You are on page 1of 21

PIM1034:

Pengantar
Ilmu Fiqh
Tajuk :Hak Berkaitan Masalah Perceraian dalam Agama Islam
Nama Pensyarah : Tuan Muhamad Kushairi Bin Jusoh
Disediakan oleh : Muhammad Irfan
Muhammad Izzat
Hak / Hukum Yang
Berkait Masalah
Perceraian dalam
Agama
Islam

Hak dalam
Hak Wanita
Penjagaan Anak /
Semasa Iddah
Waris (Hadanah)

Hak dalam Harta


Sepencarian
Hak Wanita
Semasa
Iddah
Hak Wanita Semasa Iddah
• Pengenalan Iddah

Menurut Hukum Syara’ ‘iddah ialah nama bagi suatu tempoh masa
menunggu oleh perempuan yang bercerai sama ada bercerai hidup
atau bercerai mati.

●Hukum `Iddah

Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang


bercerai atau kematian suami.
Dalil-Dalil Pensyariatan
`Iddah
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan
(tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka,
jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak
mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami
bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan
yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak
dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Bahagian I’ddah

Iddah Raj’ie Iddah Bain

Iddah Bain iaitu iddah yang


Iddah Raj’ie iaitu iddah tidak membolehkan bekas
yang membolehkan bekas suami merujuk semula
suami merujuk semula isterinya melainkan dengan
isterinya. Ia hanya untuk akaq nikah yang baru. Ia
talak satu dan talak dua merangkumi Talak Tiga, Lian,
sahaja Fasakh, Khuluk (Tebus
Talak), Ila’ dan Isteri yang
belum disetubuhi.
Hikmah `Iddah
i. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia
bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan
suami yang baharu dikahwininya. 

ii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk
berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan
termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku.  Di samping itu, ia juga dapat
memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya.

iii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh
berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.  Ia
juga sebagai tanda menjaga hak suami dan  tanda menzahirkan kesetiaan isteri
kepada suaminya.  Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri
terhadap perintah Allah SWT.
HAK DALAM HARTA
SEPENCARIAN
Tuntutan Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian adalah lebih


berdasarkan kepada undang-undang adat
Melayu. Oleh kerana prinsip harta
sepencarian tidak berlawanan dengan
kehendak Syariah Islam maka peruntukan
harta sepencarian diterima sebagai
sebahagaian daripda Undang-Undang
Islam di Malaysia.
Dalil Quran Tuntutan Harta Sepencarian
Dalam Al-Quran ada menyebut:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu
lebih banyak daripada sebahagian yang lain kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang
diusahakannya dan Bagi perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan
mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurnianya Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu”

(Surah An-Nisaa’ : 32)

Berdasarkan kepada nas Al-Quran di atas jelas menyatakan bahawa perempuan (isteri) mempunyai
hak ke atas apa yang diusahakan termasuk juga dalam apa-apa usaha yang mendorong suami
berjaya dalam kehidupan seharian sehingga suami berjaya memiliki harta harta tersebut. Usaha ini
dikenali sebagai “sumbangan tidak langsung”. Usaha ini secara tidak langsung mendapat
pengiktirafan dan ianya dijadikan asas di dalam harta sepencarian kerana peranan isteri dalam
urusan rumah tangga adalah usaha yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga
Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta
sepencarian ditakrifkan sebagai:

“Harta yang diperolehi bersama


oleh suami isteri semasa
perkahwinan berkuatkuasa
mengikut syarat-syarat yang
ditentukan oleh Hukum Syarak ’.
Perkara ini boleh dirujuk mengikut seksyen 2
Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
2003 berkenaan dengan tafsiran harta
sepencarian:

““Harta sepencarian” ertinya harta yang


diperoleh oleh suami dan isteri semasa
perkahwinan berkuatkuasa mengikut
syarat-yarat yang ditentukan oleh
Hukum Syarak;
HARTA SEPENCARIAN PADA HUKUM ADAT

Manakala dari sudut hukum adat pula, walaupun perkataan Harta


Sepencarian ini tidak dinyatakan secara khusus oleh syarak, namun
ianya merupakan adat melayu yang telah diterima pakai dan
mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita. Oleh yang demikian
tuntutan harta sepencarian di Malaysia adalah berdasarkan kepada
adat atau ‘uruf. Sesuatu perkara yang menjadi adat atau ‘uruf yang
tidak bertentangan dengan hukum syarak serta menjadi kebiasaan
amalan, maka ia layak diiktiraf dari sudut undang-undang
Jenis Sumbangan Pada Harta Sepencarian

Sumbangan tidak
Sumbangan secara langsung
langsung Merujuk kepada kerja-kerja rumah
yang dilaksanakan oleh isteri dalam
Merujuk kepada usaha yang diberikan menguruskan rumah tangga. Ini
oleh kedua-dua pihak untuk termasuklah idea, dorongan serta
memperoleh harta tersebut. Antara keselesaan yang dikecapi suami
seperti sumbangan dari sudut sehingga membolehkannya
kewangan. mendapatkan harta tersebut
Kadar Pembahagian Harta Sepencarian

¼ Jika arwah 1/8 Jika arwah suami


suami tiada anak mempunyai anak
Sebagai contoh, jika suami
berpoligami, atau pernah berkahwin
lain, dan mempunyai anak, walaupun
bukan dengan si isteri tersebut, maka
bahagian faraid isteri tetap 1/8.
Hak Dalam
Penjagaan
Anak / Waris
(Hadanah)
Pegenalan
Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau
perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari,
menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang
membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta
akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat
mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar

“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan


bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya,
susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah
menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas
mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak
menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.
(Riwayat Abu Daud)
Persoalanan yang berkaitan
Siapakah yang paling berhak hadanah
terhadap hadanah?
Sama ada dalam tempoh perkahwinan atau
Siapakah yang berhak menjaga anak yang tak
selepas berlakunya perceraian, ibu ialah orang
yang paling berhak daripada orang lain bagi sah taraf (anak diluar nikah) ?
menjaga anak kecilnya sehingga anak kecil itu
mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan) Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri yang
pada asalnya mereka bersekedudukan dan melahirkan anak.
Selepas itu mereka kahwin. Apabila berlaku perceraian, anak
Siapakah yang akan
itu menjadi bahan rebutan.Menurut Seksyen 85 Akta Undang-
menentukan hadanah dan apakah
Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan:
pertimbangan yang diambil kira?
“Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata
pada ibu dan saudara mara ibu”.
Jika timbul perselisihan berkenaan hadanah,
Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak
Mahkamah Syariah merupakan pihak yang
menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap
mempunyai autoriti dalam memutuskan hadanah
tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar bidang kuasa lelaki itu
dan pertimbangan utama yang diberikan oleh
untuk membuat tuntutan.
Mahkamah Syariah ialah kebajikan kanak-kanak itu.
Kesimpulan
Sebenarnya cara yang paling baik untuk menyelesaikan hak-hak itu ialah secara
perundingan antara suami dan isteri. Penyelesaian secara rundingan ini menjimatkan
masa, tidak menyusahkan anak-anak dan dapat menjimatkan wang. Jika tidak ada
pilihan lain barulah dibawa ke Mahkamah Syariah.

Apa yang penting ialah hak-hak itu hendaklah dituntut, jika mempunyai alasan yang
cukup. Terdapat kes-kes di mana sebaik sahaja berlaku perceraian si isteri
menunjukkan sikap ego dan sombongnya terhadap suami. Apabila perceraian berlaku
begitu lama barulah menyesal dan mulai bertungkus lumus untuk membuat tuntutan.
Islam adalah agama yang adil dan memberi hak pembelaan yang cukup kepada kaum
wanita. Oleh itu tidak timbul soal Islam menindas kaum wanita. Apa yang ada ialah
wanita Islam itu sendiri bersikap lemah kerana tidak menggunakan kesempatan yang
luas itu untuk kepentingannya.
SEKIAN ,TERIMA
KASIH

You might also like