You are on page 1of 2

ISU KEDUA KELAYAKAN PERAYU SEBAGAI HADHINAH PENGHUJAHAN

SEKSYEN 83

1. Merujuk Seksyen 83 (a) dan (e) Akta Undang-undang Keluarga


Islam (Wilayah=Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan
bahawa;

Seksyen 83. Bagaimana hak penjagaan hilang

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang —

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak


mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu
dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya
dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-
kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika
perkahwinan itu dibubarkan;

2. Kami berhujah dengan menyatakan bahawa Perayu tidak hilang


kelayakan sebagai hadhinah sama sekali memandangkan bhaawa
Perayu tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki. Sebaliknya,
Responden yang telah berkahwin dengan wanita lain dan tindakan ini
adalah tidak bagus untuk dijadikan contoh kepada anak-anak tersebut.

3. Malah kami juga berhujah bahawa Perayu adalah individu yang


berhak terhadap hak jagaan bagi keempat-empat anak-anak tersebut.
Hal ini disebabkan oleh Perayu adalah ibu yang mempunyai kelayakan
sebagai hadhinah memandangkan Perayu berkemampuan dalam
menjaga kebajikan anak-anak tersebut.
4. Kami juga merujuk kepada kes Norhaiza Azizan lwn Saat Ahmad
[2004] 1 CLJ (SYA) 499 di mana Hakim Bicara mengulas seperti berikut :-

[3] Walaupun ibu adalah orang yang paling berhak kepada hadhanah anak
yang belum mumaiyiz, hak itu boleh hilang kerana halangan-halangan tertentu.
Berdasarkan s. 84 Enakmen, ibu akan hilang kelayakan antara lain jika
berkahiwn lain dengan orang yang bukan mahram kepada anak.

5. Berdasarkan peruntukan undang-undang dan rujukan kes di atas, kami


yakin dan percaya bahawa Responden telah hilang kelayakan sebagai
hadhinah kepada anak-anak tersebut walaubagaimanapun Hakim Bicara telah
terkhilaf apabila tidak melihat fakta tersebut. Sebaliknya, Perayu merupakan
individu yang paling layak untuk diberikan hak penjagaan bagi keempat-empat
anak-anak tersebut.

6. Selain itu, ketidakmampuan Responden dalam menjaga kebajikan anak-anak


menunjukkan bahawa Responden bukanlah seorang yang layak menjadi
hadhinah kepada anak-anak tersebut kerana ia akan memberi kemudharatana
kepada anak-anak di kemudian hari.

7. Justeru kami menegaskan bahawa Responden telah hilang kelayakan dan


tidak layak menjadi hadhinah kepada anak-anak tersebut dan Perayu
merupakan individu yang paling layak untuk diberikan hak penjagaan bagi
keempat-empat anak-anak tersebut.

You might also like