You are on page 1of 19

FAKULTI KLUSTER PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2019

ABSK 3103

FIQH MUNAKAHAT

NO. MATRIKULASI : 940604115184001


NO. KAD PENGNEALAN : 940604115184
NO. TELEFON : 014-5009650
E-MEL : aisahawang@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PP TERENGGANU


ISI KANDUNGAN
MUKA
PERKARA
SURAT

1.0 PENGENALAN 2
2.0 KONSEP FASAKH 2-4
3.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN FASAKH DAN TALAK 4-6
3.1 Hak 6-7
3.2 Rujuk 7-8
3.3 Bilangan 8-9
3.4 Kuasa 9-10

4.0 ANALISIS KES-KES FASAKH 10-11


4.1 Zulriana Zahari Lawan Mohd Shu’aib Hj. Ishak. 11
4.2 Hairun Mohd Sharif Lawan Omar Mohd Nor 11-12
4.3 Ruhaida Binti Othman Lawan Che Nora’zam Bin Noordin 12
4.4 Badrolhisyam bin Khalid lawan Masriah Hj.Ismail 13

5.0 FAKTOR PENYEBAB TUNTUTAN FASAKH 13-14


5.1 Suami Telah Gila 14
5.2 Suami Tidak Bertanggungjawab Dalam Menunaikan Nafkah 14-15
5.3 Isteri Masih Belum Disetubuhi 15-16
5.4 Memaksa isteri melakukan perkara lucah 16

6.0 KESIMPULAN 16-17


7.0 RUJUKAN 17-18

1
1.0 PENGENALAN

Kajian ini akan menfokuskan berkenaan fasakh dalam perkahwinan islam.


Pada dasarnya sesetengah masyarakat hanya memahami fasakh sebagai satu
pemohonan penceraian yang diminta isteri melalui pengadil, tanpa mengetahui
dengan lebih tepat. Masyarakat kebanyakkan hanya lebih tertumpu pada lafaz
talak tanpa mengetahui tuntutan fasakh yang dibenarkan dalam islam yang boleh
diminta oleh isteri atau suami dengan sebab-sebab yang tertentu. Justeru, kajian
ini akan membuka minda masyarakat dalam memahami konsep fasakh dalam
perkahwinan.

Bab pertama dalam kajian akan membincangkan secara terperinci konsep


dalam fasakh perkahwinan disusuri dengan hikmah tuntutan fasakh yang
dibenarkan dalam islam. Fasakh secara umumnya membatalkan atau memutuskan
ikatan perkahwinan dan akan dijelaskan lagi. Secara ringkasnya, kajian ini juga
akan menfokuskan persamaan dan perbezaan diantara fasakh dan talak dengan
lebih jelas lagi serta akan diberikan contoh yang munasabah bagi memahaminya
lagi.

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, kajian ini juga akan
menganalisis kes-kes fasakh yang berlaku dalam kawasan sesekeliling kita.
Justeru, pada bab seterusnya kajian ini akan mengemukakan pendapat mengenai
faktor yang menyebabkan adanya tuntutan fasakh yang dibuat oleh si isteri. Akhir
bab akan disimpulkan secara ringkas seluruh kajian mengenai fasakh.

2.0 KONSEP FASAKH

Fasakh merupakan satu cara bagi seorang isteri untuk berpisah dengan si
suami. Menjadi kebiasaan bagi isteri untuk membuat pemohonan fasakh kerana si
suami mempunyai kuasa melafazkan talak, walaupun fasakh boleh dipohon oleh
kedua-dua belah pihak si suami mahupun isteri.

2
Fasakh dari segi istilah membawa maksud farraqa (bubar) atau naqada
(batal) yang membawa maksud membubarkan dan membatalkan ikatan didalam
penikahan. Dari segi syarak pula, terdapat kecacatan tertentu dalam rumah tangga
atau disebabkan oleh syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah dengan kuasa
kadi untuk melepaskan ikatan perkahwinan. Hendaklah difahamkanj dengan jelas
fasakh antara suami isteri tidaak boleh dirujuk, melainkan melalui akad yang baru
jika suami isteri ingin bersatu kembali dalam ikatan perkahwinan. Di dalam surah
al-nisa’ ayat 128 menjadi asas perundangan bagi fasakh.

Antara hikmah yang boleh diambil dari tuntutan fasakh yang dibenarkan
dalam islam ialah bagi mengelak kaum wanita teraniaya. Umun mengetahui
suami mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melafazkan talak tetapi tidak bagi
isteri. Justeru, melalui tuntutan fasakh yang dibenarkan islam dapat
menyelamatkan isteri daripada teraniaya daripada ikatan perkahwinan sekaligus
dapat membela nasib mereka dengan perkara yang tidak terjangka. Diantaranya
dapat mengelakkan daripada penderaan psikologi dan emosi (jiwa) yang manaa ia
melibatkan kepercayaan atau perasaan wanita untuk mengawal kehidupan sendiri.
Contohnya, menghina mengugut atau memalukan si isteri dihadapan kawan-
kawannya yang boleh memberi kesan yang buruk kepada isteri. Tuntutan ini juga,
dapat melindungi hak wanita yang didera fizikal, penderaan seksual yang
memaksa si isteri untuk membuat sesuatu bentuk seksual tanpa kehendak mereka.

Yang keduanya, dapat memberi peluang untuk isteri memilih jalan


hidupnya sendiri. Tuntutan ini bukannya memberi peluang untuk isteri
sewenang-wenangnya menututnya tetapi mestilah dengan alasan yang munasabah,
yang boleh membuatkan kehidupan mereka terhalang disebabkan ikatan
perkahwinan. Contohnya, selepas berkahwin si isteri dapat mengetahui bahawa
suaminya mati pucuk, perkara ini dirahsiakan oleh si suami sebelum berkahwin.
Si isteri boleh membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya kerana tidak mahu
terikat dengan hidup tanpa zuriat, ia berbeza dengan suami yang boleh berkahwin
lebih dari satu untuk menyambung zuriat jika isteri mereka mandul. Ataupun si

3
suami telah dipenjarakan melebihi tiga tahun dan hidup isterinya terikat tanpa
suami disisi, si isteri boleh memilih kehidupan mengikut jalan yang mereka ingin
pilih.

Hikmah yang terakhir ialah keadilan Allah terhadap penceraian, kita


semestinya tahu perkara yang dimurkai allah adalah penceraian, seperti hadis
daripada umar, rasulullah bersabda yang bermaksud perbuatan halal yang dibenci
allah adalah talak. Jelas menunjukkan keadilan allah daripada hadis tersebut
terhadap hambanya, supaya pasangan suami isteri yang tidak boleh berdamai
mahupun mencapai kesefahaman walaupun sudah berusaha dibolehkan bercerai
bagi mengelak berlakunya penderitaan dan keperitan di dalam kehidupan mereka.
Justeru, kita sebagai umat islam mestilah sentiasa bersangka baik dengan segala
yang ditetapkan allah dalam kehidupan kita didunia. Setiap perkara yang kita lalui
bersebab dan ada penyelesaian.

3.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN FASAKH DAN TALAK

Fasakh dan talak mempunyai persamaan dan juga perbezaan antara satu
sama lain. Jadual dibawah akan menjelaskan perbezaan antara talak dan fasakh.

Kriteria Fasakh Talak Contoh

1 Hak Suami dan isteri Suami Fasakh : hak fasakh yang tertumpu
pada isteri, Suami telah dipenjarakan
selama tiga tahun atau berturut-turut
sehingga menyukarkan isteri dalam
meneruskan kehidupan, maka isteri
dibolehkan memohon fasakh daripada
hakim.

Talak : talak dari aspek lafaz iaitu

4
talak sarih si suami melafazkan “aku
ceraikan kamu” maka akan jatuh talak
tersebut terhadap isteri walaupun
suami hanya bergurau tetapi lafaz
yang disebut jelas dan jatuh
hukumnya.
2 Rujuk Tidak sah rujuk Sah tujuk jika Fasakh : si isteri telah memohon
dalam iddah dalam iddah fasakh terhadap suaminya kerana
rajie terdapat kecacatan dalam ikatan
perkahwinan dan menjalankan ‘iddah
dalam tempoh yang telah ditetapkan,
dalam tempoh ‘iddah suami isteri
tersebut ingin kembali hidup
sebumbung, maka si lelaki wajib
menunggu si wanita habis ‘iddah dan
akad yang baru.

Talak : pasangan tersebut bercerai,


dan dalam tempoh ‘iddah si isteri
suami merasa menyesal menceraikan
isterinya dan insaf, dan si isteri masih
menyayangi suami maka mereka rujuk
dalam tempoh ‘iddah tersebut.
Rujukan yang dilakukan adalah sah.

3 Bilangan Tiada bilangan Ada tiga kali Fasakh : isteri telah menfailkan
bilangan tuntutan fasakh terhadap suaminya
lebih daripada tiga kali, setelah
menerima nasihat, isteri menarik balik
tuntutan. Namun, jika dia ingin
menfailkan tuntutan fasakh terhadap

5
suaminya, dia masih boleh membuat
tuntutan walaupun banyak kali.

Talak : suami telah melafazkan cerai


dengan berkata “aku ceraikan engan
dengan talak satu” maka jatuh
talaknya sebanyak 1 talak. Jadi baki
bilangannya sebanyak 2 talak.
4 Kuasa kadi Suami Fasakh : isteri menuntut fasakh,
dengan alasan perlakuan buruk oleh
suami seperti penganiayaan,
penghinaan, dan tindakan-tindakan
lain yang membahayakan keselamatan
isteri. Setelah dinilai dengan teliti dan
ia menimbulkan kemudratan kepada si
isteri maka kadi berkuasa memutuskan
perkahwinan itu.

Talak : suami ingin menceraikan


isterinya tetapi isterinya menolok,
talak tetap terjadi kerana suami yang
mempunyai kuasa talak, begitu juga
sebaliknya jika isteri ingin bercerai
tetapi suami tidak menginginkan maka
tidak berlaku talak.

3.1 Hak

Perbezaan pertama antara talak dan fasakh yang akan diterangkan


ialah hak, siapa diantara suami atau isteri yang berhak dalam memutuskan
ikatan perkahwinan diantara mereka. Jika dilihat dari aspek fasakh, ia

6
merupakan permohonan yang dipinta oleh pihak tertentu terhadap pihak
tertentu bagi memutuskan atau membatalkan ikatan perkahwinan. Fasakh
diberikan hak keatas kedua-dua pihak sama ada si suami atau pun isteri,
dibenarkan bagi memohon fasakh, tetapi kebiasaannya fasakh sering
dimohon oleh golongan isteri. Hal ini, kerana si suami lebih kepada kuasa
talak yang telah diberikan kepada mereka. Contoh hak fasakh yang
tertumpu pada isteri, Suami telah dipenjarakan selama tiga tahun atau
berturut-turut sehingga menyukarkan isteri dalam meneruskan kehidupan,
maka isteri dibolehkan memohon fasakh daripada hakim.

Secara jelasnya, hak bagi talak jatuh ke atas suami melalui lafaz
yang dikatakan, dan bukan jatuh kepada isteri. Talak menjadi hak suami
kerana suami yang membayar mahar perkahwinan, membiayai nafkah
isteri dan menyediakan tempat tinggal. Namun, talak terbahagi kepada
beberapa jenis antaranya talak daripada aspek lafaz, aspek kesan dan
aspek hukum. Oleh itu, suami isteri mesti menjaga tingkah laku,
terutamanya suami dalam bertutur kata, bergurau atau sebagainya, kerana
secara tidak sengaja ikatan suami isteri akan terputus. Contohnya talak
dari aspek lafaz iaitu talak sarih si suami melafazkan “aku ceraikan kamu”
maka akan jatuh talak tersebut terhadap isteri walaupun suami hanya
bergurau tetapi lafaz yang disebut jelas dan jatuh hukumnya.

3.2 Rujuk

Hukum rujuk bagi suami isteri dalam tempoh ‘iddah mempunyai


perbezaan dalam fasakh dan talak. Bagi pasangan suami isteri yang telah
memutuskan atau membatalkan ikatan perkahwinan melalui permohonan
fasakh, tidak sah bagi mereka untuk merujuk dalam tempoh ‘iddah si
isteri. Ini kerana, jika pasangan tersebut ingin berbaik semula atau ingin
mengikat kembali ikatan perkahwinan mereka, suami wajiblah melakukan
akad baru. Jika mereka tetap rujuk dalam tempoh ‘iddah tersebut, maka

7
mereka telah melakukan dosa besar. Contoh, si isteri telah memohon
fasakh terhadap suaminya kerana terdapat kecacatan dalam ikatan
perkahwinan dan menjalankan ‘iddah dalam tempoh yang telah
ditetapkan, dalam tempoh ‘iddah suami isteri tersebut ingin kembali hidup
sebumbung, maka si lelaki wajib menunggu si wanita habis ‘iddah dan
akad yang baru.

Bagi pasangan suami isteri yang berpisah melalui talak, mereka


dibolehkan rujuk dalam tempoh ‘iddah. Jika talak yang dilafazkan adalah
talak rajie’, maka rujuk yang dilakukan oleh suami isteri sah tanpa
memerlukkan mereka untuk melakukan akad yang baru. Ini kerana talak
rajie’ merupakan talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali
rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh `iddah. Talak rajie’ tidak
membolehkan si isteri untuk berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk
bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi
membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula. Contohnya, pasangan
tersebut bercerai, dan dalam tempoh ‘iddah si isteri suami merasa
menyesal menceraikan isterinya dan insaf, dan si isteri masih menyayangi
suami maka mereka rujuk dalam tempoh ‘iddah tersebut. Rujukan yang
dilakukan adalah sah.

3.3 Bilangan

Bilangan dalam menuntut fasakh tidak diberi bilangan, dan boleh


memohon sebanyak mana tanpa ada hadnya. Si isteri khususnya boleh
memohon dan membatalkan pemohonan fasakh tanpa merasa risau jika
melebihi daripada hak yang diberikan kepada talak. Contoh, isteri telah
menfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya lebih daripada tiga kali,
setelah menerima nasihat, isteri menarik balik tuntutan. Namun, jika dia
ingin menfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, dia masih boleh
membuat tuntutan walaupun banyak kali.

8
Berlainan pula dengan talak, kerana talak hanya boleh dilakukan
sebanyak tiga kali sahaja. Dua kali talak dilafazkan, masih dibolehkan
untuk rujuk kembali tetapi jika kali ketiga talak dilafazkan maka haram
bagi mereka untuk kembali sebagai suami isteri, melainkan dengan cara
satu cara. Dimana selepas isterinya berkahwin lain serta telah disetubuhi
oleh suami barunya dan diceraikan atau kematian suami serta habis
‘iddahnya, maka bekas suami dahulu boleh menikah dengan isteri yang
telah ditalak tiga olehnya. Contoh, suami telah melafazkan cerai dengan
berkata “aku ceraikan engan dengan talak satu” maka jatuh talaknya
sebanyak 1 talak. Jadi baki bilangannya sebanyak 2 talak.

3.4 Kuasa

Apabila berlakunya tuntutan fasakh, maka kuasa fasakh akan jatuh


kepada kadi bukan kepada suami mahupun isteri. Hanya kadi berhak
untuk memutuskan ikatan perkahwinan sesebuah pasangan. Apabila hakim
memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut, maka
penceraian secara fasakh boleh berlaku dengan alasan yang boleh
memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat
diselamatkan lagi. Jika bukti-bukti dari pihak isteri telah sah, maka Hakim
berhak memutuskan hubungan perkahwinan antara keduanya. Contoh
isteri menuntut fasakh, dengan alasan perlakuan buruk oleh suami seperti
penganiayaan, penghinaan, dan tindakan-tindakan lain yang
membahayakan keselamatan isteri. Setelah dinilai dengan teliti dan ia
menimbulkan kemudratan kepada si isteri maka kadi berkuasa
memutuskan perkahwinan itu.

Talak pula dibawah kuasa suami, hanya suami yang berkuasa


untuk memutuskan ikatan perkahwinan antara pasangannya. Jika isteri
meminta suami menceraikanya tetapi suami tidak mengingikan, maka

9
penceraian tidak akan terjadi. Jika, kuasa talak ada pada isteri maka akan
kerap berlaku penceraian dengan perekara yang remeh temeh, kerana
wanita mempunyai emosi yang lemah. Contohnya, suami ingin
menceraikan isterinya tetapi isterinya menolok, talak tetap terjadi kerana
suami yang mempunyai kuasa talak, begitu juga sebaliknya jika isteri
ingin bercerai tetapi suami tidak menginginkan maka tidak berlaku talak.

4.0 ANALISIS KES-KES FASAKH

Dibawah telah disenaraikan kes-kes fasakh yang diputuskan oleh


mahkamah syariah.

PLAINTIF Kes fasakh Keputusan


Zulriana Zahari tidak memberikan Mahkamah Rayuan Syariah
Lawanmohd Shu’aib nafkah selama tempoh meluluskan tuntutan fasakh
Hj. Ishak melebihi tiga (3) bulan pihak
Hairun Mohd Sharif suami lazim menyakiti
Lawan. Omar Mohd atau membenarkan rayuan
Nor menjadikan perayu
kehidupannya menderita untuk membubarkan
disebabkan kelakuan perkahwinannya
aniaya
Ruhaida Binti Othman
mendatangkan mudarat akadnikah perkahwinan
Lawan Che Nora’zam
(darar) kepada isteri dibatalkan
Bin Noordin
Badrolhisyam Bin suami lazim menyakiti Hakim meluluskan tuntutan
Khalid Lawan Masriah sehingga menyebabkan fasakh
Hj.Ismail kehidupan isteri
menderita dan Suami
mempunyai dua orang
isteri tetapi tidak melayan

10
isteri secara adil
mengikut hukum syarak

4.1 Zulriana Zahari Lawan Mohd Shu’aib Hj. Ishak

Kes yang pertama berkaitan antara Zulriana Zahari dengan Mohd


Shu’aib Hj. Ishak, yang mana isteri telah menuntut fasakh di atas
kegagalan suami dalam memberi nafkah selama tempoh melebihi tiga
bulan. Pada mulanya si isteri telah gagal untuk membuktikan keempat-
empat alasan fasakh sehingga menyebabkan tuntutannya ditolak oleh
Hakim Bicara, di peringkat Mahkamah Bicara.

Namun, Hakim Mahkamah Rayuan telah mengulas bahawa kaedah


pentafsiran statut yang dominan bagi sesuatu peruntukan undang-undang
yang ringkas dan jelas adalah berdasarkan kaedah pentafsiran berdasarkan
makna harfiah (literal approach) Seksyen 52 (1)10 telah jelas
memperuntukkan bahawa memberi hak kepada seorang perempuan untuk
membubarkan perkahwinannya secara fasakh atas satu atau lebih alasan.
Harfiah membawa maksud perkahwinan boleh difasakhkan walau banyak
alasan yang dikemukakan untuk membubarkan perkahwinan. Justeru,
Mahkamah Rayuan Syariah telah meluluskan permohonan rayuan fasakh
si isteri.

4.2 Hairun Mohd Sharif Lawan Omar Mohd Nor

Kes kedua berkaitan dengan Hairun Mohd Sharif dan Omar Mohd
Nor atas alasan suami lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya
menderita disebabkan kelakuan aniaya dengan membenarkan rayuan isteri
untuk membubarkan perkahwinan. Pada mulanya, permohonan isteri
ditolak Mahkamah Rendah Syariah atas sebab gagal mengemukankan
bukti bahawa suami cuai memberikan nafkah selama tiga bulan, suami

11
lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan
kelakuan aniayanya dan suami hidup berperangai keji menurut hukum
Syarak. Namun, pada akhirnya rayuan yang dibuat oleh isteri diluluskan
oleh Mahkamah Rayuan Syariah apabila berjaya mengemukankan bukti
walaupun hanya satu alasan.

4.3 Ruhaida Binti Othman Lawan Che Nora’zam Bin Noordin

Kes ketiga berkaitan Ruhaida Binti Othman dan Che Nora’zam


Bin Noordin dengan alasan mendatangkan mudarat (darar) kepada isteri.
Si suami melalui Peguamnya telah membuat Bantahan Awal ke Dalam
Mahkamah Tinggi Syariah, namun Mahkamah Tinggi Syariah ini telah
menolak bantahan awal dan perintah-perintah lain suami. Penguam isteri
telah menyimpulkan rumah tangga si isteri dan si suami tiada lagi sakinah
dan mawaddah. Ini kerana, sifat si suami penuh dengan ego dan dengan
lantangnya mengeluarkan kata-kata, ‘pergi tak dihalau, balik tak disuruh,’
semasa menjawab persoalan mengenai usaha yang telah dilakukan oleh
suami untuk menjernihkan keadaan rumah tangga mereka berdua. Si
suami juga sering mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘nnatang’ dan ‘tak
ngeti basa’. Si isteri juga mengatakan apabila berlaku pergaduhan si suami
selalu mengeluarkan ungkapan seperti, ‘menatang bodoh’, ‘basa rumah
macam neraka’, ‘jubur lembu’. Setelah diteliti segala alasan-alasan yang
dibuktikan mahkamah telah memutuskan akad nikah perkahwinan antara
mereka dibatalkan.

4.4 Badrolhisyam bin Khalid lawan Masriah Hj.Ismail

12
Kes keempat berkaitan dengan Badrolhisyam bin Khalid lawan
Masriah Hj.Ismail berkaitan suami selalu menyakiti sehingga
menyebabkan kehidupan isteri menderita serta suami mempunyai dua
orang isteri tetapi adil mengikut hukum syarak. Mahkamah Tinggi Syariah
telah bersetuju bahawa isteri telah berjaya membuktikan bahawa ia telah
dikasari oleh bekas suami sejak dari awal perkahwinan .

Suaminya juga sering memaki hamun dengan mengeluarkan


ungkapan kesat seperti babi, sial, isteri tidak berguna dan pergi mampus.
Suami telah membaling kerusi hingga menyebabkan kecederaan kepada
isteri dalam pergaduhan yang lain. Isteri telah membuat laporan polis serta
mendapatkan rawatan di Hospoital. Panel Hakim Rayuan mengekalkan
keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan berdasarkan alasan tersebut
maka tuntutan fasakh disabitkan.

5.0 FAKTOR PENYEBAB TUNTUTAN FASAKH

Islam merupakan agama yang adil dan tidak menganiyai kaum wanita.
Jelas terbukti dengan faktor yang membenarkan isteri boleh memohon cerai
melalui fasakh, walau isteri tiada kuasa menceraikan.

Kriteria Faktor Implikasi

1 Kekeluargaan Suami telah gila Kemakmuran ahli keluarga

Suami tidak
Meningkatkan produktiviti
2 Ekonomi bertanggungjawab dalm
isteri atau suami
menunaikan nafkah
Mengukuhkan hubungan
Isteri masih belum
3 Sosial sosial setelah menerima
disetubuhi
hakikat kehidupan
Memaksa Isteri Melakukan Mematuhi ajaran agama dan
4 Agama
Perkara Lucah menyelesaikan masalah

13
5.1 Suami Telah Gila

Faktor yang menyebabkan tuntutan fasakh dibuat oleh isteri


atas sebab suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit
kelamin dalam keadaan boleh berjangkit dibenarkan. Ini demikian kerana,
faktor tersebut boleh memudharatkan kesihatan si isteri dan juga
mengancam keselamatan ahli keluarga yang lain. Nasib kehidupan isteri
juga tidak terbela, kerana penyakit yang dialami oleh suami.

Implikasi daripada tuntutan fasakh ini, dapat memberi


kemakmuran dalam kehidupan sehari-harian isteri serta anak-anak.
Tinggal sebumbung dengan suami yang mempunyai penyakit yang sukar
diubati yakni gila, akan mengancam nyawa isteri serta anak-anak. Hal ini
demiakian kerana, kewarasan akal suami berada dalam keadaan luar
kawalan atau kata lain kurang waras yang boleh membahayakan nyawa
ahli keluarga. Justeru, jalan yang terbaik yang boleh dilakukan isteri
adalah menuntut fasakh.

5.2 Suami Tidak Bertanggungjawab Dalam Menunaikan Nafkah

Salah satu tanggungjawab suami ialah memberi nafkah zahir


serta batin kepada isteri. Jika suami tidak bertanggungjawab atau cuai
serta tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga
bulan, maka isteri boleh memohon fasakh kepada suaminya. Keadaan ini
akan membebankan si isteri, sama ada dari segi emosinya yang tidak
stabil, mental yang lemah serta fizikalnya. Salah satu faktor ini, yang
menyebabkan isteri menuntut fasakh.

14
Implikasi fasakh terhadap institusi kekeluargaan akan
meningkatkan produktiviti isteri atau suami. Bagaimana produktiviti dapat
ditingkatan iaitu dengan bangkit dari kehidupan lalu dengan melaburkan
sesuatu benda untuk mendapat hasil yang banyak, dengan kata lain satu
ukuran kecekapan seseorang dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Melalui
fasakh mereka dapat meningkatkan produktivi dengan menyiapkan
perkara penting secara konsisten agar hidup mereka sentiasa tenang.
Produktivi yang ditonjolkan mereka akan dapat mengenalpasti kelemahan
yang perlu diperbaiki dan dinaiktarafkan. Justeru, walaupun ikatan
perkahwinan telah putus suami isteri harus meningkatkan produktivi
dalam kehidupan mereka.

5.3 Isteri Masih Belum Disetubuhi

Faktor lain yang boleh dituntut oleh seorang isteri adalah jika
sepanjang perkahwinan atau selama empat bulan berturut- turut isteri
masih belum disetubuhi suami dengan sengaja, isteri mempunyai hak
untuk menuntut fasakh. Isteri akan terima tekanan yang hebat dalam
kehidupan. Mereka juga akan mengalami kemurungan, serta takut untuk
berhadapan dengan masyarakat. Jika kita perhatikan, wanita yang
berkahwin, rata- ratanya akan ditanya tentang kesuburannya, keadaan ini
akan menyebabkan si isteri akan terasa terpinggir dan menjadi bahan
bualan mayarakat. Justeru, bagi mengatasinya isteri boleh menuntut
fasakh.

Implikasi yang akan berlaku di institusi sosial stelah isteri


menuntut fasakh ialah dapat mengukuhkan hubungan sosial setelah
menerima hakikat kehidupan. Setelah mengalami kehidupan rumah tangga
yang memeritkan, dan dapat menerima kehidupan seterusnya setelah
bercerai isteri terutamanya dapat mengukuhkan hubungan semula dengan
masyarakat.

15
5.4 Memaksa isteri melakukan perkara lucah

Selain itu, isteri boleh menuntut fasakh di mahkamah apabila


dipaksa oleh suami untuk melakukan perkara lucah. Contohnya, si suami
memaksa isterinya untuk menjadi GRO supaya boleh menjana pendapatan
untuk si suami. Dengan kata ini, si suami menyuruh isterinya menjual
tubuh untuk memuaskan nafsu seks lelaki lain. Ini sudah tentunya
melanggar syariat Islam yang telah ditetapkan. Tambahan pula, apabila
isteri tersebut tidak mematuhi arahan suaminya untuk menjual tubuh
kepada lelaki lain, ianya tidak dikira sebagai nusyuz kerana perkara ini
sudah terang lagi bersuluh ditegah oleh Islam. Oleh itu, wajib keatas si
isteri tersebuat untuk tidak mematuhi arahan suaminya.

Kesan daripada ini, isteri dapat mematuhi syariat islam


sekaligus dapat melarikan diri daripada lelaki dayus yang memaksanya
untuk menjual tubuhnya kepada lelaki lain. Tambahan lagi, si isteri dapat
menjaga kehormatan dirinya daripada menjadi hamba seks kepada lelaki
yang tidak dikenali oleh dirinya sendiri. Selain itu, fasakh ialah satu-
satunya cara buat si isteri untuk melarikan diri daripada suaminya kerana
mungkin apabila si isteri tidak mematuhi arahannya untuk menual tubuh
kepada lelaki lain, si suami akan membuat perkara yang lebih teuk kepada
si isteri.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan daripada kajian ini, dapat kita nilai bahawa tuntutan
fasakh salah satu penceraian yang boleh dituntut melalaui isteri juga. Oleh itu,
kajian ini telah menfokuskan maksud sebenar fasakh dari pandangan islam agar
kita dapat memahami dengan lebih jelas serta ditambah dengan hikmah-hikmat
tuntutan fasakh yang dibuat. Di dalam kajian ini, diterangkan dengan lebih jelas

16
lagi berkenaan perbezaan diantara talak dan juga fasakh, kerana kebanyakkan
masyarakat sedikit keliru dengan fasakh. Ini kerana, kebanyakkan masyarakah
sudah mengetahui bahawa suami berhak menceraikan isteri dengan talak.
Seterusnya kajian juga, menganalisis beberapa kes fasakh yang telah berlaku
didalam negeri penulis. Seterusnya yang terakhir, penulis telah memberikan
pendapat mengenai faktor tuntutan fasakh yang dibuat oleh isteri serta kesan
terhadap keluarga, sosial, ekonomi dan Negara. Justeru, kita sebagai umat islam
seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dalam menghadapi atau berhadap
dalam kehidupan rumah tangga.

7.0 RUJUKAN

Farouq Johari. 5 Jenis Perceraian Dalam Islam Yang Wajib Untuk Suami Isteri
Tahu Dan Hadam Betul-Betul https://says.com/my/ seismik/jenis-
perceraian-dalam-islam. Diakses pada 17 oktober 2019.

Najahudin Lateh.(2004).ABSK3103 Fiqh Munakahat. OUM

Nur Hafiz & Associates. (2013) CERAI FASAKH http://sukapeguamsyarie.


blogspot.com/2013/02/cerai-fasakh.html. Diakses pada 22 oktober
2019.

FASAKH http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/en/2
uncategorised/157-fasakh. Diakses pada 28 oktober 2019.

Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami
http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-
panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-
suami. Diakses pada 23 oktober 2019.
Penceraian http://www.jksm.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim/penceraian.
Diakses pada 29 september 2019.

17
(2005) Kenapa talak menjadi hak suami? http://doaharian.blogspot.com
/2005/12/kenapa-talak-menjadi-hak-suami.html. Diakses pada 12
oktober 2019.

(2012) http://kamarsyariah.blogspot.com/2012/10/isteri-berjaya-dalam-tuntutan-
fasakh.html. Diakses pada 17 oktober 2019.

18

You might also like