You are on page 1of 17

Report

 Course code: KSB2143-01-TSDV2113-01-2107


Subject: Introduction of Phsycology (1)

Lecturer’s name: 
Encik Hidayat

Prepared by: Haziq B. Hamzah (B21301121)


Pengenalan

Setiap orang mempunyai pengujian dan penilaian yang berbeza dalam proses alat ukuran
seperti alat ukuran personality, alat ukuran minat kerjaya, alat ukuran nilai pekerjaan ,alat
ukuran percintaan dan ujian pencapaian kecerdasan untuk membentuk statistik deskriptif
yang tersendiri. Ia juga membezakan setiap kesahan dan kebolehpercayaan dalam setiap
individu. Oleh itu, inventori personaliti warna (IPW) dan inventori gaya bercinta (IGB)
diperkenalkan untuk menilai setiap individu dari sudut berbeza.

Apa itu Inventori Personaliti Warna ? (IPW)

Ia merupakan pengubahsuaian berasaskan teori personaliti warna yang diperkenalkan Don


Lowry melalui kad-kad aktiviti true colours. Dibina oleh Dr. Sidek Mohd Noah dan pelajar
Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), Universiti Putra Malaysia Terengganu
(UPMT). Draf asal mengandungi 200 item, setiap jenis personaliti warna mewakili 50 item.
Namun, 100 item yang benar- benar bermutu dan signifikan. Mempunyai format jawapan
‘Ya’ atau ‘Tidak’. Empat skala mewakili personaliti warna emas, hijau, biru & jingga untuk
menilai setiap individu.
CIRI-CIRI PERSONALITI MENGIKUT WARNA

Mengikut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpersonaliti Emas dikatakan bersikap
keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh
dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta
menaruh perhatian. Kata kunci utama personaliti Emas ialah peraturan dan saya
bertanggungjawab. Ciri-ciri diri secara khusus menurut personaliti Emas ialah perlu mengikut
peraturan dan menghormati pihak yang berkuasa, sangat bertanggungjawab, taat, boleh
diharap dan sentiasa bersedia, tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan, seorang
peneliti dan bersifat wajar, menghormati masa, mahu dianggap sebagai seorang yang
berguna, menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumahtangga, mengambil tahu tentang
sesuatu, memberi perhatian, bersifat konkrit, bersifat keibubapaan, suka mengekal dan
memelihara sesuatu adat resam dan seorang yang suka menolong
Berpersonaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung
merekacipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempuma, bersifat ingin tahu,
memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori , bijak dan mahir, panjang akat,
kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama
personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi . Ciri-ciri personaliti H
ijau ialah cendenmg dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung untuk merekacipta
sesuatu yang baru, cekap dan berkebolehan menjalankan tugas secara sempuma, bersifat
ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea, mempunyai
pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal, mempunyai
sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur, mempunyai falsafah dan memerlukan
penje!asan dan jawapan.

 
Individu berpersonaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulin, perhubungan mesra,
mengasihani , bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain,
penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh
kasih sayang.
 

Apa itu Inventori Gaya Bercinta (IGB) ?

Penyelidikan mengenai cara manusia bercinta dan menunjukkan perasaan cinta romantik
bukan sesuatu yang baru. Ahli sosiologi John A. Lee (1973, 1988) telah membuat klasifikasi
gaya bercinta yang dipanggil colors of love (warna-warna percintaan). Klasifikasi ini telah
digunakan oleh pengkaji Clyde dan Susan Hendricks daripada University of Texas untuk
menghasilkan skala/gaya bercinta.
Inventori Gaya Bercinta (IGB) ini ialah adaptasi inventori 60 soalan yang dibangunkan oleh
Sidek Mohd Noah. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang
jawapan yang disediakan. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, pilih Ya dan jika tidak
menerangkan diri anda, pilih Tidak pada jawapan yang disediakan. Jika anda menghadapi
kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda
ataupun tidak,

Di dalam inventori ini, djelaskan tentang 6 gaya bercinta yang berbeza tiap satunya dan
menjelaskan trait-trait berkaitan setiap satu dari gaya tersebut. Antara gaya bercinta yang
dimaksudkan adalah Eros (Romantis), Ludus (Permainan), Storage (Persahabatan), Pragma
(logikal), Mania (Posesif) dan yang terakhir Agape (Pengorbanan).

Gaya Bercinta EROS (Romantis)

Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang
sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan
dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti
dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama.
Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk
hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi
nilainya
Gaya Bercinta LUDUS (Permainan)
Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan
dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta
dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih
senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang
mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam
perasaan cintanya, sebeliknya mereka suka memainkan perasaan atau pun membiarkan
pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka  sebenarnya dan berapa dalamkah
penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka
panjang dalam hubungan cinta, lebih suka  membuathubungan secara mendadak dan tidak
teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi
dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya
diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

Gaya Bercinta STORAGE (Persahabatan)


Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara
mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang-kadang orang yang bercinta tidak
menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya
ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan
untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang.
Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.

Gaya Bercinta PRAGMA (Logikal)

Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari
pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari
pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan
yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat
pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya
sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang
dikehendakinya.
Gaya Bercinta MANIA (Posesif)

Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin
bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan
bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan
keperluan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal,
mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh
pasangannya. Oleh itu mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan
masing-masing
Gaya Bercinta AGAPE (Pengorbanan)

Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan
pemaaf. Gaya bercinta ini terlau ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap
objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal
gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang
berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih
sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya
percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang mereka cintai itu bahagia
dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita atau pun kehendak dirinya sendiri
asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Penerangan diatas merupakan gaya bercinta menurut Inventori Gaya Bercinta. Namun
diingatkan, apapun gaya bercinta kita, jangan sesekali kita lupa bahawa cinta yang paling
agung dan cinta yang perlu kita kejar adalah cinta kepada kepada Tuhan. Tidak dilupa juga
cinta kepada keluarga serta orang yang bermakna buat kita. Moga dengan perkongsian ini
para pembaca dapat menemukan cinta sebenar yang dicari.
Keputusan individu dan kumpulan

Inventori Personaliti Warna (IPW)

 BIRU

 EMAS
 JINGGA

 HIJAU

 EMAS
INVENTORI GAYA BERCINTA (IGB)

 KEPUNYAAN

 PERMAINAN

 PENGORBANAN
 LOGIKAL

 PENGORBANAN
Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya
dan personaliti tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu
itu yang berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain. Personaliti berasal
daripada perkataan Latin, persona iaitu topeng yang dipakai oleh pelakon pentas. Mereka
menjelaskan bahawa personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan
perlakuan manusia. Bagaimana manusia menggambarkan pemikiran, emosi dan perasaan
mereka adalah perkara yang menjadi kajian ahli psikologi personaliti.

Sehubungan itu dengan kajian hubungan personaliti warna dan minat oleh penyelidik akan
menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan menambahkan lagi keyakinan penyelidik
terhadap hubungan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji tentang Inventori personalitI
warna (IPW) dan Inventori gaya bercinta (IGB).
RUJUKAN

 http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9198/1/FPP_2000_7_A.pdf
 https://www.slideshare.net/akmalmustafakamal/inventori-personaliti-warna
 https://cikguanasarshad.blogspot.com/2020/11/gaya-bercinta-menurut-inventori-
gaya.html

You might also like