You are on page 1of 2

Surau Al Azim & semua AJK Surau Al Azim

Lorong Enggang Selatan

Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur,

Tarikh: 18hb Jun 2010

Assalamualaikum war wab

Ybhg YB Zuraidah Kamaruddin yang dirahmati Allah,

Memohon bantuan untuk memperbaiki Surau Al Azim sempena persiapan menjelang Ramadhan

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al Azim adalah salah satu surau yang berada di bawah
penyeliaan Masjid Al Ansar, Taman Keramat, Kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan Kawasan Zon 7
MPAJ. Surau Al Azim terletak di Jalan Enggang Selatan Taman Keramat. Ahli karyah surau ini terdiri
daripada 202 buah rumah yang terletak antara Jalan Enggang dan sepanjang Jalan Enggang Selatan,
Lorong Enggang 1, Lorong Enggang 3, Lorong Enggang 5, Lorong Enggang 7, Lorong Enggang 9,
Lorong Enggang 11, Lorong Enggang 13.

Surau ini telah beroperasi sejak 1994. Surau yang berdekatan dengan nya adalah surau Al Huda
yang terletak di Jalan Enggang Utara.

Untuk makluman YB, AJK Surau yang baru dipilih untuk sesi 2010-2012 telah mengadakan
mesyuarat keduanya pada 16 hb Jun 2010. Mesyuarat memutuskam untuk melaksanakan beberapa
kerja kerja pembaikan dan membaik pulih kemudahan surau dalam rangka membuat persiapan
menjelang bulan Ramadhan.

Di antara perkara yang perlu diperbaiki adalah seperti berikut:

Bil Perkara Anggaran (RM)


1 Membaiki dan mengganti atap yang bocor, siling yang 4,000.00
rosak dan gutter yang rosak di ruang makan/ mesyuarat

2 Membuat struktur tiang dan ‘beam’ untuk menyokong 2,000.00


atap dan siling yang tersebut diatas.

3 Kotak fius elektrik dan pendawaian yang telah rosak 1, 000.00

4 Sistem Siaraya (Public Address System) yang perlu 500.00


diperbaiki

5 Rawatan membasmi anai-anai 2500.00

JUMLAH 10,000,00

Sehubungan dengan itu kami bagi memohon jasa baik Ybhg YB Zuraidah untuk memberikan bantuan
dan sebarang pertolongan dalam menjalankan kerja kerja membaik pulih surau kami.
Keperihatinan dan kerjasama dari Ybhg YB kami dahulukan dengan ucapan berbanyak. Terima kasih.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat ybhg YB dan kita semua.

Sekian, Terima Kasih.

Pengerusi
Surau Al Azim
Dr. Hj. Ahmad Fauzi bin Hj. Puasa

Salinan kepada:
1. Majlis Agama Islam Selangor (Bahagian Petadbiran Surau dan Masjid)
2. Nazir Masjid Al Ansar
3. ADUN Bukit Antarabangsa
4. Ahli Majlis MPAJ, Zon 7

You might also like