You are on page 1of 3

MASJID AL-IKHLAS TAMAN TUNKU SARINA

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BIL 4 / 2021

TARIKH : 9 April 2021 (Jumaat)


MASA : 2.30 ptg
TEMPAT : Masjid alIkhlas, Taman Tunku Sarina
KEHADIRAN:
1. TN HJ MOHAMAD ASRI BIN OTHMAN (Imam Masjid TTS)
2. EN. AZHAR BIN RAMLI (Pencatat)
3. TN HJ SOBRI BIN AHMAD
4. TN HJ IR KHAIRUL FAIZI BIN KHALID
5. EN SHAHBUDIN BIN HJ ABDULLAH
6. EN SUFI BIN HASSAN
7. EN SHAHARIN BIN OSMAN
8. EN ALIAS BIN BAHARI
9. EN SHAHAR
10. EN ROSLI
11. EN ZAHARI BIN ABU SEMAN

I. ALUAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua AJK yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.
Mesyuarat kali ini akan memutuskan perkara-perkara penting terutamanya berkaitan
dengan program ihya Ramadhan yang akan disambut. Semoga Allah taala akan memberi
ganjaran pahala yang besar kepada semua AJK yang sentiasa berusaha untuk
mengimarahkan masjid kita.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat JK Pengurusan Masjid al Ikhlas bil 3/2021
bertarikh 3 Februari 2021.

1
3. En Sufi bin Hassan mencadangkan agar minit mesyuarat diterima diluluskan dan
disokong oleh En Alias bin Bahari.

II. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4. Perkara 9- Cadangan untuk memberi sumbangan kewangan kepada surau Assidikin


sebanyak RM500 sebulan dan surau Kg Kelubi sebanyak RM200. Mesyuarat sebulat
suara bersetuju untuk membatalkan cadangan tersebut kerana didapati pihak JK Surau
Assidikin telah membuat permohonan pecah kariah kepada Jabatan Agama Islam Negeri
Kedah. Mereka telah membuat cadangan sempadan kariah baru dan menjadikan surau
kg Kelubi di bawah kariah surau Assisidikin.
5. Namun begitu mesyuarat telah memutuskan supaya diteruskan bantuan tahunan
sebanyak RM2000 dan sebarang bantuan khas yang diperlukan.

III. PROGRAM IHYA RAMADHAN


6. Pengerusi memutuskan supaya balai lintang sebelah kanan dijadikan sebagai ruang solat
muslimat. Tandas muslimin dan tandas muslimat ditukar buat sementara waktu sepanjang
bulan Ramadhan. Ruang balai lintang sebelah kiri dijadikan sebagai ruang solat muslimin.
Sekiranya ada masalah ketika gotong royong pada esok hari, ia akan disesuaikan dengan
keadaan.
7. Majlis berbuka puasa akan diadakan setiap hari dengan mematuhi SOP yang ditetapkan
oleh KKM. Dana masjid akan digunakan sekiranya terdapat hari yang tiada penaja untuk
majlis berbuka puasa.
8. Majlis jamuan moreh tidak akan dilaksanakan. Sekiranya ada permohonan, juadah akan
diedarkan secara bungkus.
9. Jadual imam terawikh akan mengikut senarai imam tahun lepas. Pengerusi meminta
supaya jadual bilal terawikh dapat disediakan oleh AJK Biro Dakwah dan Pendidikan.
Banner senarai imam telah ditempah oleh pengerusi dan akan digantung di laluan masuk
masjid.
10. Pengerusi meminta semua AJK supaya dapat membantu En Zabidi Sharif meyediakan
air minuman semasa solat terawikh. Bekalan air mineral akan diambil di kilang pada 17
April 2021. Pihak masjid mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua
pihak yang bertungkus lumus menyediakan air minuman kepada jemaah setiap kali
Ramadhan khasnya kepada En Zabidi dan En Nordin.
2
III. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID

11. JK Pembinaan Masjid yang telah dilantik dan telah disahkan dalam mesyurat Agung
Tahunan 2021. Namun begitu setelah penyerahan tugas diberikan kepada semua AJK
yang dilantik, pihak JK Tertinggi Masjid mendapati terdapat berbagai masalah dan
pertelingkahan yang berlaku dalam JK tersebut yang boleh menjatuhkan reputasi masjid.
12. Sehubungan dengan itu, pengerusi mencadangkan supaya JK Pembinaan yang telah
dilantik sebelum ini dibubarkan serta merta.
13. Mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan pembubaran tersebut.
14. Mesyuarat sebulat suara melantik En Shahbudin bin Abdullah sebagai pengerusi
sementara JK Pembinaan. Lantikan JK Pembinaan yang baru akan dibuat dalam masa
yang terdekat dan akan dimaklumkan selepas ini.

IV. HAL-HAL LAIN

15. Bendahari memaklumkan bahawa pihak pembekal peti besi telah hadir dan membuat
tunjuk cara membuka dan mengunci peti besi.
16. Mesyuarat memutuskan untuk membuka peti besi tabung pembinaan setiap dua minggu
sekali.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Pencatat: Disemak Oleh:

................................ ..............................
AZHAR BIN RAMLI TN HJ MOHAMAD ASRI BIN OTHMAN
PENGERUSI
MASJID AL-IKHLAS
TAMAN TUNKU SARINA

You might also like