

Semasa hangatnya isu kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Arab dan memperlihatkan kejayaan
menjatuhkan pemimpin yang memerintah, revolusi ini terus menular ke Yaman.Protes anti pemerintah
muncul di daerah Utara dan Selatan Yaman pada pertengahan Januari 2011.Kira-kira lebih 20 000 rakyat
membanjiri jalan-jalan utama di bandar Sanaa’ dan mengadakan perhimpunan protes terhadap
kerajaan.Himpunan ini dinamakan sebagai “Hari Berang”. Demostrasi penunjuk perasaan antikerajaan
Yaman sudah pun berhimpun dalam jumlah yang besar sejak tercetusnyakebangkitan rakyat di Tunisia
dan ia merupakan tindakan yang turut didorong kesatuan rakyat untuk bangkit menuntut hak-hak
mereka dikembalikan (Kate 2011: 24).

1555
Rakyat yang mahukan perubahan telah berhimpun di luar Universiti Sanaa sebagai tanda protes
mereka terhadap pemerintah. Melihat kepada gelombang kebangkitan yang berlaku, presiden Yaman
Abdullah Ali merasakan kedudukannya tergugat dan mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila
mandat kepimpinannya berakhir dalam tempoh dua tahun lagi. Beliau juga berjanji keturunannya tidak
akan mengambil alih jawatan pemerintahan kelak. Walau bagaimanapun rakyat merasa sangsi dengan
janji Ali Abdullah yang telah memerintah Yaman selama 32 tahun. Ini kerana Ali Abdullah pernah
membuat janji yang sama pada 2006 tetapi gagal untuk memenuhinya dan beliau bertanding semula
untuk merebut kerusi dalam pilihan raya. Usaha rakyat menjatuhkan presiden Ali diteruskan apabila
pada 3 Jun bangunan pejabat Ali Abdullah Saleh musnah dengan letupan sehingga menyebabkan Ali
cedera.Pada 23 September Saleh dipaksa untuk menandatangani perjanjian pemindahan
kekuasaan.Namun begitu, beliau mengundurkan diri dan memberikan kekuasaan kepada penerusnya
(http://www.bbc.co.uk/arabic/middleeast/).

Rakyat yang selama ini hidup denganpenuh kesengsaraantidak sanggup lagi diperintah oleh
pemimpin diktaktor yang tidak menghiraukan kepentingan rakyat.Rakyat mengimpikan perubahan
dalam rejim pemerintahan yang menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.Dalam penelitian yang
dilakukan didapati bahawa, Yaman merupakan negara yang paling miskin di dunia Arab.Hampir separuh
penduduk Yaman hidup di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan RM6 (AS$2) sehari.Begitu juga
dengan keadaan kanak-kanak di Yaman, dengan kadar kemiskinan yang tinggi mereka sudah tidak
mengikuti sesi persekolahan malah dalam usia yang masih muda mereka sudah masuk ke
duniapekerjaan. Ekoran daripada pergolakan yang berlaku, telah membawa peningkatan angka
kematian.Rakyat hidup terseksa dengan kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.Kesusahan dan
penderitaan yang mereka alami tidak dihiraukan malah yang lebih menyedihkan ada yang meninggal
dunia disebabkan kebuluran (J.Abney 2013:51).

Syria

Ketika isu kebangkitan rakyat hangat diperkatakan dibeberapa buah rantau negara Arab, gelombang
kebangkitan ini terus menular ke negara Syria.Syria merupakan sebuah negara yang telah berlakunya
pergolakan semenjak dari pemerintahan Hafez al-Assad yang memerintah selama 32 tahun dan diikuti
oleh anaknya Basyar al-Assad (http://edition.cnn.com/2014/01/08/world/meast/syria-civil-war). Hafez
al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah yang memusuhi dan menyimpan perasaan dengki kepada
muslim Sunni. Kerajaan Syiria didokong kuat oleh negara Iran dan Hizbullah di Lubnan yang menyokong
tindakan Hafez al-Assad membunuh rakyatnya sendiri.

Jika dilihat, setiap negara yang mengalami kebangkitan rakyat mempunyai isu tersendiri dan
begitu juga Syria.Konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan
hampir 46000 ribu penduduk. Peristiwa yang berlaku, menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari
bidang politik.Namun begitu, sekian lama mereka kembali bangkit bagi memprotes kezaliman
pemerintah dan ia telah merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga
ia berlaku di 157 kawasan di Syria. Walau bagaimanapun tercetusnya kebangkitan rakyat Syria pada Mac
2011 berpunca daripada sejumlah kanak-kanak lelaki yang telah menconteng dinding sekolah dengan
menulis “As-Shaab Yurid Iskaat el Nizam!(Rakyat Mahu menjatuhkan Rejim)”.Slogan ini telah dilaungkan
di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat seperti Mesir, Libya, Yaman dan beberapa buah
negara Arab yang lain (http://paksi.net/v1/2012/02/ kebangkitan-rakyat-syria).

1556
Ekoran dari peristiwa itu, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.Mereka
telah dipenjara, diperlakukan dengan kejam malah kanak-kanak ini diseksa dengan mencabut kuku kaki
dan tangan serta dicabul.Kesan daripada perlakuan itu, salah seorang kanak-kanak telah meninggal dunia
dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta mohon kepada pasukan keselamatan
membebaskan kanak-kanak yang masih berada dalam tahanan.Walau bagaimanapun kerajaan
meletakkan syarat jika kanak-kanak itu mahu dibebaskan, mereka haruslah memberi wanita-wanita
dalamkalangan mereka untuk dinikahi mereka. Hal ini membangkitkan kemarahan rakyat Syria dan ia
merupakan perbuatan yang menghinakan.Sebab itulah mereka bangkit dan mengangkat senjata untuk
mempertahankan diri dan akhirnya membawa kepada kebangkitan rakyat di Syria
(http://paksi.net/v1/2012/02/ kebangkitan-rakyat-syria).

Namun begitu, dari segi hakikatnya rentetan kebangkitan rakyat ini berlaku disebabkan
beberapa perkara utama yang selama ini dipendamkan iaitu penindasan dan kekejaman rejim
pemerintah yang tidak berhenti selama 40 tahun.Korupsi dan penyelewengan kuasa yang dilakukan
pegawai kerajaan dan pemimpin antara isu yang mendapat perhatian dan menimbulkan ketidakpuasan
hati rakyat.Kebangkitan rakyat menuntut perletakan jawatan presiden Syria dan pertukaran rejim
pemerintah yang dikuasai keluarga al-Assad.Rakyat tidak mahu lagi hidup dibawah sistem diktator dan
autoritaria dan mereka menuntut ke arah pembebasan rakyat.Kebangkitan rakyat berterusan dan
semakin kukuh.Semakin ramai tentera telah bersama rakyat bagi melindungi orang-orang yang turun
berdemokrasi kerana tidak mahu melihat kekejaman rejim Basyar al-Assad ini yang sesuka hati
membunuh rakyatnya sendiri. Sepanjang berlakunya pergolakan ramai rakyat yang terkorban malah
yang tercedera tidak dirawat dan dibiarkan sahaja (http://arabic.euronews.com/ 2012/03/15/syria-a-
year-long-struggle-to-oust-assad)

Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil langkah terhadap apa yang berlaku di
Syria iaitu mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki kawasan mereka begitu juga
dua buah negara iaitu Iraq dan Lubnan kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu
meminta pertolongan dari Iraq yang merupakan negara Syiah. Di Syria,kebangkitan rakyat yang mahu
mengubah kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, kini menjadi mimpi ngeri apabila ia meletus
menjadi perang saudara yang kini berlarutan lebih dua tahun dan mengorbankan lebih 70, 000 nyawa
dan memaksa lebih 1.4 juta penduduk Syria menjadi pelarian. Di Syria slogan ‘ubah’ kerajaan bukan
sahaja meragut banyak nyawa tetapi menyaksikan kemusnahan negara itu di depan rakyatnya sendiri
(https://www.washingtoninstitute.org/uploads/Documents/opeds/White20140115-CTCSentinel.pdf)

Kesimpulan

Melihat kepada tercetusnya kebangkitan rakyat di Tanah Arab, menjelaskan bahawa pemerintahan
bersifat diktator yang menindas rakyat tidak mampu untuk bertahan lama meskipun rejim kerajaan
mempunyai hubungan yang rapat dengan kuasa-kuasa besar yang lain dan penguasaan tentera yang
hebat. Peristiwa ‘Arab Spring’ merupakan fenomena yang mengubah wilayah lahan dunia yang awalnya
mengarah kepada perubahan politik di rantau Asia Barat dan seterusnya membawa kepada
penggulingan rejim pemerintah.Hancurnya kekuasaan diktator di beberapa negara Timur tengah dan
Afrika Utara membawa harapan baru kepada rakyat di negara masing-masing yang mengalami fenomena
ini.Perubahan politik memberikan impak yang besar terhadap rantau konflik dunia Arab.Penindasan dan
kezaliman pemerintah terhadap rakyat akhirnya mencetuskangelombang kebangkitan
rakyat.Kebangkitan rakyat ini adalah untuk menyuarakan kebebasan dari sistem pemerintahan yang
tidak adil yang mencengkam hidup mereka sehingga ada yang mencecah hampir setengah abad.Buktinya

1557
melihat kepada situasi politik yang bermula dengan kebangkitan rakyat di Tunisia yang menjadi pencetus
revolusi untuk menjatuhkan pemerintah lalu merebak ke Mesir kemudian Libya dan berlarutan hingga ke
negara-negara Arab yang lain. Kebanyakkan mempunyai satu tujuan yang sama iaitu menuntut sebuah
pimpinan yang adil dan saksama.

Rujukan

Alissa Emily Gordon. 2010. Collapse of The Arab Spring: Democratization and Regime Stability in Arab
Authoritarian Regimes. Tesis Sarjana. Faculty of Art and Sciences. Georgetown University

Dylan Aprialdo Rachman. T.th. Fenomena ‘Arab Spring’ (Musim Semi di Dunia Arab), Runtuhnya
Kekuasaan Diktator di Timur Tengah dan Afrika Utara.Kertas kerja ‘Arab Spring’.
(http://www.academia.edu/3812208/Paper_ Fenomena_ Arab_ Spring)
Haas, Mark L& David W.Lesch.2013. The Arab Spring: Change and Resistance in the Middle East. T.tp:
Westview Press

Haris Zalkapli. 2012. Kebangkitan Gerakan Islam Dalam Fenomena Arab Spring. Kuala Lumpur: Jundi
Resources

Hedaya Aburwen. 2013. The Politics of Survival: Egypt and Morocco on the Eve the Arab Spring. Tesis
Sarjana Sastera dan Sejarah. University of California

Jeffrey White. Allah at War in Syria: Forces, Operation, Effects and Implications.CTC Sentinel. January
2014. Vol 7.Issue 1.https://www.washingtoninstitute.org/uploads/ Documents/ opeds/ White20140115-
CTCSentinel.pdf [23 Mac 2014].

J.Abney, Margaret. 2013. Avoiding The Arab Spring? The Politics of LegitiMacy in King Mohammed VI’S
Morocco. Thesis Master of Arts. Department of Political Science.University of Oregon

Kate Nevens. 2011. Yemen’s Youth Revolution. The Arab Spring Implications for British Policy.
Conservative Middle East Council

Manfreda, Primoz. T.th (http://middleeast.about.com/od/humanrightsdemocracy/ a/Definition-Of-


The-Arab-Spring.html) [16 Februari 2014]

Muhammad Abdul Malik. 2012. Menanti Fajar Menyingsing. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn.Bhd

Muhammad Kamal Sulaiman.2014. Rampasan Kuasa Mesir Pengkhianatan Sebuah Revolusi dan
Demokrasi. Selangor: Kemilau Publika Sdn Bhd

Peter Middlebrook, Claire Hajaj, Sharon Miller, Diana Stellman, Hannah Stewart, Omar Bennamour,
Fouzia Ahmed & James Lloyd. 2011. Re-Thinking The Arab Spring & Roadmap for G20/UN
Support?USA: Geopolicity Offices

1558
‫الليبيه‬ ‫الثورة‬ ‫عن‬ ‫تقرير‬,‫الليبى‬ ‫الشعب‬ ‫انتفاضة‬ ‫عن‬ ‫بحث‬2011, ‫احتجاجات‬ ‫عن‬ ‫بحث‬
‫ليبيا‬http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_261757.html [21 Februari 2011]
‫بصالحاطاحتالتيلالنتفاضةالثالثةالذكريفاليمنفمظاهرات‬
http://www.bbc.co.uk/arabic/middleeast/2014/02/140211_yemen_demos.shtml. BBC ‘ARABI’ [11
Feruari 2014]

‫المصريةالثوراتتاريخعليإطاللة‬http://www.sis.gov.eg/Newvr/egyptionrevoution/intro.html[28 Mac 2014]

http://paksi.net/v1/2012/02/ kebangkitan-rakyat-syria[22Mac2014]

http://arabic.euronews.com/2012/03/15/syria-a-year-long-struggle-to-oust-assad/ [23Mac 2014].

http://edition.cnn.com/2014/01/08/world/meast/syria-civil-war/The Syrian war within a war


Ivan Watson, Raja Razek & Salma Abdelaziz, CNN[ 8 Januari 2014].

http://edition.cnn.com/2013/09/20/world/libya-civil-war-fast-facts/
CNN Library [16 April 2014].

LAMPIRAN

Fig. 1.Peristiwa ‘Arab Spring’ menyebabkan kemusnahan harta benda

1559
Fig. 2.Pergolakan yang berlaku meragut banyak nyawa

Fig. 3. Demostrasi jalanan rakyat yang menuntut hak-hak


kebebasan dari rejim pemerintah

1560
Peranan Dan Pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British Dalam
Perluasan Pengaruh British Di Kedah
Sivarajan Ponniah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
sivamptb@oum.edu.my

Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
kasturi@unimap.edu.my
ABSTRAK

Kajian ini memberi tumpuan kepada perluasan pengaruh British di Kedah setelah kerajaan Siam
melepaskan pegangan mereka ke atas Kedah ekoran Perjanjian Bangkok 1909. Dalam perluasan
pengaruh British di Kedah, peranan dan pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British menjadi elemen penting
apabila dibandingkan dengan peranan Penasihat British di Kedah. Pesuruhjaya Tinggi British telah
mengambil peranan secara aktif dalam memastikan pengaruh British dapat diperkukuhkan dalam
pentadbiran Kedah. Pesuruhjaya Tinggi British telah meletakkan pengaruh mereka melalui hubungan
rapat dengan sultan dan juga para pembesar tempatan. Melalui hubungan tersebut Pesuruhjaya Tinggi
British telah memainkan peranan besar dalam memastikan kedudukan British di Kedah diiktiraf oleh
sultan dan pembesar tempatan. Pesuruhjaya Tinggi British yang telah memahami budaya politik
tempatan telah memastikan sultan dan pembasar tempatan bergantung kepada pengaruh Pesuruhjaya
Tinggi British dalam menjalankan pentadbiran negeri. Walaupun terdapat Penasihat British Kedah untuk
menasihati sultan dan pembesar tempatan namun Pesuruhjaya Tinggi British telah memastikan
pengaruh mereka menjadi lebih dominan dalam kalangan sultan dan pembesar tempatan. Justeru
peranan dan pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British menyebabkan Penasihat British Kedah dapat
menjalankan tugasnya tanpa menghadapi tentangan kuat daripada sultan dan pembesar tempatan.
Peranan dan pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British telah menyebabkan kedudukan British di Kedah telah
diperkukuhkan dalam pemerintahan dan pentadbiran Kedah.

Kata kunci: pengaruh, Pesuruhjaya Tinggi British, Penasihat, Kedah, Sultan

1561
ABSTRACT

This study focuses on the expansion of British influence in Kedah after the Siamese government unwind
positions on Kedah following the Bangkok Agreement in 1909. During the expansion of British influence
in Kedah, the role and influence of the British High Commissioner become an important element
compared to the role of the British Adviser of Kedah. The British High Commissioner has taken an active
part in ensuring that British influence can be strengthened in the administration of Kedah. The British
High Commission has put their influence through close ties with the sultanate and local Malay chiefs.
Through that relationship, the British High Commissioner has played a major role in ensuring the British
position in Kedah recognized by the sultanate and the local Malay chiefs. British High Commissioner who
understood the local political culture has ensured the sultanate and local malay chiefs depends on the
influence of the British High Commissioner in the exercise of state administration. Despite the role
British Adviser of Kedah to advise the Sultan and the local Malay chiefs, the British High Commissioner
want ensure they become more dominant influence among the sultanate and the local Malay chiefs.
Thus the role and influence of the British High Commissioner cause British Adviser of Kedah to discharge
its duties without facing strong opposition from the sultanate and local malay chiefs. The role and
influence of the British High Commissioner had caused the British position in Kedah has been
strengthened in the government and administration of Kedah.

Key words: influence, British High Commissioner, Adviser, Kedah, Sultanate

Pengenalan

Pesuruhjaya Tinggi British dilantik oleh Pejabat Tanah Jajahan British di London. Tujuan utama
perlantikan Pesuruhjaya Tinggi British adalah untuk mengawasi perjalanan pentadbiran negeri bagi
setiap negeri Melayu yang berada di bawah kawalan pihak British. Tugas pengawalan yang diberikan
kepada Pesuruhjaya Tinggi British adalah bersesuaian dengan pengimplementasian birokrasi kolonial.
Pesuruhjaya Tinggi British telah diberikan mandat untuk campurtangan dalam sebarang masalah
dalaman yang timbul dalam negeri-negeri Melayu.1 Secara langsung Pesuruhjaya Tinggi British dianggap
sebagai orang yang mempunyai autoriti ke atas negeri-negeri Melayu. Jadi Pesuruhjaya Tinggi British
menjadi rujukan utama untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlaku dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran negeri. Oleh itu beliau mempunyai kawalan penuh ke atas negeri-negeri
Melayu walaupun pihak British masih mengekalkan golongan raja sebagai pemerintah dalam birokrasi
kolonial.

1562
Walaupun Pesuruhjaya Tinggi British diberikan kuasa dalam birokrasi kolonial untuk memantau
perjalanan pentadbiran negeri namun beliau telah melantik pegawai-pegawai British untuk mengetuai
dan mengawasi perjalanan birokrasi kolonial di setiap peringkat negeri. Di Kedah, Pesuruhjaya Tinggi
British telah melantik Penasihat British sebagai wakilnya untuk menjalankan pentadbiran negeri dan
mengimplementasikan polisi British. Oleh itu perjalanan birokrasi kolonial di peringkat negeri berada di
bawah Penasihat British. Walau bagaimanapun Penasihat British perlu menghantar laporan tahunan
pentadbiran dan belanjawan tahunan untuk perhatian dan tindakan Pesuruhjaya Tinggi British. Dengan
itu Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai maklumat terperinci terhadap perjalanan pentadbiran negeri.
Setiap pengimplementasian polisi British melalui birokrasi kolonial perlu mendapat persetujuan daripada
Pesuruhjaya Tinggi British.2 Justeru Pesuruhjaya Tinggi British akan memantau setiap polisi British yang
diimplementasikan melalui pentadbiran negeri berdasarkan penelitian laporan tersebut.3

Dalam memastikan tidak berlaku gangguan terhadap perjalanan pentadbiran negeri,


Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai tanggungjawab untuk mengadakan lawatan ke setiap negeri.
Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan masalah yang timbul semasa pengimplementasian polisi
British dalam pentadbiran negeri. Beliau akan mengadakan pertemuan dengan sultan, pegawai-pegawai
British dan pegawai-pegawai tempatan Melayu dan Cina untuk menyelesaikan masalah.4 Sesungguhnya
penubuhan institusi Pesuruhjaya Tinggi British telah membolehkan pihak British dapat meletakkan
pengaruh yang kuat ke atas negeri-negeri Melayu. Di Kedah pula, mulai tahun 1909 hingga 1930 sudah
terdapat 10 orang Pesuruhjaya Tinggi British. Pada masa yang sama Pesuruhjaya Tinggi British juga
memegang jawatan Gabenor Negeri Selat. Gabenor Negeri Selat telah ditempatkan di Singapura bagi
mengawasi perjalanan pentadbiran Negeri Selat dan juga negeri-negeri. Terdapat tiga orang Pesuruhjaya
Tinggi British yang terlibat secara aktif dalam pentadbiran Kedah seperti yang dibincangkan di bawah.
Mereka ialah John Anderson, Arthur Young dan Guillemard.

Pesuruhjaya Tinggi British John Anderson (1909-1911)

John Anderson merupakan Gabenor Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi British bagi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Tugas utama Pesuruhjaya Tinggi British
adalah untuk mengawasi proses perjalanan pentadbiran negeri di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Pada peringkat awal lagi, Anderson telah mempunyai matlamat untuk
meluaskan pengaruh British ke atas negeri-negeri yang belum lagi berada di bawah kawalan pihak British
iaitu Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor. Anderson telah mendapat peluang yang terbaik untuk

1563
mencapai matlamatnya apabila pihak Siam menyatakan persetujuan untuk menyerahkan Kedah kepada
British.

Apabila Anderson mengetahui berita penyerahan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada kuasa
British, dengan serta merta Anderson telah menghantar surat kepada Pejabat Tanah Jajahan dengan
menawarkan dirinya menjadi Pesuruhjaya Tinggi British bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu.5 Pejabat Tanah Jajahan telah memberikan persetujuan untuk melantik Anderson sebagai
Pesuruhjaya Tinggi British bagi Negeri-Negeri Melayu Utara itu.6 Perlantikannya sebagai Pesuruhjaya
Tinggi British akan membolehkan Anderson mendapat kuasa secara rasmi untuk campur tangan dalam
pentadbiran Kedah. Di samping itu Anderson mendapat kuasa untuk membuat perlantikan pegawai-
pegawai British bagi menjalankan pentadbiran negeri dan juga mengimplementasikan perundangan
British dalam pentadbiran negeri di Kedah.7

Anderson telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meluaskan pengaruh British di Kedah.
Sebelum penyerahan Kedah secara rasmi oleh Siam kepada pihak British, Anderson telah bercadang
untuk melawat Kedah, Terengganu dan Kelantan.8 Tindakan Anderson untuk melawat negeri-negeri
tersebut telah mendapat halangan daripada kerajaan Siam. Pihak Siam menyatakan Kedah belum lagi
diserahkan secara rasmi kepada pihak British dan masih lagi terdapat wakil kerajaan Siam berkhidmat di
bawah Sultan Kedah. Halangan yang diberikan oleh pihak Siam telah menyebabkan Anderson terpaksa
menangguhkan cadangan lawatan tersebut.

Selain itu Anderson sendiri hendak hadir ketika menerima kuasa peralihan daripada Siam. Oleh
kerana segala pindaan Perjanjian 1909 mesti dibuat sebelum 10 Julai 1909 maka Anderson
menjangkakan bahawa tarikh penyerahan Kedah kepada British sudah ditetapkan.9 Lantaran itu
Anderson mengambil pendirian tegas untuk tidak mahu melengah-lengahkan penyerahan Kedah kepada
British. Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan British diminta oleh John Anderson untuk memaklumkan tarikh
penyerahan perjanjian tersebut bagi membolehkannya membuat persiapan untuk menerima
penyerahan Kedah daripada Siam dan juga membolehkannya membuat persediaan bagi menjalankan
tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi British untuk negeri Kedah.

Bagi mengelak timbul sebarang halangan maka Anderson telah meminta pihak British di India
mengeluarkan arahan kepada G.C. Hart yang merupakan Penasihat Kewangan Siam untuk kerajaan
Kedah agar meninggalkan Kedah sebaik sahaja selesai upacara penyerahan Kedah kepada pihak British.10
Walau bagaimanapun Anderson telah mengubah pendirian untuk tidak mahu menghadiri upacara
penyerahan Kedah tersebut. Sebaliknya Anderson telah mengambil keputusan untuk menghantar
Penasihat British untuk menerima penyerahan Kedah daripada pihak Siam. 11

1564
Perjanjian 1909 yang melibatkan penyerahan Kedah kepada pihak British tidak diterima baik oleh
Sultan Abdul Hamid. Firma peguam yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid untuk mengendalikan isu
bantahan penyerahan Kedah kepada pihak British berpendirian bahawa walaupun Kedah menghantar
bunga emas kepada kerajaan Siam, namun begitu Kedah masih menikmati kedudukannya sebagai negeri
yang bebas dan menjalankan pemerintahan sendiri tanpa tunduk kepada arahan pemerintah Siam.12
Firma peguam menambah lagi hanya imej Kedah sahaja terjejas apabila terpaksa menerima Penasihat
Kewangan yang dilantik oleh Siam untuk menasihati Majlis Mesyuarat Negeri dari sudut pengurusan
kewangan.

Selain itu firma peguam tersebut menambah lagi Kedah adalah negeri yang berbeza jika
dibandingkan dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu termasuk Johor dari sudut sikap rakyat di negeri
Kedah.13 Hampir keseluruhan penduduk tetap di Kedah adalah berbangsa Melayu dan berpegang teguh
dengan adat resam dan juga pegangan tanah mereka. Secara langsung faktor ini akan menyebabkan
penduduk tetap di Kedah tidak mahu menerima kehadiran pihak British dan memihak kepada
pemerintahan sultan.

Anderson mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang reaksi terhadap bantahan Kedah.
Namun begitu satu kelebihan yang dimiliki oleh Anderson ialah dapat memahami senario politik Kedah
sebelum menjalankan tugasnya sebagai Pesuruhjaya Tinggi British untuk negeri Kedah. Anderson dapat
memahami Kedah merupakan kawasan yang didominasi oleh Siam dan Perjanjian Burney 1826
mengesahkan pendominasian Siam ke atas negeri Kedah. Di samping itu Anderson mendapati Siam tidak
campurtangan dalam hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran Kedah sehinggalah perlantikan Penasihat
Kewangan untuk menasihati Kedah dari sudut pengurusan kewangan. Tidak ketinggalan juga Anderson
dapat memahami Sultan Abdul Hamid dan pemimpin Melayu tempatan tidak mahu Penasihat Kewangan
Siam campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri.14 Penasihat Kewangan Siam telah disekat
daripada campur tangan secara langsung dalam pentadbiran negeri kecuali hal-hal yang berkaitan
dengan kewangan negeri.

Apabila tidak mendapat sebarang maklum balas berkenaan bantahan daripada Anderson selaku
Pesuruhjaya Tinggi British maka Sultan Abdul Hamid melalui agennya telah menulis surat kepada Pejabat
Tanah Jajahan British. Sultan Abdul Hamid menyatakan bahawa baginda tidak mempertikaikan kesahihan
perjanjian yang ditandatangani antara Siam dan British. Sebaliknya baginda berasa kecewa kerana tidak
dilibatkan bersama dalam rundingan penyerahan Kedah oleh Siam kepada British.15 Malahan Sultan
Abdul Hamid menyatakan kebimbangan terhadap kedudukannya sebagai pemerintah Kedah. Sultan
Abdul Hamid mendapati pihak British tidak memberi sebarang jaminan yang kedudukannya sebagai

1565
pemerintah Kedah tidak dipinggirkan berbanding semasa Kedah berada di bawah pengaruh Siam. Selain
itu baginda menegaskan bahawa secara keseluruhannya orang Melayu begitu curiga dengan kehadiran
pihak British yang tidak memberi sebarang jaminan tentang kedudukan pemerintah Kedah dan
kedudukan agama Islam. Oleh itu rakyat Kedah tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang polisi
British termasuklah cara pelaksanaannya di Kedah nanti.16

Justeru Sultan Abdul Hamid berasa bimbang akan kedudukannya sebagai pemerintah akan
terjejas. Kebimbangan beliau adalah terhadap rakyat negerinya yang tidak akan memberi penghormatan
terhadapnya sebagai pemerintah memandangkan beliau tidak membantah kehadiran pihak British yang
menganggu gugat kedudukannya sebagai pemerintah Kedah dan juga sebagai ketua agama Islam.17
Anderson pula sedar pengaruh British tidak dapat disebarkan sepenuhnya ke dalam pentadbiran Kedah
tanpa melibatkan Sultan Kedah. Anderson mendapati Sultan Abdul Hamid masih mempunyai pengaruh
yang besar dalam sistem pentadbiran walaupun pentadbiran negeri dijalankan melalui Majlis Mesyuarat
Negeri. Segala keputusan yang dicapai dalam Majlis Mesyuarat Negeri perlu mendapat persetujuan
daripada baginda. Jadi Sultan Abdul Hamid mempunyai kata pemutus sama ada menerima atau menolak
keputusan yang dicapai dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

Keluhan yang dicetuskan oleh Sultan Abdul Hamid telah membuka minda Anderson tentang
kedudukan politik Kedah dan juga latar belakang rakyat Kedah. Anderson telah mempunyai perwatakan
sebagai “a sound administrator and a man of exceptional discernment”.18 Oleh itu Anderson telah
bertindak secara pragmatik dalam usaha untuk meluaskan pengaruh British ke dalam pemerintahan dan
pentadbiran Kedah. Melalui pemerhatian,Anderson telah mengkaji sebarang perubahan secara
mendadak ke atas sistem pemerintahan dan pentadbiran Kedah akan membawa kesan buruk ke atas
kedudukan kuasa British di Kedah nanti. Oleh itu Anderson telah memaklumkan kepada Setiausaha
Tanah Jajahan British yang beliau tidak mahu mencadangkan dan mengadakan sebarang perubahan
secara mendadak di Kedah selepas penyerahan Kedah oleh Siam kepada British.19

Pada peringkat permulaan, Anderson mengambil tindakan dengan mendapatkan pengesahan


Sultan Kedah terlebih dahulu sebelum mengadakan perubahan dalam pentadbiran Kedah.20 Dalam erti
kata lain Anderson mahukan perubahan yang hendak dilaksanakan dalam perluasan pengaruh British
tidak akan menimbulkan sebarang keresahan di kalangan rakyat tempatan. Kepercayaan akan timbul di
kalangan rakyat bahawa perubahan yang hendak diwujudkan oleh pihak British adalah datang daripada
arahan Sultan Kedah.21 Jelas di sini tindakan mengekalkan Sultan sebagai pemerintah dalam birokrasi
kolonial telah memudahkan pihak British mengadakan perubahan untuk meluaskan pengaruhnya ke
dalam pentadbiran negeri. Sesungguhnya pengekalan Sultan sebagai pemerintah juga membantu pihak
British untuk begerak secara legitimasi.22 Anderson hanya mahukan perubahan diadakan untuk

1566
menggantikan Penasihat Siam kepada Penasihat British. Pertukaran ini amat penting kerana di sinilah
peluang utama bagi Anderson menerapkan pengaruh British ke dalam pentadbiran Kedah.

Anderson yakin Penasihat British dapat memainkan peranan penting dalam Majlis Mesyuarat
Negeri untuk menerapkan pengaruh British secara evolusi bagi membawa perubahan tanpa
menimbulkan sebarang kebimbangan dan syak wasangka di kalangan pemimpin Melayu tempatan yang
menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri. Bagi mencapai matlamat tersebut, Anderson telah memilih
Maxwell sebagai Penasihat British.23 Dalam pemilihan Maxwell sebagai Penasihat British, Anderson telah
menunjukkan kematangan dengan mengambil kira pengalaman bekerja Maxwell dan juga situasi politik
Kedah.

Anderson telah memahami senario politik Kedah yang mahukan kuasa pentadbiran dipegang
terus oleh pemimpin Melayu tempatan. Di samping itu Anderson juga memahami bahawa pemimpin
Melayu tempatan tidak begitu senang dengan kehadiran pihak British di Kedah. Oleh yang demikian
Anderson memerlukan seorang Penasihat British yang dapat memahami budaya politik tempatan untuk
memudahkan pengaruh British diterapkan dalam pentadbiran negeri. Maxwell sebelum ini pernah
memegang pelbagai jawatan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.24 Secara langsung Maxwell telah
mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran dan juga memahami budaya politik orang
tempatan. Berdasarkan latar belakang Maxwell ini, Anderson menaruh kepercayaan bahawa pengaruh
British dapat diterapkan dalam pentadbiran negeri tanpa menimbulkan keresahan dan kebimbingan di
kalangan pemimpin Melayu tempatan khususnya di kalangan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Andreson melihat halangan yang akan dihadapi oleh Maxwell apabila berhadapan dengan
pemimpin Melayu tempatan dalam menjalankan tugas sebagai Penasihat British. Tugas yang dipikul oleh
Maxwell sebagai Penasihat British adalah berat memandangkan pemimpin Melayu tempatan amat
curiga dan bimbang dengan kehadiran pihak British di Kedah. Anderson telah memaklumkan kepada
Setiausaha Tanah Jajahan British bahawa Maxwell mempunyai tanggungjawab yang berat dalam
menjalankan tugasnya sebagai Penasihat British di Kedah.25

Walaupun bagaimanapun Anderson tidak bertolak ansur terhadap Maxwell walaupun terdapat
halangan dalam menjalankan tugasnya sebagai Penasihat British. Anderson mahukan Maxwell
mendapat pengesahan dalam jawatan dalam tempoh dua belas bulan. Perkara ini bermakna Maxwell
perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk menerapkan pengaruh British dalam
pentadbiran negeri. Maxwell juga telah mendapat amaran daripada Anderson yang dia akan ditukarkan
ke jawatan lain dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu jikalau tahap kecekapannya sebagai
Penasihat British tidak memuaskan.26 Tindakan Anderson melantik Maxwell tidak menjadi sia-sia.

1567
Maxwell telah mendapat kerjasama daripada Tengku Mahmud dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri
menyebabkan Maxwell dapat melaksanakan perubahan dalam dasar pentadbiran negeri dari kaca mata
British.

Bagi memenangi hati Sultan Kedah, Anderson cuba menyakinkan Sultan Abdul Hamid bahawa
pengambilalihan Kedah oleh British daripada Siam tidak akan mendatangkan keburukan kepada Kedah.
Anderson percaya bahawa dengan menimbulkan keyakinan maka Sultan Abdul Hamid tidak lagi berasa
bimbang dengan kehadiran pihak British di Kedah. Sebaliknya akan menimbulkan keyakinan bahawa
kehadiran British lebih mendatangkan kebaikan untuk Kedah. Dalam hal ini Anderson telah campur
tangan dalam urusan pembayaran balik pinjaman Kedah kepada pihak British. Pihak British telah
membantu Kedah untuk melangsaikan pinjaman yang telah diperolehi daripada Siam. Walau
bagaimanapun beban hutang tidak lagi selesai memandangkan Kedah kini berhutang pula kepada pihak
British. Pihak British telah mengenakan faedah sebanyak 6% kepada pinjaman Kedah tersebut. Anderson
telah mendapati kadar faedah 6% adalah terlalu tinggi dan merupakan satu bebanan untuk Kedah
membuat pembayaran hutang tersebut. Jadi Anderson memohon agar pihak British di London
mengurangkan kadar faedah daripada 6% kepada 4%.27 Pihak British di London telah bersetuju untuk
mengurangkan kadar faedah tersebut. Situasi ini telah menggembirakan Sultan Abdul Hamid dan
baginda menghargai peranan Anderson.28 Bagi Anderson pula ia merupakan satu kemenangan buat
dirinya untuk mengubah persepsi Sultan Abdul Hamid terhadap kehadiran pihak British di Kedah.

Di samping itu usaha Anderson untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman Kedah ada kaitan
dengan sikap keprihatinan Anderson untuk menjalankan pembangunan di Kedah. Apabila kadar faedah
diturunkan, Kedah mempunyai kewangan yang lebih dan mencukupi untuk menjalankan pembangunan
negeri. Oleh itu Anderson telah meminta Sultan Abdul Hamid menggunakan kewangan yang lebih itu
untuk membuat jalan raya dan menyediakan kemudahan asas yang lain.29 Anderson percaya melalui
kaedah ini sudah tentu rakyat Kedah menikmati banyak keuntungan melalui pembangunan yang bakal
dijalankan nanti.

Sikap keprihatinan Anderson terhadap Kedah sekali lagi jelas dilihat dalam isu penghapusan
sistem kerah. Majlis Mesyuarat Negeri telah mengambil keputusan untuk menghapuskan pelaksanaan
sistem kerah. Oleh itu Majils Mesyuarat Negeri telah mencadangkan supaya tuan tanah dikenakan cukai
bagi menggantikan sistem kerah.30 Sultan Abdul Hamid tidak dapat memberikan kelulusan segera
terhadap keputusan yang dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu. Baginda mendapati
persetujuannya untuk menghapuskan sistem kerah akan menimbulkan ketegangan di kalangan orang
Cina yang mengusahakan sektor perlombongan dan perladangan. Kedah juga bergantung kepada sistem
kerah untuk menjalankan aktiviti perlombongan dan perladangan.

1568
Bagi mengelakkan tercetusnya ketegangan di kalangan orang Cina maka Sultan Abdul Hamid
telah meminta bantuan keselamatan daripada Anderson untuk membolehkannya memberi kelulusan
dalam menghapuskan sistem kerah. Anderson telah bersetuju untuk menghantar sepasukan sepoi bagi
memudahkan Sultan Abdul Hamid mengawal keadaan keselamatan sesudah memberi kelulusan itu.31
Anderson telah menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk membuktikan kehadiran pihak British di
Kedah memang mendatangkan keuntungan kepada Kedah.

Walau bagaimanapun rasa ketidakpuashatian terhadap pihak British timbul semula apabila
Sultan Abdul Hamid mempertikaikan pengubahsuaian sempadan Kedah yang telah dibuat semasa
Perjanjian 1909.32 Akibatnya Kedah telah kehilangan kawasan Setul dan Pattani. Baginda mahu
mendapatkan kembali semula kawasan milik Kedah yang diserahkan kepada Siam.33 Semasa Anderson
melakukan kunjungan ke Kedah, baginda menyuarakan rasa kekecewaan terhadap tindakan Siam yang
tidak pernah merujuk kepadanya semasa membuat pengubahsuaian sempadan. Sultan Abdul Hamid
memaklumkan kepada Anderson yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan Siam yang mengubahsuai
sempadan Kedah tanpa melibatkan perbincangan dengan kerajaan Kedah.34

Anderson telah mengambil sikap berlembut dengan Sultan Abdul Hamid kerana pihak British
telah mendapat keuntungan dalam pengubahsuian sempadan Kedah tersebut. Pihak Siam telah
melepaskan pegangan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.35 Anderson telah
mempengaruhi baginda dengan membuktikan pengubahsuaian sempadan memang membawa
keuntungan kepada Kedah. Anderson telah menarik perhatian Sultan Abdul Hamid terhadap dua perkara
yang telah membawa keuntungan kepada Kedah. Pertama, Siam telah menyerahkan telegraf, telefon
dan pejabat pos kepada pentadbiran Kedah. Anderson telah mempengaruhi Sultan Abdul Hamid dengan
menyatakan penyerahan tersebut adalah datang daripada usaha pihak British yang menekankan telegraf,
telefon dan pejabat pos adalah hak kerajaan Kedah. Oleh itu Siam telah bersetuju untuk menyerahkan
kepada Kedah sebagai tanda persahabatan.

Kedua, pihak British melalui Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah mengambil alih hutang Kedah
yang perlu dibayar kepada Siam. Kerajaan Kedah hanya perlu membayar balik kepada Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dengan kadar faedah 4% berbanding dengan 6% sebelum ini. Penjelasan Anderson
dengan menggunakan pendekatan psikologi telah dapat mempengaruhi Sultan Abdul Hamid dan
akhirnya dapat mengurangkan ketegangan. Tengku Mahmud, Presiden Majlis Mesyuarat Negeri yang
hadir dalam pertemuan antara Sultan Kedah dengan Anderson turut memberikan reaksi positif terhadap
penjelasan Anderson dari sudut kelebihan yang diperoleh oleh Kedah.

1569
Pada peringkat awal lagi, dalam usaha perluasan pengaruh British di Kedah, Anderson telah
mempunyai cita-cita untuk menarik Kedah menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pembentukan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu merupakan salah satu cara pihak British meluaskan pengaruhnya ke
dalam bidang pentadbiran negeri. Walau bagaimanapun Anderson menghadapi halangan untuk
mencapai cita-citanya itu. Anderson menyedari bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang
mempunyai sistem pentadbiran negeri yang tersusun dan sistematik yang dijalankan oleh pemimpin
Melayu tempatan. Di samping itu Anderson juga mendapati orang Melayu tempatan mempunyai
kebolehan untuk menjalankan pentadbiran tanpa bergantung kepada orang lain.36 Sekiranya Kedah
dibawa masuk ke dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sudah pasti perjalanan pentadbiran negeri
akan diletakkan di bawah perhatian pegawai-pegawai British.37 Situasi ini membimbangkan pihak Kedah
kerana orang Melayu tempatan akan hilang kuasa dalam pentadbiran negeri. Oleh itu Kedah enggan
menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Anderson pula tidak mepunyai niat untuk menggantikan orang Melayu tempatan dengan
pegawai-pegawai British. Bagi Anderson, jikalau perkara itu berlaku akan menunjukkan sikap
ketidakjujurannya dan ianya tidak patut dilakukan semata-mata untuk memberi laluan kepada pegawai
British mendominasi pentadbiran negeri. Anderson lebih menjurus ke arah mendapatkan sokongan
orang Melayu tempatan kepada kehadiran pihak British di Kedah. Oleh itu Anderson menumpukan
perhatian untuk memberikan pendidikan dan juga melatih orang Melayu tempatan untuk menjalankan
pentadbiran mereka sendiri.38 Anderson telah memberi laluan kepada anak Melayu tempatan yang
berjaya dalam pendidikan untuk ditempatkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dengan harapan anak
Melayu tempatan tersebut boleh memegang jawatan dalam pentadbiran negeri khususnya di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Anderson telah bersikap tegas untuk tidak mahu membuat sebarang
percubaan bagi memberi tekanan ke atas Kedah supaya menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Dalam meluaskan pengaruh British di Kedah, Anderson telah bertindak sebagai pemberi kata
pemutus dalam isu yang melibatkan pentadbiran negeri. Keputusan yang dibuat oleh Anderson adalah
muktamad dan tidak dicabar oleh Sultan Abdul Hamid dan Majlis Mesyuarat Negeri. Situasi ini dapat
dibuktikan semasa Anderson menghadapi tentangan daripada Tengku Mahmud yang merupakan
Presiden Majlis Mesyuarat Negeri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Tengku Mahmud dan ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Negeri telah menunjukkan reaksi kemarahan terhadap Penasihat British iaitu Maxwell
apabila Maxwell tidak bertindak mengikut keputusan yang dibuat dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Sebagai contohnya pembayaran elaun sebanyak seratus lima puluh ringgit setiap bulan kepada anak
Sultan Kedah yang telah mencapai umur 15 tahun. Elaun ini adalah perbelanjaan tambahan kepada
aktiviti pembelajaran anak-anak Sultan telah menjadi salah satu isu antara Penasihat British dengan ahli-
ahli Majlis Mesyuarat Negeri.39

1570
Maxwell telah membantah tindakan Majlis Mesyuarat Negeri untuk meneruskan pembayaran
elaun tersebut kepada anak Sultan Kedah. Tindakan protes Maxwell ini bertentangan dengan tindakan
bekas Penasihat Kedah, iaitu G.C.Hart yang tidak menentang keputusan majoriti ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Negeri.40 Maxwell menyatakan elaun tersebut tidak sepatutnya diberikan kepada anak Sultan
Kedah memandangkan segala perbelanjaan mereka ditanggung oleh kerajaan negeri. Oleh itu Maxwell
mencadangkan adalah lebih baik perkara itu dirujuk kepada Anderson.41 Tengku Mahmud selaku
Presiden Majlis Mesyuarat Negeri telah menulis surat kepada Anderson untuk mendapatkan penjelasan
tentang isu tersebut. Anderson menjelaskan perbelanjaan sekolah untuk anak sultan adalah ditanggung
oleh pentadbiran negeri manakala untuk perbelanjaan peribadi adalah dibayar melalui elaun kerabat
Diraja.42 Penjelasan Anderson ini tidak menyenangkan Tengku Mahmud dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Negeri menganggap ia memihak kepada Maxwell.

Pada masa yang sama timbul isu lain yang merenggangkan lagi hubungan Maxwell dengan ahli-
ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Maxwell telah mengeluarkan arahan kepada Tengku Mahmud bahawa
segala urusan surat-menyurat Kedah yang dihantar kepada Pesuruhjaya Tinggi British mestilah melalui
Residen-Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kerana Residen-Jeneral ingin tahu perkembangan yang
berlaku di Kedah.43 Tengku Mahmud membantah sekeras-kerasnya tindakan Maxwell tersebut dan
menyatakan Kedah bukanlah negeri yang telah menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.44 Selain itu
langkah Maxwell yang menetapkan surat-menyurat perlu dibuat dalam bahasa Inggeris dan minit
mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri perlu dirujuk kepada Penasihat British sebelum dibawa untuk
perhatian Tengku Mahmud juga mendatangkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Negeri.

Tengku Mahmud juga telah menyuarakan rasa ketidakpuasan hati beliau terhadap tindakan
Maxwell yang memberi arahan dan nasihat kepada jabatan-jabatan kerajaan tanpa mendapatkan
persetujuan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri memandangkan ia merupakan tugas Majlis Mesyuarat
Negeri. Kekecewaan dapat dilihat apabila Tengku Mahmud menyatakan;

....It is placing myself and other member of the State Council in a flase if not undignified
position when we see that things like these have been done without our knowledge or
consent however beneficial they may be.45

Oleh itu Tengku Mahmud mahukan Maxwell mengundurkan diri daripada jawatan Penasihat
British. Maxwell pula menyatakan bahawa adalah menjadi tugasnya untuk mengawasi perjalanan
jabatan-jabatan pentadbiran negeri dan menjadi kelaziman ketua jabatan bertemu dengannya untuk
mendapatkan nasihat kerana ia melibatkan pentadbiran negeri.46 Maxwell tidak mengikut jejak langkah

1571
Penasihat British Siam iaitu G.C Hart yang tidak membantah sebarang keputusan yang dicapai dalam
Majlis Mesyuarat Negeri.47 Sebaliknya Maxwell telah mengambil tindakan untuk meminta pandangan
dan keputusan daripada Pesuruhjaya Tinggi jikalau dia tidak bersetuju dengan ahli Majlis Mesyuarat
Negeri. Tindakan ini tidak disukai oleh Tengku Mahmud yang merasakan pihak British mula mencabar
kedudukan pemimpin Melayu tempatan.

Maxwell yang dilantik sebagai Penasihat British belum lagi disahkan dalam jawatan dan
bergantung kepada kecekapannya dalam menjalankan tugas sebagai Penasihat British. Apabila
Anderson meminta Majlis Mesyuarat Negeri untuk menyokong pengesahan Maxwell dalam
jawatannnya, Tengku Mahmud enggan memenuhi permintaan Anderson.48 Sebaliknya Tengku Mahmud
meminta Anderson menggantikan Maxwell dengan pegawai lain yang boleh menjalankan tugas sebagai
Penasihat British dan juga boleh menjalankan tugas dengan harmoni.49 Di samping itu Tengku Mahmud
dan ahli Majlis Mesyurat Negeri telah sebulat suara meletakkan jawatan jikalau Maxwell masih menjadi
Penasihat British.50

Anderson telah bersikap tegas dalam menghadapi isu ini. Anderson tidak mahu menyokong
tindakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri kerana ia akan memberi kuasa yang lebih kepada Majlis
Mesyuarat Negeri yang didominasi oleh pembesar Melayu.51 Anderson tidak mahu menggantikan
Maxwell dengan pegawai British yang lain memandangkan Maxwell dilantik berdasarkan kelayakan dan
pengalaman. Anderson percaya tuduhan ke atas Maxwell adalah tidak munasabah berdasarkan kepada
keperibadian Maxwell. Oleh itu Anderson mendapati tidak ada alasan untuknya mendesak Maxwell
melepaskan jawatan Penasihat British tanpa merujuk kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London.
Walaupun bersikap tegas dalam hal ini, Anderson telah mengambil inisiatif untuk mengadakan rundingan
dengan Tengku Mahmud dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri untuk mengelakkan masalah menjadi
berlarutan. Namun begitu ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri tidak mahu berganjak daripada keputusan
asal mereka.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Sultan Abdul Hamid menjadi sasaran bagi Anderson
memandangkan baginda mempunyai kata pemutus terhadap keputusan yang diambil oleh Majlis
Mesyuarat Negeri. Bagi Anderson, Sultan Abdul Hamid merupakan orang yang bertanggungjawab
mengawasi perjalanan pentadbiran negeri berlandaskan pada Perjanjian 1909. Oleh itu Anderson
meminta baginda untuk mengambil tindakan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah tersebut agar
dapat meneruskan pentadbiran negeri dan memberi perakuan akan menyokong segala tindakan yang
diambil oleh Sultan Abdul Hamid.52

1572
Sultan Abdul Hamid menyakinkan Anderson bahawa tindakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri
adalah untuk sementara waktu sahaja. Baginda menyatakan bahawa situasi tersebut dapat dielakkan
sekiranya ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri memaklumkan tindakan dan keputusan mereka kepada
Maxwell. Tambahan lagi Baginda memberi alasan masalah kesihatannya menyebabkan beliau tidak
dapat memberi tumpuan terhadap perjalanan harian pentadbiran negeri.53 Anderson tetap bertegas
bahawa dia bergantung kepada Sultan Abdul Hamid untuk membuat keputusan bagi mengelakkan
gangguan terhadap perjalanan pentadbiran negeri. Sultan Abdul Hamid tidak memihak kepada
keputusan yang diambil oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan sebaliknya masih mengekalkan
ketaatsetiaannya kepada pihak British.54 Tindakan ini disebabkan Sultan Abdul Hamid telah melihat
kuasa menjalankan pentadbiran negeri kini terletak di tangan Pesuruhjaya Tinggi British dan juga
Penasihat British. Sultan Abdul Hamid mendesak ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri menarik balik
keputusan mereka dan kembali bertugas semula. Namun begitu mereka enggan menghormati desakan
baginda memandangkan mereka beranggapan Sultan Abdul Hamid lebih memihak kepada Pesuruhjaya
Tinggi British. Sultan Abdul Hamid juga menghadapi masalah untuk mencari pengganti lain untuk
mengambil alih jawatan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu.

Anderson masih tidak berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan sebaliknya telah
mengadakan pertemuan dengan Tengku Mahmud. Anderson telah meminta Tengku Mahmud untuk
menghormati hasrat Sultan Abdul Hamid dan meneruskan tugasnya sehingga satu keputusan dicapai
tentang kedudukan Maxwell.55 Tengku Mahumud tidak mahu berganjak daripada tindakan untuk
meletakkan jawatan. Pada masa itu juga Sultan Abdul Hamid telah memaklumkan kepada Anderson
bahawa beliau telah gagal memujuk ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri menarik diri daripada meletakkan
jawatan. Namun begitu baginda memberi jaminan bahawa beliau mampu meneruskan perjalanan
pentadbiran negeri tanpa kehadiran ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Anderson berasa tercabar dengan tindakan Tengku Mahmud dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Negeri. Pada pandangan Anderson, Maxwell tidak boleh diminta meletakkan jawatan memandangkan
rekod kecemerlangannya sebagai Penasihat British.56 Anderson pun tidak mahu bertolak ansur dengan
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri untuk menggantikan Maxwell kerana ini akan menunjukkan pihak
British telah tunduk kepada tekanan pentadbiran negeri. Secara tidak langsung perluasan pengaruh
British dalam pentadbiran negeri akan terjejas. Walau bagaimanapun Anderson masih memerlukan
Majlis Mesyurat Negeri sebagai satu platform untuk meluaskan pengaruh British di Kedah.

Anderson terpaksa menggunakan ugutan untuk menyelesaikan isu tersebut. Melalui Edict 1905
telah ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri yang bertindak sebagai satu badan menjalankan pentadbiran

1573
negeri. Anderson memaklumkan kepada Sultan Abdul Hamid bahawa dia akan menggantung Edict 1905
dan sebaliknya baginda secara sendirinya menjalankan pentadbiran negeri dengan bantuan Maxwell dan
golongan lain yang masih percaya kepada peranan dan kedudukan kuasa British di Kedah.57 Maxwell pula
mencadangkan kepada Anderson supaya melantik Penasihat British sebagai Naib Presiden Majlis
Mesyuarat Negeri. Walau bagaimanapun isu ini tamat dengan campur tangan Anderson yang terpaksa
menggunakan ugutan untuk menggantung Edict akibat keengganan Tengku Mahmud dan ahli-ahli Majis
Mesyuarat Negeri menerima Maxwell sebagai Penasihat British.58

Tindakan Anderson untuk menggantung Edict 1905 memberikan tamparan kepada Tengku
Mahmud dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri kerana ia akan menidakkan kuasa orang Melayu
tempatan untuk melibatkan diri dalam pentadbiran negeri. Secara langsung ia membawa ancaman
kepada kedudukan politik Kedah yang dipegang oleh orang Melayu tempatan. Tengku Mahmud dan ahli-
ahli Majlis Mesyuarat Negeri menamatkan perbalahan dan kembali semula untuk bertugas.59 Anderson
menambah bahawa dia tidak mempunyai sebarang pegawai British yang layak untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai Penasihat British Kedah melainkan Maxwell.60 Oleh itu Anderson mencadangkan
kerajaan Kedah mengesahkan Maxwell dalam jawatannya dengan memberikan gaji sebanyak $1200
setahun dan elaun keraian sebanyak $120 setahun. Cadangan Anderson ini diterima oleh Sultan Abdul
Hamid dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri.61

Penglibatan Anderson dalam pentadbiran negeri juga dapat dilihat apabila Majlis Mesyuarat
Negeri dan Sultan Abdul Hamid terpaksa merujuk kepada Anderson untuk menambahkan jumlah
keahlian dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Dua orang ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah bersara
menyebabkan berlaku kekosongan jawatan. Sultan Abdul Hamid telah meminta Anderson supaya
melantik anaknya Tengku Ibrahim untuk menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri.62 Sepatutnya Sultan
Abdul Hamid mempunyai kuasa untuk membuat perlantikan ahli Majlis Mesyuarat Negeri tetapi tidak
dapat berbuat demikian memandangkan Anderson mempunyai kata pemutus dalam soal perlantikan
tersebut. Anderson telah berbincang dengan Maxwell selaku Penasihat British dan merasakan
keputusan untuk melantik Tengku Ibrahim merupakan tindakan yang bijak memandangkan Tengku
Ibrahim merupakan orang yang bakal menggantikan Sultan Kedah . Dengan itu Tengku Ibrahim telah
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Peranan Anderson tersebut telah membuktikan Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kata
pemutus dalam pentadbiran negeri dalam usaha untuk meluaskan pengaruh British ke dalam birokrasi
kolonial. Walaupun mempunyai kata pemutus, Anderson tidak menjadikannya sebagai kuasa mutlak
untuk menentukan hala tuju politik Kedah. Pemahaman tentang politik Kedah telah menyebabkan
Anderson mengamalkan sikap diplomasi, keprihatinan dan tegas dalam mencari penyelesaian terhadap
masalah yang timbul kecuali tidak mencapai kata sepakat di kalangan pemimpin Melayu tempatan.

1574
Kesimpulan

Pesuruhjaya Tinggi British telah mengambil peranan secara aktif dalam memastikan pengaruh British
dapat diperkukuhkan dalam pentadbiran Kedah. Pesuruhjaya Tinggi British telah meletakkan pengaruh
mereka melalui hubungan rapat dengan sultan dan juga para pembesar tempatan. Melalui hubungan
tersebut Pesuruhjaya Tinggi British telah memainkan peranan besar dalam memastikan kedudukan
British di Kedah diiktiraf oleh sultan dan pembesar tempatan. Pesuruhjaya Tinggi British yang telah
memahami budaya politik tempatan telah memastikan sultan dan pembasar tempatan bergantung
kepada pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British dalam menjalankan pentadbiran negeri. Walaupun terdapat
Penasihat British Kedah untuk menasihati sultan dan pembesar tempatan namun Pesuruhjaya Tinggi
British telah memastikan pengaruh mereka menjadi lebih dominan dalam kalangan sultan dan pembesar
tempatan. Justeru peranan dan pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British menyebabkan Penasihat British
Kedah dapat menjalankan tugasnya tanpa menghadapi tentangan kuat daripada sultan dan pembesar
tempatan. Peranan dan pengaruh Pesuruhjaya Tinggi British telah menyebabkan kedudukan British di
Kedah telah diperkukuhkan dalam pemerintahan dan pentadbiran Kedah.

1575
1. Chai Hon Chai, The Development of British Malaya,1896-1909, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1967, m.s. 4.

2. Robbert Heussler. British Rule In Malaya. The Malayan Civil Service and Its

Preedecessors, 1867-1942, Oxford, England : Clio Press, 1981, m.s. 107.

3. E. Sadkha, The Protected Malay States, Kuala Lumpur: Penerbit University Malaya,
1968, m.s. 148.

4. Ibid, m.s.147.

5. CO 273/350 Anderson To Colonial Office 27 May,1909.

Nota Hujung

1576
6. CO 273/354 Anglo Siam Treaty Siamese Confidential 5 July 1909.

7. CO 273/354 Anglo Siam Treaty Siamese Confidential July 1909.

8. CO 273/354 Becket To Sir E. Crey 4 July 1909.

Syarat kedua ialah penyerahan Kedah akan berlaku dalam masa 30 hari selepas

tarikh pengubahsuaian iaitu 9 Julai 1909.

9. CO 273/350 The High Commissioner of the Federated Malay States to the Secretary of
State for the Colonies 17 July,1909.

10. CO 273/350 The Governor of the Straits Settlements to the Secretary of State for

the Colonies 27 May, 1909.

11. CO 273/350 The High Commissioner of the Federated Malay States to the Secretary of
Sate for the Colonies 2 July 1909.

12. CO 273/355 Allen to Asquith 20th March 1909.

13. Ibid.

14. CO 273/355 Anderson to Colonial Office 20th April 1909.

15. CO 273/356 Agent of His Highness Sultan Kedah to Colonial Office 2 June 1909.

1577
16. Ibid.

17. Ibid.

18. Walter Makepeace, Gilbert E. Brooke, Roland St.J. Braddell, One Hundred Years of
Singapore, 2 Volume, London,1921, m.s 136.

19. Co 273/350 High Commissioner of the Federated Malay States to the Secretary

of the State for the Colonies 23 June 1909.

20. Ibid.

21. Dalam melaksanakan birokrasi kolonial, pihak British telah mengambil pendekatan
untuk mengamalkan pemerintahan tidak langsung (indirect rule). Oleh itu pihak British
telah mengekalkan institusi pemerintahan tradisional untuk mengawal danmenjalankan
pentadbiran negeri.

Lihat Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas on Development:From Feudal Lord to


Capitalist, Singapore: Times Book International,1988, m.s. 44.

22. Chandrasekaran Pillay, “Protection of The Malay Community: A Study of UMNO’s


Position and Opposition Attitudes”, Tesis Master, Universiti Sains Malaysia, 1974, m.s 3.

23. CO273/350 The High Commissioner of the Federated Malay State to Maxwell

10 July 1909.

24. CO 273/355 John Anderson to Colonial Office 20 April 1909.

1578
25. CO 273/350 The High Commissioner of the Federated Malay States to the

Secretary of State of the Colonies 14 July 1909.

26 CO 273/350 The High Commissioner of the Federated Malay State to Maxwell 10 July
1909.

27. CO 273/350 Anderson to Colonial Office 17 July 1909.

28. CO 270/351 Sultan Kedah to Anderson 26 August 1909.

29. CO 273/351 Anderson to Sultan of Kedah 15 September 1909.

30. CO 273/351 Sultan Kedah to High Commissioner 16 September 1909.

31. CO 273/351 High Commissioner to Sultan of Kedah 16 September 1909.

32. CO 273/350 Anderson to Colonial Office 3 August 1909.

33. CO 273/350 Sultan Kedah to Anderson 7 August 1909.

34. CO 273/350 Anderson to Colonial Office 25 August 1909.

35. Ibid.

1579
36. CO 273/351 Anderson to Colonial Office 1 September 1909.

37. Anderson melihat masalah yang timbul melalui peranan Federal Council yang terdapat
dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dalam Federal Council tersebut

mengandungi ahli-ahli tak rasmi yang terdiri daripada bangsa Cina dan Eropah. Pada
pandangan Anderson, situasi ini sudah tentu membezakan keadaan yang terdapat di
Kedah.Anderson juga mendapati ahli Federal Council tidak ada pengalaman tentang
pentadbiran Kedah.

38. CO 273/351 Anderson to Colonial Office 1 September 1909.

39. CO 273/351 Anderson to Colonial Office 9 June 1910.

40. CO 273/361 The High Commissioner of the Federated Malay States to the Secretary of
State for the Colonies, 7 June 1910.

41. Ibid.

42. CO 273/351 Anderson to Colonial Office 9 June 1910.

43. CO 273/360 Letter addressed by President of the Kedah State Council to the High
Commissioner 19th December 1909.

44. CO 273/361 Tengku Mahmud to Anderson 20th May 1910 in Anderson in Colonial Office
7 June 1910.

45. CO 273/361 Tengku Mahmud to Maxwell 20 May 1910.

1580
46. CO 273/361 Maxwell to Tengku Mahmud 23 May 1910

47. CO 273/361 Tengku Mahmud kepada Pesuruhjaya Tinggi John Anderson,1 Jun 1910.

48. CO 273/316 Anderson to Tengku Mahmud 22 April 1910.

49. CO 273/361 Tengku Mahmud to Anderson 20th May 1910 in Anderson to Colonial Office
7 June 1910.

50. CO 273/361 Anderson to Colonial Office 9 June 1910.

51. Mohd Isa Othman, “Majlis Mesyuarat Negeri Kedah: Cabaran Politik dan Pentadbiran
Dalam Konteks Kesetiaan dan Kenegerian,1909-1941” dalam Mahani Musa dan Tan Liok
Ee (Peny.), Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, 2000, m.s.97.

52. CO 273/361 Letter from High Commissioner to His Highness the Sultan Kedah

7 June 1910 in Anderson to Colonial Office 9 June 1910.

53. CO 273/361 The High Commissioner of the Federated Malay States to the Secretary
State for the Colonies, 7 June 1910.

54. CO 273/363 Anderson to Colonial Office 25 October 1910.

1581
55. CO 273/361 Anderson to Colonial Office 9 June 1910.

56. Ibid.

57. CO 273/361 The High Commissioner of the Federated Malay States to the Secretary of
State for the Colonies 7 June 1910.

58. CO 273/361 Maxwell to Tengku Mahmud 23 May 1910.

59. CO 273/361 Telegram from the High Commissioner for the Federated Malay States to
the Secretary of Sate for the Colonies 10 June 1910.

60. CO 273/316 Anderson to Tengku Mahmud 22 April 1910.

61. CO 273/372 Anderson to Colonial Office 30 January 1911.

62. CO 273/372 Anderson to Colonial Office 1 February 1911.

1582
MENEROKA SEJARAH PENGGUNAAN ISTILAH `JAWI’ DALAM
TAMADUN DUNIA

Saadon Awang

Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel: 604-9287937/012-4859420

email: saadon@uum.edu.my

Abstrak

Pada hari ini, istilah `jawi’ merupakan satu perkataan yang difahami oleh kebanyakan
rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan orang-orang Melayu. Pengertian paling
utama adalah pada `tulisan jawi’, yang menjadi satu simbol komunikasi bertulis yang
dapat disampaikan dari satu generasi ke satu genarasi yang berikutnya. Walau
bagaimanapun, sama ada disedari atau tidak, terdapat beberapa keadaan di mana
istilah `jawi’ telah digunakan, yang sekaligus membawa maksud tertentu dari segi
nilainya di sisi sejarah. Kertas ini cuba meneroka sejarah kewujudan dan skop
penggunaan istilah `jawi’ yang telah lama digunakan di Malaysia tetapi kurang
didedahkan tentang asal usulnya. Istilah-istilah seperti beras jawi, masuk jawi, Jawi
Peranakan dan orang Jawi adalah beberapa contoh yang akan dikaji sebagai bahan
bukti sejarah penggunaan istilah tersebut. Adalah diharapkan, sumbangan kecil ini
dapat membuka laluan kepada satu kajian yang lebih besar, yang seterusnya akan
memberi sumbangan kepada bidang sejarah mengenai tamadun manusia di dunia.

1583
Kata kunci: jawi, tamadun, nusantara

PENDAHULUAN

Istilah `jawi’ telah lama berada di dalam persekitaran masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat
orang-orang Melayu. Ia menjadi satu persekitaran yang termasuk dalam perbendaharaan kata bagi
kebanyakan kamus berbahasa Melayu.

Walau bagaimanapun , sukar bagi sesiapa untuk menentukan siapa, bila, di mana dan bagaimana istilah
`jawi’ itu mula diperkenalkan dan berkembang sehingga menjadi satu istilah dalam perbendaharaan kata
Melayu itu.

Kertas kerja ini akan cuba meneroka persoalan-persoalan pokok yang mungkin menjadi tanda tanya
kepada sebilangan besar daripada pengguna-pengguna istilah `jawi’ berkenaan.

OBJEKTIF KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:

1) mengenal pasti siapa yang terlibat dalam memperkenalkan istilah `jawi’


2) mengenal pasti bila istilah `jawi’ mula digunakan sebagai satu istilah dalam masyarakat
3) mengenal pasti di mana asalnya istilah `jawi’ mula digunakan dalam masyarakat
4) mengenal pasti bagaimana istilah `jawi’ mula digunakan dalam persekitaran masyarakat
5) membuat kesimpulan tentang siapa, bila, di mana dan bagaimana istilah `jawi’ digunakan dalam
tamadun dunia

LATAR BELAKANG MASALAH

1584
Menurut Kamus Dewan (2002), istilah `jawi’ adalah merujuk kepada tulisan Bahasa Melayu yang
menggunakan huruf-huruf Arab yang ditambah dengan beberapa huruf rumi. Syed Mahathir (2004) di
dalam artikelya menyatakan bahawa tulisan jawi digunakan oleh kira-kira 175 juta penduduk dunia,
terutamanya di daerah-daerah sekitar kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan Melayu
adalah merujuk kepada negara-negara dalam lingkungan Asia Tenggara, yang juga dikenali sebagai
nusantara (Wilkinson dan Winstedt, 1961).

Di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu, istilah `jawi’ biasanya digunakan bagi merujuk
beberapa perkara. Di antara perkara-perkara yang menjadi sebutan adalah seperti tulisan jawi, beras
jawi, tepung jawi, masuk jawi, dan jawi peranakan (jawi pekan).

Walaupun kajian awal sejarah mendapati istilah `jawi’ bermula di dalam persekitaran masyarakat Melayu
(Ramli Sidik, 2014), tidak ramai yang dapat mengesahkan bahawa istilah jawi itu merujuk kepada apa
maksud yang sebenarnya. Beberapa kajian dan penulisan awam (Kuntowijoyo (1987); Wilkinson
Winstedt (1961); Mohd Alwee Yusoff (2010); Kang Keong Seock, (1986); Shellabear (1975); Paterson dan
Blagden (1924 atas rujukan); Ismail Hussain (1981)), hanya dapat menjelaskan tentang asal usul
kedatangan pihak kedua yang menyebut istilah berkenaan.

KAEDAH PENGUMPULAN FAKTA SEJARAH

Penulisan kertas kerja ini adalah berdasarkan satu kajian historikal. Sumber data utama adalah
diperolehi melalui bahan-bahan sekunder, khususnya kajian-kajian dan penulisan-penulisan terdahulu.
Maklumat primer pula diperolehi kaedah temu bual ke atas responden yang diperolehi melalui prosedur
persampelan bertujuan (purposive sampling). Responden-responden yang dipilih adalah berdasarkan
beberapa kriteria iaitu:

1) golongan yang mempunyai pengetahuan mengenai subjek


2) golongan yang sekurang-kurangnya ada pendidikan asas minimum
3) memahami isi (content) subjek yang diutarakan

1585
Responden-responden yang terpilih adalah terdiri daripada beberapa kelompok iaitu :

1) pelajar-pelajar antarabangsa dan tempatan di institusi pengajian tinggi


2) pendidik-pendidik antarabangsa dan tempatan di institusi pengajian tinggi
3) orang awam

Instrumen utama mendapatkan maklumat adalah temu bual menggunakan item-item soalan `separa-
struktur’, iaitu gabungan soalan-soalan berstruktur dan soalan-soalan terbuka. Beberapa item
berstruktur adalah meliputi adalah meliputi soalan-soalan penerokaan (leading questions) seperti :

1) asal tempat
2) asal keturunan
3) pernahkah mendengar istilah `Melayu’?
4) pernahkah mendengar istilah `jawi’?
5) jika ya, apakah maksudnya?

Beberapa soalan terbuka seperti:

1) Bagaimanakah istilah `jawi’ digunakan di tempat anda?


2) Bolehkah anda menulis `jawi’?
3) Bolehkah anda membaca `jawi’
4) Nyatakan beberapa istilah lain yang berkaitan dengan
istilah `jawi’ (seperti beras jawi, masuk jawi..dsb)

Hubungan di antara fakta-fakta sejarah dan pengumpulan maklumat-maklumat primer akan dianalisis
secara kualitatif dan dipersembahkan secara deskriptif.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Beberapa penulisan dan kajian sejarah yang lepas telah disorot. Hasil kajian mendapati asal usul istilah
`jawi’ adalah berdasarkan kepada beberapa sumber sejarah. Sumber-sumber ini dapat dibahagikan
kepada beberapa cabang seperti berikut:

1586
1) Sejarah Melayu

Menurut kajian sejarah, orang-orang Melayu telah menduduki alam Nusantara ini sejak sebelum zaman
Masyarakat Melayu Tradisi di Tanah Melayu, iaitu sebelum abad ke 12 hingga 13 Masehi (Kratz (1996);
dan Simpson (1981)). Sebelum dikenali sebagai Nusantara (Malay Archipelago), wilayah Asia Tenggara
dikenali dalam bahasa Hindu Tua sebagai Javadwipa. Orang-orang Melayu ditemui bertutur bahasa
Melayu di beberapa daerah di Indonesia (seperti Palembang, Bengkahulu), Indo-Cina (seperti
Kampuchea, Vietnam), Filipina dan Borneo (termasuk Brunei Darussalam) (Shellabear (1975); dan Abdul
Rahman Hj Abdullah (1981)). Bahasa itu disampaikan melalui tulisan yang difahami oleh masyarakat
tempatan dengan menggunakan huruf rencong. Kemudiannya wujud dialek tempatan di Jawa yang
dikenali sebagai bahasa Kawi yang disampaikan melalui tulisan Kawi (Hashim Hj. Musa, (1999); the Jawi
Press (2014); laman web Asal Usul (2014); dan Syed Mahathir Syed Ibrahim (2004). Bahasa Kawi telah
mempengaruhi bahasa Melayu dan turut menguasai penggunaan tulisan huruf rencong di awal tadi.
Apabila pengaruh Hindu mula tiba di Nusantara, bahasa-bahasa tempatan ini mendapat pengaruh pula
daripada bahasa Sanskrit yang meninggalkan kesan untuk beberapa lama.

Kira-kira dalam abad ke 11 Masehi, pedagang-pedagang Arab telah sampai ke Jawa dan Sumatera
dengan tujuan untuk berdagang, dan menyebarkan agama Islam. Walau bagaimanapun, menurut
catatan Ramli Sidik (/2014), Brunei Times, (2007), dan Winstedt (1962), pedagang-pedagang Arab
mendapati agama Islam sukar berkembang di dalam masyarakat yang berlainan bahasa perhubungannya
itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Kawi. Ini ditambah dengan penggunaan tulisan yang berbeza
daripada huruf Arab. Dari situ, mereka mula mengajar bahasa Arab kepada penduduk tempatan supaya
mereka mudah mempelajari agama Islam, terutamanya membaca al-Quran. Sebaliknya, penduduk
tempatan juga merasa sukar untuk memahami Islam yang disampaikan melalui bahasa Arab. Oleh itu,
untuk memahaminya dengan lebih mendalam, mereka telah menterjemahkan maknanya ke dalam
bahasa tempatan. Ini diikuti dengan penyampaian melalui tulisan, dengan menggunakan bahasa Arab
yang disesuaikan dengan kehendak-kehendak tempatan. Tulisan ini dikenali sebagai tulisan `jawi’, iaitu
tulisan bagi orang-orang Java, atau disebut sebagai `Jawa’ melalui sebutan lidah bahasa Arab.

Penemuan Kajian: Ada kemungkinan tulisan ini disebut sebagai tulisan `javi“ jika huruf `v’ terdapat
dalam abjad konsonan bahasa Arab.

Terdapat beberapa bukti sejarah mengenai penggunaan istilah `jawi‘ dalam kalangan masyarakat Melayu
di Nusantara. Di antaranya adalah:

1587
i) Catatan pengembaraan Ibn Batutah

Semasa pengembara Islam terkenal, Ibn Batutah singgah di Nusantara, beliau telah menemui kumpulan
masyarakat Melayu (Hashim Hj. Musa, 1999).. Di dalam catatan pengembaraannya, beliau menggelar
orang-orang Melayu sebagai `orang Jawi’, manakala tulisan Melayu-Arab yang digunakan oleh penduduk
tempatan sebagai `tulisan jawi’.

Penemuan kajian: Gelaran `jawi’ ini mungkin boleh dikaitkan dengan fakta daripada sejarah Islam (akan
dibincangkan kemudian), yang bersumberkan kepada misi pengembaraan daripada keturunan Bani Jawi,
atau penyebaran Islam melalui utusan Rasulullah S.A.W yang bernama Saad bin Abi Waqas.

ii) Perluasan Empayar Islam Pasai

Kerajaan Islam Pasai sedang mencapai puncak kegemilangannya pada abad ke 17 Masehi (Abdullah Hj
Musa Lubis, 1963). Empayar kerajaan tersebut telah mengembangkan pengaruhnya ke wilayah-wilayah
sekitar. Pada masa tersebut, tulisan jawi telah digunakan dalam berbagai urusan kerajaan dan
perhubungan dalam kalangan rakyatnya. Ini turut dibawa bersama semasa kerajaan itu
mengembangkan empayarnya ke wilayah-wilayah sekitar.

Penemuan kajian: Kerajaan Melaka, Acheh dan Johor telah menggunakan tulisan jawi dalam berbagai
urusan pentadbiran dan perundangan mereka. Tulisan jawi yang digunakan di negeri-negeri tersebut
dikatakan telah dibawa masuk semasa kerajaan Islam Pasai melebarkan kuasa ke atas mereka di sekitar
abad ke 17 Masehi itu.

iii) Penemuan Batu Bersurat di Terengganu

Batu Bersurat yang menggunakan tulisan jawi telah ditemui di Kuala Berang, Terengganu dengan catatan
penulisan pada abad ke 14 Masehi (Mohd Alwee Yusoff, (2005); Paterson and Blagden (1924 atas
rujukan); dan Hashim Hj. Musa, (1999)).

1588
Penemuan kajian: Didapati catatan masa semasa penulisan Batu Bersurat ini dibuat (1303 Masehi)
adalah lebih awal daripada penggunaannya di Johor, Acheh dan Melaka. Ini menunjukkan bahawa
tulisan jawi ini mungkin mendapat pengaruh daripada pedagang-pedagang Arab yang singgah ke situ
semasa dalam perjalanan pergi atau balik dari berdagang di Negeri China. Rujuk penemuan-penemuan
dalam tulisan Syed Muhamad Naquib al-Attas (1998), Simpson (1981), Mohd Alwee Yusoff (2005), dan
Ramli Sidik (2014). Kesan-kesan hubungan di antara negeri-negeri Indo-Cina dengan orang-orang
Melayu di Selatan Thailand dan Pantai Timur Semenanjung (seperti Kelantan) dapat menguatkan hujah-
hujah ini.

iv) Penggunaan Tulisan Jawi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Tulisan jawi telah digunakan dalam berbagai urusan pentadbiran dan perundangan kerajaan di Negeri-
negeri Melayu Bersektu (Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) (Hashim Hj. Musa (1999), dan
Open University of Malaysia (2014)). Ini termasuklah dalam berbagai arahan dan perjanjian yang dibuat
di antara pihak kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu, pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin
masyarakat Melayu.

Penemuan kajian: Ini menunjukkan bahawa tulisan jawi telah menjadi satu medium perhubungan yang
asas di dalam masyarakat Melayu. Walaupun pihak Inggeris telah mempunyai tulisan dalam bahasa
Inggeris, ia perlu diterjemahkan ke dalam tulisan jawi sekiranya matlamat sesuatu urusan itu ingin
sampai kepada masyarakat Melayu. Sebaliknya, terdapat beberapa perjanjian di mana Raja-raja Melayu
telah tertipu dengan helah pihak Inggeris yang memanipulasikan perjanjian-perjanjian yang ditulis dalam
Bahasa Inggeris. Contohnya, Perjanjian Pangkor di Perak 1874, dan Perjanjian untuk melaksanakan
pentadbiran berbentuk kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union di Tanah Melayu 1946
(Shellabear, 1975).

v) Penggunaan Tulisan Jawi di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Tulisan juga digunakan dalam berbagai urusan pentadbiran dan perundangan kerajaan di Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor) (Hashim Hj. Musa (1999), dan
Open University of Malaysia (2014). Ini termasuklah juga dalam berbagai arahan dan perjanjian yang
dibuat di antara pihak kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu, pembesar-pembesar dan pemimpin-
pemimpin masyarakat Melayu.

1589
Penemuan kajian: ini menunjukkan bahawa masyarakat tempatan, khususnya orang-orang Melayu telah
lama menggunakan tulisan jawi, iaitu sejak sebelum wujud masyarakat Melayu moden lagi. Ini dapat
dilihat dari perkembangan dalam institusi-institusi pondok (pengajian agama Islam), di mana ajaran-
ajaran Islam menggunakan pengantar tulisan jawi melalui penulisan-penulisan yang dinamakan sebagai
Kitab Jawi lama (dalam Syed Muhamad Naquib al-Attas (1998), Ismail Hussain (1981), dan Abdul Rahman
Hj Abdullah, (1981)).

vi) Teks Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Teks Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang dibacakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj selaku Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu, adalah tertulis
di dalam tulisan jawi (Hashim Hj. Musa (1999), dan Open University of Malaysia (2014)).

Penemuan kajian: Ini menunjukkan bahawa medium perhubungan yang mengiringi pertuturan Bahasa
Melayu, dan menjadi salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
tulisan jawi. Ini adalah kerana tulisan jawi dianggap sebagai pelengkap kepada orang-orang Melayu yang
menjadi teras kepada penduduk negara ini. Tulisan jawi secara simboliknya menjadi sinonim kepada
orang-orang Melayu yang hampir keseluruhannya beragama Islam, di mana bahasa Arab menjadi bahasa
penyampaian yang asal. Tulisan jawi, seperti di dalam definisi awal, merupakan tulisan bahasa Melayu
yang diambil daripada bahasa Arab dengan dibuat penambahan beberapa abjad tertentu (contohnya pa,
nya, cha, ga dan nga) supaya sebutan Melayu dapat dieja melalui abjad Arab.

2) Sejarah Islam

Kajian asal-usul `jawi’ juga boleh dilihat dari perspektif sejarah Islam. Terdapat dua sumber utama yang
dapat dijadikan sebagai rujukan dari perspektif ini.

i) Pengembaraan Keturunan Bani Jawi

Daripada sumber laman web Asal Usul Orang Melayu (2009), dan Hashim Hj. Musa (1999), diceritakan
tentang asal usul orang-orang Melayu adalah daripada keturunan Bani Jawi yang datang dari
Semenanjung Arab satu ketika dahulu. Nasab Bani Jawi adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim A.S.,
daripada sebelah isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah @ Keturah (nama Melayu?). Keturunan Bani
Jawi dikatakan datang ke Tanah Melayu sebagai melaksanakan misi mencari `Semenanjung Emas’, iaitu

1590
se keping tanah di satu semenanjung, yang terletak di hujung dunia. Di Semenanjung Emas inilah
dikatakan akan lahir seorang Raja akhir zaman kelak, dikenali sebagai Imam al-Mahadi untuk melawan
`kekufuran’ (Yakyuj dan Makjuj) sebelum berlakunya Hari Kiamat. Misi pengembara-pengembara Bani
Jawi yang dikenali sebagai `pengembara yang hilang’ ini dikatakan telah sampai ke Semenanjung Tanah
Melayu dan menetap di situ sejak lama dahulu. Kelompok ini kemudiannya telah berkembang dan
mengembangkan agama Islam dengan menggunakan perantaraan bahasa Arab. Walau bagaimanapun,
bahasa Arab kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan bagi memudahkan
penekanan terhadap Islam yang disampaikan itu. Langkah seterusnya adalah penyebaran melalui tulisan
supaya lebih lagi memberi kesan ke atas proses pengajaran itu. Dari situ, penduduk tempatan dikatakan
telah mencipta tulisan menggunakan bahasa tempatan yang diubahsuai dengan memasukkan huruf-
huruf Arab bagi menjelaskan pertuturan dalam penyampaian pengajaran itu.

Penemuan kajian: Tulisan jawi adalah merujuk kepada tulisan bahasa tempatan yang dipengaruhi oleh
abjad bahasa Arab yang dibawa oleh keturunan Bani Jawi yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu.
Penduduk tempatan ketika itu majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu. Disebabkan wujud satu
tulisan campuran Melayu-Arab, maka ia dikenali sebagai tulisan jawi, yang juga mengambil sempena
nama keturunan Bani Jawi itu. Penggunaan istilah `jawi’ ini kemudiannya diperluaskan dengan
membawa maksud orang-orang Melayu yang menggunakan tulisan Melayu-Arab tadi. Akhirnya, orang-
orang Melayu-Islam dikenali sebagai `orang-orang Jawi’ dalam kalangan sebahagian masyarakat Melayu
(seperti di Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia).

ii) Kedatangan Utusan Saad bin Abi Waqas

Istilah jawi juga dikatakan mempunyai kaitan dengan usaha penyebaran Islam di rantau ini (Hashim Hj
Musa (1999), dan the Jawi Press (2014)). Ia dikatakan muncul melalui misi `JAWI’ yang dibawa oleh Saad
bin Abi Waqas, yang sampai ke kepulauan Asia Tenggara pada se awal abad ke 7 Masehi. Abi Waqas
merupakan seorang utusan Rasulullah S.A.W, yang dihantar untuk menyebarkan agama Islam di seluruh
dunia. Istilah `JAWI’ dalam misi Abi Waqas adalah merujuk kepada dua maksud, `JA’ merujuk kepada
`penyebaran/pembaikan/pengubatan’, manakala `WI’ adalah merujuk kepada `tulisan’. Apabila
dicantumkan, istilah `jawi’ akan memberi maksud `penulisan yang bertujuan menyebarkan ilmu,
khususnya agama Islam’ itu.

Penemuan kajian: Tulisan jawi satu ciptaan istilah yang telah diperkenalkan untuk tujuan memudahkan
penyampaian ajaran Islam yang berteraskan bahasa Arab. Jawi dianggap sebagai `spirit‘ dalam
penyebaran agama Islam. Sebab itulah tulisan jawi lebih mendapat tempat dalam kalangan orang-orang
Melayu Islam kerana jika hilang `jawi‘, dikatakan akan hilang `spirit‘ Islam itu. Ini dapat dilihat dari

1591
beberapa contoh dalam ejaan perkataan-perkataan bahasa Melayu untuk sebutan perkataan-perkataan
bahasa Arab.

Contoh: ruku‘ (Arab - hamzah), saum/siyam (Arab - sad), Sami’Allah (Arab - ain)

3) Metos Rakyat Masyarakat Melayu

Asal usul istilah `jawi‘ juga dikatakan dapat dirujuk melalui kisah metos rakyat dalam kalangan
masyarakat Melayu. Satu kisah yang banyak diberi perhatian oleh pengkaji-pengkaji sejarah adalah
Hikayat Merong Mahawangsa, asal keturunan Raja negeri Kedah Tua (laman web myKedah). Dikisahkan
bahawa Merong Mahawangsa yang beragama Hindu, adalah dari keturunan Raja Greek yang lahir di
Macedonia, bernama Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) yang terkenal itu. Keturunan Merong
Mahawangsa mempunyai beberapa generasi sehinggalah sampai giliran kepada raja yang bernama Phra
Ong Mahawangsa yang memerintah negeri Kedah sekitar abad ke 12 Masehi. Ketika pemerintahannya,
agama Islam mula-mula tiba di Negeri Kedah melalui pedagang-pedagang Arab yang datang dari Tanah
Arab. Phra Ong telah memeluk Islam pada tahun 1136 Masehi dan menjadi Sultan Kedah beragama
Islam yang pertama, dengan menggelar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah. Baginda telah diIslamkan
oleh ulama yang terkenal dari Mekah, iaitu Sheikh Abdullah Yamani, yang kemudiannya dilantik baginda
menjadi Mufti Negeri Kedah yang pertama.

Penemuan kajian: Telah menjadi resam di dalam Masyarakat Melayu Tradisi, apabila rajanya menganut
sesuatu kepercayaan, maka rakyat jelata akan turut sama menganut kepercayaan itu. Perkara yang
sama telah berlaku dalam kes Phra Ong Mahawangsa yang memeluk Islam, di mana rakyatnya turut
menganut kepercayaan yang sama. Jika fakta ini tepat, maka dapatlah dikatakan bahawa Islam telah
mula bertapak di Negeri Kedah se awal abad ke 12 Masehi lagi. Jika masih diingati tentang penemuan
Batu Bersurat di Terengganu pada abad ke 14 yang telah dianggap tarikh paling awal kedatangan Islam di
Tanah Melayu, maka tarikh Sultan Mudzafar Shah Kedah memeluk Islam jauh lebih awal daripada tarikh
berkenaan.

4) Hasil Temu Bual Kajian

Beberapa temu bual telah dilakukan untuk mendapat maklumat primer bagi menyokong fakta-fakta
sejarah dalam kajian ini. Temu bual telah dilakukan secara bertujuan (purposive) pada kesempatan-
kesempatan yang diperolehi antara tahun 2007 hingga terkini. Hasil temu bual dapat dibincangkan
seperti berikut.

1592
i) Tiga (3) responden dari Wilayah Afrika di Afrika

Hasil temu bual mendapati responden tidak pernah mengetahui wujudnya tulisan jawi sebagai satu
medium perhubungan masyarakat di dunia. Responden sebaliknya mengaku penyebaran Islam dalam
bahasa Arab telah disampaikan ke dalam masyarakat mereka melalui bahasa tempatan (dalam kes ini,
bahasa Afrikaan).

ii) Dua (2) responden dari Wilayah Afrika di Malaysia

Responden pertama ialah seorang pelajar antarabangsa dari Afrika (Nigeria). Beliau tidak mengetahui
wujudnya tulisan jawi, termasuk di Malaysia.

Responden kedua seorang warganegara Uganda (telah berkahwin dengan warganegara Malaysia).
Beliau mengatakan tidak pernah mendengar wujudnya istilah `jawi‘ sehinggalah beliau datang ke
Malaysia.

iii) Tiga (3) responden dari China di China

Dua responden Islam (orang awam) mengatakan tidak pernah mendengar wujudnya tulisan jawi di
mana-mana. Mereka mengakui boleh memahami isi al-Qur’an (bahasa Arab) yang diterjemahkan
kedalam bahasa tempatan (bahasa Cina seperti Mandarin, dan lain-lain dialek seumpamanya).

Responden ketiga seorang profesor universiti (bukan bidang bahasa) juga mengatakan tidak pernah
mendengar wujudnya tulisan jawi di dunia atau sekurang-kurangnya satu bahasa yang difahami oleh
orang-orang Melayu di mana-mana.

iv) Enam (6) responden dari Indonesia

Tiga responden dari kalangan terpelajar (beragama Islam) telah ditemubual. Mereka mengakui
wujudnya penggunaan tulisan jawi di beberapa daerah di Indonesia, khususnya di kawasan-kawasan
yang kuat dipengaruhi oleh agama Islam.

1593
Dua responden dari kalangan orang biasa (buruh binaan dan pengawal keselamatan beragama Islam)
yang ditanya juga mempunyai pendapat yang sama, malahan seorang daripada responden yang datang
dari kawasan pendalaman yang kuat pegangan agamanya masih boleh memahami tulisan jawi dengan
baik. Sementara seorang lagi responden yang tidak beragama Islam mengatakan tidak mengetahui
makna sebenar istilah jawi walaupun pernah mendengar perkataan tersebut.

Bagaimanapun, makna istilah jawi di Indonesia pada ketika ini hanyalah bagi merujuk kepada tulisan jawi
dan semakin terhapus kerana lebih dikenali sebagai tulisan Melayu-Arab. Mereka tidak menolak fakta
sejarah bahawa satu ketika dahulu orang-orang Melayu pernah dikenali sebagai `orang Jawi‘ oleh
pedagang-pedagang asing yang datang atau singgah di negara mereka. Di samping itu, generasi kini
semakin kurang faham dengan istilah-istilah terbitan seperti `jawi peranakan‘, yang membawa maksud
perkahwinan campur Melayu-Arab di Indonesia.

v) Tiga (3) responden dari Thailand di Malaysia

Responden pertama, iaitu seorang dari kalangan terpelajar (beragama Islam) telah ditemubual. Beliau
memberi maksud istilah `jawi‘ (disebut `yawi‘) adalah merujuk kepada orang Melayu di Selatan Thailand.
Menurutnya, definisi ini boleh dipanjangkan kepada maksud Melayu-Islam kerana boleh dikatakan
hampir 100 peratus orang Melayu di Selatan Thailand adalah beragama Islam. Manakala, bangsa
keturunan Thai (bukan Melayu) yang beragama Islam dikenali sebagai `Muslim‘ (Moslem).

Dua lagi responden yang ditemubual ialah dari kalangan orang biasa (pembantu gerai makanan
beragama Islam). Menurut mereka, istilah `jawi‘ di Thailand adalah merujuk kepada orang Melayu (dan
Islam) tetapi mereka tidak dapat menjelaskan hubungan istilah `jawi‘ dengan perkataan-perkataan
terbitan lain yang bersangkutan dengannya.

vi) Dua (2) responden dari Thailand di Thailand

Dua responden yang ditemubual ialah dari kalangan orang biasa (pemandu dan pengawal keselamatan)
bukan Islam. Kedua-duanya pernah bekerja di Selatan Thailand, iaitu wilayah yang didominasi oleh
penduduk beragama Islam. Mereka mengatakan pernah mendengar istilah `jawi‘, malah dengan selesa
menggelar penduduk Melayu-Islam sebagai `orang-orang yawi‘ (jawi).

1594
vii) Dua (2) responden dari Myanmar di Malaysia

Pada satu kesempatan, dua responden dari Myanmar (keturunan Rohingya beragama Islam) telah
ditemubual untuk tujuan penyelidikan yang lain. Mereka mengakui boleh memahami tulisan jawi,
kerana ajaran Islam di tempat mereka diajar melalui tulisan berkenaan. Malahan, salah seorang
responden telah dapat menulis nama sendiri dengan ejaan tulisan jawi, dan membaca ejaan jawi yang
diberikan setelah diminta berbuat demikian.

Penemuan kajian: Daripada temubual-temubual yang dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa istilah
`jawi‘ adalah merujuk kepada dua perkara, yakni tulisan (medium perhubungan), dan bangsa (orang).
`Tulisan jawi‘ adalah merujuk kepada tulisan dalam bahasa Melayu yang menggunakan abjad Arab yang
ditambah dengan beberapa abjad tempatan untuk memudahkan penyampaian khususnya dalam
penyebaran agama Islam. `Orang jawi’ pula adalah merujuk kepada orang Melayu, dan beragama Islam.
Di dalam masyarakat Melayu sendiri telah wujud istilah-istilah tersendiri bagi merujuk kepada bangsa
Melayu. Umpamanya, seorang Melayu yang keluar Islam akan dipanggil `murtad’. Seorang bukan Islam
yang memeluk Islam akan dipanggil `muallaf ‘. Jadi, istilah `jawi’ mestilah merujuk kepada kombinasi
Melayu dan Islam, hinggakan wujud salah letak makna kepada istilah tersebut. Contohnya, ada ahli
keluarga seorang bukan Islam yang telah memeluk Islam (muallaf), menyebut muallaf itu sebagai telah
`masuk Melayu’, kerana Melayu itu biasanya beragama Islam.

5) Istilah `Jawi’ sebagai Istilah Kebiasaan (common)

Beberapa istilah kebiasaan (common) bagi istilah `jawi’ sering digunakan dalam pertuturan masyarakat
Melayu di Malaysia. Di antara contoh-contoh istilah kebiasaan `jawi’ yang digunakan adalah seperti:

beras jawi, tepung jawi, masuk jawi,

jawi peranakan (jawi pekan)

Walau bagaimanapun, tinjauan (daripada literatur dan temu bual) telah memberi kesimpulan bahawa
istilah-istilah kebiasaan bagi `jawi’ tersebut hanyalah terhad kepada penggunaan dalam kalangan
masyarakat Melayu di Malaysia. Jika ada di kalangan bukan Melayu yang memahami maksud dan
menggunakan istilah ini, mereka mungkin terdiri daripada individu yang berusaha sendiri untuk
memahaminya ataupun sememangnya mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan orang-orang
Melayu.

1595
Maksud istilah-istilah kebiasaan bagi istilah `jawi’ dapat disimpulkan seperti berikut:

i) beras jawi

Beras jawi adalah merujuk kepada beras yang dimasak untuk dijadikan nasi yang menjadi makanan asasi
orang-orang Melayu. Terdapat beberapa jenis beras lain seperti beras pulut dan beras import
(umpamanya, basmati) yang juga dimakan oleh orang-orang Melayu sebagai makanan sampingan
pencuci mulut, kuih muih atau hidangan-hidangan istimewa dalam majlis-majlis tertentu.

Penemuan kajian: Istilah ini dikenali sebagai beras jawi kerana dikaitkan dengan orang-orang Melayu,
yang juga beragama Islam. Beras lain seperti beras pulut dan beras import dikenali dengan nama
masing-masing kerana bukan menjadi beras yang khusus digunakan oleh orang-orang Melayu

ii) tepung jawi

Istilah ini dikenali sebagai `tepung jawi’ kerana ia merupakan produk akhir dari beras jawi yang menjadi
makanan asasi orang-orang Melayu.

Penemuan kajian: Tepung jawi dikaitkan dengan orang-orang Melayu kerana ia digunakan untuk
membuat masakan dan kuih muih tradisional masyarakat Melayu seperti pisang goreng, kuih karas, kuih
beras dan tepung bungkus.

iii) masuk jawi

Istilah `masuk jawi‘ di dalam masyarakat Melayu adalah merujuk kepada `berkhatan’ (Arab) atau
`circumcision’ (English), iaitu membuang sebahagian daripada kulit bahagian kemaluan sebagai tanda
simbolik untuk `menyucikan’ diri dalam Islam. Ia telah diamalkan sejak zaman Nabi Ibrahim A.S., dan
menjadi satu amalan dalam kalangan kebanyakan masyarakat Islam hari ini. Di dalam masyarakat
Melayu di Malaysia, seorang Islam yang baligh (cukup umur dewasa) itu dianggap tidak akan sempurna
melaksanakan ibadah-ibadahnya selagi tidak `masuk jawi’.

1596
Penemuan kajian: Istilah `jawi’ dikaitkan dengan orang-orang Melayu yang hampir keseluruhannya
beragama Islam. Maka, istilah jawi boleh digunakan sebagai merujuk kepada seorang Melayu ataupun
seorang Melayu-Islam. Sebab itulah istilah jawi sering diletak bersilih ganti pada maknanya bagi
membawa maksud `Melayu’ dan `Islam’. Contohnya, seorang berbangsa Cina ada yang menyebut
seorang Cina lain yang memeluk Islam (muallaf) sebagai `masuk Melayu’, di mana maksud tersirat adalah
perlu melaksanakan `khatan’ (atau masuk jawi bagi orang-orang Melayu), iaitu satu amalan yang
digalakkan dalam Islam. Manakala dalam kalangan masyarakat Melayu yang sudahpun berbangsa
Melayu, maka langkah simbolik `mengIslamkan’ (masuk jawi) tidak lagi disebut `masuk Melayu’ kerana
mungkin akan janggal sebutannya jika berbunyi `Melayu masuk Melayu’. Maka, istilah `masuk jawi’ telah
digunakan sebagai merujuk kepada maksud berkhatan itu.

iv) Jawi Peranakan (Jawi Pekan)

Istilah `jawi peranakan’ (ringkasnya `jawi pekan’) adalah merujuk kepada seorang Melayu-Islam yang
dilahirkan hasil perkahwinan campur (kacukan) ibu bapa dari keturunan Melayu dengan keturunan
bukan Melayu, yang biasanya sebelah ibu berketurunan Melayu dan sebelah bapa berketurunan Timur
Tengah (Arab) atau Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh, dan Sri Lanka).

Penemuan kajian: Di Malaysia, anak-anak hasil perkahwinan campur di antara keturunan Melayu
dengan keturunan bukan Melayu yang bukan dari kalangan keturunan Tmur Tengah atau Asia Selatan
tidak dikenali sebagai jawi peranakan, sebaliknya dikenali sebagai berketurunan `kacukan’. Contohnya,
tinjauan melalui pemerhatian turut serta mendapati peranakan kacukan Melayu-Eropah, Melayu-
Amerika, Melayu-China, Melayu-Jepun dan Melayu-Afrika tidak dipanggil `jawi peranakan’, hanyalah
sebagai `kacukan’. Ringkasnya, mungkin boleh dikatakan bahawa istilah `jawi peranakan’ hanyalah bagi
merujuk peranakan kacukan bangsa Melayu dengan bangsa yang bahasanya hampir dengan bahasa
Arab, yang lebih dekat dengan al-Quran, yakni secara simbolik melambangkan identiti keIslaman.

1597
KESIMPULAN

Istilah `jawi’ telah wujud dalam lingkungan masyarakat Melayu sejak lama dahulu. Walau
bagaimanapun, tidak ramai yang dapat menjelaskan siapa, di mana, bagaimana dan bila istilah `jawi’
digunakan dalam peradaban dunia.

Kertas ini cuba meneroka sejarah kewujudan dan skop penggunaan istilah jawi itu bagi menjawab
persoalan-persoalan berkenaan.

Penemuan kajian menunjukkan bahawa istilah `jawi’ berasal daripada tiga sumber, iaitu sejarah Melayu,
sejarah Islam dan metos rakyat masyarakat Melayu.

Istilah `jawi’ dapat dibahagikan pula kepada dua kegunaan, iaitu sebagai medium perhubungan (tulisan)
dan menunjukkan orang (bangsa). Sebagai medium perhubungan ia adalah merujuk kepada tulisan
bahasa Melayu yang menggunakan abjad Arab dengan beberapa penambahan abjad untuk memberi
sebutan dalam bahasa Melayu. Sebagai bangsa pula, ia merujuk kepada masyarakat keturunan Melayu
beragama Islam.

Kesimpulannya, istilah jawi merupakan satu istilah yang berteraskan bangsa Melayu. Beberapa kata
terbitan daripada istilah `jawi’, semuanya berasaskan kepada kata dasar istilah `Melayu’. Istilah `Islam’
adalah padanan istilah yang menguatkan lagi teras bangsa Melayu yang sinonim dengan agama Islam,
yang menggambarkan bahawa Melayu itu beragama Islam. Maka jika istilah `jawi’ itu merujuk kepada
Melayu, ia juga merujuk kepada Islam, atau kedua-duanya sekali, yang merujuk `jawi’ sebagai `Melayu-
Islam’.

1598
RUJUKAN

Abdullah Hj Musa Lubis (1963). Kesah Raja-Raja Pasai. Kuala Lumpur: Penerbitan

Pustaka Antara (atas rujukan)

Abdul Rahman Hj Abdullah, (1981). Sejarah dan Pemikiran Islam. Selangor: Penerbitan

Pena Sdn. Bhd.

Amat Juhari Moain (1996). Perancangan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Asmah Hj. Omar, (1985). Language Planning for Unity and Efficiency. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Brunei Times, (2007). An Overview of Jawi's Origin in Brunei, July 16, 2007.

Gonda, J., (1973). Sanskrit in Indonesia. New Delhi: International Academy of Indian

Culture (atas rujukan)

Hashim Hj Musa (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Hashim Hj. Musa, (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Ismail Dahaman, (2012). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka

1599
Ismail Hussain (1981). Malay Dialects in the Malay Peninsula. Kertas Kerja ICO,

Canberra 1969 (atas rujukan)

Kamus Dewan (Edisi Ketiga), (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kang Keong Seock, (1986). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu.

Tesis Sarjana Sastera. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.

Kratz, E. U. , (1996). Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical

Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai

and Vietnamese. New York: Tauris Academic Studies, 1996.

Kuntowijoyo, (1987). Budaya dan Masyarakat. Yogyakarta: PT Tiara Wacana Yogya

(atas rujukan)

Laman web Asal Usul Orang Melayu, (1999). Bangsa Melayu dari Keturunan Bani Jawi.

Dilayari di http://asalusulorangmelayu.wordpress.com

Laman web Apa Itu?, (2012). Apakah asal usul orang Melayu? Dilayari di

http://blogapaitu.blog.com/2012/12/apakah-asal-usul-orang-Melayu

Laman web the Jawi Press, (2014). Dilayari di http://thejawipress.blogspot.com

Laman web My Kedah. Dilayari di www.mykedah.com

1600
Laman web Open Library. Dilayari di www.openlibrary.com

Marsden, W., (1812 (1st), 2013 (Rev.). A Dictionary and Grammar of the Malay

Language. London: Coxs & Baylis, and the Royal Asiatic Society

Mohd Alwee Yusoff, (2005). `Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya dalam

Masyarakat Islam di Malaysia’. Jurnal Usuluddin, Bil.21 (2005), pp23-38.

Dilayari di http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/

Mohd Alwee Yusoff, (2010). `Pengaruh Bahasa Arab terhadap Pembinaan dan

Perkembangan Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu’. Journal of Islamic Studies.

Pattani, THA: Prince of Songkhla University, Vol.5:1, Jun 2010. pp53-64

Nik Safiah Nik Karim, (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Nik Safiah Nik Karim, dan Wan Malini Ahmad, (2006). Fonologi, Bahasa Melayu

STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Open University of Malaysia (2014 updated). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Bahasa Melayu. Modul Rujukan Pengajaran. Kuala Lumpur: OUM

Paterson H.S., and Blagden, C.O. (1924, Rev. ). 'An early Malay Inscription from 14th-

century Trengganu'. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic

Society, 1924, pp. 258-263. (atas rujukan)

Ramli Sidik (2014, upload). Sejarah Tulisan Jawi. Dilayari di http://smartjawi.

1601
blogspot.com

Shellabear, W.G., (1975)(edt.). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd. (atas rujukan)

Simpson, Andrew Alexander (1981, 2007). Language and National Identity in Asia.

Oxford: Oxford University Press.

Syed Mahathir Syed Ibrahim, (2004). Tulisan jawi jadi lambang bangsa bermaruah.

Dilayari di http://syedmahathirsyedibrahim.blogspot.com

Syed Muhamad Naquib al-Attas, (1994). Islam and the Philosophy of Science. Kuala Lumpur: International
Institute of Islamic Thought and Civilization

Syed Muhamad Naquib al-Attas, (1998). The Oldest Known Malay Manuscript: a 16th

Century Malay Transliteration of the `Aqaid of Nasaf. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya Press

Wilkinson, R.J., (1954). A Practical Modern Malay Dictionary. London: Oxford (atas

rujukan)

Wilkinson, R.J., and Winstedt, R.O., (1961). Pantun Melayu. Singapore: Malay

Publishing House Ltd. (atas rujukan)

Winstedt, R.O. (1962, rev. Ed.). A History of Malaya (atas rujukan)

1602
HUBUNGAN GAJAH DENGAN ORANG MELAYU (DI
SEMENANJUNG TANAH MELAYU): TUMPUAN TERHADAP
ASPEK SOSIAL

Nurul Izzati Md. Mustafa,


Adnan Jusoh, Khairi Arrifin, Nabir bin Abdullah & Kamal bin Kamaruddin

Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan


UPSI

Abstrak

Alam Melayu mempunyai satu ruang geografi yang istimewa lantaran memiliki satu ketamadunan yang
tinggi. Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat
berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian
dan kepentingan budaya di Alam Melayu. Selain dari tumbuh-tumbuhan yang memainkan peranan yang
penting terhadap orang Melayu, haiwan turut menjadi penyumbang utama kepada kepentingan sumber
semulajadi di Alam Melayu. Melalui penelitian ini hubungan orang Melayu dengan elemen semulajadi ini
sebenarnya telah wujud dalam satu tempoh masa yang panjang. Sejarah telah membuktikan hubungan
yang terlakar ini wujud dalam satu kondisi yang cukup unik, lebih-lebih lagi penelitian diperincikan
terhadap hubungan orang Melayu dengan gajah. Kajian ini merupakan satu usaha awal untuk melihat
sejarah tempatan dari sisi yang sedikit berbeza. Melalui perbincangan dalam makalah ini
memperlihatkan gajah bukan hanya berperanan besar terhadap kepentingan golongan bangsawan
semata-mata, malah sangat penting dalam kehidupan sosial orang Melayu silam. Sehubungan dengan
itu, makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan hubungan gajah dengan orang Melayu yang
diperlihatkan menerusi aspek sosial. Bentuk hubungan dari sudut sosial ini sebenarnya adalah rentetan
daripada hubungan politik telah wujud. Bagi tujuan penelitian ini, kajian bersifat kualitatif dengan
merujuk kepada sumber-sumber dari medium kepustakaan seperti manuskrip atau naskhah-naskhah
Melayu, ataupun catatan barat dan yang seumpama dengannya. Oleh itu, makalah ini akan cuba untuk
membuktikan, kepentingan gajah yang bukan hanya tertumpu terhadap aspek politik, malah turut
signifikan terhadap aspek sosiobudaya. Menerusi makalah ini juga, diharapkan membuka satu
pandangan baru umum perihal peranan dan fungsi yang dimainkan gajah terhadap orang Melayu silam.
Justeru, dengan perbincangan ini dapat menjadi batu loncatan kepada pengkaji seterusnya bagi meneliti
hubungan, fungsi serta keterlibatan haiwan-haiwan lain yang turut berperanan penting terhadap
pelbagai aspek kehidupan orang Melayu silam.

Kata Kunci: Gajah, Orang Melayu, Hubungan, Sosial.

1603
Pengenalan

Orang Melayu merupakan satu bangsa yang melalui tahap ketamadunan yang cukup tinggi.
Dalam perkembangan sejarahnya yang cukup panjang memperlihatkan latar kehidupan silam orang
Melayu telah dilalui dengan berbeza-beza antara satu tahap zaman ke satu tahap yang lain.
Perkembangan zaman tersebut juga menyaksikan orang Melayu bergerak dari satu kawasan ke kawasan
yang baru, dari pergerakan ini sebenarnya melahirkan satu fasa kehidupan yang berbeza antara setiap
satu nya, seterusnya membentuk satu senario baru dalam lingkungan Alam Melayu.1 Sepanjang fasa
yang dilalui orang Melayu sebenarnya mendekatkan mereka dengan alam sekitar, lalu membolehkan
terbentuknya satu hubungan baru antara orang Melayu dengan elemen semulajadi, seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.

Pembentukan hubungan antara kedua-dua elemen ini telah membuahkan satu keperibadian
Melayu dalam fasa kehidupan orang Melayu2. Dari situ menjadikan orang Melayu sangat mahir dengan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan sejak zaman berzaman. Maka tidak hairan lah sekiranya dalam tradisi
kehidupan masyarakat Melayu seringkali mengaitkan sesuatu peristiwa dengan dua elemen semulajadi
tersebut. Misalnya dalam kehidupan seharian, orang Melayu sering mencipta bidalan yang mempunyai
hubungkait dengan gajah, misalnya ‘hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah’, ‘kuman
diseberang nampak jelas, gajah didepan mata tidak kelihatan’3 serta terdapat juga perbandingan lain
yang menggambarkan betapa orang Melayu dalam kehidupan seharian mereka sangat bergantung dan
rapat dengan gajah. Misalnya perbandingan yang memperlihatkan keistimewaan gajah seperti ‘bagai
gajah putih’ dan ‘sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi’. Tidak harus dilupakan, bagi
golongan raja-raja, turut diselitkan bidalan yang berhubungkait dengan gajah ini bagi menggambarkan
ketegasan mereka iaitu “Segala raja kita itu seperti gading gajah, apabila sudah keluar tiadalah dapat
masuk lagi.”4 Sementara itu, tumbuh-tumbuhan pula banyak dijadikan ramuan dalam ilmu perubatan
Melayu silam serta diet harian mereka.5 Hubungan orang Melayu dengan gajah sebenarnya telah
terlakar sejak sekian lama, oleh itu adalah menjadi hasrat tulisan ini untuk menyatakan bahawa
hubungan yang telah terjalin antara orang Melayu dengan gajah mempunyai sejarah panjang yang cukup
unik. Dalam pengkajian ini, tumpuan akan dihalakan kepada aspek sosial. Perbincangan terhadap aspek
sosial ini akan memberi perhatian beberapa cabang utama iaitu aspek pengangkutan, perubatan dan
adat budaya.

Hubungan Orang Melayu dengan Haiwan Sepintas Lalu

Hubungan antara orang Melayu dengan haiwan sebenarnya telah terjalin sejak sekian lama. Jika
disoroti kepada naskah-naskhah Melayu lama, sering memerihalkan yang kehidupan orang Melayu silam
dan haiwan sangat dekat, bukan tumpuan terhadap gajah semata-mata, malah turut diperihalkan
berkenaan haiwan lain. Dengan ini, dapat digambarkan latar kehidupan orang Melayu silam, sebenarnya
sangat unik kerana bergantung dengan haiwan yang menjadi salah satu elemen untuk kelangsungan

1
Azharudin Mohd Dali. 2013 “Gajah Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka”. Dlm Abdullah Zakaria
Ghazali & Zuliskandar Ramli Panji Pendeta. Kuala Lumpur. Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. Hlm 533.
2
Ibid.
3
Ahmad Jelani Harun. 2011. Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak.
Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia. Hlm.218.
4
R.O Winsterd. 1966. Hikayat Bayan Budiman. Kuala Lumpur : Oxford University Press. Hlm.230
5
Azharuddin Mohd Dali. 2013 “Gajah Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka. Dlm. Abdullah Zakaria
Ghazali & Zuliskandar Ramli. (ed.) Panji Pendeta. Hlm. 533

1604
hidup mereka. Antara naskhah yang seringkali memerihalkan berhubung haiwan dalam latar kehidupan
tradisi ialah Misa Melayu. Naskhah kesultanan negeri Perak ini mengandungi adat dan budaya yang
cukup tinggi nilainya dalam kehidupan seharian. Bukan hanya menumpukan kepada kehidupan golongan
orang biasa, malah menumpukan juga terhadap adat dan budaya oleh golongan kerabat diraja.

Secara tidak langsung penggarapan berkaitan adat dan budaya ini turut menyelitkan hubungan
dan peranan haiwan dalam masyarakat. Misalnya dalam Misa Melayu, ada memperincikan semasa
meraikan upacara pertunangan Raja Budak Rasul dengan Raja Muda, rakyat jelata mempersembahkan
beberapa jenis haiwan seperti kerbau, kambing, ayam dan itik sebagai hadiah pertunangan baginda.6
Selain persembahkan haiwan meraikan pertunangan tersebut, acara sabung ayam turut diadakan bagi
memeriahkan lagi suasana pertunangan tersebut. Bukan hanya di Perak fenomena ini boleh dilihat,
malah di Kelantan lebih menarik acara sabung ayam ini turut diadakan bagi mempertahankan keutuhan
sesebuah negeri dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan ketika itu.

Sumber tempatan yang turut menjelaskan tentang kaitan yang rapat antara hubungan haiwan
dengan orang Melayu ini adalah melalui naskhah Sejarah Melayu. Naskhah tersebut adalah antara
sumber agung yang kerap memerihalkan jalinan hubungan haiwan dengan orang Melayu dari pelbagai
sudut pandang. Antara haiwan yang kerap mewarnai episod dalam Sejarah Melayu antaranya adalah
lembu putih, pelanduk, biawak, kuda dan pelbagai lagi. Dalam penelitian terhadap haiwan yang
dinyatakan ini, mempunyai hubungkait yang bebeza-beza, misalnya pembukaan kota Melaka dikaitkan
dengan anjing buruan raja ketika itu ditendang oleh pelanduk. Maka oleh sebab itu, Melaka mendapat
nama, hal yang sama juga berlaku terhadap salah satu tempat yang dinyatakan dalam Sejarah Melayu
iaitu Biawak Busuk. Peristiwa Biawak Busuk melibatkan Sultan Iskandar Shah yang bergerak menuju ke
Muar dan melalui suatu tempat yang terdapat biawak mati beratus-ratus ekor sehingga menjadikan
kawasan tersebut busuk seterusnya memberi ilham untuk menamakan kawasan tersebut sebagai Biawak
Busuk.7

Selain apa yang dipertontonkan dalam naskhah-naskhah Melayu lama, sebab lain yang
berkemungkinan besar mendorong jalinan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan haiwan,
gajah terutamanya ialah jumlah yang banyak. Kuantiti yang banyak ini memberi kemudahan kepada
orang Melayu untuk lebih memahami perihal berkaitan gajah, secara tidak langsung hubungan yang erat
dapat terjalin antara keduanya. Bagi memperincikan lagi, perihal kuantiti gajah ini, harus mengambil kira
catatan oleh Ibnu Batutah yang pernah sampai hingga Kelantan, menyatakan hampir setiap orang
menggunakan gajah sebagai alat keperluan untuk bergerak. Penyataan ini sebenarnya melahirkan dua
kemungkinan iaitu yang pertama gajah wujud dalam jumah yang banyak sehingga mampu dimiliki oleh
golongan rakyat biasa, dan yang kedua orang Melayu silam mempunyai ilmu yang mampu untuk
menundukkan gajah. Perkara ini tidak mustahil kerana, dalam kehidupan silam terdapat pusaka Melayu8
yang ditinggalkan iaitu berkaitan dengan pelbagai ilmu yang mempunyai hubungkait dari sudut sosial
orang Melayu dengan gajah iaitu Mantra Gajah.

6
Ahmad Fauzi Mohd Basri.1992. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 15
7
Muhammad Haji Salleh (Pengkaji). 2009. Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu).
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.57
8
Abdullah Zakaria Ghazali. 2013 “Naskhah Melayu: Pusaka Melayu Merentasi Zaman”. Dlm Abdullah Zakaria
Ghazali & Zuliskandar Ramli (ed.) Panji Pendeta. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm
340,

1605
Gajah dan sosial orang Melayu

Secara umumnya kewujudan gajah terdiri dari banyak spesies, namun apabila bergeraknya
waktu pelbagai ancaman yang diterima oleh gajah desakan kekurangan habitat, iklim yang tidak sesuai
serta perubahan geologi mukabumi menjadikan hanya dua spesies yang masih kekal di atas muka bumi
hingga hari ini. Spesies tersebut dikenali dengan sebagai Gajah Afrika (Loxondonto Africana) dan Gajah
Asia (Elephas Maximus).9 Kelangsungan hidup kedua-dua spesies gajah ini didorong oleh faktor keadaan
muka bumi yang berhutan tebal dan membantu untuk haiwan-haiwan ini terus hidup dalam jumlah yang
boleh dikira sebagai besar.10 Gajah bukanlah satu fenomena baru dan tidak asing lagi untuk dikaitkan
dengan orang Melayu. Terbukti sejak zaman kesultanan Melayu lagi, gajah sangat penting dalam
kehidupan dan membantu pelbagai urusan dan gerak kerja orang biasa atau golongan diraja.

Menyedari akan hakikat kepentingan hubungan yang terjalin sejak sekian lama, maka adalah
lebih baik pengkajian ini mengkhususkan penelitian terhadap aspek sosial. Pengkajian yang memberi
perhatian terhadap hubungan gajah dengan orang Melayu dari aspek sosial ini adalah dikeranakan,
pemerihalan dari aspek sosial ini kurang dikhususkan dengan lebih mendalam. Pengkaji atau penulis
terdahulu lebih gemar mengetengahkan hubungan gajah dan kaitannya dengan orang Melayu dari sisi
politik. Bukan bermakna hubungan gajah dengan orang Melayu dari aspek politik harus ditidakkan
kepentingannya, sebaliknya akan cuba dibuktikan melalui pengkajian ini bagaimana hubungan sosial
antara gajah dengan orang Melayu terbentuk kesan langsung dari sudut politik yang sering dibincangkan.

Apabila membincangkan aspek sosial ini, sebenarnya amat banyak cabang yang boleh
dikeluarkan kerana sosial boleh dikatakan aspek yang sangat dekat dengan kehidupan orang Melayu,
misalnya yang didorong oleh faktor keagamaan. Dari sudut keagamaan, bukan hanya menjadi fahaman
orang Melayu sahaja, malah masyarakat di Asia Tenggara khusunya, yang melihat gajah sebagai haiwan
yang suci terutama bagi masyarakat Thailand dan Burma. Begitu juga, dalam usaha untuk memudahkan
pekerjaan dilakukan, gajah bertanggungjawab bagi memainkan peranan yang penting sebagai medium
pengangkutan. Selain itu, dari sudut perubatan gajah turut menjadi penyumbang faktor yang penting
kerana didorong oleh kesalingbergantungan antara adat dan budaya orang Melayu silam. Hal tersebut,
dicatatkan melalui naskhah Melayu iaitu Mantra Gajah yang hampir keseluruhan isi kandungan naskhah
tersebut sangat berkait dengan gajah dan sosial serta adat budaya orang Melayu.

Dalam perkembangan sejarah negara, hubungan gajah dengan orang Melayu bukan hanya boleh
dibincangkan dari satu sisi sosial semata-mata, sebaliknya mempunyai signifikasi sejarah yang cukup
besar. Ringkasnya, gajah telah memainkan peranan yang cukup penting sejak zaman kerajaan Melayu
silam lagi, bukan hanya tumpuan terhadap sisi sosial, malah turut menjadi haiwan tunggangan diraja,
komoditi penting perdagangan. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan gajah mempunyai perkaitan
langsung dengan sejarah politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.

Pengangkutan

Terdapat banyak hal yang mewujudkan bentuk hubungan sosial antara orang Melayu dengan
gajah, dan salah satu yang dianggap cukup penting ialah pengangkutan. Latar kehidupan orang Melayu

9
Ensiklopedia Dunia. 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 297
10
Azharuddin Mohd Dali. 2013 “Gajah Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka. Dlm. Abdullah Zakaria
Ghazali & Zuliskandar Ramli. (ed.) Panji Pendeta. Hlm. 534

1606
sebelum kedatangan kuasa kolonial memperlihatkan kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan
raya dan jalan keretapi. Sehubungan dengan itu, seperti yang telah dijelaskan di peringkat awal jalinan
hubungan yang erat antara orang Melayu dengan gajah membolehkan haiwan ini dijadikan sebagai
haiwan tunggangan mereka dalam usaha untuk kebergantungan dan kelangsungan hidup. Sejak sekian
lama, menerusi episod yang kerap digarapkan dalam naskhah-naskhah Melayu, menyaksikan gajah
dijadikan sebagai haiwan penting dalam medium pengangkutan.

Menerusi catatan Ibnu Batuttah, gajah bukan hanya sebagai haiwan yang bertanggungjawab
membawa orang Melayu dari satu lokasi ke lokasi yang lain, malah digunakan juga untuk mengangkut
barang. Beliau turut mencatatkan gajah sebagai pengangkutan bukan hanya ditumpukan kepada
golongan elit sahaja11, sebaliknya orang Melayu biasa turut menggunakan gajah sebagai medium
pengangkutan Golongan bangsawan dan pemerintah mempunyai hubungan langsung dengan gajah
sehingga menjadikan gajah sebagai haiwan tunggangan rasmi mereka. Antara pemerintah yang
mempunyai gajah milik sendiri, menurut Sejarah Melayu ialah Sultan Muzaffar Shah atau Raja Kassim
yang gajahnya diberi nama‘Juru Demang’12 manakala menurut Hikayat Seri Kelantan, gajah milik Long
Muhammad diberi nama ‘Ketitian Balai.13 Bukti yang diyatakan ini mengukuhkan bukti hubungan gajah
dengan orang Melayu terjalin dalam ikatan yang sangat erat.

Selain gajah ditugaskan untuk membawa golongan bangsawan atau pembesar, tidak harus
dilupakan peranan gajah sebagai haiwan yang bertanggungjawab untuk membawa perutusan dari
sesebuah kerajaan atau dengan lain-lain perkataan membawa surat kerajaan untuk dibawa masuk ke
dalam istana.14 Secara tradisinya sebarang surat yang diterima atau dihantar kepada kerajaan lain akan
diarak dengan menggunakan gajah.15 Telah dicatatkan dalam Sejarah Melayu, ketika Kerajaan Melaka
menerima surat dari Kerajaan Pasai, surat tersebut diarak dengan penuh gilang gemilang menggunakan
gajah serta beberapa alat kelengkapan yang lain.16

Satu hal yang menarik untuk disebut dalam pengkajian ini ialah sekiranya sesebuah kerajaan
menerima surat dari kerajaan yang lebih rendah taraf darinya, maka surat tersebut tidak akan diarak
hingga ke dalam istana sebaliknya hanya berada di luar kawasan istana sahaja.17 Keadaan ini memberi
satu gambaran, gajah dianggap sebagai haiwan yang mempunyai taraf yang tinggi dalam fahaman dan
sosial kehidupan orang Melayu. Situasi lain yang turut menyokong hujah di atas adalah apabila Kerajaan
Melaka mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Siam, dan rombongan ke Siam yang diketuai
oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera adalah berarak dengan menggunakan gajah.18 Selain itu,
dinyatakan juga dalam naskhah Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah, berkenaan penggunaan gajah oleh
golongan pemerintah. Dalam naskhah ini dicatatkan ketika Sultan Zainal Rashid ke benua Siam dalam
tahun Hijrah 1259 pergerakan mereka menggunakan jalan darat (dengan menggunakan gajah). Turut
dicatatkan melalui naskhah tersebut Sultan Ahmad Tajuddin menggunakan gajah ke Singgora semasa

11
H.A.R Gibb (Tra.). 1929. Ibn Batuta Travels in Asia and Africa. G. Routledge. London. Hlm. 277.
12
MS Raffles No. 18 translated by C.c Brown. 2009. Malay Annals. MBRAS (Reprint 28). Hlm. 62.
13
Mohd Taib Osman (Peny.) 2004. Hikayat Seri Kelantan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 34
14
Surat Persendirian (SP) Tun Dr. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Elephant and Water in the Feasting of Seventeenth
Century Acheh. MBRAS Volume LXII, Part II, 1989. Hlm 27.
15
Azharudin Mohd Dali, “Gajah Dalam Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka” Dlm. Abdullah Zakaria
Ghazali & Zuliskandar Ramli (ed.) dalam Panji Pendeta. Hlm. 541
16
Ibid. Hlm. 542
17
MS Raffles No. 18 translated by C.c Brown. Malay Annals. MBRAS (Reprint 28) hlm. 55
18
Ibid. Hlm. 70

1607
menghadiri upacara Raja Benua Siam yang dikenali dengan nama Prak Nang Kelau Chow Yew Huwa
sekitar tahun 1855.19 Kedah sebagai sebuah negeri yang sangat terkenal berkaitan penggunaan gajah
sebagai medium pengangkutan dan kenderaan perhubungan.20

Selain dari naskhah Melayu, penghuraian terhadap aspek sosial dan tumpuan kepada peranan
gajah dalam medium pengangkutan harus juga mengambil kira catatan-catatan oleh pengembara
Inggeris. Pengembara Inggeris yang terkenal antaranya seperti Isabella Bird, beliau telah mengembara ke
Tanah Melayu meliputi beberapa buah negeri antara yang tercatat dalam tulisannya The Golden
Chersonese ialah Perak dan Selangor. Sepanjang pengembaraan Isabella beliau banyak mencatatkan
tentang latar kehidupan masyarakat Melayu silam, merangkumi pelbagai aspek kehidupan ketika itu,
seperti bijih timah yang terkenal di Perak, penggunaan gajah yang meluas, keadaan masyarakat dan
pelbagai lagi.21 Beliau turut menggambarkan bagaimana kehidupan yang mereka alami terutama apabila
sebelum terbinanya kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi. Melalui tulisannya,
Isabella menjelaskan masyarakat di Perak (Teluk Kertang) masih tiada pengangkutan dan perhubungan
yang baik, buktinya semasa ketibaan beliau di negeri tersebut, beliau telah disambut oleh gajah milik
Sultan Abdullah.22 Bedasarkan kepada penerangan Isabella tentang gajah yang menjadi pengangkutan
beliau maka, besar kemungkinan gajah menjadi tunggangan rasmi pemerintah pada ketika itu. Jelas
disini gajah memainkan peranan yang cukup besar sebagai medium pengangkutan bukan hanya
tertumpu kepada masyarkat biasa, tetapi menjadi haiwan rasmi diraja.

Peranan gajah dalam medium pengangkutan ini sebenarnya berhubungkait dengan kehendak
ekonomi orang Melayu. Perkara ini jelas dapat dilihat sebelum kedatangan kuasa jajahan British ke
Tanah Melayu. Kemasukan British ke Tanah Melayu telah memberi satu fenomena baru yang berkaitan
dengan soal kemudahan infrstruktur. Kemudahan infrastruktur di sini bermaksud kemudahan jalan raya
dan jalan keretapi untuk memudahkan urusan ekonomi orang Melayu dijalankan. Sebelum kemasukan
kuasa British, kegiatan ekonomi orang Melayu seperti urusan untuk mengangkut bijih timah yang telah
dilebut adalah dengan menggunakan khidmat gajah melalui kaedah menggendong timah tersebut.
Pemerintahan Long Jaafar ke atas Larut lebih jelas tentang peranan gajah dalam medium pengangkutan
kerana gajah milik beliau yang bernama ‘Kulop Anjeh’ dijadikan sebagai haiwan rasmi yang memikul
tanggungjawab untuk membawa timah dari pelabuhan Sungai Limau ke Kota Bukit Gantang.23

Selain menjadi haiwan rasmi pengusaha lombong bijih tersebut, gajah turut menjadi haiwan
pengangkutan atas urusan peribadi Long Jaafar. Apabila menyentuh soal gajah dan peranannya di
lombong, menarik sekali untuk menyelitkan peristiwa asal usul bagaiman Ngah Ibrahim menemui bijih di
Larut. Peristiwa yang melibatkan gajah itu berlaku apabila seekor gajah peliharaan beliau telah terlepas
ke dalam hutan, dan apabila pulang semula didapati badan gajah berkenaan melekat lumpur hitam.
Ngah Ibrahim mencari punca lumpur hitam yang melekat di badan gajah berkenaan, akhirnya tempat
tersebut menjadi asal usul kepada permulaannya perlombongan bijih timah di Larut sehingga
menjadikan Ngah Ibrahim seorang pelombong bijih yang dikenali. Lain pula hal nya setelah kemasukan
kuasa British, apabila jalan yang dilalui oleh gajah akan dikenakan bayaran atau ‘tol’ seperti yang terjadi
19
Muhammad Hassan Muhammad Arshad, Dato' Kerani. 1988. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 163
20
Ibid
21
Latar negeri Perak yang dicatatkan sekitar abad ke 18 dengan terperinci ini boleh ditemui dan dirujuk pada Surat
Persendirian (SP) Isabella Bishop
22
Isabella Bird. 2010. The Golden Chersonese. Singapore: Monsoonbooks. Hlm. 311
23
Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.31.

1608
di Pulau Pinang kerana melalui Jalan Bagan Lalang yang dikawal oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.24
Meskipun kemasukan kuasa British telah melahirkan kemudahan insfrastruktur seperti jalan raya yang
terbina di Perak (Larut) pada tahun 1874-187525 menggantikan laluan gajah untuk kegiatan mengangkut
bijih timah, namun hal ini tidak melenyapkan terus peranan gajah, kerana gajah terus menjadi
pengangkutan yang dimiliki oleh pelbagai golongan orang Melayu.26 Contohnya dapat dilihat dalam
situasi di Perak, gajah masih digunakan sebagai medium pengangkutan terutamanya dalam daerah di
Hulu Perak sekitar tahun 1915.27

Adat budaya

Seperti yang telah dijelaskan rentetan dari hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
gajah mewujudkan pelbagai keadaan yang menggambarkan betapa dekatnya orang Melayu dengan
gajah. Hal tersebut telah lahir melalui aspek adat dan budaya dan apabila dipecahkan aspek ini wujud
pelbagai sudut pandang lagi, misalnya keagamaan dan kepercayaan, ilmu pengetahun, dan petua. Dalam
setiap aspek yang dinyatakan ini sebenarnya sangat berkait dengan kehidupan tradisi orang Melayu,
kerana mereka mempunyai kepercayaan yang sangat tinggi terhadap elemen semulajadi sejak zaman
berzaman. Dari kepercayaan yang mereka pegang sejak sekian lama ini, lama kelamaan melahirkan
beberapa fahaman dan amalan baru buktinya dengan kemunculan naskhah Melayu yang hampir
keseluruhan isi kandungannya memerihalkan tentang ilmu gajah dengan orang Melayu iaitu Mantra
Gajah. Menurut W.G. Maxwell pada 1906, asal usul Mantra Gajah ini adalah dari warisan milik Orang
Kaya Seri Adika Raja di Hulu Perak.28 Besar kemungkinan perkara ini ada kebenarannya kerana Daerah
Hulu Perak adalah terkenal dengan sebagai kawasan yang banyak didiami gajah, terutamanya yang
bersempadanan dengan hutan Thailand, dan hal ini disebut dalam Misa Melayu.29 Perak juga merupakan
sebuah negeri yang mempunyai bilangan gajah yang banyak, sehingga menjadi kenderaan rasmi diraja,
golongan bangsawan serta pembesar di Kuala Kangsar, Bota, Pulau Tiga dan Belanja, Pasir Salak dan Hulu
Perak.30 Melalui naskhah Mantra Gajah tahap keintelektualan orang Melayu lebih terserlah, dan secara
tidak langsung hubungkait dengan gajah dengan kehidupan sosial orang Melayu dapat dibincangkan
dalam pengkajian ini.

Agama dan Kepercayaan

Apabila mengkaji dari aspek sosial, perbincangan tidak dapat lari dari menyentuh soal agama dan
kepercayaan. Hal ini kerana agama adalah satu elemen penting yang wujud dalam setiap ketamadunan
yang pernah lahir dalam sejarah. Begitu juga di Alam Melayu, aspek agama dan kepercayaan menjadi
adunan yang penting kepada kelangsungan sebuah kerajaan dan ketamudan Melayu. Umumnya,

24
John Turbull Thompson. 1971. Glimses Into Life in Malayan Lands. Kula Lumpur: Oxford University Press. Hlm.
108
25
Mohd Zamberi A. Malek. Larut Daerah Terkaya. hlm.91.
26
Azharuddin Mohd Dali. “Gajah Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka”. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali
& Zuliskandar Ramli. (ed.) Panji Pendeta. Hlm. 560
27
H.C.O. No. CH: SEC: 2219/1915- Export Duty on Elephant for the State of Perak to be Raised to 20%. Hlm. 1
28
Ahmad Jelani Harun. 2011. Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak.
Hlm.219
29
Ahmad Fawzi Mohd Basri, (penyelenggara). 1992. Misa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm.57.
30
Ahmad Jelani Harun. 2011. Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak.
Hlm.219

1609
signifikasi naskhah Melayu lama adalah kerap mengutarakan perihal asal usul sesebuah ketamadunan
yang dihubungkait dengan agama dan kepercayaan. Ini jelas diperlihatkan oleh pengarang Sejarah
Melayu yang meletakkan gajah sebagai satu haiwan suci dalam kehidupan orang Melayu tradisi.
Mengambil pendekatan dengan meletakkan peristiwa kehadiran anak-anak Raja Chulan iaitu hasil
perkahwinan dengan Raja Mahtabul Bahri yang merupakan anakanda kepada Raja Aftabul Ard yang
memerintah di bawah laut iaitu sebuah negeri bernama Dika. Pengarang Sejarah Melayu menjelaskan
ketiga-tiga anak Raja Chulan iaitu Bitchiram, Paludatani dan Nilatanam telah pun turun di Bukit Siguntang
Mahameru berhampiran sawah padi Wan Empuk dan Wan Malini dengan menaiki gajah putih. 31 Melalui
peristiwa ini keanehan telah berlaku dalam episod padi Wan Empuk dan Wan Malini yang berbuahkan
emas dan berdaunkan perak. Episod yang dicatatkan ini jelas memberi gambaran gajah dalam tradisi
sosial orang Melayu dianggap sebagai haiwan yang suci. Bukan itu sahaja, malah beberapa tempat lain di
Asia turut menganggap gajah sebagai simbol haiwan keagamaan yang penting, contohnya di India,
Thailand dan Burma.32

Ilmu Pengetahuan

Selain agama dan kepercayaan dibincangkan, ilmu pengetahuan juga adalah satu satu cabang
yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam usaha mengaitkan hubungan sosial antara orang
Melayu dengan gajah. Ilmu pengetahuan ini terlalu umum untuk diperkatakan, oleh itu harus
diperincikan melalui beberapa cabang antaranya ialah ilmu menangkap gajah yang biasanya dikuasai
oleh Pawang Gajah, ilmu menawan gajah dan ilmu memelihara gajah. Setiap ilmu ini meskipun kelihatan
agak berbeza, namun asasnya hampir sama, biasanya dikuasi oleh golongan yang benar-benar mahir
dengan atau golongan pembesar juga kerabat yang sebahagian hidupnya bermain dengan gajah. Dalam
ilmu menangkap gajah ini jelas dibincangkan melalui catatan Munsyi Abdullah yang menjelaskan usaha
menangkap gajah ini banyak dilakukan oleh Pawang Gajah. Jelas beliau lagi, Pawang Gajah harus
mengusai banyak ilmu tentang gajah merangkumi kekuatan dan kelemahan gajah serta mempunyai
kebolehan untuk memastikan gajah itu akhirnya berjaya ditangkap. Ilmu pengetahuan yang tinggi perlu
dimiliki oleh Pawang Gajah yang bertanggungjawab untuk menangkap gajah. Bagi memperolehi
pengetahuan berkaitan ilmu tersebut Pawang Gajah seharusnya menguasai jampi serapah dalam Mantra
Gajah yang ada menghuraikan tentang ilmu menangkap dan memelihara gajah. Meskipun begitu, secara
praktikalnya tidak harus diketepikan Pawang Gajah perlu juga memiliki keberanian, pemahaman untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan gajah tersebut, seperti yang turut disentuh oleh Munsyi Abdullah

31
MS Raffles No. 18 translated by C.c Brown. Malay Annals. MBRAS (Reprint 28), hlm. 24
32
Perkaitan gajah dari aspek keagamaan boleh juga melihat dalam tradisi dalam dalam negara-negara lain di Asia
contohnya India yang menganggap gajah sebagai haiwan suci sehingga ditonjolkan dalam bendera dan disembah
sebagai Tuhan Ganesha. Fahaman dan penyembahan ini bukan hanya tertumpu dalam kalangan masyarakat di
negara India sahaja, malah turut menular dalam kalangan India di Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Sehubungan
dengan itu, apa yang dijelaskan dalam Sejarah Melayu yang menjelaskan tentang kesucian gajah yang menjadi
fahaman orang Melayu silam itu, sebenarnya amat berkait dengan aspek keagamaan yang diamalkan masyarakat di
India. Oleh itu, dapat diklasifikasikan anggapan masyarakat Melayu silam terhadap kesucian gajah ini didorong oleh
pengaruh hindu-budhha iaitu sebelum kedatangan agama Islam ke Alam Melayu. Hal yang serupa turut berlaku di
Thailand dan Burma, gajah putih disimbolkan sebagai haiwan suci dan haiwan diraja. Rujukan lanjut Azharuddin
Mohd Dali. “Gajah Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka”. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar
Ramli. (ed.) Panji Pendeta. Hlm. 536

1610
secara realitinya Pawang Gajah perlu mahir ilmu menangkap gajah dari sudut teori dan praktikalnya.33
Munsyi Abdullah mencatatkan beliau pernah menyaksikan peristiwa pengangkapan gajah yang
berkemungkinan ditulis oleh Abdullah berlaku pada tahun 1809-1810 di Melaka selepas robohnya kota
Melaka.34

Disamping ilmu pengetahuan untuk menangkap gajah, ilmu menawan gajah juga antara yang
penting untuk diulas lebih lanjut bagi melihat bagaimana hubungan sosial antara orang Melayu dengan
gajah boleh terjalin. Ilmu menawan gajah jelas kelihatan apabila seseorang berjaya menguasi gajah
tersebut untuk sebarang tujuan. Misalnya seperti yang disuratkan dalam Sejarah Melayu tentang
peristiwan Maharaja Dewa Sura (Pemerintah Pahang) yang sangat mahir dengan ilmu gajah, kemudian
beliau telah diserang dan ditawan oleh Sultan Mansur Shah Melaka, dan akhirnya dipenjara. Dalam satu
episod lain di Melaka terdapat seorang hulubalang yang sangat arif dan banyak pengetahuan tentang
ilmu gajah hingga digelar “Panglima Gajah” iaitu Seri Rama. Walau bagaimanapun, ketika gajah Sultan
Mansur Shah yang bernama “Kancanci” melarikan diri lalu terperangkap dalam didalam semak berduri,
Seri Rama masih gagal mengeluarkan “Kancanci” tersebut. Oleh iu, khidmat Maharaja Dewa Sura
diperlukan bagi menyelesaikan perkara ini, lalu beliau telah diarahkan dilepaskan dari penjara. Masalah
tersebut berjaya disempurnakan oleh Maharaja Dewa Sura kerana kemampuan dan kehandalannya
dalam menguasai ilmu menawan gajah. Sebagai balasannya beliau dibebaskan dari penjara, diberi
persalinan, dan diminta oleh Sultan Mansur Shah untuk beliau menurunkan ilmu menawan gajah kepada
setiap hulubalang di Melaka.35

Seperkara lagi yang tidak kurang penting berkait dengan ilmu pengetahuan ialah ilmu untuk
memelihara gajah. Ilmu ini dikira amat penting sebagai kelangsungan untuk gajah hidup dengan baik.
Orang yang memelihara gajah, perlu untuk mempelajari ilmu ini, supaya sekiranya berlaku masalah
terhadap gajah boleh diselesaikan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada. Dalam naskah Mantra Gajah
ada menyebut pelbagai jenis ramuan perubatan herba daripada campuran pelbagai tumbuh-tumbuhan
untuk digunakan bagi mengurangkan penyakit-penyakit gajah. Meskipun gajah dianggap sebagai haiwan
hidup di hutan yang kebal dan gagah, namun tetap juga tidak terlepas daripada gangguan penyakit
seperti cirit-birit, gila, sakit kulit dan sakit mata, batu karang dan sebagainya.36 Setiap penyakit yang
dialami oleh gajah ini akan ada penawarnya, melalui akar kayu atau daun-daun ubat yang tertentu yang
akan diberikan kepada gajah secara terus atau dicampur sekali bahan makanan mereka. Kemahiran
perubatan tradisional untuk menyembuhkan gajah ini sangat diperlukan supaya gajah dapat diubati dan
sembuh seperti sediakala. Antara cara untuk mengubati beberapa jenis penyakit gajah ada disuratkan
dalam naskah Mantra Gajah seperti berikut;

33
Munsyi Abdullah lebih bersifat kritis dalam usaha untuk penangkapan gajah ini. Hal ini kerana, menurut Abdullah
Pawang Gajah lebih banyak menggunakan akal dan logik, berbanding kekuasaan ilmu batin. Seperti yang disebut
olehnya “…perbuatan kandang gajah itu semuanya dengan akal sahaja. Maka banyaklah orang berkata ada pun
Pawang Gajah itu tahu nikmat dan ubatan, dan ia menaruh jin, maka semuanya pembohong dan bodoh belaka.”
Huraian lebih lanjut, sila rujuk Zahari A. Rashid. 2008. Kenang-Kenangan Abdullah Munsyi. Kuala Lumpur. IBSBuku.
Hlm. 111.
34
Ibid.
35
Muhammad Haji Salleh (Pengkaji). 2009. Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu).
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 110.
36
Ahmad Jelani Harun, Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Hlm.
221.

1611
Bab ini ubat gajah sakit perut cirit;

Ambil kulit pauh dan buah asam jawa, dan kulit kebantong, dan kulit
jambu air, dan kulit sena dan langkinang atau kulitnya, sekalian itu
ditumbuk lumat-lumat beri makan gajah itu serta dengan garam
Siam, afiat

Bab ini ubat gajah mata berair

Maka ambil buah mating bakar hangus-hangus, maka asah dengan


air limau nipis, maka bubuh pada mata gajah itu.

Bab ini ubat gajah bengkak kakinya atau tubuhnya

Ambil halia dan kunyit dan limping dan kunyit terus. Maka giling
lumat-lumat bubuh garam Siam, maka hangatkan pada api,
champurkan pada gajah itu barang tiga petang, afiat.37

Jelas sekali ilmu memelihara gajah atau lebih sesuai dikenali sebagai ilmu perubatan tradisional ini, amat
penting dalam aspek kehidupan seharian kerana dengan penguasaan terhadap ilmu ini mampu
menjadikan hubungan sosial gajah dengan manusia berjalan seperti biasa.

Selain dari ilmu pengetahuan, petua juga salah satu cabang dalam kehidupan sosial orang
Melayu yang sangat terkenal dan ada yang kekal diamalkan sehingga kini. Melihat dari sudut pandang
hubungan orang Melayu dengan gajah yang dirungkaikan dari aspek sosial, tidak ketinggalan, pengamal-
pengamal ilmu gajah ini turut mempunyai petua yang berhubung kait ilmu pemeliharaan gajah. Petua
sangat signifikan dengan orang Melayu, dan ia juga melambangkan tahap keintelektualan serta tahap
kepandaian masyarakat tradisi. Kebanyakan petua yang terhasil dalam hubungan orang Melayu dengan
gajah ini adalah kesan langsung dari pengamatan dan pengalaman yang luas terhadap sesuatau
pekerjaan yang melibatkan gajah. Antara petua yang wujud berhubungkait dengan gajah termasuklah
cara-cara menjerat gajah liar, menjadikan gajah gemuk, kuat, berani serta menjadikan gading gajah
kelihatan cantik, serta beberapa petua lain yang berkaitan.Turut termasuk dalam hal petua ini ialah
beberapa cara untuk mengetahui tuah gajah, sama ada seekor gajah itu boleh membawa tuah kepada
tuannya atau tidak. Ada beberapa petua yang dicatatkan dalam naskhah Mantra Gajah seperti berikut;

Jika gajah itu gadingnya angkat sebelah kanan, gajah itu matanya
putih, gajah itu bertuah38

Bab ini ubat gajah hendak gemuk:

Ambil putawali dan akar terung perat, dan akar terong pipit, dan
akar terong asam, dan akar mentajam, cincang lumat-lumat serta
garam Siam, rendam kepada bekas, maka beri minum gajah itu,

37
W.G. Maxwell. JSBRAS (1907). Hlm. 71-86. Sumber diperolehi melalui kajian terperinci oleh Ahmad Jelani Harun,
Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Hlm.224
38
Ibid.hlm. 227

1612
sebagai lagi ubat gajah gemuk, ambil jenjuang besar dan jenjuang
putih, dan akar betik, dan akar mentajam, maka beri makan serta
garam Siam39

Apabila memerihalkan berkaitan ilmu gajah, tidak harus dilupakan tulisan Andaya dalam
bukunya Perak, The Abode of Grace yang menghuraikan beberapa keterangan melibatkan ilmu
memelihara gajah ini. Beliau telah mengkelaskan satu bahagian khas berkaitan gajah iaitu “The Art of
Elephant Hunting”. Melalui apa yang diperincikan oleh beliau dalam tulisannya ilmu gajah yang
diamalkan oleh orang Melayu adalah merupakan satu kepandaian yang diistilahkan sebagai “the science
of elephants”. Istilah kepandaian ini merujuk kepada beberapa hal lain yang berkaitan seperti
memelihara dan memburu gajah di hutan. Menurut Andaya lagi, amalan memburu gajah ini merupakan
satu seni yang hanya dimiliki oleh golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya Sultan Iskandar Thani
dikatakan seorang yang sangat handal dalam urusan pemburuan gajah.40 Tambah beliau, memiliki,
memelihara dan menunggang gajah pada masa silam adalah satu “honourable profession” kepada raja-
raja dan pembesar, juga melambangkan status dan kewibawaan mereka dalam kalangan masyarakat.
Jelas disini ilmu gajah sangat berkait dengan sosial orang Melayu, selain berperanan dalam untuk
membantu kelangsungan hidup orang Melayu, ilmu gajah turut memperlihatkan tahap keinteletualan
orang Melayu itu sendiri.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas jelas menunjukkan erat sekali hubungan orang Melayu dengan
alam semulajadi terutama haiwan yang hidup di sekiling mereka.Interaksi yang mewujudkan hubungan
erat ini menjadikan gajah semakin penting dalam kehidupan orang Melayu. ini jelas tergambar dengan
kemampuan orang Melayu untuk menguasai ‘ilmu gajah’. ‘Ilmu gajah’ ini dikuasai oleh golongan tertentu
sahaja, dengan menguasainya menghubungkan gajah dengan orang Melayu dalam satu ruang yang lebih
erat sehingga membolehkan gajah digunakan dalam keperluan dan kepentingan tertentu. Aspek
keagamaan turut melihat gajah sebagai satu elemen yang sangat penting, sehingga terdapat golongan
masyarakat yang menyembah gajah sebagai dewa.

Gajah turut dijadikan harta bernilai yang hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu sahaja,
selain turut menjadi haiwan pengangkutan diraja serta digunakan untuk pelbagai urusan kerajaan
samada yang membabitkan hubungan dengan luar negara atau dalam negara. Pergerakan masa
mengakibatkan gajah mengalami kepupusan kerana didorong oleh perubahan iklim, kerosakan habitat,
lalu gajah seringkali dilihat mengamuk, memusnahkan harta benda rakyat dan mengancam nyawa. Oleh
itu, buruan terhadap gajah seringkali dilakukan sehingga ketika zaman kolonial buruan itu diistilah
sebagai ‘sukan’ bagi mengisi masa lapang mereka. Jumlah haiwan terutama gajah yang diburu ini tidak
diketahui berapa banyak bilangannya, dan kajian terperinci perlu bagi mengetahui lebih lanjut akan hal
ini.

39
Ibid.
40
Barbara Watson Andaya. 1979. Perak, The Abode of Grace, A study of an Eighteenth-Century Malay State. Kuala
Lumpur: Oxford University Press. Hlm. 441

1613
Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali. 2013 “Naskhah Melayu: Pusaka Melayu Merentasi Zaman”. Dlm. Abdullah
Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli (ed.). Panji Pendeta. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi
Malaysia, Kuala Lumpur

Ahmad Fawzi Mohd Basri (penyelenggara). 1992. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Azharudin Mohd Dali. 2013 “Gajah Sosio-Ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka”. Dlm. Abdullah
Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli (ed.) Panji Pendeta. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi
Malaysia

Barbara Watson Andaya. 1979. Perak, The abode of grace, a study of an eighteenth-century Malay State.
Kuala Lumpur: Oxford University Press

H.A.R Gibb (Tra.). 1929. Ibn Batuta travels in Asia and Africa. London: G. Routledge.

H.C.O. No. CH: SEC: 2219/1915- Export Duty on Elephant for the State of Perak to be Raised to 20%.

Isabella Bird. 2010. The Golden Chersonese. Singapore: Monsoonbooks.

Jelani Harun. 2011. Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak.
Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

John Turbull Thompson. 1971. Glimses into life in Malayan Lands. Kula Lumpur: Oxford University Press

Mohd Taib Osman (Peny.) 2004. Hikayat Seri Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haji Salleh (Pengkaji). 2009. Sulalat al-Salatin ya’ni perteturun segala Raja-Raja (Sejarah
Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Hassan Muhammad Arshad, Dato' Kerani.1988. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

MS Raffles No. 18 translated by C.c Brown. 2009. Malay Annals. MBRAS (Reprint 28)

R.O Winsterd. 1966. Hikayat Bayan Budiman. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Surat Persendirian (SP) Tun Dr. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. 1989. “Elephant and Water in the Feasting
of Seventeenth Century Acheh”. MBRAS Volume LXII, Part II. 1989
Surat Persendirian (SP) Isabella Bishop

W.G. Maxwell. JSBRAS. 1907.

1614
Zahari A. Rashid. 2008. Kenang-Kenangan Abdullah Munsyi. Kuala Lumpur: IBS Buku

Lampiran

Foto 1: Gambar Mengangkut Bijih Timah dengan Menggunakan Gajah

Sumber: Arkib Negara Malaysia

1615
Foto 2: Tuan Syed Putra Ibn Almarhum Tuan Syed Hassan Jamalullail, (C.M.Raja Perlis, semasa
perarakan upacara ‘Kebesaran Raja’ di Arau pada 12.3.1949

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Foto 3: Gajah Mengharungi Sungai di Kuala Kangsar pada 1897. Situasi Gajah
mengharungi sungai ini adalah semasa persidangan Durbar
yang pertama di Kuala Kangsar pada Julai 1897.

1616
Sumber: Arkib Negara Malaysia

1617
DASAR DAN PENTADBIRAN KESIHATAN DI KELANTAN 1910-
1941
Nik Afifah bt Nik Mustafa
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya
afifah_um@yahoo.com

Abstrak
Kertas ini membincangkan mengenai dasar dan struktur pentadbiran kesihatan yang wujud di negeri
Kelantan serta reaksi yang diperlihatkan oleh pihak yang dianggap berkepentingan dalam pemerintahan
Kelantan. Persoalan pokok yang akan dianalisis dalam kertas ini menyentuh soal sejauhmana reaksi pihak
yang berkaitan seperti sultan, pembesar dan ulama Kelantan terhadap perkembangan dalam usaha
melancarkan perjalanan pentadbiran kesihatan. Perkembangan dan kemajuan sistem kesihatan awam di
Kelantan sebelum ini didapati agak kurang memuaskan memandangkan masyarakatnya masih kurang
mendapat pendedahan terhadap kaedah moden dalam teknologi kesihatan. Kebergantungan kepada
kaedah dan cara perubatan tradisional menyebabkan mereka sukar menerima bahkan menolak rawatan
melalui kaedah-kaedah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Ketidakyakinan dan kurang kefahaman yang
jelas oleh masyarakat Kelantan terhadap kepentingan untuk menggunakan kaedah rawatan yang lebih
moden menyebabkan berlakunya kemerosotan bilangan penduduk yang mendapatkan khidmat
perubatan pada awal abad ke-20. Perbincangan kertas ini didasarkan kepada pendekatan dan kaedah
sejarah. Untuk itu data-data berasaskan sumber primer diperoleh daripada Annual Medical Report
Kelantan, British Adviser Office Kelantan (BAK), CO 273, CO 717, fail-fail Pejabat Tanah Jajahan, laporan-
laporan pengembara, manuskrip-manuskrip Melayudan majalah Pengasuh. Menerusi data yang
diperoleh daripada sumber-sumber tersebut, didapati dasar yang dilaksanakan oleh pihak British
dipersetujui oleh kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Persetujuan ini dipengaruhi
oleh beberapa faktor antaranya berkaitan kefahaman dan tuntutan agama Islam agar penganutnya
memelihara kesihatan dan mencegah daripada penyakit. Sebagai contoh, Sultan Ismail yang merupakan
Yang Dipertuan Negeri Kelantan mewajibkan rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah
jangkitan penyakit berjangkit. Baginda juga telah menggariskan syarat dan panduan yang jelas bagi orang
yang selayaknya memberi suntikan kepada penduduk. Selain itu, jenis ubatan yang dijadikan dos
suntikan turut dikaji dan mendapat kelulusan daripada beberapa pihak yang berkaitan dalam
memastikan penduduk tidak berisiko mendapat bahaya selepas suntikan. Selain itu, peranan ajaran yang
dibawa oleh ulama telah menyebabkan orang Melayu selain menghayati Islam dari sudut ritual, juga
telah dapat membezakan perkara suci dan najis.

Kata kunci: Melayu, Kelantan, Kesihatan, Ulama, Pentadbiran.

1618
Pengenalan
Perkhidmatan secara moden dalam khidmat kesihatan di Tanah Melayu bermula setelah kedatangan
pihak British. Peralihan ini telah menyebabkan khidmat perubatan tradisional semakin terhakis.
Pentadbiran kesihatan di Kelantan dilihat mula mengalami proses dinamik apabila British mula
menguasai Kelantan melalui perjanjian Bangkok 1909. Golongan atasan dalam sesebuah hierarki
kerajaan dilihat memainkan peranan penting dalam usaha memastikan keperluan rakyat di bawah
naungannya mendapat perhatian sewajarnya dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini termasuk urusan
berkaitan khidmat kesihatan. Dalam konteks kesihatan, golongan ini dilihat telah melaksanakan
beberapa dasar penting bagi mengubati serta mencegah sebarang jangkitan wabak penyakit. Segala
dasar yang dilaksanakan diukur melalui reaksi yang ditunjukkan daripada golongan ini sama ada menolak
atau menerima. Ini penting bagi mengkaji sejauhmana masyarakat Melayu di Kelantan menerima
sebarang usaha bagi memperbaiki perkhidmatan kesihatan di Kelantan. Hubungkait antara golongan
atasan dan rakyat merupakan ikatan penting yang wujud atas dasar golongan pemerintah dan
diperintah. Orang Melayu begitu terkenal dengan kepatuhan mereka terhadap pemerintah. Struktur
organisasi dan pentadbiran yang mantap memainkan peranan penting bagi memastikan perancangan
fizikal sentiasa konsisten. Dasar-dasar kesihatan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh pihak
pemerintah. Antaranya adalah dengan menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan, pembinaan
hospital-hospital, menubuhkan pusat-pusat latihan serta melatih rakyat tempatan di bidang perubatan,
melaksanakan program pemakanan berkhasiat bagi kanak-kanak sekolah serta memperkenalkan akta-
akta kesihatan.J.M. Gullick ada membincangkan berkaitan kehidupan orang Melayu dan bagaimana
orang Melayu pada akhir abad ke-19 sudah merasakan pentingnya menjaga kesihatan, merawat dan
mengubati dengan cara mereka tersendiri, umpamanya menggunakan khidmat Pawang.1Masyarakat
Melayu juga sudah mempunyai individu yang mempunyai ilmu perubatan yang digelar sebagai “Bomoh”
atau medicine-man.2Lenore Manderson pula menulis berkaitan kepentingan perubatan sewaktu
penjajahan dan menunjukkan bahawa ia mempunyai kaitan langsung dengan iklim sosial dan politik
masyarakat setempat.3 Turut diperlihatkan sejarah penyakit dan status kesihatan yang berubah-ubah di
bawah penjajahan yang berbeza. Beliau turut menyentuh berkaitan perkembangan teknologi yang mula
diwujudkan apabila kesihatan itu dianggap sesuatu yang penting. Selain itu turut diketengahkan langkah
yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran Inggeris dengan membawa masuk kakitangan perubatan dari
luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada kakitangan tempatan yang dilantik untuk berkhidmat di
hospital-hospital di Tanah Melayu.

Perkhidmatan Rawatan

Menjelang tahun 1909, Kelantan yang pada mulanya berada di bawah naungan Siam telah
diserah kepada British melalui Perjanjian British-Siam 1909 atau juga dikenali sebagai Perjanjian
Bangkok. Kemasukan British ke negeri Kelantan telah membawa bersama beberapa perubahan dalam
sistem politik, ekonomi dan sosial. Melalui perkembangan sosial, British mula membawa masuk
teknologi baru yang dilihat sebagai usaha untuk mempertingkatkan kemajuan yang sedia ada. Selain
sistem pendidikan, perkembangan teknologi kesihatan turut mendapat perhatian pihak British dan ia

1
J.M. Gullick, Malay Society In The Late Nineteenth Century, Singapore: Oxford University Press, 1987.
2
Ibid.
3
Lenore Manderson, Sickness and The State, Health and Illness in Colonial Malaya, 1870-1940,

1619
mula mengalami perubahan. Setelah British masuk, pentadbiran kesihatan telah distruktur kembali
dengan organisasi yang baru. Sebelum tahun 1909, Kelantan didapati sudah mempunyai kesedaran
berkaitan kesihatan. Bagi masyarakat Melayu ketika ini, para pengamal perubatan tradisional Melayu
khususnya bomoh mahupun bidan kampung dianggap sebagai tokoh perubatan dan menjadi individu
yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Bomoh dianggap sebagai tiang seri masyarakat setempat.
Mereka sangat dihormati dan berada dalam kedudukan yang teratas dalam status sosial masyarakat
khususnya bomoh yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.4 J.G Fraser pula menyatakan
bahawa bomoh adalah doktor dan sarjana-sarjana asal dalam perubatan tradisional.5 Penyataan ini
disokong kuat oleh Mohd Said Othman dalam penulisannya yang menyatakan bahawa bomoh adalah
ahli dalam bidang perubatan masyarakat dan kebudayaan Melayu tradisional dan mereka dianggap
“raja” di rumah orang sakit, di sawah, bendang dan lombong.6 Selain itu, bomoh juga berperanan dalam
amalan ritual seperti upacara membuka hutan, melihat keserasian, upacara naik rumah, menghantar
lenga dan sebagainya.7Dalam hieraki pentadbiran British, kuasa tertinggi telah dipegang oleh Resident
Surgeondan strukturnya sebagaimana berikut:

Residency
Surgeon

Ketua Pegawai
Perubatan

Pegawai Perubatan
dan Kesihatan

Matron

Peon Penyuntik Pembantu Kerani Inspektor Jururawat Ketua


Veterina Jururawat
Vaksin Penjaga Setor Kebajikan Pembantu
Bayi Hospital

Pembantu Hospital
Gred 1 dan Gred 2

Dressers Gred 1,
Gred 2 dan Gred 3

Dressers Kanak-
kanak

Beliau dilihat telah memainkan peranan dalam usaha memelihara kesihatan penduduk tempatan
dengan melaksanakan beberapa dasar dan merangka strategi tertentu. Bagi British, masyarakat Melayu
dilihat agak sukar untuk menerima sesuatu perubahan apatah lagi ianya dibawa oleh bangsa asing.

4
Mohd Taib Osman, “Perbomohan: Satu Aspek World-View Dalam Kebudayaan Melayu”, dalam Zainal Kling (ed.),
Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Printcorp Sdn. Bhd., 1977, 37-42.
5
Syed Hussin Al-Attas, Reflections on The Theories of Religion, The Hague, 1963. Sumber dipetik daripada Fazliyana
Mustafa, ‘Peranan Bomoh dalam Masyarakat Melayu, Kajian Kes: Jerantut Pahang’, hlm. 51.
6
Mohd Taib Osman, “Perbomohan: Satu Aspek World-View Dalam Kebudayaan Melayu”, hlm. 6 & 16.
7
Fazliyana Mustafa, ‘Peranan Bomoh dalam Masyarakat Melayu, Kajian Kes: Jerantut Pahang’, hlm. 50.

1620
British telah bertindak menggunakan saluran kuasa-kuasa tertentu untuk menyampaikan usaha mereka.
Sultan, pemimpin tempatan dan ulama adalah antara golongan yang berpengaruh kepada masyarakat
dan merupakan tonggak terpenting yang menerima perubahan dalam perkembangan kesihatan di
Kelantan. Reaksi yang ditunjukkan oleh golongan ini dapat diukur dengan melihat usaha yang
dilaksanakan oleh pihak British telah disalurkan kepada penduduk melalui beberapa dasar tertentu.

Kemajuan dalam Pentadbiran

Pentadbiran negeri Kelantan pada tahun 1907 memperlihatkan Pegawai Perubatan Negeri sudah
mula diwujudkan dan menghasilkan struktur organisasi yang lebih teratur. Pada tahun ini jawatan
tersebut dipegang oleh pegawai dari Siam iaitu Khun Saman Tat Wichurn.

Jadual 1: Pentadbiran Negeri Kelantan sehingga 1907

Jawatan Ahli
Pentadbiran Am Luar Bandar Raja Muda, Long Zainal Abidin bin Long Kundor
(Sultan Mohammad III)
Perbendaharaan Negeri & Pentadbiran Am Tengku Sri Indra, Tengku Ismail bin Sultan
Mohammad IV
Ketua Polis; bersama dengan Mr. P.S. Nairn selaku Tengku Sri Maha Raja, Tuan Mahmud bin Sultan
Penguasa Polis dan Nik Wan Jaafar sebagai Ahmad
Inspektor Polis
Penguasa Kehakiman dan Keadilan di Mahkamah Tengku Sri Pekerma Raja, Tuan Sulaiman bin Sultan
Tinggi, bersama dengan Luang Tammarat Toraton Ahmad
sebagai Pembantu Hakim
Ketua Penguasa Adat Istiadat menggantikan Tengku Petra Dalam Kebun, Tuan Abdul Ghafar bin
Tengku Ismail pada November 1907 Sultan Mohammad II
Penguasa Penjara Tengku Chik bin Tengku Bongsu
Jabatan Kerja Awam Tuan Yusof bin Sultan Ahmad
Jabatan Hasil dalam Negeri Tengku Chik Tuan Abdullah bin Sultan Ahmad
Pentadbiran Tanah, dibantu oleh Toh Khatib Haji Tuan Idris bin Sultan Ahmad
Said, dan diurus oleh Mr Thomson. Pada April
1907, Mr C.A.H Keenlyside dilantik sebagai
Penguasa Tanah
Pegawai Perubatan Negeri Khun Saman Tat Wichurn
Pegawai Daerah Selatan Batu Mengkebang hingga Tengku Ismail
November 1907
Pegawai Daerah Pasir Puteh Encik Ibrahim
Sumber: Diubahsuai daripada Kelantan Administration Report 1910-1912

Struktur pentadbiran kesihatan di Kelantan pada tahun 1925 menunjukkan penyusunan


organisasi yang semakin teratur. Organisasi kakitangannya diketuai oleh Residen Surgeon iaitu Dr. J.R.
Mcvail. Beliau berkhidmat sehingga 13 Mac 1925 dan kemudian berpindah ke Hospital Besar Singapura.
Tempatnya telah digantikan oleh Dr. L.W. Evans. Dr. W.J. Geale selaku Pegawai Perubatan di Ulu

1621
Kelantan dan beliau dibantu oleh Dr. Lim Shin Thwin apabila diperlukan.8 Struktur ini diperkemaskan lagi
dengan pengambilan beberapa pegawai Eropah untuk berkhidmat di hospital dan dispensari kerajaan.
Antaranya Dr. Gimlette, Dr. Furnivall dan Dr. L. H. Taylor. Ini bermakna kerajaan tidak hanya bergantung
kepada tenaga tempatan sahaja. Kepakaran pegawai-pegawai dari luar telah dimanfaatkan untuk
melancarkan proses merawat pesakit kerana pengetahuan mereka diakui berdasarkan pengalaman
dalam bidang perubatan. Anak-anak tempatan juga bekerja membantu mereka dan dalam masa yang
sama turut mempelajari sedikit sebanyak ilmu berkaitan kesihatan yang lebih moden daripada mereka.
Pada sekitar sebelum abad ke-20, Kelantan masih belum mempunyai anak tempatan yang mempunyai
kepakaran untuk mengubati pesakit dengan cara yang lebih moden. Selain daripada mengambil
kepakaran dari luar untuk membantu institusi-institusi perubatan di Kelantan, kerajaan Kelantan juga
telah menyediakan dana dan bantuan biasiswa dengan menghantar anak tempatan menyambung
pengajian di School of Medicine, Singapore.9

Kprihatinan pihak kerajaan Kelantan terhadap perkhidmatan perubatan negeri dapat dilihat
melalui peruntukan perbelanjaan yang lebih besar diberikan bagi memastikan perjalanan unit ini berjalan
lancar.

Jadual 2: Jumlah Peruntukkan Perbelanjaan Perubatan di Kelantan

Tahun Peruntukkan ($)


1909 2460
1910 7408
1911 14 598
1912 20 640
1913 34 858
Sumber: Diubahsuai dari Kelantan Estimates of Revenue and Expenditure for the Year 1910-1913

Jadual menunjukkan pada tahun 1909, hanya $ 2460 yang diperuntukan oleh pihak kerajaan untuk
tujuan perubatan. Pada tahun berikutnya, didapati berlaku peningkatan dalam peruntukan sebanyak
66.7%. Didapati pihak kerajaan terpaksa menambah peruntukan ini disebabkan permintaan yang
semakin meningkat dalam khidmat kesihatan. Penduduk di Kelantan termasuklah masyarakat Melayu
dilihat sudah mula sedar akan kepentingan mendapatkan rawatan di institusi-institusi perubatan
kerajaan. Jumlah peruntukan ini terus meningkat sehingga mencecah $ 34 858 pada tahun 1913. Selain
faktor kesedaran, didapati masyarakat yang berada di kawasan pedalaman sudah mempunyai
kemudahan perhubungan untuk sampai ke kawasan- kawasan khidmat kesihatan. Selain daripada
penduduk datang sendiri untuk mendapatkan rawatan, pihak pasukan perubatan juga akan pergi ke
kawasan pedalaman bagi memberi rawatan kepada penduduk. Ini disebabkan pada tahun 1910, Kerajaan
Kelantan telah siap membina sebuah Jambatan merentangi Sungai Keladi untuk menghubungkan bandar
Kota Bharu dengan kawasan-kawasan tepi pantai dikenali dengan Gertak Mason mengambil sempena
nama Penasihat British. Manakala pada tahun 1913, sebuah jalan keretapi yang menghubungkan Tumpat
dengan Bukit Remah di Tanah Merah, Kelantan juga telah siap dibina. Pembinaan jalan keretapi ini
adalah hasil rundingan Sultan Muhammad Ke IV dengan Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu. Dengan
kemudahan perhubungan yang wujud, masyarakat di kawasan pedalaman sudah tidak bermasalah besar
untuk datang mendapatkan rawatan. Peruntukan kewangan yang lebih besar menunjukkan sudah ada

8
BAK 375/1926, Annual Report on the Medical Department for the year 1925, hlm. 1
9
Kolej Perubatan King Edward VII, ditubuhkan pada tahun 1905 di Singapura.

1622
pemberatan oleh pihak kerajaan negeri terhadap khidmat kesihatan. Ini turut didokong oleh Sultan
sebagai badan tertinggi yang meluluskan kewangan.
Perbelanjaan terhadap perkhidmatan hospital mulai tahun 1920 hingga 1938 adalah dalam jumlah
yang tidak banyak berbeza. Sebarang perluasan dalam pembangunan hospital dilihat kurang praktikal
untuk terus dilaksanakan memandangkan terdapat lebih 400 000 orang penduduk tinggal berselerak di
kawasan yang luas di kampung-kampung yang biasanya terletak jauh dari jalan raya atau jalan keretapi.10
Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa sistem agar khidmat rawatan dapat
dinikmati oleh penduduk di Kelantan. Antaranya:

a) Mewujudkan klinik-klinik bergerak dengan menggunakan motorbot (out-door motorboat)


b) Perkhidmatan klinik motor atau kereta bergerak diperkenalkan untuk tujuan kes-kes kecemasan
menggunakan ambulan.
c) Mendirikan klinik-klinik kecil di pusat-pusat tumpuan ramai.
d) Ditubuhkan unit perubatan berkumpulan (berjalan kaki).11

Antara langkah yang dilaksanakan bagi memastikan penduduk di Kelantan mendapatkan


perkhidmatan perubatan di institusi-institusi yang disediakan pihak kerajaan, mereka telah mengukur
tahap pendidikan dengan mengambil kira golongan yang tidak tahu membaca. Untuk memudahkan
penduduk yang tidak tahu membaca, satu papan tanda bergambar bulan sabit merah telah diletakkan di
hospital dan tempat-tempat persinggahan klinik-klinik bergerak sebagai tanda bahawa di kawasan
tersebut terdapat pembantu perubatan yang akan memberi perkhidmatan rawatan bagi yang
memerlukan.12

Dasar Terhadap Penyakit-berjangkit


Usaha telah dijalankan oleh pihak British bagi menangani masalah penyakit-berjangkit dengan
pelaksanaan beberapa dasar tertentu. Beberapa penyakit berjangkit telah dikenalpasti merebak di
Kelantan berdasarkan jumlah jangkitan yang dilaporkan agak tinggi. Antaranya penyakit Malaria, Puru,
Taun dan Kolera. Pelaksanaan beberapa peraturan telah dilakukan bagi setiap jenis penyakit yang
dikenalpasti . Umpamanya penyakit malaria. Penyakit malaria adalah merupakan salah satu penyakit
berjangkit yang dilihat serius menular dalam kalangan penduduk di Kelantan sekitar tahun 1910-1941.
Peratusan terbesar daripada laporan hospital menunjukkan ramai pesakit telah mendapatkan khidmat
perubatan di hospital bagi penyakit ini. Menurut ketua pembantu hospital Kota Bharu, didapati kes
terbesar pesakit yang ditahan di hospital berkenaan adalah diakibatkan oleh wabak malaria. Pada tahun
1920, laporan perubatan menunjukkan sebanyak 174 kes wabak malaria telah dimasukkan ke hospital
Kota Bharu dan daripada jumlah tersebut, lima kematian telah direkodkan.13 Bagi mengubati penyakit
ini, pihak hospital telah menyediakan sejenis ubat bagi penyakit ini iaitu kuinin.

10
Chan Su Ming, “Kelantan and Trengganu 1909-1939”, JMBRAS, Vol. 38, pt 1, 1965, hlm.181
11
ARK for the year 1935, Kelantan: Cheong Fatt Press, 1936, hlm. 8
12
ARK for the Year 1937, hlm. 10
13
Annual Report Medical 1920.

1623
Jadual 3: Penyakit Utama di Hospital Kerajaan pada tahun 1930

Penyakit Hospital Kota Bharu Hospital Kuala Krai


Kes Kematian Kes Kematian
Malaria 779 20 717 32
Cirit-birit 93 4 53 1
Sifilis 188 1 24 -
Gonorea 223 - 43 -
Barah 271 - 257 -
Radang Paru-paru 40 15 84 36
Beri-beri 31 1 22 5

Sumber: State of Kelantan, The Annual Report on the Medical Department for the Year 1926-1929

Menjelang tahun 1910, dalam usaha mencegah jangkitan malaria di negeri Kelantan, ubat kuinin
telah mula diedarkan secara percuma di semua stesen keluar masuk negeri dan balai polis. Satu salinan
pekeliling berkaitan penyakit malaria telah dicetak dan diedarkan kepada semua sekolah dan ladang-
ladang getah. Didapati terdapat beberapa kakitangan dan pengurusan ladang getah telah memberikan
maklum balas yang baik dengan menguruskan sistem perparitan kawasan mereka bagi mencegah
jangkitan malaria.14 Bagi menangani penyakit ini daripada terus merebak, pada tahun 1922, pihak
kerajaan dengan kerjasama hospital telah menjalankan kaedah semburan hasil campuran minyak
mentah dengan minyak tanah di kawasan berpaya dan persekitarannya. Kaedah ini didapati telah dapat
mengurangkan penyebaran penyakit ini.

Jabatan perubatan dengan kerjasama kakitangan kesihatan telah berusaha mengenalpasti


kawasan-kawasan yang berisiko tinggi diserang wabak malaria dan kawalan anti-malaria mula
dilaksanakan secara meluas bagi mencegah jangkitan wabak. Antara kawasan yang dikenalpasti seperti
di Kota Bharu, Gua Musang, Kuala Krai, Kuala Pergau dan Pasir Puteh.15 Dalam usaha mencegah wabak
malaria, banyak parit dan longkang telah dibuat sebagai langkah bagi menguruskan aliran air daripada
bertakung. Kerjasama yang baik telah diberikan oleh penduduk setempat dan juga pengurus-pengurus
ladang. Turut dibekalkan ubat-ubatan secara berterusan kepada pesakit-pesakit sehingga sembuh.

Penguatkuasaan Undang-undang
Terdapat penguatkuasaan undang-undang dan enakmen berkaitan kesihatan telah dikeluarkan bagi
melancarkan urusan bahagian khidmat kesihatan. Melalui satu persiaran bernombor 24 yang dikeluarkan
pada tahun 1930, telah menyatakan bahawa satu undang-undang berkaitan kesihatan telah disahkan
dalam mesyuarat kerajaan pada 19 Ogos 1930 dan telah disiarkan kepada orang ramai. Menjelang 1
Oktober 1930, satu undang-undang kesihatan telah mula berkuatkuasa di negeri Kelantan atas titah
arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail. Undang-undang ini dinamakan sebagai “Undang-undang
Ubat Tidak Berkesihatan tahun 1930”. Melalui undang-undang ini, pelbagai aspek berkaitan kesihatan
telah dikuatkuasakan dan ia bukan sekadar undang-undang berkaitan ubat-ubatan. Dalam usaha

14
CO 827/1, Kelantan Administration Report for the Year 1910 (13 Jan 1910- 31 Dis 1910), hlm. 14
15
ARK 1937, hlm. 11

1624
meningkatkan mutu kesihatan penduduk negeri Kelantan, Sultan Ismail telah menggariskan syarat-syarat
yang wajib dipatuhi oleh doktor-doktor yang akan berkhidmat di Kelantan. 16

i) Penyediaan ubat-ubatan: hanya peramu/ pencampur ubat yang diberi surat akuan oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan sahaja yang dibenarkan ubatnya digunakan di hospital untuk
rawatan.
ii) Doktor gigi: Lesen kebenaran berkhidmat bagi doktor gigi hanya akan dikeluarkan kepada
mana-mana doktor gigi yang telah bekerja selama enam bulan secara tetap sama ada di
dalam Kelantan, negeri Selat, atau di dalam mana-mana negeri Melayu di bawah jagaan Duli
Yang Maha Mulia Raja. Mereka juga haruslah antara golongan yang disyorkan oleh ketua
doktor.
iii) Doktor binatang: Seseorang yang memegang surat akuan kebenaran merawat binatang.
iv) Ubat-ubatan: Segala ubat-ubatan yang dibawa masuk ke negeri Kelantan sama ada melalui
jalan air, jalan darat atau jalan udara hendaklah mendapatkan ‘surat kebenaran bawa keluar
negeri’. Manakala sekiranya ubat tersebut hendak dibawa keluar, beberapa aturan perlu
dipatuhi sebagaimana berikut:17

a. Jumlah ubat-ubatan yang dibenarkan


b. Nama dan alamat orang yang akan membawa keluar ubat-ubatan tersebut ke
luar negeri.
c. Tempoh urusan membawa keluar ubat-ubatan
d. Nombor dan tarikh surat akuan kebenaran membawa keluar ubat-ubatan dari
negeri Kelantan

Manakala bagi urusan membawa masuk ubat ke dalam negeri Kelantan juga mempunyai beberapa
syarat yang perlu diikuti, antaranya:

i) Perlu dikeluarkan surat akuan yang mengandungi nama pemerintah yang membenarkan
surat proses kemasukan ubat ke negeri Kelantan
ii) Nama dan alamat orang yang akan membawa masuk ubat-ubatan tersebut ke dalam
Kelantan

Pada tahun 1913, negeri Kelantan juga sudah mepunyai enakmen khusus berkaitan kesihatan buruh.
Enakmen ini bertujuan untuk memberi perlindungan kesihatan kepada buruh yang berkhidmat di negeri
ini. Enakmen yang diwartakan oleh baginda Sultan Kelantan ini mewajibkan semua majikan hendaklah
mematuhi syarat mana-mana perintah bertulis yang dikeluarkan oleh penasihat British atas cadangan
Residency Surgeon berhubung dengan tiga perkara iaitu:18

a) Perumahan dan makan minum buruh adalah di bawah arahan kerjanya


b) Bekalan air, tempat mandi dan perlindungan kebersihan buruh harus dipastikan oleh setiap
majikan.

16
Undang-undang No.12/1930, “Undang-undang Ubat Tidak Berkesihatan tahun 1930”, dalam Kelantan Undang-
undang Pusaka No.2/1930, Undang-undang Ubat Tidak Berkesihatan No.12/1930, Undang-undang Bagi
Meregisterkan Sekolah No.26/1930, hlm. 2
17
Ibid., hlm. 4
18
State of Kelantan, Enactment No.6 of 1913, An Enactment to Provide for the Protection of the Health of
th
Labourers (13 December 1913), hlm. 1

1625
c) Peruntukan penginapan di hospital serta peralatan, rekod kehadiran mendapatkan rawatan
termasuk bantuan perubatan dan pemeriksaan kesihatan buruh adalah di bawah pemantauan
majikan masing-masing.

Sekiranya terdapat majikan yang tidak patuh dengan arahan tersebut, mereka boleh disabitkan oleh
mahkamah majistret dengan hukuman denda tidak lebih $500. Majikan tersebut juga perlu menanggung
segala kos pemindahan hospital buruh di bawah arahan kerjanya yang menghidap penyakit jiwa atau
kusta.

Pada 1 April 1925, atas arahan Penasihat British, Sultan Ismail telah mengarahkan satu notis
dikeluarkan kepada rakyat Kelantan berkaitan ‘Peraturan di bawah undang-undang bagi Opium dan
Candu’.19 Larangan ini dilaksanakan secara meluas di bandar Kota Bharu, Kuala Krai, Tumpat, Pasir Puteh,
dan Pasir Mas adalah merupakan antara langkah yang dikuatkuasakan oleh Sultan Kelantan bertujuan
untuk memelihara kesihatan rakyatnya. Ini disebabkan sebelum ini pernah terdapat beberapa kes
kematian yang melibatkan pengambilan candu. Antaranya melibatkan seorang bekas majistret Melayu
iaitu Ungku Dalam yang meninggal pada 1.6.1910 di Kota Bharu akibat daripada kesan pengambilan
candu secara berlebihan. Sebelum ini beliau dikatakan hanya menghisap candu beberapa kali sahaja
setahun. Namun ketagihan beliau telah menyebabkan candu diambil kira-kira $ 1 setiap hari. Sebelum
meninggal, Ungku Dalam dikatakan dalam proses percubaan untuk berhenti menghisap candu. Selain
Ungku Dalam, seorang bangsawan Kelantan iaitu Tungku Muda Tuan Pah turut menerima nasib yang
sama.20 Oleh sebab beberapa kejadian ini dikatakan berkait rapat dengan faktor penjagaan kesihatan,
maka Sultan telah menguatkuasakan peraturan candu ini secara berperingkat-peringkat di beberapa
lokasi utama. Candu hanya akan dijual di Pejabat Candu kerajaan sahaja dan lesen candu tidak akan
dikeluarkan lagi sebagaimana lesen yang boleh didapati sebelum ini. Sultan telah membenarkan Pejabat
Candu Kerajaan beroperasi pada setiap hari bermula jam sembilan pagi sehingga jam 12 tengah hari.
Selepas waktu rehat, operasi akan disambung kembali bermula jam dua hingga enam petang. Harga
candu yang dijual adalah 44 sen sebungkus. Manakala harga yang dibenarkan dijual di kedai berlesen
adalah 47 sen bagi setiap bungkus.21 Sultan Kelantan juga telah bersetuju mewujudkan akta berkaitan
candu di bawah Enakmen Opium dan Candu 1913.22 Melalui enakmen ini, tiada seorang pun yang boleh
menjual atau menawarkan sebarang candu kerajaan secara terbuka atau menyimpan di mana-mana
rumah atau kedai. Ini disebabkan Pejabat Candu Kerajaan telah pun menyediakan kawasan khas untuk
menghisap candu dalam keadaan terkawal. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan
seksyen ini akan disabitkan hukuman denda tidak melebihi $ 500, dan semua candu, paip candu, lampu,
peralatan memasak candu dan mana-mana bungkusan atau alatan yang digunakan bagi tujuan
memproses candu akan dirampas.23

Selain itu, Sultan Ismail juga menggariskan kebenaran yang khusus bagi penjual arak Dari segi
kesihatan, peminum arak akan terdedah dengan penyakit lemah dan lelah. Ini disebabkan darah

19
Opium ialah sejenis bahan mentah yang belum diproses untuk dikunyah atau ditelan dan dijadikan bentuk rokok.
Manakala candu adalah bahan yang sudah diproses untuk digunakan dalam rokok atau dibentuk untuk dikunyah.
20
BAK 150/1911, Medical Department Annual Report for the Year 1910 and Memorandum on Cholera by Dr.
Gimlette, hlm. 3
21
BAK, Notice in Malay (Notis Kerajaan Kelantan), 1922-1928. Rujuk notis no. 8/1925, “Peraturan di bawah Undang-
undang bagi Opium dan Chandu tahun 1913”
22
State of Kelantan, Enacment No.1 of 1913, hlm 1
23
Ibid., hlm 3

1626
peminum arak tidak cukup dan kurang bersih.24 Notis No.15 tahun 1925 melarang mana-mana minuman
dijual tanpa berlesen. Kerajaan Kelantan ada mengeluarkan lesen kedai minuman yang perlu dipohon
oleh penjual. Melalui lesen ini, beberapa syarat khas perlu dipatuhi bagi mengelakkan lesen kedai
mereka ditarik balik. Antaranya, bagi orang-orang yang memegang lesen kedai minuman, mereka
ditegah daripada menjual arak kepada individu sebagaimana yang tersebut:25

i) Orang Melayu atau orang yang beragama Islam.


ii) Kanak-kanak yang belum cukup umur (belum mencapai 14 tahun).
iii) Orang yang sudah mabuk.
iv) Orang-orang kuli bangsa Hindia iaitu Telegu atau Malayali yang merupakan peranakan
negeri Madras.

Jika terdapat mana-mana penjual kedai minuman tidak mematuhi syarat notis yang diisytihar oleh
Sultan, mereka boleh disabit kesalahan dengan dihukum denda tidak lebih daripada $500 atau penjara
tidak lebih daripada tiga bulan.

Pentadbiran British juga dilihat turut melaksanakan dasar berkaitan kelahiran dan kematian.
Melalui satu edaran yang dikeluarkan dari pejabat Perdana Menteri, imam-imam dan penggawa di
seluruh negeri Kelantan diwajibkan memberi laporan berkaitan pendaftaran setiap kelahiran dan
kematian di dalam mukim dan daerah masing-masing. Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, Dato’
Mahamood b. Ismail begitu bertegas akan hal ini sehingga beliau bertindak menyekat pelepasan hasil
kepada mana-mana imam dan penggawa yang ingkar dengan arahan tersebut. Tujuan pihak kerajaan
berbuat demikian adalah untuk mengetahui mana-mana tempat yang berisiko mendapat jangkitan
penyakit. Sekiranya terdapat kawasan yang disyaki, pihak kerajaan akan menyediakan kelengkapan ubat-
ubatan dan menjalankan usaha bagi mencegah penyakit daripada terus merebak.26 Notis edaran ini
memperlihatkan peranan pihak kerajaan dalam usaha membanteras dilihat berkaitan dengan peranan
yang dimainkan oleh imam dan penggawa di daerah masing-masing. Peranan mereka sebagai ketua di
kawasan tersebut amat besar pengaruhnya. Oleh itu adalah wajar tindakan pihak kerajaan menggunakan
mereka sebagai medium bagi menjaga kesejahteraan masyarakat di Kelantan.

Bermula pada 1 Ogos 1926, setiap kanak-kanak yang lahir hendaklah dilaporkan oleh bapa kanak-
kanak tersebut kepada kerajaan dalam tempoh 44 hari daripada tarikh bersalin. Manakala bagi kematian
pula, waris yang paling hampir kepada si mati yang harus melaporkan kepada pihak kerajaan
sebagaimana tempoh yang ditetapkan bagi kelahiran. Segala laporan kelahiran dan kematian yang
diterima oleh penggawa, Imam, doktor besar atau pegawai yang menjaga rumah pasung adalah
merupakan salah satu tanggungjawab mereka.

Jadual 4: Kadar Kelahiran dan Kematian tahun 1934-1938

Tahun Kadar Kelahiran Kadar Kematian


(Per juta) (Per juta)
1934 28.99 19.37
1935 28.21 18.21
1936 29.44 21.36

24
Pengasoh, 27 Mei 1922, Bil. 97, Jil. 5, hlm. 4-5
25
BAK, Notice in Malay (Notis Kerajaan Kelantan), 1922-1928. Rujuk notis No. 15/1925, “Tegahan Kepada Penjual
Arak”
26
Pengidaran No. 10/27, BAK, Notice in Malay (Notis Kerajaan Kelantan), 1922-1928. Rujuk notis No.14/2b.

1627
1937 27.00 17.41
1938 32.76 17.22
Sumber: Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Kelantan for 1938, hlm 8

Melalui jadual tersebut, dapat dilihat jumlah kematian semakin berkurangan dari setahun ke setahun.
Kesedaran yang wujud dalam kalangan penduduk berkaitan kesihatan turut menjadi faktor kepada
pengurangan kadar kematian. Mereka telah mula mendapatkan khidmat-khidmat kesihatan di hospital-
hospital dan klinik bergerak sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.27

Institusi Perubatan Hospital dan Dispensari


Pihak pentadbiran telah mengambil beberapa inisiatif dalam usaha meningkatkan
perkembangan kesihatan di Kelantan. Pihak British dengan kerjasama pembesar-pembesar tempatan
telah berusaha menambah baik beberapa institusi kesihatan yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan
moden. Hospital dan dispensari telah ditambah berdasarkan jumlah permintaan yang tinggi oleh
penduduk tempatan. Kewujudan institusi perubatan dipusatkan untuk membantu masyarakat dalam
memberi rawatan dan nasihat kepada pesakit. Ia juga berperanan menyampaikan maklumat kepada
masyarakat agar mereka mampu mencegah penyakit daripada terus merebak. Kewujudan institusi ini
disokong dengan organisasi pentadbiran yang sistematik dan lebih teratur serta kakitangannya yang
terlatih. Pada awal abad ke-20, perkhidmatan kesihatan di Kelantan mula disalurkan melalui institusi
hospital dan dispensari. Institusi ini memainkan peranan utama dalam mengawal penyakit yang telah
menular di Kelantan. Sebelum ini ia dikenali sebagai rumah sakit. Institusi perubatan ini ditubuhkan bagi
mengumpulkan pesakit-pesakit untuk tujuan perubatan. Cara ini dilihat lebih efisen berbanding dengan
berubat di rumah. Ini disebabkan institusi ini mempunyai kemudahan-kemudahan tertentu seperti
doktor, jururawat, alat-alat perubatan, tempat penyimpanan ubat-ubatan dan sebagainya. Segala
peralatan perubatan lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya. Di hospital juga, pengasingan bagi
penyakit-penyakit tertentu turut dilakukan bagi tujuan memudahkan urusan mengubati penyakit
tersebut.

Sebelum tahun 1920, penggunaan perubatan barat di Kelantan hanya terdapat di rumah sakit
yang dikendalikan oleh Syarikat Duff yang beroperasi di Kuala Lebir. Namun perkhidmatan pada ketika
itu tidaklah begitu memuaskan. Bagi penduduk yang berada di kawasan jauh dari jalan-jalan utama,
mereka mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di rumah sakit bergerak sejak tahun 1917. Rumah
sakit ini bergerak menggunakan kereta. Sebilangan kecil rumah sakit bergerak ini tidak mampu
menampung keperluan rawatan bagi penduduk seluruh negeri Kelantan. Usaha bagi menampung
keperluan rawatan telah giat dijalankan di kawasan-kawasan tumpuan. Kerajaan Kelantan pimpinan
Sultan Ismail telah memberi kerjasama dengan Syarikat Duff bagi menambah rumah sakit bergerak.
Menjelang tahun 1920, rumah sakit Negeri telah siap dibina dengan memberi perkhidmatan yang lebih
sistematik dan seramai 1745 orang telah dirawat. Rumah sakit Negeri telah dikhaskan kepada
Bumiputera di Kota Bharu. Turut diwujudkan rumah sakit khas bagi pengasingan penyakit berjangkit
yang serius dan sebuah hospital untuk orang-orang Eropah. Selain itu, pada tahun yang sama, rumah
sakit bagi orang-orang Eropah dan rumah sakit kerajaan di Kuala Krai sudah mula beroperasi. Reaksi
penduduk yang bertambah ramai mendapatkan khidmat rawatan di institusi-institusi yang disahkan
telah menyebabkan berlakunya limpahan keperluan. Syarikat Duff telah mencari inisiatif dengan
menyediakan rumah sakit swasta di Kuala Lebir dengan menyediakan 80 buah tempat untuk pesakit

27
ARK1938, hlm. 8

1628
mendapatkan khidmat rawatan pada satu-satu masa.28 Di Pasir Puteh dan Tumpat telah ada klinik-klinik
yang memberikan perkhidmatan kesihatan. Kesedaran masyarakat di Kelantan berkaitan penjagaan
kesihatan turut memaksa ladang-ladang besar menyediakan khidmat rumah sakit untuk pekerja-pekerja
mereka.29

Sebuah hospital kerajaan didirikan di Kota Bharu dan seorang pegawai perubatan Siam telah
dilantik bertugas. Beliau adalah Khun Saman Tat Wicharn.30 Apabila British datang memerintah Kelantan,
perkhidmatan perubatan di hospital ini telah dibaik pulih dan diperluaskan penggunaanya bagi merawat
pesakit dan masyarakat setempat. Ia dikenali sebagai Hospital Negeri. Hospital ini hanya mula didirikan
pada tahun 1907 di Kampung Padang Garong dengan disediakan 9 buah katil pada peringkat awal
penubuhannya. Hospital ini merupakan bangunan lama yang ditinggalkan oleh pentadbiran Siam pada
tahun 1906 dan dibaik pulih dengan pembinaan serambi, bilik stor, dan sebuah bangsal ambulans.31
Pembinaan hospital ini juga dilihat tidak mampu menampung jumlah pesakit yang datang mendapatkan
khidmat rawatan. Usaha bagi menangani masalah ini terus dilaksanakan bagi memberi perkhidmatan
yang selesa dan terbaik untuk penduduk.32 Purata bagi pesakit yang masuk ke Hospital Negeri setiap hari
adalah sekitar 10 orang. Pada penghujung tahun 1327 H (23 Jan 1909 – 12 Jun 1910), dianggarkan 36
pesakit telah dimasukkan ke hospital. Jumlah ini terdiri daripada 12 Melayu, 13 Cina dan 11 orang
daripada kaum India dan Jawa.33 Selain Hospital Negeri, terdapat lebih kurang 12 buah hospital yang
didirikan di seluruh negeri Kelantan sehingga menjelang tahun 1940. Antaranya Hospital Besar Kota
Bharu, Hospital Daerah Kuala Krai, Tanah Merah, Hospital Railway, Hospital Penjara, Hospital Wanita,
Hospital Ladang, Hospital Swasta dan Hospital Eropah.

Dispensari Kota Bharu dilihat semakin popular dalam kalangan masyarakat Melayu menjelang
tahun 1910. Jumlah kedatangan pesakit yang datang telah mencecah kepada 4867 orang. 2984 adalah
kes terbaru, manakala 1883 kes adalah ulangan.34 Separuh daripada jumlah tersebut adalah orang
Melayu iaitu 2469 orang. 669 daripadanya termasuk kaum wanita dan kanak-kanak. Menurut Dr.
Gimlette, catatan angka ini menggambarkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan orang Melayu
berkaitan kesihatan. Ibu bapa mereka juga telah menggalakkan anak-anak mereka mendapatkan
rawatan kesihatan di institusi-institusi yang terlibat.35 Menurut laporan kerajaan Kelantan 1925,
perkhidmatan yang paling popular ialah klinik-klinik bergerak motor atau kereta dan unit perubatan
berkumpulan.

Jadual 5: Lawatan Bagi Hospital Bergerak Kota Bharu tahun 1926 hingga 1929

Tempat Hari Masa


Sekolah Mulong Sabtu 8.00 pagi
Kadok (Rumah Penggawa) Sabtu 10.00 pagi
Sekolah Ketereh Sabtu 12.00 tengah hari

28
KAR for the year 1920, Kuala Lumpur: The Federated Malay States Government Printing Office, 1921, hlm. 11
29
KAR for the year 1927, Singapore: Government Printing Office., 1928, hlm. 15
30
Shahril Talib, History of Kelantan 1890-1940, Monograf No.21, MBRAS, hlm. 115
31
BAK 150/1911, Medical Department Annual Report for the Year 1910 and Memorandum on Cholera by Dr.
Gimlette, hlm. 1
32
KAR for the year 1925, Singapore: Government Printing Office., 1926, hlm. 14
33 rd
CO 827/1, Kelantan Administration Report for the Year 1327 (23 Jan 1909 -12 Jun 1910), hlm. 11
34
BAK 150/1911, Medical Department Annual Report for the Year 1910 and Memorandum on Cholera by Dr.
Gimlette, hlm. 2
35
CO 827/1, Kelantan Administration Report for the Year 1910 (13 Jan 1910- 31 Dis 1910), hlm. 13

1629
Sekolah Pulau Chondong Sabtu 3.00 petang
Bermalam di Kampung Machang Kemuning
Kampung Machang (Rumah Ahad 8.00 pagi
Penggawa)
Ulu Sat (Rumah Penggawa) Ahad 11.00 pagi
Sekolah Telipok Ahad 1.00 petang
Cherang Ruko Ahad 3.00 petang
Bermalam di Pasir Putih
Sekolah Bukit Abal Isnin 8.00 pagi
Selising (Rumah Penggawa) Isnin 10.00 pagi
Melor (Rumah) Isnin 12.00 tengah hari
Peringat Isnin 2.00 petang
Bermalam di Bachok
Tawan (Rumah) Selasa 8.00 pagi
Bachok Selasa 11.00 pagi
Jelawat (Rumah Penggawa) Selasa 2.00 petang
Sekolah Kubang Kerian Selasa 4.00 petang
Kembali ke Kota Bharu
Sekolah Pengkalan Dato Rabu 8.00 pagi
Sekolah Baong Rabu 10.00 pagi
Pengkalan Chepa (Rumah Iman) Rabu 12.00 tengah hari
Sekolah Sabak Rabu 2.00 petang

Sumber: State of Kelantan, The Annual Report on the Medical Department for the Year 1926-1929, hlm
18

Jadual di atas menunjukkan pihak hospital bergerak menggunakan kawasan sekolah dan rumah
penduduk kampung bagi memberi khidmat rawatan. Kawasan sekolah antara kawasan yang paling
banyak dijadikan pusat rawatan kerana terdapat beberapa kemudahan dan menjadi kawasan tumpuan
penduduk setempat untuk datang berhimpun. Sebanyak 20 tempat persinggahan yang merangkumi
seluruh negeri Kelantan telah dijadikan tempat persinggahan khidmat rawatan hospital bergerak.
Dengan adanya jadual yang sebegini akan memudahkan penduduk kampung merancang jadual harian
mereka dengan waktu bekerja dan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Mereka tidak perlu
meninggalkan kerja seharian semata-mata untuk mendapatkan rawatan di hospital dan ada
sesetengahnya perlu mengharungi perjalanan yang jauh terutama bagi kawasan-kawasan terpencil. Ini
bermakna kos bagi pengangkutan juga berkurangan. Penduduk kampung lebih gemar dengan cara begini
kerana mereka tidak perlu meninggalkan keluarga berhari-hari apabila ke hospital. Kesan daripada
langkah ini telah memperlihatkan reaksi yang positif dan penduduk mula menerima cara perubatan yang
lebih moden.

1630
Penglibatan sebuah rumah imam di Pengkalan Chepa juga membuktikan golongan ulama36 sudah
berfikiran terbuka untuk menerima perubahan yang semakin moden dalam perkhidmatan kesihatan
sebagaimana yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Fenomena ini telah memberi ruang kepada
masyarakat Melayu untuk lebih yakin dengan perubatan moden kerana melihat contoh golongan agama
yang menerima pembaharuan ini. Selain ulama, golongan penggawa yang merupakan ketua di setiap
mukim turut memainkan peranan besar dalam meyakinkan masyarakat Melayu. Mereka juga
membenarkan kediaman mereka untuk dijadikan tempat rawatan bagi hospital bergerak. Antara rumah-
rumah kediaman penggawa yang terlibat ialah di Kampung Kadok, Machang, Ulu Sat, Selising dan
Jelawat.

Pencegahan Penyakit berjangkit

Usaha bagi mencegah daripada serangan wabak penyakit merupakan suatu tindakan berjaga-
jaga pihak kerajaan sebelum penduduk terkena jangkitan. Suntikan vaksin untuk tujuan vaksinasi adalah
merupakan salah satu langkah awal yang dilaksanakan oleh British dalam usaha mencegah sebarang
jangkitan penyakit terhadap penduduk tempatan. Vaksinasi ini diambil untuk tujuan mendapatkan
imunasasi untuk daya ketahanan badan yang tinggi. Resident Surgeon telah mendapatkan kerjasama
daripada Sultan untuk meyakinkan rakyatnya supaya mengambil suntikan yang dibekalkan oleh pihak
hospital. Didapati pada tahun 1912, galakkan yang ditunjukkan daripada Sultan Kelantan (Sultan
Muhammad IV atau Tuan Long Senik)37 terhadap pengambilan suntikan untuk tujuan kesihatan
menunjukkan reaksi yang baik dari penduduk. Sultan Kelantan juga menyambut baik kedatangan
kumpulan penvaksin yang datang memberi khidmat di kawasan-kawasan kampung. Dianggarkan tidak
kurang daripada 97 peratus (10,212) bilangan penduduk yang berjaya mendapatkan suntikan.38 Semua
suntikan yang diberi oleh pihak kerajaan adalah secara percuma yang dibekalkan dari Duff Development
Co. Ltd.

Seawal tahun 1920-an, dalam usaha menangani masalah rebakan penyakit di Kelantan, Sultan
Kelantan telah menunjukkan reaksi yang positif untuk memastikan perkhidmatan kesihatan sampai
kepada rakyat. Melalui usaha pelaksanaan tersebut, Sultan Kelantan sendiri telah memberi galakkan agar
rakyatnya mengambil suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan penyakit. Sultan juga mewajibkan seluruh

36
Ulama’ berasal daripada perkataan alim. Alim ialah orang yang bijak, pandai dan mahir dalam sesuatu bidang
ilmu pengetahuan. Mereka terdiri daripada seorang muslim dan muslimah yang mempunyai keahlian dalam
sesuatu atau lebih bidang ilmu pengetahuan Islam iaitu Fiqh, Usuluddin, Tasawuf, al-Quran, Hadis, Usulfiqh, Bahasa
Arab, Dakwah Islamiah dan lain-lain ilmu yang berkaitan dengan ajaran Islam. Mereka dihormati dan disanjung
tinggi oleh masyarakat setempat kerana pengetahuan dan kepakaran mereka dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat berkenaan serta berkebolehan memberi nasihat yang berguna. Peranan mereka yang
sebenarnya adalah setanding dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh ketua-ketua kampung, penghulu,
bomoh dan juga bidan di sesebuah kampung. Majalah Sinaran Islam, tahun 12, bil.6, Dis 1992.
37
Sultan Muhammad IV ibni Sultan Muhammad III atau Tuan Long Senik ialah putera Long Kundur (Sultan
Muhammad III). Baginda dilahirkan pada 23 Mei 1870 oleh ibundanya, Tengku Ampuan Kelantan Tengku Sofia binti
Raja Long Putih Pattani. Baginda dilantik menjadi Tengku Sri Indra Mahkota pada tahun 1890 dan seterusnya ke
jawatan Raja Muda Kelantan pada 25 Julai 1898 oleh ayahanda saudaranya, Sultan Mansur yang tidak mempunyai
zuriat. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1900 menggantikan ayahanda saudaranya dengan gelaran Raja
dan Yang Di-Pertuan Kelantan tetapi hanya mula memakai gelaran Sultan pada tahun 1910, setelah
menandatangani perjanjian dengan British untuk mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kelantan dengan syarat
baginda menerima Penasihat British. Baginda memerintah sehingga tahun 1920
38
CO 827/1, Kelantan Administration Report for the Year 1912, hlm. 7

1631
anggota keluarga orang Melayu di Kelantan mengambil suntikan tanpa sebarang pengecualian.39
Kesungguhan Sultan Kelantan dan kerajaan di bawah pimpinannya untuk menggalakkan penduduk
Kelantan mendapatkan vaksinasi pencegahan penyakit dapat dibuktikan dengan pengisytiharan notis
No.30/1922. Dalam satu perhimpunan mesyuarat Konsul, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail telah
mengeluarkan titah perintah berkaitan ‘Aturan-aturan dari Fasal Berculik’. Melalui notis tersebut
terdapat tiga perkara yang telah digariskan: 40

a) Sekiranya terdapat mana-mana individu sama ada orang Melayu atau orang Inggeris yang pandai
melakukan suntikan, nama-nama mereka bolehlah didaftarkan dalam senarai daftar doktor
mengikut Ordinan Undang-undang 99, sebagaimana yang dijalankan di tiga buah negeri iaitu
Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

b) Pembantu-pembantu doktor (dresser) yang dibayar gaji oleh tuan-tuan kebun atau pejabat
keretapi dibenarkan memberi suntikan kepada pekerja-pekerja di dalam kebun dan orang-orang
yang memegang jawatan dalam perkhidmatan keretapi, serta orang-orang di bawah
tanggungannya.

c) Sekiranya berlaku serangan penyakit berjangkit secara serta merta, tuan doktor yang disahkan
oleh pihak kerajaan berhak membenarkan sesiapa yang difikirkan perlu untuk memberi suntikan
kepada orang-orang yang dikhuatiri dijangkiti penyakit.

Selain itu, Sultan Ismail juga menekankan berkaitan syarat-syarat khas yang perlu ada pada
orang yang dibenarkan memberi suntikan. Tegahan daripada melaksanakan suntikan bagi orang yang
tidak mempunyai ilmu dan kemahiran berkaitan suntikan sebagaimana yang ada pada tuan doktor
(Resident Surgeon). Sultan Ismail hanya membenarkan suntikan dibuat oleh tuan doktor, individu khas
yang mendapat pas;41 dan sekiranya ada yang melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan denda
tidak lebih daripada $100 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan.42 Berkaitan dengan ubat yang
digunakan dalam suntikan pula, Sultan Ismail mengarahkan, ubat yang digunakan mestilah ubat yang
telah dipersetujui oleh tuan doktor atau Resident Surgeon. Ubat-ubat ini tidak boleh digunakan selepas
tempoh sebulan bermula dari tarikh ubat itu sampai ke negeri Kelantan. Bagi orang yang terkena
penyakit cacar umpamanya, sekiranya mereka sengaja mendatangkan jangkitan kepada orang lain,
hukuman denda hingga $500 atau penjara sehingga 12 bulan akan dikenakan.43

39
CO 827/1, Kelantan Administration Report for the Year 1910 (13 Jan 1910- 31 Dis 1910), hlm. 7
40
Notis ini adalah tambahan daripada notis No.18/1922, British Advisers Office Kelantan (BAK), Notice in Malay
(Notis Kerajaan Kelantan), 1922-1928. Rujuk notis No. 30/1922, “Tambahan Aturan-aturan dari Fasal Berculik”
41
“Pas” ini khas digunakan bagi individu yang mempunyai kemahiran memberi suntikan. Pas yang dikeluarkan ini
tidak dikenakan sebarang bayaran. Pas ini haruslah mengandungi nama individu tersebut dan perlu dilekatkan
sekeping gambar. Pas ini tidak boleh dipindah milik atau diberi pinjam. Sekiranya didapati ini berlaku, individu ini
akan dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada $100. Pas ini boleh ditamatkan tempohnya oleh Resident
Surgeon pada bila-bila masa jika difikirkan perlu.
42
BAK, Notice in Malay (Notis Kerajaan Kelantan), 1922-1928. Rujuk notis No. 18/1922, “Aturan dari Fasal Berculik”
43
Sekiranya dengan sengaja mengambil nanah cacar dan mengenakan pada orang lain dengan niat buruk. Ibid.

1632
Pelaksanaan Kuarantin bagi Penyakit-berjangkit
Pada tahun 1914, Sultan Kelantan telah memperkenankan suatu peraturan berkaitan kuarantin
yang dikeluarkan oleh W. Langham-Carter yang merupakan penasihat British di Kelantan ketika itu.44
Peraturan yang dikeluarkan ini mengandungi tujuh bahagian kesemuanya.45 Melalui peraturan ini
terkandung beberapa peraturan khas yang ditekankan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan wabak
penyakit ke dalam negeri Kelantan.

Peraturan berkaitan kuarantin turut dilaksanakan terhadap kapal-kapal yang masuk ke Kelantan.
Sekiranya terdapat mana-mana kapal yang hendak berlabuh di dalam kawasan pemerintahan negeri
Kelantan, mereka perlu melalui pemeriksaan oleh doktor yang ditugaskan di kawasan tersebut. Nakhoda
kapal perlu memberi kerjasama bagi memastikan setiap penumpang yang ingin turun di mana-mana
kawasan pelabuhan dalam negeri Kelantan, harus diperiksa tahap kesihatan agar tidak membawa
sebarang penyakit berjangkit termasuklah penyakit kelamin. Selain itu, kapal-kapal yang melalui kawasan
pelabuhan negeri Kelantan turut akan ditahan dan ditempatkan dalam kawasan kuarantin sehingga
dibenarkan meneruskan pelayaran apabila telah didapati selamat oleh doktor yang bertugas. Kapal-kapal
yang berada di kawasan kuarantin akan dipasangkan bendera ‘tanda kuarantin’ dan bendera kecil
Commercial Code di bahagian hujung tiang hadapan kapal. Manakala pada malam hari kapal-kapal ini
akan digantungkan lampu merah dan lampu hijau di bahagian tiang tengahnya sehingga disahkan
selamat oleh doktor. Larangan juga dikenakan kepada mana-mana perahu atau sampan kecil daripada
menghampiri kapal-kapal yang berada di kawasan kuarantin kecuali sampan doktor. Larangan ini juga
dikenakan kepada kapal-kapal yang membawa binatang berpenyakit dan mereka mesti menjauhi
kawasan pelabuhan negeri Kelantan. Sekiranya didapati ada orang yang mati di atas sesebuah kapal
sebelum ia berlabuh dikawasan negeri Kelantan, kapal tersebut tidak dibenarkan menghampiri mana-
mana pelabuhan dalam negeri Kelantan kecuali hanya di Kuala Kelantan dan Tumpat.46 Segala kapal-
kapal yang dikuarantin akan dicuci dan disimbah dengan ubat air busak sehingga bersih.47

Aturan ini turut menegaskan beberapa larangan terhadap pesakit terutamanya berkaitan melakukan
aktiviti pekerjaan. Bagi mengelakkan berlakunya jangkitan wabak penyakit, pesakit yang menghidap
penyakit badam atau kusta tidak dibenarkan melakukan pekerjaan makan gaji dan beberapa pekerjaan
lain seperti :

i) Penjual roti, daging, ikan


ii) Tukang kebun dan tukang masak
iii) Perniagaan berkaitan makanan dan minuman
iv) Perniagaan ubat-ubatan dan tembakau
v) Tukang dobi dan tukang jahit
vi) Tukang cukur

44
State of Kelantan, Quarantine Regulations 1914
45
Bahagian 1: Berkenaan dengan Orang-Orang dan Kapal
Bahagian 2: Berkenaan dengan Orang-Orang dan Rumah
Bahagian 3: Berkenaan dengan Penyakit Badam atau Kusta
Bahagian 4: Berkenaan dengan Penyakit Binatang-binatang
Bahagian 5: Berkenaan dengan Binatang-binatang
Bahagian 6: Berkenaan dengan Anjing
Bahagian 7: Berkenaan dengan tempat-tempat memerah susu
46
State of Kelantan, Quarantine Regulations 1914, hlm 2
47
Ubat air busak adalah sejenis ubatan yang digunakan untuk membasmi kuman daripada merebak. Ibid, hlm 3

1633
vii) Pengasuh anak
viii) Tukang tarik kereta
ix) Pemandu kereta sewa

Apa yang menarik di sini, pihak kerajaan negeri Kelantan secara rasminya telah mendirikan kilang
pembuatan sabun di Kota Bharu pada tahun 1934. Sabun adalah merupakan salah satu alat komponen
membersihkan badan, pakaian, dan peralatan. Dengan adanya sabun, pemeliharaan kesihatan tubuh
badan dilihat lebih bertambah baik. Syarikat pembuatan sabun di Kota Bharu telah dibangunkan atas
kebenaran pihak kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama beberapa individu tertentu yang masing-
masing membuat pelaburan dalam syarikat ini. Antaranya :48

a. Chop Seng Soon Heng 25 %


b. Chop Seng Guan Heng 25 %
c. Wee Jit Seng 20 %
d. Khor Teng Piew 15 %
e. Wee Khoon Guan 10 %
f. Nik Sulaiman bin Haji Nik Ibrahim 5%

Syarikat sabun yang pertama dibina di Tumpat Kelantan ini dinamakan “Jit Heng & Company” yang telah
beroperasi dengan modal permulaan sebanyak $20 000. Syarikat ini telah memohon sebanyak 10 syarat
khas daripada pihak kerajaan sebagai usaha awal bagi memastikan kilang sabun ini berjalan dengan
lancar, antaranya:49

1. Setelah kilang sabun ini ditubuhkan, pihak kerajaan perlulah menghentikan pengeluaran lesen
kebenaran membuat sabun bagi individu persendirian.
2. Pihak kerajaan tidak boleh membenarkan mana-mana sabun yang dibuat dari luar negara masuk
ke Kelantan.
3. Sabun yang dibuat di benua England hanya akan dibenarkan masuk dengan kebenaran pihak
kerajaan.
4. Pihak syarikat akan membuat bayaran sebanyak $500 setahun bagi setiap hasil sabun yang
dikeluarkan. Sekiranya pihak kerajaan tidak bersetuju, syarikat akan membayar cukai dengan
bayaran 10 sen atau tidak lebih daripada 50 paun.
5. Jika sabun yang diproses di kilang ini berlebihan, syarikat akan menghantar sabun untuk jualan
luar negeri.
6. Sekiranya terdapat pembuat sabun yang masih mempunyai alatan membuat sabun, selepas
pihak kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen kepada mereka, syarikat kami akan membeli alatan
tersebut dengan harga yang berpatutan.
7. Sabun yang dibuat oleh syarikat ini boleh dijual dengan sebarang harga yang dikira berpatutan.
8. Syarikat akan mengupah kuli-kuli (pekerja) yang terdiri daripada anak-anak negeri Kelantan
seramai 30 orang untuk berkhidmat di kilang ini.

48
Surat daripada Nik Sulaiman kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan bertarikh 3.2.1934, PJ SUK 40/1934, Pohon
Kebenaran Membuat dan Menjual Sabun-sabun Cuci Kain dan Mandi di dalam Bandar Kota Bharu dengan Modal $
20,000 dan Pohon Kerajaan Tahankan Orang-orang daripada Membawa Masuk Sabun-sabun Perniagaan di dalam
Kelantan Dikecualikan Sabun-sabun Pembuatan Inggeris France atau Sabun-sabun Wangi-wangi.
49
Surat Permohonan dari Syarikat Kilang Sabun kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan, PJ SUK 992/1934, Pohon
Kebenaran Membawa Masuk dan Membuka Satu Kilang Membuat Sabun di Tumpat Kelantan di Mana Tempat yang
Difikir dan Bersetuju dengan Sepuluh Syarat-syarat.

1634
9. Kilang sabun ini akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 2000 buku sabun pada setiap bulan
bagi permintaan biasa. Sekiranya permintaan pasaran lebih tinggi, jumlah akan bertambah
daripada biasa.
10. Sekiranya syarikat kilang sabun ini telah berjaya beroperasi selama 10 tahun dari tarikh
permohonan diluluskan pihak kerajaan perlulah bersetuju dengan segala syarat yang terkandung
dalam buku perjanjian.

Kesihatan Dalam Bandar

Berhubung dengan kebersihan, ia merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang
kepada taraf kesihatan. Pentadbiran British telah bertindak menstruktur semula keadaan bandar agar
segala aktiviti yang dijalankan di kawasan bandar dalam keadaan terkawal. Hal ini kerana bandar
merupakan pusat pentadbiran yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Mereka membina
rumah secara berdekatan dan senario ini berbeza dengan keadaan luar bandar. Secara umumnya
kebersihan di Kota Bharu telah bertambah baik menjelang 1910 dengan pertambahan lebih banyak
longkang batu bata dan konkrit terutamanya di kawasan perniagaan di bandar. Segala kerja-kerja
pembersihan bandar seperti membersih longkang, memungut sampah dilakukan secara lebih efektif oleh
pihak kerajaan menggunakan kerahan tenaga dari buruh penjara. Di kawasan perniagaan telah
diletakkan satu papan tanda berkaitan aturan kebersihan dan pihak kerajaan berharap agar ia boleh
dipraktikkan oleh peniaga-peniaga di bandar. Urusan pentadbiran bandar terletak di bawah bidang kuasa
Penguasa Tempatan. Berhubung dengan kebersihan, seorang dresser telah ditugaskan untuk membuat
pemantauan dan laporan berkaitan kebersihan di bandar.50 Selain itu, lawatan berkala di kawasan
bandar turut dilakukan pada setiap minggu untuk tujuan pemeriksaan. Pemeriksaan ini dilakukan oleh
pihak polis yang telah dibayar oleh Residency Surgeon Kota Bharu untuk setengah tahun pertama. Berek-
berek perumahan yang diduduki oleh orang Sikh didapati telah meningkat dalam keadaan yang lebih
baik, di mana sistem saliran terurus dengan sistematik. Keadaan Central Station negeri sebelum ini juga
didapati tidak begitu memuaskan. Pihak kerajaan telah mengerah tenaga banduan penjara untuk
membina simen di bahagian lantai dan dinding-dinding kawasan tersebut. Keadaan ini dilihat lebih baik
dan kawasan tanah tidak lagi becak. Selain itu, keadaan rumah mayat di kawasan bandar juga didapati
dalam keadaan agak teruk. Proses membaik pulih telah dilakukan dengan membina sebuah bilik yang
mempunyai ruang yang luas dengan sistem aliran udara yang lebih teratur supaya tidak memerangkap
bau.51Turut mengandungi undang-undang kecil yang perlu dipatuhi oleh penduduk dan tindakan tegas
akan dikenakan bagi sesiapa yang melanggarnya.

Selain dari kebersihan bandar, kerajaan juga turut memberi perhatian terhadap punca air. Sungai
adalah merupakan punca air yang utama kepada penduduk di Kelantan. Bagi memastikan bekalan air
yang bersih digunakan oleh penduduk untuk tujuan mandi, minum, memasak dan keperluan harian,
maka kerajaan telah mengambil inisiatif menjaga kebersihan sungai dan memastikan kandungan air
mencukupi dengan mengambil langkah mengorek dasar sungai daripada timbunan tanah dan dedaun
yang mendap di dasar sungai tersebut. Timbunan ini telah menyebabkan keadaan sungai menjadi cetek
dan aliran air perlahan.52 Selain itu, binaan konkrit di bahagian dinding-dinding sungai juga telah dibuat
bagi memastikan tebing sungai lebih kukuh dan tidak runtuh walaupun aliran air semakin kuat. Bagi

50
BAK 150/1911, Medical Department Annual Report for the Year 1910 and Memorandum on Cholera by Dr.
Gimlette, hlm. 7
51
Ibid.
52
Ibid., hlm. 6

1635
mewujudkan sistem yang lebih efisen, telah diwujudkan Lembaga Kebersihan dan beberapa peraturan
yang harus dipatuhi oleh penduduk dalam usaha mewujudkan persekitaran kawasan yang lebih bersih
dan bebas penyakit. Pelaksanaanya adalah sebagaimana berikut:

a) Kebersihan bandar dan kampung di seluruh Kelantan dijalankan oleh Lembaga Kebersihan
kecuali di Ulu Kelantan dan Pasir Puteh yang di uruskan di bawah Pegawai Daerah.
b) Setiap pemilik rumah mesti menyediakan sebuah tong sampah sendiri dan setiap tong sampah
akan dipungut oleh pemungut sampah yang bertugas menggunakan motor lorry. Orang yang
bertugas memungut sampah terdiri daripada banduan penjara. Insenerator (alat pembakar
sampah) hanya terdapat lebih kurang satu batu jaraknya dari bandar Kota Bharu dan ia belum
dibina di kawasan bandar.
c) Beberapa longkang simen tambahan telah dibina di bandar Kota Bharu, tetapi jumlah ini masih
belum mencukupi.53

53
BAK 375/1926, Annual Report on the Medical Department for the year 1925, hlm. 2

Rujukan

Abdul Kadir Munsyi, Kisah pelayaran Abdullah ka-Kelantan dan ka-Judah, Oxford University Press, 1960.

Abdullah b. Mohamed (Nakula), Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah, Perbadanan
Muzium Negeri Kelantan, 1981.

Abdullah Zakaria Ghazali (ed.), Warisan Kelantan XXVI, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 2007.

Alias Muhammad, Intelijensia Melayu Kelantan, Satu Pandangan Awal, Mohd Nawi Book Store, Stadium Sultan
Mohd IV, 1977.

Amarjit Kaur, Kegiatan Masyarakat Melayu dalam Ekonomi pada Abad ke-19: Satu Tinjauan, dalam Koloquium
Masyarakat Melayu Abad ke-19, 26 Oktober 1985, Jabatan Sejarah UKM.

Azizan Baharuddin (ed.), Perubatan dan Kesihatan di Kalangan Orang Melayu, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, 1993.

Fred Grundy (ed.), Community Health and Social Services:An Introduction for Medical Undergraduates, Health
Visitors, Social Workers and Midwives, H.K. Lewis and Co.Ltd, London, 1974

Harun Mat Piah, Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, 2006

J.D. Gimlette, Malay Poison and Charm Cures . J. & A. Churchil, 1927

Jeanne Cuisinier, Darses De Magiques De Kelantan, Paris, 1936.

J.M. Gullick, Malay Society in The Late Nineteenth Century, New York: Oxford University Press, 1987.

Lenore Manderson, Sickness and The States: Health and Illness in Colonial Malaya, 1870-1940, United Kingdom:
Cambridge University Press, 1996.

Mohd Muhiden Abd. Rahman, Penyakit, Pesakit dan Doktor Menurut al-Sunnah, Al-Ramadhan, 1996.

1636
Kesimpulan
Refleksi yang dikaji dan dianalisis melalui perbincangan ini telah dipericikan dengan hasil kajian
memperlihatkan dasar dan pentadbiran kesihatan di Kelantan berjalan dengan beberapa reaksi yang
dimainkan oleh golongan-golongan tertentu. Golongan-golongan ini dianggap berkepentingan dalam
masyarakat Melayu di Kelantan sejak awal abad ke-19. Selepas kedatangan pihak British ke Kelantan,
penstrukturan semula dalam pentadbiran kesihatan telah memberi nafas baru kepada golongan
pemerintah dalam memastikan kesihatan penduduk Kelantan lebih terjamin. Sifat keterbukaan dalam
menerima pembaharuan kemodenan dunia perubatan oleh golongan atasan telah membuahkan satu
keyakinan kepada masyarakat Melayu di Kelantan untuk beralih daripada perubatan tradisional kepada
perubatan moden yang lebih diyakini kerelevanannya. Walaupun bukti-bukti secara langsung masih
kurang jelas berkaitan sejauhmana benarnya penasihat British bersikap jujur dalam memberikan
kemajuan bagi perkhidmatan perubatan kepada rakyat Kelantan, tetapi dari usaha-usaha yang dilakukan
sedikit sebanyak memperlihatkan penasihat British telah berjaya meyakinkan rakyat Kelantan tentang
perubatan barat dan mengalihkan pegangan mereka supaya tidak lagi takut atau segan untuk berjumpa
doktor. Usaha ini ditambah dengan beberapa pelaksanaan yang dijalankan oleh golongan pemerintah
terhadap struktur perbandaran negeri, syarat-syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi rakyat serta
enakmen-enakmen tertentu yang melibatkan keselamatan dan kesihatan. Usaha mewujudkan sebuah
negeri yang bebas penyakit dan rakyat yang sihat telah dibuktikan dengan peruntukan yang semakin
tinggi dari setahun ke setahun bagi menjalankan dasar-dasar yang wajar dalam perkembangan
kesihatan. Reaksi-reaksi yang ditunjukkan oleh Sultan, pemimpin-pemimpin serta pihak kerajaan
menggambarkan bahawa masyarakat Melayu Kelantan sudah mempunyai kesedaran yang tinggi
berkaitan kesihatan dan ia bukanlah suatu paksaan yang perlu dituruti selepas kedatangan barat ke

Mohd Taib Osman, Bunga Rampai: Aspects of Malay Culture, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984,

Nik Abdul Aziz b. Hj Nik Hassan, Ulama-ulama dalam Abad ke-19 di Negeri Kelantan: Suatu Komentar, dalam
Koloquium Masyarakat Melayu Abad ke-19, Jabatan Sejarah UKM, 26 Oktober 1985

Noor Azlan Mohd Noor, Sistem Perubatan Melayu Tradisional,Universiti Malaya, 1992.

Othman Daya, Perubatan Tradisional dan Pantang Larang di Kalangan Orang Melayu, Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, 1984.

Saad Shukri b. Hj Muda, Detik-detik Sejarah Kelantan, Pustaka Aman Kelantan, 1971.

Sir Frank Swettenham, Perihal Orang Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2003.

W.A Graham, Kelantan, A State of The Malay Peninsula, Glasgon, 1908.

Wan Aminah H & Noor Eshah TAW, “Perubatan Tradisional dan Alternatif Masyarakat Melayu Kelantan: Perspektif
Agama dan Budaya”, dalam National Conference on Environment and Health 2010, 17-18 Mar 2010

W. Skeat & F.F. Laidlaw, “The Cambridge University Expedition to Parts of the Malay Peninsula, 1899-1900”,
MBRAS, Vol. 26, pt 4, No. 164, Singapore, Dec. 1953,
Zainal Kling, Masyarakat Melayu Antara Tradisi dan Perubahan, Utusan Publications, Kuala Lumpur, 1977.

1637
negeri ini. Kesedaran ini sudah lama timbul dan ia diharmonikan dengan kedatangan pihak barat yang
membawa peralatan moden yang lebih baik.

Nota

1638
Orang Cina Dalam Pentadbiran Kedah Era Pemerintahan
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1881-1943
Rozaini Ahmad
SuffianMansor
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,Kuala Lumpur, Malaysia.
rozainiahmad@yahoo.com

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan peranan orang Cina dalam pentadbiran Kedah. Peranan etnik ini akan
dilihat dalam era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang bermula pada tahun 1881 hingga
1943. Kelompok etnik tersebut merupakan imigran yang pada asalnya telah melakukan penghijrahan ke
Kedah. Kesan penghijrahan tersebut telah menyebabkan berlakunya perkembangan yang positif
terutamanya dalam aspek ekonomi. Dalam konteks kertas kerja ini, persoalan pokok yang akan menjadi
fokus perbincangan ialah sejauh mana peranan yang dimainkan oleh orang Cina seiring dengan
pembangunan negeri khususnya dalam aspek pentadbiran Kedah. Perbincangan di sekitar persoalan
tersebut akan ditumpukan pada jawatan-jawatan penting yang telah dipegang oleh orang Cina dalam
pentadbiran Kedah di era pentadbiran Sultan Abdul Hamid. Selain itu, perbincangan ini juga akan turut
mencakupi jabatan-jabatan sokongan di Kedah dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.
Sebagai kajian sejarah, sebahagian besar rujukan yang digunakan adalah disandarkan kepada sumber-
sumber primer seperti Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid, Laporan Tahunan Kedah, dan fail-fail
Setiausaha Kerajaan Kedah yang diperoleh daripada Arkib Negara Kedah dan Arkib Negara Kuala Lumpur.
Berdasarkan sumber-sumber berikut didapati di era ini terdapat orang Cina yang telah memegang
jawatan penting dalam pentadbiran Kedah. Misalnya, Choong Cheng Kean salah seorang yang dilantik
sultan memegang beberapa peranan penting. Salah satunya sebagai bendahari sultan. Setelah campur
tangan British pada tahun 1909 soal pemilihan pegawai dalam pentadbiran begitu dititik beratkan.
Jabatan-jabatan yang ditubuhkan dalam negeri pula telah memberi banyak peluang kepada orang biasa
terlibat dalam pentadbiran negeri. Bagi orang Cina dilihat lebih banyak
terlibatdalambidangpengkeraniandanjurubahasa. Pejabat daerah dan mahkamah antara dua jabatan
yang didapati banyak kakitangan Cina yang berkhidmat di dalamnya. Secara keseluruhannya, dapat
dinyatakan orang Cina sememangnya memiliki peranannya tersendiri dalam pentadbiran Kedah
walaupun keutamaan sebenarnya adalah kepada orang Melayu.

Kata Kunci : Penghijrahan, Orang Cina, Pentadbiran, Sultan Abdul Hamid, Kedah

1639
Pengenalan
Negeri Kedah tidak terkecuali menerima kedatangan imigran Cina. Kedatangan kelompok tersebut
disebabkan faktor penolak dan faktor penarik. Kesan kedatangan mereka juga telah mempengaruhi era
perkembangan pentadbiran Kedah. Oleh itu dalam era pemerintahan Sultan Abdul Hamid, baginda telah
mencorakkan pentadbiran negeri agar lebih mapan dengan melakukan penstrukturan semula.
Contohnya, berdasarkankenyataanKhoo Kay Kim,(Arkib Negara Malaysia, 2003)

“Kedah dapat mengembangkan sistem politik yang lebih tersusun


daripada negeri-negeri Melayu Barat (Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan ) sebelum
Campur tangan Inggeris, kerana Kedah sudah mempunyai pegawai-
pegawai berpengalaman dan dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam sistem pentadbiran, kerana itu Kedah tidak perlu
bergantung kepada begitu ramai pegawai Inggeris sebagaimana
Perak dan Selangor”

Oleh itu, berdasarkan kenyataan tersebut jelas membuktikan Kedah memiliki identiti tersendiri
dalam mencorakkan struktur pentadbirannya. Peluang pekerjaan kepada orang asing juga turut dibuka
bagi menjana ekonomi negeri. Situasi tersebut telah menarik peluang kepada orang asing seperti orang
Cina, India dan pedagang-pedagang lain membawa haluan ke negeri Kedah. Saudagar-saudagar Cina dan
India menjalankan aktiviti perniagaanterutama di AlorSetar, Kuala Muda dan Baling(Ibrahim Ismail,
2008). Sejak itu, telah berlaku pertambahan penduduk dalam negeri Kedah.

Pertambahan orang Cina telah menimbulkan persoalan iaitu sejauh mana peranan orang Cina
seiring dengan perkembangan pembangunan negeri khususnya dalam aspek pentadbiran?. Dalam hal ini,
pentadbiran tradisional Kedah begitu dititik beratkan terutama oleh golongan elit Kedah. Ini disebabkan
mereka mengalami kerisauan sekiranya berlaku penglibatan orang Cina dalam politik Kedah. Namun
keperluan kakitangan dalam jabatan-jabatan sokongan memungkinkan mereka untuk menolak kelompok
tersebut.

Sebelum membincangkan peranan orang Cina dalam pentadbiran Kedah, tumpuan juga akan
diberikan kepada sejarah penghijrahan mereka. Manakala, bukti-bukti awal juga telah menyatakan
bahawa sudah wujud penempatan orang Cina di Kedah. Apa yang menariknya lagi, dinyatakan sudah
terdapat orang Cina berkhidmat dalam pentadbiran Kedah. Kenyataan tersebut seperti mana diutarakan
dalam buku A Gallery of Kapitans(Wong, 1963). Kejujuran, kesetiaan dan kebijaksanaan yang
ditunjukkan orang Cina tersebut kepada sultan telah melahirkan satu hubungan yang baik antara
pemerintah dan rakyatnya. Selain itu, menurutpenulisanSharomAhmatdalamTraditional and Change in a
Malay State : A Study of the Economic and Political Development 1878-1923, juga telah menyebut
beberapa peranan awal orang Cina dalam pentadbiran Kedah. Dengan kata lain, penglibatan orang Cina
dilihat telah bermula di sejak Kedah berada di bawah kepimpinan Sultan Ahmad TajuddinMukaram Shah
III.

Oleh itu, dalam kertas kerja ini perbincangan akan melihat dengan lebih mendalam peranan
orang Cina dalam pentadbiran Kedah di era Sultan Abdul Hamid. Pembabitan mereka akan dilihat
berdasarkan sudut pentadbiran negeri Kedah yang melibatkan aspek syarat pengambilan kakitangan-
kakitangan kerajaan.

1640
Penghijrahan Etnik Cina Ke Kedah
Kedatangan orang Cina ke Kedah menjadi perbincangan dan terdapat pelbagai pandangan yang
membuat tafsiran mengenai tahun sebenar kedatangan kelompok tersebut. Ini disebabkan tiadanya
rekod rasmi yang boleh membuktikan kesahihan tahun kedatangan mereka. Misalnya, pada tahun 1785
telah dianggarkan sebanyak 100 000 orang penduduk di Kedah. Selain itu, terdapat juga anggaran yang
menyatakan sudah terdapat 60 000 orang di Kedah yang mana melibatkan orang Melayu, Cina,
Chuliadan Sam-Sam(R. Bonney, 1971).

Sementara itu menurut laporan Light, telah menyatakan bahawa sejarah kedatangan orang Cina
adalah sekitar tahun 1876. Ini disebabkan beliau dikatakan berada di Pulau Pinang, kemudian terdapat
orang Cina datang menemui Light untuk menghadiahkanjaring(Ismail Md Isa, 1988/1989).Berdasarkan
laporan itu dinyatakan kemungkinan kedatangan orang Cina ketika itu adalah dari kawasan yang
berdekatan. Misalannya, kawasan Kuala Muda atau Kulim. Ini disebabkan kawasan tersebut merupakan
tumpuan awal ekonomi orang Cina.

Satu lagi pandangan yang cuba untuk mengukuhkan tahun kedatangan orang Cina di Kedah ialah
berdasarkan buku cenderamata Persatuan Kwangtung danTeochew(Ismail Md Isa, 1988/1989). Di dalam
buku tersebut telah menyatakan bahawa sudah terdapat orang Cina mendiami di kawasanAlorSetar yang
dinamakan “ Pekan Cina”. Pada awal tahun 1850-an persatuan tersebut telah ditubuhkan seiring dengan
perkembangan perniagaan orang Cina di Pulau Pinang. Seperkara lagi, pada tahun 1850-an juga sebuah
syarikat perniagaan Cina telah berpusat di PekanCinaAlorSetar. Syarikat ini dikatakan telah ditubuhkan
oleh etnik Kantonis.

Seterusnya dalam melihat transisi negeri Kedah, perubahan telah berlaku pada era
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddindanzamantersebut digelar “ Zaman Pembangunan di dalam Negeri
Kedah”. Proses pembangunan Kedah ini telah menggalakkan kedatangan saudagar-saudagar asing untuk
menjalankan kegiatan ekonomi di Kedah. Dasar terbuka dalam kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pada tahun 1868 banyak kedai-kedaibatudi AlorSetardibina(Muhammad Hassan, 1968). Penelitian
mendapati kebanyakan kedai tersebut dibina oleh saudagar-saudagar berbangsa Keling, Hindu
danCina(Baharuddin Abdul Majid,1979). Manakala pada tahun tersebut juga, sultan Ahmad
Tajuddintelahmelantikseorang kapitan Cina yang bernama Ah Sang. Beliau berperanan sebagai ketua
dalam mengawal orang Cina. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan sultan dan orang Melayu.
Pelantikan beliau telah membawa gelaranbaruiaitusebgaiDato’ WijayaBesara.

Pada peringkat awal kedatangan orang Cina ke Kedah adalah tertumpu di kawasan yang sudah
didiami oleh orang Cina. Ini disebabkan oleh faktor keselamatan dan persamaan budaya memudahkan
mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka juga memiliki kebudayaan tradisi yang berbeza
dengan masyarakat tempatan. Ini menunjukkan aspek hubungan sosial menjadi keutamaan mereka yang
tinggal secara berkelompok.

Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu
berasal dari Cina Selatan. Kedatangan mereka juga dalam pelbagai suku kaum. Oleh itu terdapat empat
kumpulan dialek Cina yang terbesar di Kedah iaituTeochew,Hokkien, Kantonisdan Hakka(Wu Xiao An,
2003). Namun, di Kedah suku Hokkien merupakan suku yang paling dominan dan mereka didapati
membentuk perniagaan keluarga sendiri. Suku Hokkien ini datangnya dari kawasan Fukien yang juga
dikenali sebagai Fujian. Seterusnya dari segi dialek kelompok bahagian selatan ituseperti Amor, Kinmin,

1641
Tungan, Anki, Hanan, Yungchandansebagainya. Semua dialek tersebut adalah merujuk kepada
sukuHokkien(Ju-K’angTien, 1997).

Penghijrahan etnik tersebut di Kedah dilihat pada awalnya memfokuskan terhadap ekonomi.
Namun dapat dinyatakan juga peralihan dalam tampuk pemerintahan turut mendorong kepada
perkembangan dalam pentadbiran. Struktur pentadbiran di Kedah disusun ke arah lebih moden dan
tetap bertunjangkan corak Melayu tradisional. Misalnya, bermula pada abad ke-18 ketika Kedah
diperintah oleh Sultan Ahmad TajuddinMukarram Shah III. Kemudiannya diteruskan dengan
pemerintahan Kedah oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Di dalam kedua-dua era pemerintahan ini
dapat dilihat wujudnya peranan orang Cina yang mula diberi perhatian oleh peneraju negeri. Walaupun
hanya dalam sebilangan kecil pada awalnya namun peranan tersebut amat penting seiring mengatasi
pertambahan imigran Cina ke Kedah.

Peranan Awal Orang Cina dalam Pentadbiran Kedah

Sebelum pentadbiran Kedah berada di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, orang Cina sememangnya
sudah menempatkan diri dalam pentadbiran Kedah. Pelantikan mereka pula juga berbeza berbanding
selepas campur tangan British iaitu era Sultan Abdul Hamid. Peranan orang Cina dalam pentadbiran mula
dapat dilihat semasa era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III iaitutempoh pemerintahan baginda
bermula pada tahun 1854 hingga 1879. Penglibatan mereka adalah atas pemerintah ketika itu yang telah
mengatur struktur pentadbiran negeri agar lebih cekap dan tersusun. Struktur pentadbiran yang cekap
dan tersusun ini dapat digambarkan dan dilihat apabila baginda bersama Perdana Menterinya iaitu Wan
Muhammad Saman telah melakukan lawatan ke Thailand pada tahun 1865 yang bertujuan untuk
meninjau aspek pembangunan di sana(Ju-K’angTien, 1997). Kesan lawatan tersebut juga telah memberi
ilham kepada baginda dalam merangka struktur pentadbiran negeri Kedah agar lebih tersusun. Sejak itu
banyak peluang dibuka bagi menstabilkan ekonomi Kedah.

Ini disebabkan semasa Kedah di bawahpemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin,


bagindaamatmenitikberatkan soal pembangunan negeri Kedah. Oleh itu dalam membangunkan aspek
pembangunan tersebut baginda telah menggalakkan kemasukan peniaga-peniaga asing untuk
menjalankan kegiatan ekonomi di Kedah. Manakala, peluang terbuka tersebut telah menarik perhatian
ramai pihak sehingga berlaku kebanjiran orang asing di Kedah. Contohnya, kedatangan saudagar-
saudagar Cina yang telah membuka kebun pertanian menerusi sistempajakan(Foziah Hat, 1990/1991).
Kesan daripada itu telah berlaku permintaan buruh yang mana kemudiannya buruh-buruh asing telah
dibenarkan dibawa masuk ke Kedah.

Selain itu dapat dibuktikan juga iaitu pada tahun 1868 didapati banyak kedai telah
dibinacontohnya di AlorSetar, yangmana menunjukkan wujudnya perniagaan di kawasan tersebut.
Pertambahan orang Cina telah menyebabkan baginda mengambil langkah dengan melantik beberapa
orang Cina untuk memegang jawatan penting dalam pentadbiran Kedah(Arkib Negara Malaysia, 2003).
Langkah tersebut diambil bertujuan untuk memastikan orang Cina berada dalam keadaan terkawal di
Kedah. Mereka yang dilantikialah Lee Yok Cheng dan Lee YokSiew. Kesan pertambahan imigran Cina di
Kedah menjadi faktor pelantikan mereka berdua. Sultan mengambil langkah awal bagi melakukan
pengawalan ke atas orang-orang Cina yang datang ke Kedah. Ini disebabkan orang Cina yang datang
didapati turut menjalankan perniagaan dan ada yang terlibat sebagai kuli dalam kegiatan ekonomi di
Kedah. Seperti mana diketahui, sebelum abad ke-19 jumlah kedatangan orang Cina ke Kedah adalah
dalam skala kecil. Keadaan ini berbeza dengan pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20 kedatangan
orang Cina menunjukkan perubahan begitu ketara.

1642
Sesuatu yang menarik di sini iaitu apabila orang Melayu menerimakehadiran Leek Yok Cheng dan
Lee YokSiewdalamkehidupan mereka. Selain itu mereka berdua turut mendapat kepercayaan tinggi,
bukan sahaja daripada sultan malah orang Melayu di Kedah. kehidupan bermasyarakat jelas berlaku
antara mereka, ini dilihat apabila orang Melayulebihselesamenggelarkanmerekasebagai Eh Tok dan Eh
Ma. Mereka juga berperanan sebagai peniaga yang mana telah membukaperniagaan di AlorSetar.

Sehubungan itu, terdapat sebab lain yang mempengaruhi perlantikan mereka berdua dalam
pentadbiran Kedah. Ini melalui anugerah ampun-kurnia yang telah diberikan sultan kepada mereka.
Anugerah tersebut adalah sebagai hadiah diraja dan sebagai gantigaji(SharomAhmat, 1984).Sementara
itu, mereka juga mendapat hak mengutip cukai ke atas komoditi tertentu. Anugerah tersebut tidak
mudah diperoleh oleh mana-mana individu melainkan individu itu telah mendapat kepercayaan daripada
sultan. Ini telah dibuktikan oleh mereka berdua dalam menunjukkan kesungguhan dan kejujuran
menjalankan tugas. Mereka juga memperoleh manfaat apabila diberi hak memonopoli hasil ladang di
Kedah dan mereka turut berperanan sebagai pemajak. Selain itu, dapat dinyatakan juga ampun-kurnia
merupakan geran daripada sultan. keadaan ini yang mana tempoh sah pemegang geran tersebut adalah
sepanjang hidup dan apabila sudah meninggal geran atau ladang yang telah dianugerahkan akan kembali
kepadanegeri(SharomAhmat, 1984).

Sejajar dengan perlantikan mereka, sultan juga telah menganugerahkan mereka tombak, keris
yang telah disemat dengan berlian. Pemberian baginda sultan tersebut jelas membuktikan kedudukan
mereka dalam pentadbiran Kedah dan peranan yang diamanahkan adalah sangat penting. Kepercayaan
yang diberikan dan tanggungjawab yang dipikul tersebut adalah lambang yang berharga terhadap diri
mereka sendiri.

Memungut cukai adalah suatu tugas yang penting dalam sesebuah negeri. Sultan berkuasa
dalam menentukan siapa yang berhak mengutip cukai. Akhirnya, tugas tersebut juga telah
diamanahkan kepada Eh Ma dan Eh Tok. Sejak itu, mereka telah berperanan dalam memungut cukai
eksport, cukai pengangkutan dan sebagainya. Kemudian, perhidmatan mereka telah berterusan
sehingga pemerintahan Sultan Abdul Hamid sebagai contoh pada awal abad ke-19 mereka masih setia
dalam pentadbiran Kedah. Kedua-dua beradik tersebut yang sangat dihormati dengan kejujuran dan
adiloleh orang Melayu membuatkan mereka disenangi dalam menjalankan peranan yang diamanahkan.

Di era pemerintahan Sultan Abdul Hamid, mereka masih memegang jawatan yang sama iaitu
sebagai pemungut cukai. Selainitu, Lee YokSiewjugaberperanan sebagai bendahari kepada sultan. Beliau
ditugaskan mengendalikan hal ehwal kewangan sultan. sebagai contoh, apabila berlaku hubungan
perdagangan antara Kedah dan Pulau Pinang, sultan akanmenghantar Lee YokSiewuntukmenguruskan
kegiatan tersebut. Manakala sepanjang perkhidmatan beliau, sultan telah membayar gaji sebanyak $80
sebulan. Sementara itu, mereka juga diberi keistimewaan dan penghormatan untuk berada di tempat
yang tinggi dalam majlis-majlis yang diadakan, misalnya majlis perkahwinan kerabat diraja Melayu.

Sementara itu mereka juga menguruskan hal pajakan dalam negeri.Ini dapat dilihat berdasarkan
surat-surat pajak ketika itu yang menunjukkan peranan dan tugas mereka dalam menguruskan soal
pajakan dalam negeri. Oleh itu, urusan pajakan adalah berada pada mereka. Contohnya berdasarkan
surat-surat pajakan Sultan Abdul Hamid yang telah menjelaskan berkaitan dengan pajakan yang
manamelibatkan Lee YokSiewdan Lee Yok Cheng dalammengendalikan hal tersebut. Ini dapat dibuktikan
pada tahun 1876 telah berlaku pajakan di Kuala MudaMerbok yang dilakukanoleh seorang individu yang
bernama Ku Itamdanbeliauingin melakukan pajakan kayu rakit(SMSAH, 1827-1887).Permintaan pajakan
tersebut telah diarahkan sultan kepada Lee YokSiew agar diluluskan. Kemudian, Lee

1643
YokSiewtelahditegaskan supaya hasil pajakan tersebut dibayar sebanyak tiga ratus rial. Namun, jika
pembayarantidakdilakukan, akanterlucutlahpajakantersebutdan akan terus dilelong. Sebagai pembantu
sultan Lee YokSiewberperanandalam menyelesaikan segala hal pajakan tersebut. Ini disebabkan di
setiap kawasan yang sama akan terdapat beberapa orang yang akan melakukan pajakan.

Penghijrahan orang Cina juga telah memberi kesan positif dalam perkembangan negeri.
Misalnya, kehadiran seorang imigranCinaiaituChoong Cheng Kiandaripada Fukien pada abad ke-19 ke
Kedah telah memberikan suatu perubahan dalam negeri. Penghijrahan beliau berlaku dalam tahun 1860-
an hingga 1960-an(Wu Xiao An, 2002).Kewibawaan beliau telah memberi keyakinan kepada golongan
diraja Kedah untuk terus menjalinkan hubungan dengan beliau. Beliau antara yang terpilih dan diberi
keistimewaan oleh Sultan apabila dilantik menjadi orang tengah atau ejen dalam menguruskan
pentadbiran ekonomi negeri Kedah yang menghubungkan antara Kedah dan Pulau Pinang.

Pada abad ke-19, hasil perkenalan beliau dengan Raja MudaTunku Abdul Azizjugatelah
melahirkan hubungan persahabatan antara mereka. Kesan persahabatan yang terjalin itu, Raja Muda
telah menganugerahkanbeliau monopoli candu dan judi di Kedah.Ketika itu, beliau menjadi terkenal
sebagai peniaga yang berjaya.

Sementara itu, Sultan turut melantik beliau sebagai bendahari. Walaupun ketika itu dalam
pentadbiran Kedah sememangnya mempunyai bendahari dalam kalangan orang Melayu. Namun
pelantikan beliau sebagai bendahari adalah menguruskan hal kewangan Sultan. Misalnya, beliau
diperintahkan untuk membayar bil-bil hutang kerabat diraja Kedah. Contohnya,
beliaumembayarhutangTunku Abdul Rahmanpada tahun 1892 di Pulau Pinang. Kemudian, beliau juga
berperanan dalam berkomunikasi dengan pihak Siam. Misalnya tahun 1895, beliau diarahkan Sultan
untuk memberi $1000 kepada pihak Siam sebagai bayaran untuk pembersihan Sungai Kerian. Selain itu,
beliau juga berperanan dalam hal duti eksport, serta percukaian.

Kejayaan beliau dalam negeri Kedah telah membawa pengaruh yang sangat besar. Keakraban
beliau dengan sultan dan peranan yang dipegang beliau telah dijalankan dengan baik terutama dalam hal
kewangan negeri yang mana melibatkan keuntungan hasil ekonomi. Kepercayaan yang diberikan sultan
terhadap beliau telah membuktikan kedudukannya sebagai pembantu sultan yang berjaya. Walau
bagaimanapun, peranan beliau tidak terus bertahan lama apabila pada tahun 1916 beliau telah
meninggal dunia.

1644
Jawatan Orang Cina dalam Pentadbiran Negeri Kedah

Pengkeranian

Terdapat pelbagai peranan yang dimainkan oleh orang Cina setelah kemasukan British di Kedah.
Keperluan terhadap tenaga kerja dalam jabatan-jabatan mendorong etnik tersebut keluar dalam
mencuba nasib untuk berkhidmat dalam pentadbiran Kedah. Walau bagaimanapun bilangan penglibatan
mereka adalah lebih kecil berbanding dengan orang Melayu yang sememangnya menjadi keutamaan
dalam pentadbiran Kedah. Olehitu, bidangpengkeraniansalahsatujawatan yang didapati banyak dijawat
oleh orang Cina.

Sementara dalam perbincangan ini diberi fokus terhadap beberapa bidang kerja sahaja yang
memperlihatkan pembabitan ramai orang Cina. Antaranya, bidangkerjapengkeraniandanjurubahasa Cina
di jabatan-jabatan tertentu. Dalam setiap pemilihan jawatan, setiap calon haruslah melepasi syarat-
syarat kelayakan sebelum terpilih menjawat jawatan dalam pentadbiran Kedah. Mereka akan
menghadapi peperiksaan yang merangkumi pelbagai peringkat soalan. Berdasarkan kajian ditemui ramai
orang Cina yang berperanan dalambidangkerjapengkeranian. Terdapat dua jawatan kerani yang berbeza
dalam pentadbiran negeri Kedah yang telah diwujudkan di setiap jabatan di Kedah dan mengikut bidang
masing-masing. Jawatan kerani tersebut adalah kerani Inggeris dan kerani Melayu (SMSAH,
1918).Terdapat juga orang Cina yang menjawat sebagai kerani Melayu kerana fasih dalam berbahasa
Melayu dan penulisan. Manakala, bagi kerani Inggeris menjadi suatu kelebihan kepada mereka yang
terpilih kerana dari aspek pembayaran gaji dilihat kerani Inggeris memperoleh gaji yang lebih tinggi.
Seperti dalam pengambilan kerani Inggeris, pemohon atau calon yang ingin berkhidmat adalah mereka
yang mempunyai Oxford Junior Local Examination Certificate atau Cambridge Junior Local Examination
Certificate. Kemudian bagi mereka yang telah layak berkhidmat sebagai kerani Inggeris gred III akan
menghadapi peperiksaan seterusnya untuk ke gred II. Oleh itu, mereka
harusmengambilpeperiksaanpengkeranianperingkat junior yang mana merangkumi empat peringkat.
Antara peperiksaan tersebut pertama berkaitan dengan general orders ,akaun, kebolehan membuat
ringkasan dan penulisan surat dan English Conversation yang memerlukan mereka memberi pandangan
untuk menguji mengenai pengetahuan am dan fitness untuk memikul tanggungjawab(SUK.K,1924).

Jawatan kerani juga memiliki gred-gred tertentu bagi menjelaskan tahap kecekapan dan
kesesuaian seseorang pekerja tersebut. Dalam jabatan-jabatan pentadbiran Kedah setiap pegawai
memiliki gred kerja tersendiri. Manakala, jumlah bayaran gaji mereka pula berdasarkan gred-gred yang
ditetapkan. Boleh dinyatakan hampir semua jabatan dalam pentadbiran Kedah ditempatkan orang Cina
yang berkhidmat sebagai kerani. Berdasarkan kajian juga didapati orang Cina lebih menjurus berperanan
sebagai kerani Inggeris. Penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris memungkinkan terpilih menjawat
jawatan tersebut. Ini disebabkan setiap urusan pejabat banyak melibatkan pihak British sebelum sampai
ke MMN bagi memutuskan setiap permohonan dalam pentadbiran negeri.

Pada tahun 1918, hanya tiga orang Cina yang dapat dikenal pasti berkhidmat sebagai kerani.
MerekaialahBoeyLoong Siang, KhohEng Hock danKoh Ah Cheo. Mereka ini telah dihantar oleh daerah
Kulim danAlorSetarbagimenduduki peperiksaan perkhidmatan kerajaan Kedah. Mereka bertiga
berperanan sebagai Kerani Inggeris di Jabatan Kerja Raya Kulim danJabatanPerubatanAlorSetar(SUK.K,
1924). Mereka ini antara yang terawal orang bukan Melayu yang ditemui berkhidmat dalam jabatan-
jabatan tersebut yang ditemui dalam SMSAH. Sementara itu, bagi tahun-tahun berikutnya berlaku
pertambahan penglibatan orang Cina sebagai kerani dalam pentadbiran negeri. Ini dapat dilihat dalam

1645
jadual yang disediakan menunjukkan beberapa orang Cina yang berperanan dalam jabatan-jabatan
tertentu pada tahun 1924(SUK.K, 1924).

Jadual 1.1
Jumlah Kerani Cina dalam Pentadbiran Kedah, 1924

Nama Pegawai Jabatan Gred


Lee Cheng San State Council Kerani Inggeris II
ChooHuan Chiang State Council Kerani Melayu II
TeohPeh Boon Kesihatan Kerani Inggeris III
Lee Swee Boon Kewangan Kerani Inggeris II
Lee Peng Kim Kewangan Kerani Inggeris III
Lee Liang Heng Pendidikan Kerani Inggeris III
Tan Beng Sian Pendidikan Kerani Inggeris III
LohSikKheng Pos dan Telegraf Kerani Inggeris III
Low An Han Pos dan Telegraf Kerani Inggeris III

Sumber : SUK.K, 885 / 1341, Kedah Establishment 1924

Berdasarkan jadual 1.1, menunjukkan jumlah kerani Cina yang berkhidmat dalam pentadbiran
Kedah pada tahun 1924. Dalam tempoh ini hanya terdapat sembilan orang kerani Cina seperti mana
yang telah dinyatakan dalam fail pentadbiran Kedah. Perbezaan jumlah tenaga kerja sangat ketara dalam
setiap jabatan-jabatan sokongan Kedah. Majoriti tenaga kerja adalah orang Melayu.Sesuatu yang
menarik di sini, terdapat juga orang Cina yang berpeluang berkhidmat sebagai kerani di State Council,
iaitu Lee Cheng SandanChooHuan Chiang. Menurut jadual tersebut juga dapat dilihat penglibatan orang
Cina dalam pelbagai jabatan dalam pentadbiran.

Sementara melihat dari aspek peranan pula, jawatan ini berperanan sebagai pencatat maklumat
dalam fail dan melakukan kiraan indeks atau dapat dijelaskan mereka ini lebih diutamakan dalam hal
berkaitan pejabat. Selain itu, peranan mereka juga sebagai General Typist, menguruskan laporan
perbelanjaan tahunan, laporan tahunan, dan menterjemahkan Minit Mesyuarat Negeri(SUK.K, 1931).

Walau bagaimanapun, peranan mereka akan turut berubah sekiranya mendapat arahan
daripada Ketua Setiausaha Negeri untuk bertugas di tempat lain. Misalnya pada tahun 1924, Tan Beng
Sian yang bekerja sebagai kerani Inggeris III di Jabatan Pendidikan telah mendapat arahan untuk
bertugas sebagai jurubahasa Cina. Beliau telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan di ladang-
ladang getah. Beliau juga dikehendaki untuk berkomunikasi dengan pemilik ladang getah iaitu berkaitan
peraturan keluaran getah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Pihak kerajaan ingin memastikan
keluaran getah oleh semua ladang getah tidak mengalami masalah dan mengikut syarat. Kebanyakan
pemilik ladang getah di Kedah adalah tauke-tauke Cina. Ini menyebabkan kekurangan dalam berbahasa
Melayu telah menyukarkan pihak berkenaan memberi penerangan yang jelas kepada tauke-tauke Cina
tersebut(SUK.K, 1924).

1646
Jurubahasa Cina

Jawatan jurubahasa Cina diwujudkan dalam pentadbiran disebabkan beberapa faktor. Pertama, kesan
campur tangan British pada 1909 telah membawa kepada pertambahan imigran asing di Kedah
terutamanya orang Cina. Ini disebabkan dasar keterbukaan yang dilakukan British telah membuka
peluang imigran untuk datang ke Kedah. Pertambahan penduduk asing akan menyebabkan wujudnya
masalah komunikasi antara kaum.Kedua, perkembangan jabatan-jabatan sokongan dalam pentadbiran
juga menyebabkan wujudnya peluang pekerjaan termasuklah jawatan jurubahasa Cina. Dalam jawatan
ini, penglibatan orang Cina banyak dilihat dalam institusi mahkamah, namun terdapat juga yang bekerja
di pejabat-pejabat daerah serta jabatan-jabatan lain.

Orang Cina yang terlibat dalam jawatan ini diharuskan menduduki peperiksaan. Kenyataan ini
juga dapat dilihat dalam Fail Colonial Secretary Singapore yang menyatakan bahawa tidak ada mana-
mana calon juru bahasa Cina akan diterima menjawat jawatan tersebut sekiranya tidak menduduki
peperiksaan kelayakan(CS, 340/79). Selain itu, dalam jawatan ini juga tahap seseorang pekerja juga
mengikut tahap gred iaitu bermula dengan Student Interpreter gred I, II, dan III.

Dalam menjawat jawatan jurubahasa terdapat beberapa syarat kelayakan. Terdapat tiga gred
iaitu gred I , II dan III serta peringkat permulaan sebagai Student Interpreter. Setiap gred tersebut
mempunyai syarat-syaratnya tersendiri dan terdapat beberapa kelayakan yang harus dimiliki oleh setiap
jurubahasa. Seorang jurubahasa yang memiliki kemahiran yang lebih baik misalnya dalam penguasaan
pelbagai bahasa akan berkhidmat sebagai jurubahasa gred I . Dalam gred I ,setiap jurubahasa harus fasih
dan mencapai tahap standard bahasa Melayu seperti percakapan dan penulisan, Hokkien dan Kantonis.
Kedua, calon harus memiliki sedikit pengetahuan tentang karakter orang-orang Cina. Ketiga, calon harus
mempunyai penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris yang mendalam(SUK.K,1930).

Manakala, bagi jurubahasa gred II pula, syarat kelayakannya juga seperti jurubahasa gred I.
Misalnya, memerlukan kefasihan dalam percakapan dan penulisan dalam bahasa Melayu, Hokkien dan
Kantonis. Kedua, sedikit pengetahuan mengenai bahasa Hakka dan Teochew untuk menterjemah bagi
tujuan-tujuan biasa dan sederhana. Kemudian, kelayakan ketiga pula calon penterjemah harus memiliki
kelebihan dalam perwatakan yang sesuai sebagai seorang penterjemah.

Sementara gred III merupakan gred juru bahasa yang terakhir. Dalam gred ini turut memiliki tiga
syarat kelayakan bagi calon penterjemah. Syarat pertama, seorang calon itu haruslah menguasai bahasa
Melayu, Hokkien dan Kantonis. Kedua, calon berkebolehan dan mampu membaca dan menulis dalam
bentuk tulisan bahasa Melayu roman. Manakala kelayakan ketiga, calon sudah memiliki pengetahuan
asas berkaitan dengan karakter orang.Berdasarkan syarat-syarat yang diperlukan ke atas calon juru
bahasa di Kedah sememangnya telah menunjukkan sesuatu persediaan yang rapi dalam melakukan
pemilihan yang terbaik.

Tambahan pula, dalam pekerjaan ini seseorang jurubahasa Cina didapati akan berkhidmat di
pelbagai jabatan di dalam pentadbiran Kedah. Ini disebabkan, pertukaran jabatan adalah di atas
permintaan jabatan lain bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada. Selain itu, setiap jurubahasa juga
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan sekiranya mempunyai kelebihan dalam bahasa-bahasa lain
sepertibahasa Siam, Haylamdan lain-lain. Pertukaran juru bahasa juga kerap berlaku seperti mana dalam
laporan Colonial Singapore mengatakan setiap jurubahasa yang berkhidmat di bawah skim juru bahasa
akan sentiasa mengalami pertukaran dari satu jabatan ke jabatan yang lain(CS, 340/79).

1647
Seterusnya, bidang ini dilihat menjadi keperluan di mahkamah.Di mahkamah jurubahasa akan
berperanan sebagai orang tengah dalam berkomunikasi bagi mengendalikan sesuatu kes. Misalnya, kes
yang melibatkan orang Melayu, India dan orang Cina mengenai penyewaan tanah pertanian mahupun
hutang. Keperluan terhadap jawatan ini dapat dilihat di beberapa jabatan di Kedah seperti dalam jadual
yang disediakan.

Jadual 1.2
Jumlah orang Cina yang Berkhidmat sebagai Jurubahasa Cina di Kedah

Jabatan 1920 1923 1924 1925 1933 1934 1935 1936


Pejabat Daerah 6 9 7 11 11 9 9 9
Mahkamah 2 4 4 4 5 5 5 5
Pelindung Orang - 1 - 1 1 1 1 1
Cina

Sumber: Unfederated Malay State ( U. M. S ) Estimates, State of Kedah Estimates of the Revenue and
Expenditure 1920, 1924, 1925, 1933, 1934 – 1936.

Jadual 1.2 menunjukkan jumlah orang Cina yang berperanan sebagai jurubahasa Cina di tiga
jabatan sokongan pentadbiran Kedah. Jumlah orang Cina yang terlibat adalahdalam jumlah yang kecil.
Manakala, jumlah dari tahun ke tahun juga berlaku dalam peningkatan yang kecil. Setiap jumlah orang
Cina tersebut menunjukkan keseluruhan penglibatan mereka di jabatan-jabatan. Misalnya, orang Cina
diletakkan mengikut keperluan jabatan tertentu.

Pada tahun 1930-an, peraturan kenaikan gaji seorang jurubahasa Cina adalah berdasarkan
beberapa syarat yang dikenakan. Pertama, menulis, kedua, membaca dan ketiga, boleh bercakap bahasa
Siam sama ada dalam bahasa Siam Bangkok atau Siam Singgora. Kebolehan semua syarat ini akan
membolehkan jurubahasa tersebut berkhidmat di dalam mahkamah. Kenyataan ini
telahdinyatakanolehMohd Sheriff atau Tuan Haji Mohd Sheriff Osman(Khuzaini Khalid, 1986/1987)yang
merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK.K,1932).Terdapat tujuh orang Cina yang mana nama mereka
telah dihantar dan didaftar bagi menghadapi peperiksaan bahasa Siam.

Jadual 2.4
Jurubahasa Cina yang BolehBercakap Siam Singgoradan Siam Tempatan di Mahkamah 1932
Mahkamah Nama Jurubahasa Cina Lulus / Gagal
MahkamahBesarAlorSetar Ong Ewe Beng Lulus
Mahkamah Kubang Pasu Chew Tang Ka Gagal
Mahkamah Yan Kok Sam Beng Gagal
Mahkamah Sungai Petani Cheah Chong Taik Gagal
Mahkamah Kuala Nerang Chew Cheng Yan Lulus sebahagian
Mahkamah Baling Chew Tean Boon Lulus Sebahagian

Sumber : SUK.K, 1856 / 1351 , Appointment of an Official Siamese Examiner 1932

1648
Kakitangan Sanitary Board

Sanitary Board salah satu jabatan yang ditubuhkan bagi mengawal hal keselamatan dan kebersihan
dalam negeri. Misalnya, pengawalan daripada berlakunya sebarang penyakit kepada masyarakat.
Bermula penubuhan pertama di Alor Setar pada tahun 1908, jabatan ini terus berkembang induknya ke
daerah-daerah lain. Bagi merealisasikan penubuhan lembaga ini, mereka yang berpengalaman dan
menjawat dalam pentadbiran Kedah dipilih untuk menganggotai jabatan ini. Jabatan ini dipengerusikan
oleh orang Melayu dan dari aspek keanggotaan pula adalah pelbagai kaum, misalnya Melayu, Cina dan
India.

Pada 1908, orang Cina turut berperanan dalamSanitary Board di Kedah. Kebanyakan mereka
yang dilantik adalah dalam kalangan yang berpengaruh dan memiliki peranan besar dalam negeri
Kedah. Misalnya, sebagai peniaga, pemilik ladang-ladang, pemilik kilang-kilang serta tauke-tauke ladang
dan sebagainya. Terdapat dua orang Cina terawal dilantik menjadi anggota biasa dalam lembaga ini iaitu
Cheng Kean danChiah Ki Hoon( KAR, 1909/1910).Mereka antara peniaga yang berjaya di Kedah.

Dalam aspek keanggotaan, mereka yang dilantik tersebut dalam kalangan pegawai rasmi dan
tidak rasmi(SUK.K, 1935). Contohnya, Pegawai Daerah, Pegawai Kesihatan, Pelindung Orang Cina,
Pegawai Tanah, dan lain-lain. Peranan utama jabatan ini adalah meliputi pelbagai aspek pemuliharaan
kebersihan, kesihatan dan keselamatan di bandar seperti membersihkan jalan-jalan dan longkang,
menyediakan tong-tong sampah dan bekalan air bersih kepada penduduk, menyediakan pasar bagi
jualan bahan-bahan basah seperti daging dan ikan, menguruskan bangunan-bangunan yang kotor dan
usang, mengangkut najis, menyediakan lampu jalan, tandas dan rumah mandi awam. Oleh itu, dalam
memastikan setiap tugasan tersebut berjalan dengan lancar, peranan kakitangan Sanitary Board amat
diutamakan. Jalinan kerjasama pelbagai kaum dalam jabatan ini memudahkan tugas-tugas dilaksanakan
dengan baik.

Pada 1908, antara anggota yang terawal dilantik menganggotai jabataniniadalahTunku Ibrahim
sebagaiPengerusi, J. J. Fleury pula Setiausaha, Dr. A. L. Hoops, J. Gorman, Mr. P. F. Joyce, Cheng Kean,
Chiah Ki Hoon, Haji Mustapha danCheMydin(KAR,1909/1910). Dalam keanggotaan awal ini dapat dilihat
dua orang Cina yang telah dilantik untuk berkhidmat dalam jabatan ini. Cheng Kean atau
namasebenarbeliauChoong Cheng Kean salah seorang pelabur dan peniaga penting dalam negeri Kedah.
Kejayaan beliau di Kedah sememangnya tidak dapat dinafikan apabila hasil pertumbuhan aktiviti
ekonomi beliau telah membantu perkembangan ekonomi Kedah. Beliau turut terkenal dalam kerabat
diraja mahupun pihak British. Walau bagaimanapun, terdapat ramai orang Cina yang kemudiannya
dilantik dalam jabatan ini dan berdasarkan kajian dapat melihat dalam jabatan ini di setiap daerah hanya
terdapat seorang atau dua sahaja orang Cina yang berkhidmat dalam jabatan tersebut. Mereka yang
dilantik itu menjadi anggota biasa dalam lembaga tersebut.

Jadual 2.3
Jumlah orang Cina yang menganggotai Sanitary Board Tahun 1935

Daerah Anggota
Kota Setar Dr. CheahToon Lock
Mr. Lim Ewe Siang
Langkawi Mr. Yap Hin Leong
Kubang Pasu Mr. Poh Ah Tong
Padang Terap Mr. Chong Ah Hian

1649
Yan TowkayLok Ah Yap
Kuala Muda Mr. Lim Boon How
Mr. Lim Kian Leong
Baling Mr. Tan Kim Huan
Kulim Mr. Tan Ah Choy
Mr. Soon Eng Kong

Sumber: SUK.K. 3395/ 1353, Sanitary Board Members for 1935

Mereka ini adalah peniaga-peniaga penting di Kedah misalnya Tauke Lim Boon How yang
memiliki perniagaan keluarga antara Pulau Pinang dengan Kedah. Sementara itu, dalam pelantikan
anggota ini orang-orang Cina didapati boleh menyuarakan bagi menentukan siapa komuniti mereka yang
bersesuaian berkhidmat dalam Sanitary Board. Contohnya, Tauke Lim Boon How yang didapati
memohon untuk menamatkan perkhidmatannya dalam Sanitary Board dan pihak kerajaan meluluskan
permohonan beliau. Tempat beliau pula telah diganti oleh Mr. Lim Kian Leong apabila mendapat
permintaan daripada orang Cina di Kuala Muda.

Dalam Sanitary Board, mereka turut berpeluang menyuarakan pendapat mahupun cadangan
setiap kali mesyuarat Sanitary Board diadakan. Langkah pengawalan dalam negeri menjadi
tanggungjawab bersama antara anggota untuk melakukan perbincangan dan melaksanakannya. Oleh itu,
tugas yang dijalankan adalah berdasarkan arahan daripada pengerusi lembaga, apabila setiap anggota
diarahkan untuk melakukan pemantauan di kawasan yang dilaporkan bermasalah. Sering kali ditemui
dalam minit kawasan yang membabitkan orang Cina, pengerusi akan memastikan anggota Cina yang
akan turun padang untuk menjalankan pemantauan. Misalnya, dalam isu rumah-rumah kedai yang
dikatakan pemilik melakukan penambahan dengan mengikat bumbung atau genting di belakang rumah
kedai dan telah menghalang kemasukan angin dan cahaya. Pengubahsuaian tersebut pula tidak
mendapat kelulusan Sanitary Board. Arahan pemantauan dikeluarkan seperti yang berlaku di Sungai
Petani pada tahun 1932. Tuan Pengerusi mengarahkan anggota jabatan yang melibatkan pegawai
kesihatan, pegawai jurutera dan Mr. Lim Kian Leong untuk melakukan pemeriksaan di kawasan rumah
kedai tersebut. Kemudian turut diarahkan untuk membuat laporan mengenai kesalahan tersebut dan
bahagian yang ditambah dan diubahsuai tersebut akan diruntuhkan segera(SUK.K,1932).

Setiap permohonan yang dikemukakan oleh pemohon akan dilakukan pemeriksaan terlebih
dahulu bagi mencapai syarat-syarat yang dikenakan. Misalnya, dalam permohonan yang dilakukanoleh
Boon PahKee yang telah memohon untuk membina parit di sekeliling panggung wayang yang diperbuat
daripada kayu itu di Gurun. Permohonan tersebut telah diambil perhatian oleh pihak Sanitary Board.
Tuan Pengerusi yang berperanan dalam menentukan siapa anggota board yang ditugaskan untuk
melakukan pemeriksaan itu.

Pembabitan orang Cina dalam Sanitary Board ini didapati menjadi keperluan. Ini disebabkan
perkembangan perniagaan yang melibatkan orang Cina dilihat lebih besar jika dibandingkan dengan
masyarakat lain di Kedah. Dengan pembabitan orang Cina yang berpengaruh dalam lembaga ini akan
memudahkan aspek komunikasi antara kaum mereka. Walaupun jumlah penglibatan mereka lebih kecil
berbandingdengankaumlain,namuniasangat memudahkan pihak lembaga dalam mengawal orang Cina
yang semakin bertambah di Kedah.

1650
Kesimpulan

Peranan orang Cina dalam pentadbiran Kedah jelas dapat dilihat terutamanya selepas campur tangan
British di Kedah. Jika pada abad ke-19, hanya terdapat beberapa individu sahaja yang terlibat dalam
pentadbiran Kedah, namun abad ke-20 dapat dilihat pembabitan ramai orang Cina dalam pentadbiran
Kedah terutamanya dalambidangkerjapengkeraniandanjurubahasa.Walau bagaimanapun dengan
tertubuhnya MMN pada tahun 1905 sistem pentadbiran Kedah lebih teratur misalnya dalam hal
pengambilan kakitangan untuk ditempatkan dalam jabatan-jabatan sokongan. Dasar liberal yang
digunakan oleh British juga telah menyebabkan pertambahan orang Cina dalam negeri Kedah. Ini
menyaksikan banyak kawalan yang harus dilakukan walaupun peluang kerja diberikan kepada orang
asing untuk berkhidmat dalam pentadbiran negeri. Di era Sultan Abdul Hamid ini menyaksikan juga
ramai orang Cina yang berperanan sebagai pelabur, peniaga dan buruh. Sementara keperluan terhadap
tenaga kerja dalam perkhidmatan adalah diperlukan seiring dengan pertambahan pelbagai jabatan
sokongan dalam negeri yang telah membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk
berkhidmat. Walau bagaimanapun, abad ke-20 orang Cina di Kedah lebih terkenal terlibat dalamsektor
ekonomi yang semakin berkembang baik.

Bibliografi

WarisanSejarah Kedah DarulAman, Arkib Negara Malaysia, Ampang Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2003.

Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, 2008.

Wong Choong San, A Gallery Of Chinese Kapitans, DewanBahasadan Kebudayaan Kebangsaan,


Singapura, 1963.

R. Bonney, Kedah 1771-1821 : The Search For Security and Independece, Oxford University Press 1971.

Ismail bin Md Isa, SejarahPekan Cina 1821-1945 : Asal Usul Penubuhan Dan Perkembangan Hingga
Zaman Pendudukan Jepun, Universiti Sains Malaysia, 1988/1989.

Baharuddin Abdul Majid, Wan Mohammad Saman B. Wan Ismail 1870-1898, Kedah Dari SegiSejarah, Jil.
8, Bil. 1 , Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah, April 1979.

Muhammad Hassan bin Dato’ KeraniMuhamadArshad, Al-tarikhsalasilah negeri Kedah, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968.

Khoo Kay Kim, Latar belakang sejarah masyarakat India dan China di Tanah Melayu, Jebat: Malaysian
Journal of History, Politics and Strategic Studies, bil 1, 1971.

Wu Xioa An, Chinese Business in the Making of a Malay State, 1882-1941 Kedah and Penang,London :
RoutledgeCurzon, 2003.

Ju-K’angTien, The Chinese Of Sarawak A Study Of Social Structure, Research & Resource Centre
Committee SuppHeadquaters, Kuching, Sarawak, 1997.

1651
FoziahBinti Hat, Kedah Di Bawah Kepimpinan Sultan Ahmad Tajuddin ( II ) Mukarram Shah ( 1854-1879
),LatihanIlmiah, JabatanSejarah,FakultiSainsKemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1990 / 91.

SharomAhmat, “Traditional and Change in a Malay State : A Study of the Economic and Political
Development 1878-1923”,MBRAS, Kuala Lumpur, 1984.

Surat menyurat Sultan Abdul Hamid, Surat-Surat Pajak, T. M. 1827- 1887.

Wu Xiao An, A Prominent Penang Chinese Tow kay From Kedah 1857-1916: A Case Study of the
Entrepreneur Choong Cheng Kean, The Penang History-International Conference 2002, 18-21 April 2002,
The City Bayview Penang, Malaysia.

Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid, 1918 , No. 12 .

Fail Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK.K) 1810 / 48 , By State Council on 26th June 1924 in Clerical Service.

SUK.K 885/1341, Kedah Establishment 1924

SUK.K, 201/1350, Proposal for Re-Organisation of Adviser’s Office and Office Dalam, bertarikh 30 May
1931.

SUK.K, 2479/1342, Minutes of Meeting of the State Council held on 15 May 1924.

Colonial Secretary Singapore Files (CS) 340 / 79 , Relative to Chinese Interpreter.

SUK.K 2542/47 , Chinese Interpreters , By State Council on 16th Shawal, 1348 ( 17. 3. 1930 ).
Government of Kedah Estimates, 1339 in Unfederated Malay States (U. M. S) Estimates 1339, Kuala
Lumpur, Printed at the Federated Malay States Government Printing Office, 1920.

SUK.K,1856/1351 , Appointment of an Official Siamese Examiner.

Kedah Annual Report ( KAR) 1909/1910

SUK.K 1212/1355, Annual Report on the Sanitary Board Office, Kota Star, for the Year 1935

SUK.K, 431/1351, Minutes of Meeting of Sanitary Board Kuala Muda, during 1932.

1652
BADAN PENASIHAT CINA (CHINESE ADVISORY BOARD):
SUMBANGAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KOMUNITI
CINA SEBERANG LAUT

Ruzaini Sulaiman @ Abd. Rahim (UMT)


Kamaruzaman Yusoff (UTM)
Ismar Liza Mahani Ismail (UMT)
Hamdan Aziz (UMT)

Kertas kerja ini cuba melihat sumbangan dan kepentingan Badan Penasihat Cina yang
ditubuhkan untuk membantu dan menjaga kebajikan komuniti Cina Seberang Laut
(Chinese Oversea) yang berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan British
khususnya yang menetap di daerah-daerah utama di Selangor. Dalam mengharungi
kehidupan yang penuh dengan cabaran di tempat yang baru dan asing bagi mereka,
kewujudan badan ini telah memberi satu kekuatan untuk komuniti Cina terutama
kumpulan buruh-buruh yang miskin atau yang kurang bernasib baik mendapatkan
pertolongan terutama ketika berdepan dengan tempoh-tempoh kemelesetan
ekonomi. Antara jenis bantuan atau tindakan yang dilakukan oleh badan ini ialah,
pertama, menyediakan kawasan penempatan dan lot-lot pertanian kepada komuniti
Cina yang merempat dan tidak berumah, kedua, menubuhkan tabung-tabung bantuan
kecemasan dan ketiga, menyediakan tempat perlindungan sementara kepada
komuniti Cina ketika berlaku kemelesetan ekonomi. Keempat pula ialah meminta atau
mendesak kerajaan menyediakan apa jua pekerjaaan yang bersesuaian dengan
komuniti ini, kelima, menyediakan gerai-gerai kecil untuk dijadikan sebagai tempat
jualan dan keenam, mereka telah meminta supaya kerajaan menanggung sepenuhnya
kos penghantaran pulang komuniti Cina yang tidak mempunyai prospek kerjaya yang
jelas seperti golongan tua dan kanak-kanak. Kerjasama yang baik antara Badan
Penasihat Cina dengan pihak kerajaan British telah memberi satu kelebihan dan
keistimewaan kepada komuniti Cina untuk terus menikmati kehidupan yang selesa di
Selangor sepanjang tempoh pembentukan Neger-Negeri Melayu Bersekutu.

Keywords: Badan Penasihat Cina, Sumbangan, Komuniti Cina Seberang Laut

1653
Pendahuluan

Badan Penasihat Cina (Chinese Advisory Board) merupakan sebuah pertubuhan induk komuniti Cina yang
ditubuhkan secara khusus untuk membantu dan menjaga kebajikan komuniti Cina sebagai kumpulan
imigran di Tanah Melayu. Setiap negeri di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai badan penasihat
ini. Di Selangor, Badan Penasihat Cina ditubuhkan di bawah Chinese Affairs Enacment 1899 yang
dianggotai oleh saudagar-saudagar kaya dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat di
Selangor seperti Loke Yew, Loke Chow Kit, Lee Kong Lam, Li Fong, Yap Chi Then, Low Leong Gam, Choo
Kia Peng, Chan Saw Lim dan Phu Phui Ann.Ketua bagi lembaga ini adalah presiden Chinese Secretariat
yang dilantik oleh kerajaan British. Badan ini mengadakan mesyuarat satu kali dalam sebulan bagi
membincangkan tentang hal-ehwal kebajikan yang berkaitan dengan komuniti Cina di Selangor.Kesemua
ahli-ahli jawatankuasa ini juga ahli tetap bagi Chinese Chamber of Commerce.Badan ini bertindak
memastikan kebajikan komuniti Cina dari pelbagai aspek terjamin dan terpelihara terutama dalam hal
yang berkaitan masalah pengangguran komuniti Cina, bantuan kewangan ketika kecemasan,
penempatan kumpulan setinggan, soal pendidikan anak-anak komuniti Cina dan sebagainya.

Badan Penasihat Cina Sebagai Tulang Belakang Hal-Ehwal Kebajikan Komuniti Cina Seberang Laut

Dalam usaha membantu komuniti Cina yang menganggur atau telah hilang pekerjaan serta hidup dalam
kemiskinan, Badan Penasihat Cina telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh komuniti Cina. Disamping usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh badan ini, mereka
juga meminta pelbagai jenis bantuan daripada kerajaan British terutama sepanjang tempoh berlakunya
kemelesetan ekonomi yang telah menyebabkan berlaku peningkatan kadar pengangguran yang tinggi
dalam kalangan komuniti Cina terutama yang terlibat dalam sektor perindustrian. Tindakan ini dilakukan
bertujuan menjamin keselesaan hidup buruh-buruh miskin Cina yang tidak mahu pulang atau tidak
disenaraikan untuk dibawa pulang ke negara asal.

Kesengsaraan yang dihadapi oleh komuniti Cina terutama setiap kali berlakunya ketidaktentuan
ekonomi telah digambarkan oleh D. Bratty yang mengatakan:

”The numbers of unemployment cannot be judged from those seen sleeping in the open
air; some of them have wives and families on small vegetable gardens or fowl farms; they
naturally remain as long as the garden helps them to take out their scanty supply of
money; many, when first deprived of work, stay with friends for a short time, but such
hospitality has limits”

Oleh itu, dalam usaha menjaga kebajikan komuniti Cina Seberang Laut ini, badan ini telah bertungkus
lumus memastikan nasib komuniti mereka terbela dengan mengambil pelbagai langkah, antaranya:

1. Menyediakan kawasan penempatan dan lot-lot pertanian

Satu langkah drastik telah dilakukan oleh Badan Penasihat Cina ketika komuniti Cina berdepan
dengan pelbagai masalah terutama ketika berlakunya kemelesetan ekonomi sekitar 1914 dan
1915adalah dengan cara membuat permohonan mendapatkan kawasan-kawasan untuk dijadikan
kawasan pertanian yang akan diusahakan oleh komuniti Cina sekaligus untuk dijadikan kawasan
penempatan bagi mereka. Dengan cara ini, mereka yang kehilangan kerja dan hidup merempat dalam
kemiskinan akan mendapat pekerjaan sekaligus tempat untuk dijadikan kediaman sendiri tanpa perlu

1654
menumpang atau bergelandangan. Melalui keputusan mesyuarat yang telah dihadiri oleh wakil pihak
British bersama-sama taukeh-taukeh Cina yang menjadi ahli jawatankuasa dalam Badan Penasihat Cina
telah mendesak supaya pihak British memperuntukkan tanah seluas 500 hektar di mana-mana daerah di
Selangor bagi tujuan tersebut1.

Atas desakan tersebut, pihak British telah meluluskan satu kawasan di Salak Selatan untuk
dijadikan sebagai kawasan penempatan dan pertanian bagi komuniti Cina. Kawasan yang telah diberikan
oleh kerajaan ini adalah kawasan yang telah dipilih dan dipersetujui oleh ahli-ahli Badan Penasihat Cina
sebelum ia diajukan kepada kerajaan. Badan tersebut telah melantik tiga orang ahlinya2 untuk
menguruskan hal tersebut. Walaupun pihak British telah meluluskan kawasan tersebut, mereka tetap
mendesak pihak British dengan cara menghantar wakil yang juga ahli badan tersebut untuk berunding
dengan pihak British supaya meluluskan kawasan seluas 150 hektar di Serdang dan 300 hektar di Kajang
untuk memenuhi tujuan tersebut. Atas desakan ini, sekali lagi pihak British telah meluluskan tanah seluas
350 hektar di Kajang untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian dan penempatan bagi komuniti Cina.
Sebanyak 118 permohonan dari komuniti Cina yang menetap di Selangor telah diterima oleh badan ini3.

Tindakan drastik Badan Penasihat Cina dengan cara meminta pihak British supaya memenuhi
permintaan mereka dalam usaha menyediakan penempatan dan pekerjaan baru kepada komuniti Cina
telah membantu kumpulan ini mendapat kehidupan yang lebih selesa.

Selain daripada tempoh kemelesetan sekitar 1914 dan 1915, dalam tempoh kemelesetan pada
tahun 1929 hingga 1933, Badan Penasihat Cina turut berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan
komuniti Cina di Selangor mendapat perlindungan sewajarnya terutama dari pihak British ketika
kedudukan ekonomi tidak stabil. Dalam tahun 1931, ketika kemuncak kemelesetan paling teruk, badan
ini telah bertindak mencadangkan kepada pihak British supaya pertama, menyediakan kawasan seluas
500 hingga 1000 hektar untuk komuniti Cina menjalankan aktiviti pertanian di mana-mana daerah di
Selangor.

Kedua, membahagikan kawasan-kawasan seluas 2, 5 atau 10 hektar kepada setiap individu Cina
yang menganggur atau kumpulan buruh-buruh yang menganggur untuk dijadikan kawasan
penyelenggaraan ternakan seperti babi, kambing, unggas dan merpati. Selain itu, mereka juga dapat
menjalankan aktiviti penanaman sayur-sayuran, menanam pokok buah-buahan atau dijadikan sebagai
kolam ternakan ikan.

Ketiga, mereka mendesak kerajaan supaya menyediakan wang pendahuluan kepada buruh-
buruh Cina yang menganggur sebagai perbelanjaan permulaan dan menampung stok barangan
perniagaan mereka. Keempat pula, pihak British haruslah menyediakan pinjaman persendirian (personal

1
SEC. SEL. 3366/1914, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the Chinese
Secretariat on Wednesday 1 July, 1914, hlm. 2-3. (Mesyuarat ini dihadiri oleh D. Bratty selaku Presiden, Badan
Penasihat Cina, Tawkey Lee Kong Lam, Tawkey Chan Sew Lin, Tawkey Loke Chow Kit, Tawkey Yap Chi Then, Tawkey
Li Peng, Tawkey Low Leong Gan, Tawkey Phu Phui Ann dan Tawkey Choo Kia Peng)
2
Mereka terdiri daripada Tawkey Lee Kong Lam, Tawkey Low Leong Gan dan Tawkey Yap Chi Then.
3
SEC. SEL. G. 2154/1916, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the Chinese
st
Secretariat, Kuala Lumpur on Friday, March 31 1916, hlm. 1-2.

1655
loan) kepada buruh-buruh Cina yang menganggur dan memberi tempoh kepada mereka untuk
membayar balik dalam masa 12 bulan tanpa dikenakan cas tambahan dan kelima, semua jualan hasil
ternakan atau produk-produk lain hendaklah dikawal oleh badan yang memberi pinjaman. Jika dilihat
daripada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Badan Penasihat Cina dalam membantu kaum mereka
menghadapi tempoh-tempoh genting zaman kemelesetan ekonomi akibat daripada ancaman
peperangan adalah sangat memuaskan.

2. Menubuhkan Tabung Bantuan Kecemasan Cina

Badan Penasihat Cina juga menubuhkan Tabung Bantuan Kecemasan Cina yang bertujuan menyediakan
bantuan berbentuk barang-barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada wanita Cina yang miskin dan
melarat yang berumur 45 tahun ke atas. Selain daripada bantuan berupa barangan, mereka juga
menerima sejumlah elaun tetap secara bulanan iaitu sebanyak $10. Bantuan ini layak diterima sekiranya
mereka telah menetap selama lima tahun atau lebih di Selangor. Selain bantuan kepada wanita,
kumpulan kanak-kanak juga layak menerimanya tetapi bergantung kepada budi bicara komuniti4 yang
telah dilantik oleh badan ini5. Selepas tabung bantuan ini ditubuhkan secara rasmi, Taukeh Loke Yew
telah menyumbang derma sebanyak $2,000 dan sumbangan ini telah dimasukkan ke dalam Kwok Yik
(Selangor) Banking Corporation Ltd. di Kuala Lumpur6 di mana ia merupakan sebuah institusi bank milik
penuh komuniti Cina yang paling berpengaruh ketika itu.

Selain daripada menerima sumbangan wang tunai dari komuniti Cina sendiri, pihak British juga
turut menyumbang kepada tabung bantuan tersebut. Dapat dilihat dalam tahun 1927, apabila
kedudukan harga timah mulai merosot, daripada 15 sumbangan yang berjumlah $12,800, satu
sumbangan telah diberikan oleh pihak British dalam bentuk wang tunai sebanyak $6,0007.

Dalam tahun-tahun kemelesetan terutama sekitar tempoh 1929 hingga 1933, tabung bantuan
ini sangat bermakna kepada kumpulan wanita dan kanak-kanak yang tiada punca pendapatan. Semasa
kemelesetan ekonomi mulai dirasai di Selangor, pada tahun 1928, sebanyak 16 sumbangan telah
diterima oleh tabung bantuan ini daripada badan persatuan dan juga perseorangan yang berjumlah
$3,160 dan jumlah bantuan yang diberikan kepada wanita Cina yang berkelayakan berjumlah $4,431.

4
Badan ini dipengerusikan oleh Presiden Badan Penasihat Cina, empat ahli jawatankuasa telah dilantik
yang juga merupakan ahli Badan Penasihat Cina dan seorang Bendahari yang bertindak meguruskan kewangan
badan ini. Setiap kali mesyuarat di adakan, sekurang-kurangnya tiga ahli mesti menghadirkan diri. Antara ahli yang
telah dilantik adalah Towkay Khoo Kia Peng, Towkay San Ah Wing, Towkay Low Leong Gan dan Towkay Yap Loong
Hin. Manakala Towkay San Ah Wing pula bertindak sebagai Bendahari kepada badan ini.
5
SEC. SEL. G. 2694/1924, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the Chinese
th
Secretariat on Wednesday 26 March 1924, hlm. 1-2.
6
SEC. SEL. 848/1925, Report on the Chinese Protectorate for the year 1924 by C.K. Muspratt, 13 February
1925, Lampiran: The Destitute Chinese Emergency Fund.
7
SEC. SEL. 245/1928, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1927 by W.H.
Kingston, 30 January 1928, hlm. 2.

1656
Seramai 62 orang wanita tua dan miskin menerima elaun sebanyak $5 hingga $15 sebulan8. Sikap bantu-
membantu yang ditunjukkan oleh komuniti Cina terus menebal dalam diri mereka terutama ketika
sedang menghadapi saat-saat genting kemeleseten ekonomi. Ini dapat dilihat dalam tahun 1929, jumlah
sumbangan yang diterima olah badan ini semakin meningkat kepada $5,720 di mana $4,070 telah
diterima daripada individu-indivitu Cina yang tidak diketahui identitinya. Jumlah sumbangan yang
diterima semakin meningkat turut mempengaruhi jumlah agihan di mana dalam tahun tersebut
sebanyak $6,419 telah disumbangkan kepada golongan wanita miskin9.

Dalam tahun 1931, ketika kemelesetan ekonomi sedang terjejas teruk, pengurusan Badan
Penasihat Cina terpaksa mengurangkan kadar elaun daripada $10 kepada $6 bagi setiap bulan bermula 1
September 1931. Selain daripada kadar elaun yang semakin berkurangan, jumlah wanita yang menerima
bantuan ini turut berkurangan dan hanya dihadkan kepada 100 orang sahaja10. Walaupun jumlah
sumbangan yang diterima dalam tahun tersebut adalah tinggi iaitu sebanyak $6,190 yang mana
kesemuanya disumbangkan oleh individu-individu Cina yang tidak dikenal pasti identitinya tetapi jumlah
elaun terpaksa dikurangkan kerana badan ini menerima banyak permohonan daripada wanita Cina yang
miskin dan melarat terutama di sekitar daerah Kuala Lumpur. Jumlah agihan juga semakin meningkat
kepada $7,95111. Walaupun bantuan yang disalurkan oleh badan ini hanya melibatkan jumlah
peruntukan yang sederhana tetapi ia sudah cukup untuk membantu golongan ini untuk sama-sama
meringankan bebanan suami mereka ketika menghadapi desakan kewangan ketika menempoh zaman
kemelesetan.

Apabila kedudukan ekonomi mulai kembali stabil dengan kenaikan harga timah bermula tahun
1934, jumlah sumbangan yang diterima daripada individu-individu Cina berkurangan dan badan ini
banyak menerima sumbangan daripada persatuan-persatuan berdaftar Cina. Dalam tahun 1935,
sebanyak $3,777 telah diterima olah badan ini di mana $3,000 telah disumbangkan oleh Persatuan
Peniaga-Peniaga Beras Selangor dan bakinya diterima daripada Si Yeh Temple, Kuala Lumpur. Di samping
jumlah sumbangan yang semakin mengecil, jumlah yang dikeluarkan untuk diagihkan juga semakin
sedikit iaitu sebanyak $4,757 sahaja12. Ini adalah kerana jumlah individu yang menerima sumbangan
tersebut telah dikurangkan kerana kedudukan ekonomi dalam tempoh tersebut semakin baik dan
kebanyakan daripada mereka mulai mendapat pekerjaan semula.

8
SEC. SEL. 239/1929, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1928 by G.S.
Hellings, 30 January 1929, hlm. 2.
9
SEL.SEC. 210/1930, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1929 by E.C.S.
Adkins, 27 January 1930, hlm. 1-2.
10
SEC. SEL. G. 1342/1931, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the
th
Chinese Secretariat, Kuala Lumpur, on Monday 28 September, 1931, at 2.15 p.m, hlm. 4-5.
11
SEC. SEL. G. 351/1932, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1931 by John
Jeff, 29 January 1932, hlm. 2-3.
12
SEC. SEL.G. 51/1936, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1935 by J.T.
Rea,18 February 1936,hlm. 2.

1657
3. Menyediakan Tempat Perlindungan Sementara

Badan ini juga berusaha menyediakan tempat-tempat perlindungan sementara kepada komuniti
Cina terutama ketika Selangor berdepan dengan kemelesetan ekonomi. Dapat dilihat peranan besar
yang dimainkan oleh badan ini ketika Selangor sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sekitar
1920 hingga 1922, satu mesyuarat telah diadakan pada April 1921 yang dipengerusikan oleh A.M.
Goodman13 membincangkan tentang nasib buruh-buruh Cina yang hilang pekerjaan. Badan ini
menetapkan tiga jenis bantuan iaitu menyediakan pekerjaan kepada buruh-buruh Cina yang menganggur
sama ada mereka pekerja mahir atau tidak mahir, menghantar pulang ke negara asal dan memberi
bantuan kepada komuniti Cina yang miskin dan melarat di mana sumbangan atau derma adalah
dikumpul daripada komuniti Cina itu sendiri14.

Antara tindakan segera yang telah dilakukan selepas mesyuarat tersebut, badan ini telah
bekerjasama dengan kerajaanmenyediakan bekalan makanan dan pakaian secara percuma kepada
golongan ini di samping menyediakan kem perlindungan sementara yang didirikan di kawasan tanah
perkuburan Cina pada Mei 1921 dan pada bulan Julai, tahun yang sama didirikan tiga rumah atap beserta
dengan dapur dan kemudahan-kemudahan lain seperti tandas dan sebagainya. Sebaik sahaja terbina
kem tersebut, komuniti Cina yang menganggur dan miskin telah berduyun-duyun mendaftar masuk.
Sehingga bulan Januari 1922 iaitu selepas lapan bulan dibuka, terdapat 1,822 komuniti Cina yang tinggal
sementara di khemah perlindungan dan sejumlah 311 orang telah dihantar pulang ke negara China
dengan perbelanjaan penghantaran ditanggung oleh pihak British15.Bagi menjamin kesihatan komuniti
Cina yang berada di kem perlindungan ini dan, Hospital Daerah (District Hospital) telah menyediakan
beberapa orang jururawat lelaki dan pembantu bagi memantau tahap kesihatan mereka sepanjang
mendapat perlindungan di kem tersebut16.

Kedua, dalam tempoh kemelesetan paling teruk sekitar 1929 hingga 1933, Badan Penasihat Cina
yang dianggotai oleh saudagar-saudagar Cina yang kaya raya telah mendesak pihak British supaya
memberi perhatian kepada masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh komuniti Cina di Selangor. Akibat
daripada desakan-desakan ini, pihak British telah mencadangkan supaya satu kem perlindungan
sementara di Perak tetapi telah ditolak oleh badan tersebut kerana beranggapan bahawa negeri tersebut
tidak sesuai dan mereka meminta supaya kem tersebut dibina di Selangor. Apabila pihak British
meluluskan permohonan mereka, satu jawatan kuasa telah ditubuhkan iaitu Chinese Unemployment
Relief Committee di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan segera sebuah kem perlindungan
sementara di Kuala Lumpur pada bulan Julai 193017.

13
Beliau merupakan pengerusi Secretary for Chinese Affairs merangkap pengerusi bagi Mesyuarat Majlis
Penasihat Komuniti Cina (Chinese Advisory Board).
14
SEL.SEC. 1952/1921, Chinese Advisory Board: Minutes of Meeting 1921, 27 April 1921, hlm. 1.
15
SEL.SEC. 811/1922, Annual Report on Chinese Secretariat, Selangor for 1921 by Protector of Chinese,
Selangor & Negeri Sembilan, 15 February 1922, hlm. 5-6.
16
Ibid, SEC. SEL. 1952/1921, hlm. 1.
17
CO576/41, Federated Malay States: Report of the Secretary for Chinese Affairs for the year 1930 by P.T.
Allen, 18 March 1931, hlm. 187.

1658
Kem sementara yang ditubuhkan telah digunakan untuk menempatkan buruh-buruh Cina yang
menganggur dan uzur dan dana yang digunakan untuk menubuhkan kem ini adalah hasil kutipan dana
orang ramai terutama saudagar-saudagar Cina yang kaya raya dan ditadbir18 oleh kumpulan mereka
sendiri. Ini telah menjimatkan perbelanjaan pihak British yang juga turut menerima kesan akibat
daripada kemelesetan ini kerana pemintaan terhadap barangan keluaran Selangor merosot dengan
teruk.

4. Meminta Kerajaan Menyediakan Pekerjaaan Kepada Buruh Miskin

Badan ini telah bertindak meminta kerajaan supaya mengambil langkah segera dengan cara
menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum buruh yang miskin terutama yang mendaftar masuk ke
kem perlindungan sementara. Tindakan yang telah diambil oleh Badan Penasihat Cina ini telah
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Bagi pihak British, lambakan tenaga buruh Cina yang berlebihan
menyebabkan kerajaan hanya mengeluarkan peruntukan yang lebih kecil untuk membayar upah mereka
dan ini secara langsung telah dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Bagi pihak komuniti Cina pula,
di samping mereka mendapat pekerjaan baru yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, mereka juga
mendapat tempat perlindungan dan segala kemudahan asas yang lain seperti makan minum, pakaian,
bekalan ubat-ubatan dan sebagainya.

Menurut A.B. Jordan, pihak British telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lelaki Cina dari
kem sementara dengan peruntukan sebanyak $2,026 sebulan. Walaupun bilangan pekerja dan bayaran
gaji yang disediakan oleh kerajaan adalah kecil dan tidak memuaskan tetapi ia sudah cukup membantu
mereka dalam menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi tersebut19. Antara peluang pekerjaan yang
telah disediakan oleh kerajaan Selangor kepada buruh-buruh Cina yang menganggur adalah seperti
kerja-kerja membina jalan raya, memecahkan batu-batu, penggalian sungai-sungai dan penanaman padi.
Mereka menerima upah yang sangat kecil iaitu sekitar 50¢ hingga 60¢ sehari20.Menurut Major G.M. Kidd,
dalam tahun 1939, pihak British telah menyediakan bantuan pekerjaan kepada buruh-buruh lombong
yang tidak mempunyai pekerjaan di mana urusan ini dikendalikan oleh Jabatan Kerja Am.21Pengambilan
18
Jawatankuasa yang menguruskan kem sementara tersebut terdiri daripada saudagar-saudagar kaya iaitu
Gun Lay Teik, Yeo Keng Wee, Chia Hood Lye, Foo Meow Chin, Chan Tuck Chee, Chan Tuck Wing, Khoo Wee Chye,
Khoo Wee Tat, Chiu Sek Leng, Yong Kung Lin, Ong Ee Kong, Ong Ee Lim dan Ong Eng Suan. Lihat dalam
CO273/566/2, Surat dari Government House, Singapore kepada Lord Passfield yang bertarikh 23 Oktober 1930
yang dilampirkan keratan akbar yang bertajuk Chinese Unemployed: 900 Labourers in Kuala Lumpur Camp dalam
Unemployment in Malaya: Proposed Restriction of Chinese Immigration, No. 72141, hlm. 66.
19
CO273/566/2, Surat dari Government House, Singapore kepada Lord Passfield yang bertarikh 23
Oktober 1930 yang dilampirkan Memorandum yang bertajuk Unemployment amongst Chinese Labourers in the
Federated Malay States dalam Unemployment in Malaya: Proposed Restriction of Chinese Immigration, No. 72141,
hlm. 22.
20
Ibid, CO273/566/2hlm. 23.
21
Sepanjang tempoh ini, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak $633,939 bagi tujuan pembinaan
jalan raya yang melibatkan empat laluan iaitu, jalan utama dari Kuala Lumpur - Kanching, jalan Ginting Simpah (5
batu), jalan Kuala Lumpur - Kuala Selangor (6½-20 batu) dan Petaling–Puchong-Dengkil (7-11 batu).

1659
pertama pekerja untuk kerja-kerja pembinaan jalan raya dilakukan pada awal tahun 1938 dan diteruskan
sepanjang tahun 1939. Jumlah buruh yang terlibat dengan kerja pembinaan jalan raya seramai 2,839
pada Januari 1939 dan seterusnya meningkat kepada 3,750 orang pada bulan Ogos tetapi jumlah ini
berkurangan pada akhir tahun kepada hanya 1800 orang22. Langkah yang diambil oleh pihak British
dengan menyediakan pekerjaan alternatif kepada buruh lombong Cina telah dapat mengurangkan kadar
penghijrahan keluar golongan ini. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah permohonan dari komuniti Cina
untuk pulang ke negara mereka menurun sebanyak 532 orang kepada hanya 47 orang sahaja iaitu 43
lelaki dan 4 wanita yang lanjut usia23.

Bagi komuniti Cina yang berada di kem perlindungan sementara atau sebelum pihak British
menempatkan di mana-mana sektor yang bersesuaian dengan mereka, pihak pengurusan kem telah
menyediakan pelbagai aktiviti yang manfaat dan boleh menjana pendapatan kepada mereka. Antara
aktiviti secara besar-besaran yang dilakukan oleh mereka adalah menghasilkan bakul-bakul yang
diperbuat daripada buluh dalam saiz dan bentuk yang pelbagai. Dalam tahun 1930, sebanyak 25,530
buah bakul telah berjaya dijual kepada masyarakat sekitar Selangor. Di samping aktiviti tersebut, mereka
juga telah mengusahakan tanah di sekitar tersebut dengan penanaman sayur-sayuran dan tembakau24.

5. Menyediakan Gerai-Gerai KecilKepada Komuniti Cina


Dalam usaha membantu orang Cina menghadapi krisis ekonomi sekitar tempoh kemelesetan
1914 dan 1915, satu mesyuarat Badan Penasihat Cina (Chinese Advisory Board) 25 telah diadakan yang
dipengerusikan oleh D. Bratty26 memutuskan untuk membina Small Market27 dan di dalamnya dibina
gerai-gerai kecil khusus untuk menjual makanan dan minuman di sekitar bandar Kuala Lumpur. Semua
rumah kedai ini adalah dibawah pengawasan Badan Penasihat Cina yang bertindak sebagai pemegang
amanah untuk mengendalikan serta menjaga kepentingan orang Cina di kawasan tersebut. Enam Small

22
FMS: Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Selangor for the year 1939 by
Major G.M. Kidd, Acting British Resident, Selangor, hlm. 28.
23
Ibid,1939, hlm. 62.
24
CO439/4, Federated Malay States: Supplement to the F.M.S. Government Gazette, 1930. Contents:
Selangor Administration Report for the year 1931 by T.S. Adam, 9 July 1932, hlm. 195.
25
Turut dianggotai oleh Lee Kong Lam, Loke Yew, Yap Chi Then, Li Fong, Khoo Hock Cheong, Low Leong
Gan, Phu Phui Ann dan Choo Kia Peng.
26
Beliau merupakan Penolong Pelindung Orang Cina Selangor & Negeri Sembilan seterusnya dilantik
sebagai Pelindung Orang Cina Selangor & Selangor pada 1 April 1914 menggantikan A.M. Pountney yang diarahkan
supaya kembali ke Pejabat Kolonial dan dilantik sebagai Superintendent of Census bagi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Disamping tugasnya sebagai Pelindung Orang Cina, beliau juga menjalankan tugas sebagai Secretary for
Chinese Affairs bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau telah melepaskan jawatannya pada 6 April 1915. Lihat
dalam CO439/3, Federated Malay States: Selangor Administration Report for the year 1914 by E. G. Broadrick, 29
March 1915, hlm. 276, CO439/3, Federated Malay States: Selangor Administration Report for the year 1915 by E. G.
Broadrick, 6 April 1916, hlm. 310.
27
SEC.SEL. 1426/1914, Minutes of Meeting of the Chinese Advisory Board, Selangor, 27 February 1914,
hlm. 1-3.

1660
Market akan dibina di kawasan lapang belakang Drury Lane, Rodger Street berhampiran Railway Lane,
Pudu Street berhampiran Railway Station, Batu Road, Malacca Street dan kawasan lapang berhampiran
dengan Fui Chui Kongsi.28Dalam masa yang sama, badan ini juga memohon supaya pihak British
mengambil langkah drastik dalam usaha menyediakan pekerjaan untuk buruh lombong Cina yang
dibuang kerja supaya diserapkan ke dalam kerja-kerja awam29 seperti pembinaan landasan kereta api,
membersih dan membuka kawasan-kawasan hutan untuk tujuan pertanian dan sebagainya.

6. Mendesak Kerajaan Menangung Sepenuhnya Kos Penghantaran Pulang Buruh Ke China

Melalui Minit Mesyuarat Selangor Chinese Advisory Board, yang diadakan pada 29 Oktober 1914 di Kuala
Lumpur, mengatakan bahawa segala kos perbelanjaan bagi penghantaran pulang komuniti Cina adalah
ditanggung oleh pihak British sepenuhnya. Di samping menanggung kos penghantaran pulang, pihak
British juga dicadangkan agar menyediakan keperluan harian kepada komuniti Cina yang terlibat seperti
pakaian panas, makanan dan lain-lain30. Atas desakan tersebut pihak British terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang besar kerana ia melibatkan bayaran untuk pengangkutan, pakaian dan duit poket
untuk perbelanjaan sepanjang dalam perjalanan sehingga sampai ke negara mereka. Dalam tahun 1930,
pihak British telah memperuntukan wang sebanyak $70,000 untuk menampung proses penghantaran
pulang buruh-buruh Cina ke negara asal mereka. Jumlah ini semakin meningkat pada tahun 1931 di
mana sehingga bulan Jun sahaja, pihak British telah mengeluarkan wang sebanyak $106,000 untuk
tujuan tersebut31. Purata kos bagi penghantaran pulang adalah berjumlah $17 bagi seorang. Operasi
menghantar pulang komuniti Cina adalah secara berperingkat-peringkat kerana pihak British tidak
mempunyai peruntukan yang besar akibat daripada desakan masalah kewangan yang turut dihadapi oleh
pihak British ketika itu32.

Di samping penyediaan kos penghantaran, pihak British juga memastikan supaya operasi
penghantaran pulang komuniti Cina ke negara asal mereka berjalan lancar. Pihak British telah bertindak
menghantar pulang mereka melalui pengangkutan laut di mana terdapat lima buah syarikat perkapalan33
yang mengendalikan kapal-kapal besar bertanggungjawab untuk tugas penghantaran pulang komuniti
Cina

28
SEC.SEL. 1426/1914, Minutes of Meeting of the Chinese Advisory Board, Selangor, 27 February 1914,
hlm. 1-3.
29
SEC. SEL.3366/1914, Selangor Chinese Advisory Board: Minutes of Meeting, 1 July 1914, hlm. 1-2.
30
SEC.SEL 5280/1914, Chinese Advisory Board , Selangor, Minute of Meeting, 29 October 1914, hlm. 3.
31
SEC. SEL. G. 1342/1931, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the
th
Chinese Secretariat, Kuala Lumpur, on Monday 15 June, 1931, at 2.15 p.m, hlm. 1-2.
32
CO273/566/2, Surat dari Government House, Singapore kepada Lord Passfield yang bertarikh 23
Oktober 1930 yang dilampirkan Memorandum yang bertajuk Unemployment amongst Chinese Labourers in the
Federated Malay States dalam Unemployment in Malaya: Proposed Restriction of Chinese Immigration, No. 72141,
hlm. 23.
33
China Navigation (Butterfield and Swire), The Indo-China (Jardine Matheson), The British India, The
Koninklijke Paketvaart Maatschappij dan Ho Hong Company.

1661
Kesimpulan

Badan Penasihat Cina telah memainkan peranan yang cukup besar dalam menjaga hal ehwal yang
berkaitan dengan keperluan dan kebajikan komuniti Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu semasa
pemerintahan British. Golongan yang kurang bernasib baik atau kumpulan-kumpulan buruh miskin Cina
sentiasa mendapat perhatian badan ini. Keprihatinan badan ini terhadap komuniti Cina yang kurang
bernasib baik dapat dilihat dengan jelas ketika setiap kali berlaku kemelesetan ekonomi yang membawa
kepada peningkatan kadar pengangguran yang mendadak komuniti ini berbanding komuniti Melayu dan
India. Selain mendapatkan bantuan daripada komuniti mereka sendiri, badan ini juga bertindak
mendesak pihak kerajaan supaya memberi perhatian kepada masalah yang menimpa komuniti Cina.
Peranan yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Badan Penasihat Cina ini telah meletakkan
sebahagian besar daripada komuniti Cina yang kurang bernasib baik berada dalam keadaan selesa dan
dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa melalui kesengsaraan dan penderitaan.

Rujukan
CO273/566/2. 1930. Surat dari Government House, Singapore kepada Lord Passfield yang bertarikh 23
Oktober 1930 yang dilampirkan Memorandum yang bertajuk Unemployment amongst Chinese
Labourers in the Federated Malay States dalam Unemployment in Malaya: Proposed Restriction
of Chinese Immigration, No. 72141.

CO273/566/2. 1930. Surat dari Government House, Singapore kepada Lord Passfield yang bertarikh 23
Oktober 1930 yang dilampirkan keratan akbar yang bertajuk Chinese Unemployed: 900
Labourers in Kuala Lumpur Camp dalam Unemployment in Malaya: Proposed Restriction of
Chinese Immigration, No. 72141

CO439/4. 1932.Federated Malay States: Supplement to the F.M.S. Government Gazette, 1930. Contents:
Selangor Administration Report for the year 1931 by T.S. Adam, 9 July 1932.

CO439/3. 1915. Federated Malay States: Selangor Administration Report for the year 1914 by E. G.
Broadrick, 29 March 1915.

CO439/3. 1916. Federated Malay States: Selangor Administration Report for the year 1915 by E. G.
Broadrick, 6 April 1916.

CO576/41. 1931. Federated Malay States: Report of the Secretary for Chinese Affairs for the year 1930
by P.T. Allen, 18 March 1931.

FMS: Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Selangor for the year 1939 by
Major G.M. Kidd, Acting British Resident, Selangor

SEC. SEL. G. 2694/1924, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the
Chinese Secretariat on Wednesday 26th March 1924.

SEC. SEL. 848/1925, Report on the Chinese Protectorate for the year 1924 by C.K. Muspratt, 13 February
1925, Lampiran: The Destitute Chinese Emergency Fund.

SEC. SEL. 245/1928, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1927 by W.H.
Kingston, 30 January 1928.

1662
SEC. SEL. 239/1929, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1928 by G.S.
Hellings, 30 January 1929.

SEL.SEC. 210/1930, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1929 by E.C.S.
Adkins, 27 January 1930.

SEC. SEL. G. 1342/1931, Minutes of a Meeting of the Chinese Advisory Board Selangor held at the
Chinese Secretariat, Kuala Lumpur, on Monday 28th September 1931.

SEC. SEL. G. 351/1932, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1931 by John
Jeff, 29 January 1932, hlm. 2-3.

SEC. SEL.G. 51/1936, Annual Report on the Chinese Protectorate Selangor for the year 1935 by J.T.
Rea,18 February 1936,hlm. 2.

SEL.SEC. 1952/1921, Chinese Advisory Board: Minutes of Meeting 1921, 27 April 1921, hlm. 1.

SEL.SEC. 811/1922, Annual Report on Chinese Secretariat, Selangor for 1921 by Protector of Chinese,
Selangor & Negeri Sembilan, 15 February 1922.

SEC.SEL. 1426/1914, Minutes of Meeting of the Chinese Advisory Board, Selangor, 27 February 1914.

SEC. SEL.3366/1914, Selangor Chinese Advisory Board: Minutes of Meeting, 1 July 1914.

SEC.SEL 5280/1914, Chinese Advisory Board , Selangor, Minute of Meeting, 29 October 1914.

1663
KESAN PENGGUNAANSUMBER SEJARAH DIGITAL TERHADAP
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Renuka Ramakrishnan Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
renukaesd@hotmail.com

Abstrak

Kajian eksperimental ini bertujuan untuk meninjau kesan penggunaan sumber sejarah digital
terhadap kemahiran pemikiran sejarah murid Tingkatan Empat. Aspek yang telah dikaji ialah
perbezaan kemahiran pemikiran sejarah murid yang menggunakan sumber sejarah digitalsecara
terbimbing dengan murid yang menggunakan sumber sejarah digitalsecara bebas dan Portal E-
Buku Teks. Kajian ini memfokuskan kepada tiga jenis kemahiran pemikiran sejarah iaitu kemahiran
memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasi. Sampel
kajian terdiri daripada 104 orang murid yang dipilih secara rawak dari tiga buah sekolah menengah
di utara Malaysia (Kumpulan eksperimen 1 n=33, kumpulan eksperimen 2 n=34, kumpulan kawalan
n=37). Kumpulan eksperimen 1 menggunakan sumber sejarah digitalsecara terbimbingmanakala
kumpulan eksperimen 2 menggunakan sumber sejarah digitalsecara bebasdan kumpulan kawalan
menggunakan sumber E-Buku Teks. Ujian Pencapaian Sejarah dan protokol temu bual telah
digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan
Ujian ANOVA Satu Hala. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kemahiran memahami kronologi antara ketiga-tiga
kumpulan. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kemahiran
meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasibagi murid yang menggunakan sumber
sejarah digitalsecara terbimbing berbanding dengan murid yang menggunakan sumber sejarah
digitalsecara bebas dan sumberE-Buku Teks. Kajian ini juga telah meninjau persepsi serta cabaran
yang dihadapi oleh murid dalam menggunakansumber sejarah digital. Hasil temu bual mendapati
bahawa murid secara keseluruhannya menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan
sumber sejarah digitalsungguh pun dibatasi oleh pelbagai cabaran.

Kata kunci :Sumber sejarah digital, Terbimbing, Bebas, E-Buku Teks, Kemahiran Pemikiran Sejarah

1664
PENGENALAN

Kemahiran pemikiran sejarah merupakan elemen penting dalam pendidikan sejarah. Kemahiran
ini penting untuk murid memahami dan menghayati sejarah yang telah berlaku pada masa lampau agar
perubahan masa depan dapat dirancang dengan baik (Hazri, 2003).Selaras dengan matlamat ini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2000) telah menggariskan lima jenis kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid dalam pembelajaran sejarah iaitu; kemahiran memahami kronologi, kemahiran
meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi, dan kemahiran
membuat rasionalisasi.Kemahiran ini dapat dikuasai jika murid diberi peluang untuk meneroka pelbagai
bukti sejarah. Menurut Wineburg (2001), kemahiran pemikiran sejarah tidak wujud secara semulajadi
tetapi perlu dipupuk dari luar seperti mengumpul, membaca dan menganalisis pelbagai bahan bukti
sejarah. Bagi mencapai kemahiran ini sumber sejarah seperti dokumen, artifak, catatan dan dapatan
baru perlu ditonjolkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah (Lee, 2002). Walau bagaimanapun
kajian lepas menunjukkan murid jarang mendapat peluang untuk mengeksploitasikan sumber sejarah
daripada muzium, arkib mahupun tempat bersejarah kerana dihadkan oleh perbelanjaan yang tinggi dan
masa perjalanan yang panjang (Levesque, 2008). Hal ini menyebbkan pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di bilik darjah masih bergantung terhadap buku teks (Gillaspie & Davis, 1997; Van Hover &
Yeager, 2004; Siti Hawa Abdullah, 2008).Kekangan seumpama ini boleh menjadi penghalang kepada
penguasaan kemahiran pemikiran sejarah di bilik darjah (Fertig, 2005; Scheurell, 2007).

Perkembangan Teknologi Maklumat kini membolehkan akses terhadap sumber sejarah digital
secara mudah. Menurut Cohen dan Rosenzweig (2006), sumber sejarah digital ialah penyebaran bahan
sejarah dalam bentuk multimedia menggunakan rangkaian digital. Mulai pertengahan tahun 1990an
sumber sejarah dalam bentuk analog (rekod bertulis, foto, artifak, rakaman audio dan video) mula
didigitalkan dan disebarkan melalui internet menerusi perisian seperti blog, wiki dan Youtube Video
(Brugger, 2011b). Sumber sejarah ini dihasilkan oleh pihak muzium, arkib, perpustakaan mahupun orang
persendirian. Dengan adanya kemudahan internet, sumber sejarah yang disimpan beribu-ribu kilometer
ini dapat diakses dengan mudah. Penggunaan sumber sejarah digital dalam pengajaran dan
pembelajaran juga merupakan suatu revolusi dalam pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung
kepada sumber bercetak (Benkler, 2006). Sumber yang didigitalkan seperti teks, imej dan
artifakmenyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk menguasai kemahiran pemikiran sejarah
seperti meneroka, mentafsir, dan mencari makna di sebalik bahan bukti (Bolick & McGlinn, 2004;
Endacott, 2010; Sandwell, 2004; Schrum, 2001). Menurut Bass (2003) kemahiran pemikiran sejarah
menjadikan seseorang murid berfikir seperti seorang sejarawan.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan sumber sejarah digital dalam pengajaran
dan pembelajaran sejarah. Kajian Pan et al., (2007) mencadangkan penggunaan enjin pencarian Google
bagi mendapatkan laman web yang kaya dengan maklumat dan sumber sejarah seperti artifak dan
dokumen sejarah yang telah didigitalkan. Sumber sejarah digital membolehkan murid berfikir di luar
konteks buku teks serta berpeluang membuat kajian menggunakan sumber sejarah yang sahih.
Penerokaan pelbagai jenis sumber sejarah membolehkan murid memahami urutan sesuatu peristiwa
sejarah dengan lebih baik. Malah sifat sumber digital primer yang simbolik juga membuka ruang untuk
murid memberikan interpretasi baru terhadap sesuatu permasalahan sejarah. Unsur multimedia yang

1665
digabungkan bersama sumber digital seperti teks, imej, audio dan video membantu murid untuk
memahami sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih mendalam. Menurut Tally dan Goldenberg (2005), ciri
multimedia yang terdapat pada sumber digital membolehkan murid melihat masalah sejarah dari
kacamata yang berbeza.

Meskipun sumber sejarah digital menjanjikan potensi yang besar dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah, namun, penggunaannya bagi meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dalam
kalangan murid mempunyai beberapa kekangan. Menurut NEC Research Institute Inc (2006) terdapat
lebih daripada 1.4 billion sumber digital yang meliputi pelbagai format dalam internet. Sebanyak 25
halaman baru dimasukkan setiap saat. Sumber digital yang semakin meningkat ini boleh menyebabkan
murid menjadi keliru untuk memilih sumber yang sesuai mengikut keperluannya dalam keadaan tanpa
bimbingan guru. Murid yang keliru ini sering mengambil jalan singkat dengan mendapatkan sumber yang
boleh diperolehi dengan cepat dan mudah untuk menyiapkan tugasannya (Mason, 2002). Selain itu,
sumber yang diterbitkan dalam internet juga boleh dipersoalkan kesahihannya. Kebanyakan bahan yang
diterbitkan tidak melalui proses penyemakan dan penyuntingan seperti yang terdapat dalam bahan
bercetak seperti buku, jurnal dan akhbar. Hal ini boleh menyebabkan murid menghadapi kesukaran
untuk memilih sumber sejarah yang sesuai dan sahih. Kekurangan seumpama ini boleh memberi kesan
terhadap kemahiran pemikiran sejarah murid.

Levesque (2010) dalam kajiannya telah mencadangkan perlunya untuk mengkaji jenis bimbingan
yang diperlukan oleh murid dalam menggunakan sumber sejarah digital. Hal ini kerana walaupun
internet menyediakan ruang dan peluang untuk murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran namun
penerokaan tanpa bimbingan dikatakan boleh menjadikan murid terasa hilang dan kecewa dalam
mencari sumber yang sesuai (Moreno, 2006). Kesukaran mendapatkan sumber sejarah digital yang
sesuai dan sahih ini boleh memberi kesan terhadap kemahiran pemikiran sejarah. Menurut Clark (2012)
pula, penerokaan tanpa bimbingan boleh membawa kepada keadaan putus asa. Murid yang berputus
asa ini akhirnya meniru jawapan murid lain tanpa melakukan sebarang penerokaan. Murid juga sering
berakhir dengan miskonsepsi akibat penerokaan bebas. Hal ini kerana sumber yang diteroka oleh murid
adalah tidak sahih dan kebanyakannya memaparkan maklumat sejarah yang kurang tepat. Miskonsepsi
ini sukar diperbetulkan walaupun guru memberikan jawapan yang betul diakhir pengajaran dan
pembelajaran.

Terdapat aliran pendapat yang menyatakan bahawa murid membina pengetahuan dengan
berkesan dalam persekitaran tanpa bimbingan atau bimbingan terhad (Bruner, 1961; Anthony, 1973;
Schmidt, 1983; Jonassen, 1991; Steffe & Gale, 1995). Namun kajian terkini menunjukkan bahawa
penerokaan bebas adalah kurang berjaya dalam proses pembelajaran (Kirschner, 2006). Menurut Sweller
(2004), daya ingatan jangka pendek manusia adalah terhad. Manusia hanya dapat memproses dua
hingga tiga elemen pada suatu masa Oleh itu, murid yang belajar dalam keadaan tanpa bimbingan
terpaksa menghabiskan banyak masa untuk melakukan percubaaan bagi mencapai matlamat
pembelajaran. Penyelesaian masalah dengan cara sebegini memberikan beban terhadap ingatan jangka
pendek yang sememangnya terhad kapasitinya (Sweller, 2004). Walau bagaimanapun bimbingan hanya
diperlukan oleh murid untuk jangkamasa tertentu. Selepas murid menguasai kemahiran atau

1666
pengetahuan tertentu, bimbingan berlebihan akan membawa kepada expertise-reversal effects iaitu
keadaan di mana pembinaan pengetahuan menjadi pasif. Dalam keadaan sebegini bimbingan minima
adalah paling sesuai (Kirschner, 2006).

Kajian ini berlandaskan dua teori utama iaitu Teori Kognitif Fleksibel (Spiro, Feltovich, Jacobson &
Coulson, 1995) dan Teori Beban Kognitif (Paas, Renkl & Sweller, 2003). Teori Kognitif Fleksibel
menyarankan kepentingan menyediakan bahan pembelajaran yang pelbagai dalam menyampaikan isi
kandungan isi kandungan pelajaran. Bahan pembelajaran ini dapat menyajikan murid dengan pelbagai
interpretasi dari sudut pandangan yang berbeza. Dengan ini murid akan mempunyai persektif yang luas
tentang isi kandungan yang dipelajari (Jacobson, 2000). Mengikut teori ini juga, pembelajaran berkesan
berlaku apabila murid menggunakan sumber yang dipersembahkan dalam dua atau lebih format
multimedia seperti teks, audio dan video. Manakala, Teori Beban Kognitif pula menyatakan bahawa
persembahan pelbagai format boleh mewujudkan beban terhadap terhadap daya ingatan murid jika
tidak direka bentuk dengan betul. Dengan itu reka bentuk pengajaran haruslah mengambil kira kedua-
dua teori ini agar matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai (Kalyuga, 2007). Mayer dan
Moreno (2003) mencadangkan agar guru membimbing murid dengan menyediakan bahan pembelajaran
multimedia untuk kegunaan murid di bilik darjah. Bimbingan guru ini dapat mengelakkan gangguan
perhatian yang mungkin boleh menyebabkan murid tersasar daripada matlamat pembelajaran. Dalam
kajian ini sumber sejarah digital yang dimaksudkan merupakan bahan sejarah dalam bentuk multimedia
yang diperolehi daripada internet. Penyediaan sumber pengajaran dalam bentuk multimedia ini adalah
seperti yang disarankan oleh Teori Kognitif Fleksibel (Spiro et al., 1995). Bahan multimedia ini diharap
dapat memberi peluang kepada murid untuk mengkaji pelbagai bahan sejarah sekaligus meningkatkan
kemahiran pemikiran sejarah. Manakala sumber sejarah digital dalam keadaan terbimbing adalah
mengikut saranan Teori Beban Kognitif. Penyediakan pautan laman web yang berkaitan dengan tajuk
pembelajaran diharap dapat mengurangkan beban kognitif murid agar murid dapat dilibatkan
sepenuhnya dalam menguasai kemahiran pemikiran sejarah.

PORTAL SEJARAWAN MAYA

Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti kesan penggunaan sumber sejarah digital
terhadap kemahiranpemikiran sejarah murid. Bagi tujuan ini, Portal Sejarawan Maya telah direka bentuk.
Portal ini bertujuan untuk menyampaikan isi kandungan Sejarah Tingkatan Empat bagi Bab 9 :
Perkembangan di Eropah. Pembinaan portal ini adalah berdasarkan reka bentuk Model Backward Design
oleh Wiggins dan McTighe (2005) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Dalam reka bentuk ini
matlamat pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum memilih kaedah pengajaran dan bentuk
penilaian. Keadaan ini berbeza dengan perancangan kurikulum tradisional yang mengutamakan isi
kandungan pelajaran. Matlamat portal ini ialah untuk menguji kemahiran pemikiran sejarah. Bagi
mencapai matlamat ini, penilaian dalam bentuk soalan tugasan telah diberikan. Murid meneroka sumber
sejarah digital iaitu sumber sejarah yang tersedia dari internet.

1667
Mengenal pasti objektif
pembelajaran

Menentukan penilaian
yang sesuai dengan
objektif pembelajaran

Merancang aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran

Rajah 1 : Model Backward Design (Wiggins & McTighe, 2005)

Sungguh pun sumber digital sejarah bertujuan untuk memanfaatkan kemajuan teknologi
internet dalam pendidikan sejarah namun jenis bimbingan yang diperlukan oleh murid dalam
meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah menjadi soalan kajian. Bagi menjawab soalan kajian ini, tiga
jenis portal telah rekabentuk iaitu Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) (Rajah 2), Portal Sejarawan
Maya Bebas (PSMB) (Rajah 3) dan Portal E-Buku Teks (PEBT) (Rajah 4). Aspek yang membezakan antara
ketiga-tiga portal ini ialah PSMT menyediakan bimbingan dalam bentuk pautan laman-laman web yang
berkaitan dengan tugasan. Murid boleh klik pada pautan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang
hendak dicari. Semua laman web yang dicadangkan dalam PSMT telah dipilih dan ditentukan
kesahihannya terlebih dahulu oleh guru. Manakala bagi PSMB pula, pautan laman web tidak disediakan.
Murid dari kumpulan ini mempunyai kebebasan untuk mencari sendiri sumber sejarah digital dengan
menggunakan enjin pencarian yang telah disediakan dalam portal. Portal E-Buku Teks pula menyediakan
buku teks dalam bentuk digital bagi rujukan murid.

1668
Sumber sejarah digital
disediakan

Rajah 2 : Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT)

Murid bebas mencari


sumber sejarah digital

Rajah 3 : Portal Sejarawan MayaBebas (PSMB)

1669
Murid menggunakan
E-Buku Teks

Rajah 4 : Portal E-Buku Teks (PEBT)

SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah diharapkan akan menjawab soalan-soalan seperti berikut :

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min penguasaan kemahiran memahami
kronologi murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) dengan murid
yang menggunakan Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT)?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min penguasaan kemahiran meneroka bukti
murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) dengan murid yang
menggunakan Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT)?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min penguasaan kemahiran membuat
interpretasimurid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) dengan murid
yang menggunakan Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT)?

4. Bagaimanakah penerimaan murid terhadap penggunaan Portal Sejarawan Maya sebagai medium
pembelajaran Sejarah?

5. Apakah cabaran yang dihadapi oleh murid dalam penggunaanPortal Sejarawan Maya?

1670
METODOLOGI KAJIAN

Sampel - Kajian deskriptif ini melibatkan 104 orang murid Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah
menengah di utara Semenanjung Malaysia. Sekolah yang telah dipilih terdiri daripada murid yang
mempunyai latar belakang dan sosioekonomi yang sama. Pemilihan murid juga adalah berdasarkan
pencapaian yang setara dalam matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) pada tahun sebelumnya. Pemilihan sampel adalah melalui cluster sampling iaitu penggunaan kelas
yang sedia ada (intact group). Murid daripada kumpulan eksperimen 1 didedahkan dengan Portal
Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) manakala murid daripada kumpulan eksperimen 2 didedahkan
dengan Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan murid daripada kumpulan kawalan menggunakan
Portal E-Buku Teks. Bagi tujuan temu bual pula, 12 orang sampel telah dipilih secara rawak daripada
ketiga-tiga kumpulan.

Instrumen – Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah.Sebanyak
30 soalan struktur telah dibina berdasarkan lima kemahiran pemikiran sejarah. Pembinaan soalan adalah
merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat yang memfokuskan enam sub topik dari Bab
9 : Perkembangan di Eropah.Kesahan isi kandungan bagi ujian Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah
dirujuk kepada dua orang guru Sejarah yag terlatih yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10
tahun.Selain itu, soalan ujian juga telah disemak oleh pensyarah bidang Pengajian Sejarah dan
Pendidikan Sejarah. Penyemakan ini adalah bagi memastikan soalan yang telah dipilih mengukur setiap
konstruk daripada kemahiran pemikiran sejarah.Seterusnya bagi temu bual pula, sebanyak 10 soalan
yang bersifat separa struktur telah dikemukakan bagi mengenal pasti penerimaan murid terhadap
penggunaan Portal Sejarawan Mayasebagai alat pembelajaran sejarah dan cabaran yang dihadapi oleh
murid dalam penggunaan portal tersebut.

DAPATAN KAJIAN

1. Perbezaan min penguasaan kemahiran memahami kronologi murid yang menggunakan Portal
Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) dengan murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya
Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT).

Berdasarkan Jadual 1, skor min bagi ujian pos penguasaan kemahiran memahami kronologi
adalah lebih tinggi daripada ujian pra penguasaan kemahiran memahami kronologi bagi kumpulan PSMT,
PSMB dan PEBT . Bagi melihat sama ada perbezaan yang wujud di antara ketiga - tiga kumpulan adalah
signifikan, maka Ujian ANOVA satu hala telah ditadbir.

1671
Jadual 1
Skor Min Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Penguasaan Kemahiran Memahami Kronologi
PSMT PSMB PEBT
Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian
Pra Pos Pra Pos Pra Pos

Min 9.30 19.70 9.62 19.82 9.35 18.24

Sisihan 1.70 2.52 1.71 2.30 1.62 2.33


Piawai
Petunjuk :
PSMT – Kumpulan Eksperimen 1
PSMB – Kumpulan Ekperimen 2
PEBT – Kumpulan Kawalan

Sebelum ujian signifikan (ANOVA) dilakukan, Ujian kesetaraan varians (homogeneity of variances
test) telah ditadbir bagi mengenal pasti persamaan varians bagi ketiga-tiga kumpulan dalam skor min
ujian pos penguasaan kemahiran memahami kronologi. Ujian ini merupakan salah satu andaian penting
yang perlu dipenuhi sebelum melakukan ujian ANOVA. Keputusan Ujian Levene telah dilaporkan pada
Jadual 2.

Jadual 2
Ujian Levene untuk Kesetaraan Varians bagi
PenguasaanKemahiran Memahami Kronologi
F dk1 dk2 Sig.
0.23 2 101 0.79

Pada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p <.05, nilai F (2,101) adalah 0.23 dan nilai p adalah 0.79. Ini
menunjukkan bahawa varians ketiga-tiga kumpulan bagi ujian pos penguasaan kemahiran memahami
kronologi adalah setara (Green & Salkind, 2008). Seterusnya ujian ANOVA satu hala telah ditadbir
terhadap skor min ujian pos penguasaan kemahiran memahami kronologi. Ujian ini bertujuan untuk
mengenal pasti sama ada peningkatan dalam ujian pos bagi ketiga-tiga kumpulan bagi penguasaan
kemahiran memahami kronologi adalah signifikan. Analisa dapatan kajian ini dipaparkan dalam Jadual 3.

1672
Jadual 3
Ujian ANOVA satu hala bagi Ujian Pos Penguasaan Kemahiran Memahami Kronologi
Jumlah Darjah Min Kuasa F Sig.
Kuasa Dua Kebebasan Dua
Ujian pos Antara 55.19 2 27.60 4.87 0.49
Penguasaan Kumpulan
Kemahiran Dalam 572.72 101 5.67
Memahami Kumpulan
Kronologi Jumlah 627.91 103

Dapatan Ujian ANOVA satu hala yang dijalankan menunjukkan F (2,101) = 4.87, p = 0.49. Oleh
kerana nilai p > .05maka bolehlah dikatakan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga
kumpulan dalam ujian pos penguasaan kemahiran memahami kronologi. Dapatan kajian ini
mencadangkan bahawa penggunaan Portal Sejarawan Maya tidak memberi kesan yang signifikan
terhadap penguasaan kemahiran memahami kronologi murid.

2. Perbezaan min penguasaan kemahiran meneroka bukti murid yang menggunakan Portal
Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) dengan murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya
Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT).

Berdasarkan Jadual 4, skor min bagi ujian pos penguasaan kemahiran meneroka bukti adalah
lebih tinggi daripada ujian pra penguasaan kemahiran meneroka bukti bagi kumpulan PSMT, PSMB dan
PEBT. Bagi melihat sama ada perbezaan yang wujud di antara ketiga-tiga kumpulan adalah signifikan,
maka Ujian ANOVA satu hala telah ditadbir.

Jadual 4
Skor Min Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Penguasaan Kemahiran Meneroka Bukti
PSMT PSMB PEBT
Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian
Pra Pos Pra Pos Pra Pos

Min 9.94 22.52 10.56 21.15 9.78 17.05

Sisihan 2.33 2.15 2.26 1.71 2.23 1.90


Piawai
Petunjuk :
PSMT – Kumpulan Eksperimen 1
PSMB – Kumpulan Ekperimen 2
PEBT – Kumpulan Kawalan

1673
Sebelum ujian signifikan (ANOVA) dilakukan, Ujian kesetaraan varians (homogeneity of variances
test) telah ditadbir bagi mengenal pasti persamaan varians bagi ketiga-tiga kumpulan dalam skor min
ujian pos penguasaan kemahiran meneroka bukti.. Keputusan Ujian Levene telah dilaporkan pada Jadual
5.

Jadual 5
Ujian Levene untuk Kesetaraan Varians bagi
PenguasaanKemahiran Meneroka Bukti
F dk1 dk2 Sig.
1.29 2 101 0.28

Pada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p <.05, nilai F (2,101) adalah 1.29dan nilai p adalah 0.28. Ini
menunjukkan bahawa varians ketiga-tiga kumpulan bagi ujian pos penguasaan kemahiran meneroka
bukti adalah adalah setara. Seterusnya ujian ANOVA telah ditadbir terhadap skor min ujian pos
penguasaan kemahiran meneroka bukti. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada peningkatan
dalam ujian pos bagi ketiga-tiga kumpulan bagi penguasaan kemahiran meneroka bukti adalah signifikan.
Analisa dapatan kajian ini dipaparkan dalam Jadual 6.

Jadual 6
Ujian ANOVA satu hala bagi Ujian Pos Penguasaan Kemahiran Meneroka Bukti
Jumlah Darjah Min Kuasa F Sig. Eta
Kuasa Kebebasan Dua Kuasa
Dua Dua
Ujian pos Antara 572.98 2 286.49 77.29 0.01 0.61
Penguasaan Kumpulan
Kemahiran Dalam 374.40 101 3.71
Meneroka Kumpulan
Bukti Jumlah 947.38 103

Dapatan Ujian ANOVA satu hala yang dijalankan menunjukkan F (2,101) = 77.29, p = 0.01. Oleh
kerana nilai p < .05maka bolehlah dikatakan bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga
kumpulan dalam ujian pos penguasaan kemahiran meneroka bukti. Darjah kekuatan hubungan (effect
size) di antara kumpulan dan min skor ujian pos ini ditunjukkan oleh nilai eta kuasa dua separa. Nilai eta
kuasa dua separa yang ditunjukkan dalam Jadual 6 adalah 0.61. Cohen (1988) mentakrifkan darjah
kekuatan hubungan 0.2, 0.5 dan 0.8 sebagai kecil, sederhana dan besar masing-masing. Berdasarkan
fakta ini, kekuatan hubungan di antara kumpulan dalam kajian ini adalah sederhana. Ini bermaksud
setiap kumpulan menjelaskan 61% daripada varians min skor ujian pos.

Seterusnya, ujian Post Hoc Tukey dijalankan bagi membandingkan penguasaan kemahiran
meneroka bukti antara pasangan kumpulan. Analisis ujian Post Hoc Tukey dipaparkan dalam Jadual 7.

1674
Jadual 7
Ujian Post Hoc Tukey bagi Penguasaan Kemahiran Meneroka Bukti
(I) Kum (J) Kum Perbezaan Sisihan Sig
Min Piawai
Ujian pos 1.00 2.00 1.37* 0.47 0.01
Penguasaan 3.00 5.46* 0.46 0.00
Kemahiran
Meneroka bukti 2.00 1.00 -1.37* 0.47 0.01
3.00 4.09* 0.46 0.00

3.00 1.00 -5.46* 0.46 0.00


2.00 -4.09* 0.46 0.00
Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05
Petunjuk :
1.00 - Kumpulan Eksperimen 1
2.00 - Kumpulan Eksperimen 2
3.00 - Kumpulan Kawalan

Keputusan ujian Post Hoc Tukey menunjukkan PSMT mendapat skor min yang lebih tinggi secara
signifikan daripada PSMB (min = 1.37, sisihan piawai = 0.47, p = 0.01) dan PEBT (min = 5.46, sisihan
piawai = 0.46, p = 0.00). Manakala PSMB pula mendapat min yang lebih tinggi secara signifikan daripada
Kumpulan PEBT (perbezaan min = 4.09, sisihan piawai = 0.46, p = 0.00). Dapatan ujian ANOVA satu hala
ini mencadangkan bahawa penguasaan kemahiran meneroka bukti bagi PSMT adalah lebih tinggi secara
signifikan daripada PSMB serta PEBT. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan Portal
Sejarawan Maya Terbimbing memberi kesan yang signifikan terhadap penguasaan kemahiran meneroka
bukti.

3. Perbezaan min penguasaan kemahiran membuat interpretasi murid yang menggunakan Portal
Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT) dengan murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya
Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT).

Berdasarkan Jadual 8, skor min bagi ujian pos penguasaan kemahiran membuat interpretasi
adalah lebih tinggi daripada ujian pra penguasaan kemahiran membuat interpretasi bagi kumpulan
PSMT, PSMB dan PEBT. Bagi melihat sama ada perbezaan yang wujud di antara ketiga - tiga kumpulan
adalah signifikan, maka Ujian ANOVA satu hala telah ditadbir.

1675
Jadual 8
Skor Min Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Penguasaan Kemahiran Membuat Interpretasi
PSMT PSMB PEBT
Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian
Pra Pos Pra Pos Pra Pos

Min 8.48 20.45 8.67 16.67 9.02 14.43

Sisihan 1.87 3.07 2.01 3.43 1.88 3.19


Piawai
Petunjuk :
PSMT – Kumpulan Eksperimen 1
PSMB – Kumpulan Ekperimen 2
PEBT – Kumpulan Kawalan

Sebelum ujian signifikan (ANOVA) dilakukan, Ujian kesetaraan varians (homogeneity of variances
test) telah ditadbir bagi mengenal pasti persamaan varians bagi ketiga-tiga kumpulan dalam skor min
ujian pos penguasaan kemahiran membuat interpretasi. Keputusan Ujian Levene telah dilaporkan pada
Jadual 9.

Jadual 9
Ujian Levene untuk Kesetaraan Varians bagi
PenguasaanKemahiran Membuat Interpretasi
F dk1 dk2 Sig.
0.31 2 101 0.74

Pada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p <.05, nilai F (2,101) adalah 0.31 dan nilai p adalah 0.74. Ini
menunjukkan bahawa varians ketiga-tiga kumpulan bagi ujian pos penguasaan kemahiran membuat
interpretasi adalah adalah setara. Seterusnya ujian ANOVA telah ditadbir terhadap skor min ujian pos
penguasaan kemahiran membuat interpretasi. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada
peningkatan dalam ujian pos bagi ketiga-tiga kumpulan bagi penguasaan kemahiran membuat
interpretasiadalah signifikan. Analisa dapatan kajian ini dipaparkan dalam Jadual 10.

1676
Jadual 10
Ujian ANOVA satu hala bagi Ujian Pos Penguasaan Kemahiran Membuat Interpretasi
Jumlah Darjah Min Kuasa F Sig. Eta
Kuasa Kebebasan Dua Kuasa
Dua Dua
Ujian pos Antara 640.68 2 320.34 30.62 0.01 0.37
Penguasaan Kumpulan
Kemahiran Dalam 1056.70 101 10.46
Membuat Kumpulan
Interpretasi Jumlah 1697.39 103

Dapatan Ujian ANOVA satu hala yang dijalankan menunjukkan F (2,101) = 30.62, p = 0.01. Oleh
kerana nilai p < .05maka bolehlah dikatakan bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga
kumpulan dalam ujian pos penguasaan kemahiran membuat interpretasi. Darjah kekuatan hubungan
(effect size) di antara kumpulan dan min skor ujian pos ini ditunjukkan oleh nilai eta kuasa dua separa.
Nilai eta kuasa dua separa yang ditunjukkan dalam Jadual 10 adalah 0.37. Kekuatan hubungan di antara
kumpulan dalam kajian ini adalah kecil. Ini bermaksud setiap kumpulan menjelaskan 37% daripada
varians min skor ujian pos.

Seterusnya, ujian Post Hoc Tukey dijalankan bagi membandingkan penguasaan kemahiran
membuat interpretasi antara pasangan kumpulan. Analisis ujian Post Hoc Tukey dipaparkan dalam Jadual
11.

Jadual 11
Ujian Post Hoc Turkey bagi Penguasaan Kemahiran Membuat Interpretasi
(I) Kum (J) Kum Perbezaan Sisihan Sig
Min Piawai
Ujian pos 1.00 2.00 3.78* 0.79 0.01
Penguasaan 3.00 6.02* 0.77 0.01
Kemahiran
Membuat 2.00 1.00 -3.78* 0.79 0.01
Interpretasi 3.00 2.24* 0.77 0.01

3.00 1.00 -6.02* 0.77 0.01


2.00 -2.24* 0.77 0.01
Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05
Petunjuk :
1.00 - Kumpulan Eksperimen 1
2.00 - Kumpulan Eksperimen 2
3.00 - Kumpulan Kawalan

1677
Keputusan ujian Post Hoc Tukey menunjukkan PSMT mendapat skor min yang lebih tinggi secara
signifikan daripada PSMB (min = 3.78, sisihan piawai = 0.79, p = 0.01) dan PEBT (min = 6.02, sisihan
piawai = 0.77, p = .01). Manakala PSMB pula mendapat min yang lebih tinggi secara signifikan daripada
Kumpulan PEBT (perbezaan min = 2.24, sisihan piawai = 0.77, p = .01). Dapatan ujian ANOVA satu hala ini
mencadangkan bahawa penguasaan kemahiran membuat interpretasibagi PSMT adalah lebih tinggi
secara signifikan daripada PSMB serta PEBT. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan Portal
Sejarawan Maya Terbimbing memberi kesan yang signifikan terhadap penguasaan kemahiran membuat
interpretasi.

4. Penerimaan murid terhadap penggunaan Portal Sejarawan Maya sebagai medium pembelajaran
sejarah.

Analisis temu bual mendapati bahawa murid bersetuju dengan lima perkara utama iaitu a)
penggunaan teknologi dalam pembelajaran Sejarah, b) penglibatan murid secara aktif dalam
pembelajaran Sejarah c) unsur multimedia dalam sumber sejarah digital, d) pemahaman konsep sejarah
yang abstrak dan e) penerokaan sumber sejarah digital tanpa had masa dan ruang. Jadual 12
menunjukkan kekerapan respon murid tentang penggunaan Portal Sejarawan Maya sebagai alat
pembelajaran.

Jadual 12 : Penerimaan Murid Terhadap Penggunaan Portal Sejarawan Maya


Respon murid(N = 12) F
Penggunaan teknologi dalam pembelajaran Sejarah 7
Penglibatan murid secara aktif dalam pembelajaran Sejarah 6
Unsur multimedia dalam sumber sejarah digital 5
Pemahaman konsep sejarah yang abstrak 3
Penerokaan sumber sejarah digital tanpa had masa dan ruang 2

Murid ketiga-tiga kumpulan berpendapat bahawa penggunaan teknologi komputer menerusi


Portal Sejarawan Maya merupakan satu pembaharuan dalam pembelajaran Sejarah yang selama ini
bergantung kepada buku teks dan berlangsung di bilik darjah. Walau bagaimanapun bagi empat perkara
berikutnya, murid daripada kumpulan eksperimen 1 dan kumpulan eksperimen 2 memperlihatkan
persepsi yang lebih positif berbanding murid kumpulan kawalan. Hal ini kerana murid kumpulan
eksperimen 1 dan kumpulan eksperimen 2 mempunyai peluang untuk meneroka sumber sejarah digital
dari internet berbanding kumpulan kawalan yang terhad kepada buku teks sahaja.

Murid daripada kumpulan eksperimen 1 dan kumpulan eksperimen 2 berpendapat bahawa


unsur multimedia seperti teks, gambar, audio dan video dalam sumber digital sejarahbukan sahaja
menjadikan pembelajaran sejarah menarik malah dapat meningkatkan pemahaman terhadap konsep-
konsep sejarah yang abstrak. Tugasan yang diberikan dalam Portal Sejarawan Mayajuga membolehkan
murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran Sejarah kerana ianya menilai kemahiran berfikir murid.
Hal ini mengubah pengajaran dan pembelajaran Sejarah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan
murid. Selain daripada itu, Portal Sejarawan Maya juga telah mewujudkan ruang untuk murid meneroka

1678
sumber sejarah tanpa had masa dan ruang. Murid yang mempunyai kemudahan internet di rumah dapat
mengakses Portal Sejarawan Maya untuk menjawab soalan-soaan tugasan.Secara keseluruhannya, murid
menerima baik Portal Sejarawan Maya sebagai medium pembelajaran Sejarah yang berkesan. Murid
merasakan bahawa penggunaan Portal Sejarawan Maya sebagai satu anjakan paradigma dalam
pembelajaran sejarah daripada penghafalan fakta kepada pengaplikasian fakta.Berikut adalah beberapa
peryataan daripada murid yang ditemu bual :

“Teknologi internet membantu saya mendapatkan maklumat sejarah yang tidak terdapat dalam
buku teks”. ( Syazwani - PSMT)

“Sebelum ini guru hanya berdiri di hadapan kelas dan sampaikan maklumat yang ada dalam buku
teks tetapi dengan adanya Portal Sejarawan Maya kami cuba mencari maklumat dengan sendiri”.
(Atiqah - PSMB)

“Sebelum ini saya tidak pernah berpeluang untuk belajar sejarah menggunakan komputer di sekolah
tetapi dengan adalanya portal ini kami dibawa ke makmal komputer”. (Selva - PEBT)

“Link yang terdapat dalam Portal Sejarawan Maya membawa saya terus kepada maklumat sejarah
yang dicari bagi mendapat gambaran keseluruhan”(Teoh - PSMT)

Video dari youtube berkaitan dengan topik pembelajaran membantu saya memahami konsep
sejarah dengan lebih mendalam lagi”. (Hussain - PSMT))

“Saya berasa seperti seorang sejarawan setiap kali meneroka sumber sejarah dari internet bagi
mencari jawapan soalan tugasan” (Mumtaz- PSMB)

“Saya menjawab soalan tugasan yang diberikan di rumah kerana masa tidak mencukupi di
sekolah”.(Yosikah - PSMT)

“Butang save yang terdapat dalam Portal Sejarawan Maya membantu saya menyimpan jawapan
yang belum selesai dijawab. Saya boleh sambung menjawab di rumah pula”. (Shafiq - PSMB)

“Yang seronoknya...soalan tugasan tidak perlu dijawab atas kertas atau buku. Semua jawapan
tersimpan dalam Portal”. ( Ricky - PEBT)

* Nama-nama yang dilaporkan dalam kajian ini hanya merupakan nama samaran sahaja

5. Cabaran yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan Portal Sejarawan Maya
Murid telah mengemukakan lima jenis cabaran dalam penggunaan Portal Sejarawan Mayaiaitu a)
peralatan ICT di sekolah, b) bahasa, c) kurang mahir mencari sumber yang sahih, d) proses mencari
Portal Sejarawan Maya mengambil masa yang lama, e) khuatir maklumat tidak bertepatan dengan buku
teks. Jadual 13 menunjukkan kekerapan respon murid tentang cabaran yang dihadapi dalam penggunaan
Portal Sejarawan Maya

1679
Jadual 13 : Cabaran Dalam Penggunaan Portal Sejarawan Maya
Respon murid (N = 12) F
Peralatan ICT di sekolah yang kurang lengkap 6
Sumber sejarah digital dalam Bahasa Inggeris sukar difahami 5
Kurang mahir mencari sumber sejarah digital yang sahih 5
Proses mencari sumber sejarah digital mengambil masa yang lama 3
Khuatir maklumat yang terdapat dalam sumber sejarah digital tidak 2
bertepatan dengan buku teks

Berikut adalah beberapa kenyataan yang dikemukakan oleh murid tentang cabaran yang dihadapi dalam
penggunaanPortal Sejarawan Maya:

“Kelajuan internet di sekolah sangat perlahan. Saya terpaksa menunggu lama untuk melihat paparan
penuh laman web yang diteroka”. (Hussain - PSMT)

“Kebanyakan laman web berkaitan topik Sejarah Eropah dalam Bahasa Inggeris. Saya berasa sukar
untuk faham”. (Izwan - PSMB)

“Saya tak tahu sama ada sumber yang saya rujuk dari internet itu betul atau tidak”. (Atiqah - PSMB)

“Terdapat berpuluh-puluh laman web bagi sesuatu topik. Jadi, saya terpaksa menghabiskan banyak
masa mencari laman web yang sesuai”. (Mumtaz - PSMB)

“Saya takut untuk menggunakan sumber sejarah dari internet kerana kadang-kadang maklumatnya
tidak sama dengan buku teks”. (Syazwani - PSMT)

“Saya tak dapat menjawab soalan kemahiran aras tinggi dengan hanya merujuk buku teks”.(Rizal –
PEBT)

* Nama-nama yang dilaporkan dalam kajian ini hanya merupakan nama samaran sahaja

Cabaran ini menunjukkan bahawa murid memerlukan bimbingan dalam penerokaan sumber
sejarah digital. Bimbingan seperti penyediaaan laman web yang terpilih, terjemahan dalam Bahasa
Melayu dapat membantu murid meneroka sumber sejarah digital secara yakin dan berkesan. Malah
pihak pentadbir sekolah juga perlulah menyediakan dan membuat penambahbaikan terhadap prasarana
ICT agar guru dan murid dapat mengoptimakan penggunaan sumber sejarah digital bagi meningkatkan
kemahiran pemikiran sejarah.

1680
PERBINCANGAN

Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Portal Sejarawan Mayatidak
memberi kesan yang signifikan terhadap kemahiran memahami kronologi bagi murid dari ketiga-tiga
kumpulan. Hal ini kerana lazimnyabuku teks sejarah disusun mengikut kronologi masa, tempat dan
peristiwa (Carretero & Voss, 1994 ; Chua, 2007). Oleh itu murid dapat menguasai kemahiran ini dengan
mudah. Walau bagaimanapunbagi kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasi
pula, terdapat perbezaan min yang signifikan antara murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya
secara terbimbing dengan murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya secara bebas dan murid
yang menggunakan portal E-Buku Teks. Hal ini kerana murid yang menggunakan Portal Sejarawan Maya
secara terbimbing dapat meneroka sumber sejarah digital dengan pantas.Keadaan ini memudahkan
murid mengkaji peristiwa sejarah secara berfokus dan mendalam. Murid juga dapat membandingkan
maklumat daripada pelbagai sumber yang sahih. Manakala murid yang menggunakan Portal Sejarawan
Maya secara bebas terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sumber sejarah digital yang
sesuai. Penerokaan sumber yang tidak relevan boleh mewujudkan keadaan putus asa yang seterusnya
menjadi punca murid tersasar daripada matlamat pembelajaran asal. Kumpulan kawalan iaitu murid
yang menggunakan Portal E-Buku Teks pula tidak mempunyai kebebasan untuk meneroka sumber
sejarah selain buku teks. Penerokaan sumber sejarah daripada buku teks sahaja mengakibatkan
interpretasi murid terhad kepada pandangan pengarang buku teks (Britton & Black, 1985; Wineburg,
2001).

Dapatan kajian ini boleh diperjelaskan menerusi Teori Kognitif Fleksibel (Spiro, Feltovich,
Jacobson & Coulson, 1995) dan Teori Beban Kognitif (Paas, Renkl & Sweller, 2003) yang mendasari kajian
ini. Selaras dengan Teori Kognitif Fleksibel, penggunaan sumber sejarah digitaldalam bentuk teks, imej,
video dan audio dalam kajian ini telah meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah murid bagi kumpulan
eksperimen 1 dan kumpulan eksperimen 2. Namun peningkatan kemahiran pemikiran sejarah yang
signifikan ditunjukkan oleh kumpulaan eksperimen 1 kerana beban kognitif yang berjaya dikurangkan
melalui bimbingan yang telah disediakan. Murid dari kumpulan eksperimen 2 yang telah menggunakan
sumber sejarah digital secara bebas terpaksa menghabiskan banyak masa mencari sumber yang sesuai
yang kadang kala terpesong dan meneroka laman web yang tidak berkaitan. Keadaan ini mungkin
menimbulkan beban terhadap kognitif murid yang seterusnya menjadi punca kemahiran pemikiran
sejarah tidak dapat dikuasai. Berbeza dengan sejarawan, murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang
cetek tentang sejarah. Oleh itu, murid mudah terpesong daripada matlamat pembelajaran asal jika
belajar dalam keadaan tidak dibimbing (Clark, 2006). Bagi mengatasi masalah ini, guru disarankan
menyediakan pautan laman web yang sesuai mengikut tahap perkembangan kognitif murid (Lee, Plass &
Homer, 2006). Malah Kalyuga (2008) juga menyarankan agar murid diberikan tugasan dalam bentuk
penyelesaian masalah sebagai matlamat pembelajaran. Matlamat ini pula haruslah dipecahkan kepada

1681
komponen kecil agar murid bermotivasi untuk menyelesaikan masalah (Sweller et al., 2011). Walau
bagaimanapun tahap bimbingan dapat diminimakan setelah murid menguasai kemahiran untuk
meneroka sendiri (Kalyuga, 2009)

IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

Murid kini yang tergolong dalam Generasi Digital atau Generasi “Y” dan Generasi “Z” seharusnya
dididik dengan cara yang berinovasi dan kreatif.Penggunaan sumber digital dalam sistem pendidikan
Malaysia turut mendapat perhatian daripada kerajaan. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 telah menyediakan infrastruktur seperti makmal
komputer yang lengkap dengan perkakasannya (komputer, komputer riba, projector LCD dan
kebolehaksesan kepada internet) di sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan
langkah tersebut, pentadbir, guru dan murid juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran berteraskan teknologi dari masa ke semasa. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan juga
telah memperuntukkan sejumlah 28.8% dari peruntukkan negara bagi tujuan merapatkan jurang digital
masyarakat. Oleh itu, penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bukan lagi
menjadi suatu perkara mustahil. Penggunaan sumber sejarah digital dalam keadaan terbimbing dapat
meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah. Kemahiran pemikiran sejarah yang baik membolehkan
murid berfikir tentang sesuatu permasalahan sejarah dengan lebih matang dan kritis. Hal ini secara tidak
langsung dapat melahirkan generasi yang dapat menyelesaikan masalah secara bijak dan rasional.

Kajian ini bolehlah dijadikan sebagai asas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mewujudkan laman web yang memaparkan pelbagai jenis sumber sejarah digital yang berasaskan
sukatan pelajaran Sejarah Malaysia. Usaha ini dapat menjimatkan masa guru dan murid dalam proses
mencari sumber digital yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pihak Muzium
dan Arkib Negara Malaysia pula disarankan agar dapat mewujudkan sumber sejarah digital atas talian.
Sumber primer terutamanya sumber sejarah tempatan haruslah didigitalkan dan dipaparkan melalui
internet. Usaha tersebut dapat membantu guru dan murid untuk mengakses dan meneroka sumber
sejarah digital dari sekolah masing-masing bagi meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah.

Selaras dengan kemajuan teknologi dan inovasi terkini, pembinaanPortal Sejarawan Maya
merupakan satu usaha untuk mengeksploitasi sumber sejarah digitalsecara berkesan agar ia dapat
meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah murid. Penggunaan sumber sejarah digital dalam keadaan
terbimbing dapat meningkatkan keupayaan murid untuk menghayati ilmu sejarah dengan lebih baik
kerana kewibawaan sumber yang terpilih dapat mendekatkan murid kepada masa lampau dan
menzahirkan imaginasi murid. Perkembangan teknologi yang semakin berkembang maju di bilik darjah
hanya akan menjadi bermakna jika murid dapat meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah sekaligus
berfikir seperti seorang sejarawan.

1682
RUJUKAN

Anthony, W. S. (1973). Learning to discover rules by discovery. Journal of Educational Psychology, 64(3),
325-328.

Bass, R. (2003). Engines of inquiry: Teaching, technology, and learner-centered approaches to culture
and history [Online document]. Retrieved May 25, 2003 from the Georgetown University Web
site: http://www.georgetown.edu/crossroads/guide/engines.html.

Benkler, Y. (2006). The wealth of networks. New Haven, CT: Yale University Press.

Bolick, C. M., & McGlinn, M. M. (2004). Harriet Jacobs: Using online slave narratives in the classroom.
Social Education, 68(3), 198-202.

Britton, Bruce K, & Black, John Benjamin. (1985). Understanding expository text: A theoretical and
practical handbook for analyzing explanatory text: Lawrence Erlbaum Associates.

Brügger, N., (2011b). Digital History and a Register of Websites: An old Practice with new Implications.
In The long History of new Media: Technology,Historiography, and ontextualizing Newness, ed.
David W. Park, Nicholas W.Jankowski and Steve Jones, 283–98. New York: Peter Lang.

Bruner, J. S. (1961). The art of discovery. Harvard Educational Review 31, 21-32.

Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1963). Experimental and quasi-experimental designs for research on
teaching. In N. L. Gage (Ed.), Handbook of research on teaching. Chicago, IL: RandMcNally.

Carretero, Mario, & Voss, James F. (1994). Cognitive and instructional processes in history and the social
sciences: Routledge.

Chua, Kheng Hoe. (2007). Pembangunan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah tingkatan dua: perbandingan antara empat jenis sekolah. Universiti Teknologi
Malaysia, Faculty of Education.

Clark, R.E., Kirschner, P.A., Sweller, J. (2012). Putting Students on the Path to Learning: The Case for Fully
Guided Instruction. American Federation of Teachers. 555 New Jersey Avenue NW, Washington,
DC 20001.

Cohen, D. J., & Roy Rosenzweig, (2006). Digital History: A Guide to Gathering, Preserving, and
Presenting the Past on the Web (Philadelphia), 56, University of Pennsylvania Press.

Endacott, J. (2010). Reconsidering affective engagement in historical empathy. Theory and Research in
Social Education, 38(1), 6-49.

1683
Fertig, G. (2005). Teaching elementary students how to interpret the past. The Social Studies, 96(1), 2–8.

Gillaspie, M. K., & Davis, O.L. (1997). Historical constructions: How elementary student teachers'
historical thinking is reflected in their writing of history.

Hartmann, U., & Hasselhorn, M. (2008). Historical perspective taking: A standardized measure for an
aspect of students' historical thinking. Learning and Individual Differences, 18(2), pp. 264-70.

Isaac, S. & Michael, W. B. (2004) Ch 4 Guide to traditional research designs, methods, and strategies.
Handbook in research and evaluation. 3rd, 45-104. San Diego, CA.

Jacobson, M and A. Archodidou. (2000). "The Design of Hypermedia Tools for Learning: Fostering
Conceptual Change and Transfer of Complex Scientific." The Journal of Learning Sciences, 2000,9,
pp.149-199.

Jonassen, D. (1991). Objectivism vs. Constructivism. Educational Technology Research and Development,
39(3), 5-14.

Kalyuga, S. (2007). Enhancing instructional efficiency of interactive e-learning environments: A cognitive


load perspective. Educational Psychology Review, 19(3), 387-399.

Kalyuga, S. (2008). Relative effectiveness of animated and static diagrams: An effect of learner prior
knowledge. Computers in Human Behavior, 23, 852-861.

Kalyuga, S. (2009). Managing cognitive load in adaptive multimedia learning. New York: Information
Science Reference.

Kirschner, P. A., Sweller, J., & Clark, R. E. (2006). Why minimal guidance during instruction does not work:
An analysis of the failure of constructivist, discovery, problem-based, experiential, and inquiry-
basedteaching. Educational Psychologist, 41, 75–86.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah: Sejarah Menengah
Atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lee, H., Plass, J. L., & Homer, B. D. (2006). Optimizing cognitive load for learning from computer-based
science simulations. Journal of Educational Psychology, 98, 902-913.

Lee, J.K. (2002). Digital history in the history/social studies classroom. The History Teacher, 43(4), 503-
518.

Lévesque, S. (Hiver 2008). Thinking Historically : Educating Students For The Twenty-First Century.
Toronto : University of Toronto Press.

Lévesque, S. (Hiver 2010). "On Historical Literacy: Learning to Think Like Historians". Canadian
Issues/Thèmes canadiens: 42-46.

1684
Mason, C., & Hicks, D. (2002). Digital history as rich information: Access and analysis.In A. Loveless &
B. Dore (Eds.), ICT in the primary school (pp. 66-84). Philadelphia,PA: Open University Press.

Mayer, R. E., & Moreno, R. (2003). Nine ways to reduce cognitive load in multimedia learning.
Educational Psychologist, 38(1), 43-52.

Moreno, R. (2006). When worked examples don’t work: Is cognitive load theory at an impasse? Learning
and Instruction, 16, 170-181.

Paas, F., Renkl, A., & Sweller, J. (2003). Cognitive load theory and instructional design: Recent
developments. Educational Psychologist, 38(1), 1-4.

Pan, B., Hembrooke, H., Joachims, T., Lorigo, L., Gay, G., & Granka, L. (2007). In Google
we trust: Users’ decisions on rank, position, and relevance. Journal of Computer-Mediated
Communication, 12, 801–823.

Sandwell, R. (2004). “Who killed William Robinson?” Exploring a nineteenth century murder online.
Social Education, 68(3), 210-213.

Scheuerell, S. (2007). National history day: Developing digital native historians. The History Teacher,
40(3), 417–425.

Schmidt, H.G. (l983) Problem-based learning: rationale and description. Medical Education, (17), 11-16.

Schrum, K. (2001). Making history on the web matter in your classroom. The HistoryTeacher, 34(3),
327-338.

Sharifah Nor Puteh, Nooreiny Maarof and Elisabeth Tak. (2010) Students’ Perception of the Teaching of
Historical Thinking Skills. Pertanika Journal Soc.Sci. & Hum. 18 (S): 87-95.

Siti Hawa Abdullah (2008). Empati Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik
dan Pendidikan, 28(1), pp.131 -146.

Spiro, R. J., Feltovich, P.J., Jacobson, M.J., & Coulson, R.L. (1995). Cognitive flexibility, constructivism,
and hypertext: Random access instruction for advanced knowledge acquisition in ill-structured
domains. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Steffe, L. & Gale, J. (Eds.) (1995). Constructivism in education. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum
Associates.

Sweller, J. (2004). Instructional design consequences of an analogy between evolution by natural


selection and human cognitive architecture.Instructional Science, 32, 9-31.

Sweller, J., Ayres, P., & Kalyuga S. (2011). Cognitive load theory. New York: Springer.

Tally, B., & Goldenberg, L. B. (2005). Fostering historical thinking with digitized primary sources. Journal
of Research on Technology in Education, 38(1), 1-21.

1685
Van Hover, S. D., & Yeager, E. A. (2004). Challenges facing beginning history teachers: An exploratory
study. International Journal of Social Studies,19, 8-26.

Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by design (2nd ed.). Alexandria, VA:
Association for Supervision and Curriculum Development.

Wineburg, S. (2001). Historical thinking and other unnatural acts: Charting the future of teaching the
past. Philadelphia: Temple University Press.

1686
Aktiviti Ekonomi Jepun Di Sabah Tahun 1880-an-1941:
Impaknya Terhadap Ekonomi Sabah
Md. Saffie Abdul Rahim1
Bahagian Sejarah
Universiti Sains Malaysia

Pemerintahan Maharaja Meiji (1867-1912) mewarisi keadaan sosioekonomi dan politik tidak stabil dari
pemerintahan kesyogunan Tokugawa mendorong rakyatnyabermigrasi ke seberang laut. Ketika itu Sabah
di bawah pemerintahan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) turut menghadapi masalah
kekurangan buruh serta modal menggalakkanorang Jepun bermigrasi ke Sabah. Berlakunya situasi saling
memerlukan antara satu sama lain demi survival ekonomi kedua belah pihak menyebabkanwujud
komuniti kecil Jepun di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka berperanan sebagai buruh dan
pemodal dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Justeru artikal ini bertujuan menganalisis impakaktiviti
ekonomi imigran Jepun dalam ekonomi Sabah sekitar 1880-an-1940-an.Penyelidikan ini disempurnakan
dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan melalui penggunaan sumber primer dalam bentuk
dokumen bertulis yang diperolehi dari arkib dan juga ibu pejabat dan agensi yang berkaitan. Sumber-
sumber ini kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan metodologi dari disiplin ilmu sains
sosial lain sebagai ilmu bantu dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pendekatan penulisan
sejarah sebagai kaedah penulisannya. Melalui analisis dari kaedah penyelidikan yang digunakan, kajian
ini mendapati masyarakat Jepun di Sabah memberi impak positif kepada perkembangan teknologi, hasil
keluaran, perdagangan asing, perkapalan dan pelaburan serta kemudahan asas Sabah. Bagaimanapun
peranan sebagai buruh tidak seperti yang diharapkan. Sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua buruh
Jepun di Sabah masih sedikit jumlahnya.

1
Penulis merupakan pelajar Pascasiswazah, Bahagian Sejarah Universiti Sains Malaysia

1687
1.0 Pendahuluan

Motif utama penjajahan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) ialah mengeksploitasi sumber
ekonomi bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum. Bagaimanapun BNBCC menghadapi masalah
kekurangan modal dan buruh walaupun mempunyai tanah seluas 76,115 kilometer persegi yang belum
diusahakan sepenuhnya. Antara langkah mengatasi masalah ini ialah menggalakkan masyarakat Jepun
bermigrasi dan terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Bermula sebagai buruh dan pemodal
persendirian, aktiviti ekonomi mereka kemudian berevolusi kepada skala yang lebih besar dan terarah
melalui penglibatan golongan zaibatsu. Mereka terlibat sebagai buruh dan pemodal dalam sektor
ekonomi utama seperti sektor pembalakan, pertanian, perlombongan, perikanan dan perniagaan.
Justeru persoalannya ialah, sejauh manakah penglibatan masyarakat Jepun dalam kegiatan ekonomi
Sabah sebelum perang memberi impak terhadap perkembangan ekonomi Sabah?

1.1 Masyarakat Jepun Dalam Ekonomi Sabah

Penglibatan Jepun sebagai pemodal dalam ekonomi Sabah berlaku tanpa rundingan rasmi dari kedua
belah pihak.Hanya pada 1901, Menteri Luar British yang melawat Sabah mengalu-alukan kedatangan
pemodal Jepun. Hal ini berbeza dengan buruh Jepun yang dipelawa pemimpin kanan BNBCC untuk
menyelesaikan kekurangan buruh di Sabah.2

Pada 1884 Inosuke Yoshida menjadi pemodal perseorangan Jepun pertama terlibat dalam
pembalakan.3 Bagaimanapun penglibatan Yoshida tidak berterusan dan kemungkinan bersifat percubaan
memandangkan tidak wujud rekod komprehensif hasil pengeluarannya. Pada 1890-an beberapa lagi
pemodal Jepun melabur antaranya pada 1893 Shinnosuke Inada bersama Chiduna Iwamoto,syarikat
Asaki Shokai(1903), Wanyo Shokusan Co. Ltd. (1921), The Shoriu & Co (1923), Miyaki Co. (1929), T.
Uamada Co. (1933), Mutsumiya Co. Ltd., K. Kiyoshima (1934) Yamada Taneaki Shoten (Yamada Taneaki &
Co.) (1924) (Agen BBTC untuk mengeksport balak ke negara Jepun), Showa Shoku (1935), Takikawa
(1935), Miyomoto, T. Yamoda & Co., Mitsumiya Timber Co., I. Tanaka (1935) dan T. Hoshino. Semua
mereka terlibat dalam sektor pembalakan di Sandakan dan Tawau.4Sementara pelabur berskala besar

2
Anwar Sullivan & Cecilia Leong. (1981) Commemorative History of Sabah 1881-1981. Kota Kinabalu: Sabah State
Government. Hlm. 186, Tregonning, K. G. (2007). Malaysian Heritage: Under Chartered Company Rule-North
Borneo 1881-1946. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 103, Lujinah Zunaidah Timbun, (1988) “Sejarah
Perkembangan Perusahaan Pembalakan di Sabah Sebelum Perang Dunia Kedua (1881-1941)” Latihan Ilmiah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Hlm. 80, K.G. Tregonning (1967) A History of Modern Sabah 1881-
1963. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu University Malaya Press. Hlm. 90, The National Archives: CO 874/482:
Government Rubber Estate At Tawao Sale To Nippon Industrial Co. Ltd dan British North Borneo Herald pada 16
Januari 1901

3
Hara Fujio (1993) “Japanese Activities In North Borneo Before World War II: Focus On Labour Immigrants” Jurnal
Sejarah. Universiti Malaya. No. 2. Hlm. 142-143
4
Yutaka Shimomoto (1981) “Japan and the Chartered Company”. Sabah Society Journal, Vol. 7. No. 2. Hlm 124,
Yutaka Shimomoto (1991) “Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo”, Sabah Museum and Archives
Journal, Vol. 1. No. 3. Hlm. 63 dan temubual dengan Hj. Kahar B. Arbain di rumah kediaman beliau di Kg. Sim-Sim
Sandakan pada 10 September 2004.

1688
ialah TEL, KTRE dan Nomura Timber Company (NTC).Selain itu pada 1916 seorang pegawai Jepun, Fusaji
Goto terlibat dalam hal-ehwal pengurusan perhutanan di Sabah.5

Penglibatan pemodal persendirian dalam sektor pertanian sekitar 1890-1940 dianggarkan


hampir 100 orang dengan tanah pertanian seluas hampir 5000 ekar. Antara pemodal yang terlibat ialah
Kiyoji Yasutani pada 1890dan Ichinosuke Sakamoto pada September 1914, keduanya beroperasi di
Sandakan.6Senarai ini hanya sebahagian direkodkan dalam fail Setiausaha BNBCC. Kemungkinan jumlah
sebenar melebihi jumlah yang dicatatkan memandangkan penglibatan mereka sangat signifikan dalam
perkembangan ekonomi tempatan.Penglibatan pelaburan berskala besar pula bermula pada 1915setelah
KMC mengambil alih TRE, Mitsubishi membuka estet TEL di Tawau, Sandakan dan WestonsertaNanyo
Shokusan Kabushiki Kaisha (NSKK) di Kinabatangan.7Estet Jepun lain ialah British Borneo Development
Company (BBDC)pada 1921,Borneo Shokushan Kabushiki Kaisha Limited - Borneo Development
Promotion Co. (BSKKL) di Bilit,Tengah Nipah Estate (TNE) di Lahad Datu serta Yoshioka’s Estate dan
Iwasoura di Tawau.8Terdapat juga pemodal persendirian berskala besar antaranya Yoshioka di Tawau

5
North Borneo Central Archive, No.44. British Borneo Timber Company, Lujinah Zunaidah Timbun, (1988) “Sejarah
Perkembangan Perusahaan Pembalakan di Sabah Sebelum Perang Dunia Kedua (1881-1941)” Latihan Ilmiah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Hlm. 80, North Borneo Central Archive, No. 541 - Kubota, Mr. V.
Correspondence with B.B.T.C, Randall Morck & Masao Nakamura (2003) “The History of Corporate Ownership in
Japan”. ECGI Working Paper Series in Finance. Hlm. 119, Yutaka Shimomoto (1991) “Japanese Immigrants in Tawau,
British North Borneo”. Sabah Museum and Archives Journal, Vol. 1. No. 3. Hlm. 13-17 dan The National Archives
No. File CO 531/50/11: Japanese Activities in Island in North Borneo.
6
Yutaka Shimomoto (1990) “Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo”. Sabah
Society Journal, Vol. 7. No. 3. Hlm. 255-270, Hiroshi Shimizu (June 1997) “Kobe’s overseas Chinese Merchants and
Japan’s Trade Expansion Into Pre-war Southeast Asia”.Asian Culture, Vol. 21. Hlm. 1-18 dan Yutaka Shimomoto
(1993) “Early Japanese Immigrants in British North Borneo”. Sabah Society Journal, Vol. 10. Hlm. 29-30
7
North Borneo Central Archive, No. 307 - For Hemp Growing, British North Borneo Herald 1 Jun 1916. Hlm. 99, The
National Archives: CO 531/47/7 Reconstruction and Development: Kuhara Rubber Estate, The National Archives: BT
60/48/5: Japanese Fishing Industry off East Coast of North Borneo, North Borneo Central Archive, No. 283/6 -
Tawau Rubber Estate, Randall Morck & Masao Nakamura (2003) “The History of Corporate Ownership in Japan”,
ECGI Working Paper Series in Finance. Hlm. 34-35, North Borneo Central Archive, No. 535 - Kuhara Estate Tawau,
The National Archives: CO 874/482: Government Rubber Estate At Tawao Sale To Nippon Industrial Co. Ltd, North
Borneo Central Archive, No. 333 - For Nippon Indutrial Rubber Co., North Borneo Central Archive No. File M:
435/82 CO 873/874, The National Archives: CO 874/908: Nippon Industrial Co. Ltd. Properties in the Tawau
Merotai District, 1916-1918, The National Archives: CO 874/910: The Nissan Agriculture & Forestry Manufacturing
Co. Ltd. (Formerly Nippon Industrial Co. Ltd): Properties in the Tawao-Merotai District, 1934-1945, North Borneo
Central Archive M402/82. Nippon Industri, British North Borneo Herald 2 September 1929. Hlm. 165, North Borneo
Central Archive, No. 541 - Kubota, Mr. V. Corespondence with B.B.T.C, K.J. Goodlet (1977) “The Origin and Early
Development of The Tawau Community 1880-1942”. PhD. Thesis, Australia Universiti of Syedney. Hlm. 60,The
National Archives: CO 874/685: Companies Operating In North Borneo, 1933-1941,Cecelia Leong (1988) Sabah: The
First 100 Year, Kuala Lumpur: Pustaka Wan Yang Muda Sdn. Bhd. Hlm. 165-168,North Borneo Central Archive No.
File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration, Sabihah Osman (1 March 1998) “Japanese
Economic Activities in Sabah from the 1890s to 1941”, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 29, Bil. 1. Hlm. 34,
British North Borneo Herald 16 Disember 1932. Hlm. 248 dan Hanita Ladjaharun (2004) “Imigrasi Orang Jepun ke
Sabah Sebelum Perang Dunia Kedua” Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
8
Yutaka Shimomoto (1990) “Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo”. Sabah
Society Journal, Vol. 7. No. 3. Hlm. 255-271.Temubual dengan Syed Ismail B. Hj Syed Omar Ali, di rumah kediaman
beliau di Kg. Bokarah, Sandakan pada 11 Mei 2004, North Borneo Central Archive No. File M352/82North Borneo

1689
dan Tobosaku Sakai di Menggatal, Inanam dan Kota Belud. Tobosaku Sakai dianggap pemodal Jepun yang
berpengaruh di Jesselton.9

Perusahaan penternakan mutiara merupakan perusahaan pertama menarik minat pemodal


Jepun dalam sektor perikanan. Direkodkanpada 1903 Dr. S. Fujita mempunyai ladang ternakan mutiara di
Pulau Pakalangan Semporna, Syarikat N. Kado di Kudat dan Tawau pada 15 Jun 1929 serta syarikat
Borneo Pearl Company (BPC) pada 1935 di Semporna.10Pemodal Jepun lain yang terlibat dalam kegiatan
perkanan ialah 50 kapal nelayan di Sandakan pada 1932, syarikat Nanto Sangyo (Southern Islands
Industries) yang memiliki 11 pulau-pulau kecil antara Sabah dan Filipina pada 1936 dan Shanwa Shoku
Fishingpada 1938 mungut rumpai laut di Sandakan.11Pemodal berskala besar Jepun ialah Ochiji Orita
melalui syarikatBoruneo-Nippon Suishan Kaisha - Borneo Fishing Company (BFC) pada 1927 di Pulau Si-
Amildan cawangannya di Pulau Banggi yang dibuka pada 1936.Syarikat ini diambil alih secara rasmi oleh
Nissan Konzen pada Disember 1933.12

Sektor perniagaan merupakan antara kegiatan ekonomi yang banyak menarik minat pelabur
persendirian. Nanko Shoten dan Shimoda Shoten milik Y. Goto dan Kukujiro Izumi, mengusahakan kedai
runcit pada 1915 di 34, Jalan Tiga Sandakan.13 Pada 1915, terdapat 2 orang pemodal mengusahakan
kedai gambar, salah satu daripadanya ialah Y. Fuji beralamat di No. 4. Recreation Road, Sandakan. Pada

Central ArchiveNo. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/874: Japanese PenetrationNorth Borneo Central
Archive No. 338 dan 34 - List of Companies operating in the State of North Borneo, North Borneo Central Archive
No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration, The National Archives: CO 874/685:
Companies Operating In North Borneo, 1933-1941dan Tembual dengan Hj. Injil di Rumah Kediamannya di Kg.
Sapagaya Lahad Datu pada 14 Oktober 2004
9
North Borneo Central Archive, No. 1195 - Property of Tobosaku Sakai.
10
Sabihah Osman (1 March 1998) “Japanese Economic Activities in Sabah from the 1890s to 1941”, Journal of
Southeast Asian Studies, Vol. 29, Bil. 1. Hlm. 34, North Borneo Central Archive No. File 26 – Pearl Industry Product
from Coast of British North Borneo, The National Archives: BT 60/48/5: Japanese Fishing Industry off East Coast of
North Borneo, North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese
Penetration dan The National Archives: CO 531/28 Japanese Activities On Island In North Borneo
11
The National Archives: ADM 116/3946: Immigration of Japanese Nationals to British North Borneo, The Natioanl
Archives: CO 531/27/2: Japanese Activities on Island in North Borneo.North dan Borneo Central Archive No. File
M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration.
12
Temubual dengan K.K. Ismail B. Pg. Nujum di rumah kediaman beliau di Pulau Denawan, Semporna pada 19
Oktober 2004, Eric Robertson (1979) The Japanese File, Hong Kong: Heinemann Asia. Hlm. 58, North Borneo Central
Archive, No. 714 - Tuna Fish in North Borneo, Yutaka Shimomoto (1991) “Japanese Immigrants in Tawau, British
North Borneo”, Sabah Museum and Archives Journal, Vol. 1. No. 3. Hlm. 66, North Borneo Central Archive. No. 72A
– Borneo Fishing Company At Si-Amil Island, K.J. Goodlet (1977) “The Origin and Early Development of The Tawau
Community 1880-1942” PhD. Thesis, Australia Universiti of Syedney. Hlm. 60, Mohammad Raduan B. Mohd. Ariff
(2000) Dari Pemungutan Tripang Ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan Perusahaan Perikanan di Sabah
1750-1990, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 124-120, The National Archives: CO 852/393/7: Financial
Freezing of Japanese Assets North Borneo dan The National Archives: CO874/1103: Prohibition of Exports to
Japandan British North Borneo Herald 4 Februari 1919. Hlm. 24
13
North Borneo Central Archives No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration

1690
1919, hotel milik Memori dibuka di Tawau mempunyai 39 bilik penginapan.14Selain sektor perniagaan,
BNBH keluaran 1 Februari 1908 memaparkan iklan perkhidmatan rawatan pergigian Dr. Kinsabro
Matsuwo yang beroperasi di Singapura tetapi dalam masa yang sama memberi perkhidmatan di
Sandakanselain K. Matsuo yang menyediakan perkhidmatan dobi lelaki di Sandakan.15

1.3 Impak Kegiatan Ekonomi


Imperialisme Jepun di Manchuria pada 1936 menyebabkan aktiviti ekonomi Jepun mula dicurigai dan
dianggap ancaman kepada koloni British di Asia Tenggara termasuk Sabah. Beberapa permohonan
pelaburan semakin sukar mendapat kelulusan umpamanya permohonan syarikat Mineji Yamashita dari
Shimuzo-Cho membekalkan kemudahan air dan elektrik di Tawau.16 Bagaimanapun peranan pemodal
Jepun sebelum perang banyak memberi kesan kepada perkembangan ekonomi Sabah. Cuma kajian
sebelum ini tidak menggunakan kayu ukur yang konsisten bagi menganalisis impak berkenan. Justeru,
aspek penawaran buruh, perpindahan teknologi, hasil keluaran, perdagangan asing, perkapalan dan
pelabuhan serta kemudahan asas yang disediakan pemodal Jepun akan dibincangkan sebagai penanda
aras dalam perbincangan ini.

1.3.1 Penawaran Buruh

BNBCC berminat mendapatkan buruh Jepun secara rasmi pada 1893 melalui permohonan rasmi Gobenor
C.V. Creagh kepada Munemitsu Mutsu, Menteri Luar Jepun. Gabenor BNBCC lain yang turut berminat
ialah Pearson pada 1914, Sir Ridgway pada 1919, dan Sir Neill Malcolm pada Julai 1929. Sementara
pegawai kanan BNBCC yang menyokong dasar ini ialah C.W.C Parr mantan Gabenor,F.W Fraser
Setiausaha Gabenor, Roberson Setiausaha kerajaan, W.W Smith Resident British dan Captain H.V. Wood
Supertinden Imigresen.17Ini menyebabkan beberapa agensi mula merekrut buruh antaranyaSouthern
Emigrating Association (SEA), The Tokyo Imin Goshi Kaisha (Oriental Emigration Company - TTIGK)
(kerjasama Pasifik Mail Steamship Company dan Occidental and Oriental S.S. Co) dan yang ketigaNanyo

14
The National Archives: FO 371/28019: Japanese Activities In North Borneo, North Borneo Central Archives No.
File M74/82: Public Record Office. C.O. 874/704: Japanese Immigrants, British North Borneo Herald 2 Januari 1914
dan British North Borneo Herald 1 September 1916
15
British North Borneo Herald 16 Februari 1908. Hlm. 30, British North Borneo Herald 16 Januari 19013. Hlm. 113
danNorth Borneo Central Archive No. File 1199. Motor Vehicle Statistic Annual Returns 1933-1942
16
North Borneo Central Archives No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration,
North Borneo Central Archives. No. 271: Tawau Water Supply, British North Borneo Herald 1 September 1916. Hlm.
153 dan The National Archives: BT 60/48/5: Japanese Fishing Industry off East Coast of North Borneo
17
Yutaka Shimomoto (1991) “Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo”. Sabah Museum and Archives
Journal, Vol. 1. No. 3. Hlm. 44, Yutaka Shimomoto (1981) “Japan and the Chartered Company”. Sabah Society
Journal, Vol. 7. No. 2. Hlm 124, Hara. Hlm. 125-128, Yutaka Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and
Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah Society. Hlm. 119, North Borneo Centra Archive No. File
M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration, North Borneo Centra Archive No. File M74/82:
Public Record Office. C.O. 874/703: Japanese Immigrants, The National Archives: CO 273/566/13: Japanese Land
Holding In Malaya, The National Archives: CO 874/704: Immigrants Of Japanese Settlers dan The National Archives:
CO 531/25/9: Application of Japanese Firm to Establish an Electric Light and Power Company in Tawau

1691
Kyokai (South Sea Association-SSA) (kerjasama dengan kerajaan Jepun dan swasta).18Antara buruh Jepun
direkrut agen migrasi ialah buruh kontrak ladang pertanian di Lahad Datu Estate pada 1893 dan
1894.Terdapat juga peranan pemodal persendirian yang merekrut buruh bekerja di estet mereka
antaranya Inosuke Yoshida dan Ichinosuke Sakamoto, Ichiji Orita pada 1926-1927 dan beberapa buruh
Jepun yang terlibat dalam sektor perikanan dan pembalakan.19

Bagaimanapun setelah bermulanya perkembangan ideologi nanshin-ron fasa kedua pada 1912
rekrut buruh tidak lagi brlaku kecuali oleh KTRE dan BFC lewat 1930-an.20 Itupun dilakukan secara sulit
setelah kerajaan British mula curiga disebalik pelaburan pemodal Jepun di seberang laut termasuk
Sabah. Kebanyakan estet berskala besar menggunakan buruh mahir dari Jepun khususnya lulusan dari
kolej pertanian. Sebagai contoh kakitangan pengurusan dan pentadbiran KTRE sehingga 1920 ialahK.
Nishimoto (Pengurus KTRE), Yamasaki, Kimura (ketua estet Imam) dan Tenaki (Penjaga gedung estet
Imam).21 Fenomena sama berlaku di estet TEL; Uname Kubota (Pengurus Estet) dan Y. Takashima
(Setiausaha Kerja), estet BSSKL; Masashi Sato (Presiden), Shigao Shimoda (Pengarah) dan Kashiro
(Pengurus), syarikat BFC; Ochiji Orita (Pengurus) dan K. Fukui (Pengurus Kerja), M. Yoshimi (Pengurus
Kilang Pulau Si-Amil), Kinji Sakanisii (Ketua Akaun Kilang Pulau Si-Amil), Fumio Yoshida (Penolong
Kejuruteraan Kilang Pulau Si-Amil), K. Atsumi (Pengurus Kerja Kilang Pulau Banggi), Kenji Shimano
(Jurutera Kilang Pulau Banggi), Noboru Kanasiro (Jurutera Pandu Kapal Kilang Pulau Banggi) dan Eigo
Motomura (Akauntan Kapal Kilang Pulau Banggi).22

18
Hanita Ladjaharun (2001) “Imigrasi Orang Jepun ke Sabah SebelumPerang Dunia Kedua” Latihan Ilmiah, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.11, Yutaka Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and Investments in North
Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah Society. Hlm. 22, British North Borneo Herald pada 1 Januari 1895. Hlm. 21 dan
British North Borneo Herald pada 1 Julai 1902
19
North Borneo Central Archive, No. 1195 - Property of Tobosaku Sakai, North Borneo Central Archive No. File
M74/82: Public Record Office. C.O. 874/703: Japanese Immigrants, North Borneo Central Archive No. File M74/82:
Public Record Office. C.O. 874/704: Japanese Immigrants, Hara Fujio. (1993) “Japanese Activities in North Borneo
before World War II: Focus On Labour Immigrants” Jurnal Sejarah, No. 2, Universiti Malaya. Hlm. 132-133, Yong En
En (2010) “The Nanyo Kyokai and Southeast Asia: 1915-1945”. Thesis Submitted for the Degree of Master of Arts,
Department of History, National University of Singapore. Hlm. 6, North Borneo Central Archive No. File M435/82:
Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration, Yutaka Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and
Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah Society. Hlm. 154-156, Yutaka Shimomoto (1991) “Japanese
Immigrants in Tawau, British North Borneo”. Sabah Museum and Archives Journal, Vol. 1. No. 3. Hlm. 24, British
North Borneo Herald, 1 September 1894. Hlm. 166 & 222, British North Borneo Herald, 1 Mac 1894. Hlm. 60, British
North Borneo Herald, 1 Mei 1894. Hlm. 108, British North Borneo Herald, 1 Julai 1894. Hlm. 167 dan Yutaka
Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah Society. Hlm.
119& 162
20
Yutaka Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah
Society. Hlm. 162 dan Hara Fujio. (1993) “Japanese Activities In North Borneo Before World War II: Focus On
Labour Immigrants” Jurnal Sejarah, No. 2, Universiti Malaya. Hlm. 145
21
North Borneo Central Archive, No. 333 - For Nippon Indutrial Rubber Co.
22
K.J.Goodlet (1977) “The Origin and Early Development of The Tawau Community 1880-1942.” PhD Thesis. Hlm.
208, North Borneo Central Archive, No. 190 – Applaciton for Imam Timber Area, North Borneo Central Archive, No.
541 - Kubota, Mr. V. Corespondence with B.B.T.C dan temubual dengan Palembang @ Hj. Ibrahim B. Zaihirin di
rumah kediaman beliau di Kg. Mantaritip Semporna pada 15 September 2004.

1692
Manakala buruh di peringkat pelaksana (buruh kasar/bawahan) terdiri dariburuh Cina, Taiwan,
Pulau Jawa dan pribumi. Hanya sedikit buruh Jepun yang bekerja sebagai buruh pelaksana seperti yang
direkrut oleh Orita sekitar tahun 1926-1927 dan KTRE pada 1937 di Tawau dan 1941 di Mosytin.23Estet
KTRE sehingga 1925memilikiseramai 900 buruh dari Pulau Formosa, Bajau, Suluk, Bugis, Tidong dan
Jawa.24 Sementara estet TEL pada 1918 menggunakan buruhseramai 342 orang dari kepulauan Liu Chiu
dan Kiu Chiu di Formosa dan 350 orang dari Pulau Jawa.25 Estet TNE dan BSKKL pula menggunakan buruh
Jawa, Cina dan pribumi.26Berbeza sedikit dengan buruh pelaksana sektor perikanan yang cenderung
menggunakan buruh Jepun.Terdapat juga cadangan syarikat BFC mengambil buruh tempatan bagi
mengurangkan kos perbelanjaan dengan bayaran gaji rendah sekitar 35 sen sehari.27 Bagaimanapun
tidak ada data terperinci berkaitan bilangan buruh tempatan di BFC.Fenomena sama berlaku dalam
sektor pembalakan pada 1915-1935 yang lebih didominasi oleh buruh Cina, Jawa dan pribumi.28

Kesimpulannya kegiatan ekonomi Jepun tidak banyak memberi faedah kepada Sabah.
Kecenderungan menggunakan buruh dari China dan Pulau Jawa menyebabkan peluangburuh tempatan
terhad. Sementara bilangan buruh Jepun juga tidak ramai di Sabah dan majoritinya bekerja di estet milik
pemodal Jepun sahaja. Para pemodal Jepun juga gagal menjaga kebajikan buruh. Pada 1923, krisis
tenaga buruh dihadapi KTRE berpunca daripada kadar bayaran gaji rendah berbanding kadar yang
sepatutnya dalam kontrak selain kemudahan estet yang tidak memuaskan.29 Kemuncak kepada krisis

23
British North Borneo Herald, 1 September 1894. Hlm. 166 & 222, British North Borneo Herald, 1 Mac 1894. Hlm.
60, British North Borneo Herald, 1 Mei 1894. Hlm. 108, British North Borneo Herald, 1 Julai 1894. Hlm. 167, Yutaka
Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah Society. Hlm.
119& 162, North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese
Penetration dan North Borneo Central Archive No. File M74/82: Public Record Office. C.O. 874/703: Japanese
Immigrants.
24
K.J. Goodlet (1977) “The Origin and Early Development of The Tawau Community 1880-1942.” PhD Theses,
Australia Universiti of Syedney. Hlm. 157, North Borneo Central Archive, No. 190 – Application for Imam Timber
Area, British North Borneo Herald 2 Mac 1925. Hlm. 41, Temubual dengan En. Isnen B. Mohammad Said di pejabat
beliau di Majlis Perbandaran Tawau pada 26 Ogos 2004 dan temubual dengan K.K. Juniadi B. Abubin di rumah
kediaman beliau di Batu Payung pada 27 Julai 2004,
25
K.J.Goodlet (1977) “The Origin and Early Development of The Tawau Community 1880-1942.” PhD Thesis,
Australia Universiti of Syedney. Hlm. 60-70, North Borneo Central Archive, No. 541 - Kubota, Mr. V.
Corespondence with B.B.T.C dan North Borneo Central Archive, No. 1164 – Tawau Estate Limited (Cultivation of
Hemp)
26
Ibid
27
Eric Robertson (1979) The Japanese File, Hong Kong: Heinemann Asia. Hlm. 59, Tawau Annual Report 1929,
Hiroshi Shimizu (September 1997) ”Japanese Fisheries Based In Singapore, 1892 to 1945”, Journal of Southeast
Asian Studies, Vol. 28, Bil. 2. Hlm. 324-44, Temubual dengan Palembang @ Hj. Ibrahim B. Zaihirin di rumah
kediaman beliau di Kg. Mantaritip Semporna pada 15 September 2004 dan The National Archives: BT 60/48/5:
Japanese Fishing Industry off East Coast of North Borneo
28
North Borneo Protectorate Dept. Annual Report. 1915,1925, 1935
29
Kadar upah buruh di estet KTRE diturunkan dari 80 sen kepada 60 sen dan dari $1.00 sen kepada 75 sen
disebabkan penurunan hasil pendapatan KTRE pada tahun 1940. Rujuk Hara Fujio (December 1992) “Japanese

1693
buruh berlaku pada 1940 apabila meletus bantahan secara terbuka oleh Yasuji Saito di estet KTRE dan
pada 1941 di estet BSKKL.30

1.3.2 Pemindahan Teknologi


Pemodal Jepun membawa bersama mereka beberapa teknologi, kemahiran dan barangan yang lebih
berkualiti dan berprestasi tinggi. Pada 1924 estet KTRE dilengkapi dengan kemudahan kilang pemprosesan
moden yang diimport khas dari United Kingdom.31 Mesin hagotan manila hemp dikeluarkan Daiko
Tetsukosho, cawangan Nippon (Nihon) Shangyo Kabushiki Kaisha, Tokyo di Davao, Filipina membolehkan
hasil keluaran meningkat dan berkualiti.Sementara penggunan kaedah penangkapan muro ami,pukat
terapung dan jala dalam sektor perikanan juga memberi impak positif kepada keluaran ikan Sabah.32 Begitu
juga dengan teknologi kapal berkuasa enjinoleh BFC memudahkannya menangkap ikan sehingga
kebeberapa pulau yang jauh dari Pulau-Si-Amil seperti Kapalai, Pulau Bum-bum, Pulau Budgaya, Pulau
Sipadan dan ada kalanya hingga ke perairan Tawau, Sandakan selain perairan Filipina dan Indonesia.33Kapal
Borneo Maru VIII pernah menangkap ikan sehingga ke Pulau Malatua di Indonesia.34

Kegiatan ekonomi pemodal Jepun dalam sektor perniagaan juga banyak memberi faedah kepada
masyarakat tempatan. Yutaka Shimomoto menjelaskan tentang perniagaan Sakamoto di Sandakan yang
menjual barangan import berkualiti seperti pakaian dan barangan pertanian dari Jepun yangmendapat
sambutan masyarkat tempatan di Pulau Tanjung Aru.35

Settlement Projects in Tawau and the Labour Conflic”. Institute for Development Studies (Sabah), Borneo Review,
Vol. III, No. 2. Hlm. 271 dan Tawau Annual Report 1929
30
Keterangan lanjut tentang bantahan ini terdapat dalam North Borneo Central Archive No. Fail 572 – Bilit Estate
dan Hara Fujio (December 1992) “Japanese Settlement Projects in Tawau and the Labour Conflic”. Institute for
Development Studies (Sabah), Borneo Review, Vol. III, No. 2. Hlm. 271 dan Tawau Annual Report 1929
31
North Borneo Central Archive No. File M402/82
32
Mohammad Raduan Mohd Ariff (1993) “Teknologi Penangkapan ikan di Sabah”, Khazanah, Siri Akademik
Pengajian Melayu, Bil. 3. Hlm. 32-36, Eric Robertson (1979) The Japanese File, Hong Kong: Heinemann Asia. Hlm. 68
dan Temubual dengan Abdillah Hj. Mansor di rumah kediaman beliau di Kg. Bum-Bum pada 20 September 2004.
33
North Borneo Central Archive, No. 760 - Fish Market.
34
North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese Penetration, North
Borneo Central Archive No.File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/874: Japanese Penetration, North Borneo
Central Archive. No. 72A- Borneo Fishing Company At Si Amil Islanddan Temubual dengan Palembang @ Hj.
Ibrahim B. Zaihirin di rumah kediaman beliau di Kg.Mantaritip Semporna pada 15 September 2004.
35
Yutaka Shimomoto (2010) Japanese Immigrants and Investments In North Borneo. Kota Kinabalu: The Sabah
Society. Hlm. 79-80

1694
1.3.3 Hasil Keluaran

Statistik keluaran pemodal persendirian Jepun dalam sektor pembalakan tidak terdapat dalam rekod fail
kerajaan BNBCC berbanding hasil keluaran pemodal zaibatsu seperti yang dijelaskan dalam jadual 1.1 i.
Jadual 1.1 i: Jumlah Keluaran Hasil Balak Pemodal Jepun di Sabah Tahun 1928-1938
Syarikat 1928 (CF) 1934 (CF) 1936 (CF) 1937 (CF) 1938 (CF)
British Borneo Timber Co. Ltd. - - 3,146,055 3,858,801.3 2,614,160.2
North Borneo Trading Company - 741,856.60 1,563720 1,318,806.8 1,170,900.4
Shing Kee Company 352,542 470,183.70 339,760 306,431.8 323,769.2
Yong Soon & Company - 212,951.10 140,558 134,201.0 134,201.0
Tawau Rubber Estate - 274,967.82 634,545 644,272.2 413,848.9
Taikawa & Company - - 259 - -
Shawa Shoko - - 1,461 - -
Tawau Estate Limited (TEL) 212,031 - 2,380 - -
I. Tanaka, Tawau - - 19 1,526.2 -
Wong Hing - - 3,939 7,902.8
Jesselton Ice & Power., Ltd - - 3 4,156.2 -
Che Awang Besar - - 1,985 3,094.9
Md. Shariff - - 127.5 3,677.4 -
Tan Kwong Chiang - - - 11.0 -
Wong Kai Ming - - - - 620.0
‘Che Usop Bin Omar - - - - 24.5
Kim Eng Wat 397,181 - - - -
Miyaki Company 45,280 - - - -
Unauthorized Export - - 1 - 34,405.9
Various (Small) 81,144 21,243.64 - - -
Jumlah Keluaran Pemodal Jepun 257,311 274,967.82 4,753.545 645,798.4 413,848.9
Jumlah Keluaran Pemodal Lain 830,867 1,446,235.04 5,196147.5 5,626,085.5 4,281,255.38
Jumlah Keseluruhan Pengeluaran

ii. Hasil Keluaran Getah (Paun) Pada 1934-1939


Pemodal 1934 1935 1936 1937 1938 1939
KTRE 4,053,984.90 2,970,972.00 3,368,608 4,989.388 4,605,395 -
TEL Tawau - 25,089 17,972 28,180 19,612 -
BSKKL - - - 32,600 - 23,808

iii. Hasil Keluaran Kelapa (Nuts) Pada 1934-1938


Pemodal 1934 1935 1936 1937 1938
KTRE 340,746 1,714.36 1,635 399.813 443,320
TEL Tawau - 1,791,804 2,211,997 5,053.75 3,474.07
TEL Membakut 682 750 750 - -
TEL Sandakan - - - 3604 3,983.52
TNE 326,099 347,842 523,912 410,620 4,133.20

1695
iv. Hasil Keluaran Manila Hemp ( Pikul) Pada 1934-1938
Pemodal 1934 1935 1936 1937 1938
KTRE 482,57 1,254.00 962.16 4,753 1,433,217
TEL Tawau - 1,181.40 1.015.27 1,462.74 3,474.07

Sumber: NBCA. No. 1097: Forest Department Annual Reports 1934-1938, NBCA. No. 1229: Forestry Dept.
Annual Report 1929 dan NBCA. No. 600: Forestry Department Annual Report 1927

Berdasarkan jadual 1.1 terdapat 6 syarikat Jepun dalam pengeluaran balak sekitar 1928-1938.
Syarikat KTRE, TEL, Taikawa & Company, Shawa Shoko, I. Tanaka dan Miyaki Company mencatat jumlah
keluaran memberangsangkan berdasarkan kedudukan Jepun sebagai pengimport utama kayu balak Sabah
sebelum Perang Dunia Kedua.36Bagaimanapun jumlah keluaran mereka tidak konsisten apabila prestasi
eksport balak Sabah dipengaruhi keadaan pasaran China dan Eropah yang mengalami ketidakstabilan
politik sekitar 1930-an. Pemerintahan Kuomintang oleh Chiang Kai Shek yang lemah sehingga menanggung
masalah hutang yang tinggi selain sekitar 1937-1939 berlaku pemboikotan Cina keatas barangan dan
keluaran Jepun. Pasaran di Eropah turut terjejas setelah tumpuan terarah kepada perluasan wilayah bagi
mengimbangi dasar imperialisme Jepun ketika itu.37 Situasi ini menyebabkan pemodal Jepun gagal
mengeluarkan hasil balak secara konsisten.

Tanaman getah, kelapa dan manila hemp antara yang mendapat perhatian dalam sektor
pertanian.Berdasarkan jadual 1.1, KTRE, TEL cawangan Tawau dan BSSKL mendominasi pengeluaran hasil
getah sekitar 1934-1939, sementara kelapa menjadi tanaman utama KTRE, TEL cawangan Tawau,
Membakut dan Sandakan serta estet TNE.38Pada 1935 harga kelapa jatuh selain serangan serangga
perosak Artana Catovantha, Nettle Caterpillar dan Setora Niten pada 1939 menyebabkan hasil keluaran
kelapa mengalami kemerosotan.39Tanaman berasaskan serat sepertimanila hemp banyakdimonopoli
pemodal Jepun. Bagaimanapun statistik pengeluaran manila hemp milik mereka tidak direkod secara
sistamatik. Nilai pengluaran hanya dalam failNBCA. No. 338: Companies Operating In The State dan The
National Archives: CO 874/685: Companies Operating In North Borneo, 1933-1941 yang melibtkn estet

36
North Borneo Central Archive, No. 1164 – Tawau Estate Limited (Cultivation of Hemp), North Borneo Central
Archive, No. 190 – Application for Imam Timber Area,North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency
the Governor’s administration Report 1936, North Borneo Central Archives. File No. 92A: His Excellency the
governor’s administration Report, 1936 dan North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo
Administration Report
37
Negara China, Jepun, Australia dan Eropah merupakan negara pengimport utama kayu keras dan kayu lembut
Sabah. Keterangan lanjut berhubung dengan zaman pemerintahan kerajaan Kuomintang (Kerajaan Nasionalis)
1928-1937, Rujuk David H Fortier (1964) Culture Change Amongst Chinese Agricultural Settlers in British North
Borneo.New York: Columbia University. Hlm. 51 dan Lujinah Zunaidah Timbun (1988) “Sejarah Perkembangan
Perusahaan Pembalakan di Sabah (Sabah) Sebelum Perang Dunia Kedua (1881-1941)”Latihan Ilmiah, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Hlm. 100
38
North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency the Governor’s administiration Report 1936 dan
North Borneo Central Archives. File No. 92A: His Excellency the governors administration Report, 1936
39
North Borneo Central Archive, No. 658 - Copra Industry Measures for protection North Borneo.

1696
KTRE dan TEL cawangan Tawau.40Estet BSKKL juga memberi tumpuan kepada tanaman seratlain seperti
ramie, ichibi grass dan jute sehingga mengeluarkan sekitar 23,867 paun setahun. Namun tanaman
seratturut diancam perosak root-rot dan heart rotsehingga menjejaskan hasil pengeluarannya.41Secara
keseluruhannya aktiviti pertanian pemodal Jepun menampakkan kemajuan sehingga mampu
menghasilkan keluaran yang pelbagai. Bermula dengan penanaman getah kemudiannya
memperkenalkan tanaman baru berasaskan serat yang menjadi eksport utama Sabah sehingga
menjelang Perang Dunia Kedua.
Sementara ikan bonito dan tunakering basah dan tin menjadi hasil keluaran BFC untuk dieksport
ke Jepun, Amerika Syarikat (melalui kilang Louis A. Bianchi & Company) dan Kanada.42 Jadual 1.2
menunjukkan jumlah eksport hasil keluaran BFC pada 1923-1940.

Jadual 1.2: Jumlah Eksport (Pikul) Sektor Perikanan BFC Tahun 1923-1940

Tahun Eksport BFC


1927 507.44
1931 4,371.98
1935 6,841
1939 13,402
1940 14,278
* t.d. = Tidak didaftar
Sumber: Data-data yang disusun semula daripada Administration Reports State of North Borneo, 1923-
1940: North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report 1933, North
Borneo Central Archives. File No. 92C: His Excellency the Governons Annual Administration Report 1937,
North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency the Governor’s administration Report 1936
North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report 1933, NBCA No. 714:
Tuna Fish Industry in North Borneo, North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency the
Governor’s administration Report 1936, North Borneo Central Archives. File No. 92C: His Excellency the
Governons Annual Administration Report 1937, North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo
Administration Report, The National Archives: CO874/1103: Prohibition of Exports to Japan

40
North Borneo Central Archive, No. 733 - Of Manila hemp on East Coast 1918-1940, North Borneo Central Archive,
No. 1345 - of Manila Hemp Encouragment, North Borneo Central Archive, No. 333 - For Nippon Indutrial Rubber Co,
North Borneo Central Archive, No. 224 –Tawau Rubber Estate, North Borneo Central Archive, No. 886 - Plant
Disence (Hemp)North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese
Penetration.
41
North Borneo Central Archive, No. 270 -Planting of Ichibi Grass, K.J. Goodlet (1977) “The Origin and Early
Development of The Tawau Community 1880-1942” PhD. Thesis. Australia University of Syedney. Hlm. 200, North
Borneo Central Archive, No. 224 -Hemp land at Kalumpang, Moystin area, North Borneo Central Archives. File No.
92I: North Borneo Administration Report , NBCA. No. 338: Companies Operating In The State,The National
Archives: CO 874/685: Companies Operating In North Borneo, 1933-1941,North Borneo Central Archive No. File
M438/82 Nippon Industrial danNorth Borneo Central Archive, No. Fail 398 - Tawau Annual Report 1929
42
The National Archives: BT 60/48/5: Japanese Fishing Industry off East Coast of North Borneo, North Borneo
Central Archive, No. 714 - Tuna Fish in North Borneo,North Borneo Central Archive, No. 760 - Fish Market, The
National Archives: CO 852/393/7: Financial Freezing of Japanese Assets North Borneo dan The National Archives:
CO874/1103: Prohibition of Exports to Japan

1697
Peningkatan keluaran BFC sejak awal operasinya hingga 1931dipengaruhi oleh faktor pengunaan
teknologi penangkapan ikan yang efisien.43Walau bagaimanapun lewat 1930-an, hampir semua syarikat
Jepun yang menjalankan kegiatan perikanan di Asia Tenggara mengalami krisis ekonomi yang teruk
disebabkan kejatuhan permintaan ikan segar sedangkan kos operasi meningkat, kemelesetan ekonomi
dunia, boikot hasil pengeluaran Jepun oleh orang Cina dan tanggapan kerajaan British bahawa pemodal
Jepun menjadi pengintip. Ini menyebabkan kawalan ketat telah dilakukan kerajaan British. Pengeluaran
visa kepada orang Jepun telah diperketatkan. Malah BNBCC mengenakan peraturan yang ketat sehingga
tidak membenarkan BFC beroperasi sekitar garisan di sebelah timur dari Saigon ke Labuan dan daripada
sebelah selatan dari Hindia Timur Belanda, di sebelah Barat iaitu dari kawasan Rangoon ke pulau
Andaman.44Faktor persekitaran seperti ini secara tidak langsung menjejaskan jumlah pengeluaran BFC
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

1.3.4 Perdagangan Asing


Kemampuan BNBCC mengeksploitasi keseluruhan sektor ekonomi menyebabkan imbangan perdagangan
Sabah positif. Rakan dagang BNBCC ialah negara-negara Eropah dan Asia Timur seperti China, Hong
Kong dan Jepun.45 Jadual 1.3 dan 1.4 menunjukkan peratusan nilai eksport kayu balak dan getah Sabah
ke Jepun.

Jadual 1.3: Peratusan Nilai Eksport Kayu Balak Sabah Berdasarkan Negara 1927-1940

1926 1927 1931 1933 1935 1937 1939 1940


Negara (%) (%) (%) (%) (%) (%) (%) (%)
Hong Kong 61.35 68.1 65.51 44.36 29.13 19.78 26.22 34.75
Jepun 10.54 8.34 12.39 32.18 49.00 49.72 41.31 27.73
Australia 7.83 5.40 3.17 1.83 3.68 4.27 4.59 10.12
UK - - 6.10 9.32 14.47 14.61 17.23
Philippine Island - - 0.14 0.09 0.15 0.04 0.03
Sarawak 3.53 4.57 0.38 - 0.15 0.01 0.47 0.05
FMS & Straits S 3.30 - 0.84 - 0.22 0.34 0.31 0.47
Dutch Borneo - - - 0.37 - - -
China - - - 6.19 - - -
Europe - 9.54 14.36 1.16 9.08 12.28 4.42
Afrika - 0.05 0.50 0.69 - - -
British Isles - - - - - - -
USA 10.82 7.61 - - - - - -
Lain-Lain 2.01 4.07 1.33 - - - - -
Shanghai 0.62 - 6.84 0.53 - 2.18 0.17 5.20
Sumber: Sumber:North Borneo Central Archives. File No. 92A: His Excellency the governors administration

43
The National Archives: CO 531/24/9: Japanese Fishing Industry At Sandakan
44
Danny Wong Tze-Ken (1 February 2001) “Anti-Japanese activities In North Borneo Before World War, 1937-1941,
Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, Bil. 1. Hlm. 93-105 dan Hiroshi Shimizu. (September 1997) ”Japanese
Fisheries Based In Singapore, 1892 to 1945”, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 28, Bil. 2. Hlm. 324-344
45
Rujuk The National Archives: FO 371/28019: Japanese Activities In North Borneo

1698
Report, 1936 dan North Borneo Central Archives. File No. 129: Administration Report For 1927

Jadual 1.4: Jumlah Peratusan (%) Nilai Eksport Getah Sabah

1929 1930 1932 1934 1936 1938 1940


Negara (%) (%) (%) (%) (%) (%) (%)
Singapura 49.24 49.39 46.9 60.00 46.31 41.35 62.64
UK - - 29.6 22.99 24.65 19.12 15.75
USA & Philippine Island 6.68 1.96 6.9 3.24 10.91 3.33 7.52
Europe 3.77 3.55 5.4 4.05 4.09 20.21 0.36
Jepun - - 10.6 9.54 11.40 15.78 13.65
British Isles 39.91 44.45 - - - - -
Lain-Lain 0.40 0.65 0.6 0.18 2.63 0.21 0.08
Sumber:North Borneo Central Archives. File No. 92A: His Excellency the governors administration
Report, 1936, North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report

Penglibatan pemodal Jepun meningkatkan perdagangan asing sektor pembalakan. Fenomena ini
ketara pada 1935-1940 sehingga Jepun mengambil alih peranan Hong Kong sebagai negara pengeksport
utama balak. Ini disebabkan faktor ekonomi dunia yang semakin baik, penguasaan Jepun ke atas
Manchuria pada tahun 1931 dan pengisytiharan “Kenyataan Amau” yang mendesak China tidak harus
menerima bantuan dari mana-mana negara kecuali Jepun.46Justeru Jepun mempunyai pasaran luas
tanpa persaingan daripada negara lain.47Sementaraperatusan eksport getah turut mengalami
peningkatan bermula pada 1934-1940. Jepun berada dalam kedudukan ketiga selepas Singapura dan
United Kingdom.48 Bagaimanapun sebelum 1932 peratusan eksport getah ke Jepun adalah kecil kesan
meletusnya Perang Dunia Pertama sehingga menghadapi masalah pengangkutan, keselamatan
perkapalan, kos insuran yang meningkat, ketidak tentuan iklim politik dunia selain kemelesetan ekonomi
dunia.49Tambahan pula pada 1941 BNBCC melalui arahan Far Eastern Committee melaksanakan sekatan
perdagangan ke atas Jepun khususnya hasil getah, hemp, jute dan kelapa. Banyak barangan eksport dan
import Jepun ditahan dalam stor penyimpanan barang di pelabuhan Sabah sehingga mendapat arahan
dari kerajaan British di London.50

46
M. Rajenderan (1988) Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena buku Sdn. Bhd. Hlm.177-182.
47
North Borneo Central Archive, No. 190 – Application for Imam Timber Area.
48
North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/874: Japanese Penetration, North
Borneo Central Archive, No. 338 dan 34 - List of Companies operating in the State of North Borneo, Tawau Annual
st
Report 1929 dan British North Borneo Herald, No. 3, Vol. LVII, 1 February 1939; Development of New
Industries in North Borneo, hlm. 23.
49 st
British North Borneo Herald, No. 17, Vol. XLVIII, 1 September 1930; British North Borneo (Chartered): Reason
rd
for conserving resources. Hlm. 149 dan British North Borneo Herald, No. 1, Vol. LII, 3 January,1932; Sabalas North
Borneo Rubber, Limited. Hlm. 6.
50
The National Archives: CO 852/502/17: Far Eastern Committee: Japanese Controlled Produce In Malaya and
North Borneo, The National Archives: CO 852/393/7: Financial Freezing of Japanese Assets North Borneo, The

1699
Jadual 1.5: Jumlah Eksport (Pikul) Sektor Perikanan BFC Berbanding Dengan Jumlah Eksport Sabah Tahun
1923-1940

Tahun Eksport BFC Eksport Negeri


1927 507.44 15,462,290
1931 4,371.98 7,009,003
1935 6,841 7,816,152
1939 13,402 13,453,491
1940 14,278 20,270,502
* t.d. = Tidak didaftar
Sumber: Data-data yang disusun semula daripada Administration Reports State of North Borneo, 1923-
1940: North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report 1933, North
Borneo Central Archives. File No. 92C: His Excellency the Governons Annual Administration Report 1937,
North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency the Governor’s administration Report 1936
North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report 1933, NBCA No. 714:
Tuna Fish Industry in North Borneo, North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency the
Governor’s administration Report 1936, North Borneo Central Archives. File No. 92C: His Excellency the
Governons Annual Administration Report 1937, North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo
Administration Report, The National Archives: CO874/1103: Prohibition of Exports to Japan

Jadual 1.5 menjelaskan perdagangan eksport sektor perikanan BFC dan negeri pada 1923-1940.
Bermula lewat 1920-an sehingga pertengahan 1930-an jumlah pikul eksport ikan Sabah jatuh mendadak.
Hanya sekitar 1939 - 1940jumlah tersebut mula meningkat. Walaupun jumlah pikul eksport sektor
perikanan ke Jepun tidak dinyatakan namun eksport ikan ke negara berkenaan sudah tentu tinggi
memandangkan BFC selaku pemodal yang banyak mengeksport keluarannya ke Jepun sentiasa
mengeluarkan jumlah pikul eksport meningkat sepanjang tempoh operasinya. Kecuali hasil keluaran pada
1931 dan 1935 sedikit merosot iaitu 4,371.98pikul pada 1931 kepada 6,841pikul pada 1935. Kemerosotan
ini sudah tentu disebabkan meletusnya kemelesetan ekonomi pada awal 1930-an. Namun sekitar 1939-
1940 jumlah keluaran BFC meningkat secara konsisten walaupun jumlah pikul eksport Sabah
keseluruhannya masih tidak stabil. Ini menunjukkan bahawa hubungan perdagangan asing antara Sabah
dan Jepun sangat signifikan sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

National Archives: FCO 141/17116:, The National Archives: FCO 141/16233, The National Archives: FO371/35942:,
The National Archives: FO371/22183, The National Archives: FO371/23588: Economic Conditions in Japan during
April, 1939, The National Archives: FO 371/22182: Economic Policy of Japanese Government The National Archives:
CO 537/3092: Control Over Japanese Industry dan The National Archives: CO 874/1102: Political Relations with
Japan 1940-1942

1700
1.3.5 Perkapalan dan Pelabuhan

Hubungan perdagangan asing Sabah dan Jepun yang baik sebelum Perang Dunia Kedua menyebabkan
kemasukkan kapal Jepun ke Sabah turut meningkat. Berdasarkan laporan BNBH pada 1 Mei 1887, rekod
terawal kapal milik Jepun di pelabuhan Sabah ialah kapal Nagato Maru (2,000 ton) pada 1 Februari
1887sementara kapal dagangterbsar Jepun datang ke Sabah ialah Ohiokubi Maru (6500 ton).51
Kekerapan jumlah kapal Jepun mengunjungi pelabuhan Sabah memberi gambaran jelas tentang peranan
penting pemodal Jepun dalam kegiatan ekonomi Sabah sebelum Perang Dunia Kedua.52Jadual 3.6
menunjukkan peratusan kedatangan kapal dagang Jepun ke Sabah sekitar 1926-1940. Pengangkutan
keluaran eksport dan import Sabah dimonopoli oleh Sabah Stemaship Company, tetapi perkembangan
ekonomi yang pesat menyebabkan banyak aktiviti eksport dan import tidak dapat dikendalikan
sepenuhnya oleh syarikat berkenaan. Justeru pada Mac 1918, KTRE memohon kebenaran BNBCC
menggunakan kapal sendiri bagi aktiviti pengangkutan eksport dan import.Pada Jun 1918 KTRE memiliki
sebuah kapal pengangkutan yang menggunakan laluan Tawau-Jawa-Jepun.53 Selain itu. T. Sakai di
Jeselton juga memiliki ejen perkapalan yang dikenali sebagai Nanyo Kaiun Kabushiki Kaisha. Laluan
utama ketika itu ialahJepun - Hong Kong – Manila – Sandakan – Pelabuhan Jawa – Singapura – Sandakan
- Hong Kong - Jepun.54Kapal penumpang Jepun mula beroperasi di Sabah milik Osaka Shoshen
Kaishapada 1917 iaitu melakukan perjalanan sekali dalam sebulan. Laluan kapal ini ialah Hong Kong –
Manila – Sandakan – Tawau – Pelabuhan Dutch Borneo dan Singapura. Kapal ini beroperasi sekali
sebulan.

Jadual 1.6: Jumlah Peratusan Kemasukan Kapal Dagang Jepun Ke Pelabuhan


Sabah Tahun 1926-1940

51
The British North Borneo Herald pada 1 Mei 1887, British North Borneo Herald 1 Mac 1923. Hlm. 46, British North
Borneo Herald 1 Januari 1932. Hlm. 7, British North Borneo Herald 16 Januari 1932. Hlm. 16, British North Borneo
Herald 1 Februari 1932. Hlm. 27, British North Borneo Herald 1 Februari 1932. Hlm. 39 British North Borneo Herald
2 Mei 1932. Hlm. 91, British North Borneo Herald 2 Mei 1932. Hlm. 94, British North Borneo Herald 16 Disember
1932. Hlm. 247, British North Borneo Herald 1 September 1933. Hlm. 152, British North Borneo Herald 16
September 1933. Hlm. 161, British North Borneo Herald 2 Mei 1932. Hlm. 94, British North Borneo Herald 1 Jun
1932. Hlm. 117, British North Borneo Herald 16 November 1932. Hlm. 230, British North Borneo Herald 1 Februari
1933. Hlm. 22, British North Borneo Herald 18 April 1933. Hlm. 71, British North Borneo Herald 16 Mei 1933. Hlm.
89, British North Borneo Herald 16 November 1933. Hlm. 206, British North Borneo Herald 16 Disemeber 1933.
Hlm. 224 dan British North Borneo Herald 1 Februari 1934. Hlm. 25, British North Borneo Herald 18 April 1934.
Hlm. 75, British North Borneo Herald 2 Mei 1935. Hlm. 88, British North Borneo Herald 16 November 1935. Hlm.
226,British North Borneo Herald 17 September 1917. Hlm. 178 danBritish North Borneo Herald 17 Jun 1917. Hlm.
113
52
British North Borneo Herald 16 Mac 1923. Hlm. 74, The National Archives: BT 60/48/5: Japanese Fishing Industry
off East Coast of North Borneo dan The National Archives: FO371/23557
53
The National Archives: CO 874/811: Sabah Steamship Company
54
The National Archives: FO 371/28019: Japanese Activities In North Borneo

1701
1926 1930 1932 1934 1936 1938 1940
Negara (%) (%) (%) (%) (%) (%) (%)
British 72.7 58.50 46.52 47.05 40.67 40.26 53.29
Jepun 15.7 16.20 36.80 28.80 22.69 36.91 31.21
B.N. Borneo 5.2 5.50 5.80 4.27 4.22 4.90 2.39
American 1.5 1.00 0.16 1.98 0.59 - 0.33
Dutch 1.5 15.00 9.16 4.54 6.03 6.57 4.60
Chinese - 0.90 1.53 8.86 18.97 - 5.93
Norweign 3.1 - 0.03 1.23 3.21 2.30 0.75
Sarawak 0.3 - - - 1.32 - 0.58
France - - - - - - -
Brunei - - - 0.97 1.60 0.90 -
Danish - - - 0.33 0.60 - -
Australia - - - 1.04 0.10 - 0.27
German - - - 0.93 - - -
Greek - - - - - - -
Panama - - - - - 1.71 0.45
Hungarian - - - - - 1.86 0.05
Sumber: Data-data yang disusun semula daripada North Borneo Central Archives. File No. 129:
Administration Report For 1927 dan North Borneo Central Archives. File No. 92A: His Excellency the
governors administration Report, 1936, North Borneo Central Archives. File No. 312: Annual Report On
The Sandakan and Kudat Resedency for Year 1929, North Borneo Central Archives. File No. 367 Annual
Report 1931, North Borneo Central Archives. File No. 441: Administration Report For 1933 North Borneo
Central Archives. File No. 92C: His Excellency the Governons Annual Administration Report 1937, North
Borneo Central Archives. File No. 273: Harbour Department Annual Report, North Borneo Central
Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report dan The National Archives: CO 531/50/11:
Japanese Activities In Island In North Borneo.

1.3.6 Kemudahan asas

Pemodal Jepun turut menyediakan kemudahan asas di estet masing-masing. Estet KTRE menyediakan
kemudahan asas seperti jalan raya, hospital, sekolah dan rumah kongsi. Kemudahan jalan raya dibina
pada 1916 bagi menghubungkan semua pejabat KTRE dan juga setiap estet ke pelabuhan Tawau.
Kemudahan troli mengangkut barang turut disediakan dengan landasan sepanjang 6 batu
menghubungkan pelabuhan Tawau dan estet Merotai bagi memudahkan proses mengangkut hasil
pertanian.55 Sementara TEL menyediakan jalan serta kemudahan pengangkutan di estet, jalan tren
antara dermaga Tawau ke TEL selain landasan keretapi pada 1924.56Bagi menjaga kebajikan buruh,
pemodal Jepun turut menyediakan rumah rehat untuk pelawat dan rumah kongsi. Di estet KTRE, dibina
“Sub-urban Blocks” iaitu satu skim pembinaan petempatan pinggir kota. Manakala disediakan 6 buah

55
Troli bukan sahaja digunakan untuk mengangkut hasil keluaran malahan ada kalanya juga pekerja estet yang ingin
ke bandar Tawau. Temu bual dengan Hj. Junaidi B. Abuban di kediamannya di Batu Payung Tawau pada 27 Ogos
2004.
56
Ibid.

1702
rumah kongsi untuk para pekerja di estet Merotai dan Table selain 3 buah rumah kongsi di estet Tiger
II.57
Kemudahan hospital juga disediakan oleh pihak pengurusan KTRE diketuai Dr. Yamamoto dan
dibantu oleh Dr. Sagamura. Beberapa cawangan hospital kecil ditubuhkan di setiap estet umpamanya di
estet Imam, Table, Tiger dan Merotai.58 Estet yang tidak menyediakan kemudahan hospital akan
dikunjungi setiap bulan oleh Dr. Yamamoto bersama Pengurus K. Maeda dan Setiusaha Hamasaki. Pihak
pengurusan BFC di Pulau Si-Amil turut menubuhkan kemudahan hospital pada 1936 yang diketuai oleh
Dr. Yamanaka dan Dr. Wolf yang berasal dari Jerman di Pulau Si-Amil.59Hospital Pulau Banggi diketuai
oleh Dr. V.A. Stookes sebagai pegawai perubatan sementara. Kemudahan-kemudahan hospital ini turut
dibuka kepada masyarakat awam untuk mendapatkan rawatan sama ada sebagai pesakit luar ataupun
dalam.60
Bagi memastikan anak-anak buruh Jepun mendapat pendidikan sewajarnya, sekolah-sekolah
Jepun didirikan dan tenaga pengajar dibawa khas dari negara Jepun. Sekitar 1929-1930, seramai 16
orang mendaftar sekolah Jepun di pantai timurmanakala pada 1940 meningkat kepada 180
pelajar.61Menurut K.G. Tregonning, kesedaran pendidikan masyarakat Jepun khususnya di Pulau Si-Amil
rendah berdasarkan rekod pendaftaran pelajar dianggarkan hanya 180 orang berbanding jumlah
keseluruhannya seramai 500 orang.62Seperkara lagi impak positif ialah kewujudan pekan-pekan baru. Di
Merotai Kecil pekan baru dibina pada 1920 manakala estet TEL memiliki 3 lot kedai, di Pulau Si-Amil
didirikan beberapa lot kedai berdekatan kilang milik BFC.Semua harga barangan keperluan ditetapkan
dan diawasi oleh Pembantu Protektorat.63

1.4 Rumusan

Pelaburan pemodal Jepun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua bermula pada 1884 setelah Inosuke
Yoshida terlibat dalam sektor pembalakan. Pelaburan ini menjadi titik tolak kepada berlakunya migrasi
masyarakat Jepun dalam kalangan buruh dan pemodal. Disebabkan faktor persekitaran khususnya
kemunculan Jepun sebagai kuasa politik dan ketenteraan baru setelah memenangi Perang Cina-Jepun
1889-1890 dan Perang Russo-Jepun 1904-1905, berlaku evolusi pelaburan di seberang laut iaitu dari

57
North Borneo Central Archive, No. 535 - Kuhara Estate Tawau.
58
Borneo Central Archive No. 873 – Conditions of Labour, Health Nippon Estate.
59
Temubual dengan Palembang @ Hj. Ibrahim B. Zaihirin di rumah kediaman beliau di Kg.Mantaritip Semporna
pada 15 September 2004.
60
The National Archives: FO371/23555: Japanese Activities In North Borneo dan temu bual yang dilakukan dengan
Datuk Hj. Kasim Kamidi di rumah kediaman beliau Tawau pada 27 Julai 2004.
61
North Borneo Central Archive No. File 398: Tawau Residency Annual Report For 1929, North Borneo Central
Archives. File No. 398 Tawau Residency Annual Report for 1929 dan North Borneo Central Archives. File No. 367
Annual Report 1931
62
K.G. Tregonning (1958) Under Chartered Company Rule: 1881-1946, Kuala Lumpur, University of Malaya Press.
Hlm. 185
63
K.J. Goodlet (1977) “The Origin and Early Development of The Tawau Community 1880-1942” Phd. Thesis,
Australia Universiti of Syedney. Hlm. 240, North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office.
C.O. 874/874: Japanese Penetration danNorth Borneo Central Archive, No. 313- Monthly Report.

1703
pemodal persendirian berskala kecil kepada pelaburan zaibatsu berskala besar. Beberapa zaibatsu
berpengaruh mula melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Sabah seperti zaibatsu Nissan dan
Mitsubishi yang memberi kesan positif kepada ekonomi Sabah. Dari segi jumlah keluaran, hampir
sebahagian besar sektor ekonomi melibatkan pemodal Jepun menyumbang hasil keluaran yang tinggi.
Begitu juga pemindahan teknologi dan kemudahan asas yang disediakan pemodal ternyata memberi
kesan baik kepada Sabah khususnya bagi tujuan memaksimumkan keluaran dan keuntungan. Manakala
dari segi kemudahan asas masyarakat tempatan turut mengecapi dan boleh menggunakan kemudahan
yang disediakan seperti kemudahan hospital dan kemudahan jalan raya yang menjadi perhubungan
utama masyarakat tempatan dari kawasan Merotai dan pusat bandar Tawau. Namun sedikit sahaja
buruh Jepun di peringkat pelaksana bekerja di Sabah manakala buruh tempatan yang digunakan dalam
kegiatan ekonomi mereka juga sangat minimum. Sementara pengurusan pentadbiran perusahaan Jepun
masih dimonopoli oleh kakitangan yang dibawa khas dari negara Jepun.

Rujukan

Sumber Awalan

The National Archive

The National Archives: CO 273/566/13: Japanese Land Holding In Malaya


The National Archives: CO 531/24/9: Japanese Fishing Industry At Sandakan
The National Archives: CO 531/25/9: Application of Japanese Firm to Establish an Electric
The Natioanl Archives: CO 531/27/2: Japanese Activities on Island in North Borneo.
The National Archives: CO 531/28 Japanese Activities on Island in North Borneo
The National Archives: CO 531/50/11: Japanese Activities in Island in North Borneo
The National Archives: CO 531/47/7 Reconstruction and Development: Kuhara Rubber Estate
The National Archives: CO 537/3092: Control Over Japanese Industry
The National Archives: CO 852/393/7: Financial Freezing of Japanese Assets North Borneo
The National Archives: CO 852/502/17: Far Eastern Committee: Japanese Controlled Produce in Malaya
and North Borneo
The National Archives: CO 874/482: Government Rubber Estate At Tawao Sale To Nippon
Industrial Co. Ltd.
The National Archives: CO 874/685: Companies Operating In North Borneo, 1933-1941
The National Archives: CO 874/704: Immigrants Of Japanese Settlers
The National Archives: CO 874/811: Sabah Steamship Company
The National Archives: CO 874/874: Japanese Penetration
The National Archives: CO 874/908: Nippon Industrial Co. Ltd. Properties in the Tawau Merotai District,
1916-1918
The National Archives: CO 874/910: The Nissan Agriculture & Forestry Manufacturing Co. Ltd. (Formerly
Nippon Industrial Co. Ltd): Properties in the Tawao-Merotai District, 1934-1945
The National Archives: CO 874/1102: Political Relations with Japan 1940-1942
The National Archives: CO874/1103: Prohibition of Exports to Japan
The National Archives: BT 60/48/5: Japanese Fishing Industry off East Coast of North Borneo
The National Archives: ADM 116/3946: Immigration of Japanese Nationals to British North Borneo
The National Archives: FO 371/28019: Japanese Activities In North Borneo
The National Archives: FO 371/22182: Economic Policy of Japanese Government
The National Archives: FO371/22183Economic Policy of Japanese Government

1704
The National Archives: FO371/23555: Japanese Activities In North Borneo
The National Archives: FO371/23557:Japanese Activities In North Borneo
The National Archives: FO371/23588: Economic Conditions in Japan during April, 1939
The National Archives: FO371/35942:Light and Power Company in Tawau
The National Archives: FO 371/28019: Japanese Activities In North Borneo
The National Archives: FCO 141/17116:Japanese Activities In North Borneo
The National Archives: FCO 141/16233:Japanese Activities In North Borneo

North Borneo Central Archive

North Borneo Central Archive No. File 26 – Pearl Industry Product from Coast of British North Borneo
North Borneo Central Archive. No. 72A – Borneo Fishing Company At Si-Amil Island
North Borneo Central Archive, No.44. British Borneo Timber Company
North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report
North Borneo Central Archives. File No. 92A: His Excellency the governor’s administration Report, 1936
North Borneo Central Archives. File No. 92B: The Excellency the Governor’s administration Report 1936
North Borneo Central Archive, No. 102 - Borneo Fishing Company Extension of Banggi
North Borneo Central Archive, No. 190 – Application for Imam Timber Area
North Borneo Central Archive, No. 224 –Tawau Rubber Estate
North Borneo Central Archive, No. 270 -Planting of Ichibi Grass
North Borneo Central Archives. No. 271: Tawau Water Supply
North Borneo Central Archive, No. 283/6 - Tawau Rubber Estate
North Borneo Central Archive, No. 307 - For Hemp Growing
North Borneo Central Archive, No. 333 - For Nippon Indutrial Rubber Co.
North Borneo Central Archive No. 338 dan 34 - List of Companies operating in the State of North Borneo
North Borneo Central Archive, No. 541 - Kubota, Mr. V. Corespondence with B.B.T.C
North Borneo Central Archive, No. 535 - Kuhara Estate Tawau
North Borneo Central Archive, No. 658 - Copra Industry Measures for protection North Borneo.
North Borneo Central Archive, No. 714 - Tuna Fish in North Borneo
North Borneo Central Archive, No. 733 - Of Manila hemp on East Coast 1918-1940
North Borneo Central Archive, No. 760 - Fish Market
North Borneo Central Archive No. 873 – Conditions of Labour, Health Nippon Estate
North Borneo Central Archive, No. 886 - Plant Disence (Hemp)
North Borneo Central Archive, No. 1164 – Tawau Estate Limited (Cultivation of Hemp)
North Borneo Central Archive, No. 1195 - Property of Tobosaku Sakai
North Borneo Central Archive, No. 1345 - of Manila hemp Encouragment

Mikrofilm

North Borneo Central Archive M402/82. Nippon Industri


North Borneo Central Archive No. File M435/82: Public Record Office. C.O. 874/873: Japanese
Penetration
North Borneo Central Archive No. File M352/82
North Borneo Central Archive No. File M438/82: Nippon Indutrial
North Borneo Central Archives No. File M74/82: Public Record Office. C.O. 874/704: Japanese
Immigrants

1705
Laporan Tahunan

North Borneo Central Archive, No. 313- Monthly Report


North Borneo Central Archives. File No. 367 Annual Report 1931
North Borneo Central Archives. File No. 92I: North Borneo Administration Report
North Borneo Central ArchiveTawau Annual Report 1929,

Akhbar

British North Borneo Herald

Sumber Kedua

Buku

Anwar Sullivan & Cecilia Leong. (1981) Commemorative History of Sabah 1881-1981. Kota Kinabalu:
Sabah State Government.

Cecelia Leong (1988) Sabah: The First 100 Year, Kuala Lumpur: Pustaka Wan Yang Muda Sdn. Bhd.

Danny Wong Tze Ken (2004) Historical Sabah: Community and Society. Kota Kinabalu: Natural History
Publications (Borneo).

David H Fortier (1964) Culture Change Amongst Chinese Agricultural Settlers in British North Borneo.New
York: Columbia University.

Eric Robertson (1979) The Japanese File, Hong Kong: Heinemann Asia.

James Francis Warren (1993) Ah Ku and Karayuki-san: Prostitution In Singapore 1870-1940. Singapore:
Oxford University Press.

K.G. Tregonning (1958) Under Chartered Company Rule: 1881-1946, Kuala Lumpur, University of Malaya
Press.

K.GTregonning(1967) A History of Modern Sabah 1881-1963. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu University
Malaya Press.

K. G Tregonning (2007)Malaysian Heritage: Under Chartered Company Rule-North Borneo 1881-1946.


Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

M. Rajenderan (1988) Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena buku Sdn. Bhd.

Mohammad Raduan Mohd Arif (1995) Dari Pemungutan Tripang Ke Penundaan Udang: Sejarah
Perkembangan Perusahaan Perikanan Di Borneo Utara, 1750-1990. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Victor T. King (1993) The Peoples of Borneo. Oxford: Blackwell.

1706
Yutaka Shimomoto. (2010) Japanese Immigrants and Investments in North Borneo. Kota Kinabalu: The
Sabah Society.

Bahan Tidak Diterbitkan

Hanita Ladjaharun (2004) “Imigrasi Orang Jepun ke Sabah Sebelum Perang Dunia Kedua” Latihan Ilmiah,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

K.J. Goodlet (1977) “The Origin and Early Development of The Tawau Community 1880-1942”. PhD.
Thesis, Australia Universiti of Syedney.

Lujinah Zunaidah Timbun, (1988) “Sejarah Perkembangan Perusahaan Pembalakan di Sabah Sebelum
Perang Dunia Kedua (1881-1941)” Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Randall Morck & Masao Nakamura (2003) “The History of Corporate Ownership in Japan”. ECGI Working
Paper Series in Finance.

Yong En En (2010) “The Nanyo Kyokai and Southeast Asia: 1915-1945”. Thesis Submitted for the Degree
of Master of Arts, Department of History, National University of Singapore.

Artikal

Choy Leng Yuen (1978) “Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya in Malaya, 1900-1941”,
Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 9, Bil. 2, 1978.

Hara Fujio (December 1992) “Japanese Settlement Projects in Tawau and the Labour Conflic”. Institute
for Development Studies (Sabah), Borneo Review, Vol. III, No. 2.

Hara Fujio (1993) “Japanese Activities In North Borneo Before World War II: Focus On Labour
Immigrants” Jurnal Sejarah. Universiti Malaya. No. 2.

Hiroshi Shimizu (June 1997) “Kobe’s overseas Chinese Merchants and Japan’s Trade Expansion Into Pre-
war Southeast Asia”.Asian Culture, Vol. 21.

Hiroshi Shimizu. (September 1997) ”Japanese Fisheries Based In Singapore, 1892 to 1945”, Journal of
Southeast Asian Studies, Vol. 28, Bil. 2.

Mohammad Raduan Mohd Ariff (1993) “Teknologi Penangkapan ikan di Sabah”, Khazanah, Siri Akademik
Pengajian Melayu, Bil. 3.

Sabihah Osman (1 March 1998) “Japanese Economic Activities in Sabah from the 1890s to 1941”, Journal
of Southeast Asian Studies, Vol. 29, Bil. 1

Yutaka Shimomoto (1981) “Japan and the Chartered Company”. Sabah Society Journal, Vol. 7. No. 2.

1707
Yutaka Shimomoto (1990) “Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo”.
Sabah Society Journal, Vol. 7. No. 3.

Yutaka Shimomoto (1991) “Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo”, Sabah Museum and
Archives Journal, Vol. 1. No. 3
Temubual

Abdillah Hj. Mansor. “Kegiatan Ekonomi Jepun Di Semporna Sebelum Perang Dunia Kedua”. Kg. Bum-
Bum. 20 September 2004

Amir Hamzah B. Sahirun “Kegiatan Ekonomi Jepun Di Pulau Banggi” Sebelum Perang Dunia Kedua”. Kg.
Karakit, Pulau Banggi Kudat. 20 Disember 2004.

Injil.“Kegiatan Ekonomi Jepun Di Lahad Datu” Sebelum Perang Dunia Kedua”. Kg. Sapagaya Lahad Datu.
14 Oktober 2004

Ismail B. Pg. Nujum “Kegiatan Ekonomi Jepun Di Semporna Sebelum Perang Dunia Kedua” Pulau
Denawan, Semporna. 19 Oktober 2004

Isnen B. Mohammad Said.“Kegiatan Ekonomi Jepun Di Tawau Sebelum Perang Dunia Kedua”. Majlis
Perbandaran Tawau. 26 Ogos 2004

Kahar B. Arbain “Kegiatan Ekonomi Jepun Di Sandakan Sebelum Perang Dunia Kedua”. Kg. Sim-Sim
Sandakan. 10 September 2004.

K.K. Juniadi B. Abubin.“Kegiatan Ekonomi Jepun Di Tawau Sebelum Perang Dunia Kedua”. Batu Payung.
27 Julai 2004

Palembang @ Hj. Ibrahim B. Zaihirin.“Kegiatan Ekonomi Jepun Di Semporna Sebelum Perang Dunia
Kedua”. Kg. Mantaritip Semporna. 15 September 2004.

1708
PERANAN VISUAL SEBAGAI MEDIA PROPAGANDA SEWAKTU
PENDUDUKAN JEPUN (DAI NIPPON) DI MALAYA, 1942-1945

Saiful Akram Bin Che Cob @ Ab Ghafar

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

saifulakram@salam.uitm.edu.my, saiful_akram@yahoo.com

Penulisan ini mencuba untuk mengupas peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha
penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama 3 tahun 8 bulan di Malaya. Penyelidikan
terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, imej-imej,
poster serta kartunyang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan-penerbitan sewaktu
pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945. Penulisan ini akan turut melihat peranan yang
dimainkan oleh pelukis-pelukis ilustrasi yang secara tidak langsung menjadi propagandis visual bagi
menyokong doktrin romantik ’Asia untuk Asia’,’Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya’
dan kempen zaman ’Dai Toa Senso’ (Peperangan Besar Asia Timur Raya).Penulisan dalam bentuk
naskah, rencana, artikel dan jurnal mengenai pendudukan dan pemerintahan Jepun di Malaya telah
banyak ditulis oleh penulis daripada pelbagai latar belakang dan genre penulisan. Penulisan seperti
kisah-kisah keperwiraan (heroic), kekejaman tentera Jepun, penyebaran ideologi dan propaganda
‘Seisen’ (Perang Suci / Holy War), suasana peperangan dan pelbagai tema lagi telah banyak
dihasilkan dan diterbitkan. Namun, dokumentasi persejarahan terutamanya yang bersifat
propaganda pro-Jepun sewaktu pendudukan dan pemerintahannya di Malaya di dalam bentuk visual
terlalu kurang dikaji dan dianalisis, ataupun mungkin langsung tiada penelitian mahupun kajian yang
pernah dilakukan.

Kata Kunci: visual, propaganda, doktrin, pelukis-pelukis ilustrasi

PENGENALAN

Perkembangan visual sebagai media dalam menyampaikan informasi, perakaman sesuatu peristiwa
atau kejadian dan catatan-catatan harian telah dikesan kewujudannya di Malaya sejak abad ke-19
lagi. Ilustrasi yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi dalam buku Hikayat Abdullah (1849),
merakamkan pengalaman di tempat beliau belajar dan juga beberapa peristiwa serta isu-isu penting
misalnya seperti ilustrasi ‘Usongan raja di-raja’, ‘Jenis-jenis hukuman’, ‘Ilustrasi pedang’ dan ‘Ilustrasi

1709
polong’ menjadi bukti wujudnya perkembangan ilustrasi sebagai salah satu sumber media di Malaya
pada abad ke -19 (lihat Ahmad Suhaimi, 2007). Visual memainkan peranannya yang tersendiri dalam
menyalurkan sebarang bentuk maklumat secara bergambar.Visual, selain berperanan sebagai media
dalam penyampaian pelbagai informasi, turut menjadi media propaganda pihak-pihak tertentu dan
juga sebagai pencetus kesedaran politik. Propaganda, seperti yang diketahui umum, didasari
daripada perkataan Latin, pro yang membawa maksud untuk, manakala paganda ertinya indoktrinasi
minda, khususnya pada golongan muda (Peter Kuper dalam Stromberg, 2010). Propaganda merujuk
kepada satu strategi yang memanipulasi perasaan seseorang individu dan akhirnya menghasilkan
satu daya emosi yang kuat. Propaganda telah digunakan sebagai jalan untuk mempengaruhi cara
manusia berfikir. Dengan menggunakan sesetengah simbol, visual atau perkataan, ia mampu
membuatkan seseorang individu merasa marah, simpati atau reaksi emosi yang lain. Propaganda
yang baik telah banyak dihasilkan semasa sesuatu peperangan berlaku. Ia telah digunakan bagi
membuatkan seseorang individu bersifat patriotik atau membina ketakutan, (Addison, 2001).
Malahan, jika diimbas kembali lipatan sejarah sewaktu era Perang Dunia Ke-2, jawatan
Menteri Propaganda yang disandang oleh Josseph Goebbels pada tahun 1933 telah diwujudkan oleh
pemerintahan Reich Ke-3 Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler yang bertujuan menjamin survival
rejim Nazi melalui aktiviti-aktiviti manipulasi dan psikologi, baik secara literasi ataupun berbentuk
visual (lihat Scott, 1994). Visual poster Hitler yang berjudul ”Ein Volk, Ein Reich, Ein Fuhrer”(satu
bangsa, satu empayar, satu pemimpin) yang diproduksi pada tahun 1939 atas arahan Goebbels
merupakan poster propaganda yang begitu popular dan berkuasa yang pernah dikeluarkan oleh
pemerintah Reich Ke-3. Potret Hitler dalam posisi separuh badan, bercekak pinggang dan merenung
jauh ke hadapan telah menghiasi dinding-dinding rumah, pejabat dan sekolah di seluruh Jerman,
menggantikan lukisan dan catan-catan keagamaan (lihat Darman, 2011). Saran Hitler, sewaktu
menulis ‘Mein Kampf’ (dalam Darman, 2011, m/s. 58-59) ”Seni propaganda adalah usaha untuk
memaham dan menarik perhatian seterusnya dapat masuk ke dalam jiwa khalayak umum (great
masses) melalui idea-idea emosional dan pendekatan psikologi yang amat berkesan.”

1710
Visual 1: Poster”Ein Volk, Ein Reich, Ein Fuhrer”

Pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 di Kota Bharu merakamkan satu lagi
episod penjajahan Malaya kepada satu lagi kuasa asing, yang mana kali ini kuasa tersebut datangnya
dari timur, dari Benua Asia sendiri yang membawa slogan pembebasan ‘Asia untuk Asia’ dan
‘Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya’. Penyerahan British kepada kuasa Jepun
menandakan satu bentuk pemerintahan baru dan asing kepada penduduk Malaya. Kita banyak
didedahkan dengan cara pemerintahan keras dan autokratik Kerajaan Dai Nippon sepanjang 3 tahun
8 bulan pendudukannya di Malaya. Pihak Jepun seperti diketahui turut mengenakan kawalan ketat
kepada kebebasan bersuara.Jabatan Propaganda (Senden-Bu) umumnya bertanggungjawab kepada
sebaran maklumat dan propaganda untuk meraih sokongan penduduk Malaya kepada pemerintah
Jepun.Salah satu pendekatannya adalah melalui penggunaan visual.

LATAR BELAKANG MASALAH

Penulisan dalam bentuk naskah bertulis (buku), rencana, artikel dan jurnal mengenai pendudukan
dan pemerintahan Jepun di Malaya telah banyak ditulis oleh penulis daripada pelbagai latar belakang
dan genre penulisan. Penulisan seperti kisah-kisah keperwiraan (heroic), kekejaman tentera Jepun,
penyebaran ideologi dan propaganda ‘Seisen’(Perang Suci / Holy War), suasana peperangan dan
pelbagai tema lagi telah banyak dihasilkan dan diterbitkan. Namun, dokumentasi persejarahan
terutamanya yang bersifat propaganda pro-Jepun sewaktu pendudukan dan pemerintahannya di
Malaya di dalam bentuk visual terlalu kurang diperkatakan, ditulis, dikaji dan dianalisis. Malahan
boleh dikatakan bahawa langsung tiada penyelidikan, penulisan mahupun pembicaraan yang
menyatakan sokongan, pro dan penghargaan kepada pemerintahan Jepun (Dai Nippon) di Malaya.

Sebenarnya, visual turut menyumbang kepada satu lagi media dan mekanisma dalam
perekodan persejarahan Perang Dunia Ke-2 yang berlaku di Malaya. Penumpuan yang hanya
menjurus terhadap dokumen-dokumen bertulis mengenai pendudukan dan pemerintahan Jepun di
Malaya semata-mata mendorong penyelidikan mengenai peranan visual ini dijalankan. Mohammad
Kayum, (2008) memberi pernyataan ”secara perbandingan, kisah dan sejarah peperangan dan
pendudukan Jepun dirasakan seperti ’tenggelam’ kerana kurang publisiti dan ketiadaan bukti-bukti
kukuh seperti foto-foto pertempuran dan konflik yang penuh aksi dan nilai-nilai emosi. Peranan dan
fungsi visual sebagai media propaganda perlu dikongsi dan diketahui oleh masyarakat pasca
merdeka agar penghayatan, apreseasi dan pengetahuan mengenai sejarah pra kemerdekaan negara
lebih konstruktif.”. Kenyataan ini disokong oleh Ahmad Suhaimi (2007) yang menjelaskan bahawa
amat sukar untuk ditemukan karya-karya ilustrasi sama ada dalam bentuk kartun ataupun komik
pada zaman pemerintahan Jepun di Malaya sekitar tahun 1941 hingga 1945.

1711
Rekod–rekod dokumen visual mengenai propaganda yang pro kepada Kerajaan Jepun
terutamanya semasa pendudukan di Malaya (Disember 1941 hingga Ogos 1945) masih belum
diselidik dan dijumpai secara ekslusif dalam konteks kewujudannya di Malaya pada periode tersebut.
Di dalam buku The History of Malay Editoral Cartoons (1933-1993), Muliyadi Mahamood melalui
penyelidikan kedoktorannya telah menyelidik peranan dan sumbangan kartun sebagai media visual
bagi kritikan, satira, jenaka, politik dan penyebaran propaganda sewaktu pra kemerdekaan (1930-
1957) dan pasca kemerdekaan (1957-1993) di Malaysia. Beliau menganalisis visual kartun dari tahun
1933 sehingga 1993, namun penemuan dan analisis terhenti pada tahun 1940 (kartun Wak Ketok di
akhbar Utusan Zaman) dan bersambung kembali di pertengahan tahun 1946 melalui kartun satira
”Antara Ana Dengan Ante” di akhbar Majlis (lihat Muliyadi, 2004). Pada tahun-tahun pendudukan
Jepun di Malaya iaitu dari tahun 1941 sehingga 1945, tiada penemuan dan kupasan mengenai visual
(kartun) pada waktu tersebut. Kerajaan Dai Nippon menukar nama akhbar Utusan Zaman kepada
Berita Malai (The Malaya News) dan nama akhbar Majlis kepada Perobahan Baru (The New Change)
sebagai media rasmi tentera Jepun. Justeru, penyelidik merasakan ada kelompongan (loop holes)
yang perlu diisi bagi melengkapi dokumentasi pensejarahan visual di Malaysia.

KERANGKA KONSEPSUAL

Kerangka konsepsual dibina oleh penyelidik berdasarkan analisis kritis daripada John Dower (1986),
yang menemui banyak representasi visual yang dihasilkan oleh pihak Jepun mahupun pihak Barat
(terutamanya Amerika Syarikat dan Britain) sewaktu berlangsungnya Perang Pasifik (1945).Analisis
manifestasi karya-karya visual sewaktu berlangsungnya Perang Dunia Ke-2 membawa kepada
tercetusnya istilah ’Diri Suci’ (The Pure Self) dan ’Pihak-Pihak Syaitan’ (The Demonic Others) yang
dihasilkan oleh pihak Jepun sebagai penggerak propaganda dimana pihak Jepun digambarkan sebagai
penyelamat, adi-wira, manusia suci manakala di pihak Barat, dihumanisasi representasi telah
dilakukan oleh pihak Jepun. Misalnya,pihak-pihak Barat digambarkan dengan imej-imej binatang,
syaitan yang bertopengkan manusia, lemah, hodoh dan amat tua sekali (decrepit).

Visual 2: John Dower: ’The Pure Self’ dan’The Demonic Others’

1712
Visual 3: Kerangka

konsepsual penyelidikan

VISUAL-VISUAL PROPAGANDA YANG DIHASILKAN SEPANJANG PENDUDUKAN JEPUN DI MALAYA,


1942-1945

Poster

1713
Poster propaganda Jepun dihalaman depan majalah Semangat Asiabilangan 1, Ichigatsu2603 (Januari
1943). Pelukis poster menggunakan nama Leon. Paparan imej tiga (3) figura memberi tabik hormat
kepada bendera Jepun (Hinomaru).Kedudukan markas(pejabat) berserta bendera Jepun di puncak
bukit gambaran kuasa baru di Asia yang lebih dominan dan kuat.Satu daripada tiga imej yang
terdapat pada poster adalah lelaki Melayu (berdiri di posisi paing kanan).Ini dapat didentifikasikan
melalui pemakaian songkok, baju melayu dan bersampin, juga sebagai simbolik kepada bangsa
majoriti yang mendiami Malaya.Dua figura lain pada poster mewakili unit tentera dan pegawai Jepun
yang dapat diidentifikasi melalui pakaian yang dipakai mereka.

Poster propaganda ‘Hiduplah Malai Baru’ yang disambut pada 15 Februari 1943, tersiar di Majalah
Semangat Asia, Nigatsu 2603 (Februari 1943) menandakan ulangtahun pertama kejayaan Dai-Nippon
membebaskan Malaya (Malai) dan Singapura (Syonan) daripada belenggu penjajahan British. Malai
Baru (Malaya Baru) yang dilahirkan Nippon menggalakan aktivitibercucuk tanam dan program-
program kebudayaan dan pendidikan baru yang berkiblatkan Jepun bagi menggantikan orde lama
daripada Eropah. Pentadbiran tentera Nippon menggalakan penduduk Malaya bercucuk tanam lebih
daripada apa yang diusahakan oleh pihak British. Caranya, adalah dengan memberi bantuan wang,
perkakasan pertanian dan tanah percuma. Bukan di tepi-tepi rumah sahaja orang bercucuk tanam,
dimana-mana bahagian tanah kosong akan dipenuhi dengan sawah padi, sayur-sayuran, ubi kayu,
pisang dan sebagainya. Mereka-mereka yang tidak pernah bercucuk tanam pada hari ini tidak segan
lagi memegang batang cangkul. Inilah semangat (seishin) Malai Baru!.

1714
Poster propaganda ‘Perkawalan Malai: Bersatu dan Berbantu Untok Keselamatan’ yang tersiar di
majalah Semangat Asia, Hachigatsu 2603 (Ogos, 1943) merupakan pemenang daripada pertandingan
mencipta cogankata yang dianjurkan oleh Pejabat Propaganda (Senden-Bu) dan ditampal di merata-
merata tempat agar dapat dibaca, difahami dan diambil tindakan oleh para penduduk Malaya di
ketika itu. Poster ini dilukis dengan mengfokuskan kepada lima figura manusia yang menjulang
perkataan ‘MALAI’(Malaya) manakala di sudut bawah poster dilukis imej-imej kapal terbang, kapal
dan kereta kebal dengan kapsyen ‘Bersatu dan Berbantu Untok Keslamatan’. Imej-imej yang yang
terkandung pada poster ini melambangkan pentingnya pemilihan imej yang punya hubungan dengan
soal pertahanan dan keselamatan negara. Lukisan lima lelaki gagah cuba mengulit perasaan rakyat
untuk turut sama prihatin dan terpengaruh dengan penggilan tersebut.

Poster propaganda diMajalah Semangat Asia keluaran Khas Ulangtahun Kedua Peperangan Besar
Asia Timur Raya (Dai Toa Senso), Ichigatsu 2604 (Januari, 1944).Memaparkan ekspresi kegagahan
tentera Dai-Nippon menghalakan senapang ke udara.Di belakang imej terdapat bendera-bendera
Pakatan Paksi (Axis), dan bendera –bendera negara yang telah dibebaskan daripada penjajahan barat
oleh Dai-Nippon.Warna merah yang mengisi segenap ruangan poster memberi pernyataan kekuatan,
keberanian dan semangat (seishin) tentera Nippon dalam menjaga dan mempertahankan
perkawalan Malai (Malaya).

1715
Poster Nippon-Go, keluaran sekitar tahun 1943 adalah antara usaha bersungguh-sungguh kerajaan
Dai Nippon memperkenalkan bahasa Jepun kepada penduduk Malaya. Terdapat empat imej figura
yang mewakili setiap bangsa utama di Malaya. Imej pemuda Melayu bersongkok menghiasi latar
depan cerminan bangsa majoriti di Malaya, diikuti imej kepala pemuda India/Singh, kepala wanita
dan pemuda Cina cerminan kemajmukan etnik yang menjadi audien utama. Taipografi bertulis
‘Belajarlah! Pakailah! Bahasa Nippon!’ (sikho! Istermal karo! Nippon-Go-Zaban!)mengajak rakyat
Malaya agar berazam mengguna pakai bahasa Jepun dengan bersungguh-sungguh dan tidak
berputus asa mempelajarinya.Bahasa Nippon ialah bahasa rasmi dan bahasa Asia Timur
Raya.Menguasai bahasa Jepun mendapat pelbagai manfaat, faedah dan dipandang tinggi tarafnya,
dan merekalah yang menang dalam perlumbaan hidup, merebut peluang-peluang yang terbuka.

Kartun

Sketsa kartun satira pro-Jepun karya seniman Abdullah Ariff dalam akhbar Penang Daily News sekitar
tahun 1942 (2602 Tahun Showa).Kartun “A United Effort”, 2 September 1942, Menggambarkan
optimisnya Abdullah Ariff sepertimana intelek Melayu lainnya yang mendokong doktrin gagasan
“Asia Raya” anjuran Jepun.Jika kemerdekaan itu adalah satu kemungkinan, jika orang Melayu, Cina
dan India boleh bersatu melalui mesej kartun yang dilukis beliau.Imej Dato Onn Jaafar mencapai
buah yang bertanda ‘Independence’ pemaknaan simbolik kepada kesepakatan pelbagai kaum ingin
melihat Malaya merdeka.

1716
Kartun di akhbar Penang Daily News, 17 Ogos 1942 kartun bertajuk “Distress at Sea” memaparkan
seorang Inggeris membaling topinya kepada armada kapal perang (tertulis perkataaan ‘ENGLAND’)
yang sedang tenggelam. Sindiran secara visual oleh Abdullah Ariff tentang sikap angkuh dan
sombong Inggeris yang menjadi samseng samudera yang akhirnya akan dihancurkan oleh pukulan
ombak nasionalis tempatan.

Kartun “They are Growing More Food”, Penang Daily News, 11 Oktober 1942.Abdullah Ariff mengalih
perhatian pembaca dan penonton kepada hal-hal domestik.Beliau menggambarkan usaha-usaha
orang Melayu menanam padi untuk meningkatkan hasil supaya rakyat di Malaya cukup makan.Visual
ini sebenarnya adalah usaha mengolah persetujuan (propaganda) untuk menutup hakikat bahawa
kebuluran sedang berlaku di beberapa tempat di Malaya pada ketika itu.

1717
Kartun ‘Berkerjasama’yang tersiar di majalah Semangat Asiabilangan 1, Ichigatsu 2603 (Januari 1943)
lukisan Nasroen A.S. Paparan jelas kerjasama antara penduduk Malaya dengan kerajaan Dai
Nippon.Seldadu-seldadu (tentera) Jepun digambarkan sebagai pertahanan hadapan (frontier)
manakala peladang-peladang di sawah, di kebun di lembah dan di bukit dengan tajak dan
cangkulnya, nelayan-nelayan di laut, berirama dengan ombak, alun dengan perahu dan
pukatnyabertujuan mengekalkan sumber dalam menjayakan rancangan Asia untuk Asia anjuran
pentadbiran kerajaan Nippon.

Kartun persembahan teater terbuka lukisan kikuo dalam akhbar Syonan Times, 2 Mei 1942,
propaganda mengenai aktiviti-aktiviti penduduk Malaya sepanjang pemerintahan Dai
Nippon.Tentera Jepun dilukis oleh kikuo sebagai penyelamat dan mesra dengan masyarakat.Figura
tentera Jepun memimpin tangan anak-anak bagi menonton teater menunjukkan bahawa mereka
bukan orang yang zalim dan kejam seperti yang didakwa.Bendera Jepun (hinomaru) sebagai Orde
Baru Asia dan pernyataan simbolik kepada kuasa yang memerintah terpapar jelas di belakang beca.

Kartun yang tersiar pada 31 Januari 1942 di akhbar The Malay Mail New Order memaparkan ilustrasi
kartun dua pemuda Melayu berbicara mengenai keadaan sewaktu pemerintahan Dai Nippon. Pelukis
ilustrasi menyertakan kapsyen perbualan diantara dua watak ini. Watak pemuda melayu pertama
(bersongkok dan menghisap rokok) bertanya kepada rakannya: Mat,what is all this about a New
Order? (Mat, apakah Orde Baru itu?), dijawab oleh pemuda kedua: Don’t you know Abdul, it means
work and no loafing (Tidakkah engkau tahu Abdul, ianya bermaksud berkerja kuat dan jangan
membuang masa). Dialog kedua pemuda ini menyatakan refleksi zaman Orde Baru (shin chitsujo)
yang menghargai masa dan perlu bekerja kuat bagi menjayakan kempen dan gagasan-gagasan
anjuran kerajaan Dai-Nippon di Malaya.

1718
Ilustrasi kartun yang tersiar di akhbar The Malay Mail New Order pada hari Khamis, 18 Jun
1942.Memberi mesej jelas hal kekalahan,kelemahan imperialis barat (Amerika Syarikat) di dalam
kempen Perang Pasifik. Imej tentera uncle samyang lemah tidak berdaya direnggut keras oleh
rantaian besi kuasa Jepun memberi menifestasi propaganda bahawa kuasa barat tidaklah sekuat
yang digambarkan dan senang pula untuk ditewaskan.

“New Order In East Asia” karya pelukis Abu Ashari bin Jamal Deen (Abu) yang tersiar di akhbar Malai
Sinpo, pada hari Isnin, 19 April 1943, Vol.2 No.92 memaparkan propaganda peningkatan sokongan
rakyat Asia Timur kepada usaha pemahaman dan penguasaan bahasa Jepun (Nippon-Go) yang
dianggap menjadi semakin popular di Malaya. Ilustrasi watak anak kecil yang bernama Amat
mengajar kedua-dua orang tuanya bahasa Jepun dilukis dalam suasana seperti di bilik darjah, yang
mana terdapat meja, kotak sabun ‘Anchor Soap’ sebagai pentas dan papan hitam untuk Amat
menulis dan menuturkan bahasa Jepun ‘otou san kore wa nanto iimasuka’ (ikut saya dengan
mengucapkan kata-kata ini). Watak lain yang turut dipaparkan dalam kartun ini adalah seorang lelaki
dewasa yang dilukis sedang nyenyak tidur dan kanak-kanak perempuan, berkemungkinan adik
kepada Amat berdasarkan bentuk badannya yang kecil sedikit berbanding Amat. Turut menemani
Amat di hadapan papan hitamnya adalah seekor kucing manakala di luar jendela rumah terpapar dua
watak lelaki dewasa yang berbual sesama sendiri dengan kapsyen “small Amat teaching his parents
the Nippon-Go” (si kecil Amat mengajari ibu dan bapanya bahasa Jepun).

1719
“Malai-Go For Nippon Jin-An Object Lesson”. Kartun ini disiarkan di akhbar Malai Sinpo pada hari
Sabtu, 24 April 1943, Vol. 2 No.17, yang jelas membawa elemen propaganda bagi menyokong usaha
kerajaan Jepun bagi menyebar luas penggunaan dan penguasaan bahasa Jepun di kalangan
penduduk Malaya. Begitu juga keadaan sebaliknya dimana orang Jepun (Nippon-Jin) ingin mendalami
bahasa Melayu dan diajari oleh anak-anak kecil.Pada ilustrasi kartun ini, pelukis Chan dan Leong
menggambarkan tiga watak anak-anak kecil mengajar bahasa Melayu (Malai-Go) kepada seorang
lelaki Jepun. Anatomi asas manusia seperti kepala, mata dan kelinga (telinga) menjadi subjek kepada
proses pembelajaran ini. Ketiga-tiga watak anak kecil memegang kepala, menjolok mata dan
memulas cuping telinga lelaki Jepun bagi menerangkan maknanya dalam bahasa Melayu.Lelaki
Jepunhanya tersenyum melihat telatah anak-anak kecil tersebut, pernyataan tindak kemesraan dan
bukannya sifat bengis, tegas dan keras orang Jepun, sepertimana sangkaan ramai orang. Turut
kelihatan pada kartun ini adalah watak seorang gadis kecil yang memeluk erat lelaki Jepun yang
sedang memegang buku tertulis ‘Malai-Go for Nippon-Jin’ (Bahasa-Melayu untuk Orang Jepun)
memberi pernyataan ekspresi kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang erat, yang terjalin antara
bangsa yang berkuasa, iaitu pihak Jepun dan bangsa yang dikuasainya.

Risalah ”Make Fortune by Cooperating with Japan” merupakan bukti penyebaran maklumat visual
yang mengajak penduduk Malaya berkerjasama dengan pihak Imperialis Jepun, khususnya dalam
perdagangan domestik. Risalah bergambar yang dilukis dalam bentuk kartun dengan media cat air
menggambarkan figura pelbagai kaum menyerbu kedai Jepun sambil menghulurkan wang kertas
untuk membeli barangan harian. Manakala tauke kedai menyabarkan khalayak dengan simbol
’jangan bimbang’ melalui aksi kedua-dua belah tangan. Disebelahnya pula dilukiskan kedai British
(lambang Great Britain) yang telah ditutup dan menggunakan literasi bahasa Cina dan Inggeris
sebagai medium tulisan serta penggunaan warna merah dan kuning mendominasi ruang.

1720
Lukisan

Lukisan figura tentera udara Jepun (Japanese Airman) yang menghiasi muka hadapan buku karya
Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA) berjudul ’Kesah Peperangan Di Tanah Malai’. Buku yang diterbitkan
pada 15 Februari 1943 memaparkan sosok tentera udara Jepun yang kelihatan bersemangat,
bersedia mempertahankan tanah air. Pelukis menggunakan media cat air berlatarbelakangkan warna
merah, simbolisasi warna bendera, semangat dan keberanian Jepun. Sorot mata tentera yang
memandang ke atas dalam posisi memberi tabik hormat mempernyatakan representasi kepatuhan,
optimitistik dansimbol kuasa pemerintahan baru menggantikan rejim lama dari Eropah. Lukisan ini
juga turut tersiar di Majalah Semangat Asia dan Fajar Asia.

Gambar Foto

1721
Lembar hadapan Majalah Semangat Asia bilangan 5,Gogatsu 2603 (Mei 1943) menggambarkan
kesatuan hati penduduk Malaya mendukung gagasan romantik ‘Kemakmuran Bersama Asia Timur
Raya’. Imej anak-anak Malaya berbilang bangsa mengibarkan bendera Jepun (hinomaru) dengan
ekspresi riang, menifestasi penerimaan Orde Baru dari timur dengan rela hati, selamat, tiada
keresahan dan damai tenteram dibawah naungan pentadbiran Dai Nippon.

Halaman hadapan Majalah Fajar Asia keluaran 27Sangatsu 2603 (27April 1943) memaparkan imej
masjid yang dipenuhi oleh penganut-penganut Muslim, sentimen kebebasan beragama dan
pengiktirafan kepada umat Islam di Malaya. Pada visual ini terpapar teks ‘Peringatan Maulid Nabi’
dan ‘Hidup Islam’. Rakyat Malaya beragama Islam tidak pernah dihalang mengamalkan ajaran dan
aktiviti-aktiviti keagamaan. Begitu juga dengan layanannya terhadap amalan agama bangsa-bangsa
lain di Malaya. Kerajaan Dai Nippon menunjukkan sifatnya yang lunak dan mesra agama,
representasi propaganda dasar keterbukaan Jepun kepada keberagaman agama di Malaya. Hal ini
sejajar dengan idea ‘Hakkoichiu’ atau persaudaraan universal sepertimana praktis fahaman
‘Shintoism’ yang bersifat sederhana dogmatik, kurang ekslusif dan bermatlamat mencapai
kesejahteraan universal (universal harmony).

Notis

1722
Notis loteri dalam akhbar Syonan Sinbun bertarikh 10 April 1943 menggunakan visual sebagai media
untuk menarik perhatian pelanggan mencuba nasib membeli tiket loteri. Hieraki dan status sosial
masyarakat cuba dimanipulasi oleh pelukis ilustrasi dengan menggambarkan tidak kira sama ada
anda orang berada (a towkay) ataupun penarik beca, peluang untuk memenangi tawaran wang
terbuka kepada semua. Di zaman yang sangat mencabar serta kesukaran mendapatkan pekerjaan
dan wang, membeli loteri diangggap mekanisma mudah untuk seseorang mendapat kekayaan
dengan cepat tanpa usaha keras, cuma perjudikan hitung nasib.Visual dibantu oleh taipografi pada
sudut bawah notis yang bertulis‘it’s worth trying’ (berbaloi mencuba), usaha memujuk orang ramai
agar membeli loteri tiket loteri (konan saiken) yang diiklankan.

KESIMPULAN

Visual merupakan senjata peperangan non-militerispentadbiran Dai Nipponyang mempunyai daya


tariknya tersendiri dalam mengkonsepsikan pemahaman dan penerimaan pemerhatinya.
Propaganda Jepun menyerang Malaya melalui slogan-slogan romantik usaha pembebasan ’Asia
untuk Asia’, ’Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya’, Orde Baru zaman ’Dai Toa Senso’ dan juga
konsepsi’Hakkoichiu’ (Lapan Sudut Dunia di Bawah Satu Bumbung). Malah mereka mendakwa pihak
Jepun adalah emansipator dan bukannya kuasa penjajah yang baru (liberation not occupation). Jepun
membebaskan negara-negara Asia daripada cengkaman-cengkaman tirani kuasa Barat dan Eropah.
Jabatan dan unit-unit Senden-Bu (Propaganda) menjadi organ indoktrinasi terpenting pentadbiran
Nippon sepanjang tempoh pendudukan dengan mengorganisasi program-program propaganda di
seluruh Malaya dari tahun 1942 hingga 1945. Salah satu pendekatannya ialah dengan menggunakan
kuasa visual untuk menarik sokongan, dokongan, perhatian dan simpati massa disamping medium-
medium lainnya seperti risalah bertulis, hebahan radio dan filem-filem propaganda.

Visual-visual propaganda yang tersiar pada akhbar, majalah, buku dan risalah sewaktu
pendudukan Jepun meyampaikan ketajaman mesej menyokong pendudukan dan agenda-agenda
tertentu anjuran pentadbiran Dai Nippon. Hal-hal domestik, peristiwa-peristiwa penting, program-
program dan sentimen anti-barat menjadi subjek utama kepada propagandis-propagandis visual
berkarya menghasilkan visual-visual propaganda. Pengolahan gaya, susun atur reka letak, paduan-
paduan warna dan stail-stail tersendiri yang digunakan oleh propagandis visual terpapar jelas pada

1723
setiap karya. Walaupun periode ini dianggap zaman yang penuh konflik, mencabar, kacau-bilau,
sengketa dan prasangka, peranan visual sebagai media menyalurkan propaganda begitu signifikan
dalam upaya mengolah persetujuan serta mengubah kondisi daripada penentangan kepada
sokongan.Nyata, visual menjadi alat efektif mengubah persepsi, sudut pandang dan reaksi massa
terhadap kekuasaan politik, sosial, ekonomi dan agama.

RUJUKAN

Abdullah bin Abdul Kadir (1970). The Hikayat Abdullah, an annotated translation by A.H. Hill. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Addison, B.. (2001). The Art of Propaganda. Edsschool Virginia Education Website [On-Line],
didapati daripada: http://curry.ed school.virginia .edu/go/edis771/webques 2001s
p/sbenjamindison/

Ahmad Meah Baba Ahmed, (1992). Penaklukan Jepun: Suka Duka di Georgetown. Kuala Lumpur:
Media Indah Sdn. Bhd.

Ahmad Suhaimi Mohd Noor, (2007). Sejarah Kesedaran Visual di Malaya. Tg Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Akashi Yoji, Y. M. (2008). New Perspectives on The Japenes Occupation in Malaya and Singapore,
1941-1945. Singapore: NUS Press.

Andrew Barber (2010). Penang at War: A History of Penang during and between the First and Second
World Wars 1914-1945. Kuala Lumpur: AB&A.

Andrew Barber (2012). Kuala Lumpur at War 1939-1945. Kuala Lumpur: Karamoja Press.

Anne D’ Alleva (2010). How to Write Art History: Second Edition. London: Laurence King Publishing
Ltd.

Barthes, Roland (1964). Elements of Semiology, translated by Annette Lavers and Collin Smith. New
York: Macmillan

Benjamin Jowett (2007). Plato:Six Great Dialogue. New York: Dover Publications.

1724
Chris Hart (1998). Doing a Literature Review: Releasing the Social Secience Research Imagination.
London: Sage Publications Ltd.

Dower, J.W. (1986). War Without Mercy: Race and Power in the Pacific War. New York: Pantheon
Books.

E. Feldman (1987). Varieties of Visual Experience. New York: Harry N Abrams.

Fredrick Stromberg (2010). Comic Art Propaganda. New York: Ilex Press Limited.

Gombrich, E. H. (1939). Art and Propaganda dalam majalah The Listener, 7 Disember 1939 (m/s
1118-1120).

Gombrich, E. H. (1962). Art and Illusion: A Study in the Psychology of Pictorial Representation.
London: Phaidon Press.

Gombrich, E. H. (1963). The Cartoonist’s Armoury.In Mediations on a Hobby Horse and Other
Essays on the Theory of Art.London: Phaidon Press.

Ian Ward, Norma Miraflor (2003). Alias Chin Peng, My Side of Story. Singapura: Media Masters.

Iain Finlay (1991). Savage Jungle, An Epic Struggle for Survival. New South Wales :Simon &
Schuster.

Ian Scott (1994). The Life & Time Of Adolf Hitler. London : Siena.

John W. Creswell (1998). Qualitative Inquiry and Research Design Choosing Among Five Tradition.
California: Sage Publications Inc.

Kratoska, P. H. (1998). The Japenese Occupation of Malaya, 1941-1945. Ausralia: Allen & Unwin.

Lee Geok Boi (1992). Syonan: Singapore under the Japanese. Singapura: Heritage Society.

1725
Mayu Tsuruya (2005). Senso Sakusen Kirokuga (War Campaign Documentary Painting):Japan’s
National Imagery of The “Holy War”, 1937-1945. Tesis PhD yang tidak diterbitkan:
University of Pittsburgh.

Md. Sidin Ahmad Ishak (1998). Penerbitan & Percetakan Buku Melay, 1807-1960. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meredith Davis (2012). Graphic Design Theory. London: Thames & Hudson Ltd.

Merriam, Sharan B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Mohammad Kayum A. Badaruddin (2008). Jejak-Jejak Jepun:Pertempuran Di Kota Bharu. Kuala


Lumpur: Media Satria Sdn Bhd.

Mohd Radzi Abd Hamid (2009). Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu Dan Borneo. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muliyadi Mahamood (2004). The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993). Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood (2010). Dunia Kartun: Menyingkap Pelbagai Aspek Seni Kartun Dunia Dan
Tempatan. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd

Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif,Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tg Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton, M. Q, (1990). Qualitative Evaluation and Researh Methods (2nd, edition). California: Sage
Publications Inc.

1726
Peter Darman (2011). Posters of World War II: Allied and Axis Propaganda 1939-1945. London :
Windmill Books Ltd.

Philip Stokes, (2006). Philosophy 100 Essential Thinkers. London : Arcturus

Rasid Mail, Raman Nordin (2012). Penyelidikan Peringkat Sarjana: Pendekatan Kualitatif Sebagai
Alternatif. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Rei Okamoto (1999). Pictorial Propaganda in Japanese Comic Art, 1941-1945: Image of The Self and
Other in a Newspaper Strip,Single Panel Cartoons and Cartoon Leaflets. Tesis PhD yang
tidak diterbitkan: Temple University.

Robert Hamilton (2012). History in Pictures: World War Two, War In The Pacific. Hertfordshire:
Transatlantic Press

Rudolf Arnheim (1974). Art and Visual Perception : A Psychology of the Creative Eye. California:
University of California.

Saussure F.,de (1966). Course in General Linguistics. New York: McGraw-Hill.

Septiawan Santana K. (2010). Menulis Ilmiah Metodologi Penelitian Kualitatif. Jakarta: Yayasan
Pustaka Obor Indonesia.

Zakaria Ali (2007). Abdullah Ariff: Bapa Senilukis Moden Malaysia. Kuala Lumpur: Balai Senilukis
Negara.

1727
KONSEPTUALISASI NEGARA ZIKIR DI NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM1

Mohd Shukri Hanapi2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang.

Tel. Pej.: 04-653 2665; Faks: 04-656 2124

E-mel: hshukeri@yahoo.com; hshukri@usm.my

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis konsep Negara Zikir di Negara Brunei
Darussalam. Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai sasaran utama Negara Brunei
Darussalam ke arah melahirkan sebuah negara maju dan makmur berdasarkan undang-undang Islam
selaras dengan perkembangan negara, visi dan misi negara maju menjelang 2035. Idea dan hasrat
Baginda ini cukup baik sekali kerana benar-benar berkeinginan untuk melihat masyarakat Islam di
Negara Brunei Darussalam cemerlang dalam pelbagai aspek kerana rahmat dan berkat zikir. Namun,
untuk mencapai kecemerlangan tersebut, semua masyarakat Islam perlu memahami konseptualisasi
Negara Zikir itu terlebih dahulu supaya mereka benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan
yang sangat diperlukan. Tidak dinafikan juga, kemungkinan terdapat sesetengah pihak yang salah
faham tentang konsep Negara Zikir ini dengan beranggapan Negara Zikir itu berhasrat untuk
menjadikan semua masyarakat Islam sentiasa memegang tasbih dan berzikir kepada Allah SWT.
Persoalannya, apakah konsep Negara Zikir itu? Bagaimanakah ia hendak direalisasikan di Negara
Brunei Darussalam jika konsepnya belum kukuh? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas
kerja ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti konsep zikir dalam Islam; dan
kedua, menganalisis konseptualisasi Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam berdasarkan konsep

1
Kertas kerja yang dibentangkan di 23rd International Conference of the Association of Historians of Asia 2014
(IAHA2014), anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Sejarah Malaysia, pada 23-27 Ogos 2014,
bertempat di Hotel Tabung Haji (TH), Alor Setar, Kedah Darul Aman.
2
Dr. Mohd Shukri Hanapi ialah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Tel. 04-653 2665 /
3422, faks 04-653 2124, dan e-mail hshukri@usm.my atau hshukeri@yahoo.com.

1728
zikir dalam Islam. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data sekunder, kertas kerja ini
mendapati konsep Negara Zikir ini bukanlah bersifat retorik semata-mata. Sebenarnya ia merupakan
negara yang berorientasikan dan berpaksikan zikir iaitu sentiasa menghubung segala aktiviti dengan
kekuasaan Allah SWT. Dalam perkataan lain, aspek siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya adalah
berpaksikan zikir.

Kata Kunci: Konseptualisasi, zikir, Negara Zikir, Brunei Darussalam

PENDAHULUAN

Negara Zikir merupakan suatu pendekatan pembangunan berteraskan Islam (PBI) yang dicetuskan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah (selepas ini
diringkaskan Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah) sebagai sasaran utama Negara Brunei Darussalam
ke arah melahirkan sebuah negara maju dan makmur berdasarkan undang-undang Islam selaras
dengan perkembangan negara, visi dan misi negara maju menjelang 2035. Idea dan hasrat yang
dicetuskan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini cukup baik sekali kerana benar-benar
berkeinginan untuk melihat masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam cemerlang dalam
pelbagai aspek kerana rahmat dan berkat zikir. Namun, untuk mencapai kecemerlangan tersebut,
semua masyarakat Islam perlu memahami konseptualisasi Negara Zikir itu terlebih dahulu supaya
mereka benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan yang sangat diperlukan. Tidak
dinafikan juga, kemungkinan terdapat sesetengah pihak yang salah faham tentang konsep Negara
Zikir ini dengan beranggapan Negara Zikir itu berhasrat menjadikan semua masyarakat Islam sentiasa
memegang tasbih dan berzikir kepada Allah SWT. Persoalannya, apakah konsep Negara Zikir itu?
Bagaimanakah ia hendak direalisasikan di Negara Brunei Darussalam jika konsepnya belum kukuh?
Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif utama. Pertama,
mengenal pasti konsep zikir dalam Islam; dan kedua, menganalisis konseptualisasi Negara Zikir di
Negara Brunei Darussalam berdasarkan konsep zikir dalam Islam.

Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, secara umumnya perbincangan dalam kertas kerja ini
dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pertama, membincangkan definisi zikir dalam Islam;
kedua, membincangkan definisi Negara Zikir; ketiga, membincangkan falsafah Negara Zikir; keempat,
membincangkan matlamat pelaksanaan Negara Zikir; dan kelima, membincangkan prinsip-prinsip
sebuah Negara Zikir.

LATAR BELAKANG

Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara yang dibina berasaskan falsafah Melayu Islam Beraja
(MIB). Kewujudan falsafah MIB ini secara legalitinya lahir sejak pengisytiharan kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 1 Januari 1984 melalui Titah
Baginda seperti berikut:

“Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah SWT akan
untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka,

1729
berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli
Sunnah Waljamaah” (Petikan Titah Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, 1 Januari 1984).

Berdasarkan sejarah Brunei, pengisytiharan rasmi ini telah tersebar luas ke seluruh dunia, malah ia
diterima pakai sebagai satu dokumen rasmi. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya rakyat Brunei
secara umumnya sudah lama mengamalkan dan menghayati unsur-unsur MIB dalam kehidupan
seharian mereka iaitu sejak berabad-abad lamanya. Cuma ia tidak diisytiharkan secara rasmi. Jelas di
sini bahawa konsep MIB merupakan nilai bangsa yang sudah membudaya, dan gagasan yang
berlandaskan agama dan sosio-budaya (Hashim Abdul Hamid, 2008:9).

Tidak cukup dengan itu, Negara Brunei Darussalam melangkah setapak lagi ke hadapan dengan
berusaha menjadikan Negara Brunei sebagai Negara Zikir. Negara Zikir merupakan suatu impian
baharu yang diilhamkan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 19 Disember 2007 melalui
Titah Baginda seperti berikut:

“Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan al-Rahman (yang Maha
Pengasih), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan.
Kerana itu Allah pun dengan rahmat-Nya, memalingkan kita daripada sebarang kesusahan
dan bencana, dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan. Beta, Insha Allah,
akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang
sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan
pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 152 yang
tafsirnya, ‘kamu ingati Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula’.” (Petikan Titah
Kebawah Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, 19 Disember 2007).

Keazaman Baginda tersebut lahir daripada keyakinan mendalam bahawa Negara Zikir itu pasti disukai
oleh Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta, dan akan mendapat rahmat serta pertolongan-Nya. Perkara
ini ditekankan oleh Baginda Sultan dalam titah perasmian Majlis Ilmu 2008 sempena Hari Keputeraan
Baginda Yang ke-62 Tahun. Majlis Ilmu 2008 yang bertemakan ‘Menghayati Negara Zikir’ ini
berlangsung di ICC Berakas. Titah Baginda:

“Dengan konsep Negara Zikir, kita Insya Allah akan membangun Negara dan kehidupan,
dengan perkara-perkara yang dipandang baik serta bagus oleh Allah dan juga oleh
manusia. Kita akan usahakan kecemerlangan dengan konsep ini” (Petikan Titah Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah, 26 Julai 2008)

Berasaskan hasrat dan kesungguhan Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Parti Pembangunan
Bangsa (2008) dan Awang Abdul Aziz Juned (2008) meyakini bahawa konsep Negara Zikir ini bukanlah

1730
bersifat retorik semata-mata. Sebenarnya ia merupakan negara yang berorientasikan dan
berpaksikan zikir. Dalam perkataan lain, aspek siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya adalah
berpaksikan zikir.

Semua ini bertujuan memartabatkan serta memperkukuhkan lagi kedudukan Islam dalam sistem
pentadbiran Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, ia merupakan salah satu sasaran utama
Negara Brunei Darussalam ke arah melahirkan sebuah negara maju dan makmur berdasarkan
undang-undang Islam selaras dengan perkembangan negara, visi dan misi negara maju menjelang
2035.

Sebenarnya idea dan hasrat Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah itu cukup baik sekali. Baginda
benar-benar berkeinginan untuk melihat masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam cemerlang
dalam pelbagai aspek kerana rahmat dan berkat zikir. Namun, untuk mencapai kecemerlangan
tersebut, semua masyarakat Islam perlu memahami konseptualisasi Negara Zikir itu terlebih dahulu
sebelum ia direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2035. Hal ini termasuklah memahami definisi,
falsafah, matlamat pelaksanaan, dan prinsip-prinsip Negara Zikir supaya masyarakat Islam benar-
benar meyakininya sebagai acuan dan landasan yang sangat diperlukan.

Setakat penelitian yang dilakukan, belum ada kajian yang dilakukan oleh mana-mana penyelidik
untuk membina konsep Negara Zikir yang menyeluruh dan lengkap. Jika ada pun ia hanya penulisan
dalam bentuk ensiklopedia, kertas-kertas kerja dan artikel-artikel. Semuanya tidak benar-benar
memfokuskan aspek konseptualisasi Negara Zikir dan tidak mendalam. Jika begini, bagaimanakah
konsep Negara Zikir ini akan dapat dihayati secara menyeluruh dan lengkap oleh masyarakat Islam di
Negara Brunei Darussalam? Dalam hal ini, bagaimanakah pula untuk melahirkan masyarakat yang
cemerlang dalam pelbagai aspek? Tidak dinafikan juga, kemungkinan ada sesetengah pihak yang
salah faham tentang konsep Negara Zikir ini dengan beranggapan Negara Zikir itu berhasrat untuk
menjadikan semua masyarakat Islam sentiasa memegang tasbih dan berzikir kepada Allah SWT.

Berdasarkan isu ini dan sebagai tanda sokongan padu terhadap idea dan hasrat Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah yang cukup bermakna itu, maka kajian ini dilakukan dengan hasrat untuk
memantapkan konsep Negara Zikir ini secara menyeluruh dan sistematik.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah perpustakaan. Ia bertujuan mendapatkan data
sekunder melalui penelitian terhadap karya-karya tentang konsep zikir dalam Islam dan Negara Zikir
Brunei Darussalam yang sedia ada, yang dihasilkan oleh para ulama Islam klasik dan oleh pemikir-
pemikir kontempori. Turut diteliti juga ialah Titah Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang
berkaitan dengan Negara Zikir. Bahan-bahan yang diperoleh dan dikumpul dari perpustakaan
universiti-universiti tempatan dan institusi-institusi yang berkaitan akan diteliti dan dianalisis.

1731
Semua data yang dikumpul ini dianalisis dengaan menggunakan kaedah analisis kandungan. Terdapat
tiga tujuan penggunaannya dalam kajian ini. Pertama, untuk mencari dan meneliti konsep zikir dalam
Islam daripada bahan-bahan sekunder yang berbentuk tulisan mahupun lisan yang sukar dicapai
melalui pemerhatian biasa. Kedua, untuk menganalisis definisi, falsafah, objektif pelaksanaan, dan
prinsip-prinsip Negara Zikir. Ketiga, untuk membantu penyelidik menghubungkan antara konsep zikir
dalam Islam dengan konsep Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam.

ZIKIR DALAM ISLAM

Zikir berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab zikr. Ia merupakan pecahan daripada kata kerja
zakara yang bererti menghafaz, mengingat, menghadirkan, memuji, dan menceritakan (Ibn Manzur,
t.t.:1507; Mas‘ud, 1990:696). Dalam al-Qur’an, perkataan zikr ini boleh ditemui di beberapa tempat
seperti uzkur (ceritakanlah) dalam Surah Maryam (19:56); zikr (Kitab al-Qur’an) dalam Surah al-
Anbiya’ (21:50); uzkuru (bersolatlah kamu) dalam Surah al-Baqarah (2:239); zikr (wahyu) dalam Surah
al-Qamar (54:25); zikr (mengingati) dalam Surah al-Jumu’ah (62:9) dan sebagainya.

Menurut Ibn Hajar (1960:245), zikir bermaksud menyebut perkataan-perkataan yang digalakkan
untuk disebut dan membanyakkan sebutannya. Ia merangkumi sebutan perkataan yang
dikategorikan sebagai al-Baqiyat al-Salihat, iaitu subhana Allah, Allahu Akbar, la ilaha illa Allah, dan
al-Hamd li Allah. Termasuk juga di sini zikir-zikir yang berkaitan dengannya seperti bism Allah, la
hawla wa la quwwata illa bi Allah, hasbiya Allah wa ni‘m al-Wakil, istighfar dan juga doa untuk
kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Selain itu, zikir juga bermaksud melakukan sesuatu amalan
wajib dan sunat seperti membaca al-Qur’an, membaca hadith dan mengerjakan solat-solat sunat.
Sebenarnya semua amalan tersebut sesuai dengan tujuan zikir yang menjurus kepada memuliakan
Allah SWT dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan-Nya.

Kesempurnaan berzikir diperoleh melalui sebutan dengan lidah dan hati. Ia menghubungkan makna
perkataan yang disebut dengan keagungan Allah SWT serta melakukan amal saleh (ibadah khusus
dan ibadah umum) dengan ikhlas kerana Allah SWT (Ibn Hajar, 1960:245). Oleh itu, al-Raziy
membahagikan zikir itu kepada tiga jenis iaitu zikir lisan, hati dan zikir anggota. Berzikir secara lisan
dan anggota adalah sebagaimana maksud zikir pada pendapat Ibn Hajar (1960). Zikir hati pula adalah
tafakkur (renung dan berfikir) tentang dalil-dalil zat dan sifat-sifat Allah SWT serta dalil-dalil taklif
(kewajipan dan tanggungjawab) iaitu suruhan dan larangan sehingga terserlahlah rahsia-rahsia
ciptaan Allah SWT.

Jelaslah bahawa zikir yang sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut dan mengingati nama-
nama Allah SWT. Maka semua bentuk aktiviti yang tujuannya mendekatkan diri kepada Allah SWT
dinamakan zikir seperti solat (Taha, 20:14). Secara lebih spesifik zikir dibatasi dengan makna
mengingati Allah SWT dengan hati, lisan dan perbuatan dalam setiap masa, tempat dan keadaan. Ia
merupakan cara manusia berhubung dengan Penciptanya. Orang bertakwa sahajalah yang sentiasa
mengingati Allah SWT dalam semua keadaan.

1732
Sebenarnya, zikir adalah satu kekuatan spiritual Islam yang paling unggul. Tidak ada satu ibadah pun
dalam Islam yang terpisah daripada zikir. Malah roh segala amal ibadah adalah zikrullah. Kemajuan
hakiki sesebuah negara boleh dikaitkan dengan zikir.

DEFINISI NEGARA ZIKIR

Istilah Negara Zikir yang dicetuskan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah hasil gabungan
dua perkataan iaitu ‘negara’ dan ‘zikir’. Menurut Mas‘ud (1990:336), negara adalah penguasaan,
kemenangan dan sesuatu yang silih berganti. Selain itu, negara adalah ibarat kepada sekumpulan
besar orang yang menetap di suatu kawasan tertentu, berada di bawah peraturan pemerintah dan
kebebasan berpolitik. Dalam Kamus Dewan (1997:924), negara bermaksud suatu masyarakat yang
menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Daripada penjelasan ini, boleh
dikatakan bahawa negara bererti suatu tempat atau kawasan yang didiami oleh kumpulan
masyarakat, mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti kehidupan secara berperaturan dan
dipimpin oleh pemimpin atau ketua.

Faktor pembentukan negara terdiri daripada kawasan, penduduk, peraturan dan pemerintah.
Keempat-empat faktor tersebut saling memerlukan di antara satu sama lain. Tanpa kawasan,
mustahil untuk melakukan aktiviti kehidupan. Penduduk diperlukan untuk membangunkan sesuatu
kawasan yang dimiliki. Peraturan untuk menjamin kesejahteraan penduduk dan keamanan kawasan
kediaman. Pemerintah ialah ketua yang mengatur dan memantau bahawa peraturan dipatuhi oleh
penduduk yang di bawah kawalannya (Nurol Huda Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji
Ismail, 2014).

Oleh sebab Negara Zikir merupakan idea yang dicetuskan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
maka Baginda sendiri yang mula menjelaskan maksudnya pada 19 Disember 2007, sempena
Sambutan Hari Raya Aidil Adha melalui Titah Baginda seperti berikut:

“Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan al-Rahman (yang Maha
Pengasih), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan.
Kerana itu Allah pun, dengan rahmat-Nya, memalingkan kita daripada sebarang kesusahan
dan bencana, dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan. beta, Insha Allah,
akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang
sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan
pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 152 tafsirnya,
‘kamu ingati Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula’.” (Petikan Titah Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah, 19 Disember 2007).

Jelas di sini bahawa Negara Zikir yang dimaksudkan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah
imej sebuah negara yang menjunjung tinggi ajaran-ajaran Islam. Ia menjadikan semua ajaran Islam
sebagai panduan dan amalan dalam seluruh aspek kehidupan agar nikmat, kerahmatan dan
keberkatan akan sentiasa mengiringi dan melindungi negara Brunei Darussalam khususnya (Teks

1733
Perdana Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, 30 November
2011).

Selain itu, definisi Negara Zikir ini banyak diperincikan oleh para cendekiawan Negara Brunei
Darussalam. Misalnya, Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (2008) mendefinisikan Negara Zikir sebagaimana berikut:

“Negara, di mana ramai orang berzikir; negara yang sentiasa meriah dan kaya dengan zikir;
negara yang dibangun dan ditadbir dengan zikir; negara yang dipertahan dan dipelihara
dengan zikir; negara yang berorientasi dan berpaksikan zikir, siasahnya siasah zikir,
ekonominya ekonomi zikir, sosialnya sosial zikir, dan pertahanannya pertahanan zikir”.

Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam (sekarang Menteri Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam), Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman
(2008) pula mentakrifkan Negara Zikir sebagaimana berikut:

“Negara Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, mengamalkan dan
menghayatinya dari segi akidah, syariah dan akhlaknya.”

Maksud Negara Zikir ini terus dikembangkan oleh Pehin Udana Khatib Ustaz Haji Awang Badaruddin
bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (Dato Paduka Seri Setia), Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama
(sekarang Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) seperti berikut:

“Negeri dengan penduduknya sentiasa mengingat Allah bagi menjamin kemakmuran,


keamanan serta kesejahteraan yang sustainable”. (dipetik daripada Nurol Huda Pehin Datu
Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail, 2014).

Selain tokoh-tokoh dari Negara Brunei Darussalam, definisi Negara Zikir ini juga pernah dijelaskan
oleh Muhammad Uthman El-Muhammady sebagaimana berikut:

“….negara yang penduduknya beriman dan bertaqwa, yang mendapat keberkatan dari
bumi dan langit; yang kalau berlaku kesilapan maka mereka kembali kepada jalan yang hak,
dengan beriman, lalu menjadi selamat daripada kehinaan dunia, ….negara yang rakyatnya
bila berlaku sesuatu yang menyentuh keamanan dan keselamatan negara mereka

1734
kembalikan perkara itu kepada ulil-amri dan keputusan pun dibuat oleh mereka yang
berupa ahli istinbat sebenarnya, mereka yang membuat keputusan pakar dan mengelak
budaya intellectual cowboysm; negara zikir yang rakyatnya beribadat kepada Tuhan, bezikir
dan hidup dalam keadaan jaga rohani dan akal serta gerak-gerinya. Negara yang para
ahlinya menjalankan amar makruf dan nahi munkar dengan syarat-syaratnya”.

Berdasarkan hujah, definisi dan tafsiran yang dibincangkan sebelum ini, Parti Pembangunan
Kebangsaan (NDP) (2008) lebih cenderung kepada maksud al-Zikr itu ialah al-Qur’an. Dengan
menerima pengertian al-Zikr sebagai al-Qur’an, NDP merumuskan bahawa konsep Negara Zikir itu
sebagai negara al-Qur’an, iaitu Negara Islam yang melaksanakan segala tuntutan al-Qur’an dan al-
Sunnah; Negara Kebajikan; negara yang aman makmur serta mendapat perlindungan dan rahmat
daripada Allah SWT.

Selain itu juga, resolusi Seminar Negara Zikir, Majlis Ilmu 2008 yang bertemakan “Menghayati Negara
Zikir” pada 26 Julai 2008 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei
Darussalam, telah mendefinisikan Negara Zikir seperti berikut:

“Negara Zikir dalam makna mengingat dan menyebut Allah, bermaksud mentaati suruhan
dan tegahan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan tidak mengkufuri-Nya, dengan ilmu dan
keyakinan, didorong oleh keimanan dan ketakwaan kepada-Nya sebagai syarat utama
untuk mendapat kurnia Allah yang berupa kemakmuran hidup, keamanan dan
ketenteraman serta kesejahteraan yang berpanjangan”

Berdasarkan keseluruhan perbincangan tentang maksud Negara Zikir sebelum ini didapati Negara
Zikir itu ialah sebuah Negara Islam yang melaksanakan segala tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah
dalam segala aspek kehidupan. Ia meliputi aspek kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran, politik,
undang-undang, keadilan dan kesaksamaan sistem sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

FALSAFAH NEGARA ZIKIR

Falsafah atau tasawur Negara Zikir ialah Baldah Tayyibah (negeri yang baik, yakni aman dan makmur)
yang terdapat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah SWT) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun

1735
(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung
mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan
kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan
makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun” (Saba’, 34:15).

Hal ini jelas dititahkan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah semasa istiadat Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama dari Musim Pemesyuaratan Kelapan Majlis Mesyuarat Negara (2012)
sebagaimana berikut:

“Harapan kita terhadap Majlis Mesyuarat Negara adalah sangat tinggi. Persidangan ini
adalah merupakan wadah strategik yang berperanan untuk memikir, membahas serta
membuat sokongan-sokongan yang terbaik bagi faedah pembangunan Negara supaya
kekal menjadi Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur”

Meskipun Kaum Saba’ yang dipimpin oleh seorang Ratu yang amat bijaksana, iaitu Ratu Balqis (Saba’,
34:15-19) pada suatu ketika dahulu pernah dilabelkan sebagai baldah tayyibah ini kerana
masyarakatnya yang bersatu padu, rezeki yang dikurniai Allah melimpah ruah dan tanahnya yang
subur, namun mereka berpaling daripada perintah Allah SWT supaya menjadi masyarakat yang
bersyukur. Atas sebab kekufuran atau keengganan bersyukur itu, pembangunan Kaum Saba’ menjadi
porak peranda, berselerakan, tanah yang dahulunya subur mula menjadi gersang dan seterusnya
mereka dihijab daripada mendapat nikmat Allah SWT (Saba’, 34:17).

Sebenarnya hal seumpama inilah yang ingin dihindari oleh Negara Brunei Darussalam yang dipimpin
oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Baginda memperkenalkan konsep Negara Zikir supaya
Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang disifatkan dalam al-Qur’an sebagai baldah
tayyibah. Apabila mendapat segala kemakmuran, keamanan dan kenikmatan yang banyak daripada
Allah SWT, maka masyarakat Negara Brunei Darussalam hendaklah sentiasa melaksanakan perintah
bersyukur kepada Allah SWT. Dengan kesyukuran itu, Allah SWT berjanji akan terus menambahkan
dan mempertingkatkan kurniaan-Nya (Ibrahim, 14:7). Perkara inilah yang dihasratkan oleh Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah setelah berjaya merealisasikan konsep Negara Zikir sepenuhnya
menjelang tahun 2035.

MATLAMAT UTAMA NEGARA ZIKIR

Berdasarkan penelitian terhadap titah Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah semasa merasmikan
Majlis Ilmu 2008, Baginda dengan jelas dan tegas menyarankan supaya Negara Zikir di Brunei

1736
menjadi kenyataan dengan mengatakan keazaman untuk melaksanakan Negara Zikir itu bukanlah
suatu perkara retorik. Selain itu, Baginda menekankan keazaman Baginda untuk melihat Brunei
Darussalam menjadi Negara Zikir.

Paling tidak terdapat tiga matlamat utama pelaksanaan Negara Zikir ini. Pertama, supaya penduduk
di Negara Brunei Darussalam disukai Allah SWT dan sentiasa mendapat pertolongan-Nya. Hal ini
telah dititahkan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah seperti berikut:

“Azam Beta ini bukanlah retorik, tetapi bersumberkan keyakinan mendalam bahawa
Negara Zikir itu akan menjadi ‘tuah’ kepada semua, kerana ia pasti disukai oleh Allah SWT,
Tuhan Maha Pencipta, dan akan mendapat rahmat serta pertolongan-Nya”.

Kedua, untuk mencemerlangkan Negara Brunei Darussalam dan kehidupan dengan berasaskan
konsep Negara Zikir ini. Perkara ini telah dititahkan oleh Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah seperti
berikut:

“Dengan konsep Negara Zikir, kita insyaAllah, akan membangun negara dan kehidupan,
dengan perkara-perkara yang dipandang baik serta bagus oleh Allah dan juga oleh
manusia. Kita akan usahakan kecemerlangan dangan konsep ini. Ertinya, anak-anak kita
cemerlang dalam pelajaran, orang teknikal kita cemerlang, doktor kita cemerlang,
pengusaha kita cemerlang, pentadbir kita cemerlang, pemegang polisi kita cemerlang,
pekerja kita cemerlang, pendeknya semua kita ini adalah cemerlang kerana karamah dan
berkat zikir (ingatan kepada Allah SWT). Cuma syarat terpenting di sini, semua pihak
mestilah sama-sama memahami karekteristik Negara Zikir itu, apa fundamentalnya dan
bagaimana ruang lingkupnya? supaya kita benar-benar meyakininya sebagai acuan dan
landasan yang sangat-sangat kita perlukan”

Ketiga, untuk memperkukuhkan lagi kedudukan Islam dalam sistem pentadbiran Negara Brunei
Darussalam. Sasaran utama Negara Brunei Darussalam ke arah melahirkan sebuah negara maju dan
makmur berdasarkan undang-undang Islam selaras dengan perkembangan negara, visi dan misi
negara maju menjelang 2035. Sebenarnya perkara ini dinyatakan secara tersirat dalam titah Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebelum ini.

PRINSIP NEGARA ZIKIR

1737
Oleh sebab Negara Zikir merupakan salah satu daripada pendekatan PBI, maka prinsip-prinsip Negara
Zikir itu menuruti prinsip-prinsip PBI. Paling tidak terdapat enam prinsip Negara Zikir yang menjadi
asas kepada pelaksanaan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam. Keenam-enam prinsip Negara
Zikir itu adalah seperti berikut:

1) Tauhid Sebagai Paksi Negara Zikir

Tauhid merupakan konsep ketuhanan dalam al-Qur’an. Ia merupakan asas keimanan dan keyakinan
manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT (al-Ikhlas, 112:1-3). Mereka mengaku bahawa
Allah SWT adalah Pencipta, Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini (Tauhid Rububiyyah). Oleh sebab
itu, Ia wajib disembah dan ditaati (Tauhid Uluhiyyah) (al-Qaradawiy, 1995:31; Ghazali Darusalam,
2001:289). Berasaskan kedudukan terpenting elemen tauhid ini, ia diletakkan sebagai prinsip utama
Negara Zikir. Dalam perkataan lain, ia merupakan satu pendekatan yang meletakkan aspek al-
rabbaniyyah (Ketuhanan) sebagai paksi atau tunjang bagi segala usaha yang bersangkutan dengan
pelaksanaan Negara Zikir. Apabila tauhid ini menjadi paksi atau tunjang kepada segala aspek dalam
kehidupan manusia umumnya dan pelaksanaan Negara Zikir khususnya, maka aspek-aspek lain
seperti fiqh (hukum amal) dan akhlak (budi pekerti dan tasawuf) akan bernaung di bawahnya (Ghazali
Darusalam, 2001:290). Maksudnya, tauhid sebagai induk, manakala fiqh dan akhlak berada di
bawahnya.

Selari dengan peletakan tauhid sebagai prinsip utama Negara Zikir ini, Muhammad Syukri Salleh
(1985:22 & 2003:41-42) mengatakan tunjang kepada ilmu dan amal mendatar (perhubungan
manusia sesama manusia) ialah ilmu dan amal menegak (perhubungan manusia dengan Allah SWT)
yang kandung oleh ilmu tauhid. Ia merupakan salah satu daripada cabang pokok ilmu fardhu ain.
Menurut beliau lagi, inti pati ilmu tauhid ini mestilah disepadukan dengan semua ilmu fardhu ain
yang lain seperti ilmu fiqh dan tasawuf (akhlak).

Ilmu tauhid berhubungan dengan akidah. Dalamnya terkandung Rukun Islam dan Rukun Iman. Ia
sebagai tunjang kepada segala ilmu dan keimanan (Muhammad Syukri Salleh, 1985:22 & 2003:41-
42). Ilmu fiqh pula berhubungan dengan amal jasmani atau secara khususnya merupakan
pemahaman atau pengetahuan hukum yang berhubungan dengan perbuatan manusia yang dewasa
dan berakal sihat (mukallaf) yang diambil daripada dalil-dalil syarak (Rachmat Syafei, 2001:13-14). Ia
terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat (Arsyad
Thalib Lubis, 1976:7). Manakala ilmu tasawuf pula berkaitan tentang penyucian rohani dengan akhlak
menjadi asas dan mengambil tempat yang sangat penting (Aboebakar Atjeh, 1977:5). Ia memandu
manusia mengenali sifat-sifat terkeji (mazmumah) yang ada dalam diri masing-masing dan
menyediakan kaedah menghapuskannya serta menggantikannya dengan sifat-sifat terpuji
(mahmudah) (Muhammad Syukri Salleh, 2002:26-27 & 2003:41-42). Hal ini dapat mendekatkan lagi
seseorang manusia itu dengan Allah SWT dan tidak putus-putus mengingati-Nya.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003:42:43), hal ini tidak bererti ilmu fardhu kifayah tidak
diambil kira. Tambahan pula, pembangunan sebenarnya merupakan salah satu daripada bentuk

1738
fardhu kifayah. Fardu ain dan fardu kifayah jika dilihat sepintas lalu nampak terpisah, tetapi
sebenarnya kedua-duanya adalah bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pembangunan
negara terletak dalam kategori fardhu kifayah, namun ia tidak boleh dikatakan Negara Zikir sekiranya
ia tidak berpaksikan ilmu fardhu ain dan tidak dilaksanakan dalam kerangka fardhu ain tersebut.
Negara Zikir mesti bertunjangkan tauhid serta dilaksanakan mengikut segala perkara yang digariskan
dalam ilmu fiqh dan akhlak.

Hujah Muhammad Syukri Salleh (2003) ini selari dengan pandangan Mohd Radhi Ibrahim (2003:3)
yang mengatakan fardhu ain dan fardhu kifayah adalah dua bahagian ilmu yang tidak boleh
dipisahkan. Kedua-duanya berkait rapat dengan konsep perhambaan dan pengurusan pembangunan
di bumi. Manusia diwajibkan mempelajari dan menguasai ilmu fardhu ain seperti akidah, fiqh dan
akhlak agar mampu menjadi seorang hamba yang baik dan taat kepada Allah SWT. Demikian juga
mereka diwajibkan mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti kejuruteraan, perubatan dan
pembangunan bagi melengkapkan diri untuk mengurus dan membangunkan bumi ini. Kewajipan
terhadap setiap individu mempelajari ilmu fardhu ain mempamerkan peri pentingnya ilmu tersebut
diketahui secara individu, manakala ilmu fardhu kifayah pula tidak diwajibkan terhadap setiap
individu, sebaliknya terhadap sebahagian mereka sahaja kerana skopnya yang luas. Namun, setiap
individu Muslim perlu juga menuntut ilmu fardhu kifayah yang diperlukannya untuk mengurus dan
membangunkan bumi ini. Walau bagaimanapun, ilmu fardhu kifayah yang dipelajari itu tidak
mempunyai sebarang erti jika ia tidak berpaksikan tauhid dan tidak dilaksanakan dalam kerangka
ilmu fardhu ain.

Jelaslah bahawa jika Negara Zikir yang dilaksanakan itu tidak berpaksikan tauhid, maka sudah pasti
pelaksanaannya juga tidak dapat dilaksanakan mengikut garis panduan fiqh dan akhlak. Mana
mungkin Negara Zikir itu dilaksanakan mengikut garis panduan fiqh dan akhlak jika ia tidak
berpaksikan tauhid. Samalah juga jika paksinya lemah dan tidak kuat, maka sudah pasti
pembangunan Negara Zikir itu tidak dapat dilaksanakan mengikut garis panduan fiqh dan akhlak
dengan sempurna. Dalam perkataan lain, sesebuah negara itu tidak boleh dikatakan sebagai Negara
Zikir jika ia tidak berpaksikan tauhid. Malah ia tidak diterima sebagai amal kebaikan dan sekadar
dinilai sebagai debu yang ditiup angin (al-Nur, 24:39). Hal ini sama sekali menolak tanggapan
Marxisme bahawa jiwa manusia akan tertindas dan derita jika kehidupan berpaksikan tauhid (Sobri
Salamon, 1988:84).

Tujuan sebenar diletakkan tauhid sebagai prinsip utama Negara Zikir adalah bagi menyediakan akar
tunjang agar pembangunan negara yang diusahakan itu berada dalam lingkungan kepatuhan dan
ketaatan kepada Allah SWT (al-Nahl, 16:36); tidak terpisah daripada tujuan beribadah kepada Allah
SWT (al-Dhariyat, 51:56); mematuhi dan menuruti segala peraturan yang ditetapkan Allah SWT (al-
Isra’, 17:23-24); dan sentiasa berteraskan tauhid kepada Allah SWT (al-An‘am, 6:151-153). Semua
inilah yang dikatakan zikir.

Apabila paksi atau tunjang Negara Zikir yang dilaksanakan itu sudah cukup kuat, maka barulah
memudahkan usaha menjadikan pembangunan Negara Brunei Darussalam itu sebagai ibadah melalui
pendekatan fiqh. Bukan setakat itu, bahkan pembangunan Negara Brunei Darussalam itu juga dapat
dilaksanakan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab melalui pendekatan akhlak. Gabungan

1739
ketiga-tiga perkara ini dengan meletakkan tauhid sebagai paksi akan membentuk satu kerangka
pelaksanaan Negara Zikir yang kukuh dan jitu.

Dari sudut pandangan yang lebih luas dan mendalam, konsep tauhid bertujuan menjalinkan
hubungan antara manusia dengan Penciptanya (habl min Allah) dan hubungan sesama manusia (habl
min al-nas) (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996:47). Tauhid bukan sekadar satu kalimat, tetapi satu
pengajaran falsafah bagaimana membuat perhubungan sesama manusia dengan berpaksikan
perhubungan dengan Allah SWT. Oleh itu, dengan berpaksikan tauhid manusia tidak akan takut dan
mengabdikan diri kepada sesama manusia, tetapi hanya takut dan mengabdikan diri kepada Allah
SWT. Malah, manusia tidak bertindak dengan sesuka hati tanpa memikirkan pembalasan daripada
Allah SWT di dunia dan di akhirat (Sobri Salamon, 1989:25). Sebenarnya hal ini menggambarkan
fungsi manusia sebagai pelaku pembangunan yang menjalankan tugasnya (hubungan sesama
manusia) dan lebih tinggi lagi sebagai hamba yang patuh kepada perintah Allah SWT (hubungan
dengan Pencipta). Hal ini bererti konsep tauhid telah meletakkan kedudukan manusia pada tahap
yang sebenarnya dalam alam ini dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah manusia
diciptakan oleh Allah SWT. Allah SWT yang berkuasa adalah Pencipta, manakala manusia pula
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini (Khurshid Ahmad, 1980:29-31).

Berdasarkan perbincangan tentang konsep tauhid ini, maka dapatlah dirumuskan bahawa
meletakkan tauhid sebagai prinsip utama Negara Zikir ini adalah satu kewajipan. Hal ini bagi
memastikan sesuatu pembangunan negara yang dilakukan itu diredhai Allah SWT dan seterusnya
mendapat kejayaan (al-falah) di dunia dan di akhirat.

2) Ibadah Sebagai Perkaedahan Pembangunan

Jika tauhid yang merupakan salah satu daripada cabang pokok ilmu fardhu ain itu diletakkan sebagai
prinsip utama Negara Zikir, maka pengabdian diri kepada Allah SWT pula merupakan
perkaedahannya. Hal ini adalah bersesuaian dengan janji manusia ketika di alam roh bahawa mereka
adalah hamba Allah SWT (al-A’raf, 7:172; al-Hadid, 57:8). Malah Allah SWT sendiri menyatakan
bahawa manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri kepada-Nya (al-Dhariyat,
51:56). Selain itu, terdapat banyak perintah supaya memperhambakan diri kepada Allah SWT (al-
Tawbah, 9:31; al-Zumar, 39:11; al-Bayyinah, 98:5; al-Najm, 53:62; al-Hajj, 22:77) dan larangan
mensyirikkan-Nya (Ghafir, 40:66; al-Isra’, 17:23; Ali ‘Imran, 3:64; al-Baqarah, 2:83).

Sebagai hamba Allah SWT, manusia mesti sentiasa mengabdikan diri atau lebih khusus lagi adalah
beribadah kepada-Nya. Beribadah kepada Allah SWT bererti memusatkan penyembahan kepada
Allah SWT semata-mata dengan menjalani dan mengatur segala aspek kehidupan di dunia ini, zahir
dan batin, jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendak syariat, baik dalam kehidupan individu
dengan Allah SWT sebagai hamba-Nya, mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota
masyarakat (Ibn Qayyim, t.t.:485). Secara lebih jelas lagi, al-Qaradawiy (2006:37-38) menyatakan
ibadah merupakan setiap perkara yang disyariatkan Allah SWT dan mengikuti setiap perkara yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW. Ia meliputi segala perintah dan larangan serta merangkumi

1740
perkara yang dihalalkan dan yang diharamkan. Inilah perkara yang terkandung dalam unsur taat dan
tunduk kepada Allah SWT. Lebih mudah daripada itu adalah maksud ibadah yang dikemukakan oleh
al-Rajihiy (1998:6) dan al-Asyqar (1999:260). Menurut mereka, ibadah itu adalah semua perkara yang
disukai dan diredhai oleh Allah SWT. Tidak kira sama ada perkara itu berbentuk perkataan atau
amalan dan zahir atau batin.

Oleh itu, jelaslah bahawa ibadah itu mempunyai skop yang luas. Ia tidak hanya terhad kepada
perkara ritual agama, tetapi juga merangkumi setiap aspek kehidupan manusia pada setiap ketika,
termasuk dalam pelaksanaan Negara Zikir. Pelaksanaan Negara Zikir pula tidak mungkin menjadi
ibadah kecuali mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Oleh sebab ibadah mempunyai
perkaedahan-perkaedahan tertentu, maka sekali gus ibadah jugalah yang menjadi perkaedahan
kepada pelaksanaan Negara Zikir seperti juga kepada segala perbuatan manusia di atas muka bumi
ini.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:52 & 2003:48-50), ibadah itu terbahagi kepada tiga bentuk
iaitu ibadah asas, amalan-amalan utama (fada’il al-a‘mal) dan ibadah umum. Ibadah asas ialah
ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia seperti solat, puasa, zakat, haji dan
sebagainya. Amalan-amalan utama pula ialah amalan-amalan yang tidak wajib dilaksanakan tetapi
sangat digalakkan oleh Islam seperti berzikir, membaca al-Qur’an dan bertasbih. Adapun ibadah
umum ialah ibadah-ibadah yang lebih bersifat fardhu kifayah seperti munakahat, muamalat, politik,
perubatan, perundangan, pembangunan dan sebagainya.

Sebenarnya ibadah asas dan amalan utama membawa kepada pembangunan kerohanian, manakala
ibadah umum pula membawa kepada pembangunan material dan fizikal. Dalam perkataan lain,
pembangunan kerohanian merupakan kesan daripada pengamalan ibadah asas dan amalan utama,
manakala pembangunan material dan fizikal merupakan kesan daripada pengamalan ibadah umum.
Oleh sebab pembangunan Negara Zikir merupakan gabungan antara pembangunan rohani/spiritual
dengan jasmani/fizikal, maka Negara Zikir sebenarnya merupakan kesan daripada pengamalan
keseluruhan bentuk ibadah itu.

Bagi memastikan setiap bentuk ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT, begitu juga
dengan pembangunan, ia mesti mengikut kaedah pelaksanaan dan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT. Sekiranya kaedah dan peraturan-peraturan itu tidak diikuti, maka
pembangunan sesebuah negara itu tidaklah dikira sebagai Negara Zikir.

Bagi ibadah asas dan amalan utama yang membawa kepada pembangunan kerohanian, ia tidak
terlepas daripada tauhid, fiqh dan tasawuf yang merupakan ilmu-ilmu fardhu ain. Dalam
mengerjakan ibadah asas dan amalan utama ini, ketiga-tiga perkara ini mesti dilaksanakan secara
sepadu (Muhammad Syukri Salleh, 2003:51). Rasa ketauhidan kepada Allah SWT (al-Bayyinah, 98:5)
diletakkan sebagai tunjang, manakala fiqh menggariskan peraturan-peraturannya dan tasawuf pula
menimbulkan rasa kelazatan dalam beribadah serta menghayatinya.

Bagi ibadah umum yang membawa kepada pembangunan fizikal pula, Muhammad Syukri Salleh
(2003:51) dan Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad (2005:19-20) menyatakan kaedahnya
ditentukan oleh lima syarat. Usaha pembangunan negara yang dilakukan itu dikira sebagai ibadah
apabila ia memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan ini. Pertama, dilakukan dengan niat ikhlas

1741
kerana Allah SWT dan dengan harapan untuk mendapat keredhaan-Nya. Kedua, isi atau kandungan
usaha dan tugas tidak melanggar syariat. Ketiga, pelaksanaannya mengikut syariat. Maksudnya, ia
dilakukan selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan akhlak Islam seperti amanah, adil,
bertanggungjawab dan sebagainya. Selain itu, ia hendaklah menepati kaedah atau cara yang
ditentukan oleh syarak seperti memulakan dengan membaca basmalah dan doa. Keempat, natijah
atau hasilnya juga tidak bercanggah dengan syariat. Kelima, segala usaha dan tugas yang dilakukan
itu tidak melalaikan mereka daripada menunaikan ibadah-ibadah asas atau disebut sebagai ibadah
khusus. Semua syarat yang ditetapkan ini adalah baik dari segi memenuhi tuntutan akidah, fiqh
mahupun akhlak.

Berdasarkan keseluruhan perbincangan sebelum ini, didapati gabungan antara kaedah ibadah asas,
amalan-amalan utama dan ibadah umum membentuk kaedah pelaksanaan Negara Zikir. Jelas
bahawa pelaksanaan Negara Zikir itu berkaedahkan pengabdian diri kepada Allah SWT. Dengan itu,
maka pembangunan negara menjadi alat manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Hal ini sesuai
dengan fungsi penciptaan manusia di atas muka bumi ini iaitu untuk beribadah kepada-Nya (al-
Dhariyat, 51:56).

Sebenarnya, ibadah itu merupakan perkaedahan Negara Zikir kerana manusia mesti sentiasa hidup
dalam beribadah kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan, pada setiap saat dan ketika.
Negara Zikir pula adalah salah satu daripada aspek kehidupan manusia itu. Oleh itu, ia juga mesti
dilaksanakan dengan menggunakan ibadah sebagai kaedahnya.

3) Manusia Hamba dan Khalifah Sebagai Pelaku Pembangunan

Manusia mempunyai unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu (Mustapha Hj. Mohd. Jar, 1986:17). Ia
berfungsi sebagai hamba (al-Dhariyat, 51:56) dan khalifah Allah SWT di muka bumi (al-Baqarah, 2:30;
al-An‘am, 6:165). Sebagai hamba, manusia dikehendaki menyembah Allah SWT yang berkuasa
mencipta dan memiliki seluruh alam ini, manakala sebagai khalifah pula, manusia ditugaskan
membangunkan, memakmurkan dan menguruskan sumber alam (Mustapha Hj. Mohd. Jar, 1986:17).
Gabungan kedua-dua fungsi utama penciptaan manusia inilah merupakan hakikat manusia yang
berfungsi sebagai pelaku atau pengurus Negara Zikir.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003:31), sebagai pelaku pembangunan, manusia mestilah
mempertahankan status mereka sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Dalam hubungan
menegaknya dengan Allah SWT (habl min Allah), manusia ialah hamba Allah SWT. Dalam hubungan
mendatar manusia dan sumber alam (habl min al-nas), manusia ialah khalifah. Dengan itu, pelaku
pembangunan dipercayai tidak dilahirkan hanya untuk menjalankan fungsi yang stereotaip dan
sirkularistik seperti mengguna, membesar, belajar, bekerja, berkeluarga, reproduktif dan meninggal

1742
dunia. Mereka juga tidak boleh dianggap hanya sebagai manusia pengeluar atau pengguna yang
hanya mengambil kira kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk lahir
semata-mata. Segala aktiviti pengeluaran dan kepenggunaan hanyalah sebahagian daripada alat
manusia untuk membuktikan pengabdiannya kepada Allah SWT yang telah ditetapkan sejak manusia
berada di alam roh lagi (al-A‘raf, 7:172; al-Hadid, 57:8). Selain itu, ia juga sebagai alat untuk
memenuhi keperluan hidupnya sebagai manusia biasa. Dalam apa jua aktiviti dan perbuatan mereka,
status sebagai hamba dan khalifah Allah SWT tidak boleh lekang darinya.

Sehubungan itu, dalam melaksanakan Negara Zikir, manusia tidak boleh terjerumus menjadi hamba
pembangunan kerana pembangunan sebenarnya adalah untuk manusia, bukan manusia untuk
pembangunan (Muhammad Syukri Salleh, 2002:67 & 2003:31). Dengan itu barulah pelaku
pembangunan benar-benar dapat menghasilkan pembangunan negara yang termasuk dalam kategori
ibadah dan diredhai Allah SWT.

4) Sumber Alam Sebagai Peralatan Pembangunan

Semua sumber alam yang berbagai jenis dan bentuk yang wujud di alam dunia ini merupakan ciptaan
(Qaf, 50:38; al-Isra’, 17:99) dan milikan Allah SWT (Hud, 11:56; Maryam, 19:65; al-Muzzammil, 73:9).
Pemilikan Allah SWT ini adalah bersifat azali (sebenar), sedangkan pemilikan manusia pula ada
bersifat majazi (sementara) (Sobri Salamon, 1989:10-11). Allah SWT dikatakan pemilik sumber alam
yang sebenar kerana Dia-lah yang menciptakan sumber alam tersebut, manakala manusia pula
dikatakan pemilik sementara kerana dalam soal ini manusia tidak lebih daripada pemegang amanah
yang diberi keizinan menggunakannya (Sobri Salamon, 1988:61). Dalam hal ini, Allah SWT
menyerahkan amanah dan tanggungjawab menguruskan sumber alam kepada manusia kerana ia
sebagai khalifah yang ditugaskan memakmurkan muka bumi ini (al-Zamakhsyariy, 1995:461).

Segala sumber alam yang diciptakan itu ada tujuan tertentu (al-Anbiya’, 21:16; al-Rum, 30:8). Paling
tidak, terdapat tiga tujuan utama Allah SWT menjadikan sumber alam ini. Pertama adalah untuk
kerohanian. Ia merujuk kepada bagaimana segala bentuk sumber alam dapat menjadi unsur yang
membuktikan kewujudan, keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah SWT (Ali
‘Imran, 3:190-191; al-Rum, 30:22). Kedua pula adalah untuk pembangunan intelek (akal). Ia merujuk
kepada kejadian sumber alam sebagai bahan untuk difikirkan dan direnungkan oleh manusia. Allah
SWT menciptakan manusia dengan kebolehan berfikir. Dengan adanya sumber alam, manusia boleh
menggunakan akalnya untuk mengkaji, meneliti, memerhati dan memahami segala kejadian untuk
dimanfaatkan sebagai peralatan pembangunan (al-Rum, 30:8), manakala ketiga adalah untuk
kegunaan manusia (pembangunan jasmani) (al-Naba’, 78:14-15; al-A‘raf, 7:57; Fatir, 35:27). Ia
merujuk kepada fungsi sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia seperti makanan,
pakaian, perhiasan, peralatan, tempat tinggal, perhubungan, pengangkutan dan sebagainya. Bagi
memenuhi keperluan manusia ini, Allah SWT telah menjadikan segala yang ada dalam alam ini
supaya tunduk kepada manusia (Luqman, 31:20; al-Jathiyah, 45:12). Dalam perkataan lain, segala

1743
sumber alam yang ada di alam ini mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada manusia bagi
memudahkan mereka untuk memanfaatkannya.

Berdasarkan ketiga-tiga tujuan utama inilah mempamerkan bahawa sumber alam itu merupakan alat
atau wasilah dalam pembangunan Negara Zikir. Ia bukan matlamat yang ingin dicapai daripada
pembangunan Negara Zikir yang dilaksanakan. Dalam al-Qur’an telah dinyatakan secara berulang-
ulang tentang sumber alam yang berperanan sebagai bahan-bahan kemudahan hidup/harta
(tharwah) dalam kehidupan manusia. Ia tidak lebih daripada alat atau wasilah untuk mencapai tujuan
yang mulia iaitu beribadah kepada Allah SWT (Pemilik sebenar). Dalam hal ini, manusia tidak dapat
mengelakkan diri daripada mencari kemudahan-kemudahan dalam bentuk sumber alam. Namun,
Islam hanya menuntut manusia supaya menggunakan segala sumber alam itu dengan sebijak-bijak
dan sebaik-baiknya (al-Qasas, 28:77; Ali ‘Imran, 3:180; al-Tawbah, 9:76; al-Baqarah, 2:177).

Meskipun manusia diberi kemudahan menggunakan sumber alam untuk pembangunan, pada masa
yang sama mereka mestilah berpegang dan ingat (zikr) bahawa semua sumber alam itu diciptakan
dan dimiliki oleh Allah SWT. Manusia dalam hal ini hanya sekadar diberi milikan sementara oleh Allah
SWT dalam menggunakan segala sumber alam tersebut.

Sumber alam yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia bagi tujuan pembangunan itu pula adalah
amat luas dan tidak terhad. Menurut al-Qur’an, ketidakterhadan sumber alam ini adalah berdasarkan
empat faktor utama. Pertama, berdasarkan konsep rezeki yang ditetapkan dan dikurniakan oleh Allah
SWT (al-A‘raf, 7:10; al-Isra’, 17:31&70; Hud, 11:6; al-Zumar, 39:52; al-Mulk, 67:15; Ali ‘Imran, 3:37; al-
Syura, 42:27). Kedua, berdasarkan kaedah pengagihan semula sumber alam seperti sedekah (al-
Munafiqun, 63:10; al-Ra‘d, 13:22) dan zakat (al-An‘am, 6:141; al-Baqarah, 2:267). Ketiga, berdasarkan
konsep barakah (al-A‘raf, 7:96; al-Talaq, 65:2-3); dan keempat, berdasarkan kaedah penggunaan
sumber alam seperti tidak membazir (al-Furqan, 25:67; al-An‘am, 6:141).

Walaupun sumber alam yang disediakan oleh Allah SWT itu amat luas dan tidak terhad, ia tidak
bermakna manusia boleh menggunakannya tanpa batas penggunaan. Sebenarnya terdapat etika dan
peraturan dalam penggunaan sumber alam itu iaitu larangan memakan makanan yang haram, kotor
dan tidak bermutu (al-Mu’minun, 23:51; al-Baqarah, 2:168 & 172; al-Ma’idah, 5:88). Apabila manusia
menggunakan semua sumber alam yang halal dan baik itu, maka memudahkan mereka untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kemudahan ini disebabkan oleh jiwa mereka yang bersih dan
tidak dikotori oleh perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Berdasarkan keseluruhan perbincangan sebelum ini, dapat dirumuskan bahawa sumber alam
merupakan alat atau wasilah pembangunan Negara Zikir. Segala sumber alam yang wujud di alam ini
umumnya dan di Negara Brunei Darussalam khususnya merupakan hak milik mutlak Allah SWT yang
dianugerahkan kepada manusia untuk digunakan mengikut kadar keperluan dan etika yang telah

1744
ditetapkan-Nya. Anugerah ini pula sebagai pengukur untuk melihat setakat mana manusia yang
diberi hak milik sementara itu dapat menyempurnakan tugasnya sebagai hamba untuk beribadah
kepada Allah SWT dan seterusnya melaksanakan tugasnya sebagai khalifah dalam memakmurkan
dan mentadbir alam ini dengan seadil-adilnya.

5) Keseimbangan Antara Dunia Dengan Akhirat

Pelaksanaan pembangunan menjangkau satu tempoh masa yang panjang. Ia bermula dengan alam
roh yang merupakan alam perjanjian (al-A‘raf, 7:172; al-Hadid, 57:8), kemudian diikuti pula dengan
alam dunia yang merupakan alam pembangunan (al-Mu’minun, 23:12-14). Setelah itu ia diakhiri
dengan alam akhirat yang merupakan alam perhitungan dan pembalasan (al-Mu’minun, 23:15-16; al-
Hajj, 22:5).

Daripada ketiga-tiga alam ini, sebenarnya di alam dunialah berlakunya pembangunan. Garis panduan
kaedah dan bentuk pelaksanaannya telah dibentuk di alam roh. Pelaksanaannya di alam dunia
dipandu oleh petunjuk Allah SWT yang terdapat dalam al-Qur’an dan Hadith. Manakala natijah dari
segala pelaksanaan itu akan dihitung di alam akhirat. Jika pembangunan di alam dunia dilaksanakan
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di alam roh, natijah di alam akhirat adalah positif. Jika
sebaliknya, natijahnya adalah negatif (Muhammad Syukri Salleh, 2003:38-39).

Berlakunya pembangunan di alam dunia ini kerana terlaksananya perjanjian manusia dengan Allah
SWT yang dibuat ketika di alam roh. Benar atau tidak pembangunan itu dilaksanakan mengikut
perjanjian ketika di alam roh akan menentukan ganjaran di alam akhirat nanti. Berdasarkan
keyakinan ini, pembangunan yang berjaya hanyalah pembangunan yang pelakunya diberi ganjaran
syurga oleh Allah SWT di akhirat nanti. Kalau manusia diberi ganjaran neraka, pembangunan yang
mereka bangunkan tidak dikira berjaya walaupun telah membangunkan pembangunan material dan
fizikal dengan baik dan banyak sekali di alam dunia. Oleh itu, hasil mutlak pembangunan hanya dapat
diketahui di akhirat, bukan di dunia (Muhammad Syukri Salleh, 2003:40).

Penjelasan ini mempamerkan bahawa setiap manusia sudah pasti akan melalui ketiga-tiga alam yang
dinyatakan itu. Walau bagaimanapun, manusia hanya dituntut menyeimbangkan antara tuntutan
dunia dengan akhirat sahaja (al-Qasas, 28:7). Di alam roh, manusia hanya berjanji untuk bertuhankan
Allah SWT, manakala di alam dunia manusia akan melakukan berbagai-bagai usaha pembangunan.
Dalam hal ini manusia dituntut menyeimbangkan (tawazun) antara amalan untuk kebahagiaan di
dunia (aspek jasmani) dengan amalan untuk kebahagiaan di akhirat (aspek rohani) sahaja. Kehidupan
dunia ini perlu dijadikan medan utama untuk mendapatkan sebanyak mungkin bekalan untuk
kegunaan hari akhirat. Dalam soal ini, secara halus dapat disingkap bahawa di antara kedua-dua alam
ini (alam dunia dan alam akhirat), perkiraan alam akhirat perlu diutamakan memandangkan ia lebih
bersifat kekal abadi.

1745
Oleh itu, jelaslah bahawa prinsip Negara Zikir itu merangkumi pembangunan aspek rohani dan
jasmani. Keseimbangan antara kedua-dua aspek inilah yang dikatakan al-tawazun. Jika dipisahkan
antara kedua-dua aspek ini atau melebihkan kepada salah satu daripadanya, maka pembangunan
sesebuah negara itu tidak boleh dikatakan pembangunan Negara Zikir.

6) Bermatlamat Mencapai Keredhaan Allah SWT

Keredhaan Allah SWT merupakan matlamat akhir pembangunan (al-Kahfi, 18:110; al-Hajj, 22:7).
Dalam perkataan lain, keredhaan Allah SWT merupakan kemuncak pengharapan manusia dan
merupakan nikmat Allah SWT yang paling besar dan utama (al-Tawbah, 9:72). Maksudnya, tidak ada
harapan yang lebih tinggi dan tidak ada nikmat yang lebih besar selain daripada keredhaan Allah
SWT. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, HAMKA (1999:3053) mengatakan semua nikmat yang
berbentuk mahsusah (berbentuk fizikal) itu tidak mempunyai sebarang erti jika tidak disertai dengan
nikmat ma‘nawiyyah (redha Allah) ini.

Atas sebab inilah keredhaan Allah SWT itu diletakkan sebagai matlamat akhir pelaksanaan Negara
Zikir. Pelaksanaan Negara Zikir itu pula hanyalah merupakan alat atau wasilah untuk mencapai
keredhaan Allah SWT. Sesebuah negara itu menjadi Negara Zikir apabila ia meletakkan keredhaan
Allah SWT sebagai matlamat akhirnya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT ini paling tidak
manusia perlu memenuhi tiga syarat utama. Pertama, pembangunan negara yang diusahakan
mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tetap teguh dalam mentauhidkan-Nya. Kedua,
mematuhi segala syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT dan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
dengan penuh penghayatan dan pengamalannya. Ketiga, sentiasa melakukan amalan kebaikan sama
ada dalam berhubungan dengan Allah SWT dan berhubungan sesama manusia. Secara lebih
terperinci lagi, keredhaan Allah SWT ini akan tercapai setelah semua prinsip Negara Zikir yang
dijelaskan sebelum ini diyakini dan dihayati sepenuhnya.

Kesan daripada mendapat keredhaan Allah SWT ini adalah mendapat al-falah di dunia dan di akhirat
di penghujungnya (Muhammad Syukri Salleh, 2009). Hal ini selaras dengan pandangan al-Zuhayliy
(1991:303) dan Ibn Hajar (1989:515) ketika mentafsirkan ayat Surah al-Tawbah (9:72) bahawa
dengan keredhaan Allah SWT seseorang hamba itu akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, jelaslah bahawa prinsip Negara Zikir yang terakhir adalah untuk mencapai keredhaan Allah
SWT bukannya al-falah. Al-falah itu hanya kesan daripada mendapat keredhaan Allah SWT itu.

KESIMPULAN

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini didapati konsep Negara Zikir yang
sedang dilaksanakan di Negara Brunei bukanlah sesuatu yang bersifat retorik semata-mata.
Sebenarnya ia merupakan negara yang pembangunannya berorientasikan dan berpaksikan zikir, iaitu

1746
sentiasa menghubung segala aktiviti dengan kekuasaan Allah SWT. Dalam perkataan lain, aspek
siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya adalah berpaksikan zikir. Oleh sebab Negara Zikir
merupakan salah satu daripada pendekatan PBI, maka prinsip-prinsip Negara Zikir itu menuruti
prinsip-prinsip PBI. Paling tidak terdapat enam prinsip Negara Zikir, iaitu pertama, berpaksikan
tauhid; kedua, berkaedahkan pengabdian diri/beribadah kepada Allah SWT; ketiga, manusia hamba
dan khalifah sebagai pelaku pembangunan; keempat, sumber alam sebagai alat atau wasilah
pembangunan; kelima, keseimbangan antara dunia dan akhirat; dan keenam, bermatlamat mencapai
keredhaan Allah SWT. Bagi memastikan pelaksanaan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam itu
selari dengan konsep zikir dalam Islam, maka pelaksanaannya mestilah berasaskan keenam-enam
prinsip Negara Zikir yang diketengahkan ini.

Rujukan

Aboebakar Atjeh (1977). Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf. Kota Bharu, Kelantan: Pustaka Aman
Press.

Ahmad Abdussalam Abdul Rahman (2010). “Brunei Darussalam Negara Zikir: Hasrat Sultan Haji
Hassanal Bolkiah”, Kertas Kerja yang dibentangkan di Annual Conference on Islamic Studies
(ACIS) Ke-10, pada 1-5 November, di Hotel Arum Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Al-Asyqar, ‘Umar Sulayman. (1999). Al-‘Aqidah fi Allah. Jordan: Dar al-Nafa’is.

Al-Qaradawiy, Yusuf. (1995). Al-Hayah al-Rabbaniyyah wa al-‘Ilm. Kaherah, Mesir: Maktabat Wahbat.

Al-Qaradawiy, Yusuf. (2006). Ibadah Dalam Islam (al-‘Ibadah fi al-Islam), terj. Abu Asma Anshari &
Nasruddin Abd. Rahman. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Al-Rajihiy, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah. (1998). Syarh al-‘Ubudiyyah li Syaykh Islam Ibn Taymiyyah.
Riyad: Dar al-Fadilah.

Al-Zamakhsyariy, Abu al-Qasim Jar Allah Muhammad bin ‘Umar bin Muhammad. (1995). Al-Kasysyaf
‘an Haqa’iq wa Ghawamid al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujud al-Ta’wil, Jld. 4, Syahin,
Muhammad ‘Abd al-Salam (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.

Al-Zuhayliy, Wahba. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al-Manhaj, Jld. 10.
Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Arsyad Thalib Lubis (1976). Ilmu Fiqih. Medan: Firma Islamiyah.

Awang Abdul Aziz Juned (2008). “Negara Zikir”, Kertas Perdana yang dibentang di Seminar Majlis
Ilmu 2008, pada 23 Rejab 1429 H / 26 Julai 2008 M, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan
Antarabangsa (ICC), Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Awang Haji Abdul Latif Haji Ibrahim (1998). Melayu Brunei Abad ke-21. Brunei: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Belia dan Sukan.

Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

1747
Haji Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA) (1999). Tafsir Al-Azhar, Jld. 4. Singapura: Pustaka
Nasional Pte. Ptd.

Hashim Hj. Abdul Hamid (2008). Qarar. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Belia dan
Sukan.

Ibn Hajar, Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalaniy (1960). Fath al-Bariy
Syarh Sahih al-Bukhariy, Jld. 23. Kaherah, Mesir: Maktabah al-Qahirah.

Ibn Hajar, Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalaniy. (1989). Fath al-Bariy
Syarh Sahih al-Bukhariy, Jld. 11, Baz, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah & ‘Abd al-Baqiy (Eds.),
Muhammad Fu’ad. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.). Madarij al-Salikin, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Jil.

Khurshid Ahmad (1980). “Islam Basic Principles and Characteristics”, dlm. Khurshid Ahmad (Ed.),
Islam: Its Meaning and Message. London: The Islamic Foundation.

Mas‘ud, Jubran (1990). Al-Ra’id Mu‘jam Lughawiy ‘Asriy, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-‘Ilm li al-
Malayin.

Moehammad Nazir (1992). Melayu Islam Beraja. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei
Darussalam (UBD).

Mohammad Haji Abd. Rahman (2008). “Merealisasikan Negara Zikir Melalui Pendidikan”, Kertas Kerja
yang dibentangkan di Seminar Negara Zikir Majlis Ilmu 2008, pada 23 Rejab 1429 H / 26 Julai
2008 M, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Negara Brunei
Darussalam.

Mohd Murtadza Hj. Ahmad (2008). “Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir: Satu Tinjauan”, Kertas
Kerja yang dibentangkan di Seminar Negara Zikir Majlis Ilmu 2008, pada 23 Rejab 1429 H / 26
Julai 2008 M, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Negara
Brunei Darussalam.

Mohd Radhi Ibrahim (2003). “Epistemologi: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam”, dlm Mohd
Radhi Ibrahim et al. (Eds.), Intelektualisme & Da‘wah Masa Kini. Kuala Lumpur: Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Muhammad Syukri Salleh (1985). Falsafah Ilmu Pembangunan Berteraskan Islam: Beberapa Asas
Kesepaduan. Pulau Pinang: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2002). Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra
Editions Sdn. Bhd. dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

1748
Muhammad Syukri Salleh (2009). “The Philosophical Foundations of Islamic Development: Khurshid
Ahmad’s Conception Revisited”, dlm. Proceedings Langkawi Islamic Finance and Economics
International Conference (LIFE2009). Kedah: Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), hlm. 119-133.

Mustapha Hj. Mohd. Jar (1986). “Konsep Manusia Dari Perspektif Barat dan Islam”, dlm. Wan Hashim
& Mahayudin Haji Yahaya (Eds.), Sains Sosial Dari Perspektif Islam. Bangi, Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) (2008). Konsep Negara Zikir Bukan Retorik, diakses daripada
http://www.aspirasi-ndp.com/arkib/july08/KonsepNegaraZikirbukan retorik. html, pada 12
Ogos 2013.

Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.) (2008).
“Negara Zikir”, Kertas Kerja Perdana yang dibentangkan di Seminar Negara Zikir Majlis Ilmu
2008, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei
Darussalam, 26 Julai-6 Ogos.

Pengiran Haji Mohammad Pengiran Haji Abd. Rahman (Dato Seri Setia Dr.) (2008). “Merealisasikan
Negara Zikir Melalui Pendidikan”, Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Negara Zikir
Majlis Ilmu 2008, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas,
Negara Brunei Darussalam, 26 Julai-6 Ogos

Rachmat Syafei (2001). Fiqih Muamalah. Bandung: Penerbit Pustaka Setia.

Sobri Salamon (1988). Konflik Antara Islam dan Marxisme dan Satu Kes Kajian Kedudukan Islam di
USSR dan China. Selangor: Al-Rahmaniah Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam Pengenalan Sistem dan Kemungkinan. Selangor: Al-Rahmaniah
Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam, Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Teks Perdana Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri
Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negera Brunei Darussalam, sempena
Konvensyen Pendidikan Islam, pada 4 Muharram 1432H Bersamaan 30 November 2011M,
bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei
Darussalam.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sempena Sambutan Hari
Raya Aidil Adha, pada 9 Zulhijjah 1428H bersamaan dengan 19 Disember 2007.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sempena Perasmian
Majlis Ilmu 2008 dan Hari Keputeraan Baginda Ke-62 Tahun, bertempat di Pusat Persidangan
Antarabangsa (ICC), Berakas, Brunei Darussalam, pada 23 Rejab 1429H bersamaan 26 Julai
2008M.

1749
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sempena Pengisytiharan
Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, pada 1 Januari 1984.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sempena Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Kelapan Pemesyuaratan Majlis
Mesyuarat Negara, pada 8 Rabi‘ul Akhir 1433H bersamaan 1 Mac 2012, bertempat di
Bangunan Baru Dewan Majlis.

Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

1750
SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU ABAD
KE 19 DAN 20 MESEHI: SUATU PENELITIAN TERHADAP
SUMBANGAN ULAMA.

Shukri Ahmad
Mohamad Khadafi Haji Rofie
Pusat pengajian Umum
Kolej sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
Shuk494@uum.edu.my

Abstrak

Islam adalah agama kemajuan, berkembang ke serata pelosok dunia sehingga menguasai pemikiran
dan tingkah laku manusia dari awal kemunculannya hingga kini. Perkembangan Islam di serata dunia
disebabkan kandungannya yang bersifat sejagat, fitrah, wasatiyyah dan murni. Demikian, Islam
bertapak di Alam Melayu dengan karaktornya yang tersendiri , membawa corak dan watak sunni,
berkembang dengan meyakinkan sehingga mengukuh ajarannya untuk diterima sebahagian besar
daerah Nusantara termasuk di Tanah Melayu. Perkembangan Islam pada abad ke 19 dan 20 M di
Tanah Melayu telah berada pada tahap kemuncak kecemerlangan dengan karektornya yang sangat
istimewa. Para ulama merupakan aktor penting yang berjaya mencemerlangkan Islam di dengan
segala keunikannya yang tersendiri. Kertas kerja ini bertujuan mengupas sejarah perkembangan
Islam dari pelbagai sudut, antaranya ialah sudut perkembangan pendidikan, ekonomi dan sosial.
Setelah itu, suatu penelitian mengenai sumbangan ulama Tanah Melayu dikemukakan dengan
mengenegahkan ciri-ciri istimewa para ulama Melayu ini. Kertas ini, akan menelusuri sumbangan
ulama dari sudut aliran pemikiran, pendekatan penyampaian dan keutuhan keperibadian masing-
masing. Tumpuan akan diberikan kepada beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia.

Keyword: Islam, Ulama, Pembangunan Islam, Tanah Melayu, Sejarah Islam.

1751
1. Pendahuluan

Ulama adalah golongan penting yang meneruskan tradisi agama dengan keilmuan dan kebijaksanaan
agar menepati hasrat dan inspirasi rasul dan kewahyuan. Mereka adalah pemimpin, pembimbing
umat, pencetus semangat dan spiritual serta menjadi ikutan sezaman. Pada Islam, mereka adalah
pewaris para nabi dan menjadi citra umat sezaman. Jika baik dan dimanfaatkan, maka baiklah umat,
jika buruk dan tidak dimanfaatkan, maka buruklah kelakuan dan martabat umat. Khazanah agama
disimpan dan dikesinambungkan oleh mereka melalui kaedah yang wibawa dan berantaian. Mereka
dipuji Allah dan diseru agar menjadi penasihat umat. Pada mereka terletakknya maqam ketakutan
terhadap Tuhan, meskipun tahap keulamakan mereka juga berbeza-beza. Sejak awal pengiktirafan
mereka sebagai pewaris nabi, golongan ini bertebaran keserata pelosok dunia dengan satu hasrat
iaitu menyampaikan risalah agama untuk difahami manusia agar rahmat Tuhan diperoleh didunia
dan diakhirat.

Alam Melayu merupakan antara kawasan yang sangat bertuah kerana dipilih Allah untuk menerima
kedatangan ulama untuk mengislamkan umat Melayu. Menerusi usaha mereka rahmat Allah yang
paling besar iaitu nur Islam telah dengan penuh kelembutan meresapi daerah alam Nusantara ini.
Ternyata, Allah memilih kawasan Nuasantara ini dengan penuh hikmah, meskipun daerah-daerah
dunia lain terbuka menerima agama mulia ini. Jepun, Korea dan China merupakan daerah Timur Jauh
yang selayaknya juga mendapat cahaya agama ini, namun daerah-daerah ini masih jauh dibayangi
cahaya iman. Tegasnya, kedatangan Islam ke alam Nusantara adalah suatu rahmat Allah yang paling
berharga dan tidak mungkin digantikan dengan segala niamat lain didunia inidanm ianya berlaku
menerusi usaha para ulama.

Dapat ditegaskan kedatangan Islam di Alam Nusantara ini tidak mungkin boleh dipisahkan dengan
peranan dua institusi utama Islam ini iaitu institusi ulama dan institusi pendidikan tradisional. Ulama
adalah da’i dan institusi adalah tempat mereka untukmenyebarkan ilmu. Kedua-duanya berfungsi
dengan begitu berkesan sekali, mengubah lanskap akidah alam Nusantara daripada berkepercayaan
Sinkritism Hindu-Buddha kepada kepercayaan terhadap agama Islam yang mulia. Sememangnya alam
Melayu telahpun mempunyai pelbagai kerajaan besar. Kerajaan-kerajaan ini bertukar, turun naik
tempat pemerintahan dari zaman Funan, Langkasuka, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah
seperti Kediri, Singosari dan Kutai Kartanegara. Kesemua kerajaan besar ini berubah apabila ulama
mendekati dan menyebarkan Islam, akhirnya semua daerah nusantara menerima Islam dengan
harmoni sekali.

Kedatangan ulama dengan usaha gigih mereka berdakwah dan menyebarkan akidah murni telah
berjaya mengubah pegangan kepercayaan masyarakat Nusantara ini. Dengan izin Allah, pulau
Sumatera telah sangup menerima Islam secara harmonis apabila pemimpin wilayah-wilayahini
menerima ajaran ini. Kepulauan Sumatera juga menyaksikan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam,
antaranya ialah Acheh (Perlak), Siak, kampar dan Inderagiri (Shukri, 2011, 2). Demikian juga di
kepulauan Jawa, muncul kerajaan Mataram dan kesulatan Demak yang menjadikan Islam sebagai
agama negara mereka. Demikian juga terjadi kepada Tanah Melayu yang menyaksikan kesultanan
Melayu Melaka,kesultanan Kedah, Patani, Kelantan, Terangganu dan lain-lainnya menjadi pelopor
terhadap perkembangan Islam dan menjiwai kemurnian Islam di daerah sekitarnya. Ternyata,

1752
kebijaksanaan ulama tradisional dalam usaha memartabatkan Islam adalah sangat bermakna dengan
pondok merupakan medium atau wahana yang ampuh dalam membawa nur Islam ini ke serata isi
pelosok daerah masyarakat Islam di alam Melayu.

2. Sejarah Perkembangan Islam dan peranan Ulama di Alam Melayu

Islam muncul di Alam Melayu melalui cara dakwah para ulama sufi. Kedatangan Islam di Alam
Melayu khususnya di Kedah dikatakan berlakudiawal kegemilangan kerajaaan Islam di Baghdad iaitu
sekitar tahun 1136 Masehi apabila Kedah diislamkan oleh Syeikh Safiuddin. Era ini dinamakan sebagai
era para wali. Amalan keagamaan dalam kalangan masyarakat bergantung kepada ketokohan ahli
sufi atau ahli tarekat (Sharifah Zaleha, 1985: 38). Apabila Sumatera Utara menerima Islam, berlaku
perubahan besar dalam bentuk kepercayaan kalangan masyarakatMelayu Nusantara. Penaklukan
Acheh ke atas Kedah telah membawa usaha mengembalikan Kedah kepada islam yang sebelumnya
pernah diislamkan oleh Syeikh Safiuddin namun masyarakatnya masih banyak mengamalkan amalan
Hindu (al-Attas, 1986: 11). Usaha tokoh ulama yang bernama Syeikh Nuruddin al-Raniri yang
menghantar kitab mengenai asas-asas agama; peraturan dan undang-undang peribadatan dan
undang-undang nikah kahwin dalam kita Sirat al-Mustaqim dan bab al-Nikah pada tahun 1640an
menyebabkan Islam kembali mengharum di Kedah.

Abad ke 17M hingga abad ke 19 M merupakan era ulama Alam Melayu membangunkan Islam melalui
sistem pendidikan. Sistem pondok merupakan sebuah sistem pendidikan Islam yang diadaptasi dari
sistem pendidikan Timur Tengah diwujudkan sebagai medium pengajian Islam. Ia adalah satu-
satunya sistem utama untuk mengembangkan Islam, mengukuhkan kefahaman dan kemudian
berkembang dengan pesatnya pada abad ke 18 dan 19 masehi. Pattani yang merupakan sebuah
wilayah selatan Thailand, mendominasi perkembangan dan pertumbuhan pendidikan pondok di
utara Tanah Melayu. Tokoh-tokoh ulama Pattani yang berada di dalam negeri ini dan bermastautin di
Makkah menemukan masyarakat Melayu dengan erti keilmuan Islam dengan sistem yang
berorientasikan umumi ini. Syeikh Daud Abdullah al-Fatani ( 1769-1847), Syeikh Nir al-fatani (1829-
1908), Syeikh Zainul Abidin al-Fatani (1820-1913), Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
(1856-1908) menjadi pelopor terhadap penulisan karya agama dan pengajian pondok. Sejak itu,
pondok berkembang dan melimpah sehingga ke Kedah, Kelantan, Terangganu dan negeri-negeri yang
lain. Kedah misalnya memiliki puluhan ulama dengan intitusi pondok masing-masing. Wan
muhammad Idris bin Jamal atau Syeikh Jarum, Derga (1849-1911), Hussain bin Muhammad Nasir
atau tuan Hussein Kedah (1863-1936) merupakan antara ulama-ulama masyhur Kedah mewakili
ulama seluruh Tanah Melayu. Berpuluh-puluh pondok muncul di serata pelosok negara hasil jaringan
ulama pondok dengan Pattani dan kemudahan mengerjakan haji dan pengajian di Makkah hasil dari
kemudahan pengangkutan laut ketika itu.

Menjelang abad ke 20 Masehi, para ulama alam Melayu berjaya mengubah langskap alam ini untuk
menghayati Islam secara syumul. Sekitar 1930an, dan 1940an, kebanyakan pondok yang masyhur
mempunyai bilangan pelajar melebihi 800 orang (Nagata, 1984). Keadaan ini walau bagaimanapun
mula berubah apabila sistem madrasah yang bersifat nizami diperkenalkan. Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit tumpuan pengajian Melayu beralih kepada sistem
persekolahan kebangsaan. Apabila wujud Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960),
sistem pendidikan kebangsaan diperkenalkan dan mula diebri penilaian ekonomi yang tinggi
(Mohammad Ali, 1981: 26) Namun, dengan pelaksanaan polisi pendidikan secara tersusun dalam
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) dan seterusnya
Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980), tumpuan pendidikan masyarakat mula beralih kepada

1753
sekolah-sekolah bantuan kerajaan aliran Melayu dan Inggeris. Akibatnya, pondok dan madrasah
bukan lagi menjadi pilihan utama malah bertukar menjadi tempat pengantaran pelajar-pelajar yang
gagal meneruskan pengaajian ke sekolah-sekolah kerajaan (Nagata, 1984).

Pada tahun 1957, masih terdapat tidak kurang daripada 150 buah pondok di Tanah Melayu, dan 60
buah daripadanya terdapat di Kedah. Menjelang tahun 1969, terdapat hanya 60 buah pondok sahaja
yang masih beroperasi di seluruh Malaysia (Shukri, 2011). Abdullah Ishak melaporkan hanya ada 30
buah pondok di Kedah dengan bilangan tuan guru seramai 30 orang, 78 buah sekolah nizami dengan
blangan guru seramai 336 orang dengan bilangan pelajar seramai 11, 700 orang sekitar pertengahan
abad ke 20Masehi (Abdullah, 1995). Demikian kesan perubahan yang berlaku terhadap negara,
menyebabkan tumpuan pendidikan dalam kalangan masyarakat Islam lebih terarah kepada
pencapaian kecemerlangan akedemik, perolehan pendapatan dan desakan ekonomi global. Hal ini
mengakibatkan pengajian pondok menjadi tidak berdaya saing, terkebelakang dari sudut infrustuktur
dan kemudahan-kemudahan pembelajaran serta tersisih dalam banyak aspek kehidupan. Namun
demikian, institusi ini kini tetap utuh beroperasi ditengah-tengah keriuhan teknologi dan ledakan
dunia keilmuan baru. Semangat keagamaan yang bertunjangkan keikhlasan dan mencapai redha
Allah inilah yang menjadikan pondok tetap mampu berdiri utuh dengan dokongan baru masyarakat
Islam sekarang.

3. Ulama dan Institusi Pendidikan Pondok

Pada abad ke 19 dan 20 Masehi ulama Melayu secara lebih serious memulakan usaha mengubah
lanskap masyarakat Melayu melalui sistem pendidikan umumi. Pondok yang diuusahakan ini
menggunakan sistem pendidikan bersifat zawiyah yang tidak mengutamakan sistem peperiksaan.
Zawiyah merujuk kepada suatu sudut yang dijadikan halaqah atau tempat perkumpulan para sufi
untuk bertukar fikiran, berdiskusi, berzikir dan bermalam (Mujiburrahman, 2010). Sistem ini bukan
telahpun digunakan secara meluas di Acheh dengan ditukar kepada nama Dayah atau Deyah (M.
Hasbi Aminuddin, 1994: 41).

Sistem pondok dikatakan mula-mula sekali diperkenalkan kepada alam Melayu daripada Gujerat,
Yaman dan Mesir. Ulama awal yang datang ke alam Melayu dan antara ulama awal yang
memperkenalkan sistem pondok ialah Abdul Rauf Singkili (1024 H/1615 M - 1105 H/1693 M) yang
memperkenalkan zawiyah atau pondok di Acheh seperti mana yang wujud di Timur Tengah. Karel A.
Steenbrink (1994:106) menyimpulkan sistem pondok atau dayah berasal dari India yang digunakan
untuk pendidikan sejak penyebaran agama hindu lagi dan kemudian diubah suai untuk digunapakai
dalam sistem pendidikan Islam. Apapun , sistem pondok adalah suatu sistem unik yang dibangunkan
berteraskan acuan pendidikan Islam Timur Tengah sesuai dengan fungsi ulama yang menyebarkan
Islam bersama-sama dengan menubuhkan institusi tersebut. Menurut A. Hasyjimy (1983:201)
kerajaan Islam Perlak yang merupakan kerajaan Islam awal di alam Melayu, ditubuhkan pada tahun
225 Hijriah atau 840 Masehi telahpun mendirikan beberapa instusi pendidikan. Salah satunya ialah
Dayah Cot Kala, di mana para ulama dari tanah Arab, Parsi dan Gujerat diminta mengajar diinstitusi
ini bagi mengembangkan Islam di seluruh Acheh.

Pattani yang merupakan sebuah daerah Selatan Thailand juga merupakan tempat penting yang
menyemarakan kemunculan pondok-pondok di Tanah Melayu. Menurut sejarah, dikatakan pondok
tertua di Pattani ialah pondok Sena, diasaskan oleh ulama yang bernama Wan Musa ataua faqih wan
Musa al-Laqini, diikuti penubuhan pondok Teluk Manak oleh Lebai Wan Hussein 9Paitoon, 2001: 74).
Menurut Wan Kamil Mujani (2001: 8) pondok terawal yang ditubuhkan di Pattani ialah pondok Telok

1754
Manak, sekitar pertengahan abad ke 16 M iaitu dalam tahun 1532M. Sejak itu, sistem pendidikan
pondok menjadi pusat pengajian masyarakat Islam di Pattani dan telah berjaya melahirkan tokoh-
tokoh ulama yang masyhur. Pondok mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 19 M. Tokoh-
tokoh ulama yang dilahirkan melalui sistem ini begitu masyhur sehingga karya-karya mereka masih
digunapakai dalam sistem pengajian pondok sekarang. Umpamanya, pada abad ke 19M, lahir nama-
mana ulama besar seperti Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847M), Syeikh Nik Dir al-Fatani (1829-
1898M), Syeikh zainul abidin al-Fatani (1820-1913M), Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-
Fatani (1856-1908M) dan lain-lain (Ahmad Fathi, 2001: 26).

4. Latar Belakang Karakteristik Ulama Tanah Melayu abad ke 19 Masehi dan Abad ke
20

Harus diingat, pada abad ke 19 Masihi, Haramayn menjadi pusat pembentukan tokoh-tokoh ulama
tradisional Alam Melayu dan pemikiran Haramayn ini merupakan pemangkin pola pemikiran ulama
dan masyarakat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu. Para ulama yang pulang ke tanah air
khususnya di Alam Melayu mengadaptasi sistem pendidikan umumi Haramyn menurut pola
pemikiran Syariat dan Tasawwuf Sunni aliran al-Ghazali dan pendekatan pengajian akidah Asya’irah
dan Maturidiyyah. Sistem sosial, pendidikan dan amalan keagamaan berteraskan keupayaan seorang
guru pondokadalah bersifat seragam dalam kalangan semua para guru pondok.

Bagaimanapun, apabila berlaku peralihan kecenderungan baru dalam pengajian tradisi keilmuan
Islam dari Haramayn ke al-Azhar, Mesir pada awal abad ke 20 dan al-Azhar mula menjadi pusat
baru dalam mengeluarkan tokoh-tokoh ulama akhir abad ke 20 di Tanah Melayu termasuk di Alam
Melayu yang lain kararekteristik ulama mula berubah.

Menjelang abad ke 20 Masehi, suasana karakteristik ulamanya menjadi semakin pelbagai dan
meluas tabiatnya berbanding ulama abad ke 19 Masihi. Justeru itu amat mudah melihat perbezaan
antara karakteristik ulama abad ke 19 dengan ulama akhir abad ke 20. Misalannya, pemikiran ulama
abad ke 19 Masehi berorientasikan pemikiran Haramayn dan penglibatan tugas yang tertumpu pada
pengajian pondok dan madrasah. Kemudian sebahagian kecil daripadanya menjawat jawatan
tertentu dalam menjaga hal ehwal agama Islam negeri. Namun menjelang akhir abad ke 20, ulama
bukan sahaja masih meneruskan tradisi keilmuan tradisional pondok, madrasah dan bertugas di
jabatan-jabatan agama Islam negeri, malah sudah berada di dalam pelbagai institusi yang lain.
Misalannya, dalam institusi pentadbiran dan kemajuan Islam di peringkat persekutuan, pertubuhan-
pertubuhan sosial dan politik serta di institusi pengajian tinggi.

Lebih jauh lagi, para ulama akhir abad ke 20 ini sebilangannya sudah dipengaruhi oleh banyak
metodologi keilmuan bermula dari tradisi keilmuan Timur Tengah dan Semenanjung India hingga
kepada tradisi keilmuan Barat. Pengaruh keilmuan ini menyebabkan mereka menyerap berbagai
jalan pemikiran dan kecenderungan intelektual yang akhirnya mereka memanifestasikan menerusi
afiliasi pemikiran mereka dalam aspek agama, pendidikan, ekonomi, sosial dan politik.

Metodologi keilmuan dari pelbagai institusi dan kemudiannya mewujudkan kecenderungan


pendekatan yang berbeza, ditokok tambah pula dengan suasana dari persekitaran institusi tempat
mereka kembali bertugas. Sebahagian daripada kalangan ulama ini bertugas dalam pelbagai institusi
di luar wilayah asal mereka. Keadaan ini menyebabkan peranan yang mereka mainkan tidak lagi
boleh dihadkan dalam negeri-negeri, zon-zon dan kawasan-kawasan tertentu sahaja. Sebaliknya,
peranan mereka telah menembusi sempadan zon, negeri atau daerah di Malaysia. Perkembangan
pada sistem maklumat, prasarana, infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam di Malaysia turut
membantu memperluaskan lagi peranan para ulama ke serata pelosok negara. Kerana itulah,

1755
sejumlah tokoh-tokoh ulama Semenanjung Malaysia telah menjadi ulama yang lebih luas peranan
dan karakteristik mereka. Mengingatkan hal kepelbagaian kecenderungan, latar belakang pendidikan
dan institusi mereka bertugas menyebabkan setiap usaha untuk menyingkap peranan ulama abad
ke 20 Masehi bukanlah mudah.

5. Rihlah ‘Ilmiyyah dari Institusi Haramayn (Ulama Tradisional) ke Al-Azhar (Ulama


Non-Tradisional)

Perbincangan mengenai peranan ulama abad ke 19 dan 20 Masehi wajar dimulakan dengan aspek
perpindahan institusi pengajian para ulama akhir abad ke 20 daripada institusi Haramayn ke al-Azhar.
Perubahan institusi inilah yang kemudiannya telah mencorakkan pola fikir dan karakteristik ulama
akhir abad ke 20 Mesehi ini. Peralihan rihlah ‘ilmiyyah ini juga akhirnya menampilkan penguasaan
ulama yang berkelulusan selain al-Haramyn terutama al-Azhar dalam pelbagai institusi dan organisasi
yang mendominasi pemikiran agama Islam di Malaysia. Ternyata kecenderungan pemikiran tokoh-
tokoh ulama akhir abad ke 20 Masehi ini akhirnya membentuk cara dan corak peranan yang ,ereka
mainkan dalam masyarakat Islam. Semua ini tidak mungkin dapat dipisahkan dengan corak pengajian
dari tradisi keilmuan masing-masing.

Apabila al-Azhar mula masyhur sebagai pusat pengajian Islam, berlaku semangat “rihlah ‘ilmiyyah”
atau semangat untuk menuntut ilmu di kalangan pelajar Alam Melayu. Ia juga akibat hubungan yang
terjadi di Haramayn sendiri apabila ramai daripada guru-guru di sini berasal daripada al-Azhar
(Azyumardi, 1999 a: 200). Bagaimanapun, paling penting ialah pembaharuan ‘Abduh ke atas al-Azhar
yang menarik minat pelajar ke arah terjadinya rihlah ‘ ilmiyyah ini. Usaha pembaharuan oleh `Abduh
terhadap Al-Azhar telah dapat membentuk suatu “sintesis baru” (Azyumardi, 1994: 109) dalam
pemikiran ulama di al-Azhar sendiri. Bentuk pengajaran yang statik melalui kaedah hafalan dan
ulangan sejak sekian lama di al-Azhar telah diubah oleh ‘Abduh. Keadaan ini bermula dengan
pembentukan Majlis Mesyuarat al-Azhar pada tahun 1895. Majlis tersebut kemudian
bertanggungjawab membuat pembaharuan akademik dan pentadbiran al-Azhar. Pembaharuan
berlaku bukan sahaja peningkatan suasana tempat kerja, disiplin pelajar, sistem kewangan dan
perpustakaan, malah dari sudut kurikulum dan pendekatan baru dalam buku teks al- Azhar (Ahmad
Shahbari, 1988: 57) Pembaharuan pentadbiran dan akademik al-Azhar ini kemudian diperkukuh pula
dengan kecenderungan politik Pan-Islam (Roff, 1970: 74; Deliar Noer, 1982: 38-46; Abaza, 1993: 4;
Azyumardi, 1999 a: 200 ). Pembaharuan pengajian Islam di al-Azhar kemudiannya berkembang ke
pusat-pusat pengajian Islam yang lain negara-negara Islam yang lain.

6. Peranan Ulama Akhir Abad ke 20 Masehi

Meskipun pada akhir abad ke20 ini, ulama non-tradisional atau bukan ulama pondok ini lebih
tertonjol dalam aspek membangunkan kefahaman agama, pendidikan dan politik masyarakat Islam.
Namun demikian masih terdapat ulama tradisional yang tetap memainkan peranan mereka masing-
masing dalam membangunkan masyarakat Islam. Peranan utama para ulama pada abad ini adalah
melibatkan beberapa aspek tertentu, antaranya ialah:-

a. Pemikiran Syariat

Ulama pada abad ini masih meneruskan pendekatan ulama abad ke 19 iaitu melalui pemantapan
pemikiran syariat. Penekanan kepada kitab-kitab fikah tauhid mengikut pengajian sifat dua puluh,
hadith dan tafsir adalah berorientasikan Syariat Sunni bermazhab Syafi’e. Penggunaan kitab-kitab
klasik fikah karya Syeikh Daud ‘Abd Allah al-Fatani, seperti Furu’ al-Masa’il dan Bughyat al-Tullab,
karya Syeikh Muhammad b. Ismail b. Muhammad Zayn al- Fatani seperti Matla’ al- Badrayn, masih

1756
digunakan. Demikian juga pendekatan pengajian akidah/usuluddin menggunakan kitab pengajian
“sifat dua puluh”.

Walau bagaimanapun, penggunaan kitab-kitab klasik sebagai teks rasmi hanya digunakan oleh ulama
tradisional di institusi pengajian pondok sahaja. Ini bermakna tiada tradisi menadah kitab-kitab jawi
Melayu di madrasah-madrasah. Misalannya, Madrasah Nurul Islam, meskipun diasaskan oleh Abu
Bakar Hanafiyah, tokoh ulama pondok namun kurikulum madrasah tidak menggunakan teks kitab
tradisional sebagai teks rasmi. Demikian juga dengan Yahaya Junid yang mengasaskan Madrasah
Taufiqiyyah di Kedah dan Tajuddin b. Abdul Rahman, mudir Madrasah Nahdah al-Hasanah. Kedua-
duanya tidak menetapkan kitab klasik Melayu sebagai teks rasmi di madrasah. Hingga akhir tahun
1990an hanya terdapat sekurang-kurangnya empat orang ulama tradisi Haramayn Kedah yang masih
menggunakan kitab-kitab jawi Melayu sebagai teks kitab di pusat pengajian mereka. Antaranya ialah
Zakaria bin Mohd. Saman di pondok Alor Janggus, Hasyim Bakar di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan,
Tok Ayah Chik di Kodiang dan Haji Salleh Merbuk. Dapat disimpulkan bahawa peranan ulama
tradisional dalam mempertahankan pemikiran syariat ulama tradisional abad ke 19 semakin
berkurangan. Akhir abad ke 20 masehi, ulama semakin aktif menggabungkan corak pemikiran syariat
dari pelbagai metod baru iaitu dengan menggabungkan pemikiran syariat dari pelbagai aliran
mazhab.Pendekatan syariat tanpa terikat dengan mazhab ini muncul subur dan diterima di beberapa
negeri seperti di Perlis,Pulau Pinang dan Selangor.

b. Pemikiran Tasawuf

Ulama akhir abad ke 20 masih mempunyai hubungan pemikiran kesufian antara ulama abad ini
dengan ulama sebelum abad tersebut. Oleh itu, tidak sukar menemukan persamaan antara
pemikiran tasawuf ulama akhir abad ke 20 dengan pembawaan pemikiran tasawuf ulama abad ke
19. Kedua-duanya menekankan pengajian tasawuf dan syariat yang lebih ringkas dinamakan
sebagai “neo-sufisme” aliran al-Ghazali. Seperti juga dalam pemikiran syariat, hanya beberapa orang
ulama tradisional yang meneruskan pengamalan tarekat di samping menghasilkan karya-karya
tasawuf . Antaranya, Abu Bakar Hanafiyah (1908-1998) yang mengamalkan Tarekat Idrisiyyah
(wawancara: Adnan Ghazali, 8 Mei 2000) dan menghasilkan kitab Risalat al-Nur (t.t) dan Tadhkirat al-
Nasyi`in (t.t) khusus dalam membicarakan persoalan tasawuf. Demikian juga dengan Hasyim Bakar,
tuan guru Pondok Pasir Tumbuh mengamalkan Tarekat Naqsyabandiyyah dan Zakaria Mohd. Saman,
tuan guru Pondok di Alor Janggus, Kedah yang mengamalkan Tarekat Idrisiyyah (wawancara: Hasyim
Bakar, 20 September 1999; Zakaria Mohd. Saman, 8 April 1999). Namun, keterbukaan terhadap
pelbagai aliran pemikiran agama menyebabkan menjelang pertengahan abad ke 20 Masehi,
perbicaraan tasawwuf semakin dikurangkan malah ada yang membuat kecaman terhadap konsep
tasawwuf yang dipraktiskan ulama sebelum ini. Pegangan aliran Ibn Taimiyyah menjadikan faham
tasawwuf hanya dikonsepkan atas nama etika dan akhlak semata-mata.

c. Sahsiah dan Amalan Beragama

Gelaran tok guru masih menjadi lambang kedudukan sosial mereka yang cukup tinggi di kalangan
masyarakat setempat. Gelaran itu sendiri mentafsirkan maksud tersirat mereka sebagai ulama yang
masih mempunyai ketokohan, keilmuan dan karisma kepimpinan. Justeru, ulama pada abad ini
masih lagi mengekalkan identiti dan corak ulama tradisional abad ke 19 Masehi. Kehidupan ulama
abad ke 19 M yang dikaitkan dengan sifat wara’, zuhud dan mementingkan akhirat diwarisi dan
diteruskan oleh ulama tradisional abad ke 20. Hal ini termasuklah, amalan-amalan berzikir dengan
metode tertentu dan amalan berpuasa sunat (wawancara: Hasyim Bakar, 20 September 1999).
Corak kehidupan di Haramayn yang pernah dilalui mereka turut membentuk cara hidup dan
karakteristik seperti yang penulis sebutkan di atas. Cara hidup di Makkah yang berorientasikan

1757
kehidupan beribadat, sistem pengajian kitab dari “kulit-ke kulit” dan masyarakat Haramayn yang
homogen (homogenous) khususnya mengenai budaya pemakaian tradisi Arab dan ia merupakan
antara faktor mengapa ulama tradisional terus beramal dengan cara sedemikian. Abad ke 20 Masehi
mula mencorakkan pendekatan baru terhadap amalan beragama. Pakaian beroriantasikan ala barat
mula diterima. Misalnya, pakaian baju dan bebrseluar, bertali leher dan berkod serta tidak
mengenakan serban diangap bukan lagi pakaian anti Islam. Para ulama juga turut memakai pakaian
tersebut. Keadaan ini sedikit sebanyak membawa pertembungan pemikiran dalam kalangan ulama
dalam memberikan tafsiran amalan beragama mengikut Islam.

d. Pendidikan

Perkembangan pengajian pada akhir abad ke 20 di Tanah Melayu menyebabkan kebanyakan tokoh
ulama tradisional 1980an dan 1990an terpaksa menukar sistem “‘umumi” kepada sistem “nizami”
atau sekurang-kurangnya menubuhkan kedua-dua sistem pengajian tersebut secara serentak. Jika
diperhatikan bahawa punca kepada terjadinya peralihan pengajian pondok ke madrasah adalah
kerana terputus beberapa unsur kesinambungan antara pengajian pondok dengan tradisi-tradisi
pengajian yang sebelum itu berpusat di Haramayn. Haramayn, pada zaman kegemilangannya
sebelum abad ke 20 M merupakan “bekas pelebur” (melting pot) yang mengadunkan pelbagai tradisi
keilmuan Islam dari India, Mesir dan Afrika Utara untuk membentuk suatu tradisi keilmuan yang
gemilang (Azyumardi, 1994:108). Walau bagaimanapun apabila Haramayn sudah tidak lagi
bertahan sebagai “bekas pelebur” tradisi keilmuan Islam ini, maka institusi keilmuan di luar
Haramayn yang bersambungan dengannya turut menerima kesan kemerosotan. Sejak itu, muncul
pendekatan baru yang menekankan pengajian secara nizami. Ulama mula masuk ke dalam pelbagai
institusi secara rasmi dan tidak rasmi setelah melalui proses pengajian secara nizami ini.

e. Politik

Ulama merupakan pemimpin agama yang sudah lama berperanan dalam masyarakat Islam di Tanah
Melayu. Ibrahim Bakar menyebutkan bahawa ulama tradisional awal abad ke 20 Masehi adalah
pemimpin agama yang sering kali menyokong raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negeri di
samping mempertahankan sistem pengajian Islam tradisional (Ibrahim, 1994: 13). Von der Mehden
pula menyifatkan mereka sebagai golongan yang mengamalkan sintesis Islam dan semangat
kebangsaan Melayu di samping mahu mengekalkan cara hidup tradisional. Mereka juga dikatakan
cenderung ke arah bersikap curiga terhadap pengaruh luar dan asing menyentuh mengenai Islam
(Von der Mehden, 1987, 185). Dari sudut agama, merupakan golongan yang memegang teguh
kepada akidah ahli Sunnah menurut pemikiran al-Ash’ari dan al-Maturidi dan mengikut aliran Syafi’e
dalam mazhab fiqh (Shafie, 1990: 45).

Memanglah kepimpinan ulama tradisional lebih banyak dikaitkan dengan masyarakat tempatan
meliputi pelbagai sudut termasuk hubungan sosial, pendidikan, politik dan kadangkala ekonomi (Lik
Arifin, 1990: 335). Sebab itu, ulama tradisional masih merupakan golongan yang sangat rapat
dengan masyarakat Islam tempatan. Dengan pegangan tradisional ini mereka tampil bersama simbol-
simbol dan “aura ulama yang karismatik di tengah lautan umat yang sangat mengharapkan tokoh-
tokoh pemimpin keagamaan seperti itu” (Azyumardi, 1999a:208) . Oleh kerana itu, penglibatan
ulama tradisional dalam apa juga aspek termasuk aspek politik turut menarik sokongan masyarakat
setempat untuk mengangkat ulama tradisional sebagai pemimpin mereka. Misalannya, Che Hussain
Che Dol seorang ulama tradisional Kedah pernah dilantik pengerusi Kesatuan Melayu Kedah (KMK)
iaitu sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan terbabit

1758
dalam perarakan menentang Malayan Union di Padang Court, Alor Setar pada tahun 1946. Beliau
pernah menjadi EXCO negeri Kedah (1955-1959) (Fisol, 1978: 53-54).

Walau bagaimanapun, menjelang akhir abad ke 20 Masehi, penglibatan ulama dalam pelbagai aktiviti
politik mula menginjak jauh dan diterima sebagai pemimpin utama politik. Mereka terlibat dalam
pelbagai parti politik sesuai dengan amalan demokrasi yang diperkenalkan selepas merdeka. Parti-
parti seperti Parti Islam seMalaysia (PAS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti kecil yang lain merupakan platform aktiviti dan gerakan politik
masingh-masing.

7. Kesinambungan Pemikiran Syariat dan Tasawwuf

Penekanan kepada pengajian fikah, usuluddin, hadith dan tafsir dengan memberikan tumpuan
kepada pemikiran Syariat Sunni mazhab Syafi’e masih diteruskan. Pemikiran sunni aliran akidah al-
‘Ash’ari dan al-Maturidi yang disebarkan oleh ulama seperti Abu Bakar al-Qaffal (m. 365H) Abu Ishaq
al-Isfara’yini (m. 411 H), Hafiz al-Baihaqi, (m. 458 H) al-Juwaini, (Imam al-Haramayn) (m.460) al-
Qusyairi, (m. 465 H) al-Baqillani, (m. 403 H) al-Ghazali, (m. 505 H) Fakhr al-Razi, (m. 606 H) ‘Izzu al-Din
ibn ‘Abd al-Salam (m. 606 H) dan pada masa kemudian didokong oleh al-Sanusi (m. 895H) al-
Syarqawi (m. 1227 H ), al-Baijuri (m. 1272 H), al-Dasuqi (m. 1320 H), al-Nawawi (m. 1315), dan di Asia
tenggara oleh Zayn al-Abidin al-Fatani adalah berjasa besar (‘Uthman el-Muhammady, 1996: 20-24).

Demikian juga dengan aliran mazhab fiqh al-Shafi’iyyahmasih diteruskan kerana telah berjaya
membentuk pemikiran harmoni masyarakat Islam di daerah Alam Melayu sehingga amalan-amalan
agama dapat dilaksanakan dengan aman. Tidak wujud pergeseran dan konflik pemikiran dan
mazhab yang kritikal yang telah berakhir dengan persengketaan dan pergaduhan agama di daerah-
daerah ini.

Selain itu, kaedah pengajian berbentuk telaah kitab-kitab jawi klasik sebagai teks rasmi seperti
amalan ulama tradisional di institusi pengajian pondok masih diteruskan. Meskipun tradisi menadah
kitab kian berkurang malah tiada lagi tradisi menadah kitab-kitab jawi Melayu di madrasah-
madrasah, namun inspirasi kegunaan kitab-kitab jawi ini masih dihidupkan. Namun, amalan
menadah kitab hanya dipraktikkan oleh segelintir ulama-ulama untuk pengajian mereka di surau-
surau dan masjid-masjid sahaja. Cara menadah kitab dipercayai akan dapat mendekatkan
masyarakat Islam mengenai ilmu-ilmu agama mengikut metodologi, manhaj dan hierarki pengajian
yang betul mengikut aliran pemikiran sunni dan berorientasi mazhab syafi’e.

Damping itu, harus diingatkan ulama abad ini sudah ada yang mengamalkan pegangan agama tanpa
terikat dengan mazhab tertentu seperti di Perlis. Pegangan fahaman agama di Perlis, misalnya agak
berbeza dengan negeri-negeri yang lain, iaitu tidak terikat dengan amalan mazhab tertentu. Usaha ini
akhirnya dapat memantapkan kefahaman agama masyarakat dalam acuan budaya tempatan negeri
tersebut malah mudah di rujuk dan dibincangkan.

8. Ke Arah Perubahan dalam pemikiran Ulama

Perubahan sosial yang paling ketara berlaku di abad ke 21 ialah pada ledakan maklumat melalui
kegunaan siber. Maklumat melalui teknologi siber bakal menggantikan sistem tradisional seperti
penulisan buku-buku. Keadaan ini turut melibatkan para ulama bagi melalui teknologi maklumat ini.
Usaha menguasai teknologi ini sudah menjadi suatu kemestian di kalangan masyarakat. Sudah tentu
ulama juga mesti menguasai ilmu yang sama dalam teknologi terkini. Malah usaha menghidupkan
pemikiran syariat ulama melalui teknologi ini juga adalah suatu kemestian. Pengajian syariat melalui

1759
alam siber semakin diperlukan. Setiap individu ulama sudah wajar menggunakan alam siber sebagai
suatu cara berinteraksi dengan masyarakat.

Selain itu, institusi yang dikaitkan dengan ulama juga mesti peka dengan kegunaan teknologi ini.
Malah institusi tersebut juga mesti bertanggungjawab memantapkan penyebaran ilmu melalui
kegunaan teknologi ini. Malah, ulama secara kolektif perlu mewujudkan laman siber sebaik
mungkin bagi mendekatkan masyarakat dengan mereka. Banyak isu-isu pemikiran syariat yang
dapat dibincangkan sesama ulama dan kemudian dapat disampaikan kepada masyarakat melalui
penubuhan laman-laman siber tertentu. Badan-badan tertentu yang mahir dengan ilmu teknologi
maklumat wajar bekerjasama dengan golongan ulama untuk melebarkan jaringan ilmu agama.
Malah, kitab-kitab tradisional boleh sebarkan dengan penggunaan bahasa Melayu moden agar ianya
tetap dapat dihayati oleh generasi abad ke 21.

9. Kesimpulan

Ulama telah membuktikan peranan mereka sebagai pembawa perubahan umat Islam. Sejarah
memaparkan peranan mereka dalam pelbagai bidang terutama aspek pendidikan Islam. Kini, ke arah
mewujudkan ulama yang berwibawa, sistem pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi wajar
ditumpukan ke arah sistem yang lebih bersifat “substantial” dari segi kepentingan ilmu atau
kurikulum. Dalam kata lain, integrasi atau Islamisasi ilmu mesti dijadikan agenda utama dalam
segenap kurikulum pengajian Islam. Integrasi bersepadu di antara komponen ‘aqliyah dan naqliyah
ini diharap akan menghasilkan kemanfaatan maklumat dan ilmu kepada ulama dan masyarakat Islam
sendiri. Ini penting supaya ulama boleh menjadi sebagai “ …golongan yang tidak terpencil dalam
batas peranan konvensional semata tetapi dapat menangani kemelut sistem yang serba-serbi mula
kompleks ini” (T. Azzaman, 1997: 7).

Rujukan

A.Hasjmy .(1981). Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia. Jakarta: al-Ma’arif.

Abdullah Ishak .(1995) Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur.
Kader Sa-Ah(2011). Perkembangan Bahasa Arab Dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam Di
Selatan Thailand Pada Abad Ke-19 Dan Ke-20. Tesis PhD. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Ahmad Fathy al-Fatani .(1996). “Pak Da Ail Patani (1882-1965)”, dalam Tokoh-Tokoh Ulama
Semenanjung Melayu (2) (Selenggara: Ismail Che Daud). Kota Bharu : Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan.

Ahmad Shahbari Salamon. (1988). Azhar and Politics. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1986). A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al- Din al-
Raniri. Kuala Lumpur: Ministry of Culture.

Al-Zubaidi, Muhammad ibn Muhammad al-Husaini (1989). Ithaf al-Sadat al-Muttaqin bi Syarh Ihya’
al-‘Ulum al-Din, Juz : 8. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

AzyumardiAzra (1994). Jaringan Ulama, Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan
XVIII. Bandung : Penerbit Mizan.

1760
AzyumardiAzra (1999a). Islam Reformis, Dinamika Intelektual dan Gerakan. Jakarta : PT Raja
Grafindo Persada.

El-Muhammady, Uthman (1997). Masa Depan Institusi Pondok dalam menghadapi cabaran
liberalisasi. Dalam Kongres Kebangsaan Dinamisme Ulama Menghadapi Abad Baharu. 25-27 Julai
1997. Kuala Lumpur.

Ibrahim Abu Bakar .(1994). Islamic Modernism in Malaya. The Life and Thought of Sayyid Syeikh al-
Hadi 1867- 1934. Kuala Lumpur. University of Malaya Press.

Lik Arifin Mansurnoor (1990). Islam in An Indonesian World : Ulama of Madura. Jakarta : Gadja Mada
University Press.

M. Hasbi Aminuddin. (1994). The Response of the Ulama Dayah to the Modernization of Islamic Law
in Acheh. PhD Thesis. Canada: McGill University Montreal.

Mohammad Ali (1981). Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur :
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mujiburrahman. (2010). Pendidikan Berasaskan Syariat Islam: Kajian Perlaksanaan Syariat Islam dan
Kesannya Terhadap Pendidikan Pondok di Acheh. Tesis Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Umum,
Universiti Utara Malaysia.

Nagata, Judith (1984). The Reflowering of Malaysia Islam, Modern Religious Redicals and their Roots.
Vancouver : University of British Press.

Salma Ishak & Fuziah Shaffie (1998). Pondok Sebagai Satu Pilihan Tempat Tinggal di Kalangan Orang
Tua. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Shafie Abu Bakar.(1990). Hikam Melayu. Kajian Falsafah dan Etika. Thesis Doktor Falsafah. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shukri Ahmad. (2011). Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir Abad ke 20.
Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Steenbrink, Karel A,. (1994). Pesantren Madrasah Sekolah: Pendidikan Islam dalam Kurun Modern.
Jakarta: LP3ES.

Von der Mehden, F. (1987). Malaysia- A Political Survey. Dalam Malaysia: Past, Present and Society.
Kuala Lumpur: ISIS

1761
KELAS NORMAL SEJARAH - PERKEMBANGANNYA DI
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Siti Aisyah Abdullah Puspa Aisyah

Kajian ini meninjau perkembangan Kelas Normal yang pernah berfungsi sebagai platform bagi
memperkasakan fungsi latihan perguruan bagi sekolah Inggeris, malah menjamin kualiti modal insan
pada zaman Kerajaan British. Justeru kajian ini akan menilai perkembangan skim latihan
perguruansekolah Inggerisdari tahun 1910 hingga 1957. Selain itu,kajian ini juga akan menelusuri
keberkesanan Kelas Normal dalam meningkatkan mutu pendidikan di Tanah Melayu. Sumber utama
seperti Colonial Office(CO), British Military Administration(BMA), Malayan Union (MU),laporan tahunan
pelajaran, fail-fail Setiausaha Kerajaan Negeri , Surat-menyurat di antara Inspektor sekolah di peringkat
Negeri dengan pentadbir Kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk mencapai objektif kajian.
Dapatan awal kajian ini mendapati tenaga pengajar yang mencapai tahap kompetensi dalam kaedah
pedagogi di samping mata pelajaran yang bernilai komersialdirekrut dari Eropah bagi meningkatkan
kualiti skim latihan perguruan sekolah Inggeris. Faktor ini menyebabkan gaya pengajaran guru-guru
tempatan di sekolah Inggeris sangat memuaskan dan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan
dalam pelajaran. Pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran dan Residen-residen di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu juga sentiasa berusaha dan memastikan latihan yang diterima di Kelas Normal dapat
membantu guru mencapai kompetensi yang telah ditetapkan seiring dengan usaha melestarikan guru
yang berkualiti. Penemuan kajian ini adalah berbeza dari penulisan ilmiah Ramlah Adam, Awang Had
Salleh, Rex Stevenson dan D.D.Chelliah yang tidak mengetengahkan langkah-langkah yang diambil oleh
pegawai-pegawai Inggeris di Jabatan Pelajaran yang telah berperanan dalam menyediakan Kelas Normal
kesamarataan akses dengan pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Justeru, kelas Normal boleh
dijadikan panduan bagi menzahirkan transformasi sistem pendidikan negara pada abad ke-21 ke satu
tahap yang lebih baik.

Keywords: skim latihan perguruan, sekolah Inggeris, kompetensi,kelas Normal

KELAS NORMAL SEJARAH - PERKEMBANGANNYA DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) memuatkan suatu aspirasi yang membara
bagi melaksanakan transformasi terhadap keseluruhan sistem pendidikan. Kertas ini akan membahaskan
beberapa perkara yang berkaitan tentang Kelas Normal pada zaman Kerajaan British. Perkara-perkara
yang ditekankan dalam Kelas Normal bukan sahaja penting untuk memperkasakan lagi fungsi latihan
perguruan pada abad ke-21, tetapi menjamin kualiti modal insan negara pada masa depan. Setelah
tuntas perbincangan berkaitan hal tersebut, kertas ini kemudian cuba mengajukan beberapa cadangan
yang difikirkan perlu dipertimbangkan oleh pelbagai pihak, untuk tujuan pengukuhan secara sistematis
dan berkesan.

Sejarah Skim Latihan Perguruan bagi Sekolah Inggeris sepintas lalu

1762
Latihan guru di Malaysia merupakan satu proses evolusi yang telah berlangsung secara beransur-ansur
sejak zaman penjajah dan berterusan sehingga kini. Latihan perguruan bagi sekolah Inggeris berjalan
selari dengan pembangunan pendidikan di England dan Wales yang mana tertakluk kepada Akta
Pendidikan tahun 1870, 1902, 1918, 1921 dan 1944.1 Kerajaan British menggunakan pelbagai kaedah
melatih guru seperti mana yang diamalkan di England dan Wales bagi memenuhi permintaan
kekurangan guru di sekolah Inggeris mengikut susunan kronologi seperti berikut:- 1) the monitorial
system, 2) the pupil-teacher system , 3) the student-teacher system, 4) training colleges for non-
graduates, dan 5) University training departments for graduates. Dalammonitorial system atau sistem
Lancasterian, ulama yang lebih tua atau yang lebih baik akan mengajar murid-murid yang lebih muda
atau yang lebih lemah dalam pelajaran. Dalam monitorial sistem, kanak-kanak miskin dibimbing untuk
meningkatkan taraf dalam bidang pendidikan.2“The pupil-teacher system” bermaksud murid yang lebih
tua terutama kanak-kanak perempuan dibayar untuk mengajar anak-anak yang lebih muda.3 “The
student-teacher system” bermaksud pelajar menghadiri sekolah atau Universiti untuk mendapat latihan
perguruan.4 Dalam “training colleges for non-graduates”, guru-guru tidak terlatih terutama wanita yang
sudah berumah tangga mendapat latihan perguruan di Institut Perguruan seperti Kelas Normal.5

Apa itu Kelas Normal?

Kelas Normal bermaksud sebuah kelas yang dipilih untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris.
Kelas Normal mempunyai persamaan dengan Normal School di England dan Wales.6 “Normal School
doesn’t mean normal in the sense of average; it means normal in the sense of setting an excellent model
– or “norm” – for other schools”.7 Kelas Normal mula-mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun
1906 akibat kekurangan guru di sekolah Inggeris.8“the classes have been established for more than 16
years in every centre in the Peninsula”.9Kerajaan British tidak menyediakan kolej pusat bagi melatih guru-
guru sekolah Inggeris.Guru pelatih bagi sekolah Inggeris mendapat latihan di pusat-pusat tertentu
yang melibatkan sekolah kerajaan dan sekolah bantuanInggeris.

1
C.A.Richardson, Helene Brule, & E.Snyder, H. The education of Teachers in England, France and the U.S.A. Paris:
The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, 1957, m.s.17
2
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/389525/monitorial-system (dicapai 28 Mac 2014).
3
http://www.teara.govt.nz/en/primary-and-secondary-education/page-8(dicapai 28 Mac 2014)
4
http://en.wikipedia.org/wiki/Student%E2%80%93teacher_ratio(dicapai pada 28 Mac 2014)
5
http://books.google.com.my/books?id=JYOEAgAAQBAJ&pg=PA145&lpg=PA145&dq=what+is+training+colleges++f
or+non-
graduates&source=bl&ots=awsw99cH1u&sig=F3jWozGRy4PiI7RDm7p32ntPLYw&hl=en&sa=X&ei=yuM0U7SYMM6
Grgekg4GwCQ&ved=0CDgQ6AEwAg#v=onepage&q=what%20is%20training%20colleges%20%20for%20non-
graduates&f=false (dicapai pada 28 Mac 2014)
6
Perkataan Normal Schoolberasal dari frasa Perancis iaitu Ecole Normale. Normal School adalah institusi latihan
perguruan yang pertama ditubuhkan di Perancis oleh Brothers of the Christian Schools pada tahun 1685. Ia
dirancang untuk menetapkan corak dan mewujudkan’norma’yang mana sekolah-sekolah akan dijadikan model.
7
http://www.jmu.edu/centennialcelebration/normalschool.shtml (dicapai pada 28 Mac 2014)
8
Pusat latihan guru secara swasta dan dikenali sebagai Normal Class. AUDIT 502/73,NORMAL CLASSES, from
Examiner of Accounts, Kuantan, to The Auditor-General,Kuala Lumpur,
9
SEL.SECRETARIAT 882/1922, Normal Class Instructor Selangor- salary of:-, from:Ag: Inspector of schools, Selangor,
to:The Secretary to Resident, Selangor, 21.2.1922

1763
Perkembangan Kelas Normal di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

British menyerahkan perjalanan melatih guru pelatih dan guru-guru di Kelas Normal kepada
Pendakwah Kristian dan guru besar Eropah. Kebanyakan Guru Besar Eropah dan Pembantunya
mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan. Manakala Institusi Roman Katolik pula terdiri daripada
lelaki yang berpendidikan tinggi dan mempunyai bakat dalam seni pengajaran.10 “A student Teacher shall
be under the direction of the Principal of the School to which he ( or she) is attached , and shall keep a
detailed record of the time spent in practical teaching, observation and private study, which shall be
certified weekly by the Principal and counter signed by the Normal Class Instructor”. 11

Pada mulanya Kelas Normal merupakan platform kepada guru-guru yang tidak terlatih dan
kurang mempunyai pengalaman dalam persediaan pengajaran yang bermutu.SelainKelas Normal, guru-
guru tidak terlatih terutama guru wanita tempatanmenerima latihan dari Institusi Raffles Girls’ School.
Latihan yang intensif dan berkualiti yang diterima dari guru-guru Eropah telah membawa peningkatan
dalam mutu pengajaran di kalangan guru-guru tempatan.12 D.D.Chelliah ada menunjukkan petikan
laporan tahunan pendidikan tahunan 1909 dalam bukunya :-

“It is how possible to get excellent local teachers, who will, I hope, to a great extent replace European
trained teachers for all except the highest work”.13

Inspektor sekolah juga menyatakan guru-guru tempatan telah mempunyai kemampuan menjaga
disiplin pelajar seramai 200 orang.“I am the opinion that schools with the enrolments of under 200 can
now generally safely be left in the hands of selected local teachers”.14

Kenyataan di atas menunjukkan guru-guru tempatan telah menerima pendidikan dari sekolah
Inggeris yang mementingkan kualiti. Gred yang diperoleh oleh sesebuah sekolah Inggeris bergantung
kepada sejauh mana keberkesanan melatih guru pelatih untuk mencapai taraf standard. Guru besar
Eropah sekolah Inggeris terpaksa bekerja keras untuk memastikan sekolah mereka mencapai gred I. Guru
pelatih yang menjalankan praktikal dengan baik dan memuaskan hati Nazir akan membolehkan Guru
besar berkenaan memohon geran.15 Jelas di sini, guru-guru Eropah telah meletakkan usaha yang tinggi
bagi meningkatkan mutu pengajaran guru pelatih yang terletak di bawah kawalan mereka.Kawalan
disiplin yang baik di Kelas Normal juga memudahkan guru-guru tempatan menunjukkan kecekapan
dalam menangani masalah disiplin di sekolah Inggeris.

10
D.A.Bishop dan Miss Playue merupakan guru dari sekolah bantuan mengendalikan kelas Normal di negeri
Selangor pada tahun 1916. Mereka diberi gaji bulanan $600 agar mereka melahirkan guru yang
berkualiti.Sel.Sekretariat 4971/1916, List under g.o.239. (Normal Class Instructor) ,from Inspector of schools, Kuala
Lumpur, to Secretary to Resident, Selangor, 31/12/1916
11
PERAK SECRETARIAT NO 4064/1924,Rules for Normal Classes , Federated Malay States,from Acting Under
Secretary, Straits Settlements, to The Under Secretary, Federated Malay States, Kuala Lumpur, 31/10/1924
12
Guru-guru Eropah yang pernah berkhidmat di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-T.C.Maxwell(Bahasa
Inggeris), D.A. Bishop(Matematik), J.B.Carr (Inggeris), dan M.Wheatley(Matematik), J.B.Carr dan M.Wheatley
menerima gaji bulanan sebanyak $25; Manakala Mr.Proudlock mendapat gaji bulanan sebanyak $50; Wheatley dan
Carr merupakan guru-guru telatih dan mempunyai sijil perguruan
13
Ibid.
14
SEL.SECRETARIAT 2758/1924, European Head Masters in English Schools, Memorandum from: Inspector of
Schools,S.S & F.M.S,
15
Perak Government Gazette.Vol XII Aug-Dec 1899, The Perak Government Gazette published by Authority
No.27,Taiping,Friday , September1,1899.

1764
Kejayaan dalam melahirkan guru-guru terlatih dan berkualiti di Kelas Normal telah meyakinkan
Kerajaan British menawarkan latihan perguruan kepada pelajar-pelajar sekolah yang sebelum ini
diletakkan di bawah “the pupil-teacher system” dan “monitorial system”, yang tidak memberi kesan
dalam melahirkan guru yang berkualiti. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti guru-guru terlatih di
sekolah Inggeris, Kerajaan British telah menetapkan beberapa peraturan kepada calon-calon yang ingin
mengikuti latihan perguruan di Kelas Normal. Calon-calon harus mempunyai Senior Cambridge
Certificate sebagai kelayakan minimum, seseorang yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah
daripada Junior Cambridge Certificate tidak diterima masukuntuk menjalani latihan perguruan. Guru
pelatih yang telah dipilih akan ditempatkan di sekolah yang telah diiktiraf sebagai sekolah yang
berkualiti.Misalnya, pada 1910, sekumpulan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang
tinggi telah ditempatkan di Government Girls’ School,Penang.16 Laporan Tahunan Pelajaran Selangor
1923 pula menunjukkan seramai 24 orang pelajar yang mempunyai kelulusan Senior Cambridge
Certificate dan 10 orang pelajar Junior Cambridge Certificate telah diterima masuk untuk mengikuti
latihan perguruan di Kelas Normal.17

Pada permulaan, terdapat dua buah Kelas Normal sahaja di Tanah Melayu iaitu di Ipoh dan Kuala
Lumpur. Kelas Normaldibenarkan beroperasi setelah mempunyai tenaga pengajar yang berprofesional
dan mendapat kebenaran dari Pengarah Pelajaran.18Mengapakah tenaga pengajar yang berprofesional
diperlukan di Kelas Normal? Tenaga pengajar yang berprofesional akan menjadi role modeldi samping
membantu guru pelatih dalam mengejar aspirasi pada masa hadapan. Jelas di sini, tenaga pengajar
yang bersemangat dipilih bagi memberi dorongan kepada guru pelatihuntuk menjadi lebih bersemangat.
Tenaga pengajar yang berinisiatif akan membantu guru pelatih untuk membangunkan kemahiran yang
boleh digunakan kelak setelah ditempatkan di sekolah Inggeris.

Pengarah Pelajaran bercampur tangan dalam urusan pemilihan pelajar ke Kelas Normal. Pelajar
yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan berdisiplin sahaja yangdiberi peluang untuk
menjalani latihan perguruan.Phillips Exeter Academy pernah menyatakan pada tahun 1781: "[T]hough
goodness without knowledge is weak and feeble, yet knowledge without goodness is dangerous; both
united form the noblest character, and lay the surest foundation of usefulness to mankind."19Kerajaan
British telah menggunakan prinsip ini sebagai pertimbangan utama dalam pembentukan modal insan
yang berkesan. Mengapakah pendidikan dan disiplin amat ditekankan dalam kriteria pemilihan
guru?Guru pelatih yang mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik dan berdisiplin mudah
menerima arahan dan boleh bekerja sendiri untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perguruan. Selain
itu, guru pelatih yang mempunyai kelayakan yang tinggi dalam akademik dan disiplin akan berusaha
untuk mentransformasikan pendidikan di sekolah Inggeris agar dapat meningkatkan keberhasilan pelajar
dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

16
Ibid.
17
SEL.SEC.:951/1924,Education Department Selangor Annual Report 1923, from Acting Inspector of
Schools,Selangor, to: The Secretary to Resident, Selangor,21.2.1924
18
Persatuan Guru Selangor dan Nazir Sekolah telah merekrut PL Peach untuk mengendalikan kursus bagi membaiki
kaedah pengajaran yang lebih baik.
19
www.peace.ca/Character%20Education2.doc
What's Right and Wrong in Character Education Today

1765
Jabatan Pelajaran telah menetapkan peraturan-peraturan berikut semasa mengikuti latihan
perguruan di Kelas Normal:-“ Every student is required to write one letter a month to the
Superintendent of Education. The letter is to be his own unaided effort and must consist of at least 150
words. It may describe anything that the writer has done (taken part in) himself; it may be a
description of school activities, an account of school matters in general, or a discussion of class
difficulties”.20Tujuan penulisan surat ini adalah untuk membolehkan guru pelatih menguasai penulisan
surat kiriman dengan betul, membaiki penggunaan Bahasa Inggeris di samping mengeratkan hubungan
yang baik dengan Penguasa pendidikan. Peraturan di atas juga menunjukkan guru adalah penentu utama
di peringkat sekolah bagi keberhasilan murid.

Pengarah Pelajaranmengamalkan pemberian bonus kepada guru pelatih yang lulus dalam
peperiksaan Akhir Tahun di Kelas Normal.21 Pemberian bonus kepada guru pelatih sudah semestinya
akan membawa kepada peningkatan dalam usaha dan prestasi bakal guru pada masa akan datang. Guru
juga akan bertindak balas dengan meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Selain Pengarah Pelajaran, Residen-residen di setiap negeri juga turut mengawal proses dan
standard profesion perguruan sekolah Inggeris. Pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran dan Residen-
residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu memastikan agar latihan yang diterima di Kelas Normal boleh
membantu guru mencapai kompetensi yang telah ditetapkan seiring dengan usaha melestarikan guru
yang berkualiti. Kawalan yang dibuat dalam pendidikan Inggeris akan menjaga kepentingan awam
disamping memberi pendidikan yang berkualiti kepada orang ramai terutama di kawasan bandar.

Pada tahun 1910,Suatu jawatankuasa yang terdiri daripada Hon.J.C.Saunders, ahli Majlis
Undangan,J.R. Lee, pengetua sekolah Andrew, Singapura dan J.B.Elcum, Pengarah Pelajaran telah dilantik
untuk menyiasat latihan perguruan di Kelas Normal. Jawatankuasa berkenaan mengesyorkan sukatan
pelajaran bagi Kelas Normal perlu dikaji semula mengikut keperluan negara, tenaga pengajar di Kelas
Normal pula diminta agar mengkritik pembelajaran pelajar-pelajar mereka sewaktu praktikalyang akan
membantu mutu pengajaran di kalangan guru pelatih ditingkatkan, di samping menyediakan Kelas
Normal sebagai platform bagi mendapat latihan yang sempurna dan efektif.

20
Education Code 1 part 1,Regulations for Johore English Schools-together with suggestions regarding school
Organisations 1929.
21
H.W.Firmstone yang menjadi pengarah Pendidikan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu pada tahun 1918 telah memberi bonus kepada guru pelatih yang mengambil Peperiksaan Akhir Tahun di
Kelas Normal pada tahun 1918. Terdapat 3 pusat yang mengendalikan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun ke-2
Kelas Normal iaitu Kuala Lumpur, Taiping dan Ipoh. Dari pusat Kuala Lumpur calon yang lulus adalah seperti
berikut:-E.N.de Kretzer, Smith, Eberwein, E.Perera, Ahmad bin Mohamad, Yeo Tek Soo, Lum Kim Seng, Ong Kim
Pong Cheong Taun Kong Tan Siew Tit. Dari Pusat Taiping, calon yang lulus adalah seperti berikut:- Woo Sow Chong;
V.Arumukham; Poo Soo Cheng; The Gim Hoe; Ng Peng Khuan. Pusat Taiping pula calon terdiri daripada
S.W.Swamikannu; G.R.Tiruchelvam; W.H.B.Monerasinghe; I.M.Morais; Lee Pan Chin; S.Sinniah; Mohamed Chous;
R.A.Logan; Thong Yuk Yin; Aw Boon Soo; dan Wong Hean Kim. Sel.Sekretariat 4674/1918,Result of Normal Class
Examination, from Under Secretary,F.M.S,to the Director of Education, 6.12.1918 ; Pelajar seramai lima orang lulus
Peperiksaan Akhir di Kelas Normal diberi bonus sebanyak $200 seorang. AUDIT OFFICE Kuala Lumpur 1735/1910,
General report on the Normal Class examination held in February, from : Ag: Inspector of Schools, Selangor, to: The
British Resident Selangor, 19/4/1910

1766
“The object of the scheme is to secure that teachers shall be efficient in the subjects which they
have to teach”.22Mengapakah Kerajaan British telah menetapkan setiap guru perlu menguasai mata
pelajaran mereka? Guru-guru yang menguasai mata pelajaran mereka ditegaskan membawa perubahan
dalam kehidupan harian kanak-kanak dan menangani segala perubahan dan cabaran dunia pendididkan
dengan bijaksana. Jelas di sini, Kerajaan British tegas dalam pendirian mereka agar guru yang
ditempatkan di sekolah Inggeris mempunyai pengaruh langsung dalam keberhasilan pelajar.
Perubahan yang dilakukan dalam skim latihan perguruan sekolah Inggeris telah membawa sumbangan
yang besar dalam pembangunan komuniti terutama di kawasan bandar.

Sebelum tahun 1912, kerajaan British kurang memberi perhatian ke atas penyeliaan dan
pemeriksaan ke atas Kelas Normal. Keadaan ini membawa kepada penurunan mutu pengajaran di
kalangan guru-guru tempatan . “In the past, no very systematic supervision of attendance seems to
have been in force”.23. Kerajaan British memastikan transformasi yang dilakukan ke atas skim latihan
perguruan bagi sekolah Inggeris akan meningkatkan lagi tahap profesional guru-guru di sekolah
Inggeris.Penempatan guru yang berkaliber dan berdaya saing di sekolah Inggeris telah memaksimumkan
keberhasilan pelajar.

Prosedur yang telah ditetapkan di Kelas Normal

Nama calon-calon yang telah lulus peperiksaan Senior Cambridge Certificate akan dihantar
kepada Pengarah Pelajaran dan kredibiliti diberi kepada calon-calon yang dipilih sendiri oleh pihak
pentadbir sekolah. Nazir sekolah akan menerima nasihat daripada Pengarah Pendidikan untuk
menerima atau menolak calon yang dicadangkan oleh guru besar sekolah Inggeris.Nazir sekolah tidak
akan menerima calon-calon yang melebihi permintaan di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan.
Setiap calon hendaklah sekurang-kurangnya berumur enam belas tahun dan lulus peperiksaan
‘Malayan School Certificate’ bersama-sama dengan Ujian Lisan dalam Bahasa Inggeris yang ditetapkan.
Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang menghadiri Kelas Normal dikehendaki memiliki kredit dalam
sekurang-kurangnya dua mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Matematik Asas, Sejarah Geografi dan
lukisan. Mereka juga hendaklah memuaskan hati Jabatan Pelajaran dengan lulus peperiksaan Lisan
Bahasa Inggeris.Penguasaan lisan dalam Bahasa Inggeris akan memudahkan guru pelatih memahami
bahan pembelajaran dalam Kelas Normal.

22
SEL.SECRETARIAT 2787/1912,New Scheme for Normal Classes in the Federated Malay States, from: Under
Secretary, F.M.S, to: the Secretary to the Resident, Selangor,13/6/1912
23
SEL.SECRETARIAT 3933/1912, Authority to print 200 forms of normal classes of Kuala Lumpur, from: Inspector
of Schools, Selangor, to The Secretary to Resident Selangor, 29.8.1912

1767
Jadual 1:Taburan sekolah Inggeris dan Kelas Normal di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Bil Negeri English School Aided English School Kelas Normal


Nama Sekolah European Non Nama Sekolah Europea Non
Masters Europea n European
and or n Masters masters
Mistress masters and or
Mistres
s
1. Selang
1. 1.Maxwell Road 2 13 1.Victoria 6 32 1.Govt.Englis
or School, Kuala Institution, h School
Lumpur* Kuala Lumpur 5 22 Kajang
2. 2. English School, - 10 2.St.John’s 4 20 2.Victoria
Kajang Institution Institution
3. 3. Pasar Road, Kuala 3.methodist 1 15 (mission
Lumpur Boys’ School school)
4.Anglo- 3. Pasar Road
Chinese, - 3 School, Kuala
School, Klang Lumpur
5.Anglo- 14 8 4. Maxwell
Chinese 2 14 Road School
School, Port
Swettenham 1 4
6.Convent 1 4
7.Methodist
Girls’ school 3 4
8.Pudu English
School
9.Chinese Girls’
School
10.St. Mary’s
Girls’ School
Pahang 1.English School, Kuala - 4 Tiada - - 1.Clifford
Lipis - 2 School,Kuala
2.English School, - 4 Lipis
Kuantan - 4 2.Sultan Abu
3.English School, Bakar School,
Bentong Kuantan
4.English School, Raub
Perak 1.King Edward VII 6 17 1.St.George’s 3 10 1. 1.Clifford
School, Taiping* School, Taiping School, Kuala
2.Anderson School, 3 13 2.St.Michael’s 3 12 Kangsar
Ipoh* - 10 School, Ipoh 2. 2.St.George’s
1768
3. English School, Kuala - 8 3.Anglo-Chinese 4 25 School,
Kangsar - 2 School, Ipoh Taiping
4.English School, Batu - 3 4.Anglo-Chinese - 11 3. 3.Lady
Gajah - 3 School, Kampar Treacher(G)
5.English School, - 3 5.Anglo-Chinese - 9
School,
Kamunting - 2 School, Parit
Taiping
6.English School, Buntar - 11
Gopeng 6.Anglo-Chinese 4. 4.Covent
7.English School, Tronoh School, Telok - 4 school,
8.English School, Tapah Anson Taiping
9. English School, 7.Anglo-Chinese - 3 5. 5.Anglo
Lenggong School, Sitiawan Chinese
8.St.Angnes’ 1 5 School,
School, Telok P.Buntar
Anson 2 6 6. 6.King
9.Treacher Girls’ Edward VII
School, Taiping 6 3
School,
10.Anglo- 8 5
Taiping
Chinese Girls’,
Ipoh 7. 7. Anglo-
11. Convent, Chinese
Taiping School
12.Convent,Ipoh Sitiawan
8. 8. Anderson
School, Ipoh
9. 9.Anglo-
Chinese
School, Ipoh
10. 10.St.Michael
’s Institution,
Ipoh
11. 11.Anglo-
Chinese Girls’
School,Ipoh
12. 12.Convent
school, Ipoh
13. 13.Govt.Eng.
School,
Gopeng
14.Govt.Eng.
School, Batu
Gajah
15.Govt.Eng.
School,Tapah
16.Anglo-

1769
Chinese
School,
Kampar
17.Anglo-
ChineseScho
ol, Teluk
Anson
18.St.Anthon
y’s School,
Teluk Anson
19.Govt.Eng.
School,Trono
h

14.
15.
Negeri 1.English School, - 10 1.St.Paul’s 4 18 Pelajar-pelajar
Sembil Seremban - 8 Institution, mengikuti
an 2.English School, Kuala - 3 Seremban 1 6 latihan
Pilah - 4 2.Anglo-Chinese perguruan di
3.English School, Port - 1 School, 6 3 pusat-pusat
Dickson Seremban yang terletak
4. English School, 3.Convent,Sere Kuala Lumpur
Tampin mban
5.English School,Jelebu
6.The King George V
School
SEL:SEC 2758/1924, European Head Masters in English Schools, from: Under Secretary to Government Federal
Malay States, to the Secretary to Resident, Selangor,8/5/1925
*Terdapat 3 buah sekolah Inggeris yang terbesar iaitu King Edward VII School, Taiping; Anderson School, Ipoh dan
Maxwell Road School, Kuala Lumpur. Guru Besar dan Pembantu terdiri daripada orang Eropah.

Peperiksaan di Kelas Normal

Kelas Normal dibahagikan kepada tiga kelas yang berasingan dan berdasarkan tahun peperiksaan
. Pelajar yang berada di setiap kelas perlu menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. “Students passing the
examination at the end of their first year shall become second- year students. Those who fail to pass
may, with the approval of the Director of Education, rejoin as first-year”.24Mengapakah Pengarah
Pelajaran memastikan guru pelatih menduduki Peperiksaan di Kelas Normal? Penilaian melalui
peperiksaan menentukan pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan kecergasan fizikal guru pelatih.
Peperiksaan juga menentukan tahap penguasaan guru pelatihdi samping memberi motivasi kepada
pelajar untuk belajar. Guru pelatih yang gagal dalam peperiksaan di Kelas Normal sudah semestinya

24
Sel.Secretariat 2787/1912, New Scheme for Normal Class, from: Under Secretary,F.M.S, to: The Secretary to the
Resident,13/6/1912

1770
menghadapi kesukaran dalam keberhasilan pelajar yang berkualiti. “The future belongs to those nations
which turn to the best account the intelligence of their young people, of all their young people”.25Jelas di
sini, Kerajaan British mengharapkan guru-guru di sekolah Inggeris mempunyai kelayakan akademik yang
tinggi dan dapat membantu Kerajaan British melahirkan tenaga kerja yang bermutu tinggi dan berdaya
saing.

Menurut Nazir Sekolah Negeri Selangor iaitu Mr. C.G. Coleman, “My own duties in addition,
include acting as a member of the Examining Board which sets the papers for all students in Malaya and
corrects a good number of them. Preparation and the settings and correction of questions takes up
about as much time per week ”.26 Nazir sekolah sendiri terlibat dalam penyediaan kertas peperiksaan
yang bermutu. Kertas soalan yang disediakan mengikut sukatan pelajaran dan disemak semula sebelum
dibuat pembetulan oleh pegawai-pegawai yang pakar dalam mata pelajaran tersebut. Jawatankuasa
yang diketuai oleh Nazir sekolah sentiasa memastikan Kertas peperiksaan yang disediakan mengikut
kriteria dan standard kualiti.

Sukatan Pelajaran yang ditawarkan dalam Kelas Normal

Kursus-kursus yang ditawarkan dalam Kelas Normal mengalami evolusi secara beransur-ansur
sejak ia diperkenalkan. Kursus yang wajar dan intensif yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran
antarabangsa diperkenalkan dalam Kelas Normal.Pada tahun 1924, Negeri Selangor menambahkan mata
pelajaran tambahan mengikut keperluan ekonomi. Mata pelajaran yang diajar adalah seperti trengkas,
‘Book keeping’, ‘type-writing’, matematik praktikal, pembinaan bangunan, ‘machine drawing’,
‘magnetism and electricity’, ’telegraphy and telephony’, dan ‘mechanics and electrical
engineering’.27Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor menambahkan mata pelajaran ini dalam sukatan
pelajaran Kelas Normal? Pengenalan mata pelajaran yang bernilai komersial telahmembangunkan
perindustrian dan teknologi di samping menyediakan peluang pekerjaan yang berprestasi tinggi. Jelas di
sini, Kehidupan harian di Negeri Selangor telah dipermudahkan dengan kepesatan perindustrian dan
teknologi dengan perubahan yang dilakukan terhadap sukatan pelajaran di Kelas Normal. Pelbagai
kemudahan infrastruktur dan pengangkutan yang disediakan di Negeri Selangor juga telah memudahkan
negeri ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang dan pelabur-pelabur antarabangsa. “ the “classes in
Selangor being larger than at the centres in the other States”.28Permintaan yang meningkat dari
pelajar-pelajar telah menyebabkan saiz kelas di Kelas Normal telah diperbesarkan agar pelajar-pelajar
dari negeri-negeri lain menjalani latihan perguruan dengan mudah. “These student teachers from Negeri
Sembilan will go to Kuala Lumpur for training and return as trained teachers after 3 years”.29

Pada tahun 1922, Kelas Normal di Negeri Selangor dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar
iaitu D.A. Bishop dan Miss. Playne. Mereka diberi elaun sementara sebanyak $100 sebulan bagi
mengukuhkan lagi inisiatif mereka. Mereka ditugaskan mengajar guru pelatih mata pelajaran seperti “

25
Thomas, J. Teachers for the schools of tomorrow. Paris: UNESCO, 1968,m.s.9
26
SEL.SECRETARIAT 882/1922, Normal Class Instructor, Selangor-Salary of:-, from: Ag. Inspector of Schools,
Selangor, to: The Secretary to Resident, Selangor,21.2.1922
27
SEL.SEC.:951/1924,Education Department Selangor Annual Report 1923, from Acting Inspector of Schools,
Selangor, to: The Secretary to Resident, Selangor,21.2.1924
28
Ibid.
29
Annual report Negeri Sembilan 1926.

1771
Theory of Teaching, Colonial History, Literature, Composition, Grammar, General Knowledge, Arithmetic,
Geography dan Black Board Drawing”. Guru pelatih diwajibkan menguasai mata pelajaran-mata-
pelajaran ini dan diuji sewaktu menjalani praktikal di sekolah. Pada tahun 1922, mata pelajaran “General
Knowledge” ditambah dalam senarai sukatan pelajaran agar guru pelatih menimba ilmu pengetahuan
yang banyak dan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. Ilmu pengetahuan
yang banyak akan memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk berhadapan dengan pelajar dari
pelbagai tahap. “The person who knows little teaches much and pompously and also, ineffectively but he
that knows much generally teachers little and quietly and also fruitfully. It is in educational institutions
more perhaps, than anywhere else that empty vessels make the loudest sound”.30

Sukatan pelajaran yang diperkenalkan pada tahun 1912 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
memberi keutamaan kepada peningkatan standard Bahasa Inggeris. Kerajaan British memberi
keutamaan dalam penulisan esei dan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris. J.Harris, A. (1956) menyatakan
bacaan dan penulisan esei bergantung antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai bacaan yang luas
dan terperinci dapat mengembangkan pengetahuan pelajar dan meluaskan perbendaharaan kata. Faktor
ini akan membantu dalam penulisan esei yang berkualiti. Pelajar yang menghadapi masalah dalam
pembacaan boleh memberi kesan dengan mencacatkan pemahaman dalam subjek lain. Mata pelajaran
Arithmetik dan Geografi yang ditambah dalam sukatan pelajaran pada tahun 1912 memerlukan
kemahiran membaca. Melalui pembacaan yang luas, seseorang pelajar dapat memahami mata pelajaran
Arithmetik dan Geografi dengan mudah. Atas sebab itu, tidak hairanlah sekiranya J.Harris, A, pernah
mendakwa,“ Arithmetic problems are usually presented in written or printed form, and so have to be
read before they can be solved”.31

Kemelesetan ekonomi pada tahun 1929 hingga 1933 telah menjejaskan peruntukkan Kerajaan
British bagi membangunkan kelas Normal. Tindakan Kerajaan British yang telah mengurangkan
peruntukkan bagi Kelas Normal telah membawa kepada pengurangan tenaga pengajar dari Eropah. “The
primary Course is omitted in consequence of shortage of instructors, while the combining of the second
and third year classes though unsatisfactory is necessary for the same reason”. Kekurangan tenaga
pengajar yang berkelayakan menjejaskan mutu pendidikan di Kelas Normal. Kerajaan terpaksa
menggabungkan Kelas Normal tahun kedua dan ketiga untuk mengurangkan masalah kewangan di
samping masalah kekurangan tenaga pengajar. Selain itu, kekurangan peruntukkan dari Kerajaan Pusat
juga menjejaskan perbelanjaan sampingan seperti pembelian buku-buku untuk tenaga pengajar dan
buku rujukan di perpustakaan.32

Kemerosotan ekonomi telah membawa pengurangan sukatan pelajaran bagi Kelas Normal di
Negeri Sembilan, berbanding dengan negeri-negeri lain. Mengapakah Kerajaan British mengurangkan
sukatan pelajaran Kelas Normal di Negeri Sembilan? Apakah yang dapat dirumuskan dari tindakan
Kerajaan British ke atas guru pelatih dari Negeri Sembilan? Laporan pelajaran Negeri Sembilan tahun
1922 ada menyatakan guru pelatih dari Negeri Sembilan kurang memanfaatkan kemudahan yang
ditawarkan di dalam Kelas Normal dan guru pelatih sering memperoleh keputusan akhir tahun yang

30
The Value Of General Knowledge To The Teacher.
http://www.ncte-india.org/pub/onteaching/chapterV.htm( dicapai pada 25 Mac 2014)
31
J.Harris, A. How to Increase Reading Ability. New York, London, Toronto: Longmans, Green and Co., 1956, m.s.5
32
N.S.SEC.Financial.684/1929,Inadequacy of the 1930 Provision for “Normal Classes”, from: Inspector of
Seremban, The Secretary to Resident, 1.11.1929.

1772
sangat rendah.33Guru pelatih yang kurang berdisiplin mencacatkan keberhasilan pelajar yang berkualiti di
Negeri Sembilan.Harus diingatkan di sini, dalam economy capitalism peningkatan persaingan global akan
memastikan bekalan kemahiran tenaga yang mencukupi, memaksimumkan penggunaannya, dan
mengoptimumkan pembangunan kemahiran dalam tenaga kerja untuk meningkatkan pekerjaan dan
pertumbuhan ekonomi. Tindakan Kerajaan British yang mengurangkan sukatan pelajaran Kelas Normal
di Negeri Sembilan akan menjejaskan gaji guru besar dan guru-guru di sekolah Inggeris. Tindakan ini
diambil untuk menyedarkan guru-guru berubah ke arah kebaikan.” It the present figure of $5,000 is
rigidly adhered to in 1930, it would mean that the students in Negeri Sembilan would be receiving less
help than those in the other States and Settlements for the same examination”.

Sukatan pelajaran Kelas Normal pada tahun 1947 dan 1948, memberi penekanan ke atas bacaan
dan mendeklamasi. “ In the primary grades, skillful teaching of reading is of the highest
importance”.34 Disebabkan di peringkat sekolah rendah, lebih banyak masa dan usaha diperuntukkan
untuk pengajaran membaca, guru-guru pelatih diwajibkan menguasai English Literature ( The Tempest),
English Literature(The Rover), English Literature(Tale of Two Cities) and English Literature (As you Like It).
Pembacaan bahan kesusasteraan akan menerapkan nilai murni kepada pembaca. Pelajar yang berdisiplin
juga dapat dibentuk melalui pembacaan novel, cerpen, sajak dan puisi.Pembacaan bahan kesusasteraan
juga merupakan satu laluan untuk mengeratkan hubungan yang baik antara guru dan pelajar. Guru-guru
gunakan peluang ini untuk menerapkan nilai murni yang terpuji. Ini jelas, Kerajaan British menggalakkan
guru-guru membantu pelajar mereka menjadi pembaca yang lebih baik.

Penekanan terhadap pembacaan yang luas juga membantu guru-guru sekolah Inggeris
menyelesaikan masalah pelajar dengan bijaksana.Guru pelatih yang dilatih mengamalkan pembacaan
yang betul di Kelas Normal dapat membaiki kualiti hujah-hujah sewaktu berdepan dengan pelajar.
Kemahiran logik yang diperoleh melalui pembacaan luas juga dapat meyakinkan pelajar dan dapat
merapatkan hubungan dengan guru. Melalui pembacaan luas juga, guru pelatih mempunyai pemahaman
yang lebih besar mengenai topik-topik yang diajar. Ia membina keyakinan diri guru sewaktu berdepan
dengan pelajar.

Jadual 2: Perubahan Kursus di Kelas Normal mengikut tahun

Bil Tahun Kursus yang ditawarkan


Tahun Pertama Tahun Kedua Tahun Ketiga

33
The only courses for which a sufficient number of candidates were forthcoming were in shorthand and book-
keeping in which satisfactory progress was reported. Annual Report Negeri Sembilan tahun 1922. Pada tahun 1924,
keputusan peperiksaan Tahun kedua di Kelas Normal adalah seperti berikut:- pelajar tahun kedua yang berdaftar
masuk di Kelas Normal di Negeri Sembilan adalah seramai 7 orang dan pelajar yang lulus peperiksaan Tahun kedua
adalah seramai 2 orang sahaja. Annual Report Negeri Sembilan tahun 1924.
34
J.Harris, A. How to Increase Reading Ability. New York, London, Toronto: Longmans, Green and Co., 1956, m.s4

1773
1. 1910 1.Practical Teaching 1.Practical Teaching
2.Theory of Teaching 2. Theory of Teaching
3.a)English Composition as in Junior 3.a)English Composition as in
Cambridge Junior
b)English grammarLocal Cambridge
Standard,150 b)English grammarLocal
4.Literature Standard,150
5.History 4.Literature
6.Drawing 5.History
7. Algebra 6.Drawing
8.Geometry 7. Algebra
8.Geometry

2. 1912 1.Arithmetic (Junior Cambridge 1.Arithmetic (Senior Cambridge


Local Standard), 100 markah Local Standard), 100 markah
2.Dictation (a passage 120-150 2.Dictation (a passage 120-150
words),100 markah words),100 markah,100
3.a)English Composition as in markah
JuniorCambridge 3. English Composition, 150
b)English grammarLocal markah
Standard,150 markah (Senior Cambridge Local
4.Practical Teaching, 200 marks Standard)
*setiap pelajar harus mendapat 4. 4.Practical Teaching, 200
60% markah dari 1,2,3 dan 4 marks
4. 5.Geography. The world in *setiap pelajar harus
outline The Malay Peninsula and mendapat 60% markah dari
India in Particular 100 markah 1,2,3 dan 4
5. 6.Theory of teaching 5.Geography- The world
generally and elementary
7.Freehand and Blackboard
Physical Geography, 100
Drawing, 100 markah
markah
8.A paper on general knowledge 6. Theory of teaching, 100
& Current Events, 100 markah markah
*Agregat 50% daripada markah 7. Freehand and Blackboard
lulusan dari 5,6,7,dan 8 Drawing, 100 markah
3. 1924 8. General Knowledge &
Current Events,100 markah 1.English 2
*Agregat 50% daripada lectures a week or 70
markah lulusan dari perannum
1. 1.English2 lectures 5,6,7,dan 8 2.Theory of teaching
2. 2.History of the British Empire 3.Practical teaching
of 1 4.Physical Training 1
3. hour lecture a
4. 3. Geography 1.English 2 lectures a weekor 35 per
week or 70 perannum annum
a week
2.Theory of teaching 5.Drawing
5. or

1774
6. 4.Arithmetic 3.Practical teaching
70 lectures 4.Physical Training 1 * pelajar dari semua
7. perannum lecture a week tahun hendaklah
8. 5.Drawing & Blackboard work 5.Drawing or menghabiskan masa 2 jam
35 per annum sehari dalam pemerhatian
9. 6.Physical Training-1 lecture a
6.Hygiene dan kelas pengajaran di
week or 35 per annum, in
7.Needlework (for women) bawah pengawasan guru
conjunction with second and yang berpengalaman.
third year students * pelajar dari semua tahun * Guru Tahun ke-3
10. *Pelajar Tahun Pertama perlu hendaklah menghabiskan hendaklah mengajar satu
menghadiri dan menonton masa 2 jam sehari dalam pengajaran yang
demonstrasi pengajaran pemerhatian dan kelas disediakan pada setiap
bersama dengan pelajar Tahun pengajaran di bawah hari
Kedua dan Ketiga. Pelajar yang pengawasan guru yang
menunjukkan kecemerlangan berpengalaman.
dalam lisan Inggeris akan * Guru Tahun ke-2
mendapat ganjaran hendaklah mengajar satu
11. *pelajar dari semua tahun pengajaran yang disediakan
hendaklah menghabiskan masa pada setiap hari
2 jam sehari dalam
pemerhatian dan kelas
pengajaran di bawah
pengawasan guru yang
berpengalaman.

4 1930 1.English 1.Physical Training & Hygiene 1.Physical Training &


2.Theory and Practice of Teaching 2.Primary Course of Education Hygiene
3. Elementary course of 2.Primary Course of
Education Education
3. Elementary course of
Education

5. 1947 1.English Literature ( The Tempest) Theory of teaching(primary) 1.English Essay


2.English Literature(The Rover) 2.English Literature
3.English Literature(Tale of Two (Hamlet)
Cities) 3.English Literature (Nigger
4.English Literature (As you Like It) of Narcissus)
5.English Essay 4.Theory of teaching
6.Theory of Teaching

1775
6. 1948 1.Literature( 4 buku set, kesemua 1.latihan fizikal 1.latihan fizikal
dari abad ke-19,novel, pelbagai 2.kebersihan (Primary and 2.kebersihan (Primary and
prosa) Elementary Elementary
2.Bahasa Inggeris (surat kiriman 3.Inggeris(esei, kesusasteraan, 3.Inggeris(esei,
rasmi dan tidak rasmi, ringkasan bacaan dan mendeklamasi) kesusasteraan, bacaan dan
dari prosa, penerangan perkataan mendeklamasi)
dan prosa, membetulkan kesilapan
tatabahasa, satu soalan yang
berkaitan dengan tatabahasa)
3.Lisan Inggeris
4.Teori dan praktikal

Sumber:
SEL.SECRETARIAT 1735/1910, General report on the Normal Class examination held in February, from: Ag. Inspector
of schools Selangor, to: Education Department, Kuala Lumpur, 5/3/101910
Sel.Secretariat 2787/1912,New Scheme for Normal Classes in Federal Malay States, from Secretary to Resident
Selangor, to: Under Secretary Federal Malay States, 13/6/1912
COLONIAL SECRETARY’S OFFICE, Rules for Normal Classes, Federated Malay States, from Acting Under Secretary,
Straits Settlements,to: the Under Secretary, Federated Malay States, Kuala Lumpur, 31/10/1924
N.S.SEC.Financial.684/1929, Inadequacy of the 1930 provision for “ Normal Classes”, from: Inspector of Schools
Negeri Sembilan,to The Secretariat to Resident,Negeri Sembilan,1.11.1929
ED.PK.N 74/47, First Year Normal Class, North Perak, From: Senior Inspector of School, Ipoh,Perak, Education Office
Taiping, Perak,12.5.1947

Kursus-kursus yang ditawarkan di kelas Normal

Kursus-kursus di Kelas Normal terdiri dari dua jenis. Pertama, Primary Course, dalam kursus ini
guru pelatih harus menguasai pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin pelajar dan kurikulum kelas
sehingga Tahun II. Guru yang mengambil kursus ini juga perlu menguasai kaedah pengajaran untuk mata
pelajaran seperti kerja tangan dan lukisan. Pendekatan pembelajaran ini akan menarik perhatian pelajar
di Tahap rendah. Pelajar tidak akan merasa bosan kerana pelajar sendiri terlibat dengan aktiviti bersama
dengan guru. Kaedah mendengar ceramah, membaca buku, menonton demonstrasi tidak sesuai bagi
pelajar di Tahap Rendah. Kaedah ini akan mengurangkan keminatan pelajar yang berada di Primary
Course. Kerja tangan dan lukisan adalah aktiviti sokongan kepada pembelajaran yang akan meningkatkan
kreativiti pelajar.

Kursus yang kedua ditawarkan di Kelas Normal adalah Elementary course.Guru pelatih perlu
menguasai teori dan amalan pengajaran. Guru pelatih juga perlu menguasai pengurusan bilik darjah,
mengawal disiplin pelajar dan kurikulum pelajar dari Tahun I hingga VII. Kaedah pengajaran yang
berkesan dipelajari untuk menarik tumpuan pelajar. Dalam kursus ini juga, tenaga pengajar memberi
penekanan terhadap kaedah membaca, menulis dan berfikir dengan kritis .Kaedah yang dipelajari dalam
kursus ini memudahkan penyampaian maklumat apabila berhadapan dengan pelajar. Pelbagai literasi
yang diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran juga meningkatkan keberhasilan pelajar yang
berkualiti.

Pendemokrasian Tamadun

1776
Kelas Normal bukan semata-mata melibatkan medan untuk belajar pelbagai pendekatan kaedah
mengajar, sebaliknya Kelas Normal juga digunakan untuk menyemai perasaan kekaguman dan terhutang
budi masyarakat di negara ini terhadap pencapaian Britain. Bahasa Inggeris yang merupakan identiti
orang Inggeris dan digunakan dalam ekonomi antarabangsa dijadikan bahasa perantaraan dalam Kelas
Normal. Semua mata pelajaran dalam Kelas Normal wajib diajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang
mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris akan mendapat peluang pekerjaan yang baik
kerana mudah berkomunikasi dengan pelabur-pelabur dan pedagang-pedagang antarabangsa.

Semasa R.O Winstedt menjadi Pengarah Pelajaran pada tahun 1922, beliau telah menambahkan
Sejarah Eropah sebagai mata pelajaran tambahan di dalam Kelas Normal. Dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang berkaitan
dengan pendidikan Sejarah Eropah. Pendidikan Sejarah Eropah dianggap mata pelajaran yang berkualiti
tinggi yang akan membantu pelajar mendapat pengetahuan koheren dan pemahaman masa lalu
Britain. Ia juga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencungkil perasaan ingin tahu di
samping menggalak pelajar berfikir secara kritis.Harus diingatkan di sini, pegawai Inggeris di Jabatan
Pelajaran menggunakan Kelas Normal sebagai platform untuk memperkasakan pemikiran dan warisan
budaya orang barat. Kerajaan British juga berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke
arah kehidupan yang sejahtera dengan menyebarkan tamadun barat.

Kehadiran di Kelas Normal

“Attendance of at least 75 per cent of the classes will be required from Normal Class Students”.35
Kehadiran Guru pelatih di Kelas Normal seharusnya sekurang-kurangnya 75% daripada kelas.
Mengapakah Kerajaan British memberi penekanan ke atas kehadiran pelajar di Kelas Normal?
Penguasaan guru pelatih dalam mata pelajaran yang ditawarkan dalam Kelas Normal bergantung kepada
kehadiran penuh ke kelas Normal. Kadar kehadiran juga menentukan kecenderungan pelajar untuk
berjaya dalam akademik apabila menghadiri sekolah secara konsisten.

Jadual 3: Normal Class Examination Kuala Lumpur, Februari 1910


Grade No Sekolah kehadiran Kehadiran % Kedudukan
dalam kelas
Senior Pelajar A 1 Victoria 157/217 72 5
Institution
Pelajar B 2 Victoria 180/217 83 3
Institution
Pelajar C 3 Victoria 206/217 95 2
Institution
Pelajar D 4 Mathodist 201/217 93 4
Boys school
Pelajar E 5 Mathodist 210/217 97 1
Boys school
Junior Pelajar A 1 Chinese Girls 221/230 96 5
School
Pelajar B 2 Convent 184/190 97 7

35
SEL.SECRETARIAT 2787/1912, New Scheme for Normal Classes in Federal Malay States, from: Secretary to
Resident Selangor, to Under Secretary Federal Malay States, Kuala Lumpur, 13/6/1912

1777
School
3 Victoria 211/230 92 2
Pelajar C Institution
4 Victoria 228/230 99 1
Pelajar D Institution
5 Victoria 221/230 96 6
Pelajar E Institution
6 St.John 128/230 56 4
Pelajar F Institution
7 Mathodist 228/230 99 3
Pelajar G Boys school

Sumber: Audit Office 935/10 Kuala Lumpur, General report on the Normal Class examination held in
February,1910,from: Ag: Inspector of Schools, Selangor, to: The British Resident Selangor

Jadual 3 menunjukkan guru pelatih yang hadir ke Kelas Normal secara konsisten menduduki
kedudukan yang baik dalam peperiksaan. Guru pelatih yang hadir secara konsisten dapat menguasai
pembacaan yang betul di samping dapat memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan
pembelajaran. Guru-guru yang berdisiplin memudahkan seruan Kerajaan British untuk melahirkan
pelajar yang berkualiti

Jadual 4: Calon-calon yang menduduki peperiksaan Tahun pertama dan Tahun kedua di Kelas Normaldi Kuala Lumpur
pada tahun 1910
Tahap Nama sekolah Jantina Bangsa Jumlah
M C I Eropah
Senior Victoria lelaki - - 2 1 3
Institution
Methodist lelaki - - 1 1 2
Boys School
Junior Chinese Girls’ Perempuan - 1 - - 1
School
Convent School Perempuan - - - 1
Victoria Lelaki - - 2 1 3
Institution
St Johns’ Lelaki - - 1 - 1
Institution
Methodist Boys Lelaki - - 1 - 1
School

JUMLAH 1 7 4 12
Sumber:
SEL.SECRETARIAT 1735/1910, General report on the Normal Class Examination held in February, From:
Ag: Inspector of Schools, Selangor, to: Education Department, Kuala Lumpur, 5th March, 1910

1778
Jadual 4 menunjukkan kebanyakan guru pelatih yang menjalani latihan perguruan di Kelas Normal pada
tahun 1910 di Kuala Lumpur terdiri daripada pelajar yang berbangsa India dan Eropah. Hanya pada
Peringkat Junior terdapat seorang Pelajar perempuan Cina dari Chinese Girls’ School. Ketiadaan pelajar
Melayu dalam Kelas Normal pada tahun 1910 disebabkan masyarakat Melayu enggan menghantar anak
mereka ke sekolah Inggeris. Masyarakat Melayu bimbang tenaga pengajar di Kelas Normal yang terdiri
daripada pendakwah Kristian akan mempengaruhi anak mereka untuk memeluk agama Kristian.

Jadual 5: Senarai pelajar yang lulus peperiksaan Tahun Kedua di Kuala Lumpur, Taiping dan Ipoh pada
tahun 1918

Sumber:Sel.Sekretariat 4674/1918,Result of Normal Class Examination, from Under Secretary,F.M.S,to


the Director of Education, 6.12.1918

Lokasi Bangsa Jumlah Jadual 5 menunjukkan pada


tahun 1918, pelajar Melayu mula
M C I Lain2
menjalani latihan perguruan di Kelas
Kuala Lumpur 1 5 - 4 10
Normal yang terletak di Kuala Lumpur
dan Ipoh. . Menurut Nazir sekolah di
Taiping - 4 1 - 5
Negeri Sembilan,“I received numerous
Ipoh 1 4 4 2 11 applications from admission to the English
Jumlah 2 13 5 6 26 schools. The Malays of Negeri Sembilan
appear to be very anxious to qualify for positions in their own country which up to the present have been
filled by outsiders”.36 Kenyataan ini menunjukkan masyarakat Melayu telah menyedari mereka
dipinggirkan di tanah mereka sendiri dan mereka menyesal telah memberi peluang kepada imigran asing
untuk menjadi maju. Sikap mereka yang pada awalnya menolak pendidikan sekular telah menyebabkan
imigran asing mendapat manfaat dari sekolah Inggeris. Pendidikan sekolah Inggeris telah meningkatkan
taraf hidup anak-anak imigran.

Penutup

Seperti yang telah banyak diperkatakan, pegawai Inggeris di Jabatan Pelajaran telah memainkan peranan
yang penting dalam menyediakan Kelas Normal kesamarataan akses dengan pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa. Penulis berharap pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran perlu mengamalkan
ketegasan dalam pengambilan guru pelatih untuk menjalani latihan perguruan. Adalah menjadi
kemestian guru-guru pelatih yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan berdisiplin dipilih
bagi mengikuti skim latihan perguruan. Bagi memastikan guru-guru pelatih mendapat latihan yang
efektif, tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran masing-masing perlu direkrut
dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran di IPG. Latihan perguruan perlu direformasikan bagi
menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan
falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik
untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi
dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Langkah ini akan membantu guru mencapai tahap
kompetensi yang telah ditetapkan seiring dengan usaha melestarikan guru berkualiti. Penglibatan rapi
pihak yang terlibat amat diperlukan untuk memastikan pencapaian guru-guru pelatih dipertingkatkan

36
Annual Report Negeri Sembilan tahun 1920

1779
agar pendidikan negara dilonjakkan ke tahap yang dibanggakan dan berada dalam liga sistem pendidikan
terbaik dunia.

1780
MEMAHAMI KOSMOLOGI TAMADUN MELAYU : IKTIBAR
KEPADA PROSES TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI BANGSA

Solahuddin Abdul Hamid1

MohdAkramDato’ Dahaman@Dahlan

Muhamad Amar Mahmad

Universiti Utara Malaysia

solah@uum.edu.my

Abstrak

Budaya pemikiran adalah selari dengan pegangan agama, bahasa, pandangan


kosmologi, sosio-budaya, adat resam sesebuah bangsa.Pelbagai istilah atau symbol
tidak wujud sebagai suatu entiti yang tersendiri, tetapi turut berhubungkait dengan
sesuatu atau beberapa makna yang didokongnya.Gagasan yang terhasil melalui
tafsiran, tradisi lisan dan tulisan, dan penghayatan ini bukan sahaja memanifestasikan
kosmologikal dalam masyarakat dan budaya, malahan ia turut memainkan peranan
yang siginifikan dalam kedinamikan tamadun Melayu. Namun, perbincangan kosmologi
dalam artikel ini hanya akan memfokuskan kepada isu-isu intrinsic melibatkan
hubungan antara Tuhan dan alamsemesta dalam masyarakat Tamadun Melayu.
Memandangkan Tamadun Melayu yang gemilang adalah sebahagian daripada induk
Tamadun Islam, maka Islam adalah teras kepada perbincangan ini.Adalah diharapkan
hasil perbincangan ini dapat membantu menterjemahkan proses transformasi
pembangunan masyarakat dan Negara berasaskan acuan sendiri sepertimana yang
terkandung dalam gagasan wawasan 2020.

Kata kunci: kosmologi, tamadunMelayudantransformasi

PENGENALAN

1
Solahuddin Abdul Hamid, PhD; MohdAkramDato’ Dahaman@Dahlan,PhDdanMuhamad Amar Mahmad, PhD
adalahPensyarahKanan di PusatPengajianUmum, KolejSasteradanSains, Universiti Utara Malaysia.

1781
Pembentukan ketamadunan sesebuah masyarakat tidak berlaku secara kebetulan.Justeru, korpus
penelitian yang signifikan terhadap sesebuah ketamadunan seharusnya juga melalui hasil pemikiran
yang pernahtercatatsamaadadalambentukpenulisanatautersimpandalamlipatanmemorimasyarakat
yang masih ada. Pelbagai istilah dan simbol yang wujud melalui tradisi tulisan dan tradisi lisan telah
membentuk pandangan sarwajagat yang akan mempengaruhi kefahaman, tingkahlaku dan orientasi
sesuatu masyarakat. Artikel ini akan membincangkan proses pembentukan kosmologi tamadun
Melayu silam sebagai panduan kepada proses transformasi sosio-ekonomi bangsa semasa dan akan
datang. Namun, lingkungan perbincangan hanya kepada isu-isu intrinsic melibatkan hubungan antara
Tuhan dan alamsemesta dalam pembentukan masyarakat Tamadun Melayu.Memandangkan
Tamadun Melayu yang gemilang adalah sebahagian daripada induk Tamadun Islam, maka Islam
adalah teras kepada perbincangan ini

ISU DAN PERMASALAHAN

Aktiviti keusahawanan bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia
telah wujud semenjak beberapa dekad yang lampau.Aktiviti ekonomi ini merupakan kesinambungan
daripada tradisi aktiviti ekonomi masyarakat pribumi yang telah bermula sejak dari abad ke 7M
hingga abad ke 13M iaitu ketika zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya.

Sejarah Keusahawanan Melayu

Berdasarkan kajian arkeologi, tradisi niaga terawal dalam kalangan masyarakat Melayu diandaikan
bermula sejak zaman masyarakat primitif lagi. Hipotesis tersebut merujuk kepada kewujudan pola
penempatan masyarakat yang secara tetap di kawasan terbuka seperti persisir-persisir pantai dan
tepi-tepi sungai bermula zaman Mesolitik. Pembentukan kelompok masyarakat yang semakin
membesar ini memerlukan mereka mengerjakan sawah padi yang luas, menternak binatang,
menangkap ikan dan melakukan pertukaran barangan atau perniagaan-perniagaan kecil untuk
memenuhi keperluan harian. Pada suatu ketika, telah sampai kepada sesetengah masyarakat ini para
pedagang dari India yang bukan sahaja membawa barang dagangan, malahan turut bersama mereka
para sami Hindu. Transaksi yang berasaskan sistem barter ini adalah pemangkin kepada aktiviti
perdagangan yang lebih maju pada era Neolitik kemudiannya(Syed Husin Ali, 1975; Mohd.
Koharuddin Mohd Balwi 2005; Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, 1992; Yahya Abu Bakar,
1996).

Dalam erti kata lain, masyarakat Melayu telah berniaga sama ada secara besar-besaran atau kecil-
kecilan bermula daripada zaman sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sehingga
kedatangan Inggeris. Secara tidak langsung, andaian bahawa orang Melayu tidak mempunyai budaya
keusahawanan adalah tidak tepat kerana aktiviti perdagangan bukan sesuatu yang baru bagi mereka.

Pencapaian keusahawanan Melayu

1782
Terdapat juga catatan yang menunjukkan bahawa sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka
(KMM) pada abad ke 15, perdagangan beberapa barangan sudah pun merentasi sempadan negeri-
negeri di alam Melayu akibat pengaruh merkantilisme Eropah. Merkantilisme adalah suatu system
politik ekonomi yang sangat mementingkan perdagangan antarabangsa.Tujuannya adalah untuk
meningkatkan asset dan modal yang dimiliki suatu negara(Jomo Kwame Sundaram, 1986).

Antaranya, sepanjang Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Borneo, Kepulauan Sumatera, Pulau
Jawa sehingga ke Kepulauan Sulawesi, Kepulauan Riau dan sebagainya. Contohnya, Oc Eo di Funan
(kurun ke 2), Ligor dan Gingora di Langkasuka (kurun ke 2), Lembah Bujang di Kedah (kurun ke 4),
Kuala Selinsing di Perak (kurun ke 5), Kan-t’o-li di Sumatera (kurun ke 5), Jambi/Melayu (kurun ke
6/7), Surabaya dan Tuban di Jawa Timur (kurun ke 11) dan kerajaan Majapahit (kurun ke 13) (Mohd.
Koharuddin Mohd Balwi, 2005; Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, 1992).

Kemuncaknya, aktiviti perdagangan menjadi nadi utama sistem ekonomi Kerajaan KMM (1400-
1511M). Para pemerintah berjaya membentuk iklim perdagangan yang amat baik melalui
pentadbiran yang cekap dan adil, mewujudkan jawatan Syahbandar serta mengamalkan dasar ‘buka
pintu’ dalam hubungan diplomatik. Melaka berjaya menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting
ketika itu.

Gambaran kegemilangan KMM adalah berdasarkan catatan Tom Pires (1512) dalam “Suma Oriental
of Tom Pires”Cortesao(1944)bahawa pada setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal
yang besar dan 30 hingga 40 buah kapal-kapal kecil dating kepelabuhan Melaka. Saiz pelabuhan
Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir 2000 buah kapal yang berbagai saiz untuk
sesuatu masa.Simon Elegant (1999) memperkukuhkan lagi catatan tersebut dengan mengatakan
Melaka adalah salah sebuah daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia dengan menerima 2000
buah kapal dagang setiap hari.Manakala Shellabear (1932) menggambarkan suasana perdagangan di
Melaka pada ketika itu dengan mengatakan:

“maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekeliannya datang ke Melaka
terlalu ramai, bandar Melaka pada ketika itu maka oleh segala orang Arab
dinamakan Malakat ertinya perhimpunan segala dagang kerana banyak jenis
dagang ada di sana dan segala orang besar-besar pun sangat saksama”.

Ketika itu,orang Melayu juga sudah terkenal sebagai pelaut atau pedagang yang menguasai
perdagangan di semua pelabuhan di Selat Melaka dan kawasan-kawasanlain di rantau ini. Ada yang
bertindak sebagai pemborong, pengimport barangan luar, membuka kedai runcit dan gerai
terutamanya bagi golongan wanita. Di samping itu, ada juga yang menawarkan pelbagai
perkhidmatan dan kemahiran seperti menyediakan gudang untuk disewakan sebagai tempat
menyimpan barang dagangan, tempat penginapan, membaiki kapal, jahit menjahit, bungkus-
membungkus serta bekerja sebagai kakitangan dan buruh di pelabuhan.

Lanjutan itu, Kepulauan Melayu dan sekitarnya merupakan medan perdagangan dan aktiviti maritim
rumpun Melayu sejak hampir 1000 tahun bermula daripada zaman Empayar Srivijya sehingga ke
zaman penjajahan kolonialis Barat pada abad ke 16M. Kapal-kapal dagangan mereka telah sampai di
Pelabuhan negeri China, Farmosa, Indo-China, Siam, Burma, India, Arab bahkan ada yang sampai ke

1783
Afrika Utara. Kemahiran, kecekapan dan kegigihan para pedagang Melayu sukar disaingi oleh para
pedagang Eropah sendiri. Jalan pintas untuk mereka menguasai perdagangan di alam Melayu ialah
melalui kekerasan dengan menggunakan kekuatan ketenteraan (Hashim Hj Musa,
2006;ShaharilTalib& Mohammad RaduanMohdAriff, 1997;Mohd. Koharuddin Mohd Balwi, 2005).

Kedatangan Penjajah Barat

Melaka merupakan pusat perdagangan pertama di kawasan Selat Melaka yang jatuh ke tangan kuasa
penjajah Eropah. Kemudian disusuli dengan bandar pelabuhan lain seperti Batavia, Johor-Riau,
Benkulen, Makassar, Ambon, Manila dan Timor sehingga turut melibatkan pelabuhan-pelabuhan di
Laut China Selatan. Menjelang akhir abad ke 18M, kebanyakan pusat perdagangan utama dan
penting di wilayah Lautan Hindia-Asia Tenggara-Tanah Besar China telah dikuasai sepenuhnya oleh
kuasa-kuasa Eropah (Nordin Hussin, 2008).

Sepanjang penjajahan tersebut juga, terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk mengekalkan orang
Melayu sebagai anak jajahan mereka. Antaranya, menghapuskan kewujudan golongan pedagang
Melayu di mana penguasaan perdagangan mereka telah dirampas secara kekerasan. Akhirnya orang
Melayu tidak lagi menjadi pedagang sebaliknya mereka telah ditolak ke kawasan pendalaman
menjadi golongan petani, pesawah dan pekebun kecil. Kemuncaknya, kelas saudagar Melayu telah
berjaya dihapuskan sehinggakan negeri-negeri di alam Melayu ini ketandusan golongan peniaga dan
pedagang.Akibat daripada perancangan jahat imperialis Barat tersebut, orang Melayu telah
mengalami proses kemunduran yang drastik, baik kemunduran tamadun ataupun mental dan
spiritual.

Syed Hussein al-Attas (1989) mengatakan, ketika British tiba di Melaka pada akhir abad ke 18,
mereka sudah tidak menemui golongan pedagang Melayu dalam kedudukan yang setanding dengan
mereka. Ini menunjukkan golongan pedagang Melayu telah disisih selama tiga abad lalu. Melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda pada Mac 1824, monopoli British terhadap perdagangan di negeri-negeri
Melayu bermula secara rasmi. Semenanjung Tanah Melayu telah dibahagikan kepada beberapa
wilayah jajahan yang kecil dari segi perundangan dan sekatan perdagangan dipertingkatkan lagi.
Dalam erti kata lain, kedatangan penjajah British telah membawa perubahan yang lebih besar
berbanding penjajahan sebelum ini kerana British bukan sahaja menguasai politik dan ekonomi
Mahathir Muhammad (1994), malah turut berusaha membantutkan perkembangan agama Islam dan
kemajuan bangsa Melayu.

Islam dan Keusahawanan Melayu

Kedatangan penjajah-penjajah secara bersilih ganti dalam tempoh masa yang panjang secara
perlahan-lahan telah menindas, menyisih dan menghapuskan kegemilangan orang Melayu dalam
bidang tersebut. Malah, sejakpenjajahmenjejakkan kaki keatas Tanah Melayu, motivasi ekonomi
Melayu mula terhakis.Kesannya, selepas mencapai kemerdekaan orang Melayu menjadi tidak
signifikan dengan aktiviti keusahawanan berbanding pemodal Inggeris dan pendatang Cina.

1784
Kemerdekaan yang dicapai hanya membawa perubahan dalam politik dan pentadbirandaripada
penjajah kepada rakyat negara ini. Proses yang sama tidak berlaku dalam bidang ekonomi di mana
pola atau sistem ekonomi yang diasaskan penjajah masih lagi diteruskan. Lanjutan itu, ladang-ladang,
lombong-lombong dan perdagangan-perdagangan besar terus dikuasai oleh penjajah British
manakala syarikat-syarikat besar yang ditubuhkan pada zaman penjajah terus berdiri megah.
Kesannya, dasar perdagangan bebas yang dilaksanakan oleh penjajah British ini tidak banyak
memberi keuntungan kepada orang Melayu yang masih kekal dengan sistem ekonomi sara diri serta
sentiasa bergelut dengan masalah ekonomi terbesar mereka iaitu kemiskinan.

Situasi ini telah mendorong sebahagian sarjana Barat seperti Parkinson (1975), mengaitkan
ketidaktrampilan ekonomi orang Melayu adalah berpunca daripada beberapa faktor bukan ekonomi
di mana Islam adalah antara faktor terpenting. Beliau mengandaikan ajaran Islam adalah antara
unsur-unsur yang tidak menggalakkan ikhtiar di dalam kehidupan orang Melayu akibat daripada
penjiwaan kepada konsep fatalisme2. Selain itu, ketika membincangkan konsep “fatalisme”, Geertz
(1965) juga telah mengaitkan masyarakat Islam sebagai kurang memiliki keinginan pencapaian.
Hujah-hujah tersebut turut disokong oleh Sutcliffe (1975) yang beranggapan bahawa berdasarkan
ayat al-Qur’an surah al-Ahzab (33): 36,3 tiada peruntukan kebebasan dalam Islam sedangkan kedua-
duanya penting sebagai mekanisme pembangunan usahawan sepertimana yang telah disarankan
oleh Weber dan McClelland.

PERBINCANGAN

Penulis berpandangan andaian-andaian negatif tersebut tidak sepatutnya diterima atau dibantah
begitu sahaja. Berdasarkan teori dan fakta empirikal, orang Melayu ketika itu secara relatifnya lebih
mundur daripada masyarakat Barat dan masyarakat Cina dalam aspek kebendaan. Justeru, perlu
dicari sebab-sebab yang mengakibatkan orang Melayu bersikap demikian.

Islam dan Budaya Keusahawanan

Dalam konteks hubungan antara Islam dan keusahawanan, sarjana Islam seperti Abulhasan
Muhammad Sadeq (2006) berhujah, andaian negatif tersebut tidak dapat disokong oleh bukti yang
kukuh memandangkan para pengkaji tersebut lebih cenderung mengaplikasikan bentuk tingkahlaku
yang berbeza kepada tingkahlaku Islam yang sebenar, di mana tingkahlaku ekonomi mereka tidak

2
Menurutnya, fatalisme adalah sikap yang terjelma hasil daripada mempercayai bahawa "segalanya daripada
Tuhan".Apabila segalanya telah ditentukan oleh Tuhan, maka manusia tidak lebih daripada pelaku kaku,
prakarsa sudah tidak relevan lagi.
3
Maksudnya: “Dan tidaklahharusbagi orang-orang yang beriman, lelakidanperempuan, apabila Allah
danRasulNyamenetapkankeputusanmengenaisesuatuperkara, (tidaklahharusmereka)
mempunyaihakmemilihketetapansendirimengenaiurusanmereka. dansesiapa yang tidaktaatkepadahukum
Allah danRasulNyamakasungguhnyaiatelahsesatdengankesesatan yang jelasnyata”.

1785
mengikut nilai-nilai Islam. Bagi menjawab hujah Sutcliffe pula, seseorang itu mestilah mempunyai
kefahaman yang sebenar tentang Islam sebagai cara hidup terlebih dahulu jika ingin memahami
maksud ayat-ayat al-Qur’an dengan tepat. Sebenarnya, Syariat Islam telahmembekalkannorma-
normadannilai-
nilaiberbentukperintahdanlaranganterhadapkeseluruhanhidupmanusiakepadatigakumpulanutamaiai
tuwajib, sunatdan haram. MenurutAbu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam (1975) pula, Islam telah
menyediakan semua faktor yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan amat
menggalakkannya terutama dalam bidang industri, perdagangan dan perniagaan.

Manakala ciri-ciri etika Protestant yang disebut oleh Weber seperti bertanggungjawab secara
langsung kepada Tuhan, amanah dalam urusan, kerja kuat, jimat cermat, pengurusan masa,
perkiraan rasional dan sebagainya bukanlah merupakan sesuatu yang baru4 kerana semua elemen
tersebut jelas sudah lama dituntut dalam Islam, malah skop tuntutannya lebih menyeluruh daripada
itu. Dalam pada itu, hipotesis bahawa Islam tidak sesuai untuk pembangunan kapitalisme
berdasarkan sifatnya yang tidak rasional turut ditentang oleh sarjana bukan Islam seperti Rodinson.
Beliau berhujah, idea takdir dalam Islam adalah lebih kurang sama dengan apa yang terdapat dalam
Kitab Kristian yang tidak menggalakkan umatnya hanya berdiam diri sambil menunggu pertolongan
Allah S.W.T.. Manakala dalam bidang ideologi, al-Qur’an amat mementingkan ketaakulan dan
mendorong umatnya bergiat aktif dalam aktiviti ekonomi5.

Islam dan Keusahawanan Melayu

Para sarjana telah merumuskan bahawa teras pembinaan tamadun Melayu silam dengan ungkapan
“keraton-pasar-pesantren”. Ketiga-tiga istilah ini jelas menggambarkan tonggak tamadun Melayu
ialah kuasa politik-ekonomi perdagangan-tradisi keilmuan keagamaan. Abd. Latif Abu Bakar (1996)
mengatakan, perdagangan mahupun kaedah perdagangan diplomasi Melaka bersendikan agama
Islam, Bahasa Melayu, tulisan jawi dan perkahwinan diraja yang juga merupakan tali temali yang
memperteguhkan ukhwah dan ikatan serumpun.Melaka bertambah makmur sewaktu agama Islam
sedang tersebar luas di Alam Melayu sehingga menarik minat ramai pedagang asing yang hendak
bermastautatin dan seterusnya penjajah-penjajah yang hendak memerintah. Justeru, tidak
keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan
perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalam bentuknya

4
Melaluibukunya “The Protestant Ethic And The Spirit of Capitalism” Max Weber
menekankanbahawakejujuranamatberguna, keranaiamenjaminkredit, begitujugaketepatanwaktu,
rajindanberjimatcermat. Kesemuasifatinidianggapbaikkeranaselainvisijelasdankemampuanbertindak,
hanyakepastiandanketinggianetikasahajamembolehkannyamenguasaikeyakinanmutlak yang
amatdiperlukanpelanggandanpekerja.Tiadacara lain yang
dapatmemberikannyakekuatanuntukmengatasipelbagaihalangan, sertasegalakerjalebihintensif,
tuntutanusahawanmoden (Chan Kwok Bun & Claire Chiang See Ngoh, 2007).
5
Pandangan ini adalah berdasarkan kajian beliau sama ada hukum-hukum Islam dapat menjelaskan mengapa
kapitalisme asalnya tidak berkembang di negara-negara Islam, apakah Islam bertentangan dengan
pembangunan kapitalis serta secara lebih khusus ia menyangkal tesis Weber yang mengatakan bahawa Islam
tidak mempunyai rasionalisme yang diperlukan bagi perkembangan kapitalisme. Beliau menggariskan inti-inti
doktrin ekonomi yang terdapat dalam al-Qur’an dan Hadith dan mengkaji hubungan antara doktrin dan amalan
ekonomi di dunia Islam dalam abad pertengahan dan kini (Jomo K. S. , 1992).

1786
yang tersendiri pada abad ke 15(Siddiq Fadzil,2005;Yahya Abu Bakar, 1996; Mahathir Mohamad
1982;Syed Omar Syed Agil, 1997).

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah rentetan daripada sejarah pertembungan panjang antara orang
Islam dan Kristian Barat dalam Perang Salib sehingga melahirkan kebencian Barat terhadap Islam.
Syed Naquib al-Attas (1972) menjelaskan, seolah-olah terdapat satu ketetapan terhadap Islam
bahawa agama ini tidak sebarang membawa perubahan atau tamadun yang lebih baik daripada apa
yang sudah ada di Alam Melayu. Ini kerana, pemikiran para sarjana Barat ini sememangnya
berkecenderungan untuk memperkecilkan peranan Islam dalam sejarah Kepulauan Melayu.
Malahan, terdapat kecenderungan dalam kalangan intelektual Barat fanatik yang sentiasa berusaha
untuk menjatuhkan imej Islam. Elemen kebencian inilah yang sering mendasari penyelidikan mereka
terhadap Islam dengan mengemukakan pelbagai tesis yang mengelirukan.

Hipotesis mitos masyarakat Melayu pemalas pula muncul adalah berdasarkan kepada penolakan
mereka untuk bekerja di ladang-ladang milik British dan ketidakterlibatan mereka dalam kegiatan
ekonomi kapitalis kota yang dikuasai oleh kolonial. Masyarakat Melayu seperti kebanyakan
masyarakat lain dalam sejarah bukan kaum pemalas tetapi ia adalah lebih kepada sikap tidak sudi
orang Melayu menjadi alat untuk memperkayakan para pemilik ladang kolonial (Syed Hussein al-
Attas, 1989).Malahan, Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972) merumuskan bahawa kedatangan
Islam menandakan permulaan suatu zaman baru dalam perabadan sejarah Melayu.Beliau
mengibaratkan kedatangan Islam ke alam Melayu sebagai ayam jantan yang berkokok mengejutkan
bangsa Melayu dari tidur dan menyedarkan mereka kegelapan malam sudah berakhir; kini hari sudah
siang, masa untuk bekerja dan memulakan kehidupan.

Tranformasi Sosio-Ekonomi Orang Melayu

Kejayaan dan kegemilangan yang dihasilkan dalam Tamadun Melayu sebelum ini bukanlah berbentuk
‘historical’semata-mata, sebaliknya ia juga bersifat ‘coincidental’ di mana agama Islam menjadi asas
unggul dalam memperkukuhkan hubungan tersebut.Berdasarkan latarbelakang sejarah, kebudayaan,
sikap hidup, aspirasi serta kefahaman masyarakat Melayu sejak zaman berzaman ini, maka konsep
budaya berteraskan prinsip dan nilai-nilai Islam adalah yang paling hampir dengan jiwa
Melayu.Justeru, tidak sukar bagi orang Melayu untuk mencari model atau formula yang perlu
dicontohi kerana sebagai umat Islam model dan formula itu telah berada di hadapan mereka.

Keperibadian Malaysia tidak boleh disamakan dengan keperibadian negara lain. Malaysia harus
bergerak selari dengan keperibadiannya sendiri, meskipun mempunyai unsur persamaan dengan
Negara anggota serantau yang lain (Aziz Deraman, 2000).Tambahan pula, aktiviti perniagaan tidak
boleh beroperasi dengan terasing daripada persekitaran politik, budaya, ekonomi dan
teknologi(Khaliq Ahmad danAbulHassan M. Sadeq, 2001).Sejarah telah membuktikan bahawa
keberkesanan perlaksanaan sesebuah sistem ekonomi mempunyai hubungkait yang rapat dengan
sentimen dan aspirasi masyarakat yang terbabit (NikMustapha B. Hj. Nik Hassan,1989).Muhammad
Nejatullah Siddiqi (2000) juga mengatakan, jika mahu mencapai perubahan hidup, seharusnya
dilaksanakan pendekatan yang sesuai dengan semua apek kehidupan mereka sama ada ekonomi,

1787
politik, sosial dan kerohanian. Ini kerana, kecemerlangan dan keunggulan sesuatu bangsa hanya
mungkin tercapai menerusi penghayatan nilai-nilai agama dan budaya sendiri.Hakikat ini turut diakui
oleh Drucker (1974) yang menegaskan bahawa sistem pengurusan yang baik dan berjaya ialah
sistem yang diasaskan kepada nilai-nilai masyarakat itu sendiri untuk keperluan mereka sendiri.
Dengan merujuk Jepun dan German sebagai contoh, beliau mengatakan kemampuan kedua-dua
negara tersebut bangkit semula selepas menderitai kekalahan paling parah dalam sejarah, bukan
kerana mereka telah menukar budaya sendiri, tetapi merubah perilaku mereka.

RUMUSAN

Kedatangan penjajah secara bersilih ganti dalam tempoh masa yang panjang meminggirkan arus
pembangunan ekonomi semasa yang telah dikuasai oleh mereka sebelum ini. Melalui dasar dan
pelan pembangunan yang dirangka, penjajah terutamanya Inggeris telah berjaya menginstitusikan
bentuk-bentuk baru sosio-ekonomi orang Melayu. Mereka bukan sahaja tidak berusaha untuk
meninggikan taraf ekonomi orang Melayu, malah kuasa yang ada di tangan pembesar-pembesar
Melayu turut dirampas. Elit-elit Melayu yang kehilangan kuasa politik, tidak berpeluang mengecapi
pencapaian ekonomi meskipun penjajah British kerap memberi jaminan bahawa kepentingan politik
Melayu lebih diutamakan berbanding bukan Melayu. Bahan-bahan dagangan yang dibawa masuk
oleh pedagang-pedagang asing telah dikecualikan cukai, manakala segala hasil negeri dikuasai dan
dikawal oleh residen Inggeris dan para pegawainya. Mereka juga telah dipupuk supaya tidak
melawan penjajah British dengan menawarkan pekerjaan yang berorientasikan makan gaji dengan
menjadi kakitangan kerajaan sebagai kerani, polis, askar, posmen dan sebagainya, manakala yang
lebih baik hanya sekadar menjadi guru. Jika mereka terlibat dalam perniagaan, ia bukanlah
berorientasikan keuntungan untuk mengumpul harta, tetapi sekadar berniaga secara kecil-kecilan
untuk menyara hidup sedangkan kaum lain semakin jauh ke depan memonopoli dunia perdagangan.
Lama-kelamaan, bermulalah defisit pendidikan dan ekonomi orang Melayu kerana mereka menjadi
lebih selesa tinggal di luar bandar dengan mengerjakan pertanian secara kecil-kecilan, menjadi
nelayan, bekerja sendiri dengan mencari hasil hutan serta terikat dengan cara hidup tradisi. Justeru,
adalah tidak tepat untuk mengaitkan kemunduran yang dihadapi orang Melayu dengan agama Islam
yang dianuti oleh mereka. Islam melalui ajarannya telah menyediakan satu ‘cultural frame-work’
yang menggalakkan umatnya ke arah satu usaha yang dijalankan secara rasional untuk mendapatkan
keuntungan ekonomi. Namun, sejauhmana orang Melayu berkeupayaan melakukan lonjakan adalah
bergantung kepada kekuatan nilai-nilai dalam agama mereka dan kesungguhan mereka
menghayatinya dalam pelbagai aspek kehidupan. Justeru, pembangunan semula ekonomi orang
Melayu memerlukan ‘social engineering’ (perubahan terencana) terhadap sistem budaya dan
struktur sosial mereka yang bersesuaian dengan konsep-konsep Islam kerana kebudayaan Melayu
adalah bersumberkan pada Islam.

RUJUKAN

1788
A. Aziz Deraman (2000), TamadunMelayudanPembinaanBangsa Malaysia, edisibaru, Kuala Lumpur:
DewanBahasadanPustaka

Abulhasan M Sadeq (2006), “Economic Growth in An Islamic Economy”, dalamAbulhasan M Sadeq


(eds.), Development Issues in Islam. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia
Research Centre.

Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam (1975), Kitab al-Amwal, Mesir: Dar al-Fikr.

Chan Kwok Bun & Claire Chiang See Ngoh, (2007), MengorakLangkah:MelahirkanUsahawanCina.
Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia Berhad.

Cortesao, A. (1944), The Suma Oriental of Tom Pires, j. 2, London: Hakluyt Society.

Drucker, P. F. (1974), Management: Tasks, Responsibilities, Practices, London: Heinemann.

Elegant, S. (1999), “A Pyrrhic Victory : The Portuguese Poured Blood And Money Into The Capture
Of Malacca In 1511 - Only To Destroy It”,Eastern Economic Review, Jun, 162, no. 23, h. 45.

Geertz, C. (1965), “Modernisation in a Muslim Society: The Indonesian Case”, dalamBellah, R. N.


(eds.), Religion and Progress in Modern Asia, New York: The Free Press.

Hashim Hj Musa (2006), “Islam dan Tamadun Melayu: Peranannya Dalam Pembinaan Tamadun
Malaysia”, (Seminar Islam Hadhari dan Pembangunan Ummah Peringkat Kebangsaan, 24-26
Mac, Anjuran YADIM, Hotel Pan Pacific, KLIA).

Jomo Kwame Sundaram (1986), A Question of Class: Capital, the State and Uneven Development in
Malaya. Singapura: Oxford University Press.

Jomo K. S. (1992), “Islam and Capitalist Development: A Critique of Rodinson and Weber”,
dalamJomo K.S. (eds.) Islamic Economic Alternatives, Critical Perpectives and New Directions.
London: MacMillan Academic and Professional Ltd.

Khaliq Ahmad danAbulHassan M. Sadeq (2001), “Ethics in Business and Management: A Summary”,
dalamKhaliq Ahmad danAbulHassan M. Sadeq (eds.), Ethics in Business and Management,
Islamic and Mainstream Approach. London: ASEAN Academic Press.

Mahathir Muhammad (1994), “Malay Problems in the Context of Malaysian Problems”, Sari, bil.12,
Julai, h. 78.

Mohd. Koharuddin Mohd Balwi (2005),


“BudayaPerniagaandanPerdaganganMelayuDalamTeksMelayu” JurnalPengajianMelayu, j. 15,
2005, h. 52-71.

Muhammad NejatullahSiddiqi (2000), The Economic Enterprise in Islam, c. 2, Lahore: Islamic


Publications Ltd.

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman (1992), Zaman Protosejarah Malaysia, Kuala Lumpur:
DewanBahasadanPustaka.

1789
Nik Mustapha B. Hj. Nik Hassan (1989), “PendekatanSistemEkonomi Islam
DalamMeningkatkandanMemajukanKedudukanEkonomiMasyarakatMelayu”, Occasional Paper
Kulliyyah of Economics, j. 1:1, Gombak: International Islamic University.

Nordin Hussin (2008), “Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka Kepada Perdagangan
Dunia, Asia dan Dunia Melayu 1700-1800”, Akademika, bil. 73, Mei, h. 3-26.

Parkinson, B. K. (1975), “Non-Economic Factors in the Economic Retardation of the Rural Malays”
dalam David Lim (eds.) Readings on Malaysian Economic Development, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, h. 40-41.

Sutcliffe, C. R. (1975), “Is Islam an Obstacle to Development? Ideal Patterns of Belief Versus Actual
Patterns of Behavior”, Journal of Developing Areas, j. 10.Oktober, h, 77-81.

Shellabear, W. G. (1932), Sejarah Melayu, c. 6. Singapura: The Malaya Publishing House.

Syed Husin Ali (1975), Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi
Sdn. Bhd.

Syed Hussein al-Attas (1989), Mitos Pribumi Malas, Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina Dalam
Kapitalisme Penjajah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Omar Syed Agil (1997), “KecemerlanganBangsaMelayudanKejayaanEkonomi Islam Serantau”,


dalamAiditGhazalidanSarimahRadzi (eds.), BangsaMelayudanKejayaanEkonomi Islam
Serantau, Petaling Jaya: InstitutPerkembanganMinda.

Yahya Abu Bakar (1996), “Kerja Sama Serantau Mengusir Penjajah di Persekitaran Selat Melaka”,
dalam Abdul Latiff Abu Bakar (eds.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

1790
PEMIKIRAN TUAN HUSSEIN BIN MUHAMMAD
NASIRTENTANG SIFAT-SIFAT TERCELA DAN TERPUJI

Suhanim Abdullah

Abstrak

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir merupakan seorang ulama yang berwibawa di
Kedah. Beliau banyak menyumbangkan jasa bakti dalam bidang pendidikan dan
penulisan. Kertas kerja ini membincangkan pemikiran Tuan Hussein bin Muhammad
Nasir tentang sifat-sifat tercela dan terpuji menerusi kitab tulisannya Qatr al-Ghaisiyyah
Fi Ilm al-Sufiah. Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah dokumentasi. Analisis
data dibuat menerusi kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati
bahawa Tuan Hussein memperlihatkan pemikiran tradisionalisme apabila beliau
membincangkan tentang sifat-sifat tercela dan terpuji. Menurut Tuan Hussein, seseorang
muslim perlu menjauhi sifat-sifat tercela. Seterusnya, seseorang Muslim perlu menghiasi
dirinya dengan sifat-sifat terpuji agar menjadi hampir dengan Allah dan hampir kepada
kebenaran.

Latar belakang Tuan Hussein bin Muhammad Nasir

Tuan Hussein Muhammad Nasir lahir pada 2 November, 1863 Masihi di Titi Gajah, Alor Setar. Tuan
Hussein Muhammad Nasir merupakan keturunan keenam dari ulama besar Sheikh Muhammad
Arshad bin Abdullah al-Banjari, pengarang Sabil al-Muhtadin yang berasal dari negeri Martapura,
Banjarmasin.1 Ayahnya, Muhammad Nasir merupakan seorang pahlawan Kedah yang ikut berperang
bersama-sama Tunku Kudin dalam perang saudara di Selangor. Selepas balik dari Selangor, beliau
menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan sering berulang-alik di antara Kedah-Burma dan
Brunei. Muhammad Nasir berkahwin dengan Tunku Fatimah binti Tunku Mahmud iaitu seorang
kerabat Diraja Kubang Pasu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka mendapat lapan orang anak
iaitu Muhammad Noor, Hussein (Tuan Hussein Muhammad Nasir), Tahir, Kamariah, Muhammad,
Aminah, Shamsuddin dan Mansor.2 Oleh kerana ayahnya merupakan orang biasa yang berkahwin

1
Ishak Mohd. Rejab. 1993. ‘Haji Husain Mohd. Nasir al-Mas’udi al-Banjari’. Ismail Mat (ed.). Ulama Silam Dalam
Kenangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal.38
2
Mustafa Mohd. Isa. 1990. Alim Ulama di Negeri Kedah: Peranan Dua Orang Tokoh Dalam Perkembangan
Persuratan Jawi. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Pulau Pinang. hal.104-105. Lihat juga Zakaria bin Ahmad Wan Besar. 2009. al-Jawahir al-Sufiyyah. Abdul Basir
bin Mohamad (ed.). Selangor: Mahzum Book Services.hal.xi

1791
dengan ibunya yang merupakan kerabat Diraja, maka beliau diberi gelaran Megat atau Che Megat
sewaktu kecilnya.3

Tuan Hussein Muhammad Nasir dibesarkan oleh datuknya Sheikh Muhammad Taib. Sheikh
Muhammad Taib membuka sekolah pondok di Titi Gajah untuk mengajar agama kepada ratusan
manusia setiap hari. Di samping mengajar, beliau juga mengarang beberapa buah kitab agama. Sejak
kecil Tuan Hussein Muhammad Nasir diberi pendidikan agama dan pelajaran bahasa Arab oleh
datuknya, sehingga beliau dapat menguasai ilmu agama dan bahasa Arab ketika umurnya meningkat
sembilan belas tahun.4 Apabila berusia sembilan belas tahun, Tuan Hussein Muhammad Nasir mula
mengembara untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Dalam tahun 1881 Masihi/ 1299 Hijrah, beliau mengembara ke Patani untuk menyambung
pelajarannya. Tuan Hussein pergi menuntut ilmu di Pondok Bendang Daya, Patani. Beliau
berkesempatan berguru dengan Sheikh Wan Mustafa bin Muhammad al-Fatani (Tok Bendang Daya
1). Seterusnya Tuan Hussein berguru pula dengan anak Sheikh Wan Mustafa iaitu Sheikh Abdul Qadir
yang dikenali sebagai Tok Bendang Daya II. Semasa menuntut ilmu di Pondok Bendang Daya, beliau
bersahabat dengan Wan Ismail bin Mustafa al-Fatani yang juga dikenali sebagai Haji Ismail Cik Dol
yang kemudiannya mengasaskan Pondok Gajah Mati di Kedah. Selain itu, Tuan Hussein juga
bersahabat dengan Tok Kelaba. Selain belajar di Bendang Daya, Tuan Hussein juga pernah belajar di
Pondok Semela, Patani. Datuknya, Sheikh Muhammad Taib pernah menuntut ilmu di Pondok Semela
pada zaman remajanya.5 Tuan Hussein juga mengembara ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor,
Melaka, Selangor dan Perak. Selain belajar, beliau juga membuat kerja-kerja kampung, mengajar
agama di surau dan mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.6

Tuan Hussein Muhammad Nasir memulakan khidmatnya mengajar agama pada tahun 1890 Masihi
apabila kembali dari pengembaraannya. Beliau mengajar di sekolah pondok datuknya di Titi Gajah
selama dua tahun.7 Pada tahun 1892 Masihi, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Beliau
juga mengambil kesempatan tersebut untuk mendalami ilmu agama di Mekah, dan berpeluang
belajar dengan Tuan Sheikh Hasbullah, Tuan Sheikh Nawawi Bentan, Tuan Sheikh Ahmad Lingga,
Tuan Sheikh Umar Sumbawa, Tuan Sheikh Umar Bali dan Tuan Sheikh Muhammad Khafat.8 Setelah
empat tahun menuntut ilmu di Mekah, akhirnya pada tahun 1896 Masihi Tuan Hussein Muhammad
Nasir pulang ke Kedah dan sekali lagi menjadi guru di pondok Titi Gajah. Pada kali ini, beliau hanya

3
Huzaimah Ismail, Baterah Alias dan Nafisiah Abdul Rahman. 2011. ‘Hussain Mohd Nasir al-Mas’udi al-Banjari’.
Dalam Mohd Rosdi Nik Ahmad (penyusun). Ilmuan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun. Selangor: PTS
Islamika Sdn. Bhd. Hal.172
4
Ishak Mohd. Rejab. 1993. op.cit. hal.40
5
Huzaimah Ismail, Baterah Alias dan Nafisiah Abdul Rahman. op.cit. Hal.174-175
6
Ismail Saleh. 1996. ‘Tuan Hussein Muhammad Nasir Kedah (1863-1936)’ dalam Biografi Ulama Kedah Darul
Aman. Alor Setar: Lembaga Muzium Kedah Darul Aman. Hal.54-55
7
Ahmad Abdul Garni bin Haji Said. 1976/77. Tuan Hussein Muhammad Nasir Kedah. Latihan Ilmiah Ijazah
Sarjana Muda Sastera (Sejarah). Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Hal.27
8
Ismail Saleh. 1996. op.cit. hal.55. Lihat juga Zakaria bin Ahmad Wan Besar. op.cit. hal.xiii

1792
mengajar di pondok Titi Gajah selama setahun.9 Beliau mendirikan lima sekolah pondok di negeri
Kedah dan satu sekolah pondok di Seberang Perai.10

Menjelang tahun 1897 Masihi, bermula satu siri pembukaan dan pengajaran sekolah-sekolah pondok
yang ditubuhkan oleh Tuan Hussein Muhammad Nasir sehingga beliau menghembus nafas terakhir.
Setelah setahun mengajar di Titi Gajah, penduduk di Alor Ganu menjemput Tuan Hussein
Muhammad Nasir untuk mengajar di situ. Tuan Hussein Muhammad Nasir kemudiannya membeli
beberapa relung tanah dan membina sebuah surau sebagai tempat mengajar. Inilah pondok pertama
yang diasaskan oleh Tuan Hussein Muhammad Nasir.11

Penuntut-penuntut Tuan Hussein Muhammad Nasir di pondok ini terdiri daripada orang kampung
yang bersawah padi. Di sini, Tuan Hussein Muhammad Nasir terpaksa mengajar mengenal huruf Jawi
dan seterusnya baru dapat mengajar pelajaran agama kepada para penuntut. Apabila berita
penubuhan pondok tersebar, banyak orang luar menghantar anak belajar di sini. Ini menyebabkan
Tuan Hussein Muhammad Nasir kekurangan tanah untuk menampung jumlah pondok yang semakin
bertambah. Hal ini menyebabkan Tuan Hussein Muhammad Nasir terpaksa berpindah ke tempat lain
setelah tiga tahun mengajar di sini.12

Pada tahun 1900 Masihi, Tuan Hussein Muhammad Nasir mengambil keputusan berpindah ke Bohor
dan membeli tanah seluas 20 relung yang terdiri daripada kampung dan tanah sawah. Tuan Hussein
Muhammad Nasir juga telah membina surau. Berita mengenai pondok Tuan Hussein Muhammad
Nasir di Bohor tersebar ke merata tempat sehingga para penuntut dari luar Kedah, Indonesia dan
Patani datang belajar di pondok ini. Terdapat 300 buah pondok didirikan di Bohor, dengan jumlah
pelajar seramai 600 orang termasuk penduduk kampung yang belajar secara harian. Para penuntut
luar yang tinggal di 300 buah pondok itu dianggarkan melebihi 300 orang, kerana ada penuntut yang
mendiami sebuah pondok secara beramai-ramai. Tuan Hussein Muhammad Nasir mengajar di
pondok ini selama 12 tahun.13 Antara bekas pelajar pondok ini ialah Sheikh Idris al-Marbawi dan
Sheikh Ismail Hamzah. Semasa Tuan Hussein Muhammad Nasir mengajar di sini, Tengku Mahmud
datang belajar di sini seminggu sekali.14

9
Ahmad Abdul Garni. op.cit. hal.27
10
Ibid. hal.56-59. Lihat juga Ishak Mohd. Rejab. 1993. op.cit. hal.43
11
Ahmad Abdul Garni. Ibid. hal.27
12
Ibid. hal.28. Lihat juga Zakaria bin Ahmad Wan Besar. op.cit. hal.xi
13
Ahmad Abdul Garni. Ibid. hal.28-30.
14
Zakaria bin Ahmad Wan Besar. op.cit. hal.xiii

1793
Dalam tahun 1912 Masihi, Tuan Hussein Muhammad Nasir berpindah pula ke Pantai Merdeka. Haji
Omar bin Haji Din menggantikan Tuan Hussein Muhammad Nasir mengajar di Bohor. Haji Omar bin
Haji Din merupakan bekas pelajar Tuan Hussein Muhammad Nasir. Di Pantai Merdeka, Tuan Hussein
Muhammad Nasir membeli tanah seluas 160 relung termasuk kampung dan bendang. Setelah
membina surau, Tuan Hussein Muhammad Nasir memulakan khidmatnya di sini. Para penuntut di
pondok ini berjumlah kira-kira 400 orang. Penuntut yang tinggal di pondok diajar dari waktu pagi
sehingga tengahari. Menantu Tuan Hussein Muhammad Nasir, Haji Abdul Ghani mengajar pada
waktu petang dan malam.15 Antara bekas penuntut di sini yang menjadi tokoh agama ialah Haji Abdul
Rahman bin Haji Abdullah (pengasas sekolah pondok di Batu Hampar), Haji Ismail bin Haji Sulaiman
(pengasas sekolah pondok di Kampung Bukit Haji Omar, Merbok) dan Haji Ghazali bin Haji Arshad
(pengasas sekolah pondok di Bagan Datok, Perak).16 Setelah lapan tahun mengajar di Pantai
Merdeka, Tuan Hussein Muhammad Nasir mengambil keputusan untuk berpindah lagi. Ini kerana
beliau tidak berpuashati dengan layanan yang diberi oleh orang kampung terhadap para
penuntutnya. Tambahan pula, menantunya Haji Abdul Ghani bercadang untuk berpindah.17

Pada tahun 1920 Masihi, Tuan Hussein Muhammad Nasir berpindah ke Selengkoh, Sungai Limau,
Kedah setelah membeli tanah seluas 40 relung. Kawasan ini tidak sesuai untuk didirikan pondok
kerana terletak di tepi sungai dan berhampiran sawah. Keadaan tanah di kawasan itu menjadi becak
dan berlumpur pada musim hujan. Keadaan ini menyebabkan jumlah penuntut berkurang, iaitu
hanya 50 orang. Sambutan dari penduduk tempatan juga kurang kerana mereka asyik membuat
bendang. Tempat ini juga terletak jauh dari jalan besar menyebabkan perhubungan menjadi sukar.
Tuan Hussein Muhammad Nasir menetap dan mengajar di sini selama empat tahun.18

Akibat sambutan yang kurang, Tuan Hussein Muhammad Nasir berpindah ke Batu Enam Belas,
Padang Lumat, Kedah pada tahun 1924 Masihi. Di sini, beliau membeli tanah untuk penempatan
muridnya dan sawah padi. Sambutan orang ramai juga tidak sehebat sebelumnya. Para penuntut
juga berkurangan iaitu hanya 40 buah pondok. Di sini, Tuan Hussein Muhammad Nasir tidak tinggal
lama. Pada tahun 1929 Masihi, berlaku konflik antara Tuan Hussein Muhammad Nasir dan Haji Wan
Sulaiman yang menyebabkan Tuan Hussein Muhammad Nasir tersingkir dari Kedah. Justeru Tuan
Hussein Muhammad Nasir berpindah ke Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.19

15
Ahmad Abdul Garni. op.cit. hal.31
16
Zakaria bin Ahmad Wan Besar. op.cit. hal.xiii
17
Ahmad Abdul Garni. op.cit. hal.32
18
Ibid
19
Ibid. hal.32-33

1794
Tuan Hussein Muhammad Nasir membuka pondok di Pokok Sena dengan dilengkapi sebuah surau.
Para penuntut di sini bertambah dari sebelumnya dengan jumlah pondok kira-kira 100 buah. Kira-kira
dua tahun sebelum Tuan Hussein Muhammad Nasir meninggal, beliau cuba mengubah sistem
pondok kepada sistem madrasah. Untuk tujuan tersebut, Tuan Hussein Muhammad Nasir membina
sebuah bangunan sekolah. Seorang guru ditugaskan mengajar sebuah darjah permulaan dengan
penuntut berjumlah 40 orang. Pelajaran yang diajar ialah bahasa Arab dan mata pelajaran lain.
Sebelum sempat melihat kejayaan sekolah tersebut, Tuan Hussein Muhammad Nasir telah meninggal
dunia.20

Tuan Hussein Muhammad Nasir meninggal dunia pada 10 Februari 1936 Masihi ketika berusia 72
tahun. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Titi Gajah.21Antara sekolah pondok
Tuan Hussein Muhammad Nasir yang masih kekal ialah sekolah pondok di Batu 16 dan sekolah
pondok di Pokok Sena. Di Batu 16, sekolah pondok dibuka semula pada tahun 1940 Masihi oleh Haji
Yahya bin Haji Junid setelah lama Tuan Hussein Muhammad Nasir meninggal dunia. Sekolah tersebut
dinamakan Madrasah Taufikiah al-Khairiah. Di Pokok Sena, al-Madrasah al-Khairiah diteruskan oleh
anak Tuan Hussein Muhammad Nasir iaitu Haji Ahmad.22

Karya-karyanya

Tuan Hussein Muhammad Nasir merupakan seorang ulama yang rajin berkarya. Kitab-kitab
karangannya menjadi rujukan para pelajar pondok dan masyarakat umum. Menurut Ishak Mohd.
Rejab, selama lebih kurang 49 tahun Tuan Hussein Muhammad Nasir berkecimpung dalam dunia
penulisan, beliau berjaya menghasilkan 19 buah kitab23 iaitu:

1. al-Nur al-Mustafid fi Aqa’id Ahl al-Tauhid

Kitab ini membincangkan tentang tauhid, iaitu ilmu untuk memantapkan akidah seorang muslim.
Ilmu tauhid dipelajari supaya seseorang itu dapat mengenal Allah.24

20
Ibid. hal.33
21
Zakaria bin Ahmad Wan Besar. op.cit. Hal.xiv
22
Ahmad Abdul Garni. op.cit. hal.34
23
Ishak Mohd. Rejab. 1993. op.cit. hal.45
24
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1887 Masihi

1795
2. Tamrin al-Sibyan

Kitab ini membincangkan tentang tauhid iaitu rukun Iman, rukun Islam, sifat dua puluh, zikir, sifat-
sifat Rasul.25

3. Hidayat al-Sibyan

Kitab ini membicarakan tentang akidah termasuklah iman, islam dan sifat 20). Selain itu, kitab ini
turut membincangkan tentang fikah iaitu bersuci, solat, zakat, puasa dan haji.26

4. Hidayat al-Mutafakkirin

Kitab ini membincangkan tentang akidah termasuklah wujud Allah, sifat, nama dan perbuatan Allah,
risalah bagi Rasul dan hari kiamat.27

5. Kasr al-Iksir

Kitab ini merupakan kitab tasawuf yang membincangkan mengenai makrifatullah dengan
mushahadah. Kitab ini dapat membantu orang-orang yang ingin mengetahui secara mendalam
mengenai cara mengenal Allah.28

6. Tadkir Qabail al-Qadhi.

Kitab ini merupakan terjemahan Hadis Jawahir al-Bukhari, iaitu mengenai hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.29

7. Qatr al-Ghaithiah.

25
Kitab ini selesai ditulis pada hari Sabtu 1 Syaban 1318 Hijrah /1900 Masihi. Kitab ini diterbitkan oleh
Maktabah Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawi, Acheen Street, Pulau Pinang, dan dicetak kali ketiga
oleh Matbaah The United Press, Pulau Pinang pada bulan Rabiul Akhir 1392Hijrah / 1972 Masihi. Kitab ini
mengandungi 19 halaman.
26
Kitab ini selesai ditulis pada hari Isnin, 18 Muharram 1330Hijrah / 1912 Masihi. Kitab ini dicetak oleh
Matba’ah bin Halabi, Thailand tanpa tahun. Kitab ini mengandungi 38 halaman.
27
Kitab ini selesai ditulis pada 3 Rabiul Awal 1337Hijrah / 1918 Masihi. Kitab ini dicetak kali pertama oleh
Matbaah Persama, Achen Street, Pulau Pinang pada 3 Rabiul Akhir 1377Hijrah / 1957 Masihi. Kitab ini dicetak
kali keenam oleh Percetakan al-Muarif Sendirian Berhad., Pulau Pinang. Kitab ini mempunyai 41 halaman.
28
Kitab ini selesai ditulis pada hari Khamis, 25 Rabiul Akhir 1336 Hijrah / 1917 Masihi. Kitab ini dicetak kali
ketiga oleh Dar al-Huda Press, Pulau Pinang pada bulan Safar 1356Hijrah / April 1937 Masihi. Kitab ini
mengandungi 12 halaman.
29
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1923 Masihi

1796
Kitab ini membincangkan tentang ilmu hakikat dan tasawuf. Kitab ini dapat membantu mereka yang
ingin menghiasi diri dengan akhlak terpuji dan menjauhi sifat-sifat keji.30

8. Bidayat al-Talibin.

Kitab ini adalah kitab tasawuf, membincangkan tentang nazar yang menyampaikan kepada
makrifatullah.31

9. Hidayat al-Atfal

Kitab ini membincangkan tentang tauhid, iaitu ilmu untuk memperbetulkan akidah seorang muslim.32

10. Malaqit al-Lamiyah wa al-Shafiah.

Kitab ini membincangkan mengenai bahasa Arab dan ilmu saraf. Kitab ini sesuai untuk orang-orang
yang ingin mempelajari ilmu tatabahasa Arab.33

11. Tafrih al-Sibyan.

Kitab ini menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw. Selain itu, kitab ini juga
menceritakan tentang perjalanan hidup baginda sebagai seorang pesuruh Allah.34

12. Usul al-Tauhid

Kitab ini membincangkan tentang ilmu tauhid iaitu ilmu untuk memantapkan akidah seseorang
muslim. Selain itu, kitab ini turut membincangkan tentang fikah, iaitu mengenai perkara-perkara
berkaitan ibadah seseorang muslim.35.

13. Hidayat al-Nikah.

30
Kitab ini selesai ditulis pada hari Selasa 25 Jamadil Awal 1348Hijrah / 1929 Masihi. Kitab ini diterbitkan oleh
Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawi dan dicetak oleh United Press, Pulau Pinang. Kitab ini masih
berada di pasaran kerana dicetak semula oleh Maktabah bin Halabi, Thailand. Kitab ini mengandungi 47
halaman.
31
Kitab ini selesai ditulis pada hari Sabtu 27 Rabiul Akhir 1344Hijrah / 1925 Masihi. Kitab ini dicetak oleh United
Press, Pulau Pinang pada 1357Hijrah / 1938 Masihi (cetakan kedua). Kitab ini mengandungi 27 halaman.
32
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1917 Masihi
33
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1925 Masihi
34
Kitab ini selesai ditulis pada hari Selasa, 3 Rabiul Awal tahun 1341 Hijrah / 1922 Masihi. Kitab ini dicetak oleh
Persama Press, Pulau Pinang pada tahun 1962 Masihi. Kitab ini mengandungi 42 halaman.
35
Kitab ini selesai ditulis pada 6 Syawal 1346 Hijrah / 1927 Masihi. Kitab ini dicetak semula oleh United Press,
Pulau Pinang pada 11 Jamadil Awal 1393 Hijrah / 1973 Masihi. Kitab ini mengandungi 83 halaman

1797
Kitab ini merupakan sebuah kitab fikah yang membincangkan mengenai hukum perkahwinan dalam
Islam.36

14. Tabsirah li Uli al-Albab.

Kitab ini membincangkan mengenai ilmu tauhid, iaitu untuk memantapkan akidah seorang muslim.37

15. Hidayat al-Ghilman.

Kitab ini membincangkan ilmu tauhid dan dapat dijadikan rujukan untuk seseorang yang ingin
mengenal Allah.38

16. Majmuk al-La’ali.

Kitab ini membincangkan ditulis dalam dua juzuk yang membincangkan tentang ilmu fikah
termasuklah hukum sembahyang, wirid dan doa dalam bentuk soal-jawab.39

17. Tanbih al-Ikhwan fi Tadbir al-Ma’isyah wa Taslih al-Buldan.

Kitab ini membincangkan tentang aspek sosial dan kaedah pemerintahan dan pembangunan negara
menurut Islam.40

18. Nail al-Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam

Kitab ini merupakan kitab tasawuf yang membicarakan secara khusus beberapa amalan zikir dan
wirid bagi mendapatkan husnul-khatimah.41

19. Bunga Ganti

Kitab ini merupakan sebuah kitab fikah yang membincangkan mengenai sembahyang qadha. Kitab ini
merupakan kitab terakhir yang ditulis oleh Tuan Hussein.42

Daripada 19 buah kitab karangan Tuan Hussein Muhammad Nasir, hanya 3 yang masih berada di
pasaran iaitu Hidayat al-Sibyan, Hidayat al-Mutafakkirin dan Qatr al-Ghaisiyyah. Kitab-kitab lainnya
ada yang disimpan di Perpustakaan Negara, Arkib Negara Malaysia (Cawangan Kedah dan Perlis) dan
juga menjadi koleksi Wan Mohd. Shaghir bin Wan Abdullah.

36
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1928 Masihi
37
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1931 Masihi
38
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1932 Masihi
39
Kitab ini juzu pertama selesai ditulis pada hari Jumaat, 5 Jamadil Akhir 1350 Hijrah/ 1931 Masihi. Kitab ini juzu
kedua selesai ditulis pada hari Isnin 20 Rejab 1350Hijrah / 1931 Masihi. Kitab ini merupakan naskhah tulisan
tangan yang mengandungi 31 halaman.
40
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1354 Hijrah/ 1935 Masihi.
41
Kitab ini selesai ditulis pada hari Ahad 6 Syaaban 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab ini dicetak oleh The United
Press, Pulau Pinang dan diusahakan oleh Haji Ahmad bin Tuan Hussein dengan tujuan mengumpulkan dana
bagi pembiayaan al-Madrasah al-Khairiyah al-Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas.
42
Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1354 Hijrah/ 1935 Masihi.

1798
Sifat-sifat Terpuji Dan Tercela

Selain menulis tentang akidah dan fikah, Tuan Hussein juga menulis tentang tasawuf. Antara perkara
yang dibincangkan termasuklah sifat terpuji dan tercela. Hal ini menunjukkan bahawa Tuan Hussein
Muhammad Nasir merupakan ulama yang berpihak kepada golongan tradisionalis. Beliau juga
berpegang kepada tasawuf Sunni, sama seperti al-Ghazali. Menurut Abdul Rahman, kaum reformis
pada dasarnya tidak menentang tasawuf Sunni, sebaliknya golongan reformis menentang keras
tasawuf tarekat dan tasawuf falsafah.43 Menurut Taftazani, Al-Ghazali telah menerangkan jalan
menuju Allah dalam bentuk latihan jiwa yang akan membawa seseorang itu menempuh fasa-fasa
pencapaian rohaniah dalam tingkatan serta keadaan menurut jalan tersebut, dan akhirnya sampai
kepada fana, tauhid, makrifat dan kebahagiaan.44

Al-Ghazali menggambarkan latihan rohaniah yang sesuai dengan tabiat terpuji sebagai kesihatan
kalbu. Kesihatan ini lebih penting daripada kesihatan jasmani, sebab penyakit anggota tubuh luar
sekadar membuatkan seseorang hilang nikmat hidup, sedangkan penyakit kalbu akan membuatkan
seseorang hilang nikmat pada kehidupan abadi. Menurut al-Ghazali, cara untuk memperoleh
kesihatan kalbu perlu dipelajari oleh semua orang yang mempunyai akal-budi. Hal yang demikian ini
kerana kalbu tidak terlepas dari penyakit yang jika dibiarkan akan marak, berkembang dan nampak
jelas. Justeru seseorang manusia perlu mengetahui pembangkit dan penyebab sesuatu penyakit
kalbu dan cara untuk mengubatinya.45 Tuan Hussein Muhammad Nasir mempunyai pendapat sama
dengan al-Ghazali apabila beliau menulis mengenai sifat terpuji dan tercela.

Dengan merujuk kepada al-Ghazali melalui kitab Minhaj al-Abidin Ila Jannati Rabb al-Alamin, Tuan
Hussein Muhammad Nasir telah membahas tentang sifat-sifat tercela dan sifat-sifat terpuji serta
proses pendakian ke arah mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Sifat-sifat Tercela

1. Banyak Makan
Antara sifat-sifat tercela yang dibincangkan oleh Tuan Hussein bin Muhammad Nasir ialah banyak
makan. Menurutnya:

Sangat gemar kepada makanan iaitu kinayah daripada sentiasa penuh perutnya itu
dengan makanan dan sentiasa ingat kepada makanan yang lazat-lazat dan menuntut

43
Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. Kedah: Pustaka Darussalam Sendirian Berhad.
Hal.135
44
Taftazani, Abu al-Wafa al-Ghanimi. 1985. Sufi Dari Zaman Ke Zaman: Suatu Pengantar Tentang Tasawuf
(tej.). Bandung: Penerbit Pustaka. Hal.166
45
Al-Ghazali, Abu Hamid. 1334 Hijrah. Ihya’ Ulum al-Din. Jilid .3. Kairo: Maktabah al-Babi al-Halabi. Hal.42

1799
akan ia. Bermula yang demikian itu membawa meluput akan waktu ibadat dan khidmat
kepada Allah taala dan membawa kepada lupa dan tertutup mata hatinya daripada
ingat kepada Allah taala.46

2.Banyak berkata-kata

Seterusnya, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir member nasihat agar menjauhkan diri dari banyak
berkata-kata. Menurutnya:

Tiada kebajikan pada banyak daripada berkata-kata mereka itu dengan perkataan yang
tiada memberi faedah, melainkan perkataan mereka yang menyuruh ia dengan
bersedekah, atau yang menyuruh ia dengan berbuat baik dan kebajikan, atau yang
menyuruh ia dengan memperdamai antara segala manusia yang berkelahian.47

3.Suka kepada harta

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir juga mengecam sifat seseorang yang suka dan berlumba-lumba
mengumpul harta. Menurutnya:

Bermula harta dan segala anak cucu iaitu perhiasan kehidupan di dalam dunia jua
ertinya yang berhias orang dengan keduanya di dalamnya. Bermula segala amal yang
soleh yang berkekalan sekeliannya sampai kepada akhirat.48

4.Suka kepada kemegahan dan kuasa

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir memberi peringatan agar menjauhi sifat suka kepada
kemegahan dan kuasa. Menurutnya:

Bermula negeri akhirat dan kampung akhirat ertinya syurga iaitu kami jadi akan ia bagi
segala mereka yang tiada berkehendak mereka itu akan ketinggian dan kemegahan di
dalam bumi dan tiada berkehendak mereka itu akan membinasakan dan berbuat zalim
dan aniaya di dalamnya.49

5.Suka kepada pujian

Seterusnya, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir memberi ingatan tentang bahaya sifat seseorang
yang suka kepada pujian kerana pujian boleh melekakan seseorang. Menurutnya:
46
Hussein Nasir. t. th. Qatr al-Ghaisiyah.Fi Ilm al-Sufiah . Pulau Pinang: Maktabah Haji Abdullah bin Muhammad
Nuruddin al-Rawi. Hal.22-23
47
Ibid. hal.23
48
Ibid. hal.24
49
Ibid

1800
Maka jangan kamu sekelian memuji akan segala diri kamu.50

6.Suka kepada dunia

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir turut menasihatkan agar menjauhi sifat suka kepada kehidupan
dunia yang bersifat sementara. Menurutnya:

Barangsiapa yang berkehendak ia dengan amalannya itu akan keuntungan dan balasan
akhirat nescaya kami ganda baginya pada balasannya itu di dalam satu amalan sepuluh
ganda balasannya hingga sampai tujuh ratus ganda dan lebih lagi iaitu atas qadar lebih
kurang pada ikhlasnya di dalam amalnya itu. Dan barangsiapa berkehendak ia dengan
amalannya itu akan keuntungan dan balasan dunia, nescaya kami datang baginya
daripada dunia qadar amalnya jua. Jadi balasannya dengan ketiadaan ganda dan tiada
baginya di dalam akhiratnya itu daripada balasan kebajikan.51

7. Sifat marah dan dengki

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir turut mengecam sifat marah dan dengki.Tuan Hussein membawa
hadis daripada Rasulullah:

Dan telah berkata Ibnu Umar kepada Nabi S.A.W., Apa suatu yang sepatutnya menjauh ia akan daku?
Maka sabda Nabi S.A.W., Jangan engkau marah.

Sabda Rasulullah S.A.W., takut oleh kamu akan diri kamu, dan takut oleh kamu akan dengki, maka
bahawasanya dengki itu memakan ia akan segala kebajikan seperti memakan oleh api akan kayu
yang kering.52

8. Sifat takabbur

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir menyarankan agar menjauhi sifat takabbur. Menurutnya:

Jangan engkau paling akan pipi engkau dan muka engkau daripada manusia kerana
takabbur engkau dan sombong engkau dan cela engkau. Dan jangan engkau berjalan di
atas bumi berlenggang seperti berlenggang orang yang takabbur kerana bahawasanya
Allah taala tiada kasih Ia akan sekelian orang yang membesar akan dirinya dan orang
yang bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada dirinya.53

50
Ibid
51
Ibid. hal.24-25
52
Ibid. hal.25
53
Ibid

1801
9. Sifat Riya’, Ujub dan Sum’ah.

Akhirnya, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir turut menasihatkan agar menjauhi sifat riya’, ujub dan
sum’ah. Menurutnya:

Riya’ bermaksud memperlihat akan kebajikannya kepada orang. Ujub bermaksud hairan
akan dirinya iaitu bahawa datang di dalam hatinya itu perasaan melihat akan amalan
dirinya atau apa-apa kebajikan dirinya itu lebih daripada amalan dan kebajikan orang
yang lain daripadanya, dan orang yang lain daripadanya tiada kuasa mendatang
seumpama barang yang ia mendatang akan dia. Sum’ah bermaksud berkhabar-khabar ia
kepada orang akan berbagai-bagai kebajikan yang ia kerja akan dia.54

Keburukan sifat mazmumah

Selepas menerangkan tentang sifat-sifat tercela, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir
membincangkan tentang keburukan sifat-sifat tersebut dan tujuan menjauhinya. Menurutnya:

Sifat mazmumahsekeliannya itu memberi cedera akan suluk orang yang salik dan mendinding akan
makrifah orang yang arif, dan menutup akan musyahadah orang yang musyahidin, dan menggelap
akan segala hati orang yang muwahhidin. Istimewa pula pada empat yang akhir itu iaitu takabbur,
riya’, ujub dan sum’ah, maka sekeliannya itu sangatlah memberi cedera dan mendatang akan
kecelakaan pada suluk mereka itu dan dinamakan sekeliannya itu dengan syirik khafi.55

Sifat-sifat Terpuji

1.Taubat

Menurut Tuan Hussein bin Muhammad Nasir, seseorang perlu sentiasa melakukan taubat untuk
membersihkan diri dari dosa. Menurutnya:

Kembali daripada dosa yang ia jatuh kepadanya dengan segera iaitu dengan bahawa
meninggal ia akan itu pekerjaan yang jadi berdosa ia dengan sebabnya dan menyesal ia
dengan itu perbuatan yang jadi berdosa ia dengan dia dan cita-cita ia akan bahawa
tiada kembali lagi kepada berbuat itu perbuatan yang jadi berdosa ia dengan sebabnya
dan kembali balik segala hak yang jadi berdosa atasnya dengan sebab mengambil itu
hak kepada tuannya dan mengucap dua kalimah syahadah jika jadi murtad ia dengan
sebab mengerja ia akan itu pekerjaan yang jadi berdosa atasnya.56

54
Ibid. hal.25-26
55
Ibid. hal.26
56
Ibid

1802
Maka taubat iaitu permulaan jalan bagi sekelian orang yang salikin. Taubat dapat menambah
kebajikan dan menaikkan darjat bagi golongan yang arifin. Dan bagi taubat itu dua faedah;
pertamanya mengkifaratkan segala dosa, keduanya mendapat darjat mulia sehingga menjadi kekasih
Allah.57

2. Khauf

Antara sifat terpuji yang turut dibincangkan oleh Tuan Hussein bin Muhammad Nasir ialah perasaan
khauf iaitu takut kepada Allah. Menurutnya:

Dan adapun makna al-khauf maka iaitu ibarat daripada kecut hati dan gentar segala
anggota daripada melihat akan luas pemerintahan Allah dan kuasanya dan kekerasannya
dan ketinggiannya dan kebesarannya atau berubah segala tabiat anggotanya dan lemah
ia dan kecut hatinya dan gementar ia pada ketika ingat ia akan hebat Allah taala dan
murkanya dan siksanya.58

3.Raja’

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir menggalakkan seseorang agar sentiasa mengharapkan rahmat
Allah dalam menjalani kehidupan seharian. Menurutnya:

Dan adapun al-Raja’ ertinya harap, maka iaitu ibarat daripada tuntut hasil suatu yang
disukai dan lagi kepujian pada syara’ daripada Allah taala akan sebagai tuntut yang
berkekalan ia atau tuntut ia daripada bahawa dijauh akan dia daripada suatu yang
dibenci akan dia.59

4. Zuhud

Seterusnya, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir turut menyarankan seseorang agar menghiasi
dirinya dengan sifat zuhud. Menurutnya:

Dan adapun zuhud maka iaitu ibarat daripada meninggal akan dunia melainkan qadar
yang tiada dapat tiada daripadanya. Inilah pada yang sekurang-kurang pangkat zahid.
Adapun bagi yang setinggi-tinggi pangkatnya maka iaitu yang meninggal akan barang
yang lain daripada Allah taala dan berpaling ia daripadanya pada zahirnya dan batinnya.
Dan setengah daripada maknanya iaitu meninggal akan tamak barang yang di dalam
tangan manusia.60

57
Ibid. hal.27
58
Ibid
59
Ibid
60
Ibid

1803
5. Sabar

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir memuji seseorang yang sentiasa bersabar dalam mengharungi
kesukaran. Menurutnya:

Dan adapun sabar maka iaitu ibarat daripada menanggung hati dan segala anggota
akan bala dan kesusahan yang datang daripada Allah taala. Dan menanggung akan
kesusahan mengerja segala suruhan Allah taala, dan menanggung akan kesusahan
meninggal akan segala tegahan Allah taala.61

6.Syukur

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir turut memberi ingatan agar seseorang sentiasa bersyukur
kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan. Menurutnya:

Dan adapun syukur maka iaitu ibarat daripada mengaku seorang dengan segala nikmat
yang berlaku atasnya dan atas segala makhluk ini sekeliannya itu daripada Allah taala
akan sebagai mengaku dengan hati ertinya iktikad dengan hati akan bahawasanya
sekelian nikmat itu daripada Allah taala, dan mengaku dengan lidah seperti katanya
alhamdulillah, dan mengaku dengan amal segala anggotanya.62

7.Tawakkal

Menurut Tuan Hussein bin Muhammad Nasir, seorang Islam perlu sentiasa bertawakkal kepada Allah
dalam segala urusan kehidupannya. Menurutnya:

Dan adapun tawakkal maka iaitu berpegang ia atas Allah taala pada tiap-tiap halnya
kerana sudah jazam ia pada iktikadnya akan bahawasanya Allah taala Rabb al-Alamin,
yang mengada ia akan tiap-tiap suatu dan yang memilik akan dia, dan yang memerintah
akan dia, maka dengan kerana yang demikian itulah ia berserah kepada Allah taala
segala halnya dan berpeganglah ia atasnya, dan bergantunglah ia kepadanya pada tiap-
tiap pekerjaan yang ia harap akan hasilnya kepadanya atau ia harap akan jauhnya
daripadanya.63

8.Mahabbah

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir memuji sifat seseorang yang kasih kepada Allah. Menurutnya:

Dan adapun mahabbah ertinya kasih akan Allah, maka ada kalanya dengan makna kasih
hamba akan Allah, dan iaitu ibarat daripada bersegera hamba kepada mengerja segala

61
Ibid. hal.28
62
Ibid
63
Ibid. hal.29

1804
jenis taat fardu dan sunat, dan bersungguh-sungguh dengan menjauh segala jenis
maksiat kepada Allah atau yang menyerupai maksiat pada pihak ditegah akan dia iaitu
segala yang makruh.64

9.Redha

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir turut mengingatkan seseorang agar sentiasa redha dengan
segala takdir Allah. Menurutnya:

Dan adapun redha ertinya suka hati dengan barang yang datang daripada Allah. Maka
iaitu ibarat daripada yakin oleh hamba dan tahqiq ia akan bahawasanya Allah taala iaitu
adil ia pada segala qadanya dan qadarnya… Bermula tiap-tiap barang yang disuruh
redha daripadanya seperti iman dan taat iaitu disuruh syukur dengan dia pula. Dan tiap-
tiap barang yang tiada diharus redha dengan dia seperti kufur dan maksiat iaitu wajib
keluar daripadanya dengan taubat.65

10.Ingat kepada Mati

Kemudian, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir menasihatkan seseorang agar sentiasa mengingati
mati. Menurutnya:

Dan adapun zikr al-maut ertinya ingat kepada mati, maka iaitu sebab yang amat besar
dan peringatan dan pengajaran yang amat terang bagi mendatang akan seseorang itu
kepada mengerja akan segala kebajikan dan menjauh dan meninggal segala kejahatan
dengan segera66… tiap-tiap orang yang ingat akan mati iaitu membawa ia akan kurang
gemarnya kepada dunia yang banyak dan membawa pula kepada berhadap dan
mengerja ia dengan amalan akhirat kerana sudah ia lihat dengan mata kepala akan
setengah-setengah orang yang mati iaitu meninggal ia akan beberapa harta yang
banyak yang diperintah orang akan dia kepada pekerjaan yang sia-sia. Jikalau ia hidup
nescaya tiada redha ia dengan itu pekerjaan.67

Perkara-perkara yang mencegah golongan salikin untuk sampai kepada Allah.

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir juga membincangkan perkara-perkara yang mencegah orang-
orang yang bersuluk untuk sampai kepada Allah berdasarkan kitabMinhaj al-Abidin Ila Jannati Rabb
al-Alamin, karangan al-Ghazali.Hal ini termasuklah penghalang (awaiq), godaan (awarid), pembangkit

64
Ibid
65
Ibid. hal.30
66
Ibid. hal.31
67
Ibid. hal.32

1805
(bawa’ith) dan pencela (qawadih).68Sebenarnya al-Ghazali menghuraikan tujuh proses yang perlu
dilalui oleh seseorang hamba untuk mencapai kebahagiaan dalam beribadah iaitu ilmu, taubat,
awaiq, awarid, bawaith, qawadih dan akhirnya pujian serta syukur.69

Al-Ghazali menamakan kitab tersebut sebagai Minhaj al-Abidin Ila Jannati Rabb al-Alamin. Perkataan
abid bermaksud orang yang sentiasa melakukan ibadah setelah beliau berusaha mempelajari ilmu
pengetahuan. Hal ini merupakan amalan yang digemari oleh golongan bijak pandai dan merupakan
jalan untuk mencapai kebahagiaan dan memperolehi syurga. Perkataan minhaj pula bermaksud jalan
yang terang dan jelas yang wajib dilalui oleh orang yang mengusahakan sesuatu pekerjaan atau
penuntut ilmu.70 Al-Ghazali menerangkan bahawa beliau berupaya menulis kitab tersebut berkat
pertolongan dan ilham yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Beliau berjaya menghuraikan tujuh
proses yang perlu dilalui oleh seseorang untuk mencapai kebahagiaan dalam beribadat. Dalam
penulisan kitab tersebut, al-Ghazali menggunakan bahasa yang menarik dengan pemilihan perkataan
yang mudah difahami.71

Awaiq merupakan perkara-perkara yang mencegah seseorang salik72 untuk berbuat ibadat, khidmat
dan taat kepada Allah dalam usahanya untuk mengenal Allah dan mushahadah akan Allah. Hal ini
termasuklah segala perkara dunia, segala jenis makhluk, syaitan dan nafsu.73

Awaridh merupakan perkara-perkara melintang dan menyekat perjalanan seseorang salik dalam
melakukan ibadat dan ketaatan kepada Allah. Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini tidak
mencedera dan membinasa perjalanan seseorang salik. Antara perkara awaridh ialah:

1. Seseorang yang berhajat kepada rezeki bagi dirinya dan bagi orang di bawah tanggungannya.
Dalam usaha mencari rezeki tersebut, seseorang salik terhalang daripada melakukan ketaatan dan
ibadat kepada Allah. Untuk melepaskan diri dari perkara tersebut, seseorang salik perlu bertawakal
kepada Allah dengan sebenar-benarnya, kerana Dialah yang mengurniakan rezeki. Selain itu,
seseorang salik itu perlu juga menghabiskan segala waktu dengan melakukan ibadat kepada Allah
secara bersungguh-sungguh.74

68
Zakaria bin Ahmad Wan Besar. op.cit. hal.80 dan 96. Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di
Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur dan Pulau Pinang: DewanBahasa dan Pustaka dan Universiti Sains
Malaysia
69
Al-Ghazali. 2001. Minhaj al-Abidin Ila Jannati Rabb al-Alamin. Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiah. Hal.30
70
Ibid. hal. 20-21
71
Ibid. Hal.30-31
72
Salik merupakan seseorang yang menjalani ibadat suluk
73
Hussein Nasir. t. th. Qatr al-Ghaisiyah.Fi Ilm al-Sufiah . op.cit. .hal.81
74
Hussein Nasir. Ibid. hal.33. Lihat juga Zakaria bin Ahmad. Ibid. hal.91

1806
2. Awaridh al-akhtar, iaitu perkara-perkara yang sentiasa mengganggu hati, antara ingin melakukan
perkerjaan tersebut dan tidak melakukannya. Jika dilakukan pekerjaan tersebut akan menyebabkan
seseorang salik meninggalkan ibadat kepada Allah. Untuk mengatasi perkara ini, seseorang salik
perlu menyerahkan kepada Allah segala perkara yang terlintas di hati, seterusnya cuba melupakan
perkara tersebut. Dengan itu, dapatlah seseorang salik memfokuskan perhatiannya untuk beribadat
kepada Allah.75

3. Awaridh berbentuk qada daripada Allah yang menyekat seseorang salik daripada melakukan
ibadat kepada Allah. Untuk mengatasi halangan ini, seseorang salik perlu redha terhadap qada Allah
yang datang ke atasnya, sama ada dalam bentuk nikmat, kesusahan, kebajikan dan kejahatan.76

4. Kesusahan dan bala yang menyekat seseorang daripada melakukan ibadat kepada Allah. Untuk
melepaskan diri daripadanya, hendaklah bersabar dan teruskan berbuat ibadat kepada Allah. 77

Qawadih iaitu perkara-perkara yang mencedera pahala amalan orang yang salik kepada Allah.
Terdapat pelbagai perkara termasuk dalam qawadih. Antaranya ialah segala sifat mazmumah yang
disimpul sebagai takabbur, riya’, ujub dan sam’ah. Untuk melepaskan diri daripada perkara tersebut,
seseorang salik perlu menghiasi dirinya dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, khusyuk,
tawaduk, meninggalkan cinta dunia, kemegahan, kebesaran, pangkat, jawatan dan harta.78

Bawaith iaitu perkara-perkara yang membangunkan atau menggerakkan seseorang salik dalam
melaksanakan ibadat kepada Allah iaitu semua sifat-sifat mahmudah. Antaranya yang penting ialah
sifat taqwa, ertinya takut kepada Allah. Taqwa kepada Allah ialah gedung tempat keluar segala jenis
kebajikan, tempat keluar segala amal yang sempurna dan segala amal yang diterima. Orang yang
mempunyai sifat taqwa sentiasa dalam kegembiraan yang berkekalan sehingga akhirat, sentiasa
dinaikkan kedudukan dan mendapat pula beberapa keistimewaan.79

Begitulah pendapat Tuan Hussein Muhammad Nasir mengenai sifat terpuji dan tercela. Beliau amat
mementingkan persoalan kalbu dalam membentuk sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela. Tuan
Hussein Muhammad Nasir bersetuju dengan Al-Ghazali yang mengatakan bahawa kalbu merupakan
sumber makrifat. Al-Ghazali memberikan contoh berikut:

75
Hussein Nasir. Ibid. hal.38. Lihat juga Zakaria bin Ahmad. Ibid. hal.93
76
Hussein Nasir. Ibid. hal.38. Lihat juga Zakaria bin Ahmad. Ibid. hal.94
77
Hussein Nasir. Ibid. hal.39. Lihat juga Zakaria bin Ahmad. Ibid. hal.94
78
Hussein Nasir. Ibid. hal.39-40. Lihat juga Zakaria bin Ahmad. Ibid. hal.95-96
79
Hussein Nasir. Ibid. hal.40. Lihat juga Zakaria bin Ahmad. Ibid. hal.96-97

1807
Jika kita membayangkan suatu lembah yang ke dalamnya mengalir air dari berbagai-
bagai sungai, sehingga airnya lebih jernih serta bening atau mungkin juga begitu
banyak dan deras, begitulah halnya kalbu yang bagaikan lembah itu. Sementara ilmu
pula umpama air, dan panca indera bagaikan sungai-sungai. Terkadang ilmu
menerobos kalbu lewat sungai-sungai panca indera ataupun pemikiran, lewat
pelbagai pengamatan sehingga kalbu dipenuhi ilmu. Sungai tersebut boleh
dibendung dengan menjauhkan diri dari keramaian serta hidup menyendiri, ataupun
memejamkan mata. Sementara relung kalbu dapat digali dengan menyucikannya
serta menghilangkan pelbagai penghalangnya, sehingga memancarlah sumber-
sumber ilmu dari kalbu tersebut.80

Kesimpulan

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir merupakan seorang ulama terkenal di Kedah. Beliau banyak
memberi sumbangan dalam bidang pendidikan dan penulisan. Menerusi kitab Qatr al-Ghaisiyyah Fi
Ilm al-Sufiah, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir ada membicarakan persoalan sifat-sifat tercela dan
terpuji dan perkara-perkara yang menghalang golongan salikin untuk menuju Allah.Tuan Hussein bin
Muhammad Nasir membicarakan sifat-sifat tercela seperti banyak makan, banyak berkata-kata dan
suka kepada harta dengan tujuan supaya masyarakat menjauhi sifat tersebut dalam kehidupan.
Seterusnya, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir membicarakan sifat-sifat terpuji seperti taubat,
khauf dan raja' supaya masyarakat berusaha mengaplikasikan sifat-sifat tersebut dalam kehidupan.
Seterusnya, Tuan Hussein membincangkan pula tentang perkara-perkara yang menghalang
seseorang salik untuk menuju Allah. Perkara ini ditujukan khusus bagi golongan sufi yang berusaha
menghampirkan diri kepada Allah.Secara umumnya, sifat-sifat tercela harus dijauhi, manakala sifat-
sifat terpuji perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian seorang muslim supaya jiwa menjadi suci dan
hampir dengan kebenaran. Perbicaraan tentang sifat-sifat terpuji dan tercela jelas menunjukkan
bahawa Tuan Hussein merupakan seorang ulama yang berfikiran tradisionalis.

Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang: DewanBahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia

80
Al-Ghazali, Abu Hamid. Ihya’ Ulum al-Din.op.cit.hal. 170

1808
Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. Kedah: Pustaka Darussalam Sendirian
Berhad

Ahmad Abdul Garni bin Haji Said. 1976/77. Tuan Hussein Muhammad Nasir Kedah. Latihan Ilmiah
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah). Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Hal.27

Al-Ghazali, Abu Hamid. 2001. Minhaj al-Abidin Ila Jannati Rabb al-Alamin. Beirut: Dar al-Bashair al-
Islamiah.

Al-Ghazali, Abu Hamid. 1334 Hijrah. Ihya’ Ulum al-Din. Jilid .3. Kairo: Maktabah al-Babi al-Halabi.

Hussein Nasir. t. th. Qatr al-Ghaisiyah.Fi Ilm al-Sufiah . Pulau Pinang: Maktabah Haji Abdullah bin
Muhammad Nuruddin al-Rawi.

Huzaimah Ismail, Baterah Alias dan Nafisiah Abdul Rahman. 2011. ‘Hussain Mohd Nasir al-Mas’udi al-
Banjari’. Dalam Mohd Rosdi Nik Ahmad (penyusun). Ilmuan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah
Serumpun. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. Hal.173-174

Ishak Mohd. Rejab. 1993. ‘Haji Husain Mohd. Nasir al-Masudi al-Banjari’ dalam Ismail Mat (ed.).
Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Saleh. 1996. ‘Tuan Hussein Kedah (1863-1936)’ dalam Biografi Ulama Kedah Darul Aman. Alor
Setar: Lembaga Muzium Kedah Darul Aman

1809
Mustafa Mohd. Isa. 1990. Alim Ulama di Negeri Kedah: Peranan Dua Orang Tokoh Dalam
Perkembangan Persuratan Jawi. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Taftazani, Abu al-Wafa al-Ghanimi. 1985. Sufi Dari Zaman Ke Zaman: Suatu Pengantar Tentang
Tasawuf (tej.). Bandung: Penerbit Pustaka.

Zakaria Ahmad Wan Besar. 2009. al-Jawahir al-Sufiyyah. Abdul Basir bin Mohamad (ed.). Selangor:
Mahzum Book Services.

1810
PENGAPLIKASIAN MOTIF DAN ORNAMENTASI CINA DALAM
TEKNIK CHIEN NIEN PADA DINDING BANGUNAN: KAJIAN KE
ATAS MASJID KAMPUNG KELING MELAKA

Syaimak Ismail
Abdullah Yusof

Abstrak

Kepesatan pelabuhan Melaka yang membangun sekitar tahun (1414-15111M) telah menarik
ramai masyarakat dari seluruh dunia untuk berdagang di Melaka dan proses migrasi ini telah
membawa bersama mereka budaya berbeza yang di bawa masuk ke negeri itu dan menjadi
sebati dengan masyarakat tempatan. Penjajahan yang berlaku ke atas Melaka juga turut
menyumbang kepada kepelbagaian pengaruh budaya, sosial dan aspek seni bina ke dalam
budaya tempatan. Hasil yang ketara dapat dilihat dengan berdirinya bangunan masjid yang
menarik, unik dan penuh dengan ciri keasingan.Masjid Kampung Keling yang dibangunkan
pada tahun 1748 merupakan satu warisan sejarah yang memperlihatkan gabungan seni bina
daripada pelbagai negara antaranya Eropah, Inggeris, Sumatera dan China. Sehubungan
dengan itu, penulis akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan sumbangan pertukangan
Cina dalam memperkenalkan teknik chien nien atau ‘potong dan lekat’ pada ukiran dinding
masjid Kampung Keling ini. Sebanyak lima jenis motif dan ornamentasi Cina telah digunakan
sebagai motif utama yang dipraktikkan pada bumbung masjid ini.

Kata Kunci: Motif, ornamnetasi, Cina, chien nien, masjid Kampung Keling, Melaka

1811
1.0 Pendahuluan

Kepingan cip seramik digunakan bagi membentuk hiasan dekorasi dinding ini dikenali
sebagai teknik chien nien atau teknik potong dan tampal. Pengaruh teknik ini dibawa masuk
dari wilayah Fukien1 dan mula digunakan sejak daripada zaman dinasti Qing (1641-1911M)
sehingga sekarang.Penggunaan teknik ini boleh dilihat di bahagian bumbung bangunan
terutamanya di rumah-rumah ibadat Cina yang terdapat di negara China dan Malaysia.
Antaranya ialah kuil Yeh yang terletak di Canton, tokong Cina Cheng Hoon Teng, Melaka dan
Masjid Saad Abi Waqas, Guangzhou China. Tokong-tokong Cina biasanya akan mempraktikan
ukiran motif flora, fauna dan kosmos khususnya dalam penggunaan teknik ini.

Pengaplikasian warna sangat dititikberatkan kerana setiap motif akan diwarnakan


dengan warna yang menarik sesuai dengan maksud falsafah motif berkenaan. Oleh sebab itu,
tokong-tokong Cina mempunyai hiasan yang padat dan ceria dengan kepelbagaian corak dan
warna. Motif dan ornamentasi masjid-masjid di China juga mempunyai warna yang pelbagai
tetapi tidak keterlaluan dalam penonjolanya.

2.0 Pengaplikasian Teknik Chien Nien Di Masjid Kampung Keling

Antara atap bumbung masjid Kampung Keling penulis dapati terdapat beberapa
ukiran yang diukir pada dinding bumbung masjid. Terdapat lima jenis motif yang digunakan
sebagai ukiran iaitu motif bunga, haiwan, kosmos, fenomena dan geometri. Penggunaan
teknik chien nien di masjid Kg. Keling ini boleh dilihat pada bahagian celahan atap tingkat
pertama dan kedua yang ditonjolkan dalam keadaan sederhana. Penggunaan warna putih
sebagai asas perwarnaan juga tidak keterlaluan sesuai dengan sifat masjid yang lebih
sederhana dan bersahaja. Setiap permukaan dinding arah Utara, Selatan, Barat dan Timur
dipraktikan teknik ini dengan pelbagai motif dan ornamentasi Cina.
Utara

Barat Timur

Rajah 1.1 Selatan


Pandangan atas bumbung masjid

Lapisan yang kecil mewakili lapisan bumbung yang pertama manakala lapisan yang
sederhana besar mewakili lapisan bumbung yang kedua dan lapisan yang paling besar
mewakli lapisan bumbung yang terakhir.

1
Kohl, David G, (1978), Chinese Architecture in the Strait Settlements and Western Malaya, University of Hong
Kong: Hong Kong, p. 63

1812
Lapisan pertama
Lapisan kedua

Rajah 1.2 Pandangan daripada sudut hadapan bumbung masjid

2.1 Motif Bunga


Terdapat empat jenis bunga utama yang digunakan bagi menghiasi ukiran antara
atap antaranya ialah bunga teratai, bunga kekwa, bunga peoni dan bunga plum. Keempat-
empat bunga ini mewakili empat musim panas, luruh dan sejuk dan bunga.2 Bunga-bunga ini
dirangkumkan kesemuanya sekali dan jarang sekali dipisahkan salah satu daripadanya.
Ukiran bunga-bunga yang mewakili setiap musim ini sangat masyhur kerana sering dijadikan
motif dalam kesenian sama ada dalam bentuk panel, atas skrin, atau hiasan dalam bentuk
skrol tetapi ukiran bunga yang sama ini juga diukir sekeliling bumbung masjid Kg. Keling ini.
Adakalanya bunga-bunga yang mewakili setiap musim ini ditambahkan atau digantikan
dengan motif lain seperti anggur untuk musim luruh, wisteria iatu sejenis tumbuhan yang
menjalar dengan bunga yang bergantungan untuk musim panas, pohon willow untuk musim
luruh dan pohon pine untuk musim sejuk.3

Keempat-empat jenis bunga ini boleh dilihat pada setiap celahan lapisan bumbung
pertama dan kedua masjid. Motif-motif ini berada di bahagian permukaan dinding arah
Utara, Barat, Timur dan Selatan.

a) Peoni

Rajah 1.3 Ukiran Peoni Di MKK

b) Plum

2
Kohl, David G, (1978), Chinese Architecture in the Strait Settlements and Western Malaya, University of Hong
Kong: Hong Kong, p. 64
3
Ptricia Bjaaland Welch, (2008), Chinese Art: A Guide To Motifs And Visual Imagery, Singapore: Tuttle
Publishing, p. 18

1813
Rajah 1.4 Ukiran Plum Di MKK

c) Teratai

Rajah 1.5 Ukiran Teratai Di MKK

d) Kekwa

Rajah 1.6 Ukiran Kekwa Di MKK

e) Olea Fragrans

Rajah 1.7 Ukiran Olea Fragrans Di MKK

Hiasan bunga Olea Fragans hanya boleh didapati di negeri China, Korea dan Jepun.
Bunga ini hanya mempunyai empat kelopak bunga dan mempunyai wangian yang harum.
Bunga ini terdapat di bahagian empat penjuru bumbung masjid Kampung Keling. Motif
bunga yang sama penulis temui pada pintu gerbang Cina di pameran yang dianjurkan oleh
muzium Negara. Masjid di China juga turut mempraktikan ukiran bunga ini di bahagian pintu
masuk dewan solat. Selain itu, hiasan bunga ini juga temui pada hiasan batu pintu gerbang
yang terletak di hadapan muzium Nasional Guangzhou, China. Bunga ini turut menjadi motif

1814
hiasan bagi perabot-perabot yang digunakan oleh masyarakat baba dan nyonya di Melaka
dan Pulau Pinang.

f) Cassia

Rajah 1.8 Ukiran Bunga Cassia Di MKK

Bunga Cassia satu-satunya boleh dilihat di bahagian Selatan lapisan bumbung masjid.
Berdasarkan kajian, bunga ini digabungkan dengan motif haiwan iaitu arnab dan hasil
gabungan kedua motif ini menghasilkan satu maksud falsafah Cina yang menarik.

2.2 Motif Kosmos

a) Roda

Rajah 1.9 Ukiran Motif Roda Di MKK

Rajah di atas adalah merupakan salah satu daripada lambang agama Buddha iaitu
roda.4 Gambar kiri merupakan roda yang ditemui di masjid Kg. Keling. Di bahagian tengah
bulatan ini terdapat bunga teratai yang berfungsi sebagai simbol roda yang digambarkan
sebagai roda dalam bentuk bunga. Persamaan bentuk roda dalam bunga teratai turut
ditemui di Muzium Guangzhou dan Muzium Kesenian Melaka. Terdapat hampir empat motif
roda pada bahagian Utara dan Selatan permukaan lapisan kedua dinding masjid. Dua di
bahagian Utara dan dua lagi di bahagian Selatan.

4
Roda turut diketahui sebagai roda kehidupan, roda kebenaran dan roda suci. Roda kehidupan ini
menggambarkan tentang kitaran kehidupan seorang manusia bermula daripada kelahiran, kematian
sehinggalah kelahiran semula. (Sila lihat C.A.S William, (1974), Chinese Symbolism and Art Motifs, Charles E.
Tuttle Company: Japan, p. 426)

1815
a) Skrol

Rajah 2.0 Ukiran Skrol Di MKK

Motif skrol yang ditampilkan dalam bentuk chien nien di lapisan antara bumbung
meru. Hiasan skrol turut dijadikan sebagai salah satu hiasan pada ukiran masjid ini. Seperti
yang telah diterangkan oleh penulis dalam bab sebelumnya, skrol adalah merupakan salah
satu lambang agama Buddha yang melambangkan ilmu pengetahuan. Hiasan skrol yang sama
telah ditemui penulis di tokong Cheng Hoon Teng. Tokong ini terletak sebaris dengan Masjid
Kampung Keling. Ukiran skrol ini boleh dilihat pada bahagian Selatan lapisan bumbung masjid
yang kedua dan terdapat hampir tiga ukiran yang sama pada bahagian yang sama manakala
di bahagian Barat terdapat satu motif skrol. Secara keseluruhanya terdapat hampir empat
skrol menghiasi bumbung masjid Kampung Keling.

b) Mutiara

Rajah 2.1 Ukiran Mutiara Di MKK

Salah satu daripada lapan lambang agama Buddha ialah mutiara. Terdapat dua motif tanduk
badak di bahagian lapisan pertama bumbung masjid arah Utara dan Barat.

c) Tanduk Badak

Rajah 2.2 Ukiran Tanduk badak Di MKK

Gambar adalah merupakan salah satu daripada lapan lambang benda berharga
dalam agama Buddha iaitu tanduk badak sumbu. Terdapat dua uikiran tandu badak yang
berada di bahagian Utara dan Barat lapisan kedua bumbung masjid.

1816
d) Pasu

A B C
Rajah 2.3 Motif Tiga Buah Pasu Di MKK

Rajah di atas adalah merupakan elemen bunga di dalam pasu. Hiasan pada bahagian
atap ini menampilkan bunga-bunga yang berada dalam kedudukan bebas dan ada juga
berada di dalam pasu. Keadaan ini sama seperti yang boleh dilihat pada rumah-rumah ibadat
China.5 Terdapat tiga motif pasu yang berada di bahagian lapisan pertama bahagian Utara
masjid dan dua di bahagian Barat, Timur dan Selatan. Ketiga-tiga pasu ini dihiasi dengan
hiasan bunga teratai, peoni dan plum.

i) Peoni

Rajah 2.4 Motif Peoni Dalam Pasu

a) Plum

Rajah 2.5 Motif Plum Dalam Pasu

b) Teratai

5
Kohl, David G, (1978), Chinese Architecture in the Strait Settlements and Western Malaya, University of Hong
Kong: Hong Kong, p. 64

1817
Rajah 2.6 Motif Teratai Dalam Pasu

2.3 Motif Buah


a)Anggur

Rajah 2.7 Motif Anggur Di MKK

Buah anggur dijadikan motif dalam ukiran Cina dan seringkali dapat dilihat pada
bahagian pinggiran objek. Motif ini berada di bahagian Utara dan Barat lapisan kedua
bumbung masjid.

b) Peach

Rajah 2.8 Motif Peach Di MKK

Melihat kepada gambar buah yang terdapat pada bahagian dinding ini tidak dapat
dikenalpasti secara halus. Tetapi berdasarkan kepada bentuk buah yang memiliki satu garisan
dan saiz daun yang panjang berbentuk tirus dan ranting pokok dilihat mempunyai persamaan
dengan buah peach. Buah peach ini terdapat di lapisan kedua bumbung masjid arah Utara di
bahagian hujung.

1818
c) Labu

Rajah 2.9 Motif Buah Labu Di MKK

Rajah 4.41 adalah merupakan motif buah labu yang diabadikan dalam bentuk chien
nien. Motif ini disahkan berdasarkan kepada bentuk buahnya yang memiliki garisan panjang
daripada atas sehingga ke bawah beserta bentuk daunya yang bersifat lebar. Ukiran buah ini
terdapat di bahagian Utara dan Selatan pada lapisan bumbung masjid yang kedua.

2.4 Motif Haiwan


a) Pegar

Rajah 2.10 Motif Burumg Pegar Di MKK

Pada bahagian Utara lapisan pertama bumbung masjid ini terdapat motif bunga
teratai, peoni dan plum. Di atas motif bunga peoni terdapat motif haiwan iaitu burung.
Badan burung tersebut dilitupi oleh daun bunga. Terdapat dua ekor burung yang bertenggek
di atas dahan. Gabungan di antara haiwan dan tumbuhan dalam kesenian Cina adalah biasa
kerana keduanya membawa maksud dan lambang tertentu. Contohnya bunga teratai
biasanya digabungan dengan itik mandarin manakala plum digabungkan dengan burung
murai.6

b) Arnab

Rajah 2.11 Motif Arnab Di Sebalik Bunga Cassia Di MKK

6
Patricia Bjaaland Welch, (2008), Chinese Art: A Guide To Moifs And Visual Imagery, Singapore: Tuttle
Publishing, p.

1819
Gambar merupakan motif arnab yang berada disebalik kuntuman bunga Cassia.
Berdasarkan kajian kedua motif ini hanya terdapat di bahagian Selatan bumbung masjid
sahaja berbeza daripada motif-motif lain yang boleh dilihat dalam jumlah yang besar di
setiap permukaan dinding bumbung masjid.

2.5 Motif Fenomena

a) Awan Skrol (Cloud Scroll)

Rajah 2.12 Motif Awan Skrol Di MKK

Awan skrol atau cloud scroll sering dijadikan motif dalam kepelbagaian bentuk hiasan
seperti seramik dan tekstil.7 Motif awan skrol di masjid Kampung Keling dapat di lihat di
bahagian empat penhujung atap masjid dan di bahagian som bumbung masjid.

2.6 Motif Geometri

a) Klasik Skrol

Rajah 2.13 Motif Klasik Skrol Di MKK

Gambar merupakan hiasan klasik skrol iaitu lengkungan menarik yang terdapat pada
bingkai bumbung masjid Kampung Keling. Hiasan klasik skrol ini boleh dilihat di bahagian
Utara dan Selatan lapisan kedua bumbung masjid.Motif mempunyai lengkungan yang
mendalam dan berada di dalam kedudukan melintang. Motif klasik skrol ini sememangnya
dijadikan hiasan pada bahagian bingkai bumbung bangunan dan bingkai seramik.

b) Geometri

Pada bumbung masjid ini juga terdapat hiasan geometri yang diukir berhampiran
dengan bunga plum. Ukiran Geometri ini berada di empat lokasi pada bahagian lapisan
bumbung masjid yang kedua iaitu di bahagian Utara dan Selatan permukaan dinding masjid.

7
Margaret Medley, (1977), A Handbook of Chinese Art, Graham Brash Singapore: Singapore, p. 92

1820
Rajah 2.14 Motif Geometri Di MKK

c) Kaligarfi

Rajah 2.15 Motif Kaligrafi Cina Di MKK

Kaligrafi Cina yang membawa erti kegembiraan berganda ini boleh dilihat di ahgian
bumbung. Lokasi kaligrafi ini dapat dilihat di setiap bahagian Utara, Selatan, Timur dan Barat
iaitu pada bahagian lapisan kedua bumbung masjid.

3.0 Kesimpulan

Sikap keterbukaan masyarakat Melayu yang menetap di Bandar Melaka sekitar abad
ke18 yang terdiri daripada golongan elit ini banyak terdedah dengan gaya kehidupan
metropolitan. Oleh demikian, mereka begitu terbuka untuk menerima sebarang idea dan
pengaruh dari ruang. Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kepenggunaan motif Cina ini
boleh dilihat dengan lebih ketara apabila sebahagian daripada motif dan hiasan ini
ditransformasikan ke dalam seni ukir dan motif masyarakat Melayu sebelum dan selepas
kedatangan Islam. Motif dan ukiran tersebut boleh dilihat pada hulu keris yang diukir dengan
bentuk naga, alat-alat muzik tradisional Melayu, barang perhiasan, sangkar dan banyak
lagi.8Penerimaan pengaruh asing ini juga adalah disebabkan tidak menggariskan sebarang
kaedah secara spesifik untuk membina masjid dan apa sahaja bentuk binaan masjid adalah
diterima selagi mana tidak salah disisi syarak. Maka dengan sebab itu pengaruh Cina sangat
mudah menyerap ke dalam binaan masjid.

Kepelbagaian motif dan hiasan di dalam masjid ini menonjolkan kekayaan warisan
budaya dan kesenian Islam di negeri Melaka. Kehadiran bangsa yang pelbagai dan menetap
di negeri Melaka dan di sekitar masjid khususnya telah menjadikan masjid-masjid ini sebagai
satu lambang kepada keharmonian penduduk berbilang kaum yang berada di bawah
pemerintahan Belanda dan Inggeris.Pemilihan dan penggunaan motif yang menggabungkan
pelbagai pengaruh yang terdapat di sekitar negeri ini dilihat sebagai satu tindakan positif bagi
menampilkan masjid sebagai satu rumah ibadat yang boleh diterima dan tidak kelihatan
janggal oleh masyarakat bukan Islam yang menetap di sekitar kawasan masjid. Hal ini
8
Mohd Sabrizaa Abd Rashid, The Form and Symbolism of Minbar Architecture in the Malay World, p. 10

1821
berikutan daripada motif-motif yang diguna pakai di dalam masjid turut dijadikan sebagai
motif dalam menghiasi rumah-rumah masyarakat Cina dan kaum baba dan nyonya yang
menetap di sekitar kawasan masjid.

Islam adalah agama yang terbuka dan tidak menolak sebarang perkara positif yang
dapat membentuk dan melakar agama suci ini agar lebih berkembang dan diterima oleh
setiap lapisan bangsa yang mewakili pelbagai budaya. Namun begitu penulis percaya selepas
kedatangan Islam golongan ulama dan bijak pandai telah merubah maksud dan apa sahaja
yang berkaitan dengan ajaran agama yang telah mempengaruhi masyarakat Melayu
sebelumnya. Misalnya seperti penggunaan bunga teratai. Bagi menjaga akidah masyarakat
Melayu supaya tidak bercampur baur dan keliru, ilmuan seperti Abdul Rahman Ahmadi telah
menjelaskan tentang penggunaan bunga teratai mengikut falsafah dan fahaman Islam.

Rujukan

1. Kohl, David G, (1978), Chinese Architecture in the Strait Settlements and Western Malaya,
University of Hong Kong: Hong Kong

2. Mohd Sabrizaa Abd Rashid, The Form and Symbolism of Minbar Architecture in the
Malay World, p. 10

3. Margaret Medley, (1977), A Handbook of Chinese Art, Graham Brash Singapore:


Singapore, p. 92

4. C.A.S William, (1974), Chinese Symbolism and Art Motifs, Charles E. Tuttle Company:
Japan

5. Patricia Bjaaland Welch, (2008), Chinese Art: A Guide To Moifs And Visual Imagery,
Singapore: Tuttle Publishing

1822
Pendekatan Islam Dalam Menangani Masalah Hubungan
Etnik: Pelaksanaannya Pada Zaman Rasulullah Saw

Syahrul Faizaz Binti Abdullah


Ssuna Salim
Pusat Pengajian Umum Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
faizaz@uum.edu.my
ssuna@uum.edu.my

ABSTRAK
Masyarakat majmuk sering terdedah kepada persengketaan etnik dan agama dan ia adalah satu
keadaan yang berterusan dan semula jadi dalam masyarakat. Keadaan ini boleh mendorong kepada
konflik secara terbuka antara etnik, terutamanya jika terdapat perbezaan kepentingan dari segi
sosio-ekonomi, politik dan kebudayaan. Masalah hubungan etnik juga boleh tercetus dalam
hubungan intra etnik, walaupun mereka mempunyai persamaan dari segi agama, bahasa dan
budaya. Keadaan ini berlaku kerana etnik terdapat perbezaan dalam kalangan mereka dari segi
ekonomi, politik dan budaya atau kerana terdapat kepentingan peribadi. Senario yang sama berlaku
dalam sejarah Islam pada zaman awal Islam. Bagi mengatasi masalah ini, Rasulullah SAW telah
melaksanakan beberapa dasar dalam pentadbiran bagi mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat majmuk. Orang Islam, Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrik saling menghormati
antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman, orang Islam pula bersatu di bawah panji-panji
persaudaraan Islam di-sebalik latar belakang etnik yang berbeza. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan
untuk menganalisis pendekatan yang dilaksanakan oleh Nabi SAW dalam menangani masalah
hubungan etnik di Negara Islam Madinah. Kaedah analisis teks digunakan dalam menganalisis secara
kritikal peranan dan keberkesanan beberapa dasar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah untuk
memastikan hubungan harmoni di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Dapatan kajian mendapati
bahawa Rasulullah SAW telah melaksanakan beberapa dasar bagi memastikan keharmonian
masyarakat berbilang etnik. Antara dasar tersebut ialah pembinaan masjid, mempersaudarakan di
antara etnik yang berbeza atas nama persaudaraan Islam dan mengikat perjanjian dengan orang
bukan Islam. Bagi mengatasi masalah hubungan etnik pula Rasulullah SAW telah melaksanakan
dasar diplomasi atau tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba menimbulkan huru hara
dalam Islam dalam kalangan pengamal ajaran sesat, orang munafik dan orang Yahudi.

KATA KUNCI: Inter Etnik, Intra Etnik, Masalah Hubungan Etnik, Islam, Rasulullah SAW, Masyarakat
Majmuk.

1823
PENGENALAN

Peranan organisasi dakwah kerajaan dalam menangani masalah hubungan etnik mula dilaksanakan
selepas penubuhan kerajaan dan negara Islam pertama di Kota Madinah. Menurut cAbd al Wahab
Khalaf (1350H: 69) dar al Islam adalah negara yang menjadikan Islam sebagai asas pelaksanaan
hukum, perundangan dan sistem. Semua warganegara sama ada Islam dan bukan Islam dapat
menikmati kesejahteraan dan keamanan. Oleh itu, kerajaan Islam secara tidak langsung juga adalah
organisasi dakwah yang berperanan menyebarkan Islam sebagai rahmat kepada seluruh manusia.
Sebagaimana Firman Allah SWT:




(Al-Quran, Al-Anbiya’ 21: 107

Maksudnya:

Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.1

Jika dilihat daripada aspek hubungan etnik, Islam amat menitik beratkan keharmonian dalam
hubungan etnik dan telah meletakkan asas keimanan sebagai tunjang utama dalam hubungan
tersebut. Hal ini jelas dinyatakan dalam Firman Allah SWT:








(Al-Quran, al Nisa’ 4:1)

Maksudnya:

Wahai sekalian manusia! bertakwalah nkepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari daripada yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya; - zuriat keturunan
- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim)
kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

1
Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini diperoleh daripada Sheikh Abdullah Basmeih.
1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Cet. 10. Kuala Lumpur: Darulfikir (Semua terjemahan ayat al-Quran dalam
tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan sebaliknya).

1824
Ayat ini mengingatkan manusia mereka pada hakikatnya berasal daripada usul kejadian yang
sama diciptakan Allah. Jadi perbezaan dan pertelingkahan mereka harus diselesaikan atas ikatan ini.
Ikatan ini juga telah menyatukan semua manusia tanpa mengira keturunan, agama, bahasa dan
bangsa (Sayyid Qutb 1993: 90-91). Menurut Syamsul Bahri Andi Galigo (2007: 128-129), keimanan
tidak menghalang kewujudan bersama orang-orang bukan Islam dalam kalangan masyarakat Islam.
Malah dengan asas keimanan inilah orang Islam bertanggungjawab melindungi nyawa, harta dan
kehormatan orang-orang bukan Islam.

Pengiktirafan orang bukan Islam dalam negara Islam bermula selepas turunnya ayat yang
mewajibkan pembayaran cukai jizyah2 ke atas mereka telah dinyatakan dengan jelas dalam Firman
Allah SWT:






(Al-Quran, al-Taubah, 9:29)

Maksudnya:

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak kepada hari akhirat, dan
mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak
beragama dengan agama yang benar, iaitu orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi
dan Nasrani), hingga mereka membayar jizyah dalam keadaan taat dan merendah diri.

Menurut al-Qardhawi (1989: 10), sarjana Islam sependapat bahawa hak warganegara Islam dan
bukan Islam adalah sama selepas termateri perjanjian kerajaan Islam dengan orang bukan Islam.
Pelaksanaan pendekatan yang diletakan oleh Islam dalam memelihara keharmonian hubungan etnik
jelas terpancar melalui catatan sejarah pada zaman awal Islam. Malah aspek ini merupakan inti pati
Piagam Madinah, di mana orang-orang bukan Islam diiktiraf bersama-sama orang Islam sebagai
ummah dari segi hak dan tanggungjawab (Sirah Ibn Hisham 1971: 2/147-150).

Berdasarkan ulasan di atas, jelaslah Islam telah meletakan asas yang kukuh dalam menjamin
keharmonian hubungan etnik dalam negara Islam hubungan sesama Islam dan hubungan dengan
orang bukan Islam. Asas inilah dijadikan panduan oleh kerajaan Islam dalam melaksanakan usaha-

2
Asal perkataan jizyah ialah jaza yang bermaksud ‘memberi sesuatu dan sebagai gantinya dibalas
dengan sesuatu. Jizyah adalah tanggungjawab kafir zimmi, bukan cukai, dituntut sebagai membalas khidmat
perlindungan negara Islam ke atas mereka (Ghunaymi 1968: 187). Menurut Yusuf al-Qardhawi (1989) bayaran
jizyah dikenakan kerana orang bukan Islam dikecualikan daripada mempertahankan negara. Islam mewajibkan
“khidmat ketenteraan” ke atas orang Islam kerana ia merupakan fardu kifayah dan fardu ain di samping mereka
dipertanggungjawab mempertahankan negara, sementara orang bukan Islam dilepaskan daripada
tanggungjawab tersebut.

1825
usaha dakwah ke arah merealisasikan masyarakat berbilang etnik dan agama yang aman dan
harmoni.

Pendekatan Rasulullah SAW Dalam Menangani Masalah Hubungan Etnik

Untuk memahami hubungan etnik dalam Islam perlu dilihat perkembangan hubungan etnik ini yang
bermula pada zaman awal Islam kerana ia permulaan asas model komuniti masyarakat majmuk.
Apabila Rasulullah SAW sampai ke Kota Yathrib, baginda telah membawa para sahabat baginda
berbangsa Arab daripada sub etnik Quraish yang juga dikenali sebagai kaum Muhajirin. Kehadiran
mereka ini telah menambahkan lagi polarisasi etnik di Kota Yathrib. Justeru, Rasulullah SAW
berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dalam usaha membina masyarakat yang bersatu-
padu dan hidup dalam keadaan harmoni seterusnya meneruskan usaha dakwah serta membina
tapak negara Islam. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dalam
mengukuhkan hubungan etnik di Madinah adalah seperti berikut:

i) Mewujudkan Perpaduan Komuniti Dalam Kalangan Umat Islam

Rasulullah SAW telah mewujudkan hubungan etnik yang baik (perpaduan komuniti) di kalangan
orang-orang Islam di Kota Madinah ini. Langkah yang pertama yang dilaksanakan ialah
mempersaudarakan sub-sub etnik bangsa Arab di Kota Yathrib (Madinah) yang juga dikenali sebagai
kaum Ansar. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, peperangan sering berlaku di kalangan sub etnik
Madinah sejak 120 tahun. Sepanjang perbalahan yang berpanjangan di antara puak Aus dan Khazraj
iaitu dua puak yang terbesar, mereka telah mengambil sekutu di kalangan sub etnik Yahudi. Puak Aus
bersekutu dengan puak Banu Quraizah manakala puak Khazraj pula menyertai pakatan dengan puak
Banu Nadir dan BanuQainuqac. Peperangan terakhir di antara kedua-dua belah pihak ialah
peperangan Bu’ath, beberapa tahun sebelum Hijrah. Pertempuran yang hebat ini telah
mengorbankan kebanyakan daripada ketua-ketua kabilah dari kedua-dua belah pihak (Ibn Hisham
1971: 2/73).

Setiap kali ada konflik di antara orang Arab dan orang Yahudi, orang Yahudi akan mengugut
orang Arab dengan kebangkitan Rasul yang dinanti-nantikan dari kalangan mereka yang akan
menghancurkan keseluruhan orang-orang Arab sebagaimana kaum cAd dan Iram. Keadaan ini
menyebabkan penduduk Madinah menantikan kehadiran Rasul ini yang akan meninggikan
kedudukan mereka dan menyatukan sub-sub etnik yang bertelagah. Justeru, keadaan ini telah
mendorong beberapa orang Arab daripada sub etnik di Madinah menerima seruan Islam pada tahun
kesebelas kerasulan. Dan pada tahun berikutnya, 12 orang daripada sub-etnik yang berbeza telah
menemui Rasulullah SAW dan mengikat perjanjian atau Bai’ah al-cAqabah yang pertama dan
seterusnya Bai’ah al-cAqabah yang kedua. Tidak dapat dinafikan bahawa Islam telah menyatukan
puak-puak yang bertelagah di Kota Madinah dan sebagai tapak dan asas yang kukuh kepada
pembinaan negara Islam yang pertama (Ibn Hisham 1971: 2/72).
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah mempersaudarakan kaum
Ansar dengan sub etnik bangsa Arab dari Kabilah Quraish yang telah berhijrah dari Kota Mekah
dikenali sebagai kaum Muhajirin. Ibn Ishak telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah
mempersaudarakan dalam kalangan sahabatnya daripada kaum Muhajirin dan Ansar. Rasulullah
SAW telah mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar di mana baginda telah
mempersaudarakan antara Jacfar Ibn AbuTalib dengan Muadh Ibn Jabal, Hamzah Ibn cAbd al-Mutalib
dengan Zaid Ibn al-Harithah, Abu Bkr al-Siddiq dengan Kharijah Ibn Zuhayr, cUmar Ibn Khattab
dengan cUthban Ibn Malik, cAbd al-Rahman Ibn cAwf dengan Sacad Ibn al-Rabic, Zubayyr Ibn cAwwam
dengan Salmah Ibn Salamah dan lain-lain (Ibn Hisham 1971 jil. 2: 150).

1826
Al-Suhaili (Ibn Hisham 1971: 2/150) mengulas tentang ikatan persaudaraan ini mengatakan
bahawa Rasulullah SAW mempersaudarakan dalam kalangan sahabat-sahabatnya untuk
menghilangkan perasaan terasing di tempat baru dan terpisah daripada sanak dan saudara serta
menguatkan ikatan persaudaraan antara satu sama lain. Al-Buti (2001:294) pula melihat usaha yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW ini untuk meneguhkan hubungan persaudaraan antara sahabat-
sahabat baginda dalam kerangka umum keakraban dan saling tolong-menolong. Hubungan
persaudaraan ini juga berlandaskan kepada asas material termasuk pengurusan harta pusaka yang
berteraskan kepada keimanan bukan kepada hubungan darah.

ii) Pembinaan Masjid.

Apabila Rasulullah SAW sampai ke Kota Madinah, Rasulullah SAW telah mengukuhkan hubungan
etnik dalam kalangan Orang Islam Madinah melalui institusi masjid. Rasulullah SAW telah membina
masjid di setiap hentian semasa menuju ke Madinah. Masjid pertama yang dibina ialah masjid
Quba’, manakala masjid kedua di lembah Wadi Ranuna. Apabila sampai di Kota Madinah, baginda
telah membina Masjid Madinah (Ibn Hisham 1971: 139-141). Menurut al-Buti (2001: 288) terdapat
beberapa aspek yang mendorong Rasulullah SAW menitik beratkan pembinaan masjid di Madinah.
Antaranya, sebagai institusi keagamaan dalam menunaikan ibadah ritual dan merupakan asas yang
paling utama menguatkan masyarakat Islam. Masyarakat Islam menjadi stabil dan bersatu-padu
berdasarkan kepada komitmen mereka terhadap ajaran Islam sebagai satu cara hidup, doktrin dan
moral yang bergerak seiring dengan semangat dan inspirasi masjid itu sendiri. Masjid juga
berperanan sebagai institusi untuk menguatkan ikatan persaudaraan dan kasih sayang serta
semangat persamaan dan keadilan dalam kalangan orang Islam dalam melaksanakan ibadah setiap
hari dan mengetepikan status sosial dan status ekonomi. Ia juga adalah lambang kepatuhan kepada
perintah Allah SWT yang menyeru kepada perpaduan masyarakat dan mengetepikan hawa nafsu dan
kepentingan peribadi.

iii) Perjanjian Damai

Rasulullah SAW telah mengikat perjanjian damai dengan penduduk Madinah yang berbilang bangsa
dan agama yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Piagam Madinah ini mengandungi 47 fasal dan
secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian (Ibn Hisham 1971 : 2/147-150). Bahagian
pertama dibuat untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan orang Islam selain daripada
sistem persaudaraan (‫ )مؤاخات‬yang telah dilaksanakan sebelum itu. Selain daripada itu perjanjian ini
juga menekankan pembinaan semangat persaudaraan yang tinggi iaitu semangat tolong menolong
dan bekerjasama antara satu sama lain. Secara keseluruhannya dalam bahagian tersebut
menyatakan orang-orang Islam mesti bekerjasama mengatasi masalah antara mereka dan sanggup
juga mengeluarkan bantuan berbentuk material, bersatu menentang kezaliman, perseteruan,
kerosakan dan pencabulan Syariat Islam, saling melindungi nasib yang lemah, melindungi antara satu
sama lain, bersatu tenaga menahan serangan musuh terhadap mereka dan membela sesama mereka
terhadap darah yang tumpah pada jalan Allah. Menurut al-Buti (2001: 294), bahagian ini menjadi
bukti tentang tingkat ketelitian dan kesempurnaan persamaan dalam kalangan orang-orang Islam. Ia
bukan sekadar slogan tetapi merupakan asas utama perundangan untuk membangunkan komuniti
Islam.

Piagam ini juga mengandungi larangan-larangan melakukan perbuatan untuk kepentingan


peribadi semata-mata dan tidak menunjukkan sikap perpaduan dan persaudaraan, akhirnya ia akan

1827
menimbulkan perselisihan dan permusuhan dalam kalangan orang-orang mukmin. Perjanjian ini
dengan jelas menyatakan bahawa orang mukmin tidak boleh mengadakan perikatan dengan keluarga
mukmin yang lain tanpa persetujuan lainnya. Seseorang mukmin juga tidak boleh membunuh
sesama mukmin yang lain untuk kepentingan orang kafir dan tidak pula dibolehkan menolong
seorang kafir yang merugikan orang mukmin. Orang mukmin tidak dibenarkan mengadakan
perjanjian damai dengan meninggalkan mukmin lain dalam keadaan perang di jalan Allah kecuali atas
dasar persamaan dan keadilan antara mereka. Ini kerana, sesungguhnya perdamaian orang-orang
mukmin itu satu (Ibn Hisham 1971 : 2/147-150).

Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa Piagam Madinah bukan sahaja untuk
mengukuhkan hubungan sesama mukmin tetapi juga menjalinkan hubungan yang baik dan
perpaduan dengan penganut bukan Islam. Perkara yang paling asas ialah pengiktirafan kedudukan
mereka sebagai warganegara dan mereka juga menikmati hak-hak yang sama dengan Muslim. Malah
mereka telah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama yang dianuti dan tidak dipaksa untuk
menukar agama (al-Buti 2001: 301-303).

Asas kedua yang dijadikan sebagai tunggak perpaduan antara warganegara yang berlainan
agama ini ialah pemupukan semangat setia kawan, kerjasama dan semangat patriotisme serta
persaudaraan melalui kerjasama mempertahankan negara apabila diserang musuh. Rasulullah SAW
juga menekankan sikap yang perlu ada kepada setiap warganegara yang berlainan agama ini untuk
memelihara keutuhan hubungan dan perpaduan sesama mereka (Syamsul Bahri 2007: 31).
Ketentuan dalam Piagam Madinah bersifat toleransi dengan penganut agama lain, diikuti dengan
pelaksanaan bertolak-ansur juga (al-Qaradhawi 1989:23). Berpandukan Firman Allah SWT:





(Al-Quran, al-Baqarah, 2: 256)

Maksudnya:

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam ),kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam)dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan
ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh, yamg tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.

Pendekatan Rasulullah SAW dalam Menangani Masalah Hubungan Etnik

Tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah SAW telah berjaya menangani masalah hubungan
etnik, sama ada melalui sebagai saudara seagama atau melalui perjanjian sebagaimana yang
dinyatakan dalam Piagam Madinah. Walau bagaimanapun masalah hubungan etnik masih wujud
disebabkan orang Munafik dan ajaran sesat (nabi palsu) atau daripada orang bukan orang Islam iaitu
orang Yahudi.

Ibn Hisham (1971: 2/234) telah memetik riwayat Ibn Ishak mengenai Ketua Orang Munafik
bagi kaum Aus dan Khazraj di Kota Madinah, cAbdullah Ibn Ubai Ibn Salul al-‘Aufi. Apabila Rasulullah
SAW sampai ke Kota Madinah, Ibn Ubai merupakan Ketua bagi kaumnya. Ibn Ubai memeluk Islam
kerana terpaksa apabila seluruh kaumnya memeluk Islam. Beliau dan konco-konconya telah
melakukan berbagai-bagai usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Islam malah

1828
menghancurkan Islam yang baru bertapak di Kota Madinah. Malah, mereka sanggup bersekongkol
dengan orang bukan Islam iaitu orang Yahudi untuk menghancurkan Islam. Hal ini telah dinyatakan
dengan jelas di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah SWT:












(al-Quran al-Baqarah 2:11-14)

Maksudnya:

Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di
muka bumi. mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat kebaikan”.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya
membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari nya. Dan apabila
dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”.
Mereka menjawab: “Patut kah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang
bodoh itu?”. Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka
tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dan apabila mereka bertemu dengan orang-
orang yang beriman, mereka berkata:”Kami telah beriman”; dan manakala mereka kembali
kepada Syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: “Sesungguhnya kami tetap bersama
kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

Peristiwa yang menunjukkan mereka berusaha untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam
ialah semasa peperangan Uhud apabila cAbdullah Ibn Ubai telah menarik diri bersama-sama 300
orang pengikutnya dari menyertai operasi ketenteraan dalam Perang Uhud kerana takut kepentingan
peribadinya terjejas (al-Buti 2000: 353). Begitu juga dalam Peperangan Bani Mustaliq, berlaku
perebutan air antara Jahjah Ibn Sacid al-Ghifari dan Sinan Ibn Wabar al-Juhni. Ketika hampir beradu
tenaga, Juhni menjerit “Wahai kaum Ansar!” dan Jahjah pula menjerit “Wahai Kaum Muhajirin”.
Apabila berita itu sampai kepada Ibn Ubai, beliau telah mengapi-apikan kaum Ansar dengan
menghina kaum Quraish. Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW telah menangani masalah ini
dengan begitu berhati-hati dan penuh diplomasi untuk memelihara perpaduan dalam kalangan umat
Islam Madinah (al-Buti2000: 402-403).

Konflik kedua yang menggugat perpaduan umat Islam pada zaman awal Islam ialah ajaran
sesat. Pada zaman Rasulullah SAW sendiri terdapat tiga kumpulan ajaran sesat. Kumpulan pertama
diketuai oleh al-Aswad al-‘Unsi daripada Bani Madlaj. Beliau adalah nujum yang mendakwa dirinya
nabi di Yaman dan menguasai kerajaan negerinya serta menghalau keluar kesemua utusan Rasulullah
SAW. Rasulullah SAW telah mengirimkan utusannnya Mucaz Ibn Jabal kepada pemerintah Yaman.
Al-Aswad al-Unsi dibunuh oleh Fairuz al-Dailimi (Abu Sucud 1980: 2/56-57).

Kumpulan kedua pula diketui oleh Musailamah al-Kadzab dari Banu Hanifah yang juga
mendakwa dirinya menjadi nabi. Musailamah menulis surat kepada Nabi Muhammad SAW
menyatakan bumi ini dibahagi dua. Separuh adalah miliknya dan separuh yang lain adalah milik Nabi

1829
Muhammad SAW. Rasulullah SAW menjawab bahawa bumi ini milik Allah SWT yang diamanahkan
kepada sesiapa sahaja yang Allah SWT kehendaki dari kalangan hamba-hambanya, dan kesudahan
yang baik itu ialah bagi orang-orang yang bertakwa. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq mengutuskan bala
tentera Islam memerangi Musailamah dan akhirnya dibunuh oleh Wahsyi (Abu Sucud 1980: 2/56-57).
Kumpulan ketiga pula diketuai oleh Tulaihah Ibn Khuwailid daripada Banu Asad. Dia juga mendakwa
dirinya adalah nabi. Akhirnya dia ditundukkan oleh tentera Islam yang diketuai oleh Khalid Ibn al-
Walid pada zaman Abu Bakr al-Siddiq. Selepas itu, dia kembali semula memeluk Islam (Abu Sucud
1980: 2/56-57).

Orang Yahudi pula menimbulkan masalah hubungan etnik kerana mereka merasa terancam
dengan keadaan yang aman di Kota Madinah. Permusuhan terhadap Islam dan Rasulullah SAW juga
timbul disebabkan perasaan dengki dan irihati yang menyelimuti diri mereka disebabkan Rasul yang
terakhir dipilih dalam kalangan orang Arab. Mereka telah bergabung dengan orang-orang munafik
membentuk barisan permusuhan untuk memusnahkan masyarakat baru tersebut. Gerakan ini
dilakukan secara tersembunyi sehingga sukar untuk menghidu kewujudannya. Para rahib Yahudi
banyak bertanya kepada Nabi SAW untuk menutup kebatilan dengan kebenaran. Sehubungan
dengan itu terdapat ayat al-Quran diturunkan untuk menjawab pertanyaan tersebut dalam bentuk
menyindir dan menentang (Ibn Hisham 1971: 2/160).

Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menghancurkan perpaduan dan memusnahkan negara
Islam yang baru dibina ini. Antaranya, apabila 10 orang Rahib Yahudi memeluk agama Islam dengan
niat munafik. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas daripada ayat satu sehingga seratus yang
menyentuh tentang orang Yahudi dan orang Munafik. Begitu juga permusuhan-permusuhan di
antara mereka dengan orang Islam secara terbuka yang menyebabkan mereka dihalau daripada Kota
Madinah sepertimana yang berlaku kepada Banu Qainuqa’ dan Banu Nadhir. Manakala Banu
Quraidzah dihukum bunuh setelah mereka ditawan oleh tentera Islam (Kamal Sacid Habib 2007: 129-
133).

Berdasarkan analisis di atas jelaslah Rasulullah SAW telah menggunakan pendekatan yang
bijaksana dalam mewujudkan hubungan yang harmoni antara pelbagai etnik dan penganut pelbagai
agama di Kota Madinah. Analisis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak teragak-agak
mengambil tindakan tegas kepada individu atau kumpulan yang cuba menimbulkan masalah dalam
hubungan etnik.

RUJUKAN

Abdul Wahab Khalaf. 1350 H. Al-Siyasat al-syar’iyyat aw nizam al-dawlat al-Islamiyyah. Cairo: al-
Salafiyyah.

Al-Buti, M. Said Ramadhan. 2001. The jurisprudence of the Prophetic Biography & brief history of the
Orthodox Caliphate. Pentj. Nancy Roberts.Disemak Anas al-Rifa’i. Damascus: Dar al-Fikr.

Ghunaymi, Muhammad Tal’at. 1968. The Muslim Conception of International Law and the Western
Approach, The Hague: t.pnrbt.

Ibn Hisham. 1971. al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Tahqiq Mustafa al-Saqa, Ibrahim al-‘Abyari
& Abd al-Hafiz Syalabi. Cet. 3. Jil. 2. Beirut: Ahya’ al-Turath al-‘Arabi.

1830
Ibn Qayyim. 1983. Ahkam ahl-al-dhimmah. Beirut: Dar al-Kutub

Kamal Sa’id Habib. 2007. Kaum Minoritas dan politik negara Islam. Indonesia: Pustaka Tariqul Izzah.

Al-Maududi, Abu al-‘Ala. 1974. Human right Non Muslims in Islamic State. Pentj. Khurshid Ahmad.
Edisi 4. Lahore: Islamic Publication Ltd.

Muhammad Hamidullah. 1969. Majmu’at al-wathaiq al-siyassiyah. Beirut: Dar al-Istiqamah) 33-35

Muhammad al-Habib Syalabi. 1969. Zuhur al-Islam. Qaherah: Dar al-Tuniah

Al-Qardhawi, Yusof. 1989. Kedudukan Non Muslim dalam negara Islam. Pentj. Mat Saad Abd.
Rahman. Shah Alam.

Syamsul Bahri Andi Galigo. 2007. Beberapa isu dalam pemikiran Islam.Nilai, Negeri Sembilan :
Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia

Sheikh Abdullah Basmeih. 1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Cet. 10. Kuala Lumpur: Darulfikir

Zaydan. Abdul Karim. 1982. Ahkam al-Zimmiyyyin wa al-Musta’minin fi Dar al-Islam, Baghdad

Zaydan, Abd. Karim. 2000. Islam dan politik kenegaraan. Pentj. Abd Ghani Samsuddin. Petaling
Jaya: Persatuan Ulama Malaysia.

1831
SYEIKH ABU HAMID AL-ISFARAYIINI DAN PENETAPAN HUKUM
MAZHAB SYAFI’E

Syed Sultan Bee Packeer Mohamed


Pusat Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia
Malaysia
haseenah83@yahoo.com

ABSTRAK

Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini merupakan tokoh ulama mazhab Syafi’e yang paling terkenal pada kurun
ke-4 kerana beliau merupakan pengasas aliran pemikiran ulama mazhab Syafi’e di Iraq. Menerusi
beliaulah mazhab Syafi’e berkembang pada kurun ini hasil daripada kepakaran beliau menganalisis,
menjelaskan dan mempertahankan pandangan-pandangan Imam Syafi’e. Namun sayangnya generasi
sekarang kurang mengenali beliau apalagi mempelajari khazanah-khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh
beliau.Kajian kualitatif ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat latar belakang tokoh
agung ini serta menjelaskan pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu fikah.Kaedah deduktif
diaplikasikan dalam mengkaji penetapan hukum yang dibuat oleh beliau dalam isu-isu berkaitan solat,
azan dan air.Di samping itu, kaedah deskriptif turut digunakan untuk membincangkan biografi Syeikh
Abu Hamid dan data yang terhasil daripada pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu tersebut.Kajian
ini menggunakan data sekunder yang terdiri daripada kitab-kitab fikah empat mazhab, kitab-kitab
biografi ulama dan kitab-kitab sejarah.Kajian ini menyumbang ke arah menyerlahkan ketokohan Syeikh
Abu Hamid dalam bidang ilmu fikah serta mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh beliau dalam
menetapkan hukum-hukum.

Kata Kunci: Syeikh Abu Hamid, penetapan hukum, mazhab Syafi’e.

PENDAHULUAN

Ilmu fikah merupakan ilmu yang sangat penting dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi
Allah s.w.t.Ini jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
ِ ‫ف‬
} ‫الدي ِْن‬ ْ ِ ُ‫للاُ بِِْه َخي ًرا يُ َف ِق ُه ْه‬
ْ ‫{ َمنْ يُِرِْد‬

Maksunya:”Sesiapa yang Allah menghendaki kepadanya kebaikan, maka Allah akan


menjadikannya seorang yang alim dalam ilmu agama”.

(Muslim, Sahih Muslim,no.1037, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi,t.t.)

Para ulama bertungkus-lumus mendalami dan menguasai ilmu warisan peninggalan Rasulullah s.a.w. ini
sejak zaman Baginda s.a.w. sehinggalah hari ini.Mereka sanggup mengorbankan seluruh kehidupan

1832
mereka demi untuk mempelajari dan seterusnya mengajarkan ilmu ini kepada generasi-generasi yang
datang selepas mereka.

Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini merupakan salah seorang daripada ulama-ulama tersebut.Beliau telah
menghabiskan seluruh hidupnya untuk aktiviti keilmuan.Beliau yang dilahirkan pada tahun 344H telah
memberisumbangan yang amat besar kepada umat Islam sehingga beliau dikatakan mujaddid ummah
kurun keempat.

Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengulas, menganalisis
pendapat-pendapat dan hujah-hujah Imam Syafi’e. Beliau juga terkenal dengan kepetahan beliau
mempertahankan mazhab Syafi’e ketika berdebat dengan mazhab-mazhab lain sehingga para ulama
samada penyokongnya atau pun penentangnya sepakat tentang keluasan ilmu serta ketajaman
pemikirannya. Hasil daripada usaha beliaulah mazhab Syafi’e dapat difahami oleh generasi-generasi yang
datang selepasnya dengan betul dan mudah sehingga beliau mendapat gelaran Syeikh al-Islam, Syeikh al-
Iraq, Syeikh al-Mazhab dan Imam al-Syafi’iyyah iaitu pelopor ulama mazhab Syafi’e.

Tulisan ini memfokuskan tiga topik utama iaitu latar belakang Syeikh Abu Hamid, hal keadaan zamannya
dari segi politik, keagamaan, keilmuan dan sosial masyarakat serta penetapan hukum yang dilakukan
olehnya.Melalui tulisan ini penulis dapat menzahirkan kepada pembaca kehebatan ilmu dan keluasan
pemikiran beliau.

BIOGRAFI SYEIKH ABU HAMID AL-ISFARAYIINI

1. Kelahiran dan Latar Belakang

Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini atau nama penuhnya Ahmad bin Abu Tahir Muhammad bin AhmadAl-
Isfarayiini dilahirkan pada tahun 344 H1.Al-Isfarayiini adalah nisbah kepada Isfarayiin, sebuah bandar di
Khurasan. Beliau diberi gelaran oleh ulama dengan gelaran Syeikh al-Islam, Syeikh al-Iraq, Syeikh al-
Mazhab dan Imam al-Syafi’iyyah sesuai dengan kedudukannya sebagai pelopor ulama mazhab Syafi’e
(al-Asnawi,1407H).

Tidak terdapat sumber rujukan yang menceritakan tentang sejarah kehidupan Syeikh Abu Hamid di
peringkat awal hayatnya, tetapi semua rujukan yang ada hanya memfokuskan sejarah kehidupannya
setelah beliau tiba di Baghdad semasa berusia dua puluh tahun. Al-Khatib al-Baghdadi dalam kitabnya
Tarikh Baghdad meriwayatkan daripada al-Munkadiri bahawa Syeikh Abu Hamid berkata kepadanya:
“Aku dilahirkan pada tahun 344H, dan aku telah tiba di Baghdad pada tahun 364H”.Al-Munkadiri
menyambung: “Beliau telah mengajar ilmu fikah dari tahun 370H hinggalah beliau wafat”(al-
Baghdadi,t.t.).

Diriwayatkan pula daripada Salim al-Razi beliau berkata:“Syeikh Abu Hamid pada peringkat awal
kehidupannya di Baghdad bekerja sebagai pengawal. Beliau makan dan minum serta menampung
perbelanjaan untuk pelajarannya dengan upah menjadi pengawal. Beliau mula memberi fatwa ketika
berusia tujuh belas tahun hinggalah beliau wafat”(al-Subki,t.t.).

1
Tiada sumber rujukan yang menyatakan tentang tempat kelahirannya.

1833
Tidak terdapat juga sumber rujukan yang menceritakan tentang keluargaSyeikh Abu Hamid. Cuma
diceritakan tentang perkahwinannya dengan seorang wanita berasal dari

Baghdad yang berkedudukan tinggi dan mempunyai harta yang banyak (Ibn al-Salah,1413H).

2. Guru-Guru dan Murid- Murid Syeikh Abu Hamid

Syeikh Abu Hamid telah berguru dengan dua orang guru yang tersohor pada zamannya iaitu Abu al-
Hasan ibn al-Marzuban dan Abu al-Qasim al-Dariki.

Abu al-Hasan ibn al-Marzuban atau nama penuhnya Abu al-Hasan ‘Ali ibn Ahmad ibn al-Marzuban al-
Baghdadi merupakan seorang yang alim dalam ilmu fikah. Beliau juga terkenal kerana kewarakannya dan
ketakwaannya kepada Allah s.w.t.Beliau telah berguru denganAbu al-Husain ibn al-Qattan, seorang ahli
fikah yang pandangannya diterima dalam mazhab Syafi’e.Beliau wafat pada bulan Rejab, tahun 366H,
rahimahullahu ta’ala (al-Dhahabi, 1413H).

Manakala Abu al-Qasim al-Dariki pula ialah Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Aziz al-
Dariki, seorang ahli fikah mazhab Syafi’e yang terkenal pada zamannya.Beliau tiba di Naisabur pada
tahun 353H dan mengajar fikah di sana bertahun-tahun.Kemudian beliau berpindah ke Baghdad dan
tinggal di sana sehinggalah beliau wafat.Syeikh Abu Hamid telah berguru dengan beliau selepas
kematianAbu al-Hasan ibn al-Marzuban.Beliau mengajar di Masjid Da’laj bin Ahmad, Baghdad di samping
memberi fatwa dan menyatakan pandangan-pandangan beliau dalam ilmu fikah.Syeikh Abu Hamid telah
berkata:”Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih faqih daripada al-Dariki. Beliau wafat di
Baghdad, pada hari Jumaat, 13 Syawal tahun 375H ketika berusia lebih daripada tujuh puluh
tahun,rahimahullahu ta’ala (al-Dhahabi, 1413H).

Syeikh Abu Hamid mempunyai anak murid yang tidak terbilang jumlahnya. Mereka kemudiannya
menjadi ulama yang terkemuka dengan hasil karya yang menjadi rujukan utama dalam mazhab
Syafi’e.Dikatakan bahawa kelas Syeikh Abu Hamid dihadiri oleh lebih daripada tiga ratus orang faqih dan
ada riwayat juga mengatakan tujuh ratus orang.

Di antara murid Syeikh Abu Hamid yang tersohor ialah Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-
Mawardi,Al-Qadhi Abu al-Tayyib Tahir bin Abdullah bin Tahir al-Tabari, Abu al-Fath Salim bin Ayyub al-
Razi,Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Muhamili dan ramai lagi (al-Zarkali, 1400H).

3. Karya-Karya Syeikh Abu Hamid


Tidak banyak hasil karya yang dikenalpasti milikSyeikh Abu Hamid. Ini mungkin kerana beliau lebih
banyak mengajar dan memberi fatwa daripada menulis.Di antara hasil karya Syeikh Abu Hamid ialahal-
Ta’liq yang mensyarahkan kitab Mukhtasar al-Muzani.Imam al-Nawawi telah memuji kitab ini dengan
berkata:"Ketahuilah bahawa kitab-kitab ulama mazhab Syafi’e dari Iraq dan Khurasan adalah merujuk
kepada kitab al-Ta’liqSyeikh Abu Hamid.Ianya terdiri daripada lebih kurang lima puluh jilid yang
mengupas banyak isu fikah beserta mazhab-mazhab fikah selain Syafi’e.Di samping itu, disebut juga
hujah-hujah dan perbincangan antara mazhab.Daripadanyalah tersebar fikah ulama mazhab Syafi’e
Iraq"(al-Nawawi,1416H).

1834
Kitab-kitab yang lain hasil karangan Syeikh Abu Hamid ialah al-Bustan(al-Yafi’i, 1413H),Usul al-Fiqh(Abu
al-Falah,1414H) dan al-Raunaq(al-Zarkali, 1400H).

4. Tahap Keilmuan Syeikh Abu Hamid

Syeikh Abu Hamid telah mencapai tahap keilmuan yang tinggi sehingga menjadi imam
ulama mazhab Syafi’e pada zamannya. Menerusi beliaulah mazhab Syafi’e dapat
difahami dengan baik oleh generasi beliau dan generasi-generasi yang datang selepasnya sehinggalah
hari ini.Sumbangan beliau kepada umat Islam sangatlah besar. Ini terbukti apabila ulama mentakwilkan
hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi:

}‫{ إِنَّاللَّ َهيَب َعثُلِ َه ِذ ِهاألُمَِة َعلَ َىرأ ِس ُك لِمِائَِة َسنَ ٍةمَن يُ َج ِد ُد ََلَ ِادينَ َه ا‬
Maksudnya:"Sesungguhnya Allah akan menghantar kepada umat inisetiap permulaan seratus
tahun seseorang yang akan mentajdid (mengembalikan kegemilangan) agama mereka".
(Abu Daud, Sunan Abu Daud,no.4291, Beirut: Dar al-Fikr,t.t.)

Mengikut tafsiran ulama, mujaddid yang dihantar pada permulaan kurun pertama ialah Umar bin Abdul
Aziz,permulaan kurun kedua ialah Imam Syafi’e, permulaan kurun ketiga ialah Ibn Sarayj dan permulaan
kurun keempat ialahSyeikh Abu HamidAl-Isfarayiini.Begitulah tingginya kedudukan Syeikh Abu Hamid
dari segi keilmuan dan sumbangannya kepada umat Islam sehingga dinobatkan sebagai mujaddid kurun
keempat(al-Nawawi,1416H).
Beliau juga mendapat pujian dan sanjungan bukan sahaja daripada ulama mazhab Syafi’e bahkan ulama
mazhab lain. Contohnya, Al-Khatib al-Baghdadi dari mazhab Syafi’e berkata:"Beliau merupakan seorang
yang diyakini tentang ketokohannya. Aku telah bertemu dengannya beberapa kali dan aku telah
menghadiri kelasnya di Masjid Abdullah bin al-Mubarak. Aku telah mendengar ada orang yang
mengatakan bahawa kelasnya dihadiri oleh tujuh ratus penuntut ilmu fiqh. Ramai orang mengatakan:
"Sekiranya Imam Syafi’e melihatnya, beliau akan gembira dengannya"(al-Baghdadi,t.t.). Sementara Imam
al-Qaduri pula dari mazhab Hanafi berkata: "Aku tidak pernah melihat ulama yang lebih faqih daripada
Syeikh Abu Hamid di kalangan ulama mazhab Syafi’e"(al-Nawawi, 1416H).

5. Kewafatan Syeikh Abu Hamid

Syeikh Abu Hamid telah dijemput oleh Allah s.w.t pada malam Sabtu, 19 Syawal tahun 406H
ketika berusia enam puluh dua tahun. Beliau dikebumikan pada keesokan harinya
di rumahnya. Pada tahun 410H, jasad Syeikh Abu Hamid dipindahkan dan dikebumikan semula
di Bab Harb(Ibn al-Salah,1413H).
Al-Yafi’i berkata dalam kitabnya Miraatul Jinan:"Ini menunjukkan bahawa jasadnya masih berada dalam
keadaan baik walaupun selepas empat tahun kematiannya"(al-Yafi’i, 1413H).

Al-Khatib al-Baghdadi pula berkata:"Aku telah menyembahyangkan jenazahnya pada suatu kawasan
yang lapang bersama ramai orang yang hadir. Imam yang mengetuai solat tersebut ialah Abu Abdullah
al-Muhtadi, Imam Masjid al-Mansur. Hari itu merupakan hari yang penuh dengan kedukaan"(al-
Baghdadi,t.t.).

1835
Semoga Allah s.w.t. merahmatiSyeikh Abu Hamid dan memasukkan beliau ke dalam syurgaNya bersama-
sama para nabi dan hamba-hambaNya yang soleh.

6. Zaman Syeikh Abu Hamid

Manusia pada kebiasaannya terkesan dengan keadaan persekitarannya.Oleh itu, adalah penting untuk
mengetahui hal keadaan zaman Syeikh Abu Hamid supaya kita dapat memahami faktor-faktor yang
mempengaruhi keperibadian dan pemikiran beliau.Hal keadaan zaman ini dapat difahami dengan
meneliti situasi politik,agama,perkembangan ilmu pengetahuan dan sosial masyarakat.

6.1 Situasi Politik


Syeikh Abu Hamid hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah yang pada waktu itu telah
menjadi lemah akibat dikuasai oleh puak tentera yang dikenali sebagai al-Buwaihiyyun. Syeikh Abu
Hamid hidup pada zaman pemerintahan tiga orang khalifah Abbasiyyah iatu al-Muti’ Lillah, al-Tai’Lillah
dan al-Qadir Billah.

Para khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa sebaliknya menjadi boneka kepada Bani Buwayh kerana
kuasa yang hakiki dipegang oleh mereka.Keistimewaan yang tinggal kepada khalifah hanyalah tiga
perkara iaitu nama mereka disebut dalam khutbah Jumaat, nama mereka diukir pada duit syiling dan
mereka diberi kebenaran untuk muncul dalam upacara-upacara rasmi kerajaan.Keadaan yang lebih
buruk lagi berlaku apabila ada khalifah yang disingkirkan dari kerajaan, ada yang dicungkil matanya dan
ada yang dibunuh.

Akan tetapi semua ini tidak memberi kesan kepada perkembangan ilmu pengetahuan di Baghdad kerana
para khalifah sentiasa memberi galakan kepada ulama untuk memperkembangkan semua bidang ilmu
pengetahuan samada ilmu agama dan bukan agama. Oleh itu,Syeikh Abu Hamid tidak terkesan dengan
keadaan politik pada waktu itu, malah beliau giat mempelajari ilmu, mengajar dan memberi fatwa(Ibn
Kathir,1408H).

6.2 Situasi Keagamaan

Situasi agama pada zaman Syeikh Abu Hamid adalah buruk, sama keadaannya dengan hal keadaan
politik. Ini kerana umat Islam telah berpecah kepada beberapa puak dengan pegangan dan aliran
pemikiran yang berbeza, di antaranya ahlu sunnah wal jama’ah, syiah, al-khawarij, al-mu’tazilah, al-
asya’irah dan al-batiniyyah(al-Asy’ari, 1369H).

Keadaan menjadi buruk apabila sering berlaku pergaduhan dan fitnah di antara mazhab-mazhab
ini.Sebagai contoh, telah terjadi fitnah besar yang dialami sendiri oleh Syeikh Abu Hamid.Ia berlaku
antara golongan ahl as-sunnah wal jama’ah dan syi’ah pada bulan Rejab, tahun 398H. Punca fitnah ini
ialah golongan Syiah berpegang dengan al-Quran riwayat Ibn Mas’ud yang dikatakan bercanggah dengan
al-Quran yang lain.Ia ditentang oleh golonganahl as-sunnah wal jama’ah dan akhirnya kedua-dua pihak
bersetuju untuk mengumpulkan para alim ulama dalam satu majlis untuk membincangkan perkara
tersebut.Syeikh Abu Hamid yang turut hadir dalam majlis tersebut membawa bersamanya al-Quran
riwayat Ibn Mas’ud itu.Syeikh Abu Hamid dan beberapa ulama yang lain bersetuju untuk membakar al-

1836
Quran tersebut dan beliau melakukannya di khalayak ramai dalam majlis tersebut.Ini menimbulkan
kemarahan

pihak Syi’ah dan mereka mengepung rumah Syeikh Hamid untuk membunuhnya.Pergaduhan ini berakhir
dengan campurtangan Khalifah dan keadaan kembali menjadi tenang(al-Subki,t.t.).

6.3 Situasi keilmuan

Perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman ini tidak terkesan dengan situasi politik dan agama yang
buruk.Malah pelbagai bidang ilmu pengetahuan berkembang luas dan bertambah kemunculan para
ulama yang mempunyai kepakaran ilmu yang tinggi.

Umat Islam pada zaman ini berpeluang luas untuk menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Para ulama membahagikan ilmu-ilmu yang ada pada zaman ini kepada beberapa bahagian untuk
membezakannya antara satu dengan lain. Semua ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Hadis
dinamakan al-‘ulum al-syar’iyyah atau al-‘ulum al-naqliyyah.Sementarasemua ilmu yang diambil dari
negara luar dinamakan al-‘ulum al-‘aqliyyahatau al-‘ulum al-hukmiyyah.

Al-‘ulum al-naqliyyah terdiri daripada ilmu tafsir, ilmu qiraat,ilmu hadis, ilmu fikah, ilmu kalam, ilmu nahu
dan kesusasteraan. Sementara al-‘ulum al-‘aqliyyah terdiri daripada falsafah, kejuruteraan, ilmu kaji
bintang, muzik, perubatan,kimia,matematik, sejarah dan geografi.
Keadaan ini memberi kesan yang mendalam dalam diri Syeikh Abu Hamid dan memberi peluang kepada
beliau untuk tekun mempelajari ilmu pengetahuan terutamanya ilmu fikah sehingga beliau menjadi
ulama yang terkenal dan menjadi imam kepada ulama mazhab Syafi’e pada zaman ini. Malahan beliau
tidak berhenti mengajar dan memberi fatwa sehinggalah akhir hayat(Hasan,1416 H).

6.4 Situasi Sosial Masyarakat

Masyarakat yang hidup di Baghdad pada zaman Syeikh Abu Hamid terdiri daripada orang Arab, Parsi,
Turki dan Maghribi. Mereka dibahagikan kepada beberapa lapisan:

i. Lapisan teratas: Terdiri daripada para khulafak,umarak, menteri-menteri, pembesar-pembesar


kerajaan.Golongan ini hidup dalam keadaan mewah dan kaya raya.
ii. Lapisan pertengahan: Terdiri daripada golongan ulama,tentera dan pegawai kerajaan. Golongan
ini mendapat gaji dari kerajaan.Termasuk dalam golongan ini juga para penyair dan penyanyi.
iii. Lapisan terendah: Terdiri daripada petani, peniaga, nelayan dan mereka yang terlibat dengan
pelbagai perusahaan.Golongan ini kebiasaannya kurang pengetahuan dalam bidang ilmu agama.

Selain daripada golongan yang disebut di atas terdapat juga satu golongan yang dinamakan ahlu al-
zimmah yang menganut agama selain daripada Islam. Mereka adalah penganut agama Yahudi, Nasrani
dan Majusi.Di samping itu, terdapat juga

pada zaman ini golongan hamba abdi dalam jumlah yang agak besar.Sebahagian besar daripada mereka
adalah tawanan peperangan.

1837
Walaupun keadaan politik pada zaman ini kucar-kacir, tetapi masyarakat pada zaman ini dapat hidup
dalam keadaan mewah dengan menikmati pelbagai jenis makanan, minuman dan pakaian.Hal ini
menyebabkan Syeikh Abu Hamid dapat menumpukan sepenuh perhatian beliau dalam aktiviti belajar
dan mengajar sehinggalah beliau menjadi ulama paling berpengaruh pada zaman ini(Hasan,1416 H).

PENETAPAN HUKUM OLEH SYEIKH ABU HAMIDAL-ISFARAYIINI

Syeikh Abu Hamid telah memainkan peranan penting dalam mengulas, menganalisis pandangan Imam
Syafi’e serta mempertahankannya ketika berlaku perdebatan dengan mazhab lain. Penetapan hukum
dilakukan oleh Syeikh Abu Hamid melalui langkah-langkah berikut:

i. Memilih pandangan yang lebih kuat: Kadang-kadang dinukilkan daripada Imam Syafi’e beberapa
hukum yang berbeza dalam satu isu yang sama. Syeikh Abu Hamid dalam keadaan ini mengkaji
semula isu tersebut dan memilih pandangan yang lebih kuat.

Contohnya, dalam masalah adakah disunatkan azan ketikamengqada beberapa solat yang
ditinggalkan sekaligus secara berjemaah. Imam Syafi’e mempunyai dua pendapatdalam masalah
ini:
Pendapat pertama mengatakan: Sunat baginya azan bagi solat yang pertama
dan iqamah bagi solat-solat yang lain.
Pendapat kedua mengatakan:Tidak sunat baginya azan tetapi sunat iqamah
untuk semua solat.

Syeikh Abu Hamid memilih pendapat pertama(al-Nawawi,t.t.). Hujah beliau ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa baginda Nabi s.a.w. dan para sahabat terpaksa
meninggalkan empat solat semasa perang Khandaq iaitu zohor, asar, maghrib dan ‘isyak. Ketika
hendak mengqada solat-solat tersebut secara berjamaah bersama-sama sahabat, Baginda
memerintahkan Bilal untuk azan solat zohor, kemudian iqamah untuk solat asar, maghrib dan
‘isyak.

(al-Timizi, Sunan al-Tirmizi,no.179, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi,t.t.)

ii. Memperkenalkan kaedah-kaedah mengeluarkan sesuatu hukum: Syeikh Abu Hamid


memperkenalkan pelbagai kaedah dan prinsip dalam mengeluarkan sesuatu hukum.Kaedah-
kaedah dan prinsip-prinsip ini dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul dalam masyarakat hari ini.

Contohnya dalam masalah air jika kurang daripada dua qullah2 ia tetap dihukum najis walaupun
sifat-sifatnya tidak berubah. Kaedah yang ditetapkan oleh Syeikh Abu Hamid ialah semua najis
yang susah dihilangkan dimaafkan.Manakala najis yang mudah dihilangkan tidak dimaafkan.Air
yang kurang daripada dua qullah

termasuk dalam kategori najis mudah dihilangkan, maka ia tidak dimaafkan dan dihukum
najis(al-Nawawi,t.t).

2
Dua qullah ialah 270 liter.

1838
iii. Mengulas hujah sesuatu hukum:Imam Syafi’e dalam beberapa isu fikah menyatakan hukum dan
hujah tanpa mengulaskannya dengan lebih lanjut.Syeikh Abu Hamid menganalisis kembali isu
tersebut dan memberi ulasan yang jelas.

Contohnya, dalam masalah hukum solat witir Imam Syafi’e menyatakan hukumnya ialah sunat
muakkad (al-Mawardi, 1414H).Sementara Imam Abu Hanifah menyatakan hukumnya ialah
wajib(al-Samarqandi,1405H).

Hujah Imam Syafi’e ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang mana ketika didatangi oleh seorang lelaki
bertanyakan tentang solat wajib yang ditunaikan sehari semalam Baginda menjawab:
"Diwajibkan lima solat sehari semalam". Lelaki
itu kemudian bertanya: adakah diwajibkan ke atasku selain daripada itu? Rasulullah s.a.w.
menjawab:"Tidak,kamu boleh memilih untuk menunaikan selainnnya dengan sukarela jika kamu
kehendaki".Setelah menanyakan tentang kewajipan puasa dan zakat lelaki itu berkata:"Demi
Allah! aku tidak akan melakukan lebih dari apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.aw. dan tidak
pula kurang".Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dia akan menang sekiranya benar apa yang dikatakan".

Syeikh Abu Hamid membawa empat dalil untuk menyokong hujah Imam Syafi’e:
a) Rasulullah s.aw. memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa hanya wajiblima waktu solat
sehari semalam. Solat witir bukan termasuk dalam yang lima. Ini menunjukkan ianya tidak
wajib.
b) Ketika lelaki itu bertanya:adakah diwajibkan ke atasku selaindaripada itu? Rasulullah s.a.w.
menjawab:"Tidak". Ini menunjukkan witir tidak wajib.
c) Sabda Nabi s.a.w.:"kamu boleh memilih untuk menunaikan selainnnya dengan sukarela
jika kamu kehendaki". Ini menjelaskan bahawa tambahan daripada lima solat itu ialah
sunat.
d) Kata lelaki itu:Demi Allah aku tidak akan melakukan lebih dari apa yang
dinyatakan oleh Rasulullah s.aw. dan tidak pula kurang serta sabda Rasulullah s.a.w :"Dia
akan menang sekiranya benar apa yang dikatakan".Ini menunjukkan tidak berdosa jika
meninggalkan selain daripada solat lima waktu. Ini menunjukkan hukumnya sunat dan
bukannya wajib (al-Nawawi,t,t).

iv. Mendatangkan hujah-hujah untuk menolak pandangan mazhab lain ketika berlaku
perdebatan:Syeikh Abu Hamid hidup pada zaman berleluasanya perdebatan antara
mazhab.Beliau terkenal dengan kepetahannya berhujah menolak pandangan mazhab lain.Ini
adalah untuk mempertahankan dan menaikkan imej mazhab Syafie .

Contohnya,dalam masalah hukum menggunakan cecair bersih selain daripada air untuk
menghilangkan najis, ulama fikah telah berselisih pendapat tentang isu ini kepada tiga pendapat:

Pendapat pertama: Tidak harus menggunakan cecair selain daripada air untukmenghilangkan
najis seperti cuka, air mawar, tuak dan semua cecair yang diperah dari buah atau pokok.Ianya
merupakan pandangan ulama mazhab Syafi’e(al-‘Umrani,1423H),ulamamazhabMaliki(al-
Qarafi,1415H),Muhammad bin al-Hasan dan Zufar dari kalangan ulama mazhab Hanafi (al-Kasani,

1839
t.t.) dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal (Ibn Qudamah, 1416H).Ia juga
merupakan pandangan Syeikh Abu Hamid (al-Nawawi,t.t.).

Pendapat kedua:Harus menggunakan cecair selain daripada air untuk


menghilangkan najis dari pakaian dan badan.Ia merupakan pandangan Imam Abu Hanifah,salah
satu riwayat daripada Abu Yusuf dari kalangan ulama mazhab Hanafi (al-Kasani, t.t.) dan riwayat
keduadaripada Imam Ahmad bin Hanbal (Ibn Qudamah, 1416H).

Pendapat ketiga:Harus menggunakan cecair selain daripada air untukmenghilangkan najis dari
pakaian dan tidak harus dari badan. Ia merupakan riwayat kedua daripada Abu Yusuf (al-Kasani,
t.t.).

Hujah pendapat pertama: Firman Allah s.w.t.:


}‫اءً لِيُطَ ِهَرُكمْ بِِْه‬ ِْ ‫لس َم‬
ْ ‫اء َم‬ َّ ‫{ َويُنَ ِزُْل َعلَي ُكمْ ِم َْن ا‬
Maksudnya:Dan Allah menurunkan kepada kamu air hujan dari langit untuk menyucikan kamu
dengan air hujan itu.
(al-Quran, al-Anfal. 8:11)

Dalam ayat ini, Allah hanya menyebut air sahaja yang berfungsi untuk menyucikan dan
menghilangkan najis.Manakala cecair-cecair lain tidak boleh menyucikan kerana ia tidak boleh
digunakan untuk mengangkat hadas kecil dan besar.

Hujah pendapat kedua:Riwayat daripada Aishah r.a:


،‫ض فِي ِه‬
ُْ ‫احدْ ََِتي‬
ِ ‫{ ما َكا َْن ِإلح َدانَا إِ ْلَّ ثَوبْ و‬:ْ‫للا عن ها أَنَّها قَالَت‬
َ َ
ِ ِ
َ َ َ ُْ ‫ي َعنْ َعائ َش ْةَ َرض َْي‬ َْ ‫ُرِو‬
} ‫ص َعت ْهُ بِظُف ِرَها‬ ِِ ٍ ِ
َ ‫فَِإذَا أ‬
َ ‫ قَالَتْ ب ِريق َها فَ َق‬،‫َصابَْهُ َشيءْ منْ َدم‬
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa beliau berkata: “Kami pada satu ketika
hanya mempunyai satu baju.Apabila kami didatangi darah haid dan terkena pada baju, kami
membasahkan baju tersebut dengan air liur dan
menggosoknya dengan kuku”.

(Abu Daud, Sunan Abu Daud,no.358, Beirut: Dar al-Fikr,t.t.)


Riwayat ini menunjukkan air liur boleh menghilangkan najis.

Syeikh Abu Hamid menolak hujah tersebut dengan mengatakan bahawa darah yang terkena
pada baju tersebut adalah dalam kuantiti yang sedikit.Darah yang sedikit tidak wajib dihilangkan
dan dimaafkan. Aishah r.a. tidak bermaksud membasuh baju itu dan menyucikannya dengan air
liur, tetapi beliau hanya bermaksud menghilangkan kesan darah tanpa menyucikannya.Oleh itu,
baju itu tetap bernajis tetapi dimaafkan kerana sedikit (al-Nawawi,t.t.).

v. Memberi fatwa kepada isu-isu yang berbangkit:Syeikh Abu Hamid giat memberi fatwa kepada
persoalan-persoalan yang dibangkitkan sepanjang hidupnya. Ia merangkumi isu-isu yang telah
dinyatakan hukumnya oleh Imam Syafi’e dan isu-isu baru yang belum didapati hukumnya.Fatwa-
fatwa beliau dinukilkan kemudian oleh ulama-ulama mazhab Syafi’e tersohor seperti Imam al-
Nawawi, Imam al-Mawardi dan Imam al-‘Umrani dalam kitab-kitab karangan mereka.

1840
Contohnya,dalam masalah adakah menjadi imam lebih baik daripada menjadi bilal? Syeikh Abu
Hamid berpendapat menjadi bilal lebih baik. Hujah beliau ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi:
} ‫َّاس أَعنَاقًا يَوَْم ال ِقيَ َام ِْة‬
ِْ ‫{اَل ُم َؤِذنُو َْن أَط َو ُْل الن‬

Maksudnya: “Para bilal mempunyai leher yang panjang pada hari qiyamat nanti”.
(Muslim, Sahih Muslim,no.387, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi,t.t.)

Maksud leher panjang ialah para bilal akan berdiri tegak dalam keadaan tenang bukan dalam
keadaan tunduk kepala kerana kehinaan seperti keadaan orang kafir.Ini jelas menunjukkan
tingginya kedudukan seorang bilal di sisi Allah s.w.t.

KESIMPULAN

Syeikh Abu Hamid al-Isfarayiini telah memainkan peranan penting dalam perkembangan mazhab
Syafi’e.Beliau menjadipengasas aliran pemikiran ulama mazhab Syafi’e di Iraq dan mempunyai
penguasaan ilmu yang tinggi.Ini terbukti dari kata-kata sanjungan dan pujian ulama terhadapnya samada
yang menyokong atau yang menentangnya.Sumbangan beliau kepada umat Islam amatlah besar
sehingga beliau disifatkan oleh ulama sebagai mujaddid ummah kurun keempat.Walaupun beliau hidup
pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah yang kucar-kacir dari segi politik dan keagamaan, tetapi
ia tidak memberi kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran beliau. Ini kerana pada zaman ini
aktiviti keilmuan berkembang pesat dengan adanya galakan dan sokongan daripada khalifah.Beliau telah
mengulas dan menjelaskan mazhab Syafi’e kepada generasi-generasi yang datang selepasnya agar
difahami dengan sebaiknya. Kaedah-kaedah, pandangan-pandangan dan hujah-hujah yang diajar oleh
Syeikh Abu Hamid boleh digunakan oleh ulama kontemporari untuk menyelesaikan masalah-masalah
berbangkit dalam masyarakat hari ini. Tulisan telah membincangkan sebahagian kecil daripada
penetapan hukum yang dilakukan olehSyeikh Abu Hamid. Dengan terhasilnya tulisan ini, masyarakat
boleh mengenali Syeikh Abu Hamid dengan lebih dekat dan memahami serta mengaplikasikan ilmu-ilmu
yang ditinggalkan.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy’as.(t.t.).Sunan Abu Daud.Beirut: Dar al-Fikr.

Abu al-Falah, ‘Abd al-Hayy bin ‘Imad. (1414H). Syazarat al-Zahab.Beirut:Dar al-Fikr.

Al-Asnawi, Jamaluddin Abdul Rahim. (1407H).Tabaqat al-Syafi’yyah.Beirut: Dar al-Kutub al-


‘Ilmiyyah.

Al-Asy’ari, Ali bin Ismail. (1369H). Maqalat al-Islamiyyin Wa Ikhtilaf al-Musollin.Kaherah:


Maktabah al-Nahdoh al-Misriyyah.

Al-Baghdadi, Ahmad bin Ali. (t.t.). Tarikh Baghdad.Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

1841
Al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad. (1413H). Siyar al-A’lam al-Nubalak. Beirut: Muassasah
al-Risalah.

Al-Kasani,’Ala al-Din Abu Bakr bin Mas’ud. (t.t.). Badai’ al-Sonai’ Fi Tartib al-Syarai’.
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Mawardi, Ali bin Muhammad bin Habib.(1414H). al-Hawi al-Kabir.Beirut:Dar al-Fikr.

Al-Nawawi, Abu Zakariyya Muhiyuddin bin Syaraf. (1416 H). Tahzib al-Asma Wa al-Lughat.
Beirut:Dar al-Fikr.

Al-Nawawi, Abu Zakariyya Muhiyuddin bin Syaraf. (t.t.). al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab.
Jedah: Maktabah al-Irsyad.

Al-Qarafi, Ahmad bin Idris.(1415H). al-Dhakhirah. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

Al-Samarqandi, ‘Ala al-Din. (1405 H).Tuhfah al-Fuqaha.Beirut: Dar al-Kutub al-


‘Ilmiyyah.

Al-Subki, Abd al-Wahab bin Ali. (t.t.). Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubro. Kaherah: Dar
Ihya al-Kutub al-‘Arabiyyah.

Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. (t.t.). Sunan al-Tirmizi. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-
‘Arabi.

Al-‘Umrani, Yahya bin Abu al-Khayr. (1423H).al-Bayan Fi Fiqh al-Imam al-Syafi’e.


Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Yafi’i, Abdullah bin As’ad bin Ali.(1413H). Miraatul Jinan Wa ‘Ibrah al-Yaqazan
Fi Ma’rifati Ma Yu’tabar Min Hawadith al-Zaman.Kaherah: Dar al-Kitab al-
Islami.

Al-Zarkali, Khair al-Din.( 1400H). al-A’lam.Beirut: Dar al-‘Ilm Li al-Malayin.

Hasan Ibrahim.( 1416H). Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Dini Wa al-Thaqafi Wa al-


Ijtima’i. Beirut: Dar al-Jayl.

Ibn Kathir, Abu al-Fidak Ismail. (1408H). al-Bidayah Wa al-Nihayah.Beirut: Dar Ihya
al-Turath al-‘Arabi.

Ibn Qudamah.(1416H). al-Mughni.Kaherah: Dar al-Hadith.

Ibn al-Solah, ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman.( 1413 H). Tobaqat al-Fuqaha al-
Syafi’iyyah. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

1842
Muslim, Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi. (t.t.). Sahih
Muslim. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.

1843
Transformasi Sistem Pendidikan Pondok Dalam
Memartabatkan
Pengajian Kitab Kuning Di Malaysia1

Solahuddin bin Ismail

solahuddin@uum.edu.my

Mohd Nizho bin Abdul Rahman

nizho@uum.edu.my

Abstrak

Globalisasi yang melanda dunia kini berkehendakkan masyarakat


melakukan perubahan.hal ini termasuklah perkara yang berkaitan dengan
pendidikan. Ia sangat bertepatan dengan ajaran Islam yang mudah dan
berubah mengikut peredaran zaman. Perubahan ini lebih bersifat teknikal
tanpa merosakkan teras atau asas Islam itu sendiri.Transformasi di dalam
sistem pendidikan pondok melalui pengajian kitab kuning sebenarnya telah
berjaya mengangkat dua perkara iaitu ilmu yang terkandung di dalam kitab
tersebut berjaya dimartabatkan sesuaian dengan kedudukannya dan kedua
ialah pengiktirafan kepada pengarang kitab yang telah membuktikan
ketinggian dan kesarjanaan mereka. Penggunaan media elektronik
menjadikan ilmu kitab kuning berjaya disampaikan kepada masyarakat
tampa mengira sempadan. Ia seterusnya diperkukuhkan dengan aktiviti
penterjemahan kitab kuning supaya setiap lapisan masyarakat dapat
mengambil faedah dari karya tersebut. manfaat ini menjadikan Islam yang
dibina sejak dahulu telah membawa rahmat ke seluruh alam.

1 rd
Kertas kerja ini dibentangkan di 23 Conference of the Internasional Association of Historians of Asia 2014
(IAHA 2014) di Hotel Tabung Haji Kepala Batas Alor Setar pada 23-27 Ogos 2014.

1844
Pendahuluan

Sistem pendidikan pondok merupakan sistem pendidikan formal Islam terawal yang mula diperkenalkan
di Alam Melayu.Ia diwujudkan untuk memenuhi tuntutan masyarakat Islam yang masih memerlukan
bimbingan yang sempurna dan mendalam terutama hal yang berkaitan dengan akidah dan ibadah.
Peringkat pertama, pendidikan Islam tidak formal hanya dapat dipelajari di surau, masjid dan juga rumah
alim ulama (Abdullah Ishak, 1992:178-179).Sambutan yang menggalakan untuk masyarakat lebih
mendalami ilmu-ilmu Islam menyebabkan rumah guru terpaksa diperluaskan malah dibina juga
disekitarnya rumah-rumah kecil yang dikenali sebagai pondok untuk menyelesaikan masalah kediaman
pelajar khususnya yang dating dari tempat yang jauh.Suasana ini telah melahirkan satu bentuk sistem
pengajian baru yang terkenal dengan gelaran sistem pendidikan pondok.

Dalam menghadapi cabaran semasa serta memenuhi tuntutan globalisasi, sistem pendidikan pondok
secara terpaksa turut berubah agar selari dengan tuntutan zaman moden. Keperluannya juga harus
menepati hasrat hati masyarakat yang pada masa kini sangat terdedah dengan kecanggihan teknologi.
Dengan demikian, sistem pendidikan pondok juga harus melakukan transformasi agar ia sentiasa selari
dengan permintaan masyarakat. Justeru, kertas ini akan menghuraikan bentuk transformasi yang berlaku
di dalam sistem pendidikan pondok sehingga menyebabkan ia masih mendapat dokongan yang tinggi di
kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di Malaysia.

Sistem Pendidikan Pondok

Abad ke 18M terutamanya menyaksikan Islam terus berkembang dan pesat diamalkan di Tanah
Melayu.Pasaran pendidikan Islam bertambah maju dan mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan
masyarakat Islam.Peringkat awal sistem pendidikan Islam bermula di surau, istana, rumah, masjid dan
juga madrasah (musolla-balaisah)(Abdullah Alwi Haji Hassan1980:192). Iahanya mengajar ilmu-ilmu
Islam secara tidak formal. Ruang atau tempat pengajian yang sempit dan sangat terhad tidak lagi
berupaya untuk menampung bilangan atau jumlah pelajar yang ramai terutamanya yang datang dari
jauh (Abdullah Jusuh, 1990; 8).Justeru, ulama dan intelektual Melayu mula memikirkan kaedah yang
terbaik untuk mengembangkan dan menaik taraf sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu.Mereka
melatakkan tiga perkara asas yang perlu wujud dalam sistem pendidikan ini.

1. Sistem yang lebih efisyen dengan kaedah pengajian formal dan tersusun.
2. Ruang dan tempat yang luas sebagai kelas pengajian yang mampu menampung bilangan pelajar
yang ramai dalam sesuatu masa.

1845
3. Ia mestilah mempunyai kemudahan tempat penginapan khususnya untuk keselesaan pelajar
yang datang sama ada dari tempat yang jauh atau dekat yang menginginkan tempat berteduh.

Idea tersebut telah membentuk satu pandangan bahawa sistem pendidikan Islam seharusnya
mempunyai satu kawasan pengajian Islam yang lengkap dengan ciri-ciri yang tersebut di atas.Jalinan
ketiga-tiga ciri tersebut telah digabungkan untuk membentuk satu sistem pendidikan formal yang
sehingga hari ini terkenal dengan nama sistem pendidikan pondok atau sistem pendidikan tradisional
Islam.

Sistem ini merupakan sebuah institusi pendidikan yang formal.Ia buat pertama kali dilaksanakan serta
diperkenalkan di Tanah Melayu sekitar abad ke 18M. Kelas pengajian, rumah guru dan tempat tinggal
pelajar digabungkan di satu kawasan secara bersama bagi memudahguru dan pelajar mengurus sesi
pembelajaran mereka. Kelahiran sistem pendidikan pondok tercetus akibat dari keghairahan masyarakat
Islam setempat atau yang dating dari jauh untuk menambah ilmu pengetahuan. Dengan demikian, Ia
semestinya mempunyai satu kawasan yang agak luas sebagai penempatan pelajardan juga ruang yang
selesa untuk belajar. Kawasan yang dijadikan tempat pembelajaran kebiasaannya dimiliki pengasas
pondok.Ia juga berkemungkinan merupakan tanah wakaf sama ada khusus untuk tujuan pendidikan atau
untuk tujuan umum pembangunan dan kemaslahatan masyarakat Islam. Ini sebagai bukti nyata bahawa
kerjasama dan sokongan masyarakat Islam setempat juga turut menyumbang serta menghulurkan
bantuan dalam menyemarakkan perkembangan Islam di kawasan tersebut. Bantuan dalam bentuk
tenaga kerja dan dana material telah menjadikan sistem pendidikan pondok terus subur bercambah di
Tanah Melayu. Amanah ini menjadi tanggungjawab besar bagi guru dalam memperkukuhkan ajaran
Islam ke atas masyarakat.

Populariti sesebuah pondok sangat bergantung kepada kemasyhuran seseorang guru yang menguasai
sesuatu disiplin ilmu Islam.Nilai kesarjanaan yang dimiliki guru merujuk kepada ketinggian ilmu yang
mereka miliki serta kemampuan mereka membahaskan secara mendalam ilmu yang dimiliki.Contohnya,
guru yang alim di dalam bidang tasauf, fekah, ilmu kalam atau pun bidang tatabahasa khususnya bahasa
Arab.Pelajar akan mencari sistem pendidikan pondok berasaskan kemasyhuran tersebut (Fauziah Shaffie,
2001; 127). Aspek di atas menjadi faktor utama untuk menarik pelajar datang belajar dengan seseorang
guru.Sebagai contoh, Pondok Bohor di Alor Setar Kedah misalnya mempunyai lebih dari 300
buah(Abdullah Ishak, 1995:196).Sistem pendidikan pondok boleh diumpamakan sebagai sebuah fakulti di
universiti yang menumpukan pengajianberasaskan kepakaran ilmu dalam sesuatu bidang tertentu dan
ketinggian ilmu itu adalah milik guru yang ada di pusat pengajian tersebut.Cuma sedikit perbezaan
mungkin ialah universiti mempunyai ramai guru yang mengajar mengikut kepakaran masing-masing
sedangkan sistem pondok hanya mempunyai seorang guru yang mengajar pelbagai disiplin ilmu.

Sistem pendidikan pondok juga tidak mengenakan sebarang bayaran sebagai yuran pengajian kepada
penuntutnya.Sistem pendidikan percuma sebenarnya telah lama diamalkan di dalam sistem pendidikan
Islam.Cuma pada peringkat awal, pelajar dikehendaki membeli pondok yang akan didiami dan seterusnya
akan diwakafkan setelah mereka tamat belajar. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengurus
dan menyelenggara sendiri pondok yang mereka miliki. Manakala wang pembelian pondok tersebut akan
digunakan untuk kerja penyenggaraan bangunan utama di kawasan pondok dan sebahagian kecilnya
menjadi saguhati kepada guru yang mengajar. Manakala guru pula tidak dibayar gaji seperti institusi
pendidikan lain. Pendapatan mereka adalah dari hasil kebun atau sawah dimiliki secara persendirian atau
pun diwakafkan oleh orang ramai.Selain itu, terdapat juga sumbangan lain hasil dari perkhidmatan
keagamaan seperti syarahan agama, sembahyang jenazah, dan sebagainya serta hasil dari kutipan

1846
derma, sedekah atau pemberian zakat. Sebelum wujudnya penguatkuasaan kutipan zakat oleh Jabatan
Agama, hasil zakat dikuasai oleh guru-guru pondok (Awang Had Salleh, 1977) kerana mereka termasuk
dalam golongan asnaf fi sibiliLlah (berjuang di jalan Allah) yang layak menerima zakat.Sumber
pendapatan inilah yang digunakan oleh guru untuk menyara kehidupan harian keluarga, mengurus serta
menyelenggara kawasan pondok.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di pondok tidak diberi sijil sebagai tanda mereka
menamatkan pengajian.Mereka hanya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan.Tahap dan kemampuan
ilmu yang dimiliki memberi lesen untuk pelajar melanjutkan pengajian di tempat lain terutama di Hijaz
(Mekah dan Madinah).Ia sebagai usaha untuk melayakkan diri menjadi seorang ulama (Mohammad
Redzuan Othman, 2005; 63). Ini menunjukkan adanya kesinambungan ilmu secara berterusan terutama
ke arah mendalami ilmu yang dipelajari dari kitab-kitab karangan ulama Tanah Arab. Sebagai contoh,
pada akhir abad ke 17M, Sheikh Abdul Malik Abdullah dari Terengganu telah menyambung pengajian di
Mekah setelah lama menuntut di Acheh. Begitu juga dengan Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari,
Sheikh Nawawi al-Bantani dan Sheikh Daud al-Fatani. Mereka bukan sahaja belajar di Mekah tetapi juga
diberi pengiktirafahan untuk mengajar di Masjid al-Haram Mekah (Mohammad Redzuan Othman, 2005;
64) serta bermastautin lama di sana. Inilah lambang ketinggian ilmu dan kesarjanaan yang dimiliki oleh
ulama pondok.Mereka tidak hanya terkenal di Alam Melayu tetapi juga diperingkat antarabangsa.
Tumpuan lepasan pengajian pondok berhijrah Hijaz setelah tamat pengajian mereka di Alam Melayu
kerana menginginkan keberkatan silsilah guruyang mewarisi ilmu hingga sampai ke Rasulullah s.a.w. di
sampingHijaz sebagai tempat pengajian yang tersohor dalam dunia Islam.

Sistem pendidikan pondok mengalami pasang surutnya.Iamenghadapi zaman kesukaran apabila muncul
sekolah atau madrasah agama yang melaksanakan corak pengajian yang lebih sistematik dan tersusun.
Suatu sistem baru dalam pendidikan Islam yang mengikut struktur dan gaya penjajah British.
Kemunculan sistem baru ini telah menyebabkan sistem pendidikan pondok kurang diminati kerana ia
tidak menawarkan nilai ekonomi kepada pelajarnya. Namun begitu, terdapat beberapa negeri seperti
Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu hingga ke hari ini masih lagi mempertahankan sistem
pendidikan pondok.Ia kekal bertahan kerana wujud segelintir masyarakat yang masih mempercayai
bahawa sistem pendidikan pondok berupaya untuk membentuk kekuatan insaniah di dalam diri
pelajarnya. Cabaran dan persaingan yang sihat ini menjadikan sistem pendidikan pondok telah berubah
mengikut suasana moden. Iatelah melakukan transformasi terutama dari aspek penyampaian dan
penggunaan media agar ilmu tradisional itu terus kekal dan mampu disampaikan kepada masyarakat
dengan lebih sempurna.

Pengajian Kitab Kuning

Suatu hal yang tidak dapat dipinggirkan apabila membahaskan sistem pendidikan pondok ialah pengajian
kitab kuning.Pengajian kitab ini juga dikenali sebagai pengajian kitab turath ataupun pengajian kitab
tradisional/lama.Kitab-kitab yang digunakan merujuk kepada kitab karangan ulama silam yang
muktabar.Ia boleh dibahagikan kepada dua bentuk kitab. Pertama; kitab karangan ulama Alam Melayu
seperti Munyatul Musalli karangan Sheikh Daud al-Fatani, Faridatul Faraid karangan Sheikh Ahmad al-
Fatani, Unwanul Falah karangan Sheikh Ahmad al-Fatani, Tashilu Nailil Amani fi Syarhi Awam al-Jurjani

1847
karangan Sheikh Ahmad al-Fatani, Risalah Nahu dan Sarof karangan Sheikh Ahmad al-Fatani dan banyak
lagi. Kedua; kitab karangan ulama Tanah Arab seperti Fath al-Bari karangan Ibnu Hajar al-Asqalani, Ihya
Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,Matan Arbain karangan Imam an-Nawawi, Kitab al-Hikam
karangan Ibn Ataillah as-Sakandari, al-Risalah karangan Imam al-Syafie, Lubb al-Usul karangan Sheikh
Zakaria al-Ansari, (http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam) Tafsir Jalalain karangan Imam al-
Suyuthi dan sebagainya. Kitab-kitab ini menjadi pilihan bagi sistem pendidikan pondok untuk ditelaah
dan diperbahaskan secara mendalam (detail dan terperinci) agar ilmu yang ada dapat diteliti dan
dikuasai sebaiknya.Justeru, pengajian kitab kuning ini menjurus kepada perbahasan dari kulit ke kulit
agar ilmu yang diperolehi itu difahami secara mendalam di samping mendapat keberkatan ke atas ilmu
yang dipelajari.Ia bukannya corak pengajian yang mengambil bahagian yang tertentu di dalam kitab
seperti yang berlaku dalam kebanyakkan pengajian pada masa kini.

Corak pengajian ini dinamakan dengan pengajian kitab kuning adalah kerana kitab tersebut pada
peringkat awalnya telah dicetak di atas kertas berwarna kuning.Dengan demikian kitab-kitab ini lebih
dikenali atau digelar sebagai kitab kuning.Ia ditulis menggunakan tulisan Arab atau Jawi yang tidak
diletakkan tanda bacaan dan tidak menggunakan harakat seperti mana al-Quran. Kertas yang digunakan
adalah dari kualiti yang rendah dan ia dicetak dalam bentuk lebaran tanpa dijilid. Ia bertujuan untuk
memudahkan pelajar membawa hanya bahagian yang hanya ingin dipelajari tanpa perlu membawa
keseluruhan kitab tersebut. Kebanyakkan kitab kuning ditulis secara bersambungan dari awal hingga
akhir tanpa ada paragraph. Keseluruhan ruang pada setiap muka surat dimanfaatkan untuk
tulisan(http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam) dan ia meninggalkan hanya sedikit di bahagian
tepi di kiri dan kanan serta di bahagian atas dan bawah untuk pelajar menulis isi yang sukar difahami,
contoh yang diberikan guru atau jawapan yang secara terperinci yang dijawab oleh guru.Tambahan
tulisan ini dikenali sebagai dhabit.

Kitab kuning juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kitab yang membahaskan isi kandungan
atau ilmunyasecara naratif.Kebiasaan bentuk ini terdapat di dalam kitab sirah (sejarah), tafsir, hadis dan
sebagainya. Penulisan dalam bentuk cerita melalui riwayat tertentu akan lebih memperkukuhkan lagi
perbahasan. Kedua ialah kitab yang membincangkan kaedah-kaedah khusus yang terdapat di dalam
disiplin keimuan tertentu seperti usul al-fiqh, usul al-tafsir, ulum al-hadis, nawu wa al-arfu
(tatabahasa)dan sebagainya. Pelajar perlu memahami terlebih dahulu kaedah tertentu di dalam ilmu
yang mereka pelajari supaya semua persoalan yang wujud dapat diselesaikan.Dua bentuk kitab ini
menjadi sandaran oleh guru-guru di dalam sistem pengajian pondok untuk diketengah sebagai bahan
perbincangan ke atas pelajar mereka.Ia diperbincangkan secara teliti dan terperinci tanpa diikat kepada
jangka waktu yang tertentu. Penulisan kitab kuning ini juga turut memperlihatkan kreativiti
pengarangnya (http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam). Terdapat tujuh perkara yang menjadi
asas atau dasar kepada penulisannya iaitu:

1848
a. Pengarang mengemukakan idea atau pandangan baru yang belum lagi diketengahkan oleh kitab
sedia ada sebelumnya.
b. Pengarang memantapkan atau memperkukuhkan kitab sedia ada. Ia bertujuan untuk memberi
kesempurnaan kepada disiplin ilmu tersebut.
c. Pengarang mengembangkan dengan lebih jelas dan terperinci kandungan kitab yang sedia ada.Ia
digelar kitab syarah.
d. Pengarang meringkaskan karangan pengarang sebelumnya yang terlalu tebal atau banyak. Kitab
jenis ini lebih dikenali sebagai kitab mukhtasor.
e. Pengarang mengutip pandangan ulama dari kitab lain tentang sesuatu persoalan atau
perbahasan ilmu.
f. Pengarang mengemaskini, memberi nilai tambah baru serta membentuk susunan yang lebih
sistematik berkaitan sesuatu ilmu yang telah ada di dalam kitab-kitab lain.
g. Pengarang memberi kritikan serta memperbetulkan isi kandungan kitab lain yang pada
pandangan mereka tersasar dari maksud ilmu yang sebenar.

Kitab kuning ini kebiasaannya dipelajar oleh mereka yang berada di dalam sistem pengajian pondok.
Pengajian secara mendalam ini terbahagi kepada dua cara iaitu secara personel atau persendirian
dengan guru dan secara berkumpulan (http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam). Cara personel
menuntut pelajar mengadap guru dengan membawa kitab tertentu.Mereka diajar beberapa baris
perkataan atau ayat oleh guru tersebut untuk dihafal atau difahami.Ia dilakukan secara bergilir dengan
pelajar lain dan hanya dilakuan di peringkat awal pengajian. Cara masih lagi terdapat di kebanyakkan
pesantren di Indonesia. Kedua adalah cara pembelajaran secara beramai-ramai. Ia dinamakan sebagai
cara halaqah (circle system) atau cara umumi(Wan Yahya Wan Ahmad, 1994:146, Abasri, 2007: 287).
Pelajar akan duduk secara beramai-ramai di hadapan guru yang mengajar. Ilmu disampaikan secara teliti
dan kebiasannya kitab-kitab besar seperti Fath al-Bari, Ihya Ulumuddin, al-Hikam, Tafsir Jalalain, Bahr al-
Mazi dan sebagainya akan digunakan sebagai bahan pengajian. Ilmu disampaikan secara umum kepada
pelajar. Jika mereka tidak memahami perbahasan, pelajar akan merujuk kepada pelajar senior yang
dikenali sebagai kepala telaah bagi menghuraikan persoalan yang berbangkit dari pengajaran umum
guru

mereka.

Kitab kuning pada masa kini begitu sinonim dengan sistem pendidikan pondok. Namun begitu ia juga
mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat di luar daripada sistem berkenaan. Sambutan
yang menggalakkan dari masyarakat umum menjadikan pengajian kitab kuning tersebar dengan begitu
meluas di segenap lapisan masyarakat.Ia bukan sekadar diajar di pondok tetapi juga dapat dipelajari di
suarau, masjid malahan media elektronik juga telah memberi ruang kepada pengajian kitab kuning untuk
diwacanakan kepada khalayak ramai. Sambutan yang memberangsangkan ini merupakan salah satu
bentuk transformasi yang telah dibuat dan wujud secara jelas sebagai satu usaha untuk mengangkat
sistem pendidikan pondok ke tempat yang selayaknya di dalam dunia yang serba moden ini.

1849
Bentuk Transformasi Sistem Pendidikan Pondok

Menghadapi dunia moden masa kini menyebabkan sistem pendidikan pondok tidak terlepas dari
mengharungi cabarannya. Ia perlu ditangani dengan bijaksana agar ilmu kitab kuning dapat diperluaskan
ruang pengajiannya bukan tersimpan sebagai hiasan di dalam almari cantik semata-mata. Perubahan
harus dilakukan agar intipati kitab inidapat digali dengan mendalam bagi manfaat diri dan masyarakat.
Justeru, untuk merealisasikan transformasi ini perlu merujuk kepada dua perkara iaitu apa perubahan
yang perlu dilakukan? dan apa perkara yang harus dikekalkan?. Perkara ini perlu diteliti agarsistem
pendidikan pondok tidak tercemar dengan elemen-elemen negatif yang boleh meroskkan nilai sebenar
yang wujud pada institusi tersebut.

Jaringan ilmu yang semakin melebar sedikit sebanyak meletakkan sistem pendidikan pondok dalam
keadaan dilemma.Mereka perlu keluar dari kepompong dan keselesaan yang sedia ada dan membuat
perubahan tanpa menghilangkan asas tradisional zaman silam. Mereka tidak lagi boleh terperuk di
persekitaran pondok sahaja dengan membiarkan fenomena teknologi moden menenggelamkan
idealisme yang dibawa. Oleh yang demikian, sistem pendidikan pon dengan kitab kuningnya harus diberi
nilai tambah agar teknologi semasa dapat dimanfaatkan untuk mengangkat martabat pengajian kitab
kuning.

Untuk berdepan dengan cabaran semasa, sistem pendidikan pondok perlu melakukan transformasi ke
atas beberapa perkara. Antaranya ialah merubah cara penyampaian supaya pengisianke atas pengajian
kitab kuning nampak lebih betenaga dan mampu menarik minat khalayak untuk mengikutinya. Tanpa
meninggalkan kaedah tradisi, ilmu kitab kuning harus diperkayakan dan diperluaskan dengan
menggunakan kecanggihan teknologi semasa.Contohnya, pengunaan media elektronik seumpama radio,
television serta internet.Hal ini telah dilakukan oleh Radio dan Television Malaysia (RTM), Radio IKIM, TV
al-Hijrah dan sebagainya.Manakala internet juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan
syarahan kitab kuning melalui YouTube.com seumpama kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji
Ismail Sepanjang dari Wilayah Pattani Thailand.Penggunaan media elektronik secara cekap telah
memberi kesan positif di dalam menyebar luaskan pengajian kitab kuning ke pengetahuan masyarakat
ramai.

Selain itu, perubahan pengajian kitab kuning juga telah berjaya dikembangkan melalui penterjemahan
atau alih bahasa (Abdullah Ishak, 1992:152) sama ada dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu atau dari
tulisan jawi lama ke tulisan rumi moden. Gerakan penterjemahan telah giat dilakukan oleh cerdik pandai
Melayu dengan menggunakan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami.Ini lebih menarik
masyarakat Islam untuk meneliti dan mendalami kitab berkenaan kerana mereka sangat selesa dengan

1850
bahasa yang mudah dan senang difahami. Antara penterjemah yang aktif menterjemah kitab kuning
ialah Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Syarah al-Hikam),Dato Abu Hasan Din al-Hafiz (Furu’ al-Masail),
Ustaz Fahmi Zamzam (Bidayatul Hidayah) dan banyak lagi yang diberi nilai tambah baru dari aspek
penyempaian gaya penulisan mudah, kualiti cetakan yang baik serta kertas yang bermutu. Transformasi
sebegini telah mengangkat martabat kitab kuning menerusi ilmu yang terkandung di dalamnya agar
dapat dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat ramai tanpa perlu belajar secara langsung melalui sistem
pendidikan pondok.

Dari satu aspek yang lain, sistem pendidikan pondok sebenarnya telah mengembalikan kegemilangan
pengajian kitab kuning seperti yang berlaku sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. Olahan
dalam bentuk moden yang diperkayakan dengan asimilasi teknologi baru hanya berubah dari sudut
teknikal sahaja. Matlamat utama seperti isi kandungan serta ilmu yang terkandung didalam kitab
tersebut masih lagi sempurna tanpa pengubahsuaian yang boleh merosakkan nilai keilmuannya.Keaslian
bahan ilmu yang terkandung di dalam kitab kuning sentiasa dipelihara dengan baik walaupun melalui
proses inovasi moden khususnya semasa penterjemahan dilakukan. Proses ini menjadikan kitab kuning
tidak hanay digunakan oleh golongan pendidikan pondok sahaja tetapi telah tersebar dan dibaca oleh
kebanyakkan umat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan. Dengan pengekalan kandungan yang
dipermudahkan dalam bendtuh bahasa yang senang difahamai menjadikan kitab kuning lebih bernilai
dan bermanafaat kepada masyarakat.

Hal yang sama juga turut terkesan apabila kitab kuning diperbahaskan secara terbuka di hadapan
khalayak melalui media elektronik.Martabat ilmu dapat diangkat ke tempat yang sewajarnya apabila
masyarakat mula mengenalinya.Demikian juga pengarang kitab tersebut dapat dimasyhurkan sejajar
dengan ketinggian ilmu yang terdapat di dalam tulisan atau karangan mereka.Ketinggian ilmu dan
kehebatan ulama Alam Melayu telah berjaya dipertahankan dengan adanya kemajuan teknologi moden.
Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa Islam tanpa perlu mengubah sari patinya mampu berasimilasi
dengan kemajuan dunia yang serba moden. Dengan demikian, pengajian kitab kuning melalui sistem
pendidikan pondok secara tidak langsung berjaya ditransformasikan apabila ia membentuk gagasan baru
yang terkeluar dari kepompong tradisional tanpa merubah matlamat dan objektif perjalanan sistem
persebut.

Penutup

Sistem pendidikan pondok masih kekal dengan unsur tradisinya hingga ka hari ini.Arus permodenan
semasa yang melanda dunia telah berjaya diurus dengan sempurna oleh sistem ini kerana permintaan ke
atas pengajian kitab kuning masih mendapat sambutan malah dinobatkan sebagai salah satu bentuk
pengajian Islam yang menjadi pilihan masyarakat Islam kini. Proses transformasi yang berlaku ke atas

1851
sistem dan pengajian tersebut bukanlah sesuatu yang merosakkan malah memberi kelebihan untuk ia
lebih dikenali di dalam masyarakat. Pembaharuan yang dilakukan banyak memberi impak positif kerana
ia telah diiktiraf oleh seluruh masyakat Islam walaupun berlaku beberapa perubahan dan
pengubahsuaian sama ada ke atas sistem dan kitab yang digunakan.

RUJUKAN

Abasri, Sejarah Dinamika Lembaga-Lembaga Pendidikan Islam di Nusantara dalam H. Samsul Nizar,
editor, 2007, Sejarah Pendidikan Islam; Menelusuri Jejak Sejarah Pendidikan Era Rasulullah Sampai
Indonesia, Jakarta: Kencana Prenada Media.

Abdullah Alwi Haji Hassan, The Development of Islamic Education In Kelantan, dalam Tamadun Islam di
Malaysia, 1980, KL: Persatuan Sejarah Malaysia.

Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, KL; Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Ishak, 1992, Islam di India, Nusantara dan China, Kl; Nurin Enterprise.

Abdullah Jusuh, 1989, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, KL; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh,Institusi Pondok di Malaysia dalam Zainal Kling, 1977, Masyarakat Melayu; Antara
Tradisi dan Perubahan, KL; Utusan Publisher and Distributors.

Fauziah Shaffie, Institusi Pondok di Malaysia; Satu Sorotan Dari Perspektif Sejarah dalam Jurnal
Pembangunan Sosial, Jil 2, 2001, Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman, 2005, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur
Tengah, KL; Penerbit Universiti Malaya.

1852
Wan Yahya Wan Ahmad, Sejarah Perkembangan Pendidikan Zaman Awal dalam MEDIUM Jurnal
Akademi Islam Universiti Malaya, bil III, Jun 1994.

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/14/02/23/n1fw2m-kitab-kuning-dan-
khazanah-keilmuannya

Sistem Pengajian Turasi Islam Di Malaysia :- Satu Tinjauan


Awal Berdasarkan Sejarah Perkembangannya2.

Mohd Nizho bin Abdul Rahman

nizho@uum.edu.my

Solahuddin bin Ismail

solahuddin@uum.edu.my

Abstrak

Kertas kerja konsep ini membincangkan tentang sistem pengajian Turasi yang
menjadi pemangkin kepada kesuburan dan kekuatan pegangan Islam di Nusantara
semenjak dahulu sehinggalah negara ini digelar sebagai Malaysia. Ianya merupakan
satu sistem yang diwarisi sejak zaman berzaman semenjak 1435H tahun yang lalu.
Melalui sistem pengajian Turasi inilah, maka lahir ilmuan Islam yang mampu
mempertahankan khazanah Islam yang tinggi nilainya. Para ilmuan mengajar dan
mengarang kitab dengan mengambilkira disiplin ilmu yang mesti dilalui oleh setiap
pelajar agar ilmu yang diterima mampu diamal serta disebarkan. Keberkatan sistem
pengajian ini mampu melahirkan mereka yang hebat bukan hanya di dalam negara
malah di luar negara. Kelainan yang terdapat pada sistem pengajian ini

2 rd
Kertas kerja ini dibentangkan di 23 Conference of the Internasional Association of Historians of Asia 2014
(IAHA 2014) di Hotel Tabung Haji Kepala Batas Alor Setar pada 23-27 Ogos 2014.

1853
menampakkan suatu keberkesanan dan kemantapan dalam mempertahankan
sistem pengajian Turasi secara Talaqqi yang membezakannya dengan sistem
pengajian yang berlaku pada aliran pengajian biasa. Justeru kajian mendapati
sistem dan kaedah yang diguna pakai mampu melahirkan manusia yang berguna
kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Pendahuluan

Sistem pengajian Turasi adalah satu sistem yang sudah terkenal di Malaysia dan Nusantara amnya.
Kedatangan Islam ke Nusantara, salahsatunya melalui penyebaran agama Islam yang dipelopori oleh
tokoh ilmuan luar negara dan juga tempatan yang mendapat didikan secara langsung dari Negara Arab
samada Mesir, Makkah, Madinah dan sebagainya. Sistem pengajian yang diwarisi adalah berbentuk
talaqqi mushafahah bersama guru-guru yang mengajar samada di pusat pengajian ataupun masjid
dengan cara menadah kitab (kitab Kuning) dari kulit ke kulit sehingga selesai pengajian mereka. Sistem
inilah yang dibawa masuk ke Malaysia sehingga kini dan di ajar di pusat pengajian serta pondok-pondok.
Kebanyakannya pusat pengajian dan pondok ini, berada di sebelah utara tanah air seperti Perak, Kedah,
Kelantan dan Terengganu. Para ulamak yang mendapat pendidikan di Tanah Arabjuga bukan hanya
mengajar dalam bahasa Arab malah mereka juga menterjemah, mentahqiq dan mengarang semula
kitab-kitab yang diajar oleh mereka ke dalam bahasa Jawi supaya niat untuk penyebaran ilmu itu sampai
kepada sasaran. Sebenarnya pengajian turasi ini mengikat para pelajar agar sentiasa hadir ke majlis ilmu
yang dijalankan kerana jika mereka ketinggalan pasti tidak akan dapat menguasainya dalam satu-satu
bab yang di ajar oleh tuan guru. Justeru pengajian Turasi adalah satu sistem yang unik dalam pengajian
Islam kerana para pelajar tidak akan mampu menguasai ilmu Turasi itu melainkan mereka sendiri hadir
dan mendalami ilmu secara berdepan dengan tuan guru yang mengajar.

Definisi Pengajian Turasi

Pengajian Turasi adalah satu kaedah pembelajaran yang menggunakan kitab-kitab lama samada dalam
bahasa Arab mahupun jawi yang diperolehi melalui penulisan tangan atau pencetakan yang tidak
berkualiti.Secara dasarnya usaha para ulama untuk mewarisi kitab-kitab peninggalan ulamak-ulamak
terdahulu samada Bahasa Arab atau Jawi yakni ilmu-ilmu Al-Quran dan Syariat Islam bagi pendedahan
dakwah yang menyeluruh untuk kemajuan pendidikan. Kitab-kitab Turasi ini juga dikenali sebagai kitab
kuning. Pengajian yang dilaksanakan hanya melibatkan negara-negara di Nusantara ataupun Alam
Melayu.(Ahmad Fathi Al-Fatani, 2001)

1854
Pengajian secara Turasi juga dikenali sebagai pengajian Kitab Kuning yang berada di dalam sistem
pengajian pondok. Pengajian secara mendalam ini terbahagi kepada dua cara iaitu secara personel atau
persendirian dengan guru dan secara berkumpulan (http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam).
Cara personel menuntut pelajar mengadap guru dengan membawa kitab tertentu. Mereka diajar
beberapa baris perkataan atau ayat oleh guru tersebut untuk dihafal dan difahami. Ia dilakukan secara
bergilir dengan pelajar lain dan hanya dilakuan di peringkat awal pengajian. Cara ini masih lagi terdapat
di kebanyakkan pesantren di Indonesia. Kedua adalah cara pembelajaran secara beramai-ramai. Ia
dinamakan sebagai cara halaqah, talaqqi(circle system) atau cara umumi(Wan Yahya Wan Ahmad,
1994:146, Abasri, 2007: 287). Pelajar akan duduk secara beramai-ramai di hadapan guru yang mengajar.
Ilmu disampaikan secara teliti dan kebiasannya kitab-kitab besar dalam bahasa Arab termasuk kitab-
kitab karangan dalam tulisan jawi seperti Fath al-Bari, Ihya Ulumuddin, al-Hikam, Tafsir Jalalain, Bahr al-
Mazi, Muniyatul Musalli, Faridatul Faraid, Hidayatul al-Salikin dan sebagainya akan digunakan sebagai
bahan pengajian.

Kitab kuning pada masa kini begitu sinonim dengan sistem pendidikan pondok. Namun begitu ia juga
mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat di luar daripada sistem berkenaan. Sambutan
yang menggalakkan dari masyarakat umum menjadikan pengajian kitab kuning tersebar dengan begitu
meluas di segenap lapisan masyarakat. Ia bukan sekadar diajar di pondok tetapi juga dapat dipelajari di
surau, masjid malahan media elektronik juga telah memberi ruang kepada pengajian kitab kuning untuk
diwacanakan kepada khalayak ramai. Sambutan yang memberangsangkan ini merupakan salah satu
bentuk transformasi dan usaha mengekalkan ketulinan ilmu Islam yang telah dibuat dan wujud semenjak
dahulu sebagai satu usaha untuk mengangkat sistem pendidikan pondok ke tempat yang selayaknya di
dalam dunia yang serba moden ini.

Konsep Pengajian Islam

Pengajian Ilmu Islam di Malaysia terutamanya pengajian pondok adalah berdasarkan pewarisan sistem
pengajian yang ada di zaman Rasulullah S.A.W . Ilmu adalah satu amanah yang perlu disampaikan kepada
sesiapa sahaja tanpa melihat latar belakang orang tersebut.Kesinambungan pewarisan berkaitan
pengajian Islam ini terus diwarisi oleh para ulamak yang mendapat pengajian dari timur tengah seperti
Mesir, Yaman, Iraq, Libya dan Makkah.Pengajian Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan
untuk menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam. Ia
merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah, syariah dan
akhlak.

Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran
Islam yang sebenar, maka ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan

1855
memudahkan masyarakat terutama para pelajar memahami isi kandungan dan ajaran agama Islam
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006).Aktiviti pengajaran danpembelajaran juga perlu sentiasa
dinilai agar segala kelemahan dan kekurangan dapat diperbaiki serta dibuat penambah baikkan.
Harapannya supaya hasilpembelajaran yang disampaikan oleh para ulamak dapat melahirkan pelajar
yang berilmu pengetahuan serta dapat menjadikannyasebagai amalan harian dalam setiap
aspekkehidupan mereka (Ghazali Darussalam 2004).

Justeru pengajaran, pembelajaran dan pendidikan merupakan tiga istilah yang saling berkaitan di antara
satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Apabila ada guru yang mengajar tentulah ada murid yang
belajar. Maka di sini berlaku pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tentulah ada bahan atau ilmu yang diajar atau pendidikan yang diterapkan. Ilmu yang didapati dan
nasihat yang berkesan itulah yang menjadi pendidikan Islam kepada murid ( Mohd. Yusuf Ahmad, 2004).

Sejarah Pengajian Islam Secara Turasi

al-Turath al-Islam merupakan kumpulan karya-karya ulama silam yang merakamkan pemahaman dan
pentafsiran mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Secara keseluruhannya ia membentuk pemikiran
keagamaan Islam klasik (classical Islamic religious thought). Semua karya tersebut terakam dalam
tulisan-tulisan yang sebahagiannya masih dalam bentuk manuskrip.Turath ialah warisan (legacy,
heritage)generasi al-salaf al-salih dan paraulama muktabar sepanjang zaman ( Al-Qaradawi 2005).
Turath adalah rakaman tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam.

Turath menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama sejak lebih1400 tahun yang lalu.
Rakaman dan khazanah keilmuan ini sangat penting untuk memandu dan membimbing umat Islam masa
kini dalam memahamidan melaksanakan Islam serta menjalani kehidupan yang baik. Ilmuyang mereka
warisi daripada ilmuwan-ilmuwan yang berautoriti sangat pentingdan tidak ternilai harganya agar
pemahaman yang betul terhadap Islam dapatdipertahankan dan kebahagiaan sejati serta pembangunan
sebenar dapat dicapaioleh manusia.

Justeru turath tidak melambangkan kekolotan, cerita lama dan mitos yang perludiganti dengan
kemodenan, cara baru dan saintisme. Sebaliknya kedatanganIslam menandakan bermulanya era baru,
era pencerahan, era pembangunan insan.Misi tahriri-tanwiri-islahi telah dilakukan oleh semua nabi-nabi
dan rasul-rasulyang diutus oleh Allah SWT setiap kali berlaku penyimpangan, penindasan dan kejahilan.
Al-Attas (1999) menegaskanbahawa dengan kedatangan Islam, ia telahmerubah (revolutionized)

1856
pandangan alam orang Melayu dan menggantikannyadengan pandangan alam Islam. Perubahan yang
menyeluruh ini diistilahkanoleh beliau sebagai Islamisasi. Tentang kedatangan Islam sebagai bermulanya
era perubahan, al-Attas (1999) mengatakan:

Bermulanya sistem ini dengan kedatangan Islam di kepulauan Melayu-Indonesia harus kita lihat sebagai
mencirikan zaman baru dalam persejarahannya, sebagaisemboyan tegas membawa rasionalisma dan
pengetahuan akliah sertamenegaskan satu sistem masyarakat yang berdasarkan kebebasanorang
perseorangan, keadilan dan kemuliaan keperibadian insani.Islam membawa semangat rasionalisme dan
intelektualisme bukansahaja di kalangan istana dan kraton malah sampai juga dengan lebih merebak di
kalangan rakyat jelata.

Dalam konteks Alam Melayu, suatu contoh sentesis ini boleh didapati; tindakanulamak Melayu yang
meniru sistem dan bentuk halaqat pengajian ilmu-ilmu Islam daripadasistem pengajian Masjidil Haram di
Mekah yang kemudiannya disesuaikan dengan cirri-ciritempatan Melayu dari segi bentuk asrama, stail
pakaian dan sebagainya yang melahirkansistem pengajian pondok. yang lebih berorientasikan
tempatan.Perkembangan pendidikan Islam seterusnya sehingga terbentuknya negara Malaysia.
Perlaksanaan pelajaran pendidikan Islam di Malaysia (sebelummerdeka dikenali sebagai Tanah Melayu)
telah bermula sejak Islammula bertapak di Melaka sekitar abad ke 14 lagi.. Namun perkara ini
dapatdilihat kepada latar belakang sejarah kedatangan agama Islam ke negara ini yang dikenali dengan
nama Tanah Melayu pada suatuketika dahulu dan aktiviti serta kegiatan pendidikan yang berlakupada
waktu tersebut. Apabila Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara (kemudian dikenali sebagai Megat
Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M, maka bermulalah perkembangansistem Pendidikan
Islam di Tanah Melayu pada waktu itu. Keislamanbaginda turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan
rakyat jelata.Bagi memantapkan kefahaman tentang Islam, baginda mempelajariIslam daripada para
ulamak dan pendakwah yang datang berdakwah ke Melaka.Perkara yang sama turut dilakukan oleh raja-
raja Melaka yanglain. Sebagai minat dan kecintaanyang mendalam para pemerintahterhadap ilmu, istana
dijadikan sebagai salah satu tempat mempelajari ilmu. Bukan setakat itu sahaja, mereka turut
memberikansanjungan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan Islam, ulamak-ulamak,kitab-kitab agama
dan hari-hari kebesaran Islam. Hal inimembuktikan mereka mempunyai perasaan cinta yang
mendalamterhadap Islam dan sistem pendidikannya hasil pengorbanan para pendakwah Islam ketika
itu.Namun sistem pendidikan Islam pada waktu itu merupakan sistem pendidikan yang tidak formal.
Dalam hal ini, tidak terdapat peruntukan undang-undangkhusus yang mewajibkan pendidikan Islam
diajar kepadasemua anak-anak Islam. Pendidikan Islam mula diberi perhatiansetelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957(Abdul Halim Hj. Mat Diah,1989).Justeru pengajian secara
Turasi berkembang semenjak dari dahulu melalui sistem Talaqqiyang diajar oleh para ulama semenjak
negara kita suatu ketika dahulu, dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan dan
dikenali sebagai Malaysia. Apa yang berlaku sekarang, penerusan terhadap sistem pengajian secara

1857
Turasi ini kian berkurangan akibat daripada kurang pengkadiran dan pelapis yang akan mengambil alih
sistem pengajian dan pendidikan ini secara berterusan.

KelainanPengajian Turasi Sebagai Satu Sistem Pendidikan

Pengajian Turasi ini melahirkan individu yang dididik melalui satu sistem tarbiyyah yang yang dibendung
dan dikawal melalui pemeliharaan, asuhan dan didikan.Ia juga diterjemahkan sebagaita’lim dan ta’dib.
Ketiga-tiga perkataan dalam bahasa Arab yang digunakan ini, membawa maksud yang tersendiri dalam
melahirkan generasi yang diajar melalui satu proses pendidikan yang unik dan mempunyai kelainan yang
tersendiri. Dalam mentafsirkan istilah pengajian yang melahirkan satu proses pendidikan yang mantap,
beberapatokoh sarjana Islam telah mengemukakan pendapat mereka masing-masing (Mohd Roslan dan
Wan Mohd Tarmizi, 2011). Al-Hazimi (2000), memetik pandangan Al-Baidawi yang
menyatakanpendidikan ialah satu proses menyampaikan sesuatu perkarasehingga mencapai
kesempurnaan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Beliau juga mengemukakan pandangan al-
Asfahani yang mendefinisikanpendidikan melalui pengajian yang sistematik sebagai proses
membentuksesuatu yang dilakukan secara berperingkat dan tersusunsehingga mencapai kepada
keadaan yang paling sempurna.

Menurut Hasan al-Sharqawi (1983), pendidikan ialah mengajakmanusia kepada sesuatu yang mempunyai
kaitan denganpenciptanya, yang membawa kepada jalan yang sama dengan akidahIslam. Manakala
Fathi Yakan (1997), pula menyatakan pendidikan secaraumumnya adalah satu proses untuk membina
individu danmasyarakat berdasarkan asas kefahaman ideologi dan nilai murniyang khusus. Bagi Imam al-
Ghazali, seperti yang dipetik olehAbdullah al-Qari(1989), menyatakan bahawa pendidikan ialah
memperkembangkanbakat dengan cara menghindarkan segala penghalangatau rintangan.Syed
Muhammad Naquib al-Attas (1999), menterjemahkan pendidikansebagai satu proses menanam sesuatu
ke dalam jiwa manusia.Beliau menghuraikan proses “menanam” tersebut adalah merujukkepada
metode dan sistem yang dipanggil pendidikan sebagaimenyampaikan ilmu secara menanamkan gagasan-
gagasan inisedikit demi sedikit. Manakala “sesuatu” pula diterjemahkan sebagaikandungan kepada
tanaman tersebut dan “jiwa manusia” pulamerujuk kepada penerima proses dan kandungan itu.

Hasan Langgulung(1986) menyatakan maksud pendidikan dalamdua pengertian. Pendidikan dalam erti
kata yang umum meliputihampir semua bidang aktiviti manusia daripada yang palingsederhana hingga
kepada aktiviti yang kompleks. Pendidikan dalamerti yang khusus pula meliputi aktiviti manusia untuk
memeliharakelangsungan hidupnya sama ada sebagai seorang individu atausebagai anggota
masyarakat.Oleh yang demikian kejayaan hasil daripada tarbiyah melalui sistem Turasi ini menampakkan
suatu kelainan yang berlaku terhadap individu ataupun murid, guru, tempat pengajian, masa pengajian,
kaedah pengajian dan masyarakat. Kesemua perkara ini diambil daripada kehidupan dan peninggalan
Rasulullah S.A.W.

1858
Kelainan Pengajian Turasi Berkaitan Tempat Pengajian

Lokasi tempat yang dipilih adalah sesuai untuk para penuntut mempelajari ilmu dan mendalami agama
kerana berjauhan daripada bandar yang kebiasaannya terdedah kepada permasalahan sosial dan
kepelbagaian masalah yang timbul. Para ulamak memilih penempatan sebegini adalah mengikut
perjalanan hidup para nabi dahulu kala. Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah dibesarkan di kawasan
kampung bertujuan untuk mendapat pendidikan yang tidak dipengaruhi dengan kebejatan hidup
masyarakat bandar. Suasana tempat juga mempengaruhi pengajian mereka apabila mereka berada
disuatu lokasi pengajian yang ada. Sebagai contoh, kalau lokasi pengajian terletak di kawasan
pergunungan, tasik dan perkampungan yang tidak tercemar maka proses untuk mendapat ilmu lebih
mudah dan ingatan para pelajarpun tidak terganggu. Ketenangan dan kedamaian suasana membolehkan
seseorang dibentuk keperibadian mereka seperti mana para Nabidan Salaf- al-Salih dahulu kala dididik
dan tarbiyyah dengan kaedah yang sedemikian.

KelainanPengajian Turasi Berkaitan Masa Pengajian

Pemilihan masa pengajian juga adalah bersesuaian dengan suasana dan ketika. Para ulama telah memilih
waktu pagi supaya para pelajar mudah memperolehi ilmu. Ini kerana waktu pagi adalah merupakan
waktu yang tenang dan mudah untuk mendapat ilmu pengetahuan. Ianya bertepatan dengan Sabda Nabi
S.A.W yang bermaksud:-

Berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki dan hajat kamu

(Riwayat Tirmizi)

Islam meletakan waktu sebagai suatu yang penting dalam kehidupan. Pepatah Melayu dan Arab ada
menyebut :-

Waktu itu adalah seumpama emas dan Saidina Ali pernah berkata “Waktu itu
seperti pedang yang tajam jika tidak digunakan untuk memotong maka pedang
itulah yang akan memotong”

Pemilihan waktu itu dengan mengambil kirasubjek yang diajar. Mata pelajaran yang utama seperti al-
Quran dan Hadith menjadi pendahulu kepada permulaan pengajian. Ia adalah pertunjuk kepada mereka
yang bertaqwa. Ia merupakan suatu sistem yang memastikan pelajar dan guru selari pemikiran dan

1859
pemahaman mereka terhadap agama. Awal-awal agama ialah mengenal Allah yang menjadi asas kepada
pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kelainan Pengajian Turasi Berkaitan KaedahTalaqqi Pengajian

Sistem Talaqqi ialah merupakan satu sistem pengajian secara berguru face to face dengan guru yang
mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut,yang mana sistem pengajian ini amat berbeza
dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini. Para Ulama mensyaratkan setiap pelajar mesti
bertemu dengan guru supaya keberkatan dalam menuntut ilmu itu dapat mengalir dalam tubuh mereka.
Ia bersesuaian dengan pepatah yang menyebut “Sesungguhnya ilmu itu dengan kita berguru”. Setiap
halaqah diikuti dengan tutorial (bahasa sekarang).Kepala Mutthalaah juga bertanggungjawab untuk sesi
pencerahan pada murid tentang apa yang telah di ajar oleh guru. Didalam sistem pengajian talaqqi
terdapat tiga jenis tenaga pengajar yang menjadi penolong dan pembantu kepada tuan guru sebagai
mengurangkan bebanan tuan guru yang mengajar dan juga sebagai mengulangkaji semula pelajaran
yang telah diajar. Mereka ialah : ‘Al-Mutholi’, Al-Muraji’ dan Al-Muqrik’.

Tugas seorang Al-Mutholi’ ialah sebagai menghuraikan kembali pelajaran yang telah diajar oleh tuan
guru kepada para pelajar yang lain sebelum memasuki pelajaran baru,dan dia pula telah dipilih sendiri
oleh tuan guru yang mengajar dan lazimnya Al-Mutholi’ ialah seorang pelajar yang maju dan cerdas di
dalam pelajaranya sebelum kedatangan tuan guru atau ketidak hadiran tuan guru .

Manakala tugas seorang al-Muraji’ pula ialah sebagai tempat rujukkan para pelajar yang lain untuk
memahami semula pelajaran tertentu yang susah untuk difahami. Muraji” telah dipilih sendiri oleh tuan
guru.Seterusnya al-Muqrik pula ialah seorang pembaca yang tetap terhadap pelajaran yang sedang
diajar,dia bertugas sebagai membaca kembali isi pelajaran yang diajar dengan suara yang kuat dan
lazimnya al-Muqrik ialah seorang yang arif didalam ilmu Nahu dan ilmu Saraf kerana dia akan
membacakan isi kitab yang secara lazimnya tidak diletakkan tanda baris seperti tanda baris yang
terdapat didalam Mushaf Al-Quran pada hari ini. Setiap kesalahan pada bacaanal-Muqrik akan terus
ditegur oleh tuan guru yang mengajar. Kepelbagaian kaedah memperolehi ilmu ini, menunjukkan
pemeliharan kepada ketulinan pengajian Turasi serta pengkaderan yang berkesan terhadap ilmu Islam.

Kelainan Pengajian Turasi Berkaitan Dengan Guru

1860
Kehidupan guru penuh dengan konsep tawakkal kerana mereka tidak bergaji dalam menyampaikan ilmu.
Sebagai seorang guru yang memikul tangggungjawab dan amanah ilmu mereka tidak pernah gusar dan
takut ditimpa kefakiran disebabkan ilmu pengetahuan yang ada.Setiap ilmu yang dipelajari oleh
seseorang guru akan disampaikan kepada sesiapa sahaja yang cinta dan dahagakan ilmu pengetahuan.
Pernah diceritakan oleh para ulamak dahulu kala tentang bagaimana ulamak-ulamak yang terdahulu
daripada merekasanggup mengajar sesiapapun walaupun yangmenjadi murid itu adalah seekor binatang.
Ketekalan menyampaikan ilmu tidak mengambil kira jumlah pelajar, masa, waktu dan ketika. Apa yang
penting saranan yang diperintah oleh Rasulullah S.A.W menjadi panduan kepada mereka. Sabda
Rasulullah S.A.W:-

Sampaikanlah daripadakuwalaupun satu ayat

(Riwayat al-Bukhari)

Berbekalkan tanggungjawab dan amanah inilah mereka menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan
imbuhan daripada mana-mana pihak. Namun dengan keiklasan hasil usaha mereka menyampaikan
ilmu,mereka dibantu oleh masyarakat setempat melalui wang zakat, derma dan pemberian orang
perseorangan.

Kelainan Pengajian Turasi berkaitan dengan Murid

Para murid dilatih hidup secara berdikari tanpa mengharapkanbantuan daripada keluarga semata-mata.
Mereka bekerja mengambil upah di kampung-kampung seperti membajak, membawa semaian, mengisi
padi dalam guni dan sebagainya bertujuan untuk menyara hidup dan pengajian mereka. Mereka diajar
ilmu bukan hanya ilmu ukhrawi malah ilmu duniawi yang berbentuk khidmat masyarakat. Secara tidak
langsung mereka mampu mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan keadaan suasana sekeliling yang
mereka berada ketika itu. Kelaianan yang diterapkan kepada para pelajar adalah,mereka mampu
berdikari dan mengurus kehidupan yang melibatkan diri sendiri dan keperluan masyarakat. Ianya
bertepatan dengan Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:-

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang alim, apabila seseorang berhajat


kepadanya maka dia boleh memberi manfaatkepada orang tersebut sebaliknya jika
seseorang itu tidak berhajat kepadanya dia boleh mengurus dirinya sendiri.

(Riwayat al-Baihaqi)

Kelainan Pengajian TurasiBerkaitan Dengan Masyarakat

1861
Pengajian secara Turasi tidak terhad kepada masyarakat yang mendiami pondok dan institusi yang
menjalankan operasi pengajian semata-mata. Masyarakat yang berada dipersekitaran juga secara tidak
langsung mendapat kesan dan tempiasnya juga. Masyarakat menerima pusat pengajian pondok sebagai
satu rahmat kerena mereka dapat menumpang untuk memperolehi ilmu yang di ajar oleh para ulamak.
Perasaan sayang dan tak lokekuntukmembantu dan menyumbangkan tenaga kepada masyarakat pondok
dan gurunya sangat bekobar-kobar. Seolah –olah mereka memahami apa yang dinyatakan oleh Baginda
S.A.Wdalam hadithnya yang bermaksud:-

Perumpamaan berkawan dengan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah
seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak
wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau mendapat
bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda
terbakar atau mendapat bau yang busuk.

(Riwayat al-Bukhari)

Masyarakat kampung percaya bahawa dalam hal yang berkaitan agama mereka sangat menyanjung
tinggi masyarakat pondok amnya dan tuan guru khasnya agar dengan kekurangan ilmu agama yang ada
pada mereka setidak-tidaknya dapat dibantu oleh orang yang berilmu dalam mengurus kehidupan
mereka yang serba kekurangan. Hidup danmati mereka didoakan oleh orang yang soleh. Setiap sedekah
yang dinafakahkan akan memberi manfaat kepada mereka walaupun mereka menyedari tentang
kekurangan ilmu dan tidak mempunyai anak-anak yang soleh.Mereka percaya serta yakin janji yang
pernah diungkapkan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalan mereka kecuali tiga perkara;-
Sededah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak yang soleh yang sentiasa
berdoa kepada kedua ibu bapanya.

(Riwayat Muslim)

Kesimpulan

Oleh yang demikian keunikan dan kelainan sistem pengajian Turasidapat dilihat pada hasil keluaran
pusat pengajian atau institusi pondok yang mampu mengurus diri mereka dan masyarakat yang berada
disekeliling mereka bermula daripada dalam buaian sehinggalah ke liang lahad. Sabda Nabi S.A.W yang
bermaksud:-

Orang yang bijak itu ialah mereka yang sentiasa bersiap siaga (dalam kehidupan
duniadan akhirat) dan beramal sebelum menemui ajal (mati).

1862
(Riwayat al-Baihaqi)

Selain itu pengajian yang berbentuk Turasi adalah bertujuan memelihara keaslian kaedah penyampaian
dan pengambilan sumber Islam yang diwarisi semenjak daripada zaman Rasulullah S.A.W. Juteru dengan
sistem ini, maka wujudlah kesinambungan pengajian Turasi Islam zaman berzaman jika dikekalkan tradisi
ini.

Bibliografi

Abdul Halim Hj. Mat Diah (1989), Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia

Abdullah al-Qari Hj. Salleh (1989), Dasar-dasar Pendidikan Menurut Islam. c. 3, Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.

Abasri, Sejarah Dinamika Lembaga-Lembaga Pendidikan Islam di Nusantara dalam H. Samsul Nizar,
editor.(2007), Sejarah Pendidikan Islam; Menelusuri Jejak Sejarah Pendidikan Era Rasulullah Sampai
Indonesia, Jakarta: Kencana Prenada Media.

al-Bhukhari, Muhammad bin Ismail ( 2004), Sahih al-Bhukhari, j. 1 Bayrut : Dar Fikr.

Al-Baihaqi, Ahmad Hussin Ibn Ali (1987). al-Sunan al-Kubro. Beirut: Dar al-Fikr.

Fathi Yakan (1997), al-Tarbiah al-Wiqaiyyah fi al-Islam, c. 2. Beirut: Muassasah al- Risalah.

Ghazali Darussalam (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, c. 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Hasan Langgulung (1986), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan. KualaLumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Al-Hazimi, Khalid Bin Hamid (2000), Usul al-Tarbiah al-Islamiyyah. Madinah al-Munawwarah: Dar ‘Alim
al-Kutub

1863
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), Struktur Kursus Pendidikan Islam Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pengajian TinggiMalaysia.

Muslim, Imam Abu Husayn Muslim bin Hajaj bin Muslim Al-Qushairi al-Naysaburi (2007) Sahih al-
Muslim. Jil.9, Mesir: Muassah al-Maktabah al-Shamilah, Maktab Himayah Huquq al-Milkiyyah al-
Makriyyah.

Mohd. Yusuf Ahmad (2004)Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Masjid.

Fakulti Sains Sosial Gunaan. Kuala Lumpur :Open University Malaysia :

Mohd Roslan Mohd Nor, Wan Mohd Tarmizi Wan Othman (2011),Sejarah dan Perkembangan Pendidikan
Islam di Malaysia.Jurnal At-Ta’dib. Bil 6.Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Teungku Dirundeng
Meulaboh, Banda Aceh: Indonesia.

Al-Qardhawi, yusuf (2000). Pengantar pengetahuan Islam. Terj. Mohd Zaini Yahya. Kuala Lumpur:
Otopeck & Print Sdn.Bhd.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1999), The Concept of Education in Islam. c. 3.Kuala Lumpur: ISTAC.

Al-Sharqawi, Hasan (1983), Nahw Tarbiah Islamiah. Iskandariah: Muassasah Thiyab al-Jami‘ah.

Al-Tirmizi, Muhammad ibn 'Isa, (1980), al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Tirmizi, j.8, Bayrut :Dar al-Fikr.

Al-Tabrani, Sulaiman ibn Ahmad (1998). Mu’jam al-kabir. Kaherah: Maktabah ibnu Taimiyyah.

Wan Yahya Wan Ahmad(1994) Sejarah Perkembangan Pendidikan Zaman Awal dalam MEDIUM Jurnal
Akademi Islam Universiti Malaya, bil III, Jun.1994.

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/14/02/23/n1fw2m-kitab-kuning-dan-
khazanah-keilmuannya.

1864
1865
KEDAH DARUL AMAN SEPANJANG ZAMAN

Wan Shamsudin Mohd Yusof dan Ibrahim Bakar Langkawi

Abstrak:

Kedah telah melalui perjalanan sejarahnya dalam pelbagai warna. Dari sudut politiknya, sempadan
Kedah kini didapati amat berbeza dengan keadaan zaman dahulu. Tiga ratus tahun yang lalu Kedah
adalah sebuah negeri yang lebih luas. Dan kalau kita tinjau masyarakat yang bercakap dalam bahasa
yang sama iaitu dialek Melayu Kedah sebagai bahasa ibundanya, kita dapati sempadan negeri ini
malah lebih luas, hingga ke selatan Thailand. Dari sudut sejarah, Kedah dapat dilihat melalui dua
zaman utama. Pertama ialah zaman pra-Islam yang merangkumi masa masyarakat bersifat animisme
diikuti masa apabila masyarakat tempatan itu sudah memeluk agama Hindu-Buddha. Kedua ialah
zaman apabila masyarakat tempatan itu mulai menerima Islam sebagai cara hidup hinggalah
terbentuknya kesultanan Islam, seterusnya ke zaman moden.

Kedah boleh dikatakan sebuah negeri yang paling tua di rantau ini seperti yang terbukti dalam
kajian-kajian arkeologi. Ia telah berada dalam Zaman Besi se awal abad ke-3 Sebelum Masihi, seperti
yang ditemui dalam bentuk runtuhan purba di kompleks Sungai Batu di Lembah Bujang. Masyarakat
tempatan itu didapati telah mencapai tamadun yang tinggi, lengkap dengan entrepot, pusat-pusat
peleburan besi, kemudahan kastam dan cukai, dan tempat-tempat melaksanakan sembahan agama.
Dalam abad ke-5 hingga 7 Masihi masyarakat tempatan itu didapati telah menganut agama Hindu-
Buddha. Pada ketika ini masyarakat tempatan itu telah dinaungi oleh kuasa yang lebih besar iaitu
Empayar Sriwijaya. Berikutnya dalam abad ke-13 Masihi, setelah kuasa empayar itu telah malap,
Kedah bersatu dalam kerajaan Langkasuka.

Agama Islam telah sampai di sini dalam sekitar abad ke-8 Masihi. Mengikuti jirannya iaitu
kesultanan Perlak dan Pasai, dalam abad ke-12 Masihi kerajaan Islam telah diisytiharkan di Kedah,
dinamakan ‘Kedah Darul Aman’. Pada awalnya, ibu negeri dan pusat pemerintahannya berada di
Bukit Meriam dan Sungai Emas dalam Lembah Bujang. Kemudian dalam abad ke-14 Masihi pusat
pemerintahannya telah diubah ke pedalaman lembah Sungai Kedah. Bermula dengan Kota Siputih,
beberapa pusat pemerintahan lain telah dibina, yang akhirnya tetap di Alor Setar, mulai tahun 1735
hinggalah pada masa sekarang.

Setakat ini hanya Kedah sahajalah di sekitar rantau ini yang mempunyai dinasti raja-raja yang
terus bersambungan dari semenjak awal kesultanan ini ditubuhkan. Mulai dengan Al-Sultan Muzaffar
Shah yang mula memerintah dalam tahun 1136 Masihi hinggalah kepada Sultan Kedah yang ke-28
yang sedang memerintah sekarang, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Haji Abdul
Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang memerintah sejak tahun 1958.

Dalam melalui suasana jatuh bangunnya, Kedah tetap berdiri teguh seperti mulanya. Kedah
terus berubah dan mencapai kemajuan selaras dengan perubahan dan kemajuan yang sedang
dikecapi oleh masyarakat seluruh dunia.

1866
MUKADIMAH:

Dalam meneliti sejarah Kedah sepanjang perjalanan zaman, kita hendaklah selalu sedar tentang
sempadan-sempadannya, supaya kita mendapat pandangan yang sebenar. Pertama kita lihat pada
sempadan politiknya. Berkaitan dengan ini, Kedah seperti yang kita lihat pada masa sekarang,
mungkin berlainan berbanding dengan keadaan 100 atau 300 tahun yang lalu. Bagaimanapun, kita
patut melihat negeri ini sebagai kawasan yang lebih luas.

Kedua, kita hendaklah melihat sempadan ethnik. Maksudnya, kalau kita mengkaji suatu pepatah
Melayu yang berbunyi ‘Bahasa menunjukkan Bangsa’, maka luasnya negeri Kedah ini dapat dilihat
berdasarkan taburan masyarakat yang bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah. Sesungguhnya,
mereka ini adalah penghuni asal bagi suatu kawasan yang agak luas, di sepanjang pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu bahagian utara hingga ke Segenting, antara Pulau Sembilan di Utara,
berdekatan sempadan Burma sekarang, hingga ke Pulau Sembilan juga di Selatan, di Selat Melaka
yang sekarang dalam perairan negeri Perak. Dengan mengambil kira masyarakat yang bertutur dalam
dialek Kedah, maka keseluruhan kerajaan Kedah ini hendaklah diambil kira Pulau Pinang dan Lembah
Kerian di selatan dan Setul, Terang, Hujung Salang, Randung dan Tenangsari di utara, yang sekarang
merupakan sebahagian daripada selatan Thailand dan Burma.

Sehubungan itu, dalam sepanjang perjalanan kehidupan masyarakatnya, Kedah dapat dilihat
telah melalui dua zaman yang amat berbeza. Pertama ialah zaman pra-Islam, yang meliputi zaman
masyarakat yang tidak mengamalkan apa-apa agama melainkan hanya mempunyai upacara bersifat
animisme dan diikuti dengan zaman masyarakat tempatan yang telah menerima kepercayaan Hindu-
Buddha. Kedua ialah zaman masyarakat Kedah menerima kepercayaan agama Islam, diiringi
terbentuknya pemerintahan bersifat Islam, iaitu ‘Kesultanan’. Namun, kedua-dua zaman itu tidaklah
mempunyai garis pemisah masa yang jelas, kerana terdapat juga zaman transisinya.

KEDAH PRA-ISLAM:

Kajian mutakhir dalam bidang geologi, khasnya di kawasan Lembah Bujang, menunjukkan
perubahan garis pantai memang benar-benar terjadi. Dapat kita lihat, kawasan yang sebelumnya
adalah lautan telah berubah menjadi daratan, tepat seperti yang diceritakan dalam karya-karya
tradisi Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kajian yang
berasaskan data-data saintifik itu menunjukkan dalam sekitar 2000 tahun yang lalu, iaitu abad
pertama-hingga ke-3 Masihi, paras laut semakin menurun, hingga muncullah tanah daratan yang
baharu.

Di samping itu, kajian arkeologi pula telah meletakkan Kedah sebagai salah sebuah kawasan
tamadun manusia yang paling tua di rantau ini, seawal abad ke-3 Sebelum Masihi. Dalam zaman
tersebut, sekitar Sungai Batu masih berupa pantai dan muara sungai. Sekarang, kawasan ‘kompleks
Sungai Batu’ yang telah mula diterokai oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains
Malaysia, di bawah pimpinan Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin sejak tahun 2007, menunjukkan
masyarakat ‘Sungai Batu purba’ di Kedah itu telah memiliki tamadun yang tinggi, dengan sistem
sosial, perdagangan dan pemerintahannya yang tersendiri. Masyarakat dalam kawasan yang luasnya
melebihi 400 Kilometer persegi itu didapati telah pandai melebur besi untuk kegunaan sendiri dan

1867
eksport. Didapati, kegiatan mereka telah berlangsung di situ antara abad ke-3 Sebelum Masihi hingga
abad ke-14 Masihi. Namun ketika itu, masyarakat Melayu Kedah tua itu belum lagi mengamalkan
agama, baik Hindu mahu pun Islam.

Kajian-kajian lain yang pernah dilakukan di Kedah sebelumnya oleh beberapa sarjana tempatan
mahu pun dari luar negeri, menunjukkan berikutnya masyarakat Melayu Kedah telah menganut
kepercayaan Hindu dan Buddha, menggantikan kepercayaan animisme anutan mereka sebelumnya.
Inilah masanya dijangka masyarakat Kedah telah dinaungi oleh kerajaan Sriwijaya, yang berkuasa
hingga Segenting Kera. Apabila kuasa Sriwijaya semakin malap dalam abad ke-12 Masihi, Kedah telah
memasuki zaman penyatuan dengan kerajaan Langkasuka. Ketika ini kerajaan Kedah meliputi pantai
barat dan timur Semenanjung bahagian utara.

Masyarakat Melayu tempatan itulah yang telah membina banyak binaan daripada batu yang
dipahat, dan juga daripada batu-bata buatan daripada tanah, yang dapat dilihat berselerak di
kawasan Lembah Bujang hingga pada masa ini. Dijangka kepercayaan Hindu-Buddha telah meresap
menjadi budaya masyarakat Melayu tempatan sejak abad ke-4 hingga abad ke-14 Masihi. Setelah
kedatangan Islam, masyarakat Kedah dengan agak cepat telah menerima agama Islam dan
mengamalkan cara hidup yang baru itu, sehingga terbentuknya kesultanan yang berasaskan Islam.

KESULTANAN KEDAH DARULAMAN:

Sejak abad ke-9 lagi dikatakan sudah ramai pedagang Islam dari Timur Tengah (Arab dan Parsi)
menjalankan perniagaan mereka di pelabuhan Kedah. Ramai pula pengembara, pelayar, ahli geografi
dan pendakwah Islam berkunjung ke rantau ini dan mencatatkan keadaan ekonomi Kedah pada
waktu itu. Mereka menamakan Kedah dengan pelbagai nama seperti ‘Kalah’, ‘Kalaha-pura’ atau
‘Qadah’. Antara tokoh-tokoh Islam ini termasuklah Sulaiman (851 M), Ibnu Khordabeh (844-848 M),
Ya’aqubi (857-880 M), Abu Yazid (916 M), Abu Dhulaf (940 M) dan Mas’udi (943 M).

Sehubungan itu, beberapa penemuan di dalam dan luar negeri Kedah, telah menunjukkan
pengaruh Islam telah tiba di negeri ini sejak awal. Contohnya, penemuan mata wang perak dari
Dinasti Abbasiah zaman Khalifah Al-Mutawakkil (847-861 M) dan penemuan beberapa inskripsi
menandakan pengaruh awal Islam sudah bertapak di Kedah, lebih awal daripada yang dijangkakan.
Misalnya, inskripsi Minye Tujuh, Aceh (781 H/ 1380 M), inskripsi Ibni Sirdhan (214 H / 829 M) yang
ditemui di sekitar Gunung Jerai dan juga inskripsi Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah (291 H / 904 M),
yang mencatatkan nama Syeikh Abdul Kadir al-Yarah yang merupakan salah seorang pendakwah
Islam terawal datang ke negeri ini dari Timur Tengah. Bukti terakhir ialah penemuan sebuah binaan
masjid purba di Kampung Pengkalan Bujang, Merbuk, hasil galicari arkeologi pimpinan Haji Zulkifli
Jaafar.

Selain itu, perlu juga dinyatakan bahawa kerajaan Perlak di Sumatera telah pun berubah menjadi
kerajaan Islam (kesultanan) sejak abad ke-9 Masihi, diikuti dengan pengislaman kerajaan Samudera
Pasai. Kedua-dua kerajaan di Tanah Aceh ini boleh dianggap mempengaruhi penerimaan Islam oleh
masyarakat Kedah.

1868
PUSAT-PUSAT PEMERINTAHAN KESULTANAN KEDAH SEJAK 1136 M:

Berdasarkan teks sejarah Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karya anak watan Kedah, Muhammad
Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad (1928), nama negeri Kedah yang asal ialah ‘Qalha’ dan
dibandingkan dengan kesan-kesan sejarah yang ditemui adalah terbukti bahawa Kesultanan Kedah
telah wujud sejak tahun 1136 M (531 H) lagi.

Terdapat lapan buah pusat pemerintahan semuanya, iaitu (1) Kota Bukit Meriam, (2) Kota Sungai
Emas, (3) Kota Siputih, (4) Kota Naga, (5) Kota Sena, (6) Kota Indera Kayangan, (7) Kota Bukit Pinang
dan (8) Kota Setar / Alor Setar sejak 1735 hingga sekarang. Seramai 28 orang sultan yang
memerintah di kota-kota tersebut silih berganti selama 872 tahun lebih dan ini membuktikan
bahawa Kedah memiliki sejarah kesultanan dan kerajaan Islam yang tertua di nusantara ini.

A. Kota Bukit Meriam, 1136-1236:


Kesultanan Kedah bermula di sini, letaknya dalam daerah Kuala Muda. Raja pertama memeluk
Islam memakai gelaran Sultan Al-Muzaffar Syah (1136-1179 M). Syeikh Abdullah Yamani dari Arab
Selatan adalah pendakwah yang bertanggungjawab mengislamkan Kedah dan beliaulah menamakan
negeri ini sebagai ‘Kedah Darul Aman’.

Terdapat 4 orang sultan yang bersemayam di sini. Zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah,
sultan yang ke-3 (1201-1236 M) matawang pertama telah diterbitkan yang mencatatkan nama
baginda iaiti ‘Muhammad Shah’ dan juga perkataan ‘Al-Sultan Al-Qadah’.

B. Kota Sungai Emas, 1236-1323:

Pusat pemerintahan ini diasaskan oleh Sultan Muzzil Shah, sultan yang ke-4 (1236-1280 M) dan
letaknya tidak jauh dari Kota Bukit Meriam. Pada zaman ini perniagaan mula berkembang. Sekitar
kawasan Gunung Jerai dan pinggir Sungai Merbok mula didiami orang.

Zaman Sultan Mahmud Shah (1280-1321 M) baginda telah mengasaskan Kota Siputih di daerah
Kubang Pasu dan Kota Merpah dalam Pulau Panjang di Wilayah Setul sebagai pusat pertahanan di
utara.

C. Kota Siputih, 1323-1626:


Kota Siputih terletak di barat pekan Padang Sera dalam daerah Kubang Pasu. Pusat
pemerintahan ini wujud selama 300 tahun lebih di bawah pemerintahan 8 orang sultan. Zaman
Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422 M), Kedah pernah dikuasai oleh Kerajaan Pasai sebagaimana yang

1869
tercatat pada batu nisan Ratu Al-‘Ala di Minye Tujuh, Aceh bertarikh 1380 Masihi. Zaman Sultan
Mahmud Shah II (1506-1546 M) iaitu sultan yang ke-10, baginda mula menerbitkan siri matawang
baru yang dibuat daripada emas, perak dan timah yang lazimnya disebut jampal, kupang dan ‘tera’.

Baginda juga pernah melakukan kunjungan hormat ke Istana Melaka yang waktu itu diperintah
oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511 M). Zaman Sultan Sulaiman Shah II (1606-1626 M) Kedah
diancam dan diserang oleh tentera Aceh pimpinan Sultan Iskandar Muda. Ini disebabkan oleh
persaingan dalam perdagangan lada dan hasrat penyatuan kefahaman agama Islam. Baginda dan
permaisurinya telah dibawa ke Aceh dan akhirnya mangkat di sana.

Di samping kesan-kesan runtuhan kota tanah yang terdapat di kampung Siputih, ditemui juga
matawang emas yang tercatat nama Sultan Sulaiman Syah dan Sultan Rijaludin anakanda baginda.
Ditemui juga matawang emas Aceh yang tertulis nama-nama Sultan Salahuddin ibni Ali dan
adindanya Sultan Alauddin ibni Ali, juga matawang emas Sultan Iskandar Muda. Selain itu ditemui
juga pecahan tembikar buatan China. Sebuah makam dengan pasangan batu nisan jenis batu Aceh
yang digelar ‘Makam Puteri Lindungan Bulan’ masih terdapat di kampung itu dan daripada cerita-
cerita tradisi lisan yang tersebar di situ, puteri sultan yang kononnya berdarah putih itu adalah
menjadi punca kepada serangan Aceh.

D. Kota Naga, 1626-1654:

Letaknya kira-kira 20 Kilometer dari Alor Setar, dalam daerah Kubang Pasu. Kota yang dibina
oleh Sultan Mudzafar Shah ini telah dijadikan pusat pemerintahan oleh Sultan Rijaludin Muhammad
Shah (1626-1651 M), sultan yang ke-13. Zaman baginda, Kedah menjalin hubungan perdagangan
dengan Belanda .di Melaka dan Betawi (Jawa), juga dengan India (Koromandel dan Benggala). Kedah
banyak mengeksport timah dan gajah, malah daerah Naga waktu itu merupakan pusat menangkap
dan mencelung gajah.

Sultan Rijaluddin merupakan pemerintah Kedah yang pertama menerbitkan ‘Undang-Undang


atau Hukum Kanun Kedah’. Pada awal teks undang-undang itu penulisnya menyatakan, “Maka
undang-undang ini diperbuat dari zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah semayam di Naga,
muafakat dengan sekalian menteri pegawai dan pendita membicarakan dia supaya tetap adat ini
janganlah berubah-ubah ……”. Perintah menyusun undang-undang itu diterbitkan oleh baginda pada
hari Jumaat, 17 Jamadil-akhir, 1060 Hijrah (bersamaan 17 Jun 1650).

E. Kota Sena, 1654-1664:


Letaknya dalam mukim Sena, tidak jauh dari bandar Kangar, Perlis. Ketika itu Perlis masih
sebahagian daripada wilayah Kedah. Kota ini diasaskan sejak zaman Sultan Rijaluddin sebagai kota
persinggahan. Tempat tersebut tercatat sebagai ‘Quantchin’ oleh pelayar Perancis, Augustine de
Beaulieu.

1870
Dalam zaman pemerintahan Sultan Muhyiddin Mansur Shah (1654-1661 M), sultan ke-14, kota
ini dinaikkan taraf menjadi pusat pemerintahan Kedah. Perhubungan dengan Belanda menerusi
perdagangan timah, emas dan gajah diteruskan. Bagaimanapun sengketa telah berlaku antara kedua
pihak kerana kegagalan Belanda menerapkan dasar monopoli timah di Kedah. Akibatnya mulai tahun
1659 Belanda cuba bertindak mengepung kuala-kuala sungai di Kedah, yang menyebabkan aktiviti
perdagangan telah tergendala sementara waktu.

F. Kota Indera Kayangan, 1664-1687:


Kota ini terletak di Kampung Wai di tepi Sungai Perlis, iaitu di antara bandar Kangar dengan
Kuala Perlis. Ia diasaskan oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1687 M). Dalam zaman
baginda sebuah lagi kota dan istana telah dibina di Bukit Pinang sebagai tempat semayam Raja
Muda.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Kedah, armada Bugis cuba menyerang Kedah disebabkan
oleh perlantikan Tunku Athaullah sebagai Raja Muda tetapi gangguan tentera upahan Bugis itu dapat
digagalkan. Selepas kemangkatan baginda (1687), pusat pemerintahan ini diabaikan tetapi kembali
berfungsi apabila Tunku Dhiauddin II menjadi sultan bergelar Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II
(1797-1804).

G. Kota Bukit Pinang, 1687-1735:


Mula diasaskan dalam tahun 1664 dan terdapat 4 orang sultan yang pernah bersemayam di sini.
Zaman Sultan Abdullah Mu’adzam Shah (1698-1706 M), sultan ke-17, adindanya Tunku Ibrahim
dilantik sebagai Raja Muda. Tunku Ibrahim bersemayam di Kota Limbong yang letaknya kira-kira 9
kilometer dari Alor Setar. Zaman itu Limbong menjadi pelabuhan pedalaman terpenting. Beliau juga
ditugaskan membina makam diraja Langgar.

H. Kota Setar / Alor Setar, 1735 hingga kini:

Pusat pemerintahan terakhir ialah Kota Setar yang kemudiannya dikenali sebagai Alor Setar
telah diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II secara rasminya pada
hari Sabtu, 15 Syaaban 1148 bersamaan 31 Disember 1735. Sehingga kini seramai 10 orang sultan
yang bersemayam di sini.

PEMERINTAHAN DAN PERISTIWA

Berikut ini diperturunkan beberapa orang sultan dan peristiwa-peristiwa penting yang pernah
berlaku ketika Alor Setar menjadi pusat pemerintahan Kedah yang ke-8 sejak 1735 hingga kini.

A. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II, 1710-1778:

1871
Sultan Kedah yang ke-19 ini pernah mengembara kerana menuntut pelajaran agama Islam di
Sumatera, Jawa dan India. Sewaktu kembali ke Kedah baginda membawa gurunya bersama iaitu
Syeikh Abdul Jalil yang dilantik oleh baginda sebagai penasihatnya. Dalam tahun 1735 baginda
memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Bukit Pinang ke Kota Setar. Sebelum itu baginda telah
membina kota dan istana, balai besar, balai nobat dan masjid di samping membina sebuah istana lagi
di Anak Bukit.

Sultan Muhammad Jiwa telah berjaya memperkukuh pemerintahan Kedah dalam zamannya.
Ketika itu sempadan Kedah meliputi hingga ke Hujung Salang dan Kupah (Takuapa) di Utara, dan di
lembah Kerian di Selatan.

Di samping itu, terusan-terusan dibina untuk rakyat mengerjakan sawah. Baginda mengemaskini
sistem matawang Kedah dengan membuat matawang baru daripada perak yang dinamakan Darham.
Juga telah ditetapkan pertukaran darham perak itu bersamaan dengan satu kupang emas. Baginda
juga menetapkan ukuran tanah seperti hasta, tali, jemba, penampang, petak dan relung.

Zaman baginda Kedah telah diancam oleh orang Minangkabau dan Bugis (1723 dan 1726).
Kemuncak serangan Bugis itu ialah dalam tahun 1771 di bawah pimpinan Raja Haji. Kesan serangan
Bugis itu menyebabkan hubungan rapat bermula dengan Syarikat Inggeris Hindia Timur. Hal ini dapat
dilihat daripada warkah-warkah baginda misalnya yang bertarikh 1772/1773 yang dihantar kepada
Kapten Francis Light yang membuka firma perdagangannya di Ujung Salang (Phuket), sebelum beliau
berjaya memajak Pulau Pinang (1786). Baginda yang mangkat dalam tahun 1778 merupakan
pemerintah Kedah yang paling lama di atas takhta iaitu selama 68 tahun.

B. Sultan Abdullah Mukarram Shah, 1778-1797:

Sultan Kedah yang ke-20 ini melantik adindanya Tunku Dhiauddin sebagai Raja Muda, yang
bersemayam di Kota Indera Kayangan II di Perlis. Zamannya Siam telah mengancam Kedah. Setelah
berbincang dengan Kapten Francis Light bagi pihak Syarikat Inggeris Hindia Timur, mereka bersetuju
untuk memajak Pulau Pinang dengan bayaran 6,000 Riyal Sepanyol setahun dan bersetuju
membantu mempertahankan Kedah. Dengan itu Francis Light mula menduduki Pulau Pinang 11 Ogos
1786.

Baginda juga telah membina semula Kota Kuala Kedah dengan menggunakan tukang-tukang
batu bata dari India yang diketuai oleh Mufti Kedah (ketika itu Syeikh Hafiz Sab) yang ditugaskan
melakar pelan kota itu.

Didapati kemudian, pihak Inggeris enggan menunaikan janji untuk membantu Kedah
mempertahankan serangan Siam. Dengan itu baginda menyiapkan angkatan perang dan membina
kubu pertahanannya di Kuala Perai untuk merampas kembali Pulau Pinang. Berikutnya rakyat Kedah
bangun menentang Inggeris di Pulau Pinang buat pertama kali dalam sejarah. Namun, Sultan
Abdullah tidak berhasil mengambil Pulau Pinang. Akhirnya kedua pihak bersetuju menandatangani
Perjanjian Damai di Fort Cornwallis pada 1 Mei 1791. Kedah diwakili oleh Tunku Alang Ibrahim,
Tunku Sharif Muhammad dan Dato’ Penggawa Telibung.

1872
C. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, 1797-1804:
Kemangkatan Sultan Abdullah dalam tahun 1797 meninggalkan ramai putera dan puteri.
Disebabkan Tunku Pengiran, putera gahara Almarhum yang sulung masih muda, maka adinda
Almarhum yang sebelum itu menjawat jawatan Raja Muda memangku takhta dan baginda kekal
bersemayam di Kota Indera Kayangan dengan memakai gelaran Sultan Dhiauddin Mukarram Shah.

Pada 6 Jun 1800 baginda memeteraikan satu perjanjian yang membenarkan Syarikat Inggeris
Hindia Timur memajak Seberang Perai. Kedah menerima bayaran pajakan tahunan sebanyak $
10,000.00 Ringgit Sepanyol untuk kedua-dua Pulau Pinang dan Seberang Perai. Zaman baginda geran
pemilikan tanah diterbitkan kepada rakyat dan salah sepucuk geran tertua yang dapat dikesan
bertarikh hari Isnin, 4 Safar 1216 bersamaan 16 Jun 1801. Dalam tahun 1804 baginda menyerahkan
takhta kepada putera saudaranya Tunku Pengiran. Baginda mangkat pada 12 Safar 1230 (26 Januari
1815), digelar Marhum Kayang II.

D. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, 1804-1845:

Dalam tahun 1804 Tunku Pengiran ditabalkan menjadi Sultan Kedah yang ke-22 dan bergelar Sultan
Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Majlis pertabalan berlangsung di Balai Besar selama seminggu. Pada
zaman awal pemerintahannya timbul sengketa perebutan kuasa tetapi dapat ditamatkan melalui
bantuan kerajaan Siam (1808). Baginda tetap kekal sebagai Sultan, adindanya Tunku Ibrahim sebagai
Raja Muda yang menguasai lembah Sungai Muda manakala Tunku Bisnu diberi kuasa mentadbir
wilayah Setul ‘Mambang Segara’.

Akibat menerima bantuan Siam untuk menyelesaikan masalah dalaman, kemudian baginda
terpaksa akur dengan kehendak kerajaan Siam yang berhasrat untuk meluaskan pengaruh
kekuasaannya ke Semenanjung Tanah Melayu di samping untuk melemahkan kekuatan pertahanan
dan ketenteraan Kedah. Kedah telah diarahkan menentang rakyat Patani yang bangun menentang
Siam (1809) dan diarahkan menyerang negeri jirannya iaitu Perak (1818) untuk memaksa Perak
mengakui ketuanan Siam. Tentera Kedah juga telah diminta untuk membantu mengusir pendudukan
tentera Burma di Ujung Salang / Phuket (1810). Kehebatan tentera Kedah yang sangat berani di
medan perang telah tercatat dalam kitab Syair Sultan Maulana (1812). Malah ada bait syair yang
berani menyindir kekurangan angkatan perahu tentera Siam berbanding dengan kehebatan perahu
perang Melayu Kedah dari Telibung, seperti berikut:

“Perahu Melayu Telibung Kedah,

Dua puluh dibilang sudah,

Lainnya Siam haram zadah,

Perahu tiada memberi faedah.”

1873
Walaupun pada mulanya baginda mendapat perlindungan Inggeris di Pulau Pinang ketika
serangan Siam (1821) tetapi akibat Perjanjian Burney (1826) antara kerajaan Siam dan British yang
menafikan kehendak masyarakat Kedah, menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Melaka. Dalam
warkah yang dikirimkan kepada sahabatnya Thomas Beighton, seorang paderi di Pulau Pinang,
baginda menegaskan:

“Akan Pulau Pinang ini tanahair beta, paduka marhum beri sewa akan Kompeni Inggeris sebab itulah
beta mau datang singgah di Pulau Pinang.” (26 Muharram 1253 / 3 Mei 1837).

Azam baginda untuk mendapatkan kembali takhtanya tidaklah luntur. Dalam sepucuk
warkahnya kepada seorang pegawai Inggeris di Pulau Pinang baginda menyatakan:

“……. Tiada jadi kesalahan beta hendak ambil balik negeri beta itu kerana pada hati orang segala
bangsa pun tatkala seorang berbuat makar mengambil artanya pasti ia mau mengambil balik
artanya itu, jangan pun suatu negeri jika satu kebun sekali pun…..”

Sementara dalam puisi bercorak romantik / simbolik berjudul ‘Syair Duka Nestapa’ yang dikarang
oleh baginda di Melaka, baginda sempat bersenandung, demikian rintihannya:

“Demikianlah beta sehari-hari,

kekanda nian dibuang negeri,

jika tak boleh muda bistari,

meninggalkan bumi istana sendiri.

Demikianlah sudah ibarat madah,

habis kias bandingan sudah,

yang diberahinya itu bukannya mudah,

maknikam gemala di negeri Kedah.”

Kemuncak penentangan terhadap pendudukan tentera Siam di Kedah ialah dalam tahun 1838 –
1839. Ketika itu Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud, putera saudara baginda berjaya
mengumpulkan hampir seramai 10,000 orang penyokongnya. Mereka berjaya melancarkan serangan
mengejut dan dapat menawan kembali Kota Kuala Kedah, Alor Setar dan Alor Ganu. Tentera Siam
Ligor dapat dihalau keluar dari negeri Kedah. Bagaimanapun dalam bulan Februari 1839, angkatan
Tunku Muhammad Saad yang sedang mara di selatan Siam terhalang apabila datang tentera bantuan
tambahan Siam. Ketika itu salah seorang ulama yang gugur dalam perjuangan di Boyang, Singgora
ialah Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (Palembang). Tentera Kedah terpaksa diundurkan dan
akibatnya tentera Siam menduduki semula negeri Kedah.

Kesan daripada kemaraan Tunku Muhammad Saad pihak Siam menyedari kesungguhan orang
Melayu berjuang dan ini membawa kepada perubahan dasar pihak Siam yang mahu berkompromi.

1874
Melalui rundingan di antara putera Sultan Ahmad Tajuddin iaitu Tunku Daie atau Tunku Zainal Rashid
dengan pihak Siam di Bangkok yang dibantu oleh pihak Inggeris, akhirnya Siam bersetuju
membenarkan Sultan kembali ke takhta dan tentera mereka diundurkan dari Kedah. Untuk
sementara waktu, pentadbiran Kedah diserahkan kepada sepupunya Tunku Anum dan Tunku Hassan.

Sekembalinya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ke takhta (1841), wilayah Kedah bertambah
kecil kerana baginda dipaksa menyerahkan daerah Perlis kepada Tuan Syed Hussein Jamalullail dan
daerah Kubang Pasu kepada Tunku Anum. Sementara daerah Setul diserahkan kepada jagaan Tunku
Bisnu. Baginda mangkat pada 3 Januari 1845, kemudian digelar sebagai Marhum Melaka.

E. Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah I, 1845-1854:

Putera Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, Tunku Daie, menduduki takhta sebagai Sultan Kedah
ke-23 dengan gelaran Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah I.

Dalam zaman baginda, seorang wartawan dan peguam Inggeris iaitu J.R. Logan telah melawat
Kedah pada 10 September 1851. Beliau telah mencatatkan secara terperinci pemandangan yang
dilihatnya di perkampungan sepanjang Sungai Kedah yang dimudikinya termasuk Seberang Kota dan
Seberang Nyonya. Logan dapat menemui baginda sultan di Bukit Pinang kerana waktu itu Alor Setar
dilanda wabak kolera. Logan sempat melawat makam diraja Langgar dengan menaiki gajah yang
dibekalkan oleh baginda.

F. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, 1854-1879:

Bermula dengan pemerintahan baginda, Kedah memasuki era pembangunan dan pemodenan.
Pembaharuan Perjanjian mengenai Pulau Pinang dan Seberang Perai ditandatangani pada zaman
baginda (1867 dan 1869 M).

Pada zaman baginda inilah terciptanya perhubungan jalanraya di sekitar Alor Setar hingga ke
utara iaitu perbatasan Thailand. Pembinaan jalan itu dipertanggungjawabkan kepada adindanya
Tunku Dhiauddin selaku Raja Muda dan Tunku Yaakob. Sebuah limbungan juga dibina untuk
membaiki dan menimbau/membina kapal (1862) dan sepasukan askar Melayu Kedah terdiri dari 100
orang anggota telah ditubuhkan (1863). Perjanjian sempadan Kedah-Seberang Perai dengan Inggeris
telah diperbaharui (1869). Zaman inilah juga wilayah Kubang Pasu kembali kepangkuan Kedah
(1864). Disebabkan bertambahnya kemasukan masyarakat kaum Cina di Kedah, baginda melantik
seorang ketua masyarakat tersebut yang diberi gelaran Kapitan Bijaya Bisara, yang kemudiannya
diubah menjadi Kapitan Bijaya Setia.

Untuk melicinkan pentadbiran negeri, baginda melantik beberapa orang pegawai penasihatnya.
Mereka ialah Wan Ibrahim, Wan Ismail (ayahanda Wan Muhammad Saman), Tuan Syed Abdullah Al-
Jafri, Tuan Haji Muhammad Salleh (ulama dari Penaga, Seberang Perai), termasuk Wan Muhammad
Saman yang dilantik sebagai Perdana Menteri, dan Tuan Haji Muhammad Taib Al-Mas’udi Al-Banjari
(ulama dari Titi Gajah) yang dilantik sebagai Mufti. Menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
baginda telah membuat sebuah sekolah Jawi (Melayu) di Padang Lepai, Kota Setar pada 12 Mei 1861.

1875
Dalam zaman baginda, hubungan Kedah dengan kerajaan Thai dan dengan pihak Inggeris di
Pulau Pinang telah menjadi erat.

Baginda mangkat pada 22 Jun 1879, digantikan oleh putera sulungnya Tunku Daie bergelar
Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II sebagai Sultan Kedah ke-25, yang mangkat hanya selepas
memerintah selama 3 tahun (1879-1881). Bondanya ialah Wan Jah, seorang keluarga diraja Patani.

G. Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1882-1943:

Baginda menaiki takhta pada 23 Mac 1882 sebagai sultan yang ke-26 (1882-1943). Kejayaan
baginda mentadbir Kedah dengan baik menyebabkan baginda pernah digelar sebagai ‘Bapa Kedah
Moden’. Dalam menjayakan pembangunan negeri baginda dibantu oleh para pemimpin yang
berkebolehan termasuk keluarganya seperti Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), Tunku Mahmud, Tunku
Ibrahim (Regent) dan ayahanda saudaranya Wan Muhammad Saman yang berjawatan Perdana
Menteri, iaitu saudara kepada Wan Hajar binti Wan Ismail.

Antara jasa Wan Muhammad Saman yang masih kekal menjadi warisan sejarah ialah
kegigihannya dalam usaha meningkatkan penghasilan padi dan perluasan tanah sawah melalui projek
pembinaan saliran yang terkenal dengan sebutan “Terusan Wan Muhammad Saman”. Terusan
sepanjang 36 kilometer dari Alor Setar ke Gurun yang disiapkan dalam tahun 1886 itu dipercayai
terusan korekan tenaga manusia tanpa bantuan jentera terpanjang di dunia.

Pada 15 Mei 1888 telah meletus pergaduhan antara dua kongsi gelap pelombong Cina di Kulim,
yang dikenali sebagai “Perang Nyonya Cantik”. Baginda berjaya menyelesaikan masalah pergaduhan
itu dengan menghantar adindanya Tunku Yaakob untuk membantu Tunku Muhammad Saad dan
Penghulu Elang mengawal keadaan. Pada 15 Jun 1888 perang saudara itu dapat ditamatkan apabila
Tunku Yaakob berjaya mendapatkan 1000 orang Melayu termasuk askar sepoi dari Pulau Pinang dan
menyediakan bantuan senjata.

Dalam siri Ziarah Diraja Thai ke Negeri-negeri Melayu (1890), King Chulalongkorn telah memilih
Langkawi sebagai destinasinya yang pertama. Baginda Sultan Abdul Hamid dan Perdana Menteri Wan
Muhammad Saman telah menyambut tetamu agung itu di Pelabuhan Kuah pada jam 10.00 pagi, 10
Mei 1890. Selanjutnya dari buku perharian Kerajaan Kedah ada dicatatkan demikian, “Maka pada
petang itu Raja Maha Besar naik pergi ke Dendong hambat pelanduk, dapat tujuh ekor. Maka raja itu
naik anor kerbau serta dengan perempuan-perempuannya ……”. King Chulalongkorn bersemayam di
Alor Setar selama empat hari.

Seterusnya, sebelum tahun 1900 sebanyak empat daerah telah diwujudkan di Kedah iaitu Kuala
Muda, Kulim, Changlun dan Langkawi. Selepas tahun 1900 barulah diasaskan pula daerah-daerah
Padang Terap, Baling, Yan dan Kerian (Bandar Baharu). Dalam tahun 1897 Setul dan Perlis
dikembalikan kepada Kedah. Sultan menghantar Ku Din bin Ku Meh (Ku Baharudin) menjadi
Pesuruhjaya Kedah di Setul, sementara sultan sendiri telah diakui oleh pihak Siam sebagai Ketua
Pesuruhjaya di negeri-negeri Melayu di selatan yang dinamakan Changwad/ Wilayah Saiburi.

1876
Sultan Abdul Hamid telah dikurniakan seramai 45 orang putera dan puteri daripada lapan orang
isteri (tidak pada satu masa). Ketika mangkat dalam tahun 1943 baginda sudah mempunyai 92 orang
cucunda.

Pada 15 Jun 1904 baginda telah mengadakan majlis Perkahwinan Diraja secara besar yang
berlangsung selama 3 bulan di Alor Setar, untuk mengisytiharkan perkahwinan lima orang putera
baginda sekali gus termasuk putera sulungnya Tunku Ibrahim.

Dalam tahun 1905 telah dibentuk Majlis Negeri yang diketuai oleh Tunku Abdul Aziz (Raja Muda)
yang telah dapat memperbaiki krisis kewangan yang dialami di Kedah sebelumnya. Ketika itu, W.F.J
Williamson pegawai Inggeris yang berkhidmat dengan kerajaan Siam telah dipinjamkan ke Kedah dan
menjawat sebagai Penasihat Kewangan.

Pada 15 Julai 1909, Kedah bertukar naungan daripada Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris.
W.G. Maxwell dihantar menjadi Penasihat British pertama di Kedah. Pada zaman inilah juga sekolah-
sekolah Melayu telah berkembang diikuti pula pembukaan sekolah Inggeris ‘Government English
School’ di Alor Setar (1908). Sementara Tunku Mahmud pula berusaha meningkatkan syiar Islam di
negeri ini. Beliaulah yang merancang pembinaan Masjid Zahir (1912) dan Maktab Mahmud (1936)
yang dinisbahkan dengan nama baginda.

Beberapa penjanjian bertulis yang dimeteraikan sejak awal pemerintahan baginda. Yang
terpenting antara lain ialah antara baginda dengan Frank Powell dari Scotland pada 30 November
1890, yang mengesahkan perlantikan beliau sebagai guru di Istana dan Setiausaha Peribadi kepada
baginda. Pada 17 Oktober 1893 perjanjian Kedah-Perak diperbuat untuk membenarkan bekalan air
dari Bukit Panchor disalurkan ke Kerian, Perak. Perjanjian yang meletakkan Kedah secara rasmi di
bawah perlindungan kerajaan Inggeris telah ditandatangani di Singapura pada 1 November 1923.
Kedah diwakili oleh Tunku Ibrahim (Regent). Termasuk juga dalam syarat perjanjian itu ialah
mengenai Bahasa Melayu dan tulisan Jawi menjadi bahasa rasmi di Kedah dalam urusan-urusan
pentadbiran seperti yang diamalkan sejak zaman berzaman.

Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berjaya menghalau orang Inggeris dan menduduki
bandar Alor Setar. Baginda sultan dan keluarganya sebelum itu dibawa ke Pulau Pinang atas nasihat
Inggeris tetapi dihalang oleh puteranya, Tunku Abdul Rahman Putra (Pegawai Daerah Kulim) lalu
membawa mereka ke Kampung Sedim (Kampung Lindungan Raja), Kulim. Beberapa hari selepas itu
baginda dibenarkan pulang bersemayam di Alor Setar.

Sejak itu bermulalah pentadbiran tentera Jepun di Kedah. Mejar Jeneral Sukigawa Seiji menjadi
Gabenor (Cokan Kakka) dan K. Shiba selaku penasihatnya. Sebuah akhbar berjudul ‘”Matserohi”
(Mahsuri) diterbitkan dalam tulisan Jawi untuk kepentingan propaganda Jepun. Sebelum perang dua
buah akhbar terbitan dua kali seminggu pernah diterbitkan dalam tulisan Jawi iaitu “Nun” yang mula
diterbitkan di pekan Yan pada 23 Februari 1926 oleh Haji Mohammad Said Mohammad Taib, dan
“Cahaya Malaya” diterbitkan di Alor Setar mulai 14 Ogos 1927 oleh Muhammad Nordin Haji Ali.

Sultan Abdul Hamid Halim Shah mangkat pada 13 Mei 1943 dalam usia 79 tahun, dan digantikan
oleh puteranya, Sultan Badlishah, sebagai Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958).

1877
H. Sultan Badlishah, 1943-1958:

Sebelum menaiki takhta sebagai Sultan Kedah yang ke-27, baginda pernah menjadi Pemangku
Sultan sejak tahun 1937 menggantikan kekandanya Almarhum Tunku Muhammad yang mangkat di
Singapura. Baginda menerima pendidikan di luar negeri iaitu di Bangkok dan England.

Pada 19 Oktober 1943, baginda berangkat menghadiri upacara penyerahan negeri Kedah
daripada Pentadbiran Tentera Jepun kepada Pentadbiran Tentera Thai di Padang Court (Medan
Bandar), Alor Setar. Negeri Kedah ditukar nama menjadi “Saiburi”.

Pada 2 Disember 1943, seperti juga dengan raja-raja Melayu yang lain di Semenanjung, baginda
dipaksa menandatangani Triti MacMichael yang berkaitan dengan penubuhan Malayan Union,
namun rakyat jelata telah menentang gagasan itu. Satu rapat raksasa pertama kali kerana
membantah gagasan Malayan Union ciptaan British itu. Rapat tersebut telah diadakan di Padang
Court, yang dihadiri lebih daripada 50 ribu orang anjuran beberapa persatuan termasuk Kesatuan
Melayu Kedah dan ‘Saberkas’. Baginda turut menyumbang sebanyak seribu ringgit kepada Kongres
Melayu Semenanjung yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 yang kemudiannya
melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO).

Satu lagi perhimpunan Melayu Kedah telah berlangsung di Padang Court pada 30 Mei 1946
kerana memperlihatkan protes rakyat terhadap gagasan Malayan Union sempena dengan lawatan
utusan Parlimen British, iaitu Kapten L.D. Gammans dan Lieut. Kol. Ress-William. Perhimpunan
tersebut dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra.

Baginda Sultan Badlishah juga turut menentang bersama rakyat kerana baginda juga turut
menyesali sikap kerajaan British membawakan perubahan yang tidak disangka-sangka selepas
tamatnya perang. Protes baginda dapat dilihat dari beberapa lembaran draf warkah yang ditulis
olehnya sendiri kepada Raja-Raja Melayu dan rakan sejawatnya di England yang pernah berkhidmat
di Tanah Melayu termasuk Kedah sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada 27 Julai 1946 baginda berkenan melakukan upacara perasmian Persidangan Agung
Perwakilan UMNO Malaya yang ketiga di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Dalam majlis
yang penuh bersejarah inilah bendera UMNO dikibarkan buat pertama kali dengan tangan baginda
sendiri, sebelum merasmikan persidangan itu, sebagai simbol yang mewakili penentangan seluruh
rakyat Melayu terhadap rancangan Inggeris, kerana di sinilah Kapten Francis Light bagi pihak
penjajah Inggeris pernah mengibarkan bendera Union Jack 160 tahun silam, iaitu pada 11 Ogos 1786.
Selanjutnya pada 10 Januari 1947, baginda meredhai Balai Besar, Alor Setar sebagai tempat
Persidangan Agung Perwakilan UMNO yang ke-empat dan sekali lagi baginda berkenan merasmikan
Persidangan tersebut.

Baginda merupakan seorang pentadbir yang tegas. Sebelum merdeka, semua Pegawai Daerah
bangsa Eropah digantikan oleh baginda dengan orang Melayu. Pada 13 Januari 1957, baginda telah
meminda Perlembagaan Negeri Kedah Tahun 1948 yang antara lainnya menghapuskan jawatan
Penasihat British yang wujud di negeri ini sejak Perjanjian Bangkok 1909.

1878
Pada 6 Ogos 1949, baginda telah melantik putera sulung baginda, YTM Tunku Abdul Halim
sebagai Raja Muda. Majlis Perlantikan telah dilangsungkan di Balai Besar, Alor Setar. Pada 6 Mac
1956 baginda telah mengahwinkan putera sulungnya YTM Tunku Abdul Halim dengan YTM Tunku
Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Perayaan
perkahwinan dilangsungkan di Alor Setar selama tiga hari, dari 19 hingga 21 Mac 1956.

Baginda mangkat pada 13 Julai 1958 di Istana Anak Bukit. Pada esoknya, 14 Julai 1958, YTM
Tunku Abdul Halim diisytiharkan sebagai Sultan Kedah Darul Aman yang ke-27.

I. KEBAWAHDULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN HAJI ABDUL HALIM


MU’ADZAM SHAH:
KDYMM diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit. Baginda mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah, dan kemudian di Kolej
Sultan Abdul Hamid (1946-1949). Dalam bulan Februari 1949, baginda melanjutkan pelajaran di
Wadham College, Oxford, United Kingdom, dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran
Awam. Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 iaitu ketika baginda masih
menuntut di England lagi. Sekembalinya baginda ke tanahair dalam tahun 1955, baginda berkhidmat
di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Pada 20 Februari 1959 KDYMM Tuanku telah ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah Darul
Aman yang ke-28 dan KDYMM Tunku Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam suatu istiadat gilang
gemilang di Balai Besar, Alor Setar. Menurut catatan sejarah, baginda merupakan Sultan Kedah ke-
empat yang ditabalkan menurut istiadat. Sultan-sultan sebelumnya ialah Sultan Rijaluddin
Muhammad Shah, sultan ke-13 (1626-1651) di Kota Naga, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin
Mu’adzam Shah II (1710-1778) di Kota Bukit Pinang dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau
Marhum Melaka, sultan ke-22 (1804-1845) yang juga berlangsung di Balai Besar, Alor Setar.

Bermula dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 baginda dilantik menjadi Ketua
Negara Malaysia iaitu sebagai yang Dipertuan Agong Malaysia yang kelima. Adinda baginda, DYTM
Tunku Abdul Malik (Tunku Bendahara yang kemudian bergelar Raja Muda) dilantik menjadi
Pemangku Sultan Kedah semasa pemerintahan Seri Paduka Baginda selaku Ketua Negara Malaysia
selama lima tahun di ibu negara, Kuala Lumpur. Pada waktu ini juga Paduka Ayahanda KDYMM
Tuanku, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam bulan Julai 1983, kerajaan Kedah mengadakan Perayaan Jubli Perak sempena 25 tahun
KDYMM Tuanku memerintah negeri ini. Dengan tertubuhnya Universiti Utara Malaysia, baginda telah
dilantik menjadi Canselor mulai 7 April 1984.

Di zaman baginda menyaksikan lahirnya dua tokoh anak watan Kedah yang diberi
tanggungjawab oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai pemimpin iaitu Perdana Menteri Pertama dan
Keempat. Mereka adalah YAB Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan YAB Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad.

1879
Pada 28 Julai 1966 KDYMM Tuanku telah melakukan upacara memecah batu menandakan
permulaan Projek Perairan Muda yang menelan belanja RM 228 juta untuk penanaman padi dua
musim bagi pesawah-pesawah di utara negeri Kedah dan Perlis. Kesannya semenjak tahun 1970
projek ini memberi faedah kepada 48,000 keluarga petani dan juga untuk mencapai matlamat
mencukupkan keperluan makanan negara.

Di samping Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang berperanan meningkatkan taraf
sosio-ekonomi petani, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pula ditubuhkan bagi
melaksanakan pembangunan untuk faedah 80,000 keluarga tani di luar kawasan MADA di samping
projek-projek di bawah rancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu Lembah Kedah (IADP).

Salah satu badan lagi yang bertanggungjawab dalam menjayakan pembangunan negeri ini ialah
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1965. Bermula dengan
Bangunan UKIR (Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat) yang kemudiannya di Wisma PKNK, yang telah
dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) dalam tahun 1985. Ternyata
PKNK berjaya memajukan Kedah dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perumahan, pertanian,
pelancongan dan perindustrian. Sektor perindustrian yang terdapat di kawasan Bakar Arang, Tikam
Batu, Kulim dan Mergong telah berjaya menarik minat para pelabur dari dalam dan luar negeri.

Dalam zaman pemerintahan KDYMM Tuanku juga pada 1 Januari 1987, Pulau Langkawi
memasuki era pembangunan yang pesat apabila ia diiktiraf sebagai pelabuhan bebas cukai mulai
tarikh tersebut. Berikutan itu beberapa acara negara dan antarabangsa telah dilangsungkan di Pulau
Seri Negeri itu. Langkawi menjadi semakin dikenali di persada antarabangsa apabila Ketua-Ketua
Negara Komanwel yang bersidang di Kuala Lumpur (1989) telah dibawa untuk berehat beberapa hari
di sana. Berikutnya, Langkawi menjadi tempat Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-153 (14-
15 Februari 1991) dan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Dua peristiwa bersejarah berlaku dalam tahun 1990 ialah baginda berangkat merasmikan
Perayaan Menyambut Bandar Alor Setar 250 Tahun di samping Kedah berjaya menjuarai Piala
Malaysia selepas penantian selama 40 tahun.

Berikutnya pada 4 September 2001, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) telah mengiktiraf ‘Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah (1882-
1943)’ koleksi Arkib Negara Malaysia, Alor Setar yang merupakan sebuah Karya Agung Negara
Warisan Dunia kedalam daftar ‘The Memory of the World Register’.

Pada 14 Julai 2008, perayaan menyambut Jubli Emas pemerintahan baginda dilangsungkan.
Salah satu kemuncak perayaan tersebut, baginda telah merasmikan Taman Jubli Emas seluas 50 ekar
yang terletak di Jalan Suka Menanti, Alor setar pada 5 Ogos 2008.

Sejak zaman sebelum merdeka dan sesudahnya, pemerintahan Sultan Kedah dibantu oleh
beberapa Menteri Besar. Dua orang Menteri Besar dalam zaman ayahanda baginda ialah YAB
Mohamad Sherif bin Osman (1948-1954) dan YTM Tunku Ismail bin Tunku Yahya (1954-1959). Dalam
zaman KDYMM Tuanku, pemerintahan dibantu oleh beberapa orang Menteri Besar pilihan rakyat
melalui proses pilihanraya, iaitu: YAB Dato’ Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin (1959-1967),
YAB Tun Dato’ Seri Utama Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin (1967-1978), YAB Dato’ Seri
Syed Nahar bin Tun Syed Sheh Shahabuddin (1978-1985), YAB Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Osman

1880
bin Haji Aroff (1985-1996), YAB Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid (1996-1999), YAB Tan Sri Dato’ Seri
Haji Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah (1999-2005), YAB Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Mahdzir bin
Khalid (2005- 2008) dan YAB Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (2008-2013).

Mulai 6 Mei 2013, kerajaan Kedah dipimpin oleh YAB Dato’ Paduka Mukhriz bin Mahathir hingga
kini. Beliau ialah anak kepada YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri
Malaysia dengan Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Berikutnya, KDYMM Tuanku telah mencipta sejarah baru apabila telah terpilih buat kali kedua
sebagai Ketua Negara Malaysia iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong Malaysia yang ke-14, mulai 13 Disember 2011, dengan gelaran Almu'tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Salasilah Sultan Kedah Darul Aman semenjak 1136 M:

1. Sultan Al-Mudzaffar Shah I, 1136 - 1179


2. Sultan Mu’adzam Shah, 1179 – 1201
3. Sultan Muhammad Shah, 1201 – 1236
4. Sultan Muzzil Shah, 1236 – 1280
5. Sultan Mahmud Shah I, 1280 – 1321
6. Sultan Ibrahim Shah, 1321 – 1373
7. Sultan Sulaiman Shah I, 1373 – 1422
8. Sultan Ataullah Muhammad Shah I, 1422 – 1472
9. Sultan Muhammad Jiwa I, 1472 – 1506
10. Sultan Mahmud Shah II, 1506 – 1546
11. Sultan Mudzaffar Shah II, 1546 – 1602
12. Sultan Sulaiman Shah II, 1602 – 1626
13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah, 1626 – 1651
14. Sultan Muhyidddin Mansur Shah, 1651 – 1661
15. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, 1661 – 1687
16. Sultan Ataullah Muhammad Shah II, 1687 – 1698
17. Sultan Abdullah Mu’adzam Shah I, 1698 – 1706
18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I, 1706 – 1709
19. Sultan Muhammad Jiwa Zainal AdilinMu’adzam Shah II, 1710 – 1778
20. Sultan Abdullah Mukarram Shah II, 1778 – 1797
21. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, 1797 – 1804
22. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, 1804 – 1845
23. Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah I, 1845 – 1854
24. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II, 1854 – 1879
25. Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II, 1879 – 1881
26. Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1882 – 1943
27. Sultan Badlishah, 1943 – 1958
28. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 1958 – kini

Rujukan:

1. Adi Haji Taha, ‘Sejarah Asal Negeri Kedah Berdasarkan Bahan-Bahan Arkeologi’, Kertaskerja
Konvensyen Sejarah Darul Aman, 1981.

1881
2. ‘Alor Setar 250 Tahun’, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1990.
3. Bonney, R. ‘Kedah 1771-1821’, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1974.
4. ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, versi R.J. Wilkinson, Edisi Jawi, Kim Sik Hian Press, Pulau
Pinang, 1361 H / 1898 M.
5. Ibrahim Bakar Langkawi, Dr. ‘Gomrun, Zamin Turan dan Langkasuka: Kaitannya Dengan
Kedah Tua’, kertaskerja Biro Kajiselidik dan Dokumentasi, Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Kedah, 11 Ogos 2007.
6. Ibrahim Bakar Langkawi, Dr. ‘Penemuan Matawang Pasai dan Aceh di Kedah Darul Aman’,
dalam‘Purba’, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, No. 29, 2010.
7. Kobkua Suwannathat-Pian, ‘Thai-Malay Relations, Traditional Intra-regional Relations from
the Seventeenth to the Early Twentieth Centuries’, Oxford University Press, 1988.
8. Mohd. Isa Othman, Prof. Madya Dr., ‘Politik Traditional Kedah, 1681-1942’, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.
9. Mokhtar Saidin, Prof Dr., ‘Tamadun Kedah Sebelum Islam: Sumbangan Kompleks Sungai
Batu Kepada Kerajaan Kedah Tua, Kurun Pertama Hingga Ke Empat-belas Masihi’,
Kertaskerja Ceramah Siri Terong Pipit Ke-26, Anjuran PSMCK, PPAK, Muzium Negeri Kedah
dan MKNK, 15 Mei 2011.
10. Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, ‘Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah’,
Edisi Jawi, Jelutong Press, Pulau Pinang, 1928.
11. ‘Peringatan Raja-Raja Kedah’, Manuskrip Koleksi Universiti Malaya, 1933.
12. Sharom Amat, ‘Traditional and Change in a Malay State: A Study of Economic and Political
development of Kedah’, 1878-1923, Monograf No. 12, JMBRAS 1984.
13. Sherard Osborn, ‘The Blockade of Kedah in 1838’, Oxford University Press, 1987.
14. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, ‘Syair Duka Nestapa’, salinan semula oleh Haji Hashim
Mustafa (berdasarkan teks koleksi Wan Hajar, Langu, Setul), Muzium Negeri Kedah Darul
Aman, Alor Setar, 1975.
15. ‘Syair Sultan Maulana’, Manuskrip koleksi Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1812.
16. ‘The Burney Papers’, Vol. V, Part I, Gregg International Publishers Ltd, London, 1971.
17. ‘Undang-Undang Kedah Tahun 1060 H/1650 M’, Versi Perpustakaan Berlin.
18. Wan Shamsudin Mohd Yusof, ‘Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943)’,
dalam Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2006.
19. Wan Shamsudin Mohd Yusof, ‘Surat Menyurat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1084-
1845)’ dalam Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2006.
20. Wan Yahya bin Wan Muhammad Taib, ‘Salasilah Atau Tawareh Kerajaan Kedah’, The British
Malaya Press Ltd, Penang, 1991.
21. Winstedt, R.O., ‘Kedah Laws (1650 AD)’, Journal of Malayan Branch, Royal Asiatic Society,
Vol. VI, Pt II, 1928.
22. Yahya Abu Bakar,‘Kedah dan Perdagangan Tradisi Di Asia Abad Ketujuh Hingga Awal Abad
Keenam-belas Masihi’, Kertaskerja Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, 1981.

1882
WARISAN KENANGAN PENDETA: PENELITIAN ASPEK
BAHASA DALAM WARKAH-WARKAH KOLEKSI PERIBADI
ZA’BA
YUSNIZA BINTI YAAKUB
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
NORIAH MOHAMED
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini membincangkan aspek penggunaan bahasa dalam warkah-warkah peribadi koleksi
Pendeta ZA’BA. Perbincangan akan difokuskan terhadap aspek struktur warkah dan penggunaan
bahasa Melayu klasik dalam warkah-warkah tersebut. Umum telah mengetahui bahawa ZA’BA
merupakan tokoh yang sangat disegani dan memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam pelbagai
bidang, seperti politik, ekonomi dan bahasa.Walau bagaimanapun, sumbangan beliau yang paling
besar ialah dalam bidang bahasa sehingga beliau telah dianugerahkan gelaran Pendeta yang
disampaikan melalui Kongres Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu pada 1956 (Adnan
Nawang, 1994). Hal ini telah dijelaskan oleh Abdul Hamid Mahmood, Idris Md. Radzi dan Nik Hassan
Basri Nik Ab. Kadir (2004, hlm vii) yang menyatakan “Beliau ialah pemikir dan pencetus beberapa
gagasan besar dalam pelbagai bidang – agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan
kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Daripada banyak bidang
yang diceburinya, bidang bahasalah yang paling banyak dikaitkan dengan ketokohan dan sumbangan
beliau”.

Kebanyakan orang pernah membaca karya-karya beliau, terutamanya rencana dan tulisan ilmiah
ZA’BA, namun, tidak ramai yang pernah melihat warkah-warkah koleksi beliau, apatah lagi
membacanya. Oleh itu, kita tertanya-tanya bagaimana corak penulisan beliau sewaktu menghasilkan
penulisan berbentuk peribadi. Sehubungan itu, penulisan kertas kerja ini ini diharap sedikit sebanyak
dapat memberi gambaran tentang corak penulisan peribadi beliau di samping menggambarkan
sedikit sebanyak luahan peribadi beliau dan kenalannya yang dipancarkan melalui koleksi warkah-
warkah ini.

LATAR BELAKANG WARKAH PERIBADI KOLEKSI ZA’BA

Pengkaji menggunakan lapan pucuk warkah koleksi peribadi Za'ba sebagai data kajian. Warkah-
warkah yang menjadi data kajian ini ialah warkah yang ditulis sekitar tahun 1910 sehingga 1963 dan
warkah ini ditulis oleh pemeran yang berlainan. Warkah-warkah koleksi peribadi ZA’BA banyak
disimpan di Arkib Negara Malaysia dan Universiti Malaya. Sebanyak 3197 pucuk warkah ditemui
tersimpan di Arkib Negara, manakala beratus-ratus pucuk warkah lagi terselit dalam sejumlah 3179
buah buku koleksi ZA’BA terdapat di Perpustakaan Universiti Malaya (Hashim Ismail, 1996).
Berdasarkan kajian di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, pegawai dan kakitangan Bahagian
Pemulihan Sumber menyatakan bahawa mereka sedang berusaha memuat turun koleksi warkah-
warkah Pendeta ini dalam bentuk cakera padat dan mengambil masa yang agak klasik untuk selesai

1883
kerana keadaannya yang rosak teruk dan memerlukan penelitian yang terperinci untuk dimuat turun.
Hal ini demikian kerana menurut mereka pada mulanya warkah-warkah ini disimpan di Perpustakaan
Peringatan ZA’BA, walau bagaimanapun, disebabkan keadaan perpustakaan tersebut yang tidak
dilengkapi oleh sistem pendinginhawa yang berfungsi 24 jam sehari dan suhu yang kurang sejuk,
maka warkah-warkah ini termasuklah semua koleksi tokoh-tokoh tersohor yang lain terpaksa
dipindahkan ke Perpustakaan Utama kerana banyak warkah-warkah tersebut telah rosak.

Kebanyakan surat-menyurat ini menggunakan jenis tulisan Jawi dan Rumi, serta menggunakan
bahasa Melayu Klasik. ZA'BA amat gemar menulis menggunakan tulisan Jawi. Rashidah (2009: 32)
menyatakan, "Warkah-warkahnya ditulis Jawi kerana menurutnya cara begitu banyak cerita dapat
ditulisnya".Tulisan Jawi dalam koleksi ini menggunakan sistem khat nasakh dan rakaah, iaitu tulisan
bersambung. Menurut Asmah (2008a:87), ZA'BA merupakan orang yang pertama berusaha untuk
memantapkan ejaan Jawi dengan menghasilkan buku yang bertajuk Rahsia Ejaan Jawi yang
diterbitkan pada tahun 1929. Selain daripada tulisan Jawi, warkah-warkah koleksi ini juga ditulis
dengan menggunakan bahasa Inggeris. Sistem tulisannya agak mudah dibaca. Walau bagaimanapun,
disebabkan terdedah oleh perubahan masa, kebanyakan warkah-warkah beliau telah rosak dan
kurang jelas. Tulisan tangan yang ditemui ditulis dengan kemas dan cantik, serta ditulis dengan
cermat. Terdapat dua saiz tulisan pada warkah-warkah tersebut, iaitu menggunakan tulisan halus
dan tulisan besar. Tulisan kecil atau halus biasanya mengandungi 16 hingga 20 patah perkataan satu
baris dan satu haklasikn mengandungi 33 hingga 34 baris. Tulisan besar pula mempunyai 19 hingga
12 patah perkataan dalam satu baris dan mengandungi 23 hingga 25 baris pada satu haklasikn.
Walau bagaimanapun, kadar ini berubah mengikut jenis kertas yang digunakan oleh untuk menulis
warkah (Hashim Ismail, 1996).

Kebanyakan warkah yang ditemui menggunakan tulisan tangan. Warkah-warkah tersebut banyak
ditulis dengan menggunakan dakwat berwarna biru dan hitam. Begitu juga dari segi penggunaan
jenis kertas, iaitu banyak jenis kertas foolscap, kertas berminyak, kertas lukisan nipis, kertas memo,
kertas air mail dan juga kepala warkah (letter head) Universiti Malaya, Utusan Melayu dan Dewan
Bahasa dan Pustaka digunakan bagi menghasilkan warkah-warkah ini

STRUKTUR WARKAH PERIBADI KOLEKSI ZA’BA

Ab. Razak (2006: 2) menyatakan, secara umumnya, sepucuk warkah yang dihantar kepada seseorang
penerima mestilah mempunyai binaan atau struktur yang telah ditetapkan ataupun menjadi
panduan. Panduan inilah yang akan menjadi ikutan dan pegangan kepada pengirim warkah
disebabkan orang yang menerima warkah berkemungkinan mempunyai persamaan status ataupun
lebih tinggi statusnya daripada pengirim warkah tersebut. Gallop (1994) menyatakan bahawa
terdapat banyak peringkat dalam adat istiadat penulisan warkah Melayu. Adat ini akan dimulai
dengan pemilihan sehelai kertas yang sesuai dan hanya akan berakhir apabila warkah tersebut
dibacakan di hadapan orang yang ditujukan warkah tersebut. Menurut Gallop (1994) lagi, adat surat-
menyurat Melayu boleh dibahagikan kepada lapan unsur, iaitu:reka bentuk dan hiasan,cap
mohor,kepala warkah, puji-pujian, kandungan warkah,hadiah penutup , aklasikt sampul warkah,
utusan, adat mengiring warkah.

1884
Ab. Razak (2006) pula membahagikan struktur warkah Melayu klasik kepada tujuh bahagian, iaitu,
kepala warkah, cap mohor pengirim warkah, kata puji-pujian, isi / kandungan warkah, salam mesra
pengirim warkah, penutup warkah, dantandatangan pengirim. Menurut beliau lagi, ketujuh-tujuh
bahagian ini saling kait mengait antara satu sama lain sebagai satu kesatuan yang utuh. Walau
bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan bahawa dalam warkah-warkah koleksi peribadi ZA’BA ini
tidak terdapat cap mohor pengirim kerana warkah-warkah beliau berbentuk tidak rasmi.Selain itu,
struktur penulisan surat-menyurat ZA’BA juga sukar untuk dikenal pasti kerana penulisan ini
mempunyai pelbagai stail atau gaya. Apa yang menarik dalam surat-menyurat ini ialah terdapat
banyak pengaruh daripada bahasa Arab pada bahagian kata puji-pujian.

Setelah diteliti, komponen warkah ZA’BA kepada tiga bahagian penting iaitu

i. Pengenalan
ii. Isi kandungan
iii. Penutup warkah

 Bahagian Pengenalan Warkah

Bahagian pengenalan merupakan bahagian yang penting dalam sesebuah penulisan. Hal ini demikian
kerana pengenalan merupakan gambaran atau cerminan sesebuah penulisan. Aspek ini telah dikupas
oleh Roselan Baki (2003: 134) dengan menyatakan bahawa "pengenalan boleh dianggap sebagai
wajah sesebuah karangan. Daripada wajahnya pembaca akan menentukan tanggapan, sama ada
karangan berkenaan menarik, melucukan, berfaedah, bagus atau sebaliknya". Berdasarkan koleksi
warkah-warkah ini, bahagian pengenalan ini dapat dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu
penulisan alamat pengirim, tarikh warkah ditulis, kepala atau tajuk warkah, kata puji-pujian dan
permulaan warkah.

Setelah diteliti, alamat pengirim sering kali ditemui dalam warkah-warkah sama ada rasmi mahupun
tidak rasmi. Berbeza dengan warkah rasmi, warkah tidak rasmi tidak disertakan dengan nama
pengirimnya. Perkara ini terdapat dalam warkah-warkah koleksi peribadi ZA’BA. Semua warkah yang
diteliti mempunyai alamat pengirim warkah tersebut. Alamat pula dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu warkah yang mempunyai alamat tempat tinggal yang penuh, dan sejenis lagi warkah yang hanya
menunjukkan daerah tempat tinggal pengirim atau penerima sahaja. Contohnya seperti berikut:

 Alamat tempat tinggal penuh


Salam takzim ayahanda
Datuk Dr Za’ba
Yang berada di no 108 di Jalan Gasing
Petaling Jaya, Kuala Lumpur

(Tarikh:4 Disember 1963)

 Daerah tempat tinggal penulis atau penerima sahaja

Jempol Bukit Kerdas kepada 17 November 1911

1885
(Tarikh: 17November 1911)

Alamat pengirim pula akan diletakkan pada bahagian atas, sudut sebelah kanan bagi warkah-warkah
yang ditulis dengan tulisan Jawi, manakala warkah yang ditulis menggunakan tulisan Rumi pula
alamat akan ditulis pada sudut sebelah kiri warkah. Penulisan alamat pengirim pada warkah ini
menggambarkan bahawa peserta tutur yang terlibat akan memaklumkan kepada penerima warkah
alamat tempat tinggal mereka.

Selain itu, hasil penelitian mendapati semua warkah sama ada yang ditulis atau diterima oleh ZA’BA
mempunyai catatan tarikh penulisan warkah tersebut. Sama halnya dengan alamat, tarikh juga akan
ditulis pada sudut kanan di bawah penulisan alamat pengirim sekiranya warkah ditulis dengan tulisan
Jawi, dan begitulah sebaliknya kedudukan tarikh warkah sekiranya ditulis dalam tulisan Rumi.
Penulisan tarikh ini penting dalam peristiwa bahasa surat-menyurat untuk dijadikan rujukan pada
masa akan datang sekiranya sesuatu perkara terjadi dan memerlukan rujukan. Hal ini demikian
kerana, surat-menyurat ZA’BA walaupun berbentuk tidak formal, tetapi idea dan pemikiran yang
dilontarkan oleh pemeran yang terlibat amat bernilai.

Ab. Razak (2006) menyatakan bahawa permulaan sesuatu warkah biasanya dimulai dengan kata-kata
ucapan terima kasih daripada pengirim sekiranya warkah tersebut merupakan warkah balasan
daripada pengirim. Dalam warkah-warkah koleksi peribadi ZA’BA didapati pengirim warkah akan
menyatakan bahawa pengirim telah menerima warkah tersebut dan disertakan dengan tarikh
warkah yang diterima tersebut. Selain itu, ucapan terima kasih juga telah ditemui dalam warkah-
warkah ini sekiranya warkah tersebut adalah warkah yang dibalas.

 Isi Kandungan Warkah

Bahagian isi kandungan warkah merupakan bahagian yang penting dalam penulisan sepucuk warkah.
Menurut Gallop (1994: 70) " Puji-pujian diikuti dengan perkataan atau isi kandungan warkah, dan
batas antara kedua bahagian ini kadangkala ditandai perkataan Arab 'waba'dahu' atau
'ammabadahu' yang bermaksud 'selepas itu' dan diikuti pula dengan ungkapan yang serupa dalam
bahasa Melayu 'kemudian daripada itu'. Isi kandungan menurut beliau disampaikan secara
bersederhana bermula selepas akhir kata puji-pujian. Dalam bahagian isi kandungan ini, penulis
warkah tersebut akan menyampaikan segala maksud atau tujuan penulisan warkah tersebut, sama
ada ingin memohon sesuatu perkara, memberi nasihat atau bertanya khabar. Selalunya, tujuan
penulisan warkah-menyurat ZA’BA ini akan dinyatakan pada bahagian awal warkah. Antara tujuan
yang terdapat dalam penulisan warkah-warkah ini ialah memohon pekerjaan, bertanya dan
menjawab khabar, memberi nasihat kepada anak, menyatakan rasa tidak puas hati, memohon maaf,
menjawab pertanyaan daripada anak, meminta nasihat; dan mengucapkan terima kasih. Berikut ialah
contoh surat memohon maaf yang ditulis oleh pengarang Majalah Muslim kepada beliau.

We are very sorry for having published a criticism on the isolence of


publisher
(tarikh: 25 September 1926)
 Penutup warkah

Bahagian penutup warkah merupakan bahagian yang paling akhir dalam sistem surat-menyurat. Pada
bahagian ini, pengirim warkah akan membuat kesimpulan, dan kadangkala disisipkan dengan doa

1886
memohon kesejahteraan penerima warkah tersebut. Hasil analisis mendapati, dalam warkah-
menyurat ZA’BA ini sama ada warkah yang dikirim atau diterima beliau, terdapat aspek penutup
warkah ini, dan sering disisipkan dengan doa memohon kesejahteraan penerimanya. Ungkapan yang
sering ditemui ialah moga-moga, mudah-mudahan dan saya mendoakan / berdoa.

Selain itu, komponen yang terakhir yang perlu dalam setiap surat-menyurat sama ada rasmi atau
tidak, iaitu tandatangan pengirim warkah. Dalam surat-menyurat Melayu klasik, tandatangan
merupakan kesahihan sesuatu warkah, terutamanya warkah perjanjian selain daripada cap yang
digunakan dalam warkah. Dari segi kedudukan, menurut Ab Razak (2006), ia terletak di bawah atau
bahagian tepi cap yang telah dimeterai. Begitu juga dalam warkah-warkah koleksi peribadi ZA'BA
yang kedudukan tandatangan terletak pada bahagian bawah di sudut kiri warkah tersebut. Gallop
(1994) berpendapat bahawa dalam warkah-warkah biasa jarang ditemui unsur tandatangan ini. Hal
ini demikian kerana menurut beliau kebanyakan pengirim warkah Melayu klasik tidak tahu menulis
dan membaca.

Setelah diteliti, semua warkah koleksi peribadi ZA’BA mempunyai tandatangan pengirim warkah
tersebut dan ini merupakan salah satu daripada ciri penting dalam surat-menyurat ZA’BA selain
daripada aspek alamat dan tarikh penulisan warkah-warkah tersebut. Hal ini terjadi disebabkan oleh
pengirim dan penerima warkah-warkah ini telah pandai membaca dan menulis, di samping
mempunyai kesedaran akan peri pentingnya aspek-aspek ini bagi rujukan mereka pada masa akan
datang.Satu perkara yang menarik tentang aspek tandatangan ini ialah ungkapan-ungkapan yang
digunakan selain saya yang benar atau yang benar ialah ungkapan dalam bahasa Arab seperti Al-
Khair, Allama Al-Khair dan Al- mutakhir seperti yang terdapat dalam warkah-warkah yang ditulis oleh
ayah ZA'BA dan bapa saudara sepupu beliau, Muhamad bin Datuk muda. Hal ini menunjukkan
bahawa warkah-warkah ini juga menerima pengaruh daripada bahasa Arab kerana penulis-
penulisnya ialah orang yang arif dalam ilmu keagamaan seperti yang telah dihuraikan oleh Adnan
Nawang (1994) tentang latar belakang ZA'BA yang sangat kuat ilmu agamanya kerana ajaran dua
individu yang banyak mempengaruhi kehidupannya, iaitu bapanya Ahmad dan bapa saudara
sepupunya Muhamad bin Datuk Muda.

Berikut ialah contoh struktur dalam penulisan warkah ZA’BA:

1887
Penggunaan Bahasa Melayu Klasik dalam Warkah-Warkah Koleksi Peribadi Za’ba

1888
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat pada sekitar abad ke-13
dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu klasik berada pada tahap ketiga dalam periodasi
bahasa Melayu, iaitu selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno (Awang Sariyan, 2000).
Bahasa ini dikatakan wujud pada zaman kerajaan Islam pertama di sebelah Timur Acheh, iaitu
kerajaan Samudera-Pasai yang berada di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih. Antara ciri
bahasa Melayu klasik ialah penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit, mengandungi banyak
ayat pasif dan ayat songsang, sering menggunakan kata pangkal ayat atau penanda wacana seperti
maka, adapun, syahdan dan lain-lain. Selain itu, bahasa Melayu klasik ini juga banyak menggunakan
kosa kata bahasa Arab dan Parsi dan turut menggunakan aksara Jawi.

Setelah diteliti, warkah koleksi peribadi ini masih lagi dipengaruhi oleh penggunaan bahasa Melayu
klasik. Penggunaan bahasa Melayu klasik dalam koleksi surat-menyurat ini ditandai dengan
penggunaan penanda wacana yang terdapat dalam penulisan warkah-warkah ini. Penggunaan
penanda wacana seperti maka, syahadan, ahwal, arakian dan sebagainya yang terdapat dalam
koleksi surat-menyurat beliau menunjukkan dapatan yang ketara mengenai pengaruh bahasa Melayu
klasik dalam sistem penulisan warkah pada zaman beliau. Perkara ini telah ditekankan oleh A.Samad
Ahmad (1979:xxii) sepertiberikut:

DalambidangkesusasteraanMelayulama, apabiladisebut ‘hikayat’,


makadengansertamertatergambarlahkepadakitabetapabentukkeadaanny
a, iaitutidakmempunyaiperenggan, tidakmempunyaitanda-tandaberhenti,
melainkanberselerakdenganperkataan ‘maka’, danada pula bahagian-
bahagiantertentumenggunakanperkataan-perkataan ‘arakian’, ‘kata
sahibulhikayat’ dansebagainya.

Berikutialahcontohwarkah yang menunjukkanpenggunaanpenandawacana ‘maka’ dan ‘syahdan’


dalamwarkahkoleksiperibadibeliau:

Ehwalmakaadalahhamba yang bertiga orang inibermaklumkansembah


kami
padatuanhambasepertihambamemintakapadatuanhambapekerjaancontra
ctmemotonghutan di dalamjalankeretaapi yang
hendakdibuatdaripadaBahausampai di Kuala Pilahinihinggacuchisakali.

(tarikh: 2 November 1908)

SyahadanmakasepertikakandasangatlahsukaanakandaZainalitubolehdapa
tmelompatpelajaran di dalam standard 5.

(tarikh:17 November 1911)

Kedua-duawarkah di atasmenunjukkanpenggunaan kata makadansyahadan yang merupakan kata-


kata yang seringdikaitkandenganbahasaMelayuKlasik.

1889
Selainitu, penggunaansistemtulisan yang
tidakmempunyaitandabacasepertitandaberhentiataunoktahdantandakoma,
menunjukkanbahawasurat-
menyuratinijugamasihlagimenggunakanbahasaMelayuklasikdalamkomunikasipersuratanini.Penulisan
yang tidakmempunyaitandabacaaniniseringditemuidalambentuktulisanJawi yang
terdapatdalamcerita-ceritaHikayatlamaataupenglipurlara. Walaubagaimanapun,
bagimenunjukkantandahentianataunoktah,
penandawacanatelahdigunakanbagimenunjukkanpemisahanantarasatuayatdenganayat yang lain. Hal
inidemikianselarasdengan kata-kata Matheson (1982: xxv-xxvi), iaitu " pembahagian di antara
bahagian-bahagian dan tanda berhenti baca atau jeda dalam kisah ditunjukkan dalam manuskrip
Melayu dengan perkataan tanda baca (misalnya alkisah, syahadan, pun, kata sahibul hikayat, maka,
itu, adanya, intiha, fasal)". Selainitu, menurut Umar Junus (2010: 56) “
ketiadaantandabacatelahmemaksapembaca “mencari(-cari)” pada “kata sahibulhikayat”, “ar(a)kian”,
“hatta” dan yang lain. “Maka”
telahdianggapsebagaipembukaayatataubahagianayat”.Contohnyasepertiberikut:

Ehwal ayahanda maklumkan kepada anakanda hal ayahanda waktu di .. surat ini
Alhamdulillah adalah baik ____ anakanda (---) Syahadan seperti besi .. pada masa
ini tiada dirumah besar .. sudah hampir satu bulan khabarnya pergi mencari Maka
seperti anakanda Hawa sudah hamil 6 bulan kasihannya sebab ini lagi kecil
tentulah patah susu tetapi apa boleh buat kerana sudah takdir ilahi Maka fasal
pertahuan orang disini .. ada yang mulai menoleh maka seperti ayahanda
insyaallah .. didalam empat lima .. ini akan menoleh pula nampaknya padi disini
adalah baik daripada tahun yang lalu diharapkan janganlah apa-apa ..nya Dan lagi
seperti .. anakanda Muhammad Yusuf itu .. ayahanda .. didalam bulan Rabiul Akhir
pada fikiran ayahanda tentulah menuai kepada bulan itu maka sekarang .. fikiran
ayahanda kerana pada bulan itu sedang menuai sebab padi pada tahun ini
terlampau lewat dan lagi yang menyusahkan fikiran ayahanda kerana malu
ayahanda hendak minta tempoh lagi dan diharapkan .. selesai menuai

(Tarikh: 12 November 1921)

Contoh surat di atas menunjukkan penggunaan penanda wacana sebagai tanda untuk memulakan
sesuatu ayat baru. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu klasik masih lagi digunakan dalam
komunikasi persuratan ini pada zaman tersebut. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu klasik dalam
warkah-warkah tersebut digunakan oleh pemeran atau peserta tutur dalam penulisan warkah ini
sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa penggunaan penanda
wacana dalam sistem komunikasi persuratan ini menunjukkan bahawa surat-menyurat ini masih
dipengaruhi oleh bahasa Melayu klasik.

Selain bahasa Melayu klasik, bahasa Arab juga banyak digunakan dalam koleksi warkah peribadi
ini.Penggunaan bahasa Arab dapat dilihat pada bahagian kata puji-pujian, kandungan warkah dan
pada bahagian penutup warkah ini. Penggunaan bahasa Arab dalam warkah-warkah disebabkan latar
belakang Za'ba yang mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang amat mementingkan ilmu
agama dan bercita-cita inginkan Za'ba terlibat dalam bidang keagamaan suatu hari kelak (Adnan
Nawang, 1994). Contoh penggunaan bahasa Arab dapat dilihat pada warkah-warkah berikut:

Hadrat Al-Mukaram lagi budiman,

1890
Yaitu kekanda yang diingati encik Hassan bin Haji Taib yang beristirahat pada masa ini di
dalam Port Dikson dengan dengan sebenar-benar kesejahteraannya.
Allamu Al Dawam

Amin, amin------

Dan lagi Bandar Muar itu ada lebih besar dan ramai daripada Bandar Johore Baharu. Di sana
pun ada juga sekolah Inggeris demikian juga di Batu Pahat. Telah di--- hendak
menyambungkan Muar, Batu Pahat dengan Johore Baharu dan Singapura dengan kereta api.
Tetapi Wallahu A’lam Bissawab. Mungkin jika telah dicadangkan pula hendak
menyambungkan pula Singapura dengan Johore Baharu dengan jambatan. Tetapi belum
masanya lagi. Dipendekkan kalam---dapat setinggi-tinggi salam ke hadrat kekanda dua laki
isteri. Tolong sampaikan sembah salam adinda kepada barangsiapa juga orang Linggi yang
ada di Port Dikson serta diharapkan sekalian mereka ada di dalam baik. Adinda sudah lebih 4
tahun tiada pergi ta’win´Port Dikson. ---ada pergi penang mandi-mandi air laut di dalam
tahun 14 bulan April tetap tak langsung ke Bandar Port Dikson.

Tammatul kalam

Al-Khair

Zainal Abidin Bin Ahmad (Tarikh: 12 November 1916)

Maka tiadalah upaya saya daripada membuat apa-apa bagi kebajikan tuan lain daripada
bersekutu dengan tuan bermohonlah kepada Allah akan ampun dan kesembuhan
mengikut pesanan Alaihissolatu wassalam ‘Salluallahhi assafirul afiat fainna ahadukum
lam yaktu ba’dal yakini khairun minal afiat
(Tarikh:25 Jamadil Awal 1939)

Begitu juga pada bahagian penutup warkah, dapat ditemui penggunaan bahasa Arab seperti berikut:

Daripada yang benar Ahmad bin Ibrahim

Allama Al-khair

Ke hadrat yang mulia adinda Muhamad bin Dato’ Muda


Seremban. (Tarikh: 17 November 1919)

Berdasarkan contoh-contoh ini, dapat dilihat penggunaan bahasa Arab pada bahagian kata puji-
pujian, kandungan surat dan penutup surat. Kata-kata bahasa Arab seperti Al-Mukarram, Allamu Al-
Dawam banyak digunakan pada bahagian kata puji-pujian dalam koleksi warkah-warkah ini,
manakala perkataan Al-Khair,Al- mutakhir dan Allama Al-khair pula sering ditemui pada bahagian
penutup warkah, iaitu bahagian sebelum tandatangan warkah tersebut. Selain itu, terdapat juga
perkataan-perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam bahagian isi kandungan warkah-warkah ini
bagi menghuraikan sesuatu perkara.

1891
Penggunaan bahasa yang panjang dan berbelit-belit juga dapat ditemui dalam warkah koleksi
peribadi ini.Pengggunaan bahasa yang berbelit-belit ini juga sebenarnya boleh dikaitkan dengan
konsep implikatur dalam kajian lakuan bahasa. Perkataan implikatur telah dikemukakan oleh Grice
(1975) yang menerangkan bahawa apa yang diperkatakan oleh penutur sebenarnya berbeza dengan
yang dimaksudkannya. Dalam hal ini, Grice (1975 : 43) telah memudahkan pengertian dengan
memberikan contoh seperti berikut:

Suppose that A and B are talking about a mutual friends, C who is now
working in a bank. A asks B how is C is getting on his job, and B replies,

B: Oh quite well, I think, he likes his colleagues and he hasn’t been to prison
yet.

Berdasarkan perbualan ini, perkara yang dinyatakan oleh B sebenarnya berbeza daripada apa yang
dimaksudkannya. Implikatur perbualan yang diperoleh daripada ujaran tersebut sebenarnya
bergantung kepada konteks perbualan pada masa itu yang hanya difahami oleh kedua-dua penutur
tersebut.Dalam hal ini, apa yang cuba disampaikan oleh penutur B sebenarnya ialah rakan mereka C
telah berubah sikap dan menjadi tidak jujur dalam pekerjaannya. Selain itu, Nor Hashimah Jalaluddin
(2003), menyatakan bahawa implikatur banyak melibatkan ketersiratan yang perlu disingkapkan
makna keseluruhannya.Contoh penggunaan bahasa yang panjang dan berbelit-belit ini seperti
berikut:

Ahwal ayahanda maklumkan warkah anakanda tiba tarikh 13. 7.1919 sudah ayahanda
terima. Apakala ayahanda buka daripada menerimanya demi terbaca oleh ayahanda
tentang uraian yang maha bodoh terlebih daripada sebatang keladi itu terbelah hati dan
semangat ayahanda naik ke langit menyapunya awan-awan yang biru kemudian
terhempas pula ke bumi dengan amat dahsyatnya serta berhamburan pecah belah
umpama kaca jatuh ke batu hancur luluh dengan tidak dapat diperikan terlebih pula
daripada mengidap penyakit kematian abang-abang dan kakak-kakak anakanda yang
terdahulu itu dengan sebab mendengar penyakit kebodohan yang terlukis di dalam surat
anakanda itu dengan sekali-kali tidak mengikut jalan kemanusiaan.

(Tarikh:17 Julai 1919)

Maka anakanda pun telah terkedu selama ini iaitu jika pendek umur ayahanda maka biarlah
diambilnya segala harta benda ayahanda dan segala kampung dan sekalian jarum-jarum
yang patah ayahanda semuanya biarlah pulang kepadanya belaka. Anakanda tiada sudipun
jika tiada dengan pemberian ayahanda sendiri waktu hidup ayahanda. Karena semuanya itu
carian ayahanda di dalam tangannya (yakni waktu ayahanda bersama-sama dengan dia
bukan carian dalam tangan Marhumah bonda Intan dahulu). Maka akan adinda Hawa mana-
mana ikhtiarkan anakanda memberinya makan dan mencarikan ikut turutannya.
(Tarikh:1 Disember 1918)

Warkah yang bertarikh 17 Julai 1919, menunjukkan penggunaan bahasa yang berbelit-belit yang
ditulis oleh ayah Za'ba kepada beliau. Dalam hal ini, penulis ini sebenarnya ini meluahkan rasa
kecewa beliau terhadap anaknya, walau bagaimapun, beliau tidak menyatakan secara terus terang,
tetapi menggunakan bahasa yang panjang dan berbelit-belit bagi menyatakan kekecewaan beliau.
Begitu juga warkah yang bertarikh 1 Disember 1918 yang ditulis oleh Za'ba kepada ayahnya bagi

1892
menunjukkan kekecewaan Za'ba terhadap ibu tirinya. Bahasa yang berbelit-belit dalam konteks
kedua-dua pucuk warkah ini digunakan dengan tujuan berlaku sopan terhadap pembacanya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bahasa Melayu Klasik masih lagi digunakan dalam penulisan surat-menyurat pada
zaman hayat Za'ba.pengaruh bahasa Melayu klasik ini dapat dilihat berdasarkan penggunaan
penanda wacana, penggunaan tulisan jawi, penggunaan bahasa Arab dan penggunaan bahasa yang
panjang dan berbelit-belit. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, surat-surat koleksi peribadi
beliau ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dan perlu dikekalkan untuk rujukan generasi akan
datang. Surat-surat ini penting sebagai simbol bagi menunjukkan wujudnya seorang tokoh yang
sangat berwibawa dan memberi sumbangan yang tidak terkira, khususnya dalam bidang kebahasaan
dan pembangunan negara. Idea-idea yang disampaikan dalam komunikasi persuratan oleh beliau,
ahli keluarga serta kenalannya, walaupun dalam bentuk tidak rasmi sebenarnya sangat berguna
untuk dijadikan panduan kepada para penyelidik yang ingin mengkaji pemikiran beliau dan
sumbangan beliau dalam pelbagai bidang.

RUJUKAN

Awang Sariyan. (2000). Warna dan suasana perancangan bahasa di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad. ( 1979). Sejarah kesusasteraan Melayu 1. II & III. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Ab. Razak Ab. Karim. (2006). Warkah Melayu lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood, Idris Md. Radzi, &Nik Hassan BasriNik Ab. Kadir.
(2004). MemartabatkanwarisanPendeta ZA’BA.TanjongMalim :PenerbitUniversitiPendidikan
Sultan Idris.

Adnan Nawang. (1994).Za’ba : Patriot danpendetaMelayu. Kuala Lumpur:


YayasanPenataranIlmu.

Asmah Haji Omar.(2008). EnsiklopediabahasaMelayu. Kuala Lumpur: Dewan


BahasadanPustaka.

Gallop, A.T. (1994).The legacy of the Malay letter. London: British Library

Grise, H.P. (1975).Logic and Conversation.In P. Cole, & J.L. Morgan (Eds.)
Syntax and semantics 3 : Speech acts. New York: Academic Press.

Hashim Ismail. (1996). Surat-suratkoleksiperibadi ZA’BA kepadaMohd.Yusof

1893
Ahmad(1965-1973) :KoleksiPerpustakaanZa’ba, dalam Wan Abdul kadir (Ed.).100
tahunZa’ba, Za’ba : Pejuangbangsa.Kuala Lumpur: AkademiPengajianMelayu, Universiti
Malaya. 99-112.

Matheson, V. (Ed).(1982). Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji.DlmTuhfat Al-
Nafis. Kuala Lumpur: PenerbitFajarBakti.

Nor HashimahJalaludin. (2003). Bahasadalamperniagaan: Satuanalisissemantik


danpragmatik. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.

RoselanBaki. (1994).Panduanmengaranguntukguru danpelajar. Kuala


Lumpur: Greenridge Publishing.

Umar Junus. (2010). Gaya bahasasasteraMelayu. Kuala Lumpur: DewanBahasa


danPustaka.

1894
KEMPEN POLITIK: DARI REFORMASI KEPADA CYBER
DEMOCRACY

Zawiyah Mohd Zain


Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Email:zmzain@uum.edu.my
Mohammad Agus Yusoff
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email:agus_ukm@yahoo.com

Abstrak

Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1999 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya
Internet digunakan sebagai medium untuk berkempen, lanjutan daripada penggunaan Internet oleh
penyokong reformasi pada tahun 1998. Kertas ini bertujuan membincangkan kempen politik melalui
Internet pada pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2008. Dapatan kajian menunjukkan:
pertama, pada pilihan raya umum 1999 parti pembangkang telah menggunakan Internet dengan intensif
untuk berkempen. Ini kerana terdapat banyak isu-isu berkaitan reformasi yang ingin disampaikan,
sedangkan peluang mereka untuk menggunakan media massa perdana begitu terhad. Kedua,
penggunaan Internet untuk kempen politik menjadi semakin meluas pada pilihan raya umum 2008. Hal
ini kerana pada ketika itu terdapat banyak isu-isu sensasi berkaitan politik dan pentadbiran
diperdebatkan, di samping pertambahan penggunaan Internet di kalangan penduduk Malaysia.
Penggunaan Internet yang meluas untuk kempen politik bukan hanya melibatkan ahli politik dan parti
politik, bahkan rakyat biasa. Hasilnya ia telah melahirkan cyber democracy iaitu rakyat bebas untuk
memberi idea dan pandangan dan juga berkumpul secara maya untuk berbincang isu-isu politik. Ketiga,
kempen politik melalui Internet telah memberi impak kepada kedua-dua keputusan pilihan raya
tersebut. Pada pilihan raya umum 1999 sokongan kepada Barisan Nasional khususnya UMNO semakin
merosot, manakala pada pilihan raya umum 2008 pencapaian Barisan Nasional menjunam teruk apabila
mereka gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga bagi kerusi dewan rakyat.

Kata kunci: Pilihan raya, kempen politik, reformasi, cyber democracy, pendemokrasian.

PENGENALAN

1895
Pemecatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Anwar Ibrahim daripada kabinet pada tahun 1998 telah
mengubah lanskap politik Malaysia ketika itu. Ini kerana pertama, sokongan yang ditunjukkan kepada
Anwar Ibrahim adalah luar biasa sekali sehinggakan telah mencetuskan gerakan reformasi. Kedua,
pemecatan beliau juga menyebabkan pelbagai golongan masyarakat keluar untuk berdemonstrasi
terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Akhir sekali, parti politik pembangkang dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) daripada pelbagai latar belakang seperti NGO Islam, Kristian, wanita dan NGO yang
memperjuangkan hak asasi telah bekerjasama dalam memperjuangkan keadilan untuk Anwar Ibrahim.
Perjuangan reformasi bukan hanya melalui demonstrasi jalanan tetapi turut melibatkan penggunaan
Internet. Gerakan reformasi ini kemudiannya telah berlanjutan sehingga pilihan raya umum (PRU) 1999
yang mana kempen politik pada PRU tersebut buat pertama kalinya menggunakan Internet bagi
mengenengahkan isu-isu reformasi untuk mendapatkan sokongan rakyat. Seterusnya pada PRU 2004,
Internet terus digunakan untuk kempen pilihan raya tersebut. Namun, pada PRU tersebut isu-isu
reformasi telah menjadi kendur, disamping tidak terdapat isu-isu baru dalam politik Malaysia. Jadi,
kempen politik melalui Internet pada PRU tersebut agak perlahan dan kurang berkesan. Pun begitu,
pada PRU 2008 kempen politik Internet rancak semula berikutan timbul pelbagai isu sensasi berkaitan
pentadbiran kerajaan dan juga pertambahan penggunaan Internet di Malaysia.Tujuan kertas ini ialah
untuk membincangkan kempen politik melalui Internet di era reformasi (PRU 1999) dan kempen politik
di era Abdullah Badawi khususnya pada PRU 2008. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Pertama, latar belakang pilihan raya umum di Malaysia. Kedua, konsep reformasi dan cyber democracy.
Akhir sekali, perbincangan dapatan kajian.

Kertas ini menggunakan kaedah kualitatif. Data primer didapati melalui kaedah temu bual
secara bersemuka. Temu bual bersemuka dilaksanakan secara in-depth interview (temu bual mendalam)
dengan informan yang terdiri daripada pemimpin parti Barisan Nasional (BN), parti pembangkang dari
Pakatan Rakyat (PR) iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pakatan
Keadilan Rakyat (PKR), Blogger iaitu Abdul Kadir Jasin (Bekas Ketua Pengarang New Straits Times Press)
dan Ruhaini Ahmad (bekas Ahli Parlimen Parit Sulong) serta NGO. Antara NGO yang dipilih ialah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Perkasa, dan Christian Federation of Malaysia (CFM). Manakala
data skunder diperolehi melalui hasil kajian lepas, laporan rasmi kerajaan dan jurnal.

LATAR BELAKANG PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA

Di Malaysia, perjalanan pilihan raya dan proses pengundian diuruskan sepenuhnya oleh Suruhajaya
Pilihan Raya (SPR). Tarikh penamaan calon, pengundian dan tempoh berkempen ditetapkan oleh SPR
sebaik sahaja pembubaran parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri. Secara rasminya tarikh
berkempen ditentukan oleh SPR mengikut tempoh tertentu, namun kempen secara tidak rasmi boleh
diadakan pada bila-bila masa sebelum parlimen dibubarkan lagi. Pilihan raya pertama di Tanah Melayu
(pilihan raya peringkat kerajaan tempatan) diadakan pada tahun 1951, iaitu Pilihan Raya Majlis
Perbandaran Pulau Pinang. Pilihan raya peringkat kerajaan tempatan kedua pula diadakan pada tahun
1952, iaitu Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (MPKL). Pilihan raya tersebut bertujuan
memilih wakil di peringkat tempatan untuk terlibat dalam Majlis Persekutuan. Ini kerana pada tahun
1951 British telah memperkenalkan sistem ahli untuk mentadbir Tanah Melayu bermatlamat untuk
memberi peluang dan melatih orang Melayu ke arah pentadbiran sendiri. Menerusi sistem ini beberapa

1896
orang warganegara persekutuan Tanah Melayu yang dipilih melalui pilihan raya dilantik sebagai ahli
Majlis Persekutuan atau Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

Manakala pilihan raya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, iaitu dua tahun
sebelum negara merdeka. Pilihan raya tersebut adalah sebagai persediaan untuk menghadapi
pentadbiran negara (selepas merdeka) serta sebagai bukti kepada penjajah bahawa masyarakat
Malaysia mampu membentuk sistem pemerintahan sendiri. Antara parti yang bertanding ialah
Perikatan, Parti Negara (PN), Parti Islam se-Malaysia (PAS), People’s Progressive Party (PPP) dan Parti
Buruh.454 Isu utama yang dibangkitkan dalam pilihan raya tersebut tertumpu kepada kemerdekaan
negara. Misalnya, Perikatan dalam kempen mereka telah berjanji untuk mendapatkan kemerdekaan
dalam tempoh empat tahun. Manakala PN pula menetapkan tempoh tujuh tahun untuk negara
mencapai kemerdekaan. Pilihan raya tersebut telah dimenangi oleh Perikatan dengan mendapat 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan memperolehi 81 peratus daripada jumlah keseluruhan
undi. Manakala selebihnya dimenangi oleh PAS (SPR 2007:32). Selanjutnya, Malaysia (ketika itu Tanah
Melayu) mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1957, setelah dijajah oleh beberapa kuasa
asing sejak tahun 1511. Walaupun Malaysia hanya merdeka pada tahun 1957, tetapi usaha untuk
menyediakan pentadbiran sendiri telah dilakukan sejak tahun 1943, apabila kerajaan Britain merancang
penubuhan Malayan Union (MU). MU ditubuhkan pada tahun 1964 bertujuan untuk menyatupadukan

454
Perikatan merupakan kerjasama antara parti politik UMNO, MCA dan MIC. Ketiga-tiga parti tersebut bergabung
untuk membentuk Perikatan pada Januari 1955, bagi bersama-sama menuntut kemerdekaan daripada kerajaan
British. Sebelum itu, UMNO terlebih dahulu telah bekerjasama dengan MCA dalam pilihan raya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pilihan raya persekutuan 1955 merupakan kali pertama Perikatan
bertanding dengan kerjasama UMNO, MCA dan MIC. Walau bagaimanapun, Perikatan hanya didaftarkan sebagai
parti politik secara rasminya pada tahun 1958. UMNO yang ditubuhkan melalui kongres yang diadakan pada Mac
1946 untuk menentang rancangan MU didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik pada April 1950.
PN pula ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada Februari 1954 bertujuan untuk mengambil bahagian
dalam pilihan raya Persekutuan tahun 1955. Selain itu, penubuhan PN adalah merupakan cita-cita Dato Onn untuk
terus terlibat dalam politik, seterusnya memperjuangkan kemerdekaan melalui parti politik tersebut. Penubuhan
PN juga berikutan kegagalan Independence of Malaya Party (IMP) yang dipimpin Dato’ Onn selepas beliau
berundur dari UMNO. Dato’ Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1950 apabila cadangan beliau untuk membuka
keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu tidak dipersetujui oleh pemimpin UMNO. Oleh itu, Yang Dipertua
UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman. IMP ditubuhkan pada tahun 1951 dan ia merupakan sebuah parti
politik yang terbuka untuk semua kaum. Walau bagaimanapun parti tersebut gagal menarik kerjasama pelbagai
kaum, kerana tidak terdapat tolak ansur tentang pelbagai perkara terutama bagi Dato’ Onn sendiri yang tidak
mahu melepaskan teras ideologi kemelayuannya.
Manakala PPP adalah parti politik yang tertumpu di Perak, ditubuhkan pada tahun 1955. PPP merupakan
sebuah parti pembangkang yang agak berpengaruh sehingga tahun 1975. Namun pada tahun 1978 parti tersebut
gagal mendapat sebarang kerusi di Dewan Rakyat. Parti Buruh pula adalah sebuah parti yang berasal daripada
kesatuan sekerja negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1951. Parti
buruh negeri-negeri tersebut telah bergabung sebelum pilihan raya 1955 untuk membentuk Parti Buruh Malaya.
Namun, parti tersebut berpecah kembali sebelum sempat bertanding. Seterusnya sejurus sebelum pilihan raya
Parti Buruh dibentuk semula dengan menyatukan semua parti buruh dan parti berhaluan kiri untuk menentang
Perikatan pada pilihan raya 1955. Pada pilihan raya tersebut Parti Buruh gagal meraih sebarang kemenangan. Sila
lihat Means (1976), NSTP (1990) dan Ramlah Adam (1993) untuk keterangan lanjut mengenai hal ini.

1897
rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu, menyelaras dan mencantumkan pentadbiran negeri-negeri
Melayu serta sebagai persediaan sebelum memperolehi pemerintahan sendiri. Walau bagaimanapun
penubuhan MU mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu dan akhirnya ia dibubarkan dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

KONSEP REFORMASI DAN CYBER DEMOCRACY

Reformasi

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 sehingga 2001 melalui demonstrasi jalanan dan kempen di
Internet. Oleh itu, era reformasi adalah dari tahun 1998 sehingga tahun 2001. Menurut Weiss (1999:25),
secara umumnya reformasi adalah satu gerakan untuk menuntut perubahan sosial, politik dan ekonomi.
Gerakan ini secara politiknya adalah kumpulan masyarakat sivil yang merangkumi pelbagai kumpulan
NGO yang bekerjasama merentasi sektor dan isu dan juga melibatkan media bukan milik kerajaan
terutamanya melalui Internet untuk menentang pemerintahan Dr. Mahathir, BN dan undang-undang
serta polisi tertentu yang digubal dan diluluskan oleh mereka.

Manakala Nair (2007:39) dalam analisisnya menyatakan gerakan reformasi di Malaysia adalah
satu peristiwa politik luar biasa yang muncul selepas pemecatan Anwar Ibrahim dilakukan melalui
demonstrasi jalanan, melibatkan kerjasama antara NGO dan parti politik pembangkang,
mengetengahkan pelbagai isu, terutamanya salah guna kuasa kerajaan dan juga menggunakan pelbagai
sumber untuk memberi tekanan kepada kerajaan. Tujuan reformasi tersebut adalah untuk menuntut
proses demokrasi, hak asasi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan dalam pentadbiran
kerajaan.

Cyber Democracy

Cyber democracy atau demokrasi siber bermula di Amerika Syarikat yang bergerak daripada kemunculan
komuniti siber, iaitu masyarakat yang bebas berbincang tentang aktiviti mereka secara online. Ia
bermula dengan pembentukan rangkaian komuniti seperti Usenet Newsgroup, Listserve Mailing List dan
keanggotaan dalam sesuatu kumpulan komuniti maya pada tahun 1980-an (Margolis & Resnick, 2000;
Chadwick, 2006). Di Malaysia pula, ia bermula menerusi media sosial seperti Face Book dan Blog yang
membincangkan isu-isu semasa terutama isu politik. Selain itu, terdapat juga portal berita yang
dibangunkan secara rasmi yang melaporkan pelbagai isu politik dan memberi peluang kepada
masyarakat untuk berinteraksi dan memberi maklum balas.

Kesimpulannya, gerakan reformasi adalah satu tindakan protes yang dilakukan oleh masyarakat
ekoran daripada bantahan mereka terhadap dasar dan tindakan tertentu kerajaan yang tercetus akibat
pemecatan Anwar Ibrahim. Gerakan reformasi dilakukan sama ada menerusi demonstrasi jalanan atau
melalui penulisan di Internet. Tujuannya adalah memperjuangkan keadilan sejagat dan meningkatkan
pendemokrasian di Malaysia. Manakala cyber democracy ini bermula dengan komuniti online dan
seterusnya menjadi ikutan kepada masyarakat lainnya yang turut membangunkan portal berita, blog
politik, laman sosial yang membincangkan pelbagai isu dalam dan luar negara. Oleh itu, cyber democracy
adalah istilah yang merujuk kepada kebebasan rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti politik, sama
ada kebebasan berhimpun, bersuara, akhbar dan sebagainya yang dilakukan tanpa sempadan menerusi
ruang siber atau secara online.

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

1898
Pemecatan Anwar Ibrahim dan Gerakan Reformasi

Pada September 1998 TPM yang juga Menteri Kewangan Malaysia iaitu Anwar Ibrahim telah dipecat
daripada jawatannya atas alasan salah laku seksual. Dalam tempoh 18 hari selepas beliau dipecat Anwar
Ibrahim telah mengadakan beberapa siri ceramah di seluruh negara untuk menjelaskan mengenai
penyingkirannya yang dianggap sebagai konspirasi politik. Sebagai tindak balas, beliau telah
membangkitkan hal berkaitan salah guna kuasa dalam kerajaan, rasuah para pemimpin, kroni dan juga
nepotisme. Dalam siri ceramah itulah, Anwar Ibrahim mengambil peluang untuk menyeru rakyat
melakukan demonstrasi yang dinamakan gerakan reformasi yang mana beliau telah menyeru para
pengikutnya supaya berjuang untuk keadilan, pemerintahan yang lebih baik, keadilan,
kebertanggungjawaban, dasar-dasar untuk memberi manfaat kepada yang lemah dari segi ekonomi,
kebebasan dan demokrasi (Weiss 1999:26).

Setelah gerakan reformasi ini semakin mendapat sambutan rakyat, maka ia disusun secara yang
lebih kemas melalui Deklarasi Permatang Pauh pada 12 September 1998. Seruan reformasi tersebut
telah disambut dengan penuh semangat, bukan sahaja oleh penyokong Anwar Ibrahim, tetapi juga oleh
masyarakat lainnya seperti NGO, parti pembangkang, para pelajar, pekerja swasta dan juga pekerja
sektor awam. Misalnya pada 20 September 1998 sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA), Anwar Ibrahim memimpin demonstrasi secara besar-besaran di sekitar Masjid Negara dan
Dataran Merdeka dan menerima sokongan hebat daripada masyarakat, terutamanya golongan muda
yang dianggarkan melebihi 30,000 orang. Ia adalah demonstrasi terbesar dalam sejarah politik Malaysia
dan mendapat laporan meluas daripada media antarabangsa yang sedang membuat liputan Sukan
Komanwel di Malaysia pada ketika itu (Felker 1999:45; Nair 2007:351). Antara NGO yang terlibat ialah
seperti ABIM, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Just World Trust (Just) dan lain-lain lagi yang turut
mengambil kesempatan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap kerajaan berhubung isu
pemecatan tersebut.

Selain gerakan reformasi melalui kaedah tradisional seperti demonstrasi jalanan, perhimpunan
dan ceramah, penyokong Anwar Ibrahim dan reformasi juga melahirkan bantahan mereka kepada
kerajaan dengan menggunakan Internet. Internet menjadi media utama untuk penyokong Anwar
Ibrahim mengkritik tindakan kerajaan, sehinggakan berpuluh-puluh laman web telah dibangunkan
dalam tempoh masa yang singkat. Menurut Abbot (2004:83), pemecatan Anwar Ibrahim telah
menyebabkan satu pertiga daripada sejuta penduduk Malaysia yang mempunyai akses terhadap
Internet melayari laman web berkaitan reformasi. Menurut beliau lagi, dalam tempoh beberapa bulan
selepas pemecatan Anwar Ibrahim terdapat lebih kurang 50 laman web pro Anwar Ibrahim dan
reformasi. Manakala Holmes & Grieco (2001:70) pula, dalam analisis mereka mendapati sehingga 12
Jun 1999 jumlah akses terhadap laman web reformasi mencapai sehingga lebih tujuh juta. Antara laman
web yang menyokong Anwar Ibrahim adalah seperti Reformasi, Revolusi Nasional, Mahafiraun dan
FreeMalaysia. Kumpulan perbincangan online seperti Soc.culture.Malaysia dan Sangkancil juga menjadi
media Internet penting kumpulan reformasi.

Sementara itu, Mustafa K. Anuar (1999:30) dalam analisisnya menyatakan semasa krisis yang
membawa kepada pemecatan Anwar Ibrahim, terdapat sekurang-kurangnya 60 laman web yang

1899
dibangunkan untuk menyokong Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi sehinggakan terdapat beberapa
laman web yang mendapat pengunjung ratusan ribu orang. Ini kerana laporan kes Anwar Ibrahim di
media massa perdana agak terhad iaitu hanya memaparkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim tanpa
analisis yang kritikal dan terperinci serta tidak menjelaskan khabar angin yang melanda masyarakat
tentang pelbagai perkara dan isu. Menurut Mustafa lagi, terdapat tiga kategori laman web yang
dibangunkan. Pertama, laman web yang memaparkan maklumat terkini dan kontroversi atau gosip yang
biasanya tidak disiarkan oleh media perdana. Kedua, laman web yang menunjukkan bakat penulis yang
profesional, iaitu membincangkan sesuatu isu dengan bijak, rasional dan dapat bertukar-tukar idea
dengan bebas. Ketiga, laman web yang membincangkan tentang hak asasi, demokrasi dan parti politik
pembangkang.

Selain itu, portal berita Internet turut dibangunkan secara rasmi untuk tatapan pembaca.
Misalnya Malaysiakini yang memuatkan isu-isu semasa dilancarkan oleh pengasasnya Stevan Gan
seminggu sebelum PRU 1999. Pelancaran Malaysiakini telah mendapat sambutan yang menggalakkan
sehinggakan mencecah 200,000 pengunjung sehari. Bermula dengan hanya tiga hingga empat berita,
portal ini akhirnya telah meningkatkan jumlah beritanya sehingga 40 hingga 50 laporan dalam masa
empat tahun (Abbot 2004:86). Manakala berita-berita politik secara khusus pula tersedia melalui
HarakahDaily yang turut mendapat sambutan pembaca sehingga 60,000 sehari. Kedua-dua portal berita
ini mempunyai kelebihan berbanding akhbar tradisional kerana tidak tertakluk kepada Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan, namun isi kandungannya tetap dipantau di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan
juga Akta Hasutan.

Perbincangan di atas juga menunjukkan bahawa reformasi bukan sahaja digerakkan oleh Anwar
Ibrahim dan penyokongnya, tetapi juga melibatkan pembangkang dan NGO sama ada melalui kaedah
tradisional (sebagai kaedah luar ruangan) ataupun Internet (kaedah dalam ruangan). Persoalannya, NGO
dan parti politik pembangkang manakah yang terlibat, dan apakah peranan mereka? Weiss (2006:134)
menyatakan majoriti penyokong reformasi adalah terdiri daripada golongan muda dan kaum Melayu
kelas pertengahan. Mereka ini kebanyakannya berumur dalam lingkungan 20 tahun, berpendidikan
peringkat menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pekerja sektor awam, Muslim yang agak
warak, tinggal di bandar-bandar dan terdiri daripada peminat Anwar Ibrahim. Walaupun majoriti
mereka terdiri daripada kaum Melayu, tetapi terdapat juga segelintir daripada kaum Cina dan India yang
mengambil bahagian, terutamanya mereka yang mendapat pendidikan dari luar negara dan juga terdiri
daripada ahli atau penyokong NGO tertentu. Kumpulan ini menyokong reformasi kerana mereka
merupakan golongan yang mempunyai kesedaran politik yang tinggi hasil daripada pendidikan yang
diperolehi di institusi pengajian tinggi serta pergaulan mereka yang lebih luas kerana faktor tempat
tinggal mereka di bandar, yang lebih mudah mendapat akses dengan berita-berita semasa berbanding
dengan penduduk luar bandar.

Reformasi tersebut juga mendapat sokongan daripada golongan wanita seperti aktivis Irene
Fernandez dan Zaitun Kasim. Aktivis ini kemudiannya bersama beberapa kumpulan wanita telah
melancarkan Women Agenda For Change (WAC) pada Mei 1999. Kumpulan ini mengetengahkan isu
seperti ketidaksamaan gender dalam pekerjaan dan beberapa masalah lain berkaitan pekerjaan, agama,
budaya, dan keganasan rumah tangga. NGO lain yang turut menggunakan landasan reformasi ini untuk
mengemukakan tuntutan mereka ialah Malaysian Chinese Organization Election Appeals Committee
(Suqiu) yang ditubuhkan pada April 1999. Mereka telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada
kerajaan misalnya berkaitan demokrasi, hak asasi, keadilan, hak wanita, perpaduan dan beberapa
tuntutan berkaitan hal pendidikan. Lain-lain pertubuhan yang turut terlibat dengan gerakan reformasi
ialah Barisan Bertindak Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan

1900
Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) serta Bersatu Untuk Demokrasi dan Insaniah (BUDI).
Kebanyakan mereka menyuarakan harapan terhadap demokrasi seperti tuntutan pilihan raya yang
bersih, pembuatan keputusan secara decentralized dan menentang salah guna kuasa di kalangan
pegawai kerajaan (Weiss 2006:135). Walaupun tidak semua NGO yang terlibat menyuarakan isu
berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, tetapi penglibatan mereka ini turut menyumbang kepada
kelangsungan reformasi.

Di samping itu, parti politik pembangkang iaitu PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga
terlibat secara aktif dalam gerakan reformasi. Pendekatan mereka ialah melalui ceramah dan
perhimpunan yang diadakan di seluruh negara. Ceramah atau jelajah reformasi ini telah mendapat
kerjasama dari semua parti pembangkang yang terlibat. Misalnya, ceramah yang diadakan oleh PAS
turut menampilkan penceramah daripada DAP dan PRM yang mana penceramah adalah terdiri daripada
pelbagai bangsa. Walaupun kebanyakan penyokong reformasi adalah kaum Melayu, tetapi mereka juga
cuba menarik perhatian daripada kaum lain melalui pendekatan tersebut. Ceramah dianggap sebagai
satu mekanisme penting bagi organisasi politik pembangkang dan juga pertubuhan-pertubuhan lain
menyampaikan mesej reformasi kepada masyarakat. Ini kerana mereka tidak berpeluang untuk muncul
di media perdana. Isu yang diketengahkan tidak terhad kepada kes berkaitan Anwar Ibrahim sahaja,
tetapi juga isu-isu lain yang lebih sejagat sifatnya seperti keadilan sosial, demokrasi, salah guna kuasa,
rasuah dan sebagainya (Weiss 2006:137-138).

Selain itu, pelbagai pertubuhan NGO, pertubuhan keagamaan, kesatuan sekerja, pertubuhan
atau badan profesional, dan juga persatuan pelajar turut bergerak secara kolektif dengan bekerjasama
antara satu sama lain. Brown (2004:271-272) menyatakan pemecatan Anwar Ibrahim telah menjadi
pencetus untuk NGO dan parti politik mula bekerjasama secara rasmi. Antara yang aktif adalah Gagasan
Demokrasi Rakyat Malaysia (Gagasan) yang merupakan gabungan dan kerjasama daripada pelbagai
organisasi yang dipimpin oleh Tian Chua. Pada asalnya, Gagasan diwujudkan semasa dialog antara NGO
berkaitan isu ekonomi pada tahun 1997, namun isu Anwar Ibrahim telah mendorong pembentukannya
secara rasmi pada 27 September 1998. Ia bertujuan untuk menuntut pemerintahan demokrasi.
Antaranya mereka menggesa kerajaan supaya memberikan kebebasan untuk berucap dan berhimpun,
perbicaraan yang adil serta keputusan yang saksama dan menghapuskan ISA.

Dalam masa yang sama, satu lagi gabungan NGO Islam yang dinamakan Majlis Gerakan Keadilan
Rakyat Malaysia (Gerak) ditubuhkan. Gerak dipimpin oleh Presiden PAS iaitu Fadzil Nor. Gerak juga
bertujuan menuntut pemerintahan demokrasi dan keadilan dalam pentadbiran. Kedua-dua gabungan
iaitu Gagasan dan Gerak tersebut bukan sahaja berjaya menarik minat NGO, tetapi juga parti politik
pembangkang. Misalnya DAP telah menyertai Gagasan manakala PAS menyertai Gerak (Abbot
2000:247). Pada Disember 1998 pula, isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah telah menubuhkan
Pergerakan Keadilan Sosial yang dikenali sebagai ADIL sebagai usaha untuk meneruskan perjuangan
reformasi dengan struktur organisasi yang lebih jelas. Pada April 1999, ADIL telah didaftarkan sebagai
parti politik dan dinamakan sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN) (kemudiannya Parti Keadilan Rakyat-
PKR) (Weiss 1999:26; Funston 2000:26).
Kedua-duanya iaitu Gerak dan Gagasan bergerak aktif dalam aktiviti reformasi sehinggalah pada
pertengahan tahun 1999 apabila ia diambil alih oleh gabungan parti politik Barisan Alternatif (BA) yang
berkempen untuk pilihan raya. BA ditubuhkan apabila parti pembangkang dan beberapa NGO telah
mengadakan beberapa perjumpaan dan bersetuju untuk bekerjasama. Pada 2 Julai 1999, empat parti
pembangkang utama iaitu PAS, DAP, PKN dan PRM telah bekerjasama dan bersepakat untuk bertanding
di bawah pakatan BA pada PRU 1999 (Felker 1999:52). Perjuangan BA adalah berteraskan perjuangan
utama reformasi, iaitu tertumpu kepada demokrasi, keadilan sosial, kebebasan awam, peningkatan

1901
perkhidmatan urus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban (Welsh 2004:132). Selain itu,
pembentukan BA ini juga mendapat sokongan pelbagai pertubuhan seperti Aliran, Suaram, All Women’s
Action Society (Awam) dan juga dari pertubuhan Islam seperti ABIM dan JIM. Di samping itu, terdapat
juga segelintir penyokong yang terdiri daripada pelajar universiti dan kumpulan profesional (Weiss
2006:142).

Kempen Politik Pilihan Raya Umum 1999

Semasa era reformasi satu PRU diadakan iaitu PRU 1999 yang merupakan PRU yang ke-10 bagi Malaysia.
Merujuk pada PRU tersebut, selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada September 1998, kerajaan BN
hanya mempunyai masa lebih kurang setahun setengah untuk membubarkan Parlimen iaitu selewatnya
pada Jun 2000. Bagaimanapun dengan pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan kepimpinan Dr.
Mahathir, BN membubarkan Dewan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya pada November 1999.
Keadaan ini menjadikan persaingan dalam PRU 1999 sebagai persaingan yang cukup sengit kerana inilah
kali pertama BN menghadapi persaingan daripada parti-parti pembangkang utama dengan dibantu
beberapa NGO yang berkempen untuk membawa transformasi dalam politik Malaysia. Apatah lagi
sebelum PRU tersebut parti pembangkang utama iaitu PAS, DAP, PRM dan PKN telah bekerjasama
membentuk Barisan Alternatif untuk menentang BN (Funston 2000:23; Loh Kok Wah 2009:46).

Menurut Hilley (2001:211), dalam kempen rasminya pada PRU 1999, BN terutamanya UMNO
telah menggunakan senjata perkauman dengan menampilkan ceramah berbentuk ugutan. Ini dapat
dilihat dari sikap pemimpin BN memberi amaran kepada kaum Cina melalui MCA dan Gerakan supaya
tidak menyokong PAS jika tidak mahu menjadi warga kelas kedua. Amaran juga diberikan kepada orang
Melayu bahawa mereka akan menghadapi risiko kehilangan hak politik sedia ada sekiranya PAS
memerintah negara. Welsh (2004:133) pula menyatakan terdapat empat isu utama yang diketengahkan
melalui kempen BN. Pertama, kes salah laku moral Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan rasuah
dan juga liwat. Kedua, menekankan hanya BN yang dapat membawa keharmonian, manakala
kemenangan BA boleh menyebabkan berlaku pergaduhan kaum seperti 13 Mei 1969. Ketiga, PAS
dilabelkan sebagai parti ekstrem yang akan melaksanakan hukum hudud dan penguatkuasaan undang-
undang Islam yang boleh menakutkan orang bukan Islam. Akhir sekali, BN menekankan perancangan
kerajaan meningkatkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ringkasnya, untuk menghadapi PRU
1999 ini BN berusaha untuk memulihkan imej kerajaan di kalangan masyarakat. Ini dapat dilihat apabila
BN dalam kempen mereka bukan sahaja bergantung kepada pencapaian pentadbiran, tetapi terpaksa
mempertahankan tindakan mereka menangani krisis politik dan juga menggunakan isu kerjasama dan
ideologi pembangkang untuk mengugut pengundi supaya menyokong mereka.
Manakala bagi BA pula, tema kempen mereka ialah ke arah Malaysia adil. Fokus utama mereka
adalah mewujudkan keadilan untuk semua di samping menuntut kerajaan menghapuskan rasuah, salah
guna kuasa, nepotisme dan kronisme. Funston (2000:30) dalam analisisnya mengatakan terdapat
pelbagai isu yang dibangkitkan oleh BA. Antaranya ialah berkaitan Islam, kezaliman kerajaan, demokrasi
yang terhad, rasuah, salah urus ekonomi dan reformasi. Berkaitan dengan isu Islam, BA menyatakan
tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim sepatutnya dikendalikan di bawah undang-undang syariah. Di
samping itu, BA juga menyatakan komitmen mereka untuk mengekalkan Islam sebagai agama rasmi dan
menjadikan Islam sebagai cara hidup di samping kebebasan mengamalkan agama lain.
Berhubung isu kezaliman pula, BA menegaskan cara Dr. Mahathir menangani kes Anwar Ibrahim
adalah tindakan zalim. Mereka membangkitkan peristiwa semasa Anwar dipecat, cara beliau ditahan,
gambaran tentang kecederaan semasa tahanan dan juga peristiwa beliau mengalami keracunan arsenik
semasa dalam tahanan. Hal tersebut juga tersebar secara meluas di Internet untuk menunjukkan

1902
kezaliman terhadap Anwar Ibrahim. Selain itu, BA membangkitkan isu demokrasi dengan memfokuskan
kepada hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara, mengukuhkan badan kehakiman dan kebebasan
media. BA mempertikaikan kebebasan bersuara yang dihadkan melalui undang-undang tertentu seperti
ISA, Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Manakala berkaitan hal rasuah dan salah urus ekonomi pula ia dikaitkan dengan korupsi, kolusi
dan nepotisme (KKN). BA membangkitkan isu berkaitan dengan pemimpin kerajaan dan individu yang
mendapat kekayaan melalui projek kerajaan, isu penswastaan yang tidak telus dan juga pembangunan
projek mega yang terlalu tinggi nilainya. Akhir sekali, bagi isu reformasi politik, BA menggesa masyarakat
Malaysia menolak politik perkauman sempit dan juga ugutan tentang ketidakharmonian kaum oleh BN
sekiranya BA memerintah. BA menunjukkan keikhlasan dalam kerjasama antara parti PAS dan DAP yang
sebelum ini dilihat sukar untuk berkompromi. Dalam hal ini, Liow (1999:46) menyatakan gabungan
antara parti pembangkang menerusi BA telah membawa fenomena baru. Ini kerana gabungan parti
pembangkang dalam BA dapat memberi cabaran besar kepada BN. Secara umumnya, isu kempen BA
pada PRU 1999 adalah isu yang sama yang dibangkitkan menerusi gerakan reformasi. Manakala kempen
BN pula memberi tumpuan kepada kejayaan BN membawa keharmonian dan juga pemulihan ekonomi
negara.

Dari segi strategi kempen, selain kempen secara tradisional seperti ceramah dan pengugguaann
media massa, Internet turut digunakan untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama kempen BA.
Misalnya berpuluh-puluh laman web yang dibangunkan untuk menyokong reformasi pada tahun 1998
digunakan untuk berkempen bagi pihak BA. Selain itu, portal berita yang dilancarkan menjelang PRU
1999 seperti Malaysiakini dan Harakah online turut berkempen bagi pihak BA. Gabungan kempen politik
secara tradisional dan Internet oleh BA telah menunjukkan keberkesanannya. Keputusan PRU 1999
menunjukkan prestasi BN terutamanya UMNO telah terjejas apabila sokongan daripada kaum Melayu
semakin merosot. Dua negeri yang mempunyai majoriti penduduk Melayu iaitu Kelantan dan
Terengganu telah jatuh ke tangan pembangkang. Selain itu, pencapaian PAS di Kedah juga semakin baik
dengan memenangi 13 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Secara umum, keputusan PRU
1999 menunjukkan BN hanya mendapat 56.5 peratus undi keseluruhan berbanding 65 peratus undi
pada pilihan raya umum 1995. Dari segi jumlah kerusi parlimen, BN memenangi 148 kerusi daripada 193
kerusi yang dipertandingkan berbanding 166 kerusi yang dimenangi pada PRU 1995.
Perbincangan di atas menunjukkan bahawa kempen politik daripada parti pembangkang
bermula sejak gerakan reformasi tahun 1998 lagi walaupun PRU hanya diadakan pada tahun 1999.
Kempen politik mereka banyak terarah kepada isu pemecatan Anwar Ibrahim yang disampaikan melalui
demonstrasi jalanan, ceramah dan penggunaan Internet secara intensif. Selain itu, parti pembangkang
iaitu DAP, Adil, PAS dan juga beberapa NGO telah bekerja sama untuk menentang parti kerajaan dengan
mengangkat isu pemecatan Anwar Ibrahim dan tuduhan lain kepada kerajaan seperti rasuah, salah guna
kuasa dan kronisme sebagai isu keadilan sejagat. Hasilnya pada PRU 1999 pencapaian parti
pembangkang adalah lebih baik berbanding PRU sebelumnya.
Kempen Politik Pilihan Raya Umum 2008

PRU 2008 mencatat sejarah tersendiri apabila BN mengalami kemerosostan mendadak dan gagal
mendapat majoriti dua pertiga bagi kerusi parlimen sejak PRU 1969. Antara sebab kemerosotan
sokongan terhadap BN adalah keberkesanan kempen pembangkang melalui Internet. Walaupun
Internet juga digunakan dalam PRU 1999 dan PRU 2004, namun penggunaannya tidaklah serancak PRU
2008. Pada PRU 1999, terdapat isu panas iaitu pemecatan Anwar, tetapi jumlah pengguna Internet pada
ketika itu adalah agak terhad dan hanya tertumpu di kawasan-kawasan bandar sahaja. Pada PRU 2004
pula, walaupun terdapat pertambahan pengguna Internet tetapi tidak terdapat isu-isu baru yang

1903
menarik pada waktu itu. Namun, pada PRU 2008 penggunaan Internet agak intensif kerana semakin
banyaknya isu-isu penting yang muncul serta pengguna Internet yang bertambah dengan mendadak. Isu
tersebut ialah kenaikan harga minyak dan barang, campur tangan keluarga dalam pentadbiran Abdullah
Badawi, rasuah, diskriminasi kaum dan kegagalan Abdullah Badawi menunaikan janji PRU 2004 (Liow &
Afif Pasuni 2010:47). Disebabkan Malaysia menyekat media massa daripada menyiarkan perkara yang
sensitif tentang kerajaan, maka Internet menjadi medium yang paling mudah digunakan untuk
mendedahkan, berbincang dan berbahas tentang perkara–perkara tersebut (Chin & Wong Chin Huat
2009:84).

Apabila Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008, parti pembangkang yang tidak mendapat
liputan media massa perdana telah mengeksploitasi sepenuhnya Internet untuk berkempen. Parti
pembangkang utama iaitu PAS, DAP dan PKR membangunkan laman web masing-masing yang
memaparkan maklumat terkini berkenaan parti mereka, menyampaikan berita-berita terkini politik
negara dan juga menyediakan ruangan khas untuk rakyat menyampaikan perasaan tidak puas hati
terhadap kerajaan. Selain itu, pemimpin parti politik berkenaan juga turut membangunkan blog peribadi
mereka untuk berkempen. Konsep blog yang digunakan oleh pemimpin pembangkang tersebut adalah
sama. Mereka menggunakan blog berbentuk teks untuk mencatatkan pelbagai peristiwa, berita terkini,
isu penting, masalah rakyat dan ruang untuk rakyat menyuarakan pandangan. Antaranya ialah blog
Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Abdul Hadi Awang, Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa.
Apa yang menariknya mereka ini memberikan respons yang sangat cepat terhadap pandangan yang
disuarakan oleh rakyat. Ini membuatkan rakyat merasakan mereka mempunyai ruang untuk meluahkan
pendapat dan mendapat maklum balas yang segera (Ahmad Rizal Yusof 2008:8; Smeltzer 2008:35-36).

Selain itu, terdapat juga pelbagai blog politik dan forum yang dibangunkan oleh orang
perseorangan yang tidak mewakili mana-mana parti politik. Mereka ini tidak segan silu melontarkan
pandangan politik untuk tatapan pembaca. Antara yang dibincangkan ialah pelbagai isu dan
ketidakpuasan hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah Badawi sehinggakan isu-isu berkenaan hangat
diperdebatkan. Antara blog yang sering mendapat perhatian ialah blog Dr. Mahathir, Kadir Jasin, Kuda
Kepang, Sang Kelembai, Raja Petra Kamruddin, Rocky Atan, dan Haris Ibrahim. Selain itu, tidak sedikit
juga para blogger yang diberi peluang dan dipilih sebagai calon dalam PRU 2008. Antara mereka ini ialah
Tony Pua yang bertanding atas tiket DAP bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya, Jeff Ooi Parlimen
Jelutong yang juga bertanding atas tiket DAP, Badrul Hisham Shaharin mewakili PKR melawan Khairy
Jamaluddin bagi Parlimen Rembau dan juga Nurul Izzah dari PKR bertanding di Parlimen Lembah Pantai
melawan Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Pembangunan Masyarakat (Smeltzer
2008:35; Ooi Kee Beng 2009:34-35). Ringkasnya, penglibatan masyarakat sama ada individu,
masyarakat sivil dan parti pembangkang membincangkan isu-isu politik menerusi Internet telah
melahirkan demokrasi siber. Ini kerana rakyat bebas berkumpul, menyuarakan pandangan, melahirkan
ketidakpuasan, kritikan dan sebagainya secara maya tanpa ada sekatan atau perlu mendapatkan permit
tertentu daripada pihak berkuasa.

Sementara parti pembangkang dan blogger begitu giat berkempen menulis tentang kepincangan
yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan melalui Internet, pemimpin BN pula yakin dapat mengekalkan
kemenangan majoriti dua pertiga bagi kerusi Parlimen. Kempen politik mereka banyak bergantung
kepada media massa tradisional untuk menyampaikan mesej. Akibatnya, masyarakat meminggirkan BN
pada PRU 2008 dan memberi sokongan kepada pembangkang yang banyak berinteraksi dan memberi
maklum balas yang cepat kepada persoalan yang disampaikan rakyat. Secara umumnya keputusan PRU
pada Mac 2008 menunjukkan BN gagal mempertahankan kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen.
BN juga telah tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal merampas semula Kelantan.

1904
Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, BN telah kalah sepuluh daripada sebelas kerusi
Parlimen yang mereka tandingi. Keadaan tersebut menyebabkan penganalisis politik menyatakan
Malaysia telah dilanda tsunami politik. Secara keseluruhannya, daripada 222 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan, BN memenangi 140 kerusi manakala pembangkang pula memperoleh 82 kerusi iaitu
terdiri daripada PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).

Persoalannya, sejauh manakah Internet ini berkesan mempengaruhi pengundi pada PRU 2008?
Penggunaan Internet secara meluas sama ada menerusi laman web, blog dan laman sosial oleh parti
pembangkang dan aktivis lainnya telah memberikan kesan yang besar kepada sikap pengundi. Ini
kerana mereka dapat mengetahui beberapa skandal dalam pentadbiran kerajaan yang tidak
dibincangkan secara terbuka oleh media perdana kawalan kerajaan. Dalam hal ini Chin & Wong Chin
Huat (2009:80) menulis:

The online media were unafraid to discuss sensitive subjects such as high-level corruption,
abuses of power, ethnic discrimination, police brutality, religious controversies, and racist
remarks by UMNO politicians. Political bloggers, including Raja Petra Kamaruddin (Malaysia-
Today), Haris Ibrahim (People’s Parliament) and Jeff Ooi (Screenshots), plus opposition leader
Lim Kit Siang, help to create a major shift among the middle class and send many concerned
citizens into political action.

Bagi menyampaikan maklumat alternatif ini, parti pembangkang banyak bergantung kepada
portal berita iaitu Malaysiakini dan MalaysiaToday yang menyiarkan berita-berita yang tidak memihak
kepada kerajaan dan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan seperti kes rasuah, salah
guna kuasa dan lain-lain isu (Liow & Afif Pasuni 2010:46). Pada tahun 2008 sahaja, Malaysiakini
mendapat 160,000 hit sehari atau dianggarkan dua juta hit sebulan (Malaysiakini 12 Julai 2009). Hal ini
membolehkan masyarakat mendapat maklumat daripada kedua-dua pihak sebelum membuat
keputusan untuk mengundi.

Keberkesanan Internet dalam mempengaruhi sikap pengundi ini juga dapat dilihat dalam satu
tinjauan yang dilakukan oleh Zentrum Future Studies pada 20 Februari hingga 5 Mac 2008. Kajian
tersebut mendapati 65 peratus responden mempercayai blog dan lain-lain sumber yang berkaitan
dengan Internet, berbanding dengan 23 peratus yang mempercayai berita dari televisyen dan 15 peratus
akhbar (Zentrum Future Studies Malaysia 2008). Penemuan ini dapat dikukuhkan lagi apabila blogger
yang pertama kali bertanding dalam PRU ini seperti Hannah Yeoh, Nik Nazmi, Tony Pua, Jeff Ooi dan
Nurul Izzah menang dalam PRU ini. Ini kerana mereka dapat mempromosikan diri mereka dengan lebih
efektif kerana telah dikenali di dunia Internet (Maznah Mohamad 2008:453; Ooi Kee Beng 2009:34-35).
Huraian di atas menunjukkan kempen politik melalui Internet dapat mempengaruhi sikap
pengundi kerana penggunaan Internet membolehkan rakyat mendapat maklumat alternatif berkaitan
dengan kepincangan kerajaan yang tidak dilaporkan oleh media perdana. Persoalannya apakah kesan
penggunaan Internet terhadap proses pendemokrasian? Penggunaan Internet telah memberi kesan
positif terhadap pendemokrasian dari beberapa aspek: Pertama, ia dapat menarik minat masyarakat

1905
untuk terlibat dengan aktiviti politik iaitu berinteraksi, berkumpul, menyuarakan pandangan melahirkan
ketidakpuasan, kritikan dan sebagainya melalui ruang maya. Kedua, telah munculnya pelbagai laman
web kritikal seperti Malaysiakini, MalaysiaToday, Aliran, Merdeka Review, The Free Media dan Rengah
Sarawak yang tidak berpihak kepada kerajaan. Ketiga, ia telah mempengaruhi sikap pengundi dalam
PRU 2008 yang mana telah mengurangkan sokongan rakyat pada BN.

Jadi, Internet telah menjadi alat atau mekanisme penting untuk rakyat menuntut
pendemokrasian daripada kerajaan yang akhirnya melahirkan demokrasi siber apabila rakyat bebas
mengambil bahagian dalam politik tanpa ada sekatan dan sempadan waktu serta ruang secara online.
Demokrasi siber ini menjadi satu bentuk ancaman kepada kerajaan kerana rakyat tidak lagi hanya
bergantung pada media massa perdana milik kerajaan untuk mendapatkan maklumat sama ada
berkaitan aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Apatah lagi saban tahun berlaku penambahan
penggunaan Internet di Malaysia dan juga wujudnya netcitizen yang bergantung sepenuhnya kepada
Internet untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, demokrasi siber juga menjadi medan yang baik untuk
rakyat kerana ia merupakan saluran untuk menyampaikan ketidakpuasan kepada kerajaan yang mana
selama ini tidak ada ruang tersebut di media massa perdana.

RUMUSAN

Kertas ini telah membincangkan tentang kempen politik di era reformasi iaitu PRU 1999 dan era
pemerintahan Abdullah Badawi iaitu PRU 2008. Kempen politik PRU 1999 agak agresif kerana politik
Malaysia masih panas dengan dengan isu pemecatan Anwar Ibrahim pada September 2008. Kempen
politik tersebut juga tidak hanya bergantung kepada cara tradisional, tetapi turut menggunakan Internet
iaitu melalui laman web reformasi dan portal berita. Manakala pada PRU 2008 kempen politik menjadi
rancak dengan isu-isu kelemahan pentadbiran Abdullah Badawi seperti campur tangan keluarga dalam
pentadbirannya dan kegagalan menunaikan janji PRU 2004. Peningkatan pengguna Internet dan
kemunculan isu-isu sensasi menyebabkan kempen Internet menjadi sangat efektif dan seterusnya
melahirkan cyber democracy. Dari segi keputusan pilihan raya pula menunjukkan pada kedua-dua PRU
iaitu 1999 dan 2008, Barisan Nasional telah mengalami kemerosotan sokongan kesan daripada isu-isu
sensasi yang diketengahkan melalui Internet. Akhirnya dapatan kajian juga menunjukkan Internet
semata-mata bukanlah merupakan faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya, ini kerana
Internet hanya sebagai medium dan perlu bergantung kepada isu untuk penggunaannya yang efektif.

Rujukan

Abbot, J.P. (2000). Bittersweet victory: the 1999 Malaysian general election and the Anwar Ibrahim
affair. Round Table 354(1): 245-258.

Abbot, J.P. (2004). The internet, reformasi and democratization in Malaysia. Dlm. E.T. Gomez (pnyt.).
The state of Malaysia: ethnicity, equity and reform, hlm. 79-104. London: RoutledgeCurzon.

Ahmad Rizal Mohd Yusof. (2008). Pendemokrasian Internet: pengaruh komuniti elektronik dalam
pilihan raya Malaysia ke 12. Proceeding of the 6th International Malaysian Studies Conference:

1906
Engaging Malaysian Modernity 50 Years and Beyond, Persatuan Sains Sosial Malaysia. Hotel
Crown Plaza Riverside, Kuching: 1-19.

Brown, G.K. (2004). Civil society and social movements in an ethnically divided society: the case of
Malaysia, 1981-2001. Tesis PhD. University of Nottingham.

Chadwick, A. (2006). Internet politics: state, citizens and new communication technologies. New York:
Oxford University Press.

Chin, James & Wong, Chin Huat. (2009). Malaysia’s electoral upheaval. Journal of Democracy 20(3): 71-
85.

Felker, G. (1999). Malaysia in 1998: a cornered tiger bares its claws. Asian Survey 42(1): 43-54.

Funston, J. (2000). Malaysia's tenth elections: status quo, reformasi or Islamization? Contemporary
Southeast Asia 22(1): 23-59.

Hilley, J. (2001). Malaysia: Mahathirisme, hegemony and the new opposition. New York: Zed Books.

Holmes, L. & Grieco, M. (2001). The internet, email, and the Malaysian political crisis: the power of
transparency. Asia Pacific Business Review 8(2): 59-72.

Liow, Joseph. (1999). Crisis, choice and change: Malaysian electoral politics at the end of the 20 th
Century. Asian Journal of Political Science 7(2): 45-74.

Liow, Joseph. & Afif Pasuni. (2010). Debating the conduct and nature of Malaysia politics:
communalism and new media post–March 2008. Journal of Current Southeast Asian Affairs
29(4): 39-65.

Loh Kok Wah, F. (2009). Old vs new politics in Malaysia. Petaling Jaya: SIRD.

Malaysiakini. (2009). http://www.malaysiakini.com. 12 Julai. [12 Julai 2009].

Margolis, M. & Resnick, D. (2000). Politics as usual: the cyberspace “revolution”. Thousand Oaks: Sage
Publications.

Maznah Mohamad. (2008). Malaysia-democracy and the end of ethnic politics? Australian Journal of
International Affairs 62(4): 441-459.

Means, G.P. (1976). Malaysian politics. Ed-ke 2. London: Hodder & Stoughton.

Mustafa K. Anuar. (1999). Turning over? Sycophantic media prompts more and more Malaysians to
seek views. Aliran Monthly 19(5): 28-31.

Nair, Sheila. (2007). The limits of protest and prospects for political reform in Malaysia. Critical Asian
Studies 39(3): 339-368.

1907
New Straits Times Press (NSTP) Research and Information Services. (1990). Elections in Malaysia: facts
and figures. Bangsar: NSTP.

Ooi, Kee Beng. (2009). Arrested reform: the undoing of Abdullah Badawi. Kuala Lumpur: REFSA.

Ramlah Adam. (1993). Dato’ Onn Jaafar pengasas kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Smeltzer, S. (2008). Blogging in Malaysia. Journal of International Communication 14(1): 28-45.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2006). Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2007). 50 tahun demokrasi dan pilihan raya di Malaysia. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2008). Laporan Pilihan Raya Umum ke-12, 2008. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia.

Weiss, M.L. (1999). What will become reformasi? Ethnicity and changing political norms in Malaysia.
Contemporary Southeast Asia 21(3): 424-427.

Weiss, M.L. (2000). The 1999 Malaysian general elections: issues, insult, and irregularities. Asian
Survey 40(3): 413-435.

Weiss, M.L. (2006). Protest and possibilities: civil society and coalitions for political change in Malaysia.
Stanford: Stanford University Press.

Welsh, B. (2004). Real change? Elections in the reformasi era. Dlm. E.T. Gomez (pnyt.). The state of
Malaysia: ethnicity, equity and reform, hlm. 130-156. London: RoutledgeCurzon.

1908
Indeks Konservasi Bangunan Bersejarah dan Tapak Warisan
Kebudayaan: Pendokumentasian dan Pengkategorian Untuk
Industri Pelancongan Warisan (Heritage Tourism) di Negeri-
negeri Utara Semenanjung Malaysia455
Oleh :

Zulhilmi Paidi
Assoc. Prof. Dr. Rohani Ab Ghani
Ahmad Shukri Abdul Hamid
Dr. Suhanim Abdullah
Mohamad Khadafi Hj. Rofie

Abstrak
Konservasi ataupun pemuliharaan amat penting bagi negara kita dalam usaha membina negara bangsa
yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Kajian ini dibuat dengan objektif untuk
mencari maklumat dan kemudiannya mendokumentasikan bangunan bersejarah dan tapak warisan
kebudayaan di negeri utara Malaysia. Hasil dokumentasi ini akan kemudian diklasifikasi dan
dikategorikan bagi tujuan mewujudkan indeks maklumat pintar yang akan memudahkan dan menjadi
panduan penting untuk membantu perkembangan industri pelancongan warisan (Heritage Tourism) di
Malaysia. Indeks ini diharap akan menjadi alat dan garis panduan penting kepada industri pelancongan
negara. Metodologi penyelidikan yang dijalankan dalam bentuk kualitatif, yang akan banyak bertumpu
kepada kajian yang berbentuk kerja lapangan. Tumpuan akan diberikan terhadap bangunan-bangunan
bersejarah dan tapak warisan kebudayaan. Tinjauan dan lawatan akan dilakukan ke atas tempat-tempat
yang terlibat seperti mana bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan yang telah pulihara dan
dimajukan contohnya Pasir Salak di Perak, Kota Kuala Kedah di Kedah, Kota Al Marhum Kayang di Perlis
dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang. Kerja lapangan ke atas tapak-tapak tersebut bertujuan untuk
proses pengimejan dan mengumpul data primer berkaitan. Selain dari itu kajian ini juga akan
menumpukan kepada kajian berbentuk “content analysis” dan kajian arkib. Pencarian maklumat semua
sumber warisan seperti Jabatan Warisan, bahan-bahan primer dari arkib di Arkib Negara Malaysia dan
Muzium Negara Malaysia, dan muzium-muzium negeri. Pada masa yang sama kajian ini turut merujuk
sumber-sumber sekunder (kedua) iaitu dari bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Selain itu kajian akan
menumpukan kepada kajian bercorak temubual dan tinjauan (survey). Temubual akan dilakukan dengan
pihak –pihak berwajib seperti Pesuruhjaya Warisan, Pegawai Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, Badan
budaya dan warisan kerajaan negeri. Manakala tinjauan akan dibuat terhadap penduduk setempat dan

455 rd
Kertas kerja ini dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Sejarawan Asia (23 International Conference of
Historians of Asia IAHA 2014) 23-27 Ogos 2014 bertempat di TH Hotel and Convention Centre, Alor Setar, Kedah.

1909
orang awam. Kajian kemudiannnya akan mengklasifikasikan dan mengkategorikan hasil
pendokumentasian. Indeks bagi pengkategorian ini akan dibentuk berdasarkan kajian kepada model-
model sedia ada.

Latar belakang Kajian

Pemuliharaan warisan budaya bangsa amat penting bagi negara kita dalam usaha membina negara
bangsa yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Pemuliharaan penting dalam
aspek penilaian sejarah dan dalam aspek penonjolan terhadap kemajuan tamadun. Ia juga penting
dalam konteks meningkatkan taraf warisan budaya bangsa selain penting untuk mengintegrasi proses
pembangunan negara. Selain itu ia turut berperanan untuk mengekalkan identiti bangsa dan seterusnya
menjana semangat nasionalisme dikalangan rakyat negara ini. Pemuliharaan juga berperanan
memberikan peluang kepada penyelidikan sejarah yang dapat mengukuhkan lagi kekuatan sejarah
negara dan tidak ketinggalan dalam menyumbangkan pendapatan ekonomi yang boleh membantu
kestabilan ekonomi negara. Justeru itu tidak dapat kita nafikan betapa sejarah itu sama ada ianya data,
perkakasan, persekitaran ataupun bangunan adalah amat penting dalam proses kehidupan manusia
selama ini. Maka kepentingan untuk membangunkan semula elemen-elemen tersebut terutamanya
bangunan-bangunan yang sedia wujud dan masih kekal ataupun yang diperolehi melalui proses carigali
adalah jelas, untuk membantu manusia mengenali sejarah dan identiti masing-masing agar dapat
menimbulkan kecintaan kepada negara sekaligus membantu pembangunan negara secara keseluruhan.

Objektif Penyelidikan

1) Mengumpul maklumat konservasi monumen dan bangunan bersejarah serta tapak warisan di
empat negeri di utara Semenanjung Malaysia.

2) Mendokumentasi semua monumen dan bangunan bersejarah serta tapak warisan di wilayah
tersebut.

3) Mengkategori dan mengklasifikasikan monumen dan bangunan bersejarah serta tapak warisan
tersebut.

4) Mencadangkan satu sistem Indeks Pintar sebagai sistem maklumat pintar untuk rujukan industri
pelancongan warisan (heritage Tourism) di Malaysia, berdasarkan kepada model-model yang
sedia digunakan oleh UNESCO dan negara-negara lain.

Pernyataan Masalah

Kehadiran alaf baru memberikan dimensi baru kepada arena konservasi di Malaysia. Negara ini kini
mempunyai banyak monumen dan bangunan-bangunan yang diiktiraf sebagai warisan sejarah negara.
Ini selaras dengan peruntukan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) yang diwartakan pada 31
Disember 2005 dan dikuatkuasa pada 1 Mac 2006. Sebelum ini hanya terdapat Akta Benda Purba, 1976
(Akta 168) yang digunapakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan Negara berkaitan barang

1910
purba, monumen, dan tinggalan kebudayaan. Akta Treasure Trove Act, 1957(Act 542) pula adalah
berkaitan jumpaan harta karun tetapi pelaksanaannya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Pada Sesi Parlimen Januari 2005, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan
memasukkan pemeliharaan warisan di dalam Senarai Bersama (Concurrent List), dan menjadikan
warisan di bawah bidang kuasa perundangan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan, serta memberi obligasi kepada kedua-dua kerajaan ini dan rakyatnya untuk memelihara,
melindungi, memperkembang dan menjaga warisan kebangsaan. Pelaksanaan ini juga adalah sejajar
dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada 27 Mac 2004. Akta
Warisan Kebangsaan meliputi Warisan Budaya (Cultural Heritage) yang dipecahkan kepada warisan
ketara (tangible heritage) dan warisan tidak ketara (intangible heritage), Warisan Semula Jadi (Natural
Heritage), serta Warisan Budaya Bawah Air (Underwater Cultural Heritage) (Jabatan Warisan Negara,
2008).

Gambaran bagi definisi ini dapat dijelaskan menerusi diagram di bawah:

Sumber: http://penangheritagecity.com

Akta ini bersifat saling melengkapi yang memperkukuh tetapi tidak menghapuskan perundangan sedia
ada berkaitan warisan termasuk kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri, kecuali Akta Benda Purba
1976 (Akta 168) dan Treasure Trove Act 1957 (Act 542). Akta ini juga dapat memberikan mekanisme
baru terutama yang berkaitan dengan pelaksanaan kerja-kerja pemulihan, pemuliharaan dan
pemeliharaan, khususnya mengikut piawaian yang digunapakai di seluruh dunia. Selain itu, satu tanda
aras akan diwujudkan dan digunapakai dalam mengemaskinikan prosedur-prosedur berkaitan penjagaan
warisan Negara.

1911
Pada hakikatnya bangunan bersejarah dan tapak warisan ini semua penting bagi proses perkembangan
pensejarahan di negara kita. Maka kerana itu kajian ini diharap dapat membantu bagaimana untuk kita
melihat satu indeks khusus dapat dibentuk menerusi pendokumentasian dan pengkategorian bagi
semua monumen dan bangunan bersejarah serta tapak warisan yang tedapat di negara ini agar proses
penjagaan dan pemuliharaan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sekaligus member manfaat
komersial terutamanya dalam bidang pelancongan. Ini juga sejajar dengan kehendak Akta Warisan
sendiri untuk diwujudkan Daftar Warisan Kebangsaan, seperti yang dinyatakan:

Mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Bahagian VI, Seksyen 23(1), adalah dinyatakan
bahawa (Jabatan Warisan Negara, 2008):

“Pesuruhjaya hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan suatu daftar yang dikenali


sebagai Daftar Warisan Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan yang mengandungi
senarai butiran warisan yang didaftarkan di bawah Akta ini.”

Pembangunan ke atas dapatan-dapatan dan bahan-bahan bersejarah terutamanya bangunan bersejarah


dan tapak warisan kebudayaan adalah merupakan aset penting dalam perkembangan industri
pelancongan di negara ini. Negara -negara seperti Mesir dan Britain telah lama membuktikan bagaimana
pembangunan semua sumber warisan kebudayaan terutamanya bangunan bersejarah dan tapak
warisan kebudayaan telah memberi pulangan lumayan kepada industri pelancongan. Di Britain kota-
kota dan istana-istana lamanya telah dijaga dan dipulihara, sementara di Mesir pula piramid-piramid
dan Sphinx telah dibina semula bukan sahaja sebagai mengekalkan warisan sejarah bangsa mereka
tetapi juga sebagai alat tarikan pelancongan.

Maka itu kajian ini jelas bermatlamat untuk menggunakan pendokumentasian bangunan-bangunan
bersejarah dan tapak warisan kebudayaan di Malaysia dan kemudiannya mengkategorikan semua
sumber warisan ini dengan tujuan memberi manfaat kepada industri pelancongan menerusi indeks yang
akan terbentuk sebagai satu sistem maklumat pintar yang dapat digunakan semua pihak yang terlibat
dalam industri pelancongan.

Rakyat negara ini selain itu dapat merasai dan menikmati warisan sejarah budaya negara, juga dapat
menimbulkan rasa cinta kepada negara ini. Sementara itu negara dikala alaf baru dunia pula kelak, dapat
meneroka satu lagi bidang baru dalam industri pelancongan menerusi sektor "historical dan heritage
tourism" yang telah berjaya dinikmati di negara-negara lain seperti Mesir, Britain dan Turki. Ianya
sekaligus membantu ekonomi negara secara keseluruhan.

Ulasan Karya

Secara umumnya apabila kita membicarakan Warisan Kebudayaan dan juga Bangunan bersejarah ianya
secara langsung merujuk kepada perkataan “cultural heritage” , “cultural property” atau “cultural
significance” dan ianya merujuk kepada dua kategori utama (Hiroshi Daifuku, 1979) :

1912
 Hasil budaya yang boleh digerak atau dipindah atau diubah seperti buku, manuskrip atau hasil-hasil
sejarah seni seperti lukisan dan juga objek-objek yang didapati dari kerja-kerja arkeologi termasuk
koleksi saintifik.

 Hasil budaya yang tidak boleh digerak, dipindah dan diubah tempat kewujudannya seperti
Monumen yang mempunyai nilai sejarah atau arkeologi dan juga bangunan-bangunan juga kawasan-
kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah dan arkeologi.

Untuk tujuan kajian ini elemen bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan terkandung dalam
definisi warisan kebudayaan (cultural heritage) seperti yang digunapakai dalam Artikel 1, Convention
Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage (1972:2):

 Monuments: architectural works, works of monumental sculpture and painting,


elements or structures of an archaeological nature, inscriptions, cave dwellings and
combinations of features, which are of outstanding universal value from the point of view of history,
art or science;
 Groups of buildings: groups of separate or connected buildings which, because of
their architecture, their homogeneity or their place in the landscape, are of outstanding
universal value from the point of view of history, art or science;
 Sites: works of man or the combined works of nature and man, and areas including
archaeological sites which are of outstanding universal value from the historical, aesthetic,
ethnological or anthropological point of view.

Manakala takrifan bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan kebudayaan adalah
(Paiman Keromo, 2010):

a) Restorasi ini dapat didefinisikan secara umumnya kepada kerja-kerja baik pulih dengan mengekalkan
keaslian senibina dan bahan-bahannya kepada suatu masa atau era tertentu yang difikirkan sesuai
atau sebaik mungkin ketahap ianya mula didirikan dan seterusnya hinggalah kepenggunaannya yang
asal juga. Dalam melaksanakan kerja-kerja restorasi ini berkemungkinan besar akan melibatkan
kerja-kerja pembinaan semula terutama kepada bahagian-bahagian asal yang telah musnah supaya
ianya berfungsi sebagaimana asal.
b) Konservasi dimaksudkan kepada kerja-kerja baikpulih yang mana cuba memulih semula warisan
budaya bangsa terutamanya monumen atau tapak bersejarah kepada senibina dan bahan-bahan
binaan yang sehampir mungkin dengan yang asal semasa mula-mula dibina.
c) Preservasi ialah kerja-kerja yang merupakan kerja-kerja pengawasan dan penjagaan seseuatu
warisan budaya bangsa seperti monumen dan tapak bersejarah agar ianya tidak mengalami
kerosakan denagn menggunakan kaedah saintifik dan sistematik mengikut prosedur-prosedur yang
tertentu.
d) Rekonstruksi / Pembinaan Semula ini hanya dilakukan ke atas warisan budaya bangsa terutamnya
monumen dan tapak bersejarah yang telah musnah sama sekali yang mempunyai rekod senibina dan
bahan-bahan asalnya, disamping itu ianya hendaklah yang mempunyai nilai sejarah dan senibina
yang tinggi.

Sejarah secara umumnya dalam pengertian yang luas dapatlah didefinisikan sebagai masa lalu yang
mengandungi semua kejadian yakni suatu kumpulan kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang
telah berlalu. Pada dasarnya ini berupa semua pengalaman, kejadian serta peristiwa dalam kehidupan

1913
seseorang individu, pemimpin, institusi, pertubuhan, masyarakat atau komuniti ataupun sebuah negara.
Semua kejadian yang pernah berlaku pada masa yang sudah-sudah itu merupakan kejadian serta
peristiwa yang tergulung dalam lingkungan masa lalu samada ia diingat, penting, berguna ataupun
sebaliknya.(Mohd Yusof Ibrahim, 1975:3)

Tidak dapat tidak, bagi setiap peristiwa dan kejadian lalu ini melibatkan aspek-aspek fizikal
atau perkara-perkara sampingan seperti persekitaran, perkakasan dan juga bangunan-bangunan. Maka
di atas sifat sejarah dan unsur-unsur sababiahnya, timbullah persoalan dan pertanyaan mengapa,
kenapa atau bagaimana. (Mohamad Idris Salleh, 1995:1) Melalui unsur sababiah inilah yang menjadi
asas kepada perlunya elemen-elemen seperti perkakasan dan bangunan-bangunan dicari. Ini dapat
diperolehi pada kebiasaannya samada melalui kerja-kerja ekskavasi arkeologi ataupun berdasarkan pada
bahan-bahan bukti yang kekal dan sedia ada. Menerusi dapatan-dapatan arkeologi inilah sejarah bagi
sesuatu kejadian atau tempat ditafsirkan dan dipertimbangkan sebagai fakta.

Ini menepati sebahagian matlamat kegunaan arkeologi itu sendiri sebagaimana yang digariskan oleh
P.Watson iaitu :

 Kegunaan melengkapkan barang-barang pengumpul dan objek-objek muzium.


 Untuk melengkapkan dokumentasi bagi pengkajian sejarah seni dan sejarah senibina.
 Untuk memperolehi pengetahuan mengikut susunan peristiwa dan kronologi dengan ketiadaan
dokumen-dokumen bertulis.
 Untuk membantu melengkapkan data bagi semua pengkajian sejarah (sejarah histiografi, struktural
atau konstruktif) dengan matlamat-matlamat particularist/ideografik.
 Untuk melengkapkan data yang bebas yang boleh digunakan untuk menguji hipotesis …. tentang
proses kebudayaan. Ini adalah berkaitan dengan matlamat kesimpulan umum nomotetik dan
undang-undang umum yang dapat memberikan kita kefahaman tentang sejarah. (Shakila Yaacob,
1990:12)

Elemen-elemen yang telah ditafsir dan dipertimbangkan sebagai data dan fakta inilah kemudiannya
dijadikan asas kepada manusia untuk mengenali diri dan identiti masing-masing. Inilah hubungan
penting yang dilahirkan oleh sejarah dalam kehidupan manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh E.H
Carr bahawa sejarah adalah suatu proses perhubungan yang tidak akan putus antara ahli sejarah dengan
bahannya. Ia adalah suatu kesinambungan peristiwa zaman dahulu hinggalah sekarang. Beliau juga
menambah lagi bahawa sejarah itu adalah merupakan suatu bentuk penyelidikan proses sosial dan
justeru itu merupakan perhubungan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat yang telah lalu.
(Mohamad Idris Salleh, 1995:1)

Maka untuk itu perlulah usaha-usaha mencari, menjaga, memulihara dan melindungi bahan-bahan
sejarah dipergiatkan agar masyarakat pada hari ini tidak lupa akan asal-usul juga proses perkembangan
sejarah di negara ini. Diantara warisan sejarah yang terbaik untuk dibangunkan ialah bangunan-
bangunan bersejarah yang sedia wujud dan masih kekal ataupun bangunan-bangunan sejarah yang
dicari, ditemui dan diekskavasi semula. Ini kerana bangunan bersejarah adalah sesuatu yang boleh
dilihat dan dinilai dengan mudah kerana fizikalnya yang jelas. Bangunan bersejarah juga mudah menjadi
tarikan umum kerana kecantikan persekitaran dan fizikalnya sekaligus dapat membantu sektor
pelancongan.

Diantara perkara paling penting yang dapat dilahirkan aktiviti konservasi terutamanya monumen dan
bangunan bersejarah serta warisan ialah sumbangannya kepada sejarah negara. Pengekalan warisan

1914
budaya bangsa menerusi aktiviti pemuliharaan akan memastikan kewujudan bukti-bukti sejarah yang
sudah pasti memberikan gambaran lebih jelas tentang sesuatu peristiwa dan fakta berkenaan sesebuah
negara dan sesebuah bangsa.(Zulhilmi : 2003) Selain itu tidak dapat dinafikan aktiviti konservasi
membantu masyarakat melihat perkembangan dan kemajuan senibina yang telah berlaku di sesebuah
kawasan atau negara. Ini adalah penting kerana sejarah telah membuktikan sejak dahulu lagi bahawa
diantara catatan kemajuan manusia yang paling berkesan sering kali ditonjolkan menerusi pembinaan
monumen seperti yang dilakukan masyarakat Mesir Kuno dengan piramid mereka. Disamping itu
pengekalan warisan budaya bangsa terutamanya monumen dan tapak bersejarah juga memberikan
kesan psikologi kepada orang ramai dari aspek mengenangkan kembali atau mengaitkan peristiwa-
peristiwa masa lalu. Melalui kenangan peristiwa masa lampau ini sebahagiannya akan dapat
menanamkan cinta rasa kepada negara selain dapat menjadikan peristiwa masa lampau itu sebagai
panduan pada masa akan datang. (Zulhilmi & Rohani, 2003)

Senario dunia hari ini menonjolkan pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan penting kepada
kebanyakan negara di dunia. Di kala kawasan-kawasan pelancongan semakin kurang diperolehi, warisan
budaya bangsa seperti bangunan-bangunan bersejarah dan juga tapak-tapak bersejarah yang berkaitan
dengan perkembangan tamadun manusia semakin popular dan sering menjadi alternatif kepada
sesetengah tempat-tempat pelancongan yang sedia ada. Usaha pelancongan menerusi pengenalan
kawasan bersejarah dan warisan negara ini amat berjaya dilaksanakan di beberapa negara seperti Mesir,
United Kingdom, Sepanyol, China dan beberapa negara lain yang seharusnya dan sememangnya telah
dicontohi negara ini.

Metodologi
Penyelidikan yang dijalankan dalam bentuk kualitatif. Modus kajian merangkumi aktiviti berbentuk kerja
lapangan (untuk mendapatkan data primer), kajian arkib dan perpustakaan (data sekunder), analisis
keratan akhbar, laporan dan dokumen rasmi, dan temubual beserta tinjauan (pengedaran borang soal
selidik). Sebahagian besar aktiviti kajian akan tertumpu kepada tinjauan dan pendokumentasian secara
langsung terhadap bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan. Tinjauan dan lawatan akan
dilakukan ke atas tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai tapak warisan serta lokasi bersejarah seperti
Pasir Salak di Perak, Kota Kuala Kedah di Kedah, Kota Al Marhum Kayang di Perlis dan Kota Cornwallis di
Pulau Pinang. Kerja lapangan ke atas tapak-tapak tersebut akan menghasilkan data dalam bentuk imej
(fotografi, lakaran, pemetaan), catatan lapangan, rakaman video dan lain-lain bentuk data primer.

Selain dari itu kajian ini juga akan menumpukan kepada kajian berbentuk analisis kandungan (content
analysis) dan kajian arkib berasaskan sumber data sekunder. Pencarian maklumat semua sumber
warisan seperti dokumentasi Jabatan Warisan, bahan-bahan primer dari arkib di Arkib Negara Malaysia
dan Muzium Negara Malaysia, dan muzium-muzium negeri. Kajian akan mengaplikasikan kaedah analisis
kandungan (content analysis) dan perbandingan berterusan (constant comparison) terhadap bahan-
bahan sejarah menggunakan perisian pengurusan data berkomputer (Nvivo 8). NVivo merupakan
perisian yang mampu mengintegrasikan data daripada sumber / medium yang pelbagai – teks, imej,
video dan suara.

Selain itu kajian akan menumpukan kepada kajian bercorak temubual. Temubual akan dilakukan dengan
pihak-pihak berwajib seperti Pesuruhjaya Warisan, Pegawai Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, badan
budaya dan warisan kerajaan negeri.

1915
Kajian kemudiannnya akan mengklasifikasikan dan mengkategorikan hasil pendokumentasian. Indeks
bagi pengkategorian ini akan dibentuk berdasarkan kajian kepada model-model sedia ada yang dan
telah digunakan di negara-negara yang telah lama berjaya dalam pelancongan warisan ini seperti United
Kingdom, Itali, Turki dan juga garis panduan yang telah ditetapkan UNESCO.

Kerangka Analisis (Skema Klasifikasi & Dokumentasi)


Proses mendokumentasi dan mengklasifikasikan warisan kebudayaan perlu dilihat sebagai suatu usaha
yang kritikal dalam konteks konservasi dan pemuliharaan artifak sejarah atau kebudayaan sesebuah
masyarakat. Ini kerana unsur sedemikian memiliki nilai yang tinggi jika dilihat dalam konteks
kesinambungan budaya, nilai dan ketamadunan sesebuah masyarakat. Menurut English Heritage456,
tinggalan sejarah dan warisan merupakan unsur yang amat berharga kepada sesebuah negara. Unsur ini
perlu dijaga dengan rapi melalui usaha konservasi yang serius, sistematik dan berlandaskan prinsip serta
falsafah yang tersendiri (English Heritage, 2008). Salah satu aspek yang ditekankan serta menjadi
kerangka asas dalam proses konservasi ialah hubungan antara persekitaran sejarah (historic
environment) dengan manusia dan kepelbagaian aktiviti mereka. Persekitaran sejarah dilihat sebagai
suatu sumber yang perlu dikongsi bersama, perlu kekal mapan melalui penglibatan semua pihak (dalam
proses menyumbang dan memperkembangkan ilmu tentang warisan sejarah), perlu difahami sebagai
sesuatu yang signifikan, perlu diuruskan dengan betul bagi memastikan kesinambungan nilainya
terpelihara, sebarang perubahan melibatkan unsur warisan perlu dibuat dengan asas yang kukuh, telus
dan berterusan dan perlu didokumentasikan bagi membolehkan ianya dipelajari dan difahami.

Di zaman moden ini sebarang bentuk informasi tentang tinggalan sejarah mempunyai nilai tersendiri
yang bukan sahaja berharga kepada segelintir masyarakat sahaja (yang berminat dengan aspek nilai
sejarah seperti ahli kaji sejarah, kurator muzium atau ahli arkeologi), bahkan juga kepada mereka yang
berminat dengan potensi ekonomi dan sumbangan material yang mampu dihasilkan oleh wujudnya
sistem maklumat bersepadu tentang sejarah dan warisan kebudayaan. Lantaran itu kajian ini melihat
terdapat keperluan yang ketara untuk diwujudkan suatu sistem klasifikasi atau inventori maklumat
berkaitan tapak sejarah dan warisan yang ada di Malaysia untuk tujuan konservasi dan juga
pengkomersilan. Disamping menjadi sumber tidak ternilai kepada persekitaran sejarah (i.e. pendidikan,
rekod sejarah), kehadiran suatu inventori atau klasifikasi maklumat bersepadu dan sistematik tentang
warisan sejarah turut boleh membawa manfaat yang besar kepada industri pelancongan negara. Namun
perlu diingat bahawa meskipun nilai komersil warisan sejarah itu penting namun ia tidak boleh dijadikan
satu-satunya asas kepada usaha konservasi. Bahkan, nilai warisan (heritage values) perlu diutamakan
kerana ia berkait rapat dengan manusia dan bagaimana manusia melihat persekitaran sejarahnya
(English Heritage, 2008).

Bertitik tolak daripada konseptualisasi nilai warisan yang telah dikenalpasti oleh English Heritage (2008),
suatu model atau kerangka analisis telah dihasilkan untuk tujuan kajian ini. Kerangka ini dibentuk
berdasarkan empat (4) nilai warisan yang dilihat memiliki kaitan yang rapat dengan sesuatu unsur

456
English Heritage (http://www.english-heritage.org.uk) ditubuhkan pada tahun 1984 dan merupakan sebuah
badan yang bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan England berkaitan hal ehwal sejarah serta konservasi
sejarah.

1916
warisan sejarah, iaitu: a) nilai pembuktian (evidential value), b) nilai sejarah (historical value), c) nilai
estetika (aesthetic value) dan d) nilai komunal (communal value). Setiap satu daripada nilai yang disebut
ini memiliki kepentingan yang tersendiri dan boleh dikaitkan dengan kewujudan sebarang bentuk
tinggalan warisan sejarah sama ada ianya berbentuk artifak, monumen atau tapak sejarah. Signifikan
nilai-nilai ini walau bagaimanapun, jika dilihat secara dekat lebih bersifat kualitatif. Misalnya, tinggalan
bersejarah Kota Melaka boleh dilihat sebagai memiliki kesemua nilai-nilai yang disebutkan di atas, akan
tetapi kebanyakannya hanya mendapat tempat dalam diskusi-diskusi tertentu sahaja seperti dalam buku
teks sejarah atau dibincangkan di kalangan ahli sejarah di konferens dan seminar. Potensi tinggalan
seperti Kota Melaka jarang dilihat oleh masyarakat umum atau dalam discourse intelektual dalam
konteks kuantitatif, misalnya apakah potensi Kota Melaka dalam menjana ekonomi masyarakat
setempat dan apakah ciri-ciri khusus yang ada pada Kota Melaka yang boleh diketengahkan /
dimanfaatkan oleh masyarakat umum? Oleh yang demikian, model yang dibentuk sebagai asas proses
pengklasifikasian dan pendokumentasian yang bakal dilakukan dalam kajian ini turut mengambilkira satu
lagi nilai tambahan yang dilabelkan sebagai ‘nilai komersial’ (commercial value), seperti yang
digambarkan dalam Gambarajah 1.

Gambarajah 1

Aesthetic Value Historical Value

Commercial Value

Communal Value Evidential Value

Jadual 1 di bawah menerangkan secara ringkas maksud setiap bentuk nilai yang dikenalpasti dalam
kerangka tersebut, beserta contoh deskripsi konseptual bagi setiap nilai tersebut.

Jadual 1

Nilai Warisan Maksud Deskripsi Konseptual Contoh

1917
Nilai Warisan Maksud Deskripsi Konseptual Contoh

Nilai Pembuktian Potensi sesuatu Tinggalan sejarah boleh Lembah Bujang


(Evidential artifak / diklasifikasikan berdasarkan sebagai sumber
ValueI)* tinggalan sejarah potensinya dalam menyumbang kefahaman tentang
sebagai bukti kepada bidang pendidikan, inventori tahap penggunaan
kegiatan manusia ilmu, pembuktian fakta, peningkatan peralatan.
zaman lampau kefahaman, pembentukan budaya /
amalan / cara hidup, dll.

Nilai Sejarah Potensi sesuatu Tinggalan sejarah boleh Stadium Merdeka


(Historical artifak / diklasifikasikan berdasarkan sebagai manifestasi
Values)* tinggalan dalam potensinya dalam menyumbang kronologi sejarah
merungkai kepada apresiasi masyarakat kemerdekaan
persoalan terhadap kesinambungan cara hidup negara.
tentang apa yang antara masyarakat terdahulu dan
berlaku di masa masyarakat sekarang, mewujudkan
lampau secara inventori fakta (arkib), menjejaki
ilustratif dan perubahan sosial, mewujudkan
asosiatif naratif (e.g. nilai orang Melayu),
percampuran budaya, dll.

Nilai Estetika Keupayaan Tinggalan sejarah boleh Masjid Negara


(Aesthetic sesuatu artifak / diklasifikasikan berdasarkan dilihat sebagai
Value)* tinggalan dalam potensinya dalam menyumbang manifestasi
mewujudkan kepada lahirnya unsur kesenian, gabungan seni bina
stimulasi deria kebudayaan, agama, kepakaran moden dan
dan intelektual teknikal, kefahaman tentang alam tradisional.
(fizik, kimia), hubungan manusia
dengan alam, kreativiti, dll.

Nilai Komunal Potensi sesuatu Tinggalan sejarah boleh Kaitan antara seni
(Communal artifak / diklasifikasikan berdasarkan bina rumah dengan
Value)* tinggalan dalam potensinya dalam menyumbang pembentukan ciri
memberikan kepada kehidupan kolektif, dan identiti
makna atau perkembangan budaya setempat, sesebuah komuniti.
pengertian nasionaliti, adaptasi dengan alam,
bersifat kolektif / pengaruh persekitaran, corak hidup,
komunal pembentukan nilai, dll.

1918
Nilai Warisan Maksud Deskripsi Konseptual Contoh

Nilai Komersial Potensi sesuatu Tinggalan sejarah boleh Kota Melaka


artifak / diklasifikasikan berdasarkan sebagai salah satu
(Commercial tinggalan sejarah potensinya dalam menyumbang tapak bersejarah
Value) dalam kepada pengkomersilan aktiviti yang menjadi daya
menghasilkan pelancongan, meningkatkan tarikan pelancong
pulangan nyata / pendapatan masyarakat setempat, utama di Malaysia
komersil daya tarikan pelancong,
menghasilkan produk, dll.

* Diadaptasikan daripada English Heritage (2008)

Mengenal pasti dan mengumpulkan maklumat BSTWK di wilayah utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang
dan Perak Utara).
Kajian ini telah menggunakan sebahagian besar masa untuk mengenal pasti dan melakukan tinjauan
bagi pengumpulan maklumat berkaitan BSTWK di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Hasil dari kajian
di Jabatan Warisan Negara (JWN), Arkib Negara Malaysia dan beberapa organisasi kerajaan dan swasta
sebanyak 133 BSTWK telah dijadikan subjek kajian ini. Sebahagian besar maklumat BSTWK diperolehi
menerusi inventori JWN, manakala selebihnya berdasarkan maklumat dari individu, orang awam,
jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan juga sumber arkib. Ada sebahagian BSTWK yang dilawati
tidak dapat dijadikan item kajian kerana kurangnya maklumat yang ada dan tidak dapat dikesan sama
ada dari sumber penulisan atau lisan. Ini secara umumnya selari dengan pandangan tentang kurangnya
elemen minat dan juga pengetahuan dalam kalangan masyarakat akan hal-hal berkaitan bangunan-
bangunan lama ataupun tapak warisan. Sebagai contoh Kota Sena dan Istana Tunku Kudin merupakan
antara bangunan bersejarah yang didapati terbiar dan hampir hilang dari khazanah warisan negara.
Manakala Kota Giam yang tercatat dalam inventori JWN dan juga penulisan-penulisan sejarah lama
Kedah langsung tidak dapat dikesan dan terpaksa dikeluarkan dari senarai item kajian.

Hasil pengumpulan maklumat mengenai BSTWK ini juga mendapati wilayah utara Semenanjung
Malaysia mempunyai banyak bangunan dan tapak bersejarah yang menarik dan penuh dengan nilai-nilai
sejarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 35 peratus daripada BSTWK yang terdapat di kawasan
kajian merupakan bangunan dan tapak yang berusia lebih 100 tahun. Usia seperti ini menggambarkan
betapa besarnya nilai sejarah yang dimiliki oleh bangunan-bangunan tersebut.

Kajian ini juga dilihat selari dengan perkembangan terbaru dalam industri pelancongan warisan Kedah
apabila berlakunya penemuan terbaru berkaitan Tamadun Awal Kedah berikutan dengan penemuan
fakta di tapak arkeologi Sungai Batu, Merbok. Penemuan terbaru ini membuktikan bahawa tapak ini
memiliki sejarah tamadun tertua di Asia Tenggara iaitu sekitar abad pertama Masihi iaitu 1900 tahun
yang lalu. Penyelidikan arkeologi mendapati lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu mempunyai
sistem pengaliran anak sungai yang menunjukkan seolah-olah setiap permatang terpisah menjadi

1919
seperti pulau-pulau yang dikatakan amat strategik untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan
pertahanan, dan masih berada dalam lingkungan pengaruh tamadun Lembah Bujang yang
berkemungkinan mempunyai asosiasi dengan tapak-tapak lain seperti tapak Sungai Batu Pahat,
Kampung Pengkalan Bujang, Kampung Bendang Dalam dan berada dalam kawasan tapak Candi 71.
Berikutan dengan penemuan terbaru ini Menteri Besar Kedah berharap suatu dimensi baru akan muncul
dalam industri pelancongan warisan di negeri itu. Menurut beliau lagi, "Kita berharap agar tapak ini juga
akan menjadi tarikan pelancongan tanpa menjejaskan persekitarannya dan berharap ia dapat
diwartakan segera sebagai satu lagi tapak warisan UNESCO." (Mohd Ramli Mehat, 2013). .

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai sejarah ketamadunan yang terawal di negara ini, sudah pasti
Kedah kaya dengan tapak warisan dan bangunan bersejarah. Sehubungan dengan itu juga, usaha-usaha
untuk mengenal pasti BSTWK perlu dipergiatkan lagi. Adalah tidak mustahil wilayah utara ini akan
menambahkan lagi bilangan BSTWK yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia selepas
Bandaraya Melaka dan Georgetown bersama-sama dengan 900 Tapak Warisan di seluruh dunia lain
yang diiktiraf oleh UNESCO seperti Angkor Wat di Kemboja, Candi Borobodour di Indonesia, Tembok
Besar China di China, London Tower di United Kingdom, Piramid Giza di Mesir, Great Barrier Reef di
Australia, Sydney Opera House di Australia, Taj Mahal di India, Machu Picchu di Peru, Al-Hambra di
Sepanyol dan lain-lain lagi.

Penyelidikan ini juga membuktikan bahawa wilayah utara memiliki signifikan yang tinggi dalam “time
line” sejarah negara seperti yang diperlihatkan melalui kewujudan Tapak Arkeologi Lenggong di Perak
dan Tapak Arkeologi Lembah Bujang. Kedua-dua tapak ini merupakan tapak warisan yang membuktikan
permulaan pertapakan tamadun manusia di negara ini, manakala kota-kota pemerintahan beraja yang
ditemui di Kedah menjadi unsur pembuktian penting dalam sejarah pemerintahan beraja. Selain dari itu,
penguasaan pembesar-pembesar Melayu dalam sejarah ekonomi negara iaitu industri timah di Perak
digambarkan melalui kewujudan Muzium Matang yang merupakan kediaman dan pusat pentadbiran
Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim semasa kegemilangan kuasa beliau sebagai pembesar Melayu di
Larut, Perak. Kegemilangan pentadbiran British di sebuah negeri yang sangat kaya dengan pengeluaran
bijih timah jelas tergambar melalui keindahan bangunan Pejabat Daerah Matang, Perak yang bercirikan
senibina Inggeris. Demikian juga deretan kedai yang terdapat di bandar Taiping dan Bandaraya
Georgetown meninggalkan kesan sejarah kehadiran imigran Cina di Tanah Melayu pada akhir abad ke 17
dan awal abad ke 18. Tidak ketinggalan ialah sejarah kemerdekaan negara digambarkan melalui Rumah
Merdeka di Alor Setar, juga biografi pemimpin unggul negara ditonjolkan melalui Rumah Kelahiran
Mahathir di Alor Setar. Tidak ketinggalan juga, warisan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan
ditonjolkan melalui Pekan Rabu, Alor Setar. Selain dari itu kawasan utara Malaysia juga kaya dengan
warisan peninggalan yang yang berkaitan dengan perkembangan agama Islam dan peranannya dalam
sosio-politik negara seperti Masjid Lama Arau, Masjid Zahir di Alor Setar, Maktab Mahmud, Alor Setar
dan Sekolah Ihya Al-Shariff Gunung Semanggol di Perak.

Mendokumentasi dan memperincikan maklumat bangunan bersejarah dan tapak warisan


kebudayaan.
Pada masa yang sama kajian ini juga turut mengumpul maklumat dan memperincikan maklumat semua
BSTWK yang dilawati dan dipersetujui untuk senarai item kajian. Perincian status ini dibuat berasaskan

1920
instrumen yang dibina dan dibentuk berasaskan kajian literatur (Lihat instrumen pada LampiranXXX).
Beberapa perkara asas menjadi elemen penting dalam instrumen ini seperti usia, status penjagaan,
lokasi dan beberapa elemen penting yang lain. Sedia dimaklumi bahawa Malaysia merupakan negara
yang kaya dengan bangunan bersejarah dan tapak warisan. Menurut Syed Zainol Abidin Idid (1995), hasil
kajian inventori bangunan-bangunan warisan Malaysia yang telah dilakukan oleh Muzium Negara pada
tahun 1992, terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah
bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara. Walaupun kini industri pelancongan negara telah
menampakkan kecenderungan untuk menjadikan bangunan bersejarah dan tapak warisan sebagai
sebahagian daripada aset pelancongan namun pada hakikatnya sebahagian besar daripada bangunan
warisan tidak dipulihara dengan baik dan kebanyakan daripadanya berada keadaan yang menyedihkan
(A. Ghafar Ahmad, 2009).Kajian ini juga mendapati keadaan yang sama berlaku banyak bangunan
bersejarah dan tapak warisan yang dilawati, sebahagiannya hanya tinggal serpihan, bekas tapak dan juga
sedang runtuh. Sekiranya tindakan mendokumentasikannya tidak dijalankan maka negara akan
kehilangan bukti-bukti sejarah

Pemuliharaan BSTWK melalui usaha-usaha pendokumentasian juga mampu memperbetulkan fakta-


fakta sejarah negara yang sering dikelirukan melalui pentafsiranyang berbeza. Contohnya usaha-usaha
pendokumentasian BSTWK yang telah dilakukan melalui penerbitan buku Melayu-Muslim dalam Sejarah
George Town berjaya menjelaskan peranan kumpulan Melayu-Muslim dalam perkembangan sosio-
budaya dan ekonomi Pulau Mutiara itu. Ini jelas kerana dalam kebanyakan penulisan tentang
perkembangan Pulau Pinang, banyak sumber sejarah yang dihasilkan adalah berasaskan kepada
pengalaman dan pandangan penulis orientalis yang merupakan mereka yang pernah terlibat dalam
pentadbiran Inggeris, pedagang, tuan tanah, peguam dan sebagainya semasa penjajahan British dahulu.
Oleh yang demikian, adalah tidak sukar untuk menilai sudut pandangan tulisan-tulisan mereka yang
secara jelas bertujuan untuk menyokong dasar penjajahan mereka (Kementerian Kebudayaan
Komunikasi & Kebudayaan dan Arkib Negara Malaysia, 2011).

Namun begitu, perkembangan mutakhir menunjukkan tentang kesedaran yang lebih meningkat
terhadap keperluan usaha-usaha pemuliharaan BSTWK. Kecenderungan ini menjadi lebih ketara apabila
Bandaraya Melaka dan Bandaraya Georgetown diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun
2008. Pengisytiharan tersebut menyebabkan bangunan bersejarah dan tapak warisan menjadi aset
penting dalam menggiatkan industri pelancongan negara. Sehubungan dengan itu juga pihak kerajaan-
kerajaan negeri di Malaysia mula menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk memulihkan
BSTWK yang terdapat di negeri masing-masing. Sebagai contoh di negeri Kedah, kerajaan sedang
berusaha untuk menjadikan Terusan Wan Mat Saman iaitu salah satu tapak warisan yang terkenal di
Kedah tetapi kurang diberikan perhatian, untuk dijadikan penanda warisan bagi mengekalkan tempat
bersejarah di Kedah (Berita Harian, 2013).

Mengkategori dan mengklasifikasikan bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan di


wilayah utara
Objektif ketiga kajian banyak bersandarkan kepada pelaksanaan instrumen yang dibentuk berdasarkan
kerangka teoritikal yang mengadaptasi model konseptual yang dicadangkan English Heritage. Hasil
kajian mendapati majoriti BSTWK adalah berbentuk binaan. Ia terdiri daripada bangunan awam seperti

1921
seperti balai polis, pejabat pos dan hospital. Oleh kerana sebahagian besar daripada BSTWK merupakan
binaan bangunan awam yang terletak di kawasan bandar, maka tidak hairan jika BSTWK menerima
kesan langsung sekiranya berlaku sebarang proses atau aktiviti perbandaran di kawasan tersebut.
Sebagai contoh Stesen Keretapi Butterworth yang telah hilang adalah diakibatkan oleh perkembangan
perbandaran kawasan tersebut. Tindakan ini merupakan satu kerugian besar terhadap nilai sejarah
negara. Langkah yang lebih bijak yang perlu dijalankan ialah pelaksanakan langkah pemuliharaan
bandar. Menurut Abdul Aziz Hussin (2011), matlamat pemuliharaan bandar adalah untuk mengawal dan
memperoleh kembali kepentingan kebudayaan sesuatu tempat dan semestinya mengandungi
peruntukan keselamatan untuk penjagaan keadaannya, termasuklah segala macam bangunan
bersejarah dan tapak warisan yang terdapat di dalamnya. Ia bertujuan untuk mengekalkannya pada
masakini dan masa hadapan. Menurut beliau lagi, matlamat pemuliharaan hanya akan berkesan apabila
terdapat sumber warisan yang mencukupi untuk menjamin bahan yang terkandung di dalam sesuatu
tempat supaya tidak ditinggalkan dalam keadaan terancam dan kepentingan pertalian kebudayaan
tempat itu tidak termusnah.

Dalam usaha pemuliharaan BSTWK ini pihak berkuasa sering mengemukakan soal peruntukan
perbelanjaan yang tinggi, namun sebenarnya langkah pemuliharaan yang baik ialah melalui usaha yang
sederhana dan tidak menelan perbelanjaan yang banyak dari segi perlaksanaanya. (Abdul Aziz, 2011).
Apa yang penting keikhlasan pihak-pihak yang terlibat, ketekalan ataupun usaha yang berterusan dan
komitmen yang tinggi daripada pihak kerajaan dalam melaksanakan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Usaha pemuliharaan berkait secara langsung dengan status jagaan ke atas BSTWK. Hasil analisis
menunjukkan majoriti BSTWK mempunyai status jagaan sempurna. Namun tidak dapat disangkal
bahawa terdapat BSTWK yang status jagaannya hilang, tinggal runtuhan dan terbiar. Hampir kesemua
sebenarnya memberikan makna kepada kesinambungan sejarah dan kebudayaan negara. Keadaan-
keadaan yang menimpa Tapak Arkeologi Sungai Mas, dan Istana Hinggap Raja Bersiong dan Kota Indera
Kayangan, di Perlis. Sebenarnya masih banyak BSTWK yang sedang menunggu nasib yang sama seperti
Istana Tengku Kudin, Masjid Pengkalan Kakap, Kota Kuala Kedah, Istana Sepahcendera dan beberapa
BSTWK yang lain. Nasib yang sama juga sedang berlaku ke atas beberapa BSTWK seperti rumah agam
Syed Al-Attas terletak di Lebuh Acheh, Georgetown. Menurut Farizwan Abdul Ghafar, rumah ini sangat
berkait rapat dengan figura penting sejarah perkembangan persuratkhabaran negara. Ia sebenarnya
menjadi kediaman para pengasas akhbar Warta Malaya iaitu Abdul Wahab Zain, Mohammad Saman
Zain dan Md Zaki Md Isa. Mereka kemudiannya menubuhkan akhbar Berita Harian pada tahun 1959-an
(Faridzwan Abdul Ghafar, 2013). Sebenarnya perkara ini tidak patut berlaku apalagi rumah agam ini
terletak di Tapak Warisan Dunia Georgetown.

Namun begitu terdapat banyak BSTWK yang masih dijaga dengan sempurna terutama yang berkait
dengan tokoh-tokoh negara zaman kemerdekaan dan pasca merdeka seperti Rumah Merdeka dan
Rumah Kelahiran Tun Mahathir di Alor Setar. Selain dari itu Masjid Zahir masih merupakan BSTWK yang
masih utuh malah menjadi salah satu ikon BSTWK di Kedah dari aspek keagungan Islam.

1922
Membentuk indeks tapak warisan di wilayah utara.

Setelah semua peringkat pengenalpastian, pengumpulan maklumat, pendokumentasian dan


pengkategorian BSTWK dilakukan, kajian ini telah membentuk indeks untuk memperincikan status
setiap BSTWK yang dipilih sebagai item kajian. Indeks yang dibentuk adalah berasaskan penilaian
konservasi atau pemuliharaan bagi setiap BSTWK. Walau bagaimanapun indeks yang dibentuk bukanlah
indeks konservasi yang merujuk kaedah teknikal bagi setiap BSTWK. Indeks yang terbentuk berasaskan
elemen konseptual dari English Heritage ini terbahagi kepada 3 dan lebih berbentuk umum dengan
tujuan ia boleh menjadi alat pengukur kepada masyarakat umum. Hal ini selari dengan tujuan kajian ini
untuk membentuk indeks konservasi bagi tujuan membantu meningkatkan lagi industri pelancongan
warisan di negara ini. Berasaskan 3 indeks ini secara umumnya ia memudahkan penilaian sesuatu
BSTWK sama ada bentuk fizikal, daya tarikan yang ada, ataupun nilai estetika yang wujud pada BSTWK
tersebut.

Sepanjang kajian dapat dikatakan apabila indeks fizikal BSTWK itu tinggi, ini secara lazimnya akan diikuti
juga dari sudut indeks Daya Tarikan dan Indeks Estetikanya. Hal ini berlaku kerana apabila sesuatu
BSTWK itu mempunyai sifat fizikal yang baik ia secara langsung menjadi tarikan dan jelas kewujudan nilai
estetikanya seperti bangunan Masjid Zahir di Alor Setar.

Berasaskan indeks yang telah dibina terhadap semua BSTWK hampir 40 peratus mempunyai indeks yang
yang melebihi 0.90. Skor yang tinggi menunjukkan BSTWK mempunyai kaitan dengan ketokohan sejarah
seperti kediaman tokoh yang tinggi kepada masyarakat seperti Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir dan
Rumah Merdeka, Alor Setar. Oleh yang demikian dapat dikatakan senario sejarah negara mempunyai
impak terhadap BSTWK.

Perkara yang sama juga dapat dikaitkan dengan kedudukan Tapak Arkeologi Lenggong dan Tapak
Arkeologi Lembah Bujang. Minat dan kesedaran ke atas sejarah tamadun negara mempengaruhi
penilaian terhadap daya tarikan yang dimiliki oleh BSTWK. Manakala indeks nilai dipengaruhi oleh
pelbagai elemen seperti sejarah, fungsi dan ciri fizikal BSTWK. Berbanding dengan indeks yang lain,
indeks nilai lebih menunjukkan kerencaman dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Cabaran-cabaran pembentukan indeks warisan budaya bangsa

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini aktiviti membentuk indeks ini bukanlah sesuatu yang
baharu. Walau bagaimanapun pada hakikatnya usaha membentuk indeks ini perlu diteruskan atas sifat
dinamisme sejarah itu sendiri. Dari sudut kesedaran secara keseluruhannya ia masih lagi dalam proses
penerimaan terutamanya bagi masyarakat di negara ini. Sama ada dari pihak kerajaan atau masyarakat
umum yang terlibat dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, ini sering menimbulkan kontroversi.
Justeru itu pada bahagian ini penulis mengetengahkan beberapa cabaran yang dihadapi dalam usaha
pembentukan indeks ini yang banyak berkait dengan perkembangan aktiviti pemuliharaan warisan
budaya bangsa. Menerusi kajian yang dibuat dapat difahami bahawa cabaran-cabaran yang wujud
berkait rapat dengan aktiviti pemuliharaan itu sendiri. Cabaran wujud kerana idea tentang pemuliharaan
itu sesuatu yang sangat asing. Justeru tidak hairan dalam menggariskan cabaran-cabaran bagi

1923
membolehkan wujudnya satu indeks warisan budaya bangsa, ianya sebenarnya membawa kita
meneroka kepada cabaran yang dihadapi oleh aktiviti pemuliharaan itu sendiri. Di antara cabaran yang
dikenal pasti dari kajian yang dijalankan ialah:

Kerenah Birokrasi

Malaysia seperti kebanyakan negara pada hari ini mula memberikan tumpuan kepada usaha-usaha
pemuliharaan warisan budaya bangsa yang ada sebagai nilai-nilai yang perlu dikongsi bersama oleh
rakyatnya. Di dalam kerancakan negara menggalakkan usaha-usaha pemuliharaan ini Malaysia seperti
banyak negara yang pernah dijajah ternyata tidak dapat lari dari masalah pengaruh birokrasi yang selalu
mengakibatkan kekeliruan atau kekaburan.

Apa yang dimaksudkan ialah tentang kewujudan pertindihan peranan dan kuasa yang wujud dalam
proses pelaksanaan sesuatu projek pemuliharaan di negara ini yang merupakan sebuah negara yang
berasaskan sistem federal atau persekutuan. Ini merupakan satu cabaran besar buat negara bukan
sahaja dalam kerja-kerja atau projek pemuliharaan tetapi juga dalam konteks mentafsirkan kuasa yang
ada berasaskan prinsip federalisme diantara kuasa kerajaan negeri dan persekutuan.

Ini dapat kita lihat dari usaha-usaha pemuliharaan yang sering melibatkan kawasan bandar dan pada
kebiasaaannya melibatkan soal tanah yang dibawah kuasa kerajaan tempatan dan negeri. Seringkali
kawasan-kawasan yang dikenal pasti dan kadangkala telah disenaraikan dalam senarai warisan sejarah
negara turut dikehendaki oleh pihak kerajaan negeri yang berkuasa ke atas hak tanah atas sebab-sebab
tertentu seperti pembangunan setempat. Keperluan satu pihak untuk kemajuan dan pembangunan
seharusnya tidak dinafikan tetapi pada masa yang sama juga kehilangan warisan budaya bangsa akibat
pembangunan yang dijalankan juga harus difikirkan terutama demi kebaikan generasi akan datang.

Kurang Kefahaman

Masalah utama dalam usaha pemuliharaan BSTWK di Malaysia ialah kurangnya kefahaman dan
kesedaran masyarakat tentang perkara-perkara pemuliharaan. Hal sebegini adalah adalah amat penting
kerana masyarakat merupakan pihak yang sentiasa berada paling hampir dengan apa yang kita katakan
sebagai warisan budaya bangsa ini. Malahan sesetengah golongan masyarakat berada di bawah
bumbung sesetengah bangunan bersejarah yang disenaraikan sebagai warisan budaya bangsa di negara
ini. Contoh sebegini boleh dilihat dengan jelas di negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Perak yang
mempunyai banyak bangunan yang telah berumur lebih dari seratus tahun.

Berasaskan faktor inilah kefahaman yang tinggi dalam setiap golongan masyarakat terhadap perkara ini
diperlukan. Hanya dengan pendidikan barulah masyarakat mendapat kesedaran betapa pentingnya nilai
warisan yang ada di sisi mereka. Sememangnya telah wujud pelajaran sejarah disekolah-sekolah tetapi
ini belum cukup memupuk kefahaman mereka sekaligus memberi kesedaran dan menjadikan mereka
lebih prihatin terhadap warisan yang ada.

1924
Dilema Konservasi dan Rekonstruksi

Sementara itu diantara lain, dilema dalam memilih proses yang sebenar untuk memulihkan bangunan-
bangunan bersejarah yang dikategorikan sebagai warisan budaya bangsa yang tidak boleh digerakkan
atau dipindah juga merupakan cabaran yang jelas kepada perkembangan pemuliharaan dinegara ini.
Berdasarkan pandangan mereka yang terlibat dengan pembinaan proses rekonstruksi merupakan jalan
yang lebih baik kerana kos yang lebih rendah disamping kerja yang lebih mudah dan cantik.

Walau bagaimanapun ini jelas telah lari dari matlamat asal memulihara bangunan bersejarah ini kerana
dalam aktiviti pemuliharaan apa yang perlu ialah mengekalkan segala bentuk asal bangunan terlibat
selagi boleh. Dan ini pada pandangan mereka yang terlibat dengan pembinaan sebagai memakan
belanja dan sukar untuk dilakukan. Apabila hal sebegini berlaku dan rekontruksi dilakukan secara tidak
seimbang hasilnya kan menyebabkan warisan budaya bangsa yang asal akan hilang sekaligus mengubah
fakta dan bukti juga cerita sebenar yang wujud pada warisan budaya bangsa yang asal tersebut. Ini jelas
menggambarkan kedangkalan cara berfikir sesetengah pihak atas sebab kurang kefahaman dengan idea
pemuliharaan akhirnya memberi kesan buruk kepada warisan budaya bangsa yang sedia ada.

Dilema Nilai Warisan dan Pembangunan

Disamping dilemma yang wujud dalam konteks pemuliharaan, tidak dapat tidak kita lari dari kenyataan
bahawa dalam program pemuliharaan juga terdapat dilemma dalam memilih di antara nilai warisan
negara dan juga keperluan pembangunan setempat. Ini adalah satu cabaran yang besar bagi Malaysia
yang sedang dalam proses membangun.

Sebagaimana yang banyak pihak sedia maklum salah satu warisan budaya bangsa yang terdiri dari
bangunan-bangunan bersejarah dan juga tapak-tapak bersejarah bolehlah kita kategorikan sebagai
unsur budaya kekal (immovable cultural property). Bentuk warisan budaya bangsa seperti ini secara
umumnya melibatkan kawasan yang luas yang kadangkala mempunyai potensi besar dalam
pembangunan. Inilah yang sering menjadi dilemma pada semua pihak yang terlibat dalam memutuskan
yang mana lebih wajar didahulukan.

Tafsiran Undang-Undang

Di Malaysia beberapa Undang-undang sama ada secara langsung ataupun tidak langsung telah
diperuntukkan dan berkaitan dengan sebarang program pemuliharaan warisan budaya bangsa. Diantara
undang-undang yang sedia ada ialah Akta Warisan 2005, Akta Benda Purba (Antiquities Act ) 1976, Town
and Country Planning Act, 1976 Federal Territory Planning Act , 1982, Local Government Act, (1976) Act
171, National Environmental Policy (EIA Policy).

Walau bagaimana pun apa yang kadangkala berlaku ialah kekeliruan dalam soal pentafsiran bagi setiap
akta yang berkaitan dengan pemuliharaan. Jika kita merujuk kepada cabaran yang pertama, soal
kekeliruan pentafsiran undang-undang ini juga berkait rapat denga hal yang di atas. Maka kerana itulah
wujud pertindihan peranan, keperluan dan juga kuasa. Sebagai contoh dalam hal-hal pembangunan
dalam kawasan kerajaan tempatan, perlulah ada juga unsur-unsur pemuliharaan yang perlu diperkirakan

1925
jika wujud apa yang disebut sebagai warisan budaya bangsa tersebut. Ini memerlukan pemahaman bagi
setiap pihak yang terlibat akan siapa yang perlu dirujuk dan dirundingkan hal berkenaan.

Perundangan luar negara turut digunakan dalam kerja-kerja pemuliharaan di negara ini sebagai
panduan. Ini kerana aktiviti pemuliharaan warisan budaya bangsa terutamanya yang terdiri dari
monumen dan tapak bersejarah adalah merupakan satu bidang yang perlu diselaraskan teknik dan
prosidurnya mengikut peraturan-peraturan diperingkat antarabangsa. Ini bagi memastikan agar kerja-
kerja yang dilakukan diperakui diperingkat tersebut, tambahan pula Malaysia adalah salah sebuah
negara anggota UNESCO yang mana ianya mengguna pakai beberapa charter termasuk "Venice Charter"
dan Burra Charter".

Kemahiran dan Pengalaman

Malaysia sebagai antara negara yang belum lama terlibat dengan usaha-usaha pemuliharaan
sememangnya tidak dapat menafikan akan kekurangan tenaga mahir yang melibatkan diri dalam
program pemuliharaan. Ini juga sedikit sebanyak berkaitan dengan soal kefahaman yang kurang
dikalangan masyarakat akan erti pemuliharaan dan kepentingannya sekaligus mengurangkan kesedaran
dan juga minat untuk seseorang individu melibatkan diri dalam kerja-kerja pemuliharaan.

Kelengkapan

Kelengkapan juga merupakan suatu hal penting dalam konteks pemuliharaan yang mana masih menjadi
kekurangan kepada negara ini. Pada masa kini negara banyak bersandarkan kepada kelengkapan yang
wujud di tempat lain yang lebih lengkap terutamanya di negara jiran Indonesia yang nyata lebih maju
dan berpengalaman terlibat dengan usaha konservasi. Kekurangan kelengkapan mungkin banyak
diakibatkan oleh perbelanjaan yang tinggi dan juga kekurangan tenaga mahir untuk mengendalikan
kelengkapan yang ada.

Kekangan kajian

Sepanjang kajian untuk membentuk indeks ini terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Antara halangan paling ketara sepanjang pelaksanaan kajian ini ialah kekurangan atau ketiadaan sumber
maklumat yang diperlukan bagi mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan sesetengah BSTWK.
Sebagai contoh Istana Hinggap Raja Bersiong yang hanya diperolehi maklumatnya dari sumber lisan yang
terhad. Manakala Kota Giam langsung tidak dikesan kerana ketiadaan sumber maklumat sama ada
berbentuk penulisan ataupun lisan. Selain itu tidak dapat dinafikan satu lagi halangan paling besar dalam
kajian ini ialah permasalahan birokrasi sewaktu berurusan dengan pihak-pihak yang mempunyai
hubungan dengan sesetengah BSTWK. Sebagai contoh bangunan-bangunan awam yang memerlukan
kebenaran atas sebab-sebab keselamatan seperti Fort Carnarvon di Taiping. Contoh yang lain ialah
kajian yang dilakukan ke atas penjara-penjara seperti Penjara Taiping, Alor Setar dan Pulau Pinang. Pihak
berkuasa tidak dapat memberikan kebenaran untuk para penyelidik mengambil gambar bangunan atas
sebab-sebab keselamatan yang menjadi polisi penjara.

1926
Kesedaran yang kurang dalam kalangan masyarakat turut menyumbang halangan sewaktu kajian.
Sebagai contoh persepsi yang tidak menyenangkan dari sesetengah pihak yang memiliki BSTWK dan
kurangnya kerjasama yang diberikan sewaktu kajian dijalankan seperti di Muzium Perang Pulau Pinang.
Selain daripada itu pemerhatian ke atas harta-harta persendirian hanya dapat dijalankan dari jauh
sahaja kerana tidak mendapat kebenaran daripada pemilik mereka ataupun pemilik-pemilik bangunan
tidak dapat dihubungi. Sebagai contoh Rumah lama milik Tunku Omm dan Tunku Latt di Alor Setar. Di
samping itu kajian juga menghadapi halangan dari sudut melaksanakan kajian di semua BSTWK di
kawasan kajian kerana jumlahnya yang banyak dan memberi kesan kepada implikasi masa dan
kewangan. Walau bagaimanapun dalam kes Pulau Pinang, Bandaraya Georgetown tidak dijadikan
sebahagian dari kajian kerana sebagai Tapak Warisan Dunia, Georgetown adalah di bawah seliaan
UNESCO yang mempunyai garispanduan konservasi yang tersendiri. Bagi mengelakkan pertindihan,
kajian di Pulau Pinang tidak melibatkan Tapak Warisan Dunia, Georgetown.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa wilayah utara Semenanjung
Malaysia mempunyai sejumlah besar BSTWK. Kajian ini juga telah berjaya mengenalpasti BSTWK yang
bertaburan di merata-rata tempat dan sebahagiannya tidak diketahui umum. Sekiranya pihak kerajaan
melaksanakan langkah membina indeks terhadap BSTWK, maka ia akan memudahkan lagi usaha-usaha
untuk menjadikan BSTWK sebagai sumber untuk industri pelancongan tempatan. Kajian ini juga
membawa kepada penemuan keadaan yang sedang dan telah menimpa BSTWK. Dengan kata lain. kajian
ini berjaya menunjukkan status jagaan pihak berkuasa terhadap BSTWK samada berbentuk positif,
mahupun sebaliknya.

Apapun keadaannya, tidak dapat dinafikan BSTWK sangat penting sebagai bukti pencapaian generasi
silam untuk difahami oleh generasi kini dan akan datang. Selain dari BSTWK merupakan aset penting
dalam menjanakan industri pelancongan negara khususnya pelancongan warisan. Oleh yang demikian,
berasaskan kepada kepentingan komersial dan sosial, maka wajar sekali langkah tuntas perlu
dilaksanakan segera oleh pihak kerajaan. Sebenarnya usaha ini akan mewujudkan win-win situation
dalam maksud BSTWK dipulihara dan dipelihara oleh kerajaan dan BSTWK akan menyumbang kepada
peningkatan pendapatan kerajaan.

Akhir sekali, usaha-usaha pemuliharaan BSWTK sangat penting bagi negara ini dalam usaha kita
membina negara bangsa yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Di Malaysia,
usaha pemuliharaan bangunan bersejarah masih berada pada peringkat awal jika dibandingkan dengan
negara Eropah. Namun segala usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pelbagai pihak patut
diberikan penghargaan. Manusia tidak dapat lari daripada hakikat bahawa setiap yang terjadi ada
permulaannya begitulah juga kita di Malaysia yang masih berusaha mengenali diri masing-masing. Ini
adalah penting kerana kebutaan dan kegagalan masyarakat negara ini mengenali sejarah negara akan
mendatangkan bahaya dan menjadi ancaman kepada proses perpaduan dan perkembangan negara
secara menyeluruh dan apa yang lebih menakutkan ialah berulangnya tragedi berdarah 1969.

1927
Rujukan

____________________ (2012). Anjung Warisan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara, Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

___________________ (2013). Dokumentasi Sejarah Kedah, Berita Harian, 28 November 2013.

Abdul Aziz Hussin. (2011). Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Hj. Abdullah (1994). Pengantar ilmu sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Ghafar Ahmad (1994). Pengenalan kepada bngunan dan monumen lama di Malaysia. Bengkel
Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan Lama di Malaysia, 19-22hb. Disember 1994, Perak. Kota
Ngah Ibrahim, Taiping.

Arkib Negara Malaysia (2011). Melayu-Muslim dalam sejarah George Town. Kuala Lumpur: Kementerian
Kebudayaan Komunikasi & Kebudayaan dan Arkib Negara Malaysia.
Ashurst, J. (2006). Conservation of Rrins. Oxford: Butterworth-Heinemann.

Ashley-Smith, J. (2009). The basis of conservation ethics. In A. Richmond and A. Bracker (eds.).
Conservation: Principles, dilemmas and uncomfortable truths. London: Elsevier, Ltd.

Asyaari Muhamad (2009). Arkeologi dalam kerja pemuliharaan: Cabaran terhadap masa depan negara.
Jurnal SARI, 27(2).

Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin (2007). Perancangan pelancongan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Berg, B. L. (2011). Qualitative research methods for the social sciences. Boston: Allyn & Bacon.
Bridgwood, B., Lennie, L. dan Zunde, J. (2008). History, performance and conservation. London: Taylor &
Francis.

Carr, E.H. (1987). What is history ? London: Penguin Books.

Collingwood, R. G. (1985). Idea Sejarah (terjemahan oleh Muhd Yusof Ibrahim), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Faridzwan Abdul Ghafar (2013), Bangunan warisan terbiar perlu segera dibaik pulih, Berita Harian, 11
November.

Fielden, B.M. (2000). Conservation of historic buildings. Oxford: Architectural Press.

Glaser, B. dan Strauss, A. (2012). The discovery of grounded theory. London: Aldine Transaction.

Hakimi Ismail (2014). Bakal jana pendapatan 76B. Utusan Malaysia, 1 Januari 2014.
Highfield, D. dan Gorse, C. (2009). Refurbishment and upgrading of buildings. London: Spoon Press.

1928
Hole, F. dan Heizer, R. F. (1990). Arkeoloji prasejarah: Satu pengenalan ringkas (terjemahan oleh Shakila
Yaacob), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hoselitz, B. F. (1992). Panduan dasar ilmu-ilmu sosial, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hubertus Sadirin (1999). Prinsip-prinsip diagnostik dan penanganan konservasi benda cagar budaya.
Kertas kerja dibentangkan di Workshop on Conservation of Monuments and Historical Sites, Alor Setar,
Kedah, Malaysia, 9 - 13 Oktober 1999.

Hobson, E. (2004). Conservation and planning. London: Spoon Press.

International Council on Monument and Site (ICOMOS)(1999). The Burra Charter: The Australia ICOMOS
Charter for the Conservation of Places of Cultural Significance with Associated Guidelines and Code on
the Ethics of Co-existance. Burwood: Australia ICOMOS Inc.

Ivanovic, M. (2008). Cultural tourism. Cape Town: Juta and Company Limited

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan Negeri Kedah (2005). Draf rancangan struktur Negeri
Kedah 2002-2020. Alor Setar: Kerajaan Negeri Kedah.

Jabatan Warisan Malaysia (2005). National Heritage Act 2005, Malaysia.Diakses pada September 2011,
URL: http://www.hbp.usm.my/conservation/ laws/nationalheritageact.htm.

Jabatan Warisan Negara (2009). Warisan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Kamarul Syahril Kamal (2007). Broadening horizon through built environment. Proceedings of the 2nd.
Builders Symposium (BuSY 2010), 25th. March, University Technology MARA, Malaysia.

Khoo Kay Kim (1996). Relevensi pendidikan sejarah dalam gelombang abad ke-21. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Sejarah Kebangsaan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Macdonald, S. (2001). Preserving post-war heritage: The care and conservation of mid-twentieth century
architecture. Shaftesbury: Donhead Publishing Ltd.

Mazizah Hj. Md. Darus (penyusun) (2003). Kedah dulu-dulu. Alor Setar: Perbadanan Perpustakaan Awam
Kedah.

Mahadzir Mohd Khir (1996). Pendidikan sejarah dan sosialisasi politik di Malaysia”, kertas kerja dalam
Seminar Pendidikan Sejarah Kebangsaan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Ramli Mehat (2013) MB Kedah Lawat Tapak Arkeologi Merbok dalam
http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/357-mb-kedah-lawat-tapak-arkeologi-
merbok. Diakses pada 25/12/2013.
Mohd Bakri Jaffar dan Azmy Morshidi (2007). Untukmu Malaysia sempena 50 tahun merdeka 25,000
kilometer: Menjejaki warisan kita. Shah Alam, Selangor: Azmy Morshidi/Mohd Bakri Jaffar.

Mohd Idris Salleh (2014). Biografi Aziz Ishak. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Umum, UUM.

1929
Mohamad Idris Saleh, et. al. (1994) Sejarah pembangunan bangsa dan negara. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhd Yusof Ibrahim (1986). Pengertian sejarah: Beberapa perbahasan mengenai teori dan kaedah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya (1988). Sejarawan dan pensejarahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muijs, D. (2010). Doing quantitative research in education with SPSS. London: Sage Publications.

Nicholas, S. P., Lansfield, K. T. dan Vaccaro, A. T. (1996). Historical and philosophical issues in the
conservation of cultural heritage. Canada: J. Paul Getty Trust.

Paiman Keromo (2012). Garis panduan konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah di Malaysia.
Johor Baharu: Muzium Diraja Sultan Abu Bakar Johor.

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) ( 2006). Pengenalan bengkel konservasi monumen dan tapak
tanah bersejarah. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Rao, B. V. (1984). World history. India: Sterling Publishers (P) Ltd.

Raiha Mohd. Saud (penyusun). (1981). Kota-kota bersejarah di Semenanjung Malaysia ( Siri Panduan
Sejarah III). Kuala Lumpur: Jabatan Muzium.

Redzuan Othman dan Norlida Hanim Mohd Salleh (2007). Kepentingan beberapa pasaran utama negara
ASEAN kepada industri pelancongan Malaysia. International Journal of Management Studies, 14(2), 163-
183.

Redzuan Othman (2010). Hubungan pembangunan industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi di
beberapa negara utama ASEAN. International Journal of Management Studies, 17(1), 171-188.

Rupawan Ahmad (1990). Sejarah, masyarakat dan pendidikan. Jebat, 18, 59-69.

S. Johar, et.al. (2010). Conservation activities of old traditional mosque in Malaysia: An overview.
Selected Topics in Power Systems and Remote Sensing. Japan: WSEAS Press, 269-277.

Samidi (1999). Archaeological Principles in Conservation and Restoration of Monuments and Sites. Kertas
kerja yang dibentangkan diWorkshop on Conservation of Monuments and Historical Sites, Alor Setar,
Kedah, Malaysia, 9 - 13 Oktober 1999.
Silbeberg, T. (1995). Cultural tourism and business opportunities for museums and heritage sites.
Tourism Management, 16(5), 361-365.

Siti Nor Fatimah Zuraidi, Zainal Abidin Akasah dan Mohammad Ashraf Abdul Rahman (2011). Masalah
dalam pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia, dalam Persidangan Kebangsaan Sains

Sosial UNMAS 2011, Universiti Malaysia Sarawak, 20-21 April 2011.

1930
Sodaro M. J. (2001). Comparative politics : A global introduction. Singapore: McGraw-Hill.

Syed Zainol Abidin Idid (1995). Pemeliharaan warisan rupa bandar: Panduan mengenali warisan rupa
bandar berasaskan Inventori Bangunan Warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.

Szczepanowska, H. M. (2013). Conservation of cultural heritage: Key principles and approches. London:
Routledge.

The Burra Charter, The Australia ICOMOS Charter for the Conservation of Places of Cultural Significance,
http://www.icomos.org/burra_charter.html

The Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage,
http://www.unesco.org/whc/world_he.htm

The Venice Charter, International Charter For The Conservation And Restoration of Monuments And
Sites , http://www.icomos.org/venice_charter.html

UNESCO (n.d.). Systematic monitoring: World Heritage Sites Latin America, The Caribbean and
Mozambique. Paris: UNESCO.

UNESCO (1979). The conservation of cultural croperty (museums and monuments) with special
reference to tropical conditions. Paris: United Nations.

Utusan Malaysia (2010). Kajian pakar UKM sahkan Melayu penduduk asal Malaysia. 14 Julai 2010.
Yahya Ahmad (2006). Kepentingan dan keaslian dalam kerja konservasi. Kursus Konservasi Monumen
dan Tapak Tanah Bersejarah, 16-18hb. Disember 2006, E & O Hotel, George Town, Pulau Pinang.

Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab Ghani (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Bentong: PTS Publication.

1931
PERUBATAN MELAYU TRADISIONAL DI TANAH MELAYU BERDASARKAN
BEBERAPA MANUSKRIP TERPILIH
Arba’iyah Mohd Noor

Abstract

Large numbers of manuscripts on Malay traditional medicine in the Malay Archipelago are located in
Malaysia as well as in few European libraries. This situation demonstrates that the Malay traditional
medicine has been both practised and documented to be used as guidelines for the next generation.
These medical manuscripts reflect the Malay’s knowledge and expertise in identifying types of diseases,
remedies, and its subsequent treatments on diseases that affect the natives. This article discusses Malay
traditional medicine based on selected Malay manuscripts, including that of medicinal and historical
accounts that included medical services by Malay medical practitioners. Aspects that will be focused
upon are historical account of Malay medicines pre- and post-Islam, medical services by Malay medical
practitioners, types of diseases, medicines and methods of treatment in treating diseases.

Pengenalan

Setiap manusia di dunia akan merasai kesihatan yang baik dan keuzuran yang tidak dapat dielakkan
dalam kehidupannya. Semuanya adalah bergantung kepada keseimbangan tubuh badan seseorang
manusia. Terdapat beberapa faktor keuzuran dalam kepercayaan masyarakat Melayu iaitu disebabkan
oleh penyakit tua, sihir, alam sekitar dan kuasa luar biasa (hantu, polong, pelesit). Oleh kerana keuzuran
tersebut, masyarakat Melayu telah cuba mencari cara atau kaedah untuk merawatnya dengan merujuk
kepada pakar perubatan tradisional seperti para sami, pendeta dan bomoh.

Khidmat pengamal perubatan tradisional ini telah digunakan oleh masyarakat sejak sebelum
kedatangan Islam lagi. Walaupun telah lama wujud, namun amalan perubatan ini sukar dikenalpasti
dari segi kaedah dan rawatan yang dipraktikkan rentetan tiada manuskrip perubatan sebelum
kedatangan Islam yang masih kekal sehingga ke hari ini. Kebanyakan manuskrip Melayu yang wujud
sehingga hari ini adalah manuskrip yang dihasilkan selepas kedatangan Islam. Walau bagaimanpun

1932
kedudukan perubatan tradisional ini masih boleh dikategorikan sebagai tidak saintifik dan
sesetengahnya bercanggah dengan prinsip perubatan Islam masa kini kerana terdapat hubungan
antara kuasa ghaib dan perubatan Melayu.

Kajian mengenai perubatan Melayu pernah dilakukan oleh beberapa pengkaji barat yang berada
di rantau ini seperti Skeat, Gimlette, Winstedt, Wilkinson, Wilder dan Endicott. Bagi mereka perubatan
Melayu mempunyai pengaruh yang kuat dengan kepercayaan magis dan makhluk ghaib. Ini berlaku
disebabkan oleh pengaruh daripada kepercayaan animisme, diikuti oleh unsur-unsur Hindu dan akhir
sekali ialah unsur Islam. Berdasarkan kajian mereka, pengaruh Shamanisme adalah inti dalam amalan
dan falsafah perubatan Melayu dan pengaruh lain seperti Islam hanyalah lapisan tipis di luar dari
Shamanisme ini. Walau bagaimanapun kajian mereka banyak merujuk kepada sumber lisan dan
pengalaman peribadi dengan para pengamal perubatan Melayu sahaja dan kurang menggunakan
manuskrip Melayu yang terdapat di rantau ini.

Perubatan Era Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu khususnya di Tanah Melayu, masyarakat
Melayu telah lama mempunyai cara perubatan tradisional. Mereka juga mengetahui sejak
zaman berzaman khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kediaman mereka.
Memandangkan alam semulajadi di rantau ini yang penuh dengan tumbuhan herba
menyebabkan masyarakat kuno telah mempunyai cara tersendiri dalam mengubati penyakit-
penyakit yang wujud ketika itu. Selain itu, mereka juga turut menggunakan akar-akar kayui
selain benda-benda hidupii (bernyawa) dan juga yang tidak bernyawaiii dalam perubatan
Melayu. Tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam perubatan ini diberikan nama khas dan
berbeza antara satu sama lain.iv

Secara umumnya konsep perubatan Melayu pra Islam banyak memasukkan unsur
mitos dan kepercayaan menurut agama atau kepercayaan masing-masing. Kepercayaan
masyarakat Melayu pra Islam boleh dikatakan lebih tertumpu kepada semangat atau roh yang
dikaitkan dengan kepercayaan animisme.v Kesan daripada fahaman animisme ini, lahir
kepercayaan dinamisme iaitu kepercayaan kepada tenaga. Tenaga tersebut wujud dalam roh,
jiwa dan semangat diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan selain benda-benda yang boleh
mendapat kesan baik dan buruk kepada manusia.vi

Pelbagai upacara dilakukan bagi tujuan berkomunikasi dengan kuasa ghaib ini iaitu
melalui upacara ‘menyembah pantai’ atau ‘memberi makan hantu’.vii Kuasa-kuasa ghaib atau
luar biasa diseru, dihormati dan dijaga kerana dikhuatiri boleh membawa kemudaratan
kepada masyarakat yang tidak menghormatinya sehingga menyebabkan mereka mendapat
keuzuran atau penyakit atau kesusahan atau bala. viii Dalam usaha mengubat penyakit yang
menimpa mereka, biasanya khidmat bomoh,ix dukun,x pawangxi atau bidan akan digunakan
kerana mereka dianggap sebagai individu yang berkemampuan untuk berhubung dengan
kuasa ghaib ketika melakukan pengubatan. Malah ketika ini institusi perbomohan menjadi
penting dalam masyarakat sehingga terdapat gelaran bomoh diraja yang dikhaskan merawat
golongan diraja.xii

1933
Di samping itu, pengaruh agama Hindu-Buddha terhadap perubatan tradisional
Melayu memberi kesan mendalam kepada masyarakat rantau ini terutama cara berfikir dan
bertindak di samping kewujudan pengaruh animisme yang masih menebal. Memandangkan
ajaran Hinduisme-Buddhisme mempunyai ciri-ciri animisme-dinamisme, masyarakat Melayu
awal merasakan kepercayaan yang baru dibawa masuk serasi dan tidak bertentangan
dengan kepercayaan sedia ada yang mereka anuti.xiii Melalui gabungan kepercayaan ini maka
terdapat pelbagai upacara dan adat istiadat Melayu yang melibatkan makhluk halus selain
ungkapan jampi,xiv manteraxv dan serapahxvi yang menjadi sandaran kepada pawang, bomoh
dan dukun. Jampi, mantera dan serapah yang mempengaruhi pemikiran awal pengamal
perubatan ini telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Apa yang
diperoleh oleh generasi berikutnya digunakan oleh mereka untuk mengubat pesakit-pesakit
seterusnya.

It is generally recognized and accepted by Malay villager that the


knowledge of spells, charms and incantations which bomor possesses is not
of his own making, but an inheritance of the accumulated wisdom of the
past.xvii

Kedatangan Islam yang dibawa oleh ulama dan pedagang dari Arab dan India ke rantau
Alam Melayu telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya termasuk pertukaran ilmu
pengetahuan tentang perubatan mereka. Agama Islam telah berasimilasi dengan budaya
tempatan dan mempengaruhi amalan perubatan dan perawatan tradisional Melayu. Ini
dapat dilihat melalui istilah-istilah, kaedah rawatan, jenis-jenis ubat, azimat dan sebagainya
yang yang dibawa daripada negara mereka lalu diajarkan kepada masyarakat tempatan.xviii
Selain itu, ilmu perubatan Melayu yang ditulis adalah menggunakan tulisan jawi dengan
memasukkan unsur-unsur keislaman seperti beberapa potong ayat al-Quran di dalamnya selain
puji-pujian kepada Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan sebagainya.

Pertembungan dan pertukaran budaya dalam bidang ini telah menyebabkan lahirnya
istilah-istilah baru dalam ilmu perubatan Melayu seperti tabib (doktor atau pengamal
perubatan), tib (ubat) dan mujarabat (mujarab) yang berasal daripada perkataan Arab.
Kelihatan banyak karya atau manuskrip perubatan Melayu yang dikarang oleh para pengarang
atau pengamal perubatan tempatan menggunakan istilah tersebut sebagai judul karangan
mereka seperti istilah Tib, tabib, ubat, mujarabat. Kitab Tib, Tabib atau Mujarabat ini
mengandungi sekurang-kurangnya tentang jenis-jenis penyakit, ubat dan cara rawatan yang
digunakan oleh para pengamal perubatan tradisional suatu ketika dahulu.

Istilah kitab Tib atau tibb bermaksud ‘kitab ubat’, ‘kitab perubatan’ atau ‘ilmu
perubatan’. Kandungan kitab tib Melayu tidak terbatas kepada ilmu perubatan dan pengubatan
penyakit semata- mata tetapi juga mencakupi ilmu-ilmu lain seperti ilmu bintang dan ramalan,
ilmu firasat, ta’bir mimpi dan sebagainya.xix Jika dilihat menerusi manuskrip perubatan Melayu
kebanyakannya menerangkan tentang jenis penyakit, cara rawatan atau ubat yang digunakan
ketika merawat pesakit tanpa menerangkan takrifan ilmu tib. Namun jika dilihat menerusi bab
ketujuh naskhah Bustan Al- Salatin MSS 1076 Nuruddin al-Raniri,xx penerangan tentang ilmu

1934
tibb dan khidmat tabib dibincangkan dengan agak mendalam berbanding naskhah-naskhah
lain.xxi Sheikh Nuruddin al-Raniri yang mengambil takrifan ilmu tibb daripada beberapa tabib
lain memberikan takrifan tentang ilmu tersebut sebagai ‘pengetahuan akan ehwal badan insan
dan memelihara sihat tubuh lagi menyembuhkan segala penyakit daripada segala wujud”.xxii
Adalah dipercayai takrifan ini diperoleh daripada buku Qanun fi al-Tibb karangan tokoh
perubatan Islam terkenal iaitu Ibn Sina.xxiii Bagi Nuruddin ilmu tibb adalah suatu ilmu yang amat
penting dan mempunyai faedah yang besar serta dianggap ilmu kedua terpenting selepas ilmu
agama oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana aspek kesihatan berkait rapat dengan diri
manusia.xxiv

Khidmat Pengamal Perubatan Tradisional

Perkhidmatan pengamal perubatan tradisional sering digunakan oleh masyarakat Melayu sejak
dahulukala lagi. Seseorang yang ingin menjadi pengamal perubatan atau yang akan merawat seseorang
pesakit seperti tabib, bomoh, pawang dan dukun perlu mempelajari ilmu-ilmu perubatan atau
pertabiban. Namun kebanyakan manuskrip perubatan Melayu tidak membincangkan tentang ilmu
pertabiban atau syarat bagi yang ingin menjadi seorang pengamal perubatan melainkan beberapa buah
manuskrip yang dikenalpasti.

Setakat ini, penerangan tentang ilmu pertabiban secara mendalam dapat dilihat menerusi
manuskrip Kitab Tib MSS 2515 (PNM), Kitab Ilmu Tabib (DBP), Kitab Tib 1714 (DBP) dan Cod. Or 1714
Kitab Tib ( Leiden) terutama di bahagian awal kitab-kitab tersebut sebelum membincangkan jenis-jenis
penyakit, kaedah rawatan dan ubat-ubatan yang digunakan.xxv Antara ilmu perubatan yang dipaparkan
dalam semua manuskrip abad ke-19 ini adalah mengenai pengenalan ilmu tabib iaitu ilmu yang
seharusnya diketahui oleh seseorang pengamal perubatan seperti ilmu ramalan atau astrologi,
astronomi, rejang, raksi dan sebagainya termasuk petua supaya mereka tidak terkena penyakit ketika
atau selepas merawat pesakit sebelum mereka menerima tugas merawat seseorang pesakit.xxvi

Di samping itu, para pengamal perubatan juga perlu mengetahui dan memahami semua aspek
berkaitan perubatan Melayu seperti konsep tubuh badan manusia, kepentingan perubatan Melayu dan
cara pembedahan dalam ilmu perubatan tradisional secara lebih mendalam. Aspek ini dapat dilihat
melalui kitab tib, fasal 3 bab 7 Bustan al-Salatin, karangan Nuruddin al-Raniri yang membincangkan
tentang konsep tubuh badan manusia yang dikaitkan dengan tabiat, perangai, perkataan, perbuatan
dan pekerjaannya.xxvii Nuruddin turut memasukkan beberapa keterangan mengenai keharusan berubat
bagi seseorang yang berpenyakit kerana setiap sesuatu penyakit yang dijadikan itu ada penawar atau
penyembuhan baginya. xxviii Di samping itu, turut dinyatakan larangan berubat menggunakan benda-
benda haram atau menyalahi daripada landasan agama selain larangan memakan makanan yang
mempunyai unsur yang sama seperti panas kedua-duanya atau sejuk kedua-duanya, kering kedua-
duanya atau basah kedua-duanya kerana boleh mendatangkan kemudharatan bagi tubuh manusia.xxix

Biasanya khidmat pengamal perubatan ini diperlukan jika seseorang itu mengalami atau
diserang sesuatu penyakit. Setakat kajian, didapati manuskrip perubatan Melayu tidak menyebut

1935
golongan manakah yang dirawat oleh para pengamal perubatan. Jika dilihat menerusi beberapa buah
karya pensejarahan Melayu, khidmat pengamal perubatan tradisional digunakan dalam merawat
penyakit yang dialami oleh masyarakat tempatan terutamanya golongan diraja. Beberapa istilah yang
digunakan bagi merujuk kepada pengamal perubatan tradisional iaitu tabib, pawang, bomoh dan
dukun.

Menerusi Sulalat al-Salatin kelihatan khidmat tabib telah digunakan sejak zaman kesultanan
Melayu Melaka. Ini dapat dilihat dalam kisah raja China telah mendapat penyakit gatal-gatal di seluruh
badan dan menjadi kedal setelah mengirim sembah kepada Sultan Mansur Shah. Ratusan tabib telah
dititahkan untuk merawat penyakit baginda tetapi tidak sembuh. Lalu seorang tabib tua memberi
sembah kepada raja China supaya mendapatkan air basuhan kaki Sultan Mansur Shah. Setelah
mendapat air basuhan kaki Sultan Melaka, maka sembuhlah penyakit gatal dan kedal yang dialami oleh
raja China.xxx

Selain itu, khidmat tabib juga digunakan ketika Tun Hamzah terkena luka akibat diparang oleh
seorang Benggali bernama Mia Sima. Begitu juga khidmat tabib digunakan ketika Seri Udani mendapat
luka di ari-arinya akibat terkena tombak semasa Portugis menyerang Melaka. Sultan Ahmad telah
memerintahkan tabib untuk merawat Seri Udani. Tabib tersebut telah menggunakan ekor sirih untuk
mengubatnya dan dengan izin Allah, Seri Udani pun pulih seperti sediakala dan dapat berjuang
menentang Portugis walaupun terkorban akhirnya.xxxi

Misa Melayu juga turut menyebut khidmat tabib digunakan semasa Sultan Muzaffar Shah,
Perak (1728-1756) mengalami kegeringan. Beberapa orang tabib telah dititahkan mengubati penyakit
baginda dengan menggunakan ubat-ubatan yang dibuat oleh mereka sendiri. Begitu juga semasa Sultan
Iskandar Shah (1756-1770) mengalami beberapa kali kegeringan, tabib lelaki dan perempuan selain
khidmat daripada tukang tilik dititahkan bagi mengubati penyakit baginda. Para tabib ini dikatakan
menggunakan pelbagai jenis ubat-ubatan yang dibuat menggunakan pengetahuan mereka sendiri selain
bertilik, berzikir, berdoa dan menggunakan khidmat jin. Dengan pertolongan Allah dan kemujaraban
ubat-ubatan yang disediakan ini, Sultan Iskandar Shah dikatakan telah sembuh daripada penyakit
tersebut.xxxii

Dalam naskhah Riwayat Kelantan pula, Seri Maharaja Siam juga menggunakan khidmat tabib.
Ini dapat dilihat apabila baginda menitahkan semua tabib di benua Siam untuk mengubati penyakit
kedal baginda. Memandangkan penyakit kedal tidak berjaya diubati, baginda telah memanggil seorang
alim Siam atau Chai untuk mengubatinya. Chai memberitahu bahawa tiada ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit baginda selagi Puteri Saadung berada di Siam dan tidak dibebaskan. Oleh yang
demikian, Puteri Saadung telah dibenarkan kembali ke negeri Kelantan dan selang beberapa hari
penyakit Maharaja Siam itu pun sembuh seperti sediakala.xxxiii

Walaupun khidmat tabib telah digunakan ketika itu, namun masyarakat Melayu
turut gemar menggunakan khidmat bomoh atau dukun atau pawang. Kedudukan atau status seseorang
bomoh cukup berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Bomoh merupakan orang yang terpenting dan
paling atas kedudukannya dalam masyarakat Melayu sehingga anggota masyarakat setempat
menumpukan kepercayaan, tempat berlindung daripada segala bencana dan tempat meminta
pertolongan, bukan sahaja untuk menyembuhkan penyakit bahkan segala aspek kehidupan orang
ramai.xxxiv Misalnya dalam Sulalat al-Salatin, khidmat bomor (bomoh) turut digunakan dalam hal
menjerat gajah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jamal, Pahang.xxxv Begitu juga Hikayat Abdullah
turut menyebut tentang hal menangkap gajah di Sebatu menggunakan khidmat Pawang Gajah. Pawang
ini dipercayai oleh masyarakat bukan sahaja mahir dalam ilmu gajah tetapi juga dalam urusan ubat-

1936
ubatan dan membuat tangkal.xxxvi Sulalat al-Salatin turut menyebut tentang khidmat pawang iaitu
Cedun Pawang Antan yang digunakan ketika mencukur kepala seorang kanak-kanak selain pawang juga
dianggap sebagai ketua kepada nelayan.xxxvii Kelihatan khidmat pawang atau bomoh (bomor) tidak
hanya tertakluk dalam urusan mengubati penyakit yang dialami manusia tetapi turut digunakan dalam
menjerat gajah dan sebagainya.
Selain itu, khidmat dukun turut disebut dalam Tuhfat al-Nafis terutama dalam mengubat atau
merawat penyakit golongan diraja. Misalnya ketika Raja Di Baruh, putera Sultan Sulaiman Johor sampai
di Selangor, beliau telah mendapat penyakit demam lalu beberapa orang dukun telah dititahkan oleh
Yang Di Pertuan Selangor (Raja Lumu) untuk mengubati beliau. Begitu juga ketika Sultan Sulaiman
gering, beberapa orang dukun dan tabib telah dikumpulkan oleh Datuk Bendahara untuk mengubati
baginda itu. Namun penyakit baginda tidak juga sembuh sehingga membawa kemangkatan baginda
pada 1761.xxxviii

Hal yang sama turut berlaku dalam kesultanan Siak iaitu ketika Yang Dipertuan Raja Ismail
mendapat gering dan segala dukun telah dikumpulkan untuk mengubati penyakit baginda. Namun
penyakit baginda semakin bertambah berat sehingga membawa kepada kemangkatan baginda. Khidmat
dukun juga digunakan ketika ini dalam hal mengubat penyakit gila yang dihadapi oleh Yang Dipertuan
Muhammad Ali, Siak. Akhirnya penyakit gila baginda ini telah dapat diubati oleh dukun tersebut selain
bantuan oleh beberapa tuan Syed (dipercayai syeikh/tabib) sehingga penyakit baginda sembuh seperti
sediakala.xxxix Khidmat tuan syed atau syeikh ini turut digunakan oleh Raja Phaya Tu Naqpa ketika
baginda menghidapi penyakit yang sukar diubati oleh semua tabib di Patani. Tuan syed memberi syarat
supaya baginda memeluk Islam setelah sembuh daripada penyakit. Namun setelah sembuh, baginda
tidak menunaikan janji lalu penyakit tersebut berulang kembali. Setelah tiga kali hal yang sama berlaku,
barulah baginda benar-benar memeluk Islam dengan gelaran Sultan Ismail Shah Zillullah fil Alam.xl

Jelas naskhah-naskhah ini menunjukkan bahawa khidmat tabib, bomoh, pawang diperlukan
dalam merawat penyakit yang dihidapi oleh masyarakat sama ada golongan diraja mahupun rakyat
biasa. Rawatan yang diberikan oleh mereka ini adalah dalam semua urusan berkait dengan kesihatan
seperti merawat luka, penyakit demam, kedal, gila dan sebagainya termasuk urusan menjinakkan
binatang. Walaupun secara umumnya mereka mempunyai tugas khas dengan gelaran yang diberikan,
namun rata-rata masyarakat menganggap tugas mereka tidak banyak berbeza antara satu sama lain
ketika itu. Jika khidmat mereka diperlukan terutama merawat golongan diraja, mereka bersedia
membantu dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana masyarakat merasakan bahawa mereka adalah
pakar dalam hal tersebut dan diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam masyarakat. Kedudukan
mereka ini telah diangkat oleh golongan istana sehingga terdapat peruntukan dalam Undang-Undang
Sembilan Puluh Sembilan Negeri Perak yang bukan sahaja menggariskan tugas-tugas pawang tetapi
pemerintah tidak boleh mengenakan hukuman kerah atau kerja paksa selain perlu membayar saguhati
kepada pawang atau bomoh diraja.xli

“Jika membela kampung sepaha emas upahnya, barang yang lebih


itu pulang kepada pawang, jika membela galian dengan hantu,
pawang itu upahnya sepaha emas, barang yang lebih itu pulang
kepada pawang dan salinan pawang itu dengan baju tengkoloknya
hitam.xlii

Menurut R. J. Wilkinson, kedudukan bomoh dalam masyarakat Melayu disifatkan oleh beliau sebagai

berikut:

1937
In the Malay state of Perak the sorcerer or pawang was a man
of good repute a paid servant of the government, whose
business was to heal the sick, direct the planters, watchover the
mines and give expert advice to fisherman. He was in short the most
xliii
important person in his village.

Terdapat banyak lagi karya pensejarahan yang menerangkan tentang khidmat pengamal
perubatan ini semasa golongan diraja mendapat penyakit gering dan sebagainya. Walau bagaimanapun
kesemua naskhah ini hanya menerangkan secara umum atau sepintas lalu sahaja tentang khidmat yang
diberikan tanpa penjelasan lanjut tentang cara-cara rawatan yang dilakukan atau jenis ubat yang
diberikan kepada pesakit. Memandangkan karya-karya sejarah tidak menerangkan tentang rawatan
dan jenis penyakit yang dihidapi oleh golongan diraja, maka jenis-jenis penyakit, cara-cara rawatan dan
jenis-jenis ubat yang digunakan pada zaman silam perlu dirujuk menerusi naskhah atau manuskrip
khusus berupa Kitab Tib, Kitab Ubat atau Mujarabat atau Kitab Petua Melayu dan sebagainya yang telah
dihasilkan oleh para pengamal perubatan.

Kitab-kitab ini boleh diperoleh di beberapa lokasi penyimpanan manuskrip Melayu tradisional di
pelbagai tempat di dalam mahupun di luar negara. Selain Perpustakaan Universiti Leiden yang banyak
menyimpan koleksi manuskrip perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia juga tidak kurang
banyaknya selain terdapat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka,xliv Perpustakaan pelbagai IPTA,
dan sesetengah arkib dan muzium negeri. Jumlah manuskrip perubatan Melayu yang banyak ini
membuktikan bahawa masyarakat Melayu terutama kalangan pengamal perubatan telah mempunyai
kesedaran untuk mencatatkan tentang jenis-jenis penyakit dan ubat-ubatan yang digunakan selain
kaedah rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Penyakit, Kaedah Rawatan dan Jenis Ubat Tradisional

Jika dilihat menerusi beberapa buah manuskrip perubatan Melayu terdapat begitu banyak jenis
penyakit dan kaedah rawatan yang dipaparkan oleh pengarang atau pengamal perubatan tersebut.
Sesetengah manuskrip membincangkan dengan panjang lebar tentang sesuatu penyakit itu, manakala
sesetengahnya pula hanya membincangkan secara ringkas dan umum sahaja. Antara penyakit yang
sering disebut dalam semua manuskrip Melayu ialah penyakit demam, batuk, balgham dan sebagainya.

Jika dilihat menerusi Kitab Tib MSS 2515, penyakit demam khususnya kepialu dibincangkan
dengan panjang lebar sebanyak 62 halaman. Selain itu, turut dinyatakan kaedah mengenal penyakit
demam kepialu, pembahagian kategori atau jenis deman kepialu seperti demam kepialu kedalaman,
deman kepialu angin, demam kepialu terkena, kepialu besar atau gila dan sebagainya.xlv Terdapat juga
pelbagai cara rawatan dan jenis ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan penyakit kepialu yang
dipaparkan dalam manuskrip tersebut.xlvi Antara kaedah rawatan demam kepialu yang dicatatkan
seperti berikut:

Bab ini fasal pada menyatakan ubat mandi orang demam kepialu maka ambil akar
belalai pok dan akar menjarum gajah dan akar ketola dan akar tebu gajah dan akar
menterajam dan bunga tampam, maka semuanya itu cincang lumat-lumat maka
tumbuk, sudah itu maka rendamkan pada pasu maka kita mandikan, beri sejuk
hingga deras air bawah rumahnya, afiat.xlvii

1938
Selain itu, pengarang kitab ini tidak ketinggalan juga mencatatkan beberapa penyakit lain yang
bersangkutan dengan demam kepialu seperti batuk dan sakit medu (rasa loya, sakit hulu hati, ngilu hati
dan sebagainya). Semua penyakit ini dicatatkan juga kaedah rawatan dan ubat-ubatan yang sesuai dan
boleh digunakan oleh masyarakat tempatan.xlviii

Begitu juga jika dilihat menerusi Cod. Or. 1714 Kitab Tib dan Ilmu Tabib, penyakit demam
dibahagikan kepada beberapa jenis demam seperti demam kepialu, demam kura dan demam panas
yang dibincangkan dengan panjang lebar.xlix Selain itu, cara rawatan khusus dan kepelbagaian ubat yang
disarankan bagi setiap penyakit turut dinyatakan dengan jelas dan menarik. Ubat-ubat yang digunakan
adalah daripada tumbuh-tumbuhan dan akar kayu misalnya dalam mengubat penyakit demam panas:

Fasal ini pada menyatakan ubat demam panas di luar dan di dalam, dan pada dahi
dan tubuhnya. Maka (akan ubatnya:) Ambil gelang sambar dara {dan} setawar {dan}
pucuk lancung {dan} pucuk birah {dan} adas manis {pula sedikit dan} (bunga)
pulasari {dan} putik bira (bebaru yang) dibembam {dan} bawang putih {dan}
bawang merah (mesui) dan pinang muda yang belum bertemu hatinya. (Semuanya
itu) pipis lumat-lumat {maka} (beri) minum{kan dan setengah} (lagi) jelumkan pada
tubuhnya, {nescaya} (insyaAllah) afiat.l

Selain itu terdapat juga rawatan menggunakan tangkal atau azimat yang dipaparkan dalam Cod
Or 1714 Kitab Tib iaitu dengan menggunakan daun dedap berserta kulitnya dan batang sudu-sudu
dengan pucuknya. Kemudian semuanya dipipis dengan cuka dan dibedakkan pada pesakit. Dibelikat

kiri dan kanan pesakit perlu dituliskan huruf sebagai tangkal atau azimat.li

Di samping itu, terdapat beberapa penyakit lain yang dibincangkan dengan mendalam iaitu
penyakit balgham (lendir atau kahak) yang mempunyai beberapa kategori. Jika dilihat menerusi Kitab
Tib MSS 2515, kaedah mengubat penyakit balgham termasuk batuk, lelah dan esak dicatatkan
sebanyak enam halaman. Pengamal perubatan juga tidak ketinggalan menyebut bahawa kaedah
rawatan ini diperoleh daripada beberapa orang yang pakar dalam mengubat penyakit balgham.
Misalnya daripada Haji Ahmad, Bilal Idris, Tuan Haji Farid dan Raja Singgora yang memberi maklumat
tentang kaedah rawatan penyakit tersebut.lii Antara kaedah rawatan membuang balgham adalah
seperti berikut:

Ambil beras sejemput dan air limau nipis sebutir. Maka beras itu direndamkan
pada air limau dan embunkan, pagi minum hendaklah/ diperbuat yang dahulu itu
juga selagi keluar lendirnya lagi diperbuat. Dan tatkala hendak diperbuat ubat ini
hendaklah minum santan nyiur hijau dengan air limau nipis, sama-sama sukat air
yang kedua, nescaya lingkuplah balgham itu, mustajab.liii

Manakala Cod. Or. 1714 Kitab Tib turut membicarakan tentang penyakit balgham dan batuk
sebanyak tujuh halaman dan kitab Ilmu Tabib sebanyak empat halaman dengan menjelaskan jenis-
jenis balgham sama ada yang basah mahupun kering. Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan
untuk rawatan membuang balgham seperti rumput kepala lalat, rumput tahi babi, jintan hitam, kunyit,
beras dan sebagainya.liv Menurut A. Samad Ahmad, sesetengah bomoh tidak mahu menyebut nama

1939
sesuatu bahan yang berkait dengan najis seperti rumput tahi babi untuk dijadikan sebagai ubat lalu
mereka menukar namanya kepada “daun Lukman Hakim”.lv

Penyakit demam mahupun balgham ini lebih banyak dipaparkan dengan penjenisannya
menunjukkan bahawa penyakit ini sering dihidapi oleh masyarakat Melayu sehingga pengamal
perubatan berupaya mengkelaskannya. Selain itu, tercatat juga beberapa penyakit lain yang biasa
dihidapi oleh masyarakat seperti penyakit sembelit, pitam, sakit mata dan telinga, restung atau resdung
dan penyakit karang yang tercatat dalam Kitab Tib MSS 2515, Cod. Or. 1714 Kitab Tib dan Kitab Ilmu
Tabib.lvi

Selain itu, para pengamal perubatan turut mempunyai pengetahuan dalam merawat patah
tulang, tergeliat urat saraf atau menawar racun dan sebagainya.lvii Pengarang Kitab Ilmu Tabib yang
merujuk kepada kata-kata Lukmanul Hakim menyebut bahawa apabila seseorang terkena bencana atau
termakan racun, mereka harus menulis ayat di bawah ini pada tapak tangan dan kemudian dijilat tulisan
tersebut dengan lidah sebanyak tujuh kali. Ketika menulis ayat ini, mereka hendaklah dalam keadaan
berwuduk dan berkain suci. Ayatnya adalah seperti berikut:

Sumber: Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), Perpustakaan Universiti Leiden, Netherlands hlm. 217
(koleksi peribadi). Lihat juga A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, KL: DBP, 1982,
hlm.113
Kepelbagaian penyakit dengan rawatan yang dipaparkan ini menunjukkan bahawa orang
Melayu telah mahir dan berpengetahuan dalam mengklasifikasikan penyakit dan rawatannya. Kelihatan
setiap penyakit yang dipaparkan ini bukan mempunyai hanya satu jenis rawatan dan satu jenis ubat
sahaja malahan pelbagai rawatan dan jenis ubat yang digunakan oleh mereka. Ini menunjukkan
bahawa pengamal perubatan berpengetahuan luas dalam ilmu perubatan dan mempunyai cara
tersendiri dalam merawat penyakit. Mereka juga menggunakan pelbagai jenis ubat yang dibancuh
sendiri berdasarkan pengetahuan yang peroleh daripada pakar tertentu atau ilmu yang diperturunkan
dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Mantera, Jampi Serapah dan Azimat Dalam Rawatan

Selain ubat-ubatan yang digunakan, para pengamal perubatan tidak ketinggalan membaca beberapa
potong ayat al-Quran, jampi atau mantera selain membuat azimat atau tangkal bagi sesuatu penyakit
yang dirawatnya. Walaupun terdapat sedikit perubahan dalam kaedah rawatan mereka iaitu memberi
nafas keislaman berpandukan al-Quran dan hadis, namun beberapa aspek perubatan pra Islam seperti
mantera, jampi dan serapah yang diamalkan dalam perubatan pra Islam masih terus digunakan oleh
para bomoh, pawang atau dukun yang mengubati pesakit.

1940
Jampi atau mantera biasanya dilakukan oleh para pengamal perubatan bagi menguatkan
semangat pesakit dan keupayaan ramuan ubat itu untuk bertindak. Terdapat beberapa rangkai kata
yang digunakan dalam memohon pertolongan daripada pihak-pihak tertentu. Kelihatan dalam jampi
tersebut dimasukkan sebutan nama Allah dan Nabi Muhammad SAW, manakala sesetengahnya
mengaitkan dengan makhluk-makhluk lain. Bagi menambahkan lagi keberkesanan, lafaz jampi atau
mentera akan dimulakan dengan ‘Bismillah hir rahmanir rahim’ dan diakhiri dengan lafaz kalimah ‘La
ilaha ila Allah, Muhammadu Rasulullah.’lviii Di samping itu, terdapat juga sebutan salam, nama-nama
Allah berserta sifat-sifat-Nya, nama rasul dan nabi, nama panglima Islam atau nama-nama lain yang
menunjukkan berlakunya pengaruh Islam. Tidak terkecuali juga unsur-unsur animisme dan kehinduan
yang tidak diketahui makna atau yang sukar ditafsirkan maksudnya turut dimasukkan.lix Antara mantera
yang bercampur dengan unsur keislaman dalam rawatan demam kepialu adalah seperti berikut:

...demikian manteranya tatkala mengambil daun kerak nasi itu, inilah kata-katanya:
Assalamu alaikum ibuku bumi,
Aku hendak minta ubat medu
(Jika yang sakit itu laki-laki kita kata ubat akan umat Ali
Jika yang sakit itu perempuan kita kata aku minta ubat akan umi Fatimah)
Walaikum salam.lx

Selain itu, dicatatkan juga dalam Cod. Or 1714 Kitab Tib dan Ilmu Tabib tentang penggunaan
mantera bagi menawarkan segala racun yang dibacakan pada air nyiur atau air benar iaitu:

Sidang Gha sii {raja} (sidang nasi) tapak (raha) burnii {kolo} (kolam) raja burni
{membawak} (sembawak) tawar sepanjang sungai Tawar sekalian wujud tawar
sekalian alam tawar sekalian bisa tawar Allah tawar Muhammad tawar baginda
Rasulullah (s.a.w) (nescaya tawar racun itu).lxi

Selain itu mantera juga digunakan dalam masalah patah tulang dan tergeliat urat saraf adalah seperti
berikut:

Inilah mantera patah batu hubung batu, (patah) urat {putus} hubung urat, (patah
tulang hubung tulang) {yang tulang hubung}, patah sendi hubung sendi, siap rapat
maha rapat, dengan berkat Lailaha ilallah Muhammada Rasulullah...Hong sam sam,
{berhubung sam-sam} bertemu urat (dengan daging) (bertemu urat dengan) sendi
{tupat} (tumbuh tempat) pulang {puk} (pulih) seperti {doa dat dahulukala } (adat
sediakala dengan) berkat (kalimah) Lailaha ila Allah Muhammad Rasulullah.lxii

Mantera dan jampi serapah mula diserap dan dicampurkan dengan doa, beberapa potong ayat
suci al-Quran dan selawat. Kelihatan seseorang pengamal perubatan yang merawat pesakit akan
sedaya upaya ‘mengislamkan’ amalan perubatan mereka supaya kelihatan pada zahirnya tidak
bertentangan dengan ajaran Islam.lxiii Walau bagaimanapun, teras pencorakan rawatan baru ini dengan
memasukkan unsur keislaman masih memasukkan unsur-unsur ghaib pra Islam seperti pemujaan
semangat, roh-roh, makhluk-makhluk ghaib dan seumpamanya.lxiv Pengekalan aspek ini adalah kerana
mereka beranggapan tidak lengkap proses perubatan tanpa adanya jampi, mantera atau serapah yang
diselangi atau diakhiri dengan unsur keislaman seperti bacaan beberapa potong ayat-ayat al-Quran atau
doa atau nama ahli al-Bait, nama Nabi Muhammad s.a.w atau kalimah syahdah, bacaan salam dan

1941
sebagainya. Walaupun demikian, terdapat juga golongan yang berpegang teguh kepada ajaran Islam
tidak mudah menerima cara perubatan tersebut tetapi cuba mengikut lunas-lunas Islam sebenar.lxv

Selain mantera dan jampi serapah, tangkal dan azimat yang dikenali juga sebagai wahinah dan
wafaq juga disediakan oleh para pengamal perubatan untuk dipakai atau digunakan oleh masyarakat
yang mempercayainya.lxvi Menurut Abdul Razak Abdul Karim, “Wafaq merupakan penggunaan huruf-
huruf ataupun angka-angka dalam tulisan Arab yang dipercayai dapat memberi perlindungan ataupun
sebagainya bergantung pada jenis wafaq yang digunakan”.lxvii Sesetengah wafaq dilukis dalam bentuk
simbol, gambarajah, nombor yang memberi maksud tertentu seperti pengasihan, kekuatan, kebatinan
dan sebagainya. Antara wafaq yang biasa digunakan adalah untuk sakit kepala, perempuan yang
mandul, pengasih perempuan, memudahkan orang beranak, sawan kanak-kanak dan sebagainya.lxviii

Sumber : Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), Perpustakaan Universiti Leiden, Netherlands, hlm. 434.
(koleksi peribadi) (gambar kiri) dan Harun Mat Piah dan Zawiyah Baba, Kitab Tib MSS 2515
Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan, Bangi: UKM, 2014, hlm. 85.
(gambar kanan)

Sumber: Harun Mat Piah dan Zawiyah Baba, Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara
Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan, Bangi: UKM, 2014, hlm. 60 dan 131.

1942
Wafaq digunakan oleh seseorang bagi menghindari dirinya daripada penyakit atau bencana dan
lain-lain lagi. Walau bagaimanapun mereka perlulah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan
ketika memakai atau menyediakannya. Jika mereka gagal mematuhi syarat-syarat tersebut, dikhuatiri
wafaq ini tidak akan menjadi atau kurang keberkesanannya kepada pengguna tersebut.lxix

Jelas mantera, jampi serapah, tangkal atau azimat adalah kaedah rawatan yang digunakan oleh
para pengamal perubatan tradisional Melayu sebagai usaha menyembuhkan penyakit yang dihidapi
oleh seseorang pesakit. Keadaan ini menunjukkan bahawa unsur- unsur pra Islam masih wujud dalam
rawatan tradisional Melayu walaupun unsur keislaman turut dimasukkan. Proses perubahan ke arah
cara perubatan Islam sepenuhnya bukanlah suatu yang mudah tetapi mengambil masa yang agak
panjang disebabkan oleh kepercayaan yang sudah ‘mendarah daging’ dalam diri masyarakat Melayu.
Malah sehingga perubatan moden diperkenalkan pada awal ke-20, masyarakat Melayu masih
menggunakan khidmat perubatan tradisonal yang turut mencampurkan cara rawatan pra Islam dengan
unsur-unsur keislaman.

Dari Perubatan Melayu Tradisional ke Perubatan Moden

Pada akhir abad ke-19, konsep perubatan moden barat mula dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pihak
British. Ketika ini dasar perubatan barat mula digubal dan dilaksanakan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu bagi tujuan penyeragaman pentadbiran. Beberapa orang pegawai perubatan di peringkat
persekutuan telah dilantik selain penubuhan jabatan perubatan.lxx Terdapat juga beberapa buah
hospital yang cemerlang dari segi perkhidmatan pakar bedah Inggeris dan dispensari disediakan oleh
British.lxxi Namun, perubatan moden ini mendapat reaksi berbeza dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sesetengahnya menerima perubatan moden manakala sesetengah yang lain pula menentangnya.
Mereka yang menolaknya bukanlah kerana aspek perubatan tersebut tetapi disebabkan oleh kesukaran
untuk mengubah cara berfikir yang sudah sebati dengan pelbagai kepercayaan tradisi yang diamalkan
sejak nenek moyang mereka.lxxii Mereka juga dibimbangi oleh perasaan bahawa perubatan barat adalah
bertentangan dengan hukum Islam, makanan yang disediakan oleh kakitangan hospital kerajaan
majoritinya bukan beragama Islam,lxxiii selain secara tradisinya bergantung sepenuhnya kepada bomoh
yang dianggap sebagai ‘doktor’ mereka.lxxiv Oleh itu, masyarakat Melayu yang telah sebati dengan
kaedah rawatan tradisional dilihat begitu sukar untuk menerima perkhidmatan perubatan yang
diperkenalkan oleh pihak British.

Beberapa akhbar memainan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang perubatan
moden. Akhbar Saudara menyarankan agar masyarakat Melayu menolak kepercayaan mereka terhadap
amalan perubatan tradisional berbentuk perbomohon. Akhbar ini juga cuba membuang tanggapan dan
persepsi buruk terhadap perubatan barat dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan
jururawat atau bidan terlatih.lxxv Selain itu, akhbar Bulan Melayu turut melaporkan keengganan
masyarakat Melayu menerima perkhidmatan perubatan moden khususnya ibu-ibu mengandung dalam
mendapatkan rawatan untuk melahirkan anak:

…pada kebanyakan kaum kita Melayu tiada mereka itu memakai


doktor melainkan apabila telah bersalinnya itu payah atau apabila
ada sesuatu apa kesilapan yang tok bidan itu tiada upaya
membetulkannya ketika itu barulah mereka itu mencari
bantuan doktor.lxxvi

1943
Kebanyakan masyarakat Melayu terutamanya ibu mengandung lebih gemar mendapatkan
khidmat bidan pada awal 1930-an. Implikasi penolakan rawatan hospital kerajaan menyebabkan
berlaku kadar kematian bayi yang sangat tinggi di Tanah Melayu sekitar 1920-an akibat diserang oleh
penyakit sawan.lxxvii Walaupun demikian, hampir mustahil untuk mereka memujuk orang Melayu
mendapatkan khidmat tersebut kecuali dalam kes-kes yang memerlukan rawatan pembedahan.lxxviii
Situasi ini telah menimbulkan masalah sehingga pihak British terpaksa mewajibkan masyarakat untuk
mendapatkan rawatan. Misalnya rawatan vaksin yang telah diperuntukkan dalam undang-undang
ketika itu.lxxix Walaupun masyarakat Melayu tidak menentang pelaksanaan vaksin dan menerimanya
secara positif kerana sedar kepentingannya, namun bilangan mereka yang menerima rawatan tersebut
adalah sedikit jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain.lxxx

Kesimpulan

Secara umumnya, ilmu perubatan Melayu tradisional boleh dilihat jelas menerusi manuskrip-manuskrip
yang kebanyakannya boleh didapati di pelbagai lokasi. Banyaknya jumlah manuskrip yang berkait
dengan perubatan ini memberi tafsiran bahawa ilmu perubatan adalah satu bidang yang sangat
dominan dalam perbincangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Ilmu perubatan yang
dipaparkan adalah penting bagi masyarakat ketika itu dalam mendapatkan rawatan pelbagai jenis
penyakit. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu telah mempunyai kearifan dalam ilmu
perubatan. Masyarakat juga percaya bahawa cara rawatan dan jenis ubat-ubatan yang dibekalkan oleh
pengamal perubatan adalah mujarab atau berkesan sehingga diterima oleh masyarakat Melayu selama
ratusan tahun. Oleh itu setiap kali mereka menghidapi sesuatu penyakit atau masalah kesihatan,
mereka akan mendapatkan khidmat rawatan daripada pengamal perubatan tradisional sama ada di
kawasan mereka atau tempat lain yang dirasakan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit.

Kelihatan masyarakat Melayu tradisional tidak mengetepikan atau membuang keseluruhan


kaedah perubatan Melayu pra Islam sebaliknya cuba mengadaptasi, mengintegrasi dan mempraktikkan
amalan tersebut dengan amalan perubatan selepas kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu.
Walaupun manuskrip-manuskrip perubatan ini masih terdedah dengan pelbagai kritikan disebabkan
oleh percampurannya dengan aspek pra Islam, namun sekurang-kurangnya manuskrip tersebut telah
menyumbang ke arah proses perubatan dalam kalangan masyarakat Melayu.

1944
Nota

i
Jenis-jenis tumbuhan herba adalah seperti tongkat Ali, Misai Ali, Janggut Ali, Kacip Fatimah (Labisa Fumila), Jarum
Mas (Striga Asiatica) dan lain-lain. Noor Eshah Tom Abdul Wahab dan Wan Aminah Haji Hasbullah, “Tumbuhan
Herba dalam Masyarakat Melayu: Satu Tinjauan Awal dari Perpektif Kesihatan dan Ekosistem”, Jurnal Manusia dan
masyarakat, Jilid 19, 2010, hlm. 63.
ii
Misalnya dalam perubatan tradisional, penggunaan anak tikus dipercayai dapat menyembuhkan sakit lelah
dengan mengambil seekor anak tikus yang baru lahir dan dimasukkan ke dalam pisang dan ditelan bersama-sama.
Lintah pula digunakan untuk pemindahan darah. Norhalim Haji Ibrahim, Perubatan Tradisional, Shah Alam, Fajar
Bakti, 1997, hlm. 20.
iii
Benda-benda tidak bernyawa adalah seperti gading gajah benar (gading gajah yang betul bukan herba), terisa
(batang kayu balak) yang lama terendam di dasar sungai besar dan sebagainya. Harun Mat Piah, Kitab-kitab Tib
Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia, Seminar Perubatan Melayu di Auditorium Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya 23-24 Ogos 2002, Anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama
Kementeran Kesihatan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 20.
iv
Harun Mat Piah, Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2006, hlm.
35. Harun Mat Piah, ‘Kitab Ubat Tradisional’, Bengkel Kajian Naskah Kesultanan Melayu IV, 9-11 Ogos 2004,
Anjuran Bahagian Kesusateraan Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.14.
v
Kepercayaan animisme ini berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu anima yang mengandungi erti jiwa dan
membawa pengertian tentang adanya jiwa bagi sesuatu yang maujud. Nurdeng Deuraseh, Pandangan Semesta
Masyarakat Melayu Perspektif Perubatan Tradisional, International Journal of Social Policy and Society, vol. 7,
2010, hlm. 82.
vi
Ibid.
vii
Ibid.
viii
Noor Azlan Mohd Noor, Penilaian Bahan-Bahan Penulisan Perubatan Melayu Tradisional: Satu Pengenalan
Umum, Purba, 11,1992, hlm. 53.
ix
Bomoh dirujuk sebagai ‘specialist who tends the sick and cures illnesses’. Mohd. Taib Osman, ‘The Bomoh and the
Practice of Malay Medicine’ dalam, Bunga Rampai : Aspects Of Malay Culture, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988, hlm.149. Terdapat beberapa kategori bomoh misalnya ‘Bomoh Serba Boleh’, ‘Bomoh Patah’,
‘Bomoh Jampi’, ‘Bomoh Resdung’, ‘Bomoh Akar Kayu’, ‘Bomoh Puaka’ dan ‘Bomoh Kayap’. Haliza Mohd Riji, Malay
Traditional Medicine: Health, Disease and The Treatment In The Context Of Primary Health Care, dalam Manusia
dan Masyarakat, Jilid 11, 1999, hlm. 97. John. D. Gimlette menyatakan juga bomoh ialah a person who practices
the healing art by utilizing the magic art. John. D. Gimlette, Malay Poison and Charm Cures, Kuala Lumpur : Oxford
University Press, 1971, hlm. 19.
x
Dukun merupakan ahli perubatan tradisional yang mahir menggunakan pelbagai bahan seperti tumbuh-
tumbuhan, binatang, logam dan lain-lain. Mereka boleh merawat pelbagai jenis penyakit dan gangguan termasuk
demam, sakit kepala, patah tulang, terkehel, santau, sihir dan hilang semangat. Amran Kasimin, Sihir : Suatu
Amalan Kebatinan, Bangi, Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009, hlm. 22.
xi
Pawang ialah “magician expert in spells, talismans, drugs and some particular industry; a shaman who invokes
ancestral spirits, Hindu gods, Arabian genie, and Allah to reveal the cause of illness or drought or pestilence and
accept placatory sacrifices”. Amran Kasimin, Sihir : Suatu Amalan Kebatinan, hlm. 20. Menurut Skeat, ‘the pawang
class perform magic practices in order to find ore, medicine crop, or ensure good takes of fish, etc. Walter William
Skeat, Malay Magic, Singapore : Oxford University Press, 1984, hlm. 56. Endicott pula dalam bukunya An Analysis
of Malay Magic menyebut terdapat perbezaan antara bomoh dan pawang iaitu ‘the distinction signals a division
between the curer-called the bomor- and other practitioners of the magical arts’. K.N. Endicott, An Analysis of
Malay Magic, Singapore: Oxford University Press, 1991, hlm. 13.
xii
Nurdeng Deuraseh, ‘Pandangan Semesta Masyarakat Melayu Perspektif Perubatan Tradisional’,hlm. 83.
xiii
Ibid.
xiv
Jampi adalah susunan kata yang indah dan boleh memberi kesan kuasa atau kesaktian apabila dibacakan ke
atas benda-benda tertentu. Amran Kasimin, Sihir : Suatu Amalan Kebatinan, hlm. 59.

1945
xv
Mantera merupakan rangakai kata yang diucapkan oleh mereka yang terlibat dalam upacara adat istiadat,
rawatan tradisional dan seumpamanya. Perkataan mantera berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu “mantra”
yang bermaksud bentuk fikiran. Mantera adalah puisi Melayu tertua yang telah diserapi oleh unsur-unsur Hindu-
Buddha dan Islam. Mahiden Sah, ‘Cara Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak : Kajian Dari Perspektif
Islam Di Daerah Simunjan’, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya,Kuala Lumpur, 1993, hlm.21, 42-43. Selain itu,
mantera dalam agama Hindu dianggap sebagai ‘wahyu’ dan tidak boleh diubah serta tidak boleh diajar kepada
orang yang belum berhak. Hampir semua mantera Hindu dalam memuja atau menyeru tuhan menyebut
perkataan ‘Om’. Kata ‘Om’ atau ‘ongkara’ (Om-kara) merupakan simbol dan dianggap mempunyai kekuatan ghaib
dan sakti. Contoh mantera menggunakan kata ‘Om’ terdapat dalam mantera mematahkan buatan orang:
Om Sivayanama Om
Om Siva Siva Sivayanama
Om sarva sakhti Sivayanama
Om sarwa sakhti Devinama
Om sarva nayaki Om
Om maha Bhatrakali Om
Om sanggara bayanggara Kali Om
Om sarva thasa nasakari
Jakama akkama kakkma
Kangkathari Devi Suvaya Om
Sila lihat Harun Daud, Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004,
hlm.xiii dan xiv. Lihat juga Nurdeng Deuraseh, ‘Pandangan Semesta Masyarakat Melayu Perspektif Perubatan
Tradisional’, hlm. 83.
xvi
Perkataan serapah berasal daripada perkataan Hindu dan lebih banyak mengandungi unsur-unsur kehinduan
yang menyebut tentang nama-nama tuhan Hindu, dewa-dewa dan perkataan lain yang mempunyai pengaruh
Hindu. Bahasa yang digunakan dalam serapah pula lebih banyak memperlihatkan ayat-ayat kutukan, sumpahan
atau ancaman dengan tujuan yang sama seperti jampi dan mantera. Tujuannya adalah untuk menghalau makhluk
halus yang menganggu manusia. Mahiden bin Sah, ‘Cara Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak :
Kajian Dari Perspektif Islam di Daerah Simunjan’, hlm. 44.
xvii
Ibid., hlm. 61.
xviii
Pisol Maidin, Konsep Kesihatan dan Entnofarmakologi: Satu kajian Falsafah Berdasarkan Beberapa Naskah
Manuskrip Perubatan Tradisional (Bustan Al- Salatin, KItab Tib dan Taiyib al-ihsan), Disertasi M.Sc., Fakulti Sains,
Universiti Malaya, 1995, hlm. 22.
xix
Harun Mat Piah, Kitab Tib; Ilmu Perubatan Melayu, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2006, hlm. 22.
xx
Syeikh Nuruddin ar-Raniri atau nama penuhnya Syeikh Nuruddin Muhammad ibn Ali Hamid ar-Raniri adalah
seorang yang berketurunan Quraish yang telah dilahirkan di Ranir, Gujerat India. Beliau yang begitu terkenal
dalam bidang ilmu sufi dipercayai telah mempelajari bahasa Melayu di Gujerat lebih-lebih lagi pada masa itu
bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Alam Melayu dan mendapat tempias di negara-negara sekitarnya.
Kemungkinan juga beliau sempat mempelajari bahasa Melayu daripada pelajar-pelajar Melayu yang berada di
tanah suci Mekah ketika beliau menunaikan haji di sana pada tahun 1030 H (1620M). Kemudian beliau telah
datang ke Acheh sekitar 6 Muharam 1047H bersamaan 31 Mei 1637 iaitu semasa pemerintahan kerajaan Sultan
Iskandar Thani tetapi tidak menetap di Acheh. Beliau terus ke Semenanjung Tanah Melayu dan di sinilah beliau
memperdalamkan kefahaman beliau terhadap bahasa dan karya penulisan Melayu yang telah sedia ada seperti
Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Taj al- Salatin dan Sejarah Melayu. Disebabkan keakraban beliau dengan Sultan
Iskandar, beliau telah mendapat kedudukan yang agak istimewa iaitu sebagai ulama dan penasihat sultan bagi
menggantikan tempat Syeikh Syamsuddin Pasai yang telah meninggal dunia. Lihat Bustan al-Salatin II, hlm. ix dan
hlm. xxxviii. Lihat juga G.W.J. Drewes, “Nuruddin al-Raniri Hujjat al-Siddiq li-daf’ al-Zindiq”, JMBRAS, vol.47. part 2,
1947, hlm. 82.
xxi
MSS 1076, Bustan al-Salatin, Bab 7 fasal 3 ini tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Keterangan tentang
perubatan Melayu bermula dari halaman 56 hingga 109 (53 halaman) daripada keseluruhan Bab 7. Kitab tib yang
telah disalin sekitar tahun 1830 tanpa nama penyalin dan tempat salinan juga membincangkan tentang kebajikan
dan kejahatan segala manusia, ilmu firasat, memilih calon isteri dan pergaulan suami isteri. Terdapat satu lagi

1946
salinan yang hampir sama isi kandungannya di bawah tajuk Bustan al-Salatin MSS 3029 Bab 7 simpanan
Perpustakaan Negara Malaysia yang mengandungi 62 halaman berkaitan perubatan Melayu. Sila lihat MSS 1076,
Bustan al-Salatin, Bab 7 fasal 3 (jawi), Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Juga lihat Bustan al-Salatin MSS 3029 Bab 7 fasal 3 (jawi), Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara
Malaysia, Kuala Lumpur. Selepas ini disebut MSS 1076, Bustan al-Salatin sahaja.
xxii
MSS 1076, Bustan al-Salatin, hlm. 73.
xxiii
Nama asal Ibn Sina ialah al-Husain b. Abdullah b. Ali bin Sina atau Abu Ali. Beliau telah dilahirkan di Bukhara
pada 980M (370H) dan terkenal sebagai Avicenna di dunia barat. Arnida A. Bakar, “ Terjemahan dan Ilmu
Perubatan Islam: al-Qanun fi al-Tib Karya Ibn Sina”, dalam Nik Salida Suhaila Nik Saleh (eds.), Sains Islam Merentasi
Zaman, Negeri Sembilan: USIM, 2007, hlm. 81.
xxiv
Ibid.
xxv
Manuskrip Ilmu Tabib ini telah dibuat transliterasi oleh A. Samad Ahmad dan diterbitkan atas judul Warisan
Perubatan Melayu oleh DBP pada 1982. Namun beliau tidak mencatatkan kod bagi manuskrip yang digunakan
ini. Kelihatan manuskrip ini tidak diselesaikan transliterasinya kerana tidak terdapat tarikh salinan di penghujung
manuskrip. Cuma di bahagian pendahuluan buku, A.Samad Ahmad memaparkan penghujung manuskrip yang
mencatat nama penyalinnya iaitu Muhammad Salleh ibn Ahmad Penambang pada 1288H bersamaan 1872 di Kota
Raja Kelantan. Manakala salinan manuskrip Kitab Tib 1714 yang mempunyai isi yang sebahagiannya hampir
sama dengan manuskrip Ilmu Tabib pula terdapat di Perpustakaan DBP. Manuskrip asalnya berada di
Perpustakaan Universiti Leiden dengan judul Cod. Or. 1714 Kitab Tib. Kitab Tib 1714 dan Cod. Or. 1714 Kitab
Tib yang berjumlah 502 halaman ini dikatakan selesai ‘disurat’ oleh Haji Zainal Abidin di Kampung Penhujan Betawi
pada Khamis 1 Januari 1824. Manakala manuskrip Kitab Tib MSS 2515 yang mengandungi 218 halaman dan ditulis
pada 1829 ini pula tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Catatan di sebelah kulit hadapan menyatakan
bahawa penulis asal manuskrip ini ialah Ibrahim bin Muhamad Fabian dari Terengganu. Manuskrip ini telah
ditransliterasi oleh Harun Mat Piah dan Zawiyah Baba. Harun Mat Piah dan Zawiyah Baba, Kitab Tib MSS 2515
Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan, Bangi: UKM, 2014, hlm. 257-258. Selepas ini disebut
Kitab Tib MSS 2515 sahaja. A. Samad Ahmad (diselenggarakan) Warisan Perubatan Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982. Lihat Kitab Tib 1714, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (salinan jawi) -
selepas ini disebut Kitab Tib 1714 dan Cod. Or. 1714 Kitab Tib, (jawi) Perpustakaan Universiti Leiden, Netherlands
- selepas ini disebut Cod. Or. 1714 Kitab Tib, (jawi).
xxvi
Kitab Tib MSS 2515, hlm. 340.
xxvii
MSS 1076, Bustan al- Salatin, hlm. 78-79.
xxviii
Bustan al-Salatin turut menerangkan penggunaan jenis tumbuhan yang mempunyai unsur dan khasiat yang
berbeza-beza. Misalnya fawful iaitu pinang tua mempunyai unsur sejuk dan kering pada darjat yang ketiga dan
berfungsi untuk menguatkan gigi. Jika pinang tua ini ditumbuk lumat-lumat serta digunakan sebagai celak,
penyakit mata yang dihidapi oleh pesakit akan sembuh. MSS 1076, Bustan al-Salatin, hlm.83-84.
xxix
Ibid., hlm.101.
xxx
A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalat al-Salatin-Sejarah Melayu, hlm.135-136.
xxxi
Namun akhirnya beliau meninggal dunia akibat bedilan peluru Portugis. A. Samad Ahmad (penyelenggara),
Sulalat al-Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 258, 269-270.
xxxii
Misa Melayu, Ahmad Fauzi Mohd Basri (penyelenggara), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,
1992, hlm. xli, 22, 27, 60-61.
xxxiii
Transliterasi teks Riwayat Kelantan ini boleh dilihat dalam tesis Zahir Ahmad, Kelantan : Analisis Teks,
Interteks Dan Konteks, Thesis Ph.D.,Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
1997, hlm. 412-552
xxxiv
Latipah bt. Omar, Perubatan Melayu Tradisional : Satu Kajian Mengenai Unsur-Unsur Khurafat Dalam
Perbomohan : Satu Tinjauan Khusus Di Jajahan Bachok Kelantan, Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam,
Universiti Malaya, 1995/1996, hlm. 52.
xxxv
A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalat al-Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 222-223.
xxxvi
Pawang Gajah ini berasal dari Kedah tetapi menetap di Terengganu. Munsyi Abdullah, Hikayat Abdullah, Kuala
Lumpur: Pustaka Antara, 1997, hlm. 47-52.
xxxvii
A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalat al-Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 46 dan 114.

1947
xxxviii
Tuhfat al-Nafis: Naskhah Terengganu (jawi), Shaharil Talib et.al., (pengenalan), Terengganu: The House of
Tengku Ismail, 1991, hlm. 97, 142. Selepas ini disebut Tuhfat al-Nafis: Naskhah Terengganu (jawi) sahaja.
xxxix
Tuhfat al-Nafis: Naskhah Terengganu (jawi), hlm. 142.
xl
Siti Hawa Salleh (diselenggarakan), Hikayat Patani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 3-7.
xli
Mohd Taib Osman, Malay Folk Beliefs : An Integration of Disparate Elements, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1989, hlm. 59. Hashim Awang A.R., Perbomohan Melayu: Ke mana Akhirnya? Purba, 15,1996, hlm. 61.
xlii
Hashim Awang A.R., “Perbomohan Melayu: Ke mana Akhirnya?” hlm. 61.
xliii
Zubaidah Bt. Sidek, Peranan Jampi Serapah Dan Doa-Doa Dalam Perubatan Tradisional : Satu Kajian di Bachok,
Kelantan, Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1994, hlm. 27.
xliv
Antara manuskrip perubatan Melayu yang terdapat di Perpustakaan DBP adalah Kitab Ilmu Perubatan (MS 33),
Kitab Ilmu Perubatan (MS 47), Kitab Tib 1714, Buku Raksi, Buku Doa dan Jampi dan lain-lain lagi.
xlv
Kitab Tib MSS 2515, hlm.114-161.
xlvi
Ibid., hlm.114-161. Ubat demam dicatatkan juga di halaman lain iaitu pada halaman 244-246.
xlvii
Ibid., hlm. 131.
xlviii
Ibid., hlm. 317- 323.
xlix
Keterangan mengenai penyakit demam dalam Cod. Or. 1714 Kitab Tib adalah sebanyak 13 halaman, manakala
kitab Imu Tabib pula sebanyak lima halaman. Bagi semua jenis deman boleh rujuk Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi),
hlm. 47-67. A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. 24-28.
l
Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), hlm. 47. A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. 24. Kedua-dua
manuskrip ini menyebut rawatan yang sama, cuma berbeza dari segi tanda koma, beberapa perkataan dan lain-
lain lagi. Tanda ( ) menunjukkan perkataan tersebut ditulis dalam Ilmu Tabib. Tanda { } menunjukkan
perkataan tersebut ditulis dalam Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi).
li
Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), hlm. 46. Dalam kitab Ilmu Tabib, tanda tersebut adalah tanda atau perkataan
seperti ra dan waw. A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. 21.
lii
Kitab Tib MSS 2515, hlm. 234-240.
liii
Ibid., hlm. 237.
liv
Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), hlm. 63-70. A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. 33.
lv
A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. xiv.
lvi
Kitab Tib MSS 2515, hlm.185-199, 202-221, 229-234; Cod. Or. 1714 Kitab Tib, hlm. 151-162,174-177, 295-296,
299-300, 332-335 A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. 40-43, 55-58, 70-72.
lvii
A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm.112-118.
lviii
Amran Kasimin, Sihir: Suatu Amalan Kebatinan, hlm. 59.
lix
Ibid.
lx
Kitab Tib MSS 2515, hlm. 182.
lxi
Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), hlm. 215-216. A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm.113. Kedua-
dua manuskrip ini menyebut mantera yang sama, cuma berbeza dari segi tanda koma, sebutan beberapa
perkataan dan lain-lain lagi. Tanda ( ) menunjukkan perkataan tersebut ditulis dalam Ilmu Tabib. Tanda { }
menunjukkan perkataan tersebut ditulis dalam Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi).
lxii
Cod. Or. 1714 Kitab Tib (jawi), hlm. 310. A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu, hlm. 116-117.
lxiii
Pisol Maidin, Konsep Kesihatan dan Entnofarmakologi: Satu kajian Falsafah Berdasarkan Beberapa Naskah
Manuskrip Perubatan Tradisional, Bustan Al- Salatin, Kitab Tib dan Taiyib al-Ihsan, Disertasi Sarjana, Fakulti Sains,
Universiti Malaya, 1995, hlm.27-28.
lxiv
Hashim Awang A.R., “Perbomohan Melayu: Ke mana Akhirnya?”hlm. 57.
lxv
Norihan Hamzah, ‘Bomoh Melayu: Konsep, Asal Usul dan Perkembangan Perubatan Melayu,’ Latihan Ilmiah,
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1994, hlm. 29-30.
lxvi
Norhalim Haji Ibrahim, Perubatan Tradisional, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm.15.
lxvii
Abdul Razak Abdul Karim, Kitab Perubatan Mujarrabat: Khasiat Ayat-Ayat Al-Quran dan Rawatan
Tradisional, Seminar dan Pameran Perubatan Melayu (23-24 Ogos 2002 : Kuala Lumpur), hlm. 6.
lxviii
Ibid.
lxix
Ibid., hlm. 6-8.

1948
lxx
Noraini Mohamed Hassan, ‘Perkembangan Jabatan Perubatan Persekutuan, 1896-1910’, Jurnal Sejarah, No. 21,
2013, hlm. 16.
lxxi
F. A. Swettenham, British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya, London:
Allen and Unwin, 1955, hlm. 155. Keterangan lanjut mengenai perkhidmatan dispenasari, sila rujuk Sofiah
Othman, Perkhidmatan Dispensari Negeri-negeri Selat, 1897-1941, Projek Ilmiah Jabatan Sejarah Universiti
Malaya, 2012/13.
lxxii
Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus dan Suffian Mansor, ‘Proses Transisi Masyarakat Melayu di Tanah Melayu,
1880-1941: Reaksi Terhadap Perkembangan Kemajuan Infrastruktur dan Sistem Kesihatan Awam’ dalam Arba’iyah
Mohd Noor dan Mohammad Reduan Othman et al., Persada Jauhari, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
2012, hlm. 52. Noraini Mohamed Hassan, Perkembangan Jabatan Perubatan Persekutuan, 1896-1910, hlm. 1-2.
Noor Azlan Mohd Noor, Penilaian Bahan-Bahan Penulisan Perubatan Melayu Tradisional: Satu Pengenalan Umum,
hlm. 54-55.
lxxiii
Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus dan Suffian Mansor, ‘Proses Transisi Masyarakat Melayu di Tanah Melayu,
1880-1941, hlm. 53.
lxxiv
F. A. Swettenham, British Malaya, hlm. 155.
lxxv
Wan Faizah Meor Ibrahim, Isu-isu Wanita Dalam Beberapa Akhbar Melayu Tahun 1920-1940, Disertasi, Sarjana
Jabatan Sejarah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2008/09, hlm. 131.
lxxvi
Ibid., hlm. 112.
lxxvii
Annual Report of the Straits Settlements 1855-1941. Vol.8: 1922-1926, hlm. 394, 530, 662; Annual Report of
the Straits Settlements 1855-1941. Vol.9: 1927-1934, hlm. 141, 295, 408, 539, 622.
lxxviii
F. A. Swettenham, British Malaya, hlm. 155.
lxxix
Ibid., hlm. 156.
lxxx
Mohamad Hanafi Mohd Lotfi, Dasar pentadbiran British di Melaka, 1900-1920: Kesan Terhadap Perkembangan
Masyarakat Melayu, Latihan Ilmiah (B.A), Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
2010/2011. hlm. 85. Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus dan Suffian Mansor, ‘Proses Transisi Masyarakat Melayu di
Tanah Melayu, 1880-1941, hlm. 53-54.

1949

You might also like