You are on page 1of 14

Hukum hakam Berkaitan Anak Luar

Nikah

DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAIRAZI BIN MOKHATAR


NO. PELAJAR : 2109909139
KUMPULAN : NBMSF1B
PENSYARAH : EN. ZAWAWI BIN TEMYATI
SUBJEK : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM (CTU101)
PENGENALAN

Saban hari berita mengenai kelahiran anak luar nikah muncul di media utama dalam negara kita,
tidak kira sama ada di media cetak atau media elektronik. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), 172,811 anak tidak sah taraf beragama Islam yang
berdaftar direkodkan bagi tempoh 2010 – 2018. Ini bagi kategori yang lahir dalam ikatan yang
sah cuma gagal didaftarkan dan yang berbaki berada di dalam kategori kedua iaitu anak zina.
Daripada istilah “Anak Zina”, ia ditukar kepada “Anak Luar Nikah” atas sebab untuk
mengurangkan stigma dan layanan buruk masyarakat kepada anak tersebut. Kemudian ditukar
pula kepada “Anak Tak Sah Taraf” yang berbunyi lebih lunak dan sopan. Apapun istilah yang
digunapakai, ia tetap merujuk kepada benda yang sama iaitu umumnya mengenali dengan anak
yang lahir di luar daripada ikatan perkahwinan.

Istilah “anak tidak sah taraf” mempunyai perbezaan jika diteliti daripada penilaian
kriteria Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perundangan Islam bagi setiap negeri dan juga istilah
menurut ulama fiqh. Perbezaan terhadap definisi ini juga diikuti dengan perbezaan terhadap
hukum-hakam yang terletak kepada anak tidak sah taraf ini. Memandangkan istilah “Anak Luar
Nikah” lebih dekat dalam membicarakan hukum yang berlegar sekitar hubungan anak tersebut
dengan ibu dan bapa biologinya, memutuskan nasab anak tersebut, nafkah, wali perkahwinan
dan harta pusaka, maka istilah “Anak Luar Nikah” akan digunapakai sepanjang penulisan ini.

Takrifan “Anak Luar Nikah” dan Konsep

Menurut Islam, istilah sah taraf seseorang anak itu membawa kepada bukti bahawa anak tersebut
merupakan anak kepada bapa berkenaan. Para fuqaha mengkaji, mengkritik dan menyimpulkan
bahawa pengakuan ini diperoleh melalui tiga cara. Pertamanya melalui perkahwinan yang fasid
atau perkahwinan yang sah antara bapa dan ibu kepada anak berkenaan. Keduanya antara lelaki
dan perempuan berkenaan berlaku persetubuhan yang shubhah. Dan yang terakhir, pengakuan
oleh lelaki yang dikatakan bapa kepada anak tersebut bahawa sememangnya anak itu ialah

1
anaknya dan bukan milik lelaki lain.

Hal ini bersimpulkan daripada sebuah hadis dimana Rasulullah S.A.W. bersabda “

‫ ”انٕنذ نهفشاػ‬yang membawa erti anak perlu dikaitkan kepada bapa yang melahirkannya dengan
perkahwinan yang sah. Namun demikian, tidak semua perkahwinan akan menjadi asas terhadap
sah taraf anak tersebut. Para fuqaha menambah bahawa tempoh perkahwinan antara bapa dan ibu
kepada anak tersebut perlulah mencapai sekurang-kurangnya enam bulan sebelum dilahirkan
anak yang diragui kedudukannya itu.

Bagaimanapun, majoriti para fuqaha juga berpandangan bahawa tempoh enam bulan itu
bukan sahaja dirujuk kepada tempoh akad nikah sebaliknya juga boleh disandarkan awal tempoh
persetubuhan kemungkinan berlaku antara suami dan isteri.

Satu syarat lain yang dibangkitkan oleh para fuqaha ialah tempoh maksimum. Ini bererti
anak berkenaan hendaklah lahir dalam tempoh pernikahan antara lelaki dan perempuan yang
menjadi bapa dan ibu kepada anak tersebut. Tetapi dalam hal ini, para ulama mempunyai
pandangan dan pendapat yang berbeza-beza berdasarkan dalil mereka tersendiri.

Ulama dalam mazhab Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa tempoh tersebut ialah 2
tahun. Hal ini berpandukan kepada pandangan yang dikeluarkan oleh Saidatina „Aisyah r.a. :

‫ال يثقى انٕنذ في سحى أيّ اكثش يٍ عُتيٍ ٔنٕ تفهكح يغضل‬

Yang bererti : Anak tidak akan berada dalam rahim ibunya lebih daripada dua tahun walaupun
sesaat.

Mazhab Syafi‟I dan mazhab Hanbali pula menyebut tempoh tersebut ialah selama 4 tahun, iaitu
diambil berdasarkan kepada realiti masyarakat pada waktu tersebut. Hal ini dilakukan dengan
salah satu kaedah fiqh bahawa adat dan keadaan setempat boleh dijadikan asas kepada penetapan
hukum. Mereka menukilkan bahawa dalam Bani „Ajlan, perempuan biasanya mengandung untuk
tempoh 4 tahun. Bagi fuqaha di dalam mazhab Maliki pula menyatakan pandangan selama 5
tahun. Diriwayatkan Imam Malik memberitahu bahawa beliau pernah mendengar perempuan
yang membawa anak di dalam kandungannya selama 7 tahun.

2
Bagi Muhammad Ibn Abd. Hakam daripada mazhab Maliki, beliau berpegang dengan
tempoh maksimum yang dimaksudkan itu ialah satu tahun (Qamariah) sahaja. Selain itu, mazhab
al-Zahiri berpandangan tempoh maksimum tersebut hanya 9 bulan (Qamariah).

Merujuk fatwa yang diputuskan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia bagi persidangan tahun 2013, anak luar nikah ditakrifkan sebagai
anak yang lahir daripada hasil penzinaan atau rogol dan bukan daripada persetubuhan yang
shubhah, bukan anak daripada perhambaan, yang dilahirkan kurang daripada tempoh enam bulan
dua lahzah (saat) dari tarikh persetubuhan.

Anak Luar Nikah dan Hukum Syariat

Kewujudan anak luar nikah membawa kepada munculnya hukum hakam yang khusus dalam hal-
hal tertentu kepada mereka. Perkara ini bukannya atas diskriminasi kerana keadaannya tetapi atas
kemaslahatan umum, keluarga dan diri anak itu sendiri. Isu penamaan bin kepada siapa dan juga
pewarisan pusaka menjadi punca pergaduhan dan kekeliruan jika hal ini tidak ditangani dari awal
lagi. Jadi, Islam telah meletakkan garis panduan dalam menyelesaikan hal ini dan ditambah
dengan perbezaan masalah dan keadaan, pendapat para ulama salaf dan khalaf, rujukan daripada
kitab-kitab turath dan semestinya panduan daripada al-Quran dan sunnah berupaya memberi kata
putus yang adil.

Dalam penulisan ini, beberapa hukum yang berkaitan dengan anak luar nikah akan dikemukakan
berkaitan dengan masalah yang biasa dihadapi apabila berhadapan dengan kes anak luar nikah.

 Hukum berkenaan penamaan “bin/binti” kepada bapa untuk anak berkenaan.


 Kedudukan bapa dengan anak luar nikah tersebut
 Mahram kepada anak luar nikah
 Hadanah (hak penjagaan) dan hak pemberian nafkah kepada anak tersebut
 Isu perwalian
 Hak dalam harta pusaka

3
i. Penamaan “bin/binti” bapa kepada anak luar nikah
Mem”bin/binti”kan anak luar nikah kepada seseorang lelaki yang dikatakan bapa kepada
seorang anak luar nikah merupakan isu pertama yang dihadapi dalam isu anak luar nikah.
Para fuqaha tidak banyak membincangkan dan menulis panjang lebar mengenai hal ini.
Hal ini sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih. Anak luar nikah
tersebut tidak boleh di “bin/binti” kepada seseorang lelaki yang dianggap bapanya.
Ini berasal daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dimana
Rasulullah S.A.W. bersabda:

‫ َٔأَيُّ ًَا َسجُم‬،َُّ‫ّللاُ َجَُت‬


َ ‫ َٔنَ ٍْ يُ ْذ ِخهََٓا‬،‫ّللاِ فِي َش ْيء‬
َ ٍَ‫ت ِي‬ ْ ‫ فَهَ ْي َغ‬،‫ْظ ِي ُُْٓ ْى‬
َ ‫ت َعهَى قَْٕ و َي ٍْ نَي‬ ْ َ‫أَيُّ ًَا ا ْي َشأَج أَدْخَ ه‬
ٍَ‫ٔط ْاْلَ َٔنِيٍَ َٔ ْاْل ِخ ِشي‬
ِ ‫ض َحُّ َعهَى ُس ُء‬ َ ‫ة‬
َ َ‫ َٔف‬،ُُّْ ‫ّللاُ ِي‬ َ ‫ احْ ت ََج‬،ِّ ‫ َُْٔ َٕ يَ ُْظُ ُش ئِنَ ْي‬،ُِ‫َج َح َذ َٔنَ َذ‬

Maksudnya: Mana-mana perempuan yang memasukkan kepada satu kaum sedangkan ia


bukan daripada mereka, maka tiadalah daripada Allah sesuatu pun. Dan Allah pasti tidak
memasukkannya (perempuan tersebut) ke syurga. Mana-mana lelaki yang mengingkari
anaknya sedangkan dia mengetahui hakikatnya, maka Allah akan menghijabkannya
daripada-Nya dan menghinanya di khalayak mereka yang terdahulu hingga akhirnya.
[ Riwayat Abu Daud (2263), al-Nasaie, (3481) dan Ibn Hibban (4108) ]

Selain itu, syarak juga melarang untuk anak tersebut menisbahkan dirinya “bin/binti”,
sebagai bapa yang hakiki kepada dirinya. Ini berdalilkan hadis daripada Sa‟ad bin Abi
Waqas dan Abi Bakrah dimana Rasulullah S.A.W. bersabda:

‫ فَ ْان َجَُحُ َعهَ ْي ِّ َح َشاو‬،ِّ ‫ َُْٔ َٕ يَ ْعهَ ُى أَََُّ َغ ْي ُش أَتِي‬،ِّ ‫َي ٍِ ا َدعَى ئِنَى َغي ِْش أَتِي‬

Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya,


sedangkan dia mengetahui bahawa orang itu bukan ayahnya, maka haram ke atasnya
untuk menghuni syurga.
[ Riwayat al-Bukhari (6766), Muslim (63), Abu Daud (5113), Ibn Majah (2610) dan
Ahmad (1553) ]

4
Dinukilkan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Syeikh Najib al-Muti‟ie
mengatakan ilmuan tidak berselisih mengenai anak zina yang nasabnya tidak disabit
kepada lelaki yang melakukan zina dengan ibu anak tersebut dan mereka tidak mewarisi
antara satu sama lain. Mazhab Maliki dan mazhab Syafie tidak menghalang dan tidak
haram untuk anak zina tersebut berkahwin dengan lelaki itu tetapi hal itu dimakruhkan.
Mazhab Hanafi dan Hanbali pula mengharamkan perkahwinan antara mereka berdua.

Di negara kita, persidangan Jawatankuasa Majlis Fatwa Malaysia yang ke-41


pada 1998 telah mengeluarkan pandangan berkenaan hal ini.
1. Jika perempuan Melayu Islam yang tanpa nikah bersekedudukan, samada
perkara itu dengan lelaki Islam atau bukan Islam dan melahirkan anak, maka
anak hasil persekedudukan itu hendaklah dibin atau binti Abdullah atau
dengan nama-nama lain dalam “Asma’ al-Husna” dengan berpangkalkan
Abdul.
2. Seorang anak luar nikah atau anak tidak sah taraf tidak sesuai dibin atau binti
kepada ibu tersebut kerana hal ini boleh mengundang masalah sosial dan
mungkin memberi kesan kepada psikologi anak tersebut. Maka untuk
mengatasi hal ini, bolehlah dibin atau binti kepada Abdullah atau nama-nama
lain dalam “Asma’ al-Husna” dan dengan berpangkalkan Abdul.
3. Seorang anak yang ditemui terbiar ataupun anak pungut yang asal usulnya dan
latar belakang tidak diketahui, maka hendaklah anak itu dibin atau binti
Abdullah, dan sekiranya orang yang menjaga memeliharanya itu juga bernama
Abdullah maka haruslah memilih nama daripada “Asma’ al-Husna” dengan
berpangkalkan Abdul seperti Abdul Rahman dan Abdul Rahim.

ii. Kedudukan bapa dengan anak luar nikah tersebut dan mahram

Anak luar nikah tidak mempunyai apa-apa hubungan kukuh dengan lelaki yang disebut
sebagai bapa kepadanya bahkan mazhab Syafie dan Abu Hanifah membenarkan untuk mereka
berdua berkahwin namun ianya dimakruhkan. Hal ini hanya berlaku disebabkan oleh
ketidaksabitan nasab antar mereka berdua. Namun terdapat perkara yang menjadikan nikah

5
antara mereka itu haram disebabkan oleh persemendaan (musaharah) atau disebabkan oleh
penyusuan. Oleh demikian, ada pengecualian dalam hal ini.

1. Jika anak luar nikah itu menyusu dengan seorang wanita dan wanita tersebut mempunyai
suami, maka anak tersebut secara sendirinya akan menjadi anak susuan bagi suami itu
atas sebab Labn al-Fahl (Susu Jantan). Sila lihat al-Mu’tamad. Berdasarkan ulama
Syafieyyah, susu wanita itu jika dihasilkan daripada mengandung dengan perkahwinan
yang sah dengan seorang lelaki, susu tersebut akan menjadikan bayi-bayi perempuan
yang disusukan oleh isterinya menjadi haram untuk di kahwini. Akan tetapi, jika susu itu
berpunca daripada zina atau perkahwinan yang lain, maka hal tersebut tidak
mengharamkan dia daripada mengahwini anak tersebut nanti.
2. Apabila seseorang wanita ada anak susuan dan wanita tersebut berkahwin dengan
seorang lelaki, maka selepas nikah dah bersetubuh dengan wanita tersebut anak susuan
wanita tersebut bolehlah menjadi mahram kepadanya.
3. Jika seorang ibu yang sah nasabnya kepada seorang anak luar nikah itu dengan kelahiran
(wiladah) dan dia berkahwin dengan seorang lelaki, dan selepas pernikahan yang sah itu
berlaku persetubuhan antara lelaki tersebut dan ibu kepada anak luar nikah itu,
diputuskan bahawa lelaki itu menjadi ayah tirinya. Ini digelar pengharaman secara
musaharah (persemendaan). Anak-anak yang lahir selepas daripada perkahwinan mereka
itu juga menjadi mahram kepada anak luar nikah tersebut melalui nasab ibu mereka.

iii. Hadanah dan hak memberi nafkah


Hadanah ialah konsep kuasa yang berlainan daripada penjagaan atau perwalian. Hadanah
membawa erti jagaan fizikal dan asuhan kanak-kanak yang dilaksanakan oleh pengasuh
(hadin atau hadinah). Pengasuh bertugas mengasuh kanak-kanak dengan apa cara yang
membawa kebaikan dan menjaganya dari kemudaratan. Tempoh hadanah berakhir
apabila kanak-kanak tersebut mumayyiz. Penjagaan diri berakhir dengan kanak-kanak
lelaki mencapai umur baligh dan bagi perempuan pula apabila berkahwin.
Antara bapa dan ibu, hak hadanah lebih berhak diberikan kepada ibu anak luar
nikah tersebut. Sifat semulajadi dan kasih sayang ibu kepada anaknya menjadikan ibu
lebih berhak mendapat hak penjagaan anak tersebut. Naluri ibu berbeza berbanding

6
dengan naluri seorang bapa. Kesabaran seorang ibu dalam melayan karenah anak dan
juga mengasuh melebihi apa yang dipunyai oleh seorang bapa.
Keutamaan untuk hak hadanah diberikan kepada ibu juga berdalilkan daripada al-
Quran, Surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
“... Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan juga
seorang bapa kerana anaknya...”
(Surah al-Baqarah, 2:233)
Walaubagaimanapun, ibu kepada anak tersebut hanya terhad dalam mendapat hak
terhadap penjagaan anak tersebut. Hak penjagaan harta dan perwalian masih di miliki
oleh lelaki atau bapa kepada anak tersebut kerana ibunya bukan penjaga hakiki yang sah
di sisi undang-undang.
Diriwayatkan daripada Imam Malik, daripada Ibn Syihab, daripada Sunainin Abi
Jamilah:

َ ‫ض َى‬
‫ّللاُ َع ُُّْ فَ َجا َء تِ ِّ ئِنَى‬ ِ ‫ب َس‬ ِ ‫َسجُم ِي ٍْ تَُِى ُعهَيْى أَََُّ َٔ َج َذ َي ُْثُٕ ًرا َص َياٌَ ُع ًَ َش ت ٍِْ ْان َخطَا‬
‫ َٔ َج ْذتَُٓا‬: ‫ فَقَا َل‬.‫ك َعهَى أَ ْخ ِز َْ ِزِ انَُ َغ ًَ ِح‬ َ ‫ض َى‬
َ َ‫ َيا َح ًَه‬: ‫ّللاُ َع ُُّْ فَقَا َل‬ ِ ‫ب َس‬ ِ ‫ُع ًَ َش ْت ٍِ ْان َخطَا‬
: ‫ أَ َك َزنِكَ؟ قَا َل‬: ‫صانِح قَا َل‬ َ ‫يش ْان ًُ ْإ ِي ُِيٍَ ئََُِّ َسجُم‬ َ ‫ يَا أَ ِي‬: ‫َشيفِى‬
ِ ‫ضائِ َعحً فَأ َ َخ ْزتَُٓا فَقَا َل نَُّ ع‬
َ
‫يث َع ْث ِذ‬ ُ ‫ث ان َشافِ ِعى َٔ َح ِذ‬ ِ ‫ نَ ْفظُ َح ِذي‬.ُُّ‫ك َٔالَ ُؤُِ َٔ َعهَ ْيَُا ََفَقَت‬ َ َ‫ ْارَْةْ فَُٓ َٕ حُش َٔن‬: ‫ قَا َل ُع ًَ ُش‬.‫ََ َع ْى‬
َ َ‫ ُْ َٕ حُش َٔ َٔالَ ُؤُِ ن‬: ‫صش أَََُّ ْانتَقَطَ َي ُْثُٕ ًرا فَ َجا َء تِ ِّ ئِنَى ُع ًَ َش فَقَا َل نَُّ ُع ًَ ُش‬
‫ك‬ َ َ‫اق ُي ْخت‬ ِ ‫ان َش َص‬
ِ ًَ ‫ت ْان‬
‫ال‬ ِ ‫ َََٔفَقَتُُّ َعهَ ْيَُا ِي ٍْ تَ ْي‬.

Maksudnya: Seorang lelaki dari Bani Sulaim telah menjumpai bayi terbuang pada zaman
Umar Ibn al-Khattab R.A, lantas beliau datang menemui Umar Ibn al-Khattab dengan
membawa bayi tersebut. Kemudian Umar bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu
mengambil bayi ini.” Lantas jawabnya: “Aku menjumpainya dalam keadaan terbiar.
Lantas aku mengambilnya.” Lalu seorang yang mengenali nasab berkata kepada Umar:
“Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya orang ini lelaki yang soleh.” Saidina Umar
bertanya: “Benarkah demikian itu?” Lantas jawabnya: “Ya.” Saidina Umar berkata:
“Pergilah, maka dia merdeka. Dan bagi kamu berhak menjaganya. Dan ke atas kami

7
memberi nafkahnya.” Dalam lafaz hadis Imam al-Syafi‟e dan hadis Abd al-Razzaq yang
diringkaskan bahawa lelaki tersebut telah mengambil bayi terbuang, kemudian
membawanya kepada Saidina Umar, lantas Saidina Umar berkata kepadanya: “Dia
adalah merdeka dan penjagaannya bagi kamu. Sedangkan nafkahnya atas kami daripada
Baitul Mal.”
Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta‟ (1417), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra
(12494) dan Musnad Imam al-Syafi‟e (1118)

Nafkah untuk anak luar nikah itu datangnya daripada ibu itu sendiri. Apabila
keadaan tidak mengizinkan seperti kematian ibu atau ibu tersebut tidak mampu, tugas
menyediakan dan memberi nafkah beralih kepada keluarga sebelah ibu tersebut. Namun
bagi keadaan di mana anak luar nikah tersebut tidak mempunyai ibu atau bapa atau
kedua-duanya dan dianggap sebagai anak yatim, ada penyelesaian kepada situasi tersebut.
1. Jika anak luar nikah/anak pungut itu tidak mempunyai harta, maka nafkah
untuknya bolehlah berikan daripada simpanan Baitul Mal dengan
peruntukan kepentingan umum.
2. Setelah anak tersebut dewasa dan mempunyai pekerjaan dan kaya, hakim
ataupun pemerintah tidak perlu untuk meminta dibayar kembali segala
perbelanjaan yang telah dikeluarkan sebagai nafkah untuk anak tersebut
semasa kecil. Ini kerana peruntukan itu adalah bukannya hutang,
sebaliknya adalah hak anak tersebut.
3. Jika Baitul Mal ketika itu tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi
memberi nafkah kepada anak tersebut, maka wajib bagi hakim untuk
meminta pinjam daripada orang kaya. Jumlah pinjaman adalah dalam
kadar yang munasabah dan mencukupi untuk keperluan. Hutang tersebut
dilakukan dengan menamakan Baitul Mal sebagai peminjam dan hutang
itu hendaklah dibayar apabila Baitul Mal mempunyai harta.
4. Dan jika Baitul Mal kehabisan harta, maka tanggungjawab menjaga dan
memberi nafkah kepada anak tersebut jatuh kepada orang Islam.
Ketiadaan dana untuk nafkah anak luar nikah/anak pungut boleh menjurus

8
kepada kematian, maka menjaganya menjadi wajib atas sekalian orang
Islam.

iv. Isu Perwalian


Perwalian juga diberikan kepada kerabat lelaki untuk anak luar nikah tersebut.
Dalam mazhab Syafie, bapa dan datuk sebelah bapa kepada anak tersebut mempunyai
kuasa mengkahwinkan anak-anak perempuan meskipun tanpa persetujuan anak-anak
perempuan mereka. Jika bapanya dan datuk anak tersebut sudah tiada, kuasa wali
berpindah kepada ahli lelaki lain dalam kerabat itu seperti adik beradik lelaki, bapa
saudara sebelah bapa dan sepupu. Jika ketiadaan saudara-mara dari sebelah lelaki tiada,
maka hak perwalian diberikan kepada pemerintah.
Dalam penjagaan, perwalian terhadap anak luar nikah terdapat perbezaan antara
ibu dan bapa kepada anak tersebut, tujuannya adalah sama iaitu untuk menjaga keadaan
dan hak anak tersebut.

v. Hak dalam harta pusaka

Dalam hak untuk harta pusaka yang dibahagikan secara faraid, hal ini tidak dibincangkan
dengan panjang dan banyak oleh para ulama. Ini bertitik tolak daripada mengambil kesimpulan
daripada keputusan penamaan dan nasab anak tersebut. Hal ini jelas menyatakan bahawa anak
luar nikah tidak mempunyai hak dalam menuntut harta pusaka daripada bapa kerana tidak
mempunyai nasab yang sah. Bagaimanapun, anak luar nikah tersebut mempunyai hak dalam
mendapatkan bahagiannya dalam harta pusaka dari ibunya dan keluarga belah ibunya kerana
hubungan dan nasab anak tersebut dengan ibu dan keluarga belah ibunya masih ada dan diiktiraf.

Begitu juga dengan hak ibu kepada anak luar nikah tersebut. Sekiranya anak itu
meninggal dunia dan mempunyai harta untuk dibahagikan, maka ibunya mempunyai hak tetapi
bapa tidak mempunyai hak untuk menuntut bahagian di dalam harta pusaka tersebut.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1998 telah
memutuskan bahawa :

9
"Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan keturunan dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya
boleh mewarisi harta pusaka antara satu sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak
mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga, sekiranya anak tak sah
taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusaka."

"Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan daripada segi pusaka dengan bapa tak
sah taraf dan dia tidak menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapanya dan
sebaliknya."

(Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 44, 25 Jun 1998).

Jika bapa kepada anak luar nikah tersebut menginginkan anak luar nikahnya untuk
mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka, maka kaedah hibah dibolehkan. Dalam
Islam, sebelum pembahagian harta pusaka yang menurut faraid, segala hutang dan hibah yang
dikenalpasti dan dinyatakan dalam wasiat hendaklah diselesaikan dahulu. Di sinilah Islam
memberi ruang untuk anak luar nikah/anak pungut ini mendapat sebahagian daripada harta
pusaka tersebut. Had maksimum yang dibenarkan untuk diberikan sebagai hibah ialah satu per
tiga (1/3) daripada jumlah keseluruhan harta pusaka. Jika dilihat, ini lebih menguntungkan anak
luar nikah/anak pungut tersebut kerana jika di dalam pembahagian harta pusaka ada bahagian
untuk isteri si mati, anak-anak yang sabit nasab, ibu dan bapa kepada si mati, adik beradik si
mati.

PENUTUP

Islam melarang umatnya daripada melakukan perkara yang keji dan buruk kerana ianya
akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain, masyarakat dan
persekitaran. Tegahan dan suruhan di dalam ajaran Islam bukan sekadar suka-suka atau bersifat
mengekang manusia akan tetapi dalam menjaga manusia itu sendiri untuk mencapai maqasid
syariah dengan terpeliharanya diri, maruah, keluarga, harta, nyawa dan agama.

Anak luar nikah yang kini mula biasa disebut sebagai anak tidak sah taraf mempunyai
kedudukan tersendiri di dalam Islam. Tidaklah Islam menzalimi anak luar nikah dan menghukum
mereka kerana dosa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dengan hukum hakam tertentu untuk
mereka. Malah, Islam memberikan hak yang sepatutnya diperolehi oleh setiap pihak yang

10
terlibat. Keadilan diberikan kepada anak yang sah taraf nasabnya dan keadilan juga diberi kepada
anak yang tidak sah taraf atau anak luar nikah ini. Jika semua hak dilaksanakan kepada pihak
yang terlibat, nescaya tiada pihak rasa tertindas dan keindahan Islam dapat dihayati.

Zaman berubah dan perbuatan sebahagian manusia menjadikan perlunya sebahagian


pandangan dan fatwa yang ada dalam kitab-kitab turath dan juga fatwa semasa disemak dan
diberikan pandangan yang bersesuaian dengan zaman tetapi masih bertunjangkan kepada asas
yang ada di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Hak setiap insan dijamin dan dijaga di dalam Islam. Tiada pihak yang dinafikan hak dan
ditindas hatta kepada yang bukan Islam juga ada hak dan keperluan yang kita selaku umat Islam
perlu jaga. Hukum hakam yang ada bukan untuk menyekat dan menafikan hak, sebaliknya untuk
menjaga hak masing-masing dan menjadikan semua pihak merasa senang dan aman.

11
Rujukan :

1. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid, 2010. Transformasi Fikah Semasa, PTS Islamika.
2. Mohd Asri Zainul Abidin, Dato‟, Prof. Madya Dr., 2015. Menjawab Persoalan
Menjelaskan Kekeliruan. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
3. Wahbah al-Zuhayli (1418H/1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Dimashq: Dar al-
Fikr, 4rd ed.,1418/1997).
4. al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa & al-Syarbajiy, 'Aliy (2000). al-Fiqh al-Manhajiy
'ala Madhhab al-Imam al-Shafi'iy. Jil. 2. Dimashq: Dar al-Qalam.
5. Ibn al-Rushd al-Qurtubiy, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad.
(1994M/1415H). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Kaherah: Maktabah al-
Khanjiy.
6. Ibn Hazm, Abi Muhammad 'Aliy bin Ahmad bin Sa'id. (t.th). al-Muhalla. t.tp: al-Maktab
al-Tijariy.
7. Ibn Qudamah, Abi Muhammad 'Abdi Llah bin Ahmad bin Muhammad. (1969). al-
Mughniy. Misr: al-Qahirah.
8. Zaydan, Abd. Karim. al- Mufassal Fi Ahkam al-Mar`at Wa al-Bait al-Islami Fi al-Syariah
al-Islamiyah, Bairut: Mu`assasat al-Risalah, t. t.
9. Musa, Muhammad Yusuf. al-Nasab Wa Atharuh, al-Qahirah: Dar al-Ma‟rifah, 1967
10. Jasser Auda, Maqasid Syariah As Philosophy of Islamic Law; A Systems Approach.
(2007) The International Institute of Islamic Thought.
11. Hamidah Abdul Hamid. 2008. Anak tak sah taraf: Suatu kajian perbandingan antara
undang-undang Islam dan undang-undang sivil. (Thesis). Universiti Kebangsaan
Malaysia.
12. Zanariah Noor. 2018. Status dan hak anak tak sah Islam dalam undang-undang di
Malaysia. Sains Humanika. 10: 3-4 (2018) 61–69 UTM Press.
13. Noor, Zanariah. "Isu-isu berbangkit dari hak hadanah dan hak perwalian anak." Jurnal
Syariah 20, no. 1 (2012): 123-144.
14. Garis Panduan Penamaan Dan Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Dari Segi Syarak. 1998.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM
15. APIUM, Jurnal Fiqh. “Anak Tak Sah Taraf Dari Perspektif Syariah Dan Perundangan
Islam Di Malaysia.” Department of Fiqh and Usul, 2013.

12
16. http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2580-al-kafi-806-adakah-anak-
zina-menjadi-mahram-apabila-disusukan-isteri
17. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3033-bayan-linnas-siri-ke-163-
penyelesaian-penjagaan-anak-zina-pungut-gelandangan-menurut-fiqh
18. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2716-al-kafi-871-mahram-bagi-
anak-tak-sah-taraf
19. http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1191-al-kafi-293-hukum-bernikah-
dengan-wanita-hamil-akibat-zina
20. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1845-irsyad-al-fatwa-
ke-147-isu-bin-binti-bagi-anak-luar-nikah
21. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/736-bayan-linnas-siri-ke-106-isu-
penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan
22. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/549142/pelihara-anak-tidak-sah-
taraf-ikut-syariat-kemanusiaan

13

You might also like