You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Persatuan Belia Jaya Tok Machang 2020/2021

Tarikh : 9 Februari 2020


Masa : 9:00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Kampung Tok Machang

Kehadiran
15 Orang

1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam
ini kerana dapat melapangkan masa menghadiri Mesyuarat

2. Ucapan Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Raub


En Rosman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Raub mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang hadir pada malam ini kerana dapat melapangkan masa
menghadiri Mesyuarat. Beliau mengucapkan tahniah kepada pelantikan AJK yang
baharu,Tujuan KRT ditubuhkan adalah untuk memupuk perpaduan sesama kaum
untuk keselamatan dan keharmonian.KRT juga adalah di bawah bidang Jabatan
Perpaduan dan Integrasi Nasional.Beliau menerangkan tentang geran tahunan yang
boleh dimohon. Pihak Jabatan Perpaduan akan menilai tahap keaktifan setiap
cawangan KRT. Bagi sesebuah cawangan KRT perlulah menjalankan sekurang-
kurangnya satu aktiviti bagi tempoh sebulan dan enam kali mesyuarat setiap dua
bulan sekali. Cawangan KRT Tok Machang juga perlu menubuhkan kembali Skim
Rondaan Sukarela ataupun dikenali sebagai SRS dan dapat menambah seberapa
ramai ahli dengan kelayakan bermula berumur di antara 18 tahun sehingga 70 tahun
dan akan dilindungi insurans.

3. Lantikan Tambahan AJK KRT Kampung Tok Machang


Pengerusi mencadangkan Encik Zakaria bin Mamat dilantik sebagai Biro Keselamatan
dengan memohon sokongan kesemua ahli mesyuarat yang hadir dan sebulat suara
ahli mesyuarat bersetuju di atas cadangan tersebut.

Melantik Setiausaha yang baharu


Mohd Syafiq bin Mohd
Melantik AJK Tambahan yang baharu
Mohamad Faizal bin Jamlus
Mohamad Asyraf ni Nordin
Sabarudin bin Nordin
Mohd Syahrul Iqbal
Sabiah binti Mari
Shamsiah binti Ahmad
Aryati binti Ithin
Syafika binti Zulkifli

1
4. Perbincangan Takwim Tahunan KRT kampung Tok Machang
Pengerusi mencadangkan ahli mesyuarat semua merangka dengan satu bulan satu
aktiviti.
5. Lain-lain hal
Puan Adibah Masni binti Ibrahim mengajukan cadangan berkenaan kelas memasak
agar dapat diteruskan.
Puan Siti Norashikin binti Johari memohon agar carta orgranisasi dapat dilengkapkan
dengan meminta semua jawatankuasa menyerahkan gambar berukuran passport
kepada Setiausaha untuk dilengkapkan.
Encik Suffa bin Abu Bakar@Kassim mencadagkan agar diwujudkan Bank Data atau
pengkalan data jumlah penduduk agar maklumat berkenaannya lebih mudah untuk
di akses sekiranya terdapat apa-apa perkara berkaitan.
Encik Rosman mencadangkan agar setiap biro dapat merancang sebarang aktiviti
bagi mengisi takwim tahunan.

6. Ucapan Penangguhan.
Pengerusi mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada semua AJK
dapat hadir pada hari ini dan menyeru agar semua ahli dapatkan memberikan
sepenuhnya komitmen mengikut tugas masing-masing .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 malam.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

………………………………… ……………………………………

(Mohd Syafiq bin Mohd) (Ahmad Fitri bin Abu Bakar@Kassim)


Setiausaha Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga Kawasan Rukun Tetangga
Kampung Tok Machang Kampung Tok Machang

You might also like