You are on page 1of 6

REPLACEMENT EXAMINATION QUESTION

SEMESTER 1 SESION 2021/2022

CODE:
SGDY5063

COURSE:
Educational & Psychological Measurement & Evaluation

NAME:
MUHAMMAD ‘ADNIN BIN MOHAMAD ASRI
(829658)

LECTURER:

Assoc. Prof. Dr Mohd Isha Awang


1.0 Pendahuluan

Setiap individu mempunyai sikap dan tingkah laku berbeza bergantung kepada latarbelakang

dan pengalaman. Sikap dan tingkahlaku tersebut membentuk personaliti masing-masing.

Personaliti meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi. Dari segi

istilah, personaliti berasal daripada bahasa Inggeris yang diterjemahkan daripada perkataan

Latin, iaitu ‘persona’. Perkataan persona membawa erti topeng muka iaitu topeng yang

digunakan oleh pelakon-pelakon teater Yunani di atas pentas. Perkataan persona berubah

menjadi gambaran sosial yang diterima oleh individu dalam kelompok masyarakat (Abd

Rahman, 2010). Seterusnya, Allen dan Walter (2018) mendefinisikan personaliti sebagai

kepelbagaian watak, perangai, akal serta fizikal individu yang stabil serta menghasilkan daya

tahan dalam menghasilkan keunikan penyesuaian untuk sekeliling. Selain itu, Faizah dan

Nagarajan (2012) menyebut personaliti adalah susunan unsur akal dan jiwa yang menentukan

perbezaan tingkah laku atau tindakan individu. Konsep personaliti merupakan konsep yang

begitu luas sehingga menjadi suatu yang amat penting.

2.0 Personaliti Big 5

Justeru Teori tret personaliti ‘big five’ diterima pakai dalam semua kajian personaliti yang

terlibat dalam kajian psikologi sosial dan telah menghasilkan banyak artikel yang meliputi

aspek psikologi, sains pendidikan, teknologi dan pelbagai aspek yang lain. Dalam teori

Personaliti ‘Big Five’, personaliti telah dibahagikan kepada lima dimensi personaliti utama

iaitu keterbukaan, conscientiousness, ekstroversion, agreeableness dan negative emotinally.

Saya turut melaksanakan ujian Big 5 ini dan telah membandingkan keputusan ini dengan

seseorang yang saya rapat iaitu abang saya. Menurut keputusan ujian Big 5 yang telah

dilaksanakan, dimensi yang pertama ialah keterbukaan (Openminded) dimana dimensi ini

menerangkan keterbukaan kepada pengalaman kognitif dan bukan kognitif, yang ditunjukkan
dalam pelbagai kepentingan, kesungguhan untuk mencari dan pengalaman hidup baru dan

luar biasa tanpa kebimbangan dan juga dengan keseronokan. Keputusan ini menunjukkan

bahawa jika mendapat peratusan yang tinggi, ia lebih cenderung untuk menjadi asli, kreatif,

ingin tahu, kompleks, manakala jika rendah lebih cenderung menjadi konvensional, down to

earth, minat sempit, tidak kreatif. Secara peratusan saya mendapat 14 dimana keputusan

mengatakan saya kurang suka pengalaman tradisional dan biasa berbanding abang saya

mendapat peratusan 17. Dimensi ini tepat kerana berdasarkan umur abang saya menunjukkan

bahawa beliau lebih gemarkan perkara-perkara yang asli dan lebih gemar mencari

pengalaman hidup baru.

Dimensi kedua ialah Conscientiousness (Kesedaran) diaman demensi ini menumpukan

kepada isu-isu seperti orientasi, tingkah laku kebiasaan, dan kawalan gerak hati. Ia merujuk

kepada individu yang bertanggungjawab, berhati-hati, teliti, teratur, boleh dipercayai, rajin,

berdisiplin, menepati masa, kemas, bercita-cita tinggi dan gerak hati. Melalui keputusan ini

bagi markah yang tinggi akan menunjukkan bahawan seseorang itu cenderung untuk

dipercayai, teratur, berdisiplin diri, berhati-hati, manakala rendah lebih kepada tidak teratur,

tidak boleh dipercayai, cuai. Peratusan yang saya dapat pada dimensi ini ialah 56 manakala

abang saya 50. Jelas menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara antara saya dan abang

saya pada dimensi ini namun menunjukkan bahawa saya lebih berhati-berhati terhadap suatu

perkara dan lebih bercita-cita tinggi.

Dimensi yang ketiga ialah Extroversion yang bermaksud Individu yang tinggi dalam

extraversi digambarkan sebagai tegas, bercita-cita tinggi, pandai bergaul, aktif, suka

bercakap, berorientasikan orang, optimistik, dan penyayang. Markah tinggi pada dimensi ini

akan menunjukkan seseorang itu cenderung untuk bergaul, mesra, penyayang yang

menyeronokkan, suka bercakap, manakalan markah rendah lebih menjadi introvert, pendiam,

dihalang, pendiam. Kedua-dua keputusan bagi saya dan abang saya menunjukkan peratusan
yang rendah dimana saya 43 manakala abang saya 39. Jika dianalisi keputusan saya boleh

dikatakan tidak terlalu sosial manakala abang saya lebih cenderung menjauhkan diri daripada

situasi sosial.

Dimensi seterusnya ialah Agreeableness yang bermaksud Individu yang tinggi dalam

kepersetujuan digambarkan sebagai bertolak ansur, mempercayai, fleksibel, pemaaf,

bekerjasama, sopan, lembut hati, baik-hati, membantu, mudah tertipu serta terus-terang. Jika

keputusan menunjukkan peratusan tinggi sudah semestinya seseorang itu mempunyai sifat

yang baik, bersimpati, pemaaf, berbudi bahasa, berbanding rendah lebih cenderung menjadi

kritikal, kasar, keras, tidak berperasaan. Melalui dimensi ini saya mendapat 56 dimana

menunjukkan pertengahan tidak terlalu pemaaf dan tidak mudah marah. Manakala abang saya

mendapat 39 diaman ia lebih mudah untuk meluahkan rasa jengkel dengan orang lain. Bagi

saya agak kurang tepat keputusan ini kerana abang saya kurang gemar meluahkan sesuatu

persaan dihadapan orang.

Dimensi yang terakhir ialah Negative Emotionally iaitu individu yang digambarkan

ketidakstabilan emosi, iaitu meliputi perasaan marah, malu, cemas, bermusuhan, tertekan,

sedar diri, impulsif, bimbang, gelisah, emosional, tidak selamat, dan tidak mencukupi.

Keputusan ini menunjukkan saya mendapat 54 peratus manakala abang saya 63, jika

dianalisis saya merupak seseorang yang tidak terlalu gementar dan tidak tenang berbanding

abang saya lebih cenderung menjadi cemas atau gugup.

Analisis ini telah mencapai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Analisis ini telah

meneroka personaliti dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan personaliti.


3.0 (Code Colour) Kod Warna

Analisis keputusan saya pada Penilaian Kod Warna menunjukkan saya dalam kategori warna

putih Berdasarkan warna putih, analisis menunjukkan bahawa ia didorong oleh Keamanan.

Mereka mencari kemerdekaan dan memerlukan kebaikan. Mereka menentang konfrontasi

dalam apa cara sekalipun. Bagi mereka, perasaan baik adalah lebih penting daripada menjadi

baik. Mereka biasanya senyap secara semula jadi, memproses perkara dengan sangat

mendalam dan objektif dengan sangat jelas. Daripada semua warna, putih adalah pendengar

terbaik. Mereka menghormati orang yang langsung tetapi berundur daripada permusuhan atau

pertempuran lisan.

Selain itu, putih memerlukan "masa bersendirian" mereka dan enggan dikawal oleh orang

lain dan melakukan sesuatu dengan cara mereka sendiri dan dalam masa mereka sendiri.

Warna putih jauh lebih kuat daripada yang orang fikirkan, tetapi tidak sering dilihat kerana

kekuatan mereka kerana mereka tidak mudah mendedahkan perasaan mereka. Putih adalah

pemarah, diplomatik, dan suara yang beralasan; tetapi juga boleh menjadi tidak pasti, tidak

ekspresif, dan degil secara senyap. Apabila anda berurusan dengan PUTIH, bersikap baik,

terima dan sokong keperibadian mereka, dan cari petunjuk bukan lisan untuk memahami

perasaan mereka.

Dalam relationship (hubungan) Putih cenderung menjadi pasangan yang sangat baik dan

menerima. Mereka seronok bertemu dengan pelbagai jenis orang dengan sikap berbeza

tentang kehidupan, dating, agama, keseronokan, atau apa sahaja dan sangat menerima dan

baik. Mereka juga cenderung untuk memahami bahawa jika pasangan mereka melihat sesuatu

dengan cara tertentu, maka mesti ada sesuatu untuknya, dan sebelum menilai atau cuba

meyakinkan mereka tentang cara mereka, mereka sentiasa bersedia untuk memberi peluang.
Bagi kategori keibubapaan melalui persepsi putih biasanya terkenal dengan kebaikan dan

sikap lembut mereka. Mereka cenderung mengalir dengan baik dalam krisis dan mempunyai

keupayaan semula jadi untuk meluangkan masa untuk menikmati setiap kanak-kanak.

Mereka tidak menghakimi, dan lambat bertindak balas terhadap kemarahan. Mereka

menerima perbezaan dan juga bersetuju dengan kanak-kanak yang tidak bersetuju. Mereka

tidak mudah menawarkan arahan, kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai memaksa, terlalu

terlibat, atau terlalu menuntut.

Berdasarkan analisis ini juga menunjukkan bahawa keputusan yang dinyatakan baik dan tepat

berkenaan diri saya.

You might also like