You are on page 1of 17

DIPLOMA AMALAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN SYARIE

SESI 2023/2024

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA


LLA7083

TAJUK:
Kedudukan Anak Tidak Sah Taraf Berdasarkan Kesalahan Persetubuhan Haram Di
Mahkamah Syariah Di Malaysia

PENSAYARAH:
DR. ZULZAIDI MAHMOD

DISEDIAKAN OLEH:

AFIFAH MUSLIHAH BINTI ZAHARUDIN 2231183


Isi Kandungan

Abstrak ................................................................................................................................. 3
Pendahuluan ......................................................................................................................... 3
Kesalahan Persetubuhan haram ........................................................................................... 4
Anak Tidak Sah Taraf ............................................................................................................ 6
Kedudukan Anak tidak Sah Taraf di Mahkamah Syariah ....................................................... 7
Implikasi Anak Tidak Sah Taraf di Mahkamah Syariah .......................................................... 9
Mahkamah Syariah Bagi Kes Pengesahtarafan Anak Tidak Sah Taraf ................................ 11
Faktor dan Penyelesaian Masalah Persetubuhan Haram .................................................... 13
Faktor Keluarga ............................................................................................................... 14
Faktor Taraf Pendidikan Yang Rendah............................................................................. 14
Penutup .............................................................................................................................. 15
Rujukan............................................................................................................................... 16
KEDUDUKAN ANAK TIDAK SAH TARAF BERDASARKAN KESALAHAN
PERSETUBUHAN HARAM DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

Abstrak

Kedudukan anak tidak sah taraf dalam konteks kesalahan persetubuhan haram di Mahkamah
Syariah Malaysia adalah isu yang kompleks dan sensitif. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki
aspek hukum yang berkaitan dengan kedudukan anak yang lahir dari perbuatan haram
tersebut. Dengan menggunakan pendekatan kajian perundangan dan etika, makalah ini
meneroka pandangan undang-undang terhadap anak tidak sah taraf, hak dan tanggungjawab
yang menyertainya, serta kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan kedudukan mereka.
Penekanan diberikan kepada pentingnya memahami implikasi dari segi hukum syara’, serta
cadangan untuk memperbaiki menerusi faktor-faktor berlakunya anak tidak sah taraf. Kajian
ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pemahaman mendalam mengenai isu ini
dan menyediakan landasan untuk penambahbaikan dalam menangani kes sensitif seumpama
ini di Mahkamah Syariah Malaysia.

Kata kunci: Kedudukan, Mahkamah Syariah, Anak tidak sah Taraf

Pendahuluan

Dalam konteks kehidupan yang bermasyarakat, persoalan undang-undang dan etika


yang berkaitan dengan kesalahan persetubuhan haram memunculkan aspek yang kompleks,
terutama dalam hukum keluarga Islam. Satu aspek yang khusus dan sensitif adalah
kedudukan anak yang dilahirkan dari perbuatan keji ini di dalam Mahkamah Syariah.
Persetubuhan haram, sebagai satu kesalahan yang melanggar prinsip-prinsip undang-
undang syariah, tidak hanya membabitkan individu yang terlibat, tetapi juga menimbulkan
persoalan yang penting mengenai kedudukan dan hak anak yang tidak bersalah.

Melalui kajian ini, kita dapat meneroka bagaimana Mahkamah Syariah menangani isu
ini, bagaimana status anak tidak sah taraf ditetapkan, dan apa implikasi serta tanggungjawab
yang digalas oleh semua pihak yang terlibat. Dengan memahami permasalahan ini secara
mendalam, kita mampu menggali potensi pembaikan sistem dan pendekatan yang lebih baik
dalam menangani kes sensitif ini secara adil dan berwibawa.
Kesalahan Persetubuhan haram

Menurut undang-undang Islam, zina atau persetubuhan luar nikah sehingga


melahirkan anak adalah merupakan satu jenayah yang serius. Jelas Allah S.W.T telah
menegaskan di dalam Al-Quran untuk menjauhinya. Mendekatinya pun sudah dilarang Allah
S.W.T apa pula melakukannya. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

ِّ َ‫الزََن ۖ إِّنَّه َكا َن ف‬


‫اح َشةً َو َساءَ َسبِّ ًيل‬ ُ ِّ ‫َوََل تَ ْقَربُوا‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32

Kesalahan zina ini dikategorikan sebagai kesalahan yang dikenakan hukuman hudud.
Hukuman hudud pula berbeza-beza mengikut pelakunya. Misalnya, kesalahan zina dilakukan
oleh seorang Islam yang telah berkahwin atau muhsan, maka hukumannya adalah rejam
sehingga mati. Sebagaimana firman Allah S.WT. di dalam kitab suci Al-Quran:

‫اَّللِّ إِّن‬
َّ ‫ين‬ِّ ‫اح ٍد ِّمْن ُه َما ِّمائَةَ َجلْ َدةٍ ۖ َوََل ََتْ ُخ ْذ ُكم ِِّبِّ َما َرأْفَةٌ ِِّف ِّد‬
ِّ ‫الزِّاِن فَاجلِّ ُدوا ُك َّل و‬
َ ْ َّ ‫الزانِّيَةُ َو‬
َّ
ِّ ِّ ِّ ِّ ِّ ِّ ِّ ِّ
َ ‫ُكنتُ ْم تُ ْؤمنُو َن ِِّب ََّّلل َوالْيَ ْوم ْاْلخ ِّر ۖ َولْيَ ْش َه ْد َع َذ َاِبُ َما طَائ َفةٌ م َن الْ ُم ْؤمن‬
‫ي‬
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali
sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan
hukuman yang dikenakan ke atas mereka itu oleh sekumpulan dari
orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Nur: ayat2)

Namun, memandangkan negara Malaysia belum lagi melaksanakan hukuman hudud,


maka kesalahan tersebut hanya terhad kepada bidangkuasa mahkamah Syariah. Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah) Persekutuan 1997 (‘AKJSWP’) sudah
memperuntukkan kesalahan jenayah persetubuhan haram di dalam seksyen 23 seperti
berikut:-
23. Persetubuhan luar nikah
(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan
orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
dedenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi hukuman itu.

Kesalahan persetubuhan luar nikah ini juga boleh dikenakan terhadap perempuan
kerana perenggan (2) seksyen yang sama memperuntukkan kesalahan persetubuhan luar
nikah yang dilakukan perempuan dengan orang lelaki yang bukan suaminya. Oleh yang
demikian, seksyen 23 ini mendefinisikan kesalahan persetubuhan luar nikah sebagai
persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah antara mereka. Di bawah seksyen
yang sama juga memperuntukkan bahawa apabila seseorang perempuan itu hamil luar nikah
akibat daripada persetubuhan yang dilakukan secara suka rela adalah keterangan prima facie
dan boleh mensabitkan perempuan itu dengan kesalahan zina.

Enakmen lain juga memperuntukkan kesalahan jenayah persetubuhan haram.


Namun, peruntukkannya bukanlah sama secara harfiahnya. Sebagai contoh, di dalam
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) memperuntukkan seperti berikut:-

60. Persetubuhan haram


Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan haram adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan
dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau boleh juga dikenakan
sebat tidak melebihi enam kali sebatan.

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan tidak menyebutkan secara terperinci


lelaki atau wanita yang melakukan kesalahan dengan yang bukan suami atau isteri seperti di
dalam AKJSWP. Ia lebih umum dengan menyebut ‘mana-mana orang’ yang melakukan
persetubuhan haram. Lain pula dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, di mana
ia mempunyai peruntukkan yang sama dengan AKJSWP.
Di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Kelantan, seseorang
itu, jika hamil atau melahirkan anak daripada persetubuhan luar nikah dengan suka rela, boleh
disabitkan kesalahan hamil luar nikah berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di
negeri-negeri tersebut (Adibah Bahori, 2023). Contohnya, di dalam Seksyen 75(1) Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 memperuntukkan bahawa perempuan yang
menghamilkan atau melahirkan bayi luar nikah akibat daripada persetubuhan haram dengan
keleraannya sendiri, jika disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih
daripada RM3,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Maka, dek kerana beratnya kesalahan jenayah persetubuhan haram, setiap negeri
mempunyai peruntukkan bagi kesalahan tersebut. Malah, majoriti negeri-negeri
memperuntukkan hukuman maksima bagi kesalahan persetubuhan haram iaitu denda tidak
melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi enam
kali sebatan (Hasnizam Hashim, 2012). Ada juga negeri-negeri yang memperuntukkan
kehamilan di luar nikah itu sebagai satu kesalahan. Demikianlah menunjukkan beratnya
kesalahan jenayah persetubuhan haram itu.

Anak Tidak Sah Taraf

Terdapat pelbagai definisi anak tidak sah taraf. Menurut Wan Abdul Fattah (2020),
anak tidak sah taraf adalah anak yang terhasil di luar perkahwinan yang diiktiraf oleh syarak.
Anak tidak sah taraf merupakan terma yang digunapakai setelah didapati terma anak zina
atau anak luar nikah kurang bersesuaian. Daripada sudut undang-undang, Seksyen 2 Akta
Undang-Undang Keluarga Islam 1984, ia mentafsirkan tidak sah taraf seperti berikut:-

"tidak sah taraf", berhubung dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan


di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah

Kesahtarafan anak juga terkait dengan bapa. Ini dapat dilihat dalam Akta/Enakmen
Undang-Undang Keluarg Islam. Misalnya di dalam Seksyen 111 Undang-Undang Keluarga
Islam, Negeri Sembilan memperuntukkan:-

111. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa


Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki
melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari
tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah
selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian
lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak
berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa
anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan,
menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.

Ini bermaksud anak tak sah taraf itu ialah anak yang terlahir daripada persetubuhan
dengan lelaki atau wanita yang bukan suami atau isteri dan bukan daripada persetubuhan
syubhah. Selain itu, Akta/Enakmen juga menyatakan bahawa tempoh kehamilan untuk anak
tidak sah taraf ialah kehamilan yang kurang daripada enam bulan qamariah dan empat tahun
qamariah selepas perceraian dan boleh jadi juga sekiranya bapa itu menafikan anaknya.

Manakala dari sudut fatwa pula, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2003
telah memutuskan dua perkara. Yang pertama, anak tak sah taraf ialah anak yang dilahirkan
di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah
atau bukan daripada anak perhambaan. Yang kedua, anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2
lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). Pandangan ini
telah diwartakan di beberapa negeri sebagai fatwa rasmi di negeri tersebut.

Oleh itu, penjelasan atau takrifan anak tak sah taraf mengikut badan yang berbeza, ia
selaras daripada sudut syarat anak tak sah taraf itu. Iaitu, kelahiran anak daripada
persetubuhan luar nikah dan beberapa syarat lain seperti kadar minima penetuan anak sah
taraf iaitu tidak kurang 6 bulan qamariah. Maka, mana-mana kehamilan daripada kategori ini,
kelahiran itu boleh dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf.

Kedudukan Anak tidak Sah Taraf di Mahkamah Syariah

Mana-mana urusan atau perkara yang berkaitan dengan agama Islam lebih-lebih lagi
perkara yang jatuh di bawah Jadual Kesembilan Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan,
adalah perkara yang berada di bawah bidang kuasa Negeri. Oleh itu, jika dirujuk kepada
perkara tersebut di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia memperuntukkan bahawa
kesahtarafan bagi orang-orang yang menganut agama Islam adalah berada di bawah bidang
kuasa negeri dan juga Mahkamah Syariah.

Ia merupakan bidang kuasa yang eksklusif yang diberikan oleh Perlembagaan


Persekutuan. Berdasarkan Akta/Enakmen Jenayah Syariah, ia tidaklah memperuntukkan
secara khusus berkaitan dengan kuasa mahkamah untuk memberi keputusan ataupun
perintah berkaitan dengan kelahiran anak daripada kesalahan persetubuhan haram. Namun,
di dalam Seksyen 75(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) Mahkamah boleh
memberi hukuman kepada wanita yang hamil luar nikah dengan hukuman denda tidak
melebihi RM3,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya
sekali. Kehamilan anak luar nikah juga bolehlah dikira sebagai hamil anak yang tidak sah taraf
kerana kehamilan tersebut adalah hasil daripada persetubuhan haram.

Seterusnya, perenggan (2A) di bawah seksyen yang sama memberi Mahkamah kuasa
untuk memberikan hukuman selain daripada itu, iaitu perintah supaya dimasukkan ke pusat
pemulihan selama tempoh tidak lebih 2 tahun. Perintah pemulihan ini selaras dengan prinsip
asas dan objektif hukuman dalam Islam iaitu menjaga maslahah manusia dan berbentuk
pendidikan tarbiyah diri (Adibah Bahori, n.d).

Mahkamah juga boleh, selain daripada memberi hukuman kepada pesalah hamil luar
nikah, untuk memberikan perintah berkaitan dengan hak penjagaan anak dan nafkah anak.
Contohnya seksyen 80 atau seksyen 81 Undang Undang Keluarga Islam bagi Wilayah
Persekutuan dan Negeri Selangor. Di dalam seksyen ini, ia memperuntukkan bahawa
tanggungan nafkah bagi anak tidak sah taraf itu ialah di bawah ibunya. Selain itu, seksyen 84
Akta yang sama memperuntukkan bahawa hak jagaan bagi anak tidak sah taraf hanya boleh
diberikan kepada ibu atau saudara ibunya. Bermaksud, sekiranya kelahiran anak tidak sah
taraf itu secara automatik menjadi hak ibu untuk kedua-dua perkara; hadhanah dan nafkah.
Undang-undang ini selaras dengan hukum syarak yang melarang nasab anak tidak sah taraf
kepada bapanya.

Merujuk kepada kes Rosliza Mustafa lwn Wan Mohd Kamil Abd Ghani [2008] 1 CLJ
(Sya) 253, Perayu dan Responden adalah bekas isteri dan suami yang telah bercerai. Mereka
telah berkahwin pada Februari 1997. Perayu telah melahirkan anak pertama pada bulan yang
sama, 22 Februari 1997 dan melahirkan pula anak kedua pada 25 Oktober 1999. Mereka
telah bercerai pada 19 Julai 2001. Mahkamah Tinggi ketika itu telah membuat penghakiman
berkenaan hadhanah dan nafkah. Anak pertama telah diberikan hak penjaagaan kepada
responden, manakala anak kedua pula kepada perayu. Bagi perintah nafkah, Mahkamah
telah memerintahkan bahawa responden difardhukan membayar nafkah anak di bawah
tanggungan perayu.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, Perayu membuat rayuan.
Mahkamah membenarkan rayuan dan memutuskan bagi perbicaraan semula atas alasan
Mahkamah Tinggi telah gagal meniliti soal kesahtarafan anak perayu dan responden di mana
isu ini perlulah diputuskan sebelum membuat perintah berkenaan hadhanah dan nafkah.
Mahkamah telah memberikan ulasan bahawa berdasarkan hukum syarak dan seksyen 84
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hak jagaan anak hanya boleh diberikan kepada
ibu jika anak didapati sebagai anak tak sah taraf.

Di dalam kes Jumadi Patomdang lwn. Ketua Pendakwa Syarie WP [2011] SLRAU 7,
tertuduh telah mengaku bersalah di atas kesalahan persetubuhan luar nikah di bawah
seksyen 23 AKJSWP. Mahkamah di dalam kes ini hanya memutuskan berkenaan dengan
hukuman atas kesalahan tersebut sahaja iaitu denda RM3,000.00 dan 3 bulan penjara serta
4 kali sebatan dan jika gagal membayar denda ditambah penjara selama 2 bulan. Selain itu,
di dalam kes Pendakwa Syaire v Muhammad Fauzullah bin Ahmad Basheer [2013] 2 ShLR
27, tertuduh telah melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya. Selepas
penyiasatan, Pegawai Penguatkuasa Agama telah mendapati bahawa pasangannya telah
hamil 6 bulan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman dengan penjara selama 4 bulan, 4
sebatan, dan denda RM3,000. Berdasarkan dua kes ini, Mahkamah tidak memutuskan apa-
apa berkenaan dengan kandungan yang terhasil daripada persetubuhan haram tertuduh
dengan pasangannya. Ini adalah kerana kuasa Mahkamah tertakluk kepada peruntukkan
undang-undang sahaja.

Selain daripada peruntukan berkenaan dengan kehamilan luar nikah, tiada peruntukan
lain yang menyatakan bahawa Mahkamah boleh memberi perintah berkaitan dengan anak-
anak tidak sah taraf berdasarkan kesalahan persetubuhan haram. Kita dapat simpulkan
daripada kes sebelum ini, bahawa Mahkamah tidaklah memberi perintah yang mengaitkan
dengan anak tidak sah taraf itu. Bukanlah bermakna Mahkamah tidak mengambil berat, tetapi
ia lebih melibatkan kepada prosedur di mana Mahkamah hanya boleh memberikan perintah
mengikut isu perbicaraan dan peruntukkan undang-undang. Ini bermaksud, bagi anak tidak
sah taraf berdasarkan kesalahan persetubuhan haram, Mahkamah jelas sekali mempunyai
kuasa yang sangat terhad untuk membuat apa-apa keputusan berkaitan dengannya.

Implikasi Anak Tidak Sah Taraf di Mahkamah Syariah

Undang-undang syariah menetapkan bahawa anak-anak yang lahir daripada


persetubuhan haram adalah di bawah hak penjagaan ibunya. Anak tidak sah taraf ini memberi
beberapa implikasi di dalam Islam dan juga undang undang.
Nasab
Nasab dalam pengertian bahasa merujuk kepada keturunan atau asal usul seseorang.
Dalam istilah, ia merujuk kepada ikatan darah yang menghubungkan individu dengan ibu
bapa, datuk nenek, anak-anak, keturunan, dan kelompok kerabat mereka (Azizah Mohamad,
2006). Nasab dalam kekeluargaan itu amat penting kerana ia menjaga kesucian sesebuah
institusi kekeluargaan. Bahkan, syariat telah menegah untuk menasabkan anak kepada bukan
bapanya. Di dalam hadis daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:-

َّ ‫ َولَ ْن يُ ْد ِّخلَ َها‬،‫اَّللِّ ِِّف َش ْي ٍء‬


‫ َوأَمُّيَا‬،ُ‫اَّللُ َجنَّتَه‬ َّ ‫ت ِّم َن‬ ِّ ‫أَمُّيَا امرأَةٍ أ َْدخلَت علَى قَوٍم من لَي‬
ْ ‫ فَلَْي َس‬،‫س مْن ُه ْم‬
َ ْ ْ َ ْ َ ْ َ َْ
ِّ ِّ
َ ‫ي َو ْاْلخ ِّر‬
‫ين‬ َ َ‫ َوف‬،ُ‫اَّللُ ِّمنْه‬
ِّ ُ‫ض َحهُ َعلَى ُرء‬
َ ‫وس ْاْل ََّول‬ َّ ‫ب‬ َ ‫احتَ َج‬
ِّ
ْ ،‫ َوُه َو يَنْظُُر إِّلَْيه‬،ُ‫َر ُج ٍل َج َح َد َولَ َده‬
Maksudnya: Mana-mana perempuan yang memasukkan kepada satu
kaum sedangkan ia bukan daripada mereka, maka tiadalah daripada
Allah sesuatu pun. Dan Allah pasti tidak memasukkannya (perempuan
tersebut) ke syurga. Mana-mana lelaki yang mengingkari anaknya
sedangkan dia mengetahui hakikatnya, maka Allah akan
menghijabkannya daripada-Nya dan menghinanya di khalayak mereka
yang terdahulu hingga akhirnya.

Riwayat Abu Daud (2263), al-Nasaie, (3481) dan Ibn Hibban (4108)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-57 pada 10 Jun 2003
telah memutuskan bawaha anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang
menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak
tersebut. Hal ini jelas bahawa anak tidak sah taraf tidak boleh sama sekali dinasabkan kepada
lelaki yang disetubuhi luar nikah itu.

Baharu ini Mahkamah di dalam kes Jabatan Pendaftaran Negara & Ors v. Seorang
Kanak-Kanak & Ors; Majlis Agama Islam Negeri Johor (Pencelah) telah memutuskan bahawa
seorang anak tidak sah taraf tidak boleh dibin atau dibintikan dengan bapa kandungnya tetapi
bolehlah dibin atau dibintikan dengan 99 nama Allah. Bermakna, anak tidak sah taraf tidak
boleh dinasabkan kepada bapanya.

Nafkah
Asbab kepada nafkah itu hanya tiga, sebab perkahwinan, keturunan dan dengan
sebab milik. Maka, menanggung nafkah anak-anak itu wajib bagi lelaki. Tetapi, Bagi anak-
anak tidak sah taraf, nafkah mereka adalah di bawah tanggungan ibunya. Secara automatik
selepas dinafikan nasabnya kepada bapanya, maka nafkah anak tidak sah taraf pergi kepada
ibunya. Ibu dan keluarga sebelah ibu menggalas tanggungjawab untuk memberi nafkah
kepada anak tak sah taraf. Ini juga selaras dengan seksyen 80 sebelum ini yang menyebutkan
bahawa tanggungan nafkah bagi anak tidak sah taraf adalah ke atas ibunya. Di dalam kes
Rosliza Mustafa sebelum ini, Mahkamah telah menyebut di dalam keputusannya bahawa bagi
menentukan tanggungan nafkah, Mahkamah perlu melihat kepada kesahtarafan anak terlebih
dahulu. Walaupun kes itu Mahkamah telah khilaf, nafkah anak di dalam kes itu sepatutnya
berada di bawah tanggungan ibu kerana ketidaksahtarafan anaknya.

Harta Pusaka
Allah SWT telah menciptakan sebuah sistem pusaka di mana ia telah menetapkan
kadar bagi waris-waris yang ditinggalkan. Harta pusaka bukan sahaja menetapkan kadar,
tetapi juga menentukan waris-waris yang berhak kepada harta itu. Firman Allah SWT di dalam
Surah An-Nisa yang bermaksud:-

Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di
antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing
seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya
Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Sebab-sebab pusaka ada empat, iaitu keturunan, pernikahan, wala’ dan Islam (Zulkifli
Mohamad al-Bakri 2011). Anak tidak sah taraf tidak boleh warisi harta pusaka bapanya.
Namun anak tersebut boleh mewarisi harta pusaka ibunya. Perkara ini jelas sama seperti soal
nafkah, anak tidak sah taraf tidak akan mewarisi harta pusaka bapanya kerana tiada perkaitan
kekeluargaan antara duanya.

Mahkamah Syariah Bagi Kes Pengesahtarafan Anak Tidak Sah Taraf

Seperti yang disebutkan sebelum ini Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam, ia merupakan peruntukkan yang menjelaskan siapakah bapa. Bagi memudahkan untuk
memahami konteks, seksyen 111 itu menyebutkan:-

111. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa


Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki
melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari
tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah
selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian
lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak
berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa
anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan,
menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.

Asas pensabitan anak boleh dibahagikan kepada dua mengikut seksyen ini. Yang pertama,
jika terdapat perkahwinan sah antara suami dan isteri, sabitan anak boleh dilakukan jika anak
dilahirkan selepas tempoh lebih daripada 6 bulan dari tarikh perkahwinan tersebut. Yang
kedua, jika perkahwinan telah berakhir, sama ada melalui perceraian hidup atau kematian,
sabitan anak juga boleh diperakukan kepada bekas suami jika kelahiran anak itu berlaku
selepas empat tahun daripada perceraian, dengan syarat ibu tersebut tidak pernah berkahwin
dengan orang lain. Maka, pengesahtarafan anak di mahkamah boleh dibahagikan kepada
tiga, iaitu pertama, pengesahtarafan anak melalui kes-kes kelahiran melebihi enam bulan.
Kedua, pengesahan taraf melalui kes kelahiran kurang dari 4 tahun selepas penceraian dan
ketiga, kes penafian anak oleh bapa.

Mahkamah Syariah adalah mahkamah yang berbidang kuasa untuk mendengar kes-
kes berkaitan anak tak sah taraf. Oleh itu, permohonan bolehlah dibuat di Makamah Syariah
negeri masing-masing. Dalam aspek prosedur, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
ada memperuntukkan tatacara permohonan anak tak sah taraf. Yang boleh memohon adalah
sama ada penjaga, ibu, bapa atau datuk, nenek atau anak itu sendiri.

Kebanyakan kes di Mahkamah Syariah adalah permohonan oleh Jabatan Pendaftaran


Negara yang memohon untuk menolak daripada menasabkan anak tidak sah taraf kepada
bapa. Lazimnya, pihak Jabatan Pendaftaran Negara akan menolak permohonan untuk
menasabkan anak tidak sah taraf kepada bapa dan mengarahkan pemohon untuk
mendapatkan perintah pengesahtarafan anak terlebih dahulu. Ada juga kes-kes di mana anak
tidak sah taraf itu sendiri yang memohon untuk pengesahtarafan dirinya bagi menentukan
beberapa perkara seperti penentuan wali dan penentuan hak pewarisan harta pusaka.

Bagi anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan daripada perkahwinan suami
dan isteri, Mahkamah di dalam suatu kes telah memutuskan bahawa pemohon adalah anak
tidak sah taraf (Lukman Abdul Mutalib, 2021). Pemohon merupakan anak itu sendiri kerana
beliau ingin bernikah dan ingin berwalikan bapanya. Tetapi, daripada Keputusan Mahkamah
itu, maka wali bagi anak tidak sah taraf itu ialah wali hakim.

Seterusnya, menurut Lukman Abdul Mutalib, tiada kes penafian nasab dan li’an yang
disabitkan oleh Mahkamah. Hal ini adalah kerana penafian tersebut adalah cacat. Maka ia
ditolak oleh Mahkamah. Dari segi hukum syarak, bapa itu boleh menafikan nasab anaknya
dengan dua syarat.

1. Ia meyakini bahawa anak kelahiran isterinya itu bukan daripadanya. Caranya


mengetahuinya adalah:-
a. Suami itu tidak pernah menyetubuhi isterinya sama sekali atau;
b. Telah berlaku persetubuhan, tetapi isterinya melahirkan anak kurang dari 6
bulan dari Tarikh persetubuhan; atau
c. Anak yang dipertikaikan itu lahir lebih dari 4 tahun dari tarikh persetubuhan.
2. Penafian tersebut hendaklah dibuat dengan sesegera mungkin, tidak boleh
bertangguh kecuali pada kadar yang munasabah.

Kebanyakkan kes-kes penafian nasab anak adalah berpunca daripada tuntutan nafkah
daripada pihak isteri. Pantas menafikan tanpa mendatangkan bukti bukanlah tindakan yang
bernas oleh seseorang lelaki.

Permohonan pengesahtarafan anak itu sering kali dimohon atas alasan untuk
menasabkan anak kepada bapa di Jabatan Pendaftaran Negara. Meskipun begitu, ada juga
kes-kes lain seperti permohonan pengesahtarafan anak untuk mendapatkan wali, atau
permohonan pengesahtarafan untuk penentuan hak pewarisan pembahagian harta pusaka.
Mahkamah juga sering mendapat kes-kes penafian nasab anak oleh bapa. Namun,
mahkamah tidak dapat mensabitkan penafian bapa itu kerana permohonan yang cacat.
Penafian nasab itu tidak sepatutnya dilakukan sewenang-wenangnya. Ia mesti didatangkan
dengan bukti. Ini kerana perkara yang berkaitan dengan nasab atau anak tidak sah taraf
bukanlah perkara yang remeh.

Faktor dan Penyelesaian Masalah Persetubuhan Haram

Menurut Wan Abdul Fattah 2020, faktor dalam mempengaruhi berlakunya masalah
anak tidak sah taraf ada pelbagai. Di antaranya ialah, keterlibatan seseorang itu di dalam
aktiviti hubungan seks atau persetubuhan haram.
Faktor Keluarga

Faktor yang paling jelas sekali adalah faktor kekeluargaan. Sesebuah institusi
kekeluargaan itu memainkan peranan yang sangat penting terhadap kehidupan seseorang.
Kegagalan ibu bapa untuk memberikan perhatian atau kasih sayang kepada anak-anak boleh
menjadi sebab berlakunya masalah sosial. Hal ini kerana, ibu bapa akan kurang memantau
anak-anak dan disebabkan itu anak-anak tidak dapat dididik dengan pergaulan sosial yang
sihat. Kemudian, anak-anak ini akan terlibat dalam gejala hubungan persetubuhan haram
kerana menagih kasih sayang atau kurang pantauan.

Oleh itu, pendekatan penyelesaian masalah bagi faktor ini adalah mudah. Ibu bapa
perlu diberikan tentang kesedaran dan peranan yang mereka mainkan. Ibu bapa itu bukanlah
hanya sekadar memberikan nafkah atau mencari rezeki. Keterlibatan ibu bapa dalam
pembesaran anak-anak itu penting demi pembesaran yang sihat. Bagi mengelak perkara ini
berlaku, kursus “parenting” boleh diberikan kepada bakal pasangan yang akan berkahwin
atau ibu bapa sedia ada. Kursus ini perlu diberikan secara berterusan dan tidak boleh bersifat
“one time”. Hal ini kerana, parenting itu bukanlah perkara yang datang sekali seumur hidup,
namun peranan yang dimainkan sepanjat hayat sebagai ibu dan bapa.

Faktor Taraf Pendidikan Yang Rendah

Ada juga pesalah-pesalah persetubuhan luar nikah ini daripada golongan remaja. Hal
ini amat membimbangkan kerana golongan remaja adalah golongan yang sepatunya
memfokuskan kepada masa depan mereka. Remaja-remaja ini terjebak dalam gejala seks
kerana kurangnya pendidikan secara amnya dan didikan agama. Remaja yang mempunyai
pendidikan yang rendah cenderung kepada aktiviti melepak di mana ramai golongan melepak
adalah yang tidak baik. Malangnya, sekiranya remaja ini memperolehi pendidikan yang baik
dan tinggi, tentunya masa mereka tidak akan dibazirkan dengan perkara yang berfaedah. Apa
pula jika remaja ini diberi pendidikan agama yang jitu.

Bagi menangani faktor ini, selain ibu bapa, kerajaan juga memainkan peranan penting.
Kerajaan sepatutnya menyediakan bantuan kepada golongan yang susah supaya tidak ada
anak-anak yang tercicir dalam pelajaran. Selain itu, silibus pembelajaran juga perlu disemak
semula dan menerapkan pendidikan agama, pembinaan sahsiah diri dan juga akhlak. Ada
juga metod kotnroversi bagi menangani isu ini iaitu dengan mendedahkan pelajar dengan
pendidikan seks. Apa pun tindakan kerajaan, ia mestilah mengambil berat perihal anak-anak
bangsa.

Daripada dua faktor ini, kita dapat lihat, sekecil-kecil perkara itu boleh menjadi faktor kepada
keruntuhan moral dan sosial masyarakat. Misalnya masalah kekeluargaan. Perkara ini sering
dipandang enteng oleh ibu bapa, namun kajian telah membuktikan keluarga yang sihat akan
memberi pembesaran yang sihat juga buat anak-anak. Semua pihak perlu melibatkan diri
dalam menangani masalah ini kerana ia melibatkan bangsa, agama dan negara.

Penutup

Kesimpulannya, persetubuhan haram ini merupakan kesalahan jenayah yang boleh


didakwa di Mahkamah Syariah jika seseorang itu Islam. Kesalahan ini pula lain dengan
kesalahan kehamilan luar nikah. Seseorang itu apabila didapati hamil atau melahirkan anak
luar nikah, boleh juga didakwa di Mahkamah Syariah. Isu kesahtarafan anak itu adalah
perkara di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah sepertimana yang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan anak tidak sah taraf hasil daripada persetubuhan
haram di Mahkamah Syariah itu adalah perkara biasa yang melibatkan seorang anak iaitu
nafkah dan hadhanah. Mahkamah boleh memberikan perintah berkenaan dengan nafkah dan
hadhanah berdasarkan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Secara ringkasnya,
hak jagaan dan tanggungjawab nafkah itu tertakluk serta merta di bawah ibu. Hal ini kerana
anak tidak sah taraf itu tiada apa-apa pertalian dengan bapanya.

Bagi menangani masalah persetubuhan haram, dapat disimpulkan bahawa ianya perlu
ditangani melalui faktornya. Faktor-faktor itu boleh jadi perkara yang dipandang remeh oleh
masyarakata seperti isu kekeluargaan atau pendidikan. Masalah ini perlu dibendung kerana
ia memberi kesan secara keseluruhan. Apa yang membimbangkan adalah, gejala aktivit
persetubuhan haram ini boleh mendatangkan penyakit. Penyakit ini boleh tersebar sekiranya
Masyarakat tidak cakna berkenaan perkara ini. Benarlah sabda Nabi SAW di dalam Riwayat
Bukhari dan Muslim, di mana mafhumnya, “sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat yaitu
diangkatnya ilmu dan kebodohan tampak jelas, dan banyak yang minum khamar dan banyak
orang berzina secara terang-terangan”. Seseorang yang beriman itu pasti tidak akan berzina
kerana memahami kejinya perbuatan itu.
Rujukan

Al Quran Al-Isra 17:32

Al-Quran An-Nur 32

Azizah Mohd. (2009). Undang-undang Keluarga dan Prosedur Selangor: Kuliyyah Undang-
undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Bahori A., Mat Rashid A., Yahya M. A., Saifuddin S., & Mat Salleh M. K. 2023. Evidence and
Prosecution of out-of-wedlock pregnancies: A legal perspective of Syariah criminal offences in
Malaysia. UUM Journal of Legal Studies. 14(1) pg 1-30.

Hasnizam Hashim. 2012. “Beban Pembuktian dalam kes Wanita Hamil Luar Nikah: Satu
Huraian dari Sudut Undang-Undang Keterangan Islam dan Seksyen 50, Enakmen Jenayah
(Syariah) Perak 1992”. Jurnal Hukum Jilid 35 Bahagian 2 M/s 202.

Ismail, W. A. F. W., Shukor, S. A., Mutalib, L. A., Baharuddin, A. S., Mamat, Z., & Salleh, N. S.
S. N. (2020). Faktor Dan Penyelesaian Isu Anak Tak Sah Taraf Dalam Kalangan Masyarakat
Islam Di Malaysia: Factors and Solution for Illegitimate Child Issue Among Muslims in
Malaysia. INSLA E-Proceedings, 3(1), 137.

JAKIM. 10 Jun 2003. “Anak Tak Sah Taraf”. e-Sumber Maklumat Fatwa. http://e-
smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10298

Lukman Abdul Mutalib, Wan Abdul Fattah., “Pengesahan Taraf Anak Mengikut Amalan Di
Mahkamah Syariah Di Malaysia Dan Hubungannya Dengan Pandangan Mazhab Fikah
Muktabar.” Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of
Civilization (SWAT) 2021) FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021

Sahih Al-Bukhari 80. Jil 1 Buku 3

Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2011). Pengurusan Harta Pusaka Dalam Fiqh Syafi’i. Islamic
Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Kuala Lumpur

Akta/Enakmen

Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan)


Akta Undang-Undang Keluarga Islam

Perlembagaan Persekutuan

You might also like