You are on page 1of 4

I yl IY

#ifl,t 9
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Tingkat 7 & 8, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiann Masjid,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603-5514 3739 Mufti: 603-55 l4 3738 Timb. Mufti:603-55143736 Fa'xt 603-55197584
Emel:mail@muftiselangorgov.my Lamanweb:http://www.muftiselangorgov.my

Rujukan Fail : Mufti. Sel.500-9 ( 3 )

&
k;t .KEJUJURAN DAN KETEKANAN'
!
c Qs,JJ li^-1;,SJr ; :LJ t

KENYATAAN S.S DATO'SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR


BERKAITAN
ISU LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER (LGBT).

Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT
ini dianggap sebagai satu penyakit mental dan amatlah membimbangkan, kerana
telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-
pasangan. Sebagaimana telah diciptakan oleh Allah S.W.T, lelaki pasangannya
adalah perempuan. Begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina,
baik pasangannya jahat, cantik pasangannya ialah hodoh. Kesimpulannya, setiap
makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W T di muka bumi ini berpasang-pasangan. lni
adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa.

Berdasarkan kepada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W hukum


yang berkaitan dengan LGBT adalah jelas haram dan bertentangan dengan ajaran
lslam. Melihat kepada impak negatif gejala masyarakat, maka ini dalam
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengambil inisiatif proaktif dengan
memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum
berkaitan isu-isu LGBT di antaranya :

1 Hukum Perkahwinan Mak Nyah Dengan Lelaki


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada
15 Jun 1993 memutuskan bahawa :

" Perkahwinan mak nyah selepas ditukar jantina kepada perempuan


adalah tidak sah, kerana ia pada hakikatnya adalah lelaki, di antara
syarat-syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri itu perempuan secara
yakin. Perkahwinan mak nyah dengan lelaki dikira haram, kerana
bertentangan dengan syariat lslam dan bid'ah."

B.htgi.n Khldn.l P.ryuru!.n a.n.du r.hk


Tel: 603-5514 1128 t )'733 t 3754 I 372'7
'lel: 603-5514 3719 t 37t2 t 37t3 / 31t4 / 3115 Tel. 603-5514 37 16 t 3717 / l7 t8 /3720 Tel: 601-5514 1757 / lTll / 3735
2. Hukum MenukarJantina Mak Nyah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada


15 Jun 1 993 memutuskan bahawa :

" Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan


adalah terang bertentangan dengan lslam kerana Allah S.W.T. melarang
mengubah kejadiannya, sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisa,
ayat 119 ".

3. Hukum Wanita Meyerupai Lelaki ( Pengkid )

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 1g


Mac 2009 memutuskan bahawa :

" Pengkid iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku
serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi lslam ".

Berdasarkan keterangan ini, betapa pihak Jabatan Mufti telah mengambil daya
usaha awal menetapkan hukum yang jelas bagi mendidik dan memandu masyarakat
lslam khususnya dengan gejala ini. Apa yang menjadi harapan kami agar
masyarakat lebih peka serta perlu lebih penuh keimanan dalam memahami dan
melaksanakan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh para ulama, berautoriti
dalam Negara kita jni. Kami juga menyarankan agar sesiapa sahaja perlu
menghayati apa yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah An Nahl ayat
ke 43 yang bermaksud : Bertanyalah kepada ahli zikir bila kamu tidak tahu,,.
Peringkat Allah S.W.T. ini menegaskan agar kita senantiasa bertanya kepada orang
yang berautoriti, yang lebih memahami sekiranya kita tidak mengetahui atau tidak
mengetahui atau tidak ada ilmu berkaitan sesuatu isu.

2
Atas neraca kebajikan dan kasih sayang dalam lslam, agar golongan ini tidak
terpinggir dan merasa seolah didriskriminasi maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangot pada 14 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Asnaf
Al Riqab Negeri Selangor dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Di dalam fatwa
tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak
menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat,
NGO lslam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan
hukum Syara' yang berfungsi melaksanakan tugas{ugas membebas, mengurus,
metindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani
kehidupan sempurna secara lslam. Antara senarai penerimanya adalah golongan
yang terbelenggu dengan gaya hidup sonsang iaitu :

1. Pelacur
2. Lesbian
3. Mak Nyah (Transexual )

4. Gay
5. Homoseksual
6. Gigolo
7. Biseksual
8. Pengkid
9. Tomboy
'10. Bersedudukan dengan orang bukan lslam

Jabatan ini juga mengucapkan tahniah dan jutaan penghargaan kepada agensi
agama lslam yang sangat komited dalam memperkasa penguatkuasaan
pelaksanaan dan tindakan yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah
Negeri Selangor, no 3, Tahun 1995 iaitu di bawah Seksyen 10,27,28 dan 30.
Ketegasan ini sudah pasti akan dapat membantu menyekat dari terus menerus
gejala ini berlaku dan dalam langka panjang agar mampu mendidik masyarakat
supaya meninggalkan tindakan{indakan yang secara jelas dilarang dan dimurkai
oleh Allah S.W.T dan dilaknat oleh baginda Rasulullah S.A.W.

3
Adalah diharapkan, semoga kita senantiasa saling tegur menegur pada perkara
kebenaran dengan penuh kesabaran. Sebarkan kasih sayang sesama muslim,
hormatilah golongan para ulama'yang merupakan pewaris para nabi-nabi, agar kita
layak mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T serta dijauhkan kita dari
kemurkaan dan azab Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.

DATO'SETIA HAJI MOH AMYES BIN ABD. WAHID


Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor

3 September 2018
Shah Alam, Selangor

You might also like