You are on page 1of 5

i) Huraikan konsep fardhu dan ‘asabah dalam hukum perwarisan harta pusaka orang

Islam dan senaraikan ahli waris fardhu dari kalangan lelaki dan bilakah ahli waris
wanita boleh mengambil haknya dalam harta pusaka secara ‘asabah.

(5 markah)

Apabila seseorang muslim meninggal dunia, maka urusan pusaka nya hendaklah
diuruskan oleh waris-warisnya yang diantara mereka berhak mewarisi harta si arwah.
Namun kadar pembahagiannya bergantung sama ada waris tersebut adalah waris fardhu
atau ‘asabah.

Waris fardhu adalah orang yang berhak menerima harta pusaka si arwah dengan
sepertimana kadar yang telah ditentukan di dalam al-Quran dan Hadith sementara waris
‘Asabah adalah waris yang kadangkala berhak mengambil semua pusaka, kadangkala
mendapat baki pusaka setelah dibahagikan pusaka kepada waris fardhu dan kadangkala
tiada bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardhu yang mana telah
disebut didalam hadith Riwayat al-Bukhari daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk
lelaki yang lebih utama.”

Senarai waris fardhu dikalangan lelaki adalah suami, bapa, saudara lelaki seibu dan
datuk seperti yang disebut ayat-ayat Al Quran di dalam Surah An-nisa ayat 11,12, dan
176 dimana suami berhak menerima 1/2 daripada harta isteri yang meninggal dunia jika
mereka tiada anak, dan 1/4 jika mereka memiliki anak. Apabila si arwah meninggal
setelah ketiadaan bapa, datuk, anak atau cucu yang lelaki atau perempuan, maka
saudara lelaki seibu berhak mendapat 1/3 bahagian bersama-sama saudara saudara
yang lain dan datuk pula akan mendapat 1/3 bahagian ketika mewarisi harta bersama
saudara sekiranya 1/3 ini lebih banyak untuknya dari muqasamah. Bapa pula berhak
mendapat 1/6 meskipun adanya anak lelaki, namun sekiranya bapa arwah telah tiada,
bahagian 1/6 tersebut akan diserahkan kepada datuk sebelah bapa. Sekiranya arwah

1
tiada leluhur mahupun keturunan seperti bapa, datuk mahupun anak dan hanya ada satu
saudara lelaki maka saudara lelakinya itu berhak mendapat 1/6 bahagian hartanya.

Seterusnya, waris-waris wanita boleh mengambil hak mereka dalam harta pusaka
secara asabah dalam beberapa keadaan. Antaranya, saudara perempuan seibu sebapa
boleh menerima pewarisan secara ‘asabah apabila saudara lelaki kandung atau datuk
juga mendapat bahagian dalam pusaka. Saudara perempuan sebapa pula boleh
menerima pewarisan secara ‘asabah apabila saudara lelaki sebapa atau datuk juga
mendapat bahagian dalam pusaka. Anak perempuan arwah boleh mendapat bahagian
secara asabah bi-ghairihi apabila arwah mempunyai anak lelaki dimana anak perempuan
tersebut akan mendapat 1/2 dari bahagian anak lelaki. Cucu perempuan sebapa pula
boleh mendapat bahagian secara asabah bi-ghairihi apabila arwah tidak mempunyai
anak lelaki atau dua anak perempuan yang masih hidup setelah arwah, maka cucu
perempuannya berhak mendapat harta secara ‘asabah iaitu separuh dari bahagian cucu
lelaki daripada anak lelaki.

2
ii. a) Jelaskan pengertian ‘asabah binafsihi , asabah bighairihi dan ‘asabah ma’a
ghairihi.
( 2.5 markah)

‘Asobah berdasarkan istilah ilmu faraid adalah waris-waris yang tidak ditetapkan
bahagiannya secara fardhu di dalam Al-Quran.

‘Asobah ini dkategorikan kepada 3 jenis iaitu ‘asabah binafsihi , asabah bighairihi dan
‘asabah ma’a ghairihi.

`Asabah binafsihi adalah `asabah yang berlaku dengan sendirinya tanpa perlu orang lain
mengasobahkannya. `Asabah binafsihi ini terdiri daripada semua waris lelaki kecuali
suami dan saudara lelaki seibu dimana waris-waris ‘asabah binafsihi boleh mewarisi
semua harta pusaka yang ada jika tinggal dia sahaja waris yang ada. Namun, jika
terdapat waris fardhu maka waris fardhu akan mengambil harta pusaka dahulu kemudian
dibahagi kepada waris ‘asabah binafsihi. Dalam keadaan dimana harta pusaka itu telah
habis dibahagi kepada waris fardhu, maka waris ‘asabah binafsihi tidak akan mendapat
apa-apa bahagian. Ini selari dengan hadith Riwayat al-Bukhari daripada Abdullah bin
‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk
lelaki yang lebih utama.”

`Asabah bighairihi pula bermaksud ahli-ahli waris perempuan yang ditarik oleh saudara
lelakinya untuk mewarisi pusaka bersamanya secara `asabah. Sebagai contoh, anak
perempuan arwah boleh mendapat bahagian secara asabah bi-ghairihi apabila arwah
mempunyai anak lelaki dimana anak perempuan tersebut akan mendapat 1/2 dari
bahagian anak lelaki. Cucu perempuan sebapa pula boleh mendapat bahagian secara
asabah bi-ghairihi apabila arwah tidak mempunyai anak lelaki atau dua anak perempuan
yang masih hidup setelah arwah, maka cucu perempuannya berhak mendapat harta
secara ‘asabah iaitu separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Hal ini
disebut di dalam Alquran di dalam surah An-nisa ayat 11, yang bermaksud:

3
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu,
iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”

`Asabah ma‘a ghairihi, iaitu saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa yang menjadi
ahli waris `asabah kerana mewarisi pusaka bersama dengan anak perempuan atau cucu
perempuan. Mengikut kaedah `asabah ma‘a ghairihi, anak perempuan tidak menjadi
asobah bersama dengan saudara perempuan sepertimana anak lelaki dan anak
perempuan kerana anak perempuan arwah tetap mendapat bahagian secara fardhu
sama ada 1/2 jika seorang atau 2/3 bahagian jika lebih seorang kemudian barulah
saudara seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan dikira pembahagian
secara asobah.

b) Ada antara ahli waris fardhu yang boleh berpindah menjadi ahli waris ‘asabah dan
juga sebaliknya .Berikan dua contoh waris yang terlibat dalam perwarisan
sedemikian .
( 2.5 markah)

Antara ahli fardhu yang boleh menjadi waris ‘asabah adalah bapa. Hal ini kerana bapa
adalah waris fardhu yang berhak untuk mendapat bahagian sebanyak 1/6 apabila
mempunyai anak lelaki atau cucu sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran surah
An-Nisa ayat 11. Namun begitu bapa boleh bertukar menjadi waris ‘asobah apabila
apabila arwah tidak meninggalkan mana-mana waris kecuali bapa.

Keduanya, adalah datuk kepada arwah dimana Datuk merupakan waris fardhu yang
berhak mendapat 1/6 bahagian kerana bapa arwah telah tiada meskipun ada saudara
lelaki arwah dan datuk akan bertukar menjadi waris ‘asabah apabila tiada sebarang lagi
waris sama ada lelaki dan perempuan. Namun begitu, bahagian pusaka bagi datuk ini
akan terhijab apabila adanya bapa arwah.

4
iii. Nyatakan maksud hijab dan pembahagiannya serta jelaskan siapakah antara ahli
keluarga si mati yang tidak boleh digugurkan daripada mewarisi harta pusaka
peninggalan pewaris mereka secara hijab hirman. .
( 5 markah)

Hijab di dalam perwarisan pusaka muslim adalah keadaan yang dipanggil sebagai
pendindingan dimana seseorang waris ditegah daripada mewarisi harta pusaka kerana
adanya waris-waris lain yang lebih dekat dan kuat perhubungannya dengan arwah.
Terdapat dua jenis hijab iaitu Hijab Hirman iaitu pendindingan keseluruhan dimana hak
seseorang waris gugur keseluruhannya kerana ada waris lain yang lebih hampir atau
lebih kuat daripadanya dan Hijab Nuqsan iaitu pendindingan kurang dimana keadaan
seseorang waris mendapat bahagian daripada banyak kepada sedikit kerana adanya
waris lain.

Mereka yang terlibat bagi Hijab Hirman ini turut digelar sebagai waris dari susur galur
kedua dalam pertalian keluarga arwah dan mereka ini juga digelar sebagai waris ganti
yang antaranya adalah cucu dan ke bawah, datuk dan ke atas, nenek dan ke atas,
saudara seibu sebapa, saudara sebapa, saudara seibu dan anak saudara dan semua
waris yang lebih jauh yang mewarisi secara asobah. Namun begitu ada lima ahli keluarga
si mati yang tidak boleh digugurkan daripada mewarisi harta pusaka peninggalan pewaris
mereka secara hijab hirman, iaitu bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan pasangan
si arwah.

You might also like