You are on page 1of 8

SKRIP MCR

Kejohanan Sukan Tahunan Idealian Tahun 201

Tindakan/
Bil SKRIP catatan
Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan pada pagi ini,
_______________________________________________________
________________________________________

Pagi hari datang bertamu,

Petik kemboja di tengah laman,

Di SMK Ideal Heights kita bertemu,

Bersama menjayakan sukan tahunan.

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia,
_____________________________________________________
_____________________________________________________

Yang Berusaha,
En Samsuki Bin Sudin,Pengetua SMK Ideal Heights

Yang Dihormati,
En.Ooi Kek Keong
Yang Dipertua PIBG SMK Ideal Heights,
Pn. Aliza Rashdiah bt Taufek, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Norshimah bt Neimad, Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Azziah bt Bakrin ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Salina bt ___________, Penolong Kanan Petang

AJK PIBG, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,Kaunselor.Guru


Cemerlang,guru-guru, ibu bapa, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN IDEALIAN ,TAHUN 2018

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,


kerana atas limpah kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari
yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Idealian
Tahun 2018.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir
bagi memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua
membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan
memartabatkan SMK Ideal Heights ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan,
____________________________________________________________,
menerima tabik hormat daripada kontingen kejohanan.

Pembawa Para hadirin sekalian, perbarisan masuk kejohanan, didahului oleh


bendera pembawa-pembawa bendera kejohanan yang terdiri daripada unit
beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Polis yang diketuai oleh
____________________________ selaku ketua kontigen

Atlet Diikuti pula oleh saudara


___________________________________________
selaku wakil atlet sekolah.
Saudara

Pengawas Seterusnya kita dapat saksikan perbarisan masuk pasukan unit-unit


beruniform dan pasukan atlit rumah-rumah sukan
Tampil segak dengan blazer biru kehitaman ialah Badan Pengawas
Sekolah yang dipimpin oleh
_____________________________________________________, ketua
murid SMK Ideal Heights 2018

Kadet polis Mendahului perbarisan pasukan unit-unit beruniform ialah Kadet Polis.
Unit ini diiketuai oleh saudara _________________________________
dan dianggotai oleh _________________ orang ahli.

Puteri islam Tampil dengan warna merah jambu ialah Unit Beruniform Puteri Islam.
Diketuai oleh ________________________________________ dan
dianggotai oleh _________________ orang ahli.

Pandu Di belakang pasukan puteri islam ialah pasukan Unit Beruniform Pandu
puteri Puteri,dipimpin oleh saudari
_______________________________________ dan dianggotai oleh
_________________ orang ahli.

Bsmm Diikuti pula oleh Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang
diketuai oleh _______________________________________. Pasukan ini
dianggotai _________ ahli dan sentiasa sedia memberi bantuan segera

Pengakap Disusuli pula oleh Unit Beruniform Pergerakan Pengakap. Ketua Platon
Pengakap ialah ________________________________________ dan
dianggotai oleh _________________ orang ahli.
Merah Perbarisan diteruskan dengan pasukan atlit Rumah Merah (Leopard).
Diketuai oleh ______________________________ dengan bimbingan guru
rumah sukan _____________________________________________

Hijau Menyusul seterusnya pasukan atlit Rumah Hijau (Cougar) Dipimpin oleh
__________________________________________ dan dibimbing oleh
guru ________________________________________________

Biru Tampil berikutnya ialah pasukan yang di pimpin oleh


_______________________________________dibawah bimbingan
________________________________________ iaitu pasukan atlit Rumah
Biru (Jaguar)

Kuning Diikuti pula dengan warna diraja pasukan atlit Rumah Kuning (Cheetah)
Pasukan ini diketuai oleh
________________________________________di bawah bimbingan guru
rumah sukan _______________________________________

Ungu Seterusnya ialah pasukan atlit Rumah Ungu (Tiger)


Diketuai oleh ____________________________________ dengan
bimbingan guru rumah sukan
_________________________________________

KRS Bergaya sekali dengan uniform hijau gelapnya ialah Kadet Remaja
Sekolah. Dipimpin oleh __________________________________ dan
dianggotai oleh _________________ orang ahli.

Kadet Polis Kontigen terakhir yang menyertai acara perbarisan terdiri daripada Unit
Beruniform Kadet Polis Diraja Malaysia
Diketuai oleh _______________________________________ dan
dianggotai oleh _________________ orang ahli.

Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku.Dengan itu diminta


para hadirin berdiri tegak dan menyanyikan lagu bersama-sama dengan
penuh semangat .

Terima kasih . Dipersilakan para hadirin mengambil tempat.

Bagi memberkati Kejohanan Sukan Tahunan Idelian pada pagi ini, dijemput
___________________________________________ untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________


atas bacaan doa sebentar tadi.
Tibalah masanya untuk kita mendengar Lafaz Ikrar Kejohanan. Bagi
menyempurnakan upacara ini, dipersilakan
__________________________________________________ selaku wakil
atlet sekolah untuk melafazkan Ikrar Kejohanan.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________________

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis mempersilakan En Samsuki Bin Sudin,Pengetua SMK Ideal Heights


untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan

Begitulah tadi ucapan pembakar semangat daripada tuan pengetua.


Terima kasih diucapkan kepada beliau.

Seterusnya,Majlis dengan berbesar hati menjemput tetamu jemputan kita


________________________________________________________
____________________________________________
untuk memberikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan
Idealian Tahun 2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dato kerana sudi merasmikan kejohanan


sukan pada tahun ini.
Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijemput En Samsuki Bin
Sudin,Pengetua SMK Ideal Heights untuk menyampaikan cenderahati kepada
_____________________________________________________
Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua.

Dengan sempurnanya upacara perasmian tadi , maka saksikanlah


sekarang perbarisan keluar pembawa bendera kejohanan, pasukan unit-
unit beruniform dan pasukan atlit rumah-rumah sukan.

Untuk makluman para hadirin, perbarisan pasukan atlit rumah-rumah


sukan diadili
dari aspek kekemasan pakaian,keseragaman pakaian,gaya pergerakan dan
semangat berpasukan. Manakala bagi perbarisan unit beruniform diadili
dari aspek kekemasan pakaian,keseragaman pakaian,keseragaman
pergerakan dan semangat berpasukan. Para pengadil terdiri daripada
guru-guru kanan mata pelajaran.

Bagi memastikan majlis berjalan lancar, berikut dimaklumkan beberapa


perkara untuk perhatian kita bersama
- Murid-murid dikehendaki berada di khemah rumah sukan masing-
masing yang dipasang sebelah kanan astaka.
- Para atlit dikehendaki berkumpul di khemah peserta bagi
memudahkan urusan penyelia peserta
- Pegawai-pegawai kejohanan harap berkumpul di khemah biru untuk
mendengar taklimat ringkas daripada Cik Siah Bee Fong

Harap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak bagi memastikan


kelancaran majlis pada pagi ini.
Bagi membuka tirai kejohanan kita pada pagi ini, acara 200m lelaki kelas 3
akan berlangsung sebentar lagi.
Demikian tamatnya acara 200m lelaki kelas 3
Seterusnya, acara 200m perempuan kelas 3
Acara diteruskan lagi dengan acara 200m lelaki kelas 2
Sekarang, acara 200m perempuan kelas 2
Seterusnya, acara 200m lelaki kelas 1
Diteruskan lagi dengan acara 200m perempuan kelas 1
Demikianlah berakhirnya acara 200m

Berada di tempat permulaan adalah atlet-atlet acara 100m lelaki kelas 3


Kini, kita beralih pula ke acara 100m perempuan kelas 3.
Hadirin sekalian,kita teruskan lagi dengan acara 100m lelaki kelas 2
Acara diteruskan lagi dengan acara 100m perempuan kelas 2
Seterusnya, acara 100m lelaki kelas 1
Acara 100m diakhiri dengan perempuan kelas 1

Para hadirin sekalian, seterusnya marilah sama-sama kita saksikan,


Persembahan Silat Seni Gayung .Persembahan ini disertai oleh murid
murid dari tingkatan 3,4 dan 5 yang dibimbing oleh Pn Faridah Said dan
jurulatih silat Encik Abdul Hanan Bin Ismail.
Dipersilakan.

Begitulah tadi satu pertunjukkan silat dengan gerak geri yang begitu lincah
sekali drp ahli-ahli Kelab Silat Seni Gayung . Berikan satu tepukan gemuruh
kepada mereka.Terima Kasih.

Seterusnya, satu lagi pertunjukkan yang pasti menambat hati para hadirin
akan dipersembahkan oleh ahli kelab Taekwando.Juru latih bagi kelab ini
adalah Encik Partiban dan Encik Mahadevan yang merupakan bekas muirid
SMK Ideal Heights. Antara aksi yang akan ditunjukkan adalah Basics
Steps,One Step self defence,Women’s self defense dan Breaking the plank.
Dipersilakan,ahli Kelab Taekwando.
Terima kasih atas persembahan yang sungguh menakjubkan tadi.
Majlis mengucapkan terima kasih juga kepada Pn Majidah Najihah bt
Mohammad guru penasihat Kelab Taekwando .

Para hadirin sekalian,


Acara balapan akan disambung,marilah kita saksikan acara yang pastinya
mencuri tumpuan iaitu acara 4x100m
Dimulakan dengan acara 4x100m lelaki kelas 3
Seterusnya acara 4x100m perempuan kelas 3
Hadirin sekalian, kita teruskan lagi acara kita dengan acara lelaki kelas 2
Seterusnya, acara 4x100m perempuan kelas 2
Acara diteruskan lagi dengan acara 4x100m lelaki kelas 1
Seterusnya, acara 4x100m perempuan kelas 1
Dengan berakhirnya acara tersebut, maka tamatlah acara balapan kita
pada pagi ini.

Para hadirin sekalian, upacara penyampaian hadiah bagi acara-acara yang


telah dipertandingkan akan berlangsung sekarang.Maka dengan ini, majlis
mempersilakan ................................................ mengiringi
_________________________ untuk menyampaikan pingat
kepada para pemenang.

Bagi acara .........................................lelaki kelas 1,


Tempat ketiga :
Tempat kedua :
Tempat pertama : _________________dengan larian............., yang juga
merupakan rekod baru kejohanan.

Bagi acara perempuan 1 pula,


Tempat ketiga :
Tempat kedua :
Tempat pertama : ____________________dengan larian ______
menyamai rekod kejohanan

Terima kasih diucapkan kepada _________________atas kesudian


menyampaikan pingat.

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlit dalam Kejohanan Sukan Tahunan


Idealian ini,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En Samsuki
bin Sudin,Pengetua SMK Ideal Heights En Ooi Kek Keong, mengiringi En Ooi
Kek Keong ,Yang Dipertua PIBG SMK Ideal Heights untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

Di umumkan keputusan bagi Pertandingan Perbarisan Dan Menghias


Rumah Sukan.
Johan bagi Pertandingan Perbarisan Unit Beruniform 2017 diungguli oleh :
___________________________________
Dipersilakan Ketua Platon bersama Guru Pemimpin Unit Beruniform tampil
untuk menerima hadiah.

Johan bagi Pertandingan Perbarisan Rumah Sukan disandang oleh oleh :


_________________________________________________
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan bersama Ketua Guru Rumah Sukan (sesi
Petang) tampil untuk menerima hadiah.

Johan bagi Pertandingan Menghias Khemah Rumah Sukan dimenangi oleh:


__________________________________________________
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan bersama Ketua Guru Rumah Sukan (sesi
Pagi) tampil untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada


_____________________________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah.

Kini, majlis diteruskan pula dengan upacara penyampaian hadiah bagi


Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sekolah 2017.
Anugerah Olahragawati Kelas 1 disandang oleh :
Beliau telah memenangi
pingat....................................................................... dalam
acara ....................................................
Anugerah Olahragawan Kelas 1 Sekolah Tahun 2017 di sandang oleh :
Beliau telah merangkul pingat .......................................................................
dalam acara ....................................................

Tibalah kita ke acara kemuncak majlis Penyampaian Hadiah.


Dengan ini, diumumkan kutipan markah keseluruhan bagi setiap rumah
sukan :
Rumah ............................. mengumpul sebanyak : .................. mata
Rumah ............................. mengumpul sebanyak :................... mata
Rumah ............................. mengumpul sebanyak :................... mata
Rumah ............................. mengumpul sebanyak :................... mata
Rumah ............................. mengumpul sebanyak :................... mata

Maka, dengan ini...Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan


Idealian Tahun 2017 disandang oleh Rumah...................................
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan bersama bersama Guru Rumah Sukan
Pagi &petang untuk tampil menerima Piala Pusingan.

Terima kasih diucapkan kepada __________________kerana sudi


menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian..


Maka dengan ini, tamatlah Kejohanan Sukan Tahunan Idealian Tahun 2017
.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan, AJK
PIBG ,para pentadbir SMK Ideal Heights, , guru-guru dan murid-murid yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
Kejohanan Sukan pada pagi ini.

Sebelum kita bersurai, marilah kita bangun untuk bersama-sama


melaungkan slogan IDEALIAN CEMERLANG sebanyak 3 kali.
IDEALIAN CEMERLANG 3x...
Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa
Syabas kepada yang berjaya,
Cuba lagi kepada yang kecewa.

Majulah Sukan SMK Ideal Heights demi menjulang kecemerlangan.

Sekian ,terima kasih


Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian,Terima kasih

You might also like