You are on page 1of 9

SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

MPU 1331 : PENDIDIKAN ISLAM 2

PENSYARAH SUBJEK : ENCIK RAHMAT BIN ABDULLAH

PROJEK








NAMA AHLI 1. NURUL AIN NATASYA BINTI YAAKOB
(B02SPP20F007)
2. NUR AIN BINTI MAT BAIN
(B02SPP20F003)
3. NUR ATHIRAH BINTI IBRAHIM
(B02SPP20F001)
4. NUR SYAFIQAH BINTI ZUNAIDI
(B02SPP20F008)
5. ELYANA AISYA BINTI IBRAHIM
(B02SPP20F006)
KELAS SPP 2A
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat

1. Pengertian Talak 1

2. Hukum Talak 2

3. Sebab Talak 2&3

4. Kesan Talak 3

5. Hikmah Talak 4

6. Perbezaan kaedah talak dan 5


kaedah fasakh
7. Rujukan 6

8. Penutup 7
TAJUK FORUM : PEMBUBARAN PERKAHWINAN REALITI DALAM MASYARAKAT

Pengerusi : Nur Ain Binti Mat Bain


Ahli Panel Pertama : Elyana Aisya binti Ibrahim
Ahli Panel Kedua : Nur Athirah binti Ibrahim
Ahli Panel Ketiga : Nur Syafiqah binti Zunaidi

Pembicara Skrip

Pengerusi Bismillahhirahmannirrahim,AssalamualaikumWarahmatullahi
Wabarakatuh kepada para pensyarah dan rakan-rakan sekalian, bertemu
lagi kita dalam gelanggang Forum Perkahwinan. Malahan, topik kita pada
hari ini ialah Pembubaran Perkahwinan Realiti Dalam Masyarakat.
Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu
dan jangan risau kerana nampaknya rakan-rakan kita khususnya para
jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada
hari ini .Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari Elyana
Aisya binti Ibrahim. Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua,
ayu berbaju kurung saudari Nur Athirah binti Ibrahim. Selamat datang
saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata,
saudari Nur Syafiqah binti Zunaidi. Selamat datang juga buat saudari.
Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya kepada panel
pertama, apakah yang di maksudkan dengan sebuah perkahwinan dan
pengertian talak ?
Ahli Panel 1 Terima kasih kepada saudari Pengerusi, Perkahwinan atau nikah menurut
bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula
ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang
menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Perkataan zawaj digunakan dalam al- Quran bermaksud pasangan dalam
penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t.
menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan
dan mengharamkan zina. Seterusnya, Talak menurut bahasa bermaksud
melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak bermaksud melepaskan
ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak
merupakan satu jalan penyelesaian terakhir sekiranya suami dan isteri tidak
dapat hidup bersama.
1
Pengerusi Terima kasih kembali kepada ahli panel pertama kita. Sebentar tadi ahli
panel pertama ada mengatakan bahawa talak merupakan satu jalan
penyelesaian terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama.
Malahan, suami dan isteri mencapai kata sepakat untuk mencari
kebahagiaan berumahtangga. Bolehkan saudari panel kedua menerangkan
hukum-hukum dalam menjatuhkan mahupun melakukan lafaz talak ?
Ahli Panel 2 Soalan yang amat menarik. Oleh itu saya akan menerangkan hukum talak
secara ringkas agar mudah untuk difahami. Yang pertama sekali ialah wajib
hukumnya untuk menjatuhkan talak sekiranya perbalahan suami dan isteri
tidak dapat didamaikan lagi serta apabila pihak kadi berpendapat bahawa
talak adalah lebih baik. Selain itu, menjadi sunat apabila suami tidak mampu
menanggung nafkah isterinya ataupun isteri tidak menjaga maruah dirinya.
Disamping itu, menjadi harus hukumnya apabila suami yang lemah
keinginan nafsunya atau isterinya yang belum datang haid atau sudah putus
haid. Sehubung dengan itu, talak menjadi makhruh apabila suami
menjatuhkan talak kepada isteri yang baik, berakhlak mulia, dan
mempunyai pengetahuan agama. Akhir sekali ialah haram hukumnya
apabila suami menjatuhkan talak ketika isteri sedang haid atau nifas, ketika
dalam keadaan suci yang telah disetubuhi ataupun suami yang sakit
bertujuan menghalang isteri daripada menuntut harta pusakanya.
Pengerusi Terima kasih kepada ahli panel kedua kita. Sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa Talak merupakan perkara yang dibenci oleh Allah swt
tetapi dibenarkan. Jika kedua ahli panel kita tadi menerangkan tentang
pengertian talak dan hukumnya, saya ingin meminta ahli panel ketiga untuk
menerangkan sebab-sebab dan jenis-jenis talak . Dipersilakan ahli panel
ketiga.
Ahli Panel 3 Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum
ini, antara sebab berlakunya talak ialah kekurangan pengetahuan dan
pendidikan agama yang mengakibatkan krisis rumah tangga. Contohnya
seperti suami mengabaikan tanggungjawab rumah tangga seperti tidak
memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Malahan, sikap bengis suami
atau sikap isteri yang tidak menghormati suami akan menimbulkan krisis
dalam perkahwinan termasuklah sikap cemburu yang berketerlaluan.
Disamping itu, faktor kesihatan apabila beranggapan bahawa suami atau
isteri menjadi satu bebanan apabila mempunyai masalah kesihatan.
2
Ahli Panel 3 Jenis-jenis talak pula adalah terbahagi kepada 6 jenis iaitu yang petama
ialah talak suni merupakan talak yang bersesuaian dengan kehendak
syarak apabila menceraikan isteri dengan talak satu ketika isterinya suci
dari haid dan belum disetubuhi. Yang kedua pula ialah talak bid’I iaitu talak
yang tidak mengikut peraturan syarak seperti menceraikan isteri ketika
sedang haid atau nifas ataupun menceraikan isteri dengan talak tiga sekali
lafaz. Yang ketiga pula merupakan talak raj’I iaitu talak yang boleh dirujuk
semula tanpa akad nikah yang baharu semasa isterinya masih dalam idah.
Yang keempat pula ialah talak Ba’in iaitu talak yang tidak boleh dirujuk
semula tanpa akad nikah yang baharu. Bain Sughra ialah talak yang boleh
dirujuk dengan akad nikah yang baru iaitu talak raj’I yang telah lupus waktu
idah atau talak dengan sebab khuluk. Bain Kubra ialah Talak yang tidak
boleh dirujuk dengan akad nikah yang baru kecuali bekas isterinya
berkahwin dengan orang lain dan melalui proses perceraian biasa iaitu
perceraian dengan talak tiga. Muallaq pula talak yang tertaluk kepada syarat
yang ditentukan. Akhir sekali, Munjiz ialah talak tidak di ikat dengan apa-apa
syarat.
Pengerusi Panel kita yang ketiga tadi telah menerangkan sebab berlakunya talak dan
jenis-jenis talak yang ada. Soalan saya kembali kepada panel pertama,
bolehkah saudari menjelaskan kesan yang akan berlaku hasil daripada
jatuhnya talak tersebut ?
Ahli Panel 1 Di bawah undang-undang Malaysia, perceraian pertama di antara suami
dan isteri disebut sebagai talak raj’ie. Ini bermakna suami boleh melakukan
rujuk atau berdamai dengan isteri dalam tempoh idah iaitu selama 3 bulan
selepas perceraian. Sekiranya suami melakukan rujuk semula, ia
bermaksud bahawa dia menarik balik perceraian itu. Suami dan isteri juga
boleh merujuk jika mereka bercerai buat kali ke 2. Dalam talak raj’ie , isteri
berhak mendapat nafkah seperti tempat tinggal dan sebagainya . Disamping
itu, isteri berhak mendapat mut’ah iaitu disyariatkan ke atas lelaki kepada
wanita yang diceraikan untuk menjadi bekalan bagi meringankan beban
yang disebabkan oleh perpisahan dan memulakan kehidupan baru tanpa
suami. Sekiranya talak bain sugra pula, akad nikah baharu diperlukan
manakala talak bain kubra , suami tidak boleh merujuk kembali bekas
isterinya kecuali di atas sebab-sebab yang tertentu.

3
Pengerusi Terima kasih di atas keterangan yang disampaikan oleh ahli panel pertama.
Dengan keterangan tersebut, kita dapat belajar sesuatu ilmu baharu yang
bermanfaat kepada diri kita sendiri. Akhir sekali, saya ingin bertanyakan
kepada ahli panel kedua, apakah hikmah-hikmah yang diperolehi dalam
melakukan proses perceraian tersebut?
Ahli Panel 2 Terima kasih saudari pengerusi, di antara hikmah-hikmah menjatuhkan
talak ialah memberi peluang kepada suami dan isteri untuk menginsafi
kesalahan diri masing-masing dan membaikinya bagi memulakan sebuah
kehidupan yang baharu. Malahan turut memberi peluang kepada pasangan
yang tiada persefahaman memulakan kehidupan baharu dengan orang lain.
Disamping itu, penceraian merupakan jalan penyelesaian kepada pasangan
yang tidak mendapat zuriat di atas faktor-faktor yang tertentu. Sekiranya
suami dan isteri tidak dapat menyelesaiankan masalah yang wujud dalam
rumah tangga mereka, maka perceraian merupakan satu jalan yang terbaik
untuk pasangan tersebut. Ianya juga memelihara isteri daripada melakukan
penderharkaan kepada suami.
Ahli Panel 3 Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang
dikatakan oleh saudari panel kedua.
Pengerusi Silakan saudari.

Ahli Panel 3 Terima kasih. Kita sedia maklum tentang hikmah-hikmah yang diperolehi
daripada berlakunya talak diantara sebuah pasangan dalam perkahwinan.
Bahkan tetapi, hikmah ditetapkan bilangan talak pula, masih ramai yang
belum mengetahuinya. Talak ditetapkan mengikut bilangan. Ianya bertujuan
untuk memberi kesempatan dan peluang kepada kedua belah pihak untuk
mencari jalan penyelesaian dan penyesuaian serta peluang untuk berbaik
semula. Seterusnya, seseorang yang bercerai mungkin akan berasa
menyesal dengan perbuatannya tetapi dengan adanya masa idah telah
membolehkan pasangan tersebut untuk merujuk semula. Akhir sekali,
bilangan talak sebanyak 3 kali sudah memandai untuk menentukan
keputusan muktamad dalam hubungan suami isteri.
Pengerusi Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi
hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat harini tidak sekadar “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”.
Kesimpulannya, setiap pasangan perlulah membuat keputusan dengan
sebaik yang mungkin sebelum melakukan sebuah penceraian. Sekian TQ.
4
Perbezaan Talak dengan Fasakh.

Talak Fasakh

1.Terbahagi kepada hak suami sahaja 1. Suami dan isteri


-Hanya suami yang berhak untuk melakukan - Isteri juga boleh menuntut fasakh apabila
lafaz talak terhadap isteri mengikut hukum- suami tidak memenuhi keperluan wajib bagi
hukum yang ditetapkan oleh syariat. dirinya seperti memberi nafkah zahir dan batin
kepada isteri ataupun suami menjadi gila
serta suami bertukar agama atau murtad.
2.Boleh dirujuk semula 2.Tidak boleh dirujuk semula
-Talak 1 dan talak 2 boleh dirujuk semula - Suami dan isteri memerlukan akad nikah
dalam tempoh idah (selama 3 bulan) iaitu baharu serta mahar yang baru.
isteri mengalami 3 kali suci daripada haid.
3. Isteri berhak mendapat mut’ah 3. Isteri tidak boleh mendapat mut’ah
- Isteri boleh menuntut sejumlah wang iaitu -Permohonan isteri untuk menuntut mut’ah
merupakan nafkah mengikut kemampuan tidak akan berkesan kerana tanggungjawab
suami untuk dijadikan sebagai bekalan bagi suami terhadap dirinya sudah terbatal.
meringankan beban bekas isteri.
4.Kuasa suami 4.Kuasa kadi

5.Ada 3 bilangan 5. Tiada bilangan

6.Gugur tanpa sebab 6.Gugur dengan sebab

5
Sumber rujukan

1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam
2. http://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/perceraian-orang-beragama-islam.pdf
3. http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-
joomla/components/205-talak?Itemid=951
4. https://m.merdeka.com/sumut/arti-talak-perceraian-dalam-islam-beserta-hukum-dan-
lafadznya-kln.html
5. https://irblaw.com.sg/ms/learning-centre/grounds-for-divorce-in-syariah-law/
6. https://peguamsyariesyazmee.com/2020/04/20/cerai-taklik-ugutan-yang-
membinasakan-pasangan/

6
Penutup

Setiap pasangan hidup perlulah memahami konsep hidup berumah tangga sebagaimana
yang dianjurkan oleh Islam agar dapat mengelak dari berlakunya perceraian. Begitu juga
sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk dengan al-Quran dan Hadith supaya
setiap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Penceraian dilakukan sebagai jalan penyelesian terakhir selepas semua usaha telah
menemui jalan buntu dan ketika itulah kekuatan dalaman diperlukan dalam mempertahankan
insitusi keluarga itu.

Semua pihak harus berganding bahu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
khususnya kepada pasangan suami dan isteri bahawa penceraian bukan merupakan jalan
utama utuk menyelesaikan masalah dalam membina rumah tangga yang harmoni.

You might also like