You are on page 1of 3

KELAB KHATIJAH’S FAMILY

MINIT MESYUARAT HARI KELUARGA


BILANGAN 1 TAHUN 2015

Tarikh : 31 Mei 2015

Masa : 09.00 malam

Tempat : Samsuria Beach Resort

Kehadiran : Dewasa Kehadiran : Remaja & kanak-kanak


1. Pn. Nor Najmiah 1. Shafiq
2. En. Ishak 2. Izzat
3. Pn. Ariza 3. Huzaiah
4. En. Mat Lazim 4. Hakim
5. En. Kamal 5. Izzuan
6. Pn. Shakirah 6. Ifran
7. Pn.Madihah 7. Iman
8. En. Mat Nor 8. Ezzati
9. En. Badri 9. Amirul
10. Pn. Zaini 10. Amira
11. Pn. Kamaliah 11. Aqilah
12. En. Alias 12. Faris
13. Pn. Sahalan 13. Farihin
14. En. Azmi 14. Ariana
15. Pn. Laili 15. Alisya
16. En. Lutfi 16. Athirah
17. Pn. Sunarti 17. Asyraf
18. En. Fahmi 18. Haikal
19. Pn. Majidah 19. Hazwan
20. Pn. Nur Fatin Najmi 20. Hakimi
21. Cik. Nur Farah Najwa

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pn. Nor Najmiah selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga dan
majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi meneruskan mesyuarat untuk membincangkan hal-hal berbangkit.

Tindakan : Pengerusi

2. Perkara-Perkara Berbangkit
Tiada

3. Postmortem Hari Keluarga 2015


1.1 Persiapan hari keluarga masih tidak teratur. Banyak perkara yang tidak diselesaikan
sebelum hari keluarga berlangsung
1.2 Ahli keluarga tidak memberikan kerjasama dalam menyediakan persiapan dan semasa
menjalankan aktiviti.
1.3 Terdapat salah faham dari segi komunikasi antara ahli keluarga yang menyebabkan
perlaksanaan hari keluarga menjadi kurang lancar
1.4 Tidak ada AJK khusus untuk setiap aktiviti yang dijalankan.
Tindakan : Ahli Kelab

4. Pembubaran AJK
4.1. Pengerusi mencadangkan pembubaran AJK Khatijah’s Family dan meneruskan dengan
perlantikan AJK baru.
4.2 Ahli keluarga menyokong cadangan pengerusi.
Tindakan : Pengerusi

5. Perlantikan AJK Baru


Pengerusi : Pn. Nor Najmiah
Naib Pengerusi : Pn. Ariza
Bendahari : Pn. Madihah
Setiausaha : Pn Majidah
Tindakan : Ahli Kelab

6. Penetapan Yuran Bulanan


6.1 Pengerusi mencadangkan yuran tahunan baru akan bermula pada Januari 2016
6.2 Yuran tahunan dewasa dikekalkan pada nilai RM 10 sebulan
6.3 Yuran tahunan bagi remaja 12 tahun dan keatas dinaikkan kepada RM10 sebulan
6.4 Yuran tahun bagi kanak-kanak bawah 12 tahun ditetapkan dengan nilai RM5 sebulan
6.5 Semua kutipan hendaklah diserahkan kepada bendahari Kelab Keluarga, Pn. Madihah
Tindakan : Bendahari

7. Hari Keluarga 2017


7.1 Pengerusi meminta ahli-ahli Kelab Keluarga untuk mencadangkan AJK Perlaksana hari
keluarga untuk tahun 2017
7.2 Senarai AJK Hari Keluarga 2017
AJK Persiapan Tempat : Pn. Madihah
AJK Sukan : Pn. Laili
Penolong : Pn. Sahalan
AJK Makanan : Pn. Kamaliah
Penolong : Pn. Nur Fatin Najmi
AJK Hadiah : Pn. Shakirah
AJK Baju Seragam : En. Ahmad Lutfi
Penolong : Pn. Sunarti
Tentatif Program : Setiausaha
7.3 Pengerusi menjelaskan senarai tugas bagi setiap AJK Hari Keluarga.
AJK Persiapan Tempat :
i. Menyenaraikan tempat yang sesuai untuk Hari Keluarga 2017.
ii. Keputusan pemilihan tempat akan ditentukan melalui persetuajuan ramai.
AJK Aktiviti
i. Menyenaraikan peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti sepanjang hari
keluarga berlangsung.
ii. Membuat pembahagian tugas penyediaan peralatan kepada semua ahli kelab
keluarga
iii. Sebanyak dua acara akan dijalankan bagi setiap kategori kanak-kanak, remaja,
dewasa dan berpasangan.
iv. 1 hadiah akan disediakan bagi setiap pemenang mengikut kategori.
AJK Makanan
i. Menyenaraikan peralatan dan bahan yang akan digunakan untuk memasak
sepanjang hari keluarga berlangsung.
ii. Menyediakan menu sepanjang hari keluarga berlangsung.
iii. Tukang Masak : En. Badri
AJK Hadiah
i. Hadiah untuk acara sukaneka disediakan oleh Pn.Ariza
ii. Hadiah untuk cabutan bertuah disediakan oleh Pn.Shakirah
iii. Cadangan hadiah ialah hadiah yang bersesuaian untuk kegunaan satu keluarga
dan voucher.
AJK Baju Seragam
i. Menempah baju seragam hari keluarga 2017
ii. Cadangan warna ialah ungu dan berleher bulat
iii. Harga yang dicandangkan ialah tidak melebihi RM15 bagi setiap helai baju
Tentatif Program
i. Setiausaha akan menyediakan tentatif program sepanjang hari keluaga 2017
dijalankan.
Tindakan : AJK Kelab

8. Hal- hal Lain


Tiada

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang dapat hadir meluangkan masa
untuk bermesyuarat. Beliau juga berharap semua ahli kelab dapat bekerjasama untuk menjalankan
semua aktiviti yang telah dirancang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh :

________________________ _________________________
(MAJIDAH NAJIHAH MOHAMMAD) (NOR NAJMIAH BT ALIAS)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Khatijah’s Family Kelab Khatijah’s Family

You might also like