You are on page 1of 5

UNDANG-UNDANG PUSAKA

ISLAM (FARAID)
SIRI 1
TARIKH : 10/08/2020
MASA : 1.00-3.00 PM
TEMPAT : SURAU AL RAUDAH
SK SEMENGGOK
PENYAMPAIAN OLEH :
USTAZ ABDUL FATAH
SHAHARUDIN
1.0 DEFENISI ILMU AL-MAWARITH ATAU FARAID
Ilmu al-mawarith atau ilmu faraid merupakan ilmu fiqh yang berkaitan dengan
permasalahan pusaka, ia dikenali juga dengan ilmu pusaka. Perkataan al-mawarith adalah
kata jama’ daripada perkataan mirath iaitu kata terbitan kepada waritha, ia membawa dua
maksud pertamanya al-baqiyyah iaitu peninggalan atau yang kekal dan keduanya al-intiqal
iaitu perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

2.0 MATLAMAT DAN PERANAN ILMU MAWARITH

Matlamat uatama ilmu al-mawarith atau faraid ialah memberikan hak kepada empunya hak
(waris) atau menentukan bahagian (saham) kepada orang yang berhak (waris) dengan cara
yang betul. Oleh itu ilmu faraid mempunyai tiga peranan berikut

1. Mengenalpasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris


2. Mengenalpasti bahagian atau saham setiap waris yang berhak kepada harta
pusaka
3. Pengiraan (hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian atau habuan
setiap waris melalui kaedah pengiraan (matematik)

3.0 SUMBER UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM

Undang-undang pusaka Islam bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak. Dalam al-Quran
terdapat dua bentuk ayat yang berkaitan dengan pusaka. Kategori pertama menjelaskan
hak-hak waris dalam pusaka secara umum tanpa menentukan bahagian setiap waris secara
terperinci. Contoh dalam surah al-Nisa ayat 7 dan surat al-Anfal atay 75.

Manakala ayat ketogeri yang kedua Allah telah menjelaskan secara terperinci waris-waris
dan kadar bahagian masing-masing dalam ayat al-mawarith iaitu ayat 11,12 dan 176 surah
Al-Nisa.
4.0 PERBEZAAAN DI ANTARA UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

1. undang-undang pusaka sebelum islam adalah berbeza dengan sistem pusaka islam
terutamanya selepas turunya ayat al-mawarith. Pada zaman jahiliyah anak-anak
perempuan, isteri, ibu dan waris perempuan yang lain langsung tidak diberikan hak
dalam pusaka. Demikian juga kanak-kanak yang belum baligh tidak diberi hak dalam
pembahagian harta pusaka. Pewarisan hanya berlaku kepada golongan lelaki yang boleh
mempertahankan kabilah dan keluarga dari serangan musuh.

2. Undang-undang pusaka pada permulaan islam, system jahiliyah dibenarkan oleh Allah
dalam pembahagian pusaka, kemudian diperkenalkan system sementara dalam
pembahagian pusaka yang berasaskan hijrah dan persaudaraan. Kemudian system
pusaka ini dihapuskan dan diperkenalkan beberapa pembaharuan dalam system pusaka.
Pewarisan hanya berlaku melalui salah satu daripada tiga cara, iaitu hubungan nasab
(qarabat) perkahwinan yang sah dan al wala’.

5.0 RUKUN-RUKUN PEWARISAN

 Al-muwarrith = iaitu pewaris yang mati sama ada mati secara HAKIKI, HUKMI
atau TAQDIRI.
 Al- warith= orang yang akan mewarisi harta peninggalan si mati
 Al- mawruth= ialah harta benda atau hak-hak yang ditinggalkan oleh pewaris
yang akan diwarisi oleh waris-warisnya.

6.0 SEBAB-SEBAB PEWARISAN

 Kerabat atau keturunan


 Perkahwinan
 Wala’
 Agama islam atau baitulmal

7.0 SYARAT-SYARAT PEWARISAN

 Kematian pewaris
 Kewujudan waris
 Mengetahui status dan habuan waris serta tiada halangan pewarisan

8.0 HALANGAN-HALANGAN PEWARISAN

 Pembunuhan
 Perhambaan
 Berbezaan agama
 Anak zina
 Murtad
 Penceraian secara ba’in

9.0 HAK-HAK YANG BERKAITAN DENGAN HARTA PUSAKA

 Perbelanjaan pengkebumian atau pengurusan jenazah


 Perlunasan hutang
 Perlaksanaan wasiat
 Harta sepencarian
 Pembahagian harta pusaka kepada waris

10.0 JENIS-JENIS WARIS

1. ASHAB AL-FURUD
Ialah waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam
pembahagian harta pusaka menurut al-quran al-sunnah dan ijmak. Mereka
merupakan orang yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian
harta pusaka

2. ASABAH
waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh perempuan. Mereka
tidak mempunyai bahagian yang tetap dan ini menyebabkan mereka
kadangkala menerima semua harta apabila tidak ada waris ashab al-furud,
kadangkala menerima baki harta yang tidak dihabiskan oleh waris ashab al-
furud atau kadangkala tidak mendapat harta pusaka sedikit pun kerana telah
dihabiskan oleh waris ashab al-furud.

3. DHAWI AL-ARHAM

Ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada
waris ashab al-furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang
atau ramai. Pada kebiasaannya waris ini hubungannya dengan si mati
diselangi oleh perempuan seperti bapa kepada ibu, anak lelaki atau
perempuan kepada anak perempuan dan lain-lain.

You might also like