You are on page 1of 6

LAPORAN MINIT MESYUARAT SAMBUTAN HARI IBU, HARI BAPA, HARI

GURU DAN PESTA KAAMATAN KAMPUNG LIBANG 2022.

TARIKH : 7 JUN 2022


MASA : 8 MALAM
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT KG. LIBANG RANAU.

KEHADIRAN;
1. Azrin Numat Pengerusi Jpkk
2. Nor Jannah Binti Harun Pengerusi Krt
3. Nor Aina Fatin Asidih Setiausaha Krt
4. Naidin Yamou
5. Norzaah Gasan
6. Hapsah Hj Daud
7. Jusmih Yusin
8. Rosbainih Abdul Momen
9. Alineh Musli Giba
10. Mohd Khairil Bin Harun
11. Fidiah Musli
12. Zuraidah Saidi
13. Masliah Jakin
14. Rossaleha Rasney
15. Azniewati Shapii
16. Noor Laila Binti Abd Adziz
17. Hasnah Daud
18. Rahiny Yussof
19. En. Radzlie Mat Noor

Agenda;
1. Ucapan Pengerusi Jpkk
2. Penetapan Jawatankuasa Pelaksana Program
3. Pengisian Program
4. Hal-Hal Lain
5. Penangguhan Mesyuarat

1 Bee Jannah Harun 2022


BIL AGENDA TINDAKAN/CATATAN
1 UCAPAN PENGERUSI JPKK
1.1 En. Azrin Numat mengucapkan salam keagamaan dan salam penghargaan
kepada semua yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
1.2 Beliau menyatakan bahawa satu mesyuarat skala kecil telah dilaksanakan
sebelum ini untuk membincangkan program yang bakal dilaksanakan pada 11
Jun 2022.
1.3 Program ini dirancang memandangkan sudah lama tidak ada program
seumpama ini semenjak dunia dilanda pandemik. Maka program ini dianggap
satu pengukur kepada siri program yang akan datang dari segi sambutan dan
pelaksanaan di peringkat kampung,
2 MAKLUMAT PROGRAM DAN JAWATANKUASA PELAKSANA
2.1 Nama program : Sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan Pesta
Kaamatan Peringkat Kg. Libang Ranau.
Tarikh : 11 Jun 2022
Masa : 10.30 pagi hingga selesai
Tempat : Dewan Masyarakat Kg. Libang
Tetamu jemputan : YB Datuk Jonathan Yasin
-OCPD Semiun Lemudin
-UPPM N.38 Mohd Hisyamuddin Harun
2.2 Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi Penganjur : En. Azrin Numat
Tim Pengerusi Penganjur : Pn. Nor Jannah binti Harun
Setiausaha : Cik Nor Aina Fatin Asidih
Tim setiausaha : Pn. Norzaah binti Gasan
Bendahari : Usth. Hapsah Daud
Tim Bendahari : Fidiah Musli
Kebersihan : Masliah Jakin & Rahiny Yusof
Persediaan dewan : Semua beliamanis dan belia
Makanan dan Jamuan : Pn. Rosbainih dan Pn Suzanne Gasan
Emcee dan persembahan : Pn. Noor Laila Abdul Adzid
P. A System : En. Jidin Yusuf
Pendaftaran : Cik Nor Aina Fatin & Pn. Norzaah
Cabutan bertuah : Pn. Fidiah Musli & Pn. Azniewati Shapii
Anugerah Mantul : Pn. Zuraidah Saidi
Paluan Gong : En. Jidin Yusuf

2 Bee Jannah Harun 2022


Hidangan VIP : Usth Hapsah Daud
Usth Alineh Giba
Puan Hasnah Daud
3 Pengisian program
5.1 Dalam mesyuarat sebelum ini, telah disenaraikan beberapa aktiviti yang
akan dijalankan semasa sambutan tersebut. Antara aktiviti yang disenaraikan
adalah;
5.2 Aktiviti 1: Pertandingan memasak menggunakan kuali Non Stick iaitu “Ikan
Namun aktiviti ini ditunda
Sungai masak Ampap”. Setiap peserta akan diberikan seekor ikan untuk
ke program akan datang.
dimasak dan dipersembahkan mengikut kreativiti dan rasa oleh peserta untuk
diadili oleh VIP.
5.3 Aktiviti 2: Penganugerahan Tokoh Hari Ibu, Tokoh Hari Bapa, Tokoh
Guru dan Tokoh Kaamatan.
Anugerah ini diberikan berdasarkan beberapa kriteria seperti penglibatan
mereka dalam aktiviti kampung, sekolah, masjid atau apa juga sambutan
perayaan di kampung. Namun disebabkan tempoh majlis agak singkat, maka
kesemua tokoh ini akan diberikan pada majlis yang akan diadakan pada hujung
tahun
5.4 Aktiviti 3 : Persembahan koir akan dikendalikan oleh Pn. Noor Laila Abd
Adziz. Sebanyak 3-4 buah lagu akan dipersembahkan semasa sambutan. Semua
belia dan beliawanis yang berminat boleh mengikuti koir ini.
5.5 Aktiviti 4 : Pemilihan Pakaian paling mantap betul (MANTUL).
Puan Zuraidah akan mengendalikan pemilihan ini. Beliau akan meminta YB
Datuk Jonathan Yasin dan vip lain untuk memilih siapakah yang bakal
merangkul kategori pakaian paling mantul. Enam hadiah menanti tetamu yang
menarik tertarik kau memang de bomb!! Tema pakaian adalah pakaian
kebangsaan, tradisi KDMR asalkan sesuai dan sopan.
5.6 Aktiviti 5 : Cabutan bertuah.
Setakat dalam perbincangan mesyuarat malam itu, terdapat beberapa individu
yang bermurah hati untuk menyumbangkan beberapa buah hamper. Antara
penyumbang yang berkongsi rezeki dalam program tersebut adalah;
5.6.1 Pengerusi JPKK - 9 buah hamper
5.6.2 En. Naidin Yamou - 5 buah hamper
5.6.3 Puan Jusmih Yusin - 9 buah hamper
5.6.4 En. Abdul Adziz - 5 buah hamper
5.6.5 KRT Libang - 6 buah hamper
Sesiapa yang berminat untuk menambah hamper atau sampul untuk hadiah

3 Bee Jannah Harun 2022


bertuah, amatlah dialu-alukan. Sebarang urusan penyerahan hamper atau
pertanyaan boleh berhubung terus dengan setiausaha kerja KRT, Cik Nor Aina
Fatin.
5.7 Aktiviti 6 : Sugandoi Kaamatan.
En. Naidin Yamou telah mencadangkan satu pertandingan sugandoi kamatan
akan diadakan untuk mengasah dan mencari bakat terpendam penduduk
kampung Libang. Mana tahu individu berbakat tersebut boleh mewakili
kampung ke pertandingan Sugandoi watas Ranau.
Berikut adalah tentatif pertandingan sehingga ke peringkat akhir
Saringan pemilihan : Jam 5 petang hingga jam 6 petang setiap hari
(bermula hari Rabu hingga Jumaat)
Lokasi saringan : CarWash En. Jidin Yusof
Pertandingan Akhir : Jam 10.30 pagi semasa majlis dijalankan.
Bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Libang. Semua yang terpilih ke
pringkat akhir akan berentap untuk merangkul gelaran Juara Sugandoi
Kaamatan Kg. Libang.

Juri pertandingan yang disepakati adalah;


1. Puan Siti Hamsiah binti Harun
2. En. Jidin Yusuf
3. Pn. Jusmih Yusin/ En. Mohd Fairuz Bin Harun

4 Hal-hal lain

4.1 Pn. Rosbainih Abd Momen mencadangkan agar aktiviti seumpama ini
diteruskan penganjurannya untuk menebus kembali waktu yang tidak terisi
dengan aktiviti semasa pandemik melanda seantero dunia. Beliau
mencadangkan agar sukan dan kebudayaan sebelum ini dihidupkan semula
memandangkan sebelum ini telah ada pertandingan yang melibatkan
hadiah/piala pusingan. Aktiviti boleh diadakan setiap hujung minggu dan
penyerahan hadiah dibuat pada sambutan bulan kebangsaan.
4.2 Usth. Hapsah Daud memaklumkan menu pada sambutan tersebut adalah
masakan simple tapi menyelerakan iaitu Ikan sungai, linopot oleh Pn. Siti
Mayah dan beberapa menu rahsia. Sesi penangkapan ikan akan dibuat selewat-
lewatnya hari Jumaat minggu ini (10 Jun 2022).
4.3 Hidangan pada program sambutan adalah jenis potluck dimana setiap
rumah diminta untuk menyediakan 5 tapau makanan.

4 Bee Jannah Harun 2022


Tapau akan dibekalkan oleh jawatankuasa penganjur dan boleh diambil
bermula hari Rabu hingga sebelum majlis bermula di Gerai Bestari. Jika
ada yang mahu memberikan lebih dari 5 bungkus tapau, amatlah dialu-alukan.
4.4 Puan Jusmih memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bersama dalam
program hari itu disebabkan kerana terlibat dengan program lain yang
memerlukan khidmat mereka sebagai pemimpin komuniti. Beliau merakamkan
ucapan maaf dan mengharapkan sambutan program dari orang kampung
memberangsangkan. Beliau sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dan
bantuan untuk sebarang program pada masa akan datang.
4.4 Pn. Nor Jannah binti Harun juga turut menyatakan kemaafan kerana pada
hari itu beliau juga turut tidak dapat bersama dalam program tersebut kerana
komitmen luar yang mendesak. Beliau menyatakan kekesalan kerana tidak
dapat bersama komuniti kerana beberapa kekangan. Beliau yakin program akan
berjalan dengan lancar dibawah pimpinan rakan kerjasama iaitu pengerusi
JPKK, En. Azrin Numat dan dibantu oleh jawatankuasa yang berkomitmen
tinggi. Beliau berharap semua penduduk kampung boleh menyokong siri
program ini dan akan datang demi silaturrahim sesama komuniti. Semoga
komuniti ini akan kekal berpadu dan sentiasa menyokong apa juga program
yang dilaksanakan.
4.5 En. Naidin juga memohon maaf kerana turut terlibat dengan program lain
yang memerlukan komitmen beliau. Namun beliau tetap menjalankan saringan
dan menawarkan kerjasama untuk mengurus pertandingan Sugandoi. Beliau
sentiasa bersedia untuk membantu dan menyokong setiap program kampung.

5 Penangguhan Mesyuarat.
Mesyuarat pada malam itu ditangguhkan pada jam 10.00 malam.

TENTATIF PERJALANAN MAJLIS HARI IBU, HARI BAPA, HARI GURU DAN
PESTA KAAMATAN PERINGKAT KG. LIBANG 2022

5 Bee Jannah Harun 2022


Jam 10.15 Kehadiran Ajk Pelaksana
Kehadiran Penduduk Kampung Libang
Jam 10.30 Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamaatan
Sesi Selingan Persembahan
JAM 12 KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN
-YB DATUK JONATHAN YASIN
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ahli Parlimen p 179 Ranau
-OCPD TUAN SEMIUN LEMUDIN
- UPPM N38 MOHD HISYAMUDDIN BIN HARUN
JAM 12.10 Ucapan alu-aluan Pengerusi penganjur, En. Azrin Numat
Ucapan YB Datuk Jonathan Yasin
JAM 12.20 Persembahan Koir sambil jamuan makan
JAM 12.30 Pengumuman Pakaian Paling Mantul
Pengumuman pemenang Sugandoi Kaamatan
Sesi bergambar

6 Bee Jannah Harun 2022

You might also like