You are on page 1of 17

1

PROSUDER PENDAFTARAN PENCERAIAN LUAR MAHKAMAH:


KAJIAN DI MAHKAMAH SYARIAH KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI.
ABSTRAK

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


menunjukkan bagi tempoh 20 tahun 1990-2010 terdapat 326,400 pasangan telah bercerai.
Bilangan kes perceraian yang didaftarkan menunjukkan berlaku peningkatan saban tahun.
Hal ini berlaku mungkin disebabkan kurang pengetahuan umat islam berkaitan talaq
sedangkan perkara ini telah pun dipelajari di peringkat menengah atas. Oleh itu, kajian ini
bertujuan ingin mengetahui Konsep Talaq Dalam Islam dan seterusnya Menganalisis
Prosedur pendaftaran perceraian luar mahkamah Berdasarkan Kajian Kes Di Mahkamah
Syariah Kepala Batas, Seberang Perai. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kajian
perpustakaan dan kaedah lapangan digunakan dengan menemubual bersama Puan
Salasiah sebagai penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk di Mahkamah Syariah
Kepala Batas, Seberang Perai.
2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin dan Rahmat-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus
ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej
Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM), khasnya Puan Pengetua KTEDM iaitu Pn. Noor
Aishah binti Abu Hassan.

Dalam menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Ustaz Adham Bin Idris selaku guru Pengajian Syariah saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada bapa saya, Galam Husin Bin Syed
Rasul yang banyak menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan Kerja Kursus
Pengajian Syariah Kertas 4 (930/4) Penggal 2 tahun 2021 yang bertajuk “Prosuder Pendaftran
Perceraian Luar Mahkamah: Kajian di Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai”.

Di samping itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan pihak-pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam
menyiapkan tugasan ini dan saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
responden-responden yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik bagi
mendapatkan persepsi mereka berkenaan dengan tajuk kerja kursus saya ini.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
3

1.0 PENGENALAN

Ikatan perkahwinan merupakan rahmat Allah kepada hambanya. Ia telah digambarkan


melalui surah Baqarah: 187, isteri kamu pakaian kamu, kamu pula pakaian mereka.
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan sesuatu lafaz cerai.
Ini adalah berdasarkan Seksyen45 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan)1984. Terdapat dua jenis perceraian iaitu di dalam (dengan izin) dan di luar
(tanpa izin) mahkamah. Harus memohon pengesahan perceraian tersebut di bawah
Seksyen 55A. Seksyen tersebut memperuntukkan kepada mahkamah kuasa untuk
mengesahkan dan mendaftarkan perceraian yang berlaku di luar mahkamah.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pihak mahkamah dalam membuat


pengesahan perceraian terlebih dulu mengadakan siasatan bagi memastikan lafaz talak itu
sah mengikut hukum syarak. Sekiranya, mahkamah berpuas hati mengenal lafaz cerai
tersebut, maka ia adalah tertakluk di bawah Seksyen 124 untuk membuat perintah
membenarkan perceraian, merekodkan dan memberitahu kepada pendaftar. Berbalik
kepada persolan bagaimana hendak menentukan sah atau tidaknya sesuatu perceraian di
luar mahkamah. Mahkamah akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau talak.
Apabila sempurna kesemua rukun talak iaitu suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan
(diniatkan) kepada siapa talak itu, isteri dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami
maka sabitlah perceraian.

Jika wujud ketidakpastian dalam salah satu daripada kelima-lima syarat talak maka
perceraian tersebut tidak jatuh. Kebiasaannya mahkamah akan meminta suami melakukan
sumpah syarie terhadap talak yang dilakukan termasuk jika talak melalui pesanan SMS.
Jika telah sabit kepastian melalui lafaz sumpahnya maka jatuhlah talak tersebut. Adalah
menjadi tanggungjawab isteri dan suami untuk berlaku jujur di dalam perkara ini demi
menghilangakan perkara subahat yang melingkari ikatan pernikahan. Mengenai
perceraian dalam keadaan marah, timbul perbezaan pendapat di kalangan ulama
mengenai sama ada gugur atau tidak talak itu. Mengikut sebahagian ulama, jatuh talak
yang dilafazkan dalam keadaan marah kerana perasaan tersebut masih boleh dikawal oleh
seseorang. Antara lain, orang yang dalam keadaan marah tidak termasuk dalam golongan
orang yang terkeluar daripada beban taklif.
4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif utama yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini iaitu:

a) Menjelaskan Konsep Talaq Dalam Islam

b) Menganalisis Prosedur pendaftaran perceraian luar mahkamah Berdasarkan Kajian


Kes Di Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai.
5

3.0 KAEDAH KAJIAN


Bagi mencapai dua objektif utama kajian, pengkaji memilih untuk menggunakan dua
kaedah kajian yang berikut:

1. Kajian Perpustakaan

Pengkaji menggunakan kaedah kajian ini bagi mencapai objektif yang pertama iaitu
menerangkan konsep Prosedur pendaftaran penceraian luar mahkamah menurut
perspektif islam. Melalui kaedah ini, pengkaji merujuk bahan imliah seperti buku,
artikel, jurnal dan penulisan lain yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Selain itu,
pengkaji juga akan melayari laman web yang berkaitan di internet untuk menambah
pengetahuan dan mendapatkan maklumat yang sesuai dengan tajuk kajian.

2. Kajian Lapangan

Kaedah kajian lapangan ini digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kedua
iaitu Menganalisis Prosedur pendaftaran perceraian luar mahkamah Berdasarkan
Kajian Kes Di Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai. Kajian ini telah
dilakukan dengan menemu bual Puan Salasiah sebagai Penolong Pendaftar, di
Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai.
6

4.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini bagi pasangan yang
mendirikan rumahtangga. Namun begitu, sudah menjadi lumrah dalam hubungan suami
isteri kadangkala dilanda pelbagai ujian dan dugaan sehingga menyebabkan hubungan
yang kukuh menjadi semakin rapuh. Sekiranya permasalahan yang berlaku tidak
ditangani dengan hikmah, ia akan menyebabkan berlakunya pembubaran perkahwinan.

Apabila berlaku lafaz cerai tanpa kebenaran mahkamah, ia perlu dirujuk ke


mahkamah bagi tujuan pengesahan dan ditentukan jumlah talak yang dilafazkan serta
baki talak. Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri iaitu pendaftaran perceraian di luar mahkamah.Seksyen
57 (1): “Walau apa pun Seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan
lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa
tujuh hari daripada pelafazan talak itu melaporkan kepada mahkamah.” Malah, lafaz cerai
yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan di bawah enakmen sama,
di bawah Seksyen 125.Seksyen 125 menyatakan, “Jika seseorang lelaki menceraikan
isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa
kebenaran mahkamah, maka dia adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.

Oleh itu, bagi pasangan yang sudah bercerai di luar dan kemudiannya rujuk
kembali sebagai suami isteri, mereka perlu segera membuat pengesahan cerai dan rujuk di
mahkamah. Tujuannya agar perceraian dan rujuk itu dapat direkodkan dan dijelaskan
kepada kedua-dua pihak baki talak yang masih tinggal. Dalam masalah ungkapan suami
seperti soalan pembaca minggu ini, sekiranya perceraian yang dilafazkan suami secara
talak rajie (talak yang boleh dirujuk), maka suami berkuasa merujuk isterinya selama
tempoh idah.

Sekiranya perceraian yang diperintahkan bukan secara fasakh atau tebus talak, maka
ia tergolong dalam perceraian yang tidak boleh dirujuk iaitu talak bain.Talaq bain
terbahagi kepada dua iaitu talak bain kubra dan talak bain sughra.Talaq bain kubra adalah
7

talak yang berlaku kepada pasangan sebanyak tiga kali iaitu suami menceraikan isterinya
sebanyak tiga kali. Pasangan tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya
melainkan isteri menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika
ditakdirkan isteri berpisah atau suami keduanya meninggal dunia, maka barulah suami
pertama berhak menikahi bekas isterinya itu.Kategori kedua adalah talak bain sughra. Ia
adalah talak yang diucapkan suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh
rujuk semula melainkan dengan pernikahan baru walaupun isterinya dalam idah.

Seandainya suami sudah melafazkan talak kali kedua dan talak itu masih berbaki dua
atau satu talak, Maka ia masih dikira sebagai talak rajie dan pasangan boleh rujuk semula.
Jika suami enggan rujuk, status pernikahan terputus selepas tamatnya tempoh idah. Sebab
itu, pasangan suami isteri yang bercerai dengan atau tanpa kebenaran mahkamah perlu
mengetahui jumlah talak dan jenis perceraian yang berlaku. Pasangan juga perlu
memahami prosedur yang sah jika berlakunya perceraian dan rujuk.

4.1Konsep Talaq Dalam Islam

Bagi mencapai objektif pertama kajian, pengkaji akan menerangkan berkaitan konsep
talaq dalam islam dari pengertian, dalil, rukun, dan jenis talak serta hukumnya. Pengkaji akan
mengemukan pandangan dan fakta yang diperolehi melalui buku rujukan dan bahan bacaan
berkaitan untuk memastikan fakta dan maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat.

Penjelasan mengenai talaq ini amat penting agar semua perkara dan hukum berkaitan talaq
dapat difahami dan dijelaskan dengan sebaliknya kerana ia akan menjadi asas untuk
mencapai objektif kajian yang kedua iaitu Prosedur pendaftaran perceraian luar mahkamah
Berdasarkan Kajian Kes Di Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai. Soalan yang
dikemukakan untuk menjelaskan konsep talaq dalam islam adalah fakta dan maklumat
berdasarkan kajian kes di mahkamah tersebut.
8

(a)Pengertian Talaq

Talak merupakan istilah serapan dari bahasa Arab, iaitu al-ṭalāq diambil dari ”‫ “ي‬di depan
huruf lam ”‫ “ا‬dengan penambahan huruf alif ,”ُ‫ “اٌَ َّط ََل ُق‬kata dasar “َ‫ َ َؽ َلَلًب‬ٚ -‫ َؽ ٍْ ًمب‬-ُ‫” ٍ َؽ َك‬, secara
bahasa berarti memberikan, lepas dari ikatannya, berpisah, atau bercerai (Ahmad W.
Munawwir dan M. Fairuz, 2007: 861). Al-Jazīrī dan al-Zuḥailī menyebutkan makna talak
secara bahasa yakni memudarkan ikatan, melepas ikatan, atau memisahkan ikatan, baik
bersifat fisik seperti ikatan kuda dan ikatan tawanan, maupun bersifat maknawi seperti ikatan
pernikahan. Misalnya dengan sebutan, “ṭalāq al-naqah” atau “nāqatun ṭāliqun”, artinya
memudarkan ikatan unta dan melepaskannya, atau unta yang terlepas (Abdurraḥmān al-Jazīrī,
2017: 576).

Mengacu pada makna bahasa tersebut, dipahami bahawa perkataan talak (ṭalāq: Arab)
mengandung makna umum, meliputi semua bentuk pelepasan suatu ikatan, baik secara zahir
maupun secara maknawi. Secara zahir maksudnya melepaskan ikatan sesuatu yang tampak
ada tali pengikatnya, sementara secara maknawi maksudnya suatu ikatan yang secara makna
memiliki ikatan, seperti ikatan keluarga, ikatan nasab, ikatan pernikahan, ikatan suadara,
ikatan suku dan budaya, dan lainnya.

Adapun menurut terminologi dan istilah, rumusan makna talak cenderung diarahkan dan
dikhususkan hanya pada makna pelepasan ikatan pernikahan, atau perceraian antara suami
dan isteri. Menurut al-Zuḥailī, talak secara istilah berarti melepas ikatan pernikahan dengan
kata talak (cerai) atau yang sejenisnya (Wahbah Muṣṭafā al-Zuḥailī, 2017: 579). Definisi
yang serupa juga disebutkan oleh Sayyid Salim.

Menurutnya, talak secara syariat adalah melepaskan ikatan pernikahan atau memutuskan
hubungan pernikahan saat itu juga atau dikemudian waktu dengan lafaz tertentu (Abū Mālik
Kamal ibn al-Sayyid Salim, 2013: 583). Dua definisi tersebut memiliki maksud yang sama,
bahawa talak merupakan perceraian atau putusanya ikatan pernikahan suami- dan isteri yang
terjadi sesaat setelah suami mengucapkan lafaz talak, atau lafaz sejenisnya. Lafaz yang
9

sejenisnya bermaksud semua bentuk lafaz yang memberi indikasi kuat bahawa ucapan suami
tersebut ditujukan untuk bercerai, misalnya dengan kata, “saya ceraikan kamu”, “saya tidak
mau lagi hidup berumah tangga dengan kamu”, dan kalimat lain yang senada dengan itu.

Berdasarkan beberapa definisi di atas, rumusan talak setidaknya memiliki kata-kata iaitu
proses memutuskan ikatan pernikahan, dilakukan oleh suami terhadap isteri, akibatnya
mengurangi hak talak suami, dilakukan dengan ucapan talak atau lainnya. Dengan demikian,
talak adalah perceraian antara suami dengan isteri atas inisiatif suami, sehingga dengan
inisiatif tersebut mengurangi jumlah hak talak suami yang dilakukan melalui ucapan talak
atau lafaz lainnya yang memiliki indikasi yang sama dengan makna talak.

Dalil berkaitan Talaq

Terdapat pelbagai sumber dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW
yang menceritakan tentang penceraian.

Antaranya, Allah SWT telah menerangkan dengan jelas berkaitan


penceraian melalui firman-Nya:

َ َ‫وا الطَّال‬
‫ق فَِإ َّن هّللا َ َس ِمي ٌع َعلِي ٌم‬ ْ ‫َوِإ ْن َع َز ُم‬

Maksudnya: Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak


(menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, 2:227)

Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

ِ ‫ُوف َأوْ تَس‬


‫ْري ٌح بِِإحْ َسا ٍن‬ ٌ ‫َان فَِإ ْم َسا‬
ٍ ‫ك بِ َم ْعر‬ ُ َ‫الطَّال‬
ِ ‫ق َم َّرت‬

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah
itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
10

sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. (Surah


Al-Baqarah, 2:229)

Menurut imam Ibnu Kathir, masyarakat Arab jahiliyyah pada waktu


dahulu tiada satu sistem yang teratur untuk penceraian. Mereka boleh
menceraikan isteri mereka sesuka hati dan rujuk semula walaupun beberapa
kali sehingga ratusan kali.

Maka, agama Islam datang kemudiannya untuk mengajarkan bahawa talak


yang boleh dirujuk adalah sebanyak dua kali dan jika tidak mahu untuk
dirujuk maka lepaskanlah isteri tersebut dengan baik tanpa menzaliminya.

Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Perkara halal yang paling dibenci pada sisi Allah ialah talak.” (Riwayat Abu
Daud).

Berdasarkan hadis ini, meskipun talak dibenarkan oleh syarak, talak tetap
menjadi perkara yang dibenci. Penceraian bukanlah sesuatu yang digalakkan
oleh agama Islam. Apabila sudah tiada lagi cara dan jalan untuk berdamai bagi
menyelamatkan rumah tangga yang dibina, maka penceraian menjadi pilihan
yang terakhir.

(a) Rukun dan syarat talaq

Bagi menjelaskan lagi konsep talaq dalam islam, maka perlu dihuraikan di
sini berkaitan rukun dan syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi
membolehkan lafaz talaq yang dilakukan sah dan dapat melepaskan ikatan
pernikahan atau memutuskan hubungan pernikahan saat itu juga atau
dikemudian waktu dengan lafaz tertentu.

Kebanyakan para ulama salaf dan khalaf sependapat bahawa disaksikan


oleh dua orang saksi. Alasan mereka: tidak ada keterangan nafi dari nabi s.a.w
dan para sahabat yang menunjukkan perlu adanya saksi dalam perceraian.
11

Perintah mengadakan penyaksian dalam surah At-Talaq hanya perintah sunat


sahaja bukan perintah wajib. Manakala, Abu Hanifah r.a mengatakan bahawa
saksi dalam perceraian dan rujuk hanya sunat sahaja. Mengikut pendapat lain
pula, Imam As Syafie, adalah sunat dalam kes perceraian.

(a) Suami mestilah berakal, baligh, dan dengan kerelaan sendiri.


(b) Isteri mestilah akad nikad yang sah, belum diceraikan dengan talak tiga
oleh suaminya.
(c) Lafaz mestilah ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya dan sama ada
dengan sengaja dan bukan paksaan.
(d) Qasad denga nada niatnya menjatuhkan talak pada masa melafazkan
perkataan talak, tetapi dalam mazhab syafie jika suami berkata terus terang
dikira jatuh talak walaupun tanpa niat.

(d)Jenis talaq dan hukumnya

i) Talak raj’i

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh
merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat,
maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

ii) Talak bain

Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya.
Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah
isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan
suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.

iii) Talak sunni


12

Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya
ketika dalam tempoh suci

iv) Talak bid’i

Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang
disetubuhinya

v) Talak taklik

Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab
atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah
penceraian atau talak.

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya,
maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin
suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib
oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa
isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan
berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi
atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu
ke atas isteri saya.”

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)


1984 Malaysia

Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan


siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang
terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau
sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan
membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati
13

mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti


laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini

Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan
sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa
kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta mengadu
kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya
dengan nilai tebus talak tersebut.”

4.2 Menganalisis Prosedur pendaftaran perceraian luar mahkamah Berdasarkan


Kajian Kes Di Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai

Berdasarkan temubual bersama Puan Salasiah sebagai Penolong Pendaftar di


Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai dapat dijelaskan bahawa kebanyakan
pasangan yang ingin bercerai, tidak memahami sebenar-benarnya konsep talaq. Hal ini
kerana ada sesetengah pasangan yang berulangkali cerai dan rujuk. Mereka tidak betul-
betul mengerti apa tujuan talaq yang sebenarnya akan mendamaikan pasangan yang
mempunyai konflik sebelumnya.

Sebelum sesuatu permohonan perceraian diluluskan, pasangan yang memohon


perceraian diarahkan supaya menghadirkan diri ke Mahkamah untuk membolehkan pihak
Mahkamah syariah menyiasat sama ada kedua-dua belah pihak bersetuju terhadap
perceraian tersebut. Sekiranya kedua belah pihak bersetuju untuk bercerai dan
Mahkamirh mendapati bahawa perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi setelah
suatu penyiasatan yang wajar dilakukan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami
supaya rnelafazkan satu talak di hadapan Mahkamah. (Enakmen Pentadbiran Undang-
Undang Keluarga Islam 199 l, Bahagian V, Seksyen 47 (3)).

Kewujudan peruntukan perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran


Mahkamah seperti dalam seksyen 124 EUKIS tahun 1984 di Pulau Pinang, pindaan
kepada seksyen 125 EUKIS 2003, khususnya dan di negeri-negeri lain di Malaysia
umumnya, mempunyai latar belakang tersendiri. Sebelum peruntukan ini digubal, timbul
pelbagai masalah kekeluargaan khususnya masalah perceraian. Oleh kerana perkara ini
14

agak sukar diselesaikan maka peruntukan ini digubal di bawah bidangkuasa Mahkamah
Syariah negeri Pulau Pinang. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran
Mahkamah adalah melakukan satu kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Pulau Pinang 1984 seperti mana yang diperuntukkan dalam seksyen-
seksyen berikut;

124. Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk
di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka ia adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara
tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

125. (1) Jika seseorang berkewajipan membuat membuat sesuatu laporan di bawah Enakmen ini
dan ianya bersengaja cuai atau tidak berbuat demikian maka ia adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara
tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki mengemukakan
sesuatu permohonan di bawah Enakmen ini atau dikehendaki memberi sesuatu maklumat atau
menyempurnakan atau menandatangani apa-apa dokumen yang perlu di sisi undang-undang bagi
maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu dan ianya bersengaja cuai atau tidak membuat
laporan itu atau mematuhi kehendak itu maka ia adalah melakukan sesuatu kesalahan dan
hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak
lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

4.2.1 Proses Pengesahan Dan Pendaftaran Perceraian Luar Mahkamah


15

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Rumusan yang dapat disimpulkan disini, kebanyakan masyarakat di Kepala Batas,


Seberang Perai ini tidak memahami konsep talaq yang sebenarnya. Hal ini kerana, mereka
menganggap talaq ini perkara yang dapat diselesaikan dengan proses yang cepat.

Selain itu, mempelajari dan mengetahui tentang talaq adalah amat penting kepada
semua masyarakat. Bagi pasangan yang bercerai tanpa sebab munasabah, talaq adalah
terbaik bagi mereka. Allah juga tidak menyukai orang yang memutuskan hubungan
silaturrahim sesame muslim.

Oleh itu, semua masyarakat hendaklah mengetahui tentang ilmu islam seperti
munakahat. Hal ini penting bagi mereka untuk mengetahuinya supaya tidak berlaku
perselisihan tentang huum talaq ini.

Antara cadangannya:
5.1 Pihak Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk perlu memastikan setiap pasangan yang
bernikah memahami setiap perkara dalam munakahat termasuk cerai dan rujuk.
5.2 Masyarakat juga perlu mengetahui tentang ilmu-ilmu agama agar tidak berlaku
sebarang masalah dalam rumahtangga.
5.3 Setiap pasangan mendapatkan khidmat kaunseling sebelum melakukan perceraian
atau perceraian.
16

6.0 Senarai Rujukan

Abu `Abdullah Muhammad Yazid (t.t), Sunan Ibn Majah. 1 j.


Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned (1992), Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ahmad Mahmud al-Syafi’I (1994), Al-Talaq wa Huquq al-Aulad wa Nafaqah al- Aqarab
fi al-Syariah al-Islamiah. Miami: Darul Huda Lilmatbuat.

Dawoud El-Alami and Doreen Hinchcliff (1996), Islamic Marriage and Divorce Laws in
Middle East: The Hague.

Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid (1988), Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur:
Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.

Mat Saad bin Abd. Rahman (1993), Undang-Undang Keluarga Islam: Aturan
Perkahwinan. Shah Alam : Pustaka Hizbi.
17

7.0 LAMPIRAN

Temu bual bersama Puan Salasiah sebagai penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk di
Mahkamah Syariah Kepala Batas, Seberang Perai.

You might also like