You are on page 1of 12

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1 KANDUNGAN 1
2 1.0 PENGENALAN 2
3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
4 3.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 3 - 10
3.1 DEFINISI ZINA
3.2 DALIL BERKAITAN ZINA
3.3 SYARAT HUKUMAN ZINA
3.4 KAEDAH PENSABITAN ZINA
3.5 PELAKSANAAN HUDUD KE ATAS PENZINA
5 4.0 KESIMPULAN 11
6 5.0 RUJUKAN 12

1
1.0 PENGENALAN

Zina adalah satu dosa besar menurut pandangan islam. Zina merupakan kesalahan yang
termasuk dalam perbuatan yang amat kuat pengharamannya berbanding dengan pengharaman
perkara lain. Selain mengharamkan zina, Allah juga meletakkan zina dalam kategori dosa-
dosa besar seperti syirik dan membunuh. Pelaku zina juga dijanjikan azab yang dahsyat.

Jenayah zina merupakan salah satu daripada tujuh jenayah yang termasuk di bawah
kesalahan hudud dalam undang-undang jenayah islam mengikut jumhur ulama’. Secara
dasarnya, hudud merupakan satu istilah yang digunakan untuk hukuman atau seksaan yang
telah ditetapkan bentuk dan kadar hukumannya. Selain zina, enam lagi jenayah yang
diletakkan dalam jenayah hudud adalah qazaf, minum arak, mencuri, menyamun,
memberontak dan murtad. Pelaksanaan hukuman bagi jenayah zina diwajibkan ke atas
pemerintah Islam untuk memelihara kesucian keturunan manusia daripada lahirnya generasi
dan keturunan tanpa ikatan perkahwinan dan terputus nasabnya. Bagaimanapun, sejarah
pelaksanaan hukuman zina tidak banyak dicatatkan dalam sejarah perundangan islam.
Hukuman bagi jenayah zina terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori penzina yang
belum berkahwin dan kategori penzina yang sudah berkahwin. Hukuman bagi jenayah zina
disepakati jumhur ulama’ namun khilaf pada beberapa perkara seperti cara perlaksanaan
hukuman dan syarat pensabitan hukuman.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


i. Mengenalpasti hukuman bagi jenayah zina yang terdapat dalam Undang-Undang Jenayah
Islam.
ii. Mengkaji pembahagian dan khilaf fuqaha’ bagi hukuman jenayah zina dalam Islam.

2
3.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 DEFINISI ZINA

Dari segi bahasa : al-Zina berkurang dan disebut sebagai zina dengan mengurangkan daripada
bahasa penduduk Hijjaz. Dalam Bahasa Arab, al-Zina (‫ )الزنا‬dan al-Zina’(‫ )الزنا‬adalah kata
terbitan daripada perkataan zana (‫ )زنى‬yang membawa maksud perbuatan mungkar bagi
seseorang perempuan iaitu persetubuhan.

Dari segi istilah : Para fukaha’ mentakrifkan zina mengikut pendapat masing-masing.
Antaranya ialah :

Mazhab Syafie’ : Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki Islam dan yang
hidup dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhinya tanpa
akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya, sedangkan dia seorang
yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu bahawa perbuatannya itu adalah haram.

Mazhab Maliki : Persetubuhan seorang yang mukallaf pada faraj manusia tanpa hak
milik padanya mengikut hukum dengan cara haram.

Mazhab Hanafi : Nama bagi persetubuhan haram pada kemaluan perempuan yang
hidup, dengan pilihan sendiri, dalam negara Islam oleh orang yang patuh kepada hukum
Islam, tanpa hak milik atau seumpamanya dan tanpa akad nikah atau seumpamanya.

Mazhab Hanbali : Menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa


sebarang syubhah.

3
3.2 DALIL BERKAITAN ZINA

(i) Dalil Pengharaman Zina

‫َواَل تَ ْق َربُوا ال ِّز ٰن ٓى ِانَّهٗ َكانَ فَا ِح َشةً ۗ َو َس ۤا َء َسبِ ْياًل‬

(Al-Israa' 17:32)

Maksudnya :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang
keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

َ ‫ك یَ ۡل‬
‫ق أَثَ ࣰماا‬ َ ِ‫ونَ َو َمن یَ ۡف َع ۡل َذ ٰ ل‬ ِّ ‫س ٱلَّتِی َح َّر َم ٱهَّلل ُ إِاَّل بِ ۡٱل َح‬
ۚ ُ‫ق َواَل یَ ۡزن‬ َ ‫َوٱلَّ ِذینَ اَل یَ ۡد ُعونَ َم َع ٱهَّلل ِ إِلَ ٰـهًا َءا َخ َر َواَل یَ ۡقتُلُونَ ٱلنَّ ۡف‬

(Al-Furqan 25:68)

Maksudnya :

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali denganjalan yang hak (yang
dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan
mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia
pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,kecuali orang yang bertaubat
dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan
menggantikan (pada tempat) kejahatan merekadengan kebaikan, dan adalah Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4
(ii) Dalil Peruntukan Hukuman Zina

1. Dalil Daripada Al-Quran

Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin.

‫هّٰلل‬ ‫هّٰللا‬
ِ ‫اَل َّزانِيَةُ َوال َّزانِ ْي فَاجْ لِ ُدوْ ا ُك َّل َوا ِح ٍد ِّم ْنهُ َما ِمائَةَ َج ْل َد ٍة ۖ َّواَل تَأْ ُخ ْذ ُك ْم بِ ِه َما َر ْأفَةٌ فِ ْي ِد ْي ِن ِ اِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ْؤ ِمنُوْ نَ بِا‬
َ‫ط ۤا ِٕٕىِـفَةٌ ِّمنَ ْال ُم ْؤ ِمنِ ْين‬
َ ‫َو ْاليَوْ ِم ااْل ٰ ِخ ۚ ِر َو ْليَ ْشهَ ْد َع َذابَهُ َما‬

(An-Nuur 24:2)

Maksudnya :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.

Hukuman rejam dengan dalil dari ayat Al-Quran yang telah dimansuhkan bacaannya tetapi
tidak hukumnya.

ِ ‫ال َّش ْي ُخ َوال َّش ْي َخةُ ِإ َذا زَ نَيَا فَارْ ُج ُموهُ َما ْالبَتَّةَ نَ َكاال ِم ْن هَّللا‬

Maksudnya :

Lelaki tua dan perempuan tua apabila kedua-duanya berzina maka rejamlah mereka sebagai
pembalasan daripada Allah.

5
2. Dalil Daripada Al-Sunnah

ِ ِّ‫ و الثَّيِّبُ بالثَّي‬، ‫ و نَ ْف ُي َسن ٍة‬، ‫كر ؛ َجل ُد ِمائ ٍة‬


‫ َجل ُد مائ ٍة و‬، ‫ب‬ َّ ُ‫ ق ْد جعل هللا‬، ‫ُخ ُذوا عنِّي ُخ ُذوا عنِّي‬
ِ ِ‫ البِك ُر بالب‬، ‫لهن َسبِياًل‬
‫الرَّجْ ُم‬

Maksudnya :

Ambillah daripadaku, sesungguhnya Allah telah menentukan bagi mereka jalan, dara dengan
teruna (apabila berzina) seratus kali sebatan dan buang daerah selama setahun. Manakala
yang sudah berkahwin dengan mereka yang sudah berkahwin (apabila berzina) sebatlah
seratus kali dan kemudian rejamlah.

‫عن زيد بن خالد الجهني قال سمعت النبي صلى هللا عليه وسلم يأمر فيمن زنى ولم يحصن جلد مائة وتغريب عام‬

Maksudnya :

Dari Zaid Bin Khalid al-Hahna berkata : saya mendengar Nabi SAW menyuruh supaya orang
berzina dan belum berkahwin dipukul seratus kali dan pembuangan (penjara) 1 tahun.

‫ فشهد على‬،‫ فحدثه أنه قد زنى‬- ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫عن جابر بن عبد هللا األنصارى "أن رجاًل من أسلم أتى رسول هللا‬
‫ وكان قد أحصن‬،‫ فرُجم‬- ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ فأمر به رسول هللا‬،‫"نفسه أربع شهادات‬

Maksudnya :

Dari Jabir Bin Abdullah Al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada
Rasulullah SAW dan menceritakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya 4
kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah
pernah berkahwin.

6
3.3 SYARAT HUKUMAN ZINA

Terdapat sepuluh syarat had zina yang telah disebutkan ulama’ yang mana sebahagiannya
disepakati dan sebahagian lagi terdapat khilaf padanya. Syarat-syarat ini jika tidak dipenuhi
maka gugurlah had zina tertuduh.

1. Seorang penzina itu hendaklah telah baligh. Kanak-kanak yang belum baligh tidak
dikenakan had zina dengan sepakat ulama’.

2. Seorang penzina itu mestilah berakal. Orang gila tidak dikenakan had dengan sepakat
ulama’. Sekiranya lelaki berakal berzina dengan perempuan gila atau lelaki gila berzina
dengan perempuan berakal, had dikenakan terhadap orang yang berakal.

3. Penzina hendaklah beragama Islam (Muslim) pada pendapat ulama’ Maliki. Lelaki kafir
tidak dikenakan had apabila berzina dengan perempuan kafir, tetapi lelaki itu perlu diajar
sekiranya menzahirkan zina. Kalau lelaki kafir memaksa perempuan Islam melakukan zina,
dia dihukum bunuh. Kalau berzina dengan perempuan Islam secara rela, lelaki itu.
dipalingkan daripada perempuan itu dan dikenakan ta’zir. Jumhur ulama’ berpendapat lelaki
kafir dikenakan had zina, tetapi kafir muhsan (yang sudah berkahwin) tidak direjam di sisi.
Ulama’ Hanafi sebaliknya disebat. Tidak dikenakan had zina dan minum arak ke atas
musta’man (lelaki yang mencari keamanan) menurut ulama’ Shafi’e dan Hanbali kerana ia.
adalah hak Allah dan tidak perlu beriltizam dengan janji hak-hak Allah.

4. Penzina itu hendaklah melakukan dalam keadaan rela. Para fuqaha’ selisih pendapat
adakah dikenakan had bagi seseorang yang dipaksa berzina. Jumhur berpendapat tidak
dikenakan had. Sementara menurut ulama Hanafi dikenakan had.

5. Berzina dengan manusia. Jika mendatangi binatang, tidak dikenakan had dengan sepakat
empat mazhab dan pendapat yang paling sah di sisi ulama’ Syafi’e tetapi dikenakan ta’zir.

6. Berzina dengan orang yang boleh bersetubuh. Kanak-kanak yang tidak boleh bersetubuh
tidak dikenakan had dan perempuan yang belum baligh ketika persetubuhan itu juga tidak
dikenakan had.

7. Perbuatan itu tiada syubhah padanya. Kalau ada sebarang syubhah maka gugur had
tersebut.

8. Penzina itu hendaklah tahu tentang pengharaman zina.

7
9. Perempuan itu bukan dari negeri kafir. Tapi kalau dari negeri kafir dikenakan had menurut
Ibnu Al-Qasim daripada Mazhab Maliki khilaf dengan pendapat Ibnu Al-Majshun.

10. perempuan itu masih hidup. Tidak dikenakan had menurut jumhur menyetubuhi
perempuan yang mati namun dikenakan had menurut pendapat yang masyhur di sisi ulama’
Hanafi.

3.4 KAEDAH PENSABITAN ZINA

Kaedah pensabitan zina terbahagi kepada tiga iaitu melalui pengakuan, saksi dan qarinah
(bukti).

(i) Pensabitan zina melalui pengakuan

Pengakuan yang dilakukan oleh penzina sendiri bahawa dia telah berzina. Menurut
ulama’ Syafie dan Maliki, pengakuan yang dilakukan memadai hanya sekali manakala
menurut pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali, pengakuan itu mestilah dilakukan sebanyak
empat kali. Terdapat beberapa syarat pengakuan termasuklah pengakuan tersebut mestilah
dilakukan oleh seorang yang baligh dan berakal, pengakuan mestilah berbentuk ucapan dan
pengaku mestilah dalam keadaan sedar ketika melafazkan pengakuan tersebut.

(ii) Pensabitan zina melalui saksi

Penyaksian oleh empat orang saksi. Saksi perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh hukum syarak iaitu lelaki, Islam, sudah akil baligh dan adil. Disyaratkan juga para saksi
mestilah mengetahui hakikat zina dan melihat perlakuan zina itu dengan jelas tanpa sedikit
samaran pun. Jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi, maka penyaksian
mereka tidak akan diterima.

(iii) Pensabitan zina melalui qarinah (bukti)

Tanda-tanda atau petunjuk yang membuktikan berlakunya zina. Sebagai contoh,


perempuan yang belum berkahwin didapati hamil atau perempuan yang melahirkan anak
dalam masa tidak sampai 6 bulan daripada tarikh pernikahannya. Walau bagaimanapun,
kaedah ini tidak diterima oleh jumhur ulama’, hanya beberapa fuqaha’ yang menerima
kaedah ini termasuklah Malikiyyah. Penerimaan dan penolakan terhadap bentuk pembuktian
berdasarkan kepada hujah masing-masing namun yang pastinya penolakan ini bagi mengelak
timbulnya keraguan dalam penyabitan.

8
3.5 PELAKSANAAN HUDUD KE ATAS PENZINA

(i) Syarat pelaksanaan

Terdapat beberapa syarat bagi melaksanakan hukuman hadd, antaranya yang meliputi semua
hukuman hudud dan sesetengahnya khas bagi hukuman rejam sahaja. Pelaksanaan yang
meliputi semua hudud dilaksanakan oleh pemerintah, sementara bagi hukuman rejam
khususnya disyaratkan bermula dengan rejaman para saksi. Maka, pemerintah atau wakilnya
ialah pelaksana hukuman had bagi jenayah zina ini. Sekiranya penzina muhsan sabit melalui
pengakuannya sendiri maka hukuman rejam akan dimulakan oleh pemerintah. Manakala,
bagi penzina muhsan yang sabit jenayahnya melalui saksi, maka hukuman rejam itu
disyaratkan dimulai dengan para saksi. Bagi hukuman sebatan pula, pemerintah boleh
melaksanakannya atau mewakilkan kepada seseorang yang layak.

Seterusnya, syarat yang disepakati para fuqaha’ ialah tidak boleh takutkan kebinasaan
semasa dijalankan hukuman hadd kerana hukuman ini disyariatkan sebagai tegahan bukanlah
kebinasaan. Justeru, tidak harus menjalankan hukuman sebatan dalam cuaca yang sangat
panas atau terlalu sejuk, semasa sakit, dan hamil. Hal ini kerana jika hukuman hadd
dijalankan pada keadaan ini akan membawa kepada kemudaratan yang lari dari maksud
hukuman hudud dijalankan.

Akan tetapi, dalam hukuman rejam tidak pula disyaratkan tanpa takut akan
kebinasaan semasa menjalankannya kerana hukuman rejam itu sendiri adalah hukuman yang
membinasakan kecuali bagi perempuan yang hamil. Hukuman rejam tidak akan dilakukan
semasa hamil kerana rejam itu akan membawa kebinasaan kepada bayi dalam kandungan.
Oleh itu, hukuman rejam perempuan yang hamil ditangguhkan sehingga dia bersalin dan
selesai pantang.

(ii) Keadaan Pesalah yang dikenakan Hukuman Hadd

Para fuqaha’ telah bersepakati bahawa orang yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah
dalam keadaan berdiri semasa direjam. Untuk pesalah lelaki, dia tidak boleh diikat dengan
sesuatu dan tidak boleh digali lubang untuknya sama ada sabit dengan pengakuan atau saksi.

Untuk pesalah perempuan pula, terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengikut
mazhab masing-masing. Menurut ulama’ Syafie, digalakkan gali lubang untuk perempuan
sekiranya sabit jenayah zinanya melalui keterangan saksi. Berbeza dengan jenayah zina yang

9
sabit dengan pengakuannya sendiri iaitu tidak digali lubang kerana mungkin dia lari
seandainya dia menarik balik pengakuannya itu. Menurut ulama’ Maliki dan Hanbali pula,
tidak perlu menggali lubang untuk perempuan kerana tidak sabit.

Ketika menjalani hukuman sebatan, pesalah lelaki disyaratkan berdiri manakala


pesalah perempuan dalam keadaan duduk dan tidak boleh dilucutkan pakaian biasa mereka
yang menutup aurat seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya. Dikecualikan jika
mereka memakai pakaian yang tebal atau beralas yang boleh menghalang dari rasa sakit
sebatan itu.

(iii) Cara Pelaksanaan Hukuman Hadd

Hukuman rejam dilakukan dengan membaling tanah liat yang keras dan batu yang sederhana
iaitu batu yang memenuhi genggaman tapak tangan, tidak terlalu besar yang boleh
membunuhnya dengan cepat agar kesakitan segera berlalu dan tidak terlalu kecil yang
menyebabkan seksaannya berpanjangan.

Manakala hukuman sebatan pula dilaksanakan dengan sebatan yang sederhana. Orang yang
melakukan sebatan tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau
mengangkat tangannya sehingga menampakkan ketiaknya. Pukulan tersebut disyaratkan
mengenai merata-rata anggota tubuh badan pesalah itu kecuali muka, kepala rusuk dan
anggota yang ditakuti.

Walau bagaimanapun, hukuman hudud iaitu rejam dan sebatan ini hendaklah dijalankan di
tempat yang terbuka dan digalakkan dihadiri oleh orang ramai. Hal ini akan memberi
pengajaran kepada orang yang melihatnya agar mereka sentiasa takut untuk melanggar
perintah Allah SWT.

10
4.0 KESIMPULAN

Hukuman ke atas penzina sebagaimana yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Hadis merupakan
hukuman yang paling sesuai dengan keperluan manusia sesuai dengan tujuan syariah
atau maqasid al-syariah.

Hukuman hudud ini berperanan untuk menjaga kehormatan, maruah dan keturunan
dengan cara menimbulkan rasa gerun kepada sesiapa yang berhasrat untuk melakukan
kesalahan ini.

Namun begitu, keberkesanan undang-undang hudud untuk penzina ini dalam


mencapai tujuan syariah juga bergantung kepada kesepaduan dalam perlaksanaannya.

Ia tidak boleh dilaksanakan secara terpisah daripada aspek-aspek lain seperti akidah,
ibadah, munakahat dan lain-lain.

Jika perlaksanaan undang-undang jenayah termasuk hukuman zina ini dilaksanakan


secara terpisah daripada aspek-aspek agama yang lain, maka besar kemungkinan tujuan-
tujuan atau maqasid Syariah tidak dapat dicapai seperti yang dihasratkan.

11
5.0 RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Wahbah Al-Zuhaili 1997. Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VI. Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka

Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie. Keluaran
JAKIM

Muhammad Fathi Yusof. 2015. Maqasid Syariah dalam Pelaksanaan Hukuman Hudud ke
Atas Pesalah Zina.

Mohamad Said Ishak. 2000. Hudud Dalam Fiqh Islam. Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Abu Mazaya Al- Hafiz. 2004. Fiqh Jenayah Islam. Al-Hidayah Publication

12

You might also like