You are on page 1of 17

TUGASAN INDIVIDU

FAKULTI : KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA


PROGRAM : SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN
WILAYAH (HONS)
KOD PROGRAM : AP221
KURSUS : SUSTAINABLE COMMUNITY PLANNING
KOD KURSUS : TPS 654
SEMESTER : 8
NAMA PELAJAR : HANNIS SABRINA BINTI ZULKEFLE
NO. ID PELAJAR : 2020465644

NAMA PENSYARAH:
PROF. DATO’ DR. DOLLAH BIN ABDULLAH

TARIKH PENYERAHAN
20 JANUARI 2023
JADUAL KANDUNGAN

Bil. Kandungan No. Muka


Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Biodata Imam Surau 1-2

3.0 Organisasi Komuniti Surau Al-Mutmainnah 2-7

4.0 Kesan daripada sosial, ekonomi dan politik semasa terhadap komuniti 7
dan Imam Surau

5.0 Masalah dan Isu yang Dihadapi 7

6.0 Aktiviti-Aktiviti 8-11

7.0 Penutup 12

Rujukan 13

Lampiran 14-15
1.0 Pengenalan

Kertas kerja ini memerlukan pelajar untuk mengenalpasti ketua komuniti atau ikon
di dalam kawasan komuniti pelajar sendiri. Sebagai contoh, Ketua Kampung, Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) atau Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau awatankuasa Pembangunan
dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Pengerusi Persatuan Penduduk,
Pengerusi (Ketua) Rukun Tetangga dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tanggungjawab dan peranan ketua dalam sesebuah organisasi serta
mengenalpasti ciri ciri ketua dalam menyelesaikan masalah di dalam komuniti. Di
dalam kertas kerja ini juga organisasi ketua atau ikon yang terpilih akan diperkenalkan.
Bagi kajian ini, saya memilih jawatan imam surau sebagai ikon. Ini adalah kerana
imam surau juga memegang jawatan dan peranan sebagai ketua organisasi komuniti.
Organisasi ini bertempat di Pandan Perdana, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Imam surau juga memegang jawatan sebagai ketua komuniti iaitu
bertanggungjawab dalam mengurus aktiviti-aktiviti masyarakat di kawasan tersebut.

2.0 Biodata Imam Surau Al-Mutmainnah / Ketua Komuniti Pandan Perdana

Mohd Atan Bin Bujai adalah nama imam Surau Al-Mutmainnah. Beliau dilahirkan
pada 11 hari bulan Mac 1966 yang menunjukkan umur beliau sekarang adalah 57 tahun.
Beliau dilahirkan di Lubuk Cina, Melaka, Malaysia dan bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Besar. Beliau telah berkahwin dan mempunyai empat
(4) orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sebelum menjad imam surau, beliau
berpengalaman bekerja sebagai Eksekutif Agrobank. Gambar dibawah menunjukkan
Mohd Atan Bin Bujai.

1
Gambar 2.1: Imam Surau Al-Mutmainnah Ustaz Atan Bin Bujai

3.0 Organisasi Komuniti Surau Al-Mutmainnah

Surau Al-Mutmainnah Pandan Perdana dibina pada tahun 1973 dan pada tarikh 27
Ogos 1975 ianya siap dibina sepenuhnya. Surau ini berada di Jalan Taman Perdana 7/1,
Pandan Perdana, 55300 Kuala Lumpur, Selangor berdekatan dengan pusat membeli
belah One Shamelin dan Pasaraya Segi. Surau ini telah menjadi lambing kebesaran
Islam sebagai agama rasmi di kawasan tersebut. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi
mengeratkan silaturahim antara komuniti dan juga ahli jawatankuasa. Surau ini dibina
dengan keluasan yang mampu mematkan dalam 2000-3000 orang Jemaah. Dinyatakan
dibawah ialah visi dan misi Surau Al-Mutmainnah.

Visi
Penggerak Sumber Ilmu dan Pendidikan untuk Semua Peringkat Masyarakat
Muslim

Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Surau yang Berkualiti

Organisasi Surau Al-Mutmainnah telah dibuat dan dipecahkan kepada dua


bahagian: pentadbiran dan jawatankuasa kariah surau. Ini dilakukan bagi memudahkan
urusan surau dijalankan. Ketua imam dan seorang pembantu imam bekerjasama
mengendalikan surau ini. Imam ialah perkataan yang merujuk kepada orang yang

2
dipilih oleh pemimpin agama. Mereka bertanggungjawab mengimamkan solat lima
waktu, solat sunat, dan sebagainya. Imam juga merupakan pemimpin agama dan sosial
masyarakat mereka. Menjadi tugas mereka untuk menyebarkan semangat keagamaan
dan membantu orang yang memerlukan. Imam juga memainkan peranan besar dalam
memastikan surau sentiasa mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan orang
yang betul. Imam juga disuruh melakukan perkara yang baik untuk menunjukkan
kepada masyarakat yang lain apa yang perlu dilakukan. Bilal juga merupakan jawatan
yang sangat penting dalam sesebuah kumpulan. Setiap kali Bilal masuk waktu solat 5
waktu, dia perlu melaungkan azan. Terdapat seorang ketua bilal di surau ini, yang akan
dibantu oleh bilal pembantu 1 dan bilal pembantu 2. Pengerusi bertanggungjawab bagi
jawatankuasa kariah surau. Tugas pengerusi adalah memastikan semuanya berjalan
lancar.
Pengerusi juga memilih orang untuk berkhidmat dalam jawatankuasa yang lebih
kecil. Naib pengerusi akan membantu pengerusi menjalankan tugasnya. Setiausaha
bertugas menulis surat dan membuat laporan tentang segala yang berlaku di surau ini.
Bendahari juga mempunyai peranan penting. Bendahari bertanggungjawab
mendapatkan wang daripada setiap AJK supaya surau boleh dibetulkan atau aktiviti
boleh dilakukan di sana. Biro dakwah adalah satu lagi ahli jawatankuasa yang penting.
Sebaliknya, biro dakwah, biro sambutan dibuat agar semua majlis berkaitan dapat
berjalan dengan lancar dan lebih terancang. Biro kebersihan dan penyelia bangunan
juga akan mengawasi surau untuk memastikan ia sentiasa bersih dan terjaga. Atas sebab
tertentu, Biro Hal Ehwal Muslim juga ditubuhkan. Ia dapat mengeratkan lagi ikatan
antara jemaah dan ahli jawatankuasa. Biro kebajikan adalah ahli jawatankuasa
seterusnya. Tugasnya adalah untuk memastikan setiap ahli dan orang dalam jemaah
sihat. Pejabat ini bertanggungjawab membantu jemaah haji yang sakit dengan perkara
seperti ubat dan lain-lain. Carta di bawah menunjukkan carta organisasi Surau Al-
Mutmainnah.

3
Pengerusi Surau
Mohammed Sunaini Bin Yusop

Timbalan
Pengerusi Surau
Kamaruddin Salim

Imam Surau 1 Imam Surau 2 Imam Surau 3


Imam Atan Bin Bujai Imam Abd Rahman Imam Hafiz

Carta 3.1: Carta Organisasi Surau Al-Mutmainnah

Jadual di bawah adalah senarai jawatan dan nama penuh ahli Surau Al-Mutmainnah
Jadual 3.1: Senarai Jawatan dan Nama Penuh Ahli Surau Al-Mutmainnah

Bil Jawatan Nama Penuh


1 Pengerusi Mohammed Sunaini Yusop
2 Timbalan Pengerusi Hj. Kamaruddin Salim
3 Setiausaha Syahroziham Mohd Shahril
4 Penolong Setiausaha Hj. Jelani Baseri
5 Bendahari Mohd Atan Bujai
6 Penolong Bendahari Hj. Zulkifli Saad
7 Pembantu Amil I Hj. Omar Abd. Hamid
8 Pembantu Amil II Hj Jelani Baseri
9 Imam Mohd Atan Bujai
10 Pembantu Imam I Hj. Kamarudin Salim
11 Pembantu Imam II Abd. Rahman Ajid
12 Bilal Bahari Hj. Omar
13 Pembantu Bilal I Abdul Wahid Aling
14 Pembantu Bilal II Sunan Enilsyuraei
15 Siak Hj. Baharudin Maulod

4
16 Pembantu Siak Sabtu Bin Kasam
17 Bilal Jenazah Lelaki Hj. Omar Abd. Hamid
18 Bilal Jenazah Wanita & Urusan Hjh Jamilah Omar
Kemasyarakatan
19 Biro Dakwah & Tarbiyah Hj. Mohamood Yusoff
20 Biro Sukan & Rekreasi Muhammad Hanis Mohd Rashid
21 Biro Prasarana & Penyelengaraan Hj. Ahmad Faizal Abdullah
22 Biro Hal Ehwal Muslimat & Remaja Hjh. Dr Thohiroh Abd Razak
23 Biro Hal Ehwal Pemuda & Unit Amal Hazri Izammi Othman
24 Biro Keraian & Keceriaan Monazeida Sulaiman
25 Biro Khairat & Kebajikan Hj. Mohd Nor Hamzah
26 Pemeriksa Kira-Kira I Hj.Shamsir Mad Sudi
27 Pemeriksa Kira-Kira II Hj. Ahmad Lokman

Perancangan masa hadapan organisasi Surau Al-Mutmainnah adalah selaras dengan


visi Surau iaitu sebagai penggerak sumber ilmu dan pendidikan untuk semua peringkat
masyarakat, maka adalah menjadi hasrat untuk menambah program dan aktiviti yang
melibatkan generasi muda dan remaja yang kurang diberi tumpuan sebelum ini.
Generasi ini yang begitu hebat cabarannya masalah kini sangat seperti keruntuhan
moral, finatik dengan hiburan dan pergaulan bebas, sangat jauh dari mentaati perintah
Allah. Menjadi kewajipan kita semua yang istiqamah mengimarakkan Surau ini
bersama-sama mengambil peranan untuk menarik mereka mencintai solat berjemaah,
menghadiri majlis-majlis ilmu dan porgram lain yang mendidik rohani mereka.
Fungsi organisasi ini ialah berlandaskan konsep surau sebagai sebuah "Institusi
Surau", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan
menjadikan surau sebagai sebuah Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua
kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah. Antara peranan surau ialah:

a) Pusat pembangunan Islam


Ilmu harus dimajukan dengan bantuan institusi Surau. Tambahan pula,
penubuhan madrasah yang mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan
hukum, tauhid, akhlak, ibadah, dan penghulu para Nabi membolehkan institusi
Surau turut berperanan sebagai asas pertumbuhan Islam. Kelas mengaji al-

5
Quran dan menguasai tajwid diadakan pada sebelah malam untuk membantu
murid meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman agama yang lebih
mendalam. Majlis itu kini boleh membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.
Bengkel menulis dan mengaji juga ditawarkan untuk membantu ahli surau
menjadi lebih fasih berbahasa Jawi.

b) Surau sebagai lambang keagungan Islam


Memandangkan Islam adalah agama negeri, setiap kejiranan di Malaysia
mempunyai surau tersendiri, gambaran yang jelas tentang penghormatan
penduduk tempatan terhadap agama Islam. Selain itu, penduduk tempatan boleh
memberikan sokongan mereka kepada surau dengan menjadi penyokong
lantang untuk kemudahan tersebut. Dengan bekerjasama, penduduk tempatan
boleh membantu menyebarkan imej positif Islam sebagai agama yang aman dan
mulia. Mempunyai surau di kawasan kejiranan juga mempunyai faedah
tambahan untuk menarik pengunjung Islam, yang boleh membantu
meningkatkan perniagaan di kawasan kejiranan.

c) Pusat Percambahan Ilmu


Surau juga boleh berfungsi sebagai hab perkongsian maklumat dengan
menempatkan perpustakaan yang dipenuhi karya daripada pelbagai disiplin
ilmu. Undang-undang, tauhid, ibadah, etika, kehidupan Nabi, dan teks agama
yang lain. Bagi menarik perhatian golongan muda dan membawa mereka ke
surau, pihak perpustakaan juga perlu menyediakan buku-buku matematik, sains
dan lain-lain topik berkaitan. Komuniti tempatan boleh mendapat keuntungan
yang besar daripada ketersediaan yang luas dan berkos rendah.

d) Pusat Tamadun Islam


Bagi memulihkan dan memelihara semangat tentera Islam dari zaman
keagungan dan keagungan Islam, institusi Surau wajar diwujudkan sebagai hab
tamadun Islam. Sebuah surau tidak lengkap tanpa ruang yang didedikasikan
untuk kisah dan potret mereka yang telah membawa penghormatan kepada
Islam sepanjang sejarah. Ia memastikan pencapaian dan kegemilangan tamadun
Islam tidak akan dilupakan.

6
e) Pusat percambahan fikiran
Institusi surau juga dijadikan sebagai tempat percambahan fikiran dengan
adanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti dialog, ceramah, seminar dan
sebagainya.

4.0 Kesan daripada sosial, ekonomi dan politik semasa terhadap komuniti dan Imam
Surau

Berdasarkan Ustaz Atan Bin Bujai melalui temuduga yang dilakukan menerusi aplikasi
Whatsapp, organisasi Surau Al-Mutmainnah tidak terkesan dengan perkara seperti social,
ekonomi, politik yang berubah mengikut aliran semasa. Ini adalah kerana, organisasi surau
berlandaskan pimpinan agama sahaja dan tiada kaitan dengan politik. Sebagai contoh, di
Kulai Johor tokoh dan pemimpin daripada mana-mana parti politik tidak dibenarkan
mengadakan sebarang kegiatan politik di dalam masjid dan surau di seluruh negeri Johor
berkuat kuasa serta merta. Berdasarkan artikel ini, dapat dirumuskan bahawa surau bukan
tempat atau platform yang sesuai dalam menjalankan aktiviti politik.

5.0 Masalah dan Isu yang Dihadapi

Pada tahun 2021, terjadi satu kes dimana terdapat individu yang tidak berpuas hati
dengan pengurusan surau sehingga menyalurkan aduan dan maklumat kepada JAIM.
Tindakan Ustaz Atan dalam menyelesaikan salah faham yang terjadi ialah dengan
mengeluarkan senarai perbelanjaan yang digunakan dalam pembangunan Surau Al-
Mutmainnah supaya aliran duit yang keluar dan masuk jelas dan digunakan pada perkara
yang sepatutnya.
Selain itu, Ustaz Atan juga menyatakan bahawa sepanjang beliau memegang jawatan
Imam Surau Al-Mutmainnah, tidak pernah terjadinya kes dimana surau terabai dan tidak
diuruskan kerana Pengerusi dan AJK kebanyakannya adalah orang yang sama sahaja.
Akan tetapi terdapat satu masalah yang dialami iaitu tiada pelapis yang berminat untuk
mengambil alih tugas menjadi AJK yang sekarang dipegang oleh orang yang berumur
melebihi 60 tahun. Beberapa inisiatif telah dilakukan dalam menggalakkan anak muda
untuk tampil ke hadapan menjadi pelapis salah satunya ialah mengadakan program imam
muda dan pertandingan azan.

7
6.0 Aktiviti-Aktiviti

Berbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro-biro berkaitan sepanjang sesi ini di
antara ialah seperti berikut:

i. Kuliah Pengajian dan Ceramah Khas


ii. Pengimarahan Ramadhan
iii. Jamuan Aidil Fitri
iv. Majlis Meraikan Bakal Haji
v. Program Ibadah Korban
vi. Sambutan Maal Hijrah
vii. Penyampaian Sumbangan Kebajikan
viii. Ceramah Israq dan Mikraj
ix. Sambutan Maulidur Rasul
x. Smart Solat, Hafazan Untuk Pelajar
xi. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat
xii. Penyelenggaraan Dan Pembersihan Surau
xiii. Penerbitan Bulletin Al Mutmainnah
xiv. Kursus Ibadah Haji

Jadual 6.1: Senarai Aktiviti dan kekerapan


Bil. Program Kekerapan
1 Kuliah Maghrib / Subuh Harian / Mingguan
2 Bacaan Yasin dan Tahlil
3 Bacaan Yasin dan Solat Hajat Pelajar
4 Ceramah Khas / Forum Berkala
5 Qiamullail
6 Smart Solat Remaja
7 Penyembelihan Qurban Tahunan
8 Pengimarahan Hari Raya Eidul Fitri / Adha
9 Pengimarahan Ramadhan

8
Antara aktiviti yang dilakukan dibawah organisasi ini ialah:

A) Nama aktiviti: Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan Penyerahan


Zakat,
1. Tarikh: 17 April 2021,
2. Matlamat: Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf seperti mana yang
ditetapkan Syarak,
3. Objektif: - Membantu murid-murid dari golongan keluarga yang berpendapatan
rendah,
- Memastikan golongan asnaf yang menerima zakat bersama-sama
bekerjasama dalam pembangunan insan,
- Menaiktaraf golongan ini kepada golongan yang terbela dan dari
penerima zakat kepada pembayar zakat.

4. Peranan Imam: Menyerahkan bantuan zakat kepada penerima zakat


5. Bilangan komuniti / peserta terlibat: 30 orang
6. Gambar aktiviti:

Gambar 6.1: Ustaz Atan Bujai menyerahkan bantuan zakat pada tarikh 17 April 2021

9
B) Nama aktiviti: Kuliah Pengajian dan Ceramah Khas,
1. Tarikh: Sepanjang bulan September 2020,
2. Matlamat: Mendedahkan satu tajuk dan permasalahan yang mempunyai nilai
kepentingan dalam kehidupan umat Islam,
3. Objektif: Membentuk masyarakat madani yang bertimbang antara tuntutan
duniawi dan ukhrawi.
4. Peranan Imam: Mengurus ahli jemputan seperti ustaz dan penceramah ke surau.
5. Bilangan komuniti / peserta terlibat: 15 ahli jawatankuasa dan 40 tetamu yang
hadir
6. Gambar aktiviti:

Gambar 6.2: Senarai Kuliah Pengajian dan Ceramah Khas pada Tahun 2020

Gambar 6.3: Tazkirah daripada Ustaz Dr. Ridwan Mohd Nor

10
C) Nama aktiviti: Penyembelihan Qurban,
1. Tarikh: 10 Julai 2022,
2. Matlamat: Tujuan (ibadah) korban di dunia ini bukanlah sekadar menyembelih
lembu, sehingga kadang terlupa tuntutan sebenarnya (tujuan) ialah nak beri orang
susah makan,
3. Objektif: Dari aspek komuniti orang beragama Islam menjalankan aktiviti Qurban
sebagai satu ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT.
4. Peranan Imam: Menguruskan pembelian dan pengagihan daging lembu kepada
masyarakat.
5. Bilangan komuniti / peserta terlibat: 30 orang
6. Gambar aktiviti:

Gambar 6.4: Penyembelihan Qurban bertarikh 10 Julai 2022

11
7.0 Penutup

Kesimpulannya, surau adalah sebuah organisasi yang berkemampuan sama yang boleh
berkembang maju. Surau juga menyediakan pelbagai tujuan dan faedah untuk kejiranan.
Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi masyarakat setempat dan umat Islam untuk secara
konsisten melibatkan diri dan menghadiri surau bagi menyokongnya. Tambahan pula, tugas
tugas yang digalas oleh Imam Surau Al-Mutmainnah adalah berat dan penting. Salah satunya,
merancang projek-projek pembangunan yang perlu diberi keutamaan, menjadi pengantara
antara penduduk kampong dengan pihak kerajaan, swasta atau NGO, membuat peraturan-
peraturan yang bersesuaian, menyediakan profil surau, melaksanakan segala aktiviti yang
difikirkan sesuai untuk pembangunan dan keceriaan setempat. Surau Al-Mutmainnah juga
menerima hadiah Pertandingan Perarakan Maulid Nabi kepada peserta terbanyak dan pakaian
seragam terbaik peringkat Surau. Untuk mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH swt,
orang yang berakal sentiasa memanfaatkan peluang untuk beribadat kepada ALLAH dengan
ikhlas di surau.

12
RUJUKAN

JKKK Kampung Gebok, 2015, Fungsi dan Tugas JKKK


http://jkkkkampunggebok.blogspot.com/

Farah_wani. (2023, January 19). SURAU AL-MUTMAINNAH, PANDAN PERDANA.


Retrieved January 19, 2023, from Blogspot.com website:
http://2011443436.blogspot.com/2011/07/surau-al-mutmainnah-pandan-perdana.html

Sarawak Voice, (2019, April 15). 10 isu sosial dalam perhatian kerajaan negeri — Fatimah.
Retrieved January 19, 2023, from Sarawakvoice.com website:
https://sarawakvoice.com/2019/04/15/10-isu-sosial-dalam-perhatian-kerajaan-negeri-fatimah/

13
LAMPIRAN

14
15

You might also like