You are on page 1of 6

Hak Kanak-Kanak Dalam Islam

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali


Timbalan Presiden ABIM

Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang
sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam
mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada
itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang
mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan
merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu
memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.
 
Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat.Peringkat pertama
iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun
sehingga meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu
sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika berusia tahun sehingga berusia tiga
belas tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.

 
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada
makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada
pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-
kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih
sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka
dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang
lain.

Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang
yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping
itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil
lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada
masyarakat sekelilingnya.

 
Hak kanak-kanak sebelum dilahirkan

Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-
kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:
1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki
dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya
ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara

2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir
kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari
perempuan yang solehah.Saidina Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih
isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan
hendaklah ia mengajarkan al-Quran.

3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah
dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa
malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa
sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang
membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah yang
bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan
kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya
membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.

4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa
hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai
murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.

 
Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.

1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara
rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat
tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju
kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah
mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu
juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan
bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak
lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat
memudharatkan.”

2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok
langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut.
Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam
keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh
dan bertaqwa.

3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang
ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah.
Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi
kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor
kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana
Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor
untuk Husain.

4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada
anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan
oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia
matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkan bahawa harus
menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik
maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia
ini.

5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun
pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka
dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".
(al-baqarah 233)

6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang


bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting
misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.

Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan
bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga
pendapat:

i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam
Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.
ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat
setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365
dan fathul Bari jil 10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan
adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah
"millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh
Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai
"khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan
atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak
dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah
menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan
jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

 
Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-
anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang
boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan
agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah
menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.


Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia
merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan
akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan
kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih
bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang


Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah
SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan
pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan


Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik
kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu
pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam
menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi
perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran


Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-
anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-
anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan
mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah
pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala mini


Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil
iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah
dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.


Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti
bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab
ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan
ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta
benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki
bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan
contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.


Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-
kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari
tubuh badan yang sihat".

 
Hukum Penggunaan Tabung Uji
 
Penggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani lelaki ke dalam
rahim perempuan bukan dengan cara hubungan jenis.Para ulama berpendapat seperti berikut:

1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri yang sah maka adalah harus
dan jika berlaku selain dari suaminya maka adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.

2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan yang lain, maka adalah
haram juga kerana bercampur nasab sama ada hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut
atau kepada orang yang mengandungkannya.(ibu tumpang)

 
Hukum menggugurkan kandungan Janin.

Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah
diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika
sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan
bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh
atau selepasnya.Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh
dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal
188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)

Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil
pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan
bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan
roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab
Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)

Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas
4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang
mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai
kebenarannya.

Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka
puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak
membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan
seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka
harus dikeluarkan janin tersebut.

 
Anak Yatim
 
Anak yatim adalah anak yang kematian ibubapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil
atau belum baligh atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjakau umur baligh.Islam
mewasiatkan kepada umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak
yatim,memberi perlindungan dan pengajaran ynag rapi serta memberi hak-hak mereka.Firman
allah SWT yang bermaksud:"Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan."(al-
Dhuha 9)" Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak
yatim."(al-Ma'un 1-2).Islam juga menegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara
zalim seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa' ayat 6.

 
Kesimpulan
 
Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan
mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala
yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan
pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas dikalangan remaja dan harus
dibendung dengan segera.Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan
sukarelawan ,badan-badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi
mengatasi perkara ini.

Untuk mengatasi masalah ini disarankan:

1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi
keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.

2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan


aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.

3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang


dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.

Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka
menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap
seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang
kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi
kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.Di negara umat Islam terdapat kanak-
kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi
mereka.Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan
zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.

You might also like