You are on page 1of 37

NBWF 3072

ASAS KEFAHAMAN HUKUM SYARIAH

TAJUK:
PEMELIHARAAN MAQASID AL-SYARIAH
DALAM PENSYARIATAN PERKAHWINAN
DAN PERCERAIAN

NAMA PENSYARAH:
USTAZAH SITI ZALEHA BINTI
IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO.


MATRIK

1. NUR HARESYA NAJWA BINTI HAZARA 23BE01069

2. NUR KHADIJAH BINTI NOOR EFFENDY 23BE01071

3. NURUL AFRINA BINTI MOHD NOH 23BE01076

4. AYU SYAMIMI BINTI ZAMMERI 23BE01082

5. DAYANG NURUL NAFISAH BINTI ABD RANI 23BE01084

6. ADRIANA SHAFRAANI BT AZIZUL SHAFARI 23BE01093

7. NUR ALYSHA BINTI MOHD ISHAK 23BE01098

IJAZAH SARJANAH MUDA PERGURUAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA


DENGAN MULTIMEDIA (KEPUJIAN)
1A & 1B
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR SESI II 2023/2024
NO. BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
TOPIK 1: KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM
1. 1.1. Definisi Perkahwinan
1.2. Hukum Perkahwinan Dan Pensyariaatannya 2-8
1.3. Hikmah Perkahwinan
TOPIK 2: KONSEP PERCERAIAN DALAM ISLAM
2. 2.1. Definisi Perceraian
2.2. Hukum Perceraian Dan Pensyariatannya 9-14
2.3. Jenis-Jenis Perceraian
TOPIK 3: ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN DAN
3. PERCERAIAN
3.1. Kes 1 15-21
3.2. Kes 2
3.3 Kes 3
TOPIK 4: PEMELIHARAAN MAQASID AL-SYARIAH
4. DALAM PENSYARIATAN PERKAHWINAN DAN
PERCERAIAN
4.1. Maqasid Al-Syariah dalam Islam
4.1.1. Definisi Maqasid Al-Syariah
4.1.2. Pembahagian Maqasid Al-Syariah
4.2. Galakan Perkahwinan
4.3. Larangan Hidup Membujang 22-33
4.4. Pengharaman penguguran janin
4.5. Perceraian
4.5.1. Pengabaian Nafkah dan Tanggungjawab
4.5.2. Suami Nusyuz
4.5.3. Tiada Kesefahaman
4.6. “Keharusan Penceraian Ketika Tiada Penyelesaian”

5. 5.0. PENUTUP 34

6. SUMBER RUJUKAN 35-36

1
TOPIK 1: KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1.1. Definisi Perkahwinan

Asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya


pembentukan negara adalah daripada suatu ibadah yang disebut perkahwinan. Selain
itu, perkahwinan juga adalah suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah semula jadi
penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-pasangan. Dalam Islam, setiap
pasangan yang ingin berkahwin perlulah mengetahui akan syarat-syarat, rukun-rukun
dan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan agar ikatan perkahwinan yang dibina sah di
sisi syarak dan undang-undang.

Salah satu tuntutan agama yang meraikan fitrah semula jadi bagi penciptaan
manisoa untuk hidup secara berpasang-pasangan adalah perkahwinan (Wan Ismail et
al., 2018). Perkara yang boleh mendapatkan rahmat dan tanda kebesaran dari Allah
yang disyorkan oleh Al-Quran dan hadis serta perhubungan antara suami isteri adalah
dalam Firman Allah S.W.T:

ۚ ً‫سكُنُو ۟ا إِلَ ْيهَا َو َجعَ َل بَ ْينَكُم َّم َو َّد ًۭةً َو َرحْ َمة‬
ْ َ ‫سكُ ْم أ َ ْز ٰ َو ًۭ ًجا ِلت‬
ِ ُ‫ق لَكُم ِم ْن أَنف‬
َ َ‫َو ِم ْن َءايَ ٰـتِ ِهۦ أ َ ْن َخل‬
)12( َ‫إِنَّ فِى ٰذَ ِلكَ لَـَٔايَـ ٍٰۢت ِلقَ ْو ٍۢم يَتَفَك َُّرون‬

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan


untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kamu yang berfikir”.

(Surah Rum, 30:21)

2
Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W. sanagat menggalakkan pemuda-pemuda
yang mampu untuk menjaga isteri supaya berkahwin kerana mampu mangawal
pandangan dan mencegah perbuatan keji dan mungkar. Rasulullah S.A.W juga
menyebut dan menasihati mereka yang tidak mampu supaya berpuasa sunat sebagai
salah satu cara untuk mengawal nafsu. Sabda Rasulullah S.A.W:

ُ‫ست َ ِط ْع فَعَلَ ْي ِه ِبالص َّْو ِم فَإِنَّه‬


ْ َ‫ َو َم ْن لَ ْم ي‬، ْ‫ع ِم ْنكُ ُم الْبَا َءةَ فَ ْليَت َ َز َّوج‬ َ َ ‫ست‬
َ ‫طا‬ ْ ‫ب َم ِن ا‬
ِ ‫شبَا‬
َّ ‫يَا َم ْعش ََر ال‬
" ‫”لَهُ ِوجَا ٌء‬

Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah


mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikah lah. Kerana nikah itu dapat
menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum
mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai
baginya (dalam membendung syahwat)”

(Riwayat al-Bukhari No. 5065 dan Muslim No. 3466)

Penggunaan perkataan nikah dalam kalangan orang Arab merujuk kepada akad
dan persetubuhan. Namun makna sebenar iaitu hakikat perkataan ini yang digunakan
oleh mereka adalah merujuk kepada akad. Walaupun begitu, ia turut digunakan dengan
makna pinjaman iaitu majazi yang membawa maksud persetubuhan (Al-Shirbini,
1994). Perkahwinan bukan sahaja digunakan dalam kalangan orang Arab sebagai al-
nikah, bahkan juga dengan perkataan al-zawaj. Dari segi bahasa, al-zawaj merujuk
kepada gandingan al-iqtiran dan percampuran al-ikhtilat.

Manakala dari segi syarak ia bermaksud pernikahan atau perkahwinan yang


merujuk kepada maksud yang disebutkan sebelum ini. Hal ini menunjukkan perkataan
al-nikah dan al-zawaj digunakan pada makna syarak dengan maksud yang sama.
Kedua-duanya merujuk kepada sejenis akad yang disempurnakan antara seorang lelaki
dan perempuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan menghasilkan beberapa kesan
yang tertentu (Al-Zuhaili, 2015).

3
1.2. Hukum Perkahwinan dan pensyariatanNya.

Perkahwinan merupakan suatu yang disyariatkan dalam Islam. Ia diharuskan


dan dituntut untuk dilaksanakan (Al-Zuhaili, 2015) oleh individu Muslim berdasarkan
sumber Al-Quram, Hadis dan ijmak uljamak sebagai mana berikut:

i. Al-Quran
Firman Allah SWT:
َ ‫ساءِ َمثْنَ ٰى َوثُلَـ‬
)‫ٰث َو ُربَ ٰـ َع‬ ۟ ‫(ۖ فَٱن ِك ُح‬
َ َ‫وا َما ط‬
َ ِ‫اب لَكُم ِمنَ ٱلن‬
Maksudnya: “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat”.
(Surah Al-Nisa’, 4:3)
ii. Hadis
،ْ‫ع ِم ْنكُمُ ا ْلبَا َءةَ فَ ْليَت ََز َّوج‬ َ َ ‫ست‬
َ ‫طا‬ ْ ‫ب َم ِن ا‬
ِ ‫شبَا‬
َّ ‫"يَا َم ْعش ََر ال‬
" ‫ستَطِ ْع فَعَلَ ْي ِه بِالص َّْو ِم فَإِنَّه ُ لَه ُ ِو َجا ٌء‬
ْ َ‫َو َمنْ لَ ْم ي‬

Maksudnya: Dari Abdullah Ibn Mas’ud, berkata Rasulullah SAW


kepada kami: “Wahai sekalian pemuda, siapa di antara kamu yang
mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin.
Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan
memelihara kehormatan. Barang siapa yang tidak berkemampuan,
hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi benteng diri.”

(Riwayat al-Bukhari No. 5065 dan Muslim No. 3466)

iii. Ijmak
Perkahwinan telah disyariatkan seawal pada zaman nabi Adam AS.
Pensyariatan tersebut diteruskan pada semua zaman kenabian (Al-
Zuhaili 2015, 4: 15), bahkan akan berterusan hingga ke syurga (Al-
Shirbini 1994, 4: 201).

4
Fuqaha mazhab Syafi’i menyatakan bahawa hukum asal berkahwin adalah
sunat (Al-Jaziri, 1999). Asasnya adalah kerana perkahwinan berkait rapat dengan
keinginan nafsu manusia secara fitrah (Al-Zuhaili, 2015). Setiap manusia mempunyai
keinginan secara semula jadi untuk berpasang-pasangan. Hukum berkahwin yang asal
ini boleh berubah kepada hukum lain bergantung kepada situasi atau keadaan individu
yang ingin berkahwin. Hal ini bermakna setiap individu Muslim mempunyai hukum
berkahwin yang berbeza di antara satu sama lain, sekiranya keadaan dan situasi mereka
berbeza. Fuqaha telah menjelaskan hukum ini seperti mana berikut:

i. Sunat

Bagi seseorang yang kecenderungan dan keinginannya untuk


berkahwin berada dalam keadaan sederhana yang mana dia tidak khuatir
dirinya akan terjebak dalam perkara maksiat sekiranya dia tidak
berkahwin pada ketika itu. Dia juga tidak khuatir akan menzalimi
pasangannya sekiranya berkahwin. Pada masa yang sama, dia juga
mempunyai kemampuan untuk menyediakan bekalan perkahwinan
seperti mas kahwin dan nafkah (Mustafa Abd al-Ghayy, 2001).

ii. Wajib

Bagi seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin


dari aspek penyediaan harta seperti mas kahwin dan nafkah, mempunyai
keinginan nafsu yang tinggi untuk berkahwin dan berkeyakinan
sekiranya dia tidak berkahwin pada waktu itu, keadaannya itu boleh
mengundang kepada berlakunya perkara yang membawa kepada
kebinasaan seperti berzina dan sebagainya (Mustafa Abd al-Ghayy,
2001). Individu seperti ini yakin bahawa tiada cara lain yang boleh
menyelamatkan dirinya daripada jatuh dalam lembah kebinasaan
meskipun melalui ibadat puasa (Al-Zuhaili, 1997) melainkan hanya
dengan berkahwin sahaja (Al-Jaziri, 1999).

5
iii. Makruh

Bagi seseorang yang khuatir tidak akan melaksanakan tanggung


jawab sebagai pasangan rumahtangga dalam memberi hak kepada
pasangannya. Keadaan ini merangkumi bagi seorang perempuan yang
tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin dan juga tidak berhajat
untuk mendirikan rumahtangga. Bahkan dia tidak merasa khuatir akan
berlakunya kebinasaan berbentuk maksiat sekiranya dia tidak berkahwin
pada waktu itu.

Begitu juga bagi seorang lelaki yang tidak mempunyai


keinginan untuk berkahwin dalam keadaan tidak berkemampuan untuk
menyediakan mas kahwin dan nafkah (Al-Jaziri, 1999). Dimakruhkan
juga berkahwin bagi seseorang yang meskipun berkemampuan dari
aspek penyediaan harta seperti mas kahwin dan nafkah, tetapi
mempunyai penyakit yang boleh menghalang dirinya untuk
bersekedudukan dengan isterinya seperti penyakit-penyakit yang
diharuskan untuk tuntutan fasakh (Baafdhal, t.t.).

1.3. Hikmah Perkahwinan Dalam Islam

Walaupun hukum-hukum perkahwinan berubah dari keturunan terawal itu


sehingga kepada syarial islam yang diturunkan kepada umat Muhammad saw, namun
perkahwinan tetap mempunyai hikmah yang cukup besar,yang memberi manfaat
kepada kehidupan manusia sendiri. Apakah hikmah allah mensyariatkan perkahwinan?

i. Sunnah para nabi dan rasul

ُ ‫س ًۭ ًًل مِن قَ ْب ِلكَ َو َج َعلْنَا لَ ُه ْم أ َ ْز ٰ َو ًۭ ًجا َوذ ُ ِر َّي ًۭةً ۚ َو َما كَا َن ِل َر‬
‫سول أَن َيأْت َِى ِبـَٔا َية ِإ ََّّل بِ ِإ ْذ ِن‬ َ ‫َولَقَ ْد أ َ ْر‬
ُ ‫سلْنَا ُر‬
ًٌۭ ‫ٱَّلل ۗ ِلك ُِل أ َ َج ٍۢل ِكت‬
‫َاب‬ ِ َّ

Firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnnya Kami (Allah) telah


mengutus Rasul sebelum kamu dan Kami iadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga
keturunan." (Al-Ra'd: 38)
6
Allah mengutus para nabi dan rasul sebagai pemimpin umat manusia ke
jalan kebenaran. Mereka adalah model yang mesti dikuti demi keamanan,
kebahagiaan dan kedamaian dalam kehidupan. Dengan mencontohi sunnah
rasul yakni membina keluarga melalui perkahwinan, kita akan memperolehi
kebaikan dan keselamatan yang berpanjangan bukan sahaja di dunia, malah
akan berlanjutan di akhirat. Rasulullah amat menggalakkan umatnya supaya
berkahwin. Daripada Aisyah r.a. berkata, bersabda Nabi s.aw.: "Perkahwinan
itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka
bukanlah dia daripada golongan umatku." (Riwayat Ibn Maiah)

ii. Melahirkan Rasa Tenang dan Tenteram

Melalui perkahwinan, seseorang akan berasa bahagia, aman dan


tenteram dengan adanya ikatan kasih dan sayang antara suami isteri.

Allah berfirman bermaksud:

‫سكُنُو ۟ا إِلَيْ َها َو َجعَ َل بَ ْينَكُم َّم َو َّد ًۭةً َو َرحْ َمةً ۚ إِنَّ فِى ٰذَ ِلكَ لَـَٔايَـ ٍٰۢت‬
ْ َ ‫سكُ ْم أ َ ْز ٰ َو ًۭ ًجا ِلت‬
ِ ُ‫ق لَكُم ِمنْ أَنف‬
َ َ‫َو ِمنْ َءايَ ٰـتِِۦه أَنْ َخل‬
‫ِلقَ ْو ٍۢم يَتَفَ َّك ُرو َن‬

"Dan antara tanda-tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya,


bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada
jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya,
dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang." (Ar-Rum: 21)

iii. Dapat Memelihara Iman

Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.W: "Apabila telah


berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh agamanya.
Maka bertakwalah a kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan
lagi." Hadis ini menjelaskan, apabila seseorang itu telah berkahwin, maka ia
akan terselamat daripada perkara-perkara dosa, terutama yang berkaitan dengan
nafsu syahwat.

7
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang mampu,
hendaklah dia berkahwin kerana dengan demikian dapat menundukkan
penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan barang siapa yang tidak
mampu berkahwin, hendaklah a berpuasa kerana puasa dapat menghalang
keinginan nafsunya."
(Riwayat Ibn Mas'ud)

iv. Yakin Bahawa Rezeki Datang Daripada Allah

Dengan berkahwin, akan mengikis kebimbingan tidak mampu memikul


tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak disebabkan kemiskinan. Ini
selalunya berlaku kepada golongan yang hidup miskin; ada kalanya berasa takut
untuk menempuh perkahwinan. Sesungguhnya Allah yang menjamin rezeki
setiap hambaNya.

Sabda Nabi s.aw.: "Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut


miskin, maka dia bukanlah daripada golonganku." (Riwayat Abu Daud) Rezeki
adalah dalam kekuasaan Allah. Manusia hanya perlu berusaha mendapatkan
rezeki. Selain bekerja untuk menyara kehidupan, usaha lain yang boleh
diamalkan ialah dengan bersolat Dhuha setiap hari, insya Allah akan
dikurniakan Allah murah rezeki.

v. Zuriat

Rasulullah s.a.w. amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat


nanti. Justeru, menerusi perkahwinan akan lahirlah zuriat umat Islam yang
beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi. Daripada Magal bin
Yasar, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Berkahwinlah kamu dengan wanita
pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang
ramai." (Riwayat Abu Daud)

8
TOPIK 2: KONSEP PERCERAIAN

1.1. Definisi Perceraian

Perceraian dalam islam yang disebut sebagai “talaq” bermaksud menamatkan


atau mengakhiri hubungan perkahwinan dengan pilihan suami dengan memberikan
pernyataan kepada isteri. Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi
istilah pula ia bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya
hubungan suami isteri dengan bersebab. Perceraian adalah jalan terakhir jika semua
usaha untuk memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana perceraian memberi kesan
buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada juga kepada anak-anak,
keluarga terdekat dan masyarakat. Dahulu di Malaysia, secara lazimnya, pasangan
suami isteri yang bergaduh akan melafazkan talak atau mentalakkan isterinya. Jika
isteri yang ke Mahkamah Syariah, isteri akan memohon fasakh.

Dalam Islam, dalil mengenai perceraian terdapat dalam Al-Qur'an dan Hadis.
Salah satu ayat Al-Qur'an yang sering dikutip terkait dengan talaq adalah Surah At-
Talaq (Surah ke-65), ayat 2:

‫ش َه ٰـ َدةَ ِ ََّّللِ ۚ ٰذَ ِلكُ ْم‬ ۟ ‫عد ٍْۢل ِمنكُ ْم َوأَقِي ُم‬
َّ ‫وا ٱل‬ َ ‫ى‬ ۟ ‫وف َوأَش ِْهد‬
ْ ‫ُوا ذَ َو‬ ٍۢ ‫سكُوهُنَّ ِب َم ْع ُروف أ َ ْو فَ ِارقُوهُنَّ ِب َم ْع ُر‬ ِ ‫فَ ِإذَا بَلَ ْغ َن أ َ َجلَ ُه َّن فَأ َ ْم‬
٢ ‫َّلل َي ْج َعل َّلهۥ ُ َم ْخ َر ًۭ ًجا‬ ِ ‫َّلل َوٱلْ َي ْو ِم ٱ ْلـَٔاخِ ِر ۚ َو َمن يَت‬
َ َّ ‫َّق ٱ‬ ِ َّ ‫عظُ ِب ِهۦ َمن كَانَ ي ُ ْؤ ِم ُن ِبٱ‬َ ‫يُو‬

Terjemahannya: Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya,


maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan
mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu
(semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi
saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.

9
Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada
sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya
Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya), Perceraian boleh dilakukan melalui pelbagai cara dan tergantung
kepada mazhab atau interpretasi hukum Islam yang diikuti. Talaq sering melibatkan
prosedur hukum dan syarat-syarat tertentu untuk keabsahan perceraian, dan dianggap
sebagai langkah terakhir dalam Islam setelah sedaya Upaya memulihkan perkahwinan
tetapi gagal.

1.2. Hukum Perceraian Dan Pensyariatannya

Hukum perceraian dalam islam dalam Islam sebenarnya tidak dilarang, namun
Allah SWT membenci keputusan tersebut. Hal ini kerana penceraian adalah pilihan
yang terakhir dilakukan jika memang tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah
rumah tangga. Asal hukum cerai adalah makruh karena ia merupakan perbuatan yang
halal tetapi sangat dibenci oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW, bersabda:
“Perbuatan halal, tetapi paling dibenci oleh Allah adalah talak”. (HR. Abu Daud).
Manakala Hukum perceraian dalam Islam berbeza-beza dan tergantung dengan keadaan
yang dihadapi oleh pasangan suami-istri yang sedang bermasalah.

I. Wajib

Menjadi hukum wajib kerana ada terjadi perselisihan atau perpecahan


yang tidak dapat dibendung untuk Bersatu Kembali atau tidak dapat
didamaikan antara suami dan isteri.

10
II. Sunnah

Menjadi hukum sunnah apabila talak dijatuhkan yang disebabkan isteri


tidak menjaga kehormatan diri dan tidak mengamalkan perkara-perkara yang
wajib dalam islam. Selain itu, ia juga disunnahkan apabila suami tidak mampu
menanggung nafkah bagi isteri.

III. Makruh

Menjadi hukum makruh apabila talaknya tidak memiliki sebab yang


jelas. Jika suami menjatuhkan talak kepada isterinya tetapi isterinya adalah
seorang yang berakhlak mulia dan bagus dalam pengatahuan agama. Maka
perceraian ini di makruhkan.

IV. Mubah

Menjadi hukum mubah apabila suami dan isteri memiliki tingkah laku
atau akhlak yang buruk sampai memberikan kesan yang negatif jika mereka
berdua masih Bersama.

V. Haram

Menjadi hukum haram apabila talaknya tidak sesuai (bidaah) dengan


tuntutan syariat islam. Seperti menceraikan isteri apabila dia sedang haid atau
nifas. Selain itu, bercerai Ketika suami sedang sakit dengan berniat untuk
menghalang isteri daripada menuntut hartanya.

11
1.3. Jenis-jenis Perceraian

Dalam islam, penceraian terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

i. Talak

Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud


membuka ikatan ataupun melepaskan. Talak dari segi syarak ialah
melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau
kinayah bermaksud sindiran.

ii. Fasakh

Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan


isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui hakim. Fasakh hanya boleh
dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan Qadi
apabila terdapat sebab tertentu seperti salah seorang daripada suami atau
isteri murtad dan sebagainya.

iii. Khuluk Atau Tebus Talak

huluk hukumnya diharuskan, khuluk tidak akan berlaku


melainkan dengan tebusan berbentuk harta yang diberikan oleh isteri
kepada suaminya. Dan jika harta tebusan itu diketahui dan disebut
semasa ketika lafaz khuluk’, maka tebusan yang disebut itulah yang
wajib diberikan oleh isteri kepada suaminya.

12
Jika sekiranya tebusan tersebut tidak ditentukan dengan tepat,
khuluk tetap sah dan suami wajib mendapat mahar misil daripada
isterinya. Sekiranya suami menggunakan kalimah khuluk untuk tujuan
talak tanpa menyebut sebarang harta tebusan dan tidak terlintas
dihatinya untuk mendapatkan tebusan, ia adalah talak biasa yang
menggunakan lafaz khuluk sebagai kinayah.

iv. Lian

Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan.


Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang
digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang
mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai
berzina. Perkataan li’an berasal daripada perkataan arab iaitu mengutuk.
L’ian menurut istilah hukum syarak ialah sumpah seorang suami apabila
ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak
empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia
meminta kutukan daripada Allah s.w.t.

v. Zihar

Zihar pada segi istilah syarak, bermaksud seorang suami yang


menziharkan juzuk tubuh badan isterinya dengan muhram suami dengan
mana-mana anggota lahirnya. Namun demikian Zihar tidaklah sampai
jatuh talak sehingga menyebabkan pasangan suami isteri itu mesti
bercerai tetapi hukuman tetap dikenakan bersabit dengan kesalahan
tersebut.

13
Allah swt telah berfirman (Surah Al-Mujadalah: ayat 2)

ۤ
َ ِ‫اَلَّ ِذ ْينَ يُ ٰظ ِه ُر ْونَ ِم ْنكُ ْم مِ نْ ن‬
َ‫س ۤا ِٕى ِه ْم َّما هُنَّ ا ُ َّم ٰهتِ ِه ۗ ْم اِنْ ا ُ َّم ٰهت ُ ُه ْم ا ََِّّل الـ ِ ْي َولَ ْدنَ ُه ۗ ْم َواِنَّ ُه ْم لَيَقُ ْولُ ْون‬
2 ‫غف ُ ْو ٌر‬ َ ‫ّٰللا لَعَفُ ٌّو‬َ َّ‫ ُم ْنك ًَرا ِمنَ ا ْلقَ ْو ِل َو ُز ْو ًر ۗا َواِن‬.

Terjemahannya: “Orang-orang yang menziharkan isterinya di


antara kamu, (menganggap isteri sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri
mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang
melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh
mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan
sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”

14
TOPIK 3: ISU-ISU DALAM PENCERAIAN DAN PERKAHWINAN

3.1. KES 1: isu dalam perkahwinan adalah

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA MENGAHWINI


WANITA DALAM IDDAH OLEH MAHKAMAH TINGGI
SYARIAH KUALA TERENGGANU

http://jummec.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22692/11274

Perkahwinan dari segi bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Manakala dari
segi istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul yang menghalalkan persetubuhan antara
lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah. Setiap
lelaki boleh berkahwinan dengan mana-mana wanita tidak kira masih dara ataupun
janda, yang penting wanita tersebut mestilah beragama, berketurunan baik dan
sebagainya. Namun terdapat beberapa jenis perkahwinan yang tidak sah di sisi islam
seperti perkahwinan mut’ah. Perkahwinan mut’ah adalah perkahwinan kontrak yang
dimana selalu digunakan kepada pasangan yang telah bercerai talaq tiga atas tujuan
ingin rujuk kembali dengan pasangan yang diceraikan tersebut.

Perkahwinan dengan perempuan yang berada dalam iddah juga merupakan


antara jenis perkahwinan yang tidak sah dalam islam. Tidak kira iddah kematian
mahupun iddah talaq raj’i, kedua-duanya adalah haram untuk berkahwin baru. Hal ini
kerana, suami masih mempunyai hak untuk rujuk semula dengan bekas isteri tersebut.
Allah S.W.T juga telah berfirman dalam surah al-Baqarah yang memerintahkan bahawa
seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya untuk menahan diri dari berkahwinan
selama tiga kali suci.

15
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)....” (Surah al-Baqarah, 2:
228) Jika lelaki tersebut mengahwini wanita yang masih dalam iddah, dan mengetahui
akan hal tersebut, hukum perkahwinan tersebut adalah batal. Namun, jika lelaki itu
tidak mengetahui akan hal tersebut maka akadnya fasid dan tidak mempunyai apa-apa
kesan.

Tidak halal bagi mereka untuk melakukan persetubuhan. Jika belum berlaku
persetubuhan, mereka wajib berpidah tetapi si isteri tidak perlu menjalani iddah. Akan
tetapi, sekiranya persetubuhan telah berlaku, mereka wajib berpisah kemudian si isteri
perlu menghabiskan iddahnya bersama suami pertamanya terlebih dahulu. Setelah
selesai barulah halal untuk mereka berkahwin semula. Jika pasangan tersebut tidak
mahu berpisah, pihak mahkamah perlu memainkan peranannya dengan melakukan
pembubaran perkahwinan secara paksaan. Prosedur pembubaran perkahwinan fasid
menurut enakmen undang-undang pentadbiran keluarga islam negeri terengganu 1985
adalah seperti berikut:

1. Permohonan

2. Afidavit sokongan

3. Salinan kad pengenalan

4. Sijil nikah

5. Surat pengesahan perkahwinan

Kemudian permohonan akan diproses dan akan mendapat tarikh untuk


perbicaraan kali pertama iaitu kebiasaannya berbentuk sebutan kes sahaja. Perbicaraan
seterusnya akan bergantung dengan komitmen dan kerjasama kedua-dua belah pihak.
Jika mereka memberikan kerjasama yang baik dan hadir pada sesi perbicaraan, maka
hakim syar’i boleh memberi keputusan dengan lebih cepat.

16
Contoh kes pembubaran perkahwinan kerana mengahwini wanita yang masih
berada dalam iddah adalah kes Nor Radhiah Binti Ramli Lawan Aziz Bin Othman.
Ringkasan dari kes ini adalah perkahwinan antara pemohon iaitu Nor Radhiah Binti
Ramli dan responden Aziz Bin Othman dibubarkan atas sebab pemohon masih didalam
iddah dengan suami pertama ketika akad bersama responden dilangsungkan pada 16
Ogos 2008. Namun begitu, responden tidak mempunyai pengetahuan akan perkara
tersebut kerana pemohon menyatakan bahawa dia adalah seorang anak dara dan tidak
pernah berkahwin. Selama pemohon dan responden berkahwin, mereka telah
melakukan persetubuhan.

Hasil daripada perbicaraan mahkamah, Hakim memutuskan bahawa


perkawinan Nor Radhiah Binti Ramli dan Aziz Bin Othman adalah tidak sah dan
responden tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana dia tidak tahu bahawa pemohon
berada dalam iddah dengan suami terdahulu. Persetubuhan yang telah berlaku antara
pemohon dan responden tidak mengundang apa-apa dosa kerana di dalam islam apa-
apa tindakan yang dilakukan dalam keadaan tidak tahu, dipaksa, atau terlupa adalah
dimaafkan dan tidak akan mendapat dosa.

17
3.2. KES 2: isu dalam perceraian adalah

PERCERAIAN BAGI PERKAHWINAN YANG BERUSIA KURANG


DARI TEMPOH SATU TAHUN DI MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH PETALING (MRS PETALING)

https://jpmm.um.edu.my/index.php/JSLR/article/view/44945/15892

Perceraian dalam bahasa arab adalah talaq. Talaq dari segi bahasa ialah
melepaskan. Dari segi istilah pula bermaksud meleraikan atau melepaskan hubungan
pernikahan dengan lafaz talaq atau lafaz yang serupa dengannya. Perceraian adalah
penyelesaian terakhir untuk pasangan suami isteri yang menghadapi masalah. Namun
penceraian bagi perkahwinan yang berusia kurang dari tempoh satu tahun semakin
meningkat di Malaysia dari hari ke hari.

Majoriti pasangan yang berusia 20 hingga 30 tahun terlibat dengan isu


perceraian bagi perkahwinan yang berusia kurang dari satu tahun. Namun kadang-
kadang ada juga pasangan yang sudah berusia 40 tahun ke atas yang menghadapi isu
yang sama. Tetapi jika dibandingkan antara peringkat umur ini, pasangan berusia 20
hingga 30 tahun lah yang lebih ramai terlibat dalam isu seperti ini. Oleh yang demikian,
faktor umur pasangan adalah penyumbang dalam peningkatan kes perceraian sebelum
tempoh perkahwinan cecah usia satu tahun.

Contoh kes mahkamah yang boleh dikaitkan dengan faktor ini ialah kes MFFMI
Lawan NSAA 2021. Kes ini adalah berkenaan kes tuntutan pengesahan lafaz cerai di
Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Plaintif berusia 29 tahun dan defendan berusia 30
tahun semasa tuntutan cerai ini difailkan. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan
pertama bagi kedua-dua belah pihak dan tarikh perkahwinan mereka adalah pada 14
Disember 2020.

18
Plaintif diceraikan pada 9 septemper 2021 melalui satu kiriman mesej di
aplikasi whatsapp iaitu “ NSAA saya ceraikan awak dengan talaq satu”. Defenden
sedang sarat hamil semasa plaintif melafazkan cerai tersebut. Hakim telah memutuskan
bahawa lafaz cerai tersebut adalah sah. Selain itu, tahap kestabilan kewangan dan
ekonomi pasangan juga merupakan antara faktor kepada penceraian dalam
perkahwinan yang belum mencecah usia satu tahun. Kestabilan kewangan amatlah
penting dalam sesebuah perkahwinan.

Hal ini kerana, peringkat kewangan kita akan menentukan taraf hidup kita
sendiri. Jika sesebuah perkahwinan itu tiada kestabilan kewangan dan ekonomi, dimana
pasangan suami isteri itu tiada perkejaan tetap atau pun jumlah gaji mereka tidak
mencukupi untuk menampung kos-kos perbelanjaan, ia pasti akan menyumbang kepada
masalah yang akan membawa kepada pertelingkahan yang berpanjangan di dalam
perkahwinan itu. Hal ini boleh dilihat dalam kes INFN Lawan MZMY 2018.

Kes ini merupakan kes tututan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah
Syariah Petaling. Plaintif dan defenden yang kedua-dua nya berusia 21 tahun semasa
kes ini dibicarakan telah berkahwin pada 10 disember 2017. Plaintif adalah seorang suri
rumah manakala defenden bekerja sebagai pegawai keselamatan dan ini merupakan
perkahwinan pertama bagi kedua-dua belah pihak. Defenden telah melafazkan cerai
kepada plaintif pada 27 mei 2018 di rumah mereka yang berbunyi, “Bismillah, aku
ceraikan engkau dengan talaq tiga”.

Hakim bagi kes ini memutuskan bahawa lafaz cerai yang dibuat oleh defenden
terhadap plaintif adalah sah dan serta merta talaq telah jatuh pada 27 mei 2018 tersebut.
Daripada kes ini kita dapat rumuskan bahawa perkahwinan ini tidak mencapai usia satu
tahun malah hanya bertahan selama 6 bulan. Selain itu disebabkan plaintif merupakan
seorang suri rumah, semua bebanan mencari sumber kewangan jatuh kepada suami
sepenuhnya yang menyebabkan kejatuhan taraf ekonomi bagi perkahwinan tersebut
dan menyebabkan berlaku perceraian.

19
Namun yang lebih dasyat adalah talaq yang dijatuhkan kepada plaintif
merupakan talaq tiga dimana ia merupakan satu isu yang serius. Daripada dua kes
mahkamah yang telah dihuraikan, kita dapat melihat yang punca berlakunya perceraian
bagi perkahwinan yang tidak mencecah usia satu tahun adalah faktor umur pasangan
dan taraf ekonomi sesebuah perkahwinan itu sendiri. Namun banyak lagi faktor lain
yang boleh menjadi penyumbang kepada kes seperti ini berlaku. Sebagai contoh taraf
pendidikan pasangan suami isteri itu, campur tangan pihak ketiga dan sebagainya.

3.3. KES 3: isu dalam perceraian adalah

RAMAI PASANGAN MUDA BERCERAI

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan kadar perceraian di


negara ini menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada 43,936 kes pada tahun 2021
kepada 62,890 kes pada tahun 2022. Ia merupakan peningkatan sehingga 43.1 peratus
dan kadar tertinggi yang direkodkan sejak tahun 2016.Mengikut statistik tersebut,
perceraian pasangan Islam meningkat 45.8 peratus pada tahun lepas iaitu 46,138 kes
berbanding 2021 sebanyak 31,650 kes, manakala perceraian bukan Islam juga
meningkat 36.4 peratus daripada 12,286 kes kepada 16,752 kes bagi tempoh sama.

Lebih membimbangkan berdasarkan statistik perkahwinan dan perceraian


tersebut, kadar perceraian tertinggi berlaku dalam kalangan pasangan yang masih muda
iaitu di bawah usia 39 tahun. Menurut laporan tersebut, kes perceraian tertinggi bagi
lelaki Islam adalah melibatkan kumpulan umur 30 hingga 34 tahun iaitu sebanyak 9,196
orang. Ia diikuti dengan kumpulan umur 35-39 tahun iaitu seramai 8,894 orang,
manakala kumpulan ketiga tertinggi ialah 25-29 iaitu seramai 6,757 orang. Sebagai
perbandingan kes perceraian lelaki Islam berusia 50-54 tahun cuma sekitar 2,959 kes
dan 55-59 tahun seramai 2,084 orang.

20
Kedah catat kes cerai tertinggi. Dalam pada itu, tiga negeri yang mencatatkan
peningkatan tertinggi bilangan perceraian pasangan Islam iaitu Kedah (113.6 peratus),
Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus), manakala bagi bukan Islam di Putrajaya
(500 peratus), diikuti Johor (61.5 peratus) dan Melaka (59.0 peratus). Ketua
Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut
disebabkan oleh kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. "Selari dengan
peningkatan bilangan perceraian, kadar perceraian am menunjukkan peningkatan bagi
lelaki daripada 6.1 pada tahun 2021 kepada 8.7 pada 2022 bagi setiap 1,000 penduduk
lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin.

"Trend yang sama juga direkodkan bagi perempuan, meningkat daripada 6.2 (2021)
kepada 8.9 (2022) bagi setiap 1,000 penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih
yang berkahwin,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sementara itu, laporan
sama turut mendedahkan satu lagi trend membimbangkan dalam kalangan rakyat
Malaysia, apabila bilangan perkahwinan yang direkodkan di negara ini menurun 0.5
peratus daripada 215,973 pada 2021 kepada 214,824 pada tahun lepas. Umur penengah
pengantin lelaki kekal 28 tahun, manakala perempuan meningkat kepada umur 27 tahun
berbanding 26 tahun pada 2021. Penurunan bilangan perkahwinan disumbangkan oleh
penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam sebanyak 168,726 berbanding
176,002 bagi tempoh sama. Tiga negeri menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan
orang Islam iaitu Putrajaya, diikuti Perak dan Terengganu.

21
TOPIK 4: PEMELIHARAAN MAQASID AL-SYARIAH DALAM
PENSYARIATAN PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

4.1. Maqasid Al-Syariah Dalam Islam

4.1.1. Definisi Maqasid Al Syariah

Secara umum, "maqasid" adalah bentuk jamak bagi perkataan "maqsad", yang
bermakna tujuan atau matlamat, dan berakar dari kata "qasada" yang merujuk kepada
usaha untuk mencapai sesuatu (Mahaiyadin, 2017). Ia juga diertikan sebagai pegangan,
punca, sasaran, kelurusan, keadilan, dan kesejahteraan. Manakala, "syariah" berasal
daripada "syara’a", yang merujuk kepada beberapa konsep lain seperti al-tariq al
mustaqim, al-sunnah, al-manhaj, al-‘adah, al-din, al-millah, dan al-ma’, yang semuanya
berkait rapat dengan prinsip dan hukum Islam (Badran, t.t). Berdasarkan tafsiran ini,
dapat difahami bahawa pada dasarnya kedua-dua perkataan ini mempunyai kaitan rapat
dari segi fungsi sebagai panduan dan jalan menuju kepada sesuatu matlamat.

Oleh itu, dari kedua perkataan tersebut, tercetuslah konsep Maqasid Al-Syariah
yang telah diperbincangkan dan diterapkan secara meluas, termasuk dalam bidang ilmu
dan hukum. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama untuk menjelaskan
konsep ini. Ibnu Asyur (2001) berpendapat bahawa Maqasid Al-Syariah merujuk
kepada makna-makna dan hikmah-hikmah yang diambil kira oleh Allah dalam
pensyariatan, yang tidak terikat pada keadaan tertentu dalam hukum syariat. Konsep ini
juga bermaksud tujuan dari pensyariatan serta rahsia-rahsia yang ditetapkan oleh Allah
Yang Maha Bijaksana dalam setiap hukumnya (Ala’ al-Fasi, 2007). Al-‘Alim (1997)
pula mendefinisikan Maqasid Al-Syariah sebagai kebaikan yang diperolehi oleh
manusia, sama ada melalui melakukan perbuatan baik atau meninggalkan perbuatan
jahat.

22
Di samping itu, menurut al-Qaradawiy (2000) dan al-Ghazali (1996), Maqasid
Al-Syariah merujuk kepada tujuan dari pensyariatan hukum untuk memungkinkan
manusia mencapai kebaikan dan menolak kejahatan. Dari penjelasan tersebut, dapat
disimpulkan bahawa Maqasid Al-Syariah merujuk kepada objektif atau tujuan yang
dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum yang telah disyariatkan. Intipati dari
tujuan pensyariatan tersebut adalah untuk merealisasikan kemaslahatan dan
menghilangkan kemudaratan bagi manusia. Tujuan-tujuan yang disyariatkan tersebut
bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan manusia
(Ahmad, 2020). Al-Raysuniy (1995) juga menggambarkan Maqasid Al-Syariah sebagai
usaha untuk menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan.

4.1.2. Pembahagian Maqasid Al-Syariah

Maqasid Al-Syariah adalah matlamat yang ingin dicapai oleh syarak melalui
proses pensyariatan hukum. Ulama terdahulu telah mengklasifikasikan Maqasid Al-
Syariah kepada tiga bahagian, yang berasaskan kepada ijtihad mereka melalui kajian
mendalam terhadap dalil-dalil syarak (Ibn Ashur, 2001). Menurut Talib (2010),
pembahagian ini tidak dinyatakan secara langsung dalam nas atau ijmak, tetapi ia
berpandukan pada kajian mendalam terhadap hukum-hukum yang tetap disyariatkan
dalam pelbagai cabang fiqh serta sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia. Dengan
demikian, dari penjelasan tersebut, dapat difahami bahawa syariat Islam bertujuan
untuk memberikan kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka dari keburukan,
sambil menjamin kepentingan mereka. Kepentingan yang menjadi objektif syarak
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Daruriyyat (keperluan asasi), Hajiyyat (keperluan
kedua) dan Tahsiniyyat (keperluan penambahbaikan) (Alias et al., 2018).

i. Bahagian Maqasid Al-Syariah yang pertama ialah Maqasid Daruriyyat.


Maqasid Daruriyyat ialah perkara yang sangat penting yang merupakan
keperluan asas dalam kehidupan manusia sekiranya keperluan ini tidak
dipenuhi, kehidupan manusia itu akan menuju kehancuran. Keperluan
asas yang perlu dipelihara ialah agama, nyawa, akal, keturunan dan harta
(Alias et al., 2018).

23
ii. Selanjutnya, Maqasid Hajiyyat merujuk kepada keperluan manusia
yang memastikan kelancaran dalam kehidupan mereka. Jika keperluan
ini tidak terpenuhi, ia dapat menyebabkan kesulitan atau kekacauan
dalam kehidupan individu (Alias et al., 2018). Contoh-contoh keperluan
ini termasuk keharusan transaksi jual beli, pinjaman, sewaan, serta
kemudahan dalam menjalankan ibadah ketika sakit atau berada dalam
perjalanan. Secara tidak langsung, aspek-aspek ini turut menyokong dan
memenuhi keperluan asas yang telah dinyatakan sebelum ini dalam
maqasid daruriyyat.

iii. Maqasid Tahsiniyyat adalah bahagian terakhir dalam Maqasid Al-


Syariah. Ia merujuk kepada keperluan sampingan dan pelengkap yang
menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mewah. Walaupun
tidaklah penting untuk kelangsungan hidup, keperluan ini memberikan
kualiti dan keselesaan tambahan dalam kehidupan individu. Tanpa
keperluan ini, kehidupan manusia mungkin tidak menjadi sukar, tetapi
ia dapat menjadikan kehidupan itu lebih suram dan kurang ceria.
Sebagai contoh, keharusan untuk memakai pakaian yang berhiasan atau
menggunakan kenderaan yang mewah (Al-Najjar, 2008; Al Shaṭibi,
2004).

Berdasarkan penjelasan di atas, jelaslah bahawa ketiga-tiga Maqasid Al-Syariah


saling melengkapi antara satu sama lain. Maqasid daruriyyat diperkukuhkan oleh
maqasid hajiyyat dan tahsiniyyat. Walau bagaimanapun, keperluan yang paling utama
adalah maqasid daruriyyat, kerana tanpanya, maka keperluan kepada maqasid hajiyyat
dan tahsiniyyat tidak akan timbul. Terdapat juga lima dasar utama Maqasid Al-Syariah
yang harus dijaga. Kadang-kadang ia dirujuk sebagai daruriyyat al-khams kerana dasar-
dasar ini merupakan komponen penting dalam Maqasid Daruriyyat.

24
Lima dasar tersebut termasuklah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan,
dan harta. Oleh itu, dasar pertama iaitu menjaga atau memelihara agama adalah perkara
utama yang paling penting untuk dijaga dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan
kerana keadaan beragama adalah nilai terbesar manusia dan menjadi pemisah antara
nilai insaniah dan haiwaniah. Kajian ini akan menumpukan kepada kaitan dasar
memelihara agama dengan lebih mendalam kerana kebebasan beragama dalam
perlembagaan berkait rapat dengan maslahah ini

4.2. Galakan Perkahwinan

i. Memelihara keturunan dan menjamin berkembang serta berkekalan zuriat


umat manusia yang beriman mengikut landasan yang betul.

Secara keseluruhannya, kelestarian kehidupan manusia, kebudayaan, dan


peranan manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini bergantung pada kesan yang
efektif dalam menjaga keberlanjutan pembiakan manusia agar tidak terancam
kepupusan (Wahbah al-Zuhaili, Dr., 1989) . Semua aspek yang berkaitan dengan
proses pembiakan memerlukan struktur dan sistem yang stabil untuk memastikan
kelancaran, kualiti, dan kesempurnaan.

Oleh itu, manusia memerlukan institusi keluarga yang teguh dan berterusan
untuk mencapai matlamat ini secara holistik. Maka hanya sistem kekeluargaan ini
yang mampu mengendalikan urusan tersebut dengan mantap, selamat dan lebih
tersusun.Melalui perkahwinan yang sah dapat diharapkan memperoleh keturunan
yang sah dalam masyarakat sehingga kelangsungan hidup dalam keluarga dan
keturunannya dapat berkembang terus secara jelas dan bersih (Undang-undang No.
1 Tahun 1974 Tentang Perkahwinan, 1986 ).

25
ii. Memenuhi dan menyempurnakan tuntutan hawa-nafsu mengikut jalan yang
diredhai Allah S.W.T serta menyelamatkan manusia daripada kejahatan
nafsu syahwat 53 dan memelihara manusia dari perkara yang haram.

Melalui perkahwinan dalam Islam, tuntutan hawa nafsu dan naluri seks dapat
disalurkan secara sah dan teratur. Tanpa saluran yang sah, manusia cenderung
melakukan perbuatan-perbuatan yang menimbulkan perkara perkara yang tidak
baik dalam masyarakat. Jika kebutuhan naluri seks tidak dipenuhi melalui cara
yang sah, manusia dapat terjerumus ke dalam perilaku yang tidak bermoral, tidak
ubah seperti haiwan atau bahkan lebih buruk lagi.

Ini dapat mengganggu ketenteraman masyarakat dan menimbulkan masalah


dengan lahirnya anak-anak dari hubungan yang tidak sah. Oleh kerana itu,
perkahwinan dalam Islam dianggap sebagai ketetapan Allah untuk menghalang
kegiatan bebas antara lelaki dan perempuan yang dapat mengakibatkan perbuatan
zina. Zina adalah perbuatan keji yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia boleh
membawa kesan buruk kepada pertumbuhan sosial dan merosakkan zuriat serta
keturunan secara berpanjangan.

iii. Mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang kukuh, mantap dan berkekalan
berasaskan kasih sayang dan kerahmatan Allah S.W.T.

Relitinya keluarga merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan
kebudayaan dalam Islam. Ia merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan
sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya Khurshid Ahmad, Prof. (t.t).
Sehubungan itu, Muhammad Ali dalam bukunya "De Relegie Van Den Islam"
mengatakan keluarga yang merupakan kesatuan yang nyata dari bangsa- bangsa
manusia, yang menyebabkan terciptanya peradaban hanyalah mungkin
diwujudkan dengan perkahwinan.

26
Tanpa perkahwinan tidak ada keluarga dan dengan sendirinya tidak ada unsur-
unsur yang mempersatukan bangsa manusia. Sebagai kelanjutannya tidak ada
peradaban. Hanya dengan keluarga dapat tersusun bangsa-bangsa manusia dan
dengan keluarga itu pula terciptanya peradaban. Maka jelas bahawa hubungan
antara ahli-ahli dalam keluarga khususnya dalam hubungan suami isteri bukanlah
hubungan fizikal semata-mata bahkan lebih daripada itu.

Keluarga dalam Islam berperanan penting sebagai pusat mengembangkan kasih


sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan, saling mempercayai antara satu
sama lain, pengorbanan, perkongsian dan sebagainya. (Undang-undang No. 1
Tahun 1974 Tentang Perkahwinan, 1986 ).

iv. Mengamalkan sunnah dan syari'at Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad
SAW serta dapat membina masyarakat manusia selaras dengan naluri
semulajadi manusia. Sabda Rasulullah SAW :

"Orang yang tidak menyukai sunnahku, bukanlah termasuk umatku dan salah
satu sunnahku ialah perkahwinan. Maka barangsiapa menyintaiku hendaklah
melakukan sunnhaku." (Ali Bin Abi Bakr al-Hathainiy, 1407, Majmu’ al- Zawaid).

4.3. Larangan Hidup Membujang

Perkahwinan dapat didefinisikan sebagai perikatan yang sah antara lelaki dan
perempuan menjadi suami isteri menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Ada
sebahagian besar yang berfikiran bahawa berkahwin itu merupakan suatu perkara
sunnah yang dituntut, manakala ada sebahagian pula berfikiran bahawa perkahwinan
bukanlah suatu tuntutan, malah dianggap sebagai pemanis dalam kehidupan seseorang
sahaja. Akan tetapi, menjalani kehidupan sebagai orang bujang amat dipandang rendah
bukan sahaja dari sudut kedudukan dalam masyarakat bahkan ditentang dari sudut
pandangan agama.

27
Pada zaman ini, boleh dikatakan bahawa sebilangan besar kaum Hawa lebih rela
hidup membujang seumur hidup berbanding meletakkan keputusan untuk berumah
tangga atas sebab kes-kes perkahwinan dan penceraian yang sering berlaku dalam
negara khususnya kepada golongan-golongan belia. Memang benar jika dilihat secara
zahirnya bahawa hidup membujang lebih bebas berbanding hidup berkeluarga tetapi
tidak dapat menjamin ketenangan dan kebahagiaan kerana Allah SWT telah
menjelaskan bahawa orang yang berkahwin akan dibuka pintu rezeki yang luas,
kesejahteraan dan juga kasih sayang. Firman Allah SWT:

‫سكُنُوا إِلَيْ َها َو َجعَ َل بَيْنَكُم َّم َو َّدةً َو َر ْح َمةً ۚ إِنَّ فِي ٰذَ ِلكَ ََليَات ِلقَ ْوم‬
ْ َ ‫سكُ ْم أ َ ْز َوا ًجا ِلت‬
ِ ُ‫ق لَكُم ِمنْ أَنف‬
َ َ‫َو ِمنْ آيَاتِ ِه أَنْ َخل‬
‫َيتَفَ َّك ُرو َن‬

al-Rum:21

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan


rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri
daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Pada dasarnya, Rasulullah SAW tidak gemar akan umatnya yang membujang
seumur hidup kerana secara asasnya perkahwinan adalah salah satu cara umat dan
pengikut Rasulullah SAW untuk berkembang dari sebelum sehinggalah baginda wafat
iaitu hingga ke hari ini. Menurut hadis Riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim yang
bermaksud, “Berkahwinlah kamu dan beranak-pinaklah kamu dengan banyaknya,
sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat lain pada hari
akhirat.”

28
Berdasarkan hadis yang dinyatakan, itu bukanlah satu perlian atau paksaan
untuk orang yang masih tiada pasangan untuk bergegas mencari pasangan hidup
sedangkan hidup membujang boleh dikecualikan oleh syarak sekiranya terdapat alasan
yang kukuh dan munasabah seperti ada kekurangan kesihatan fizikal, masalah penyakit
dalaman (mental), tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami
atau isteri, cepat terganggu terutamanya dari segi emosi dan mental serta semua perkara
yang menghalangnya untuk mendirikan rumah tangga.

Dengan itu, kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan untuk mendirikan


rumah tangga adalah sangat digalakkan untuk berkahwin kerana perkara ini dapat
melindungi dan memelihara diri daripada fitnah orang sekeliling dan dari terjebak
dengan perkara-perkara mazmumah yang akan membawa kepada kemurkaan Allah
SWT. Jika seseorang itu enggan untuk berkahwin, biarlah keenggannya itu dibenarkan
oleh syarak. Haram baginya untuk sengaja tidak berkahwin dan hanya tertumpu dengan
hidup membujang semata-mata demi kepentingan dan kepuasan diri sendiri.

4.3 Pengharaman Pengguguran Janin

Anak merupakan satu anugerah dan nikmat yang telah diberikan oleh Allah
SWT kepada hamba-hambaNya sebagai satu amanah untuk mengajar dan mendidik
mereka kerana akan ditanya di akhirat kelak. Ada kala masanya pasangan suami isteri
berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan zuriat setelah berumah tangga dalam
tempoh masa yang lama. Diselitnya rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah SWT
pasti ada ujian dan dugaannya, antaranya ialah pengguguran.

29
Pengguguran atau al-ijhad (‫ )اإلجهاض‬dari segi bahasa membawa maksud janin
yang jatuh (gugur) yang telah sempurna dan telah ditiupkan roh tetapi masih belum
bernyawa. Istilah al-ijhad ini membawa maksud yang sama dengan perkataan al-izlaq
(tergelincir), al-isqat (jatuh), al-imlas (tergelincir) dan al-islab (jatuh). Dari sudut ilmu
sains perubatan pula, pengguguran bermaksud pembuangan hasil persenyawaan (janin)
sebelum tamat tempoh kandungan yang normal. Sabda Nabi Muhammad S.A.W
daripada Abdullah bin Mas’ud R.A:

‫ ثم يكون مضغة مثل‬، ‫ ثم يكون علقة مثل ذلك‬، ‫إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما نطفة‬
‫ بكتب رزقه وعمله وأجله وشقي أو سعيد‬: ‫ فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات‬، ‫ ثم يرسل هللا إليه الملك‬، ‫ذلك‬

Maksudnya: “Seseorang dari kamu ditempatkan penciptanya di dalam perut


ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi ‘alaqah selama itu pula (40 hari),
kemudian menjadi mudhghah selama itu pula (40 hari); kemudian Allah mengutus
seorang malaikat lalu diperintahkan empat kalimat (hal), dan dikatakan kepadanya:
Tulislah amal, rezeki dan ajalnya, serta celaka atau bahagianya kemudian ditiupkan ruh
kepadanya.” Hadis riwayat al-Bukhari (3208) dan Muslim (2643)

Terdapat dua hukum pengguguran janin, iaitu keadaan yang pertama ialah usia
kandungan lebih daripada 120 hari dan usia kandungan kurang daripada 120 hari untuk
keadaan yang kedua. Dalam situasi usia kandungan lebih daripada 120 hari, hukumnya
jatuh haram untuk menggugurkan kandungan tersebut setelah ditiupkan roh tanpa
sebab-sebab yang boleh diterima sebagai darurat. Para jumhur fuqaha’ telah bersepakat
kerana dianggap melakukan jenayah membunuh terhadap makhluk hidup yang
sempurna dan bernyawa tanpa alasan yang kukuh dan munasabah kecuali pengguguran
itu adalah untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.

30
Pendapat ini adalah berdasarkan kepada prinsip Usul Fiqh yang menyatakan:

‫ضررا بارتكاب أخفهما‬


ً ‫إذا تعارضت مفسدتان ُروعي أعظ ُمهما‬

Maksudnya: “Jika terdapat dua jenis mudarat, maka hendaklah diraikan mudarat yang
lebih besar dengan mengambil mudarat yang lebih ringan”.

Untuk situasi usia kandungan kurang daripada 120 hari, berlakunya perselisihan
hukum antara para jumhur fuqaha’. Sebahagian besar menyatakan hukumnya makruh
dan sebahagian lain berpendapat bahawa hukumnya haram. Ada juga yang berpendapat
hukumnya harus sekiranya berlaku keuzuran. Tidak lupa juga dalam situasi janin yang
berumur antara satu hari hingga 40 hari, hukumnya adalah makruh sekiranya tidak
mendatangkan kemudaratan dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami
isteri.

Oleh itu, hukum menggugurkan kandungan lebih cenderung kepada haram


kerana tidak berpotensi besar dalam mengancam nyawa ibu secara keseluruhan. Hal ini
disebabkan pakar perubatan masih lagi dapat mengawal keadaan ibu hamil agar dalam
keadaan yang stabil dan selamat untuk meneruskan kandungan tersebut. Walau
bagaimanapun, para ibu hamil sewajarnya mengambil langkah berjaga-jaga dan
sentiasa memohon pertolongan Allah SWT supaya dipermudahkan urusan sepanjang
kehamilan sehingga proses bersalin.

31
4.5. Perceraian

Perceraian dalam hukum Islam merupakan langkah yang dilakukan oleh


pasangan suami dan isteri apabila hubungan rumah tangga mereka tidak dapat
diselamatkan dan jika diteruskan akan menimbulkan mudarat bagi suami, isteri,
mahupun anak. Dalam Islam hukum perceraian ini dilakukan dengan cara yang baik
demi mendatangkan kebaikan dan manfaat bagi semua pihak yang berkepentingan.
Antara sebab-sebab penceraian yang berlaku ialah:

4.5.1. Pengabaian Nafkah Dan Tanggungjawab

Sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah rumah tangga, sangat penting bagi
seorang suami melaksanakan hak seorang isteri iaitu layanan baik, mas kahwin, nafkah
zahir dan batin meliputi soal makan, minum, pendidikan, kesihatan, tempat tinggal,
pakaian dan keperluan-keperluan asas yang lain yang perlu disediakan berdasarkan
kemampuan seorang suami. Sekiranya hak ini dilaksanakan dengan baik, nescaya
rumah tangga akan beroleh kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga. hAl ini
menujukkan bahawa tanggungjawab seorang insan yang bergelar suami ini besar dan
amat berat. OLeh sebab itu, pentingnya ilmu pengetahuan sebelum mendirikan rumah
tangga.

32
4.5.2. Suami Nusyuz

Apabila seorang suami berpoligami dan ketika dia berpoligami, dia tidak
berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya dari segi nafkah, tanngungjawab dan waktu
penggiliran, maka suami itu dianggap nusyuz. Hal ini akan memberi kesan buruk
kepada hubungan keluargaan seperti keretakan hubungan suami isteri atau berlaku
ketegangan antara mereka kerana isteri selalu merasa tertekan terhadap situasi suami
yang telah mengabaikan tanggungjawabnya.

4.5.3. Tiada Kesefahaman

Persefahaman merupakan salah satu faktor penting dalam mengekalkan sesuatu


hubungan. Tidak wujud persefahaman merupakan punca perceraian dalam kebanyakan
hubungan rumah tangga. Hal ini berlaku apabila adanya suami isteri yang saling tidak
memahami tugas pasangan, tidak mempunyai rasa ingin saling membantu malah gemar
membuat hal sendiri walaupun sudah mempunyai anak. Antara contoh tiada
persefahaman itu ialah taraf pendidikan antara pasangan suami dan isteri. Akhirnya
jalan penyelesaian paling mudah akan dipilih iaitu bercerai.

4.6. “Keharusan Penceraian Ketika Tiada Penyelesaian”

Setiap pasangan yang tidak dapat menyelesaikan konflik akan memilih untuk
berpisah. Terdapat beberapa jenis perceraian mengikut hukum syarak di negara kita,
namun empat jenis perceraian utama yang selalu digunakan adalah Talaq, Khuluk,
Fasakh dan Li’an. Islam mendidik umatnya mencari jalan penyelesaian dengan penuh
harmoni dan hikmah sehingga berlaku perdamaian antara suami dan isteri. Namun,
seandainya wujud penganiayaan atau kezaliman ke atas isteri, undang-undang keluarga
Islam menyediakan prosedur tuntutan pembubaran perkahwinan secara fasakh dan
khuluq (tebus talak).

33
5.0. PENUTUP

Kesimpulannya, dapat difahami bahawa perkahwinan adalah akad yang boleh


menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan dengan syarat mengikut syarat dan
rukun yang telah ditetapkan oleh Syarak. perkahwinan adalah salah satu ibadah yang
dianjurkan dalam Islam dan ia nya merupakan satu tuntutan agama dalam meraikan fitrah
manusia untuk berpasangan.

Tujuan perkahwinan juga adalah untuk menjaga keturunan, memelihara kesucian


diri, dan juga melaksanakan tuntutan syariah. Pasangan yang ingin berkahwin perlulah
mengikut rukun dan syarat nikah yang telah ditetapkan oleh syarak dan perundangan
Islam. Hal ini kerana, jika salah satu rukun atau syarat nikah ini tidak dipatuhi atau
tertinggal, sesuatu perkahwinan itu dikira sebagai perkahwinan fasid dan perlu
difaraqkan.

34
SUMBER RUJUKAN

1. Al-Quran

2. Wan Ismail, W. A. F., Hashim, H., Abdul Shukor, S., & Harun, A. (2018). Faraq perkahwinan
bagi pasangan tak sah taraf di negeri sembilan (Judicial separation of illegal marriage in
Negeri Sembilan). International Journal of Islamic Thought (IJIT).

3. Al-Shirbini, Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad al-Khatib. (1994). Mughni al-muhtaj
ila ma’rifah ma’ani alfaz al-minhaj, ed. ali muhammad mu’awwad dan adil ahmad abd al-
mawjud. jilid 4. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

4. Al-Zuhaili, Muhammad. (2015). Al-mu‘tamad fi al-fiqh al-shafi‘i. Jilid 4. Damshiq: Dar al-
Qalam.

5. Al-Jaziri, Abd al-Rahman. (1999). Kitab al-fiqh ala madhahib al-arba’ah, ed. muhammad
bakr ismail. jilid 4. Qaherah: Dar al-Manar.

6. Mustafa Abd al-Ghayy Syaibah. (2001). Ahkam al-usrah fi al-shariah al-islamiyyah. Libya:
Jami’ah Sabha.

7. Al-Zuhaili, Wahbah. (1997). Al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Jilid 9. Beirut: Dar al-Fikr.

8. Baafdhal, Muhammad Ibn Ahmad. (t.t). Majmu’ fi ahkam al-nikah. T.Tpt: Dar al-Turath.

9. Abdullah, A. S., & Ahmad, N. M. (2023). Maqasid Al-Syariah dan Hubungkaitannya dengan
Hak Kebebasan Beragama di Malaysia. UMRAN: International Journal of Islamic and
Civilizational Studies.

10. Ghazali, M. R. (2014). Kepentingan maqasid syariah dalam berfatwa di Malaysia. Journal of
Fatwa Management and Research, 4(1), 7-32.

11. Chek, R. (2010). Konsep perkahwinan dalam Islam dan Kristian: kajian perbandingan/Roziah
binti Chek (Doctoral dissertation, University of Malaya).

12. Wahbah al-Zuhaili, Dr., (1989), Al-Fiqh al-Islamiyy Wa Adillatuh, juz 2, cet. 3, Dar al-Fikr,
Damsyik, hal. 56

13. Hukum Perkahwinan Islam dan Undang-undang Perkahwinan (Undang-undang No. 1 Tahun
1974 Tentang Perkahwinan), ( 1986 ), cet. 2, Yogyakarta: LIBERTY, hal. 4

35
14. Khurshid Ahmad, Prof. (t.t), Family Life In Islam, hal. 18-28. Tahun 1974 Tentang
Perkahwinan), ( 1986 ),op.cit., hal. 17 Hukum Perkahwinan Islam dan Undang-undang
Perkahwinan.

15. Mahaiyadin, M. H. (2017). Hubungan Maqasid Syariah Dan. 1(November), 23–38.

16. Badran, Abu al-‘Aynayn Badran. (t.t.). Al-Syariah al-Islamiyyah. Iskandariyyah : Muassasah
Syabab al-Jami’ah.

17. Ibn ᶜĀshūr, M. Ṭāhir. (2001). Maqāṣid al-Sharīᶜah al-Islāmiyyah. (M. al-Ṭāhir Al-Maysāwī,
Ed.) (Ed. ke-2).

18. Al-Fasi. A. (2007). Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah. Tab’ah: 1. Morocco: Dar al-Gharbi al-
Islami.

19. Al-Qaradawiy, Y. (2012). Dirasah fi fiqh maqasid al-kulliyyah wa al-nusus al-juz’iyyah.


Kaherah: Dar al-Shuruq.

20. Al-Ghazaliy, A. H. M. (1996). Al-Mustasfa min ‘ilm al-usul. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah.

21. Ahmad, N. (2020). Maqasid Al-Syariah : analisis berdasarkan pemikiran sarjana ekonomi
islam arus perdana maqasid al-syariah : Analysis Based On Scholar Of Thought In Mainstream
Islamic Economics. 151– 158.

22. Alias, M. N., Samsudin, M. A., & Omar, A. F. (2018). Maqasid Syariah Sebagai Sandaran
Hukum Menurut Mazhab.

23. Talib, I. B. I. N. (2010). Maq As Id Shar I ‘ Ah Dalam Belanjawan Negara : Kajian Antara
Tahun 2007-2010.

24. KES 1: http://jummec.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22692/11274

25. KES 2: https://jpmm.um.edu.my/index.php/JSLR/article/view/44945/15892

26. KES 3: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/636235

36

You might also like