You are on page 1of 6

PENGENALAN

MAKSUD :
Dari segi bahasa ruju' bermaksud kembali. Dari segi Syarak ruju' ialah mengembalikan isteri
yang telah diceraikan dengan talaq raj'ie kepada ikatan perkahwinan dengan suaminya
menggunakan lafaz tertentu dalam tempoh iddah.

DALIL :
Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan suami-suami mereka lebih berhak kembali (ruju' kepada) isteri-isteri mereka, dalam
masa iddah jika mereka hendak berdamai." (Surah al-Baqarah, ayat 228)
"Talaq (yang boleh diruju' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan)
memegang terus (isterinya itu) dengan cara sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya )
dengan cara yang baik." (Al-Baqarah ayat 229)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiga perkara yang dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi bersungguh-sungguh, dan


jika dibuat main-main pun akan menjadi bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai dan ruju'."
(Riwayat: Abu Daud & Inu Majah)

RUKUN :
Ruju' hanya boleh dilakukan jika isteri itu telah diceraikan dengan talaq raj'ie iaitu talaq satu
dan talaq dua sahaja. Sebaliknya jika isteri itu diceraikan dengan talaq bain, maka ruju' tidak
boleh dilakukan.

Majoriti ulama' ahli Fiqh telah bersepakat bahawa ruju' mempunyai tiga rukun utama iaitu
suami, isteri dan sighah. Manakala kewujudan saksi hanya disunatkan sahaja. Ulama' juga
telah menetapkan beberapa syarat bagi setiap rukun iaitu:

Suami :

- Hendaklah suami itu telah baligh. Tidak sah ruju' suami yang belum baligh.
- Hendaklah suami itu berakal. Tidak sah ruju' suami yang dalam keadaan gila.
- Hendaklah suami meruju' dengan sukarela. Tidak sah ruju' suami yang dipaksa.
- Hendaklah suami itu kekal dalam Islam. Tidak sah ruju' suami yang telah murtad.
Isteri :

- Disyaratkan isteri itu sudah disetubuhi. Isteri yang belum disetubuhi, jika diceraikan maka
akan terputus ikatan perkahwinan antara keduanya, tanpa boleh diruju' kerana si isteri itu
tidak mempunyai iddah.
- Isteri yang diruju' itu mesti ditentukan secara khusus. Jika suami itu menceraikan beberapa
orang isterinya kemudian ia ruju' kepada salah seorang dari mereka dengan tidak ditentukan
siapa yang diruju'nya, maka ruju'nya itu tidak sah.
- Disyaratkan isteri itu diceraikan dengan talaq raj'ie. Jika ia ditalaq dengan talaq bain, maka
ia tidak dapat diruju' lagi.
- Terjadinya ruju' itu semasa isteri dalam iddah. Isteri tidak menafikan tempoh iddahnya
masih ada ketika ia diruju'.
- Hendaklah isteri itu tidak murtad ketika diruju'.

Sighah :

- Hendaklah disebutkan dengan perkataan yang diertikan kepada si isteri seperti 'engkau'
atau nama isteri itu atau dengan isyarat tunjuk kepada si isteri.
- Disyaratkan sighah itu perkataan tunai, ertinya tidak digantungkan (dita'liqkan) dengan
sesuatu. Contohnya perkataan suami: "Saya ruju' kepada kamu jika kamu suka." Atau "aku
kembali kepada kamu jika si anu datang." Ruju yang digantungkan dengan perkataan
seperti diatas tidak sah.

LAFAZ :
Ada dua jenis lafaz ruju.Iaitu:

Lafaz Sareh :

Iaitu lafaz yang terang dan jelas seperti kata suami: "Saya kembali kepada isteri saya." atau
kata suami "Aku ruju' kepadamu."
Lafaz Kinayah :

Iaitu lafaz yang menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang membawa maksud ruju'
seperti kata suami: "Saya pegang engkau.", "Engkau masih isteri aku." Jika menggunakan
lafaz kinayah maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk ruju' ketika melafazkan
perkataan sindiran tersebut.

HUKUM :
Rujuk tidak boleh dilakukan dengan perbuatan saja tanpa diucapkan sebagai contoh dengan
persetubuhan. Seorang suami hendaklah menyebutkan dia mengambil semula isterinya.
Selain itu, rujuk itu sah jika rukun dan syaratnya dipenuhi iaitu terdiri daripada suami, isteri
dan sighah atau lafaz.

Hukum Penjelasan
Wajib Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan
gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
Haram Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan
isterinya itu
Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
Harus Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

TEMPOH :
Tempoh ruju' bermula daripada saat isteri diceraikan hinggalah tamat tempoh iddah atau
mana-mana tempoh iddah yang terpanjang, jika isteri menjalani dua tempoh iddah. Jika
tempoh iddah telah tamat, maka suami itu tidak boleh lagi melakukan ruju' melainkan
dengan akad nikah dan mas kahwin yang baru.
LAPORAN
FAKTOR-FAKTOR

1. Untuk menghalalkan perhubungan suami isteri supaya kembali bersama dalam


perkahwinan mereka.

2. Mengeratkan semula silaturrahim keluarga yang berpecah akibat dari kegagalan sebuah
perkahwinan.

3. Suami isteri diberi peluang untuk memulihkan perhubungan mereka yang mungkin
sebelum ini dalam perkahwinan mereka sering bergaduh dan berselisih pendapat.

4. Suami isteri boleh memperbaiki kelemahan sebelum ini yang mereka tidak ketahui atau
tidak sedar kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.

5. Memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa kepada pasangan suami isteri dan
keluarga terutamanya anak-anak mereka jika ibu bapa mereka kembali bersama.

CADANGAN PENYELESAIAN

1. Setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib menjalani kursus pra-perkahwinan untuk
mempelajari hukum hakam perkahwinan dalam Islam.

2. Setiap pasangan yang menghadapi masalah perlu berbincang secara bersama atau
bantuan keluarga.

3. Sekiranya pasangan tidak dapat menyelesaikan masalah mereka,mereka perlu merujuk


pada pakar agama atau badan professional.
KESAN-KESAN

1. Supaya pasangan tersebut dapat membina hidup baru.


 Rujuk membantu pasangan mengembalikan rumahtangga mereka ke arah yang
lebih baik dan harmoni.

2. Menyambung semula ikatan perkahwinan yang hampir putus.


 Rujuk memberi peluang kepada suami isteri membaiki kelemahan dan kekurangan
diri sendiri serta pasangan.

3. Mengelakkan tekanan terhadap anak-anak dengan penceraian ibu bapa.


 Rujuk juga dapat menghindarkan konflik yang memberi tekanan kepada anak-anak
sekiranya ibu bapa mereka bercerai.

RUJUKAN

1. http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=ruju

2. https://www.klik.com.my/item/story/5762520/isteri-nafi-dengar-suami-lafaz-rujuk

3. https://www.klik.com.my/item/story/6309492/suami-ingin-rujuk-lepas-3-hari

4. https://pt.slideshare.net/NajihahWahdaniah/rujuk-237614488

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam

You might also like