You are on page 1of 17

IDDAH

Bahasa - Bilangan / Kiraan

Syarak - Tempoh masa tertentu yang ditentukan oleh syarak


setelah berlaku penceraaian kerana berlaku persetubuhan
antara suami isteri pada perkahwinan yang sah atau pada
perssetubuhan syubhah atau kematian suami
Jenis-jenis Iddah
01 Iddah isteri yang haid

02 Iddah isteri yang tiada haid

03 Iddah kematian suami

04 Iddah isteri yang hamil

05 Iddah isteri yang suaminya murtad

06 Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah


Iddah isteri yang haid

Maksudnya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu


hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Iddah isteri yang tiada haid

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan dari kalangan


kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu
menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka
idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah
perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Iddah isteri yang tiada
kematian suami

Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di


antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri
hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah)
selama empat bulan sepuluh hari.
Iddah isteri yang hamil

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan mengandung,


tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak
yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan
baginya segala urusannya.
Iddah isteri yang murtad

Murtad membatalkan hubungan perkahwinan. Bagi isteri


yang berpisah dengan suaminya disebabkan suaminya
murtad :

 Jika masih haid, iddahnya adalah


satu quru'
 Jika dia mengandung, iddahnya
adalah selepas melahirkan
 Jika dia tiada haid, iddahnya
adalah satu bulan
Nikah rosak / Persetubuhan
syubhah

Mengikut kaedah iddah yang


bertepatan dengan
keadaanya dan situasinya
Iddah istihadhah

 Jika masih haid sebelum


mengalami istihadhah, maka
iddahnya tiga kali suci daripada
haid. Berdasarkan
kelaziman iddah orang yang
masih ada haid
 Bai perempuan yang tiada haid,
tempoh iddahnya ialah tiga bulan
Hak Isteri Semasa Iddah

Talak Raj'i / Talak Ba'in isteri hamil

 Suami wajib menyediakan tempat tinggal


 Suami wajib memberi nafkah
 Isteri tidak boleh keluar daripada rumah kecuali perlu
Hak Isteri Semasa Iddah

Talak Ba'in isteri tidak mengandung

 Suami wajib menyediakan tempat tinggal


 Tidak perlu memberi nafkah
Hak Isteri Semasa Iddah

Suami meninggal

 Mestilah berkabung
Perkara yang dilarang semasa iddah

 Bertunang
 Berkahwin
 Berhias dan berwangi-wangian
 Tidur di rumah lain
 Keluar dari rumah tanpa keperluan
RUJUK
Bahasa - Berasal daripada perkataan raja' / a-yarji' yang
bermaksud kembali
Syarak - suami mengembalikan isteri kepadanya ketika isteri
masih berada dalam keadaan iddah tanpa memerlukan akad
Syarat Rujuk
01 Suami hendaklah berakal dan baligh

02 Berlaku rujuk dalam tempoh iddah

03 Perempuan yang ditalakkan adalah isteri yang sebenar

04 Rujuk berlaku tanpa diikuti dengan syarat tertentu

05 Talak Raj'i bukan talak Ba'in

06 Melafazkan lafaz ruju

You might also like