You are on page 1of 11

SULIT FKIK3013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 7

KUIZ : DISEMBER 2021

KAMPUS : DATO’ RAZALI ISMAIL

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 8 0 9 2 3 4 0 1 3 4

KOD KURSUS : FKIK3013


KURSUS : FIQH KEKELUARGAAN ISLAM
MASA : 60 MINIT
JUMLAH MARKAH : 25 MARKAH

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi 5 SOALAN. Jawab semua soalan berkenaan.

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris ATAU font Jawi / Traditional
Arabic 18 dan langkau 1.5 baris bagi tulisan Jawi / Arab.

3. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di


sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

4. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

5. Calon dikehendaki memuat naik skrip jawapan ke dalam folder GC pensyarah


masing-masing dan menghantar salinan kepada pensyarah FKIK3013 melalui
telegram.

1
SULIT FKIK3013

ARAHAN:
Jawab LIMA soalan di bawah ini

1. Talak dalam Islam merupakan jalan keluar bagi menyelesaikan


penderitaan suami isteri yang mungkin berlaku sekiranya tiada
perceraian. Bagaimanapun pada prinsipnya ia adalah sesuatu
yang tidak digalakkan. Berdasarkan kenyataan ini, jawab soalan
di bawah ini.

(a) Huraikan jenis-jenis talak.


( 4 markah )
Talak ialah pembubaran ikatan perkahwinan dan menamatkan hubungan yang
halal antara suami dan isteri sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan
qadi. Talak terbahagi kepada dua jenis iaitu talak raj’ie dan talak ba’in.

Talak raj’i ialah talak satu atau talak dua yang dilafazkan oleh suami. Melalui talak
raj’ie seorang suami yang menceraikankan isterinya masih boleh merujuk kembali
tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada
dalam tempoh idah. Manakala, bagi talak bai’in pula, ia dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra. Talak ba’in sughra ialah talak
yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri
terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya
maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru. Tambahan pula,
talak bain sughra (kecil) ini dapat dilihat apabila suami menceraikan isteri dengan talak
raj’ie sama ada satu atau dua kemudian tidak rujuk hingga tamat tempoh idah. Begitu
juga penceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, penceraian dengan sebab ila'
(bersumpah tidak mahu mengetubuhi isteri), fasakh, khulu' (tebus talaq) dan suami
atau isteri yang murtad. Jika suami itu ingin menikahi isterinya Kembali setelah
jatuhnya talak sughra, dia perlulah menyediakan mas kahwin dan akad yang baru.
Seterusnya, talak ba’in kubra ialah talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana
semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan. Suami tidak boleh

2
SULIT FKIK3013

merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain,
bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya
boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat. Perkahwinan
antara suami dan isteri yang baharu itu tidak boleh secara terpaksa dan perlulah tanpa
paksaan.

3
SULIT FKIK3013

(b) Bagaimanakah Islam meletakkan kaedah untuk seorang


isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan?
( 4 markah )
Di dalam Islam, seseorang wanita yang berkahwin menurut Hukum Syara’ adalah
berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinannya melalui kaedah
fasakh dan khuluk. Pertama sekali, fasakh bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan
antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim).
Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi
apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya
sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad,
suami yang lalai tentang nafkah, suami merupakan penagih dadah dan sebagainya.
Fasakh merupakan satu konsep pencerainan untuk membela hak wanita dalam rumah
tangga seperti memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan
perkahwinan, mengelakkan kemudaratan yang ditanggung isteri jika ikatan
perkahwinan diteruskan. Fasakh ini juga memberi peringatan kepada suami agar
bertanggungjawab menunaikan hak isteri dan dapat menghindarkan suasana yang
tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anak.

Di samping itu, Islam juga meletakkan kaedah khuluk iaitu tebus talak untuk
seorang isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan. Khuluk ialah talak yang berlaku
dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi
memenuhi keperluan isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh
suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah meraka sepakati
sebelum ini kepada suaminya. Tambahan pula, khuluk adalah salah satu bentuk talak
kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang diberikan oleh
isteri kepada suaminya Khuluk disyariatkan adalah berpandukan ayat al-Qur’an yang
bermaksudnya : oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan
aturan-aturan hukuman Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus
talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan
suami akan bayaran tersebut). Khuluk ini merupakan pembubaran perkahwinan yang
diharuskan atas sebab sebab tertentu seperti timbul perasaan benci daripada isteri,
suami tidak mahu menunaikan perintah Allah setelah disuruh ataupun isteri tidak dapat
menunaikan kewajipannya dengan baik terhadap suaminya. Di samping itu, khuluk ini
4
SULIT FKIK3013

tidak akan berlaku melainkan dengan tebusan berbentuk harta yang diberikan oleh
isteri kepada suaminya. Dan jika harta tebusan diketahui dan disebut semasa ketika
lafaz khuluk’, tebusan yang disebut itulah yang wajib diberikan oleh isteri kepada
suaminya. Jika sekiranya tebusan tersebut tidak ditentukan dengan tepat, khuluk tetap
sah dan suami wajib mendapat mahar misil daripada isterinya.

5
SULIT FKIK3013

2. Bilakah dihalalkan meminang dan bilakah diharamkan


meminang?
( 4 markah )
Meminang merupakan satu langkah pertama untuk pasangan mendirikan
rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi pihak lelaki untuk bertandang datang
ke rumah keluarga si perempuan yang bakal dijadikan teman hidupnya. Namun,
terdapat hukum di mana proses meminang itu menjadi haram dan halal. Meminang
terbahagi kepada dua jenis lafaz iaitu lafaz tasrih dan lafaz ta’ridh. Lafaz tasrih ialah
lafaz yang hanya mempunyai satu tafsiran sahaja iaitu keinginan untuk berkahwin.
Lafaz tasrih adalah seperti; “aku ingin mengahwini kamu” atau “selepas habis iddahmu,
aku akan mengahwinimu”. Manakala, lafaz ta’ridh ialah lafaz ayang boleh ditafsirkan
dengan pelbagai tafsiran, sama ada sebagai keinginan untuk berkahwin atau
sebaliknya, seperti; “awak cantik,” atau “ramai orang sukakan awak” atau
seumpamanya. Melalui lafaz-lafaz ini, terdapat masa dimana peminangan itu menjadi
halal iaitu jika perempuan yang ingin dinikahi itu bukan isteri orang, perempuan tidak
berada dalam iddah dan bukan perempuan yang haram dinikahi. Tambahan pula,
seorang perempuan itu juga dihalalkan meminang secara ta’ridh (membayangkan) jika
perempuan yang ingin dikahwini berada dalam iddah kematian suami atau iddah
disebabkan talak bain. Namun, terdapat juga waktu dimana meminang ini menjadi
haram secara tasrih atau ta’ridh seperti meminang perempuan yang masih bersuami,
meminang semua perempuan yang haram dinikahi sama ada haram untuk selamanya
atau haram untuk sementara waktu dan perempuan yang masih dalam talak raj’ie,
kerana masih bergelar isteri dan suaminya berhak untuk kembali rujuk kepadanya.
Selain itu, adalah haram meminang perempuan yang telah dipinang oleh orang lain
sekiranya pinangan tersebut diterima melainkan jika lelaki pertama memberi keizinan
kepada lelaki kedua untuk meminang.

6
SULIT FKIK3013

3, Apakah yang dimaksudkan dengan rujuk dan rukun-rukunnya?


( 4 markah )
Rujuk berasal dari bahasa arab yaitu raja’a – yarji’u – ruju’an yang berarti kembali atau
mengembalikan. Rujuk menurut istilah pula adalah mengembalikan status hukum perkawinan
secara penuh setelah terjadi thalak raj’i yang dilakukan oleh bekas suami terhadap bekas
istrinya dalam masa iddahnya dengan ucapan tertentu. Secara keseluruhannya, rujuk boleh
didefiniskan sebagai suami yang mengambil semula isteri yang telah diceraikan
kepangkuannya dan suami boleh merujuk isteri yang diceraikan dengan talak 1 atau 2 dalam
tempoh idah.

Justeru, terdapat beberapa rukun-rukun rujuk dalam Islam iaitu orang yang merujuk iaitu
suaminya, orang yang dirujuk iaitu isterinya dan ucapan yang menyatakan rujuk. Pertama
sekali ialah suami yang merujuk iaitu suami tersebut hendaklah berakal, baligh, merujuk
dengan kemahuan sendiri dan tidak dipaksa. Kedua pula isteri yang dirujuk di mana syarat
isteri yang sah dirujuk ialah telah disetubuhi, bercerai dengan talak bukan dengan fasakh, tidak
bercerai khuluk dan belum dijatuhkan talak tiga. Akhir sekali ialah ucapan yang menyatakan
rujuk. Antara syarat-syaratnya ialah Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata
suami “aku rujuk engkau” atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”. Kedua, tidak
bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau
jika engkau mahu”. Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu. Akhir sekali ialah
tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.

7
SULIT FKIK3013

4. Islam telah menggariskan kriteria yang perlu ada pada calon


pengantin perempuan dan pengantin lelaki untuk kebahagiaan
yang berkekalan. Antara kriteria yang dituntut ialah agama yang
sahih, keturunan dan sekufu. Huraikan DUA kriteria di atas
dengan hujah yang mantap.
( 5 markah )
Terdapat beberapa kriteria yang perlu ada pada calon pengantin perempuan dan
pengantin lelaki untuk kebahagiaan yang berkekalan dan salah satunya ialah agama
yang sahih. Tidak dinafikan, agama Islam mengatur seluruh aspek kehidupan,
termasuk urusan jodoh seperti mana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabda
Baginda: "Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.” (Riwayat
al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)). Dalam institusi rumah tangga, faktor agama
adalah elemen yang penting untuk menjalani kehidupan berumahtangga dengan
keredaan Allah SWT. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah
tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah yang dapat
mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT. Selain itu, pasangan
yang berpegang teguh pada ajaran agama juga akan menggalakkan pelaksanaan
ibadah bersama seperti bersedekah, berpuasa sunat dan sebagainya. Oleh itu,
pasangan suami isteri yang mempunyai pegangan agama Islam yang kukuh, akan
menjadikan perkahwinan yang dibina ini ini semata-mata kerana Allah iaitu membina
rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga
mampu memikul amanah dan merealisasikan usaha bagi memastikan hidayah Allah
SWT berterusan dan tersebar ke seluruh alam ini.

Kriteria yang perlu ada pada calon pengantin yang seterusnya ialah sekufu.
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya.
Walaupun sekufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan
perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan
hidup suami isteri. Hal yang demikian adalah kerana pasangan
yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu,
seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah
mempunyai persamaan. Misalnya, seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf
rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas
adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli
8
SULIT FKIK3013

perniagaan. Hal ini kerana gaya hidup yang berbeza dan jurang perbezaan yang jauh
akan melahirkan rasa rendah diri dari sebelah pihak dan melahirkan rasa bangga di
sebelah pihak yang lain. Seterusnya, perkara-perkara ini akan menimbulkan rasa tidak
menghormati antara satu sama lain.

9
SULIT FKIK3013

5. Huraikan DUA kepentingan stres di dalam pembinaan keluarga


yang baik dan cemerlang bagi mengelakan krisis sehingga
berlakunya pembubaran perkahwinan.
( 4 markah )
Stres atau dikenali sebagai tekanan merupakan satu keadaan gangguan emosi,
proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang apabila tuntutan untuk melakukan
atau mendapatkan sesuatu yang tidak dapat dipenuhi. Stres merupakan perkara yang
sering dianggap negatif dalam kalangan masyarakat terutama sekali yang mendirikan
rumah tangga. Namun, setiap manusia yang mempunyai pemikiran yang rasional
mampu memanipulasi stres tersebut sehingga stres itu mendatangkan kepentingan di
dalam pembinaan keluarga yang baik dan cemerlang bagi mengelakan krisis sehingga
berlakunya pembubaran perkahwinan.

Kepentingan stres dalam pembinaan keluarga yang pertama ialah stres itu
merupakan sumber motivasi diri untuk melakukan perubahan yang positif terhadap
institusi kekeluargaan. Oleh itu, pasangan suami isteri hendaklah melakukan
perubahan yang positif ini melalui strategi yang berkesan untuk menguruskan stres
misalnya melalui komunikasi keluarga yang positif. Komunikasi antara ahli keluarga
membantu mereka untuk lebih jelas akan keinginan dan matlamat setiap ahli keluarga.
Hal ini demikian kerana tekanan wujud disebabkan berlaku ketidakseimbangan di
antara permintaan dan kemampuan untuk memenuhinya. Apabila keluarga jelas dan
memahami kemahuan masing-masing, mereka akan lebih berusaha untuk mencari
sumber bagi memenuhi keperluan dan kemahuan keluarga. Tamsilnya, sekiranya si
suami mempunyai masalah kewangan, dia hendaklah berbincang dengan si isteri untuk
memaklumkan tentang keadaan tersebut dan mencari jalan untuk menambah sumber
pendapatan. Hal ini menyebabkan kedua-dua pihak mencapai sebuah kesefahaman
yang sama dan seimbang dan seterusnya mengelakkan berlakunya keruntuhan rumah
tangga.

Di samping itu, kepentingan stres dalam pembinaan keluarga yang kedua ialah
stres itu mewujudkan ruang untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Hal ini
dapat dicapai sekiranya setiap ahli keluarga mengamalkan strategi pengurusan stres
yang baik iaitu melalui sokongan sosial. Dalam berhadapan dengan cabaran hidup,
adalah amat penting bagi keluarga untuk memberi sokongan di antara satu sama lain.

10
SULIT FKIK3013

Seperti yang kita ketahui, tekanan itu berlaku apabila ahli keluarga tidak memberi
sokongan di antara satu sama lain. Oleh itu, setiap individu memerlukan sokongan dari
orang yang signifikan, iaitu keluarga. Sokongan sosial termasuklah dorongan, motivasi,
empati, kepercayaan, penerimaan, penghargaan, kasih sayang dan galakan.
Perubahan yang berlaku dalam hidup memerlukan penyesuaian dan kekuatan dalaman
untuk meneruskan kehidupan. Misalnya, stres itu wujud disebabkan oleh tekanan kerja
sehingga terbawa-bawa ke rumah dan mengakibatkan ketegangan antara pasangan.
Oleh itu, pasangan hendaklah sentiasa memberi sokongan dan dorongan antara satu
sama lain untuk meningkatkan keyakinan diri dan menunjukkan penghargaan.

@Hak cipta terpelihara.

SOALAN TAMAT

11

You might also like