You are on page 1of 2

Rujukan kami : JAIM/8/351/14/7/6 Klt 7 ( 8 )

Tarikh : 3 Februari 2023M / 12 Rejab 1444H

PENGERUSI JAWATANKUASA MASJID / SURAU


SELURUH NEGERI MELAKA

YB. Datuk Wira/ S.S Datuk Wira/ YBhg. Datuk Wira/ YBhg. Datuk Seri/ YBhg. Datuk/ Tuan,

ARAHAN MEMINIMAKAN PENGGUNAAN IMAM/KHATIB JEMPUTAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan oleh


Jabatan ini mendapati terdapat peningkatan penggunaan Imam/Khatib Jemputan di
masjid/surau di dalam Negeri Melaka.

3. Berdasarkan Garis Panduan Masjid dan Surau Negeri Melaka, di antara fungsi
Imam adalah mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain serta
membaca khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan lain-lain khutbah yang berkaitan.
Oleh yang demikian, penggunaan imam/khatib jemputan di masjid/surau Jumaat
hendaklah diminimakan manakala tanggungjawab hakiki menjadi imam/khatib
hendaklah dilaksanakan oleh pegawai masjid yang dilantik secara optima.

4. YB Datuk Wira/ S.S Datuk Wira/ YBhg. Datuk Wira/ YBhg. Datuk Seri/ YBhg. Datuk/
Tuan hendaklah memastikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana
berikut dipatuhi :

a. Aktiviti solat Jumaat hanya boleh diimamkan oleh Imam lantikan rasmi Majlis
Agama Islam Melaka (MAIM) sahaja atau mana-mana Imam yang dilantik
oleh jawatankuasa surau Jumaat sahaja KECUALI setelah mendapat
kebenaran daripada pihak berkuasa agama negeri;

b. Khutbah Jumaat hanya boleh disampaikan oleh Imam lantikan rasmi Majlis
Agama Islam Melaka (MAIM) sahaja. Khatib jemputan DILARANG daripada
menyampaikan khutbah KECUALI setelah mendapat kebenaran daripada
pihak berkuasa agama negeri;

c. Jemputan terhadap individu yang dikaitkan dengan mana-mana parti politik


adalah DILARANG dari memimpin solat, menyampaikan khutbah atau
berceramah di mana-mana masjid mahu pun surau di dalam Negeri Melaka
KECUALI setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama
negeri ; dan

You might also like