You are on page 1of 7

Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin

(Bercerai sebelum anak lahir)

Mufti Perlis: Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang daripada enam bulan

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh
perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut:

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali
jika dinafikan oleh si suami.”

Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang
dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin
Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa ini: "Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya
kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan
kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya."

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat melayu Perlis terpanggil membuat fatwa ini memandangkan senario
yang berlaku di Malaysia kini.

"Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya
jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap
‘anak luar nikah’.

"Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih
menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-
beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam
perkara tersebut," jelas Dr Asri.

Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu
akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup.

Katanya lagi, di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan
sedang membina dan mendidik keluarga.

"Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil
syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat," jelas Mufti Perlis
yang akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Mufti Perlis pada akhir bulan ini.
Menurut Dr Asri, antara Asas Alasan kenapa fatwa ini dibolehkan ialah kerana dlil yang dijadikan asas
perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara
antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa
audaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu
sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini
ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas
menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata
anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak
itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya,
sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri
sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang
tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki
maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada
keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka
yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa
zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya.

Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis
di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar
dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah
kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah
dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-
Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina
kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu).

Pendapat ini, kata Dr Asri, disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat:
islamonline.net).

Namun keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami
sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam
perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami
sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan Fatwa ini ialah untuk menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah
berkahwin dan bertaubat.

- Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya
disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan. - Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan
kehidupan dan pembinaan keluarga.

"Dan kesannya pula ialah pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada
anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan
syarat si suami tidak membantah," jelas Dr Asri.

Tajuk :
ANAK TAK SAH TARAF
Isu :
Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kertas ini dibentangkan untuk
mendapat pertimbangan Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak untuk
tujuan penyelarasan Sighah Fatwa Anak Tak Sah Taraf yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali KE-64 pada 27 Julai 2004.
Mesyuarat bersetuju menerima Sighah Pewartaan Anak Tak Sah Taraf
adalah seperti berikut :
Keputusan :
 

i. Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama
ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu “bapanya”
atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada
“Abdullah”.

ii. “Anak Tak Sah Taraf” ialah :

a. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau
rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau
bukan daripada anak perhambaan;

b. Anak yang dilahirkan kurang dari 06 bulan 02 lahzah (saat)


mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh akad nikah.

iii. “Anak Tak Sah Taraf” tidak boleh dinasabkan kepada lelaki
yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang
mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka
tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan
tidak boleh menjadi wali.

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal


Ehwal Agama Islam
 
Kategori : Munakahat  
Tajuk :
Anak Angkat dan Anak Luar Nikah
Isu :
Cara menetapkan bin Atau binti kepada anak angkat atau anak luar
nikah mengikut kehendak islam.
Keputusan :
 

Anak angkat hendaklah dibin atau dibintikan kepada nama


ayahnya sendiri. Haram hukumnya dibin atau dibintikan dengan
nama ayah angkat. Anak perempuan dari anak zina hendaklah
dibintikan kepada ibunya sebelum ianya baligh. Apabila ia
sudah baligh terpulanglah pilihannya sendiri.
 
Kategori : Munakahat  
Tajuk :
Anak Tak Sah Taraf
Isu :
Semua Ahli Lembaga bersetuju untuk berpegang kepada pendapat Mazhab
As-Syafie kerana Mazhab tersebut adalah merupakan amalan kepada negara
kita.
Keputusan :
 
Maka Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa telah sebulat suara dan
bersetuju :

i) Istilah penggunaan anak haram atau luar nikah perlu ditukar


dan dipopularkan kepada anak tak sah taraf kerana
penggunaan anak haram atau anak luar nikah memberi
gambaran yang kurang baik dari segi psikologi terhadap kanak-
kanak tersebut.
ii) Nasab tidak boleh disabitkan bagi kanak-kanak yang
dilahirkan kurang 6 bulan dari perkahwinan dan sabit nasab
bagi sesiapa yang diperanakkan 6 bulan atau lebih sekalipun
benih itu dari suami yang melakukan zina dengan perempuan
tersebut
iii) Seorang anak tak sah taraf disisi kemanusiaan adalah
manusia biasa hendaklah digauli dan diberi hak yang sama
sebagaimana anak-anak yang lain seperti diber perlindungan
nafkah dna lain-lain. Manakala dari segi hukum syarak
tertakluk kepada pegangan Mazhab As-Syafie
iv. Dalam masalah anak tak sah taraf hendaklah berpegang
kepada Mazhab AS-Syafie kerana Mazhab tersebut merupakan
ikutan dan amalan negara kita. Kita tidak boleh bertolak-ansur
dalam perkara ini terutama ketika menghadapi gejala sosial
yang semakin gawat
 

LELAKI BERZINA DAN DAPAT ANAK


DIJAWAB OLEH MARLINA AMIR HAMZAH
EXCO PGSM

Soalan:

Kalau seorang lelaki dan wanita berzina, wanita itu mengandung, selepas itu mereka berkahwin
dan anak itu lahir cukup sifat. Persoalannya apakah sah nikah mereka semasa wanita itu
mengandung anak zina? Apakah Adakah ia menjadi anak susuan kalau ibu itu menyusukannya
dengan cukup syarat-syaratnya? Selepas itu, pasangan itu mendapat beberapa orang anak lagi,
apakah mereka anak sah? Bagaimana hukum penamaan anak, pewarisan harta kepada semua
anak-anak itu?

Insan Prihatin

JAWAPAN

Sebelum saya menjawab persoalan di atas, saya rasa adalah wajar sekiranya saya menjelaskan
terlebih dahulu maksud anak tak sah taraf. Menurut Islam anak tak sah taraf adalah anak yang
lahir hasil persetubuhan sebelum pernikahan dan bukan anak dari persetubuhan salah sangka
(wati’ syubhah). Peruntukkan berkaitan dengan anak tak sah taraf ini ada diperuntukkan di
dalam peruntukan undang-undang misalnya dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan 1984 di bawah Seksyen 110 mempunyai peruntukkan seperti berikut:-

“Jika seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan seorang anak lebih
daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinan itu atau dalam tempoh empat tahun
qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh
sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah
disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh dengan cara lian atau kutukan menafikan
anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah.”

Perzinaan adalah di antara dosa besar yang dijanjikan Allah SWT dengan balasan azab seksa
pada hari kiamat melainkan bagi mereka benar-benar bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan
menyesal di atas perbuatan yang dilakukan . Firman Allah dalam surah Al-Fuqan 68-70 yang
bermaksud:-“ Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain daripada Allah dan
tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak, dan tidak berzina; dan sesiapa yang
melakukannya akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari
kiamat dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; kecuali orang yang
bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik maka orang-orang itu akan menggantikan
kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”

Oleh yang demikian mereka yang melakukan zina adalah tidak layak untuk mendapat nikmat
nasab hasil daripada perzinaan yang dilakukan kerana Islam tidak memperakui perbuatan zina
yang diharamkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“anak yang lahir daripada
hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan dan penzina berhak dilontar batu.”

Justeru itu anak yang terhasil daripada perhubungan sebelum nikah adalah tergolong dalam anak
yang tidak sah taraf walaupun ibu anak tersebut kemudiannya berkahwin dengan bapa anak
tersebut dan anak tersebut tidak boleh dibinkan atau dibintikan dengan bapa anak tersebut.
Nafkah bagi anak tak sah taraf adalah menjadi tanggungjawab ibu kepada kanak-kanak tersebut,
begitu juga dengan nasab keturunan bagi anak tak sah taraf adalah di sebelah ibu.

Begitu juga dengan hak penjagaan anak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara
mara ibu. Ini juga sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 80 Akta Undang Keluarga
Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang memperuntukkan seperti berikut:-Kewajipan
menanggung nafkah anak-anak tak sah taraf“(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan
menanggung nafkah anaknya yang tak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah
dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh apabila hal itu
dibuktikan dengan sewajarnya memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun yang
difikirkan munasabah oleh Mahkamah.”

Dan selanjutnya dalam peruntukkan Seksyen 85, akta yang sama memperuntukkan mengenai
penjagaan anak tidak sah taraf adalah kepada ibu dan sedara mara ibu seperti berikut,
“Penjagaan anak-anak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan sedara mara ibu .”
Oleh yang demikian isu berkaitan dengan anak susuan tidak wujud dalam isu di atas, kerana anak
tak sah taraf sememangnya nasab keturunan hanya di sebelah ibu. Anak tadi berhak kepada harta
pusaka ibu tersebut. Sesungguhnya, sabit nasab anak di sebelah bapa adalah atas sebab
perkahwinan yang sah, perkahwinan yang fasid atau persetubuhan syubhah.

Persetubuhan syubhah pula adalah persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan akad nikah
adalah sah akan tetapi sebenarnya akad nikah itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang
berlaku secara tersilap dan termasuk mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam
Islam. Ini adalah berdasarkan tafsiran yang diperuntukkan dalam Seksyen 2 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Menurut mazhab syafie hukum berkahwin
dengan perempuan yang sedang hamil disebabkan zina adalah sah dan pasangan tersebut tidak
perlu bernikah semula selepas anak itu lahir.

Hukum syarak amat menjaga nasab keturunan kerana ia merupakan tiang seri tegaknya sesebuah
keluarga yang menghubungkan keluarga dengan ikatan berkekalan berasaskan kesatuan darah
yang membawa kepada pertanggungjawapan dan hak dalam waris mewarisi antara sesama ahli
waris. Justeru itu amatlah dituntut agar kita sentiasa berusaha menjauhkan zina kerana ia akan
membawa keruntuhan institusi kekeluargaan Islam pada masa akan datang sekiranya ia tidak
dibendung sedari awal lagi iaitu dengan mengamalkan prinsip ayat Al-Quran yang bermaksud:
“ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya penzinaan itu suatu perbuatan yang keji
dan suatu jalan yang jelek.” (Al-Israa’-32)

You might also like