You are on page 1of 4

IDAH

PENGERTIAN IDAH

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh


seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun
kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu


kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang
masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita
yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh
berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian
suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan


dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang
berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain,
iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah
pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru


bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak
beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati
hamil akan
menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi
yang dikandungkan itu?

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu


penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan
dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang
diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat
membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan.
Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis
tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan
hidupnya dengan kesabaran.
TEMPOH IDAH

TIGA KALI SUCI


Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan
berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia
diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada
haid.
Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang
diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga
kali quru’ (suci).” — (al-Baqarah 2:228)

TIGA BULAN
Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia
berbeza dengan 3 kali suci)

Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan


yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya.
Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari
perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan,
tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam
kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan
ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!

Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan


yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):


“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid
mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka
masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah
perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4)
HIKMAH IDAH :

• Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas


suaminya untuk mengelak daripada berlaku
percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan
dengan lelaki lain
• Memberi peluang kepada suami isteri untuk
berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya
• Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan
perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama
dan masyarakat
• Memberi penghormatan kepada suami yang
meninggal dunia dan menjaga perasaan
keluarganya terutama isterinya
HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS
IDAH :
• Hak semasa idah
 Bagi yang diceraikan dengan talak satu /
dua
- Masih dibawah tanggungjawab
suami
- Berhak mendapat hak sebagaimana
sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal,
pakaian dll )
- Isteri tidak boleh keluar rumah
tanpa keizinannya
 Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak
bain
- Isteri tidak boleh dirujuk
- Tidak mendapat nafkah kecuali
tempat tinggal
- Tidak mendapat hak perwarisan
harta
 Bagi isteri yang kematian suami
- Berhak diberi tempat tinggal
selama tempoh idahnya
• Hak selepas idah
 Tidak mempunyai hubungan lagi dengan
bekas suami
 Bebas menetukan kahidupan sendiri
 Pasangan bercerai tamat idah berhak
berkahwin semula
 Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin
memperisterikannya

You might also like