You are on page 1of 35

Nusyuz & Talak

Nama ahli Wan mohd ishak Muhammad aidel Adam Muhammad hadi Nama ahli yang lari Azizan Solah

NUSYUZ

Definisi nusyuz
Darisegi istilah: nusyuz ialah penderhakaan terhadap suami Darisegi bahasa: ialah suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri dianggap menentang kehendak suami dengan tanpa alasan yang munasabah menurut hukum syarak Darisegi orang ganu: isteri yang dok matang (dok pook) Darisegi orang klate : bini xdop adab,derhako ko tok laki..

Nusyuz membawa maksud suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka. Secara umum, Nusyuz adalah bermaksud maksiat perempuan terhadap suaminya tentang hak yang diwajibkan ke atasnya (menunaikan) yang disabitkan melalui akad nikah. Nusyuz pada isteri bererti isteri itu meninggikan diri. Bermaksud, isteri tersebut tidak patuh kepada suaminya atau boleh juga disebut isteri derhaka. Dalam kitab fikah dijelaskan hukum ke atas isteri yang nusyuz atau derhaka. Mengikut Mazhab Syafie isteri hanya akan mendapat hak nafkahnya apabila dia bersedia menyerahkan diri kepada suaminya. Jika terbukti dan disabitkan bahawa seseorang isteri itu telah melakukan sesuatu yang menunjukkan keingkaran kepada suaminya maka gugurlah haknya untuk mendapat nafkah.

DEFINISI LAIN

Tanda-tanda nusyuz
Isteri keluar rumah tanpa izin suami Isteri bermasam muka ataupun memaling muka, bercakap kasar dan sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka Isteri menolak permintaan suami untuk BERmmmm, tanpa sebab atau halangan mendatang. Isteri bermusafir tidak bersama suaminya ataupun muhramnya dianggap nusyuz, walaupun menunaikan ibadat haji

CONTOH ISTERI NUSYUZ


Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang hram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

LANGKAH MENGATASI NUSYUZ


Pihak suami wajib memberi didikan agama dan tunjuk ajar supaya mereka menjadi wanita yang solehah. Suami isteri perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab masing masing dan mengelakkan perasaan kurang puas hati di antara satu sama lain. Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masing masing terhadap keluarga dengan penuh ikhlas dan amanah. Suami isteri perlu peka terhadap keperluan bersama supaya tidak timbul perasaan rasa tidak puas hati. Pihak suami perlu memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih ke atas pengorbanan isteri dalam urusan rumah tangga. Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perlu memastikan memilih jodoh daripada lelaki atau wanita yang beriman.

Perkara yang perlu dilakukan apabila isteri nusyuz


Menasihati dengan cara yang baik Menerangkan bahawa nusyuz adalah salah dan dikutuk oleh ALLAH. Dan jika nasihat tidak sedikit pun memberi kesan, maka suami hendaklah meninggalkan dari ketiduran dengan isteri Jika itupun tidak memberi kesan, maka suami haruslah memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak mencederakan atau trauma

Talak

Talak
Darisegi bahasa: talak adalah melepaskan ikatan Darisegi istilah: ialah melepaskan atau memutuskan ikatan pernikahan Bak kata pepatah: bersatu teguh bercerai robuh maksudnya: kalau kita mengekalkan adab perkawinan, kita pasti akan kekal hingga ke akhir hayat, dan jika kita hanya berkhawin atas nama nasfu, nescaya hubungan kite tidak akn kekal lama

Hikmat talak
Pintu penyelesaian terakhir kepada perselisihan dan pertelingkahan suami isteri apabila Tiada jalan lain lagi yang boleh menyelamat mereka Dengan sebab salah seorang dari suami isteri mengidap penyakit berat yang tidak munkin sembuh. Dengan sebab kemandulan oleh salah seorang dari suami isteri.

Hukum menjatuhkan talak


Hukum talak pada asalnya adalah harus, tetapi adalah lebih baik tidak dilakukan, kerna ianya memutuskan ikatan kasih sayang dan membazir(maskahwin) kata ulama Syafie, Malik dan Hanbal Walau bagaimanapun hukum talak tidak keluar dari hukum yang empat iaitu haram, makruh, wajid dan sunat

Empat jenis hukum talak


Haram Haram kalau seseorang itu meyakini jika dia menceraikan isterinya pasti dia akan terlibat dengan perkara maksiat(zina) kerana ia sangat memerlukannya sedang dia sendiri tidak mampu untuk berkahwin lain. Haram menceraikan isteri semasa haid dan nifas ataupun isteri sedang suci dari haid lalu disetubuhi oleh suaminya

Makruh Makruh menjatuhkan talak bagi seseorang yang mempunyi keinginan berkahwin atau mengharapkan zuriat dengannya dan mengekalakn perempuan sebagai isterinya Suami menceraikan seorang isteri yang baik dengan tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya atau terdapat apa-apa kecacatan pada diri isterinya

Wajid Talak menjadi wajid apabila berlakunya perselisihan di antara isteri sedangkan hakim atau qadi kedua-dua belah pihak berpendapat pasangan ini memang patut bercerai kerana hanya itulah sahaja jalan yang paling selamat buat mereka.

Sunat Apabila seorang suami merasakan yang ia tidak lagi mampu untuk menanggung nafkah isterinya dengan sempurna atau lebih baik. Isteri tidak lagi menjaga maruah dan dirinya. Isteri tidak menunaikan hak-hak dan tanggungjawabnya kepada ALLAH dan suami. Sering berlaku pergaduhan dan pertengkaran yang bererusan antara suami isteri.

Rukun talak

Orang yang menjatuhkan talak(suami) Syarat-syarat bagi suami yang menjatuhkan talak itu mestilah
Seorang suami yang mukalaf(berakal dan baligh) Tidak dipaksa atau didesak oleh mana-mana pihak Talak yang dilakukan dengan kehendak sendiri Tidak dalam keadaan gila, pitam atau hilang akal

Jenis-jenis lafaz talak

Lafaz talak terbahagi kepada dua:


Talak sharih Talak kinayah

Talak sharih: Bermaksud nyata atau jelas. Iaitu talakyang diucapkan oleh suami kpada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah talak atau cerai

Sementara talak kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tepati jika sebaliknya iaitusuami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika menlafazkan kalimah ini, makatalak dikira jatuh.

Pembahasan talak sunnah dan talak biah


Talak sunnah: talak sunnah atau talak yang diizinkan oleh sunnah adalah talak yang dijatuhkan oleh suami yang telah menyetubuhi isterinya. Suami kemudiannya menjatuhkan talak ke atas isteri sedang suci dari haid dan tidak pula disentuh oleh suami dalam masa sucinya.

Talak bidah
Talak bidah adalah talak yangbukan berdasarkan sunnah iaitu apabila seseorang suami yang menceraikan isterinya di waktu isteri sedang mengalami haid atau nifasataupun di waktu isteri sedang suci dari haid lalu disetubuhi oleh suami dalam masa sucinya itu.talak bidah adalah dilarang oleh agama kerana dibimbangi akan berlakunya penyelesalan sekiranya berlaku kehamilan seleas dariperceraian itu.

Talak yang bukan sunnah dan juga bukan bidah Menjatuhkan talak ke atas isteri yang belum disetubuhi Menjatuhkan talak ke atas isteri yang sedang hamil

Jenis-jenis talak
Terdapat beberapa jenis talakdi dalamperceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut: 1. Talak rajie 2. Talak battah 3. Talak bain 4. Menjatuhkan talak tiga sekaligus 5. Talak sunni 6. Talak bidi

1. Talak rajie
Talak rajie membawa maksud talak yang bleh dirujuk semasa ieteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul.talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira rajie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak battah
Talak battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepadaisterinya. aku ceraikan kau buat selama-lamanya Menurut pandangan iman syafie talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya,jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu,tetapi jika dia berniat tiga maka dikira jatuh tiga.

3. Talak bain

Talak bain ini terbahagi kepada dua bahagian:


Talak bain kubra Talak bain sughra

Talak bain kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali, iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh dirujuk atau bernikah semula uat slama-lamanya,melainkan isteri tersebut menikah lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meningal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikah bekas isterinya itu.

Talak bain sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh rujuk kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talakbain sughra adalah: 1. Talak yang diputuskan oleh hakim 2. Talak melalui khulu 3. Talak yang dilafazkan oleh hakim

4. Menjatuhkan talak skaligus


Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga kali dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadikan Khalifah, beliau telah menghukum jatuh kitaga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak sunni
Talak sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.

6. Talak bidI
Talak bidi adalah talak yangdiucapkan oleh suami dalam keadaan berikut: 1. Talak diucapkan oleh suami sedang isterinya uzur(haid) 2. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas 3. Talak diucapkan oleh suami sedang keadaan suci tetapi suami telah bersatu denganya.

You might also like