You are on page 1of 1

Raut wajah penuh ketenangan,

Tidak terkalam kasih dijunjung,


Jasamu puan tetap dikenang,
Budimu pula tetap disanjung 

 Menjunjung kasih buat yang diraikan, izinkan saya membaca sedikit biodata diri.

Tanggal __________________________, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di


_________________________. Beliau merupakan cahaya mata ke__________daripada
_______orang adik beradik.

Mendapat  pendidikan awal   di Sekolah__________________________________, dan


meneruskan pendidikan  di Sekolah Menengah ______________________________________.

Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus mendapat tawaran meneruskan
pelajaran di ____________________________________ pada tahun ______ hingga ______.
Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun ______. Sebaik  sahaja tamat tempoh
pengajian, beliau di tempatkan di _____________________________________________. 

Mula menjejakkan kaki ke SMK Ideal Height pada tahun ______________ dan merupakan
sekolah ke ____________ beliau dan telah berkhidmat di sini selama ________ tahun.

Sepanjang perkhidmatannya beliau merupakan seorang yang ramah, berdidikasi, sopan santun
dan lemah – lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak
didiknya. Setelah ____________ tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini
tamatlah sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan.

Selamat tinggal suara-suara ceria,


Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku.
Selamat tinggal anak-anak didik semua

Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau tinggalkan.  Tak tumbuh tak melata,tak
sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama
dengan yang pergi.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru
selepas ini iaitu alam persaraan beliau.

You might also like